Adsense

Sabtu, 1 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Syella Kamaruddin Seksi Dedah Dada

Posted: 01 Jan 2011 06:46 AM PST

Syella Kamaruddin ni kalau keluar gossip je sure gempak dan heboh Satu Malaysia. Ini adalah gambar terbaru yang ZoOm jumpa dari blog Sky sebentar tadi. Terkejut dan tergaman seketika apabila melihat gambar perempuan melayu dan beragama islam ni..Apa motif beliau berpakaian sedemikian rupa hanya dia yang tahu.

Apa Kata anda ?

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia - AL-Fatihah

Posted: 01 Jan 2011 04:29 AM PST

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk
 arwah Faizal Yusof

Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Al-Fatihah

Azam 2011 Artis Malaysia

Posted: 31 Dec 2010 09:34 PM PST

Diantara Selebriti yang berazam untuk tahun 2011 !!


Hans IsaacSelamat tahun baru 2011. Jangan selalu fikirkan tentang kerjasehingga lupa keadaan di sekeliling. Kita kena cari hidup yang seimbang. Carimasa untuk kerja, diri-sendiri, keluarga dan percutian. Jaga diribaik-baik.


Fizz Fairuz:Selepas saya kalah sebanyak dua kali dalam Anugerah Skrin 2009 danAnugerah Bintang Popular 2009, saya mahu menang banyak anugerah padatahun 2011. Saya akan mencari kekurangan dan penyebab kekalahan untuk membaikikelemahan yang ada


Fahrin Ahmad:Saya mahu memperlahankan karier seni saya dan mengubah transisi hidup.



Syed Aiman:Saya berharap kerjaya saya lebih berjaya pada 2011. Kalau boleh sayanak aktif semula dalam lakonan seperti dahulu.


Iqram Dinzly:Saya nak menunaikan haji di Mekah dan mendirikan rumah tangga. Sayajuga mahu meningkatkan jati diri. Apabila kita sudah kenal diri sendiri, baru kita boleh mengenali erti kemanusiaan.


Nita Hamzah Memandangkan saya agak lama sepi tanpa lagu baru, saya akan tumpukan perhatian dalam kerjaya dengan kemunculan single lagu terbaru. Insya-Allah, tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.


Datuk Siti Nurhaliza Saya mahu terus menjadi insan yang berjaya sama ada dalam kehidupan, karier dan perniagaan. Selain itu saya mahu meneruskan agenda 2011 yang masih belum dilaksanakan seperti konsert, album dan sebagainya. Saya harap, tahun 2011 akan membuka rezeki lebih luas kepada saya dan keluarga.


Erry PutraKalau boleh saya nak kahwin tahun ini walaupun masih belum bertemu dengan calon yang sesuai. Saya juga ingin berjaya dalam bidang nyanyian dan lakonan di samping berjaya di bidang perniagaan dan membuktikan insan seni juga boleh berjaya. Selain itu saya ingin tingkatkan keimanan saya kepada Allah serta berjaya dalam kehidupan.


Fazli Zainal Nantikan single terbaru saya, Suara Hati yang dicipta oleh Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya. Saya tidak ada terlalu banyak harapan. Cuma mengharapkan agar industri muzik Malaysia bangun semula seperti semangat bola yang berlaku baru-baru ini. Macam itulah semangat yang kita kena ada. Bukan sekadar pemain yang bertarung tetapi peminat perlu menyokongtanpa berbelah bahagi. Selain itu saya harap stesen radio mula menyokong lagu-lagu tempatan.


Scha Al-Yahya Saya ingin menjadi seorang anak yang lebih baik dan seorang pelakon serta pengacara yang serba boleh. Kemudian saya ingin ingin mempelbagaikan watak dalam lakonan.


Rabecca Nur Al-Islam Dengan kekuatan tenaga yang ada, saya ingin bekerja dengan lebih kuat sehingga ke tahap mendapat anugerah. Kemudian saya ingin membina sebuah keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.


Hunny Madu Semoga saya menggunakan masa dengan lebih produktif, belajar bahasa Sepanyol serta membanyakkan membaca berbanding tahun 2010 dan pada asa yang sama, saya ingin terbitkan album penuh sendiri bersama syarikat Mtertain Sdn Bhd.


Zizan Raja Lawak Ingin menjadi orang yang lebih berdisiplin, cool, maju dan bijak. Saya juga ingin menjadi duta bagi kempen 'Tak Nak Pada Rokok'. Selain itu, saya ingin memberi kesenangan hidup kepada ibu dan ayah saya.


Farah AsyikinSemoga saya dipanjangkan umur dan sihat walafiat agar dapat menjalankan perancangan yang ada dengan lancar. Semain itu saya berdia untuk dimurahkan rezeki.


Zoom : Apa kata anda komen la :)

Azam Faizal Tahir Ingin Tambah Anak 2011

Posted: 31 Dec 2010 09:27 PM PST

Alhamdulillah semoga niat murni ingin menambah ahli keluarga akan dimakbulkan dalam tahun 2011 ni, walaupun ada gossip diluar sana yang mengatakan keluarga ini seak namun sedang retak namun Faizal Tahir tetap menepis segala tuduhan liar tersebut.


Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa'ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.


Benda yang tak boleh dibeli dengan duit

Posted: 31 Dec 2010 09:23 PM PST

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama "duit". Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan
hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan "duitnya".

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.- 

Selamat Tahun Baru 2011 Daripada Zoom Admin

Posted: 31 Dec 2010 09:19 PM PST

Dalam  kesibukan dengan tugas-tugas seharian ZoOm nak selitkan juga posting 1 Jan  2010 untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis

Kita ni dah berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan. Pahit manis jangan dibuang, jadikan dia teladan dan sempadan. Sejarah diri yang kita sendiri boleh kaji dan pelajari untuk kebaikan diri sendiri. Moga apa yang kita semua lalui ini akan mengajar kita satu erti hidup dalam mematangkan lagi diri.

Bagaimana biasa, tahun baru masihi akan disambut meriah, tak serupa tahun baru hijrah. Namun tak salah kita nak sambut tahun baru yang bakal menjelma ni tapi haruslah bersyarat. Jangan ada unsur unsur keagamaan yang membawa kita menyimpang dari Islam, jangan gatai lebih bercampur lelaki dan pompuan, agama kena jaga dan pelihara. Kalau kita tak jaga, sapa lagi yang nak diharapkan. Elakkan hiburan-hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan.

Azam, pun tak salah nak berazam... tapi kena realistik dan mampu direalisasikan oleh kita. Takkan kita tak tau kot kemampuan diri, boleh buat ka tak boleh... hihi... Kesimpulannya, jom la kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2011 nanti.

Azam Baru Zoom untuk www.zoomartis.net, ingin menubuhkan kelab dan aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca selain mengeratkan silaturahim diantara pembaca. Insyallah.

Dan Semoga tahun baru ini akan membawa satu azam yang mengembirakan hati anda..

Apa azam baru anda tahun ini ? marilah berkongsi bersama dengan pembaca di Zoomartis.

Maizawati Bekas Isteri Ustaz Akhil Kemalangan

Posted: 31 Dec 2010 09:12 PM PST

Diawal pagi tahun baru ni kita dikejutkan dengan berita kemalangan bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36. Syukur alhamdulillah, Maizawati dilaporkan stabil bersama kandungannya berusia 5 bulan itu.

Kemalangan tersebut berlaku pada 5:15 pagi 28 Dis tu melibatkan kenderaan yang dipandu Maizawati dengan sebuah kenderaan lain di Ipoh. Terkini Maizawati telah selamat selepas menjalani pembedahan tangan kirnya yang patah dan sekarang ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jamal ditaja RM setengah juta

Posted:

Jamal ditaja RM setengah juta

Jamal ditaja RM setengah juta

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto FATAH SULAIMAN


Amanda Brown membantu Jamal Abdillah mencuba sut yang akan digayakan nanti.


SELAMA lebih tiga dekad menabur keringat menghiburkan orang, siapa sangka Jamal Abdillah masih mampu bertahan hingga hari ini. Cukup panjang perjalanan karier penyanyi ini, tapi dia membuktikan masih unggul dalam kelasnya yang tersendiri.

Kalau disorot kembali suka duka anak kelahiran Perak ini, tidak semuanya indah. Pelbagai ranjau dan onak duri yang telah ditempuhinya menjadikan dia semakin kuat melawan gelora.

Katalah apa sahaja pada dirinya, Jamal tetap Jamal. Suaranya yang cukup digilai ramai itu sentiasa memukau biarpun seringkali mendengar lagu-lagu hits dendangannya.

Tapi kini nama Jamal terpahat dalam ingatan. Dia antara penyanyi yang menjadi pilihan peminat selain berpeluang untuk kembali beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 7 Januari ini.

Konsert J2011 Lagenda itu merupakan penghargaan Jamal buat peminat setianya tak pernah jemu menyokong kerjaya seninya sejak memenangi Bintang RTM pada tahun 1979 lagi.

Paling mengujakan sudah pasti melihatkan senarai penaja yang bersedia di belakang figura ini bila-bila masa sahaja. Kali ini Jamal bertuah apabila label pakaian jenama Mr. Brown sudi menaja pakaian sepanjang konsert solonya nanti.

Bukan calang-calang artis yang bertuah seperti Jamal yang dapat memakai sut mewah berharga ribuan ringgit. Malah, menerusi kerjasama kali pertama ini juga memberikan impak apabila pemilik rangkaian jenama Mr. Brown sudi menaja pakaian berharga lebih RM500,000 sepanjang tahun 2011 ini.

Ini bermakna Jamal akan memakai persalinan rekaan Amanda Brown yang juga merupakan pemilik label yang cukup popular di Denmark ini.

Berpeluang bertemu pujaan Malaysia Khamis lalu, Jamal ternyata teruja dengan tajaan tersebut. Ujarnya tidak ada apa yang mampu membuatkan dia gembira apabila ada pihak yang masih sudi bersamanya hingga hari ini.

"Sudah pasti saya cukup bertuah dan bersyukur atas tajaan yang diberikan oleh Amanda kepada saya. Ini merupakan kerjasama pertama kami yang nampaknya memberikan impak kepada saya.

"Bila dia kata dia sudi untuk menaja pakaian saya sepanjang tahun, itu menambahkan lagi rasa gembira. Saya pasti ramai yang tahu pakaian keluaran Mr. Brown ini cukup eksklusif dan bergaya," katanya ketika ditemui di Butik Mr. Brown di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Amanda selaku pemilik jenama Mr. Brown turut melahirkan rasa gembira apabila impiannya untuk menabur bakti kepada penyanyi kesayangannya sejak kecil lagi menjadi kenyataan.

"Inilah impian saya nak melihat penyanyi seperti Jamal Abdillah kelihatan elegan dan berkarisma sepanjang dia membuat konsert.

"Kerjasama ini bukan setakat untuk konsert kali ini, tetapi juga pihak kami dah bersetuju untuk menaja sut mewah setiap kali Jamal membuat persembahan sepanjang tahun ini.

"Ini mungkin sebagai tanda terima kasih kami kepada Jamal yang tak pernah jemu-jemu menjadi penghibur berjuta rakyat Malaysia sejak dahulu lagi," kata Amanda lagi.

DebaranKURANG seminggu sebelum kembali ke petas IB, Jamal cukup gementar apatah lagi konsertnya itu akan menjadi pembuka kalendar IB untuk tahun 2011.

Jelas Jamal, pelbagai persediaan telah diatur bersama dengan barisan pemuzik yang akan mengiringi persembahan empat malam itu.

"Memang saya berdebar memandangkan saya akan menjadi pembuka tirai IB tahun in. Macam-macam persediaan yang telah saya lakukan termasuklah menambahkan lagi kecergasan untuk beraksi.

"Banyak kelainan yang akan saya tampilkan kali ini. Ia memang sedikit berbeza berbanding dengan konsert yang lalu memandangkan pilihan lagu-lagu yang lebih cermat untuk peminat semua.

"Antara pembaharuan yang saya akan lakukan termasuklah menyanyikan semula lagu-lagu lama yang jarang ke udara. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu penyanyi legenda yang cukup popular satu ketika dahulu.

"Kali ini saya menjemput Datuk Dr. Ahmad Nawab untuk bersama-sama saya dalam konsert istimewa ini. Ada lagu baru yang diciptakan olehnya berjudul Suraya. Lagu itu memang dicipta khas untuk konsert kali ini dah akan diperdengarkan kepada peminat pada malam tersebut," jelas Jamal satu persatu.

Biarpun sudah cukup masak dengan industri hiburan tempatan, ada kala hatinya cukup terusik dengan cakap-cakap orang yang mempertikaikan kemunculan semula dirinya ke pentas bertaraf dunia itu.

Jelas Jamal semua itu bukan satu masalah dah tidak timbul soal berat sebelah dalam kemunculan semulanya itu.

"Melalui syarikat saya, kami menghantar proposal kepada pihak Istana Budaya untuk kembali beraksi. Saya mahu masuk, saya kena usaha. Ini bukan soal berat sebelah seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Saya tak kecewa dengan cakap orang. Tapi kalau boleh biarlah mereka tahu apa yang berlaku," ungkap Jamal lagi.

Konsert J2011 Lagenda akan berlangsung mulai 7 hingga 10 Januari ini. Tiket-tiket berharga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Khurafat cara Syamsul

Posted:

Khurafat cara Syamsul

Khurafat cara Syamsul

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH



PENONTON filem seram tempatan hari ini semakin ke depan apabila sering terdedah dengan banyak filem-filem genre seram dari luar. Secara tidak langsung, mereka akan mula bijak membandingkan filem tempatan yang menampilkan elemen filem seram luar yang pernah mereka tonton sebelum ini.

Ini kerana sebuah filem seram acap kali bersandarkan kepada penciptaan visual dan kesan bunyi yang mampu mengesankan penonton untuk menimbulkan kesan seram.

Justeru, apabila Syamsul Yusof pertama kali mengarah filem seram, cabaran besar menanti Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) itu untuk menghasilkan filem seram yang ada kelainan.

Filem arahan terbarunya berjudul Khurafat - Perjanjian Syaitan masih lagi tidak dapat lari dibangunkan dengan unsur-unsur aksi mencemaskan, seram dan penuh suspens.

Khurafat boleh dianggap percubaan berani Syamsul menerusi filem genre seram pertamanya dan merupakan karya seni yang boleh dibanggakan dari segi kualiti produk dan imej.

Kesan visual yang dihasilkan cukup berkesan selain filem itu dikuatkan dengan kesan bunyi yang baik untuk membentuk mood keseluruhan filem.

Filem keempat Syamsul itu mengisahkan mengisahkan perjanjian terlarang, iaitu persekongkolan antara manusia dan syaitan yang akhirnya membawa kepada bahana besar.

Khurafat bermula dengan kisah Johan lakonan Syamsul sendiri yang bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital kerajaan.

Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, Aisyah yang pada awalnya hidup aman dan bahagia.

Namun tanpa disangka ujian datang melanda mereka di pertengahan jalan cerita apabila pasangan itu sering menerima gangguan misteri yang berterusan.

Namun kematian bekas teman wanita Johan, Anna yang cintanya ditolak berkali-kali berjaya membongkar misteri yang berlaku di dalam Khurafat. Khurafat dimulakan dengan adegan-adegan awal yang menarik, plotnya terkawal dan bergerak secara suspen.

Namun momentum Khurafat mula timbul apabila memasuki pertengahan jalan cerita dengan kemunculan misteri seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja.

Kematian Anna dengan cara membunuh diri dan babak van jenazah jatuh ke dalam gaung serta usaha Johan menyelamatkan di dalam hutan pada waktu malam pula membawa kepada penamat Khurafat yang tidak disangka.

Adegan penamatnya yang membawa pada kematian dramatik jelas membuatkan adegan itu cukup penting sebagai kesimpulan pada keseluruhan filem ini.

Penonton akhirnya mendapat jawapan kenapa Johan mengiringi seorang jenazah bersama orang kampung ke tanah perkuburan sambil menitiskan air mata pada permulaan filem itu.

Siapakah jenazah yang diiringi itu dan apakah ia cuba memberikan isyarat tertentu antara hubungan dengan Johan? Semuanya bakal terjawab apabila Khurafat akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis ini.

Khurafat yang menelan kos termasuk promosi berjumlah RM1.7 juta itu turut dibintangi Liyana Jasmay yang melakonkan watak Aishah, Sabrina Ali (Anna), Fauziah Nawi (ibu Johan), Mariani (nenek) dan Latif Borgiba (bomoh).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fenomena Bieber

Posted: 31 Dec 2010 07:00 PM PST

Hip

pix_gal0
Di puncak populariti ketika berusia 16 tahun

BINTANG sensasi remaja kelahiran London, Ontario, Kanada ini diakui antara fenomena pop luar biasa yang dicetuskan oleh laman YouTube. Justin Drew Bieber memulakan langkahnya untuk mendaki puncak populariti pada usia 12 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.

Keampuhan populariti Justin Bieber kukuh pada usia 16 tahun apabila namanya meraih perhatian luar biasa di laman media sosial. Justin dilihat sebagai simbol kejayaan, contoh terbaik remaja yang berjaya menggapai cita-citanya pada usia belasan tahun.

Semua itu tidak mungkin akan dinikmatinya jika tidak kerana usaha ibunya, Pattie Mallette. Pattie memuat naik video persembahan Justin ketika menyertai satu pertandingan nyanyian di Stratford yang mengangkatnya sebagai naib johan.

"Saya menyertai pertandingan nyanyian Stratford Idol. Kebanyakan yang turut serta mengambil kelas nyanyian dan vokal, sedangkan saya tidak pernah serius menyanyi.

"Saya gemar menyanyi di sekitar rumah. Ketika itu saya baru berusia 12 tahun tetapi memenangi tempat kedua," katanya.
Kesungguhan memuat naik video pelbagai siri persembahan Justin menyanyikan lagu R&B popular tanpa disangka memacu populariti kepada remaja yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 itu.

"Saya memuat naik video nyanyian daripada pertandingan di YouTube kerana mahu kawan-kawan dan keluarga dapat menontonnya.

"Tetapi ia menjadi sebaliknya apabila orang lain menyukai persembahan saya dan mula mengikutinya. Bermula dari situ, saya memperoleh kontrak rakaman," katanya.

Pada American Music Awards ke-38 yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada 21 November lalu, Justin mendominasi kemenangan dengan mengenepikan penyanyi senior untuk meraih pengiktirafan tertinggi, Artis Tahun Ini.

Dia menghampakan nama terkenal seperti Usher, Eminem, Lady Gaga, Katy Perry dan Kei$ha untuk menerima gelaran itu selain mencatat sejarah sebagai pemenang terbanyak pada malam berkenaan.

Selain trofi Artis Tahun Ini, Justin turut diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Cemerlang, Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Album Pop/Rock Pilihan menerusi album, My World.

Justin menewaskan Eminem dan Usher bagi kategori Artis Pop/Rock Pilihan, serta mengenepikan Katy Perry dan sekali lagi Eminem untuk kategori Album Pop/Rock Pilihan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan One Less Lonely Girl itu mencatat sejarah sebagai penyanyi paling muda memenangi anugerah utama American Music Awards yang dianjurkan sejak 1973.

Justin memulakan kerja produksi susulannya Julai lalu bersama penyanyi dan penulis lagu British, Taio Cruz yang menyumbangkan lagu untuk album yang bakal dipasarkan awal tahun depan.

Legenda hip hop, Dr Dre pula menerbitkan dua lagu yang dirakamkan pada Julai lalu.

Remaja bijak itu tidak hanya menyandarkan kekuatan bakatnya kepada nyanyian saja. September lalu, dia muncul dalam siri jenayah terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation melakonkan watak remaja bermasalah.

Filem 3D yang menceritakan perjalanan hidupnya juga diterbitkan. Produksi arahan John Chu itu dijangka menemui peminat di pawagam pada Februari depan.
Satu impiannya, Justin berharap kejayaannya menjadi contoh kepada peminat muda.

"Saya berharap segala yang dilalui ini akan mempengaruhi orang lain secara positif. Mesej saya setiap kita mampu melakukan apa saja jika meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap usaha itu.

"Saya tidak membesar dalam kemewahan, malah hidup saya penuh kekurangan. Tetapi kesulitan lalu membentuk saya menjadi kuat, bahkan membina karakter saya hari ini," katanya.

Benar kejayaan tidak sentiasa membentangkan keselesaan kepada seseorang. Justin juga tidak terlepas daripada berdepan sasaran mereka yang kurang senang dengannya.

Namanya dikaitkan dengan petikan video porno yahg diceroboh di YouTube, malah gambarnya pernah diubahsuai menjadi imej lucah selain dikatakan meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan.

Namun, semua dugaan itu memberi kekuatan kepadanya untuk mencipta lebih kejayaan dan menawan hati jutaan remaja wanita yang tertarik dengan imej baik dan percakapannya yang penuh santun.

INFO:

  • Bakat Justin dikesan pada 2008 oleh Scooter Braun yang secara tidak sengaja menonton video nyanyiannya menerusi YouTube. Scooter kemudian menjadi pengurus Justin dan mengatur pertemuan dengan Usher di Atlanta, Georgia seterusnya menandatangani kontrak dengan Raymond Braun Media Group (RBMG), syarikat milik bersama Scooter dan Usher.
  • Dia kemudian menandatangani kontrak bersama Island Records sebelum muncul dengan single pertamanya, One Time pada 2009. Album studio penuhnya, My World 2.0 dilancarkan di pasaran pada 23 Mac lalu serta menguasai carta single dan album terlaris dengan jualan mencecah tahap platinum iaitu sejuta unit.
  • Justin juga melakar sejarah sebagai artis pertama yang memiliki tujuh lagu daripada album sulung berada dalam carta Billboard Hot 100.
  • Selepas lahir bersama My World, Justin mencipta fenomena YouTube dengan menjadi raja media online apabila 100 juta peminat menonton video persembahannya.
  • Di laman sembang mikro, Twitter namanya dilawati lebih 84,846 kali sehari manakala di Last.fm mencatat lagu nyanyiannya dimainkan lebih 1,854,917 dalam tempoh 24 jam.
  • Tahun lalu, Justin kekal pada kedudukan pertama dalam carta Top 10 Most Tweeted Brands di Ad Age manakala Celebuzz menamakannya sebagai antara Top Ten YouTube Superstars dekad ini.
  • Selepas melancarkan My World 2.0, produksi itu mencatat jualan platinum di Amerika Syarikat dalam tempoh tidak sampai dua bulan dipasarkan.
  • Justin juga menerima 11,000 peminat baru setiap hari di laman Twitter miliknya, selain lagu nyanyiannya, Baby mencatat sebagai lagu hit antarabangsa sekali gus memperkasakan lagi nama Justin Bieber.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    @Sinepleks: Aksi menggegar di pawagam

    Posted: 31 Dec 2010 06:54 PM PST

    Hip

    Deretan filem besar tunggu giliran tayangan sepanjang 2011

    TAHUN 2011 bermula dengan aksi yang pasti mendebarkan apabila Sony Pictures menghidangkan filem berjudul Faster lakonan bintang lasak terkemuka, Dwayne Johnson, untuk hiburan peminat. Filem arahan George Tillman Jr ini akan mula diputarkan di Malaysia pada 13 Januari.

    Dibantu oleh Carla Gugino, Maggie Grace, Moon Bloodgood dan Billy Bob Thornton, filem ini mengisahkan Driver (Johnson) yang keluar dari penjara dengan satu matlamat - untuk membalas dendam atas kematian adik lelakinya. Pemuda itu terkorban dalam kejadian rompakan bank, yang menyebabkan Driver dimasukkan ke lokap. Bagaimanapun selepas saja dibebaskan, dia diburu dua lelaki iaitu anggota polis veteran yang beberapa hari saja lagi akan bersara (Thornton) dan pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen) yang sentiasa mencari lawan sesuai dengan keupayaan dirinya.

    Aksi di layar lebar diteruskan dengan filem The Green Hornet (3D), yang akan memasuki panggung pada 27 Januari. Karya arahan Michael Gondry ini membariskan pelakon seperti Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Tom Wilkinson dan Christoph Waltz.

    Britt Reid (Rogen) ialah anak lelaki seorang jutawan media yang gemar berparti dan hidup tanpa arah tujuan. Kematian misteri bapanya (Wilkinson) membolehkan Reid mewarisi empayar berkenaan. Bersama pekerja bapanya, Kato (Chou), mereka akhirnya berusaha melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan, iaitu memerangi jenayah.

    Daripada aksi tembak-menambak dan pertarungan, peminat akan dipersembahkan pula dengan aksi di pentas persembahan oleh Cher, Christina Aguilera, Stanley Tucci, Kristen Bell, Eric Dane dan Cam Gigandet menerusi filem Burlesque, pada 17 Februari. Drama muzikal dan cinta ini diarahkan Steven Antin.
    Ia berkisar mengenai seorang gadis dari pekan kecil, Ali (Aguilera) yang datang ke Los Angeles untuk mengejar impian. Pada awalnya, dia hanya bekerja sebagai pelayan di The Burlesque Lounge. Di situ, dia berkawan dengan penari dan dirapati pekerja bar, Jack. Kehebatan vokal Ali juga berjaya mengembalikan era kegemilangan kelab berkenaan, sehingga ada yang datang menawarkan peluang keemasan.

    Seterusnya, peminat dapat menyaksikan aksi peperangan antara dua spesies - manusia dan makhluk asing - dalam filem fiksyen sains, World Invasion: Battle Los Angeles. Filem arahan Jonathan Liebesman ini mengisahkan sekumpulan tentera diketuai Sarjan Michael Nantz (lakonan Aaron Eckhart) berdepan dengan serangan musuh asing yang cuba mengambil alih bekalan air, seterusnya memusnahkan apa saja halangan yang datang.

    Ditayangkan pada 17 Mac, filem ini turut dilakonkan Michelle Rodriguez, Michael Pena, Bridget Moynahan, Lucas Till dan Ne-Yo.

    Pada 14 April pula, tiba giliran filem bercorak thriller berjudul Hanna menemui penonton di pawagam. Bintang handalan seperti Cate Blanchett, Eric Bana dan Saoirse Ronan menjayakan filem arahan Joe Wright ini.

    Ia berkisar pada seorang remaja, Hanna (Ronan) yang mempunyai kekuatan dan kepintaran seperti seorang askar, setelah dibesarkan oleh bapanya (Bana) yang juga bekas ejen CIA di kawasan pedalaman Finland. Hidup tidak seperti mana remaja lain, dia dididik untuk menjadi pembunuh yang sempurna.

    Sementara itu, pelakon Paul Bettany, Karl Urban, Maqqie Q, Lily Collins dan Cam Gigandet akan menghiburkan peminat menerusi filem aksi thriller berjudul The Priest, pada 12 Mei.

    Diarahkan Scott Stewart, filem yang dihasilkan dalam bentuk 3D ini mengisahkan Warrior Priest (Bettany) melanggar sumpahnya sendiri demi menyelamatkan anak saudaranya (Collins) yang diculik sekumpulan pontianak pembunuh, sebelum gadis itu bertukar menjadi seperti penculiknya. Pengembaraan itu disertai kekasih anak saudaranya (Gigandet) dan wanita yang mahir bertarung (Maggie Q).

    Turut disenaraikan Sony untuk menemui peminat di pawagam sepanjang 2011 ialah filem komedi lakonan Reese Witherspoon, Owen Wilson dan Jack Nicholson, How Do You Know, pada 3 Mac; filem komedi cinta lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston, Just Go With It (31 Mac), drama lakonan Masikowska dan Jane Adam, Restless (7 April); dan filem bercorak thriller lakonan Minka Kelly dan Leighton Meester, The Roommate (21 April).

    Judul lain ialah Zoo Keeper yang dibintangi Kevin James, Rosario Dawson dan Leslie Bibb pada 11 Ogos; The Smurfs (3D) yang meminjam suara Jonathan Winters, Anton Yelchin dan Katy Perry (8 September); komedi Friends With Benefits lakonan Emma Stone, Mila Kunis dan Justin Timberlake (22 September); drama Anonymous dibintangi Vanessa Redgrave, Rhys Ifans dan David Thewlis (10 November); animasi Arthur Christmas (3D) yang menggunakan suara James McAvoy, Hugh Laurie, Bill Nighy dan Jim Broadbent (1 Disember); dan komedi Jack And Jill lakonan Adam Sandler, Al Pacino dan Katie Holmes (22 Disember).


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    (GAMBAR) Kek Paling Buruk & Teruk

    Posted: 31 Dec 2010 03:40 PM PST






    Sanggup ke korang nak makan kek ni?


    lagi gambar..

























    Read more:http://baikpunyer.com/pelik-punyer-kek-paling-buruk.html#ixzz3HqyiHnRV

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    GRO ala Santa Claus ditahan

    Posted: 31 Dec 2010 12:54 PM PST

    ne 04.1 GRO ala Santa Claus ditahan

    BEBERAPA orang GRO yang berpakaian ala Santa Claus yang ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan dibawa keluar dari sebuah pusat hiburan di Tanjung Tokong semalam.


    GEORGE TOWN – Pelanggan yang meraikan sambutan Krismas di sebuah pusat karaoke di Tanjung Tokong di sini menerima 'hadiah istimewa' apabila dilayan oleh puluhan gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berpakaian ala Santa Claus malam kelmarin.

    Dengan memakai topi bulu bersama blaus merah paras paha, setiap gadis tersebut boleh ditempah oleh pelanggan dengan bayaran RM130 bagi sesi karaoke serta tambahan RM50 jika mahu mereka menanggalkan baju.

    Jika inginkan layanan lebih hangat termasuk dibawa ke ranjang, pelanggan dikenakan bayaran dari RM230 hingga RM400 untuk satu malam.

    Bagaimanapun keseronokan yang ditawarkan gadis-gadis tersebut tidak sempat dinikmati oleh pelanggan terbabit apabila pusat karaoke itu diserbu sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

    /// kosmo ///

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Blog Sensasi Ohbayu

    Blog Sensasi Ohbayu


    Selamat datang 2011

    Posted: 31 Dec 2010 03:56 PM PST

    Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pengunjung isuhangat. Apa azam anda tahun ini? Adakah anda memasang azam setiap tahun? Adakah azam anda tahun lepas tercapai? Adakah azam anda tahun ini ialah menyambung azam tahun 2010 yang belum tercapai?

    Kebiasaannya orang kita tak berapa nak peka tarikh menyambut awal tahun Hijrah tetapi tidak mungkin lupa tarikh awal tahun Masihi. Nak buat macamana dah kita memang dididik dan terpaksa menggunakan tahun Masihi ini sejak kita dilahirkan lagi tarikh lahir kita ialah mengikut kalendar 'orang putih' ni.

    Sambut tahun baru, biasanya kita pun memasang azam baru. Azam baru seperti KPI yang hendak kita sasarkan pada tahun ini. Azam mesti berbeza dengan angan-angan atau impian. Kalau mempunyai azam baru mesti ada perancangan yang disusun dengan milestonenya sekali supaya azam kita tercapai. Failing to plan is planning to fail!. Selepas perancangan mesti ada tindakan mengikut perancangan yang kita buat tadi. Kalau setakat memasang azam baru tetapi tiada perancangan dan tindakan yang dibuat jelaslah kita bukan memasang azam baru tetapi sebenarnya ialah memasang angan-angan baru..!


    Berikut pula adalah artikel yang menyatakan selain dari berazam, ada benda lain lagi yang penting pada awal tahun baru yang bertajuk :

    Kita tidak perlu lagi berazam baru

    Ramai di antara kita akan mengambil sehelai kertas dan pen. Ataupun membuka komputer lalu menekur di depannya. Menanti ilham mengenai apa azam baru yang hendak dilaksanakan bagi tahun 2011 nanti. Termenung bagai seorang penulis yang hendak melakar episod novelnya

    Mungkin pada tahun 2011, kita hendak menurunkan berat badan, menyimpan duit, belajar bahasa Jepun, berhenti merokok ataupun mula membuka kedai runcit. Apa jua yang terlintas di fikiran akan dicatat. Untuk memperoleh idea dengan bergaya, ada di antara kita tercari-cari idea-idea resolusi tahun baru melalui laman-laman orang lain di internet.

    Seolah-olah menulis resolusi tahun baru yang kemudiannya dijadikan azam tahun baru itu boleh direka-reka begitu-begitu sahaja. Sama ada resolusi yang dicatat itu 3, 5 mahu pun 10 resolusi, azam baru yang dirangka sebegitu, biasanya tak akan tahan lama.

    Ini adalah kerana, resolusi melalui cara itu, maaf cakap, tidak akan makbul! Tidak makbul kerana kita mencipta azam baru. Bukannya memperoleh inspirasi azam baru melalui apa yang kita lalui. Atau memperoleh idea untuk memenuhi apa yang kurang di dalam diri. Kalau usul, atau sebab musabab tercetusnya azam baru itu dipetik melalui laman web ataupun melalui khayalan, ia tidak akan menjadi.

    Akibatnya, apabila bangkit daripada tidur pada minggu kedua Januari, apa yang dihasratkan sebagai azam tahun baru akan hilang seronoknya. Sebabnya, tahun baru mula menjadi lama. Bila semangat tahun baru sudah pudar, azam yang bersandarkan tahun baru akan jadi hambar dan dilupakan. Lihatlah di sekeliling, termasuk kepada diri sendiri; apakah azam tahun 2009 telah kita capai sepenuhnya? Jika tak tergapai, tentu ada silap formula menghasilkannya.

    Sebenarnya, kita kini terlalu terikut-ikut dengan fikiran untuk memandang ke hadapan. Dalam ertikata yang lain ialah menjadi seseorang yang berwawasan. Menjadi seseorang yang mempunyai visi sememangnya bagus, tetapi berfikiran yang begitu sahaja sebenarnya tidak bagus. Ia tak lengkap.

    Yang melengkapi fikiran berwawasan ialah berfikiran yang turut memandang ke belakang, iaitu mengamalkan reflective thinking ataupun bertadabbur. Memandang ke hadapan semata-mata tanpa menoleh ke belakang akan mengakibatkan kita akan mengulangi kesilapan yang kita lakukan sebelum ini.

    Kesilapan akan menjadi kesalahan bila kita mengulanginya buat kali kedua. Bila kita tidak belajar daripada pengalaman, ertinya kita menolak sejarah diri. Sedangkan memandang ke belakang itu umpama kembali ke pangkal jalan. Atau merentas semula ke jalan kenangan untuk mengutip apa yang tertinggal untuk dibawa bersama dalam meniti hari esok.

    Yang menyempurnakan fikiran berwawasan dan bertaddabur ialah contemplative thinking atau bermuhasabah. Bermuhasabah atau merenung ke dalam diri itu akan menginsafkan kerana kita berhubung dengan suara hati. Suara hati itulah yang lebih jujur dan tulus terhadap diri.

    Bila ada fikiran yang berwawasan iaitu memandang ke hadapan, bertaddabur atau memandang ke belakang dan bermuhasabah atau memandang ke dalam, maka baharulah apa jua azam dan nawaitu dapat dihasilkan dengan berkesan. Justeru itu, memandang ke hadapan, belakang dan juga ke dalam akan menjadikan sesebuah azam baru itu digenggam dengan penuh istiqamah.

    Dan sesebuah azam yang ingin dilaksanakan itu mesti lahir daripada kesedaran dan keinsafan untuk memperbaiki diri. Bukan dilakukan kerana apa-apa 'sempena', lebih-lebih lagi sempena tahun baru. Ini adalah kerana azam yang bersandarkan 'sempena' itu akan mudah rebah dan pudar ditelan waktu.

    Misalnya, azam untuk berhenti merokok dilakukan kerana doktor menasihatkan kita berhenti merokok kerana dikhuatiri mengalami radang paru-paru. Azam belajar bersungguh-sungguh diniatkan kerana takut gagal dan menanggung malu. Atau azam untuk belajar memandu dihasratkan kerana kita ingin membeli kereta tidak lama lagi.

    Tidak perlu berazam sempena tahun baru melainkan kerana kita benar-benar ingin melakukannya untuk kebaikan diri sendiri. Justeru itu, mulai tahun 2010, berazamlah untuk tidak berazam tahun baru lagi. Sebaliknya berazamlah kerana kita benar-benar berkeinginan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.

    Dengan cara itu, kita boleh sahaja berazam pada bila-bila masa. Azam yang dirancang itu pula boleh dilakukan satu demi satu dan tidak panjang senarainya seperti yang dilakukan oleh berjuta-juta manusia lain di muka bumi ini. S/H. – isuhangat

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.