Adsense

Ahad, 21 November 2010

borak kosong

borak kosong


Doktor kahwin lari dengan anak sendiri

Posted: 21 Nov 2010 08:50 PM PST

Pada bulan Jun 2004, masyarakat tersentak dengan khabar Dr Bruce McMahan, 65 tahun, kahwin lari dengan anak perempuannya yang berusia 35 tahun. Kes ini begitu menggemparkan kerana Bruce McMahan seorang kaya raya, dia adalah President dan CEO Argent Funds. Bruce diberitakan menikahi anak kandungnya, Linda Marie Hodge McMahan Schutt dalam sebuah upacara rahsia di Westminster Abbey.

Dr Bruce McMahan dan putrinya, Linda, kahwin lari

Anda yang belum tahu mungkin hairan, bagaimana boleh terjadi ayah dan anak saling jatuh cinta. Apalagi dikhabarkan kalau si anak sebenarnya telah berkeluarga. Linda anak Bruce Mc Mahan ini di ambil oleh keluarga angkat sejak ia lahir oleh sebuah keluarga. Bruce tidak tahu kalau dia memiliki anak perempuan.

Tanpa sengaja, tahun 1990, ia bertemu dengan anaknya, Linda yang ketika itu berusia 18 tahun. Saat itulah Bruce tahu kalau dia memiliki anak perempuan yang sudah remaja. Sejak itu mereka berhubungan, namun lama kelamaan hubungan tersebut berkembang aneh, tidak lagi seperti ayah dan anak. Keduanya saling jatuh cinta!Bruce sendiri saat itu masih berstatus suami dari istri keempatnya.

Bruce McMahan

Tahun 1998, terjadilah hubungan sex 'terlarang' itu dilanjutkan ke pelrkahwinan pada tahun 2004. Pernikahan ini dilakukan diam-diam, kerana Bruce masih terikat pernikahan begitu pun Linda yang masih bersuami. Tapi di hadapan orang banyak, mereka tetap memainkan peranan sebagai ayah dan anak. Ini penting demi keluarga dan melindungi 'rahsia' mereka.

Hidup Linda yang bergelar PhD psikologi ini pun berubah total. Dia dilimpahi harta dan kemewahan. Maklum, ayahnya yang juga suaminya itu, Bruce, seorang jutawan dari Wall Street. Harta memang boleh'menyilaukan'.
Kes ini akhirnya terbongkar, dan di bawa hingga ke pengadilan. Sidang kes ini sungguh luar biasa, sampai-sampai alat bantu sex semacam vibrator, dijadikan barang bukti. Bruce menyangkal Linda adalah anaknya, dia juga menyangkal berhubungan sex dengan Linda. Tapi hasil ujian DNA menunjukkan 99,7 persen Linda adalah anaknya. DNA Linda juga ditemukan pada vibrator itu.

sumber : http://www.villagevoice.com/news/0640,cramer,74593,6.html

[Pelik] Melukis menggunakan kemaluan

Posted: 21 Nov 2010 07:40 PM PST

Benar  luar biasa orang orang ini, mereka memiliki kemampuan unik yang tidak dimiliki oleh siapapun iaitu melukis dengan alat kelamin. yang lelaki melukis hanya dengan menggunakan penisnya dan  dia boleh melukis dengan sangat baik. namun ada juga wanita yang melukis dengan menggunakan vaginanya


Pelukis Australia ini telah menunjukkan kemampuannya di pameran Afrika Selatan, pengunjungnya cukup ramai untuk menyaksikan kemampuan ini. Seperti yang dapat terlihat, dia melukis sejumlah lukisan dengan kemampuan yang luar biasa dan sangat bangga untuk setiap hasil karyanya.


Ada wanita yang tidak mau kalah dengan lelaki diatas. wanita ini melukis dengan menggenggam berus dengan vaginanya.

Wanita ini BOLEH melukis dengan memegang berus hanya dengan menyepit di vaginanya. Betapa kuat sekali vaginanya boleh menyepit berus itu dan melukis di atas kanvas.Sungguh karya seni itu memang luas, bukan hanya lukisannya saja yang bernilai seni namun cara melukisnya pun bernilai seni tinggi.

bk-mkain ramai yang manusia yang aneh....

[Kejam] Ibu paksa anak 12 tahun jadi pelacur

Posted: 21 Nov 2010 06:50 PM PST

Zaman sepertinya sudah semakin tua. Seorang gadis 12 tahun dipaksa ibunya untuk melayani lebih dari 100 lelaki. Kejahatan ini terbongkar dan si ibu serta pasangannya di penjarakan.

Seperti diberitakan Sydney Morning Herald, kelmarin, di persidangan terungkap, Wanita asal Tasmania, Australia itu bekerja sama dengan pasangannya, Garry John Devine (51) meempah sebuah bilik hotel di Hobart untuk digunakan oleh anaknya dalam melayani lelaki.

Wanita itu juga menyediakan kondom untuk digunakannya. Bilika tersebut digunakan selama dua malam. Devine bertugas mengawal anak perempuannya itu dan bertugas mengetuk pintu bilik  memberitahu pelanggan bahawa waktu mereka telah habis.

Pelacuran itu kemudian dilteruskan di kediaman Devine.Kejadian ini terus berlangsung selama sebulan. Dikatakan anak perempuan itu telah berhubungan seks dengan lebih dari 100 lelaki selama sebulan tersebut.

Ibunya akan mengenakan biayaran tambahan 50 dolar Australia bagi lelaki yang tidak mahu memakai kondom. Akibatnya, anak malang tersebut mengalami beberapa penyakit kelamin. Atas perbuatannya, wanita berumur 41 tahun tersebut dia penjara 10 tahun oleh pengadilan Australia.

Biarkan isteri dimakan ulat hidup-hidup

Posted: 21 Nov 2010 05:25 PM PST

 Seorang lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat mengaku bersalah membiarkan isterinya yang sakit dimakan ulat hidup-hidup dalam satu sidang perbicaraan di sini. Lelaki itu dituduh membunuh dan gagal memberi penjagaan terbaik kepada mangsa.

Akhbar The Cincinnati Enquirer melaporkan, Darrel White, 65, mengetepikan haknya untuk dibicarakan. Dia memberitahu hakim dia sudah memberi penjagaan terbaik kepada isterinya yang terlantar sakit menghidap artritis. Pihak berkuasa mendakwa White membiarkan isterinya menemui ajal kerana tidak menjaga atau membawanya berjumpa doktor. Polis berkata, mereka menemui tubuh isterinya yang mereput dimakan ulat di kediaman pasangan itu pada 23 Julai lalu. Pakar bedah siasat berkata, wanita terbabit sudah mati sehari sebelum itu akibat jangkitan darah.White menghadapi hukuman penjara enam setengah tahun. Hukuman bermula 15 Disember depan.

Kerana dilarang main internet,anak sanggup tikam ibu sampai mati

Posted: 21 Nov 2010 04:33 PM PST

Gara-gara ketagihan internet, seorang remaja  melakukan aksi nekad.  Dia sanggup membunuh ibunya sendiri setelah dilarang bermain internet.

Gadis yang dirahsiakan namanya  dan ibunya yang bernama Svetlana Dberumur 37 tahun tersebut memang sudah lama bertengkar

"Begitu gadis itu pulang ke rumah dia langsung bermain internet. Kemudian bertengkar dengan ibunya kerana dilarang menggunakan komputer," ujar pihak polis.

Ketika bertengkar anak yang berusia 14 tahun tersebut pergi ke dapur dan mengambil pisau. Lalu ia menikam tubuh ibunya beberapa kali hingga mati.

Kini anak itu telah ditahan di balai polis Vienna, Austria. Dia berkata tak bermaksud membunuh ibunya, ia tetap terancam hukuman 10 tahun penjara atas perbuatannya.

Bentuk buah catur yang pelik

Posted: 21 Nov 2010 10:01 AM PST









buah catur yang unik....

Kenapa jari boleh hancur begini?

Posted: 21 Nov 2010 09:01 AM PST

111910-thumb-cut-off
agaknya bagaimana rasa mereka ini menahan sakit akibat jari hancur begini

Sedut otak monyet untuk ubat kuat

Posted: 21 Nov 2010 08:30 AM PST

Otak monyet yang masih hidup konon dipercayai boleh mengubati masalah vitalitas pada lelaki terutama penyakit Impotensi, selain itu juga dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (Otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling canggih untuk ubat kuat. Monyet yang masih hidup dimasukkan kedalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan diusahakan jangan sampai mati, kemudian kulit kepala bahagian atas d di kupas kepalanya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di santap dengan menggunakan sedutan.

Cara makan yang kejam ini ternyata banyak ditemui di China Selatan, dengan meja khusus di mana monyet yang mabuk  morfin tadi dibedah tengkoraknya dan otak tadi disedut.

Kenikmatan yang ada sangat berbahaya, kerana ada risiko spongiform encephalopathy, penyakit otak yang dapat anda alami, yang ternyata sangat berbahaya  buat manusia.

Tekan minyak lebih sangat

Posted: 21 Nov 2010 07:00 AM PST

Kesian pemandu ini...agaknya tertekan minyak lebih sangat
habis dilangggar semuanya...




Kolam renang terapung di Berlin

Posted: 21 Nov 2010 01:00 AM PST

The Badeschiff yang terletak di East Harbour sungai Spree merupakan kolam renang terapung yang dikunjungi oleh ramai pengunjung kerana keunikannya...







Tayar penyelamat lori ini

Posted: 20 Nov 2010 11:00 PM PST











Tayar lori yang tersangkut telah menyelamatkan lori
ini dari terus jatuh ke gaung...betapa bernasib baik pemandu itu
yang kemudiannya dapat diselamatkan....

Pakaian yang dibuat daripada makanan

Posted: 20 Nov 2010 10:00 PM PST





Koleksi pakaian ini  diberi nama'Hunger Pains'
dan dicipta oleh 15 orang pereka yang di ketuai
oleh  Ami Goodheart of SOTO Productions
sumber : amusingplanet.com


Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Artis Mana Suka Gesel Payudara?

Posted: 20 Nov 2010 08:20 PM PST


SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu.
Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan.
Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini.
Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain.
Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu.
"Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani.
"Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku.
"Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu.
"Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat.
"Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva.

Noh, Nina dah bertunang?

Posted: 20 Nov 2010 08:14 PM PST



PASANGAN popular, Mizz Nina dan Noh dikhabarkan sudah melangsungkan pertunangan.


MENYIMPAN erat kisah cinta mereka, pasangan kekasih Noh, 26, dan Mizz Nina, 30, akhirnya mengambil kata putus untuk mengumumkan tarikh pertunangan mereka dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur 16 Disember ini.
Begitupun, pada waktu sama, Diva terdengar cerita kononnya kepala kumpulan Hujan itu sudah pun bergelar tunangan kepada Nina dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Itu yang Diva dapat tahu daripada sumber terdekat mereka.
Justeru, majlis tanggal 16 November ini adalah untuk mengumumkan mereka sudah bertunang atau memberitahu tarikh pernikahan yang mungkin menyusul tidak lama lagi.
Khabarnya, mereka sengaja merahsiakan majlis pertunangan itu atas alasan tertentu. Alasan keselamatan agaknya.
Diva cukup senang hati tengok Noh dan Nina yang mahu bersatu jadi suami isteri.
Personaliti Noh yang gila-gila manakala Nina yang selalu merendah diri agaknya satu daya tarikan kepada mereka berdua untuk hidup sebagai suami isteri.
Diva sendiri tidak sabar untuk mendengar sendiri daripada mulut Noh dan Nina.
Cuma, kalau tidak betul gosip ini, Diva awal-awal lagi mohon maaf kepada kalian.
Diva: Tahniah diucapkan kepada pelakon muda, Raja Farah yang selamat bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kelmarin.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Wartawan bukan musuh Scha

Posted:

Wartawan bukan musuh Scha

Wartawan bukan musuh Scha

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
(Yang diundang oleh Astro untuk mengikuti rombongan penggambaran drama bersiri Awan Dania musim ketiga di Seoul, Korea, baru-baru ini)
Gambar ihsan ASTRO


SERIUS... Scha ketika menerima arahan daripada pengarah Awan Dania musim ketiga, Dinesh Samby (bertopi).


TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba nama aktres ini terpalit dengan kontroversi terbaru apabila Scha Al-Yahya didakwa telah melabelkan wartawan sebagai monyet.

Barangkali berita itu agak mengejutkan kerana selama tiga tahun dia berkecimpung dalam bidang seni, jarang sekali namanya terheret ke kancah kontroversi yang melibatkan dirinya dan pihak media.

Apakah benar dakwaan yang sudah bertebaran di alam maya itu memang keluar dari mulut Scha sendiri?

Atau mungkinkah ada pihak yang cuba menabur fitnah terhadap dirinya sekali gus mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang anak seni?

Ketika diminta mengulas tentang perkara itu, Scha hanya mampu menghela nafas panjang seraya menggelengkan kepalanya.

"Ingin saya tegaskan di sini, semua dakwaan itu tidak benar sama sekali. Memang cerita-cerita karut yang tersebar itu semuanya salah faham dan telah disampaikan dengan maksud yang berbeza.

"Mana mungkin saya mahu menggali kubur saya sendiri dengan mengatakan pihak wartawan sebagai monyet. Itu memang kerja gila kalau benar saya yang mengatakannya. Saya juga bukan bodoh untuk berbuat demikian.

"Selama tiga tahun dalam bidang ini, saya langsung tidak ada masalah dengan mana-mana wartawan dan hubungan saya dengan mereka pun semuanya berjalan lancar," kata Scha dalam nada tegas.

Juara Dewi Remaja 2006 ini ditemui ketika penggambaran drama bersiri, Awan Dania musim ketiga di Seoul, Korea, baru-baru ini.

Tambah Scha, dia menyedari perkara itu selepas buah hatinya, Awal Ashaari menelefonnya dan memberitahu akan perkara itu.

Jelas Scha, semuanya berpunca daripada satu kenyataan yang dikeluarkannya menerusi Twitter yang berbunyi, "When a production is run by a bunch of monkeys, you will get peanuts."

"Saya memang mengeluarkan kenyataan itu sebagai membalas keluhan salah seorang saudara saya yang tidak puas hati dengan perjalanan syarikat tempat dia bekerja.

"Entah siapa yang salah faham dengan kenyataan itu telah menyalah tafsir sehingga ia menjadi satu perkara yang besar dan mengatakan saya melabelkan wartawan sebagai monyet pula," katanya dalam nada serius.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini juga memberitahu, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan cerita yang kurang enak sehingga mampu menjejaskan perjalanan seninya.

Kerana itu, dia cukup sedar kebelakangan ini namanya sedikit suram daripada industri seni dan dia sendiri tidak kisah dengan senario itu.

Adalah lebih baik kata Scha, untuk dia menumpukan fokus dan perhatiannya terhadap kerja tanpa mahu sebarang kontroversi lagi mengiringi kariernya.

Bagi wanita berusia 27 tahun ini, segala kisah panas yang pernah berlaku dalam hidupnya dijadikan sebagai pengajaran dan salah satu proses dalam mematangkan dirinya.

"Apabila saya melihat nama saya semakin reda dengan kisah panas dan kurang menjadi perhatian, saya berasa sedikit lega.

"Tidaklah lagi asyik-asyik dikaitkan dengan kontroversi yang saya sendiri sudah letih untuk melayannya. Cukup-cukuplah apa yang berlaku dan semua itu telah membuka mata agar lebih berhati-hati dalam setiap langkah saya.

"Kini, saya mahu terus melangkah ke depan dengan kerjaya saya. Itu adalah lebih penting untuk saya. Nanti masyarakat dan peminat pun akan bosan dengan saya kerana bukannya cerita karier yang banyak diceritakan tetapi kisah personal," katanya yang tidak pernah menyesal dengan segala yang telah berlaku.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Semua itu fitnah - Edry KRU

Posted:

Semua itu fitnah - Edry KRU

Semua itu fitnah - Edry KRU

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

LAGU Ku Ada Kamu nyanyian Adira yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua pertandingan Muzik Muzik 25 minggu lalu menjadi kecoh apabila ada wartawan yang mempertikaikan keaslian lagu ciptaan tersebut.

Lirik dan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu didakwa kononnya mempunyai sedikit persamaan dengan melodi lagu If We Hold On Together dendangan Diana Ross tidak lama dulu.

Isu itu dicetuskan seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris pada sidang akhbar selepas berakhirnya peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 25 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Edry semasa dihubungi berasa kecewa dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia bukan sahaja tidak berasas tetapi berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya sebagai komposer.

"Semua itu fitnah! Saya ada bukti mencipta lagu itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan menciplak mana-mana lagu. Malah score music (nota muzik) untuk membuktikan yang lagu ini tiada persamaan dengan lagu yang dimaksudkan.

"Dengan score music itu saya boleh membawanya ke mahkamah sebagai bahan bukti dan segala tuduhannya itu tidak berasas dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kerana dia telah mencemari kreativiti saya.

"Saya hairan mengapa selepas lebih tujuh bulan lagu itu dicipta dan dipopularkan oleh Adira baru sekarang pihak terbabit mempertikaikannya?" soalnya sewaktu dihubungi kelmarin.

Ku Ada Kamu merupakan lagu nyanyian Adira yang merupakan finalis pertandingan Akademi Fantasia 8 yang terpilih mara ke peringkat seterusnya dalam Muzik Muzik 25 bersama lima lagi lagu lain.

Lima lagi lagu yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 25 itu ialah Drama King (Meet Uncle Hussain), Tolong Ingatkan Aku (Anna Raffali), Jahat (Stacy), Susun Silang Kata (Aizat)dan Sofea Jane (Black).

Menurut anggota KRU itu, pihak yang menuduh mengatakan lagu Ku Ada Kamu sebuah lagu ciplak sepatutnya tampil dengan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan.

Katanya, dia berasa kesal kerana tuduhan yang dilemparkan dan disebarkan di kalangan wakil-wakil media massa lain boleh mempengaruhi kredibiliti dan peluang lagu itu untuk mara pada pertandingan tersebut.

"Ini melibatkan maruah saya sebagai komposer. Apatah lagi, selepas 18 tahun terbabit dalam bidang muzik tuduhan seperti ini menyebabkan saya berasa amat kecewa.

"Saya tidak faham mengapa wartawan terbabit menuduh saya begitu. Selama ini beratus ribu orang sudah mendengar lagu Ku Ada Kamu tetapi belum ada pun yang merungut atau mempertikaikannya," ujarnya.

Sama seperti lagu-lagu lain yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua dan pertama Muzik- Muzik 25, Ku Ada Kamu juga mempunyai harapan cerah untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu Anugerah Juara Lagu 25.

Sayangnya, kata Edry, dengan tuduhan dan cerita-cerita kurang enak berhubung lagu itu, dia bimbang ia juga akan mempengaruhi penjurian untuk Ku Ada Kamu bagi meneruskan kemaraannya.

"Walau apa pun bukti yang saya akan kemukakan tetapi apabila cerita negatif dan tidak benar tentang keaslian lagu Ku Ada Kamu, ia akan menjejaskan reputasinya untuk terus bersaing.

"Kalau benar lagu itu tidak asli saya minta pihak terbabit tampil bagi mengemukakan bukti. Saya tidak faham mengapa wartawan tersebut membuat tuduhan begitu?

"Dia bukan sahaja membuat tuduhan melulu tetapi turut mempengaruhi wartawan lain dengan kenyataan seperti itu yang memang tidak berasas. Biasalah dalam bidang penciptaan lagu ia sangat subjektif.

"Takkanlah saya mencipta lagu genre pop yang penyanyi lain nyanyikan, maka saya dituduh menciplak. Sedangkan dalam lagu itu melodi dan liriknya saya cipta sendiri. Bagi saya perkara seperti itu tidak adil," jelasnya.

Sehubungan itu, tambah Edry lagi, adalah tidak adil bagi segelintir wakil media yang menjustifikasikan sesebuah lagu dan mengaitkannya dengan lagu-lagu lain daripada segi melodi.

Ini kerana, penggunaan konsep muzik seperti pop dan rock telah dijadikan medium oleh ramai komposer dalam mencipta lagu di mana kelainan melodi lagu dan lirik baru yang ditulis boleh membezakan kelainannya.

"Menciplak lagu bermaksud mengambil sedikit melodi atau mengambil idea daripada lirik lagu-lagu lain. Tetapi saya tidak lakukan perkara seperti itu dalam lagu Ku Ada Kamu.

"Kalau macam itu, adakah kumpulan Bunkface dikatakan meniru lagu kumpulan Green Day kerana mereka membawakan konsep muzik punk rock yang terlebih dahulu diketengahkan oleh Green Day? Ini satu persepsi yang salah," kata Edry.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.