Adsense

Selasa, 22 November 2011

borak kosong

borak kosong


Foto Pengebom Berani Mati Solo (UNCENSORED)

Posted: 22 Nov 2011 09:00 PM PST

Marketing Unik Dan Gempak!! Agar Pembeli Yakin Susu Yang Dibeli Segar dan Asli

Posted: 22 Nov 2011 08:00 PM PST

Bermacam cara dan trick pemasaran digunakan agar produk yang dipasarkan boleh laku, salah satunya dengan tampil beza lain dari yang lain, inilah mungkin yang ada dibenak fikiran pedagang susu kambing segar keliling yang menjajakan dagangannya. Agar pelanggan tahu kalau susu yang dijual benar-benar segar maka di pedagang susu ini membawa kambing-kambing langsung dan memerasnya didepan pembeli, kreatif.....



Pelanggan Misteri Tinggalkan Begr Berisi Satu Juta Dolar di Restoran

Posted: 22 Nov 2011 07:00 PM PST

Pihak Polis Sydney, Australia, saat ini sedang mencari pemilik beg "penuh wang" yang ditinggalkan di restoran Itali oleh seorang pelanggan misteri.

Menurut huffingtonpost yang mengutip stesen TV tempatan, beg yang ditinggalkan di Cafe Marko tersebut berisi sekitar 1 juta dolar Australia dalam pecahan 50 dolar.

Namun, pihak polis hanya menggambarkan bahawa koper itu berisi sejumlah besar wang tunai, tanpa memberikan jumlah tepatnya.

Inspektor Ian Pryde mengatakan kepada wartawan bahawa seorang lelaki yang berumur 30 tahun yang mengenakan seluar pendek dan singlet surfing, membawa beg ke dalam kafe. Dia kemudian terlihat seperti ketakutan dan pergi tanpa membawa wang itu.

Kerana Iklan seram Phones4u disiasat

Posted: 22 Nov 2011 06:00 PM PST


LONDON: Iklan sebuah syarikat telefon bimbit gergasi Britain, Phones4u, disiasat pihak berkuasa selepas pelbagai pihak mengadu ia tidak sesuai dipaparkan kepada umum.

Iklan itu menunjukkan hantu budak perempuan yang menakutkan seorang wanita di kawasan meletak kenderaan bawah tanah.


Menurut pelbagai pihak, iklan berkenaan dianggap terlalu menyeramkan untuk kanak-kanak.


Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan (ASA) semalam mengesahkan menerima 341 aduan mengenai iklan berkenaan.


Ia adalah aduan tertinggi dicatatkan pada tahun ini.


Pengguna yang berang dengan Phones4u menyatakan kemarahan mereka melalui YouTube dan mendesak pihak berkuasa mengharamkannya. Sementara itu, jurucakap ASA berkata, dia mengesahkan iklan berkenaan kini disiasat kerana dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak.



"Kami akan berhubung dengan Phones4u untuk menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.


Iklan itu disiarkan pada waktu perdana televisyen memaparkan hantu budak perempuan seperti sering dilihat dalam filem seram.


'Hantu' itu mengejutkan wanita terbabit yang baru habis membeli-belah dengan mengangkat telefon bimbit di tepi tingkap bersama pesanan "kamu akan dihantui sesalan jika terlepas tawaran kami." - DM

sumber : myMetro

Wanita dapat wajah baru di puji cantik

Posted: 22 Nov 2011 05:00 PM PST

GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.

HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.

Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. - Agensi

sumber : kosmo online

(Full pic+ video)..ngeri kaki budak di gilis trak

Posted: 22 Nov 2011 04:00 PM PST

Kemalangan ini berlaku di Peshawar, Pakistan.



sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Demi Iklan, Stesen Keretapi di ubah menjadi Padang Rumput

Posted: 22 Nov 2011 10:01 AM PST

Bayangkan Anda keluar dari kereta api dan langsung memijak padang rumput sejuk, yang tepat berada di tengah-tengah kota. mungkin hanya menjadi bagian dari halusinasi kita. Tapi dia Auckland New Zealand sebuah perusahaan susu raksasa (meadow) membuat khayalan tadi menjadi kenyataan!

sebelum di ubah :

Britomart Station tepatnya, demi kepentingan iklan yang akan di buat pihak perusahaan meadow, stesen kereta api itu di tukar menjadi padang rumput hijau yang indah.
mereka mengubah sekitar 1.250 meter persegi lantai , menjadi padang rumput yang hijau.
menurut rencana, mereka akan membuat 8 iklan sekaligus di lokasi tersebut

berikut keadaan stesen setelah di ubah :



Goyang dangdut paling ekstream

Posted: 22 Nov 2011 09:01 AM PST

Adakah goyang Inul??

atau Dewi Persik???

v




v





v





v





v


tapi sebenarnya yang ini..dipanggil goyang 'pacak bumi'

Gila..Chinese Psychologist guna perempuan berbikini untuk promosi dirinya

Posted: 22 Nov 2011 08:01 AM PST








A young woman wearing a red bra and panties held up a sign saying, "National treasure, Mental Illness Specialist, 10 million yearly salary, searching for buyer." Next to the woman sat the doctor mentioned on the sign. The leisurely doctor, sitting legs crossed, maintained his position from beginning to end, not saying a word.

Gila..lelaki ini miliki 6 juta foto pornografi kanak-kanak

Posted: 22 Nov 2011 07:00 AM PST

INILAH.COM, Ottawa – Lelaki Kanada berusia 52 tahun ini memiliki koleksi pornografi anak-anak yang luar biasa banyaknya. Ia diganjar hukuman penjara lima tahun oleh negaranya.

Douglas Hugh Stewart mengakui bersalah memiliki benda-benda, akses serta mendistribusikan pornografi anak-anak.

Hal itu ia lakukan setelah polis menemukan sekitar enam juta foto tanpa pakaian erta video gadis cilik. Bahkan diantaranya, ada yang baru berusia dua tahun.

Manager layanan pelanggan yang hidup di basement rumah ayahnya ini dipenjara 4,5-5 tahun untuk setiap tuntutannya.

Hakim Anne Dugas-Horsman menyatakan foto-foto itu memang tak terhingga jumlahnya namun bukan bererti anak-anak tersebut tidak ada.

Anjing Ini Boleh Memandu

Posted: 22 Nov 2011 06:00 AM PST

DARWIN, KOMPAS.com — Pintar sekali anjing ini. Dia diperkirakan memandu karavan milik tuannya di sebuah jalan di kota Darwin, Australia. Nampaknya anjing ini belajar memandu setelah memperhatikan tuannya.

Woodley, anjing jenis Koolie, diperkirakan memandu karavan tuannya ketika pemiliknya, Richard McCormack, sedang di kedai. "Saya keluar dari kedai dan melihat kereta besar meluncur di jalan. Saya tidak dapat mempercayai," ujar McCormack.

Rupanya ini bukan pertama kali Woodley memandu karavan tuannya. "Woodley duduk di samping ketika saya memandu dan senang sekali duduk di kerusi pemandu ketika saya tidak ada. Tuas brek tangan berada di dashboard dan dia tampak melihat saya melepaskan berulang kali. Dia meniru apa yang saya perbuat," kata McCormark.

Untung saja, mobil itu dapat dihentikan ketika Phil Newton (30) melompat ke jendela yang terbuka dan menarik tuas brek setelah melihat si anjing memandu.

Sumber : Kompas Cetak

Kelucuan Oskar, Seekor Kucing Buta Saat Memperoleh Mainan Pertamanya

Posted: 22 Nov 2011 05:00 AM PST

Oskar adalah seekor kucing lucu yang berumur enam bulan yang lahir dengan bola mata yang tidak terbentuk secara sempurna, sehingga ia tidak dapat melihat sama sekali. Ia kemudian diadopsi oleh Nick (37) asal Omaha, Nebraska, AS.

Dalam video yang diunggah oleh Nick di YouTube ini, terlihat bagaimana Oscar bermain dengan mainannya yang pertama, sebuah bola khusus yang berisi loceng.



"Oskar dapat 'melihat' bola itu dengan telinganya. Ia merupakan seekor kucing yang bahagia dan sebagai pemberi inspirasi, kami merasa diberkati memilikinya," tulis Nick dalam videonya.

Daisy pengadil wanita termuda didunia

Posted: 22 Nov 2011 04:00 AM PST

Daisy dari Somerset, Inggris dinyatakan sebagai pengadil bola sepak wanita yang paling muda di dunia menurut Guinness. Daisy yang mendukung Championship Inggris dari sisi Watford, menerima kelayakan level 9 dari Persatuan Bola sepak di hari ulang tahunnya tahun ini. Daisy telah melakukan kursus pelatihan dua minggu untuk total 16 jam sebagai persyaratan untuk memimpin pertandingan dan-pertandingan itu pertandingan bolasepak dibawah usia 11 tahun. Daisy juga harus lulus ujian pilihan ganda sebelum melakukan tujian pratikal yang melibatkan analisa sebuah pertandingan di DVD.

Di pertandingan pertamanya sebagai wasit FA yang cakap atau memiliki kelayakan, Daisy memberikan sebuah penalti kepada musuh pasukan sekolahnya sendiri. "Aku tertarik dengan bolasepak ketika berusia 10 tahun dan pindah dari sekolah khusus perempuan ke sekolah dasar (sekolah campuran ). Lalu aku memutuskan untuk mengambil (pelatihan) pengadil kerana aku berfikir hal itu bakal mengembangkan seluruh mentalitasku terhadap pertandingan-pertandingan dan membuatku menjadi pemain yang lebih baik. Teman-temanku ok-ok saja dengan itu kerana mereka tahu aku orang yang mahir olah raga. Bahkan beberapa temanku bangga terhadap aku," ujar Daisy.

Daisy yang bermain untuk Bishop"s Lydeard , berharap dirinya boleh menjadi pengadil untuk orang dewasa dan menjadikannya sebagai pekerjaan part-time ketika dirinya berusia 16 tahun. Pengadil yang lulus ujian atau berkelayakan di Inggris sendiri ada sekitar 25.502 orang dimana hanya ada 407 pengadil perempuan disana.

Inilah kucing gayanya seperti anjing

Posted: 22 Nov 2011 03:00 AM PST

Penyeludup Gunakan Pesawat Remote Control Untuk Terbangkan Ganja ke Eropah

Posted: 22 Nov 2011 02:00 AM PST

Para penyelundup dadah selalu berusaha menemukan cara paling jitu untuk menghindari tangkapan polis, salah satunya adalah menggunakan pesawat remote control untuk menyelinapkan obat-obat terlarang ke benua Eropah, tanpa harus takut tertangkap.
Pihak polis menemukan pesawat kontrol yang mengangkut ganja seberat 2,2 kilogram seharga 2000 euro di Laut Tengah antara Marocco dan Sepanyol, ketika pesawat tersebut jatuh.

Petugas menduga pesawat modifikasi yang berbahan bakar minyak tersebut dikendalikan oleh penyeludup dalam perahu.

Penemuan ini membuat petugas polis Sepanyol terkejut, dengan sistem baru dalam penyelundupan narkoba ini.

"Para penyelundup yang beralih ke cara yang lebih dan lebih cerdik untuk menyelinapkan narkotika mereka ke Eropah kerana kami terus memperketat penjagaan dan memutus jalur supply mereka." tutur salah satu sumber polis yang dikutip mail online.

Bantal Ini Boleh Ubati Kerinduan Bagi Cinta Jarak Jauh (Long Distance Relationship)

Posted: 22 Nov 2011 01:00 AM PST

Bagi Anda yang menjalani long distance relationship (LDR) yakni hubungan jarak jauh, alat yang satu ini akan membantu menghilangkan rasa rindu pada pasangan. Sepintas, alat ini nyaris sama dengan bantal yang biasa digunakan untuk tidur. Tapi bantal yang dinamai Pillow Talk ini akan mengeluarkan cahaya dan suara denyut jantung setiap kali pasangan Anda berbaring di atasnya.

Seperti dicatat Jezebel, bantal ini terhubung secara wireless dengan cincin khusus yang mendeteksi denyut jantung pemakainya. Saat cincin digunakan dan Anda mulai berbaring di atas bantal, bantal milik pasangan Anda yang jauh di sana akan mengeluarkan cahaya dan suara denyut jantung Anda. Begitu juga sebaliknya. Saat si dia memakai cincinnya dan bersiap untuk tidur, lampu sensor di dalamnya akan menyala dan mengeluarkan bunyi denyut jantungnya.

"Jika Anda meletakkan kepala di atas bantal, Anda akan mendengar detak jantung pasangan secara real-time," ujar Joanna Montgomery, penemu bantal inovatif ini, seperti dikutip Huffington Post. Tapi jika Anda tergolong penghidap insomnia atau mudah terbangun di malam hari, disarankan untuk tidak menggunakan Pillow Talk. Alih-alih membayangkan tidur lelap di pelukan si dia, tidur Anda justru tidak akan nyenyak kerana terganggu suara denyutan jantung yang keluar dari bantal. (Sumber)

Inilah model yang digelar ' si wajah malaikat berbody setan'

Posted: 22 Nov 2011 12:00 AM PST

Bianca Bai adalah model Taiwan super Hot yang perna ada di Taiwan.Bianca Bai Xin Hui, adalah salah seorang artis dan model terpanas di Taiwan saat ini. Kecantikan dan kemolekan tubuhnya membuatnya dijuluki si wajah malaikat berbody setan. Wajah dan tubuh Bianca dengan mudah ditemukan di majalah-majalah terbitan Taiwan. Ia banyak membintangi iklan pakaian dalam dan bra, bahkan telefon jenama Nokia.Biodatanya :


* Name: Bai Xin Hui
* English name: Bianca Bai
* Nicknames: (Angel's face, Devil's body)
* Date of birth: October 10, 1982
* Birthplace: Taiwan
* Height: 176cm
* Profession: Model, Actress
* Modeling Agency: Catwalk Modeling Agency
* Horoscope: Scorpio
* Blood type: O






Gadis cantik yang begitu gembira saat sesi Mugshot (foto pelaku jenyah yang diambil polis)

Posted: 21 Nov 2011 11:00 PM PST


Ketika pelaku tindak jenayah lain berusaha menyembunyikan wajahnya serta bermuka cemberut saat sesi Mugshot (foto pelaku jenayah yang diambil pihak polis), gadis yang satu ini malah berusaha membuat fotonya terlihat se-ceria mungkin.

Michelle Watson, dari Arizona Amerika Syarikat (AS), membuat repot polis di Prescott, Arizona, saat wanita berusia 24 tahun ini ditangkap pada Khamis (17/11/2011) lalu, kerana memandu Honda Civic-nya dalam keadaan mabuk.

Menurut penjelasan Jabatan polis Prescott yang dikutip thesmokinggun, selain menolak menjalani ujian ketenangan, Watson juga berusaha melawan saat diamankan, mendorong petugas, serat menggunakan kata-kata kasar dan makian pada polis.

Meskipun semua ini, Watson terlihat berseri-seri dan berkedip dengan mengangkat dua ibu jarinya saat difoto di Penjara Daerah Yavapai.

Rincian dalam laporan polis Prescott, Watson didakwa melakukan penyerangan pada polis, serta melawan penangkapan, dimana kandungan alkohol dalam darahnya berada tiga kali ganda daripada had yang dibenarkan.

Walaupun Fobia Ketinggian, Ryan Gleeson Lamar Kekasihnya Dari Atas Shopping Center

Posted: 21 Nov 2011 10:00 PM PST

Ryan Gleeson bukanlah Batman, superhero, tapi dirinya berani menaklukkan rasa takutnya akan ketinggian demi untuk melamar kekasihnya, Charlotte Kinman. Seperti yang dilapor dari situs Metro, Ryan, yang mengenakan kostum seperti Batman - dimana topeng Batman diganti dengan helmet - dari atap pusat perbelanjaan West Orchards, menuruni tali yang digantung dari atas menuju lokasi Charlotte berada dan melamar kekasihnya itu dengan memperlihatkan tulisan "Charlotte Will You Marry Me ? " (Charlotte mahukah kau menikah denganku – red) yang tertulis di jubah atau sayap Batman yang dikenakan lelaki 28 tahun dari Towcester, Northamptonshire.

Pastinya aksi Ryan itu membuat terkejut Charlotte dan untungnya Charlotte mahu menerima lamaran Ryan.

Aksi berani Ryan itu dilakukannya bulan lalu danu dirakam di kamera

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Ketibaan Pasukan Harimau Muda di LCCT Sepang Semalam

Posted: 22 Nov 2011 12:26 AM PST

Kita berjaya membuktikan pasukan HARIMAU MUDA lebih layak bergelar juara, walaupun 1001 provokasi daripada pihak lawan namun kita tidak gentar malah menunjukkan persembahan terbaik semalam. Penghujung cerita setelah kita seri 1-1 dan berakhir dengan tendangan penalti, berjuta rakyat seberang terpaksa mengigit jari walaupun pada mulanya diatas kerta mereka lebih layak.

Namun diatas padang belum tahu siapa yang bakal juara, bak kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu".

Pasukan Harimau Muda sampai lewat daripada jadual penerbangan pagi tadi yakni sekitar pukul 7.30 dan selesai urusang mengambil barang pukul 8.00 lebih barulah terubat segala penantian lebih seribu penyokong yang membanjiri lapangan terbang LCCT. Malah ada yang sanggup menunggu kehadiran wira NEGARA selepas habis perlawanan. Inilah yang kita inginkan dalam menongkah arus perjuangan yang masih jauh dihadapan.

Bagi ZoOm satu lagi misi besar menentang pasukan Syria di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan anak muda ini membawa nama Malaysia ke pentas Antarabangsa. Sama-samalah kita mendoakan semoga pasukan ini akan cekal dan berjuang habis-habisan demi nama Negara dan pasukan khasnya.

Akhir Kata yang tidak dapat digambarkan mengenai kemenangan semalam yang menjadikan semua jantung rakyat Malaysia khasnya berdegup kencang menanti keputusan perlawanan yang diakhiri dengan tendangan Penalti. Apa yang boleh dikatakan "Anda Adalah Yang TERBAIK daripada yang Baik

ZoOM : Apa Kata Anda ?

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa daripada blog, terutamanya Mybloghub yang hadir sendiri di LCCT.
Semasa menaiki Baracuda ( Kenderaan pergi dan balik dari Hotel ke Stadium)


Sejumlah penyokong yang berada di LCCT pada waktu subuh



Sejumlah Penyokong yang menyambut kepulangan "WIRA NEGARA"






Gambar wajah-wajah pejuang  yang mengharumkan nama NEGARA


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih : Nadia Sudah Tiada - Nukilan Atiera

Posted: 21 Nov 2011 07:50 PM PST


Sebuah cerita yang boleh dikongsi bersama sebagai pedoman dan panduan bersama, terutamanya bagi anda diluar sana yang belum berkahwin.

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

... OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..



Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single..

Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt..

Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku..

Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku..

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu..

Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn...

Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

~kita akan lebih menghargai seseorang bila kita dah kehilangan dia.sy pernah terbaca komen seseorang di fb..."jgn tinggalkan org yg syg kita sbb org yg kita syg"...menarik kan??kita akan lebih bahagia bila kita bersama org yg syg pd kita berbanding jika kita bersama dgn org yg kita syg.sbb org yg kita syg belum tentu menyayangi kita seikhlas hatinya.sifat saling mempercayai,setia,jujur,saling menghormati amat penting dlm relationship.bila ada yg syg,hargai dia setulusnya.jgn menyesal kemudian hari...~

Sumber: tiEra

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Posted:

Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Oleh ABD. AZIZ ITAR dan SYAFIQ ROOS ANUAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


NORMAN, Yusry dan Edry Abdul Halim mencipta kejayaan manis di FFM24.


FILEM Terbaik dan Pengarah Terbaik merupakan dua anugerah utama dalam Festival Filem Malaysia Ke-24 termasuklah pada edisi ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Menerusi festival anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu, Syamsul Yusof muncul pemenang Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster walaupun kategori Filem Terbaik dimenangi oleh filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

Kemenangan itu merupakan kali kedua berturut-turut buat Syamsul di mana tahun lalu dia mengungguli kategori sama menerusi filem arahannya, Evolusi KL Drift, sementara filem Magika pula diangkat sebagai pemenang kategori Filem Terbaik pada festival tersebut.

KRU Studios yang menerbitkan HMM dan Magika serta Skop Productions (KL Drift 2 dan KL Gangster) bukan setakat mengulangi keputusan sama dua tahun berturut-turut tetapi mendominasi Anugerah Gemilang Cipta dan Anugerah Gemilang Perdana FFM24.

Sama ada keputusan itu kebetulan atau sebaliknya, kemenangan KRU Studios membolot tiga Anugerah Gemilang Cipta dan lima Anugerah Gemilang Perdana pada tahun ini menerusi HMM tentunya menimbulkan buah mulut segelintir pihak yang kurang puas hati.

Malah, ada di kalangan peserta FFM24 seperti pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid dan penerbit ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman yang seakan-akan tidak memberi sokongan apabila tidak hadir pada malam kemuncak festival itu.

Monopoli kemenangan HMM dan KL Gangster itu seolah-olah mengetepikan langsung kredibiliti filem-filem yang turut menjadi sebutan ramai seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, ...Dalam Botol dan Nur Kasih The Movie yang langsung tidak menerima sebarang anugerah.

Menurut Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim pihaknya hanya menghantar pencalonan dan pemilihan termasuklah kemenangan anugerah-anugerah yang diraih oleh HMM dilakukan oleh pihak juri profesional yang dilantik oleh Gafim selaku penganjur FFM24.

"Janganlah hendak memperlekeh-lekehkan HMM kalau kita mahu mengangkat filem kita ke persada antarabangsa.

"Bagi saya HMM telah melakukannya apabila filem ini diedarkan di 72 buah negara. Kemenangan HMM malam ini adalah atas pemilihan para juri.

"Saya sudah lali dengan kritikan seperti ini kerana perkara yang sama berlaku pada Magika pada FFM23 .

"Bagaimanapun Magika sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila ia menang kategori Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini. Untuk HMM saya sudah menduga ia juga akan menerima nasib sama.

"Saya pernah tawar hati untuk mempertandingkan filem-filem KRU dalam FFM tetapi atas nasihat dan persetujuan daripada semua kakitangan KRU Studios maka kami sertai juga festival ini walaupun tahu kalau HMM menang mesti ada pihak yang akan mempertikaikannya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas festival tersebut.

Pada FFM24 HMM paling banyak meraih Anugerah Gemilang Perdana iaitu Filem Terbaik, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharuddin), Sinematografi Terbaik Mohd. Noor Mohd. Kassim), Pereka Kostum Terbaik (Rosada Abd. Hamid) serta Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim).

Selain itu, HMM yang meraih RM25,000 untuk kategori Filem Terbaik itu turut memenangi Anugerah Gemilang Cipta dengan merangkul kategori Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik (Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih).

Penguasaan

Skop Productions selaku penerbit KL Gangster turut mencatatkan penguasaan terbesar dalam FFM24 apabila menggondol enam daripada 15 Anugerah Gemilang Perdana festival itu yang menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 hingga RM15,000 dan trofi.

Sama seperti Norman, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster turut enggan mengambil serius kritikan-kritikan negatif selepas filem arahannya itu menggondol banyak anugerah termasuk Pengarah Terbaik di mana dia membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

"Saya malas hendak fikir apa juga kritikan yang akan saya terima atas kemenangan filem arahan saya ini.

"Kalau ada isu yang timbul kelak, saya juga tidak mahu membalas kenyataan atas apa juga pertikaian yang dilemparkan kepada saya. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan rasa tidak puas hati tersebut.

"Saya buat filem sebagai kerjaya saya dan untuk industri perfileman di negara ini. Bagi saya, tiada yang terbaik dalam festival seperti ini. Pemenang sebenar ialah bagaimana kita mahu memikat hati majoriti para penonton yang menonton sesebuah filem itu," komennya.

Pada Anugerah Gemilang Perdana FFM24 itu KL Gangster meraih anugerah Filem Box-Office kerana mencatat kutipan tiket RM11.7 juta, Penyunting Terbaik (Syamsul Yusof dan Hisham Jupri), Penataan Bunyi Terbaik (Hisham Jupri, Rizal Ashref), Lakon Layar Terbaik (Syamsul Yusof), Pelakon Pembantu Terbaik (Sofi Jikan) dan Pengarah Terbaik (Syamsul Yusof).

FFM24 yang menampilkan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan (Raja Lawak) itu banyak mencetuskan kontroversi antaranya apabila Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli dibenarkan bertanding pada festival itu dan memenangi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Libas.

"Penjurian dilakukan secara sulit di mana para juri tiada kena mengena atau ada kepentingan dengan para peserta yang bertanding termasuklah saya.

"Para juri juga tiada kena mengena dengan penganjur. Apatah lagi, pencalonan saya dalam kategori itu dihantar oleh penerbit Libas iaitu MDAG Marketing," jelasnya.

Pada sidang akhbar selepas berlangsungnya FFM24, Pengerusi Malam Anugerah Gemilang Perdana, Yusof Kelana berkata, kontroversi dan pertikaian adalah perkara yang tidak boleh dielakkan dalam penganjuran festival itu sejak dari dulu hingga kini.

Dia yang juga pengarah drama dan filem menambah, pertikaian yang membabitkan penganjur dengan filem-filem yang mereka pertandingkan juga turut dilalui oleh Ahmad Puad Onah sewaktu menjadi Presiden Gafim pada penganjuran FFM23 tahun lalu.

"Ketika Ahmad Puad Onah menjadi Presiden Gafim dan pada FFM23 ada filem di bawah terbitan Grand Brilliance yang dipertandingkan pada festival itu. Adakah kerana isu itu dia juga perlu menarik diri sedang penjurian tiada kena mengena dengannya.

"Kontroversi dalam FFM berlaku dalam setiap kali ia dianjurkan sejak tahun 1981. Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada kontroversi yang timbul.

"Kalau tidak ada kontroversi maka itu bukan Festival Filem Malaysia namanya. Apa pun kami akan lakukan kajian tentang penganjuran festival kali ini supaya ia dapat diperbaiki lagi.

"Itu pun kalau Gafim diberi kepercayaan untuk menganjurkan lagi festival ini. Ini kerana, bukannya mudah untuk menganjurkan FFM.

"Apatah lagi dengan bajet yang kami dapat hanya berjumlah RM650,000 sedangkan kos penganjurannya mencecah RM2.2 juta. Nasib baiklah ada banyak penaja yang menaja festival ini," ujarnya.

Berbaloi

Eja atau Siti Shahreza yang sudah terbabit dalam bidang lakonan drama televisyen dan filem sejak 15 tahun lalu menganggap kejayaannya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin begitu berbaloi.

"Janin adalah filem kelapan lakonan saya dalam masa 15 tahun. Saya begitu berhati-hati dalam melakonkan sesuatu watak di mana kalau boleh biarlah ia meninggalkan kesan di hati para penonton. Saya memang cerewet dalam memilih watak dan tidak mahu sekadar menjadi penghias sahaja.

"Kalau ikutkan dalam masa 15 tahun itu sudah banyak filem yang saya lakonkan. Itu bukti saya memang memilih dan ternyata watak yang saya lakonkan dalam Janin membuahkan hasil sehinggalah saya memenangi anugerah ini," ujarnya.

Sementara itu, Soffi Jikan yang telah 15 tahun bergiat dalam industri seni tanah air, akhirnya lega kerana segala penat lelah serta keringat anak kelahiran Kuala Terengganu ini berbalas apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM24.

Dia mengakui tidak meletakkan sebarang harapan untuk menggondol sebarang anugerah, tetapi dia akhirnya bersyukur kerana segala perit jerihnya dalam industri seni selama ini akhirnya berbalas.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana apa yang saya lakukan dalam industri seni ini akhirnya orang nampak juga. Saya akui, setiap watak yang saya lakonkan, saya akan pastikan ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

"Bermula dari melahirkan watak tersebutlah saya akan kerja habis-habisan bagi memastikan tahap lakonan saya berada pada tahap yang baik. Insya-Allah, selagi saya bernafas, saya akan usaha berterusan bagi memartabatkan industri seni tanah air," ujarnya penuh bersemangat.

Seperti dijangkakan, kejayaan Shaheizy Sam menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Kongsi memang sudah menjadi ramalan banyak pihak.

Hadir dengan harapan untuk turut sama-sama menaikkan nama industri seni sehingga ke luar negara, Sam sebenarnya mahu mencari kelainan dalam setiap perkara yang dilakukannya termasuklah dalam Kongsi yang akhirnya membuahkan hasil.

"Saya mahu melakukan suatu keajaiban yang orang lain tidak lakukan. Saya mahukan magis yang bukan semua orang mampu lakukan.

"Buat masa sekarang, saya cuba lakukan yang terbaik dan pada masa yang sama saya mahu lari daripada perkara yang klise dalam setiap lakonan saya," katanya.

Selain itu, Sam yang akan muncul dengan filem terbaru lakonannya, Songlap yang bakal ditayangkan mulai 15 Disember ini turut mengakui kini dia mula berjinak-jinak ke arah bidang produksi perfileman.

Berjaya menggondol anugerah Filem Pilihan Penonton Astro melalui filem Kongsi, saudagar filem MIG ini menyifatkan ia merupakan suatu tindak balas positif daripada penonton terhadap filem-filem David Teo.

Namun, David tidak dapat menyembunyikan keluhannya mengenai penganjuran FFM24 yang turut mencalonkan filem Libas arahan Jurey Latiff Rosli yang juga pengerusi festival itu, malah turut berjaya memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik.

"Bagi saya, ini merupakan kecacatan terbesar di dalam sebuah festival dan kesilapan begini tidak harus berlaku.

"Ini sememangnya memalukan industri dan saya berharap sangat perkara ini tidak akan berlaku lagi pada penganjuran festival filem pada masa akan datang.

"Asalkan penerima anugerah berpuas hati dan gembira menerima anugerah itu, cukuplah," ujarnya penuh makna.

Full content generated by Get Full RSS.

sediakan RM1 juta tunai

Posted:

<i>Money Drop</i> sediakan RM1 juta tunai

Money Drop sediakan RM1 juta tunai

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


PARA peserta Money Drop bersama longgokan wang tunai RM1 juta sewaktu rakaman rancangan itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MONEY Drop adalah pertandingan kuiz dalam rancangan televisyen tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan buat para pemenangnya iaitu wang tunai RM1 juta.

Rancangan terbitan Endemol Malaysia yang akan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad mulai 3 Disember ini juga berbeza dengan rancangan lain.

Tidak seperti pertandingan lain yang menyediakan hadiah seperti kereta dan barangan elektrik, Money Drop menyediakan wang tunai RM1 juta dengan menjawab lapan soalan sahaja.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan itu bukan sahaja berbeza dengan rancangan seperti Roda Impian, malah wang tunai yang ditawarkan juga lebih lumayan daripada itu.

"Rancangan ini telah terbukti sambutannya kerana imbuhan wang tunai yang lumayan selain mendapat sambutan di 33 buah negara sewaktu ia ditayangkan di negara-negara terbabit.

"Money Drop pernah mendapat anugerah British Academy of Arts Film dan Anugerah Televisyen di United Kingdom pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Azlin, rancangan yang menampilkan soalan-soalan kuiz daripada pelbagai topik itu sesuatu yang sukar diduga biarpun hanya lapan soalan disediakan untuk setiap peserta.

Ini kerana, katanya, setiap peserta yang ditampilkan berpasangan itu mampu membolot RM1 juta yang ditawarkan tetapi pada masa sama juga berdepan risiko jika tersalah percaturan.

"Sebagai contohnya, setiap peserta akan diberi masa 60 saat untuk menjawab satu soalan di mana jika mereka tidak yakin jumlah wang tunai RM1 juta itu boleh dipecah-pecahkan.

"Wang tunai yang diletakkan di tempat jawapan yang salah akan jatuh ke lubang bahagian bawah dan itu bermakna peserta terbabit akan kehilangan wang tersebut," ujarnya.

Money Drop yang dirakamkan sebanyak 26 episod mendapat sambutan ramai apabila uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur disertai lebih 2,000 peserta.

Lebih menambahkan kepelbagaian setiap peserta yang ditampilkan berlainan latarbelakang pendidikan dan kerjaya di mana ia akan memperlihatkan tahap kepintaran yang berbeza.

"Soalan yang diketengahkan menampilkan topik-topik yang berkaitan dengan pengetahuan am di mana setiap soalan mempunyai jawapan hampir sama supaya setiap peserta membuat analisis.

"Di sinilah perlunya semangat berpasukan kerana mereka harus bijak menjawab soalan dan membuat strategi supaya dapat membolot wang tunai sebanyak yang mungkin," ujarnya.

Ternyata Money Drop membawa risiko yang bukan kepalang kerana di hadapan setiap peserta dilongokkan wang tunai RM1 juta sehingga pelbagai langkah keselamatan diambil.

Antaranya setiap peserta termasuklah media massa yang membuat liputan tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit selain kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

AC Mizal yang diberi kepercayaan mengacarakan rancangan itu juga tidak menafikan berasa gugup apabila berada di depan wang tunai RM1 juta.

"Ini pertama kali saya tengok wang tunai RM1 juta di depan mata. Sebelum ini memang ada pertandingan yang menyediakan wang tunai tetapi pemenang akan menerimanya kemudian.

"Sedangkan dalam pertandingan ini wang tunai RM1 juta itu sudah menanti di depan mata sebelum mereka menjawab soalan lagi. Itu adalah tarikan dalam pertandingan ini," jelasnya.

Sewaktu diajukan persoalan mengapa dia sering dipilih sebagai pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan Astro, jelas AC semua itu atas pemilihan stesen terbabit.

Apatah lagi, kata bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia musim kesembilan itu, pemilihan itu kerana dia salah seorang artis bertaraf residen yang bernaung di bawah Astro.

"Walaupun saya mengacarakan banyak rancangan seperti Maharaja Lawak Mega dan Money Drop tetapi pendekatan atau penampilan saya tidak sama di antara satu sama lain.

"Contohnya, dalam Maharaja Lawak Mega saya lebih santai dan kurang serius, manakala dalam Money Drop cara pengacaraan saya lebih formal termasuklah daripada segi pakaian," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.