Adsense

Selasa, 29 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tugas berat Sara, Sam dalam

Posted:

Tugas berat Sara, Sam dalam <i>Songlap</i>

Tugas berat Sara, Sam dalam Songlap

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


SARA Ali dan Shaheizy Sam merupakan pelakon utama filem Songlap.


SHAHEIZY Sam dan Sara Ali merupakan dua pelakon generasi baru yang sedang mengembangkan bakat mereka dalam bidang lakonan tanah air. Biarpun tidak sampai lima tahun terbabit sebagai pelakon, dua pelakon itu semakin mendapat kepercayaan ramai penerbit mahupun pengarah filem.

Sam misalnya, bukan sahaja tidak menang tangan berlakon dalam filem-filem terbitan MIG Production tetapi dia juga diberi peluang berlakon dalam banyak produksi-produksi lain seperti Skop Production menerusi filem SAM yang tamat penggambarannya baru-baru ini.

Sementara Sara juga semakin laris sebagai salah seorang pelakon wanita pelapis dalam industri perfileman tempatan. Setakat ini dia telah berlakon dalam tujuh filem. Yang terbaru berjudul Songlap yang dilakonkannya bersama Sam dan akan ditayangkan pada Disember ini.

Dua pelakon itu bukan sahaja semakin mendapat perhatian ramai penerbit, pengarah dan juga para peminat masing-masing, tetapi pada masa sama harus membuktikan gandingan mereka dalam Songlap mampu menarik perhatian semua pihak terbabit.

Justeru, apabila julung kalinya digandingkan dalam Songlap, Sam dan Sara tidak menafikan melalui pelbagai cabaran dalam usaha untuk menghidupkan watak lakonan mereka dalam filem itu. Pada sesi fotografi dengan Hits baru-baru ini mereka sedikit sebanyak berkongsi pengalaman tersebut.

Shaheizy Sam dikenali ramai kerana filem-filem genre komedi yang dilakonkannya seperti Adnan Sempit mengaut kutipan tiket lebih RM7 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara dua tahun yang lalu.

Malah, watak Tumulak yang dilakonkannya dalam filem separuh komedi Kongsi terbitan MIG Production juga membolehkan Sam merangkul anugerah kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 pada 20 November lalu.

Namun, menerusi filem terbaru lakonannya berjudul Songlap yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Disember ini, watak Am yang dilakonkannya sedikit berbeza dengan genre Kongsi dan Adnan Sempit.

Menurut Sam, filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak itu bukan dalam genre komedi tetapi lebih ke arah drama yang memaparkan realiti kehidupan yang banyak berlaku dalam masyarakat masa kini.

Justeru, menurut artis residen MIG Talent ini, dia dapat merasakan beban yang berat dalam melakonkan watak Am yang lebih serius perwatakannya di mana ia berbeza dengan watak-watak lakonannya sebelum ini.

"Sebelum ini, kebanyakan filem komedi lakonan saya mendapat sambutan para penonton. Tetapi filem ini genrenya lebih kepada drama yang memaparkan realiti dalam kehidupan hari ini.

"Secara peribadi, saya sukakan watak Am yang kelihatan serius. Kebanyakan adegan yang dipaparkan berunsurkan realiti semasa di mana elemen-elemen drama yang agak serius banyak melatari filem ini.

"Sebab itu, saya serahkan kepada para penonton untuk menghayati filem ini. Saya harap para peminat menerima watak-watak lakonan saya sama ada dalam genre komedi atau drama," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Jelas Sam, selain perlu menghayati watak Am, dia juga terpaksa bertungkus-lumus melakonkan sendiri pelbagai adegan lagak ngeri dalam filem dengan durasi kira-kira 100 minit bagi menghidupkan lagi watak itu.

Katanya, biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko tetapi kepuasan melakonkan sendiri kesemua adegan lagak ngeri membabitkan watak Am bukan sahaja memberi kepuasan tetapi juga pengalaman baru buatnya.

"Contohnya, ada adegan kereta sedang kejar mengejar di mana saya melakonkan sendiri dengan memandu kereta tersebut. Begitu juga dengan adegan pertarungan, saya melakonkan sendiri tanpa membabitkan pelakon lain.

"Malah filem ini juga berbeza dengan filem-filem MIG Production yang saya lakonkan yang mana kebanyakannya menampilkan elemen-elemen komedi komersial yang ringan. Ia berbeza dengan Songlap yang lebih ke arah drama berat," ujarnya.

Songlap yang diterbitkan syarikat produksi Red Films Sdn. Bhd., secara tidak langsung menjadikan Sam berada dalam dua persimpangan sama ada lebih menumpukan kepada genre komedi atau mencuba genre lain.

Anak kepada pelakon Khaty Fauziah ini berkata, demi mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang lakonan, dia harus berani mencuba melakonkan pelbagai watak dalam filem dan bukan kepada filem komedi semata-mata.

"Para peminat sudah biasa menonton filem-filem komedi lakonan saya yang diterbitkan oleh MIG Production seperti filem Bini-Biniku Gangster. aya perlu keluar daripada kepompong itu demi kesinambungan kerjaya saya sebagai pelakon.

"Selama ini, saya banyak mengikut kehendak para penonton tetapi untuk filem Songlap saya cuba lari sedikit dengan mencuba watak yang belum pernah saya lakonkan. Pada masa sama saya akan mengambil kira pandangan ramai," jelasnya.

Sungguhpun masih terikat kontrak di bawah naungan MIG Talents milik penerbit, David Teo tetapi Sam masih diberi kebebasan untuk berlakon bersama syarikat-syarikat produksi yang lain demi kerjayanya sebagai pelakon.

Menerusi kebebasan itu kata Sam, dia bukan sahaja dapat menambahkan lagi pengalaman berlakon dalam syarikat-syarikat produksi yang berbeza-beza tetapi ia juga mampu menambahkan lagi sumber pendapatannya.

"Kontrak saya dengan MIG Talents sudahpun berjalan selama dua tahun dan ia berbaki lagi tiga tahun. Tempoh itu agak lama di mana kalau saya berlakon di bawah satu syarikat produksi sahaja saya bimbang bakat saya akan beku.

"Saya sengaja memilih MIG Talents kerana mereka mempunyai kakitangan yang menguruskan segala aktiviti saya seperti promosi, fotografi bersama media-media massa dan juga merancang jadual penggambaran saya," katanya.

Tambah Sam, dengan adanya syarikat yang menguruskan kerjayanya itu, dia yakin mampu menangani cabarannya termasuklah bagi memberi tumpuan sewaktu promosi Songlap yang kini sedang giat dijalankan.

Ini kerana, katanya filem yang menjalani penggambarannya pada Oktober tahun lalu di sekitar Lembah Klang selama sebulan itu memerlukan promosi yang jitu bagi memberi keyakinan menontonnya kelak.

"Saya sudah cuba sedaya upaya melakonkan watak Am dengan bakat yang saya ada. Bagaimanapun itu sahaja belum mencukupi kerana saya juga harus turun padang mempromosikan filem ini.

"Saya mahu menyakinkan para penonton bahawa biasanya watak, genre dan jalan cerita yang saya lakonkan dalam setiap filem berbeza. Selepas itu, cabarannya adakah saya mampu menarik penonton menonton filem ini," tuturnya lagi.

Sara kurang dialog

Jika Sam berdebar-debar menantikan reaksi para penonton menerusi Songlap yang disifatkannya lebih kepada genre drama, Sara Ali pula berdepan dengan cabaran melakonkan watak Hawa yang tidak banyak dialog dalam filem tersebut.

Kata Sara, sepanjang berlakon dalam tujuh buah filem, dia menyifatkan watak Hawa dalam filem yang menampilkan ramai pelakon hebat seperti Omar Abdullah dan Normah Damanhuri itu sebagai paling mencabar.

"Bayangkan dalam filem Songlap, 99 peratus watak Hawa tanpa dialog. Saya banyak menggunakan ekspresi muka dan gerak badan bagi melakonkan kesemua adegan dalam filem kelima lakonan saya itu.

"Watak Hawa amat berat untuk dilakonkan oleh pelakon baru seperti saya. Ini kerana, untuk menuturkan dialog lebih mudah daripada berlakon menggunakan gerak badan kerana ia memerlukan emosi yang tinggi," ungkapnya.

Disebabkan cabaran melakonkan watak Hawa itu, Sara seperti berasa takut untuk melihat gaya lakonannya sama ada ia mampu meninggalkan kesan di hati para penonton ataupun tidak.

Biarpun berpeluang melihat lakonannya itu sewaktu proses suntingan filem dilakukan tetapi pelakon baru ini mengelak daripada menontonnya sehinggalah ia ditayangkan di pawagam-pawagam kelak.

"Saya tertarik dengan jalan cerita Songlap dan skripnya yang menarik. Bagaimanapun selepas tamat penggambaran, saya seakan-akan takut untuk menontonnya kerana watak itu yang paling mencabar penghayatan saya.

"Sebab itu, buat masa ini biarlah saya sabar menantikan debaran untuk melihat sendiri lakonan saya bersama-sama pihak media massa dan peminat sewaktu majlis pratonton yang akan diadakan nanti," katanya.

Selain Songlap, Sara juga sempat membintangi enam lagi filem berjudul Sesuatu Yang Tertinggal, Jangan Pandang-Pandang, Azazil, Penunggu, Nur Kasih dan Klip 3GP yang telah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara baru-baru ini.

Sungguhpun lebih menonjol menerusi dunia perfileman, namun pada masa sama dia juga tidak melepaskan peluang berlakon dalam drama-drama televisyen yang disifatkannya tidak kurang cabarannya.

"Watak Hawa adalah watak paling mencabar buat saya setakat ini tetapi ini kali kedua saya diberi kepercayaan melakonkan watak utama selepas filem berjudul Sesuatu Yang Tertinggal. Bagi saya filem dan drama tidak jauh beza.

"Misalnya kalau melakonkan 16 adegan dalam drama ia mungkin menyamai dengan tiga adegan dalam penggambaran sebuah filem. Ini kerana, durasi penggambaran dan skala serta set antara filem dan drama tidak sama saiznya.

"Malah, adakalanya penggambaran boleh mencecah sehingga tiga bulan lamanya. Namun, itu tidak menghalang saya untuk menceburi dua medium itu secara serentak kerana masing-masing ada kelebihan sendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Vikingdom pelaburan terbesar KRU

Posted:

Vikingdom pelaburan terbesar KRU

Vikingdom pelaburan terbesar KRU

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ dan ihsan KRU STUDIOS


FAKTOR cuaca sedikit sebanyak memainkan peranan dalam kelancaran penggambaran Vikingdom.


APABILA memperkatakan tentang KRU Studios, antara yang terlintas di fikiran adalah kehebatan dan kemegahan produk mereka yang sering mendapat perhatian meluas.

Biarpun dikritik hebat oleh segelintir pihak yang barangkali tidak puas hati dengan kejayaan mereka, ternyata ia langsung tidak mematahkan trio itu untuk terus memartabatkan industri perfileman negara.

Selepas mencatatkan kejayaan luar biasa menerusi filem epik pertama mereka, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios kini mengorak setapak langkah lagi apabila menerbitkan filem terbaru mereka, Vikingdom.

Mempertaruhkan barisan pelakon antarabangsa antaranya Dominic Purcell sebagai teraju utama, memang tidak mustahil Vikingdom dilihat sebagai filem termahal KRU Studios.

Jika HMM sebelum ini dikatakan menelan belanja lebih RM8 juta, Vikingdom pula dikhabarkan lebih daripada itu sehingga mencecah puluhan juta ringgit.

Manakan tidak, sudahlah mendapat pelakon bertaraf antarabangsa, ia turut menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) stereoskopik yang sebelum ini pernah digunakan dalam filem Avatar selain rekaan set, kostum dan tata rias bagi menghidupkan latar belakang filem itu. Sudah pasti kosnya bukan kecil-kecil anak.

Presiden Eksekutif KRU Studios merangkap penerbit filem Vikingdom, Norman Abdul Halim hanya mampu tersenyum ketika diajukan soalan tersebut.

Tidak menafikan bahawa Vikingdom menelan belanja yang besar, namun Norman menjelaskan buat masa ini pihaknya belum bersedia untuk mendedahkan kos pembikinan sebenar filem itu.

"Untuk menerbitkan sebuah filem mega seperti Vikingdom memang kosnya melebihi daripada apa yang telah kami terbitkan sebelum ini.

"Apatah lagi ia sebuah filem bertaraf antarabangsa, sudah pasti kami mahu memastikan kualitinya terjamin dan menepati standard setaraf dengan filem-filem luar negara yang lain.

"Insya-Allah, apabila Vikingdom selesai menjalani penggambaran dan siap sepenuhnya, barulah kami bersedia untuk memberitahu kos keseluruhan untuk filem ini," ujarnya yang ditemui pada sidang akhbar khas Vikingdom yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, baru-baru ini.

Kerja keras

Majlis itu juga turut dihadiri oleh pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim dan adiknya, Edry selain kesemua pelakon utama filem tersebut iaitu Dominic, Craig Fairbass, Natassia Malthe, Jon Foo dan Conan Stevens.

Norman menambah, pihaknya mahu melihat Vikingdom menjadi perintis kepada syarikat perfileman lain bahawa anak tempatan juga mampu menerbitkan filem bertaraf Hollywood.

Apatah lagi Vikingdom menjalani penggambaran keseluruhannya di Malaysia, ia secara tidak langsung mampu membawa nama negara di persada filem dunia.

Membicarakan tentang perkembangan Vikingdom, Norman menjelaskan pihaknya cukup berpuas hati dengan penggambaran filem tersebut yang kini berada di fasa terakhir.

"Kami memang bekerja keras siang dan malam bagi memastikan semuanya berjalan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.

"Memandangkan kesemua pelakon mempunyai komitmen kerja selepas Vikingdom, kami harus mengikut masa dan jadual mereka seperti mana yang telah dimeterai.

"Apa yang membuatkan kami bangga dengan mereka ialah komitmen yang ditunjukkan sekali gus ia juga memberikan pengalaman yang baru untuk kami sebagai penerbit," jelas Norman yang memberitahu Vikingdom bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun 2013.

Pendekatan

Vikingdom memulakan penggambaran pada 15 Oktober lalu dan memilih lokasi seperti Ipoh dan Batu Gajah di Perak selain Puncak Alam, Shah Alam, Selangor sebagai lokasi luar terakhir.

Hanya 30 peratus sahaja penggambaran di lakukan di luar studio manakala selebihnya akan dilakukan di KRU Studios di Cyberjaya.

Dalam masa yang sama, Norman juga memberitahu pihaknya akan menggunakan lebih 30 orang artis grafik bagi menyempurnakan filem tersebut terutama untuk babak-babak aksi dan pertarungan.

"Apabila memperkatakan tentang filem yang sarat dengan aksi dan pertempuran, pastinya filem-filem seperti 300, Braveheart dan trilogi The Lord of the Rings akan menerjah fikiran kita.

"KRU Studios mahu bereksperimen dengan Vikingdom. Kami berani memberi jaminan bahawa pendekatannya berbeza dengan filem-filem lain dari pelbagai aspek.

"Vikingdom banyak bermain dengan tona warna yang pastinya menjadikan ia sesuatu yang di luar jangkaan daripada apa yang difikirkan selama ini," jelas Norman penuh optimis.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Biarlah 'cik abang' jawab

Posted: 28 Nov 2011 04:07 PM PST

Hip

SELEPAS mengakui antara mereka ada hubungan istimewa, spekulasi majlis perkahwinan besar-besaran yang dikatakan bakal berlangsung pada Februari depan pula menyusul malah lebih hangat apabila Astro dikhabarkan mendapat hak penyiaran secara ekslusif hari bersejarah itu.

Namun seperti biasa, baik Yusry Abdul Halim mahu Lisa Surihani mengunci rapat bibir mereka. Kesempatan bertemu si gadis ketika menjayakan aktiviti Aksi Extreme Sofy di sebuah pusat beli belah membuka ruang merungkai persoalan.

Tampak ceria ditemani ibu tercinta, secara lembut Lisa meminta segala persoalan berkaitan perkahwinan mahu pun isu penyiaran majlis bahagia mereka diajukan kepada buah hatinya. Masih enggan mengakui atau menafikan kesahihan perkara itu, Lisa menjelaskan biarlah Yusry yang akan menjawab sebarang kemusykilan namun hanya selepas tamat penggambaran filem terbarunya, Vikingdom, Disember ini.

"Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab sendiri Yusry yang sebelum ini sudah berpesan supaya menyerahkan perkara itu (soal perkahwinan) kepadanya.

"Cuma beri dia minta sedikit masa lagi kerana mahu menyempurnakan dulu penggambaran Vikingdom. Mengenalinya, dalam soal kerja dia memang jenis yang akan menumpukan sepenuh perhatian," katanya yang kembali dari Turki bulan lalu menjayakan penggambaran filem terbaru, Istanbul Aku Datang.

Tegasnya, bukan mahu berdolak dalih tetapi sebagai wanita adalah kurang manis jika dirinya yang bersuara apatah lagi dia dibesarkan dalam norma masyarakat Timur yang penuh adat dan kesopanan.
Cuma apabila diajukan pertanyaan mengenai rungutan beberapa pihak yang menyatakan sukar menghubungi kebelakangan ini, dengan tegas pelakon yang menjadi wajah ekslusif Astro itu bersuara sekali gus menidakkan kenyataan terbabit.

Penyandang gelaran Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berkata, selama ini sesiapa pun boleh menghubungi MIG Talents & Management atau ibunya dan barangkali situasi seperti itu berlaku ketika dia menjalani penggambaran di Istanbul.

"Tiada sebab untuk saya mengelakkan diri dengan media. Mungkin ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di sana. Namun selepas kembali ke Kuala Lumpur, saya masih boleh ditemui. Macam di majlis seperti ini.

"Jangan risau, saya masih Lisa Surihani yang dulu. Tidak sedikit pun timbul rasa kecewa atau terkilan sebaliknya menganggap ia sekadar usikan untuk mengingatkan saya," kata selebriti jelita itu lagi.

Berbalik kembali ke kisah buah hati, senyumannya terus berbunga menandakan kebahagiaan yang melingkungi kehidupan apatah lagi percintaan mereka mendapat restu kedua-dua keluarga.

Apakah kualiti yang ada pada pengarah Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang membuatkannya dipanah pesona, dengan lancar akuinya kebijaksanaan si jejaka mencairkan hatinya.

"Kami boleh berbicara apa jua topik. Dia seorang yang menyenangkan dan barangkali kematangan dan kebijaksanaannya antara yang menambat saya. Saya banyak belajar dengannya termasuk kerja belakang tabir," tambahnya yang beberapa kali ke lokasi Vikingdom.

Memaklumkan kunjungan itu sebagai dorongan kepada kekasihnya dan pada masa membuka peluang kepada Lisa mempelajari sedikit sebanyak kerja produksi terutama pengarahan.

"Sebenarnya saya suka dengan tugasan belakang tabir. Bukan bermakna dua, tiga tahun tahun lagi saya mahu menjadi pengarah tetapi ilmu yang kita cedok bermanfaat untuk kerjaya lakonan juga," katanya lagi yang memaklumkan Yusry memintanya datang sebagai peneman.

Ditanya apakah tempoh perkenalan yang belum pun setahun sudah cukup untuk mereka mengenali hati budi masing-masing apatah lagi dengan status duda yang disandang Yusry?

Dengan tenang, ulasnya sedari awal faktor usia mahu pun tempoh perkenalan bukan penghalang untuk mereka memeterai perhubungan ke fasa selanjutnya, begitu juga dengan sejarah lalu.

Dirinya sendiri pernah melalui hubungan panjang dengan seorang jejaka tetapi takdir menentukan segala-galanya apabila ia terputus di pertengahan jalan tetapi dia redha kerana setiap kejadian punya hikmah tertentu.

Begitu juga apabila bertemu, mengenali dan berkasih dengan Yusry, kata Lisa sejak awal lagi mereka sudah saling memahami malah tiada sebab untuknya meragui perhubungan mereka hanya disebabkan sejarah perkahwinan Yusry yang lalu.

"Baik saya mahu pun Yusry, kami enggan mengenang kisah silam. Biarlah sejarah hanya tinggal sejarah. Lagi pun tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Kami menerima antara satu sama lain dengan seadanya.

"Ya, kami masih di tahap mengenali hati budi. Bagi saya semua ini adalah sebuah proses. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti untuk terus mengenali dirinya walaupun selepas berkahwin nanti," katanya penuh bermakna.

Menyentuh mengenai projek dua filem terbaru bersama KRU Studio, Tingkat 4 dan Ular, Lisa berkata jika tiada aral penggambaran filem terbabit hanya akan dimulakan tahun depan.

Menegaskan lagi tawaran itu bukan disebabkan perhubungannya dengan Yusry malah watak dalam kedua-dua filem itu nanti adalah bersandarkan kesesuaian.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Akibat Melakukan Persetubuhan Secara Haram

Posted: 28 Nov 2011 04:27 PM PST


Kisah ini menceritakan seorang gadis yang sentiasa bertukar teman lelaki dan sentiasa melakukan hubungan yang terlarang dengan setiap teman lelakinya. Dan pada suatu hari dia telah terdengar radio dari dalam bilik ibunya yang memperdengarkan ceramah daripada seorang ustaz yang menyatakan "Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat."



Mendengar kata-kata ustaz tersebut, hati gadis ini begitu terkesan di dalamnya. Dan sekali lagi dia mendengar kata-kata ustaz itu lagi yang menyatakan bahawa "Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…" Gadis itu begitu menyesal dengan perbuatannya dan ingin bertaubat kepada ALLAH.

Setelah gadis ini bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan, satu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya dan dia menghadapi dengan tabah. Dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu hendak pulang dari kedai ke rumah. Akhirnya dia di hantar oleh ibubapanya ke Kem Modal Insan (KEWAJA).

Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Posted: 28 Nov 2011 02:45 PM PST


Marilah kita amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat : 4 dan Surah Thahaa ayat : 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan. Alhamdulillah. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak supaya mereka hormati kita sebagai ibu bapa mereka. Dan juga sesuai dalam hubungan keluarga dan sahabat handai. Insya-Allah.

Surah Yusuf ayat : 4


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.

Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39


Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

Caranya :
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Posted: 28 Nov 2011 09:47 AM PST

hi 02.1 Ezlynn nikahi pengurus sendiri

EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.

PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

hi 02.2 Ezlynn nikahi pengurus sendiri

PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012.

Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak.

hi 02.3 Ezlynn nikahi pengurus sendiri
ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad.

"Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu," balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn.

Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera.

///petikan kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


&#8216;Pejam mata, tulikan telinga&#8217;

Posted: 28 Nov 2011 04:31 AM PST

PROFIL kerjayanya belum pun penuh selebar kertas. Terlalu hijau dan baru untuk diukur menjadi penggiat seni yang berjuang dalam gelanggang hiburan. Namun itu, bukanlah kayu pengukur bagi melihat populariti si empunya senyuman manis ini kerana entah apa formula yang digarap kemas, nama Nur Anzalna Md Nasir lekas meniti bibir peminat.

Memiliki wajah jelita dengan tutur bicara yang tersusun, Anzalna juga finalis Dewi Remaja 2010 berjaya mencipta nama terlebih dulu apabila muncul dalam drama bersiri Suria Di Cordoba.

Akuinya berkali-kali, semua rezeki dan peluang yang hadir buatnya adalah sesuatu yang tidak sekali disangka kerana sejak awal lagi tidak terlintas untuknya menceburi lapangan lakonan.

"Mungkin inilah dikatakan rezeki dan ketentuan. Selepas mencipta nama dalam pertandingan Dewi Remaja, cepat saya ditawarkan berlakon. Alhamdulillah, percubaan sulung itu mengundang rasa percaya pihak produksi terhadap saya dan kini saya sedang mencatur untuk meletak sepenuh fokus pada bidang ini. Lakonan sudah menjadi kerjaya buat saya meskipun ia adalah satu bidang terjun pada awalnya," katanya berseloroh.


Bertemu dengannya di lokasi penggambaran filem pertama lakonannya, Sepah The Movie bertempat di Johor Bahru bulan lalu memberi ruang terbaik untuk mengenali gadis berusia 23 tahun ini.


Meskipun beberapa kali kisah nakal mengenainya pernah singgah ke telinga sebelum ini, kononnya gemar meraih publisiti murahan, kontroversi gambar bersama bekas kekasih dan dipalit pula percintaannya dengan aktor muda Shahz Jaszle, namun pertama kali bertemu dan melontar setiap persoalan, tidak sekelumit berbekas rasa kurang selesa buatnya.

Usik Anzalna, kontroversi dan spekulasi adalah makanan dalam dunia hiburan, lantas pejamkan mata dan tulikan telinga saja jika ingin kekal lama.

"Kalau saya sibuk memikirkan apa orang bercakap, memang sudah lama saya mati. Maklumlah belum sempat bernafas ada saja yang datang menghimpit. Namun itulah cabaran yang harus saya telan," katanya.

Meneliti personalitinya dengan raut wajah kacukan Cina Punjabi serta memahami sepak terajang dunia seni, bukan mustahil buat Anzalna menjadi tumpuan tembakan kontroversi.

Mengakui ada yang datang menghimpit namun katanya terbuka, hatinya sudah punya insan istimewa. Walaupun masih terlalu baru membina empayar sebagai anak seni, ia tidak langsung menjadi penghalang buatnya mengakui kisah cintanya.

"Sejak dalam Dewi Remaja lagi saya sudah didedahkan dengan permainan sebegini. Ada saja yang datang dekat ingin berkenalan dan tidak kurang yang mencari kelemahan untuk dijadikan sasaran. Namun alhamdulillah saya kuat dengan sokongan keluarga dan teman-teman yang tidak lekang memberikan nasihat dan tunjuk ajar.

"Saya sudah mempunyai teman istimewa. Kami masih dalam proses mengenali hati budi dan mencari keserasian. Namun itulah hakikat yang ada buat masa ini. Saya selesa berkawan dengannya dan memang mengharapkan ia kekal ke fasa yang lebih baik. Soal populariti atau takut kehilangan peminat hanya kerana mengakui sudah berpunya tidak menjadi masalah buat saya kerana apa yang penting adalah jujur dan sentiasa ikhlas.

"Lelaki yang kini rapat dengan saya adalah Hanif Zaki yang seusia dan masih lagi menuntut dalam jurusan automotif di sebuah institusi pengajian tempatan. Dia adalah satu-satunya teman yang menjadi tempat saya mencurah segala perasaan dan berkongsi kegembiraan. Saya bersyukur Hanif memahami dan tidak henti memberi sokongan untuk saya terus kuat mengejar apa yang diinginkan.

"Bagaimanapun tidak pula kami berdua memikirkan soal untuk berkahwin kerana masing-masing masih sibuk membina kerjaya. Saya sendiri masih muda dan tidak mahu soal cinta membebankan perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula ini. Biarlah saya dapat apa yang saya impikan tercapai dulu dan Hanif sendiri dapat mengejar cita-citanya. Kemudian nanti baru kami bercerita soal seterusnya pula.

"Insya-Allah jika diberi rezeki dan jodoh, pastinya saya akan berkongsi dengan peminat," katanya yang mengakui mengenali Hanif sejak enam tahun lalu menerusi laman sosial MySpace sebelum menjalin hubungan serius lima bulan lalu.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah menetap lama di Tasmania, Australia sebelum ini tidak henti berkongsi pengalaman indahnya sebagai pelakon. Belumpun setahun usia pembabitan, gaya ceritanya seakan sudah lama bertapak memperjuangkan seni.

Jelasnya yang kini baru saja selesai menghidupkan watak Ayu Sofea dalam filem Sepah The Movie, peluang dan tawaran lakonan sentiasa ada buatnya meskipun masih baru dan tidak punya pengiktirafan dalam kerjayanya itu.

"Saya bersyukur sangat kerana ada saja yang datang memberikan skrip kepada saya. Awalnya saya sendiri tertanya kepada diri sendiri mengapa begitu yakin sekali mereka mengundang saya berlakon namun saya fikirkan itu semua satu rezeki dan menuntut untuk saya terus berusaha memberikan yang terbaik.

"Filem Sepah The Movie adalah sebuah karya komedi dan aksi yang begitu menarik. Saya memang peminat kepada kumpulan Sepah dan pastinya saya berbangga kerana berpeluang beraksi bersama mereka dan pelakon handalan lain termasuk Jehan Miskin. Ini satu permulaan yang baik buat saya sebelum terus ke lokasi naskhah besar yang lain.

"Selepas ini saya akan kembali sibuk untuk drama siri terbaru, Gemersik Kalbu bersama Aqasha dan Ayu Raudhah untuk slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Tasha. Kemudiannya saya masih dalam pertimbangan untuk dua lagi filem baru yang akan menyusur akhir tahun nanti. Jika ada kelapangan pastinya peluang ini tidak sekali saya tolak," katanya.

Namun kelakarnya dalam pada bersembang bercerita soal rezeki lakonan yang mencurah, anak kedua dari lima beradik ini masih gementar setiap kali ditawarkan watak utama dan pernah juga dia menolak untuk membintangi beberapa drama hanya kerana diberikan teraju utama.

"Memang ada kalanya saya sendiri ketawa tapi itulah realitinya. Saya masih takut dan bimbang untuk memikul watak utama. Lantas beberapa juga saya menolak tawaran drama kerana mereka inginkan saya memegang watak utama. Mungkin saya perlukan lagi ruang untuk belajar dan melihat kelemahan sendiri sebelum benar-benar yakin melakonkan watak besar," katanya tergelak.

Jika tepat percaturannya membina nama sebagai pelakon, Anzalna yang turut pernah membintangi drama Ramadan Terakhir ini akan mencuba melebarkan sayapnya sebagai penyanyi kerana itulah lapangan seni yang pernah menjadi angan-angannya.

PROFIL

Nama Penuh: Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh lahir: 9 Januari 1988
Umur: 23 tahun
Tempat lahir: Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Pendidikan: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
Pencapaian: Finalis Dewi Remaja 2010
Komersial: Trenz (Siaran TV Indonesia), Celcom, Franch Oil dan Ecpi
Drama: Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu
Filem: Sepah The Movie

Full content generated by Get Full RSS.

MJL diterima wanita

Posted: 28 Nov 2011 04:25 AM PST

BERSANDARKAN genre fantasi drama, filem Misteri Jalan Lama (MJL) arahan penerbit, pelakon, pengacara, pelawak dan sutradara terkenal, Afdlin Shauki mampu mencatat kutipan RM400,000 dalam tempoh tiga hari tayangan bermula Khamis hingga Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pilai selaku penerbit memaklumkan jumlah kutipan untuk tayangan Ahad hingga semalam, masih belum diperolehnya. Apapun, angka kutipan diraih itu nyata tidak menghampakan.

Menurut Gayatri, lagi pun MJL adalah filem serius pertama karya Afdlin. Katanya, Afdlin yang cukup sinonim dengan filem komedi, sebenarnya sudah mengambil langkah berani dengan mengetengahkan genre baru seperti fantasi drama untuk tatapan penonton.

"Malah, mengikut maklum balas positif diterima menunjukkan penonton wanita rata-rata menyukai filem ini. Cuma, penonton lelaki saja agak kurang. Namun, kelompok penonton lelaki yang berusia 25 tahun dan ke atas nampaknya tiada masalah untuk terima.


"Bagi saya sendiri, jalan cerita filem ini (MJL) pun bagus kerana pertama kali menonjolkan kelainan dengan memaparkan kisah kasih sayang dua beradik lelaki. Apapun, barangkali genre ini masih baru dan penonton nyata belum terbiasa dengannya.


"Selain itu, saya juga tidak melihat filem ini gagal apatah lagi berasa kecewa de-ngan jumlah kutipan diraih. Sekurang-kurangnya, Afdlin sudah cuba membawa kelainan dalam filemnya untuk dikongsi bersama penonton tanah air," kata Gayatri.

Jelas Gayatri lagi, sememangnya benda baru sukar untuk diterima. Dalam soal ini, ujarnya ada orang yang suka dan tidak terkecuali sebaliknya. Begitu juga dengan Afdlin, tidak semua karyanya disukai kerana penerimaan penonton yang berbeza-beza.

Membabitkan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM1.8 juta, filem MJL sudah disiapkan Afdlin kira-kira dua tahun lalu, tetapi 'terperap' agak lama berikutan penggunaan teknik janaan komputer (CGI) yang terperinci dan ia mengambil masa panjang.

Selain Afdlin, barisan pelakon lain yang membintangi MJL ialah Hans Isaac, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Vanidah Imran. Berkisar pada hubungan dua beradik Indra dan Ilya yang saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, satu tragedi menimpa mereka.

Dalam perjalanan pulang ke kampung ketika mengikut jalan lama, dua beradik itu tiba-tiba masuk ke dunia lain. Pelbagai peristiwa pelik, dialami mereka seperti diganggu makhluk ngeri sehinggalah kepada perkara yang menyeronokkan. Apa sebenarnya yang berlaku?

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Adegan ranjang Maya, Aaron

Posted:

Adegan ranjang Maya, Aaron

Adegan ranjang Maya, Aaron

MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini.

Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya.

Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.

Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon.

Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu.

Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.

Ternyata, pilihan Maya tepat kerana Osman Ali berjaya membangkitkan sisi lain Maya sebagai aktres yang pernah dilihat sebelum ini.

Pada previu filem Ombak Rindu yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang mengakui gagal mengawal air mata daripada mengalir deras di pipi.

"Filem ini antara yang mencipta rekod saya dan Aaron sebagai naskhah yang paling banyak membuatkan kami penat menangis. Semua adegan menangis dilakukan secara semula jadi tanpa bantuan air penitis mata.

"Saya sebagai Izzah wanita teraniaya harus kekalkan wajah sedih sepanjang penggambaran, sebab itu kami adakan sesi latihan bersama Elly Suriati selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula," ujar Maya.

Suami orang

Maya juga hidup sebagai Izzah dalam tempoh sebelum penggambaran bermula sehinggalah penggambaran selesai. Dia diberi lagu tradisional Terengganu oleh Elly Suriati serta memakai tudung jika keluar ke kedai, untuk menyesuaikan dirinya dengan watak Izzah.

"Saya baca skrip berulang kali dan tertanya-tanya macam mana saya harus lakukan untuk melontarkan jiwa Izzah secara semula jadi tanpa dipaksa.

"Kiranya ini memang lakonan sepenuhnya tanpa ada sebarang aksi lasak. Sebelum ini, kebanyakan filem saya lebih kepada aksi dan kurang lakonan seperti Duyong dan Pontianak Harum Sundal Malam," jelasnya.

Meskipun terdapat adegan intim antara Maya dan Aaron di atas ranjang, dia bagaimanapun enggan adegan itu ditonjolkan atau sebagai bahan jualan sebagai pelaris filem Ombak Rindu.


PENYATUAN Maya dan Aaron untuk filem Ombak Rindu terserlah cukup intim.


"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

"Saya tidak mahu orang memperkatakan filem Ombak Rindu semata-mata kerana adegan itu sedangkan setiap jalan cerita yang ditampilkan dalam filem juga penting. Mereka harus datang menonton kerana sebuah naskhah bukan kerana sebuah adegan sahaja," tegasnya yang akan muncul dengan album baharu pada tahun hadapan.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

"Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

"Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya," tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Air mata jantan Aaron

Aaron tidak malu untuk mengakui filem Ombak Rindu paling banyak meragut air mata jantannya selain mengakui adegan intim bersama Maya antara yang paling sukar.

"Saya dan Maya pernah bertemu untuk iklan L'oreal, sejak itu kami kenal tetapi tidak pernah bekerjasama dalam drama mahupun filem. Keserasian antara kami sedang timbul kerana dia seorang aktres yang bagus.

"Namun begitu, bagi saya, adegan intim bersama Maya antara adegan yang paling susah untuk dilakonkan kerana saya tidak tahu ekspresi wajah apa yang harus saya tonjolkan. Jadi, saya buat wajah biasa sahaja kerana watak Hariz lakonan saya itu penuh dengan sifat ego," jelas Aaron yang berjaya menunjukkan lakonan yang cukup cemerlang dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta itu.

Mengulas lanjut mengenai watak Hariz, jelas Aaron, ini bukanlah kali pertama dia melakonkan watak sedemikian dan kerana pengalaman berlakon watak yang sama memudahkan perjalanan penggambaran filem Ombak Rindu yang dijalankan di Langkawi, Kedah serta Cameron Highlands, Pahang.

"Saya pernah berlakon watak yang lebih kurang sama sebelum ini tetapi dalam drama, untuk filem rasanya belum pernah lagi kerana filem kebanyakan filem saya adalah filem aksi," ulasnya.


OSMAN ALI (dua dari kiri) bersama barisan karyawan filem Ombak Rindu.


Disoal lagi mengenai Festival Filem Malaysia ke-24 yang baru sahaja melabuhkan tirainya penghujung minggu lalu, tidakkah dia kecewa kerana namanya tidak dicalonkan kerana kerakyatannya Singapura?

"Saya tidak kisah kerana anugerah yang paling penting buat saya apabila lakonan saya dapat memuaskan hati penonton. Itu sudah cukup buat saya kerana mereka bayar untuk tonton lakonan saya, biarlah mereka nilaikan saya bagus atau tidak.

"Mungkin tahun akan datang saya boleh bertanding jika permohonan saya untuk memegang status peduduk tetap diluluskan," kata Aaron yang telah lima tahun menetap di Malaysia.

Antagonis pertama Lisa

Lisa Surihani dikenali dengan watak gadis baik-baik selama ini tetapi dalam filem Ombak Rindu, Lisa berjaya memperlihatkan sisi lainnya dalam lakonan serta boleh dikatakan antara filem yang memperlihatkan Lisa benar-benar berlakon.

Watak sebagai Mila Amylia, seorang pelakon popular yang jelita serta lahir daripada keluarga kaya membuatkan dirinya mendapat segala apa yang dihajati, termasuk cintanya terhadap teman sepermainannya iaitu Hariz.

Kata Lisa, sudah lama dia mengimpikan untuk berlakon di bawah arahan pengarah Osman Ali, lantaran itu, tawaran yang datang terus diterimanya. Malah, dia juga merasakan dirinya begitu kerdil apabila pertama kali berlakon dengan Maya, Aaron dan Bront Palare.

"Rasa amat kecil sekali kerana mereka semua pelakon yang bagus serta pernah memenangi anugerah. Saya masih pelakon baharu, pengalaman empat tahun aktif dalam bidang seni jika hendak dibandingkan dengan mereka memang jauh sekali," ujar kekasih pengarah, Yusry Abdul Halim itu lagi.

Akui Lisa secara jujur, dia tidak pernah membaca novel Ombak Rindu, bagaimanapun sebelum penggambaran bermula, dia membaca novel tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam watak Mila Amylia.

"Watak Mila memang susah untuk dilakonkan sebab ekspresi wajahnya sentiasa tegang. Bila saya baca novel dan dengan bantuan latihan bersama Elly Suriati serta pengarah, saya berjaya lakonkan mengikut kehendak skrip.

"Saya tidak berani untuk mengatakan filem ini merupakan filem terbaik yang pernah saya lakonkan kerana saya serah tanggungjawab menilai mutu lakonan saya kepada penonton," ujarnya.

Filem Ombak Rindu yang diterbitkan oleh Tarantella Pictures Sdn. Bhd. itu akan menemui penonton di pawagam bermula pada 1 Disember depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Rossa makin ligat

Posted:

Rossa makin ligat

Rossa makin ligat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ROSSA menafikan menjalin hubungan intim dengan jejaka Malaysia bernama Faris.


ROSSA atau nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, bukan nama asing di Malaysia. Malah kehadirannya di sini disambut baik biar daripada peminat begitu juga rakan selebriti.

Baru-baru ini sempena Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18), Rossa buat kali ketiga berjaya menggondol anugerah menerusi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan oleh Artis Luar Negara melalui lagu Ku Menunggu.

Lagu ciptaan Mery LC itu berjaya mencipta hatrik buat Rossa selepas lagu Terlalu Cinta dan Ayat-Ayat Cinta memenangi kategori yang sama pada AIM 15 dan AIM 16.

Namun begitu, ketika anugerah disampaikan Rossa tidak kelihatan. Menuntut penjelasan berhubung isu itu, beberapa soalan diajukan ketika pertemuan singkat di Restoran Pegaga, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini sempena kehadirannya untuk membuat persembahan di Islamic Fashion Festival (IFF) di Kuala Lumpur.

Menurut Rossa, ketika berlangsungnya AIM 18 dia baru saja tiba di Jakarta dan tidak sempat datang ke Kuala Lumpur sempena anugerah itu.

"Namun, Rossa dihubungi oleh teman-teman yang ada di Malaysia yang Rossa menang, memang tidak disangka," katanya yang mengklasifikasikan lagu itu easy listening, mudah dihafal dan notasi yang cukup bagus.

Siapa Faris?

Ketika pertemuan di restoran itu juga Rossa kelihatan hadir bersama seorang jejaka berpakaian sedondon. Sebelum ini Rossa dan lelaki yang dipanggil Faris itu pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa oleh sebuah majalah popular.

Demi tidak mengeruhkan suasana, Rossa turut menceritakan perihal sebenar hubungan antara mereka berdua.

"Rossa kesiankan orang yang kena gosip (Faris). Kami sebenarnya kawan baik. Rossa kenal orang tuanya sudah lama dan tiada apa-apa antara kami berdua.

"Lagipun, restoran ini (Restoran Pegaga) milik familinya, Rossa pula mudah mesra, semua yang dekat dengan Rossa pasti akan digosipkan," ujarnya yang menegaskan tidak merancang untuk berpakaian hampir sama ketika sesi temu bual itu diaturkan.

Rossa bagaimanapun memaklumkan Faris seorang yang santai orangnya, keluarganya juga sangat baik dan menegaskan sekeras-kerasnya mereka bukan berpacaran. Status semasa pula katanya: "Single but not available (solo tetapi telah dimiliki)."

Sejak berpisah dengan bekas suaminya yang juga merupakan anggota band Padi, Yoyo pada tahun 2009, Rossa akui lebih selesa bersendirian buat sementara.

"Rossa lebih banyak teman sebagai sahabat, belum ada jodoh lagi rasanya, yang penting Rossa menunggu jodoh yang betul-betul terbaik daripada Allah," katanya yang juga menjadi juri Indonesian Idol 6.

Diva Karaoke

Dalam pada itu, Rossa juga kini sedang sibuk menguruskan pusat karaoke yang diberi nama Diva Karaoke yang diusahakan oleh beberapa orang rakannya di Indonesia.

Terkini sudah empat buah pusat karaoke miliknya sudah dilancarkan sejak awal tahun ini iaitu di Mangga Besar, Pejaten, Kalibata dan Central Park (paling besar), Jakarta.

Perancangannya, dalam masa tiga tahun akan datang sasarannya sebanyak 40 buah cawangan akan dibuka di sekitar Indonesia.

"Konsepnya adalah karaoke famili, semua orang pasti senang berlatih dan praktikal untuk anak-anak ikut serta.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat baik dan kalau boleh Rossa mahu kembangkan dulu di Jakarta, belum ada cadangan untuk buka di Malaysia," bicaranya yang dilantik sebagai duta Diva Karaoke secara automatik oleh rakan-rakannya.

Album duet

Rossa juga kini dalam proses menerbitkan album duetnya menjelang bulan Mac atau April tahun depan. Album itu bakal menampilkan nama-nama hebat seperti Anuar Zain, Taufik Batisah, Rico Blanco dan Joe Flizzow.

Memandangkan album itu merupakan album duet, maka ada antara lagu-lagu yang dimuatkan mengandungi lirik berbahasa Inggeris dan Mandarin.

"Rossa bertemu sama Abang Anuar (Anuar Zain) ketika konsert di Bukit Jalil dan ketika itu ada musibah berlaku kepadanya.

"Sewaktu ngobrol (berbual-bual) dia mengajak Rossa berduet dalam satu lagu," cerita Rossa mengenai perkenalannya dengan pemilik trofi Lagu Terbaik AIM 18, Anuar Zain.

Dalam pada itu, Rossa juga usai melancarkan album untuk francais Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mengandungi 14 buah lagu di dalamnya.

Album itu terkandung dua buah lagu ciptaan Joe Flizzow yang dinyanyikan bersama dengan Rossa iaitu One Night Lover dan Jangan Ada Dusta.

Selain itu, lagu solo Rossa berjudul Tak Sanggup Lagi ciptaan Andi Rianto turut dimuatkan dalam album yang diedarkan di KFC sekitar Singapura dan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Twinkle anugerah terbaik saya - Akshay

Posted:

Twinkle anugerah terbaik saya - Akshay

Twinkle anugerah terbaik saya - Akshay


CINTA Akshay terhadap isterinya, Twinkle tidak pernah goyah walau dia selalu dikelilingi wanita jelita.


TAHUN ini, usia pembabitan Akshay Kumar sebagai aktor Bollywood sudah mencecah 20 tahun. Bercakap tentang perjalanan panjang dalam industri yang bermula dengan filem Saugandh pada tahun 1991 dan terkini pada tahun ke-20 muncul dengan filem Desi Boyz, Akshay memberitahu, dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan dalam masa terdekat.

"Apabila menoleh ke belakang dan melihat perjalanan karier saya, rasanya ia sebuah perjalanan yang panjang dan sukar. Sebenarnya sukar untuk saya bertahan dengan lambakan bintang baharu, namun ia menjadi mudah apabila kita berusaha keras. Saya percaya, saya masih mempunyai perjalanan yang jauh lagi dalam industri ini," katanya.

Walau sudah tersohor, Akshay tetap menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang sama seperti 20 tahun dahulu. Dia sentiasa memegang nasihat ibunya agar sentiasa merendah diri. Namun dalam seloroh dia berkata: "Yang berubah mungkin saya kini mempunyai cermin mata hitam yang lebih cantik!"

Bercakap mengenai jadual kerjanya, aktor yang mempunyai lima buah filem setiap tahun tanpa gagal ini memberitahu jika mahu dihitung, dia tidak terlalu sibuk dan sering berada di lokasi.

Jelasnya: "Saya akan menghabiskan semua kerja mengikut jadual. Pada hari Sabtu, saya hanya bekerja dari pukul 7 pagi hingga 2 petang dan akan menghabiskan masa dengan keluarga selepas itu. Hari Ahad adalah hari cuti untuk saya. Bulan Jun setiap tahun adalah bulan cuti untuk saya membawa keluarga bercuti. Jadi itulah jadual kerja dan hidup saya."

Malah kata Akshay, kunci utama yang membuat dia terus sukses dalam hidup adalah isterinya, Twinkle Khana. Memberitahu isterinya itu sudah tidak minat untuk berlakon lagi, Twinkle adalah segala-galanya bagi dirinya.

"Anda boleh ambil semua anugerah saya, filem saya atau karier saya dan saya boleh hidup. Saya hanya tak boleh hidup walau sehari tanpa isteri dan anak saya. Saya hanya mahu menghabiskan hidup saya bersama mereka," kata Akshay bersungguh-sungguh.

Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 28 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video &amp; Teater


Fazley Yaakub Lancar Buku Motivasi Cinta Dari Fazley

Posted: 28 Nov 2011 06:59 PM PST

Syuku Alhamdulilah, akhirnya penyanyi dan juga pakar motivasi, Fazley Yaakub selamat melancarkan buku ke-dua terbitan KarangKraf pada 19 November 2011 lalu di MPH MidValley. Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus Datuk Hussamuddin. Walaupun dah 2 minggu berlalu, rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan tahniah buat beliau. Dengarnya, buku yang berjudul "Motivasi Santai #Cinta" semakin mendapat sambutan ramai hingga terpaksa dicetak semula? Betul ke?

Fazley Yaakub

Setelah berkecimpung hampir 12 tahun sebagai perunding motivasi untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti, syarikat swasta dan korporat, agensi-agensi kerajaan, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Fazley kini semakim bersemangat dalam bidang penulisan. Setelah buku motivasi pertama dilancarkan, kali ini untuk buku terbaru pendekatannya menjurus kepada konteks penulisan yang ringkas dan mudah difahami, bagi memenuhi keperluan lapisan masyarakat yang gemarkan kata-kata ringkas (quotes) dalam melalui ranjau kehidupan.

"Buku ini dicetak dalam bentuk gift book. Ia menghimpunkan kata-kata motivasi santai yang terhasil daripada himpunan terbaik menerusi laman Twitter saya. Ia digarap dengan susunan lebih menarik dan sesuai dengan selera remaja. Penghasilan grafik dan warna direka khas supaya dapat menarik mata, hati dan fikiran pembaca untuk terus menyelak helaian demi helaian. Sebelum ini, saya selalu memberikan kata-kata motivasi di Twitter dan saya tidak sangka ia dapat menarik perhatian peminat. Dari situ, saya lihat peminat suka dengan motivasi ringkas. Berdasarkan beberapa kajian, pembaca remaja tidak sukakan kepada bahan bacaan terlalu panjang lebar. Maka, kerana itulah saya hasilkan buku ini."

Buku 'Gift Book' kata-kata motivasi santai #CiNTA ini terhasil dari himpunan terbaik dari Twitter akaun milik @FazleyYaakob. Fazley memang sering meletakkan kata- kata motivasi hasil nukilan kreatif beliau di laman sosial sebagai perangsang untuk para penggemarnya.

Penghasilan grafik dan warna direkacipta supaya dapat menarik mata, hati dan fikiran pembaca untuk terus menyelak mukasurat buku istimewa ini hingga ke helaian yang terakhir.

Buku #CiNTA ini merupakan siri pertama dari 5 siri penuh kata-kata motivasi dari buah fikiran Fazley sendiri. Selepas ini bakal diterbitkan buku kata-kata motivasi santai dibawah tajuk #Harian (kata-kata motivasi ringkas tapi pedas), #SuamiIsteri (khusus buat para suami dan isteri atau yang ingin mendirikan rumahtangga), #Pelajar (tips dan kata-kata semangat buat golongan pelajar), dan yang paling popular di kongsi (ReTweet) di laman Twitternya #PERLIbahasa (kata- kata motivasi lucu dan sinis berdasarkan pengalamam atau kejadian harian).

"Alhamdulillah, buku pertama saya dahulu mendapat sambutan baik dan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak buku. Saya mengharapkan sambutan yang lebih baik terhadap buku #Cinta ini. Saya ingin minta kerjasama daripada pembaca, sekiranya ada kekurangan pada buku ini, berkongsilah bersama agar saya dapat menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini,"

Setiap satu tajuk dijual dengan harga yang amat berpatutan RM9.90. Korang boleh dapatkan segera di pasaran.

Foto kredit: fazleyYaakub.com

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anak Ke-3 Fazley Yaakob Bernama Piyush
  • FAZLEY BAKAL JADI DADDY COOL
  • Dr Fazley Download Certificate Phd?
  • Concern at University of Wales Overseas Degrees
  • Fazley Letak Jawatan Pengarah Eksekutif Fazley International College
  • Fazley Dapat Anak Lelaki
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Gambar Anak Dr Fazley & Azrene Suraya
  • Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011
  • Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Koleksi Video Trip Media Bersama Siti Nurhaliza Ke Korea

    Posted: 28 Nov 2011 05:27 PM PST

    Seminggu dah berlalu, namun segala kenangan manis semasa mengikuti rombongan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza bersama media masih segar di ruangan ingatan. Pastinya segala memori akan kukuh terpahat menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.

    Di entri ini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SimplySiti dan tak lupa kepada Presiden SimplySiti sendiri iaitu Dato' Siti Nurhaliza kerana sudi menjemput Budiey mengikuti rombongan ini.

    Okay, sebelum Budiey terlupa, Budiey juga nak ucapkan sekalung budi & terima kasih kepada AirAsia X yang menaja penerbangan kami ke Korea. Budiey dapat tahu yang AirAsia X akan terbang untuk kali pertama ke Osaka, Jepun pada 30 November ini. Sekarang kalau nak ke Osaka memang murah sebab AirAsia X menawarkan harga tiket serendah RM199. Pergh! Murah tu! Tak lupa kepada Hotel Marriot Putrajaya yang sudi menaja penginapan Budiey di kamar suite yang indah lagi tenang pada 21 November, sehari sebelum kami bertolak.

    Budiey percaya, peluang yang diberikan oleh SimplySiti ini sedikit sebanyak merapatkan ukhuwah persaudaraan dan hubungan mesra Budiey dan rakan media yang lain dengan Siti Nurhaliza. Tak pernah sebelum ini Budiey berpeluang untuk berbual-bual santai dengan penyanyi popular ini secara personal. Selain rasa segan yang sangat tebal untuk mendekati Siti, Budiey juga rasa sangat ralat sikit. Tak tahu pasal apa. Mungkin dengan kedudukan beliau sebagai peneraju syarikat kosmetik dan namanya yang gah dipersada dunia menjadikan Budiey sukar untuk mendekati beliau.

    Namun, segala tanggapan berubah kerana Siti sangat ramah tamah dan mesra orangnya, murah senyum pulak tu, bak kata seorang staff SimplySiti, Siti ni nak ambil pen jatuh bawa meja pun dia sempat mengukir senyuman. Bila ditanya, apa rahsia Siti nak kekalkan kemanisan dalam senyuman, jawab Siti dengan ringkas, "Practice Makes Perfect!" Waaah gitu!

    Apa-apa pun, kembali kepada tujuan asal rombongan ini ke Korea adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar kepada kami bagaimana proses serta operasi kilang SimplySiti. Selain itu, kami juga turut berpeluang untuk bertanya dan berjumpa dengan pegawai dari JAKIM yang mana secara kebetulannya sedang menjalankan pemeriksaan untuk meluluskan sijil Halal kepada satu lagi produk terbaru dari SimplySiti yang akan berada di pasaran tahun depan.

    Sebelum melawat kilang yang mengeluarkan produk terbaru SimplySiti, kami dibawa untuk jalan-jalan cari makan bersama Siti di sekitar bandar Seoul. Korang boleh tonton sendiri video yang Budiey letakkan di bawah ini. Harap korang dapat rasainya kesejukan kami kat sana pada ketika itu ya. Cuaca sangat sejuk, nasib baik Budiey dah beli baju winter siang-siang masa nak bertolak pada 22 November lepas. Sebelum ni, masa gi Korea bersama Awal Ashaari dan Scha Alyahya hari tu, Budiey cuma pinjam baju tebal dari kawan je. Suhu pada waktu malam lebih sejuk berbanding dengan suhu pada waktu siang. Biasanya dalam 5 darjah selsius pada waktu siang dan suhu sejuk akan meningkat hingga ke paras beku iaitu -3 darjah selsius. Namun begitu hajat nak merasai salji tak kesampaian kerana sepanjang berada kat sana, salji tak turun-turun. Katanya di beberapa tempat di Korea terutama di utara dan berjauhan dari Seoul sudah pun diliputi salji nipis. Mmm… bestnya main salji. Hehe:)

    Budiey rasa bertuah kerana menjadi di kalangan orang pertama yang melihat produk terbaru SimplySiti yang akan berada di pasaran tahun depan yang diberi nama DERMAGIC. Ianya set rangkaian produk penjagaan kulit muka yang sangat grand dan fabulous! Produk Dermagic dikatakan sangat sesuai dengan peringkat umur dan gaya hidup masyarakat moden Asia untuk wanita & lelaki juga pun boleh guna.

    Produk Dermagic ini telah pun melalui proses pembangunan dan penyelidikkan (R&D) secara saintifik oleh sekumpulan saintis dan pakar kulit yang profesional beberapa tahun lalu. Dan yang pasti, produk ini juga telah pun melalui proses pengesahan sijil halal dari JAKIM.

    Semasa di kilang ini juga, para media diberi penerangan secara ringkas tentang kesucian produk yang dikeluarkan oleh SimplySiti. Bukan senang untuk mendapatkan pengesahan halal dari JAKIM kerana ia melalui banyak proses. Bagi Siti, ini adalah cabaran yang terbesar untuk memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik. Selain pengesahan halal, Siti juga mahu memastikan semua produk keluaran SimplySiti ada mutu dan berkesan kepada pengguna. Ya lah, Siti dah rakan kongsinya dah habiskan berjuta-juta untuk bisnes ini, takkanlah nak buat secara lewa saja, kan?

    Okaylah, Budiey tak nak cakap banyak lagi, korang tontonlah video yang Budiey compile kan ini ya. Enjoyz, semoga korang terutama die hard fan Siti Nurhaliza berpuas hati dengan mutu video yang Budiey rakam ni. Jika ada yang out of focus dan tersangkut-sangkut tu, harap maafkan saya ya.

    Dan akhir sekali, jangan lupa untuk subscribe Youtube Budiey di www.youtube.com/budiey27 kerana banyak lagi video-video dan juga vlog akan diupload dalam channel ini. Oh tak lupa, korang juga boleh follow Budiey di twitter ya: Follow Budiey sekarang: www.twitter.com/budiey

    Siti Nurhaliza Umum Lawatan Media Ke Korea

    Trip Media Bersama Siti Nurhaliza – AirAsia X Day 1

    Trip Media Bersama SimplySiti Premium Seat AirAsia X

    Trip Media Bersama Siti Nurhaliza Cheong Gye Cheon Street

    Trip Media & Siti Nurhaliza Cheongwadae Sarangchae

    Trip Media & Siti Nurhaliza – National Folk Museum Korea

    Trip Media & Siti Nurhaliza Lunch di Rumah Kak Ros

    Trip Media & Siti Nurhaliza Masjid Besar Seoul, Itaewon

    Trip Media & Siti Nurhaliza Lawatan Kilang SimplySiti Korea Part 1

    Trip Media & Siti Nurhaliza Lawatan Kilang SimplySiti Korea Part 2

    dan video terakhir… Mesra Santai Dato' Siti Nurhaliza & Media Dalam Bas

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Siti Nurhaliza di Cheongwadae Sarangchae Korea
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea
  • Trip Media SimplySiti Bersama Siti Nurhaliza – Hari Kedua
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza di Seoul Central Mosque Itaewon
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza Dalam Bas Tour Korea
  • Full content generated by Get Full RSS.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    LiveStream [ON AIR] : Interview Bersama Aizat Amdan Untuk DiGi #AizatAmdanLive

    Posted: 28 Nov 2011 10:23 PM PST

    Sekilas Pandang OHBULAN!

    OHBULAN! merupakan portal yang mengetengahkan konsep hiburan santai yang memberi liputan terkini berita-berita hiburan & fesyen di Malaysia, Indonesia, Korea & Hollywood. Dengan lebih 400 ribu pembaca setia setiap hari dan lebih 10 juta pelawat setiap bulan, menjadikan OHBULAN! portal hiburan & fesyen yang paling ngetop yuuuk!

    Rakan Strategik

    Full content generated by Get Full RSS.

    Isteri Que Haidar, Linda Jasmine Hamil Anak Perempuan.

    Posted: 28 Nov 2011 07:26 PM PST

    Linda Jasmine, 39, telah disahkan oleh doktor hamil 4 bulan dan mempunyai 95 peratus kemungkinan ia adalah bayi perempuan dan kelahiran bayi ini mungkin di sekitar bulan Mei 2012.

    Menurut akhbar online tempatan, mStar, Linda memang dikhabarkan ingin menimang anak perempuan selepas bayi kedua mereka.

    "Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan," ujar Linda kepada mStar Online.

    Linda juga dikatakan mempunyai alahan terhadap ubat tahan sakit, dan sama seperti sebelumnya, kali ini alahan tersebut berkurangan dari biasa.

    "Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang," ujar Linda.

    Sebagai ibu, Linda yang pernah menjadi guru tari di sebuah rancangan realiti berkata bahawa dia sanggup berkorban untuk anak dalam kandungannya walaupun dia mengalami alahan kepada ubat tahan sakit.

    Full content generated by Get Full RSS.