Adsense

Selasa, 22 November 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kuasa orang muda

Posted: 21 Nov 2011 03:04 PM PST

Hip

Penantian 15 tahun berbayar dengan trofi pelakon terbaik

BAGI sesetengah penerbit filem, mungkin pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja dilihat agak cerewet. Hakikatnya wanita berbakat ini memilih watak yang diberikan kepadanya kerana dia ingin mengelak daripada dilabel sebagai pelakon 'tangkap muat'.

Baginya, dia tidak mahu berlakon filem sekadar membolehkan dirinya ditonton di layar lebar, sebaliknya setiap watak yang diberi menuntut kesungguhan yang tinggi serta persembahan terbaik. Dia enggan menunaikan amanah yang diberikan kepadanya sekadar sambil lewa, yang nanti akan membuatkan semua pihak tidak berpuas hati. Hasil kesungguhannya itu juga nyata membuahkan hasil apabila Eja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, Ahad lalu. Eja mengetepikan calon lain hasil persembahannya sebagai Sutera dalam filem Janin.

Lebih dikenali dalam lakonan drama, namun apabila kepercayaan penuh diberikan kepadanya, seperti dilakukan penulis skrip filem terbabit, Wan Hasliza, Eja tidak akan menolak ketepi berlakon filem, malah akan melakukannya sebaik mungkin.

Lalu, selepas 15 tahun menunggu, kesabarannya berbayar apabila dia menaiki pentas menerima trofi berkenaan malam itu.

"Syukur alhamdulillah kerana bakat, kesungguhan, kesabaran dan kecekalan saya selama ini dihargai. Saya harap kejayaan ini akan membuka mata semua pihak terhadap bakat yang saya miliki.
"Kekuatan watak Sutera dalam filem Janin dan kepercayaan yang diberikan Wan Hasliza kepada saya membuktikan kesungguhan dan bakat saya dalam bidang ini," katanya yang akan menerima sesuatu watak apabila skrip yang dibaca membuatkan bulu romanya meremang dan meninggalkan kesan di hatinya.

Menganggap watak yang dibawakan dalam filem berkenaan sukar, kejayaannya itu memberi semangat baru kepada Eja untuk terus bergiat aktif dalam lakonan dan trofi yang dijulang menjadi penanda aras buat dirinya.

Sebelum ini, Eja pernah berasa tawar hati untuk muncul di filem kerana sikap segelintir penerbit filem yang melabelkan dirinya demanding. Atas alasan itu dia lebih gemar memberikan tumpuan kepada drama. Namun kejayaan terbarunya itu bakal membuka lembaran baru buat dirinya.

Pada 4 November lalu, Eja turut dipilih juri Anugerah Skrin 2011 untuk merangkul trofi dalam kategori sama.

"Janin ialah filem saya yang kelapan setelah 15 tahun terbabit dalam industri ini. Saya boleh berlakon dalam lebih banyak judul, tetapi mereka berasakan saya sangat cerewet. Sebab itu saya banyak memberikan fokus kepada lakonan drama.

"Hasil kerja keras kita harus dikenang dan diamati, bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebab itu, kalau saya bekerja, saya bagi sepenuh tumpuan dan keluarkan segala bakat yang saya ada," katanya.

Berasakan saingannya begitu sengit, termasuk daripada bakat baru, Eja tidak menganggap dirinya hebat sebaliknya rezeki lebih berpihak kepada dirinya kali ini.

"Juri melihat bakat yang saya ada dan saya bersyukur kerana dapat bertanding dengan calon baru yang saya rasakan cukup hebat semuanya.

Eja yang kini perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya seni bakal tampil dengan drama dan filem terbarunya tahun depan.

Berlakon untuk puaskan peminat

BINTANG Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam pula menganggap kejayaannya menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada festival adalah di luar jangkaan sama-sekali.

Selain menganggap kejayaannya itu sebagai bonus dan rezeki, Aaron Aziz yang tidak dicalonkan sama pada FFM24 dikatakan membuka sedikit peluang kepadanya untuk meraihkan anugerah.

"Kejayaan ini adalah untuk peminat atau pengikut saya. Alhamdulillah, tuah berpihak kepada saya kali ini dan saya sangat gembira dengan pengiktirafan ini.
"Saya tak pernah jangka akan menang pada malam ini kerana saya berasakan, ada ketikanya saya rasa terlebih dan terkurang dalam membawakan watak (Temulak) ini," katanya.

Penilaian juri terhadap bakatnya dalam filem Kongsi bagaimanapun menepis tanggapan sesetengah pihak, kononnya watak itu kosong dan keterlaluan.
Namun Sam menganggap setiap watak yang diberikan kepadanya ialah tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin.

"Tak kiralah watak utama, sampingan mahupun watak kecil, setiap kerja adalah serius. Saya tak pernah fikir pasal anugerah sejak terbabit dalam dunia lakonan kerana bagi saya ini adalah tugas yang perlu dilaksanakan.

"Kejayaan ini adalah bonus dan impian saya adalah untuk menghasilkan persembahan yang terbaik bagi menghiburkan penonton, bukan untuk diri sendiri," jelasnya yang bakal tampil dengan filem Songlap pada 15 Disember ini.

Lisa tidak terkilan

PERNAH dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada tahun lalu, Lisa Surihani menganggap kekalahannya kali ini tidak melemahkan semangat, sebaliknya rezeki tidak berpihak kepadanya

"Bukanlah kalah, tetapi nampaknya bukan rezeki saya pada malam ini. Malah pemilihan Eja sebagai penerima anugerah ini amat bertepatan dan dia memang layak untuk memenangi kategori pelakon terbaik. Saya sendiri amat mengagumi bakatnya.

"Menang dan kalah itu adat pertandingan dan rezeki pula datang dari Allah. Dicalonkan ke peringkat akhir pun sudah begitu bermakna dan kalau menang pula, ia bonus di atas bakat yang kita miliki," katanya.

Lisa sendiri hadir ke majlis kemuncak FFM24 bukan untuk menagih anugerah, sebaliknya memeriahkan acara dan memberikan sokongan kepada semua penggiat filem.

Ketika yang sama Lisa sudah menjangkakan kejayaan KRU Productions dalam membolot banyak anugerah menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa.

"Sewaktu saya menonton filem ini, saya sudah bagi tahu dia (Yusry) yang filem ini akan menang besar. Tidak sangka pula ia memang betul-betul menang lebih daripada lima anugerah.

"Saya seronok sangat dengan kejayaan filem ini, walaupun saya tak terbabit sama di dalamnya. Dari segi teknikal dan jalan ceritanya, filem ini memang layak menang," katanya yang kini hangat bercinta bersama Yusry.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


( VIDEO ) Gol Pelawanan Final SEA Games 2011 Indonesia Vs Malaysia... Tahniah Harimau Muda Malaya

Posted: 21 Nov 2011 09:13 AM PST



KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas.



Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Gambar: PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1. - Foto EPA


Video:

Malaysia vs Indonesia [Final SEA Games 2011] Gunawan Goal... 1st goal from indonesia....



Malaysia vs Indonesia [Final SEA Games 2011] Asrarudin Goal...Goal pernyamaan dari Malaysia...



Malaysia 1-1 Indonesia [4-3 Penalti] Final SEA Games 2011....Malaysia Menang!!!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Gambar & Video gol MALAYSIA vs INDONESIA – Final Sukan Sea 2011

Posted: 21 Nov 2011 01:31 PM PST

su 04.1 Gambar & Video gol MALAYSIA vs INDONESIA   Final Sukan Sea 2011

Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan

Pasukan Malaysia gembira selepas menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada aksi akhir Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno
Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi

Video gol pertama Malaysia vs Indonesia – Final bolasepak Sukan Sea 2011

Video gol penyamaan Malaysia vs Indonesia – Final Bolasepak Sukan Sea 2011

Video sepakan penalti – Penentuan pingat emas bolasepak Sukan Sea 2011

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kejayaan berganda

Posted:

Kejayaan berganda

Kejayaan berganda

KEMENANGAN yang tidak perlu dipertikaikan lagi! Jenaka yang dilontarkan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan Raja Lawak, hos Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) yang berlangsung malam kelmarin itu seolah-olah suatu pernyataan tegas bahawa FFM kali ini tidak mahu terpalit dengan kontroversi berkait dengan senarai kemenangan, biarpun sudah pasti ada yang pihak yang tidak berpuas hati.

Apa yang jelas, keputusan untuk semua kategori yang dipertandingkan FFM 24 sudah diumumkan!

Festival Filem Malaysia kali ini juga telah mencipta sejarah apabila mempertaruhkan pertembungan 41 filem cereka, 30 filem pendek, 9 filem animasi dan 6 filem bukan bahasa Melayu bagi merebut sebanyak 23 kategori yang dipertandingkan.

Namun, FFM 24 nyata dikuasai KRU Studios menerusi kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa meraih lapan anugerah termasuk kategori tertinggi Filem Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 selain trofi dan sijil.

Filem Skop Productions, KL Gangster turut mencapai kejayaan cemerlang dengan menguasai enam anugerah termasuk kategori Pengarah Terbaik.

Syamsul Yusof, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja dan juga Shaheizy Sam turut gemilang apabila meraih 'kemenangan berganda'. Jika tahun lepas pada FFM 23, dia dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, nampaknya kategori tersebut masih dikuasai anak bujang Datuk Yusof Haslam itu pada tahun ini.

Eja juga boleh dikatakan menang berganda apabila sekali lagi terpilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin untuk Festival Filem Malaysia (FFM 24) selepas sebelum ini diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi Anugerah Skrin 2011, juga hasil lakonannya menerusi Janin.

Bagi Shaheizy Sam pula, ia nyata kemenangan berganda kerana jika pada FFM 23 dulu dia diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kongsi.

Ditemui usai majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, ketiga-tiga Syamsul, Eja dan Sam meluahkan rasa kemenangan yang dikecapi mereka itu kepada Kosmo!.

Tiada lagi air mata Syamsul


KEMENANGAN Syamsul kali ini tidak menimbulkan sebarang pertikaian.


Tiada lagi adegan air mata daripada anak bujang penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof, 28, apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik kali ini menerusi filem KL Gangster. Ironinya, pengarah muda itu tampil yakin menggondol trofi kemenangannya dua kali berturut-turut menerusi FFM.

Biarpun berusia muda, Syamsul sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam mengarah apabila berjaya menewaskan empat calon lain yang bukan calang-calang seperti Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa), Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Ahmad Idham (Senjakala) dan Osman Ali (Cun).

Meluahkan rasa syukur dengan rahmat Allah, Syamsul tidak menjangkakan kemenangannya pada malam itu apabila dia merasakan Yusry yang akan menang.

"Bukan mudah nak menang pengarah terbaik dua kali berturut-turut. Seperti FFM 23 saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya memang tak jangka apa-apa.

"Saya rasa diri sangat kecil tercalon bersama dengan pengarah yang hebat-hebat. Memang pada mulanya saya jangka Yusry yang akan menang. Tetapi syukur saya dipilih juri untuk meraih kemenangan ini," luahnya.

Kemenangannya itu juga kata Syamsul, ditujukan buat kedua ibu bapanya.

"Anugerah ini adalah untuk ayah. Daripada kecil mengikut ayah ke set penggambaran dan belajar selok-belok dunia pengarahan minat saya mula timbul. Memang pada awalnya saya ayah selalu kritik hasil kerja saya dan tidak merasakan saya layak lagi mengarah namun sekarang saya sedar kritikan dan marahnya bersebab. Dia mahu saya jadi pengarah terbaik," ucapnya.

Syamsul yang bakal memulakan penggambaran filem KL Gangster 2 pada bulan Disember ini memberitahu, dia bukan menghasilkan filem tentang gengster semata-mata tetapi dengan matlamat untuk membuka minda dan hati orang muda .


SHAHEIZY SAM semakin bersemangat meneruskan karier lakonan impak kejayaannya.


Ditanya adakah dia teringin menghasilkan filem antarabangsa, kata Syamsul, buat masa sekarang dia ingin menumpukan untuk menghasilkan filem bagi pasaran tempatan.

"Memang menjadi idaman setiap pengarah untuk berkarya sehingga ke luar negara. Ia untuk membuktikan yang kita sudah mampu. Bukan bergantung semata-mata kepada kreativiti tetapi perancangan perniagaan juga," katanya lagi.

Eja terkilan

Jika dulu Eja, 39, pernah dikritik hebat disebabkan melakonkan watak Qaseh yang sedang menanti ajal dengan memakai bulu mata palsu dalam drama Seputih Qaseh Ramadan, kini dia membuktikan kehebatan lakonannya telah disahkan dengan kemenangannya di FFM 24.

Watak Sutera dalam filem Janin berjaya mengangkat nama Eja sebagai Pelakon Terbaik sekaligus melayakkan Eja membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi, sijil dan barangan kemas bernilai RM40,000 sumbangan Amee Philips.

"Ini kemenangan berganda dan tahun yang sangat bertuah buat diri saya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Janin dua kali berturut-turut.

"Ia juga merupakan naskhah terbaik daripada saya untuk penutup tahun 2011. Sebaliknya, ia juga merupakan pencetus semangat buat saya untuk melakukan yang terbaik di masa-masa akan datang," ujarnya.

Tambahnya: "Watak Sutera yang dilakon saya dalam filem Janin sangat kuat. Sutera merupakan isteri dan ibu. Watak ini banyak bermain dengan emosi dan spiritual yang mana anaknya yang mati hadir kembali dalam hidup dia.


KARAKTER Eja dalam filem Janin membawa tuah buat dirinya tahun ini.


"Istimewanya skrip Wan Hasliza ini adalah kerana dia memang buat skrip ini khas untuk saya. Dia memandang saya terus ke dalam dan kalau bukan kerana dia, saya tak akan menang pada malam ini. Tidak seperti penerbit dan penulis lirik lain."

Eja yang mengakui cerewet dalam pemilihan skrip dan jalan cerita juga memberitahu, filem itu merupakan filem ke-8 sepanjang 15 tahun dia berada dalam industri seni.

"Jika buat watak pembantu sekalipun, Eja akan pastikan ia bagi pengajaran serta meninggalkan kesan kepada penonton, dan bukan semata-mata hiburan saja. Bagi Eja, hasil kerja Eja harus dikenang dan diingati sampai bila-bila walaupun ketika Eja sudah tak ada lagi.

Permulaan buat Sam

Shaheizy Sam pula mengucapkan syukur dengan kemenangannya pada FFM 24 kali ini. Namun, anak muda ini nyata tidak mahu larut dengan kemenangannya itu, malah menganggap ini sebagai suatu peniup semangat dan permulaan buat dirinya untuk terus berusaha gigih dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah Sam tidak percaya dan masih tidak rasa diri ini berjaya dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik.

"Tetapi juri lebih mahir membuat keputusan memilih calonnya dan saya gembira kerana terpilih daripada calon-calon lain yang juga hebat," katanya yang berpenampilan seperti seorang ahli magis pada malam anugerah itu," ujarnya.

Kata Sam, dia masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Kecuali jika industri filem dan hasil kerjanya ditonton sehingga keluar negara.

"Ini sebenarnya satu permulaan buat saya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang," katanya yang akan muncul untuk lima filem pada 2012 iaitu Songlap, 8 jam, Aku Ada Kau Ada, Adnan Sempit 2 dan Nyangkung 2.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemenangan Libas dipertikai

Posted:

Kemenangan Libas dipertikai

Kemenangan Libas dipertikai

Oleh HARYATI KARIM


SELEPAS dikritik kerana menang Anugerah Pengarah Harapan pada FFM 24, kini filem arahan Jurey, Libas dikritik pula kerana merangkul anugerah untuk kategori Cerita Asal Terbaik.


BERAKHIR sudah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) yang bertemakan Gemilang Filem Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, kelmarin. Namun, gemilang sambutan FFM 24 tidak dapat dirasai apabila melihat banyak kerusi kosong dan majlisnya boleh dikatakan berjalan secara mendatar.

Penyelamat majlis malam itu terletak di tangan pengacaranya Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan yang dilihat bersungguh-sungguh untuk membikin lawak, menaikkan mood penonton di rumah dan juga di pusat konvensyen serta membaca segala info yang berjela-jela.

Malah, persembahan malam itu juga berada di tahap biasa-biasa sahaja, tiada yang luar biasa. Sekadar mampu melihat tidak terkesan di hati.

Mungkin kerana ini penganjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang pertama masih banyak yang mereka perlu perbaiki.

Apapun syabas buat Gafim kerana berjaya menganjurkan FFM 24 meskipun disulami pelbagai kontroversi sejak dari perancangan FFM 24 berjalan. Malam itu, kebanyakan calon yang diramalkan menang berlandaskan prestasi dan kualiti namun satu anugerah telah mengundang kontroversi.

Anugerah yang dimaksudkan adalah untuk kategori Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh filem Libas menerusi karya Martias Mohd. Ali yang mana ia merupakan filem pertama arahan Presiden Gafim sendiri, Jurey Latiff Rosli!

Apa yang dipertikaikan bagaimana filem ini boleh memenangi Cerita Asal Terbaik sedangkan pengarah dan penerbitnya terang-terangan mengakui mereka mengambil sedikit idea daripada filem Hong Kong, Shaolin Soccer dan sekadar menambahbaik untuk dihasilkan menjadi filem Libas.

Apabila ditonton, memang filem itu mirip dengan filem Shaolin Soccer, cuma ia seolah-olah ditukar wajah untuk disesuaikan dengan selera Malaysia sahaja. Jurey yang ditemui pada sesi sidang media FFM24 bagaimanapun berharap kemenangan Libas untuk kategori tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ia terletak di tangan juri yang memilih.

"Saya bukan calon kategori Cerita Asal Terbaik, syarikat MDAG Marketing yang menghantar filem itu kerana ia layak bertanding. Juri yang memilih untuk filem Libas menang, saya tidak ada kena mengena dengan penjurian," balas Jurey.

Kemenangan filem Libas untuk kategori Cerita Asal Terbaik telah mengalahkan empat filem yang lain iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (arahan Mamat Khalid), Khurafat (Syamsul Yusof), KL Gangster (Syamsul Yusof) dan Nur Kasih The Movie (Mira Mustaffa).

Tidak perlu pertikaian

Libas juga dalam pada itu terpilih untuk memenangi salah satu kategori khas juri iaitu kerana memaparkan elemen seni warisan Nusantara iaitu permainan sepak raga atau sepak takraw.

Nampaknya selepas ini, jika ada mana-mana penerbit yang berani menerbitkan filem yang ada unsur-unsur tradisi pasti akan memenangi anugerah khas juri pada tahun hadapan!

Bercakap mengenai anugerah-anugerah khas juri pada FFM 24, Pengerusi Jawatankuasa Penjurian dan Penyertaan, Nancie Foo menjelaskan, semua pemenang yang dipilih untuk menerima anugerah khas juri kerana mereka layak dan pihak juri telah sebulat suara memilih pemenangnya.

"Tidak perlu ada sebarang pertikaian, semua pemenang yang dipilih kerana kualiti serta sumbangan mereka ke dalam industri," kata Nancie.

Selain Libas, anugerah khas juri turut diberikan kepada filem Janin sebagai filem berbentuk seram/mistik terbaik. Walaupun filem itu tidak mendapat kutipan pecah panggung, namun pengisian filem tersebut mengenai kasih sayang ibu dan anak yang bertukar menjadi hantu telah melayakkan Janin untuk menerima anugerah tersebut mengalahkan 21 buah filem seram lain yang turut bertanding di FFM 24.

Dua lagi anugerah khas juri diberikan masing-masing kepada Allahyarham Zami Ismail untuk anugerah Pelakon Komedi Terbaik dan juga anugerah Bintang Wayang Gambar yang diterima oleh pelakon Sidek Hussein yang dinilai berdasarkan kecemerlangan, kecekalan dan disiplin yang tinggi sebagai pelakon.

Full content generated by Get Full RSS.

Mizz Nina idam konsert sendiri

Posted:

Mizz Nina idam konsert sendiri

Mizz Nina idam konsert sendiri

Oleh HARYATI KARIM


SUSAN TAN (dua dari kanan) bersama Mizz Nina dalam sidang akhbar pengumuman Mizz Nina sebagai artis pembukaan Konsert Pittbull Live in Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENYANYI Mizz Nina kerap dipilih sebagai artis pembukaan konsert antarabangsa di Malaysia dan terbaru dia bakal membuka tirai konsert penyanyi rap Pitbull yang popular dengan lagu Give Me Everything pada 1 Disember depan di Konsert Pitbull Live in Malaysia di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Menyifatkan pemilihannya sebagai satu tuah kerana dia sendiri merupakan peminat kepada penyanyi itu dan memasang angan-angan untuk berduet dengannya suatu hari nanti.

"Saya memang merupakan peminat Pittbull, bila dengar dia akan buat konsert di Kuala Lumpur, saya memang teruja, dan apabila ditawarkan untuk jadi artis pembukaan konsertnya saya memang bersyukur dan tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada penganjur.

"Sebenarnya sebelum ini saya ada terfikir untuk berkolaborasi bersama Pitbull nampaknya belum ada peluang, mungkin selepas konsert ini peluang kami untuk bekerjasama lebih cerah. Dalam konsert itu saya akan menyanyikan tiga buah lagu termasuk sebuah lagu baharu saya," ujarnya yang ditemui pada sesi sidang media konsert Pittbull Live in Malaysia.

Mizz Nina yang sedang hangat dengan lagu Take Over bersama Flo Rida, kini sibuk melakukan persiapan dan mengumpul material untuk album keduanya. Dia juga sedang mencari penyanyi tempatan yang sesuai untuk berkolaborasi bersama.

"Sekarang ini saya sedang mencari artis tempatan untuk berkolaborasi bersama untuk album kedua, setakat ini belum ada lagi yang bersetuju tetapi di fikiran saya antara nama yang ingin sangat saya bekerjasama adalah Datuk Sheila Majid.

"Saya juga ada terfikir untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Taiwan kerana itu salah satu cara untuk saya kembangkan kerjaya saya ke sana. Apabila saya ada satu lagu single dalam bahasa Mandarin, mereka mungkin akan kenal saya dan mencari lagu-lagu saya sebelum itu," balas Mizz Nina yang merupakan isteri kepada vokalis Hujan, Noh.

Mizz Nina yang sebelum ini pernah menjadi artis pembuka tirai untuk konsert penyanyi Bruno Mars dan Justin Bieber turut memasang impian untuk mengadakan konsert sendiri selepas kerap diundang untuk konsert penyanyi lain.

"Impian saya untuk mengadakan konsert khas buat peminat pada tahun depan. Konsert itu akan dilakukan dalam skala kecil. Mungkin saya akan menjemput beberapa penyanyi undangan untuk konsert itu.

"Setakat ini belum ada kata putus mengenainya, cuma konsert itu akan berlaku pada tahun hadapan. Saya memang tidak sabar kerana tanyalah pada mana-mana penyanyi pun, mereka semua mengidamkan untuk mengadakan konsert sendiri, begitu juga dengan saya," tutur Nina.

Selain sibuk dengan album serta perancangan konsert, Mizz Nina juga ada jenama pakaiannya sendiri iaitu Mizz Demeanor yang dijual secara talian di laman sesawang Mizz Demeanor.com.

"Saya seorang peminat fesyen, saya kerap ditanya peminat mereka ingin pakaian seperti saya, jadi saya keluarkan fesyen yang menggambarkan fesyen Mizz Nina. Harganya juga tidak mahal bermula daripada RM50 sehinggalah ke RM150," beritahunya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif JS Concert, Susan Tan selaku penganjur konsert, berkata, pemilihan Mizz Nina sebagai penyanyi pembukaan konsert tersebut adalah tepat dan bersesuaian.

"Bagi saya, tiada lagi penyanyi tempatan lain pada waktu ini yang lebih baik selain Mizz Nina. Lagipun, genre muzik mereka yang rancak dan bertenaga itu sangat bersesuaian antara satu sama lain," jawabnya.

Selain Mizz Nina, konsert Pitbull Live in Malaysia yang dibawakan oleh JS Concert dan DiGi itu turut menampilkan DJ Joe Maz dan DJ Big Shype.

Buat peminat yang ingin menonton konsert itu jangan lupa dapatkan tiket-tiket berharga RM138 (tiket biasa), RM198 (party zone), RM298 (mosh pit) dan RM398 (tempat duduk VIP) yang kini boleh didapati menerusi laman web www.ticketpro.com.my, kedai muzik Victoria Muzik, The Guitar Store, rangkaian Rock Corner atau hubungi talian 03-7880 7999.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Eja bukti lakonannya hebat

Posted: 21 Nov 2011 09:26 AM PST

TUAH berganda buat Siti Shahriza atau Eja apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam masa terdekat. Masih panas lagi dengan kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Janin dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK2011), baru-baru ini, Eja membuktikan taringnya apabila menggondol gelaran sama dalam Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24).

Kemenangan diraih pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu sekali gus membuktikan kehebatan pelakon sinonim dengan karakter emosi ini sukar dinafikan lagi. Ia juga menjadi tanda aras kerja keras pembabitannya selama 15 tahun dalam seni kini terbalas dan paling manis lagi dinilai barisan juri profesional dalam bidang seni.

"Dua anugerah yang diraih pada tahun ini membakar semangat untuk saya terus berlakon. Ini tahun yang sangat bertuah. Syukur mereka di luar sana dapat menilai saya. Saya sentiasa percaya kepada diri sendiri dengan apa yang dibuat dan terbukti ia berbaloi. Segala kesungguhan dan kerja keras terbukti dengan dua anugerah ini," katanya ditemui selepas majlis berakhir.

Melihatkan pada saingan yang datang dari Maya Karin (Cun!), Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie), Lisa Surihani (Sekali Lagi) dan Liyana Jasmay (Senjakala), Eja sememangnya diramal mampu memenangi anugerah ini.


Dia yang kelihatan sebak ketika mengambil trofi di atas pentas, tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya. Sambil berterima kasih kepada juri, dia mengakui sudah lama menantikan anugerah ini.


"Saya juga berterima kasih kepada penulis skrip Janin, Wan Hasliza kerana menulis berdasarkan pemerhatian yang mendalam.

"Dia nampak saya dan buat skrip berdasarkan diri saya yang sebenar. Terima kasih juga buat rakan media yang beri sokongan tanpa mencampur aduk peribadi dan karier saya.

"Mereka yang di luar kenal saya sangat cerewet. Memang saya akan minta skrip dulu sebelum terima sesuatu tawaran. Itu pendirian saya dari dulu sampai sekarang. Ikutkan saya boleh buat banyak drama tapi saya sangat cerewet.
Sebagai artis saya tak boleh terima watak mana-mana saja.

"Saya akan pastikan setiap kerja saya akan ditunggu oleh penonton dan tinggalkan kesan. Dengan sedikit lakonan, saya dapat bantu mereka jalani kehidupan yang lebih baik menerusi mesej yang disampaikan," katanya.

Eja berkata, anugerah ini menambahkan beban buatnya untuk terus memberi lakonan terbaik. Walaupun pernah menang dalam anugerah lain sebelum ini, kemenangan dalam FFM24 membuatkan harapan peminat terhadapnya semakin tinggi.

"Kunci kejayaan saya sebenarnya ialah kerja keras yang dilakukan sejak 15 tahun dulu. Kejayaan ini bukan datang bergolek.

"Saya buat sebaik mungkin dengan meletakkan jiwa dan hati, selebihnya saya serahkan pada Allah," katanya yang bercadang meraikan peminat dan media dengan kenduri kesyukuran.

Melihatkan pada saingan yang datang dari Maya Karin (Cun!), Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie), Lisa Surihani (Sekali Lagi) dan Liyana Jasmay (Senjakala), Eja sememangnya diramal memenangi anugerah ini.

Jika pada FFM23 lalu Shaheizy Sam menang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Evolusi KL Drift 2), FFM24 menyaksikan kredibilitinya meningkat lagi apabila menggondol gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kongsi.

"Saya tak jangka akan menang kerana tak percaya dengan kerja saya dalam filem ini. Mungkin juri nampak saya dan pilih saya.

"Saya juga dah lama bersabar dalam lakonan, itulah sebabnya Tuhan nak bagi saya gembira. Bagi saya dalam lakonan tiada istilah terbaik. Adakala kita beri lebih dan adakala kurang," katanya merendah diri.

Dalam kategori ini, Sam disaing Syamsul Yusof (KL Gangster), Awie (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Remy Ishak (Nur Kasih The Movie) dan Zahiril Adzim (Senjakala).

Mendedikasikan kemenangan buat peminat serta penyokongnya, Sam tidak berani bercakap mengenai kekuatan lakonannya. Apatah lagi sesetengah pihak mengatakan plot filem Kongsi agak kurang jelas.

"Skop penjurian sangat besar. Saya gembira dan bertuah jadi pilihan. Terima kasih kepada juri. Ikutkan setiap calon mempunyai material untuk jadi yang terbaik.

"Saya tak pandai nak menilai sesuatu kerja yang dibuat. Kemenangan ini ada sebab. Ini semua rezeki yang Tuhan nak beri dan dah susun.

"Kalau bercakap mengenai beban, seandainya tak dapat anugerah ini pun dari hari pertama berlakon lagi saya anggap satu beban.

"Setiap lakonan saya anggap satu kerja yang serius. Sewaktu dapat skrip Kongsi pun saya tak ingat mengenai anugerah, sebaliknya tanggungjawab untuk bawakan watak ini," katanya yang akan tampil dengan filem Songlap pada 15 Disember ini.

Tuah berpihak kepada Soffi Jikan apabila meraih gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem KL Gangster menewaskan saingan lain, Hasnol Rahmat (Mantra), Khir Rahman (Hikayat Merong Mahawangsa), Syed Asri (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan Salehuddin Abu Bakar (Hantu Bonceng).

"Saya banyak bawakan watak sengal dalam lakonan. Sebagai pelakon saya tak mahu sebarang perkara babitkan emosi.

"Maksudnya kalau kalah akan kecewa. Pada saya kemenangan atau kekalahan ada kebaikannya. Saya memang rajin ikut sesi promosi anjuran FFM kerana ini kali pertama saya dicalonkan.

"Saya datang pun atas dasar kerja berkumpulan bukannya individu. Saya suka bantu mana-mana pengarah. Saya bermula dengan filem Paloh dan kesabaran saya sangat berbaloi. Kita sering diuji dan saya selalu amalkan konsep sabar," katanya.

Kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menyaksikan kemenangan Faezah Elai (Cun!) menewaskan saingan dari Intan Ladyana (Bini-Biniku Gangster), Fauziah Datuk Ahmad Daud (...Dalam Botol), Sherry Merlis (Janin) dan Sabrina Ali (Khurafat). Bagaimanapun Faezah tidak hadir pada majlis ini.

Kemuncak FFM24 juga sekali lagi menyaksikan kehebatan Syamsul Yusof apabila mengulangi kejayaan FFM23 dengan meraih anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster. Malah filem ini turut merangkul lima lagi kategori dipertandingkan termasuk filem box-office.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Setiap pengkarya akan buktikan hasil kerja mereka kepada masyarakat. Namun bagi saya tiada istilah yang terbaik.
Cuma, saya anggap rezeki berpihak kepada saya. Kalau kemenangan ini hanya untuk menerima kritikan apa maknanya.

"Sebagai pengkarya, saya hanya buat yang terbaik kepada penonton, bukannya untuk mencari musuh dan bergaduh. Ketika menang gelaran ini tahun lalu, saya memang rasa terbeban. Kemenangan kali ini akan jadi pembakar semangat untuk terus berkarya," katanya.

FFM24 juga mengulangi kegemilangan KRU Studios apabila sekali lagi mengungguli gelaran Anugerah Filem Terbaik menerusi Hikayat Merong Mahawangsa. Secara keseluruhan, mereka pulang dengan lapan trofi utama.

"Saya sebenarnya 'blur' kerana sebaik habis penggambaran filem Vikingdom, terus ke sini. Saya agak terkejut kerana kami dah menang kategori ini tahun lalu.
Malah saya tak sangka langsung nak menang kerana saya buat HMM bukan untuk anugerah.

"Apabila menang saya rasa dihargai. Kalau tak menang pun saya anggap itu rezeki orang lain kerana pemilihan ini dibuat oleh juri dan kami tiada kena mengenai dengan mereka. Pada saya semuanya yang bertanding sangat hebat dan tak anggap mereka pesaing kerana semuanya mempunyai kekuatan tersendiri," jelas Yusry.

Kemuncak FFM24 yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima berjalan agak membosankan. Persembahan artis juga seakan lesu kecuali penampilan Salamiah Hassan dan Alyah yang menyampaikan lagu-lagu 'tribute' kepada Tan Sri Jins Shamsudin.

Kemunculan Anuar Zain menyampaikan lagu Sedetik lebih juga menerima sorakan gemuruh daripada penonton. Agak dikesalkan pemenang kategori utama langsung tidak diberikan peluang untuk berucap.

Sepatutnya mereka diberi ruang menyampaikan perasaan apabila memenangi kategori berprestij yang menjadi idaman setiap pelakon seperti mana dalam Academy Awards.

INFO:

PEMENANG KATEGORI UTAMA FFM-24

  • Pengarah Terbaik - Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (Kongsi)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Siti Shahriza (Janin)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Soffi Jikan (KL Gangster)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Faezah Elai (Cun!)
  • Filem Terbaik - Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Skor Muzik Asal Terbaik - Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Kostum Terbaik - Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster)
  • Penataan Bunyi Terbaik - Hisham Jupri/ Rizal Ashreff (KL Gangster)
  • Cerita Asal Terbaik - Martias Mohd Ali (Libas)
  • Lakon Layar Terbaik - Syamsul Yusof (KL Gangster)
  • Sinematografi Terbaik - Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Penataan Seni Terbaik - Anuar Paharudin/ Kek Ting Lam (Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Filem Box-Office FFM24 dengan kutipan RM11.74 Juta (KL Gangster)

    ANUGERAH KHAS JURI

  • Libas (memaparkan elemen seni warisan Nusantara)
  • Janin (filem berbentuk seram mistik terbaik)
  • Pelakon Komedi Terbaik (Allahyarham Zami Ismail)
  • Bintang Wayang 2011 (Sidek Hussein).
  • Anugerah Pencapaian Gemilang (Datuk Michelle Yeoh)
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin)
  • Filem Pilihan Penonton Astro - Kongsi (MIG)
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Pertarungan dunia bunian

    Posted: 21 Nov 2011 09:14 AM PST

    SANDARAN terbaru Tayangan Unggul Sdn Bhd, Misteri Jalan Lama, diyakini mampu menghiburkan penonton kerana ia sebuah karya yang berbeza bagi mengisi kemeriahan pawagam tempatan.

    Filem arahan Afdlin Shauki itu akan mula ditayangkan pada Khamis ini dengan menampilkan pelakon yang sudah lama menyepi, Que Haidar sebagai Ilya bersama Hans Isaac (Indra), Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Marion Caunter, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Sabrina Hassan, Gambit dan Nasir Bilal Khan.

    Ditemui selepas tayangan perdana filem drama fantasi itu di Cineplex Damansara, The Curve, Khamis lalu, Afdlin, memegang watak Harak, menyifatkan filem ini adalah impian peribadi sejak zaman kanak-kanaknya.

    "Filem ini impian zaman kanak-kanak saya yang baru sekarang dapat dizahirkan.

    Banyak cabaran dan dugaan terpaksa saya dan kru lalui sepanjang menyiapkan filem ini selama 28 hari.

    "Saya turut terlantar selama beberapa hari di hospital akibat keracunan makanan tetapi lega apabila tugas diambil alih dengan baik oleh Hans.

    "Lagipun, bukan mudah membuat penggambaran dalam bulan Ramadan kerana umat Islam sedang berpuasa.

    "Filem Misteri Jalan Lama menggunakan sebanyak 20 hingga 30 peratus imej janaan komputer (CGI). Antaranya bagi tapak organik dan objek kapal di jalan raya.

    "Apapun saya berpuas hati apabila impian kanak-kanak saya itu tercapai menerusi kajian 'hearsay' serta kisah fantasi yang selalu dikaitkan dengan masyarakat Melayu," katanya.

    Sebelum ini Adflin pernah muncul sebagai Pengarah Terbaik Festival pada Filem Malaysia Ke-22 (FFM-22) menerusi Papadom.

    Hadir sama pada majlis terbabit adalah Eksekutif Produser Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai serta beberapa pelakon seperti Ahmad Tarmimi, Liyana, Sabrina dan Gambit. Manakala Que dan Vanidah tidak dapat hadir.

    Filem menelan belanja RM1.8 juta ini antara lain menampilkan suasana suram dan kelainan daripada segi pertarungan makhluk halus dalam dunia bunian.

    Kata Hans, peranan Que sebagai Ilya dalam filem ini turut memberikan impak yang berkesan.

    "Kehadiran Que menyuntik aura tersendiri bagi melakonkan wataknya dengan berkesan. Saya sendiri teruja melakonkan watak saya bersama Que dan kami melalui banyak pengalaman baru ketika penggambaran.

    "Apa dapat saya perkatakan Misteri Jalan Lama mampu menyajikan kelainan berbanding filem tempatan lain. Saya senang bekerja dengan pengarah yang kreatif dan berani mencuba.

    "Dari segi lakonan, kebelakangan ini saya memang sangat memilih untuk berlakon filem. Saya tidak kejar kuantiti sebaliknya memberi penekanan kepada kualiti mencari karakter yang berbeza," kata Hans yang juga seorang produser dan pengarah berbakat.

    Kata Gayatri pula, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan terhadap filem Misteri Jalan Lama.

    "Kami hanya mahu mengajak penonton datang ke panggung dan menikmati filem yang unik dan menghiburkan ini. Ia akan ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 24 November ini. Kami juga tidak meletakkan sebarang sasaran yakni berapa juta kutipan bagi filem ini," ujarnya.

    Sabrina yang tampil dalam beberapa babak berkata: "Walaupun diberi peluang berlakon hanya beberapa babak, ia cukup memberikan pengalaman yang hebat kepada saya.

    "Bagi saya Misteri Jalan Lama memberi peluang kepada saya berlakon dengan mereka yang sudah terbukti hebat seperti Que."

    Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Kempen SimplySiti Di Hati Bantu Dua Pesakit Jantung

    Posted: 21 Nov 2011 05:16 PM PST

    Jenama produk penjagaan diri, SimplySiti yang diterajui oleh Dato' Siti Nurhaliza kini makin berkembang aktif dan dengarnya tak lama lagi akan melancarkan produk terbaru. Sedar tak sedar, SimplySiti dah hampir menjejak usia 2 tahun. Dan dengan kematangan itu, satu kempen telah dilancarkan oleh Presiden SimplySiti, Dato' Siti Nurhaliza di Garden Ballroom, IOI Resort Marriot Putrajaya.

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Kempen yang diberi nama SimplySiti Di Hati itu akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012 di mana mendapat kerjasama dari rakan niaga Watson's untuk menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bagi meringankan lagi beban yang ditanggung. Siti Nurhaliza begitu terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial yang memberi faedah kepada yang bernasib malang.

    Dihoskan oleh pengacara program wanita, Azizah Ariffin, majlis pelancaran yang ringkas ini berjalan lancar dan ditamatkan dengan satu sidang media dan jamuan ringan.

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Untuk kempen yang berlangsung selama 2 minggu ini, SimplySiti akan mengumpul dana bermula dari setiap negeri untuk disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara bagi membantu dua orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira, berusia 6 tahun dan Adik Tan Jia Yong, berusia 3 tahun. Kedua-dua kanak-kanak ini telah mengidap penyakit jantung sejak lahir lagi dan memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 untuk mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya di Institut Jantung Negara.

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Yang menariknya, Dato' Siti Nurhaliza sendiri akan turun padang menjadi Perunding Kecantikan ke cawangan SimplySiti di Watson's terpilih. Para pengguna dan peminat SimplySiti akan berpeluang bertemu dan membeli barangan SimplySiti secara langsung daripada Dato' Siti Nurhaliza bermula di Kuala Terengganu pada 3 Disember 2011, di Kangar Perlis pada 10 Disember dan lokasi berakhir di Semua House pada 30 Disember 2011.

    Untuk menjayakan kempen ini, SimplySiti bergabung juga dengan AirAsia X selaku syarikat penerbangan rasmi dan sumbangan hadiah sebanyak 20 tiket penerbangan ke destinasi pilihan pelanggan, juga bersama IJN Foundation sebagai rakan perubatan rasmi membantu dari segi kepakaran pembedahan dan pemulihan bagi Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong. Hotel rasmi pula iaitu Putrajaya Marriot Hotel & Spa selaku penginapan rasmi kanak-kanak ini dan sumbangan baucer penginapan sebagai hadiah kepada pengguna SimplySiti.

    Majlis pelancaran semalam turut meraikan hari jadi adik Siti Nur Syahira yang jatuh pada semalam. Sangat comel budak ni.

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Jadi, dengan itu Siti Nurhaliza mengajak semua pengguna SimplySiti untuk bersama beliau bagi merealisasikan kempen ini di mana dengan setiap pembelian, pelanggan akan turut membantu di mana mereka yang menderma akan berpeluang memenangi hadiah. Antaranya, 20 tiket penerbangan AirAsia X dan baucer penginapan dari Putrajaya Marriot Hotel & Spa untuk dimenangi.

    Dengan pembelian RM200 ke atas, sebanyak RM5 akan disalurkan ke dalam Kempen SimplySiti Di Hati, pelanggan hanya perlu mengisi borang dan butiran diri disertakan dengan resit pembelian serta slogan "SimplySiti di hatiku kerana…" Cara senang, borang itu kemudian haruslah dikepilkan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak tabung SimplySiti Di Hati yang disediakan di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson's.

    Usaha murni ini disokong sepenuhnya oleh Rakan Eksklusif Watson's, Syarikat Penerbangan Rasmi AirAsia X, Rakan Perubatan Rasmi IJN Foundation dan Putrajaya Marriot Hotel & Spa sebagai Hotel Rasmi.

    Layari: www.simplysiti.com.my dan LIKE Facebook "SimplySiti"

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Siti Nurhaliza SimplySiti

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea
  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Jo Jae Hyun, Ji Sung Dalam Drama New Heart di TV2
  • FINAS Terus Bantu Penggiat Filem
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Plan Postpaid U Mobile Terbaru Memang Gempak

    Posted: 21 Nov 2011 04:33 PM PST

    Post kali ini bukan tentang dunia selebriti atau berkaitan dengan dunia hiburan, tapi Budiey ingin ceritakan tentang pengalaman Budiey menggunakan pakej postpaid terbaru dari U Mobile yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Sangat excited sebab itu dah tak sabar nak perkenalkan juga untuk pembaca yang tercari-cari plan data mana yang termurah dan berbaloi di pasaran sekarang.

    Segalanya bermula selepas Budiey dapati line prabayar Budiey kena 'bar' gara-gara lama sangat tak top up. Lupa + malas nak pergi top up. Maklum sahajalah, jarang sangat nak guna second phone tu. Kalau guna pun, Budiey guna untuk anjurkan program Movie Day Out bersama pembaca. Jadi, bila lama sangat tak buat Movie Day Out bersama pembaca, tengok-tengok line telefon bimbit kedua dah tak boleh guna. Aduss!

    Nak tak nak Budiey kena cari postpaid jugak, barulah senang dan tak leceh sangat nak guna. Sampai bil hujung bulan terus bayar guna online pun boleh. Tak perlu nak susah-susah buang masa untuk top up pra bayar.

    Kebetulan beberapa hari sebelum tu, U Mobile ada melancarkan plan terbaru postpaid iaitu U28, U58 dan U88. Okay, sangat menarik bunyi sebab bilangan nombor yang tertera adalah jumlah minima bil yang kita akan bayar setiap bulan.

    Nah, dah dapat Sim Card Umobile. Harap line Umobile tak bermasalah

    Semasa ke pusat jualan U Mobile yang terletak di Berjaya Times Square, Budiey ditawarkan juga oleh seorang promoter untuk mengambil pakej bersama dengan telefon pintar HTC Desire S. Ya, Budiey sebelum ini memang tak pernah lagi guna android dan mengambil keputusan untuk menggunakan telefon android buat kali pertama. Nak cuba juga best ke tak pakai android ni.

    Jadi, Budiey tanpa berfikir panjang dengan rela hatinya telah melanggan pakej data postpaid U28 di mana ia sebenarnya memberi kita percuma 1GB penggunaan data internet. Ya, lebih kurang RM1 untuk satu hari. Untung la kan?

    Rasanya, data plan U28 antara yang termurah la kot setakat ni. Jadi, apa yang penting kat sini, kita diberi kebebasan untuk memilih pakej mana dan data plan yang mana mengikut gaya hidup dan keperluan kita.

    umobile_phone_plans1

    Sudah tentu, sebagai penulis blog sepenuh masa, Budiey sangat-sangat memerlukan hubungan talian internet setiap masa. Kalau boleh 24-7 memang nak kena ada talian internet. Jadi nak tak nak kena jugak ambil pakej ni.

    Tambahan pula smartphone sekarang dah dijual dengan harga yang murah dengan pakej data. Kalau tengok betul-betul pakej yang U Mobile tawarkan memang tak percaya pun ada sebab sangat berbaloi-baloi. Nak tahu berbaloi ke tak, kena cuba pakai dalam seminggu. Okay ke tidak.

    Plan pospaid ini bukan sahaja sesuai untuk eksekutif muda malah ia juga sesuai kepada mana-mana para graduasi yang baru nak cari kerja. Memang data plan dan voice plan ni sangat mampu untuk digunakan. Bukan sahaja menawarkan pakej yang hebat, malah U Mobile juga menawarkan juga panggilan dan SMS secara PERCUMA!

    Sekali baca memang susah nak percaya sebab manalah ada zaman sekarang nak kasi percuma macam tu je kan? Tapi kalau tak percaya sangat anda boleh berkunjung ke pusat U-Mobile berdekatan.

    Seperti yang Budiey guna sekarang ni iaitu pakej U28 di mana Budiey hanya bayar RM28 sebulan termasuklah kita boleh guna mobile internet sehingga 1GB dan 300 SMS percuma kepada semua operators. Plan yang kedua pula, U58 di mana kita hanya bayar RM58 sebulan termasuklah penggunaan mobile internet sehingga 2GB dan diberikan juga 300 minit perbualan percuma. Manakala pakej U88 pula direka untuk pengguna yang betul-betul sibuk 24 jam dengan telefon bimbit sebab selain dapat guna 3GB data, kita juga diberikan 300 minit perbualan percuma serta 300 SMS percuma!

    Jyeah, me & my new toy HTC Desire S.

    Jika korang yang seorang pengguna aplikasi untuk berhubung seperti Whatsapp, Viber, Talkbox dan juga tweetdeck seperti Budiey, rasanya pakaj U28 dah kira berbaloi sangat dah. Perfect sangat! Juga ia sebenarnya lebih baik dari kita guna panggilan suara, SMS dan MMS. Sebab itu Budiey pilih smartphone HTC Desire S dengan menggunakan pakej U28.

    Antara ciri-ciri yang Budiey paling suka ialah HTC Desire S senang untuk guna. Walaupun sehari cuba guna, Budiey dah tak kekok lagi untuk petik sana, petik sini. Apa susah-susah, manual kan ada.

    Senang untuk dibawa ke mana-mana events yang Budiey hadiri, smartphones ni memang laju jugak dengan pakej U28. Biasanya jika kat event Budiey selalu upload gambar di Facebook dan Twitter. Jadi, masa pertama kali cuba upload gambar kat twitter memang sangat cepat dan laju. Tak sampai seminit gambar dah pun berjaya diupload.

    Untuk update blog secara live blogging di mana-mana acara dan anugerah, Budiey suka guna data pakej ni dengan menggunakan ciri istimewa iaitu mobile Wi-Fi Hotspot yang mana kita boleh menjadikan mobile ni seperti modem wi-fi bergerak. Jadi, senang dan mudah untuk update blog sebab wi-fi bergerak ni memang selalu je ON. Kawan-kawan lain yang nak guna pun boleh, kasi je password wi-fi tu kepada diorang.

    Hari pertama guna, memang kekok sikit la sebab sebelum ni tak pernah pegang pun telefon pintar HTC Desire S ni. Jadi, nak kena baca manual dan godek-godek sikit supaya jemari kita lebih selesa. Apatah lagi bila telefon ni menggunakan touch screen yang memang berbeza sangat dengan iPhone.

    Untuk pengetahuan semua, U Mobile sekarang ini menawarkan 3 buah smartphone iaitu Samsung Galaxy SII, HTC Wildfire dan HTC Desire S untuk pengguna yang mahu mengambil pakej postpaid yang terbaru ini. Untuk memudahkan lagi, U Mobile menawarkan kepada pengguna seperti fresh graduate, U Mobile bekerjasama dengan 5 buah bank terkenal kat Malaysia iaitu Maybank, RHB, AMBBank, HSBC UOB untuk buat skim bayaran mudah selama 12 bulan tanpa faedah (0%).

    Budiey akui apabila pertama kali tengok pada senarai pakej postpaid yang ditawarkan ini, Budiey agak skeptikal dan mengambil keputusan untuk hanya mengambil U28. Sekadar mahu cuba-cuba, tapi apabila dah cuba. Budiey rasa memang sangat berbaloi. Tambahan pula kepada anda yang tinggal di Lembah Klang memang tak de masalah sangat.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej ini, sila layari: www.u.com.my

    umobile_postpaid_plan

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • U Mobile Announces New Postpaid & Prepaid Broadband Plans
  • U Mobile Launches New Postpaid Plans
  • New Booster Plan for Malaysia's Fastest Mobile Broadband
  • U Mobile Unveils Mobile Number Portability Promotion
  • A Rewarding 'bonUs' Adventure
  • Prepaid & Postpaid Subscribers to Enjoy Discounts U Mobile
  • U Mobile Celebrates Merdeka Day with Free Calls
  • U Mobile's Lucky One millionth Subscriber
  • Maxis to Bring iPhone 3G to Malaysia on March 20
  • AirAsia INSURE is now available via booking on AirAsia Mobile
  • Full content generated by Get Full RSS.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Bukan Propa, Far East Movement Bikin Gegar KL!

    Posted: 21 Nov 2011 04:00 PM PST

    Sebelum ini heboh seketika apabila ada ura-ura yang memperkatakan quartet Electro Pop kelahiran Asia-AS, Far East Movement ini hendak datang 'meng-Electro' Kuala Lumpur pada September lalu.

    Perkhabaran tersebut diterima baik sepantas kilat oleh sekalian peminat kumpulan ini, malah ada yang siap-siap plan beli tiket awal, tidak kurang juga yang sanggup beli tiket 'belon' semata-mata hendak menyaksikan diri konsert pelantun lagu 'Like a G6′ ini. Namun sayangnya impian tersebut berkecai, apabila pihak pengurusan kumpulan ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi menerangkan mereka tidak akan membuat persembahan di Malaysia.

    Namun jangan risau, segala kehampaan dan impian lebur anda untuk menyaksikan quartet gempak ini bakal tercapai apabila mereka akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Moovment 2011 yang akan berlangsung pada 3 Disember depan di Indoor Arena bukit Equestrian Park, jam 8 malam.

    Bakal berkongsi pentas dengan DJ Earworm, MOOVMENT 2011 ini dibawakan oleh universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi's selaku penaja pakaian rasmi.

    Kehadiran DJ Crystal, DJ Junior, DJ Ken dan Jakeman & Skeletor antara beberapa nama yang dijangka turut merancakkan malam MOOVMENT 2011 nanti

    Tiket berharga RM103 (Zon Rock) dan RM203 (Zon Pit). Layari www.AirAsiaRedTix.com untuk pembelian tiket secara online atau hubungi 03-87754666 untuk maklumat mengenai tiket.

    Anda juga boleh membuat pembelian tiket secara terus di cawangan Victoria Music Centre (Sungei Wang (TEL: 03-21487208 & 03-21420661), Amcorp Mall (TEL: 03-79560592), Tropicana City Mall (TEL: 03-77222955), Bangsar Shopping Centre (TEL: 03-20931093)) atau Rock Corner (The Gardens Mall (TEL: 03-22844893), Mid Valley Megamall (TEL: 03-22841423), KLCC (TEL: 03-21619417), Subang Parade (TEL: 03-56369520), The Curve (TEL: 03-77296313), One Utama (TEL: 03-77255667)).

    Walaubagaimanapun, buat adik-adik yang memasang niat untuk menyaksikan grup pujaan mereka ini membuat persembahan secara live adalah dukacita dimaklumkan, individu yang berusia dibawah 18 tahun adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Monoloque Akhirnya Bawa Halimunan Abad Ke-21 Jejak Tanah!

    Posted: 21 Nov 2011 04:00 PM PST

    Penangan lagu 'Kekanda Adinda' duet bersama Atilia nyata memberi kesan kepada karier Monoloque yang pada asalnya direformasi daripada sebuah band yang dijulang lokomotif persada Indie suatu ketika dulu sehingga berjaya meniti di bibir para pendengar di serata negeri.

    Namun tidak mahu dikenali sebagai 'kekanda' sahaja di mata ramai, Monoloque akhirnya tampil menghadiahkan 'Jejak Tanah' album debut dalam siri trilogi 'Hikayat Halimunan Abad Ke-21′ buat para peminat yang telah sekian lama menanti 'produk' mereka.

    Menyedari tempoh dua tahun untuk menyiapkan album agak lama, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau senang disapa Loque menyatakan, album debut itu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan, cuma proses pengumpulan material, pembentukan identiti dan ciri-ciri bunyian Monoloque yang perlu disebatikan dan disepadukan mengambil masa selama dua tahun.

    "Ia termasuklah proses transformasi daripada projek solo kepada mereformasikan sebuah kumpulan yang melalui proses keluar masuk anggota sehinggalah ia benar-benar lengkap," ujar Loque ketika ditemui pada majlis pelancaran album debut mereka di Hard Rock Cafe, petang semalam.

    Istimewanya lagi, album sulung band yang dianggotai empat musisi hebat iaitu Ijoo (gitar utama), Loko (dram, suara latar), Dax (bass, perkusi), Apex (gitar) serta Loque selaku vokal dan gitar utama ini turut menampilkan kolaborasi dengan Azlina Aziz menerusi lagu berjudul 'Batu Belah Batu Konkrit'.

    Jelas Loque lagi, kemunculan Azlina berperanan sebagai watak 'bonda' dalam album tersebut. Selain memiliki kelunakan suara lunak yang unik, Loque tanpa berselindung mengakui memilih punya alasan tersendiri.

    "Kalau diamati dengan teliti, karya kami dalam album ini sememangnya banyak menyuntik pengaruh elemen Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham R.Azmi dan ramai lagi pemuzik era klasik,"

    "Pemilihan Azlina adalah kerana darah seni yang diwarisi daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka. Justeru kami ingin abadikan sesuatu istimewa dalam album sulung ini," tambah Loque lagi.

    Berintipatikan 'cinta' dan 'batu', album ini memuatkan lapan buah lagu bikinan Loque sendiri. Selain 'Batu Belah Batu Konkrit', ia turut memuatkan lagu-lagu seperti 'Gurindam Hutan Batu', 'Cinta', 'Hapuskan Air Di Matamu','Tiada Kata Secantik Bahasa','Penghormatan Terakhir' serta lagu hits, 'Kekanda Adinda'.

    Foto: Diambil daripada laman Facebook Rasmi Monoloque / Rupa Jiwa Studio

    Full content generated by Get Full RSS.