Adsense

Rabu, 2 November 2011

Celebrity News

Celebrity News


Tips : Persiapan Sebelum Berkahwin

Posted: 02 Nov 2011 08:50 AM PDT



Happy gilerr abang pengantin kat atas tu. Siapa yang tak happy bila dah bergelar sang suami ^_^.
Agaknya apa yang difikiran akak yang kat belakang? Rasa amat bahagia sebab dah bertahun menunggu abang pengantin nak masuk merisik? atau terlalu bahagia sebab impian tercapai walaupun pelbagai rintangan yang berlaku sebelum hari pernikahan. Apa-apapun semoga pasangan ideal ini bahagia ke akhir hayat mereka..

Anda pula bagaimana? Sudah be
rbisik dengan si dia untuk menyatakan hasrat untuk berkahwin dan menjalankan kehidupan baru? Atau anda sudah merancang untuk menghadiri kursus perkahwinan tidak lama lagi? wahh! Tahniah di ucapkan.



Kalau dah menghadiri kursus perkahwinan tu cepat-cepatlah lakukan persiapan ye. Tak kisahlah dari segi zahir ataupun batin. Praktikkan apa yang telah dipelajari semasa kursus perkahwinan anda, itulah asas kebahagiaan rumah tangga.

Renungkan sejenak, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan baru? Layak ke aku bergelar suami? Isteri? Mampu ke aku nak bagi nafkah untuk keluargu nanti? Kalau dah ada anak bagaimana pula?
Pasti perkara sedemikian bermain difikiran anda, betul tak? Ambil tindakan sekarang!!
Sediakan pen dan kertas dan mulakan menulis apa perancangan masa depan anda. Bajet semasa berkahwin,bajet kehidupan selepas berkahwin dan kos kehidupan setelah bergelar seorang ibu atau ayah. Fikirkan sejenak, apa yang patut anda lakukan sebelum dan selepas berkahwin agar kehidupan anda bahagia dan amat memuaskan hati anda dan keluarga anda selamanya.



ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Perancangan perkahwinan anda dan jika anda sudah berkahwin apa pandangan dan cadangan anda untuk rakan-rakan kita diluar sana.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kumpulan Bawal Power Berlatih Di Hospital Kerana Bob Kuman Masuk Hospital | Video Maharaja Lawak Minggu Pertama

Posted: 02 Nov 2011 08:58 AM PDT


Walaupun sakit dan memerlukan rawatan dan tidak digalakkan melakukan persembahan minggu lalu namun Bob Kuman atau nama sebenar beliau Husni Rawi tetap bersemangat dan berjaya menarik perhatian penonton dan juri.

ketika ZoOm menulis "post" ini Bob Kuman masih berada di Hospital menjalani rawatan susulan kesihatan yang tidak mengizinkan dan perlu di beri perhatian. Rakan seperjuangan beliau yakni Sobri banyak berkorban kerana terpaksa berulang alik dan kadang-kadang terpaksa bermalam di Hospital bagi memastikan persembahan terbaik mereka minggu ini.

Semoga Bob akan sihat walafiat.


Dan berikut video persembahan kumpulan Bawal Powers (BP) dan Kumpulan Lain minggu lepas :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Cerpen : Cinta Sampai Syurga (Sediakan Tisu Sebelum Baca)

Posted: 02 Nov 2011 08:09 AM PDT



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. "abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya." Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.

Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. "abang dengar tak?". Macam cakap dengan laptop tu je. "hm,saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "saya ikut. Jap saya siap." Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "abang, dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "abang..?" Aiman tersedar. "jom." Kunci kereta di atas meja di capai. "saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum. "harta saya harta abang juga." Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "abang,surau belok kiri tu." Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? "err,Ira.." Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "ya?" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?" Syahirah senyum. "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.

Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni." Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "jom." Ajak Syahirah. "hmm." Enjin kereta di matikan. _________________________________ Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. "solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya 'tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!' Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. "aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis."

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. "..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?" Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. "cuba teka ini siapa?" kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. "hmmm, Tom Cruise.." main-main Aiman. "salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!" Aiman ketawa. "hm,Hj. Amran." Syahirah pula ketawa. "salah! Hj.Amran dekat Johor." "ha! Tahu..tahu..Syah!" Syahirah kerut dahi. "Syah mana?" "Syahirah." Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.

Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je 'masuk'. "abang buat apa?" "tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah.." "tanya apa?" "er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?" "sebab Allah." Aiman diam sebentar. "tak faham." "saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya." Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. "Abang,saya tak reti masak" kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. "lelaki bising perempuan tak reti masak!

Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!" Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. "macam mana ni abang?" kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. "tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak." "maaf ya abang.." Aiman senyum. "tak apa." Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. "abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?" "belajar masak guna internet." Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. _____________________________________ "huish masin." Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. "abangkan yang masak ni." Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. "okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa.." komen Aiman pula. "okay apa.." "is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur." "boleh ke macam itu?" "boleh je." "okay.." "dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau." Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?

Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! _________________________________ "ustaz." Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. "ya?" "saya nak…" "nak apa?" Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. "anak nak apa?" "saya nak belajar agama." Terluah juga. Ustaz itu senyum. "mari." Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. "ustaz kenalkan isteri saya." Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. "baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau." Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. "Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni." kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. "Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga." "terima kasih ustaz." Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. "baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum." "waalaikumsalam." Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. "lamanya abang pergi.." Aiman tersedar. "hmm,seminggu je." Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! "seminggu tu lama tauu.." lirih Syahirah. "pejam celik- pejam celik sekejap je tu.." "kalau pejam tak celik- celik?" tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. "apa awak cakap ni.." lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. "gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. "tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas." Isterinya tarik muncung. "tak mau lah, nanti kurang pahala." __________________________________ Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. "awak sihat?" Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. "Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? " Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. "..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?" tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. "..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya.." air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. "awak nangis ke?" Diam lagi. "awak, saya…" Syahirah memintas. "tak apa. Saya faham." Air matanya di seka. " abang sihat tak?" "Alhamdulillah sihat." Diam. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "baik sayang." Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. "lagi?" "er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.."

Aiman ketawa. "next?" "..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut.." Aiman hanya mengangguk. "lagi?" "..selalu beristigfar" "okay. Lagi?" "..ingat Allah dalam setiap perbuatan." "alright, next?" "sentiasa berselawat." "okay." "abang ni last." "apa dia tu?" soal Aiman lembut. "doakan rumah tangga kita sampai syurga." Aiman senyap sekejap. "sure." Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. "Assalammualaikum,awak." Sapa Aiman. "waalaikumsalam,abang." Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.

Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. "er,,awak pandang apa?" Syahirah tersentak. "eh, tak.. abang nampak lain." "apa yang lain?" Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. "oh.." jawab Aiman dan menarik kopiahnya. "jom masuk." Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. "abang nah.." lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. "thanks." "abang, nak tahu tak?"dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. "hmm?" Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. "ada sinetron baru tau." Berkerut dahi Aiman. "oh, apa benda tu?" "apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri." "oh.." gelas di letak di atas meja. "kenapa dengan cerita tu?" "best."

Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. " apa yang best?" "lagu." Ek.. "oh.. jalan cerita tak best.?" sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. "best jugak tapi sedih." "kenapa?" "entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?" "lagu apa?" "tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar" Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. " .. haa, nah.." dia menghulurkan earphone pada Aiman. "hm, awak ambil satu.." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "..er..kita dengar sesama.." teragap-gagap Aiman. "ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu "saya baru download tadi.." Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je

Aiman dengar. Tak tahu kenapa. "hmmm." Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. "eeerr.. awak…" Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. "awak…bangun. Dah azan Asar ni.." Syahirah bangun dengan mengosok matanya. "abang saya ABC la. Abang solat lah.." Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. "awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar." Syahirah memandang Aiman. "Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan." Aiman teragak-agak. "oh.. haa. Okay. Saya solat dulu." Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. "abang." Langkah Aiman mati. Dia menoleh. "doakan rumah tangga kita sampai syurga."

Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. "sure." "abang,saya nak cari buku masak.." Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. "..nanti jumpa abang dekat kaunter lah." Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. "ada boleh saya bantu encik?" "hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?" "maaf encik tiada stok." Aiman senyum paksa. "okay. Thanks." Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. " abang tak beli apa-apa?" "tak. Awak dah jumpa buku?" Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. "tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?" "okay." Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. "wah,romantiknya mereka!" "tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!" "mana kau tahu baik?" "tadi dia nak beli tafsir Al-Quran." "oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je." "sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh.

Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan" "superb! Romantic!" "kan Allah S.W.T telah berfirman, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (an-Nur':26) "betul-betul." _________________________________________________ Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. "abang.." sapa Syahirah manja. Aiman senyum. "kenapa?" "nah.." Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. "birthday saya rasanya belum lagi.." "abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum." Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. "subhanaALLAH, tafsir Al-Quran.." terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. "Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!" tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. "kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. "abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya. "bukan kamu joli kan semua duit tu?" "Abah.." "dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! "

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. "abah, saya tak da duit banyak tu." "abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. "Assalammualaikum." Lemah Aiman menjawab. "waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!" "er, kenapa along?" "kau balik je!" Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. _____________________________

"Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini.." rayu Syahirah. "eh, kau diam lah dik.." Aiman melangkah masuk ke rumah. "Assalammualaikum." "hah, sampai pun kau.." Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. "kenapa along?" "aku nak bawak Syahirah balik.." Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. "..ta..tapi kenapa?" "kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!" herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. "along tak boleh buat macam ni.." "apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je." "along,kenapa along cakap macam tu?" Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. "kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!" Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. "saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!" "hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!" Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! "abang..tolong…" sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. "saya izin.." sebak. "..saya izinkan awak balik." Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. "abang…." Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. "awak.." Esakkan itu masih lagi berbunyi. "Ira..awak.." "sampai.. sampai hati abang.." Aiman senyap. "saya buat macam ni agar awak senang…" "tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan." "awak tak faham.." sayu Aiman jawab. Suara serak

Syahirah berbicara lagi. "abang… biarlah susah senang kita bersama." Aiman senyap. "abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah." Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. "abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni.." "sayang tak perlu rasa bersalah." Terdiam Syahirah. Ya Allah…. "abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "cuba abang baca.." Rasulullah saw. bersabda: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. "sayang..abang betul-betul tak kuat.." buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. "abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang." "tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang." "abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…" Aiman hanya diam. "istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….

Assalammualaikum." Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. "Assalammualaikum.." Aiman menoleh. "waalaikumsalam, eh ustaz." Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. "baca artikel apa itu?" "Nasihat Rasulullah pada Ali." "oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?" Aiman senyum. "tenang duduk dekat masjid ni." "dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?" Aiman sentap. "hm,dia balik kampung." "oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya.

Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… _________________________ Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman. ____________________________________ "Assalammualaikum, abi." Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. "waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?" nada risau. "abi,saya… saya.." tak terluah oleh kata-kata. "Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman." "terima kasih abi." Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. "abang please.. jangan tinggalkan saya lagi.." esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. "shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya." mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. "jaga dia baik-baik Aiman." Pesan Hj. Amran. "terima kasih abi, umi.." sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. "kami balik dulu abi, umi." Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. "Assalammualaikum." "waalaikumsalam." _________________________________

"saya sayang abang." Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. "saya pun sayang awak juga." Syahirah senyum senang. "Ira…" panggil Aiman. "ya?" Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. "thanks." "thanks untuk apa?" "sebab awak saya dah banyak berubah." Syahirah ketawa kecil. "bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang." "tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah.." kata Aiman. Syahirah senyum. "saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz." Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. "thanks lagi sekali." Dahi Syahirah berkerut. "untuk apa pula?" "settlekan bil-bil syarikat tu.." "kita suami isteri kene saling membantu." "mana Ira dapat wang banyak macam itu?" Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.

Aiman memandang Syahirah sekilas. "sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?" Syahirah terkelu. "hm,rezeki Allah." "dari mana? Tak akan turun dari langit kot?" soal Aiman lembut. "abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya." Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. "awak." Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. "biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu." "kita pergi klinik." Syahirah dah pening. "tak apa. Ni panas ni. Dah biasa." "no… nampak serious ni." ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. "abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap." Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. "abang, bangun.." Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. "..Encik Aiman, bangun.." kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. "abang….abang.. bangun…" Aiman membuka matanya perlahan-lahan.

"hmm, kenapa sayang?" "abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah." Aiman duduk menghadap Syahirah. "dah pukul berapa?" "hmm, 4.30 pagi." "jom." Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. "..sayang ambil wudhuk dulu.." "okay." Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. "mimpi ke reliti ni?" seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. "abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang." Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. "..halalkan semua makan minum." Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. "abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya." dahi isterinya di cium. "Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh." Kata

Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. "hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?" Syahirah geleng. "boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah." Aiman mengangguk. "oklah. Nanti abang belikan sarapan." "okay, saaaaayang abang !" lirih Syahirah dan senyum. "sayang awak juga." _____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. "Sayang !!!!" jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.

Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat bangun.

Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. "sayang.." Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. "ha, ini tuan yang membunuhnya!" terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. "bukan saya." "dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa." Tangan Aiman bergari. "bukan saya!.." Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. "Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!" anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. "kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…" sayu abahnya berbicara. "bukan Aiman bah!!" Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. "abi, bukan saya, umi!!" meronta-ronta Aiman. "sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!" herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. "bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya.." "cepat bawa dia!" arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. "abi..percayalah saya.." Haji Amran senyum. "sabar

Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah.." "abi, macam mana keadaan Syahirah?" Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. "abi kenapa dengan isteri saya?" Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. "bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya." Haji Amran bangun dari kerusi itu. "abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?" mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. "abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum." Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. "abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "cuba abang baca.." Rasulullah saw. bersabda: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.

Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) "Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah… ________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. "Alhamdulillah." Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. "bebas juga saya abi.." kata Aiman. "Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu." Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. "abi,jom jumpa Syahirah." Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. "abi, kenapa di sini?" "turun dulu Aiman. Jom." Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. "maaf, dia tak dapat di selamatkan."

Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. "barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah." Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. "TAK!!!!!" jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. "sabar Aiman…bawa mengucap." "bukan Ira abi..bukan dia…" tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. "dah di tentukan ajalnya.." sebak Haji Amran. "tak…tak…bukan dia.." sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) "lagu apa?" "tajuknya

Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar" Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. " .. haa, nah.." dia menghulurkan earphone pada Aiman. "hm, awak ambil satu.." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "..er..kita dengar sesama.." teragap-gagap Aiman. "ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. "hmmm." kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.

Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. "Aiman, nak pergi mana?" Dia senyum. "ma.." Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. "nak keluar." "pergi mana malam-malam ni?" soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. "hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum." "waalaikumsalam." _________________________________ Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. "Assalammualaikum." Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. "waalaikumsalam." "anak musafir ke? Dah lewat malam ni." Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. "saya ingat nak tidur sinilah pak cik." "oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya." Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "baik sayang." Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. "lagi?" "er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.." Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. "sayang.." Aiman menggenggam tangan Syahirah. "jangan tinggal abang lagi." Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. ______________________________
_____________

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. "tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba." Sebak Dato Rahimi mendengar. "terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi." Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

Sumber : NurulChomel

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Panduan Memberi Nama Anak

Posted: 01 Nov 2011 10:31 PM PDT


Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
"Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama". (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]
Namun terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. yang menceritakan
"Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jadi, yang menjadi sunnah dalam menamakan bayi ini ialah menamakannya pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; "Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya".[3] Walau bagaimanapun, Imam Bukhari telah bertindak menghimpunkan antara dua sunnah ini dengan menjelas; "Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah[4], dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya[5]".[6]
Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, disunatkan juga diberi nama kepadanya. Begitu juga, sunat memberi nama anak yang gugur.[7]
Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;[8]
a) Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
"Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu". (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
"Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman". (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
"Berilah[9] nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah". (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; "Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu 'Muhammad'. Lalu kaumnya berkata kepadanya; 'Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah s.a.w.'. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; "Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya 'Muhammad', lalu kaumku berkata kepadaku; 'Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah s.a.w.". Lantas Nabi menjawab;
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
"Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu". (Riwayat Imam Muslim)
Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
d) Menurut mazhab Syafi'ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama' memakruhkannya. Berkata Qadhi 'Iyadh; "Telah memakruhkan sebahagian ulama' memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin".[10]
e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, 'Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ". إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
"Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar[11], Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; 'Tidak ada'. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu[12]". (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Menurut Imam Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruk/jeliknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menengok untung/nasib".[13] (Contohnya; apabila ditanya; 'Adakah di sana ada Rabah (yang bermaksud; untung)?', lalu dijawab; 'Ada'. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
f) Diharamkan memberi nama dengan nama "Malikul-Amlak" yang bermaksud; 'Raja bagi segala raja'.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
"Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak". (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;
أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
"Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Berkata Imam Nawawi; berkata para ulama'; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.[14]
g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-'Uzza (Hamba Tuhan 'Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih 'Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama'.[15]
h) Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.[16]
i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: "أَنْتِ جَمِيلَةُ".
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) 'Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); 'Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)'". (Riwayat Imam Muslim)
Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; 'Apa nama kamu?'. Jawab bapaku; 'Hazn'. Lalu Rasulullah berkata; 'Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; 'Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku'. Said berkata; '(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya'". (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)
***والله أعلم بالصواب***
NOTA HUJUNG
[1] Al-Majmu', jil. 8, hlm. 326.
[2] Lihat hadis ini dalam Ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 391 dan al-Majmu', jil. 8, hlm. 326.
[3] Al-Azkar, kitab al-Asma'.
[4] Yakni bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah pada hari ketujuh disunatkan ia memberi nama bayinya pada hari dilahirkan.
[5] Yakni bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan aqiqah untuk anaknya pada hari ketujuh, disunatkan ia menunggu hingga hari ketujuh untuk mengisytiharkan nama anaknya iaitu bersama dengan menyembelih aqiqah dan mencukur rambut.
[6] Al-Iqna', jil. 2, hlm. 826.
[7] Al-Majmu', jil. 8, hlm. 327.
[8] Al-Majmu', jil. 8, hlm. 325-329.
[9] Al-Amar (suruhan) di sini menurut Imam al-Minawi bermaksud al-Ibahah (Pengharusan) (Lihat Faidhul-Qadier, hadis no. 3300).
[10] Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab (bab an-Nahyi 'an at-Takanni bi abil-Qasim wa Bayani ma yustahabbu minal-Asma').
[11] Sebagai contohnya; seseorang itu diberi nama Yasar oleh bapanya yang bermaksud "mudah". Maka suatu hari bapanya bertanya seseorang; 'Apakah Yasar ada di sana?'. Lalu dijawab; 'Tidak ada'. Jawapan ini boleh difahami oleh orang yang mendengar sebagai 'tidak ada kemudahan', walhal yang dimaksudkan oleh bapanya itu ialah anaknya yang bernama Yasar itu. Maka nama sebegini bagi sesetengah orang dijadikan sebagai satu cara untuk menengok untung/nasib bagi sesuatu perkara atau hari.
[12] Kata Imam Nawawi; maksudnya ialah; jangan kamu menaqalkan dariku lain dari yang empat ini (yakni; aku hanya menyebutkan empat sahaja. Maka jangan kamu mengada-ngadakan yang lainnya dengan mengatakan aku menyebutnya). Ini –menurut Imam Nawawi- tidak bermakna dilarang menqiaskan nama-nama lain di atas empat nama ini yakni yang memberi implikasi serupa dengannya, kerana maksud larangan tersebut ialah menyandarkan kepada Nabi apa yang tidak disebutnya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab, Bab Karahah at-Tasmiah Bil-Asma' al-Qabihah).
[13] Soheh Muslim bisyarhi Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab, Bab Karahah at-Tasmiah Bil-Asma' al-Qabihah.
[14] Al-Majmu', jil. 8, hlm. 328.
[15] Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.
[16] Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



Credit : Islamituindah
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Berlakon bukan untuk anugerah

Posted:

Berlakon bukan untuk anugerah

Berlakon bukan untuk anugerah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SHAHEIZY Sam antara ahli rombongan yang paling banyak membeli-belah sewaktu mengikuti lawatan Anugerah Skrin 2010 ke Los Angelas, baru-baru ini.


SESEKALI bicaranya disulami ketawa kecil saat diusik tentang status dan gelarannya sebagai bintang paling popular serta pelakon lelaki nombor satu negara yang digalas Shaheizy Sam kini.

Dengan penuh rendah diri, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam ini menganggap semua yang dikecapinya lewat ini adalah rezeki daripada Allah SWT.

Sudah pasti kata Sam, ia juga adalah berkat kesabaran dan kerja keras selama hampir 15 tahun membina nama dalam persada seni tanah air.

"Bukan mudah sebenarnya untuk saya berada di tempat dan kedudukan seperti hari ini. Tetapi, saya sering ingatkan diri saya bahawa apa yang dimiliki ini bukanlah satu tiket untuk saya duduk dan menggoyangkan kaki.

"Jujurnya, saya sendiri juga tidak pernah menyangka untuk menikmati kemasyhuran dalam sekelip mata sebaik sahaja saya membuat kemunculan semula sekitar dua tahun lalu.

"Tiada lain yang mampu saya katakan hanyalah bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan peminat yang tidak pernah henti menyokong saya," ujarnya penuh bersungguh ketika dihubungi Hits, baru-baru ini.

Barangkali ada yang menyangka Sam adalah pelakon baru yang semakin menempa nama sebagai seorang aktor popular.

Tetapi sebetulnya, anak kepada dramatis terkenal, Khaty Fauziah ini telah mencipta nama sekitar pertengahan tahun 90-an menerusi drama Pa'e yang pernah ditayangkan di TV3 pada usia 15 tahun.

Menerusi drama itu, nama Sam terus melonjak naik dan mampu berdiri setanding dengan kakaknya, Zizie Ezette yang merupakan salah seorang aktres wanita popular ketika itu.

Malah, sempat juga Sam dan Zizie membintangi sebuah filem, Sama Tak Serupa yang diarahkan oleh Allahyarham Datuk Yuzwan Wahid pada tahun 1995.

Mungkin juga ada yang tidak tahu, Sam juga sebenarnya pernah menceburi bidang nyanyian dan menubuhkan kumpulannya sendiri, MOB.

Selepas itu, Sam mendiamkan diri dan namanya hampir dilupakan sehinggalah dia muncul kembali dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.

Popular

Bermula detik itu, popularitinya dengan pantas mencanak naik sehinggalah dia terus berada di puncak kegemilangan hari ini dengan 12 buah filem yang sudah dilakonkannya sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Lebih membanggakan lagi buat Sam apabila tiga daripadanya mencatatkan rekod baru dalam industri perfileman tanah air dengan kutipan pecah panggung luar biasa iaitu Ngangkung dengan kutipan RM8.18 juta, Kongsi (RM8.09 juta) dan Adnan Sempit (RM7.66 juta).

"Saya sendiri pun tidak pernah menyangka filem-filem tersebut dapat mencapai kutipan sebanyak itu. Saya juga harus akui menerusi filem-filem ini jugalah bakat lakonan saya diterima baik oleh peminat dan penonton filem tempatan.

"Sudah pasti, saya mahu mengekalkan momentum yang sama sampai bila-bila tetapi saya juga harus sedar bahawa dunia hiburan ini seperti roda yang berputar.

"Apa yang saya miliki ini juga adalah harga yang perlu dibayar kerana saya harus akui sepanjang tempoh dua tahun ini, saya telah bekerja tanpa henti," kata pemuda berusia 28 tahun ini tanpa selindung.

Dek kerana wajahnya acap kali 'dijual' oleh penerbit untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, ada yang mula memberikan komen yang kurang enak tentang Sam.

Bukan yang berbaur negatif, sebaliknya ramai yang kini sudah melihat lakonan Sam sudah menjadi statik, stereotaip serta tidak ada pembaharuan dalam teknik lakonannya.

Saat diajukan soalan itu kepada Sam, sedikit pun dia tidak melenting malah dia cukup sedar dengan situasi itu.

Bimbang

Atas alasan itu jugalah kata Sam, dia telah mula bercuti sejak bulan Ramadan lalu sehinggalah ke penghujung bulan November ini bagi merehatkan minda dan tubuhnya.

Ujar Sam lagi, ada kalanya memang wajar untuknya mengambil cuti yang panjang kerana dapat menyegarkan dirinya dan menjadi seorang yang baru apabila kembali bekerja kelak.

"Saya memang cukup bimbang jika tidak dapat memberikan lakonan yang memberangsangkan dan meninggalkan kesan kepada penonton seandainya tiada pembaharuan yang dapat saya tampilkan.

"Dalam masa yang sama juga, saya harus menjadi realistik terhadap kerja saya di mana saya tidak boleh terlalu memilih atau menjadi seorang yang demanding dalam menerima tawaran bekerja.

"Nasib seorang pelakon di Malaysia ini bukan seperti Hollywood yang mana mereka boleh hidup mewah hanya dengan sebuah filem sahaja. Mahu atau tidak, saya perlu terus berlakon demi menyara kehidupan saya dan keluarga," katanya yang akan muncul dengan filem Aku Bukan Tomboy dan Songlap sebelum penghujung tahun ini.

Bukan itu sahaja, Sam juga meluahkan isi hatinya yang mahu membawakan watak-watak yang lebih mencabar dan sudah semestinya dia mahu berlakon dalam filem bergenre drama.

Tetapi, jelas Sam, selepas melihat trek rekodnya sepanjang membintangi 12 buah filem, peminat lebih menggemari Sam membawakan watak komedi.

Buktinya, filem-filem komedi lakonannya lebih menyerlah dan mencatatkan kutipan luar biasa berbanding dengan watak serius yang tidak begitu memberangsangkan dari segi kutipan seperti filem Sekali Lagi.

"Kerana itu jugalah, selepas ini filem terbitan saya bersama Zizie, kami juga akan mengekalkan formula yang sama dengan mempertaruhkan genre komedi aksi kerana itu yang dimahukan peminat.

"Saya masih belum memikirkan siapakah pengarah mahupun barisan pelakon yang akan membintangi filem ini bersama-sama saya. Buat masa ini, semuanya masih di peringkat pra-produksi dan insya- Allah, ia akan diumumkan apabila semuanya sudah bersedia," kata pemilik trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2 ini lagi.

Eksklusif

Melihatkan kekerapan wajahnya di layar lebar, ada juga yang mengatakan Sam telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang cukup eksklusif dan tidak mahu berlakon dalam drama tempatan.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas itu, Sam menjelaskan masa merupakan kekangan terbesar untuknya membintangi drama tempatan.

"Saya tidak meletakkan diri saya sebagai eksklusif. Kalau ada masa terluang, memang saya akan dan mahu berlakon drama. Cuma, sekarang ini, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlakon drama walaupun tawaran memang banyak," katanya yang pernah membintangi drama bersiri seperti Adnan Sempit The Series dan Asmara tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Muslihat masa

Posted:

Muslihat masa

Muslihat masa

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

TIDAK jauh dari zaman sekarang, jangka hayat manusia akan terhenti sehingga 25 tahun. Dipantau menerusi jam digital yang tertanam di lengan masing-masing, mereka berhak hidup lebih lama jika mampu membeli masa.

Pada zaman ini, masa ialah mata wang yang digunakan dalam sistem jual beli, mahupun ganjaran bagi sebarang pekerjaan. Golongan yang kaya mampu hidup lebih lama dengan paras rupa yang tidak dimakan usia, sementara yang miskin bergantung hidup dari hari ke sehari dan saat demi saat.

Seperti Will Salas, seorang pekerja kilang dari Dayton yang menjadi buruan polis atau pada era ini dipanggil penyimpan masa, kerana didakwa membunuh.

Salas dituduh merompak jangka hayat seorang hartawan, Harry Hamilton yang ditemui mati di bawah jambatan. Walaupun dia tidak bersalah kerana menerima hadiah daripada Hamilton, tiada siapa yang mahu percaya akibat birokrasi. Hamilton ialah jutawan manakala Salas golongan bawahan.

Bermulalah pelarian Salas yang ditemani Sylvia Weis, anak golongan berada yang dikenalinya semasa dia bermewah-mewah di kawasan elit New Greenwich.

Pada mulanya Weis adalah tebusan Salas, namun perhubungan mereka bertukar kepada misi yang sama, yakni memperjuangkan strata kehidupan yang lebih adil.

Jika anda merasakan premis In Time adalah asli seratus peratus, sila rujuk filem Logan's Run (1976), di mana manusia hanya dibenarkan hidup sehingga usia 30 tahun sebelum dijejaki untuk mati.

Manakala kisah pelarian yang tidak bersalah sudah banyak dipaparkan dalam genre sains fiksyen; antaranya Minority Report (2002) dan The Island (2005).

Di tangan Andrew Niccol, dunia In Time adalah futuristik, tetapi intipatinya mengingatkan kita kepada kisah klasik seperti Robin Hood - perompak yang membantu golongan susah; serta Bonnie and Clyde - sepasang penyamun dengan unsur romantisme.

Filem ini mengingatkan saya kepada filem lain arahan Niccol, Gattaca (1997), tentang bagaimana seseorang yang kuat secara genetik mampu ditewaskan oleh kebijaksanaan sains ciptaan manusia.

In Time berkongsi konsep serupa, di mana mereka yang dilahirkan miskin tidak selamanya tunduk di bawah kekuasaan golongan kaya.

Niccol yang turut bertindak selaku penulis skrip berjaya membuatkan penonton percaya dengan apa jua tipu muslihatnya.

Mungkin timbul sedikit persoalan di sana sini tentang mekanisme sebenar peralihan masa. Sebagai contoh, bagaimana jam digital boleh tertanam di lengan sejak lahir atau perkongsian usia yang boleh dilakukan hanya melalui sentuhan.

Namun, perincian-perincian kecil seperti itu mudah diabaikan penonton kerana isi ceritanya yang pintar secara makro. Dengan set, props, efek khas serta skrip yang baik, kita benar yakin akan kewujudan dunia pasca moden ciptaan Niccol.

Justin Timberlake membuktikan dia bukan sekadar daya penarik penonton muda untuk ke pawagam. Keupayaannya di dalam filem ini jauh lebih besar daripada pesonanya sebagai penyanyi pop dan bekas anggota kumpulan 'N Sync.

Dia tidak memiliki ciri-ciri wira seperti Daniel Craig sebagai James Bond, tetapi dia seperti Tom Hanks, orang biasa yang mempunyai aura semangat lelaki sejati.

Dia memberikan warna kepada peranan Salas dengan penuh stail, kelihatan di antara miskin dan kaya, serta selamat dan merbahaya pada masa yang sama.

Amanda Seyfried mengimbangi lakonan Timberlake dengan keserasian sebagai Weis. Karakter menarik itu melalui transisi daripada seorang gadis kaya yang lemah kepada penegak keadilan.

Sementara itu, Cilian Murphy sebagai polis penjaga masa dan Alex Pettyfer sebagai peragut yang dipanggil Minuteman, menjadi antara pelakon sokongan paling menyerlah.

In Time adalah sebuah filem yang menghiburkan. Ia membenarkan fikiran kita menepis segala logik menerusi pengembaraan Salas dan Weis, serta manusia-manusia yang berusia 25 tahun selamanya.

Mungkin filem ini tidak akan menjadi karya yang bakal dikenang sepanjang zaman, tetapi ia berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Inilah kelebihan Hollywood yang harus dipelajari pembikin filem kita untuk 'make believe' sesuatu alam atau dimensi yang sebenarnya dongeng semata-mata.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nostalgia budak bogel

Posted: 01 Nov 2011 04:24 PM PDT

Hip

Daripada kartun komik kepada animasi

TIGA budak bertelanjang bulat dikenali dengan nama Dan, Din dan Don yang suatu ketika cukup terkenal dalam majalah kartun Gila Gila, kini diberi 'nyawa' oleh pengkarya atau pencipta karektor ini, Saadon Ishak.

Ketiga-tiga karektor ini yang hanya boleh diikuti menerusi lembaran demi lembaran daripada setiap edisi majalah berkenaan, suatu hari nanti boleh ditonton dalam bentuk animasi yang lebih cantik dengan latar belakang kampung yang dilakar dengan gambar penuh berwarna warni dan kelihatan hampir realistik. Lima episod cerita budak telanjang bulat ini sudah disiapkan oleh penerbitnya, Don Studio Sdn Bhd. Namun apabila dipindahkan dalam bentuk animasi, ada beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan kehendak semasa dan pasaran.

Saadon yang juga Pengarah Urusan Don Studio agak terkejut apabila pegawai pemasaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan wartawan Hip Berita Harian berminat untuk mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai animasi terbitannya.

Katanya, Dan, Den dan Don adalah cerita mengenai tiga sahabat di sebuah kampung pedalaman pada era tahun 60-an.

Dunia hiburan bagi ketiga-tiga budak ini adalah berdasarkan apa yang mereka lihat dalam realiti kehidupan sehari-hari masyarakat kampung pada waktu itu seperti percaya kepada benda ghaib, mitos, amalan tradisi, pekerjaan orang kampung dan sebagainya.
"Tapi paling jelas, untuk siri animasi semua karakternya tidaklah boleh berbogel. Dari segi aspek budaya, ia tentu tidak manis. Jadi, saya mengubahnya dengan ketiga-tiga karektor itu berseluar, malahan kadang-kadang berpakaian lengkap.

"Nama Din juga ditukar menjadi Den sebab Din sudah ada dalam karektor animasi Jepun. Jadi, animasi ini dikenali sebagai DanDenDon. Bagaimanapun, secara keseluruhan watak dan gelagat serta cerita DanDenDon tidak banyak berubah," kata Saidon, selaku penerbit animasi terbabit.

Seperti mana siri animasi Lat - Kampung Boy karya Datuk Lat, siri DanDenDon juga turut menggunakan latar belakang kampung halaman pengkaryanya.

"DanDenDon ini merakamkan nostalgia saya ketika zaman budak-budak. Latar belakangnya ialah suasana kampung saya di Lenggong, Perak. Suasana dan pemandangan yang dipaparkan dalam siri ini memang kampung saya.

"Begitu juga dengan apa yang dimainkan oleh Dan, Den dan Don ialah kelaziman yang dilakukan oleh budak kampung, seperti menangkap dan bermain ikan laga. Setiap sudut rumah juga saya gambarkan dalam keadaan hampir realistik.

"Dalam siri DanDenDon ini, apa yang saya cuba kekalkan ialah mengenai budaya dan nilai tradisi yang dipegang orang kampung. Ia satu imbauan bukan saja kepada saya tetapi juga mereka yang berasal dari kampung selain golongan yang pernah mengikuti komik DanDinDon dulu," jelasnya.

Penerbitan bermula tahun 2007

MENURUT Saadon, inisiatif menerbitkan siri animasi DanDenDon bermula pada 2007 dan ketika itu, usaha pertama dilakukan ialah mendaftarkan hak cipta karyanya terlebih dulu.

Apabila usaha berkaitan dengan IP ini diperoleh secara sah, barulah kerja penerbitan animasi DanDenDon dimulakan sekitar 2008.

"Saya perlu mendaftarkan DanDenDon sebagai harta intelek atau IP milik saya. Ini karya dan hak saya. Biarpun agak mahal, tetapi saya perlu lakukan untuk melindungi masa depan IP karya milik saya.

"Saya tidak mahu macam P Ramlee, selepas puas berkarya akhirnya IP atau hak cipta karyanya menjadi milik orang lain. Saya daftarkan hak cipta setiap karya saya dalam semua aspek," katanya.

Sebagai pemegang IP, Saadon berkata, selepas ini selain menerbitkan animasi, dia bebas untuk menghasilkan barang dagangan (merchandise) DanDenDon.

"Sebagai permulaan saya bercadang untuk menerbitkan buku DanDenDon. Saya rancang buku ini boleh dipasarkan tahun depan. Ia sebagai kesinambungan daripada animasi DanDenDon," jelasnya lagi.

Menurutnya, setakat ini Don Studio belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana stesen TV tempatan kerana tumpuan utama ialah memasarkan karyanya ini ke luar negara.

Selain mencari pasaran antarabangsa, Don Studio juga turut mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat produksi animasi luar negara bagi menghasilkan siri DanDenDon dalam episod lebih panjang.

Sehubungan itu, Don Studio tidak ketinggalan untuk menyertai misi mencari peluang pasaran industri kreatif di luar negara seperti mengikuti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di TIFFCOM2011 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya dengan menyertai misi FINAS ini, ia memberi pengalaman dan pengetahuan berguna. Dari sinilah saya dapat mengenali dan seterusnya menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa yang menyertai pasaran antarabangsa.

"Saya tidaklah begitu mengharap siri DanDenDon ini dibeli, walaupun sekiranya ia berlaku, memang satu kebaikan kepada Don Studio. Tapi lebih daripada itu adalah untuk mencari rakan kongsi yang dapat menjadi penerbit bersama siri ini.

"Saya tahu bukan senang nak cari rakan kongsi, tetapi menerusi misi FINAS, saya boleh belajar formula sesuai untuk mengenali rakan kongsi dalam penerbitan dan pengedaran. Saya akur kadang-kadang kita kena belajar dari kesusahan terlebih dulu sebelum segala-galanya menjadi mudah," katanya ketika ditemubual di Roppongi Hill Tower Tokyo, tempat berlangsungnya TIFFCOM2011.

Don Studio ialah antara sembilan syarikat penerbitan yang menyertai misi FINAS ke TIFFCOM2011 yang berlangsung pada 24 Oktober hingga 26 Oktober lalu.

Selain DanDenDon, Don Studio juga turut menerbitkan dua lagi siri animasi berjudul APAK dan PST.

Siri APAK mengisahkan karakter utamanya iaitu seekor ayam jantan dan watak haiwan lain yang menjadi humanoid (seperti manusia). Ceritanya berkisar mengenai kehidupan sehari-hari menggambarkan pelbagai ragam manusia daripada etnik berbeza dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.

MDeC, MOSTI banyak bantu

SAADON mengakui kejayaan DanDenDon ialah hasil sokongan kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) yang memberi geran untuk menerbitkan siri animasi itu.

"Antara individu yang banyak membantu ialah Kamil Othman (Naib Presiden MDeC). Beliau yang menyedari potensi DanDenDon untuk diterbitkan dalam bentuk animasi. Siri ini diterbitkan sendiri oleh Don Studio.

"Memang sepanjang pembikinan siri ini, kami tidak menghebahkan kepada mana-mana pihak. Saya belum bersedia untuk mempromosikannya sehinggalah saya ditemui anda (penulis) di Tokyo hari ini.

"Sebelum datang ke Tokyo, saya sudah membawa DanDenDon ke pasaran MITCOM2011 di Cannes, Perancis dan juga Singapura," katanya.

Menurut Saadon lagi, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia yang berminat menggunakan siri animasi DaDenDon sebagai sebahagian bahan untuk mempromosikan Malaysia di Asia Barat.

"Malahan negara Arab juga menyatakan minat untuk mengedarkan siri animasi DanDenDon selepas melihat keindahan pelbagai tempat di Malaysia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi

Posted: 01 Nov 2011 04:22 PM PDT

Hip

Najwa Latif

Najwa Latif

Pengurus Najwa mohon maaf jika ada pihak tersinggung

PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu. Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang untuk menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru.

Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena padanya juga. Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan daripada sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan berbentuk peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu.

Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu.

Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu.

Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu.
HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku?

Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari.

HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri?

Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja.

HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa.

Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum.

HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan?

Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan.

Berikut adalah kenyataan daripada pengurus Najwa, Azahari Jaafar.

HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman?

Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagipun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apapun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari.

HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang?

Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kim Kardashian Fail Penceraian Terhadap Suami

Posted: 01 Nov 2011 01:11 PM PDT

Kim dan Kris ketika menghadiri sebuah majlis.

BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.

Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.

Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.

Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.

Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.

Kim dan Kris sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos.

Antara selebriti yang hadir pada perkahwinan itu ialah Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

///mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Pencalonan bayar segala penat lelah

Posted: 01 Nov 2011 07:14 AM PDT

LIMA belas tahun lalu, dua pesona jelita ini pernah disatukan dalam drama bersiri yang mencetus fenomena, Salam Taj Mahal, dengan kelainan pada plot penceritaan diterjemah.

Meskipun masih baru ketika itu dan tidak mempunyai profil sehebat hari ini, dua pelakon ini, Umie Aida dan Eja, mampu mengheret emosi penonton hingga kenal akan bakat yang diperjudikan.

Merentasi sedekad perjalanan seni, masing-masing mencatur langkah sendiri, mengukuhkan empayar seni dan membina nama hingga berjaya meletakkan bakat yang ada sebaris dengan populariti yang dicurahkan.

Tanpa kontroversi yang terpalit, Umie dan Eja masing-masing berjaya bertahan hingga ke hari ini. Tidak sesekali hanyut dibuai glamor, kedua-dua figura ini mengecapi kebahagiaan dengan suami dan anak selain terus meletak fokus pada keluarga tersayang.


Gurau Eja atau nama sebenar, Siti Shahrizah Saifuddin, 39, sebaik tiba di kediaman mewah Umie pagi itu, lama sudah mereka tidak bertemu. Namun, sesekali berjumpa, terus teringat seribu satu kenangan ketika berlakon bersama.


Bezanya, ketika itu kedua-duanya masih muda dan tidak punya komitmen sebagai isteri seperti hari ini yang menjadi alasan kukuh kedua-duanya jarang berkesempatan bertemu.

"Bayangkan Salam Taj Mahal menemukan kami berdua dan selama sebulan penggambaran di India. Ketika itu, kami sebilik dan berkongsi pelbagai cerita bersama.

"Sekarang, masing-masing sudah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, saya dan Umie masih di sini dan kekal memperjuangkan minat dalam seni lakon meskipun sudah berkeluarga," katanya.

Meninjau perwatakan dan personaliti dua bintang popular ini, mereka memang mempunyai banyak persamaan. Kebetulan pula kedua-duanya berkongsi tarikh lahir yang sama, cuma Umie muda setahun daripada Eja.

Kali terakhir mereka dipertemukan menerusi drama rantaian Rindu Semakin Jauh lima tahun lalu.

Kini mereka dipertemukan sekali lagi dalam satu sesi fotografi eksklusif bagi mendengar cerita dan kisah mereka apabila kedua-duanya tersenarai sebagai calon akhir dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung Jumaat ini.

Umie atau nama sebenar, Umi Khalsum Rahmad Ali, 38, berentap bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi karya kakaknya sendiri, Erma Fatima iaitu Air Mata Nur Salina manakala Eja yang popular menerusi drama bersiri Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro bertanding untuk kategori filem melalui Janin.

Bersandar pada bakat lakonan yang tersendiri dan dibantu dengan penceritaan mampu menterjemah kesungguhan mereka membina perwatakan diberi, baik Umie mahupun Eja kedua-duanya menyifatkan pencalonan awal meletak nama mereka hingga ke gelanggang ASK tahun ini sudah cukup membayar penat lelah.

Menang atau kalah bukan lagi menjadi taruhan ketika melangkah pada malam penentu itu nanti.

Umie yang sebelum ini pernah menggenggam trofi ASK sebanyak tiga kali iaitu Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Embun dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Ayuni dan Surat Terakhir), mengakui ASK pentas terbaik bagi mengukur kemampuan diri sebagai pelakon selain meletak penghargaan yang indah buat barisan anak seni.

"Berita saya tersenarai hingga ke peringkat akhir menerusi drama Air Mata Nur Salina adalah satu penghargaan buat saya dan karya sentuhan Erma.

"Bohong jika saya katakan tidak mahu memang kerana setiap pelakon yang dicalonkan pasti menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi kemenangan. Namun, ia bukanlah komponen penting buat saya. Saya hanya ingin memastikan drama itu berjaya dipandang pihak lain kerana jujurnya ia sebuah cerita yang kuat.

"Watak Salina yang saya pegang bukan sembarangan karakter, namun Alhamdulillah saya mampu melakukan apa yang diinginkan pengarah. Reaksi positif daripada penonton juga begitu baik membuat saya gembira dan bersyukur.

"Namun, saya sendiri gementar apabila melihat drama lain yang turut diletak ke pentas akhir kerana lakonan setiap pelakon utamanya begitu kuat dan hebat.

"Jika ada rezeki dan ketentuan sudah tersurat buat saya, pastinya ia adalah satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Umie dikatakan bakal bersaing dengan teman baiknya, Erra Fazira menerusi drama Sanggul Beracun yang disiarkan melalui Astro Citra, pelakon veteran, Norlia Ghani menerusi drama Janji Syurga, Rozita Che Wan (Masihkah Ada Sinar) dan Amyza Adnan (Midah Kuih Bangkit).

Bagi Eja pula, sejak berkecimpung dalam dunia seni selama 15 tahun, inilah kali pertama namanya membolosi pencalonan akhir ASK. Eja mengakui cukup terharu dan menganggap ia satu penghargaan terindah buatnya.

"Memang sudah lama saya membina nama sebagai pelakon dengan puluhan drama dan filem, namun rezeki itu belum menyebelahi saya. Bagaimanapun, tidak sekelumit saya berkecil hati atau putus semangat kerana pada saya, apa yang penting adalah keikhlasan, disiplin dan kesungguhan untuk melakonkan setiap tanggungjawab yang diberi.

"Janin sebuah filem hebat sentuhan penulis skrip hebat yang turut menerbitkannya, Wan Hasliza, namun ia tidak punya publisiti yang besar.
Alhamdulillah tanpa promosi dan tiada yang bercerita lebat mengenainya, Janin masih mampu mengutip RM1.5 juta di panggung.

"Lebih membanggakan, Janin adalah karya yang mampu memimpin saya ke fasa yang lebih baik sebagai pelakon kerana watak dan jalan ceritanya.

"Saya bersyukur apabila ada pihak memandang kesungguhan menghidupkan watak utama filem itu selain menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan.

"Saya tidak mahu membebankan fikiran dengan mencongak soal menang atau kalah sebaliknya hanya ingin hadir malam Jumaat ini bagi mengiktiraf karya bermutu yang dihasilkan anak tempatan," jelasnya.

Eja dan Umie mengakui, fokus utama mereka kini bukan lagi dunia lakonan sebaliknya tanggungjawab terhadap keluarga paling diutamakan.

Eja kini lebih cenderung membesarkan anak kesayangannya, Nur Eishal Mohd Silahuddin, 2, manakala Umie memberi perhatian kepada rumah tangga yang dibina bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac tahun lalu selain tanggungjawab kepada anak, Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhilmy.

"Saya bersyukur dan bertuah kerana suami memahami dan tidak pernah menghalang cuma tugas saya perlu pandai memilih tawaran yang tiba," kata Eja.

PROFIL UMIE AIDA:

Nama sebenar: Umi Khalsum Rahmad Ali
Tarikh lahir: 18 Januari 1973
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak ketiga daripada enam beradik
Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17
Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa dan banyak lagi

Drama: Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina dan banyak lagi

Penerbit: Diva Popular
Teater: Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2, Badai Semalam dan banyak lagi
Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih

Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di ABP 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik
di ASK 2003 menerusi filem Embun.

PROFIL EJA:

Nama penuh: Siti Shahrizah bt Saifuddin
Tarikh lahir: 18 Januari 1972
Tempat lahir: Kuala Kubu Baru, Selangor
Keluarga: Anak sulung daripada lima beradik
Suami: Mohd. Silahuddin Jamaluddin
Anak: Nur Eishal Mohd. Silahuddin, 2 tahun 2 bulan
Filem: Sara, Anak Mami The Movie, Bilut, Kayangan, Misi: 1511, Sepi dan Janin

Drama: Ejen 88 & 44, Rahsia Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Tiga Dara, Rindu Semakin Jauh, Kalau Itu Takdirnya, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Cinta Semerbak Kayu Manis, Mya Zara, Seputih Qaseh Ramadan, Sadiq & Co, Dimata Mu Aku Dijiwa Mu Dia, Pembunuh Upahan, Igawan, Sangga Saadah, Talkin Terakhir, Wadi Unung, Demi Tuhan Kuizinkan, Satu Permintaan, Cinta Dari Kaabah, Tasbih Cinta, Dia Bukan Maryam, Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang keemasan Sasi The Don

Posted: 01 Nov 2011 07:03 AM PDT

SUDAH menceburi industri hiburan selama 11 tahun, pasti segelintir masyarakat tidak menyangka penyanyi yang memperjuangkan genre reggae ini, Sasi The Don, mendapat peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi reggae dari luar negara.

Tidak semua artis tempatan mendapat peluang seperti ini hingga Sasi tidak mampu untuk menolaknya. Katanya, tidak sangka dia mendapat peluang bekerjasama dengan nama besar dalam genre reggae iaitu Maxi Priest yang menjadi idolanya kerana genre reggae yang dibawanya digabungkan dengan pop agar dapat diterima masyarakat.

Menceritakan detik pertemuannya dengan Maxi, Sasi yang diundang Umno Malaysia untuk mengadakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan di London berkata, segalanya bermula apabila berkongsi berita pemergiannya ke London melalui laman sosial facebook.

"Saya tidak sangka seorang peminat British-India mengundang saya mengadakan 'show' dan terus bersetuju dengan cadangannya itu. Saya memang tidak pernah bayangkan mempunyai peminat di luar negara.


"Sebagai peminat Maxi, saya cuba menjemputnya hadir ke pertunjukan itu dan tidak sangka dia datang melihat persembahan saya. Apabila acara selesai, Maxi berjumpa saya dan menawarkan untuk berkolaborasi kerana kami sama-sama memperjuangkan reggae.


"Tambahan pula ia adalah satu cara untuk mendekatkan artis antarabangsa dengan artis Malaysia. Memang sangat gembira dapat menyanyi bersama penyanyi legenda reggae kerana saya baru 11 tahun dalam industri ini manakala Maxi adalah nama besar. Ini adalah satu penghormatan buat saya," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengambil masa seminggu untuk merakamkan lagu duetnya dengan Maxi, Island Queen, Sasi mengakui ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai penyanyi reggae.

Katanya, sebelum berangkat ke London, Sasi membuang jauh-jauh perasaan takut berhadapan dengan Maxi dan berharap segalanya berjalan lancar kerana ia membabitkan kos yang besar.

"Terlebih dulu saya menyiapkan lagu kolaborasi dengan Maxi, tetapi apabila tiba di London, hari pertama kami masuk studio rakaman Maxi tidak menyukai konsep lagu itu dan saya tidak mempunyai perancangan kedua.

"Saya hanya ada masa seminggu untuk merakamkan lagu itu dan sangat kesuntukan masa kerana terpaksa bermula dari awal. Hanya tajuk lagu saja yang kekal.

"Saya akui, itu adalah saat paling memberikan tekanan dalam hidup, tetapi sangat bernasib baik kerana studio yang kami gunakan milik penulis lagu untuk Black Eye Peas, Tippalrie. Dia membantu saya dan Maxi untuk mengubah lirik lagu itu," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Sasi melancarkan album terbarunya pada Julai lalu. Ia memuatkan 14 lagu termasuk satu lagu instrumental. Mempertaruhkan lagu Inggeris dan Tamil, album kedua ini lebih menumpukan pasaran luar negara.

Tambahan pula Universal Music India bercadang memasarkan album itu di India dan Sri Lanka. Walaupun menyesal tidak merakamkan lagu dalam bahasa Melayu untuk album ini, Sasi tetap melihat perkara itu dari sudut positif.

Selain berkolaborasi dengan Maxi, Sasi juga berpeluang bekerjasama dengan Anita Sarawak menerusi lagu One Love dan Jaclyn Victor (Devathai). Idea bergabung dengan artis lain itu timbul selepas kejayaan duetnya dengan Amy Search menerusi lagu Satu Impian.

Katanya, Anita turut nasihatkan dirinya supaya memikirkan pasaran luar negara dan sebab itulah memilih menghasilkan lagu Inggeris.

"Kata Anita, Industri hiburan tanah air sangat kecil dan untuk berjaya, seseorang artis perlu mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Bukan mudah untuk berkolaborasi dengan artis lain kerana kerjasama itu perlu memberikan impak kepada pendengar. Saya bangga berpeluang bekerjasama dengan Anita. Malah penantian saya selama empat tahun berakhir apabila berpeluang menyanyi bersama Jaclyn.

"Sebagai kelainan, kami menyanyikan lagu Tamil dan ia mendapat komen positif peminat. Lagu Devathai yang bermaksud Malaikat, mungkin akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Charice umpama Cinderella

Posted:

Charice umpama Cinderella

Charice umpama Cinderella

KETIKA berusia tiga tahun, dia telah melihat sendiri ibunya, Raquel diacukan pistol di dahi oleh bekas bapa kandungnya.

Trauma kekejaman dan penderaan dideritainya menyusuri perjalanan hidup Charmaine Clarice Relucio Pempengo sehinggalah usianya kini mencecah 19 tahun dan dikenali di seluruh dunia dengan nama komersialnya, Charice Pempengo.

Ternyata suatu pilihan yang tepat telah diambil ibunya yang membawa Charice dan adik lelakinya, Carl untuk berhijrah dari tanah kelahirannya di San Pedro, Laguna, Filipina sekali gus membuka ruang baharu buatnya sekeluarga.

Kata Charice pada satu kenyataan akhbar luar negara: "Kami sebenarnya datang daripada kosong! Apabila berpindah ke tempat lain kami tidak mempunyai sebarang perabot, kami tiada televisyen. Yang ada cuma pemain kaset dan pakaian yang kami pakai, kerusi pun terpaksa dipinjam daripada jiran tetangga."

Sangat menyentuh emosi kisah hidup gadis genit itu. Namun dibiarkan sejarah hitam dibenam jauh ke dalam Jurang Mariana, diselak satu demi satu saat manis yang hadir menjamah dirinya.

"Saya menganggap diri saya sebagai seorang penyanyi, mungkin juga seorang pelakon dan tidak mustahil juga seorang pemimpi," bicaranya ketika pertemuan sulung dengan media Malaysia di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menganggap dirinya bernasib baik, seolah-olah kisah dongeng Cinderella, Charice teguh memperjuangkan ideologi kejayaannya kepada peminat terutama dari kelompok Asia.

"Jika saya berjaya anda juga boleh berjaya, buat apa jua perkara yang selesa untuk kita buat dan ingin buat dan jadilah diri sebenar.

"Saya ingin terus memperjuangkannya dan sangat penting untuk orang tahu siapa sebenarnya saya," tanpa segan silu si gadis menyemat optimisme.

Bersuluh benderang cahaya yang menyilau di wajah, akui Charice dia masih merindui tempat asalnya di Filipina.

"Saya sentiasa merindui keluarga dan kawan-kawan di Filipina," ringkas jawapannya namun tersirat makna mendalam.

Kagumi Adele


CHARICE ketika muncul di samping aktres Lea Michele dalam satu babak Glee.


Whitney Houston, Mariah Carey, Celine Dion dan Beyonce antara barisan nama yang menjadi idolanya dalam bidang muzik.

Namun, jika diberikan pilihan kualiti suara yang diinginkannya dengan pantas penyanyi lagu Rolling In The Deep, Adele menjadi dambaannya.

"Kalau boleh saya inginkan suara Adele! Setiap kali dia menyanyi seluruh jiwa dicurahkan ke dalam lagu, dia juga ada suara yang sangat hebat," utaranya.

Dilihat lebih selesa menyandang gelaran ratu bersuara tinggi, Charice tetap mahu mencuba pelbagai genre lagu andai diberi peluang.

"Album pertama saya (CHARICE, 2010) lebih kepada balada, kini saya bersama produser, David Foster sedang merancang untuk mengeluarkan album kedua saya.

"Dalam album kedua saya akan lebih fokuskan kepada tarian dan lebih muzik pop, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa penyanyi terkenal antaranya Natasha Bedingfield, Bruno Mars dan Jojo untuk terlibat sama," katanya yang menganggap jika album itu berjaya ia seolah-olah mimpi menjadi realiti.

Ujarnya juga mengenai genre R&B: "Ia berkaitan jiwa, melalui lagu itu semahunya saya ingin menyampaikan mesej kemasyarakatan bukan sekadar mencapai not-not tinggi dan melontar vokal lantang."

Jadi peguam

Pastinya setiap insan ada impian masing-masing, begitu jua Charice. Katanya cita-cita sebenarnya untuk menjadi seorang peguam dan membuka firma sendiri.

"Saya tak nak orang lain lihat saya sekadar Charice yang hanya tahu menyanyi, saya juga ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, menjadi seorang peguam dan membuka firma saya sendiri," ujarnya ketawa.

Tambah Charice, impiannya lima tahun lagi pula adalah untuk menjadi seorang penerbit berjaya dan mengeluarkan seramai mungkin penyanyi dari Asia.

"Saya akan cungkil seramai mungkin bakat-bakat besar dari Asia dan membawa mereka ke persada antarabangsa, biar seluruh dunia mengenali kehebatan kita," berkobar-kobar dia menjawab.

Glee


CHARICE dikelilingi sebahagian wartawan hiburan Malaysia yang menemuramahnya secara berkumpulan baru-baru ini.


Sunshine Corazon, watak yang banyak mengubah perspektif penonton dalam drama bersiri muzikal popular Amerika Syarikat, Glee bagaikan sebati dalam diri Charice.

Ramai yang mengenali Charice dengan karakter itu berbanding diri asalnya, katanya tidak puas berlakon dalam tiga episod drama bersiri itu dan ingin melakukannya lagi.

"Kalau diberikan peluang beraksi lagi dalam musim ketiga, pasti tidak akan saya lepaskan. Seronok sebenarnya berlakon bersama mereka," tuturnya yang banyak belajar daripada pengarah berbakat, Ryan Murphy.

Menilai karakter utama Glee, Rachel Berry lakonan Lea Michele sebagai seorang profesional, Charice juga mengaku gementar ketika pertama kali digandingkan bersama.

"Saya sangat gementar dan takut semasa pertama kali berjumpa dengannya, tapi percayalah dia seorang yang sangat profesional.

"Banyak perkara yang diajar semasa di set penggambaran, dia juga sangat manis dan jujur," luah Charice.

Salma Hayek

Kemunculannya dalam Glee telah menjadikan nama Charice dikenali di seluruh dunia.

Justeru, gadis genit ini kini sudah menemui jalan mudah untuk menyemarakkan lagi namanya dalam dunia seni global.

Bakal muncul menerusi filem sulungnya Here Comes The Boom pada tahun depan, Charice bergandingan dengan pelakon tersohor Hollywood,

Filem yang diberi judul Here Comes The Boom yang merupakan komedi aksi dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Julai tahun depan.

"Dalam filem ini, saya memegang watak Malia iaitu seorang pelajar kepada cikgu biologi (lakonan Salma Hayek) yang bersusah payah mengumpul wang demi menyelamatkan program muzik di sekolah kami," katanya.

Selain Charice dan Salma, filem arahan Frank Coraci itu turut dibintangi Kevin James, Henry Winkler dan hos Fear Factor, Joe Rogan, Bas Rutten dan Reggie Lee.

Full content generated by Get Full RSS.

Amal Karyawan bantu artis

Posted:

Amal Karyawan bantu artis

Amal Karyawan bantu artis

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

SEJAK dulu lagi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sering membantu golongan artis yang mengalami kesusahan baik dari segi kesihatan mahupun yang mengalami kesempitan wang.

Full content generated by Get Full RSS.