Adsense

Khamis, 25 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Fesyen Rambut Terbaru Tomok Di Separuh Akhir

Posted: 25 Nov 2010 05:35 AM PST

Sebenarnya gambar ni ZoOm ambil masa malam separuh akhir ni, kerana kesibukan dengan tugas-tugas seharian dipejabat baru malam ni berkesempatan nak share dengan anda. Tak taulah apa tema pada malam separuh akhir muzik-muzik sampai semua rambut dan gaya peserta nampak semacam je...salah seorang yang menjadi perhatian ZoOm Tomok yang hendsome ni bertukar menjadi seseorang yang sekali pandang nampak macam penyanyi baru...nak tau kenapa....click baca lagi...


Sorry tak clear sebab Snap guna H/P Samsung Je..nak clear tengok bawah ni :)
Kesian Tomok kena buat rambut ni..

Apa kata anda ?

Rank Zoomartis.Net Di TopMalaysia

Posted: 24 Nov 2010 08:48 PM PST

Setelah hampir genap 2 tahun laman blog ini bersama anda status atau Rank kian berubah, kalau dulu Max user yang melawat hanya 100 user. Namun apa yang anda lihat sehingga hari ini purata min 1000 unik IP setiap hari.


Tanpa sokongan rakan-rakan di Facebook Fans, Facebook Zoomartis, Myspace, Friendster  Ucoz, Twitter, Mybloglog dan rakan seperjuangan dalam arena Blogging pasti tidak akan berjaya.



Thanks My Friends / Fans


-= Zoom Admin =-


Notes : 1. Zoom Admin akan supply Sticker Pelekat dikereta ( Email Zoomartis@gmail.com  Jika nak )
            2. Gath ke untuk tahun ke 2 www.zoomartis.net ( 23/4/2011 ) 

Keputusan dato Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari ABPBH 2010

Posted: 24 Nov 2010 08:21 PM PST

Nampaknya Dato Siti Nurhaliza tidak akan bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ( ABPBH 2010.Apa dan kenapa hanya Dato Siti dan orang yang rapat dengan beliau sahaja yang mengetahuinya.Berikut ZoOm sertakan "Statement" Dato Siti apabila ditanya oleh wartawan Murai.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," katanya sewaktu diwawancara murai.com.my petang tadi.

ZoOm: Apa kata anda ? Opsss sorry ZoOm terjumpa gambar ni...Tak pernah tengok pun gambar ni semebul ni..nampak sexy juga erkk :) 

Sukan Asia 2010 : Mampukah Pasukan Hoki Malaysia Menang di Sukan Asia Dan Layak Ke Olimpic 2012

Posted: 24 Nov 2010 07:22 PM PST

Sama-sama kita mendoakan semoga pasukan hoki Malaysia akan beroleh kemenangan dalam final hoki sukan Asia petang ini.
Setelah aksi cemerlang dipamerkan pada peringkat Kumpulan A dengan mengikat juara bertahan, Korea Selatan (ranking keenam dunia) 2-2 sebelum mengalahkan tuan rumah, China (14 dunia) 4-2, skuad kendalian Stephen van Huizen itu terus mencatat kejutan apabila mengalahkan India 4-3 pada aksi se
paruh akhir kelmarin.
Petang ini, satu lagi sejarah mampu dicipta seandainya Malaysia berjaya mengalahkan Pakistan pada aksi final yang turut menjadi medan untuk memenangi tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012.
Apa Kata anda mengenai pasukan Hoki Malaysia ini !!?
ZoOm : Memang Superb dan 5 STAR !!!!

Metro Online :Tetak bapa kekasih Kerana Cinta Tak Direstui

Posted: 24 Nov 2010 06:27 PM PST

Sekadar Hiasan Sahaja 

Semakin lama ZoOm perasaan tindakan manusia diluar sana semakin ganas dan tidak berperikemanusian, hari ini ZoOm lari sedikit dari konsep yang selalu ZoOm kongsi bersama pembaca di Zoomartis.net. Semalam seorang kekasih yang tidak berpuas hati menetak bapa kekasihnya kerana tidak berpuas hati. Ikuti kisah si kekasih kurang ajar ni :-



AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya
menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.
Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal. 
Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan.

"Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu masuk ke rumah dan ketika itu, suspek menyerang dan menetak kepala serta badan mangsa sebelum melarikan diri.

"Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek," katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong.

"Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek.

"Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui.

"Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Fiq Merokok Untuk Mantapkan Vokal !!?

Posted: 24 Nov 2010 06:05 PM PST

Boleh tahan juga badan si Fiq artis dari Sabah ni, kalau sekarang ni ramai orang nak berhenti merokok. Tetapi berlainan pula bekas juara ini yang memerlukan rokok untuk memantapkan lagi vokal beliau.Ikuti "statement" Fiq ketika ditemubual oleh wartawan Mstar
"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.
"Bagaimanapun tabiat ini berlaku
bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.
"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.
Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.
"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu.
"Bagi saya, perubahan ini adalah sesuatu yang baik dan bersesuaian dengan genre muzik yang diperjuangkan iaitu rock. Jika sebelum ini, saya mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi tetapi yang peliknya sejak mula merokok keadaan itu jarang berlaku pula," katanya yang popular menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pantang dicabar

Posted: 24 Nov 2010 02:59 PM PST

Hip

Bintang Appalam perbaiki penguasaan bahasa Tamil selepas dikritik

PADA awal pembabitannya dalam industri drama Tamil, Raja Ilya dapat berasakan dia berdepan cabaran yang bukan kecil. Dirinya bukan sekadar pelakon yang pada dasarnya berbangsa Melayu, malah penguasaannya terhadap bahasa Tamil itu sendiri membuatkan wanita cantik ini dikritik.

Namun, sudah menjadi sifat semula jadi Ilya untuk bingkas bangkit sebaik saja cabaran diterima, terutama dalam soal kerja. Menyedari kejanggalan yang dirasakan rakan seperjuangan dalam industri seni Tamil negara ini, dia cuba memperbaiki situasi terbabit dengan mendalami bahasa berkenaan, demi membolehkan dirinya diterima lebih baik lagi di kalangan penggiat seni India.

"Pada mulanya, tentulah agak janggal untuk mereka melihat seorang pelakon Melayu melakonkan watak gadis India. Kejanggalan itu sendiri dapat saya rasakan sama. Namun, syukurlah selepas beberapa ketika, mereka mula menerima saya seadanya. "Saya sendiri mula mengikuti kelas bahasa Tamil, sebaik saja selesai menjalani penggambaran filem Appalam arahan Afdlin Shauki. Selama sebulan lebih saya menajamkan penguasaan saya terhadap bahasa berkenaan. Saya beruntung kerana selain menghadiri kelas, saya mempunyai rakan India yang sudi menghulurkan bantuan dalam proses berkenaan," katanya.

Appalam ialah filem bahasa Tamil keluaran Tayangan Unggul yang dihasilkan berdasarkan filem Melayu popular arahan pengarah sama, Papadom (2009). Selain Ilya, turut menjayakan filem terbabit ialah Jaclyn Victor, Gana, Sharifah Amani dan Afdlin sendiri. Ia menemui penonton seluruh negara mulai hari ini.

Filem terbabit dikatakan filem bahasa Tamil pertama dihasilkan dalam bentuk 35 mm selepas 24 tahun, menggunakan belanja sekitar RM1.5 juta. Menurut bekas pramugari Penerbangan Malaysia ini, dia dapat berasakan adanya peningkatan dalam penguasaan bahasa Tamilnya selepas mengikuti kelas terbabit.

"Paling tidak, kini saya lebih yakin untuk terus beraksi dalam drama mahupun filem bahasa Tamil," katanya yang tidak lekang dengan senyuman, sewaktu berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.
Mula berlakon sekitar 2005, namanya mula dikredit dalam drama bahasa Tamil hasil usaha pengarah Along Kamarudin. Sejak itu, satu demi persatu tawaran membabitkan diri dalam produk berbahasa itu diterima olehnya, termasuk Appalam, filem digital I Know What You Did Last Deepavali dan drama bersiri Anjali.

Wanita berdarah campuran Melayu-Malayalam ini mengaku, tekadnya untuk menguasai bahasa itu timbul setelah dirinya dikritik. Ilya nekad membuktikan, dirinya setanding pelakon India yang lain. Nyata sekali, sikap pantang dicabar memberikan impak positif pada pelakon berusia 25 tahun ini.

Berasa cukup bertuah apabila diterima beraksi dalam Appalam, bagaimanapun Ilya mendedahkan, seperti mana pelakon lain, dia juga menghadiri sesi uji bakat sebelum ditawarkan watak utama yang pernah dilakonkan Liyana Jasmay, dalam filem terbabit. Nyata, segala ciri yang diingini Afdlin untuk watak utama filem itu ada pada diri wanita ini.

"Walaupun saya melakonkan watak yang pernah dipegang oleh Liyana dalam versi Melayunya, namun saya tidak menjadikan watak lakonannya dulu sebagai rujukan untuk filem ini. Afdlin sendiri tidak mahu saya berbuat demikian, kerana Appalam ialah filem Tamil. Sebagai Shruti, saya ialah gadis India yang mempunyai perwatakannya sendiri. Kedua-duanya mempunyai budaya hidup yang berbeza.

"Untungnya, apabila saya mempunyai ramai kawan keturunan India. Justeru, saya banyak memerhati dan mempelajari cara dan gaya mereka, demi menjayakan watak Shruti," ujarnya yang mengaku seronok bekerja bersama Afdlin.

Kata pelakon yang tidak berniat untuk bersaing, sebaliknya ingin berkongsi bakat dimiliki, Appalam juga dianggap Afdlin sebagai produk yang lebih baik.
Pengarah itu, menurutnya, kini mampu memperbaiki kelemahan yang dirasakan wujud dalam filem Papadom menerusi filem bahasa Tamil ini. Penceritaan dan rakaman filem itu diperkemaskan lagi, yang membuatkan dirinya berasa cukup beruntung apabila sama-sama terbabit dalam projek ini.

Bakal gegar Bollywood

LANGKAH Raja Ilya dalam lakonan semakin panjang apabila dia menerima tawaran membintangi sebuah filem usaha sama Malaysia-India berjudul Love Is Blind. Ketika ini, projek yang bakal menggandingkannya dengan Ravi Kishen sebagai teraju utama itu hanya menunggu waktu untuk memulakan penggambaran.

"Antara lain, filem ini berkisar kepada pertemuan dua insan cacat penglihatan. Seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari India. Walaupun tidak mempunyai daya penglihatan, namun ia tidak menghalang kedua-dua insan istimewa ini untuk saling jatuh cinta," kata Ilya sememangnya menggemari filem dari Mumbai dan Kolkata.

Katanya, sebanyak 40 peratus daripada penggambaran filem itu akan dilakukan di negara ini, manakala selebihnya di India.

"Dengar khabar, babak nyanyian pula akan dilakukan Moscow, Russia," katanya sambil menghadiahkan senyuman penuh bermakna.

Pelakon yang terpilih sebagai penceramah pada sebuah simposium antarabangsa remaja anjuran United Nation Tedx Youth pada 20 November lalu di ibu kota turut mendedahkan, dia cukup mengagumi pelakon berasal dari Ipoh, Datuk Michelle Yeoh.

Jika rezeki menyebelahi dirinya, dia juga ingin muncul sebagai bintang antarabangsa disegani sebagaimana bekas ratu cantik terbabit. Baginya, Michelle mewakili wanita moden yang cekal, berbakat, serta mampu mengharumkan nama negara.

Begitupun, sebagai penggemar filem Hindi, dia juga mengaku amat menggemari pelakon India bernama Shriya Saran, yang bukan saja dikenali di India Utara, malah turut dihormati peminat di kawasan selatan negara itu.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penerbit Crayon kecewa

Posted: 24 Nov 2010 02:51 PM PST

Hip

Pempamer tarik balik tayangan sebelum tempoh Wajib Tayang

PENERIMAAN penonton tempatan terhadap filem berunsur 'art' ternyata masih belum cukup terbuka jika dibandingkan dengan filem komersial. Ini terbukti apabila filem Crayon, terbitan pertama Zioss Films Production, kurang mendapat sambutan sejak ditayangkan 11 November lalu.

Selepas 12 hari menjengah pawagam, syarikat pengeluar filem itu sendiri masih belum dapat memberikan anggaran kutipan filem arahan Dean A Burhanuddin yang membariskan Hon Kahoe, Ariff Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joey serta beberapa pelakon kanak-kanak.

Lebih mengecewakan Zioss Films apabila ada pihak pempamer yang tidak memberikan sokongan kepada produksi baru seperti mereka dengan menggugurkan filem berkenaan daripada tayangan atas alasan Crayon tidak memberi pulangan. Penerbitnya Elise Anum Abdul Hamid, ketika dihubungi berkata mereka masih belum mendapat jumlah kutipan sebenar kerana pihaknya baru menerima kutipan untuk dua dan tiga pawagam saja daripada 25 panggung.

Apa yang dimaklumkan kepada mereka, Crayon hanya mengutip sebanyak 35 peratus daripada jumlah kerusi penonton.

Sebagai penggiat filem baru, nasib yang menimpa filem itu tentunya cukup mengejutkan buat dia serta rakan kongsi, Linda Ziegler.

Katanya, dia tidak mampu menyorokkan rasa sedih di atas kegagalan buah tangan sulung mereka itu. Namun perkara berkenaan tidak sesekali mematahkan semangat mereka menghasilkan filem lain pada masa depan sekiranya ada rezeki.
"Kalau saya katakan tidak kecewa bererti kami hidup dalam penafian. Memandangkan ini produk sulung Zioss Films, tentunya sambutan dingin terhadap Crayon sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami.

"Kami berusaha keras memastikan filem ini dihasilkan dengan baik. Kami seboleh-bolehnya memastikan tiada unsur yang boleh mengundang kontroversi dan juga memastikan filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Malangnya filem ini tidak kena dengan selera penonton tempatan. Mungkin kesilapan itu datang dari kami kerana ramai memberitahu, mereka (penonton) tidak tahu mengenai kewujudan filem ini berikutan kurangnya promosi.

"Kami hanyalah sebuah syarikat baru dan bukannya ada bajet besar untuk mempromosikan filem ini menerusi iklan di kaca televisyen. Bagaimanapun kami tetap berusaha mengadakan promosi sejak Ogos lalu dengan meletakkan kain rentang filem Crayon selama empat bulan di beberapa buah pasar raya besar tetapi masih gagal menarik penonton ke pawagam.

"Cuma kami juga sedikit kecewa apabila pihak pempamer mengambil tindakan menarik balik tayangan sebelum habis tempoh wajib tayang dengan alasan filem itu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Sepatutnya memberi orang baru seperti kami peluang. Walaupun Crayon sudah tiada lagi di pawagam, kami akan tetap memikirkan usaha untuk meneruskan promosi untuk filem ini," kata Elise.

Menurut Elise, mereka akan berbincang dengan beberapa buah pawagam untuk mendapatkan kebenaran menayangkan lagi Crayon walaupun setelah tamat tempoh wajib tayang. Antaranya seperti Big Cinema dan Star Cinema.

Elise menyangkal barisan artis yang disandarkan dalam filem ini menjadi salah satu punca kenapa penonton tidak berminat ke pawagam. Katanya, mungkin jalan cerita Crayon yang mengangkat kisah mengenai anak yatim tidak begitu menarik minat penonton.

"Walaupun Crayon tidak berjaya di pawagam, namun itu tidak akan menghentikan usaha kami terus mempromosikan Crayon. Kami merancang mahu menghasilkan Crayon pula supaya apabila penonton menontonnya nanti, mereka akan mengaitkan sitkom ini dengan filem," katanya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana pula sambutan filem itu ketika ditayangkan di Laemmle Theatres, Amerika Syarikat selama tujuh hari bermula 4 November yang lalu, Elise berkata jumlah kutipannya juga masih belum diperoleh. Pada tiga hari pertama, kehadiran penonton memang agak kurang tetapi semakin meningkat memasuki hari keempat.

Katanya Crayon juga berjaya mendapat kritikan daripada seorang penulis blog terkenal yang banyak mengkritik filem di Amerika Syarikat. Pengkritik berkenaan hanya akan mengkritik filem yang dirasakan berbaloi untuk ditonton, justeru itu cukup membanggakan buatnya apabila Crayon mendapat kritikan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) KEMALANGAN MAUT [18+]

Posted: 24 Nov 2010 03:58 PM PST


---

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Kutipan Filem 2 Alam RM40 Juta La Sangat, RM1 Juta Pun Tak Sampai Lagi

Posted: 25 Nov 2010 12:40 AM PST

kutipan filem 2 alam

Izinkan kami membetulkan usus perut kami yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.

Oh, tapi kami agak kepelikan sebab rasanya kami ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?

Tapi satu bab kami respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia.

Dan sesungguhnya kami sangat sedih melihat filem Krayon yang sekadar mengutip RM28,000 sahaja. Hmm. Tak tahu mana silapnya sebab dari apa yang kami dengar, filem ini lebih bagus dari filem 2 Alam. Mungkin promosi tak ada kot.

Apa pun, kita tunggu apa kata Dr. Rozmey pasal kutipan filem 2 Alam nie. Tak sabar la pulak nak tunggu statement dia. – beautifulnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kitab kuno dijumpai di gereja

Posted: 24 Nov 2010 06:38 AM PST

Seorang penganilis menjumpai satu penemuan yang mengejutkan tersembunyi di loteng sebuah gereja Medford. Hank Pierce pergi ke gereja Universalis untuk menganalisa buku tua yang merupakan sebahagian daripada perpustakaan milik seorang pendita David Osgood yang disimpan selama 300 tahun.

Sebuah buku yang diterbitkan pada 1795 terselit diantara koleksi buku dan catatan sejarah kuno lainnya yang terdapat dalam perpusatakaan gereja tersebut. Pierce mengatakan buku itu berukuran kecil dan berwarna coklat dan menunjukkan seperti kitab ketuhanan. " Buku itu adalah disimpan sejak akhir revolusi Amerika dan waktu itu merupakan waktu perubahan. Itu merupakan kitab agama dan dia ingin melihat apa yang dikatakan," ujar Pierce.

Dan pada masa itu kitab suci diterbitkan dan tidak ada seorang muslim pun yang tinggal di Massachusetts, kata Pierre. "Tidak pasti bagaimana pendeta tersebut mendapat kitab tersebut " katanya.

Pierce mengatakan penemuan yang sangat menarik, kerana penemuan ini menunjukkan bahawa agama Islam telah tersebar di Medford selama lebih dari dua abad. Selain dari kitab fiqah kuno tersebut, Pierce juga menjumpai salinan yang menceritakan serangan suku Indian di Pelabuhan Boston, yang telah diambil dan dibuang.

Alquran

Inilah kitab bertulisan Arab yang dikatakan yang sebenarnya ialah kitab Ilmu Fiqah. Setelah ditanya kepada mereka yang pandai berbahasa Arab, tulisan di atas ialah mengenai niat dan panduan berwudhuk. – isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Uji bakat cari peserta program realiti bogel

Posted: 24 Nov 2010 12:00 PM PST

du 07.1 Uji bakat cari peserta program realiti bogel

SEORANG lelaki menyertai sesi uji bakat program The Nak'd Truth di Resort Caliente, Tasik Land O', Amerika Syarikat kelmarin.


TASIK LAND O,' Amerika Syarikat (AS) – Seramai 125 orang termasuk wanita menyertai uji bakat dalam satu program realiti yang memerlukan mereka tidak memakai sebarang pakaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Program realiti itu menjalani penggambaran di sebuah resort untuk golongan suka berbogel, Resort Caliente di sini.

Seorang peserta, Horace Tidwell berharap dia akan berjaya dalam uji bakat yang diadakan kelmarin.

Ada di antara peserta uji bakat itu berasal dari negara luar selain penari bogel.

Dalam program itu, tujuh peserta berumur 20 tahun hingga 35 tahun akan berbogel selama 30 hari semasa mereka bekerja di sekitar resort tersebut.

Temu ramah peserta dibuat di laman web Caliente dan para penonton boleh mengundi untuk memilih peserta pilihan mereka.

Penerbit program yang berjudul The Nak'd Truth itu berharap uji bakat tersebut akan berakhir semalam. – Agensi

///kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tak merajuk hilangkan diri

Posted: 24 Nov 2010 07:40 AM PST

BERALIH karier nyanyian kepada lakonan mahupun sebaliknya bukan senario baru berlaku pada kehidupan artis masa kini. Sama ada industri hiburan tempatan mahupun antarabangsa, artis yang melakukan dua kerja serentak menjadi trend dan kebiasaan.

Ini didorong faktor peluang mengasah bakat yang terbuka luas dan cabaran bergantung pada satu bidang belum tentu menjamin pendapatan lumayan.

Merasai pahit dan getir sebagai penyanyi, Siti Khatijah Hassan atau Kat, bertuah kerana bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Mentor musim kedua.

Ketika itu, kehadirannya menjadi tumpuan apatah lagi menjadi protege kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Namun, impak program realiti turut menimpa Kat apabila populariti yang dibina hanya sementara.

Selepas empat tahun program itu berlalu, namanya juga seakan tenggelam dan hilang entah ke mana.


Status sebagai adik ipar penyanyi rock terkenal, Amy Search juga bukan jalan mudah untuknya.

Katanya, dia sebenarnya bukanlah merajuk mahupun menghilangkan diri seperti mana yang disangka peminat.


Sebaliknya, Kat masih aktif meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan memberi pengalaman baru, dia juga meluaskan pengalaman dalam bidang lakonan.

"Mungkin kelibat saya jarang nampak di TV membuatkan ada bertanya ke mana saya menghilang.

Sebenarnya, saya masih menyanyi cuma lebih kepada persembahan seperti majlis makan malam dan korporat.

"Walaupun perjalanan karier saya agak suram sejak Mentor 2 berakhir, saya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat untuk jadi penyanyi.

Saya menyanyi kerana minat sejak kecil.

Gagal ketika bersama Mentor 2 tidak bererti perjalanan karier saya juga berakhir.

"Apapun, saya masih bersyukur kerana sampai sekarang masih menerima jemputan mengadakan persembahan.

Ketika mula menyertai bidang ini, matlamat saya bukanlah mahu bergelar juara atau popular.

"Namun, saya mahu terus menyanyi kerana minat.

Jika menang dalam pertandingan nyanyian ia adalah rezeki masing-masing," katanya.

Kata Kat, dalam meneruskan kelangsungannya dalam dunia seni, dunia lakonan turut dicuba apabila dilamar pengarah Martias Mohd Ali untuk membintangi filem pendek, Anak yang selesai menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya, baru-baru ini.

Kata Kat, dia gembira dan tidak menyangka mendapat peluang keemasan ini yang dianggap satu kepercayaan pada bakat lakonannya selepas muncul menerusi drama Sayang Cendana di TV3 pada Mei lalu "Mulanya, saya juga tertanya sama ada saya boleh berlakon dalam filem pendek ini.

Memberi cabaran, lakonan saya memerlukan emosi tinggi walaupun tanpa dialog.

"Bayangkan pada hari pertama penggambaran, saya diminta menggambarkan emosi sedih hingga menitiskan air mata.

Menariknya, Martias berkata tidak perlu berlatih banyak kali dan terus berlakon.

"Selepas tiga hari penggambaran, saya berasakan berlakon bukan kerja mudah.

Lakonan memberi pengalaman baru pada diri saya.

"Namun, nyanyian masih menjadi keutamaan dan lakonan sekadar hobi.

Saya berminat terus berlakon dan jika ada tawaran lain, saya ingin mencuba," katanya.

Selepas berlakon filem pendek, Kat menyatakan dia mula rindu dengan suasana di set penggambaran.

Seperti Anak, dia juga terkenang arwah jurusolek Arman Simin yang meninggal dunia dua hari selepas penggambaran selesai akibat serangan jantung.

Katanya, hubungan yang baru terjalin itu cukup mesra apatah lagi dia mendapat sentuhan solekan arwah sepanjang penggambaran filem pendek itu.

"Saya seperti kaku bila mendengar berita sedih mengenainya.

Ketika penggambaran, dia banyak memuji saya dan meyakinkan saya boleh berlakon.

"Dia yang membahasakan diri sebagai mummy ada mengadu sakit dada ketika penggambaran dan saya tidak sangka filem ini adalah pertemuan terakhir kami sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Mengenai nyanyian, kata Kat, undangan memenuhi persembahan pentas tetap diterima dan peminat masih ingat dengan kemunculannya ketika bersama Mentor 2 lalu.

Dalam mencuri semula perhatian peminat, Kat kembali dengan single kedua, Hilang, ciptaan Edrie Hashim.

Lagu ini sudah dirakam termasuk klip video yang turut memaparkan kisah perjalanan karier seninya selama ini.

"Selepas hampir empat tahun single pertama, Chiki dihasilkan selepas Mentor 2 berakhir, baru kini saya kembali dengan single kedua.

Saya menganggap apa yang berlaku untuk menunggu single kedua adalah masalah peribadi.

"Walaupun menunggu masa lama, saya tetap bersyukur dan lega dengan hasil lagu baru kali ini.

Lagu ini membawa kelainan dari aspek rentak yang lebih sentimental dan balada berbanding Chiki membawa pop dan berentak rancak.

"Respons awal yang saya terima, ramai yang suka dengan kelainan saya dalam lagu ini.

Ada antara mereka juga tidak percaya saya menyanyikan lagu rentak sebegini dan ada berpandangan suara saya bertambah matang.

"Lagu ini juga satu kejutan pada karya Edrie yang mendapat ilham spontan selepas saya meminta dia menghasilkan lagu baru untuk saya.

"Adanya lagu ini, saya berharap diri saya tidak lagi menghilang daripada peminat.

Buat masa ini, saya mencari lagu baru lain dan mini album ini dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini," katanya.

>PROFIL:
NAMA: Siti Khatijah Hassan
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1987
USIA: 23 tahun
ASAL: Pulau Pinang
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon.
STATUS: Bujang
FILEM: Anak
DRAMA: Sayang Cendana
SINGLE: Chiki dan Hilang
PENCAPAIAN: Tempat ketiga Mentor 2

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2 juta atau 2 ratus ribu?

Posted: 24 Nov 2010 07:23 AM PST

SAINGAN filem Melayu di pawagam kembali rancak apabila sepanjang November dan Disember ini, satu filem tempatan ditayangkan dalam tempoh seminggu berbanding dua minggu pada bulan-bulan lain.

Persaingan yang dianggap sengit ini sudah tentu memberi cabaran pada produser merancang strategi teliti dan berkesan untuk memancing penonton ke pawagam menyaksikan filem mereka. Filem Estet yang membuka tirai tayangan pada 4 November lalu diikuti Krayon pada 11 November mencatat kutipan kurang memuaskan jauh dari jumlah RM1 juta. Ini berbeza dengan 2 Alam yang diterbitkan dR Movies Productions yang ditayangkan pada 18 November lalu dikatakan mencatat RM2 juta pada hari pertama tayangan.


Jika benar bagai didakwa sebagaimana diiklankan dalam satu akhbar, ini barulah benar-benar pecah panggung apabila rakyat Malaysia menderu ke panggung di seluruh negara dan pastinya suasananya benar-benar haru biru mengalahkan filem blockbuster Hollywood seperti Transformer's atau Spider-Man.

Hakikatnya, berdasarkan kutipan terkini filem tempatan yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Estet mencatat kutipan sebanyak RM350,000, Krayon (RM30,000) manakala 2 Alam (RM230,000).


Sudah tentu angka dipaparkan cukup mengelirukan hingga dipersoalkan bagaimana angka RM2 juta pada hari pertama tayangan didakwa penerbitnya yang juga usahawan produk kesihatan, Datuk Dr Rozmey Che Din.


Apabila ditanya perkara ini kepada Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah, beliau enggan mengulas perkara ini. Katanya, apa yang dia tahu kutipan 2 Alam sebagaimana dikeluarkan Finas ialah RM230,000 dan enggan mengulas kutipan filem terbitan produksi lain.

Ahmad Puad yang juga Pengurus Besar Filem & Drama, Primeworks Studios berkata, persaingan filem Melayu sepanjang dua bulan ini seharusnya dilihat sebagai suatu yang positif pada perkembangan filem tempatan.


"Apa jua persaingan yang ada, produser kena hadapi dan tahu bagaimana merancang strategi promosi yang lebih baik untuk menarik minat penonton.

"Apa yang penting, produser seharusnya pada peringkat awal pembikinan, peka apa kehendak penonton pada sesuatu filem yang ingin dihasilkan dan bukannya disandarkan pada apa yang produser mahu.


"Sebagai pembikin filem, risiko memang tetap ada sama ada filem itu berjaya atau gagal mendapat sambutan. Situasi ini tidak dapat dielakkan apatah lagi tahun depan, cabarannya lebih besar.


"Dijangka 50 filem baru melalui pelbagai fasa seperti baru hendak mula penggambaran, masih dalam pembikinan dan siap sepenuhnya, menunggu masa tayangan pada tahun depan," katanya.


Menurutnya, dalam hal ini filem Primeworks Studios juga menyahut cabaran ini apabila mempertaruhkan filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo untuk tayangan pada 2 Disember nanti selepas tayangan Ngangkung pada 25 November.


Katanya, seperti kebiasaan, promosi sebelum tayangan dimulakan dengan tayangan kepada media diikuti tayangan perdana karyawan filem serta digiatkan lagi dengan kehadiran barisan pelakonnya bertemu peminat di panggung-panggung.


"Sebanyak RM300,000 dibelanjakan untuk promosi filem ini termasuk di TV dan akhbar. Jika sebelum ini filem tempatan lebih terarah pada kisah cinta dan remaja, filem kali ini pula memberi penekanan pada kisah keluarga.


"Ia membawa mesej pengajaran pada merapatkan hubungan dan peranan ibu bapa dan anak yang berdepan pelbagai masalah," katanya.


Selepas Aku Tak Bodoh, kata Ahmad Puad, filem baru lain yang menunggu tayangan ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 9 Disember, Aku Masih Dara (16 Disember), Janin (23 Disember) dan Damping Malam (25 Disember).


"Kehadiran satu filem selang seminggu bersama saingan filem baru dari Hollywood dijangka memberi saingan sengit hingga jumlah penonton berpecah.


"Namun, filem tempatan masih mempunyai kelompok peminat sendiri. Seperti filem Aku Tak Bodoh, saya percaya ia menarik perhatian anggota keluarga untuk hadir menonton.


"Skim Wajib Tayang masih membantu penggiat filem untuk mendapatkan tempoh tayangan selama 14 hari tayangan dan ini juga peluang untuk meraih sambutan penonton," katanya.


Sementara itu produser David Teo yang mempertaruhkan Ngangkung mulai hari ini mengakui sudah bersedia dengan strategi promosi sebagaimana dilakukan MIG Productions Sdn Bhd untuk filem-filemnya sebelum ini.


"Saya yakin filem dijayakan Shaheizy Sam, Putri Mardiana, Eira Syazira dan Azad Jazmin ini mampu mencuit hati penonton sebagaimana filem Adnan Sempit. Kalau Adnan Sempit genre aksi komedi, Ngangkung pula komedi seram.


"Kalau Adnan Sempit yang mencatat RM7.8 juta ketika ditayangkan Januari lalu menambat penonton dengan dialog, 'di mana ada jalan di situ ada highway'. Kali ini kata-kata 'tok...anak cucu mintak nombor' pasti mencuit hati," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kolaborasi sulung Apek, Nabil, Johan

Posted:

Kolaborasi sulung Apek, Nabil, Johan

Kolaborasi sulung Apek, Nabil, Johan



SEMUA manusia yang bernafas di dunia ini pasti melakukan kekhilafan. Namun, yang membezakan situasi itu adalah sama ada kesalahan itu disedari serta diinsafi atau sebaliknya.

Sebagai individu yang pernah melakukan kesilapan, Saiful Apek menyedari dia telah tersilap langkah. Justeru, kini cuba merenung jauh ke dalam impak daripada kesilapan yang telah dilakukannya itu yang kini menerjah perjalanan hidupnya.

Jelas, insiden dirinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah pada bulan Jun lalu telah memberi hikmah tersendiri buat dirinya.

Ibarat bayi yang baru dilahirkan, pemilik nama sebenar Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff yang kini mencecah usia 41 tahun itu bangkit semula dengan bertongkatkan sokongan dan penghormatan yang diberikan oleh rakan-rakan dan para peminatnya yang sentiasa bertindak penyuntik semangat buatnya untuk terus berkarya.

Bagi Saiful Apek, bakat melawak yang telah dijadikan karier seninya sejak 16 tahun lalu itu merupakan punca rezeki dan kehidupannya kini.

Sehubungan itu, dia akan terus membawa anugerah Tuhan itu selagi ada hayat dikandung badan.


SAIFUL tidak berhenti berharap filem sulung arahannya, Shh...Dia Datang menjengah pawagam.


Dari lubuk hatinya juga, dia masih bersyukur kerana masih diterima walau pernah dihimpit dengan peristiwa hitam yang boleh membuatkan namanya jatuh, malah mungkin terus dilupakan.

Katanya dalam nada penuh kesyukuran, rezeki yang diterima sekarang juga amat menggalakkan dan memberikan dirinya semangat untuk bangkit semula dan menyemarakkan dunia seni lawak tanah air.

"Terima kasih peminat. Saya bersyukur kerana peminat-peminat masih menyokong saya untuk terus berada dalam industri ini.

"Apa yang membuatkan saya terharu sangat kerana masih ada golongan ibu dan bapa yang menyuruh anak mereka bersalaman dengan saya biarpun selepas 'tragedi' yang menimpa saya itu.

"Penghormatan yang diberikan itu merupakan trofi buat diri dan semangat untuk saya terus bangun," luahnya ketika ditemui di pengambaran filem Bujang Terlajak di Restoran Anta Batura, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, setiap penyanyi atau pelakon pasti mengimpikan anugerah sebagai satu penghargaan yang diiktiraf terhadap bakat mereka. Namun ia sebaliknya melihat aspek penghargaan itu daripada sudut yang berbeza.


SERIUS. A. Razak Mohaideen sedang berbincang dengan tiga teraju utama filem, Bujang Terlajak.


"Bagi saya penghormatan yang berterusan daripada peminat terhadap bakat yang keluar menerusi hasil lakonan saya adalah satu anugerah dan trofi yang paling penting.

"Tanpa mereka (peminat) siapalah saya. Saya cukup terharu dengan sokongan mereka," jelasnya.

Ghairah tunggu komen

Yakin untuk melangkah setapak lagi dalam portfolio seninya, pada tahun 2008, Saiful Apek telah muncul sebagai sutradara dan mengarah filem Shh...Dia Datang.

Buah tangan pertama figura yang masih boleh dikategorikan sebagai salah seorang raja lawak di Malaysia itu sudah selesai menjalani proses pembikinan.

Filem itu dibintangi ramai pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Imuda, Ahmad Busu, Amy Mastura, Avaa Vanja dan Kuna.

Namun atas sebab beberapa masalah teknikal, filem terbitan Noradz Production dan Gitu-Gitu Production milik Saiful Apek sehingga kini masih belum ditayangkan.


FAZURA 'bunga' yang menjadi tarikan dalam filem Bujang Terlajak.


Menurut Saiful Apek, dia amat berharap jika filem itu dapat ditayangkan pada tahun hadapan memandangkan dua orang pelakon yang turut berlakon dalam filem itu telah pulang ke rahmatullah iaitu Din Beramboi dan Shukrey Hashim.

Malah luahnya, selaku pengarah, dia juga tidak sabar untuk mendapat maklum balas daripada penonton yang bakal menyaksikan hasil arahan perdananya itu kelak.

"Saya memang agak ghairah mahu menunggu filem tersebut ditayangkan kerana itu merupakan filem pertama arahan saya. Nak juga dengar apa komen peminat tentang filem arahan saya," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dominasi karyawan filem Taiwan

Posted:

Dominasi karyawan filem Taiwan

Dominasi karyawan filem Taiwan


LEE CHIEN NA


ACARA Golden Horse Film Awards ke-47 yang berlangsung pada 20 November lalu di Taoyuan, utara Taiwan sama tinggi prestijnya dengan anugerah Oscar di Hollywood, tetapi bezanya ia khas untuk filem-filem yang menggunakan bahasa Cina seperti Mandarin, Kantonis dan sebagainya.

Tahun ini penggiat filem Taiwan mendominasi senarai pemenang. Pengarah filem Taiwan, Chang Tso Chi memenangi anugerah bagi Filem Terbaik menerusi filem When Love Comes.

Filem arahannya itu turut menerima 14 pencalonan dan memenangi dua anugerah teknikal.

Pengarah Chung Mong Hong juga dari Taiwan, menerima anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem The Fourth Portrait mengalahkan Chang Tso Chi dan pengarah Hong Kong, Teddy Chen yang mengarah filem pecah panggung, Bodyguards and Assassins.

Filem The Fourth Portrait yang menyentuh tentang masalah sosial seperti penderaan kanak-kanak dan pelacuran turut menerima anugerah bagi Filem Taiwan Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang diterima oleh aktres Hau Lei.

Mengejutkan banyak pihak filem Teddy Chen, Bodyguards and Assassins, hanya membawa pulang satu anugerah sahaja iaitu Solekan dan Kostum Terbaik sedangkan filem arahannya merupakan filem yang digemari oleh ramai pengkritik filem.

Bekas model terkenal Taiwan, Ethan Juan menewaskan tiga aktor veteran apabila dia dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Monga.

Pelakon asal tanah besar China, Lu Li Ping, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai ibu tunggal dalam filem City Monkey.

Kemenangannya itu sekali gus menewaskan tiga pelakon wanita terkenal yang lain iaitu Tang Wei dan Xu Fan (China), serta pengarah dan pelakon Taiwan, Sylvia Chang.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik juga jatuh ke tangan pelakon Taiwan, Wu Peng Fon menerusi filem komedi Seven Days in Heaven.

Filem Spring Fever yang merupakan filem cinta golongan homoseksual memenangi anugerah Suntingan Terbaik serta Skor Filem Asal Terbaik.

Pakar seni mempertahankan diri dari Hong Kong yang juga seorang pelakon terkenal, Sammo Hung memenangi anugerah untuk kategori Koreografi Aksi Terbaik iaitu untuk filem Ip Man 2.

Lebih daripada 30 buah filem telah dicalonkan dalam festival filem edisi ke-47 itu. Pemenang dipilih oleh barisan juri yang sama untuk Festival Filem Cannes.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.