Adsense

Rabu, 13 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Bai Fang Li tukang beca yang pemurah

Posted: 13 Oct 2010 09:25 PM PDT

Tak perlu menggembar-gemburkan sudah berapa banyak kita menyumbang orang kerana mungkin belum sepadan dengan apa yang sudah dilakukan oleh Bai Fang Li. Kebanyakan daripada kita menyumbang kalau ada wang yang lebih.

Bai Fang Li berbeza. Ia menjalani hidup sebagai tukang beca. Hidupnya sederhana kerana berapalah sangat pendapatan daripada tukan beca. Namun semangatnya tinggi. Seharian mengayuh becak mencari penumpang yang bersedia menggunakan jasanya. Ia tinggal di rumah sederhana di Tianjin, China.




Dia hampir tak pernah beli makanan kerana dia mengutip makanan daripa sisa yang di buang. Begitupun pakaiannya. Apakah hasil membecanya tak cukup untuk membeli makanan dan pakaian? Pendapatannya cukup dan mampu membeli makanan serta pakaian. Namun ia lebih memilih menggunakan wang hasil penat lelahnya untuk menyumbang yayasan yatim piatu yang mengasuh 300 anak yang kurang  mampu.



Bai Fang Li mulai tersentuh untuk menyumbang yayasan itu ketika usianya  74 tahun. Ketika itu dia tak sengaja melihat seorang anak usia 6 tahun yang sedang menawarkan perkhidmatan untuk membantu wanita mengangkat barang di pasar demi untuk mendapat upah.


Namun yang membuat Bai Fang Li hairann, si anak memungut makanan di tempat sampah untuk makannya. Padahal dia membeli makanan untuk mengisi perutnya. Ketika ia tanya, ternyata si anak tak mahu menggunakan wang itu untuk membeli makan kerana wang itu akan digunakan untuk membeli makan kedua adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun .Mereka hidup bertiga bersendirian kerana orang tua mereka entah di mana.

Bai Fang Li yang berkesempatan menghantar anak itu ke tempat tinggalnya tersentuh. Setelah itu ia membawa ketiga anak itu ke yayasan yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. Sejak itu Bai Fang Li mengikuti cara si anak, tak menggunakan uang hasil mengayuh becanya untuk kehidupan sehari-hari melainkan disumbangkan untuk yayasan yatim piatu tersebut.

Bai Fang Li mula menyumbang kepada yayasan itu sejak tahun 1986. Ia tak pernah menuntut apa-apa dari yayasan tersebut. Pada tahun 2001 usianya mencapai 91 tahun dan datang ke yayasan .Dia mengatakan kepada pengurus yayasan kalau dia sudah tak sanggup lagi mengayuh beca kerana kesihatannya yang semakin buruk.Sumbangan terakhirnya sebanyak 500 yuan.

Dengan wang sumbangan terakhir itu, jumlah keseluruhan sumbangya ialah sebanyak 350.000 yuan . Anaknya, Bai Jin Feng, baru tahu kalau selama ini ayahnya menyumbang ke yayasan tersebut. Tahun 2005, Bai Fang Li meninggal setelah terserang sakit kanser paru-paru.


 Melihat semangatnya untuk menyumbang, Bai Fang Li memang orang yang luar biasa. Dia hidup tanpa kenal penat lelah untuk menolong anak-anak yang tak beruntung. Meskipun hidup dari mengayuh beca (jika diukur jarak mengayuh becanya sama dengan 18 kali keliling bumi),dia mempunyai jiwa yang murni untuk melihat orang lain bahagia.

Sejadah bersalib gegarkan Masjidil Haram

Posted: 13 Oct 2010 08:18 PM PDT


RIYADH (voa-islam.com) – Mansur Al-Sarhi, seorang warga Arab Saudi menuntut pihak pengawas keamanan untuk segera menghentikan pengedaran sajadah bergambar salib yang dijual di Mekkah.

"Saya membeli sajadah dari salah satu distributor sajadah di sebelah Masjidil Haram. Saya sangat terkejut ketika melihat gambar salib sangat menonjol di bahagian tengah sajadah tersebut," jelas Mansur kepada Sabq. "Bagaimana sajadah seperti ini boleh masuk ke Arab Saudi tanpa ada pemeriksaan dari pihak yang berwajib?" katanya.


Mansur mengecam pengedaran sajadah bergambar salib itu sebagai tindakan yang melampaui batas.

"Tindakan mereka sudah melampaui batas, sampai berani meletakkan salib di tempat sujud kaum muslimin di Masjidil Haram," katanya. [ar/islammemo]


sumber : http://www.voa-islam.com/news/islamic-world/2010/10/08/10728/sajadah-bergambar-salib-gegerkan-masjidil-haram



Lelaki berdiri dengan pedang depan pintu masuk bank

Posted: 13 Oct 2010 07:15 PM PDT

Dengan baju pajamas dan pedang ,lelaki ini berdiri didepan 
pintu masuk bank..
















Gadis malang dapat hidung baru

Posted: 13 Oct 2010 06:24 PM PDT

LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.


Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.


Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.-myMetro



Bayi tujuh bulan ada 24 jari

Posted: 13 Oct 2010 05:53 PM PDT

PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.

Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.

"Sejak lahir lagi, bilangan jarinya memang aneh. Ketika lahir, beratnya nomal iaitu 3.5kg. Namun, beratnya sekarang sudah 15kg, sedangkan dia hanya diberi susu ibu.

"Setiap kali menjalani pemeriksaan, berat badannya bertambah sebanyak dua kg," kata ibunya, Ria.

Ria memberitahu, ketika mengandung, dia sentiasa berasa lapar dan makan dengan banyak.

Dia juga mengaku amat terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 12 jari di kaki dan tangan.

Ketua Pusat Perubatan Kota Pagaralam, Dr. Rashidi menyatakan berat badan normal bagi bayi yang berusia tujuh bulan adalah antara tujuh hingga lapan kilogram.

Dr. Rashidi menyarankan supaya Natasya dibawa bertemu dengan pakar kanak-kanak untuk mengetahui punca berat badannya meningkat.

Mengulas tentang jumlah jari yang dimiliki Natasya, Dr. Rashidi memberitahu masalah itu terjadi sewaktu dalam janin lagi.

Namun, ia tidak mengganggu kesihatan bayi tersebut.-kosmo online



Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

Posted: 13 Oct 2010 05:24 PM PDT

 Disaat orang mengatakan kamu pasti tidak boleh melakukan...

 Cuba perhatikan di sekeliling...

 Ada berbagai pilihan untuk anda pilih...

Buat pilihan..dan terus laksanakan...

Cuba gunakan akal yang tuhan berikan....

lebih kreatif....


AKHIRNYA ANDA MEMBUKTIKAN YANG
MEREKA SALAH....



Rupa seleberiti jika mereka terlampau diet

Posted: 13 Oct 2010 04:00 PM PDT

Beginilah keadaan rupa seleberiti jika mereka
mengamalkan diet yang keterlaluan...








Tergantung di tiang elektik

Posted: 13 Oct 2010 03:00 PM PDT

Beginilah keadaan mangsa yang terkena kejutan elektik yang tergantung di tiang...




iPhone boleh dimakan

Posted: 13 Oct 2010 02:01 PM PDT

Inilah satu-satunya iPhone yang boleh makan...





bagi yang fanatik iPone bolehlah buat kek macam ni...


Walaupun toyota ini buruk tetap bertahan

Posted: 13 Oct 2010 01:00 PM PDT

Walupun nampak buruk toyota ini tapi enjin masih tip top...
boleh pergi kemana-mana...








Keadaan kereta BMW setelah langgar rusa

Posted: 13 Oct 2010 12:01 PM PDT

Beginilah keadaan kereta BMWsetelah melanggar seekor rusa.
Rusa termasuk kedalam ruang enjin...tu yang pelik boleh
sampai macamtu sekali....








Torehan pisau yang mengerikan

Posted: 13 Oct 2010 11:01 AM PDT

Inilah luka akibat torehan pisau yang amat mengerikan...







Perut terburai terkena chainshaw (gergaji mesin)

Posted: 13 Oct 2010 10:01 AM PDT

Nak tengok pun tak sanggup apa lagi kalau kita yang 
terkena....






Keluarga di Pakistan hanya pandai merangkak

Posted: 13 Oct 2010 09:25 AM PDT

Ada satu keluarga di Pakistan yang tidak pandai berjalan
seperti manusia yang normal.
Mereka hanya pandai jalan merangkak kerana sejak dari
kecil lagi ahli keluarga ini tidak diajar berjalan secara
normal...











Berat hilang 401 paun pun susah

Posted: 13 Oct 2010 08:25 AM PDT

David Smith mempunyai berat badan 630 paun dan berazam untuk mnguruskan badannya.Dengan usaha yang bersungguh -sungguh dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 401 paun.Tetapi dengan berat badan 229 paun dia mengadapi masalah yang lain pula iaitu lebihan kulit dan memerlukan pembedahan untuk membuang lebihan itu.












Bila makanan macamni disajikan sanggupkah kita makan?

Posted: 13 Oct 2010 07:42 AM PDT

Kalaulah makanan  begini disajikan  sanggupkah kita memakannya?






Pakaian unik

Posted: 13 Oct 2010 06:37 AM PDT

Begitu unik pakaian ini...




kreatif dan boleh di pelbagaikan...


Pokok ditengah stadium bola ?

Posted: 13 Oct 2010 04:00 AM PDT

Pelik betul..
macammana nak main bola kalu macam ni?
kenapa tak di tebang je pokok tu?








Bila bersara superhero malas jaga badan

Posted: 13 Oct 2010 03:25 AM PDT

Bila dah sampai umur bersra dan tidak diperlukan
ramai superhero yang mengalami obesiti keran dah malas nak excersise..










Sanggupkah wanita memakai kasut begini?

Posted: 13 Oct 2010 02:00 AM PDT





Ikan minum susu ???

Posted: 13 Oct 2010 01:30 AM PDT

Ikan pun minum susu...
Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah...










Gambar wanita di tetak teman lelakinya

Posted: 13 Oct 2010 12:33 AM PDT

Wanita ini mati ditetak oleh teman lelakinya hanya kerana
hendak memutuskan hubungan.Namun lelaki ini
berjaya ditangkap.Kejadian ini berlaku di China.




bila manuasia dalam keadaan marah...
hilang semua pertimbangan...


Gadis dengan payudara seberat 20 paun

Posted: 12 Oct 2010 11:05 PM PDT

Carol Ortiz dari Bolivia berusia 21 tahun mempunyai payudara seberat 20 paun.Payudaranya mula membesar selepas dia melahirkan anak.Payudara terus membesar sehingga kini dan dia juga hendak mengecilkan payudaranya kerana membebankan dirinya tetapi tidak seorang pun yang sanggup.






Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Gelombang tsunami Maher Zain

Posted:

Gelombang tsunami Maher Zain

Gelombang tsunami Maher Zain

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN dan MOHD. SHAHARANI SAIBI


AKSI Maher Zain sewaktu membuat persembahan pada sidang akhbar yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


APABILA dia duduk dan menyelak kembali lembaran hidupnya, Maher Zain tidak pernah menyangka dia mampu mengecapi nikmat kemewahan seperti hari ini.

Jauh sekali untuk meraih populariti mahupun kemasyhuran, apa yang dimahukan Maher hanyalah untuk masyarakat mendapat mesej yang berguna daripada karyanya.

Baginya, jika pendengar dan masyarakat dapat menikmati alunan lagu-lagunya serta menghayati karyanya dengan penuh jiwa, itu sudah menjadi satu kejayaan yang membanggakan dirinya.

"Saya sendiri tidak pernah menyangka yang satu hari nanti muzik saya diterima dengan baik seperti sekarang.

"Muzik yang saya cipta semuanya lahir dari hati yang tulus serta sarat dengan perasaan cinta yang ingin saya tujukan kepada semua manusia di dunia ini tanpa sebarang rasa prejudis.

"Kerana itu, saya bangga dan gembira kalau pendengar sendiri mempunyai perasaan yang sama. Ia jelas menunjukkan dakwah saya menerusi muzik berjaya membuahkan hasil seperti mana yang saya mahukan," ujar jejaka berusia 28 tahun ini bersungguh.

Kunjungan Maher ke negara ini sememangnya mendapat perhatian yang cukup meluas dan memang tidak keterlaluan dikatakan, dia telah mencetus fenomena baru sehingga mampu menjadi kegilaan ramai.

Bayangkan tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya, Save The Soul pada di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, malam ini dan esok sudah habis dijual.

Semua itu berlaku hanya dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tempahan dibuka pertengahan September lalu.

Kerana itu, ramai yang hampa dan kecewa apabila tidak berpeluang untuk menikmati alunan muzik Maher yang sememangnya cukup menyentuh jiwa itu.

Kadang-kala tertanya juga mengapa Maher boleh menjadi kegilaan rakyat tempatan. Kemunculannya juga bagaikan menyemarak kembali pasaran muzik nasyid yang pernah gah satu ketika dulu.

Biarpun nuansa R&B menjadi tunjang muzik Maher, harus diakui muzik yang dibawakannya telah mengubah persepsi masyarakat bahawa irama nasyid boleh dipelbagaikan asalkan ia masih lagi berada di landasan seperti yang telah disyariatkan.

Dunia seni Maher

Sebelum mengorak langkah sebagai seorang penyanyi, Maher terlebih dahulu memulakan karier seninya sebagai penerbit album serta aktif dengan kerja belakang tabir di sebuah studio muzik terkemuka di New York, Amerika Syarikat.

Ketika itu, dia telah berkerjasama dengan nama-nama besar industri hiburan seperti Kat Deluna dan Lady Gaga dalam penerbitan album mereka.

Namun, pertemuannya dengan RedOne telah merobah segala-galanya dan bermula detik itu, Maher semakin yakin dengan langkah seninya.

Tanpa segan-silu, dia menghulurkan pita rakaman nyanyiannya kepada RedOne yang ternyata terpikat dan terus menawarkan peluang kepada Maher untuk bergelar seorang penyanyi.

Biarpun memiliki kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal, namun, jiwanya yang sudah diabadikan untuk muzik mengatasi segala-galanya.

Berbicara mengenai album perdananya, Thank You Allah yang mula dipasarkan tahun lalu, Maher tidak henti-henti mengucapkan syukur dengan kejayaan yang dikecapi hanya daripada sebuah album sahaja.

Sebaik sahaja ia dilancarkan, Thank You Allah terus menduduki tangga pertama dalam carta album World Music seperti mana yang dicatatkan oleh Amazon.com.

"Saya memang mencintai muzik dan kerana itu, sebahagian daripada hidup saya dihabiskan dengan muzik dari pelbagai genre. Tetapi, semuanya gagal memikat hati saya sehinggalah saya menemui muzik yang benar-benar menakluk jiwa saya.

"Album pertama saya ini memberi gambaran jelas tentang identiti saya sendiri sebagai seorang Muslim. Biarpun muziknya moden, dalam masa yang sama, saya tidak harus melupakan akar umbi keturunan saya," ceritanya lagi.

Mencipta populariti dalam masa yang singkat, tidakkah Maher gusar seandainya dia bakal menjadi seorang penyanyi yang bermusim?

"Kejayaan yang dimiliki sekarang tidak boleh dijadikan satu jaminan untuk terus berjaya di masa hadapan.

"Saya tidak mahu menghasilkan muzik yang sama dan mahu terus bekerja keras agar saya dapat mampu bertahan lama dalam industri seni.

"Kalau boleh, saya juga mahu melihat karya dan muzik saya diterima dengan baik di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

"Setakat ini, saya menerima maklum balas yang cukup positif daripada orang ramai dan apa yang membanggakan apabila ada yang masuk Islam selepas mendengar dan menghayati album saya," ucapnya yang begitu mengagumi kumpulan nasyid Raihan sambil menyatakan keinginannya untuk berkolaborasi dengan mereka.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem lelaki yang menjengkelkan

Posted:

Filem lelaki yang menjengkelkan

Filem lelaki yang menjengkelkan

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


SIFAT kontras watak yang dilakonkan Mark Wahlberg dan Will Ferrell mencetuskan keserasian dalam filem ini.


SAYA bukan peminat setia Will Ferrell, tetapi tidaklah menyampah terus. Ada beberapa filemnya yang mampu membuatkan saya ketawa, antaranya Superstar (1999) dan Blades of Glory (2007).

Saya juga teruja untuk menyaksikan filem animasi Megamind (2010) yang mana dia menyumbangkan suara untuk karakter utama.

Terkenal dengan gaya komedi slapstik (atau dalam bahasa kasarnya lawak bodoh), The Other Guys sekali lagi menyatukan Ferrell dengan pengarah Adam McKay.

Kerjasama mereka bermula sejak Saturday Night Live (1995-2007); malah di bawah pengarahan McKay, Ferrell berpeluang menghidupkan fantasi kanak-kanaknya seperti menjadi wartawan (Anchorman: The Legend of Ron Burgundy, 2004) dan pemandu kereta lumba (Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby, 2006).

Fantasi terbaru mereka ialah main-main polis. Di dalam The Other Guys, Ferrell digandingkan dengan Mark Wahlberg, satu contoh ideal seorang detektif - serius dan sasa.

Ferrell ialah Allen Gamble, polis yang hanya mahu membuat kertas-kertas kerja di pejabat tanpa menyelesaikan kes di lapangan; manakala Wahlberg sebagai Terry Hoitz yang semangatnya berkobar-kobar tetapi kurang cerdik.

Di tempat mereka bekerja, P.K Highsmith dan Christopher Danson (kemunculan istimewa Samuel L. Jackson dan Dwayne 'The Rock' Johnson) ialah pasangan detektif yang amat disegani. Mereka cekap, berani dan sering menyelesaikan kes berprofil tinggi sehinggalah satu hari terkorban dalam kemalangan.

Kematian Highsmith dan Danson mendorong detektif lain untuk mengikut jejak langkah mereka, termasuk Hoitz. Namun kerana Hoitz dipandang rendah rakan sekerja, dia tiada pilihan selain 'memaksa' Gamble ikut serta dalam setiap kes yang ingin diselesaikannya.

Sifat kontras Hoitz dan Gamble mencetuskan keserasian, walaupun mereka saling membenci di antara satu sama lain.

The Other Guys tidak ubah ibarat parodi kepada filem aksi klasik lakonan Mel Gibson dan Danny Glover, Lethal Weapon (1987); kecuali Ferrell dan Wahlberg lebih menjengkelkan.

Saya bukan peminat setia Ferrell. Justeru, beberapa jenaka fizikalnya yang over-the-top serta dialog yang agak kotor di dalam filem ini, tidak berjaya membuatkan saya ketawa.

Kalau ada pun, saya hanya tersenyum sinis dalam kehairanan. Tetapi sila maklum, itu bukan salah Ferrell mahupun pengarah. Ini soal citarasa.

Wahlberg melengkapi kedangkalan Ferrell, cuma lawaknya lebih subtle dengan reaksi wajah yang tegak, bersesuaian dengan karakter Hoitz itu sendiri.

Bayangkan Staff Sgt. Dignam daripada filem The Departed (2006), tetapi bodoh-bodoh alang. Itulah yang penonton dapat daripada Wahlberg di dalam The Other Guys.

Kehadiran Steve Coogan sebagai penyangak David Ershon menambah variasi filem ini dengan aroma komedi Britain-nya, begitu juga dengan kelibat Michael Keaton yang mengubati rindu peminat untuk melihat dia beraksi semula di layar perak.

Jangan terlepas dengan cameo beberapa bintang terkenal lain seperti Brooke Shields, Rosie Perez dan pemain besbol Derek Jeter.

Sementara itu, kemunculan Eva Mendes pula tidak lebih sekadar memenuhi ruang khayalan Ferrell dan McKay, di mana wanita sehangat itu boleh jatuh cinta kepada lelaki sehodoh Gamble. 'Filem lelaki' seperti ini memerlukan seorang aktres seksi sebagai eye-candy.

Walaupun plot filem ini cuba berlaku bijak dengan memasukkan elemen-elemen bisnes dan kewangan, namun ia tidak meyakinkan.

Siasatan Gamble dan Hoitz terhadap misteri penyelewengan yang dilakukan Ershon, kelihatan bercelaru dan mengelirukan.

Apa yang jelas hanyalah babak demi babak komedi yang terlebih-lebih. Barangkali sebagai penyedap hati, adegan-adegan aksi, kejar-mengejar dan letupan yang dikoreograf untuk filem ini agak membanggakan.

Sekurang-kurangnya, The Other Guys tidak mungkir janji dengan labelnya sebagai sebuah lagi filem aksi komedi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Majalah pilih model berisi

Posted: 12 Oct 2010 09:15 PM PDT

du 08.1 Majalah pilih model berisi

GAMBAR muka depan Just As Beautiful.


LONDON – Sebuah majalah Just As Beautiful di Britain menggunakan pendekatan berlainan daripada kebiasaan apabila ia menampilkan model-model wanita yang berisi berbanding kurus.

Menurut sebuah akhbar semalam, majalah itu akan menyiarkan artikel mengenai fesyen, masakan dan gaya hidup tetapi tidak mengandungi maklumat cara-cara untuk berdiet.

Editor majalah itu, Sue Thompson berkata, dia mahu para pembaca mengetahui bahawa mereka tidak perlu mengubah penampilan untuk menjadi kurus.

Menurutnya, ramai orang berfikir mereka perlu untuk berubah setelah terdedah dengan mesej mengenai perubahan bentuk badan.

Majalah itu diterbitkan tiga tahun lalu sebagai penerbitan digital percuma menerusi e-mel dengan edaran 30,000 naskhah.

Bagaimanapun, pada bulan ini ia dijadikan majalah bulanan dan dijual di beberapa kedai terpilih dan secara langganan pada harga £4.70 (RM23.01).

Penerbit majalah itu, Ronnie Ajoku berkata: "Majalah ini ada kelas dan bukannya majalah lucah.

"Tidak ada seksyen diet tetapi kami mempunyai maklumat mengenai senaman." – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Klasik Kekanda Adinda

Posted:

Klasik Kekanda Adinda

Klasik Kekanda Adinda

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my



BOLEH dikatakan lagu Kekanda Adinda ketika ini kerap diputarkan di stesen-stesen radio. Namun pasti ramai yang tidak menyangka bahawa lagu tersebut telah dihasilkan sendiri oleh penyanyinya, Loque yang juga terkenal dengan grupnya, Monoloque.

Mengenai lagu ciptaannya itu, Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar menjelaskan, predikat kekanda adinda sengaja dipilih kerana dia mahu menimbulkan rasa klasik dalam penggunaan banyak bahasa moden masa kini.

Jalan cerita lagunya pula, diangkat secara ringkas mengenai kehidupan pasangan suami isteri yang berlainan latar gaya. Si isteri digambarkan mempunyai pangkat yang lebih tinggi berbanding suami - satu situasi yang bukan asing dalam sebuah perkahwinan masa kini.

Katanya: "Saya suka menggunakan bahasa klasik kerana tidak mahu ia tersisih. Jadi saya gunakan Kekanda Adinda sebagai judul lagu. Sementara kisah di sebalik lagu ini pula tiada kaitan dengan sesiapa. Saya menulis ia secara rambang dengan melihat situasi masa kini."

Menurut Loque lagi, mengikut perancangan, lagu Kekanda Adinda itu adalah lagu yang akan dimuatkan dalam album terbarunya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.


KOLABORASI sulung antara Loque dan Atilia menerusi lagu Kekanda Adinda ternyata menarik perhatian ramai.


Bagaimanapun semuanya berubah dengan satu panggilan telefon.

"Tidak lama selepas terhasilnya lagu berkenaan, saya telah dihubungi oleh penulis skrip drama 8 Bulan yang meminta saya menghasilkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama tersebut. Setelah diterangkan mengenai jalan ceritanya, barulah saya perasan lagu yang dihasilkan itu memang sesuai.

"Semasa menciptanya, saya telah rancang agar ia dijadikan sebagai sebuah lagu duet dan nama Atilia memang ada di fikiran saya memandangkan dia seorang penyanyi yang bagus. Malah, saya memang menyimpan hasrat untuk berduet dengannya dan ia akhirnya tercapai melalui lagu Kekanda Adinda," ujar Loque.

Semakin menjadi siulan ramai, Loque menyatakan rasa gembiranya di atas kejayaan lagu tersebut. Ujarnya, dia sendiri mulanya tidak menyangka lagu itu dapat diterima oleh pendengar dan kerap dimainkan di stesen-stesen radio popular.

"Ketika saya mula-mula mencipta lagu ini, saya tidak pernah terfikir pendengar akan menggemarinya. Kini, ia menjadi semakin popular dan berharap album yang akan saya terbitkan itu nanti turut digemari dan mendapat sambutan yang sama seperti lagu ini," ujarnya.

Sementara itu, Atilia juga turut berkongsi perasaan yang sama apabila gandingan sulungnya bersama Loque telah membuahkan hasil. Ujarnya, adalah satu penghormatan buat dirinya apabila diundang untuk berduet dengan pemuzik yang berbakat dan berkebolehan seperti Loque.

"Sebenarnya sejak dari dahulu lagi saya sering mendengar lagu-lagu kumpulan Butterfingers yang cukup dikenali di kalangan peminat muzik underground. Walaupun tidak begitu mengenali Loque dengan rapat, tetapi saya memang berkawan dengan isterinya.


ATILIA kini juga mempunyai album baru berjudul Indah.


"Kemudian sewaktu saya dihubungi Loque dan dia menyatakan hasratnya untuk mengundang saya berduet dalam lagu tersebut, saya terus bersetuju tanpa mengadakan sebarang perbincangan lanjut dengannya," ujar anak kepada penyanyi Salamiah Hassan itu.

Ketika ditanya pandangannya bekerjasama dengan Loque, Atilia melemparkan pujian kepada pasangannya duetnya itu dan menyifatkan Loque sebagai seorang pemuzik yang baik serta mempunyai visi dan misi tersendiri.

"Walaupun baru kali pertama bekerjasama dengannya, tetapi saya sangat berpuas hati kerana cara kerjanya yang cukup teratur dan dia banyak membantu supaya saya dapat bawakan lagu ini dengan baik. Untuk lagu ini, saya diberi tempoh seminggu berlatih sebelum menjalani proses rakaman," ujarnya.

Hikayat Halimunan Loque

Semenjak pulang dari Amerika Syarikat tahun lalu setelah empat tahun menuntut di sana, Loque memberitahu dia lebih banyak mencipta dan menghasilkan lirik lagu. Menariknya, dengan ilmu yang diperolehi itu Loque berpeluang membuka sebuah sekolah muzik yang dikenali sebagai Sekolah Baru Kuala Lumpur (SBKL) yang terletak di Bangsar serta mempunyai seramai 40 orang pelajar sekarang.

"Buat masa ini, saya sedang sibuk untuk menyiapkan album terbaru yang berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21. Dijangka album yang mengandungi enam buah lagu ini akan siap sepenuhnya dan bakal menemui peminat pada hujung tahun nanti.

"Istimewanya mengenai album terbaru saya ini, Hikayat Halimunan Abad Ke-21 adalah album trilogi yang mengandungi tiga sekuel. Untuk sekuel pertama ini, ia dikenali sebagai Jejak Tanah dan setiap lagu mempunyai jalan cerita antara satu sama lain. Lagu Kekanda Adinda juga turut dimuatkan dalam album tersebut," ujarnya.

Mengenai kumpulan Butterfingers yang kini sudah tidak lagi kedengaran dalam industri muzik tanah air, Loque menjelaskan kumpulan tersebut tidak berkubur walaupun vokalis utamanya, Emmet sudah berhijrah ke luar negara.

Menurut Loque, ahli-ahli Butterfingers yang lain seperti Kadak dan Loko masih lagi bersama dengannya dan turut terbabit dengan penghasilan album tersebut.

Indah Atilia

Selain popular dengan lagu Kekanda Adinda ketika ini, Atilia juga kini sedang sibuk mempromosikan album terbarunya yang berjudul Indah. Album yang telah dilancarkan pada bulan Jun lalu memuatkan 10 buah lagu yang berteraskan muzik jazz.


LOQUE bakal muncul dengan album baru hujung tahun ini.


"Walaupun lagu Kekanda Adinda kerap diputarkan di corong radio, namun saya tetap berpuas hati kerana lagu-lagu di dalam album terbaru saya juga sering dimainkan oleh stesen radio. Antaranya seperti lagu berjudul Indah yang merupakan single pertama yang dimuatkan dalam album tersebut.

"Alhamdulillah, semenjak album Indah dilancarkan juga, dari semasa ke semasa rezeki saya semakin bertambah apabila semakin banyak mendapat undangan membuat persembahan. Harapan saya agar album ini dapat diterima ramai kerana saya sudah melakukan yang terbaik," ujarnya.

Rentetan daripada kejayaan lagu Kekanda Adinda, Atilia memberitahu dia tidak akan menolak untuk bekerjasama atau berduet dengan Loque pada masa hadapan. Walaupun dikenali sebagai penyanyi jazz, ujar Atilia, dia juga sebenarnya mampu untuk membawa lagu-lagu berentak lain seperti yang telah dibuktikan melalui lagu tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Arahan sulung Angelina

Posted:

Arahan sulung Angelina

Arahan sulung Angelina


SELEPAS banyak menimba pengalaman berlakon, Angelina Jolie kini melangkah setapak dalam industri perfileman dengan menjadi pengarah.


SELEPAS membina reputasi kelas A dalam dunia lakonan, Angelina Jolie nampaknya tidak mahu statik dalam satu lapangan sahaja. Bijak memanipulasi bakat, wanita berbibir seksi itu kini mula menjalani penggambaran filem sulung arahannya.

Belum lagi mempunyai judul, namun filem yang sudah menjalani penggambaran sejak seminggu lalu itu dijangka bakal mendapat sambutan hangat.

Ia merupakan sebuah filem romantik yang berlatar belakang zaman perang Bosnia dan penggambaran juga dimulakan di sebuah rumah anak yatim di Budapest.

Melalui filem sulung arahannya ini, Angelina, 35 tahun, telah mendapatkan kerjasama daripada penerbit Graham King yang mempunyai profil cemerlang dalam bidang perfileman.

Merupakan bekas menerima anugerah Oscar, Graham teruja kerana diberi kepercayaan oleh Angelina untuk menerbitkan filem tersebut.

"Dia merupakan antara individu paling terkenal dengan dedikasinya dalam bekerja. Dia juga seorang yang profesional dan tidak sukar menjalin kerjasama dengannya. Malah saya amat berbangga kerana dipilih bekerja dan menjadi saksi Angelina sebagai seorang pengarah," kata Graham kepada majalah People.

Menurut sumber, filem tersebut menggunakan khidmat pelakon dari Eropah seperti aktor Zana Marjanovic, Goran Kostic dan Rade Serbedzija yang terkenal menerusi filem Batman Begins serta Mission Impossible II.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.