Adsense

Ahad, 22 Januari 2012

borak kosong

borak kosong


Teluk Bidara ragut nyawa

Posted: 22 Jan 2012 09:30 PM PST


TELUK BIDARA – Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di pantai peranginan dekat sini sempena cuti Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas.


 Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohd Alif Asyari Norhanuddin, 16 bersama tiga lagi rakannya yang lain, Mohd Ariff Aizat Azman, 16, Abdul Halim Zakaria, 16 dan Amirul Abdul Jalil, 16 sedang mandi di kawasan gua berdekatan Pantai Teluk Bidara.


 Tragedi lemas di pantai peranginan yang sering meragut nyawa itu mula disedari salah seorang rakan mangsa, Mohd Ariff apabila melihat rakan sekolahnya itu dalam keadaan tenggelam timbul selepas dipercayai terjerumus dalam pasir di dasar laut sebelum cuba untuk menarik tangan rakannya itu.


 Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang lagi rakan mangsa, Abdul Halim naik ke darat untuk meminta ban-tuan penduduk kampung sebelum mangsa berjaya diselamatkan beberapa minit kemudian.


 Bagaimanapun Mohd Aliff dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun dan mayatnya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, Dungun untuk urusan pengkebumian.


sumber : sinar harian

Gara-Gara Sambal, Seorang Anak kecil Nekad Gantung Diri

Posted: 22 Jan 2012 09:00 PM PST


Karanganyar, Seruu.com - Keluarga Narwanto tak berhenti menangis dan menyesal. Betapa tidak! Kerana anaknya, Agung Sri Wibowo (11) ditemukan sudah tak bernyawa di tiang gantungan. Kejadian yang memilukan itu, juga menyentak warga Kedunggong, Desa Jeruksawit, Kecamatan Gondangrejo, Karanganyar.


 Ketika ditemukan, anak kecil yang dikenal pendiam gantung diri dengan menggunakan tali kasut, yang diikat di bambu penyangga kandang.


 Dari sejumlah keterangan yanag diperoleh Seruu.commenyebutkan, penyebabanak kecil kelas IV Sekolah dasar (SD) nekad gantung diri . Anak kelima dari tujuh bersaudara kesal gara-gara jatah sambal dihabiskan adiknya.


 Agung, sengaja mengakhiri hidupnya dengan cara tragis pada Kamis malam (19/1/2012) diperkirakan sekitar pukul 21.00 WIB. Dugaan itu dikaitkan dengan kejadian beberapa detik sebelumnya. Malam itu, Tini (45), ibu korban membuat sambal untuk makan malam. Disengaja atau tidak sambal habis disantap adik-adik korban.


 Korban yang sudah lapar protes, dan minta ibunya membuatkan sambal lagi. Permintaan itu tak segera dipenuhi, kerana Tini sedang menidurkan si bungsu. Pertengkaran antara ibu dan anak tak terhindarkan.


 Emosi Agung memuncak. Setan pun lewat. Agung pergi ke belakang rumah membawa kasutnya. Tak seorang pun menyangka, setelah melelas tali kasut, digunakan untuk menggantung dan tewas. Warga setempat pun geger. Tangis, teriakan histeris saling bergantian memecah kesepian malam.


 Kapolres Karanganyar AKBP Nazirwan Adji Wibowo melalui Kasatreskrim AKP Djoko Satriyo Utomo mengatakan tidak menemukan tanda-tanda penganiyaan dalam tubuh korban dan dipastikan tewas gantung diri.


 "Mengutip keterangan ibu korban, dikatakan selama ini tidak pernah ada masalah apa pun. Korban sebelumnya ngambek gara-gara sambel dihabisin adiknya,'' kata dia disela-sela pemakaman, Jumaat (20/1/2012).[bw]


sumber

Serangga pelik serupa daun

Posted: 22 Jan 2012 08:22 PM PST


SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah dia memelihara seekor serangga pelik. 
 Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali me­nyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.
  
 Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.
  
 Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mempunyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.
  
 Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.
  
 Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.
  
 "Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak," katanya.
  
 Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.


sumber : sinar harian

Kian Hill, Bayi Dengan Organ Vital Yang Serba Terbalik

Posted: 22 Jan 2012 08:00 PM PST


Kian Hill (2 tahun) adalah kanak-kanak yang tidak biasa. Ia lahir dengan posisi organ-organ yang terbalik. Jantungnya berada di sebelah kanan yang seharusnya sebelah kiri, ginjalnya berputar terbalik, perut dan pankreas berada disisi yang berlawanan dan usus melingkar ke arah yang salah.


Kian yang lahir pada 7 Ogos 2009 ini juga terlahir tanpa limpa, usus buntu dan paru-paru kanan (hanya ada satu paru-paru sebelah kiri). Sejak lahir,anak cilik ini harus melakukan banyak operasi untuk membuatnya bertahan hidup.






Setiap bulan doktor melakukan bronkoskopi, suatu prosedur dimana sebuah kamera kecil dimasukkan ke tenggorokan untuk memeriksa lebar saluran udara dan paru-paru tunggal.






Kemudian ketika ia berusia 7,5 bulan, doktor bedah memotong setengah batang tenggoroknya (trakea) dan satu sisi di atas yang lain untuk membuat tenggorokan lebih luas.






Kelainan yang terjadi pada Kian dinamakan situs inversus totalis, yang bererti organ-organ internalnya berkembang pada sisi yang salah dari tubuhnya.






Keadaan ini mempengaruhi sekitar 1 dari 10.000 orang di Inggris, yang membuat pesakit memerlukan perawatan 24 jam dan menghabiskan hidupnya di hospital .






Doktor menyatakan Kian hanya memiliki kesempatan 50 peratus untuk bertahan hidup dan tahun lalu ia bahkan dinyatakan mati secara klinik selama 30 minit setelah menderita dua serangan jantung.


Natalie Boughey (22 tahun), ibunda Kian, seperti dilapor Dailymail, Khamis (14/7/2011) menyebutkan beberapa tahun terakhir telah menjadi 'rollercoaster' emosi baginya, tetapi untuk membawanya ke rumah akan menjadi hadiah terbesar dari semuanya.


"Dia seperti anak kecil yang manis, dia telah melalui rasa sakit begitu banyak, ia tidak pernah berhenti tersenyum. Kami memanggilnya 'anak cermin'," kata Boughey.


"Saya memiliki tujuh gambar scan saat Kian masih berada di rahim dan gambar tidak menunjukkan ada masalah. Tapi saya tahu bahwa ada sesuatu yang salah. Saya hanya tahu itu bawaan," ujar Natalie yang berprofesi sebagai perawat gigi.


Ketika ia lahir, lanjut Natalie, staf medik membawanya pergi untuk ujian kerana dia berjuang untuk bernafas. "Kami terus diberitahu untuk tidak terlalu berharap dan ada kemungkinan kurang dari 50/50 dia akan bertahan hidup. Kami benar-benar ketakutan," jelas Natalie.


Kian diberi makan dengan milkshake kaya nutrisi disebut Peptamen, yang dipompa langsung ke perutnya. Dia akan tetap terhubung dengan pasokan oksigen dan monitor saturasi yang memeriksa denyut nadi dan kadar oksigen.


"Kian adalah seorang anak luar biasa yang lahir dengan keadaan yang sangat tidak biasa, yang menyebabkan dia banyak mengalami masalah kesihatan, termasuk paru-paru hilang dan trakea yang sangat sempit. Kami tidak tahu bagaimana masa depannya, tetapi ia adalah anak kecil yang bahagia dan nakal, meskipun dengan masalah kesehatan," jelas Dr. Jane Clarke, konsultas pernapasan Kian di Birmingham Children's Hospital.

Tikaman cemburu dalam tandas

Posted: 22 Jan 2012 07:30 PM PST


GEORGE TOWN - Hasrat adik pemain badminton beregu negara, Chan Peng Soon untuk mengambil teman wanitanya pulang dari tempat kerja terbantut apabila dia cedera parah selepas ditikam seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Lebuh Union di sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.30 pagi yang dipercayai bermotifkan cinta tiga segi itu menyebabkan Chan Peng Keat, 21, cedera parah di perut dan rusuk kiri manakala buah pinggangnya terpaksa dibuang selepas dibedah di Hospital Pulau Pinang.
sumber : kosmo online

Janda ditipu Awang Hitam

Posted: 22 Jan 2012 07:15 PM PST


KUALA LUMPUR - Biarpun telah banyak laporan berkaitan penipuan Internet membabitkan warga Afrika yang kononnya berjanji untuk menghantar barang sebagai bukti cinta terhadap janda atau andartu disiarkan, masih terdapat wanita yang tidak mengambil iktibar.
Terbaharu, seorang janda anak satu yang merupakan ahli perniagaan berusia 40 tahun kerugian RM60,000 apabila ditipu sindiket tersebut selepas berkenalan menerusi Yahoo Messenger Julai tahun lalu.
Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Kurt dan berkulit cerah kemudian telah membuatkan mangsa jatuh cinta dengannya sebelum memulakan penipuan selepas beberapa minggu kenal.
sumber : kosmo online

Sri Lanka derma mata untuk dunia

Posted: 22 Jan 2012 07:00 PM PST


COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.
Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.
Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.
Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.
Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.
"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.
Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi
sumber : kosmo online

26 bayi mati akibat kecuaian staf hospital

Posted: 22 Jan 2012 06:30 PM PST


KOLKATA: Kira-kira 26 bayi meninggal dunia sejak lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Barat Bengal.
Pihak hospital di Malda, kira-kira 340 kilometer di utara Kolkata, dikritik hebat kerana cuai dan menurut pegawai kesihatan, kesemua bayi mempunyai berat badan rendah dan beberapa orang daripadanya "sakit tenat." 
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Bengal Barat, Ranjan Satpathi berkata, "Dua lagi bayi meninggal dunia semalam menjadikan kesemua 26 orang. Kebanyakan daripada mereka terlalu kurus dan menderita asfiksia kelahiran."

Bayi yang sakit tenat dihantar ke hospital Malda daripada daerah berdekatan dan wilayah Bihar dan Jhakhand, kata Satphati.



Katanya lagi, hospital itu mempunyai 60 katil bayi, tidak cukup untuk menampung kebanjiran pesakit.


"kira-kira 14,000 bayi dimasukkan ke hospital itu sejak tiga bulan lalu," katanya. - Times of India



sumber : myMetro

Berenang untuk jumpa maharaja Jepun

Posted: 22 Jan 2012 06:15 PM PST


TOKYO: Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam ditangkap anggota polis di dalam kawasan istana, memberitahu dia berenang menyeberangi parit untuk bertemu dengan maharaja.
Lelaki berusia 30-an itu, didapati tidak mempunyai motif politik, kata polis bertugas di Ibupejabat Pengawal Istana. 
"Ketika ditahan kira-kira jam 4.34 pagi, dia berkata, "Saya datang untuk bertemu mahajara. Saya berenang,"" kata pegawai itu.

Kata pegawai itu, baju lelaki itu ditemui di tepi jalan awam yang mengelilingi parit. - JapanToday



sumber : myMetro

Gila..Cuba letup rumah isteri

Posted: 22 Jan 2012 06:00 PM PST


DORSET: Seorang lelaki cuba meletupkan kediaman isterinya semalam selepas merempuhnya dengan lori tangki minyak.
Christine Billington, 53, melarikan diri dalam ketakutan ketika suaminya, Hugh Billington, 51, merempuh lori berisi beribu-ribu gelen parafin dua kali terhadap banglo berkenaan sebelum membakar pintu depannya.

Ketika api mungkin menyebabkan letupan besar berlaku kira-kira 30 meter dari sebuah sekolah rendah, seorang lelaki melompat masuk ke dalam lori tangki 25 tan itu dan mengundurkannya dari api yang semakin marak. Darren Fletcher yang menghantar anaknya, Imogen, tujuh, ke sekolah, kemudian menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran itu yang sudahpun merebak di sekeliling lori.


Ekoran kejadian itu, pekerja penghantar bekalan minyak, Billington ditangkap atas tuduhan cuba membunuh.

Darren, 34, pekerja kereta api ketika menceritakan detik cemas itu berkata: "Injap pada lori berkenaan sudah dibuka dan tempat duduk bahagian penumpang sudah dijilat api.


"Cermin depan dan papan pemuka juga terbakar. Enjin lori pula masih hidup ketika saya naik ke bahagian pemandu dan mengundurkan lori itu dari banglo berkenaan."



Christine yang menguruskan perniagaan merapikan anjing, dipercayai berpisah dengan suaminya baru-baru ini dan banglo dua bilik mereka di Wool, Dorset, diiklankan untuk dijual.

Jiran berkata, polis dipanggil beberapa kali ke rumah itu baru-baru ini.


Seorang saksi berkata: "Christine datang ke rumahnya sambil menangis. Suaminya memberitahunya: 'Jika saya tidak dapat anda, tidak ada orang lain yang akan dapat.'" Polis berkata: "Jika lori itu meletup, tidak ada siapa akan selamat." - DM


sumber : myMetro

Lelaki mengamuk dengan gergaji

Posted: 22 Jan 2012 05:45 PM PST


HULU SELANGOR – Seorang ahli perniagaan yang mendakwa dipukul polis kelmarin sebenarnya telah mengamuk menggunakan sebilah gergaji ketika dia sedang minum sambil berjudi di sebuah restoran di Bukit Sentosa di sini kelmarin.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik restoran berkenaan dalam laporan polis yang dibuatnya pada pukul 8 malam Jumaat lalu di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Zulkifli Bidin berkata, dalam laporannya, pemilik restoran itu mengadu, Khoo Gin Seong, 44, yang mabuk bertindak membuat kacau apabila mengamuk menggunakan sebilah gergaji di restorannya.
Beliau berkata, siasatan yang dilakukan polis dalam kejadian itu mendapati dua meja, gelas dan botol-botol arak di kedai tersebut telah pecah dan dirosakkan.
"Pihak polis yang menerima panggilan daripada pemilik restoran telah pergi ke tempat kejadian.
"Saya nafikan dakwaan bahawa polis ada memukul mangsa kerana yang berlaku adalah pergelutan dalam usaha untuk menahan lelaki itu kerana dia berada dalam keadaan mabuk dan agresif," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Zulkifli, berdasarkan keadaannya yang agresif lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan kerana bengkak-bengkak.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan ada persetujuan yang dicapai di antara Gin Seong dengan pemilik kedai untuk penyelesaian kes iaitu dengan bayaran RM200 tanpa melibatkan pihak polis.
"Sehubungan itu, kita menafikan dakwaan pengadu bahawa polis enggan mengambil sebarang laporan berhubung kejadian tersebut, sebaliknya setakat ini sebanyak empat laporan polis telah diterima termasuk daripada Gin Seong dan pemilik restoran.
sumber : kosmo online

Anak hilang cermin mata tak pulang rumah

Posted: 22 Jan 2012 05:30 PM PST


SHAH ALAM: Teguran seorang bapa terhadap anaknya kerana menghilangkan cermin mata di sekolah menyebabkan murid yang berusia 11 tahun tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu selepas ke sekolah, pada 19 Januari lalu.
Muhammad Faiz Nasrullah Faizal Naim, murid tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di sini, dipercayai menghilangkan diri selepas tamat waktu persekolahan, jam 2 petang.

Bapanya, Faizal Naim Ahmad, 35, berkata dia memarahi anaknya kerana cuai meletakkan cermin mata yang baru dibeli di merata tempat sehingga hilang sebelum meminta anaknya mencari cermin mata itu sehingga jumpa jika tidak mahu dirotan.


Faizal Naim berkata, anaknya tidak menunjukkan reaksi seperti merajuk atau takut.

"Malah, ketika saya menghantarnya ke sekolah pagi hari kejadian, saya dan isteri sedikit pun tidak menyangka yang dia akan lari kerana ketika itu dia berpakaian sekolah dan bersalaman dengan saya seperti biasa.


"Saya dimaklumkan pemandu van sekolah yang anak saya tidak hadir ke sekolah agama pada sesi petang dan ia semakin merisaukan kerana anak saya hilang sejak tengah hari," katanya. Faizal Naim yang juga kakitangan kerajaan berkata, anak lelaki sulung daripada lima beradik itu turut mengalami masalah alahan yang serius terhadap kacang parang dan kacang hijau serta memerlukan rawatan jika didapati terkena alahan.



Faizal Naim merayu orang ramai yang terserempak atau mengetahui di mana anaknya, menghubunginya di talian 019-3953797 atau menghantar anak ke balai polis berdekatan.


sumber : myMetro

Warga emas, ibu tunggal khalwat tepi sawah

Posted: 22 Jan 2012 05:15 PM PST


ALOR SETAR: Perbuatan keji seorang lelaki warga emas berusia 56 tahun yang kerap membawa pasangannya yang juga ibu tunggal ke sebuah pondok kecil di tepi sawah dekat Kampung Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, untuk memadu kasih, mengundang padah apabila mereka dicekup berkhalwat awal pagi kelmarin.
Wanita berusia 42 tahun yang kematian suami sejak beberapa tahun lalu mempunyai dua anak berusia awal 20-an sering mengikut lelaki terbabit ke pondok berkenaan pada waktu tengah malam dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), jam 2.50 pagi. 
Lelaki itu menetap di Kuala Sala, dekat sini, sudah beristeri dan mempunyai enam anak yang meningkat dewasa, tetapi menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu yang bekerja kampung berkenalan dengan wanita yang bekerja dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di daerah ini, sebelum melakukan perbuatan keji itu di kawasan terpencil itu.



Sebelum ini, penguat kuasa Jaik beberapa kali membuat pemeriksaan di pondok berkenaan, tetapi pasangan itu tiada, namun mengesan kehadiran mereka pagi kelmarin selepas mendapati sebuah Proton Iswara milik lelaki itu ditemui berada di kawasan pondok itu sehingga menimbulkan syak.



sumber : myMetro

Kasanova ghaib di hari pernikahan

Posted: 22 Jan 2012 05:00 PM PST


GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini.
Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu.
Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.



Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit.



sumber : myMetro

Kesian ...tangan terbelah kerana singki

Posted: 22 Jan 2012 04:45 PM PST


PUTRAJAYA: "Nak tunggu ada nyawa melayang agaknya, baru nak turun buat kerja," kata seorang kakitangan kerajaan, Idrus Ismail, 38, yang tidak berpuas hati dengan pihak penyelenggara di kawasan kediamannya di Kuarters Kerajaan Fasa C, Presint 8, di sini.
Perasaan kecewa dan tidak puas hati itu bertambah, berikutan kemalangan yang menimpa anaknya Ain Damia Yusra, berusia tujuh tahun, apabila singki di bilik air rumahnya yang rosak terjatuh Khamis lalu dan serpihan sinki menimpanya.
"Pada pagi hari itu Ain Damia menggunakan bilik air untuk mandi sebelum ke sekolah. Ketika dia mahu mengambil berus gigi, singki itu terjatuh dan serpihan tajam sinki terkena tangan kanannya.

"Dia terus dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Doktor memaklumkan urat tangannya terputus dan perlu dijahit, malah dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk sembuh," katanya.



Menurutnya dia kesal dengan sikap pihak terbabit kerana lewat mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat, sehingga menyebabkan kemalangan itu.



sumber : myMetro

Tidur dikejut dentuman kereta

Posted: 22 Jan 2012 04:30 PM PST


GEORGETOWN: Seorang warga emas yang tidur nyenyak terkejut apabila sebuah kereta yang hilang kawalan merempuh tembok pagar rumahnya di Jalan Lintang, Bandar Baru Farlim, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila pemandu Toyota Estima yang berusia 30-an gagal mengawal kenderaannya ketika keluar dari persimpangan Jalan Lintang Astana.

Difahamkan, pemandu terbabit cuba membelok ke kanan, tetapi hilang kawalan sebelum merempuh tembok pagar rumah warga emas itu.


Berikutan itu, sebuah Proton Wira milik saudara warga emas terbabit yang diletakkan di kawasan itu turut mengalami kerosakan. Pemilik rumah yang dikenali sebagai Tan, 70-an berkata, dia tersedar daripada tidurnya selepas terdengar satu dentuman kuat di luar rumahnya.

Menurutnya, apabila keluar memeriksa di luar rumah, dia mendapati sebuah kereta remuk dan konkrit binaan tembok pagar rumahnya pula bertaburan.


Katanya, akibat rempuhan itu juga menyebabkan kereta milik saudaranya yang datang ke rumahnya untuk menyambut Tahun Baru Cina rosak teruk.



"Walaupun mengalami kerugian berikutan kerosakan tembok dan kereta itu, saya bernasib baik ia tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian terhadap keluarga kami," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber : myMetro

Bekas banduan guna laman web tipu mangsa

Posted: 22 Jan 2012 04:15 PM PST


JOHOR BAHRU: Seorang bekas banduan yang dipenjarakan kerana mencuri kenderaan beberapa tahun lalu, kini dipercayai mengubah taktik menjadikan laman web sebagai lubuk mencari mangsa dengan menyamar sebagai ejen jual beli saham serta pengedar alat tulis sejak setahun lalu.
Bekas banduan dikenali sebagai Badrulhisyam, berusia lewat 30-an berasal dari Perlis, dikatakan turut menubuhkan syarikat menjual alat tulis bagi meyakinkan mangsa dan apabila dikesan menipu, dia 'menukar kerjaya' dengan menyamar sebagai orang tengah membeli saham pasaran hadapan.

Apabila namanya hangat diperkatakan di Internet, Badrulhisyam menutup perniagaannya dan menghilangkan diri tetapi selepas itu menubuhkan syarikat lain memperdaya mangsa seterusnya.


Jurucakap polis yang dihubungi berkata, lelaki itu kini dalam senarai dikehendaki polis kerana terbabit beberapa kes jenayah tetapi enggan mendedahkannya.

"Lelaki itu pernah dipenjarakan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan beberapa tahun lalu.


"Kertas siasatan masih dibuka berkaitan kes dia didakwa menipu mangsa dalam urusan pembelian kertas A4. Kami pernah ke alamat syarikatnya di Perlis namun gagal menemuinya," katanya.



Jurucakap itu meminta orang ramai berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa lelaki terbabit.

Sementara itu, Noor Zakiah Sarmany, 30, yang mendakwa menjadi mangsa lelaki itu berkata dia mengenali Badrulhisyam menerusi portal perbincangan perniagaan, carigold.com pada Ogos 2009.



sumber : myMetro

Peminat pengsan disentuh pelakon ini

Posted: 22 Jan 2012 04:00 PM PST

LOS ANGELES - Dalam film, Daniel Radcliffe memiliki kemampuan sihir. Siapa sangka dalam kehidupan nyata Daniel pernah membuat seorang gadis pengsan hanya dengan menyentuhnya.


Bintang Harry Potter itu mengaku pernah mengalami kejadian menarik ketika mempromosikan filmnya di Jepun. Di negara bunga sakura ini, aktor 22 tahun dan rakan-rakannya sengaja mendatangi sekolah kerana sejumlah besar murid di Jepun adalah fans mereka.


"Mereka sangat suka Potter di Jepun. Aku sempat mengalami kejadian menarik di sana ketika aku berjalan di koridor sekolah. Aku berkunjung ke sebuah sekolah Jepun untuk promo dan tak sengaja aku menyentuh lengan seorang gadis ketika berpapasan. Aku bilang, 'Oh, I'm so sorry,' dan dia pingsan," kata Daniel di acara bincang-bincang bersama Jonathan Ross Show.


Kendati sudah sukses membuat penggemarnya pengsan, Daniel mengaku tak menyesal, karena inilah momen-momen menarik dalam hidupnya, yang takkan boleh dirasakannya tiap hari. 


"Dan kau tahu, kau harus menikmati saat-saat seperti ini kerana takkan berlangsung selamanya. Jadi ketika momen itu terjadi, kau harus merasakan betapa kerennya kejadian itu,"  tandasnya.(nsa)

‘Penyamun online’ kaut RM500,000

Posted: 22 Jan 2012 03:24 PM PST


MELAKA: Bermodalkan kepakaran menggodam Internet, 'penyamun online' dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM500,000 dalam tempoh dua bulan daripada sebuah syarikat pengeluar jubin apabila dapatmemintas urusan perbualan syarikat itu bersama pelanggannya dalam Internet.
Perkara itu hanya terdedah kelmarin apabila pengarah urusan syarikat berkenaan, Lim Boon Choy, 46, hairan apabila pelanggannya dari Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Denmark masih belum membuat bayaran penghantaran jubin sudah diterima mereka sejak Disember lalu. 
Menurutnya, dia menghubungi wakil syarikat itu menerusi telefon di negara berkenaan kerana masih belum mendapat sebarang bayaran walaupun semua bekalan diminta sudah dihantar.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila pelanggannya menyatakan semua bayaran sudah lama dibuat menyebabkannya hairan dan menafikannya.



"Bagi membuktikan bayaran dibuat, pelanggan kami menghantar salinan slip pemindahan telegrafik dan transkrip perbualan menerusi 'chatting' antara wakil syarikat dengan pekerja mereka yang menunjukkan syarikat kami ada meminta bayaran dibuat tetapi perlu dimasukkan ke dalam akaun bank lain.


"Saya terkejut dan menafikan perbualan menerusi perisian 'chatting' popular itu dan tidak menyangka urusan yang tidak pernah ada masalah sejak hampir tiga tahun lalu itu ditimpa bala seperti ini.

"Mereka (pelanggan) turut terkejut apabila diminta membuat bayaran segera dan secara tergesa-gesa ketika perbualan menerusi 'chatting' itu, kerana sebelum ini kami tidak pernah bertindak demikian," katanya, di sini, semalam



sumber : myMetro

Macam mana boleh jadi macam ni

Posted: 22 Jan 2012 10:00 AM PST



Penyanyi Cantik Korea Jatuh di Atas Pentas

Posted: 22 Jan 2012 09:00 AM PST




Penyanyi cantik Korea, IU meraih penghargaan dalam kategori 'Best Song of the Year' untuk lagunya 'Good Day' dalam ajang '2011 Melon Music Awards'.


Namun momen kebahagiaan itu sedikit terganggu karena adanya insiden memalukan. Terlalu terburu-buru naik ke atas panggung, penyanyi kelahiran 16 Mei 1993 tersebut terjatuh sebelum ia sampai ke depan mic.



Video..benda yang tak sepatutnya dibuat oleh ibu mengandung

Posted: 22 Jan 2012 08:45 AM PST





Kehidupan Mewah Kim DotCom Pendiri Megaupload

Posted: 22 Jan 2012 08:30 AM PST


Kehidupan ala playboy dan flamboyan perintis internet terbesar dunia terungkap saat polis menggeledah rumahnya di New Zealand, kelmarin. Multijutawan Kim DotCom, salah satu pendiri Megaupload.com, telah ditahan oleh pihak keamanan Jumaat (20/1) setelah cuba lari ke ruangan rahsia dengan sistem sekuriti elektronik di istananya, Dotcom Mansion.


Lihat Info & foto Selengkapnya









Pihak keamanan, yang mengintai rumah senilai US$30 juta dengan dua helikopter, akhirnya mampu menghadang Kim memasuki ruangan itu. Di sanalah mereka menahan lelaki berkebangsaan Jerman berumur 37 tahun yang bernama asli, Kim Schmitz.


"Ini jelas bukan hal mudah seperti mengetuk pintu masuk rumah," ungkap Inspektur Detektif Grant Wormald menggambarkan operasi penggeledahan di kawasan seluas 24 hektar dengan pegawai mencapai 70 orang.


Dari istana 'raja peretas' itu, polis menyita 18 kereta mewah senilai US$4,9 juta, termasuk sebuah Rolls-Royce Phantom drophead coupe dan kereta klasik Cadillac 1959 warna pink, termasuk benda seni dan peralatan elektronik.


Sejumlah kereta memakai plat kereta unit seperti Rolls Royce dengan kata 'God', sedangkan kereta AMG Mercedes memakai simbol 'Hacker' dan lainnya memakai kata 'Mafia'. Otoritas perbankan juga telah membekukan beberapa akaun jumbo Kim sebesar US$8,9 juta. Sosok lelaki dengan tinggi sekitar 190 cm dan berat 150 kg itu telah dituntut pemerintah Amerika Syarikat kerana terlibat dalam salah satu kes pencurian hak cipta intelektual terbesar saat ini.


Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Khamis (19/1), menutup MegaUpload, situs berbagi file yang populer digunakan untuk memposting filem, musik, dan siri televisyen. Setidaknya 50 juta orang memposting situs ini setiap hari.


Pihak berkuasa federal AS pada hari yang sama menangkap empat orang dan mengeluarkan perintah penangkapan atas lebih dari 20 tersangka di wilayah AS dan lapan orang lagi di luar negeri. Menurut laporan Cnet dari keempat orang itu tertangkap di Auckland, New Zealand dan di antaranya terdapat Kim DotCom alias Kim Schmitz, pendiri MegaUpload berkebangsaan Jerman dan Finlandi. Para tersangka itu akan menghadapi tuntutan dan peluang hukuman penjara hingga 20 tahun.


Pihak berwenang juga menyita 18 nama domain bersama sejumlah aset, termasuk sejumlah server di Virginia dan Washington DC, yang bernilai sekitar US$50 juta. Empat tersangka yang kerap disebut jaksa penuntut sebagai Mega Conspiracy dihadirkan ke pengadilan Auckland.


Dilaporkan, awalnya kuasa hukum DotCom menolak kehadiran media untuk mengambil gambar di dalam ruangan pengadilan. Namun, ia menyatakan tidak masalah kerana tidak ada yang perlu disembunyikan.


 Sumber:National Post

Mengamuk pecah cermin 28 kereta

Posted: 22 Jan 2012 08:15 AM PST


SEREMBAN – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan.


 Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.


 Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.


 Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.


 Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.


 "Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu," katanya.


 Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.


 "Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.


 "Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.


 Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.


 "Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.


 Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan.


 Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.


 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.


 Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.


 "Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.


sumber : sinar harian

Terjebak Penipuan Online, Dua Wanita Sanggup Kirim Foto Bogel Mereka

Posted: 22 Jan 2012 08:00 AM PST


Dua wanita terjebak penipuan online. Akibatnya, mereka mengirim foto bogel diri sendiri via email dan diperas.


 Dua mangsa yang tidak disebutkan namanya itu berasal dari Perth, Australia yang masing-masing berusia 18 dan 31 tahun. Awal mulanya, mereka dihubungi via internet oleh seseorang.


 Orang yang mengaku sebagai Chaterine Jones itu memperkenalkan diri sebagai perwakilan dari sebuah rumah model di Inggris. Dikutip detikINET dari Herald Sun, Selasa (17/1/2012), ia berjanji akan mengambil kedua mangsa menjadi model.



 Namun syaratnya, keduanya harus mengirimkan foto bogel diri sendiri. Berikut dengan kelengkapan lamaran kerja.


 Terpikat dengan janji tersebut, kedua wanita ini pun mengirimkan foto telanjang mereka. Malangnya, ternyata mereka kena tipu. Ketika foto sudah terkirim, si Chaterine mengaku sebagai seorang lelaki dan sama sekali bukan pekerja di biro model.


Lelaki itu pun mengancam mangsa akan menyebarkan foto tersebut ke internet jika mereka tidak mahu berhubungan seks. Mangsa sejatinya takut dengan ancaman tersangka, tapi mereka tetap melaporkan kes ini pada polis setempat.


 Polis Perth bidang Sex Assault Squad kini sedang menginvestigasi kes ini. Dugaan sementara tersangka berada di luar negeri. Orang ramai pun diminta waspada terhadap penipuan semacam ini.

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Perkahwinan satu tanggungjawab - Ally

Posted:

Perkahwinan satu tanggungjawab - Ally

Perkahwinan satu tanggungjawab - Ally

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AZLAN BAHRUM


ALLY Iskandar menyerahkan mas kahwin kepada Nurfarahin Romli selepas upacara akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat lalu.


NADA suaranya cukup ceria tatkala Hits dapat berbicara dengan personaliti televisyen popular ini.

Sementelah, segala debaran yang bersarang dalam dada sewaktu menunggu detik bersejarah untuk diijabkabul bersama suri hidupnya, terlerai sudah.

Personaliti bernama penuh Ally Iskandar Mohd. Mardzi ini mengakui sudah lapang dada sebaik sahaja dia sah menjadi suami kepada Nurfarahin Romli, 23, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, pagi Jumaat lalu bersamaan 20 Januari.

"Rasa seperti tidak percaya pula apabila sudah menjadi suami. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti mana yang kami rancang.

"Cuaca juga cukup baik bagaikan mengiringi perkahwinan kami. Ditambah pula dengan kehadiran sanak-saudara menambahkan lagi seri hari bersejarah kami," beritahu Ally.

Dengan dua kali lafaz, Ally dan Farah selamat dinikahkan oleh juru nikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd. Abu Bakar kira-kira pukul 10 pagi, di Masjid Kristal.

Dalam majlis yang diadakan dalam suasana sederhana itu, Farah telah menerima mas kahwin sebanyak RM250 dan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Sementara pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang termasuk telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan. Namun, kata Ally, kedua-dua belah keluarga sepakat untuk merahsiakan wang hantaran.

Mendirikan rumah tangga dalam usia 36 tahun, sememangnya sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) ini.

Kalau diikutkan perancangan sebelum ini, kata Ally, dia berhasrat menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun sama dengan usia Rasullullah SAW.

Tetapi, sudah tertulis di loh mahfuz bahawa setiap perancangan yang dilakukan, akhirnya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Benar, sebelum ini puas saya mencari jodoh dan berkenalan dengan wanita yang saya fikir akan menjadi suri hidup.

"Tetapi, saya percaya dengan Qada dan Qadar bahawa Allah SWT telah menetapkan pada usia saya 36 tahun adalah waktu terbaik untuk saya berkahwin.

"Mungkin sebelum ini saya merasakan sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Tetapi Dia lebih tahu akan perjalanan hamba-Nya.

"Dan, kerana itulah Allah SWT menetapkan hari ini (20 Januari) sebagai tarikh yang paling sesuai untuk saya menjalankan tanggungjawab baru dalam hidup," jelas anak kedua daripada tujuh beradik ini lagi.

Sekadar berkongsi cerita, Ally dan Farah bertemu selepas diperkenalkan oleh adik Ally dalam bulan Ramadan tahun lalu.

Walaupun ia berlaku dalam sekelip mata dan singkat, ternyata keterbukaan Farah untuk menerimanya sebagai suami menambahkan keyakinan Ally untuk menyuntingnya.

Lalu, pada hari ketiga Syawal, Ally telah menghantar rombongan ke rumah Farah untuk menyerahkan cincin sebagai tanda.

Apatah lagi, selepas ibu Ally, Nor Ainon Mohamed sendiri mengesyorkan Farah merupakan calon terbaik buat dirinya.

"Saya percaya dalam setiap apa yang kita lakukan terutama perkahwinan amat penting untuk mendapatkan restu daripada ibu bapa.

"Dalam masa yang sama saya mencari calon isteri, saya juga menyerahkan kepada keluarga untuk mengesyorkan pilihan yang mereka rasakan terbaik untuk diri ini.

"Kini, dengan adanya Farah sebagai isteri, ia adalah pelengkap kepada kehidupan saya sekarang," terang anak kelahiran Kuala Lumpur ini lagi.

Ally turut menambah sepanjang membujang, ibunya memang tidak pernah henti bertanyakan soal jodoh.

Katanya, sebagai anak lelaki pertama dalam keluarga, sudah pasti perhatian itu lebih diberikan kepadanya sehingga Ally sering dibebel oleh si ibu yang menanti waktu untuk melihatnya di pelaminan.

"Ditambah pula dengan kakak dan adik-adik saya yang lain juga ada yang sudah berkahwin. Jadi, atas alasan itu, saya memang menjadi mangsa bebel," ceritanya sambil ketawa kecil.

Jika pasangan lain mahu menimang cahaya mata secepat mungkin, tetap tidak bagi Ally yang lebih selesa mengamalkan perancangan keluarga.

Memang pada usianya kini, Ally sebenarnya sudah layak untuk bergelar bapa, tetapi Ally menjelaskan dia perlu menghormati situasi isterinya yang masih lagi menuntut dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan.

"Saya mahu Farah menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu yang hanya tinggal setahun. Kemudian, barulah kami memikirkan tentang keluarga.

"Dalam tempoh ini juga, saya akan berulang-alik ke Korea bergantung kepada kelapangan masa untuk bersama-sama Farah," kata Ally yang akan kembali mengacarakan Mentor musim keenam tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Hati Siti belum terbuka

Posted:

Hati Siti belum terbuka

Hati Siti belum terbuka

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


BIARPUN mendapat tawaran berlakon filem, namun hati Siti belum terbuka untuk bergelar pelakon.


SELAMA 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hanya fokus kepada kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Bukan tidak pernah didatangi tawaran lumayan yang mahukan dirinya beraksi di layar perak tetapi Siti Nurhaliza tetap dengan pendirian.

Bagi penyanyi yang mesra disapa Siti itu, dia mengakui bidang lakonan bukanlah kekuatannya. Malah, Siti cukup sedar untuk menjadi pelakon yang baik memerlukan disiplin dan komitmen yang sangat tinggi.

Justeru, apabila namanya disebut bakal membintangi sebuah filem Indonesia berjudul Kekuatan Cinta, ramai yang mahu menyambut berita itu dengan senang sekali.

Apatah lagi, ia bakal menampilkan beberapa pelakon Indonesia dan Malaysia antaranya Nicholas Saputra, Christine Hakim, Dian Sastrowardoyo, Melissa Saila, Fasha Sandha dan Raja Ema, pastinya ia bakal menjadi sebuah filem hebat.

"Jujurnya, saya hanya mengetahui perihal itu apabila membacanya menerusi talian. Jika dilihat kepada senarai pelakonnya, memang cukup menarik dan bukan calang-calang.

"Tetapi, di pihak saya, kami belum menerima sebarang tawaran apatah lagi perbincangan dengan pihak terbabit berhubung filem ini.

"Barangkali, ia hanyalah niat dan impian pengarah serta penerbit filem itu yang mahukan saya muncul dalam filem mereka," jelas Siti penuh diplomasi ketika ditemui usai majlis sidang akhbar Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen di Cyberjaya, Khamis lalu.

Menyambung bicara, juara Bintang HMI 1995 itu memberitahu, sebelum dia membuat keputusan untuk membintangi mana-mana filem sekali pun, perkara pokok yang harus diutamakan adalah jalan cerita dan skripnya.

Selain itu juga, kata Siti, dia juga perlu memikirkan tentang masa memandangkan jadual seninya yang sentiasa padat selain daripada komitmen terhadap keluarga.

"Kalau ditanya kepada saya, sebenar-benarnya saya memang belum bersedia dan terbuka hati untuk berlakon filem atas faktor yang telah saya sebutkan tadi.

"Bukan apa. Bimbang kalau tidak memberikan hasil yang memuaskan. Kesannya akan terpalit kepada kita juga. Malah, penerbit dan pengarah juga pasti akan terkena tempiasnya.

"Untuk itu, biarlah masa yang akan menentukan bilakah masanya untuk saya berlakon filem," kata penyanyi berusia 33 tahun ini sambil mengukir senyuman.

Kembali sebagai Azizah?

Dalam pertemuan itu, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu juga ditanya tentang kemungkinan untuknya kembali ke pentas teater memandangkan P. Ramlee the Musical bakal dipentaskan sekali lagi tahun ini.

Mungkin ada yang terlupa, Siti pernah membintangi teater muzikal mega itu pada tahun 2007 dengan membawakan watak kekasih pertama seniman agung itu bernama Azizah.

Biarpun kemunculannya hanya seketika, namun impak Siti menerusi teater itu bukan kecil-kecil anak sehingga mencatatkan rekod luar biasa apabila tiket dijual sebelum pementasan bermula.

"Saya harus akui membintangi teater muzikal itu telah memberi satu pengalaman baru. Ditambah pula dengan mendapat tunjuk ajar mereka yang berpengalaman dalam dunia teater telah memberi perspektif baru dalam kerjaya saya.

"Selama sebulan, hidup saya semuanya adalah untuk P. Ramlee the Musical. Saya juga perlu menolak banyak tawaran kerana komitmen saya dalam teater itu.

"Seandainya tawaran diberikan kepada saya sekali lagi untuk membintangi teater itu, saya harus fikir semasak-masaknya. Sepanjang tahun ini, saya memang sibuk dengan pelbagai agenda yang sudah diaturkan.

"Kalau perbincangan itu dapat membuka hati saya, siapa tahu, mungkin saya akan kembali sebagai Azizah," ujar Siti yang baru sahaja pulang dari Maghribi dan Dubai bagi menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 bersama suami tercinta.

Sementara itu, Siti juga tidak menafikan bahawa dia kini dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert seandainya mendapat penajaan bagi merealisasikan impian itu.

Selain itu juga, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Seindah Biasa dan Ya Maulai ini juga melahirkan keinginannya untuk terus merakamkan lagu-lagu tradisional dan kerohanian.

Full content generated by Get Full RSS.

Celebrity News

Celebrity News


Pramugari Koma Koma Di Tanah Suci

Posted: 21 Jan 2012 10:28 PM PST

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit" kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

"Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Latihan untuk pengawal peribadi wanita

Posted: 21 Jan 2012 05:00 PM PST

du 05.1 Latihan untuk pengawal peribadi wanita
Reuters SEBATANG kayu diangkat oleh para pelatih pengawal peribadi wanita di Sanya kelmarin.

SANYA, China – Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita.

Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya.

Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama.

Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka.

Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Timbul tenggelam Fezrul Khan

Posted:

Timbul tenggelam Fezrul Khan

Timbul tenggelam Fezrul Khan

FEZRUL KHAN muncul dengan filem perdananya, Sumpahan Kum Kum yang mula ditayangkan pada 26 Januari ini.


AKTOR ini memulakan mukadimah dengan satu pernyataan benar tentang dirinya. Fezrul Khan ketawa kecil tapi memberi gambar besar tentang penampilannya sebagai seorang pelakon.

"Saya bukan pelakon method," itu ayat ringkas yang menjelaskan pendirian Fezrul Khan.

Secara harfiahnya, Fezrul banyak bergerak dengan faktor teknikal. Dia bernaung bawah syarikat yang menawarkan khidmat sewa peralatan seperti lampu dan barang-barang untuk produksi. Hari-harinya banyak bergulir dengan suasana teknikal setelah mendirikan MRG Entertainment Sdn. Bhd. sejak dua tahun lalu.

Penubuhan syarikat atas dasar kecintaan kepada bidang kerja yang digemarinya ini menjadi antara faktor mengapa pelakon berusia 29 tahun ini semakin bergerak pantas. Banyak menumpukan perhatian kepada syarikat, namun Fezrul mengaku semakin serius meletakkan dirinya sebagai aktor.

Faktor teknikal

Menggalas topik teknikal yang dibawakan Fezrul, dia memulakan cerita tentang faktor penting yang membantu perjalanan karier seninya namun agak dipandang sepi oleh sesetengah pelakon.

"Saya memulakan bidang seni dengan kerja-kerja belakang tabir. Itu permulaan saya. Boleh saya katakan bahawa faktor teknikal membantu 50 peratus dalam lakonan saya. Saya melihat juga tidak ramai pelakon tahu tentang teknikal. Majoritinya hanya banyak tertumpu kepada penyampaian dan jalan cerita.

"Kalau kita sedar bahawa faktor lampu, pergerakan kamera dan peralatan akan dapat banyak membantu perjalanan lakonan. Itu yang saya katakan bahawa saya ini lebih kepada pelakon teknikal dan bukan method," senyumnya yang mengaku seorang yang pemalu.

Namun pada kadar kelajuan sederhana sekarang yang tidak perlu dipacu deras, Fezrul yang kadangkala seakan tenggelam dan timbul bersyukur dengan tawaran lakonan yang semakin banyak menghampiri.

"Alhamdulillah ada tawaran dan saya memilih daripada sudut jalan cerita. Berdasarkan pemerhatian saya, enam daripada 10 buah filem tempatan mempunyai jalan cerita yang baik," tambahnya.

"Saya rasa tidak laju dalam kadar pencapaian berlakon. Saya sebenarnya juga tidak mahu lambakan lakonan saya dalam produk takut orang muak tengok saya. Banyak lagi yang saya pelajari. Bagi saya adalah penting untuk mengambil masa untuk mengkaji dan membentuk sesebuah karakter," ujar teman baik Shaheizy Sam yang selalu memancing bersama.

Pengalaman kena tipu

Fezrul mula bersifat selektif dalam pemilihan watak kerana pengalaman lalu banyak meninggalkan kesan terhadapnya.

Dakwa pelakon yang berasal dari Johor, pengalaman ditipu bayaran merupakan pengalaman pahit buatnya. Sakit hati sudah pasti tapi pengajaran positif yang kemudian diambil adalah dengan menyertai sebuah pengurusan artis yang mampu menjaga kebajikannya.

"Ya, saya pernah ditipu dengan tidak dibayar. Lalu dengan nasihat Sam, saya menyertai pengurusan Metrowealth (MIG) yang akan menjaga saya sebagai pelakon. Perancangan jangka panjang, inilah yang saya nampak baik untuk saya," ujar Fezrul yang pernah terkena sihir beberapa tahun lalu.

Melalui MIG, Fezrul pada tahun ini muncul sebagai pelakon utama dalam filem Sumpahan Kum Kum. Respons yang diterima usai tayangan, filem tersebut adalah sebuah tanda aras positif untuk Fezrul. Ramai yang memuji lakonannya manakala filem arahan Ismail Bob Hashim itu dianggap antara yang paling seram. Filem yang bakal ditayangkan pada 26 Januari ini adalah hasil gandingan Fezrul bersama Shima Anuar, Wawa Zainal, Razak Ahmad dan Kaza.

"Ini filem pertama saya. Sebelum ini pernah berlakon filem tetapi ditipu. Saya membawakan watak Adi yang membalas dendam terhadap kematian adiknya. Dia seorang lelaki yang selalu cemas dan panik. Juga berkebolehan mengubatkan orang kerana ada keistimewaan mistik," terang Fezrul yang sebenarnya turut mempunyai perasaan cepat panik selepas terkena sihir satu ketika dulu.

"Saya target untuk tahun 2012 untuk keluar dengan produk filem. Alhamdulillah, saya akan muncul dengan filem Minyak Dagu arahan Azhari Zain dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang arahan Ollyn untuk tahun ini," katanya.

Di kaca televisyen juga, drama Santau Merasuk juga sudah mula ditayangkan. Penampilan Fezrul bersama Yana Samsudin sekali lagi menyaksikan dirinya dalam atmosfera genre seram.

"Saya tahu saya banyak berlakon produk seram. Tetapi saya perlu berhenti daripada melakonkan genre seram kerana mahu fokus kepada genre lain. Mungkin wajah saya ini sesuai dengan produk hantu," ketawanya yang mengagumi Kevin Spacey dan John Leguizamo ini.

Untuk Fezrul, 2012 tampaknya sebagai sebuah permulaan dengan langkah kanan. Muncul dengan sebuah perdana memungkinkan nama yang dilihat tenggelam timbul itu ada pada permukaan yang lebih jelas.

"Saya memang suka berlakon kerana suka berfikir," tambahnya yang jelas gemar berfikir kerana menbalas setiap soalan dengan pemberhentian masa beberapa detik sebelum deras menjawab.

Full content generated by Get Full RSS.

Janda Hattan dianiaya

Posted:

Janda Hattan dianiaya

Janda Hattan dianiaya


LAPORAN polis terhadap kejadian godam e-mel dan blog juga dibuat Farah.


PADA mata khalayak, Farah Othman pernah dikenali sebagai janda Hattan. Perkahwinan dan kebahagiaan yang dibina bersama penyanyi lagu Biso Bonar itu hanya mampu bertahan 63 hari sahaja. Dinikahi pada tarikh cantik 11 November 2011, talak satu kemudian jatuh ke atas usahanita berjaya itu pada tarikh 12 Januari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Impak perpisahan dengan jangka perkahwinan pendek itu benar-benar menimpa Farah Ashikin. Dia terpalit pelbagai spekulasi yang memberi kesan kepada diri dan kerjayanya. Bertemu Farah di butik Amir Luqman yang merupakan rakan kongsinya, Farah meminta ruang untuk menerangkan spekulasi yang bergerak dalam atmosfera percakapan khalayak. Malah, ibu kepada dua orang anak ini juga sempat memberitahu tentang onar yang menimpa dirinya.

"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman," ujar pengarah urusan Into Equity ini dan menegaskan bahawa perkahwinannya dan Hattan mendapat restu keluarga.

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan," sambungnya yang bersikap optimistik dalam menjalani rencah kehidupan kini.

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.

Melihat situasi ini sebagai satu cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahanita, Farah menjelaskan impak dan bisnes yang sedang dijalaninya.

Melalui syarikat Into Equity Sdn. Bhd., Farah menjalani bisnes dalam bidang hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong.

Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.

"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar," ujarnya yang telah mendapat nasihat peguam dan akan mengambil tindakan.

Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidil Zafuan tutup mulut

Posted:

Aidil Zafuan tutup mulut

Aidil Zafuan tutup mulut

LAPAN belas kali fikirpun, Diva masih keliru dengan krisis rumah tangga yang dihadapi pasangan Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola yang kacak Aidil Zafuan. Lepas kes bergaduh dalam Twitter dengan kembar si Aidil, Rita buat hebahan terbaharu mengenai tindakan Aidil yang memindahkan barang peribadi dari rumah mereka. Lepas keluar dari rumah dan berada di lokasi yang tidak diketahui, tiba-tiba Rita dikejutkan dengan sepucuk surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil kepadanya.

Isi kandungan surat itu tidak pula diceritakan Rita, cumanya dia mengakui sangat terkejut dengan isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumahnya. Dengarnya, Aidil ada membuat tuntutan yang dikatakan langsung tidak masuk akal.

Terpanggil nak tahu pasal kes Rita dan Aidil, Diva pun cuba risik-risik daripada kawan-kawan media, mujurlah ada yang tidak lokek berkongsi informasi. Kata seorang teman, Rita sekarang memang tak nak buat sebarang kenyataan sebab peguamnya tidak mahu kes yang sedang difailkan itu terganggu dengan kenyataan pelik-pelik.

Pasal Aidil pula, pemain bola sepak kebangsaan itu pula memilih jalan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kawan Diva ada menghubungi Aidil, tapi Aidil menerusi SMS enggan membuka keburukan Rita yang masih lagi isterinya yang sah. Lagipun kata Aidi, kisah rumah tangga adalah hal peribadi yang tak elok dikongsi dengan umum. Aidil juga minta maaf kerana buat masa ini, dia tidak mahu komen apa-apa pasal kenyataan Rita.

Diva rasa, selain masalah yang digembar-gemburkan, ada konflik lain membabitkan pasangan berbeza usia lebih sedekad itu. Cuma satu sahaja harapan Diva, kalau bergaduh macam mana sekalipun, lihatlah Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan. Mereka sangat perlukan kalian, hari ini, esok, lusa dan hari-hari dewasa mereka kelak.

Diva: Tahniah pengacara TV3, Ally Iskandar dan Farah Lee yang selamat bernikah, Jumaat lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Sabtu, 21 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Press Release Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Posted: 21 Jan 2012 06:21 PM PST

21 Januari 2012 – Bertempat di Aristo Garden, Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, blog hiburan Budiey.com – Sensasi Selebriti telah meraikan seramai 150 orang pembaca setianya dengan menganjurkan Parti Ulangtahun Budiey.com yang Ke-5.

Bertemakan warna ungu dan putih, sambutan ulangtahun kali ini mengetengahkan konsep Music is Art di mana Budiey menjemput pembaca untuk menghayati irama muzik dan lagu yang dipersembahkan oleh artis lama mahu pun artis yang masih baru meningkat naik.

Selain memberikan hadiah goodie bag. Budiey.com juga menghadiahkan hadiah-hadiah menarik seperti sebuah iPad2 kepada pembaca yang bertuah melalui cabutan bertuah. Selain itu, hadiah-hadiah lain dari para penaja juga turut diberikan kepada pembaca. Antaranya, seutas rantai mutiara bernilai RM5,000 sumbangan Rafflesia, pakej percutian, tiket terbang ke Osaka, Jepun, kamera digiital, produk kecantikan dan banyak lagi.

Parti ini dihoskan oleh penyampai radio Suria FM yang popular dengan segmen Suria Cinta iaitu DJ Lin dan dibantu dengan penampilan dari seorang pelakon dan pelawak terkenal Azrul Zaidi yang kini muncul dengan single terbaru, Cerita Kita.

Selain untuk meraikan pembaca setia, Budiey.com juga tidak lupa untuk menjemput 30 orang selebriti untuk memeriahkan suasana. Antara selebriti yang hadir ialah Adira, Shila Amzah, Tomok, Ning Baizura, Amanda Imani, Awi Rafael, Aliff Aziz, Farawahida, Mimi One Nation Emcees, Min Yasmin, Dior Shahril, Andi A Merican, Keroz Nazri, Awan Band, Liyana Fizi, Najua P.Ramlee, Tengku Aidil, Mia Sara Nasuha, Elfira Loy, Erul AF, Azri AF, Bkay Nair, model kanak-kanak terkenal Nur Aisyah Humairah dan ramai lagi.

Sebanyak 10 pass masuk juga diagihkan untuk pendengar setia Suria FM melalui satu peraduan yang dianjurkan selama seminggu bermula dari 16-20 Januari lalu di segmen Suria Cinta.

Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5 ini ditaja oleh syarikat komunikasi terkemuka DiGi sebagai Penaja Rasmi, Penaja Bersama oleh Alternate Pictures & Nuffnang dan SayCheese Productions pula menjadi Fotografer Rasmi.

Budiey mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5 termasuklah rakan media, para penaja dan juga semua pembaca budiey.com yang sudi memberikan sokongan.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • My Merchandise
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Video Show Hunny Madu di Parti Nona 2010
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1
  • T-4: Terminator Salvation Set for May 22, 2009 Release
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
  • Full content generated by Get Full RSS.