Adsense

Khamis, 2 Jun 2011

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Perkahwinan Salih Yaacob dan Emi

Posted: 02 Jun 2011 02:41 AM PDT

Tahniah kepada Abang Salih Yaacob kerana telah memenuhi kuato sebagai seorang suami sejati. Saleh Yaacob adalah seorang penghibur tanah air dimana ia adalah seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio sinar.fm yang terkini telah melansungkan perkahwinannya yang ke 4 bersama pasangan tersayangnya iaitu SAMIHAH SHEIKH ALI atau penggilan manjanya EMI.

Jom lihat gambar perkahwinan salih yaacon dan EMI iaitu isteri yang ke 4, Isteri Muda gitu awww!!!

Emi menerima Mas Kahwin sebanyak RM 23 dan Wang hantaran sebanyak 25 ribu dari Salih Yaakob, layan Gambar Perkahwinan Salih Yaacob dan Emi Isteri ke 4 beliau.
1 101112131415161718 19
2
20
21
22
23
24
3
4
5
6
7
8

Gambar Zain Saidin separa bogel?

Posted: 02 Jun 2011 02:29 AM PDT

Mantap, Anggun, pelakon baru, tak perlu diperkenalkan lagi Zain Saidin seorang artis baru ke duni seni tanah air. Tindakan berani zain saidin mengundang beberapa persoalan dari khlayak peminat peminat nya didalam sesi sesi fotografi bersama RAP ala-ala seksi dengan membuka baju. Dengan nada yang cool kata Zain, tiada salahnya kalau dia berbuat begitu kerana ia satu bentuk fotografi. Lagipun sesi bergambar itu dilakukan di lokasi tertutup dan bukan mengganggu tumpuan umum. Dan kenyataan dibawah ini memperlihatkan diri sebenar Zain Saidin...

"Saya inginkan kelainan dalam sesi fotografi. Apa salahnya berkongsi tip penjagaan badan dengan pembaca RAP. Terus terang saya rasa selesa bergambar tanpa baju dan hanya mengenakan 'vest' dan jeans. Saya rasa ini tidak melampau. Lagipun saya bukan bergambar dengan pasangan artis wanita. Kalau ada pasangan lainlah halnya, nanti akan dipandang serong pula. " -sumber RAP




Jom layan gambar tersebut.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cantik, bersemangat

Posted: 01 Jun 2011 07:34 PM PDT

Hip

Cristina Suzanne Stockstill

Cristina Suzanne Stockstill

Gadis berdarah campuran Melayu-Jerman, Cristina cekal mengukir nama dalam dunia lakonan

BAKAT lakonannya memang masih belum teruji dengan watak besar dan mencabar walaupun sudah terbabit dalam beberapa drama TV, sesuailah dengan statusnya yang terlalu baru dalam industri hiburan.

Oleh kerana belum dikenali, menjadikan namanya masih asing dalam kalangan produser program TV dan filem, namun semangat getirnya menempuh alam penuh glamor terlalu berani diharungi. Nama yang indah, tetapi hampir tergeliat lidah untuk menyebutnya, Cristina Suzanne Stockstill, 26, secantik pemiliknya, namun tidak sukar untuk didekati kerana sifat peramahnya membuatkan sesiapa saja senang mendampinginya.

Memang melihat kepada namanya, terlintas dalam fikiran kita dia adalah gadis dari Eropah atau Amerika sekurang-kurangnya. Tapi apalah ada pada nama kalau tidak mengenali orangnya dengan lebih dekat.

Cristina sebenarnya adalah gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman. Dan, mengenalinya sudah tentu mengingatkan kita dengan beberapa pelakon yang turut memiliki darah yang sama seperti Ramona Rahman dan Maya Karin.

Bagaimanapun, Cristina, bakat baru yang dicungkil menerusi program realiti Pilih Kasih musim kedua, menjadikan kedua-dua aktres itu sebagai dorongan dan semangat untuk bertapak kukuh dalam bidang yang diceburinya
Tak lupa asal usul

PENAMPILAN dan keperibadiannya tidak langsung menggambarkan dirinya itu adalah gadis berdarah campur atau PanAsia kerana kekuatan jati dirinya masih kuat dengan cara hidup ketimurannya.

Dia juga tidak membataskan untuk dirinya bergaul dengan orang tertentu, sebaliknya senang bersama sesiapa saja malah tidak pernah disisih oleh masyarakat.

"Ada kalanya saya rasa, diri saya tidak seperti orang lain yang juga berdarah campur yang mungkin hidup senang, cantik dan glamor kerana mudah menjadi perhatian orang lain.

"Tapi saya masih seperti budak kampung yang lain, berpakaian biasa dan menggunakan bahasa Melayu, memakan ulam-ulam kampung serta bergaul dengan sesiapa saja.

"Tambahan pula saya tidak rasa yang ada kelebihan lain, malah sejak kecil saya berkawan dengan Orang Asli di Kampung Sungai Lembing, Pahang. Mereka mengajar saya berenang dan meneroka hutan," katanya yang berbangga kerana ibunya, Rohimah Mohd Taib mengajarnya hidup sederhana sejak kecil.

Sebelum terbabit dalam bidang lakonan sepenuh masa bermula tahun ini, Cristina terlebih dulu pernah bergelar pramugari sejak 2003 hingga 2009.

Menurut gadis yang memiliki ketinggian 168 sentimeter itu, kehidupan sederhananya yang diamalkan oleh keluarganya membuatkan dia lebih suka hidup berdikari tanpa menyusahkan orang sekeliling.

"Memasuki alam pekerjaan sejak 2003 sebagai pramugari mengajar diri saya bagaimana untuk menjaga diri di tempat orang. Banyak pengalaman yang diperoleh, terutama menuntut saya hidup berdikari.

"Seperti orang lain juga, selain pengalaman manis dapat melihat tempat orang, saya lebih mengenali budaya setempat dan bergaul dengan sesiapa saja di tempat yang saya tuju.

"Mungkin sudah terbiasa dengan cara hidup sederhana menjadikan saya kurang gemar ke tempat yang mewah. Malah saya lebih suka ke pasar awam dan tidak kisah dengan suasana yang kotor walaupun berlumpur. Dari situ saya belajar bagaimana untuk menjaga diri saya sendiri," kata anak kedua daripada tiga beradik.

Berguru dengan Erma Fatima

MENGENAI pembabitannya dalam lakonan yang seterusnya dijadikan kerjaya baru, Cristina berkata, sudah tentu perkara utama yang difikirkan ialah untuk mengukuhkan punca pendapatan selain menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat.

"Bidang lakonan ini saya mula ceburi sejak 2004 apabila ditawarkan oleh Erma Fatima, kami berkenalan melalui MySpace apabila saya yang memulakan perkenalan itu dengan mengundangnya menjadi teman laman sosial saya.

"Drama Cermin Pada Bulan adalah lakonan pertama saya dan mula tertarik dalam bidang lakonan ini. Namun saya akur yang saya tidak boleh membuat kerja dalam satu masa di mana ketika itu saya masih seorang pramugari.

"Ketika saya menjadi pramugari, keyakinan diri saya sangat rendah dan bidang lakonan ini sangat membina keyakinan saya," katanya yang kembali ke bidang lakonan selepas menamatkan kontrak bersama syarikat penerbangan pada 2009.

Selepas itu, Cristina menghadiri sesi uji bakat Pilih Kasih pada 2010 yang dipaksa oleh ibunya sendiri.

"Sebenarnya darah seni saya diperoleh daripada nenek yang dulu adalah penari di istana dan emak pula adalah penari kebudayaan. Tetapi malangnya, ilmu menari itu saya tidak dapat, malah saya lebih kepada bidang lakonan.

"Memang saya tidak sangka uji bakat yang saya hadiri itu diterima dan agak terkejut juga di mana Erma Fatima ketika itu juga adalah guru yang akan mengajar kami.

"Buat masa ini saya tidak kisah kerana orang masih tidak mengenali saya kerana saya berlakon baru beberapa drama dan menerusi filem pun hanyalah daripada produksi bebas saja.

"Sebab itu saya masih terlalu merendah diri di dalam bidang lakonan ini, saya tidak merancang apa-apa dan melakukan kerja lakonan mengikut rasa hati, ada tawaran saya akan menerimanya, sejauh mana mampu saya pergi hanya tuhan yang akan menentukannya," katanya yang pernah berlakon dalam drama Kasih Najihah dan Dia Bukan Maryam, kedua-duanya disiarkan di TV9.

Selesa guna nama sebenar

CRISTINA sebelum ini dikenali sebagai Kris Cempaka menerusi program Pilih Kasih musim kedua terbitan RTM. Namun sebaik tersingkir daripada program itu, Cristina memilih untuk kembali menggunakan nama sebenarnya yang menyimpan banyak nostalgia pada dirinya.

"Nama Kris Cempaka itu diberi oleh produksi Pilih Kasih. Memang saya hargai dengan panggilan itu yang memikirkan nilai komersial untuk saya mudah dikenali. Namun selepas keluar daripada program itu, saya mahu untuk menggunakan nama sebenar kembali walaupun saya masih mahu berada di dalam dunia lakonan ini.

"Saya sebenarnya tidak selesa dengan nama glamor, apa pun saya harus juga hargai nama yang sudah diberikan oleh keluarga saya. Di sebalik nama itu, sebenar ada ceritanya sendiri kenapa saya harus menggunakan nama Cristina Suzanne Stockstill.

"Cristina Suzanne adalah nama sepupu saya yang meninggal dunia ketika saya betul-betul dilahirkan ke dunia ini. Keluarga saya kata muka kami seiras cuma matanya saja berwarna biru.

"Stockstill pula adalah nama keluarga sebelah ayah saya yang berasal daripada Jerman, namanya Joseph P Stockstill," katanya yang mengakui masih belum memiliki teman istimewa di dalam hidupnya.

Katanya, karier yang baru ingin mencari tapak untuk dibangunkan harus diutamakan, malah tidak menolak ketentuan jodoh sekiranya dipertemukan dalam masa terdekat.

"Hidup saya hanya ada keluarga dan kawan-kawan, buat masa ini saya tidak ada perancangan untuk mencari teman hidup. Bukannya saya tidak ada pengalaman bercinta tetapi tidak ada jodoh.

"Biarlah saya menumpukan kepada karier saya dulu. Jika ditanya pilihan hati saya sudah tentu saya akan memilih jejaka yang 'cool', kelakar dan tidak suka terlalu romantik, kalau boleh dapat yang romantik komedi lagi suka," katanya.

INFO

Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak tahan asap rokok

Posted: 01 Jun 2011 07:25 PM PDT

Hip

pix_gal0
Aksi Liyana Jasmay sebagai perokok nampak janggal

MELIHAT Liyana Jasmay memegang watak sebagai perokok dalam filem pendek Asap: Cinta Terakhir arahan Aron Koh, timbul rasa lucu kerana pelakon muda itu seperti gagal menghayati wataknya dengan baik. Bukan lakonan tetapi cara seorang perokok menghisap rokok.

Liyana dilihat tidak menelan asap, sebaliknya dia hanya menghembus saja dan itu kelihatan cukup ketara di layar lebar. Ternyata melakukan aksi merokok, walaupun kelihatan seperti mudah tetapi kalau tidak kena caranya memang nampak janggal dan jadi kelakar. Malahan, apabila ia dilihat menerusi layar perak, ia nampak seperti dibuat-buat, bukan dilakukan dengan bersahaja.

"Saya bukan perokok dan akui agak sukar untuk menghayati watak sebagai seorang kaki rokok. Saya cuba menelan asap yang dihisap tetapi apabila berbuat demikian, saya batuk dan membuatkan sukar untuk mengucapkan dialog. Jadi selepas berbincang dengan Aron, saya dibenarkan untuk menghembus saja," katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Piere yang ditemui pada majlis berasingan, tidak berselindung bahawa dia sebenarnya seorang perokok. Bagaimanapun, jelas anak bujang kepada pelakon Khatijah Tan ini, perkara itu dilakukan sesekali saja.

"Saya adalah seorang perokok sosial. Jika saya bertemu kawan-kawan, saya akan merokok. Pun begitu, itu bukanlah penghalang untuk saya berlakon dalam filem itu. Filem itu mempunyai mesej yang baik dan saya lakukannya juga atas dasar persahabatan," kata Piere.
Mesej Asap kabur

SEBELUM ini kita sering disajikan dengan pelbagai kempen khususnya membabitkan bahaya merokok sama ada menerusi media cetak, ataupun elektronik.

Malah, saban tahun ada saja kempen diadakan termasuk mewujudkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap 31 Mei setiap tahun. Namun semakin kerap disogokkan dengan kempen sedemikian, hasilnya bukan seperti yang diharapkan.

Malah, berdasarkan kajian global lebih lima juta orang mati setiap tahun akibat merokok atau terdedah dengan asap rokok. Ia menyumbang sebanyak 63 peratus, manakala bakinya adalah disebabkan serangan jantung, angin ahmar, kanser serta penyakit berbahaya lain.

Justeru apabila New Age Studios Sdn Bhd tampil dengan filem pendek yang objektifnya adalah untuk menyokong kempen Gaya Hidup bebas rokok berjudul Asap: Cinta Akhir, ramai yang tertanya-tanya, apakah kempen seperti ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahawa merokok? Apa bezanya dengan kempen yang pernah dibuat sebelum ini?

Selepas melihat filem pendek selama 10 minit itu pada majlis pratonton serta pelancaran kempen Gaya Hidup Bebas Rokok - Asap: Cinta Akhir di GSC MidValley Megamall, pagi kelmarin, ramai yang berkerut dahi kerana mesej yang disampaikan kurang jelas.

Dalam filem Asap itu, Liyana memegang watak sebagai Lisa digambarkan sebagai gadis penjual rokok, yang juga perokok tegar. Dia ditemukan dengan lelaki terpelajar tetapi bersikap merendah diri bernama Bob (Pierre Andre).

Tidak banyak dialog sebaliknya penonton hanya mengetahui mereka pasangan kekasih berdasarkan bahasa tubuh masing-masing. Pelakon lain dalam filem pendek ini adalah bekas peserta One In A Million (OIAM), Iz Suliani sebagai penyanyi di kelab, tempat Lisa bekerja.

Penamat cerita ini meninggalkan banyak tanda tanya dan apa yang mengejutkan, Asap: Cinta Terakhir tidak menunjukkan bahaya merokok. Menjawab persoalan ini, Aron berkata kempen ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mengajar masyarakat mengenai bahaya merokok. "Apabila kami membuat keputusan untuk menghasilkan filem pendek mengenai kempen gaya hidup bebas rokok, sasaran kami adalah untuk golongan muda. Kempen ini untuk menyedarkan dan bukannya mengajar mana-mana pihak.

"Sebab itulah penamatnya sangat terbuka dan membiarkan penonton membuat andaian sendiri apakah yang berlaku sebenarnya," katanya.

Aron sebelum ini pernah memenangi Anugerah Khas Juri sewaktu Festival Filem Antarabangsa Bangkok menerusi filem Kurus.

Dia juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video seperti kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya.

Tambah Aron, hasrat mengarahkan filem pendek mengenai kempen bebas merokok sudah lama bersarang di hati tetapi disebabkan ketiadaan dana, impiannya itu ditangguhkan.

Bagaimanapun, bantuan Dana Belia 1Malaysia (Dana Belia) yang ditaja oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad kembali memberikannya harapan untuk meneruskan hajatnya itu.

"Daripada tujuh pemohon yang disenarai pendek, saya seorang yang berjaya mendapatkan dana itu," katanya yang bercadang untuk mencalonkan filem itu di Festival Filem Antarabangsa Pusan di Korea Selatan.

Filem pendek yang menelan belanja sebanyak RM130 ribu itu akan ditayangkan di laman sosial Facebook ASAP.MY.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar teman wanita Taukey kumpulan Jambu

Posted: 01 Jun 2011 11:28 PM PDT

awek taukey jambuTaukey daripada kumpulan Jambu dengarnya sekarang tengah hangat bercinta.. Melalui gambar kat bawah ni memang jelas yang mereka berdua ni tengah berbahagia bersama-sama kan.. Apa yang menariknya, Teman Wanita Taukey daripada kumpulan Jambu ni pun memang jambu orangnya.. Pandai Taukey memilih kekasih hati kan.. Tapi kami tak hairan pun kenapa Taukey boleh dapat awek cute macam tu.. dah muka Taukey pun iras-iras Dafi kan.. hahahaha..

Apa-apa pun Jambu memang terbaekkkk.. jom kita layan gambar teman wanita Taukey kat bawah ni…

teman wanita taukey kumpulan jambu

awek taukey kumpulan jambu

kekasih hati taukey kumpulan jambu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem Toyol Nakal

Posted: 01 Jun 2011 11:35 AM PDT

toyol nakal posterSinopsis Toyol Nakal:- Sebuah cerita Komedi semasa dengan lebih seribu ketawa. Toyol Nakal memulakan kisahnya dengan seorang budak yang digelar Toyol. Usianya baru 13 tahun tapi nakalnya sangatlah pelik. Dia sanggup meninggalkan bangku sekolah walaupun berasal dari golongan berada. Kawannya bukan saja seusia dengannya tapi orang dewasa.Walaupun nakal tapi hatinya mulia. Toyol yang lama meninggalkan kemewahan hidup pulang semula ke banglo tempat dia dibesarkan. Didapati suasana telah lain, ayahnya kahwin baru, itupun sesudah kematian ibunya beberapa tahun dulu.

Malam pertama ayahnya dengan mak mudanya banyak gangguan dibuat oleh Toyol. Sampai kepagi ayahnya tergelincir dari menjalankan tugas sebagai suami terhadap isteri yang baru dinikahinya. Bibik orang gaji selalu menasihati Toyol agar lebih bersopan tapi semuanya tidak diambil pusing oleh Toyol. Kerana tidak tahan dengan perangai anaknya Toyol, Tuan Ali membiarkan saja apa yang disenangi oleh Toyol. Budak nakal itu meninggalkan banglo dan kemewahan hidup. Di bandar, Toyol bertemu kawan dengan Aliff seorang bujang terlajak yang sama lebih kurang dengan perangainya.

Tapi Aliff yang dewasa lebih berwawasan. Mereka tinggal serumah, Aliff menpunyai seorang kekasih penjual bunga yang buta. Tiap kali pulang dari kerja Aliff akan menemui Hazira. Gadis buta itulah tempat Aliff melepaskan rindu pandangan. Berbagai perkara lucu berlaku bila penguatkuasa bertindak terhadap penjaja-penjaja haram di tepi jalan. Aliff turut melindungi "Stall" Bunga Hazira tapi tersalah langkah. Hazira pula yang memarahinya. Apa pun mereka berkawan semula. Toyol senang dengan perangai Aliff yang dianggapnya sebagai abang. Datuk Toyol yang bernama Al-Bana seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Dia benar-benar memelihara "Toyol Hantu" untuk kepentingan dirinya. Tapi akhirnya Al-Bana sendiri menjadi mangsa "Toyol Hantu" yang banyak syarat itu. Hingga si datuk sanggup mencabul kehormatan isteri orang yang datang berubat dengannya. Datuknya ditangkap polis. "Toyol Hantu" bebas. Tapi kehadiran "Toyol Hantu" dan budak yang digelar Toyol itu kian celaru. Macam-macam perkara nakal terjadi. Akhirnya "Toyol Hantu" tewas ditangan budak Toyol. "Toyol Hantu" mati terbakar. Apa pun meseg sebenar cerita ini ialah tentang Haliza yang buta mahu membuat rawatan di hospital.

Pembedahan memerlukan wang yang banyak. Aliff tidak ada wang sebanyak yang diperlukan. Toyol ada idea, ia membawa Aliff mencuri di sebuah rumah banglo kepunyaan ayahnya. Waktu itu ayahnya sedang tidur nenyak. Toyol ada kunci banglo dan tahu membuka "Safe". Duit sebanyak lima puluh ribu dikeluarkan. Dan dengan duit curi itu dapatlah Aliff membiayai pembedahan mata Hazira. Malangnya bila Hazira sudah celek dia tidak dapat menerima Aliff sebagai kekasihnya kerana Ariff kurang hensom. Kakanya Nisa memperkenalkan Azman kacak lawa dan kaya sebagai pasangan Hazira. Aliff hampa dan mambawa diri tetapi Toyol tetap setia dengannya. Mereka berjanji mahu menjadi manusia yang lebih berwawasan. Aliff dan Toyol datang "declose" pada Tuan Ali atas segala kesilapan dan kecurangan mencuri. Tuan Ali memaafkan dan minta Aliff membetulkan perjalanan hidup anaknya Toyol.

Tajuk Filem:
Toyol Nakal

Pengarah:
Z. Lokman

Penerbit:
Artistik Pictures Sdn. Bhd.

Dipawagam:
02 Jun 2011

Pelakon Toyol Nakal:
Joey Exist
Aaron Frando Alfred
Julia Ziegler
Abon
Mr.Os
Bobby

Trailer Toyol Nakal:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Popular di layar kaca

Posted:

Popular di layar kaca

Popular di layar kaca


KAMAL, Intan dan Fizo berjaya melakar nama dalam dunia seni tanah air dengan cara masing-masing.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tidak semua pelakon mampu mencipta nama seterusnya mempunyai peminat yang ramai dalam industri hiburan.

Ada sesetengahnya berjaya mencipta nama dengan sekali berlakon sahaja manakala ada sesetengahnya pula terpaksa bekerja keras untuk dikenali dan diterima peminat.

Bagi Kamal Adli, Intan Ladyana, Mia Sara Nasuha dan Fizo Omar, kehadiran mereka boleh dikatakan melalui tuah. Sebabnya, mereka tidak perlu mengambil masa yang lama menapak dalam industri hiburan untuk dikenali.

Mereka muda, kacak, cantik dan comel. Bakat yang ada masih lagi boleh digilap untuk memberikan lakonan yang lebih berkesan.

Mungkin tuah yang mereka kecapi adalah melalui pakej yang diperoleh atau mungkin tuah yang mereka peroleh melalui tawaran-tawaran drama atau filem yang dijayakan mereka.

Biarpun nama mereka tidak sehebat Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan sebagainya, kehadiran mereka mampu memberi impak kepada sebilangan besar peminat industri hiburan.

Mia misalnya terkenal selepas berlakon dalam drama Adamaya manakala Kamal terkenal melalui drama Bionik.

Intan pula terkenal melalui filem dan drama Adnan Sempit, sementara Fizo pula terkenal selepas berlakon dalam drama Siti Kelembai.

Mia seronok berlakon

Bagi Mia Sara Nasuha, 5, wajah yang comel dan kepetahannya bertutur menjadi platform buat dirinya diterima sekali gus diminati semua peringkat.

Drama Adamaya di TV3 sememangnya meledakkan nama Mia di persada seni tempatan. Telatah Mia ketika berlakon di samping Lisa Surihani dan Syed Hussein Syed Mustafa dalam drama itu menjadikan dirinya rebutan penerbit-penerbit.

Biarpun dikatakan kaku ketika berlakon, Mia tetap mendapat tawaran demi tawaran berlakon iklan, drama dan terkini filem.

Malah, filem lakonan yang dijayakannya bukan calang-calang apabila pengarah naskhah Nur Kasih, Kabir Bhatia menawarkan Mia watak Maryam iaitu anak kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz dan Aliya lakonan Ayu Raudhah.

Bukan itu sahaja, Mia juga dikatakan sekali lagi bergandingan dengan Lisa dan Shaheizy Sam untuk filem terbaru terbitan MIG Productions.

"Saya sendiri tidak sangka kemasukan Mia ke dalam industri seni diterima seperti hari ini. Memang pada mulanya saya hanya mengalakkan Mia berlakon iklan sahaja. Kebetulan, anak saudara jiran terlibat dengan produksi drama menyarankan saya untuk bawa Mia pergi uji bakat drama Adamaya.

"Pada mulanya saya tolak sebab faham penggambaran drama selalunya memakan masa yang lama dan bimbang Mia kepenatan. Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya dan Mia pergi ke uji bakat itu dan tidak sangka Mia berjaya," kata bapa Mia yang juga merangkap pengurusnya, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh.

Begitupun, Ridhuan nekad tidak mahu Mia meneruskan lakonan selepas tamat menjalani penggambaran Adamaya. Naluri kebapaannya berasa kasihan melihat anak nya itu yang kepenatan.

Sebaliknya, Mia pula tidak kisah dan cukup seronok dengan apa yang dilakukannya (berlakon drama). Ridhuan juga melihat kehadiran Mia dalam industri lakonan memberikan impak di hati masyarakat.

"Memang selepas penggambaran Adamaya saya nekad untuk tidak membenarkan Mia terlibat dalam lakonan. Tetapi, selepas tengok Mia seronok dan penerimaan orang ramai terhadapnya juga begitu ramai saya terfikir semula.

"Peminatnya juga sanggup membuka akaun Facebook untuk Mia dan dia mempunyai hampir ratusan ribu peminat. Bayaran yang diterima untuk lakonan Mia juga mampu menyara kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Saat ditanya sendiri kepada Mia mengenai penglibatannya dalam bidang lakonan, dia mengaku cukup seronok.

Walaupun sibuk berlakon, Ridhuan sentiasa memastikan Mia mendapat pendidikan sewajarnya.

"Setiap malam seorang tutor akan datang ajar Mia di rumah manakala di sebelah siangnya pula, Mia akan dihantar ke sekolah Islamic Montessori di Kota Damansara," katanya yang begitu selektif dalam membuat pemilihan watak untuk Mia.

Kamal suka karakter berbeza

Selepas menjadi juara pertandingan Hero Remaja 2008, Kamal Adli terus mengorak langkah menerima tawaran berlakon drama futuristik Bionik.

Membawakan watak sebagai Nik, seorang pemuda yang terjebak dalam kemalangan dan akhirnya dibangkitkan semula dengan ciri-ciri robotik, keberkesanan lakonan dan juga ketampanan wajah Kamal menjadikannya dikenali dan disukai peminat.

Selepas itu, wajah Kamal sering menghiasi slot-slot drama di stesen-stesen televisyen.

Antara drama dan filem lakonan Kamal ialah Impian Illyana Sunsilk, Renjis 2 dan Kembar Siang.

Bagi diri Kamal, kehadirannya sebagai pelakon tidak dirancang. Bekas pelajar Akademi TV3 itu pada mulanya ingin menceburi bidang pengacaraan.

"Sasaran sebenar saya sebenarnya untuk melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Tetapi tidak sangka terjebak di dalam bidang lakonan.

"Bila sudah berlakon barulah sedar yang saya mempunyai bakat," katanya yang akan menjayakan sesebuah drama atau filem sahaja sebelum menerima projek yang seterusnya.

Pelakon dari Pekan, Pahang itu juga memberitahu, suka menjayakan watak yang berbeza agar penonton tidak mudah bosan dengan lakonannya.

Katanya, dia berharap sangat jika dirinya diberi kepercayaan membawakan watak gangster kerana watak tersebut masih belum dicubanya.

"Saya suka melakonkan watak yang pelbagai dan berbeza. Saya tidak mahu dilabelkan stereotaip. Kalau mempunyai peluang saya teringin melakonkan watak gangster," katanya yang baharu sahaja selesai menjalani pengambaran filem PE3 di samping pelakon Farid Kamil dan filem muzikal Aku Ada Kau Ada di samping Shaheizy Sam.


KAMAL dan Intan masih tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa ini.


Selain itu, Kamal yang juga merupakan kekasih pelakon cantik Intan Ladyana itu juga baru sahaja selesai menjayakan penggambaran drama Ana Lul'lu di samping Nora Danish dan Cat Farish.

Intan belum ingin kahwin

Umum sudah mengetahui hubungan Intan dengan Kamal yang sudah terjalin lebih dua tahun. Keluarga keduanya juga tahu dan merestui hubungan kedua-dua selebriti tersebut.

Namun, menjadi persoalan kenapa Intan dan Kamal masih lagi tiada perancangan untuk berkahwin. Saat diajukan soalan buat pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahya, dia memberitahu, tidak mahu ada paksaan dalam hubungan.

Pelakon utama Adnan Sempit itu juga tidak mahu mememikirkan dan tidak meletakkan sasaran bila dia akan berkahwin.

"Saya tidak mahu fikir lagi tentang kahwin. Lagipun saya tidak meletakkan sasaran tertentu bila saya akan berkahwin. Jadi, saya tidak tertekan.

"Kamal pun sama juga. Fokus utama saya buat masa ini hanyalah lakonan. Insya-Allah, bila sudah kumpul aset dan sudah sampai seru saya akan berkahwin," katanya popular melalui drama Bionik di samping Kamal dan Sutera Maya di TV3 di samping Fasha Sandha.

Saat ditanya mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan, Intan bersyukur kerana tawaran lakonan sentiasa ada.

"Intan masih lagi terikat selama dua tahun di bawah MIG dan akan turun ke lokasi pengambaran filem Adnan Sempit 2 awal Jun ini," katanya yang juga merupakan pengacara program Chopp! di TV9

Mengulas mengenai filem Adnan Sempit 2, kata Intan, cerita itu masih mengekalkan pelakon yang sama dan ia merupakan kesinambungan filem Adnan Sempit.

Bezanya, cuma jalan cerita lebih menarik di mana Sam akan menguruskan urusan pejabat manakala Intan pula menguruskan urusan rumah tangga.

Fizo lima filem setahun

Fizo kini meletakkan sasaran untuk berlakon lima buah filem dalam masa setahun. Bukan cakap kosong tetapi niat yang akan dicapai melalui kesungguhan.

Buat masa ini, pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar itu sudah menjayakan tiga buah filem iaitu filem Kongsi, Halimunan dan Hello.

Fizo juga sanggup menolak tawaran drama bagi menjayakan misinya itu.

"Kalau boleh saya mahu berlakon sebanyak lima buah filem sebelum hujung tahun ini. Saya terpaksa tolak tawaran drama disebabkan kekangan masa.

"Buat masa ini saya bukan sahaja fokus berlakon filem tetapi juga sedang sibuk dalam bidang pengacaraan dan juga sedang sibuk menghasilkan sebuah buku masakan ala Thai," katanya yang mencipta nama dalam bidang lakonan menerusi drama Puteri Salju dan Siti Kelembai di TV3.

Mengulas mengenai buku masakan yang dijangka terbit dua bulan lagi itu, kesemua resipi yang terdapat di dalamnya merupakan resepi masakan Thailand.

Katanya, resipi-resipi tersebut semuanya daripada ibunya, Hasnah Jidin, 51, yang sememangnya berasal dari Thailand.

Saat ditebak dengan soalan mengenai teman istimewa, Fizo yang juga merancang membuka sebuah restoran pada tahun depan itu mengaku masih tidak punya teman istimewa.

Menyentuh mengenai kriteria wanita idamannya, katanya, wanita itu seharusnya mempunyai pendidikan, ada pegangan agama dan bekerjaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lee Hom sekadar pengapit

Posted:

Lee Hom sekadar pengapit

Lee Hom sekadar pengapit


LEE HOM mengakui dia ada keinginan untuk berkahwin.


DIA selalu menjadi pengapit pengantin tetapi entah bila pula dia sendiri akan menjadi pengantin.

Wang Lee Hom pernah menjadi pengapit sahabat baiknya, Jason Tang yang mengahwini Xiao Mi pada awal tahun ini. Sebelum ini dia juga pernah menjadi pengapit seorang lagi sahabatnya, hos TV Blackie Chen yang mengahwini Christine Fan.

Mengejutkan apabila Lee Hom mengakui dia akan menjadi pengapit lagi sebanyak dua kali sepanjang bulan Mei lepas sahaja.

"Saya sudah menganggap diri ini sebagai pengapit pengantin profesional," ujarnya dalam nada bergurau pada satu majlis di Shanghai, China, baru-baru ini.

Tambahnya: "Banyak orang melangsungkan perkahwinan sejak akhir-akhir ini, seolah-olah perkahwinan suatu jangkitan pula."

Namun, figura berusia 34 tahun itu mengakui tidak kisah jika diminta menjadi pengapit pengantin oleh rakan-rakannya

"Saya mempunyai ramai kawan. Itulah sebabnya saya banyak kali menjadi pengapit apabila mereka berkahwin. Lagipun, saya seronok melakukannya," ungkapnya.

Apabila ditanya adakah perkahwinan rakan-rakannya itu memberi impak terhadap keinginan dirinya untuk turut berkahwin, katanya: "Saya memang ada keinginan untuk berkahwin. Mungkin dalam tempoh antara bulan Jun hingga Disember. Tapi, tahunnya belum tentu lagi."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amukan Fasha di Twitter

Posted:

Amukan Fasha di Twitter

Amukan Fasha di Twitter

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


FASHA SANDHA sememangnya terkenal sebagai pelakon yang cukup berdisiplin.


SELEPAS heboh dengan kisah peribadinya, bintang kontroversi, Fasha Sandha sekali lagi mencipta kontroversi, kali ini di laman sosial Twitter. Fasha telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap seorang aktor kacak yang merupakan pasangannya dalam drama Dewa Cintaku disebabkan dia terpaksa menunggu kehadiran pelakon itu selama empat jam baru-baru ini.

Menurut Fasha, masa yang ditetapkan produksi untuk sampai ke Port Dickson, Negeri Sembilan adalah pukul 8 pagi sedangkan pelakon lelaki tersebut (yang tidak disebutkan namanya) hanya muncul pada pukul 12.30 tengah hari.

Namun, apa yang dikesali Fasha adalah, pelakon lelaki itu dikatakan langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya tiba di lokasi penggambaran drama tersebut di Port Dickson.

Disebabkan itu, Fasha melahirkan rasa amarahnya terhadap pelakon itu menerusi laman sosial Twitter.

Ramai yang membuat andaian pelakon lelaki yang dimaksudkan Fasha ialah Iqram Dinzly. Ini berikutan, mereka sememangnya digandingkan sebagai hero dan heroin bagi untuk drama rantaian Dewa Cintaku yang bakal disiarkan pada 20 Jun di TV3. Drama tersebut sehingga kini masih lagi menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terdapat tujuh Tweet yang dihantar Fasha menerusi Twitter miliknya yang menjurus kepada perasaan marahnya terhadap Iqram.

Bagi mengetahui lebih lanjut cerita sebenar di sebalik kemarahan Fasha, ikuti temu bual Kosmo! bersama Iqram baru-baru ini:

Adakah 'hero' yang datang lambat ke lokasi yang dimaksudkan Fasha dalam Twitter miliknya itu adalah Iqram?

IQRAM: Dia tidak beritahu nama. Jadi, saya tidak rasakan Fasha maksudkan saya.

Kenapa mahu menafikannya? Sedangkan berdasarkan Twitter Fasha, dia terpaksa menunggu 'hero' yang tidak muncul sejak pukul 8 pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR), Seremban. Bukankah drama Dewa Cintaku sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan dan hero drama itu sememangnya Iqram?

Saya tidak tahu sama ada hero yang dimaksudkan itu saya. Jika awak mahu tahu siapakah hero sebenar yang dimaksudkan Fasha, awak kena tanya dengan dia sendiri sebab dia yang tulis.

Berdasarkan Tweet dalam Twitter anda pula, anda ada beritahu terlambat ke lokasi disebabkan kemalangan pada tarikh yang sama dengan Tweet dalam Twitter Fasha, betul ke?

Memang call time (penggambaran) pukul 8 pagi dan saya sampai pukul 11 pagi tetapi bersebab. Saya terbabit dengan kemalangan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Selama tujuh tahun dalam industri lakonan, tanyalah dengan mana-mana produksi pernah ke saya lambat. Perkara seperti ini pertama kali berlaku pada saya. Jika adapun mesti ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Isunya kecil sahaja tetapi diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Fasha juga ada beritahu dalam Twitter, pelakon itu tidak minta maaf malah mempertahankan diri dan beri alasan.

Sampai sahaja ke lokasi saya terus jumpa pengarah dan minta maaf. Memang saya dididik kalau buat sesuatu yang tidak disenangi orang perlu cepat-cepat minta maaf. Lagipun, bukan saya seorang sahaja yang lambat. Penolong pengarah juga lambat kerana lambat dijemput oleh pengurus produksi. Orang yang menguruskan pakaian artis juga lambat sampai ke lokasi.

Fasha mempunyai seramai 86,301 pengikut setakat ini di Twitter. Tidakkah Iqram rasa dengan Tweet dia seperti itu boleh menjejaskan nama awak sekali gus menjejaskan periuk nasi anda?

Saya tidak rasa begitu. Lagipun dia tidak beritahu nama. Orang boleh membuat andaian. Saya sememangnya tidak pernah menimbulkan masalah selama ini. Jadi, orang boleh menilai daripada situ. Pelbagai dugaan saya hadapi saat ini. Baru-baru ini rumah saya juga dimasuki pencuri. Habis laptop dan duit tabung dicuri.

Apakah perkembangan Iqram dalam dunia seni sekarang?

Selepas habis drama bersiri Ayoub, saya terlibat dengan sebuah penggambaran drama komedi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selepas itu, saya menjalani penggambaran drama Kasih Alia dan Laila Manja. Terkini, saya sedang menjalani penggambaran drama Dewa Cintaku. Tahun ini memang merupakan tahun yang sibuk bagi saya. Pada 23 Jun nanti saya akan terlibat mempromosikan filem Rasuk yang menggandingkan saya bersama aktres Fouziah Gous.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rabu, 1 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Juliana Evans Tiada Kena Mengena Dengan #AdindaEvans

Posted: 01 Jun 2011 11:05 PM PDT

Semalam, kata kunci #adindaevans tersenarai dalam top twitter trend ekoran daripada pendedahan remaja berusia 14 tahun itu yang dipercayai mengakui bahawa dia pernah melakukan hubungan seks.

Remaja tersebut menyebut, "Yeah, aku jujor la dgn korang, AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mengaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thank you :) "

Kata-kata remaja itu sekaligus mendapat perhatian komuniti online serta pihak media. Hazrey.com ada menyebut :

Mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, sebarang hubungan seks dengan perempuan berusia bawah 16 tahun, ia adalah jenayah rogol. Biarpun ia (perlakuan seks) dilakukan dengan kerelaan kerana peruntukan undang-undang sudah jelas, ia tetap jenayah rogol.

Rogol statutori adalah berbeza dari rogol paksaan.

Tidak kira apa jua alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.

Hukuman yang disebutkan dalam seksyen ini adalah "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

Al-kisahnya, ada segelintir peminat yang beranggapan bahawa pelakon Juliana Evans mempunyai kaitan dengan #AdindaEvans. Namun, kekeliruan tersebut dengan serta-merta dijelaskan oleh Juliana Evans berbunyi, "Attention, dis #AdindaEvans has NOTHING to do with me and I don't have a sister. Don't ask me anymore k? :) "

Kisah #AdindaEvans ini dipercayai telah dibincangkan bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil melalui program MHI, pagi tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar Anak Perempuan Salma Mentor 5, Puteri Nurul Huda.

Posted: 01 Jun 2011 10:40 PM PDT

Gambar Anak Perempuan Salma Mentor 5, Puteri Nurul Huda.

Tak ramai orang yang tahu bahawa Salma sebenarnya memegang status janda dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda. Comel sangat budak ni, rasa nak picit-picit pipi!

Selepas kemenangan Salma tempoh hari, dia mendedahkan kisah peribadinya kepada pihak wartawan ketika berlangsungnya sidang akhbar. Puteri Nurul Huda, 3 merupakan hasil perkahwinan Salma ketika dia berusia 17 tahun, namun telah bercerai setahun kemudian.

Salma menambah, pada mulanya dia agak keberatan untuk berkongsi kehidupan peribadinya kerana ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap program Mentor 5. Salma juga menafikan kemenangannya kali ini disebabkan undi simpati. Ya, pada pendapat kami kemenangan Salma memang berasaskan bakat nyanyiannya yang mengagumkan, kan?

Terima kasih kepada rakan media RunWitMe yang sudi berkongsikan gambar anak Salma. Katakan hi kepada dia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Fiq Lancar Muzik Video Terbaru TRAGIS

Posted: 01 Jun 2011 10:33 PM PDT

FIQ LANCAR MUZIK VIDEO TERBARU TRAGIS

Single kedua Fiq bertajuk "Tragis" yang bakal dikeudarakan dalam jangka waktu terdekat ini, adalah mengisahkan kesan peperangan terhadap dunia dan umat manusia sejagat. Lagu ciptaan Amir dan lirik oleh Krang ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa mangsa peperangan.

"Tragis" bermula dengan penceritaan nasib malang mangsa peperangan. Rangkap pertama lagu ini menceritakan situasi selepas peperangan dengan gambaran hancurnya isi kota serta kematian anggota keluarga. Kesan daripada peperangan, hanya kesayuan dan kepiluan yang mengisi ruang kota, diselangi ratapan tangisan yang menggantikan segala keriangan yang dulunya mendiami kota.

Korus lagu ini pula adalah luahan rasa kepiluan apabila melihatkan kematian mangsa peperangan. Keadaan mangsa selepas berhadapan situasi perang turut dinyatakan dengan gambaraan mangsa yang telah terkorban dengan berlumuran darah. Bahagian 'bridge' yang diselitkan sebelum klimaks lagu ini pula merupakan doa kesejahteraan si mati untuk kehidupan di alam kematian.

Lagu yang disusun dalam rentak rock ini berakhir dengan ulangan korus sebanyak dua kali. Bahagian klimaks ini menyerlahkan kekuatan vokal Fiq sejurus menyampaikan mesej kesengsaraan kepada para pendengar.

LIRIK LAGU TRAGIS

Senilagu: Amir

Senikata: Krang

Hakcipta Senilagu & Senikata: Warner Chappell Publishing (M) Sdn Bhd

Dalam pilu, Dalam sendu

Dalam sayu, Nasib mu

Ditangismu… Kau mengaju…

Mana milikmu?… dan dunia mu?

Serentak waktu ranap kota mu

Rebah keluarga mu…

Dan hanya peluru menjawab seluruh

Pertanyaanmu…

*Korus

Air mata ku mencurah laju…

Melihat tubuh mu terkulai layu

Berserak darah mu, noktah hidupmu

Tragis begitu…

Ku juga merasa kesengsaraan mu

Dalam pilu, Dalam sendu

Dalam sayu, Nasib mu

Serentak waktu ranap kota mu

Rebah keluarga mu…

*Ulang Korus

Menggeletar aku

Melihat tubuh mu terkulai layu

Berserak darah mu, noktah hidupmu

Tragis begitu…

Ku juga merasa kesengsaraan mu

*Bridge

Doa ku akan menyusul

Buat mu… saudaraku…

Damai lah… di taman mu

Di tempat yang nyata

Di alam yang sebenar…

*Ulang Korus

Menggeletar aku

Melihat tubuh mu terkulai layu

Berserak darah mu, noktah hidupmu

Tragis begitu…

Ku juga merasa kesengsaraan mu

Fiq

Tags: , , , ,

Tags: , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Pesawat Lancar Single Terbaru HITAM
  • Video Muzik Artis Terkenal di Program Popular@Muzik Aktif
  • Video Lagu Katakan Datin Seri Tiara Jacquelina
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • KRU Studios Lancar Muzik Video Lagu Kerek
  • Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet
  • Muzik Video Altimet SYUKUR Guna Lagu Nilai Cintamu
  • Fiq Muncul Single Kedua TRAGIS
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ustazah Pilihan Astro Oasis

    Posted: 01 Jun 2011 07:11 PM PDT

    Selepas berjaya melahirkan sebuah program format asal bercorak keagamaan kontemporari yang mendapat liputan meluas dari media antarabangsa; Imam Muda, pihak Astro Oasis kini sedia untuk melancarkan sebuah lagi bercorak keagamaan kontemporari tetapi menumpukan kepada kaum Hawa pula yang diberi nama Ustazah Pilihan.

    ustazah pilihan astro oasis 2

    Budiey mendapat tahu, konsep program akan diumumkan di majlis pelancaran yang akan disempurnakan oleh YB Dato' Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Jun ini. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Haji Izelan Basar juga kan bersama-sama berkongsi maklumat tentang program terbaru Ustazah Pilihan.

    Jadi kali ini ASTRO OASIS akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

    Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda?

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Sertai Segunung Harapan Program Realiti Terbaru Astro Oasis
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis
  • Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin di Bahtera Perubahan Astro Oasis
  • Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.