Adsense

Jumaat, 16 November 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan lari, tapi sibuk

Posted: 15 Nov 2012 02:02 PM PST

Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia sering mengelakkan diri daripada media. Bukan menuduh sembarangan, tetapi setiap kali menghadiri apa juga acara, Hafiz akan pulang awal sebelum sempat wartawan menemubualnya.

Bukan saja tidak mahu bertemu media, malah Hafiz juga sukar menjawab panggilan telefon ataupun membalas SMS dikirimkan kepadanya.

Adakah masalah peribadi yang bertimpa-timpa membuatkan penyanyi dari Sarawak ini keberatan bertemu wartawan? Apakah dia bimbang dihujani soalan yang mungkin dia sendiri tiada jawapan.

Saat diajukan pertanyaan itu kepada pemilik nama Mohd Hafiz Mohd Suip ini, dia hanya tergelak besar. Tegas Hafiz, tiada sebab untuk melarikan diri seperti didakwa.

Cuma, jadual harian yang sangat ketat tidak mengizinkan dia berada lama pada sesebuah acara.

"Mana ada saya nak larikan diri daripada wartawan? Saya balik awal kerana saya ada perkara lain yang harus dilakukan. Jadual saya memang cukup ketat. Sejak Julai hingga Disember, semuanya sudah penuh. Ada ketika, dalam satu hari ada tiga acara perlu saya hadiri.

Memang saya sangat sibuk kebelakangan ini.
"Sebagai selebriti, berdepan dan menjawab soalan media ialah perkara biasa. Percayalah, saya tiada niat untuk mengelak daripada anda semua," jelas Hafiz ketika ditemui selepas pertandingan separuh akhir pertama Muzik-Muzik di Shah Alam.

Terlanjur berada di depan mata, peluang mendapatkan penjelasannya berhubung beberapa cerita seperti kisah cinta barunya dan perkembangan kes saman membabitkannya tidak disia-siakan.

Menepati janji, Hafiz cukup terbuka untuk memperkatakannya. Cuma ada yang harus dibiarkan tanpa jawapan.

"Memang saya sedang berkawan dengan seseorang seperti yang tersebar di internet ketika ini, Tapi biarlah saya seorang saja yang tahu mengenainya. Belum masanya untuk berkongsi dengan sesiapa dan mendedahkan identiti gadis terbabit kerana itulah permintaannya.

"Nak kata serik apabila terlalu terbuka mengenai kisah cinta, mungkin ada juga kebenarannya.

Susah juga bila kita baru nak mula berkawan, tetapi cerita disebarkan seolah-olah kami memang bercinta.

Jadi buat masa ini, saya lebih suka tidak berkongsi mengenainya dengan peminat," ujar jejaka berusia 22 tahun ini.

Ditanya perkembangan kes saman membabitkannya dengan seorang bekas pengurus pentas, Hafiz berkata, dia tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara itu kerana ia sudah diserahkan kepada peguam.

"Buat masa ini peguam saya sedang meneliti kes itu. Saya enggan mengulas apa-apa kerana tidak mahu mengganggu perjalanan kes. Cuma bagi saya, kalau boleh biarlah kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Tak perlu dipanjangkan," pinta penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Awan Nano ini.

Kongsi pentas dengan Adira Muncul dengan rambut potongan terbaru pada pertandingan itu, lagu nyanyian Hafiz berjudul Watak hasil ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad turut tersenarai antara enam lagu layak ke peringkat seterusnya, sebelum bertanding pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu.

Pemenang vokal terbaik AJL dua kali berturut-turut ini bakal menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama bekas kekasihnya, Adira, dalam peringkat saringan kedua, Ahad ini.

"Buat masa ini kami belum berlatih lagi. Tapi latihan amat perlu untuk mendapatkan feel lagu itu. Untuk itu kami kenalah profesional," kata Hafiz.

Wahlberg bintangi Transformers 4

Posted: 15 Nov 2012 01:58 PM PST

Selepas bekerjasama dalam filem Pain and Gain, sutradara Michael Bay sekali lagi mengundang pelakon, Mark Wahlberg, untuk membintangi filem yang ditunggu-tunggu peminat, Transformers 4. Filem aksi ini akan menemui penonton pada 27 Jun 2014.

"Mark pelakon yang hebat. Kami seronok bekerjasama dalam Pain and Gain dan saya bersemangat untuk sekali lagi bekerja dengannya. Aktor yang berkaliber sepertinya ialah pilihan sempurna untuk menghangatkan kembali francais berkenaan dan meneruskan legasi Transformers," kata Bay.

Dia akan mengarahkan filem seterusnya dalam siri Transformers yang akan memulakan penggambaran pada musim bunga nanti. Dihasilkan Paramount Pictures, dengan kerjasama Hasbro, filem itu akan diterbitkan oleh Don Murphy & Tom DeSanto, Lorenzo di Bonaventura dan Ian Bryce, manakala Steven Spielberg, Bay, Brian Goldner dan Mark Vahradian bergelar penerbit eksekutif.

Filem pertama Transformers mencipta pungutan box office pada 2007, dengan pungutan kira-kira RM2.146 bilion di seluruh dunia. Filem kedua, Transformers: Revenge of the Fallen, pula mencatat pungutan lebih RM2.5 bilion. Pada tahun lalu, Transformers: Dark of the Moon mencatat kejayaan lebih besar di seluruh dunia. Dengan kedudukan sebagai filem kelima paling berjaya dari segi pungutan, ia memungut lebih RM3 bilion.

Sehingga kini, francais berkenaan memperoleh hampir RM8 bilion di seluruh dunia.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Subhanallah… Azan Bergema Dalam Dada Muazzin

Posted: 16 Nov 2012 12:34 AM PST

YOGYAKARTA – Satu perbahasan buku "The Miracle of Shaheed", keajaiban jasad para syuhada yang tidak binasa dari pandangan kedoktoran telah diadakan di Masjid Al Mujahidin, Kampus Universiti Negeri Yogyakarta. Dua panel telah mengupas isu tersebut iaitu ustaz Fuad Alhadzimi, bekas Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, pakar bedah Fakulti kedoktoran Universiti Gajah Mada (UGM). Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana jasad orang yang meninggal menuju proses pembusukan .Ia akan mula proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat akibat proses autolisi dan

aktiviti mikroorganisme.

Maksima lima hari maka jasad orang mati sudah akan membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lain sebagai seperti di jelaskan dalam buku . Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan pengalaman yang ia ketahui saat merawat satu jasad orang mati.

Diceritakan seorang doktor di luar negeri menerima jenazah orang yang sudah meninggal, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa, tapi sayup-sayup dia mendengar suara azan, kemudian doktor itu mengambil stetoskop dan meletakkan di dada jenazah tersebut, ternyata suara azan berasal dari jenazah itu. Doktor itu kemudian memanggil jururawat dan petugas lain untuk membantu menyemak, ternyata orang lain juga mendengar perkara yang sama. Setelah di cari maklumat tentang si mayat tersebut, beliau adalah seorang yang ketika hidup bertugas sebagai muazin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.

Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata. Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat melalui kerja mikroba, sejenis makhluk bernama mikrob yang dijelaskan sebagai "pasukan Allah" untuk mendegradasi atau membusukkan mayat hingga hancur. "Namun yang menghairankan perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafal Al-Quran," jelas dr Wahyu.

Islam sendiri banyak menceritakan tentang kelebihan sebagai muazin bahkan di negara kita lebih dikenali dengan panggilan tok Bilal. disandarkan kepada Bilal bin Rabah, muazin pertama Rasulullah Saw. Bahkan diriwayatkan semua muazin di dunia ini akan bersaf-saf berada di belakang bilal bin rabah yang membawa bendera muazin menuju ke syurga sebagai sfafaat.

Pernahkah kita melaungkan azan di masjid atau surau? Berapakali kah kita azan dalam sejarah hidup kita? Tak pernah sekali kah? Adakah ketika anak kita dilahirkan, tak pernahkah kita sendiri yang mengazan dan mengiqamahkan telinga kanan dan kiri anak kita sendiri. kalau tidak … belajar-belajar dan cuba-cubalah lakukan disurau tersorok kampung anda walau sekali.

Semoga ia memberi syafaat kepada kita, i'Allah. Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab ( tuhan) mereka bertawakal. (Surah an-Anfal: Ayat 2)

(Gempaq) Orang israel mengamok di facebook angkara rakyat malaysia !

Posted: 15 Nov 2012 08:49 PM PST

Setelah di provoke bertubi2 oleh facebookers malaysia mostly nya, akhirnya orang2 israel tak dapat menahan kesabaran. Macam2 ayat dan sumpah seranah terkeluar dari jari2 mereka demi mempertahankan kekejaman tentera israel ke atas rakyat palestine yang sama sekali tidak berdosa.

Mereka masuk beramai2 ke dalam wall IDF untuk mempertahankan tindakan tentera israel tetapi tentera facebookers malaysia lebih ramai daripada pahlawan2 facebook israel. Memang mereka tak dapat berbuat apa2 lalu ..

Ban? Nak ban seme komen2 anti israel?

Wakaka..

Dalam ahti ada taman. Kena provoke bhai. Bagi aku ini satu keputusan yang baik juga. At least kita boleh lepaskan kemarahan dan luahan ketidakpuasan ahti kita directly kat manusia2 israel tue sendiri. Biar dorang baca apa yang kita tulis. Biar dorang rasai sendiri betapa bencinya kita terhadap perbuatan mereka.

Maybe la selama neh akhbar2 dorang menipu. Tak siapa tahu la kan. Just sangkaan aku jek. Dorang ingat tak ramai kot yang anti israel. Tapi silap besar la. Memang ramai yang anti lue la israel. Kepada mereka yang nak provoke2 israel boleh klik link kat bawah neh..

klik SINI

Boleh tengok dalam ahti ada taman stail orang2 israel plak.

Wakaka.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Usia Kenny bukan penghalang

Posted: 15 Nov 2012 05:29 AM PST

USIA hanyalah angka dan ia bukanlah halangan bagi seseorang yang bergelar penghibur untuk memberikan persembahan yang mantap kepada penonton.

Salah seorang mereka adalah penyanyi veteran Kenny Rogers, 74, yang masih gagah apabila menyanyi secara 'live' di pentas.

Baru-baru ini, seperti yang dijanjikan, Kenny diterbangkan ke Genting Highlands, Pahang untuk menjayakan konsert solonya.

Dibawakan khas oleh Heart World Genting, kehadiran penyanyi yang terkenal dengan lagu Lady dan Islands in The Stream ini ke Malaysia nyata begitu dinanti-nantikan semua peminat setianya apabila difahamkan hampir semua tempat duduk habis ditempah.


Tampil dengan gaya ringkas iaitu berkemeja lengan panjang putih serta jeans hitam, penyanyi yang juga ahli perniagaan restoran yang berjaya ini berjaya memukau lebih 7,000 penonton yang datang menyaksikan persembahannya di Arena of Stars.


Hampir 20 lagu dipersembahkan Kenny atau nama sebenarnya, Kenneth Ray Rogers, tanpa kepenatan, bersulamkan senda 'humor' yang bersahaja di pentas besar.

Bagi pengasas francais restoran Kenny Roasters itu, usia emasnya jelas tidak pernah menghalangnya untuk terus mengalunkan vokal bagi hiburan penonton yang membeli tiket.

Dia membuka tirai persembahan seawal jam 8.45 malam dengan lagu Love or Something Like It dan kemudian mendendangkan It's A Beautiful Life, Ruby Don't Take Your Love To Town, Somethings Burning, Reuben James, Love The World Away, Daytime Friends, Stand Up, Lucille, Lady, Islands In The Stream, You Decorated My Life, The Gambler dan Buy Me A Rose.

Istimewanya, ada di antara beberapa lagu yang dinyanyikan diiringi persembahan slaid yang menceritakan perjalanan karier dan kehidupannya sejak dulu hingga kini.

Sempat berjenaka dengan penonton, Kenny berkata, lagu itu membuktikan kepadanya bahawa lelaki berasal dari planet Marikh manakala wanita pula dari planet Zurah.

Kelihatan sedikit hambar pada pertengahan konsert memandangkan mungkin ada segelintir penonton bukanlah daripada peminat fanatik, Kenny sempat mengusik.

"Ada dua kelompok peminat saya. Yang pertama, orang yang lahir selepas tahun 1960-an yang jarang mendengar lagu-lagu saya. Kelompok kedua pula orang yang lahir sebelum 1960-an dan sudah tidak ingat lagi lagu-lagu saya," katanya sambil berjenaka.

Kenny selama ini berdiri sebagai seorang penghibur dengan genre pop, country & western dan jazz sekitar awal 1950-an. Bintang dunia itu dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat dan pernah berkahwin sebanyak empat kali manakala perkahwinan kelimanya bersama Wanda Miller, kekal hingga kini.

Dia pernah mencipta fenomena apabila rekod albumnya terjual sehingga 120 juta di seluruh dunia dan menghasilkan lebih 65 album sepanjang pembabitannya dalam seni suara.

Selain itu, Kenny juga menjadi salah seorang artis terkenal dunia yang menyanyikan lagu amal, We Are The World pada 1985, bagi menyokong kempen membantu mangsa kebuluran di Afrika.

Sebelum terbabit secara solo, Kenny pernah menyertai beberapa kumpulan seperti Scholars, The Bobby Doyle Three, The New Christy Minstrels dan The First Edition.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15


Ajai elak kontroversi

Posted: 15 Nov 2012 05:11 AM PST

TERSISA kecewa di hatinya saat terpaksa membuat keputusan menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat separuh akhir pusingan pertama Muzik-Muzik (MM) ke-27 pada 11 November lalu.

Namun, pada pandangan penerbit album dan komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai, itu adalah keputusan paling tepat dan terbaik dalam mengembalikan maruah semua pihak termasuk meredakan kontroversi yang tercetus apabila dua pelakon, Shaheizy Sam dan Yana Shamsudin yang menarik diri daripada menyanyikan lagu ciptaannya, Begini Caranya.

Sebagaimana diketahui umum, Begini Caranya adalah lagu runut bunyi daripada filem Kau Ada Aku Ada terbitan Pensil Pictures Sdn Bhd yang menampilkan Sam dan Yana sebagai penyanyi asalnya. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai yang juga bertindak selaku penulis lirik, mara ke pusingan separuh akhir berdasarkan hasil undian penonton program berkenaan.

Penarikan Sam dan pasangan heroinnya Yana daripada menyertai pertandingan itu menimbulkan pelbagai spekulasi, antaranya pihak Metrowealth (MIG) yang khabarnya tidak memberikan kerjasama terhadap TV3 dengan memberikan pelepasan kepada dua pelakon yang menaungi MIG Talent, syarikat pengurusan artis juga anak syarikat MIG.


Bagaimanapun, dakwaan berkenaan dinafikan produser Mejar David Teo, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi MIG. David menerusi kenyataannya turut menjelaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kekangan sebaliknya keputusan menarik diri dilakukan Sam dan Yana tanpa paksaan.


Apabila isu mengenai penarikan Sam dan Yana diperbesarkan sehingga membabitkan beberapa pihak, Ajai yang pada mulanya terfikir untuk berduet dengan Marsha bagi menggantikan posisi Sam dan Yana, akhirnya membatalkan niat.

"Saya menarik diri, sebab lagu itu menjadi kontroversi dan kualitinya seolah dibayangi kontroversi yang tercetus. Kualiti lagu itu sepatutnya dilihat berdasarkan konsep 'custom made' iaitu pembuatan lagu itu dicipta khas kepada Sam dan Yana.

"Apabila saya menghasilkan sesebuah lagu, saya biasanya akan mengkaji terlebih dulu karektor suara seseorang penyanyi kemudian baru saya lakukan proses pembikinan muzik mengikut 'range' yang betul.

"Pada saya kontroversi yang berlaku, saya tidak salahkan TV3 kerana pihak berkenaan hanya bertindak sebagai penganjur dan anugerah yang mereka anjurkan ini adalah sebuah anugerah berprestij.

"Pada saya dengan ketiadaan penyanyi asal lebih baik saja lagu ini tidak dipertandingkan. Saya tidak salahkan Sam dan Yana kerana faham untuk mendapatkan komitmen mereka, ia harus melalui satu persetujuan dengan pihak MIG Talent," katanya.

Meneruskan perbualannya, Ajai mengakui, pada mulanya terfikir untuk mengundang Marsha sebagai rakan duet di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 27 pada 11 November lalu, sekali gus menggantikan Sam dan Yana yang menarik diri.

"Namun, selepas menilai beberapa perkara antaranya nyanyian saya dan Marsha akan membuatkan lagu itu kedengaran berbeza kerana seperti saya maklumkan tadi ia dibuat khas untuk kedua-dua artis tadi.

"Pada masa sama, timbul pula kontroversi pihak pengurusan Sam dan Yana tidak memberikan kerjasama kepada pihak TV3. Saya melihat kontroversi ini lebih diperkatakan sehingga menjadi besar daripada tujuan penganjuran anugerah itu sendiri.

"Justeru saya fikir lebih baik menarik diri untuk menyelamatkan maruah syarikat rakaman saya, Wake The Baby dan Pensil Pictures Sdn Bhd selaku penerbit lagu ini, TV3 sebagai penganjur, Yana dan Sam termasuk MIG.

"Dengan menarik diri, tiada jawapan menang atau kalah. Lebih baik ia tidak dipertandingkan dan kekal menjadi siulan ramai kerana lagu ini menjadi hit kerana pendengar menyukai persembahan vokal Sam dan Yana," jelasnya dengan panjang lebar.

Pada temu bual yang sama, meminta Ajai mengulas kenyataan David Teo yang menafikan dirinya menghalang pembabitan dua pelakon itu dalam acara Separuh Akhir Muzik Muzik 27.

Kenyataan David itu diperkukuhkan lagi dengan keterangan Sam dalam satu temu bual yang berasingan di mana dia mengakui keputusannya dan Yana tidak dibayangi atau berlakunya desakan oleh pihak pengurusan.

Sam mengakui dirinya tidak begitu selesa untuk bertanding kerana dia bukanlah penyanyi profesional sebaliknya pelakon. Sam turut memaklumkan peluang bertanding itu seharusnya diberikan kepada mereka yang lebih layak.

"Saya ada berjumpa dengan Sam beberapa kali dan sering memujuknya untuk beraksi di Separuh Akhir Muzik Muzik. Sam selalunya memberikan jawapan 'nanti... saya fikir dulu'. Mungkin dia tak selesa kerana merasakan dirinya bukan seorang penyanyi profesional," kata Ajai.

Pun begitu, Ajai ada pandangan sendiri. Jika mereka berdua (Sam dan Yana) tidak boleh menyanyi, sudah tentu daripada awal lagi dia tidak akan bersetuju dengan cadangan pihak produksi Pensil Pictures (penerbit filem Kau Ada Aku Ada) yang meminta Ajai menghasilkan sebuah lagu untuk dinyanyikan Sam dan Yana untuk filem berkenaan.

"Oleh kerana saya nampak kedua-duanya boleh menyanyi dan ada kemampuan menghadapi rakaman suara, maka itulah saya bersetuju dengan cadangan Pensil Pictures. Peringkat awal ia dimainkan di radio, orang tidak tahu pun yang lagu ini adalah duet daripada Sam dan Yana, tapi pendengar menyukainya kerana karektor suara mereka.

"Saya tak nafikan sewaktu rakaman saya sendiri terkejut dengan kemampuan keduanya, tetapi dalam masa sama saya tidak pelik kerana mereka pelakon, mereka faham dengan apa yang ingin disampaikan. Menyanyi macam berlakon juga cuma emosi itu dilontarkan dalam bentuk alunan lagu.

"Lagipun bukan sesuatu yang pelik apabila pelakon bertukar karier menjadi penyanyi kerana ramai saja penyanyi di negara kita menceburi bidang lakonan.

"Yang menilai kemampuan mereka sewaktu rakaman bukannya orang luar, tetapi orang yang menggerakkan industri iaitu saya sendiri. Jadi tak mungkin saya silap menilai bakat mereka. Sebenarnya mereka perlu yakin dengan kelebihan mereka sendiri" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kemenangan satu bonus

Posted:

Kemenangan satu bonus

Kemenangan satu bonus

ADA sebab Kosmo! menggabungkan tiga figura bersuara hebat iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Hazama. Ketiga-tiga mereka merupakan antara calon 'panas' majlis Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang bakal berlangsung pada Sabtu, 24 November ini.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, telah berjaya menerima lima pencalonan, malah Jaclyn juga mewakili dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Sebaliknya bagi Hazama dan Shila Amzah pencalonan mereka dalam AIM kali ini adalah buat julung-julung kalinya. Hazama pertama kali dicalonkan dalam Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) manakala Shila pula buat pertama kalinya lagu ciptaannya iaitu Patah Seribu dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik.

Jaclyn harap pada vokal

Ini bukan pertama kali Jaclyn atau Jac menerima pencalonan yang banyak dalam AIM.

Menerusi album pertamanya Gemilang, Jac pernah menerima tujuh pencalonan dalam AIM ke-13. Begitupun, Jac mengakui masih berasa terkejut dengan lima pencalonan yang diterimanya dalam AIM19.

"Saya sebenarnya terkejut dengan lima pencalonan yang diterima sebabnya masa pengumuman pencalonan tersebut saya tidak dapat hadir kerana terikat dengan rakaman lagu. Saya hanya tahu selepas beberapa rakan menghubungi dan mengucap tahniah," ujarnya yang bersyukur dengan pencalonan tersebut.

Tidak meletakkan harapan untuk menang, walau bagaimanapun, jelas Jac, sebagai seorang penyanyi yang bukan mencipta lagu sendiri dia berharap dapat memenangi untuk kategori vokal.

Jika tidak menang sekalipun, akui Jac, dia tetap berasa bersyukur kerana tercalon dalam AIM. Lontarnya, bukan mudah untuk memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) kerana calon-calon yang ada semuanya hebat.

Tidak mahu memilih siapa gerangan saingannya yang terdekat, tutur Jac, jika menang itu satu bonus buat dirinya.

Ditebak soalan bagaimana jika dia berdepan dengan situasi Yuna yang terpaksa menyerahkan trofi Lagu Terbaik kepada Anuar Zain jika dia menang AIM19.

Ujar Jac, bukan pada dirinya sahaja, dia juga berharap perkara itu tidak berlaku kepada setiap pencalon yang bakal menang pada malam AIM19 nanti.

Ditanya bagaimana pelantun lagu Jagalah Diri itu terus bertahan dalam industri muzik, ungkap Jac, selama lapan tahun dalam industri apa yang penting adalah fokus.

"Apa yang penting adalah kita kena fokus dalam apa jua yang dilakukan. Walaupun album saya tidak keluar setiap tahun, saya akan pastikan ada projek yang akan dilakukan sama ada filem, muzikal atau kolaborasi bersama artis," ujarnya yang pernah membintangi filem Talentime.

Berkongsi pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni, cerita Jac, pengalaman paling manis pernah dikecapi olehnya adalah ketika dia memenangi pertandingan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

Jac juga menganggap penerimaan peminat terhadap dirinya sebagai seorang penyanyi sehingga kini adalah satu pengalaman manis dalam hidupnya.

"Selama lapan tahun saya berada dalam industri, ada peminat yang sentiasa bersama saya. Mereka bukan sekadar minat tetapi mengambil berat mengenai saya dan mereka juga sudah jadi seperti sahabat," jelasnya.

Hazama ingin jadi seperti M.Nasir

Buat pertama kali Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 27, tercalon untuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dalam AIM.

Tidak hanya pada vokal, pelantun lagu Simetri itu juga tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik dalam AIM19.

Tercalon untuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) bersama Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Jamal Abdillah dan Stephen Rahman Hughes, Hazama mengakui segan dan menganggap pencalonannya bersama empat nama besar itu sudah menjadi satu kemenangan buat dirinya.

"Tidak menangpun tak apa. Tercalon dengan penyanyi-penyanyi yang hebat itu sudah menjadi satu kemenangan buat saya. Tetapi, kalau ditakdirkan saya menang itu satu bonus," jelasnya ketika dihubungi Kosmo!.

Ceritanya, selama enam tahun berada dalam industri baharu kali ini dirinya berasa dihargai.

Dedahnya lagi, sikap sentiasa sabar dan mengutamakan keluarga mungkin menjadi kunci laluan kerjayanya dalam bidang nyanyian semakin sukses.

"Sabar dan keluarga adalah penguat saya untuk terus survival dalam industri. Saya juga tidak menolak pintu rezeki saya terbuka selepas memenangi Akademi Fantasia ke-9," luahnya.

Tidak pernah mensia-siakan peluang yang diberi kepadanya, ujar Hazama, biarpun peluang yang diberi itu (persembahan nyanyian) tidak seberapa, dia tetap akan menerimanya.

Selain faktor peluang, sabar dan keluarga, jelas Hazama, dia juga sentiasa menepati masa dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam persembahan dan melalui pendiriannya itu menjadi kunci survivalnya dalam bidang seni suara.

Ditanya mengenai sasarannya dalam bidang seni, tutur Hazama, dia mahu menjadi seperti Datuk M. Nasir.

"Saya harap satu hari nanti saya jadi legenda. Orang sentiasa hargai dan tidak melupakan saya. Saya harap jadi seperti M. Nasir," ujarnya lagi.

Shila rasa bertuah

Menerima dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Patah Seribu, ungkap Shila, kalah atau menang bukan perkara utama kerana baginya tercalon dalam lima finalis akhir bersama dengan nama-nama besar dalam AIM19 merupakan satu pengikhtirafan dan bertuah kepadanya.

"Setiap kali tercalon dalam mana-mana anugerah, saya tidak pernah meletakkan harapan untuk menang. Bagi saya menang atau kalah adalah perkara kedua. Kalau menang, saya anggap ia sebagai bonus.

"Semua calon Top 5 hebat-hebat belaka, malah saya akui, pernah mengasah vokal menyanyikan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza dan Nora. Saya tidak kisah kalau tidak menangpun," jelasnya.

Ditebak soalan, adakah kemenangannya di pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, bakal menjadi laluan mudah untuk dia menang dalam AIM19, luah Shila, dia tidak dapat menjangkakan perkara itu kerana calon-calon semuanya hebat dan ada kelebihan untuk menang.

Ditanya bagaimana dia bertahan dalam industri, ujar Shila, dia percaya pada takdir dan tidak pernah berputus asa.

"Saya percaya pada takdir. Dia lebih tahu. Rezeki tidak berpihak pada saya pada waktu awal," jelasnya.

APM2012 jadi platform bakat baharu

Posted:

APM2012 jadi platform bakat baharu

APM2012 jadi platform bakat baharu

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SEBAHAGIAN daripada artis yang tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2012.


SEJAK 10 tahun yang lalu, Anugerah Planet Muzik (APM) sememangnya menjadi medan pertembungan bakat muzik antara tiga negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. Sebagaimana majlis anugerah yang lain, tujuan APM juga adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat muzik.

Kini, APM bakal menggegarkan semula arena muzik tiga negara ini di mana penonton dapat menyaksikan persembahan dan penyampaian secara langsung yang akan disiarkan secara eksklusif oleh stesen televisyen satelit Malaysia di saluran Astro Ria (saluran 104).

"Sebagai penyiar rasmi APM2012, kami telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan aspirasi, visi dan sasaran pihak penganjur mempromosi acara berprestij ini ke tahap yang lebih tinggi melalui wadah Astro.

"Ini untuk memastikan acara yang dinanti-nantikan ini mendapat tontonan yang meluas. Astro juga sangat berbesar hati kerana diamanahkan menjadi penyiar rasmi dan kami hargai tanggungjawab yang diberikan kepada kami ini," ujar Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani pada sidang akhbar APM2012 yang bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur.

APM kali ini dianjurkan oleh stesen radio Melayu MediaCorp Singapura iaitu Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM dan bakal diadakan di MAX Pavilion, Singapore Expo pada hari Sabtu, 15 Disember ini pukul 8.30 malam.

Setelah 10 tahun mempertandingkan kategori yang sama, buat julung-julung kalinya, APM 2012 bakal memperkenalkan beberapa kategori baharu seperti Anugerah Hits Radio, Anugerah Ikon Media Baru serta Anugerah Nova Media Baru.

Antara yang menarik perhatian ialah Anugerah Nova Media Baru. Ini kerana calon yang dipilih bukan bergelar penyanyi profesional dan antara syaratnya ialah mereka tidak boleh terikat di bawah mana-mana label produksi mahupun syarikat muzik.

"Dengan kemudahan muat naik video secara online, kita tidak dapat menjangka siapakah bintang baharu yang akan bersinar dan oleh kerana itu, kami memperkenalkan Anugerah Nova Media Baru yang mengiktiraf kemunculan bakat baharu paling popular menerusi online.

"Bagi Anugerah Ikon Media Baru pula, pengiktirafan diberi kepada artis yang mempunyai ramai pengikut di dunia siber," tutur Naib Presiden Ehwal Rancangan Melayu, India & Ekspatriat, Radio, MediaCorp Pte. Ltd., Zakiah Halim.

Bagi kategori Nova Media Baru, antara 12 calon yang bertanding, empat daripadanya dari Malaysia iaitu Abdul Hamim Suleiman, Abdul Muttaleeb, Mohd Fairuz Selamat serta Muhammad Samsudian.

Bagi Hamim, Muttaleeb dan Fairuz, keterujaan jelas terserlah pada wajah mereka ketika melihat nama tercalon dalam kategori yang pertama kali dipertandingkan itu.

"Tidak sangka video saya terpilih dan setelah mengetahuinya, saya berasa sangat teruja dan gembira. Saya mula memuatnaik video nyanyian saya sejak tahun 2007 lagi. Ini kerana APM merupakan sebuah anugerah yang berprestij serta ia terbuka kepada tiga negara.

"Menjadi salah seorang daripada calon pun telah membuatkan saya bersyukur. Namun, saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang atau sebagainya. Jika menang, itu mungkin rezeki saya. Ini kerana nyanyian memang merupakan minat saya dan banyak juga ujibakat yang saya pernah sertai antaranya ialah Mentor dan Akademi Fantasia 7 (AF7)," tutur Hamim yang memuatnaik lagu Ombak Rindu nyanyiannya untuk ke APM2012.

Jika ingin sebarang butiran lanjut mengenai APM2012, sila layari www.xinmsn.com/warna942 atau www.xinmsn.com/ria897.

Khamis, 15 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Tidak Suka Mendedahkan Kisah Peribadi” – Sam Respond Hubungan Rapat Dengan Syatilla

Posted: 15 Nov 2012 06:45 PM PST

Sekiranya Rabu lalu pihak OHBULAN! telah mengeluarkan kenyataan Syatilla Melvin, 21 mengenai hubungan rapatnya dengan pelakon lelaki terkenal Shaheizy Sam, hari ini muncul pula kenyataan dari pihak Sam sendiri yang mengaku hal yang sama akan tetapi enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan tersebut.

"Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan.

"Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal.

"Saya tidak suka mendedahkan kisah peribadi. Tiada apa yang menarik pun mengenai hal peribadi saya.

"Sebab itu dari dulu lagi saya selesa menyendiri dan tidak banyak bercerita mengenai urusan peribadi termasuk soal cinta," luah Sama menerusi pihak mStar Online hari ini.

Update : Peminat Mengamuk Konsert 2NE1 Di Malaysia Batal!

Posted: 15 Nov 2012 06:40 PM PST

Semua peminat artis Korea (K-Pop) tanah air sedia maklum bahawa kumpulan 2NE1 bakal mengadakan persembahannya pada 8 Disember ini sempena '2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia – New Evolution.'

Akan tetapi pada saat-saat akhir, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa konsert 2NE1 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal dan mereka amat kesal dengan perkara tersebut.

Pembatalan konsert ini telah membuatkan ramai peminat K-Pop tanah air mengamuk, terutama bagi individu yang telah membeli tiket konsert.

Ramai yang menginginkan wang mereka dikembalikan dan merasa sangat kecewa.

Berikut antara respond yang pihak OHBULAN! perolehi daripada laman sosial Facebook dan Twitter pihak penganjur :

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Tony Fernandes on AXN’s The Apprentice Asia

Posted: 15 Nov 2012 09:46 PM PST

Do You Have What It Takes For The Ultimate Job Interview?

gets set to hire and fire on 's

Are you young, bold, with big dreams of working for one of Asia's billionaires? If so, you might just be the one we are looking for in the brand new Asian adaptation of The Apprentice!

Video and Film

The Apprentice Asia will be the brand new original production on AXN Asia, with Asia's very own tycoon and Forbes Asia's 2010 'Asia Businessman of the Year' – Tony Fernandes – most well-known for turning around ailing airline Air Asia and breaking even within a year of taking over. Modelled after the US format, the reality series will be helmed by reality TV guru (, ) and Fremantlemedia Asia, a leading global entertainment company. The winning apprentice will stand to walk away with a dream job under Tony Fernandes! All entries must reach us by 16 December at midnight Singapore time.

Call for participation will begin as of 15 November. We are looking for aspiring and/ successful entrepreneurs with big business ideas, from backgrounds in various enterprises from sales and marketing, real estate, accounting to consulting management.

The Apprentice Asia's Criteria

  1. - Age of 21 years and above
  2. - Currently living or working in Asia; with a valid passport of at least six months
  3. - Well-versed in English

If you think you fulfill the above criteria, head right on to www.axn-asia.com/TheApprenticeAsia to download the application form right now! Interested applicants will be required to fill up the application form and send in a video of maximum four minutes to introduce themselves.

Grab this once-in-a-lifetime opportunity for the ultimate job interview, for you might just be one to outwit and outlast the rest! You're hired!

The Apprentice Asia_Tony Fernandes-002

About AXN & AXN HD
AXN offers viewers a thrilling ride with an exciting slate of programs designed to exhilarate and help them escape the humdrum of daily routine. The leading English general entertainment destination among upscale, affluent adults aged 18-39, the channel delivers first run, exclusive top-rated drama series, blockbuster features, adventure and competitive reality programs from around the world, as well as made-in-Asia original productions. Launched first in Asia in 1997, AXN has become an international channel brand that is now seen across 60 countries globally including Latin America and Europe. In Asia, the channel is now watched by 154 million viewers in more than 104 million homes across 21 countries, including close to 50 million households on a time-block basis in China. AXN has also been available in high-definition (HD) since March 2009. AXN ASIA is wholly owned by Sony Pictures Entertainment and managed by Sony Pictures Television's Networks, Asia, which also operates pay-TV channels beTV, ANIMAX, SONY ENTERTAINMENT TELEVISION and ONE.

Comments

comments

Tags: , , , , , ,

How to Redeem Watsons Music Festival Ticket

Posted: 15 Nov 2012 08:03 PM PST

will be held on 15th Dec 2012 in Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Themed 'Time to Play, it is expected to be one of the largest Hip-Hop or R&B concerts in Malaysia.

The Watsons Music Festival will feature (aka B.o.B), and the who are world renowned contemporary acts, as well as Mizz Nina, Malaysia's very own hip-hop or R&B singer, songwriter.

How to Redeem Watsons Music Festival Ticket

Apart from warm-up acts; Mootz and DJ Skeletor from Hitz.FM's Club Hitz, the event promises various exciting stage activities, even an "Oppa KL Style" music video which is expected to have the entire audience joining-in with "gangnam" style dance moves.

How to Redeem Watsons Music Festival Ticket

Flash mob dancers dancing the Hitz FM 'Oppa KL Style', learn it and show us on 15th Dec 2012 at Stadium Merdeka

This could be Watsons' grandest VIP member's celebration in conjunction with the 2nd Anniversary of the Watsons VIP Card.

Mr. Kulvinder Birring, Managing Director of Watsons Malaysia

"We don't just sell health and beauty products. We help customers to 'Look Good, Feel Great, Have Fun,' and if you step into any of our outlets, you will find a team of pharmacists, health advisors, nutritionists, and beauty professionals ready to help you do just that."

"But more than just helping our customers in the store, we want to deliver an exceptional brand experience to them hence the idea of the Music Festival", says Kulvinder Birring, Managing Director of Watsons Malaysia.

The Watsons VIP Card was a first in the Health & Beauty Retail industry and was launched with the promise of giving more than just points but 'money can't buy experiences'. In the last two years, Watsons had organized Men's Grooming Workshops, Positive Living Workshops with Cooking Demos, and members have even driven away with two brand new cars.

How to Redeem Watsons Music Festival Ticket

Watsons Music Festival, Time To Play

How to Watsons Music Festival Tickets:-
Step 1
Purchase & Register VIP Card

Step 2
Spend RM60 inclusive of participating brands

Step 3
Redeem 2 tickets for just 100 points

Free tickets and other great prizes can also be won via Era FM and Hitz.FM, 8TV Quickie as well as The Sun Newspaper. Apart from all that, the concept of "Time to Play" will also feature a host of exciting activities that consumers can be a part of. This includes live feeds, behind the scene action, interviews, games, contest information, details on how to meet the artistes, and, even how to win a once in a lifetime On-Stage Pass. To know more, visit Watsons Malaysia Facebook Page.

How to Redeem Watsons Music Festival Ticket

68223_10151507930144409_897105770_n

308870_10151507936414409_116162239_n

188428_10151507935754409_239202377_n

207591_10151507935084409_443930890_n

533680_10151507932649409_1217719596_n

Comments

comments

Tags: , , , ,

Sensasi

Sensasi


Kenapa Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah?

Posted: 15 Nov 2012 09:45 AM PST


Terkejut jugak Sensasi bila mendengar kisah hubungan Bintang Pop terkenal antarabangsa,Justin Bieber dan Selena Gomez..Maunye tak,kedua nie cukup romantik,loving couple,dah buat kenyataan nak jadi seperti Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk mempunyai ramai anak...

Keduanya mempunyai pengaruh tersendiri,tapi tentulah Justin Bieber yang terlebih dahulu meletop,apabila mereka mula bercinta,ramai peminat Bieber yang mengugut bunuh Selena..Namun lama kelamaan semua dah suka mereka bersama...

Selena yang meminta hubungan cinta mereka diputuskan memberikan alasan; 

"Gomez meminta hubungan ini ditamatkan pada minggu lalu. Dengan keadaan mereka terpaksa berjauhan dalam waktu yang agak panjang, Gomez terpaksa menyesuaikan diri. Keadaan ini telah menggugat kepercayaannya terhadap Justin. Ia bukan perkara yang mudah, akhirnya hubungan ini terpaksa di tamatkan," kata sumber tersebut.


Gambar nie macam anak patung..


Namun disebalik kenyataan tersebut sebenarnya kes cemburu telah menyebabkan mereka bergaduh...

Dahulu,Selena pernah memutuskan hubungan mereka namun dipujuk oleh Justin Bieber sambil nangis2 tau..
Kemudian Selena menerima Justin semula...Masa tu kes cemburu menjadi punca mereka berpisah..nampaknya berulang kembali...

Justin dikatakan menghubungi dan "berkawan" secara sembunyi dengan Barbara Palvin,seorang Model Victoria Secret yang berumur 19 tahun.

Justin berumur 18,dan Selena 20.

Satu pertemuan diantara Selena dan Justin telah dibuat untuk membincangkan tentang hubungan mereka namun nampaknya gagal untuk menjernihkan kembali hubungan,menurut Justin,dia mahu kebebasan untuk mengenali dan keluar dengan perempuan lain...cis dasar lelaki..Tapi yelah Justin baru je 18,dengan kekayaan dan popularitinya,petik jari je beratur pempuan nak berkepit..mungkin dia baru "nampak" dunia,nak rasa enjoy.Sebab tu la,bila bercinta zaman sekolah sering dikaitkan dengan cinta monyet..

Sebab masih muda,belum nampak dunia..bila dah mula kenal lagi ramai orang,ditambah dah ada duit,dah ada kebebasan ,banyak pula godaan,lagi la hati tu nak flirting ngan orang lain...Tapi tak semua begitu,kalau kedua pihak boleh bertolak ansur dan saling memahami dan sayang pasti boleh...


Barbara Palvin menerima banyak ugutan daripada peminat kedua selebriti Pop ini...Sebenarnye Palvin sendiri sudah mempunyai kekasih hati...

Bagi Sensasi Barbara nie berwajah garang sikit..



Video:WHAT GUYS WANT FROM GIRLS

Posted: 15 Nov 2012 09:12 AM PST

Video: That Awkward moment...

Posted: 15 Nov 2012 09:02 AM PST

Teehee!!

Video: The Worst Boyriend Ever

Posted: 15 Nov 2012 08:57 AM PST

The worst Boyfriend ever.haha,Sensasi pasti korang pernah kenal atau maybe ada boyfren yang bersikap seperti Ryan dalam Video ni... Well for me,my bf used to be kinda immature jugak,and suka cemburu lebih2,tak sensitif,but in someways he is very romantic and suka memujuk.. But people change ,i think he is much better now..hehe.. He is actually satu contoh lelaki yang baik, buat Sensasi rasa happy,selamat dan i do feel complete with him.. There was a time when i broke up with him and be with other person.but i didnt feel complete.I feel void in my heart and i misses my ex bf so much. That other person is "perfect" in the way that i thought my perfect guy would be..you know stuff like,financially,pandai selok belok agama,charismatic and ramai kawan yg u know in the bussiness circle,politician,etc2.sort of berpengaruh la,hv good look,and nice voice,and fit..but emotionally,i cant attach .. Not everyone can make u feel the way u feel when u r really in love.. Im really in love with my bf now.the same bf i had 3 years ago :) Now me and ex bf are together again..and i feel happy and complete again.. i relly hope we will be together till the end.. :)

Setelah berbulan lamanya tak berblogging..

Posted: 15 Nov 2012 08:12 AM PST

Dah begitu lamanya sensasi tak jejak dalam blog Sensasi ini... Sungguh sedih sebenarnye... Sensasi busy dengan kerja ,dulu Sensasi tinggal di Penang.Sekarang dah pindah ke KL semenjak erm pertengahan tahun lepas gitu..

 Semenjak di KL,sensasi mula bekerja di syarikat2 yang sungguh menyibukkan sensasi.. Bila sibuk,lepas balik keja beriadah pula kan.. So dah tu tidur and seterusnye esok pergi keje balik..

 Bukan langsung takda masa nak berblogging..tapi seriously..bila dah sebulan dua tak update blog..Perasaan tu jadi lain...mood memang lari..ditambah rasa mcm penat nak start over..hehe
Okeylah tak keysah..Sebenarnye blogging nie hiburan,dan satu cara untuk kill the time.. Para blogger pasti tahu..kadang2 bila kita berblogging,memang boleh addicted sampai tak nak keluar rumah,tak mahu pergi tempat yang takda internet dan sebagainya..

 Dulu2 zaman sensasi aktif,bila pulang ke kampung (takda internet) hati jadi gelisah je sebab nanti rindu blog...sekarang nie takde perasaan hehe.. Well anyway,Sensasi buat blog nie sebenarnye hiburan pada Sensasi sendiri..its like my very own collection of stuff i find interesting and amusing me..


 Ada blog yang sungguh konsisten,ada yang memang pentingkan originality,ada blog yang glamour dan sebagainya..Sebenarnye tu semua terpulang pada individu..Apa yang boleh buat dia happy,dia buat lah kan...korang yang takda blog pun boleh buat blog..
Selain menghiburkan blog juga boleh jadi tempat meraih wang sampingan.. Ada yang menjadikan blog sebagai pendapatan utama mereka...janji ada readers.. 

 Ada blog yang cukup canggih dan memang pandai selok belok IT.

Bagi Sensasi,Sensasi pakai blogspot je sebab buta wordpress..ala tak reti la nak complicated sangat..asalkan boleh tulis,letak gambar,dan video pun dah cukup.. 

 Okeylah dah lama tak celoteh dalam blog sendiri..buat yang masih membaca blog nie,terima kasih banyak ye korang... :)) buat yang tak suka pun ,Sensai takleh nak cakap ape lah.life is short to fill with hatred.

 K adios

Video: Apabila Aaron Aziz ketawa sampai menangis dengar lawak Zizan

Posted: 15 Nov 2012 08:12 AM PST

Hehe ,kalau korang tengok Video Aaron gelak mesti tersenyum je.. Sbenarnye sensasi pun tak dapat tangkap sangat lawak Zizan nie...cume kelakar dgr aaron gelak je... Sensasi rasa Aaron gelak sbb x tahan tengok muka Zizan yang mmg lawak walaupun tak buat kelakar..