Adsense

Sabtu, 21 Januari 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Download Filem - Papa I Love You (2011) MKV

Posted: 20 Jan 2012 09:36 PM PST


Papa I Love You (2011) DVDRip MKV Mediafire

SynopsisMengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

MKV - Mediafire

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Balasan dosa masa lalu - Awie

Posted:

Balasan dosa masa lalu - Awie

Balasan dosa masa lalu - Awie

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH


Kebanyakan filem lakonannya mendapat sambutan memberangsangkan.


FIGURA rock ini mengakui bahawa garisan perjalanan seni yang dicorakkan kira-kira 25 tahun dalam industri hiburan tidak pernah lurus menegak, sentiasa bergelombang dan diduga dengan pelbagai ranjau yang kadangkala membuatkan diri hilang pertimbangan.

Ini kerana setiap langkahnya sentiasa disalah ertikan dan kadangkala mengundang persepsi negatif pihak yang cemburu dengan pencapaian kerjayanya.

Maklumlah perubahan daripada orang biasa yang baru belajar muzik dan menyanyi di kelab malam tahun 1987 kemudiannya bertukar bintang disegani selepas berjaya di layar perak dan pentas teater.

Seiring dengan itu, nama Awie juga disebut dek kerap dikaitkan dengan beberapa siri pergaduhan yang mengakibatkan dia dilabel "artis hitam".

"Saya adalah artis pertama jadi tajuk utama berita sebab bergaduh," ringkas lelaki ini sambil tersenyum sinis pada pertemuan petang Rabu lalu di Ampang, Kuala Lumpur.

Pertemuan bersama Pancaindera untuk berkongsi suka duka dan sejarah hidup yang banyak mempengaruhi tindak tanduk Awie pada hari ini.

"Semuanya bertitik tolak dari sikap segelintir masyarakat yang anggap artis adalah barang mainan, suka-suka hati dimarah, diherdik kalau tak suka. Perkara ini berlaku sejak zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lagi.

"Sedangkan tiada beza antara artis dengan orang luar, cuma kerjaya saja. Kalau tak suka, boleh tukar 'saluran' lain, tapi jangan sesekali maki hamun artis. Tak boleh ke kita saling hormat antara satu sama lain?

"Tapi bila akal saya diduga dan ada orang lelong terlalu murah, saya belilah. Saya tahu orang yang menjual tak ada diskaun itu handal, tapi bila dah berlaku (gaduh), akhirnya saya dikata puncanya," kesal Awie sambil mengimbas kenangan lalu.

Ditanya adakah sikap panas baran Awie mendorong terjadinya satu pergaduhan sehingga ada yang cop Awie samseng?

"Kebiasaannya, saya seorang yang tenang tapi sifat manusia boleh berubah terutama bila ada cubaan provakasi. Tak kiralah, individu itu dalam kedudukan tertinggi atau punya jawatan besar pun, situasi ini normal.

"Tapi adilkah bila seseorang itu dituduh melakukan kesilapan yang tidak dibuatnya? Kalau pun saya buat salah, ia adalah kesilapan individu. Bukan sebab orang lain.

"Bila artis itu cakap kesalahan itu semuanya fitnah, ada orang nak percaya? Kalau nak cakap pasal fitnah yang orang tabur pada saya, tak terkira banyaknya. Tapi bila seseorang artis yang sudah dicap jahat bercakap tentang kebaikan, pasti ada yang pandang sebelah mata, bukan?" soalnya kembali berhubung tuduhan tersebut.

Mengulas penyebab utama yang menyebabkan dia berkata sedemikian, pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman ini tersenyum.

"Apa yang masyarakat nampak artis masa bekerja memang berbeza dalam kehidupannya. Senyuman di depan mata ini kadangkala tak selari dengan apa yang kita tengah fikir," ringkasnya berkias.

Penyakit murung

MENGOREK tentang permasalahan dialami oleh Duta Remaja Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak selama bergelar anak seni, Awie menarik nafas dalam-dalam.

"Saya pernah murung, pendiam dan suka termenung kosong, macam orang bodoh. Hubungan dengan isteri (Rozana Misbun) dan anak-anak pun kacau. Pantang silap sedikit, pasti melenting.

"Saya jadi malas nak pergi kerja, mudah penat dan ada ketikanya susah nak bernafas. Paling teruk masa latihan Konsert Awie & Ella - Raja & Ratu Rock Malaysia, dua bulan lalu.

"Saya tak boleh menyanyi, suara tak keluar dan tekak ini gatal sangat. Batuk tak payah cakaplah, memang teruk. Bila doktor pakar periksa, tak jumpa apa-apa punca pun.

"Dengan kuasa Allah pada hujung November lalu, masa saya batuk-batuk tu terus keluar bulu halus dari kerongkong. Memang terperanjat," imbasnya.

Adakah itu petanda Awie disihir oleh pihak tertentu? Lelaki berusia 44 tahun ini sekadar tersenyum.

"Susah nak cakap sebab memang benda ini wujud tapi kita tak lihat kewujudannya. Kalau kita mengesyaki orang lain, umpama menganiaya orang lain," katanya yang enggan menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.

Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini mengakui pernah mengalami penyakit misteri sejak awal tahun 2000 sehingga Awie terpaksa bertongkat kerana sendi kakinya semakin membengkak.

Awie menyangka dia terkena penyakit angin atau gout, bagaimanapun pakar perubatan mengesahkan dia sihat.

"Mungkin juga santau sebab sebelum ini saya pernah nampak kelibat dan alami situasi pelik macam bilik tidur berombak dan berbuai-buai," katanya.

Adakah Awie pernah mendapatkan rawatan tradisional bagi mengubati penyakit misteri tersebut?

"Saya pernah buat rawatan tradisional di beberapa tempat. Tahun lepas, saya merawat dengan seorang pakar buang bisa di Perak. Dia buang jarum dari kaki saya ini secara tak sedar, tapi sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.

"Dia juga siap pesan ada benda lain macam benang hitam, paku, tali tangsi dan tanah kubur ditanam di rumah saya. Saya nak bawa dia balik rumah tapi tak bolehlah sebab dia bukan Islam," dedahnya yang pernah makan ubat penahan sakit selama empat bulan.

Kesilapan diri

MENGAJUKAN signifikan kejadian aneh yang dialaminya itu berkait dengan perbuatan Awie sebelum ini yang pernah mengundang rasa kurang berpuas hati sesetengah pihak dengannya, lelaki ini kembali tersenyum.

"Musibah berpunca daripada pembalasan dosa dan kesilapan lalu sama ada disengajakan atau tidak. Manusia mana yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan bukan?

"Hukum karma balasan Tuhan boleh berlaku di mana-mana sahaja mungkin berpunca dari sikap kita yang lalai. Ia adalah cara penyucian agar kita lebih tenang.

"Mungkin juga semua ini adalah peringatan. Kita boleh tengok sekarang ini ada banyak cara kematian berlaku perlu diinsafi. Sebab Tuhan bayar dalam bentuk tunai dimuka bumi ini," katanya.

Ditanya adakah dia mengesyaki sesiapa yang ingin melihat dia sakit dan jatuh terduduk, bapa kepada lima anak ini menggelengkan kepala.

"Saya tidak syak sesiapa pun. Kalau kita cari punca, memang buang masa sebab saya tak yakin boleh tepat 100 peratus. Sebab di hadapan kita muka baik, tak tahulah apa dilakukan di belakang kita.

"Jadi tak payah bersusah payah berusaha nak tahu siapa pedajal kita. Kalau saya tak tahu, dia sendiri akan dapat balasan," katanya penuh makna di penghujung pertemuan selama dua jam itu.

Full content generated by Get Full RSS.

FARAH jawab isu cerai, gambar intim

Posted:

FARAH jawab isu cerai, gambar intim

FARAH jawab isu cerai, gambar intim

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH


Laporan polis dibuat bagi mencari keadilan berhubungan isu godam.


GAMBAR yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah," tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.

Bagaimanapun Hattan yang ketika itu masih suami Farah Ashikin menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu sambil menyifatkan ia sekadar gosip kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia.

Sayangnya, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa, akhirnya musnah di pertengahan jalan apabila mereka disahkan bercerai pada minggu kedua 2012.

Sebagai pasangan bahagia, sama ada Farah ataupun Hattan, sememangnya tidak mahu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu runtuh.

Tetapi sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun takdir yang menentukan segala-galanya.

Sayangnya, apa yang kurang enak didengar, selepas perceraian itu pelbagai cerita yang tersebar sehingga mengguris hati dan maruah apabila gambar intim Farah dengan seorang lelaki tersebar dalam pelbagai blog dan portal hiburan tempatan.

Ketika ditanya kesahihan perkara berkenaan, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka.

"Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.

"Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?

"Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.

"Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya," kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.

Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.

"Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.

"Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.

"Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan.

"Tetapi sama ada suka atau tidak saya kena terima penceraian ini. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bisnes saya," kata Farah.

Mangsa godam

MENGULAS lanjut mengenai penyebaran gambar berkenaan, jelas Farah semuanya berpunca daripada penggodam yang telah membuat onar terhadap e-mel peribadi dan blog peribadinya.

Perkara ini bukan baru berlaku sebaliknya semenjak pertengahan tahun 2010, dia menjadi mangsa digodam yang akhirnya mengaibkan dirinya.

"Saya pernah buat laporan polis pada September 2010. Berita mengenai laporan polis itu pernah tersiar di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

"Saya tak tahu siapa punya kerja. Tapi mereka godam e-mel saya, tambah kandungan termasuk dalam blog dan hantar pada semua kenalan untuk mengaibkan saya," kata Farah yang merupakan pemilik Into Equity Sdn. Bhd. ini lagi.

Melalui syarikatnya itu, Farah merupakan ahli perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London, Itali dan Hong Kong.

Selain terbabit dengan bisnes luar negara, dia juga merupakan pembekal barangan hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekal peralatan kepada Kementerian Kesihatan.

Bisnes yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu cukup membuatkan dirinya terkenal dalam bidang perniagaan dan sudah pasti dia terkesan dengan kemelut tak berkesudahan yang akan menjejaskan perniagaannya.

"Saya orang bisnes dan saya tahu dengan penyebaran gambar itu akan menjejaskan reputasi saya. Kalau dengan pelanggan luar negara tak ada masalah tetapi bagaimana dengan pelanggan dalam negara?

"Mahu atau tidak saya kena membersihkan maruah saya yang tercalar.

"Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nikita kalis gosip

Posted: 20 Jan 2012 10:54 AM PST

Hip

KERAP diasak pelbagai gosip panas sepanjang 2011 mematangkan gadis berusia 18 tahun yang sedang popular dengan watak Amira menerusi sinetron, Putri Yang Ditukar siaran TV3 ini menangani perjalanan hidupnya.

Nikita Willy menjadikan pengalaman sebagai guru terbaiknya, tanpa pernah menyesali laluan berliku yang terpaksa ditempuhinya sepanjang tahun lalu.

Menerima setiap dugaan dan ujian yang diberikan Tuhan mempunyai hikmah tersendiri, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia bernama lengkap, Nikita Purnama Willy ini memilih untuk menjalani hidup seadanya. Enggan membiarkan dirinya didesak untuk menggapai sesuatu yang berada di luar kemampuan, Nikita santai menikmati zaman remajanya tanpa perlu dibebani keinginan melampau.

"Saya tidak mempunyai apa-apa resolusi, cuma berdoa segala yang dicita-citakan tercapai dan lebih baik berbanding tahun sebelum ini.

"Saya selalu mensyukuri setiap perjalanan yang dilewati, sama ada baik atau buruk pasti ia mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersendiri," kata gadis yang mengukir nama sebagai pelakon sejak usia tujuh tahun itu.

Bintang sinetron kelahiran 29 Jun 1994 ini sempat digempur dengan kontroversi dibuang sekolah pada permulaan 2012. Gosip itu timbul apabila Nikita dilihat lebih mengutamakan karier lakonannya berbanding penggal persekolahan yang baru bermula.
Nikita bagaimanapun menafikan hal itu, sebaliknya memberitahu dia belajar secara persendirian sejak November tahun lalu di bawah pengawasan Ketua Dewan Pembina Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA), Seto Mulyadi.

Dia yang sebelum ini bersekolah di SMA 3 Setiabudi, Jakarta Selatan menegaskan, prestasi pelajarannya tidak pernah terjejas meskipun sering diburu kesibukan.

Bagaimanapun, langkah untuk belajar sendiri terpaksa diambil kerana jadual hariannya yang terlalu padat dengan penggambaran sinetron menyukarkan dia memenuhi segala tuntutan sebagai seorang pelajar.

"Mahu atau tidak saya memutuskan untuk mengundur diri dari sekolah itu. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama kedua orang tua saya.

"Penggambaran sering berlanjutan sehingga jam 3 pagi, sedangkan jam 6.30 pagi saya sudah harus bangun dan bersiap ke sekolah.

"Bayangkan hanya beberapa jam saya berkesempatan melelapkan mata. Jika kurang tidur, bagaimana otak saya mahu menerima apa yang diajar kerana saya tidak mampu memberi tumpuan.

"Akhirnya saya memilih untuk bersekolah di rumah. Selain waktu pembelajaran yang disesuaikan dengan jadual penggambaran, saya juga dapat menumpukan perhatian kerana tidak lagi perlu berkejar-kejar," katanya yang turut popular dengan sinetron, Safa Dan Marwah.

Nikita berharap 2012 akan membawa pelbagai kejutan dalam karier seninya, selain diberikan peranan mencabar yang menguji kemampuan sebenarnya sebagai seorang pelakon.

Bosan kerap diberikan watak hampir sama, gadis berdarah Minang ini teruja apabila dituntut menyanyi dan menari dalam sebuah sinetron yang bakal menjalani penggambaran.

"Saya mahukan sesuatu yang berbeza. Biarpun sulit kerana tidak pandai menari, saya mencabar diri dengan menjalani latihan," kata gadis yang kembali menjadi buruan media gara-gara rapat dengan pemain bola sepak muda, Diego Micheils.

'Usah campur hal peribadi saya'

MASIH berbekas dalam ingatan ramai kemesraan dipertontonkan Nikita dan Bara Tampubolon selepas beberapa foto mereka berhibur di sebuah kelab malam tersebar menerusi laman maya. Bara sendiri pernah menghadiahkan Nikita cincin dan kalung ketika pelakon itu menyambut ulang tahun kelahirannya tidak lama dulu.

Bagaimanapun kemesraan itu cuma bertahan setahun dan Disember lalu, Nikita dan Bara mengambil keputusan mengakhiri cinta mereka. Diego Michelis dikatakan punca kepada keretakan hubungan mereka. Biarpun pada permulaan enggan mengambil peduli apa diperkatakan teman-temannya, Bara akhirnya akur kecurangan Nikita hingga memaksa mereka memilih haluan masing-masing.

"Itu urusan peribadi, jangan berterusan saya ditanya dengan soalan itu," kata Nikita yang rimas menjadi buruan media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai punca perpisahan mereka.

Nikita juga menjelaskan, ketika ini dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada karier dan enggan masalah peribadinya terlalu digembar-gemburkan hingga mengalihkan tumpuan khalayak terhadap kerjaya lakonannya.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara peribadi. Banyak soalan lain boleh diajukan. Apabila tiba masanya saya berbicara mengenai hal itu, tetapi bukan sekarang," katanya juga dilihat tenang tatkala cerita kecurangannya dengan Deigo diperbesarkan sebagai punca hubungan cintanya dan Bara yang terjalin selama setahun berakhir dengan perpisahan.

"Terserah mahu bercakap apa saja kerana saya masih sendiri, yang lain itu sekadar teman biasa. Salahkah saya bergambar dan berbual dengannya? Kasihan Deigo yang bingung dengan berita yang diputar belit sebegitu. Kami tiada apa-apa hubungan mesra. Biarlah saya sendiri dulu," tanya Nikita yang enggan membiarkan dirinya larut dalam permasalahan itu.

Info

Nama Lengkap: Nikita Purnama Willy
Tarikh Lahir: 29 Jun 1994
Asal: Jakarta, Indonesia
Filem: Bestfriend?, MBA (Married By Accident) dan Tertipu Laris Manis
Sinetron: Doa Membawa Berkah, Tiga Orang Perempuan, Bidadari 2 & 3, Bulan dan Bintang, Senyuman Ananda, Pengantin Kecil, Setinggi Bintang, Indahnya Karunia-Mu, Roman Picisan, Cookies, Cinta Dan Anugerah, Nikita, Misteri Olga dan Putri Yang Terbuang
Telemovie: Mak Comblang Jatuh Cinta, Ratu Cinta Kilat, Good Boy vs Good Girl, Pacar Yang Lupa Punya Pacar, Kalau Desi Kesandung Cinta, Cinta Rasa Ongol Ongol, Cantik-Cantik Juragan Ayam dan Namaku Katini Bukan Kartono
Iklan Komersial: Permen Milton, Citra Body Lotion, Pigeon, Choki-Choki, Bank BNI, Bank BII, Sunsilk, Hers Protex, Kia Picanto, Bank Muamalat, Nokia dan Epson

Full content generated by Get Full RSS.

Menanti jodoh

Posted: 20 Jan 2012 10:49 AM PST

Hip

Bams

Bams

MERAIH pencapaian selesa dalam bidang muzik dan perniagaan belum menggerakkan hati vokalis Samsons, Bams untuk segera melepaskan status solonya.

Selama menggeluti industri hiburan, Bams jarang dihinggapi gosip keterlaluan.

Pernah hangat dikaitkan dengan pemain sinetron, Nia Ramadhani sebelum menjalin cinta dengan Tyas Mirasih namun hubungan itu tidak menoktahkan kegembiraan seperti yang direncana Bams. Jejaka berusia 28 tahun itu ini berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran tertentu untuk menamatkan zaman bujangnya sebaliknya menyerahkan kepada Yang Maha Esa.
Pemilik nama lengkap, Bambang Reguna Bukit ini percaya, Tuhan belum menemukannya dengan seorang wanita terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

"Belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo, malah saya tidak pernah meletakkan sasaran umur tertentu. Bukankah semua itu urusan Tuhan?

"Saya cuma perlu percaya, jika sudah tertulis jodoh saya pasti akan bergelar suami nanti," kata pemuda yang mencipta populariti lewat album pertama Samsons, Naluri Lelaki pada 2005.
Enggan mengulas panjang mengenai ciri wanita yang diimpikan, cukup kata Bams, jika bakal isterinya itu seorang yang memahami dan menerima dirinya seadanya.

Seperti lelaki lain, Bams juga meletak harapan tinggi terhadap gadis yang bakal mendampinginya kelak namun dia akur kepada ketentuan Tuhan.

"Tidak perlu saya menggariskan kriteria wanita bagaimana yang mahu saya dampingi kerana yang memutuskan semua urusan ini adalah Tuhan.

"Cukup saya jalani kehidupan ini seadanya kerana saya percaya, Tuhan akan menghadirkan seorang yang terbaik untuk saya panggil isteri," katanya.

Dilihat semakin selesa menyusun langkahnya sebagai ahli perniagaan, Bams yang baru melancarkan LIO Gallery (Bistro, Bar dan Lounge) di Jalan Kemang Timur Raya, Jakarta Selatan menafikan sudah mengundur diri daripada Samsons.

Kumpulan itu kata Bams, masih wujud malah mereka sedang menyiapkan proses awal produksi album terbaru selepas kali terakhir menghadiahkan peminat dengan Penantian Hidup - Platinum Edition pada 2008.

"Saya masih menyanyi, malah akan terus menghasilkan album baru. Cuma kami tidak mahu melakukannya separuh hati. Memang Samsons mampu menghasilkan album setiap tahun tetapi untuk apa jika hasilnya mengecewakan.

"Saya sendiri sudah rindu untuk bekerja dengan anggota Samsons yang lain. Perancangan merakamkan album baru itu ada, cuma bila belum pasti kerana masih dalam tahap produksi," katanya.

Bams tidak menafikan, tumpuannya dalam dunia perniagaan yang baru diceburi membuatkan fokusnya terbahagi hingga terpaksa memperlahankan sedikit aktiviti seni.

Sebagai manusia yang mementingkan kesempurnaan, Bams selesa memberikan seluruh komitmen untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Jika mahu maju, kita harus fokus dan memberikan komitmen padu dalam setiap keputusan yang diambil. Baik ketika bersama Samsons atau menguruskan perniagaan, saya akan memberikan komitmen jita.

"Andai nanti kesibukan bersama Samsons membataskan tumpuan saya kepada LIO, saya tidak perlu gusar kerana adik akan mengambil alih tanggungjawab itu," katanya.

Menolak tanggapan dia memperlahankan aktiviti seni kerana sudah bosan, Bams berkata, ruang itu dimanfaatkan untuk mencari semula kehidupan yang pernah diabaikan gara-gara kesibukan membina nama.

"Setiap keputusan yang diambil pasti ada untung dan rugi. Mempertahankan kehadiran adalah pilihan dan kami memilih untuk memperlahankan aktiviti Samsons kerana mahu berehat serta mencari idea segar.

"Saya tidak pernah bosan cuma ketika ini, saya ingin melakukan aktiviti yang tidak pernah berkesempatan dilakukan dulu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Sheila bergaya tanpa seluar dalam

Posted: 20 Jan 2012 05:00 PM PST

JAKARTA: Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.

Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.

"Saya tak mahu komen fasal gambar itu," katanya, semalam.

gambar+sheila+garcia+seluar+dalam Sheila bergaya tanpa seluar dalam

sumber

Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.
"Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri," katanya.

Gambar seksi Sheila Marcia dimuat naik dalam laman Twitter oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.

Dalam gambar itu, Sheila dilihat bergaya di dalam bilik air tanpa memakai seluar dalam.

Ada juga gambar di mana dia bergaya di atas sinki. – Detikhot

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


India takut watak Eve

Posted: 20 Jan 2012 06:20 AM PST

SEKALI ditanya mana yang lebih disukai antara filem dan drama, bintang remaja yang bernama unik - India Eisley - dengan terus terang akui dia rasa lebih selesa memfokus kepada drama TV.

Watak sebagai remaja, Ashley Juergens dalam The Secret Life of The American Teenager bukan saja membantu program itu mencatat 'rating' yang bagus di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Belanda dan Belgium tetapi juga menggerakkan kepada penerbitan sebuah buku mengenai kehidupan karakter itu bertajuk The Secret Diary of Ashley Juergens.

Setakat ini, India Eisley sudah berlakon empat filem pelbagai genre termasuk 'thriller' dan biografi. Dia pernah berganding dengan ibunya, Olivia Hussey dalam filem Mother Teresa of Calcutta pada 2003 dan Headspace, dua tahun kemudian.

Bercakap mengenai perkembangan karier, gadis seksi berusia 18 tahun ini sedang hangat membintangi filem aksi seram Underworld: Awakening (Underworld 4) yang mula ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Kata India, watak sebagai Eve, anak kepada Selene lakonan Kate Beckinsale, adalah karakter yang menakutkan dirinya.


"Karakter Eve sebagai puntianak remaja dan genetik Lycans iaitu anak kepada Selene tidak dirasakan janggal memandangkan Kate Beckinsale juga ada seorang anak remaja. Jadi, saya dapat merasakan aura yang rapat antara kami berdua.

"Lagipun, ibu saya, Olivia, banyak membantu saya dan memberi panduan profesional sepanjang berada di lokasi penggambaran Underworld 4. Kaedah itu membuat saya rasa tenang dan tidak gelabah dan terburu-buru.

"Sekalipun terpaksa melakonkan aksi lasak bertarung dengan lelaki dan banyak situasi gelap yang tidak pernah dilalui dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini, saya dapat melakukannya dengan baik," katanya.

Sewaktu ditemuramah pada sesi previu khas filem itu di Beverly Hills, Los Angeles, baru-baru ini, nyata sifat pemalu terserlah dalam diri India.

Dia begitu teliti mendengar soalan dan menyusun kata-kata berdepan wartawan antarabangsa daripada Eropah, Amerika Selatan dan Asia yang hadir pada previu filem itu di Westfield Century City, Los Angeles.

"Saya lebih selesa memegang watak seorang berjiwa remaja dan ceria. Dalam Underworld Awakening, memang tidak dapat membayangkan babak menarik dan mencengkam kepala Lycans hingga terbelah dua dan otaknya terkeluar!

"Banyak suasana dilalui menakutkan dengan cabaran baru termasuk berlatih seni mempertahankan diri sepanjang membawa watak seorang puntianak remaja dalam filem ini. Namakan apa saja - melompat sana sini, bermain senjata dan percikan darah - semuanya ada. Buat masa ini, saya gembira melihat filem ini akhirnya muncul," kata India.

Sebagai orang baru dalam dunia lakonan, India juga meminati pelakon Britain, Carey Mulligan.

"Kalau Theo James meminati pelakon Britain Michael Caine, saya pula meminati Carey dan Janet Montgomery. Mereka juga berasal dari sana. Mereka pelakon drama televisyen yang cukup baik, memberi inspirasi dan sentiasa positif dengan apa dilakukan," katanya lagi.

Turut diajukan soalan, mengapa namanya India, dia terus menjawab: "Ibu saya, Olivia sangat suka dengan India dan berpendapat ia sebuah negara yang unik.
Lalu apabila saya lahir, dia terus memberikan nama 'India' kepada saya. Ibu juga menyukai Sri Lanka" .

Pelakon cantik ini punya latar belakang yang menarik. India adalah anak perempuan pelakon kacukan Argentina-Britain, Olivia Hussey yang terkenal dengan watak ikon, Juliet dalam filem Romeo and Juliet arahan Franco Zeffirelli.
Bapanya, David Glen Eisley adalah seorang aktor dan pemuzik.

"Saya dibesarkan dalam keadaan ibu bapa banyak berada di set dan studio bersama rakan rakan pelakon dan pemuzik. Jadi, ia secara tidak langsung menimbulkan minat mendalam terhadap filem. Sekalipun bukan jenis ke pawagam setiap minggu, saya suka menonton filem dengan pelbagai tema - dramatik, komedi romantik atau filem aksi."

Difahamkan, India mampu menghafal skrip atau dialog yang dipertuturkan dalam drama atau filem lakonannya dan mampu menyerap dengan baik setiap fakta yang ditontonnya.

Pelakon kelahiran Los Angeles ini mula menyerlah dengan watak Ashley menerusi drama TV remaja, ABC Family's Teen Choice Awards yang kini memasuki musim keempat tahun ini.

TRIVIA INDIA EISLEY

  • Ketinggian tubuh hanya 1.61 meter (5 kaki 3 inci)
  • Mempunyai dua abang tiri, Alexander Dean Martin (perkahwinan pertama ibunya. Olivia Hussey kepada Dean Paul Martin, Jr) dan Maxamillion Fuse (perkahwinan kedua ibunya kepada Akira Fuse).
  • Ayahnya, David Eisley, suami keempat Olivia, adalah pemain dram kumpulan rock, Mammoth.
  • Dia melalui sesi uji bakat dan terus dipilih memegang watak Ashley Juergens dalam The Secret Life of American Teenager.
  • Ibunya tidak membenarkannya berlakon dalam sebarang drama atau filem sehinggalah dia mencecah usia 12 tahun untuk mengelakkan 'sindrom bintang kanak-kanak'.
  • Suka beli-belah barangan aksesori klasik dan suka bergaya seperti ibunya yang juga idola lakonannya.
  • Seluar pendek paling murah untuk kegunaan seharian dipakainya berharga lebih AS$150 (RM460).
  • Ramai pemerhati filem berpendapat bibir tebal yang dimilikinya bakal mencabar bibir seksi Angelina Jolie.


  • Full content generated by Get Full RSS.

    Yusof lega lihat anak-anak serius

    Posted: 20 Jan 2012 06:09 AM PST

    SESEKALI terbit rasa rindu untuk duduk semula di kerusi pengarah namun faktor usia mula menghalang beliau berbuat demikian. Pun begitu, kecintaan terhadap bidang pengarahan tidak pernah padam di lubuk hati karyawan handalan Datuk Yusof Haslam.

    Oleh kerana itu, besar harapan beliau untuk melihat anak-anak meneruskan perjuangan sekali gus menerajui empayar Skop Productions Sdn Bhd yang sekian lama dibinanya.

    Pembabitan anaknya, Syamsul dalam dunia perfileman sudah memberi kelegaan besar kepada Yusof dan kini ia bertambah kukuh apabila putera bongsunya, Shafiq, pula mula memilih layar perak sebagai medan perjuangan.

    "Dunia filem adalah bahagian yang sangat penting dalam hidup saya. Dulu saya pernah terfikir, kalaulah anak-anak saya ini tidak mahu mewarisi Skop Productions, apa agaknya akan jadi dengan perjuangan seni saya selama ini.


    "Namun saya sangat bersyukur dan gembira apabila Syamsul mula menunjukkan minat yang sangat mendalam dan sekarang adiknya pula, Shafiq mengikut jejak langkah sama. Saya lihat mereka berdua semakin serius mendekati filem dan meneruskan perjuangan saya," kata Yusof kepada Harian Metro ketika ditemui di kota Bangkok, baru-baru ini.


    Beliau berkata, antara Syamsul dan Shafiq, kedua-duanya ada teknik pengarahan yang tersendiri dan berbeza. Jika Syamsul lebih kepada filem aksi, Syafiq pula cenderung kepada genre bercorak drama.

    Pada 26 hingga 29 Disember lalu, penulis sempat mengikuti rombongan Skop Productions ke Thailand di Film Development Co Ltd (SFD) di Bangplad, Bangkok yang menjadi tempat filem terbaru, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu), menjalani proses pos-produksi seperti k memasukkan sistem bunyi brkualiti Dolby Digital EX.

    S.A.M adalah filem pertama arahan Syafiq yang mengenengahkan genre 'psycho-thriller'. Filem ini menyaksikan gandingan hebat pelakon paling popular masa kini, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai bintang utama.

    Kunjungan Yusof dan isterinya, Datin Fatimah Ismail ke Thailand itu juga
    adalah untuk memberi sokongan moral kepada Syafiq yang baru pertama kali mengarah filem.

    Selain memasukkan audio di SFD, S.A.M turut melalui proses 'digital imaging' dan 'colour grading' yakni pembetulan warna.

    "Memang belanjanya agak besar apabila kita menggunakan kepakaran pos-produksi di sini bagaimanapun untuk memperoleh hasil kerja yang berkualiti. Demi kualiti dan kepuasan, saya tidak kisah untuk melabur ke filem.

    "Dulu masa saya masih mengarah, saya hanya lebih fikir buat filem yang boleh menguntungkan saja. Namun pemikiran anak-anak saya berbeza, mereka lebih mencari kepuasan dalam berkarya.

    "Memang saya akui ada masanya, permintaan mereka merunsingkan saya tapi selepas melihat hasil kerja Syamsul, saya rasa ia berbaloi," katanya.

    Pada temubual itu, Yusof sempat berkongsi pandangan mengenai filem S.A.M yang juga kali pertama ditonton secara penuh.

    "Sebagai ayah saya terperanjat dengan hasil kerja Syafiq. Saya berikan dia 'A' bukan sebab dia anak saya tapi hasil yang dipamerkan Syafiq melepasi piawaian pengarah profesional.

    "Saya bangga kerana seorang lagi anak saya berjaya menghasilkan filem yang berat yang lari dari kebiasaan. Bagaimanapun, untuk filem ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana ia genre 'psycho-thriller'.

    "Kalau ia mendapat sambutan, saya anggap itu rezeki Tuhan beri. Bagi saya cukuplah sekadar balik modal sebagai langkah pertama Syafiq. Apa yang penting saya mengharapkan filem ini mampu mengenengahkan nama Syafiq sebagai pengarah termuda.

    "Untuk S.A.M, semua kerja daripada proses menulis skrip, pengarahan hinggalah suntingan dilakukan sendiri oleh Syafiq. Dia bekerja keras untuk filem ini.
    Bukan itu saja, selepas menyaksikan previu tadi, saya merasakan ia adalah antara lakonan terhebat Shaheizy Sam.

    "Saya berpendapat filem juga boleh dijadikan bahan rujukan yang baik buat masyarakat," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Jumaat, 20 Januari 2012

    Zon Artis

    Zon Artis


    Izwan Pilus Meninggal Dunia

    Posted: 20 Jan 2012 03:14 AM PST

    IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA
    Dalam kenangan – Izwan Pilus bersama adiknya, Aril AF7

    Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

    Satu berita yang agak mengejutkan dan pastinya juga sangat menyedihkan dimana Izwan Pilus (yang juga abang kepada Aril AF7) telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.15 petang tadi atas sebab yang belum kami ketahui.

    Berita ini disampaikan sendiri oleh Aril menerusi Twitter miliknya:-

    IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

    Salam takziah dari kami kepada seluruh keluarga Allahyarham, harap anda sabar dan redha di atas pemergiannya. Kami doakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan dikasihi Allah S.W.T. Amin.

    UPDATE (7:46 PM): Izwan Pilus disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    9 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

    Posted: 20 Jan 2012 02:41 AM PST

    Kami tahu, mesti ramai yang mahu melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee yang berlangsung pada pagi tadi. Yer la, nak juga tengok kecantikan dan seri pengantin isteri Ally Iskandar tu. Kan? Huhu.. Dengan itu, kat bawah ni 9 gambar Ally Iskandar yang handsome dan Farah Lee yang cantik di majlis pernikahan mereka. Layan~

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    +Pic courtesy: GUA

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    +Pic courtesy: Murai

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi

    Sensasi


    Gambar-gambar penikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

    Posted: 19 Jan 2012 11:29 PM PST

    farah lee


    farah lee

    farah lee

    farah lee

    farah lee

    farah lee

    farah lee
    farah lee

    farah lee

    farah lee

    farah lee

    Roslin Hashim sudah bernikah kali ketiga di Thailand

    Posted: 20 Jan 2012 12:04 AM PST

    Wanita dalam gambar ini dikatakan "Ayu" isteri ketiga Roslin



    Bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang pernah mengejutkan banyak pihak kerana menceraikan isteri pertamanya selepas 12 hari melangsungkan pernikahan, mengesahkan beliau kini berkahwin kali ketiga tahun lalu.
    Roslin, 36, membuat pengakuan itu selepas prosiding tuntutan ganti rugi perkahwinan dikemukakan beliau terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri barunya.
    "Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya)," katanya.

    Daripada sumber terdekat, difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan.

    Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.

    Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu.
    Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan.

    Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Izwan Pilus Meninggal Dunia Jam 6:20, Petang Tadi

    Posted: 20 Jan 2012 03:20 AM PST

    Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.

    Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea "Full House" yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.

    Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.

    Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.

    Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.

    Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya yang terakhir.

    Full content generated by Get Full RSS.

    22 Foto Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee, Bagai Pinang Dibelah Dua!

    Posted: 20 Jan 2012 12:04 AM PST

    Pagi tadi berlangsungnya majlis pernikahan antara dua mempelai iaitu Ally Iskandar dan Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

    Kedua-dua pasangan yang nampak sepadan ini kelihatan kacak dan manis berbaju rona putih sedondon. Apa yang pasti, OHBULAN! ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini.

    Enjoice gambar dari OHBULAN! khas untuk anda!

    Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Tayangan Filem Khas Tahun Baru Cina Di TV2

    Posted: 20 Jan 2012 05:29 PM PST

    Empat Filem Hebat Tayangan Khas Tahun Baru Cina Di TV2

    Melengkapkan lagi program-program hangat yang di sediakan khas meraikan Tahun Baru Cina ini, empat filem hebat dipilih untuk menghiburkan penonton saluran TV2. Bertepatan dengan sambutan Tahun Naga mengikut kalendar Cina ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih menghiburkan penonton setia salurannya dengan filem-filem aksi yang sarat dengan babak-babak pertarungan yang mengangkat seni bela diri yang dekat dengan masyarakat Cina.

    Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Stephen Chow, Andy Lau, Ekin Cheng, Jackie Chan dan Tony Leung Ka-Fai, saksikan filem Shaolin Soccer (22 Januari, jam 11.00 malam), The Duel (23 Januari, 2.00 petang), The Myth (23 Januari, jam 9.00 malam) dan Painted Skin (24 Januari, jam 9.00 malam).

    FILEM PAINTED SKIN i

    Sarat dengan aksi dan komedi, kongsikan keceriaan sambutan perayaan anda dengan menyaksikan filem Shaolin Soccer yang popular sekitar tahun 2001 arahan dan lakonan Stephen Chow. Ia antara lain menyaksikan kisah seorang pengikut muda Shaolin yang bergabung dengan saudara maranya membentuk sebuah pasukan bola sepak yang menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri dalam setiap perlawanan. Selain Stephen Chow, filem ini turut dibintangi oleh Wei Zhao dan Yut Fei Wong.

    Menyusul kemudiannya tayangan filem The Duel yang membawakan kisah selepas menghilangkan diri dalam tempoh yang agak lama, pahlawan pedang Di Raja bernama Yeh Cool-anak, kembali ke istana maharaja untuk mencabar Snow, seorang sarjana raja pada malam meraikan tahun baru. Pada hari sebelumnya, berlaku perkara-perkara pelik di dalam istana, kebanyakannya disaksikan oleh Dragon 9, seorang pemimpin pengawal. Ketika itu terdapat pembunuhan di dalam istana dan ada menunjukan bukti untuk menuduh Snow, yang membuatkan Dragon 9 pula percaya dan mula syak wasangka. Puteri Di Raja tertarik kepada Yeh dan sebagai membuktikan kehebatan, Yeh kena bertanding dengan Dragon 9. Filem ini menyaksikan lakonan hebat Andy Lau, Ekin Cheng, Nick Cheung, Wei Zhao dan Kristy Yang.

    Mitos seni mempertahankan diri di Hong Kong mewarnai filem The Myth yang pernah menemui penonton sekitar tahun 2005. Filem fantasi pengembaraan yang diarahkan oleh Stanley Tong yang dibintangi oleh Jackie Chan, Tony Leung Ka-Fai dan Kim Hee-sun ini turut menyaksikan kemunculan pelakon Mallika Sherawat.

    Filem Painted Skin arahan Gordon Chan Abe dan lakonan Kwong, Donnie Yen, Xun Zhou dan Kun Chen pula menyorot zaman era pemerintahan Chin dan Han, Komander Wang Sheng telah mengetuai pasukan tenteranya untuk menyerang penyamun di padang pasir dan pada masa yang sama dia telah menyelamatkan seorang wanita cantik dan membawanya pulang bersama.

    Namun, dia langsung tidak mengetahui bahawa perempuan itu, Xiao Wei sebenarnya adalah roh seekor musang yang menjelma sebagai manusia. Xiao Wei sentiasa memerlukan bekalan hati manusia untuk mengekalkan dirinya seperti seorang manusia dan tugas itu diserahkan kepada pembantunya Xiao Yi – seekor sumpah-sumpah padang pasir yang juga menjelma sebagai manusia dan mempunyai kebolehan untuk menghilangkan diri di dalam persekitarannya.

    Demi membuktikan cinta dan kesetiaannya kepada Xiao Wei, dia melakukan banyak pembunuhan demi membekalkan hati manusia kepadanya, lalu menyebabkan seluruh bandar berada di dalam ketakutan. Pada masa yang sama, Xiao Wei telah jatuh hati pada Wang Sheng, setelah melihat keberanian Wang Sheng ketika cuba menyelamatkannya.

    Sejak daripada itu, Xiao Wei sentiasa cuba untuk menggoda Wang demi merampasnya daripada isteri Wang, Pei Rong menyedari perasaan Xiao Wei terhadap suaminya, dan dia juga mendapat tahu bahawa Xiao Wei sebenarnya bukanlah seorang manusia. Jadi dia pergi meminta bantuan Pang Rong, seorang pakar seni mempertahankan diri dan juga Xia Bing, seorang bomoh penangkap hantu.

    Saksikan kesudahan kisah menarik ini hanya di TV2.

    FILEM THE MYTH

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Menarik RTM Sempena Tahun Baru Cina 2011
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Program Menarik Sempena Chap Goh Mei
  • Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Filem CUN Kutip RM700ribu Seminggu Tayangan
  • Flem CJ7: Movie Blockbuster Untuk Tahun Baru Cina 2008
  • Skim Insentif Tayangan Filem
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

    Posted: 20 Jan 2012 02:51 AM PST

    Sedang Budiey sibuk untuk melakukan persiapan terakhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com yang akan berlangsung esok, baru sekejap tadi, Budiey telah mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana seorang penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada ada jangkitan kuman dalam paru-paru.

    Kepada yang tak mengenali beliau, penyanyi ini pernah merakam album 5 tahun lalu dan terkenal dengan lagu-lagu Erti Kasih, Kembali Senyum & Indah Lelapku.

    Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.

    Salam takziah dari Budiey dan pembaca budiey.com. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    New Aritst Nominees - Izwan Pilus

    Di twitter kini, rakan-rakan artis sempat untuk meluahkan rasa dukacita atas kehilangan anak seni ini, antaranya:

    Dato' Siti Nurhaliza : Al-Fatihah kepada arwah Izwan pilus ..Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman..amin

    @faizal_hotfm: Seorg yg baik dan lembut dlm berkata2.. Al Fatihah buat Izwan Pilus.

    @IkaNabella: Mengikut sumber arwah meninggal akibat jangkitan paru2 .. Arwah masih di hosp Ampang.. -AlFatihah-

    @DinaNadzir: Takziah buat sahabatku @KhairilAzam atas kehilangan abangmu.. Al-fatihah.. He'll be missed dearly..

    Kak Cham (editor Berita Harian) : Alfatihah…penyanyi Izwan Pilus telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama org beriman.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Biodata Izwan Pilus
  • Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Izwan Pilus Hos Program Racik-Racik Herba
  • Aksi Murai, Klon Artis & Pemenang di Astro Ria
  • Kuasa Huruf "I" dalam Program Realiti TV
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • Full content generated by Get Full RSS.