Adsense

Khamis, 25 November 2010

borak kosong

borak kosong


[Pelik] Berniaga tapi tak payah tunggu

Posted: 25 Nov 2010 09:00 PM PST





Ini ialah gerai-gerai  yang di usahakan oleh petani-petani di Jepun.
Uniknya gerai ini tiada siapa yang menjaganya kerana petani-petani itu sibuk
menguruskan tapak pertanian mereka.Mereka hanya meletakkan hasil tanaman untuk
dijual.Pelanngan yang hendak membeli perlu memasukkan wang kedalam peti yang
di sediakan.Ini memerlukan kejujuran daripada pelanggan.Petani itu telah mengira semua
jumlah barangan mereka.Menurut mereka belum pernah kejadian barangan mereka di curi.

bk-agak-agaknya boleh kita berniaga secara begini di negara kita?

[Video] Kepuasan Mengundi Diumpamakan dengan Kepuasan Orgasme di Sepanyol

Posted: 25 Nov 2010 08:45 PM PST

Macam-macam cara untuk menarik orang ramai keluar mengundi...
Di Sepanyol satu iklan telah menjadi kontroversi kerana membandingkan
kepuasan mengundi sama seperti kepuasan orgasme.Video ini telah 
dibuat oleh Young Socialists Catalonia.Ramai pihak termasuk ahli politik
mempersoalkan pembikinan iklan ini..(link)








bk-sampai begitu sekali pemikiran mereka.....

Doktor seperti dirasuk rogol wanita 7 kali dalam satu malam

Posted: 25 Nov 2010 07:46 PM PST

Dr Arvind Sharma, 37telah didapati bersalah oleh Mahkamah Victorian County, Australia kerana merogol seorang wanita sebanyak 7 kali dalam tempoh semalam. Selain itu, doktor ini turut didakwa mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika melakukan perbuatan jenayah itu. Biarpun begitu, doktor berketurunan India ini hanya dikenakan hukuman penjara 6 tahun .

Menurut fakta kes, mangsa rogol dan doktor ini saling mengenali antara satu dengan lain. Malah mereka pernah melakukan hubungan seks sebelum berlakunya kejadian itu. Namun, pada malam kejadian Dr Arvind didapati mabuk dan memaksa mangsa melakukan seks biarpun mangsa menolak dengan memberikan alasan tidak sihat. Doktor rakus ini seperti dirasuk  terus merogol mangsa sehingga ke pagi.(link)

"Saya berharap dengan memakai bikini, mereka dapat melihat apa yang mereka ingin lihat,"

Posted: 25 Nov 2010 06:35 PM PST

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut wanita ini yang tidak mahu menjalanipemeriksaan
imbasan tubuh.Tujuannya ialah untuk menyindir pihak berkuasa AS...saya petik daripada
kosmo online

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang wanita menanggalkan jaket dan seluar jean sehingga mendedahkan singlet dan seluar dalamnya yang nipis untuk mengelak menjalani pemeriksaan mesin imbasan tubuh badan dikenali sebagai mesin bogel di sebuah lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam keadaan separuh bogel di depan orang ramai, wanita itu yang dikenali sebagai Furrygirl melakukan perbuatan tersebut sebagai sindiran terhadap pihak berkuasa AS di Lapangan Terbang Seatac di sini, yang melakukan pemeriksaan imbasan dengan menggunakan mesin pengimbas bogel.

Sebelum ini, pemerintah AS mencetuskan kontroversi dengan mewajibkan orang awam melalui mesin imbasan yang mendedahkan tubuh mereka dalam bentuk hitam putih di skrin sebagai langkah keselamatan sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Dalam insiden melucukan pada Ahad lalu, wanita tersebut mahu menanggalkan seluar dalamnya tetapi dia dihalang oleh beberapa anggota keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

Ketika disoal mengenai tindakannya, dengan nada sinis dia menjawab: "Saya mahu diri saya telus untuk pemeriksaan keselamatan,"

Wanita itu turut merakamkan aksinya dengan sebuah kamera video yang diletakkan di sudut berhampiran.

Dalam kejadian serupa pada pagi semalam, seorang wanita lain dikenali sebagai Corinne membuka jaketnya sekali gus mendedahkan dia cuma memakai coli dan seluar dalam semasa hendak menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

"Saya tidak mahu menjalani pemeriksaan imbasan tubuh, saya berharap dengan memakai bikini, mereka dapat melihat apa yang mereka ingin lihat," katanya.

Guna kad mainan keluarkan duit sebanyaK RM1.6 juta

Posted: 25 Nov 2010 05:21 PM PST

Dengan kad mainan sahaja dah boleh keluarkan duit.....
Nampaknya kecanggihan teknologi belum boleh mengalahkan kepintran
manusia...Perkara ini hanya dilakukan oleh remaja...



TAIF: Polis Taif menahan empat remaja kerana didakwa mencuri 2 juta riyal (RM1.6 juta) daripada mesin teler automatik (ATM) menggunakan kad permainan yang sama seperti kad bank, kata pihak berkuasa.

Seorang daripada remaja berkenaan mendapatkan kad permainan itu di sebuah pusat beli-belah di Taif dan kebetulan dia dapat menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang yang sama jumlahnya dikeluarkan pelanggan terakhir menggunakan mesin itu. Pada mulanya, ketua kumpulan remaja terbabit menggunakan kad itu untuk mengeluarkan 800 riyal (RM667) dan kemudian mereka dapat mengeluarkan sebanyak 2 juta riyal (RM1.6 juta) dalam tempoh dua tahun.-myMetro

Ketagih internet, bogel pun tak kisah

Posted: 25 Nov 2010 04:37 PM PST

Remaja ini betul-betul ketagih internet....
walaupun pun tak berbaju @ bogel pun dia tak kisah...
janji dapat online......


Kreatif betul,basikal

Posted: 25 Nov 2010 03:00 PM PST

Replika basikal kecil ini dibuat oleh Zhang Tianwei dari Xi'an Daerah Shaanxi  China.Panjangnya 20mm,12mm tinggi dan diameter kedua-dua tayar ialah 7mm .Saiznya lebih kecil daripada dit 1 sen.


teliti betul si tukang buat ini.....

Cara agar kucing tak berak didalam rumah

Posted: 25 Nov 2010 10:01 AM PST

Cara agar kucing tak berak dirumah(hanya menggunakan sebatang lidi )
Anda suka memelihara kucing di rumah, tapi takut di mengotori rumah dengan kotorannya yang sangat berbau itu, cuba gunakan petua ini :

Pertama siapkan sebatang lidi.

Kedua ambil kucing kita tersebut dan ukur ekornya menggunakan lidi tersebut di mulakan dari pangkal sampai ke hujung.

Ketiga patahkan lidi tersebut seukuran panjangnya ekor kucing lalu lidi tadi di tanam di depan rumah dengan cara mencucuknya sampai kedalam tanah.Lihat hasilnya , kucing  akan pintar untuk membuang kotorannya(berak) di luar rumah.

bk-tak salah nak mencuba....

[Gambar] Mangsa bunuh di tepi jalan

Posted: 25 Nov 2010 09:30 AM PST

Gambar mangsa bunuh di tepi jalan...
perutnya terburai....




Inilah gambar ibu lahirkan anak di tepi jalan yang dihapuskan oleh Google

Posted: 25 Nov 2010 08:30 AM PST

Google Street View memang kini menjadi  fenomena, secara tidak sengaja banyak kejadian unik yang tertangkap olehnya, dari aksi kejahatan aksi hubungan seks hingga aksi-aksi yang tak wajar lainnya beberapa kali tertangkap oleh kamera Google, kini yang tak kalah unik tertangkap di kamera Google Street View adalah seorang ibu yang melahirkan di tepi jalan.

Pemandangan sangat langka yang tertangkap Google Street View, seorang ibu melahirkan ditepi jalan

Seorang ibu yang sedang melahirkan bayi di jalanan Jerman tertangkap kamera Google Street View. Nampak pemuda berlutut di dekat bayi yang baru lahir.

Ada wanita lain yang duduk sambil memegang kepala ibu yang berbaring di atas tuala. Ada pula kereta yang diletak sembarangan di samping mereka dengan keadaan pintu yang terbuka.  Gambar yang diambil dari jalan Hubertusallee menimbulkan keributan di berbagai blog teknologi. Namun, banyak pihak yang menilai ini sekedar sensasi buatan.

Alasannya kerana ada hospital di seberang jalan sehingga mereka sepatutnya tidak melahirkan di tepi jalan. Selain itu, ada rumah di dekat mereka sehingga boleh menjadi tempat yang sepatutnya jika terpaksa ingin melahirkan. Belum ada yang mengaku bertanggung jawab atas peristiwa ini. Google juga telah menghapus gambar tersebut. Sebelumnya, seorang lelaki telanjang di dalam bonet kereta tertangkap kamera di Mannheim, Jerman. Google sempat diminta pihak Brazil untuk menghapus beberapa gambar yang menampilkan serangkaian mayat di negara itu.-ruanghati.com

Cara China melatih bakal juguh dunia

Posted: 25 Nov 2010 07:43 AM PST

China merupakan negara yang mengeluarkan jaguh-jaguh
dalam bidang sukan.Mereka mengamalkan disiplin ynag amat tinggi
dalam melahirkan jaguh-jaguh dunia ini.Mereka dilatih sejak dari kecil 
lagi......










Ni kategori terer ke atau nak bunuh diri?

Posted: 25 Nov 2010 06:00 AM PST


memang dia berani..tapi kemalangan tidak berbau...
nyawakan penting....


[Video] Pesta perkahwinan jadi pesta binatang kerana mabuk

Posted: 25 Nov 2010 05:00 AM PST

Sepatutnya majlis perkahwinan disambut dengan penuh
kegembiraan tetapi dalam majlis perkahwinan didalam video
bertukar menjadi pesta orang yang tak mempunyai akal....
ini semua disebabkan 'arak'.....







dan disebabkan inilah video ini diberi tajuk sebegitu...agaknya pengantin perempuan dah tak tahan sangat dengan gelagat manusia  yang mengarut ini.....


Inikah yang dinamakan seni atau menyiksa diri?

Posted: 25 Nov 2010 03:25 AM PST

Kenapakah mereka sanggup menyiksa diri mereka
sebegini.Adakah ini yang dikatakan seni?
Bagi aku ini bukan seni tapi menyiksa diei sendiri....









Shopping @ paper bag yang sangat unik

Posted: 25 Nov 2010 02:00 AM PST

Sungguh kreatif dan sangat unik....





















'Raja Jenayah' yang tak mahu anaknya jadi penjenayah

Posted: 25 Nov 2010 01:00 AM PST

 'Raja Jenayah' yang mempunyai panggilan 'Silly Face' ini bernama Lee Zhaoxiong [Lee Chao-hsiung]. Dia meninggal kerana kanser hati. 20.000 orang telah hadir pada upacara pengkebumiannya.Mereka terdiri daripada berbagai kelompok mafia.Polis telah mengawal sepenuhnya upacara pengkebumian ini.













Ahli politik Taiwan, menteri danbekas menteri serta pimpinan daerah turutt menghadiri upacara pengkebumian ini. Lee Chao-hsiung disebut sebagai Bos Mafia yang paling dihormati di Taiwan. Dahulu dia lahir dari keluarga miskin dan bergabung dengan kumpulan mafia untuk bertahan hidup. Dia dikenal sebagai mafia yang membenci kekerasan dan bisnes pelacuran.Dia sendiri melarang anaknya untuk masuk ke jaringan mafia dan menganjurkan  anak buahnya untuk menjalani bisnes secara sah.

Beli budak 9 tahun untuk dijadikan isteri

Posted: 25 Nov 2010 12:30 AM PST

Sungguh memalukan, seorang pemuda berusia 35 tahun ditangkap kerana terlibat dalam perdagangan manusia.

Tang-Chi,  berumur 35 tahun, telah didatangi polis di rumah nya di perkampungan dengan tuduhan perdaganan manusia. Tetapi dia tidak mengaku perbuatan nya. Tang-Chi membantah dan menjelaskan bahawa isterinya yang masih berumur 9 tahun tersebut dibeli nya secara sah dari salah satu agensi perkahwinan. Dia menunjukkan semua surat-surat perkahwinan nya yang rasmi lengkap dengan para saksi perkawinan tersebut.

Akan tetapi, ketika diperiksa oleh polis, surat perkahwinan tersebut memang rasmi, tetapi pada bahagian yang memuatkan data-data isteri ternyata kosong dan tidak terdapat nama ataupun keterangan lainnya. Pada saat pihak polis berusaha menghubungi para saksi perkawinan nya, ternyata nomor-nomor tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi.Oleh sebab itu, Tang-Chi tetap dibawa ke balai polis untuk disoalsiasa

Berikut adalah foto-foto pada saat dia didatangi oleh polis :

Tang-Chi (paling kiri) sedang dalam bercakap dengan polis. Xiao fang ( isteri yang baru berumur 9 tahun) ditengah. Ayah Tangchi, Ming Tang, berada di sebalah kanan.

image


Tang-Chi memperlihatkan semua dokumen perkawinan nya

image

image

image

image

image


Xiao Fang, Diukur, untuk melihat apakah tingginya sudah boleh berkahwin. Tingginya hanya 1.33 meter sedangkan ketinggian yang dizinkan adalah 1.4 meter.

image

Xiao Fang terlihat bahagia boleh bebas dari cengkaman suaminya.
image

Penyediaan sarapan mengikut usia perkahwinan

Posted: 24 Nov 2010 10:02 PM PST

Bermacam gaya orang menyediakan sarapan...
Adakah ini cara menyediakan sarapn mengikut tahun perkahwinan?

tahun pertama perkahwinan..cantik dan tersusun

 tahun kedua...

tahun ketiga...masih lagi menarik...

tahun keempat..masih lagi cantik dan ada penambahan perisa...

tahun kelima..mula terasa malas tetapi masih lagi boleh diterima....

Bila sudah tahun kesepuluh..mula penyediaannya lebih kurang aje...

tahung yang kedua puluh..mana rotinya?telur mentah aje....

tahun yang kedua puluh lima...kenapa jadi lagi teruk???
janganlah jadi seperti diatas..seharusnya semakin lama usia 
perkahwinan semakin erat kasih sayang.....


Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta

Posted: 24 Nov 2010 11:15 PM PST


Azad dan Eira melakonkan watak sebagai pasangan kekasih dalam drama Anak Mami Mek Ani di Astro Warna. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Pasangan artis Eira Syazira dan Azad Jasmin pernah mengaku tentang hubungan cinta mereka baru-baru ini.
Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum.
"Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana.
"Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua," kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira .


Apa yang lebih bagi pasangan ini, menghebahkan tentang kerjaya lebih penting berbanding cinta yang belum menemui noktahnya.
Lebih-lebih lagi, masing-masing merasakan masih baru menempa nama dalam industri hiburan.
Biarpun mereka cuba mengunci mulut tentang cinta, tetapi pasangan ini terpaksa merungkai tentang kisah cinta mereka dalam drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani.
Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November 2010.
Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan.
Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.
Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati.
"Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati.
"Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini," cerita Eira.
Tambahnya: "Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi."
Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan.
Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain.

Johan Raja Lawak Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed

Posted: 24 Nov 2010 11:00 PM PST


Johan tidak menarik kes samannya terhadap Javed untuk dijadikan pengajaran kepada pengarah lain. Foto TheStar oleh SHAARI CHE MAT
WANGSA MAJU: Pelakon dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 26, menegaskan bahawa dia tidak akan menarik balik kes saman terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar.
Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut.
"Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah.
"Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain.


"Walaupun sekadar pelakon tambahan, dia tidak boleh perlakukan sebegitu terhadap saya," katanya selepas tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Selasa.
Pada Jun lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran.
Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya.
"Sekarang saya serahkan kes ini kepada peguam saya untuk menyelesaikan perkara tersebut.
"Apapun saya gembira kerana penerbit-penerbit drama dan filem masih mempercayai saya dalam bidang lakonan dan Alhamdulillah, periuk nasi saya tidak terjejas.
"Ini juga peluang untuk membersihkan nama saya. Lebih menggembirakan saya, Mamat Khalid turut mempercayai saya untuk mengambil berlakon dalam HKLBR walaupun macam-macam khabar angin yang buruk tentang saya yang dia dengar," katanya.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

Posted:

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


ANTARA babak-babak menarik yang bakal menghiasi animasi BoBoiBoy yang bakal menemui penonton di TV3 pada Mac 2011.


WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.

Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.

Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.

Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.

Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara.

Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yang bakal bersiaran sekitar Jun 2011.

Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Seperti yang diketahui ramai, suara comel adik NurFathiah atau Fatiah sebelum ini memikat hati rakyat Malaysia apabila menjadi penyumbang suara untuk animasi Upin & Ipin.

"Saya seronok dapat peluang jadi penyumbang suara dalam BoBoiBoy pula.

"Berbanding Upin & Upin, rasanya BoBoiBoy lebih mencabar sebab perlu lakonkan suara untuk tiga karakter yang berbeza.

"Saya terima peluang ini kerana keseronokan yang pernah saya lalui semasa dengan Upin & Ipin," kata Fathiah berkongsi pengalaman.

BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.

BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Bagi penyumbang suara versi Inggeris pula iaitu Wai Kay, ini suatu pengalaman yang berbeza buatnya sementelah sebelum ini dia lebih condong beraksi untuk komersial.

Memulakan sesi rakaman suara sekitar Ogos lalu, akui Wai Kay, ia memberi cabaran yang berbeza kepadanya.

"Mula-mula rakaman sahaja sudah ambil masa separuh hari dan saya perlu berdiri sehingga tiga jam. Memang penat tetapi saya rasa seronok," katanya.

Dalam memberi mood, jelas Wai Kay, dia mengikuti latihan agar lakonannya lebih berkesan bersesuaian dengan situasi dan intonasi suara.

Versi bahasa Inggeris BoBoiBoy telah dirakamkan sekitar Ogos lalu manakala versi Melayu pula bakal dirakamkan dalam waktu yang terdekat.

Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yang dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yang dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.

Keterujaan mereka melakonkan watak tersebut cukup terserlah apabila masing-masing turut menyumbang idea berhubung gaya bahasa yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak.

Bagi si cilik yang gemar menari, Nur Sarah Alisya atau Alisya, peluang melakonkan animasi tersebut tidak dipersiakan begitu sahaja.

"Watak Yaya kelakar sebab dia suka masak biskut dan berikan kepada kawan-kawan. Tetapi bila kawan-kawan dia kata tak sedap dia akan marah," kata pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Selangor ini lagi.

Tambah Alisya, ketika ini perasaannya berdebar sementelah menunggu masa untuknya beraksi sebagai Yaya.

Tidak suka kepada keganasan dan sikap suka membantu membuatkan Fairuz Arfa, 9, tertarik untuk melakonkan watak Yaya untuk versi Inggeris.

Biarpun ini merupakan kali pertama dia menyumbang suara sebagai pelakon animasi namun segalanya memberikan keseronokan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"Masa rakamkan suara memang susah sebab ini pertama kali tetapi saya suka sebab kena buat suara yang comel.

"Yaya seorang sangat comel dan tidak suka keganasan. Dia juga suka membantu terutama ketika kawan dia dalam kesusahan," katanya mengenai karakter yang dilakonkannya.

Yaya merupakan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yang mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.

Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Astro tidak pilih kasih

Posted:

Astro tidak pilih kasih

Astro tidak pilih kasih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN dan ihsan ASTRO


AHMAD NABIL AHMAD


MEMANG tiada siapa yang mampu menidakkan kehebatan dan kejayaan yang dikecapi oleh Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil sebaik dia dinobatkan sebagai juara Raja Lawak (RL) musim kedua.

Bermula detik itu, dia menjadi rebutan pelbagai pihak yang mahu menggunakan khidmatnya dalam apa jua cabang seni seperti lakonan, pengacaraan, nyanyian serta dipilih menjadi duta.

Sehinggakan, populariti Nabil itu sendiri telah menenggelamkan juara RJ pertama, Yusry Edoo atau Yus yang kini bayangnya jarang dilihat.

Bukan itu sahaja, kuasa Nabil juga tidak mampu ditandingi oleh dua juara RL selepas itu yakni kumpulan Sepah dan kumpulan Kecik.

Apakah 'kegagalan' tiga juara itu kerana mereka tidak diberi peluang seperti mana yang diperoleh oleh Nabil?

Atau mungkinkah tiga juara itu sendiri tidak mempunyai aura seperti Nabil dalam menyakinkan pihak-pihak tertentu untuk terus memberikan mereka ruang meluaskan lagi bakat mereka?

Bagi menjawab soalan itu, Hits bertemu dengan Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan ketika tanya persoalan itu, Nizam mempunyai jawapannya sendiri.

Kata Nizam, sebagai penyiar, pihaknya sudah pun menyediakan platform terbaik untuk setiap peserta yang menyertai RL.

Tetapi, ia terpulang kepada mereka untuk mencari peluang selepas RL berakhir untuk menonjolkan bakat mereka kepada khalayak.

"Memang populariti Nabil cukup hebat dan kerana itu, kita dapat melihat kelibatnya dalam mana-mana medium yang berjaya mempopularkan lagi namanya.

"Bagi juara mahupun peserta yang lain, memang tidak pernah timbul kami cuba untuk menjadi pilih kasih atau meminggirkan mereka.

"Sebaliknya, kami sendiri bertindak sebagai penasihat dan memberi panduan serta tunjuk ajar kepada mereka dalam memilih cabang terbaik untuk meneruskan karier seni mereka," ujarnya lagi.

Nizam berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji bakat terakhir RL musim kelima yang berlangsung di The Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya percaya dengan setiap bakat yang ada dalam semua peserta yang pernah menyertai RL dan tidak pernah timbul isu ketidakadilan terhadap mereka.

Dalam konteks ini, Nizam memberikan contoh terbaik terhadap Zizan dan Johan yang begitu serius membina nama mereka sebagai seorang anak seni.

Biarpun tidak bergelar juara, dua finalis RL musim pertama itu bijak mencari peluang serta rajin bertanya kepada Astro bagaimana cara untuk menonjolkan lagi bakat mereka.

"Zizan bermula dari bawah dan perlahan-lahan, dia membina namanya sehingga menjadi seperti hari ini. Begitu juga dengan Johan yang bukan sekadar menjadi pengacara tetapi kini juga bergelar seorang pelakon.

"Dalam kes Yus pula, mungkin dia tidak sepopular Nabil, Johan mahupun Zizan, tetapi rezekinya banyak kepada bidang lakonan dan wajahnya dapat ditonton menerusi drama-drama terbitan Astro.

"Sama juga seperti kumpulan Charm yang dianggotai oleh Azrul dan Along, masing-masing meneruskan karier dalam bidang yang mereka minat.

"Sebetulnya, kebanyakan alumni RL masih mendapat tempat dan tawaran dalam bidang seni ini," katanya yang cukup bangga dengan pencapaian alumni RL dalam bidang masing-masing.

Nizam turut memberitahu, kumpulan Sepah juga sibuk dengan penggambaran telemovie serta musim terbaru, Bujang Sepah.

Sementara kumpulan Kecik pula akan muncul dengan sebuah program baru di saluran Astro Warna sementara salah seorang finalis RL musim keempat, Idlan pula sibuk membintangi sitkom.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.