Adsense

Isnin, 1 Oktober 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Penyertaan Elfira Loy Dalam Fear Factor Dipertikai?

Posted: 30 Sep 2012 11:37 PM PDT


Program Fear Factor Selebriti Malaysia belumpun menjalani pengembaraan, namun penyertaan salah seorang daripada 30 selebriti yang akan menjadi peserta, Elfira Loy dipertikai sesetengah pihak.
Banyak komentar mengutarakan pendapat negatif, Elfira masih muda dan fizikalnya kecil, maka dia tidak layak untuk bertanding.
Namun bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini untuk menyahut cabaran program realiti sebegitu.
Katanya, kita harus percaya dengan apa yang kita boleh lakukan.
"Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing.
"Tetapi atas dasar semangat yang tinggi akhirnya saya dapat lakukan juga," katanya yang dipetik melalui Oh Bulan, di sini, kelmarin.
Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.
"Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut," seloroh Elfira.
Program Fear Factor Selebriti Malaysia akan memulakan rakaman di Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober hingga 15 November ini dan bakal disiarkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD.
- ---

K'Langit Tidak Kisah Dikatakan Kumpulan Indonesia

Posted: 30 Sep 2012 09:33 PM PDT

K'Langit popular dengan lagu Sesal Mendua.
PETALING JAYA: Kumpulan K'Langit yang popular dengan lagu Sesal Menduamenjelaskan tidak terlalu mengambil serius dengan pandangan masyarakat yang menyangka mereka sebagai kumpulan daripada Indonesia.
Salah seorang anggotanya, Haris, 24, berkata, mereka sudah cukup bertuah apabila lagu ciptaan Panji Sakti itu diterima ramai dan mengikut citarasa pendengar.
"Barangkali masyarakat mendengar melodi lagu Sesal Mendua mereka menyangka kami berasal daripada Indonesia tambahan pula ia dicipta oleh Panji Sakti yang memang berasal daripada sana.
"Bagiamanapun kita tidak kisah dengan tanggapan orang kerana yang penting masyarakat dan pendengar menerima muzik kami dengan baik," ujarnya.
Selain Haris atau nama sebenarnya Mohd Haris Muhamad (gitaris), K'Langit turut dianggotai oleh Mohamad Nor Hadre Ayub (Ary - vokal), 26 dan Mohd Izwan Ahmad Mahayuddin (Iwan - pemain bass), 26.
Dalam pada itu, Haris memberitahu mereka selesa dengan muzik yang dibawa kini dan memberitahu ia mengikut citarasa dan pasaran muzik tempatan.
"Pada sesetengah orang berpendapat lagu kami kedengaran seperti muzik kumpulan Indonesia tetapi secara dasarnya kami menghasilkan mengikut citarasa pendengar," ujarnya.
Sementara itu, Haris memberitahu, album pertama mereka yang berjudul K'Langit Dewibakal berada di pasaran pada 8 Oktober depan yang memuatkan enam buah lagu.
Katanya, mereka juga akan melancarkan single ketiga mereka berjudul Dewi yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan K'Langit sebagai taruhan terbaru mereka.
"Alhamdulilah dua single terdahulu mendapat sambutan baik daripada peminat dan untuk lagu terbaru ini nanti kami memilih Dewi kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri," katanya.
- ---

Nabil Menyerlah Dalam Lawak Ker Der 2

Posted: 30 Sep 2012 09:32 PM PDT

Kemunculan Nabil dalam kumpulan Boboi nyata menjadi.
KUALA LUMPUR: Kemunculan penyampai radio Suria FM Nabil Ahmad dalam pementasan Lawak Ker Der musim kedua bersama kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ternyata menjadi apabila persembahannya berjaya memikat hati penonton.
Turut memegang amanah sebagai pengacara pada pementasan yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya itu, Nabil muncul dengan tarian Lawak Ker Der Style yang menyebabkan satu dewam pada persembahan malam pertama itu ketawa melihat aksinya.
Malah watak Afdlin dan Harun semasa persembahan pertama tenggelam apabila watak pengawal keselamatan lapangan terbang dan pramugari yang dibawa Nabil berjaya menarik perhatian penonton pada malam itu.
Keserasian Johan dan Zizan tidak dapat disangkal dan mereka berjaya menyerlahkan lawak dengan baik.
Lawak Ker Der 2 sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dari 28 September lalu hingga 3 Oktober depan.
Selain Boboi ia turut menampilkan Jozan (Zizan Razak dan Johan) dan Harith Iskander yang turut menguasi pentas dengan cara yang tersendiri.
Dalam pada itu, usaha kumpulan Jozan juga nyata tidak mengecewakan dan lawak yang dipentaskan berkonsepkan sketsa komedi cuma barangkali ia terlalu meleret sehingga menimbulkan sedikit rasa bosan.
Bagaimanapun kelincahan dan keserasian mereka di atas pentas cukup hebat dan kolaborasi itu nyata memberi kepuasan kepada penonton.
Tidak ketinggalan Harith yang muncul dengan 'stand-up comedy' berkisarkan mengenai kehidupan biasa rakyat Malaysia dan cerita yang disampaikan cukup dekat dengan hati penonton.
Harith menyentuh perkara-perkara yang dekat dengan hati penonton sebagai bahan lawak.
Persembahan Harith yang banyak menggunakan bahasa Inggeris bukanlah satu penghalang untuk penonton bergelak ketawa dengan lawak yang dibuatnya itu.
Lawak Ker Der mampu menjadi satu ikutan dan menguasi pentas Istana Budaya dengan cara tersendiri sekaligus mengangkat martabat para pelawak yang selama ini sering diperlekehkan.
Secara keseluruhannya persembahan Lawak Ker Der 2 selama tiga jam itu sama hebat seperti mana pada musim pertama dan tidak hairan jika pihak Istana Budaya akan melanjutkan pementasan itu untuk musim ketiga.Harga tiket masih boleh didapati dikaunter pembelian tiket Istana Budaya untuk persembahan 1 hingga 3 Oktober atau hubungi 03-41478600.
- ---

Kejayaan Hantu Kapcai Luar Jangkaan

Posted: 30 Sep 2012 09:31 PM PDT

Norman gembira dengan pencapaian filem Hantu Kapcai yang berjaya mengutip RM2 juta di pawagam.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan.
Norman berkata, sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah membuka harapan kepada filem tempatan lain.
"Sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran.
"Kejayaan Hantu Kapcai mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.
Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.
Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.
Dalam pada itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam.
"Jika dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini," katanya.
Sementara itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai projek pada masa hadapan.
Tambah Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada penerbitan filem bertaraf antarabangsa.
- ---

Celebrity News

Celebrity News


Adipati Dolken Hero Muda Indonesia

Posted: 01 Oct 2012 01:57 AM PDT

Adipati Dolken atau nama sebenar, Adipati Koesmadji antara hero muda paling popular di negara jiran. Jejaka berdarah kacukan Jawa-Jerman yang dilahirkan pada 19 Ogos 1991 ini, memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2008 selepas dipujuk kakaknya yang juga aktres Gianina Emanuela.

Mula dikenali menerusi sinetron Kepompong dan filem Putih Abu Abu dan Sepatu Kets, anak bongsu daripada tiga beradik ini mampu berlagu riang dengan pencapaiannya apabila mampu meletakkan diri sebaris dengan pelakon gred A negara kelahirannya.

Ketika bertemu mata dengannya di lokasi penggambaran filem Sang Martir di kota Jakarta baru-baru ini, anak muda berusia 21 tahun ini mesra berkongsi perkembangan terkini, pembabitan awal dalam dunia seni serta impiannya mencipta nama di luar negara.

"Kisah saya mungkin tidak menarik seperti aktor lain. Semuanya bermula dengan pujukan kakak yang mengajak menyertainya dunia lakonan. Mulanya saya menolak kerana tidak berminat tetapi apabila dia cakap boleh dapat banyak wang, saya ubah fikiran.

"Bermula dengan peranan kecil, saya akhirnya mendapat kepercayaan muncul sebagai pelakon utama. Untuk mendapatkan kepercayaan itu bukan mudah kerana persaingan di sini (Indonesia) sangat sengit.

"Saban hari ada saja wajah baru yang berbakat dan ada juga bersandarkan rupa. Jika lalai, pasti ada yang bisa ganti posisi kita. Pernah saya putus asa dan hampir menarik diri.

"Selepas beberapa produksi, saya mula jatuh cinta dengan bidang ini. Niat yang dulunya mahu meraih pendapatan lumayan, perlahan-lahan berubah. Kini saya berlakon kerana kecintaan yang cukup mendalam. Saya amat menitikberatkan kualiti persembahan serta kepuasan dalam berkarya," katanya yang berpegang teguh dengan ungkapan disiplin tunjang utama kejayaan.

Aktor yang pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional ini menyifatkan 2012 tahun terbaik buatnya apabila muncul dengan empat filem iaitu 18++ Forever Love, Malaikat Tanpa Sayap, Perahu Kertas dan Sang Martir.

Untuk peminat Adipati di Malaysia, 18++ Forever Love dan Malaikat Tanpa Sayap disiarkan di Malaysia menerusi Astro di saluran Indopek. Khabarnya, filem 'berhantunya', Perahu Kertas yang diadaptasikan dari novel karya novelis terkenal, Dewi Lestari atau Dee juga sedang diusahakan pihak tertentu untuk ditayangkan di pawagam Malaysia.
 
Adipati melihat perkembangan positif ini sebagai permulaan yang baik untuknya dikenali di Malaysia dan berharap ada pihak sudi mengundangnya berlakon di sini.

"Saya senang dan bangga apabila filem lakonan saya di mainkan di Malaysia. Sejujurnya, saya teringin berlakon di Malaysia dan jika ada tawaran dan ketika itu ada kelapangan, pasti saya terima dengan besar hati.

"Biarpun belum pernah sampai ke Malaysia, sudah banyak cerita yang saya dengar daripada rakan-rakan. Teringin juga ke sana tetapi belum ada kesempatan lantaran jadual saya sangat padat.

"Salah satu impian saya adalah mencipta nama di luar negara, bukan saja Asia tetapi juga di Eropah serta Amerika Syarikat. Bunyinya mungkin terlalu tinggi dan tidak mampu digapai tetapi saya perlu optimis. Dalam hidup ini tidak ada yang mustahil tetapi kita kenalah berusaha keras," kata peminat setia Leonardo DiCaprio yang turut menganyam hasrat bergelar sutradara satu hari nanti.
 
Menjawab karya manakah yang paling dekat dengan jiwanya, Adipati dengan pantas menjawab Malaikat Tanpa Sayap yang mengisahkan seorang remaja bernama Vino yang memilih untuk berkorban demi menyelamatkan adiknya dan juga maruah keluarganya. Kesusahan yang dialami Vino pernah dilaluinya dan persamaan itulah yang menarik perhatiannya menjayakan filem itu.

Bagaimanapun katanya, jika ditanya aspek kepuasan sudah pasti Perahu Kertas arahan Hanung Bramantyo kerana filem yang sekali lagi menggandingkannya dengan Maudy Ayunda selepas Malaikat Tanpa Sayap itu bukan sebarang karya apabila diadaptasikan dari novel paling laris."Beban menjayakan Perahu Kertas sangat berat. Saya harus pastikan watak Keenan benar-benar hidup dan selari seperti yang digambarkan dalam novel. Ramai membaca novel ini dan mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi.

"Biarpun tidak seratus peratus sama, saya berikan yang terbaik malah saya belajar melukis di daerah Menteng, Jakarta Pusat supaya dapat menjayakan adegan melukis senatural mungkin. Syukur ramai suka dengan persembahan saya dan Maudy yang tampil sebagai pasangan saya, Kugi.

"Filem ini juga besar maknanya apabila ia mendidik penonton secara halus agar membuang rasa ego andai kita mahukan cinta sejati. Berbeza dengan Keenan, di dunia realiti saya akan berterus-terang jika sukakan seseorang.

"Kalaupun cinta saya tidak bersambut, tidak mengapa. Setidak-tidaknya saya luahkan isi hati dan tidak ralat," katanya yang tidak sabar menantikan reaksi penonton terhadap sekuel Perahu Kertas iaitu Perahu Kertas 2 yang akan menyusul di pawagam tidak lama lagi.
 
Tidak merahsiakan hatinya kini sudah dimiliki seorang pelakon wanita, aktor ini bagaimanapun enggan mengulas siapakah aktres bertuah itu. Barangkali kontroversi tersebar gambar panasnya bercium dengan bekas kekasihnya, Chika Anastasya Kinsky menjadikan dia lebih berhati-hati berbicara soal pasangan barunya.

Pun begitu, Media seberang rancak dengan spekulasi Maudy adalah cinta hati baru aktor kacak itu namun baik Adipati mahupun Maudy menegaskan mereka hanya teman rapat.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Dalam Masa 5 Hari Filem Hantu Kapcai Kutip Lebih 2 Juta

Posted: 01 Oct 2012 01:44 AM PDT

Sungguh menakjubkan dan sudah pasti ia adalah filem pecah panggung tahun ini, setelah beberapa hari ditayangkan dipawagam sejak khamis lalu. Filem terbitan anak syarikat KRU Studios ini telah berjaya menarik peminat filem tempatan dipawagam khasnya.

Jika sebelum ini filem 29 Februari juga terbitan KRU hanya berjaya mengutip RM500 ribu, tetapi lain pula kisahnya dengan Filem Hantu Kapcai. Berita mengenai kutipan filem berkenaan tersebar setelah akhbar berita harian terbitan Ahas (Semalam), memberitahu filem ini berjaya mengutip RM2 juta dalam masa 2 hari.

ZoOM perasaan ada beberapa filem tempatan yang kurang mendapat sambutan beberapa bulan kebelakangan ini. Dan boleh dikatakan ia sekadar melepaskan lelah di industri tersebut, malahan menjadi santapan penonton di Astro.

Selain itu juga ZoOM nak ucapkan tahniah kepada Showbiz Production kerana berjaya membuktikan filem tempatan masih mempunyai aura tersendiri.

Tahniah sekali lagi kepada pengarah Ghaz Abu Bakar dan juga KRU Studios.

Apa komen anda yang menonton ?

Sinopsis Filem Hantu Kapcai :

Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).

Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.

Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cerita Makan Ayam Yang Sedap

Posted: 01 Oct 2012 01:23 AM PDT

Ada satu citer nie, budak laki ngan budak pompuan nie
darjah 1 sekolah rendah. Diorang ni kawan baik sgt,
tiap-tiap hari mak bapak diorang bekalkan ayam goreng
utk makan waktu rehat. Diorg selalu makan sama2.
Budak pompuan tu tanya budak laki tu..."Awak pun suka makan
ayam goreng ke?"
Budak laki..."Suka, awak?"
Budak pompuan..."Saya memg suka sgt makan ayam goreng nie"

Sampailah masuk darjah 6 mereka berada di sekolah yang
sama. Tiba-tiba satu hari budak pompuan ni dah tak
bawak dah ayam goreng.

Budak laki tu pun tanya.
"Eh...Apasal awak dah tak bawak ayam goreng? Awak dah
tak suka makan ayam lagi ke?"
"Tak boleh makan ayam lagi la, sebab bawah saya dah
tumbuh bulu ayam"...
"Eh...ye ke? Cuba tengok?"
Budak pompuan tu pun selak skirt dan tarik suar dalam,
dia tunjukkan bulu yang dah tumbuh kat situ.
"A'a lah memg dah tumbuh, saya pun tak nak makan ayam
lagi la kalau camni"...
"Apasal lak? Awak pun dah tumbuh bulu ayam jugak ke?"
"A'a...awak nak tengok ke?"
"Nak"

Budak laki tu pun londehkan suar dia...
"Eh eh awak punya bukan bulu aje, tengkuk dan balung
ayam pun dah tumbuh jugak"
*&^%$...??? 

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Maya Karin dilamar

Posted: 30 Sep 2012 02:54 PM PDT

Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar.

Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan.

Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa personaliti lelaki sebelum ini, semua itu gosip yang akhirnya lenyap begitu saja. Bila masanya pelakon dan penyanyi ini bercinta, dan siapakah jejaka yang berani melamar wanita yang bukan mudah menyerahkan hatinya kepada sebarang lelaki ini?
Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan.

"Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman.

Belum ada kata putus "Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus diberikan. Saya juga masih menimbang tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, melihat kandungan kontrak, saya amat berpuas hati dengan apa yang mereka ingin berikan.
"Tengoklah, jika ada rezeki bersama mereka, pasti akan ada pengumuman rasminya nanti," kata Maya ketika ditemui pada majlis Hati Ke Hati bersama duta Inner Shine, Maya Karin, di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Majlis penuh santai itu diadakan bertujuan memperkenalkan saiz baru produk minuman berkhasiat terbabit, dengan 60 peratus lebih kandungan berbanding saiz biasa.

Sebelum ini, Maya pernah merakamkan tujuh lagu sebagai usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Sebelum ini dia pernah muncul bersama dua album, masing-masing berjudul Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

Nasib lagu jadi tanda tanya Bagaimanapun, jika jodohnya dengan syarikat rakaman itu menjadi, nasib lagu yang sudah dirakam juga menjadi tanda tanya.

"Saya sendiri tidak pasti apakah syarikat rakaman itu akan menggunakan lagu terbabit untuk dimuatkan dalam album saya nanti. Jika mereka ada perancangan lain, nampak gayanya lagu itu terpaksalah saya simpan.

Saya sudah pun berbincang dengan penerbit album itu, Audi Mok, mengenai nasib lagu berkenaan.

"Dia bersikap positif dan katanya, jika lagu dalam album itu tidak digunakan, dia tidak kisah dan mahu saya menjadikan pengalaman merakamkan lagu itu sebagai ilmu cukup berharga untuk kerjaya nyanyian saya," kata Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini.

Panjat gunung di Nepal Sementara itu, dia yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 29 Oktober berkata, hari istimewa berkenaan bakal disambut bersama lelaki tersayang.

Membuat acara itu lebih bermakna, sambutannya akan diadakan di kawasan pergunungan Langtang, di Kathmandu, Nepal.

"Bapa yang beriya-iya mengajak saya mendaki di Langtang.

Selepas puas memujuk, tiga minggu lalu baru saya beri kata persetujuan. Hanya kami berdua yang akan melakukan pendakian. Tapi bila memikirkan tempoh perjalanan, iaitu empat hari untuk naik dan empat hari untuk turun, rasa gementar juga.

"Sebagai seorang yang gemarkan cabaran dalam kehidupan, situasi seperti itu sedikit sebanyak menggembirakan hidup saya. Sesekali lari daripada dunia glamor seronok juga. Barulah hidup saya seimbang," katanya yang banyak menghabiskan masa dengan mengembara sejak kebelakangan ini.

Suka aktiviti sukan Selain menjadikan kembara sebagai hobi, Maya juga antara artis yang gemarkan aktiviti sukan. Jika sebelum ini dia sanggup ke Jerman untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Euro 2012, terbaru Maya turun ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1. Bukan sekadar menonton, Maya secara eksklusif diundang melawat garaj pasukan Formula Satu Lotus.

"Kebetulan kawan saya ialah pemilik Lotus, jadi dialah yang mengundang saya melawat kawasan garaj itu. Dapatlah juga melihat pelumba membuat persediaan sebelum ke litar. Ada juga artis antarabangsa lain berada di situ, termasuk Katy Perry. Tinggi betul orangnya," kata Maya yang turut ditawarkan menjadi perantara jemputan program hiburan E! News.

Belum mahu kahwin

Posted: 30 Sep 2012 02:48 PM PDT

Bukan cerita luar biasa apabila kisah cinta artis berakhir dengan perpisahan. Apa juga alasan diberikan, jika sudah bukan jodoh mereka, cinta yang sekian lama disulam terputus juga.

Begitupun, episod cinta pasangan pelakon, Intan Ladyana dan Kamal Adli, nampaknya terus mekar.

Bahkan, diam tak diam, sudah hampir empat tahun dua nama popular ini mengikat kasih antara mereka.
Cuma, kedua-duanya belum serius berbicara soal berumah tangga. Intan sendiri tidak pernah mendesak buah hatinya berbincang mengenai alam perkahwinan andainya mereka belum bersedia.

Bagi Intan, fokus utama ketika ini tetap kepada kerjaya lakonannya yang kian berkembang. Malah, masih banyak watak ingin dicuba pelakon yang kini popular menerusi siri komedi aksi, Bini-Bini Perkasa.

"Hubungan kami masih macam biasa dan kami juga sering berjumpa.

Cuma, kami tidak pernah berbincang soal kahwin kerana bagi kami, lebih elok kalau masing-masing menumpukan perhatian kepada kerjaya seni dulu," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran produk kecantikan diwakilinya, Shurah, di ibu kota, kelmarin.
Sudah jumpa keluarga

Tidak takut dihimpit kontroversi, Intan menyifatkan dirinya sudah lali dengan gosip dan menganggap persefahaman dalam perhubungan lebih penting daripada mendengar berita palsu.

Sukar untuk menyatakan sasaran waktu bagi melangkah ke gerbang perkahwinan, Intan berasakan, saatnya akan tiba juga, namun bukan dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana. Buat apa nak takut dengan berita yang tidak betul? Kalau jodoh kami sudah sampai, saya sendiri yang akan maklumkan kepada media.

"Kami sendiri sudah bertemu keluarga masing-masing, cuma belum ada perancangan untuk melangkah lebih jauh lagi," kata Intan.

Nak jadi askar

Menyentuh soal kerjaya, kata wanita jelita ini, bukan anugerah yang diidamkan.

Namun cukuplah kalau dia diberikan peluang mencuba pelbagai watak lebih mencabar.

Tidak pernah berpuas hati dengan lakonannya, aktres berusia 30 tahun ini mahu mencabar diri dengan watak jahat. Dia juga teringin melakonkan watak perajurit. Biarpun kelihatan lasak dan kasar, baginya itulah kelainan yang ingin dicuba.

Sukar untuk mendapat watak sedemikian, Intan menyifatkan filem bergenre sejarah dan peperangan jarang dihasilkan penerbit.

"Industri kita ini kecil saja dan banyak watak yang tidak ada kerana penerbit bimbang ia tidak mendapat sambutan, jadi macam mana saya nak terokai watak sedemikian?

"Saya mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan kena berani mencuba, malangnya saya jarang dapat watak yang saya idamkan," katanya yang akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu.

Selain drama bersiri Bini-Bini Perkasa, Intan akan muncul dengan filem terbaru berjudul Apa Celop Toq pada 25 Oktober ini di samping filem Sebelum Subuh, Dampak, Adnan Sempit 3

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Gambar Tasha Manshahar dan biodatanya

Posted: 30 Sep 2012 05:39 PM PDT

Biodata Penuh Tasha Manshahar
Nama Penuh:          Nur Nadia Natasha Binti Mohd Manshahar
Nama Panggilan:     Tasha Manshahar
Tempat Tinggal:     Kajang, Selangor.
Penuntut:              Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Tempat Lahir:       Duchest of Kent Hospital, Sandakan, Sabah.
Tarikh Lahir:        22 November 1992

Anak:                   Sulung daripada 3 orang adik beradik.

Facebook: [link]
Lagu : Be Mine [link]

Sumber: hotlips-yuya

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu program sendiri

Posted:

Mahu program sendiri

TUBUH yang genit dan sering terlibat dalam program kanak-kanak menyebabkan pelakon yang lebih dikenali sebagai pengacara Zoey sering disangka masih remaja walhal umur sebenarnya sudah mencecah angka 27 tahun. Lima tahun terlibat dalam program kanak-kanak, bekas pengacara program Gerak Geri Asing itu mahu sesuatu yang lebih mencabar buat dirinya.

Bukan enggan terlibat langsung dengan program kanak-kanak, tetapi ujar pemilik nama sebenar Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman jika boleh dia mahu menjadi seorang pengacara yang versatil dan mengikis imejnya sebagai pengacara program kanak-kanak sahaja.

"Saya terima sahaja rezeki yang datang pada saya. Memang tidak dapat dinafikan saya suka bersama kanak-kanak kerana mereka semua sangat jujur dan saya juga seronok ketika mengacarakan program kanak-kanak, tetapi sampai bila?

"Umur saya semakin meningkat, tidak mungkin selamanya saya ingin dipandang sebagai pengacara program kanak-kanak sahaja. Tahun ini saya sudah 27 tahun, jika boleh saya mahu juga menjadi pengacara program yang lebih mencabar diri," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Rekativiti di kilang alat tulis, Faber Castell di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tegasnya lagi, dia juga menyimpan impian untuk mempunyai program kendaliannya sendiri suatu hari nanti atau menjadi pengacara kepada sebuah program yang benar-benar menguji kemampuan dirinya.

"Selain menjadi pengacara program kanak-kanak, saya ada juga mengacara beberapa buah program remaja dan juga berlakon dalam drama seperti Friday I'm In Love dan filem Tanda Putera, tetapi saya tidak tahu di mana silapnya, imej sebagai pengacara kanak-kanak itu lebih kuat.

"Kalau boleh pada masa depan saya teringin untuk mengendalikan sebuah program bual bicara sendiri. Bagi saya itu klimaks kerjaya seorang pengacara kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan produksi dan penonton," balasnya.

Bukan itu sahaja, disebabkan wajahnya tampak lebih muda daripada usia sebenarnya menyebabkan dia sering sahaja diberi watak budak sekolah atau remaja belasan tahun apabila terlibat dalam drama.

ZOEY dan Elfira masing-masing mempunyai impian besar dalam bidang seni. Mereka mahu membina reputasi yang baik sebagai pengacara juga pelakon.


"Teringin juga bawa watak yang lebih matang sesuai dengan usia saya tetapi setakat hari ini saya belum diberi peluang oleh penerbit, bimbang juga penonton bosan melihat saya bawa watak yang sama berulang kali. Ada juga yang menyoal kenapa saya tidak tua-tua dan ada yang sangka saya masih remaja tetapi apabila diberitahu usia sebenar ramai yang terkejut.

"Mungkin sudah rezeki. Jika difikir positif, bagus juga saya kelihatan muda sentiasa tetapi dalam hati saya meronta-ronta ingin melakukan sesuatu yang lebih serius. Sampai bila saya mahu bawa watak budak sekolah atau remaja kolej? Saya sendiri pun bosan, tetapi jika jalan ceritanya berbeza dan menarik, rezeki jangan ditolak," ucapnya dalam senyuman.

Pereka Hiasan Dalaman

Jejaka kelahiran Terengganu itu mengakui, tawaran lakonan yang datang kepadanya tidak sebanyak pelakon popular yang lain, bagaimanapun tidak bermakna jadual hariannya tidak padat.

Kata Zoey, ramai yang tidak tahu, selain berlakon dan menjadi pengacara, dia juga merupakan seorang pereka kanan di syarikat hiasan dalaman milik abangnya, Calista Design Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Bandar Bukit Jalil sejak empat tahun yang lalu.

"Jika saya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seni, masa saya akan dihabiskan di pejabat dan membuat rekaan untuk hiasan dalaman rumah serta pejabat. Memang ramai yang tidak tahu saya mempunyai pekerjaan lain, tetapi sebagai selebriti saya harus menyediakan payung sebelum hujan, jika kerja dalam bidang seni, ia tidak bertahan lama.

"Bidang hiasan dalaman pula bukan paksaan keluarga atau sesiapa sebaliknya kerana minat yang tinggi serta saya sendiri belajar bidang tersebut ketika menuntut di kolej dahulu. Bagi saya apa salahnya bekerja dengan keluarga sendiri, rasanya lebih baik daripada bekerja dengan orang lain. Jadual lebih fleksibel sesuai dengan saya yang mempunyai dua pekerjaan serentak," tuturnya.

Luah anak keempat daripada lima beradik itu, selain perniagaan hiasan dalaman, dia juga bakal membuka sebuah restoran di kampung halamannya di Besut, Terengganu tidak lama lagi.

"Restoran di Besut itu merupakan perniagaan keluarga dan satu kebanggaan buat saya apabila dapat membuka perniagaan di negeri kelahiran sendiri. Selepas ini, saya pasti akan sibuk berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Terengganu," katanya yang seronok mempunyai perniagaan sendiri.

TERKENAL dengan imej ceria dan bertubuh kecil, Zoey dan Elfira kerap menjadi pilihan penerbit untuk mengacara program kanak-kanak.


Elfira semakin berani

Aktres kecil molek, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy cukup dikenali sebagai pelakon. Lihat deretan drama lakonannya yang mendapat penonton seperti drama Qalesya dan juga telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, cukup berkesan sehingga menaikkan graf popularitinya.

Disebabkan itu, Elfira yang bermula sebagai pelakon teater telah dipilih sebagai duta produk Maybelline. Sungguhpun begitu, bidang pengacaraan sangat jauh berbeza dengan kerjayanya sebagai pelakon. Kata Elfira, dia cukup bimbang untuk menerima tawaran Astro sebagai pengacara program Rekativiti.

"Mulanya saya agak bimbang dan gementar. Boleh atau tidak saya lakukan, memang sebelum ini pernah menjadi pengacara program kanak-kanak tetapi itu sudah lama. Namun, apabila mendengar pengacara gandingan saya adalah Zoey, saya terus setuju kerana tahu yang kami serasi.

"Zoey mempunyai lebih pengalaman dan dia banyak membantu saya mengurangkan perasaan gementar. Lama-kelamaan timbul rasa seronok pula dalam hati sebab menjadi pengacara dan pelakon merupakan dua perkara yang berbeza kerana kami bekerja tidak terlalu mengikut skrip sebaliknya berdasarkan situasi," balas anak kedua daripada empat beradik itu.

Disoal mungkinkah selepas ini, Elfira akan lebih terbuka untuk menerima tawaran sebagai pengacara selepas meraih pengalaman daripada program Rekativiti?

Jawabnya: "Ya, mungkin, jika program itu sesuai dengan saya. Program yang berat-berat mungkin tidak sesuai dengan saya kerana usia saya yang masih muda, tetapi jika diberi peluang untuk saya mengendalikan sebuah program remaja, mungkin boleh. Program Rekativiti merupakan permulaan yang baik buat saya untuk menonjolkan bakat dalam bidang pengacaraan,"

Sambungnya lagi yang bakal muncul dalam filem KL Meroyan, dia juga bimbang akan menghadapi masalah yang sama dengan Zoey iaitu sentiasa diberi watak remaja disebabkan tubuh badannya yang genit.

"Bimbang juga jika saya menghadapi masalah yang sama dengan Zoey, tapi sekarang ini saya okey lagi kerana umur baru 18 tahun. Lima tahun akan datang saya, tidak tahu bagaimana penerimaan orang ramai, sebenarnya seronok sebab orang sangka saya muda sentiasa.

"Apa yang tidak seronoknya, kita akan diberi watak yang sama. Saiz badan saya memang kecil, baju pun saiz paling kecil, jadi orang selalu sangka saya masih budak sekolah sedangkan sudah meninggalkan alam persekolahan," ujarnya yang kini sedang menyambung pelajaran peringkat diploma dalam bidang Seni Hiburan di Kolej Damansara Utama.

Program realiti Minaj

Posted:

Program realiti Minaj

NICKI MINAJ kini dalam persediaan memiliki program realiti hidup yang didakwa bakal mengalahkan populariti program realiti sedia ada selebriti-selebriti Hollywood sebelum ini.

Menurut satu sumber, pelantun lagu Starship tersebut sedang dalam penggambaran tentang kehidupan hariannya yang akan ditayangkan oleh saluran E! Network. Minaj yang juga juri American Idol musim terkini itu dikatakan telah menjalani penggambaran tersebut sejak awal bulan lalu.

'"Kehidupan Minaj yang dirakam dalam kamera akan menngalahkan semua dokumentari realiti kehidupan selebriti-selebriti lain sebelum ini. Dia terlalu eksentrik untuk dipersembahkan dalam program tersebut," ujar satu sumber kepada Daily Mirror.

Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal

Posted:

Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN pelakon Evolusi KL Drift The Series bergambar dengan penerbit Datuk Yusof Haslam (berdiri kiri) pada majlis pelancaran drama tersebut di FINAS baru-baru ini.


SETELAH filem Evolusi KL Drift 1 dan 2 mendapat sambutan pecah panggung, kini ia telah diadaptasi kepada drama bersiri 26 episod yang bakal ditayangkan di TV2 setiap Khamis bermula 4 Oktober ini.

Bagi memberi kelainan dari segi sentuhan terhadap karya berkenaan, penerbitnya, syarikat Skop Production Sdn. Bhd. telah memberi tanggungjawab mengarahkan drama berkenaan kepada Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang merupakan anak saudara Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, kedua-dua filem berkenaan diarahkan oleh abang Syafiq iaitu Syamsul, sehingga mendapat anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.

Menurut penerbitnya, Yusof Haslam, penerbitan drama tersebut merupakan permintaan RTM sejak 2009 lagi apabila filem itu telah mendapat sambutan pecah panggung.

"Penerbitan drama ini hasil perkongsian pintar Skop Production dengan RTM, jadi kami hasilkan drama ini sesuai untuk penonton," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di Kuala Lumpur (FINAS), baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Program Televisyen RTM, Suhaimi Jamelin.

Tambahnya, kelainan drama itu berbanding filem yang pernah diarahkan oleh Syamsul adalah ia mempunyai pelbagai genre seperti aksi lasak, kekeluargaan dan konflik percintaan.

Bagaimanapun, barisan pelakon drama berkenaan masih mengekalkan Syamsul sebagai tunjang utama selain pelakon undangan khas seperti Aaron Aziz, Norman Hakim, Puteri Sarah, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zack X-Factor, Rizal Ashreff, Syafiq, Datuk Jalaludin Hassan, Ridzuan Hashim dan Aida Khalida.

SYAFIQ Yusof (kiri) dan Rizal bertanggungjawab mengarah versi televisyen Evolusi KL Drift The Series.


Evolusi KL Drift The Series versi drama mengisahkan perjalanan hidup Zek lakonan Syamsul yang lahir dalam sebuah keluarga kaya. Dia enggan memenuhi permintaan bapanya supaya mengendalikan syarikat menjual kereta mewah milik bapanya.

Sebaliknya, Zek lebih suka memilih bekerja di sebuah bengkel kerana percaya pengalaman itu boleh mengembangkan minatnya dalam perlumbaan drift kereta.

Menurut pengarah bersama Syafiq dan Rizal, mereka berdua tidak mempunyai banyak masalah mengarahkan drama berkenaan, kecuali untuk adegan drift sahaja.

"Dalam drama ini, terdapat banyak babak itu (drift), berbanding filem. Kami telah menggunakan pelakon lasak yang juga merupakan pelumba kedua drift terbaik di negara ini untuk memastikan babak yang dirakamkan dapat berjalan lancar," ujar Rizal sambil dipersetujui Syafiq.

Malah, demi merealisasikan beberapa babak agar kelihatan nyata, drama yang menelan kos hampir RM1 juta itu telah mengakibatkan beberapa buah kereta drift rosak. Bagaimanapun, Rizal melihat ia hanya perkara kecil.

Kata Syafiq mengarahkan drama berkenaan yang pernah menjadi 'buah hati' Syamsul bukan perkara yang sukar memandangkan abangnya sendiri yang terlibat dalam drama berkenaan banyak memberi tunjuk ajar.

"Kalau ada perkara berbangkit, abang (Syamsul) akan beri tunjuk ajar apa yang baik dan tidak. Kalau pendapat dia sesuai, saya dan Rizal akan terima," ujarnya yang pernah mengarahkan beberapa episod drama Gerak Khas sebelum ini.

Mengenai pengarahan juga Syafiq memberitahu, dia turut meminta tunjuk ajar bapanya memandangkan drama itu ditayangkan di TV2 yang mempunyai beberapa peraturan.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tuah bersama Aaron, Erra

Posted: 30 Sep 2012 07:38 AM PDT

KAUM lelaki, sememangnya dianugerahkan kebolehan memikat dan pandai bermain kata. Andai telahan ini tidak benar, mana mungkin ada perempuan yang merelakan diri mereka berkongsi kasih menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat atau paling tidak sanggup terjerat dalam hubungan yang mempunyai kepastian.

Namun, isu yang cuba dikupas menerusi Ngorat, buah tangan terbaru Prof Madya Abdul Razak Mohaideen adalah sebaliknya. Bakal menjengah pawagam pada 4 Oktober nanti, Ngorat sebuah karya mengisahkan kehidupan Ijam, seorang jejaka kacak yang 'loser' dan tidak pernah mempunyai teman wanita.

Didukung oleh pelakon yang boleh dikategorikan masih 'hijau' di lapangan lakonan, Iedil Putra, 28, khabarnya resah gelisah menantikan kemunculan filem itu yang turut diterajui pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Erra Fazira dan Zain Ruffedge.

"Bersarang rasa gementar di hati saya menantikan kemunculan filem ini, tambahan pula ia adalah filem pertama saya jayakan sebagai watak utama.


"Berganda keresahan kerana filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Aaron, Erra dan Zain. Pun begitu saya amat berbangga berpeluang menimba pengalaman dengan mereka yang tidak pernah lokek ilmu, namun rasa rendah diri tetap ada.


"Saya mungkin tidak perlu merasa bimbang kerana kekuatan nama mereka saja sudah cukup menarik perhatian peminat dan pencinta filem ke panggung. Namun saya juga tidak mahu kehadiran saya di dalam filem ini di pandang sepi.

"Tak ingin saya dengar komentar, sama ada atau tidak ada saya di dalam filem ini tidak memberi sebarang kesan pun biarpun jujur saya akui, saya sudah bersedia menerima sebarang komen sama ada yang membina ataupun berbaur negatif.
Saya mahu kepercayaan yang diberikan pengarah ada impaknya buat penonton," katanya.

Bercerita mengenai karakter Ijam, Iedil mengakui bertuah kerana berpeluang bekerja secara rapat dengan Aaron juga primadona filem Melayu, Erra Fazira.

"Ijam menempuhi pelbagai kesukaran dalam usahanya untuk memikat wanita dan di sinilah bermulanya plot utama filem ini apabila Arjuna Kasih watak dimainkan Aaron muncul dan membantu menyediakan tips untuk digunakan oleh Ijam untuk mendapatkan teman wanita.

"Arjuna Kasih atau 'Love Guru' ada kalanya muncul sebagai jelmaan Jack Sparrow dan bermacam-macam lagi karakter yang bakal mencuit hati penonton. Saya tabik dengan kemampuan Aaron yang memberikan gambaran berbeza-beza pada setiap karakternya.

"Sementara Erra pula yang membawakan watak Kira, menjadi sahabat baik saya di dalam filem ini. Tanpa sedar, Ijam sebenarnya menyimpan perasaan terhadap sahabatnya itu yang sangat lantang dan berkelakuan tomboi," katanya.

Temu bual yang berlangsung di Balai Berita baru-baru ini, tidak hanya membabitkan Iedil yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem KL Zombie yang dibintangi Siti Saleha, Zizan Razak dan Faezah Elai. Malah turut disertai Zain Hamid, 33, atau lebih dikenali sebagai Zain Ruffedge.

Memegang watak sebagai Rizal, sahabat baik kepada Ijam juga adik kandung Kira, pergolakan wataknya kali ini sedikit berbeza daripada karakter yang pernah dibawakan sebelum ini.

"Pendek kata, karakter saya kalau mereka yang menonton akan menganggap Rizal seorang yang 'poyo' kerana sering menasihatkan Ijam soal perempuan sedangkan dirinya juga tidak punya teman wanita.

"Di luar nampak macho walhal di rumah seorang adik yang cukup manja dengan kakaknya (Erra). Sebab utama saya memilih untuk terbabit dalam projek ini bukan hanya ingin merebut peluang bekerja dengan Erra dan Aaron juga pengarah Prof Razak, tetapi juga kerana karakter Rizal itu sendiri yang tidak pernah saya jayakan sebelum ini," katanya.

Zain turut menyifatkan Ngorat yang diterbitkan oleh Grand Brilliance itu adalah hasil karya yang lain daripada lain pernah ditampilkan Razak yang sebelum ini terkenal dengan himpunan filem berkaitan kehidupan anak mami.

"Sememangnya sejak dari dulu saya pernah menyimpan impian untuk bekerja dengannya. Walaupun sering mendengar filemnya dikritik, saya pula berpendapat sebaliknya.

"Saya seorang yang suka alami sendiri pengalaman itu sebelum jatuh hukum dan saya dapati sepanjang bekerja dengan Prof Razak sangat mudah dan menyeronokkan.
Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengannya lagi.

"Berbalik semula pada filem Ngorat ini, ia adalah sebuah filem yang berbeza daripada filem pernah ditampilkan sebelum ini sekali gus menunjukkan sudut kreatif yang lain yang ada pada Prof.

"Selain itu, penonton juga pasti terkejut dengan persembahan Aaron yang selama ini terkenal dengan watak hero dan macho kerana siapa sangka Aaron sebenarnya mampu menghidupkan watak komedi.

"Saya jamin penonton akan ketawa melihatnya dan harus saya akui Arjuna Kasih salah satu watak Aaron yang paling baik pernah saya saksikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30


Seniman perlukan RM1 juta

Posted: 30 Sep 2012 07:20 AM PDT

SEBANYAK RM6 juta diperuntukkan kerajaan dalam menyokong usaha pembangunan seni dan RM1 juta daripadanya diharapkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, untuk disalurkan ke dalam persatuan pimpinannya itu.

Zed Zaidi, memaklumkan hal itu ketika dihubungi Harian Metro, sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak RM6 juta diperuntukkan kerajaan dalam mengiktiraf usaha karyawan dan seniman dalam pembentangan Belanjawan 2013, yang berlangsung Jumaat lalu.

"Saban tahun, Persatuan Seniman menerima peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM30,000, namun sejak dua tahun kebelakangan ini iaitu pada 2011 dan 2012, kami langsung tidak menerimanya. Sedangkan dua tahun lalu kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta untuk kegunaan penggiat industri seni, tetapi mana perginya wang itu?

"Jumlah RM30,000 bagi saya tidak cukup untuk Seniman bergerak secara aktif serta menjalankan operasinya yang merangkumi pentadbiran, organisasi, bantuan kebajikan untuk artis serta mempergiatkan aktiviti-aktiviti secara berterusan.

Selain itu, Seniman juga amat prihatin dengan nasib artis tempatan yang bertanding di luar negara untuk mengharumkan nama negara, tetapi tiada pihak berminat memberi tajaan.

"Justeru, Seniman mahu menjadi persatuan yang mempunyai peruntukan untuk membantu pembiayaan artis tempatan yang terbabit dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

"Jika jumlah yang diberikan cukup, mudah untuk persatuan seperti kami menyediakan apa yang diperlukan penggiat seni dan saya percaya tidak akan timbul lagi cerita artis tempatan pada pandangan sesetengah masyarakat umpama peminta sedekah.

"Terus-terang saya kesal melihat situasi seperti itu. Banyak karya penggiat seni menjadi tontonan umum. Jika hendak melariskan sesuatu produk atau kempen-kempen tertentu, artis dijadikan tarikan kerana populariti mereka mampu mempengaruhi umum, tetapi pengakhiran hidup anak seni selalunya melarat, meskipun ada antara mereka itu bertaraf primadona dan legenda," katanya.

Mungkin sesetengah pihak menyifatkannya keterlaluan apabila secara lantang memohon RM1 juta untuk Seniman, namun Zed Zaidi yakin kredibiliti Seniman sebagai persatuan yang telus menjalankan tugas mereka khususnya dalam memelihara hak serta kebajikan ahlinya yang terdiri daripada penggiat seni, persatuan itu layak menerima perolehan jumlah berkenaan.

Selama 38 tahun, Seniman yang kini menaungi 5,000 artis termasuk 30,000 penggiat seni yang lain terpaksa berhempas-pulas untuk mendapatkan dana bagi menjalankan aktiviti untuk ahli.

"Tahun 2011 dan 2012 paling memberikan kesan kerana seperti saya katakan tadi, kami tidak lagi menerima peruntukan berkenaan atas alasan ketiadaan bajet.
Jadi, kami terpaksa mendapatkan sendiri dana daripada sumber lain bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Jadi, di manakah keadilan sebenar untuk anak seni kerana kami juga adalah kelompok rakyat yang mengundi dan membayar cukai?

"Pada saya, suara anak seni dan seniman perlu diberikan perhatian sejajar dengan slogan kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Kami adalah barisan depan yang berhadapan dengan rakyat melalui media massa seperti televisyen, radio, Internet dan persembahan luar.

"Sebagai contohnya, baru-baru ini Shila Amzah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Secara tak langsung, kejayaan beliau memberikan sumbangan yang besar kepada negara sekali gus membantu ekonomi negara.

"Bagaimanapun, dia seperti dianaktirikan kerana kepulangannya ke tanah air tidak disambut secara besar-besaran seperti atlit yang berjaya di peringkat antarabangsa. Anak seni juga wajar diberikan insentif sama seperti yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan," katanya.

Presiden Seniman itu menambah lagi, kepentingan anak seni juga sama seperti atlit negara kerana jelas golongan ini adalah pewaris budaya. Budaya adalah identiti sesebuah negara, tanpa budaya pincanglah keutuhan sesebuah negara.
Karya-karya yang dihasilkan penggiat seni harus diakui mempunyai pengaruh besar untuk menyampaikan mesej kerajaan.

"Mungkin jumlah penggiat seni di Malaysia cuma 30,000 orang saja, namun kekuatan kami di mana karya yang dihasilkan mampu mempengaruhi separuh daripada rakyat negara ini.

"Secara tidak langsung membuktikan penggiat seni adalah golongan yang wajar mendapat pembelaan dan perhatian kerajaan. Harapan saya, pengagihan dapat dibuat dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas oleh kementerian tertentu yang mengendalikan pembahagian dan pengagihan dana berkenaan.

"Apapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar serta mempertimbangkan suara kami dalam pembentangan bajet baru-baru ini. Ini adalah hadiah kemenangan buat anak seni seluruh Malaysia!" katanya.

Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Datin Paduka Shuhaimi Baba pula menambah, RM6 juta yang diperuntukkan walaupun bukanlah satu jumlah yang besar, tetapi ia masih dapat membantu penggiat seni khususnya kegunaan bermanfaat untuk perkembangan industri.

"Peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri dapat membantu persatuan yang memerlukan bajet kecil untuk projek mereka seperti teater bajet kecil, kumpulan muzik yang memerlukan peralatan baru, persatuan yang memerlukan peruntukan untuk berfungsi dan memperkasakan bakat ahli melalui bengkel profesional serta kebajikan ahli.

"Dengan peruntukan yang ada, saya percaya ia akan membantu lebih ramai pengkarya menghasilkan produk berkualiti. Tetapi kami mengharapkan berita yang lebih spesifik daripada bajet untuk dana industri kreatif 2013. Pengagihan juga kami harapkan dilakukan dengan adil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30


Ahad, 30 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Temankan Suami Di Lokasi Penggambaran, Rumahtangga Ani Mayuni Bahagia

Posted: 30 Sep 2012 08:30 PM PDT

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai isu rumah tangga Ani Mayuni yang sebelum ini pernah bergolak. Dunia hiburan telah dikejutkan dengan kes Ani dipukul oleh suaminya tetapi Ani mengambil langkah terbaik iaitu menyelamatkan rumahtangganya. Namun selepas isu itu berlalu, OHBULAN! sendiri tertanya-tanya kemanakah perginya Ani Mayuni?

Selepas lama tidak muncul di dada-dada media, Ani Mayuni telah ditemui di lokasi penggambaran filem "Balun" yang dibintangi oleh Izara Aishah, Beto Kusyairy, Reen Rahim dan juga Dato' Eizlan Yusof bertempat di Batu Kurau, Perak.

Kesempatan ini telah diambil OHBULAN! untuk menemubual penyanyi yang popular dengan lagu-lagu dangdut ini.

Terkejut dengan kehadiran media yang mahu menemubual dirinya, Ani Mayuni pantas menjelaskan bahawa dia datang ke lokasi hanya sekadar untuk menemani suaminya yang dilantik sebagai pengarah muzik.

Dia juga turut memberitahu bahawa kini dia dan keluarganya hidup bahagia dan tidak mengalami apa-apa masalah.

"Sebenarnya, saya hanya menemani suami saya yang dilantik sebagai pengarah muzik untuk filem ini saja. Semuanya dah OK," ujar Ani memulakan perbualan.

Ani Mayuni menjelaskan kehilangannya selama ini kerana dia sibuk memenuhi undangan-undangan untuk membuat persembahan.

"Ani banyak melakukan persembahan dan penghujung bulan Oktober ini pun ada jemputan 'Dangdut Night' di Johor Bahru.

"Dangdut masih ada permintaan diluar sana. Ada juga hikmahnya apabila radio tidak memainkan lagu-lagu dangdut. Disebabkan kurang lagu sebegini di radio, saya pula yang selalu mendapat jemputan persembahan," tambah Ani lagi.

Baguslah kalau begitu, OHBULAN! turut gembira mendengar berita baik ini. Semoga Ani Mayuni dan keluarga hidup bahagia ke akhir hayat.

Foto : Almy Nadia Hiasi Majalah Remaja Edisi Oktober 2012

Posted: 30 Sep 2012 07:10 PM PDT

Almy Nadia, siapa tidak kenal dengan artis jelita ini. Beliau yang merupakan kekasih kepada Fizz Fairuz kini tampil glamor dan memukau menghiasi majalah Remaja keluaran kali ini.

Tampil mempesona, pelakon berbakat besar Almy Nadia telah dipilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja untuk edisi bulan Oktober 2012

Bagi anda yang gemarkan gaya pastel, isu yang dikupas dalam majalah Remaja edisi Oktober ini bakal membawakan ilham dan tips fesyen pastel untuk digayakan anda.

Selain itu, kepada anda yang sukakan diri kelihatan cantik bertudung juga bakal mendapat imbuhan apabila majalah Remaja kali ini memberikan tutorial ikatan tudung dalam Bonus Ekstra Scoop.

Tidak cukup? Antara isu yang bakal dikupas adalah cinta songsang, tip untuk si 'single' dalam Cinta Oh Cinta, cerita album baru Hujan dan artis lain dalam Showbiz, DIY Jam Unik dalam Idea Hujung Minggu, dan banyak lagi info menarik.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Posted: 30 Sep 2012 05:44 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah sekali lagi, walaupun dah ucap di Twitter, kat blog pun nak jugak cakap yang penyanyi bergelar Dato' ini memang layak menerima dari Bernama Radio 24. Nampaknya, bertambah lagi koleksi anugerah di rumah Siti. Tahniah, semoga anugerah ini akan membuka ruang rezeki untuk beliau di masa akan datang.

Budiey ada dengar yang Siti mahu kuruskan badan sehingga 50kg. Tapi lihat pada gambar sekarang, Budiey rasa Siti dah kurus pun. Kalau dapat kuruskan lagi, rasanya lagi bagus sebab Siti akan nampak cantik macam zaman gadis-gadis dulu. Katanya, dia mahu kurus sebab mahu nampak cantik di kaca TV. Biasalah, kat dalam TV memang nampak berisi dan lebar sikit, bukan sebab tv sekarang bersaiz lebar tapi memang macam tu la biasanya berat kita akan jadi dua kali ganda dengan saiz di luar kaca tv.

 

Penyanyi tersohor tanahair telah menerima Anugerah Ikon Hiburan dari BERNAMA Radio 24 dalam satu majlis khas bersempena ulangtahun kelima BERNAMA Radio 24 di Sticky Fingers Bistro, Pavilion yang diadakan pada hari Sabtu lalu tanggal 30 Oktober 2012.

Penglibatan Dato' Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian sejak sedekad yang lalu sehingga mengharumkan nama Malaysia dengan meraih ratusan kejayaan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa menjadi sebab mengapa wanita kelahiran Kampung Awah, Temerloh ini dipilih merangkul anugerah tersebut.

Selain pelantun "Biarlah Rahsia" itu, empat lagi individu yang memiliki personaliti menarik turut menerima penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menerima anugerah bagi kategori Jabatan/Agensi Kerajaan; Pesuruhjaya SUHAKAM, Mohd Shaani Abdullah bagi kategori Institusi Kebangsaan; Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia, Datuk Naim Mohamed selaku dan bagi kategori Media.

BERNAMA Radio 24 yang mula beroperasi sejak 2007 membawakan saluan berita terpantas dan terkini dengan intipati menarik buat pendengar mereka. Boleh dilayari pada frekuensi FM 93.9 di Lembah Klang dan FM 107.5 di negeri Johor, BERNAMA Radio 24 terus memperkukuh peranannya selaku penyampai maklumat terkini yang tepat. Sumber Portal Gua & Photo dari Facebook Mistahery.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Aliff Aziz Mengalami Sesak Dada Bukan Sakit Jantung

Posted: 30 Sep 2012 05:21 PM PDT

Penyanyi dari , Aliff Aziz yang baru sahaja putus cinta dengan pelakon dikhabarkan telah mengalami sakit dada dan sesak nafas, dipercayai kurang rehat dan tak cukup tidur. Ada spekulasi menyebut, segala berpunca gara-gara emosi beliau yang agak terganggu kebelakangan ini apabila berita tentang hubungan cinta dengan telah putus diperkatakan.

Dalam Melodi semalam, Budiey ada dengar yang Aliff Aziz akan mengadakan sidang media untuk memberikan kenyataan sebab-sebab mengapa hubungan cintanya putus. Dijangka sidang media akan berlangsung pada minggu ini. Namun, Budiey masih belum menerima apa-apa undangan untuk menghadiri mana-mana sidang media yang melihatkan Aliff Aziz. Namun, mungkin juga Aliff Aziz bakal ditemubual semasa sidang media Anugerah Industri Muzik 19 yang akan diadakan pada hari Rabu ini. Mungkin jugak.

Penyanyi tinggi lampai ini telah dikejarkan ke hospital pada pagi semalam selepas mengadu sakit dada dan kini sedang berehat di rumahnya setelah dilepaskan pihak doktor.

Menurut pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia yang dihubungi oleh wartawan , penyanyi muda itu dijadualkan membuat persembahan sempena 2012 anjuran apabila mengadu sakit dada.

"Masa saya ambil dia di rumah, dia okay. Boleh gelak-gelak. Tapi bila kami sampai di 'venue', dia mengadu sakit dada, tak boleh nafas," katanya.

Aliff dibawa ke sebelum dihantar ke untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.

"Doktor kata dia sesak nafas bukannya diserang . Doktor mengesyaki mungkin dia tak cukup tidur. Dia kena buat rawatan susulan esok. Ini kali pertama ia berlaku. Doktor nasihatkan dia untuk banyak berehat."

Selepas persembahannya di PJ Half Marathon, Aliff sepatutnya terbang ke Singapura untuk menjalani sesi latihan di , Singapura untuk sebuah persembahan pada 12 Oktober ini.

Budiey doakan semoga Aliff Aziz cepat sembuh.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: