Adsense

Khamis, 6 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3, Tiada Kaitan Dengan Kontroversi

Posted: 06 Sep 2012 06:46 PM PDT

Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.

NURUL SYUHADA NURUL AIN

Kami pasti, ramai yang membuat spekulasi mengatakan ianya disebabkan kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Nurul Syuhada menyatakan bahawa keputusan yang dibuatnya itu langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya malah ianya sudah lama dipertimbangkan.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,"

Nurul Syuhada turut memberi tahu bahawa keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajaran pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

Nurul Syuhada juga menyatakan, keputusan perletakan jawatan yang dibuatnya itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mereka mendirikan rumah tangga.

Related Posts with Thumbnails

Azza Elite Keguguran

Posted: 06 Sep 2012 07:31 AM PDT

AZZA ELITE KEGUGURAN

Ini berita sedih. Azza Elite yang baru sahaja mengesahkan telah hamil baru-baru ini mengalami keguguran hari ini. Bagaimanapun, Azza enggan mengulas lanjut tentang insiden yang berlaku. Jelasnya, ketika ini perasaannya agak terganggu dan berharap semua pihak boleh memahami situasinya.

Seperti kata Azza kepada portal GUA:

"Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang. Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,"

Kepada Azza dan suami, salam takziah daripada kami buat anda berdua. Diharap anda sabar dan redha diatas apa yang terjadi ini.

Related Posts with Thumbnails

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Takut, Peminat Aaron Memang Fanatik” – Nadiya Nisaa, Pelakon “Adam & Hawa”

Posted: 06 Sep 2012 10:21 PM PDT

Semalam, berlangsungnya majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Wuuhuu Online bertempat di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay. Dihadiri oleh ramai tetamu, rumah terbuka ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti termasuklah Nadiya Nisaa, pelakon yang memegang watak Ain Hawani didalam drama bertajuk, "Adam & Hawa".

Sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan juga pernah merangkul  anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2011, kredibiliti Nadiya telah dipersoalkan ramai orang dan rata-ratanya adalah dari peminat fanatik Aaron Aziz sendiri, "Aaronators".

Dipilih sebagai heroin utama untuk menggalas watak Ain Hawani, watak yang telah memikat hati Adam didalam drama "Adam & Hawa", banyak komen-komen negatif yang telah dilemparkan kepada Nadiya. Ketika ditemui semalam, Nadiya turut meluahkan sedikit rasa kecewanya terhadap apa yang berlaku.

"Saya terkejut kerana tidak sangka akan mendapat respon begini pada mulanya. Saya takut, peminat Aaron memang fanatik. Pada mulanya memang ramai yang tidak berkenan dan persoalkan kebolehan saya," ujar Nadiya memulakan perbualan.

Namun begitu, Nadiya akui selepas masuk tayangan minggu kedua "Adam & Hawa" yang sudah memasuki episod ke-8 semalam, sudah ramai peminat yang boleh menerimanya.

"Lepas minggu kedua, saya sudah mula dapat maklum balas yang positif. Ada yang sudah boleh menerima saya sebagai Hawa didalam drama ini," ujar Nadiya merujuk pada "Adam & Hawa".

Nadiya turut memberitahu, drama "Adam & Hawa" sebenarnya sudah dimulakan penggambarannya sebelum Aaron memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2011.

"Penggambaran sebenarnya sudah dimulakan sebelum Aaron mendapat anugerah itu dan saya memang tidak menyangka bahawa Aaron mempunyai peminat yang ramai. Selepas Aaron menang, barulah saya tahu betapa ramainya peminat Aaron.

"Apa pun, isteri Aaron sendiri iaitu Diyana Halik sentiasa memberikan saya sokongan dan menyuruh saya agar sentiasa positif," tambah Nadiya lagi.

Dalam pada itu, Nadiya Nisaa kini tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dan hujung tahun ini dia akan berganding bersama Bront Palarae untuk filem bertajuk "Bikin Filem". Manakala dalam masa terdekat pula dia akan menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie bersama Aaron Aziz.

Aura Kejelitaan Terserlah Dengan Lilitan Seksi!

Posted: 06 Sep 2012 07:38 PM PDT

Busana, beg tangan malah kasut juga sudah tersedia. Pasti si cantik sedang memikirkan bahan apa yang perlu ditambahkan pada personaliti untuk menyerlahkan imej sempurna tatkala bergaya. Mungkin juga anda boleh tambahkan sedikit lilitan seksi di kepala. Selain mampu menonjolkan aura kecantikan, ianyanya juga memberikan imej sempurna kepada si fashionista. Terdapat beberapa aksesori yang boleh menjadi pilihan si pemakai.

Ingin tampil ranggi dan berani? Tiru gaya ini! Tampil ranggi dengan lilitan keanggunan daripada rona warna peach. Warna yang pasti menjadi pilihan si cantik tatkala bergaya, ini kerana rona tersebut menyerlahkan kelembutan si cantik dalam bergaya.

Melangkah lebih lincah dan mempersona dengan aksesori scarves yang sedikit sebanyak membantu menaikkan imej anda. Naluri ketegasan dalam pengayaan turut diserlahkan dengan gabungan blazer, baju polos dan seluar jeans dimana ianya mampu mempamerkan identiti menawan si pemakai. Hasil gabungan tersebut, telah melahirkan nilai positif dalam personaliti si pemakai.

Gaya memikat? Ya! Inilah jawapannya. Si pemakai pasti mendapat panahan mata daripada jejaka yang berada diluar sana, tambahan pula ianya digayakannya dengan 'scarves' menarik.

Bagi anda yang ingin tampil glamor, aksesori ini amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Aksesori 'scarves' daripada warna hijau turquoise ini memberikan kontra warna kepada si pemakai tatkala melakukan langkahan hebat.

Hasil gabungan 'scarves' dengan aksesori lain seperti kasut dan beg tangan, ianya sedikit sebanyak menyerlahkan imej kemewahan dalam penggayaan.

Bosan dengan gaya yang sama? Jom tampil cantik, moden dan seksi dengan menggayakan scarves yang memberikan gaya penuh feminin. Pelengkap segala gaya dan memenuhi naluri si cantik dengan lilitan mempersonakan.

Bagi si jelita yang sering mementingkan penjagaan fesyen dari hujung rambut sehingga hujung kaki, 'scarves' daripada warna merah jambu ini mampu memberikan sifat keyakinan kepada si pemakai.

Gabungan t-shirt polos dipadankan dengan seluar denim pendek dan beg tangan menyerlahkan aura santai si gadis. Dengan pemilihan 'scarves' daripada rona warna cerah, sedikit sebanyak ianya memberi impak besar kepada si pemakai.

borak kosong

borak kosong


Cafe Manga, Tempat Membaca, Minum, Makan dan Bahkan Tempat Menginap

Posted: 06 Sep 2012 09:15 PM PDT


Jika Anda ada kesempatan untuk berkunjung ke Jepun, maka luangkanlah diri Anda untuk singgah ke cafe unik yang satu ini. Cafe bernuansa manga ini merupakan hasil kombinasi antara perpustakaan dan cafe.
Manga dalam bahasa Jepun berarti gambar-gambar yang lucu. Kepopularan manga mulai dirasakan selama abad 20-an. Gambar manga memiliki ciri khas berupa gambar karakter yang memiliki mata yang lebar dan bibir yang mungil. Manga sangat disukai oleh semua generasi di Jepun tak terkecuali hingga negara-negara di luar Jepun. Genre manga secara general kebanyakan bercerita mengenati kisah romantis dan juga petualangan.
Cafe manga sudah menjamur sejak tahun 1970 sebagai tempat untuk membaca buku sambil menikmati kopi. Seiring perkembangan zaman, cafe-cafe manga itu pun membenahi diri mereka dengan berbagai fasilitas berupa komputer untuk akses internet, video games dan DVD.
Cafe manga banyak tersebar disekitat stesen kereta api, di masing-masing cafe pun memiliki tarif yang berbeda-beda dalam kunjungan hariannya. Banyak orang yang sedang menunggu atau bahkan ketinggalan kereta yang berkunjung ke cafe-cafe tersebut. Uniknya, cafe-cafe manga tersebut tak hanya dapat digunakan untuk membaca saja, tetapi tak jarang para pelancong banyak juga yang memanfaatkan cafe tersebut sebagai tempat menginap dengan harga yang relatif murah dibandingkan menginap di hotel.
Untuk masalah tempat tidur, di cafe ini memang tidak disediakan, tetapi pilihan untuk tidur di kursi pun nampaknya cukup nyaman bagi para pecinta pelancungan murah. Kalau masalah makanan, para tamu pun cukup tak usah khuatir, karena mereka membelinya di mesin penjualan yang tersedia di dalam cafe tersebut. Ada pilihan ais krim, mie bahkan hingga sandwich sebegai pilihan menu instan saat mereka bermalam di sana.
Meskipun cafe manga bukan tempat yang nyaman untuk bermalam, tapi bagi para pelancong yang berkunjung ke negara Sakura tersebut nampaknya wajib menyicipi keunikan khas dari cafe bernuansa komik tersebut. 

Protes Kebersihan KFC,Lelaki Blok Pintu Masuk dengan Ayam Goreng

Posted: 06 Sep 2012 09:00 PM PDT

BEIJING - Seorang lelaki di China dilaporkan membeli 22 keranjang berisi ayam goreng dari gerai restoran KFC. Keranjang-keranjang berisi ayam itu tidak dimakannya sendiri, melainkan diatur di depan pintu restoran sebagai bentuk protes terhadap KFC.

Lelaki yang hanya diketahui dengan nama Yang ini, membloki pintu restoran KFC tersebut demi mempertanyakan keamanan serta kebersihan yang disediakan oleh gerai itu kepada konsumennya. Yang menyadari adanya kerja karyawan restoran yang kurang bersih. Demikian diberitakan China People Daily, Kamis (6/9/2012).

Dia melihat beberapa pekerja membuat hamburger tanpa menggunakan sarung tangan. Dirinya sudah mempersiapkan wang hingga 140 ribu Yuan, untuk membeli 2.000 keranjang paket KFC. 

Tetapi pihak restoran pada akhirnya menolak untuk menjual 2.000 paket tersebut kepada Yuang.  Alhasil, Yuang hanya mendapatkan 22 keranjang ayam goreng, dan diaturnya di depan pintu restoran itu.

Pihak KFC tidak memberikan komen mengenai tuduhan dari Yang. Sementara warga yang melihat aksi protes dari lelaki tersebut, justru tampak mengambil beberapa ayam yang berada di dalam keranjang KFC tersebut. Beberapa dari mereka hanya boleh melihat dan mengambil foto  Yang, ketika dirinya melakukan aksi protes.(faj)

Remaja hubungi 911 kerana mimpi buruk

Posted: 06 Sep 2012 08:45 PM PDT


WASHINGTON - Ada-ada saja tingkah seorang remaja di Florida, Amerika Syarikat (AS). Gara-gara mendapat mimpi buruk, remaja yang diketahui bernama Mark Welch ini menelefon  911.

Menurut UPI, Khamis (4/9/2012), Welch diketahui sempat dua kali menghubungi 911 dan mengatakan kepada operator bahwa mimpi buruk yang dialaminya akan terjadi di kehidupan nyata. Petugas polis pun mengirimkan salah seorang anggotanya untuk mengintai di sekitar rumah Welch.

Petugas itu menemukan Welch dalam keadaan kebingungan. Remaja berusia 18 tahun itu pun diduga sempat menghisap rokok ganja sebelum menelefon 911.

Kendati demikian pihak polis tidak mengambil tindakan apapun atas Welch. Mereka hanya memberikan peringatan agar ia tidak mengulangi perbuatannya.

Orangtua Welch pun khabarnya menyembunyikan telepon rumah mereka untuk mencegah Welch menghubungi 911 kembali. Namun ternyata Welch tidak kehabisan akal karena 40 minit berikutnya Welch mendatangi rumah tetangganya untuk meminjam telefon dan menghubungi 911.

Dalam panggilan keduanya kepada 911, Welch mengatakan ia ingin membuktikan mimpi buruknya. Namun bukan lagi peringatan yang didapat Welch melainkan hukuman kurungan penjara. Ia ditangkap atas tuduhan penyalahgunaan sistem layanan 911.(rhs)

Gadis Jujur Ini Dapat Tiket Nonton Konsert Justin Beiber

Posted: 06 Sep 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM,  - Seorang gadis di Kota Maine, Amerika Syarikat, tak mengira menemukan dompet berisi empat ribu US Dollar.
Namun, merasa bukan miliknya, gadis jujur bernama Abbie Jacobson ini mengembalikan dompet itu kepada pemiliknya. Atas kejujurannya, Abbie dihadiahi tiket percuma konsert artis pujaannya, Justin Bieber. 
Seperti dikutip dadri Upi.com, saat itu Abbie Jacobson tengah bersama ayahnya di kelab Sam di bulan April lalu. Secara tak sengaja, Abbie menemukan sebuah dompet kecil terletak di atas lantai. Saat dibuka terdapat wang tunai senilai empat ribu US Dollar, dalam pecahan 100 US Dollar, kad debit, serta cincin emas, gelang dan anting-anting.
Abbie kemudian mencari pemilik dompet itu. Dengan menggunakan kad debit sang pemilik,  Abbie kemudian menghubungi Bank Maine. Alhasil, Abbie dapat mengetahui dompet, bernama Ra Rim. Ra Rim adalah salah seorang pelanggan Bank Maine.
Putri Rim Chansatha Meas, mengatakan ibunya merupakan imigran asal Kamboja. Saat kehilangan dompet, ibunya tengah berada di kelab Sam untuk belanja oleh-oleh untuk sanak saudaranya di Kamboja. Namun, kerana dompetnya hilang, maka ibunya cuba pulang ke Kamboja. Atas kejujuran Abbie, Ra Rim akhirnya boleh kembali pulang ke Kamboja.
Ketua Bank Maine, yang telah membaca kisah kejujuran Abbie dari surat khabar lokal, memutuskan untuk menghadiahi Abbie tiket konser bintang pop remaja, Justin Bieber di Boston bersama seluruh keluarganya.
Sementara Hotel Marriott Boston telah menawarkan kepada Abbie dan keluarganya menginap secara percuma jika mereka menghadiri acara tersebut. (upi.com)

Wanita di Thailand Bunuh Diri Terjun ke Kolam Berisi Buaya

Posted: 06 Sep 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang wanita 36 tahun  yang menderita depresi di Thailand melakukan aksi bunuh diri dengan cara yang tak biasa. Ia sengaja menerjunkan diri ke kolam yang berisi penuh dengan buaya.
Wanita itu pun tewas seketika menjadi mangsa para buaya yang kelaparan.
Sebelumnya, wanita tersebut sempat memberitahu kepada suaminya bernama Sunai Jisathra(55) bahawa ia akan ke doktor. Akan tetapi dia tidak pernah kembali ke rumah.
Sampai pada akhirnya Sunai melihat sebuah tayangan CCTV di sebuah peternakan buaya popular di Thailand yang menunjukkan bahwa sang istri terlihat memasuki kawasan tersebut.
Meski para pawang buaya di tempat tersebut membantah adanya insiden bunuh diri namun para pekerja di sana mengatakan bahwa memang ada seorang wanita yang sesuai dengan deskripsi Sunai terlihat sengaja menerjunkan dirinya ke dalam kolam yang berisi buaya.
Sunai mengaku tidak terkejut bahwa istrinya akan mencuba untuk bunuh diri. Dia mengakui bahwa isterinya memang memiliki masalah wang dan menderita depresi jangka panjang.
"Itu mungkin ia bunuh diri untuk menghindari masalahnya," katanya.(Straitstime)

Wanita berbogel bersama Putera Harry ditangkap

Posted: 06 Sep 2012 08:00 PM PDT


NEW YORK - Seorang wanita yang mendakwa telah berbogel bersama pewaris ketiga takhta Britain, Putera Harry telah ditangkap pada 24 Ogos lalu, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Wanita itu, Carrie Lynn Reichert yang berusia 40 tahun ditangkap di San Diego, Amerika Syarikat ketika dia cuba untuk menaiki sebuah pesawat ke Mexico.
Menurut sumber penguat kuasa undang-undang, Reichert dikehendaki di daerah Harrison, Mississippi kerana menulis cek tendang bernilai AS$21,672 (RM67,474.0) bermula pada Ogos 2003.
"Pegawai-pegawai kastam mengesannya di lapangan terbang. Dia bercadang mahu keluar negara tetapi kami dapat menangkapnya," kata sumber tersebut.
Sumber itu memberitahu, dia boleh dikenakan hukuman penjara lebih setahun jika disabitkan kesalahan melakukan penipuan.
"Kenapa anda boleh menjadi terlalu bodoh?Anda mengetahui kami mempunyai waran berhubung cek tendang yang ada tulis.
"Selepas 9/11 (serangan pengganas di New York pada 11 September 2001), anda tahu kami memeriksa setiap orang di dalam pesawat," kata sumber berkenaan.
Reichert kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Santee, California.
Pada bulan lalu, Reichert memberitahu majalah People bahawa dia bercium dan berbogel dengan Putera Harry semasa parti diadakan di sebuah hotel di Las Vegas pada bulan lalu.
Gambar bogel putera itu turut disiarkan di muka depan akhbar The Sun di Britain pada 24 Ogos lalu.
Putera Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beliau merupakan anak Putera Charles dengan mendiang Lady Diana.
Putera Charles merupakan pewaris pertama takhta Britain diikuti Putera William yang juga abang Putera Harry. - Agensi

Penganggur curi 900 buku

Posted: 06 Sep 2012 07:45 PM PDT


TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki yang dituduh mencuri hampir 900 buku daripada beberapa perpustakaan, kata jurucakap polis, semalam.
Penganggur, Mitsuka Suizu, 61, dilaporkan memberitahu polis: "Saya ingin menyimpan buku yang saya baca" selepas mereka menemui 896 buku di kediamannya di Ube, barat Jepun.

Jurucakap polis berkata, Suizu pada awalnya ditahan kerana mencuri 12 buku sepanjang tempoh enam bulan, tetapi pemeriksaan di rumahnya mendapati sejumlah besar buku disorokkan, di mana akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan semuanya bernilai dua juta yen (RM77,921). Di bawah kanun keseksaan Jepun, kesalahan mencuri dihukum hingga 10 tahun penjara atau denda hingga 500,000 yen (RM19,840). - AFP


sumber : mymetro

8 jam bawah mayat ibu

Posted: 06 Sep 2012 07:30 PM PDT


CHEVALINE (Perancis): Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terselamat dalam insiden tembakan selepas mengerekot di bawah mayat ibunya selama beberapa jam.
Serangan itu yang membunuh bapa dan neneknya turut mencederakan kakaknya, kata pihak berkuasa semalam. Kanak-kanak itu bersembunyi selama lapan jam antara mayat ibu dan neneknya yang penuh dengan kesan peluru di bahagian belakang kereta keluarga mereka yang didaftar di Britain dalam insiden tembakan misteri di pinggir sebuah desa di Alps Perancis. Seorang lagi lelaki dipercayai penduduk tempatan yang berbasikal berhampiran tempat kejadian turut ditemui ditembak mati di parkir tengah hari kelmarin.

Kakak kanak-kanak itu yang ditemui ditembak bersebelahan kereta, kini dalam keadaan serius, tetapi stabil selepas diterbangkan dengan helikopter ke hospital bandar raya Grenoble.


Pendakwa raya yang bertanggungjawab dalam siasatan kes itu, Eric Maillaud berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera.

"Dia mengerekot di bawah mayat selama lapan jam dan tidak bergerak sepanjang tempoh itu," katanya. Polis pertama tiba di tempat kejadian tidak nampak kanak-kanak itu dan kereta berkenaan ditinggalkan tanpa disentuh. Kawasan itu ditutup sementara menunggu ketibaan pakar forensik.


"Hanya selepas memasuki tempat kejadian pada tengah malamnya, baru kami menemuinya," katanya. - AFP


sumber : mymetro

Ibu dua anak terkejut temui telur bulat

Posted: 06 Sep 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan.
Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa.

Warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. Tinggal di Enfield di utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini. "Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh.


"Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini," katanya. Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet.

Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall - James Church - menemui telur bulat seperti itu beberapa tahun lalu.


Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan. - TS


sumber : mymetro

Daniel tidak lagi takut untuk makan, minum

Posted: 06 Sep 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang budak yang tidak pernah makan sepanjang hidupnya, mencipta keajaiban apabila mengambil makanan untuk kali pertama baru-baru ini, lapor media semalam.
Daniel Harrison, 5, mengalami alahan serius ketika menyusu semasa masih bayi, menyebabkan dia takut kepada makanan atau minuman.

Untuk meneruskan hidup, Daniel terpaksa diberi makan melalui tiub ke perutnya. Namun, hasil rawatan pakar di Austria, Daniel kini boleh menikmati makanan seperti orang lain. Bapanya, Kevin Harrison, 43, berkata tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaannya melihat Daniel mengambil makanan seperti budak normal.


"Ia seperti memenangi Piala Perdana, Piala Eropah dan Piala Dunia sekali gus," katanya. Menurut Kevin, sesetengah makanan utama perlu dilenyekkan terlebih dulu kerana Daniel masih sukar mengunyah akibat otot di mulutnya tidak berkembang dengan baik.

"Daniel boleh makan apa yang kami makan, dan dia sukakan coklat serta biskut," katanya. Menurut Kevin, dia amat bangga dengan perubahan berlaku pada Daniel.


"Saya berasa seperti akhirnya berjaya melakukan tanggungjawab sebagai bapa," katanya. Sebelum ini, Kevin dan isterinya, Catherine, membawa Daniel ke Hospital Universiti di Graz, Austria, untuk membolehkan pakar di situ memberi rawatan sewajarnya.



Kaedah disediakan di hospital itu tidak diamalkan di Britain. Melalui kaedah itu, Daniel berjaya disedarkan bahawa dia memang perlu dan mahukan makanan. Pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah khusus bagi memujuk Daniel supaya lebih terdedah kepada makan dan mengurangkan ketakutan memasukkan makanan ke mulut. Kaedah itu turut dipraktikkan ke atas 12 pesakit dari seluruh dunia dan semuanya berjaya. - DM



sumber : mymetro

‘Saya sesal pukul dia’

Posted: 06 Sep 2012 06:45 PM PDT


IPOH: "Saya pelik apabila dia mampu membeli pakaian mahal dan tiba-tiba mempunyai banyak wang. Saya syak dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk," kata seorang pengurus pemasaran, Calven Chik Foo Keong, 26, yang terbabit dalam kes memukul isterinya, Amanda Fong, 19, sebelum kejadian itu menjadi topik hangat di laman sesawang YouTube.
Dia yang menjadi cemuhan puluhan ribu pengguna Internet sejak tiga hari lalu menyedari kesilapan dilakukan dan tidak mahu mencari sebarang alasan bagi menutupi kesalahannya itu. 
Menurutnya, dia menyesal kerana memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

"Saya tidak mahu bercerita panjang atau menyalahkan sesiapa, namun perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk campur tangan ibu mertua saya," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita.



Calven berkata, dia juga mengesahkan isterinya itu pernah menghadapi tekanan perasaan sehingga dikatakan pernah menggugut untuk membunuh diri.


sumber : mymetro

Atuk Zali diberkas lepas cabul budak tiga tahun

Posted: 06 Sep 2012 06:30 PM PDT


SEGAMAT: Aduan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami kesakitan di bahagian kemaluan ketika membuang air besar mendedahkan rahsia dia dicabul oleh seorang lelaki pada Ogos lalu.
Mangsa sebelum itu dihantar ibunya yang berusia 31 tahun untuk dijaga lelaki terbabit selama seminggu kerana wanita berkenaan mahu menguruskan beberapa perkara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanafi Daud berkata, pada jam 10 malam, 31 Ogos lalu, mangsa mengadu sakit di bahagian terbabit kepada ibunya.


"Mangsa yang petah bercakap kemudiannya memaklumkan kepada ibunya bahawa seorang lelaki dikenali Atuk Zali memasukkan jari ke dalam kemaluannya menggunakan bedak ibunya itu.

"Wanita berkenaan membawa anaknya itu ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan sebelum dimaklumkan mangsa berkemungkinan dicabul selain terkena jangkitan kuman di bahagian terbabit," katanya.


Menurut Hanafi, ibu mangsa menganggap Atuk Zali sebagai bapa angkat dan lelaki terbabit bekerja sebagai pencuci kereta serta berasal dari pantai timur.



Hanafi berkata, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan berkaitan kejadian kelmarin sebelum suspek ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan curi dalam bangunan di Jalan Tun Razak serta Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 1993 serta 1997.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul dan suspek masih direman," katanya.


sumber : mymetro

Bakar musuh perniagaan

Posted: 06 Sep 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Angkara berebut kawasan letak kereta, seorang lelaki bertindak kejam dengan menyimbah petrol dan membakar musuh perniagaannya hidup-hidup di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Cheras, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun terbabit terbakar seluruh badan dan dia yang masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) itu berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek dan mangsa berselisih faham mengenai kawasan tempat letak kereta yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berada dalam kabin di tempat letak kereta itu seorang diri sebelum didatangi suspek untuk berunding mengenai hal sama dan akibat tidak mendapat persetujuan daripada mangsa untuk melepaskan tempat letak kereta yang dijaganya itu, suspek naik angin dengannya.


"Suspek bertindak agresif dengan menyimbah petrol ke atas mangsa dan membakarnya hidup-hidup. Lelaki terbabit turut membaling dua botol kaca bersumbu ke dalam kabin di tempat letak kereta itu," katanya.

Susulan itu, katanya, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang nampak mangsa dalam keadaan terbakar sebelum pasukan peronda polis dari Balai Polis Cheras bergegas ke tempat kejadian.


Beliau berkata, selepas tiba di lokasi, pihaknya menemui mangsa terbaring dengan kesan melecur seluruh badan dan dikejarkan ke PPUKM untuk rawatan kecemasan.



Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa dibakar dalam kabin berkenaan di tempat letak kereta itu.

"Mangsa mengalami kesan melecur di seluruh badan dan dilaporkan berada di tahap kritikal.


"Kami memburu suspek yang dipercayai musuh perniagaan mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh," katanya.


sumber : mymetro

Dibunuh sebaik dilahir

Posted: 06 Sep 2012 06:00 PM PDT


KUANTAN: "Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas."
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

"Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.



"Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu," katanya.



sumber : mymetro

Naluri ibu jadi kenyataan

Posted: 06 Sep 2012 05:45 PM PDT


DUNGUN: Naluri seorang ibu yang merasai anaknya terbabit kemalangan sebaik terdengar bunyi dentuman kuat menjadi kenyataan apabila remaja itu maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta tidak jauh dari rumah mereka di Kilometer 17, Jalan Kuala Jengal-Pasir Raja, Kampung Syukur, Hulu Dungun, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.40 petang, mangsa, Tengku Mohd Khairul Tengku Mohd Zainal Abidin, 15, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, untuk rawatan.

Ibu mangsa, Tengku Khobiah Tengku Jalil, 52, berkata, hatinya terdetik menyatakan anaknya terbabit kemalangan sebaik terdengar dentuman kuat tidak lama selepas arwah meninggalkan rumah menaiki motosikal.


"Ketika kejadian, saya menjahit pakaian dalam rumah dan terdengar bunyi enjin motosikal dihidupkan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

"Hati saya ketika itu terdetik menyatakan anak terbabit kemalangan menyebabkan segera bangun dari kerusi dan meluru ke jalan besar dan mendapati arwah sudah terbaring di seberang jalan," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, kelmarin.


Menurutnya, dia bergegas mendapatkan anaknya itu yang berlumuran darah.



"Ketika itu, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya menjerit meminta tolong sebelum seorang guru yang memandu kereta melalui jalan itu memberi bantuan dengan membawa anak ke klinik.

"Saya bersama seorang anak lain kemudian menaiki sebuah motosikal pergi ke klinik berkenaan terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah, namun sebaik tiba dimaklumkan arwah sudah meninggal dunia," katanya.


Tengku Khobiah berkata, arwah yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik itu keluar rumah dipercayai untuk bertemu rakannya.

"Saya terkilan kerana tidak sempat menyediakan makanan tengah hari untuknya kerana baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan perlu menyiapkan tempahan baju jiran," katanya.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


sumber : mymetro

Gambar kemalangan yang sangat mengerikan

Posted: 06 Sep 2012 05:30 PM PDT

Sanggup dan tak sanggup aje kita melihatnya.Sungguh mengerikan...










dan gambar penumpang dibelakang

Fesyen dunia nak terbalik

Posted: 06 Sep 2012 05:15 PM PDT

Dunia semakin lama semakin bercelaru.Semakin maju
pemikiran semakin tak senonoh fesyen yang keluar.Contoh seperti gambar dibawah ini...


Macam dah tak tahu nak buat fesyen macam mana..bra letak diluar...

dan
dibawah ni


baju cantik-cantik koyak sana koyak sini macam tak cukup kain....

(FOTO) Pose Seksi Adik Penelope Cruz Untuk Iklan Lingerie

Posted: 06 Sep 2012 05:00 PM PDT


Susuk artis cantik Penelope Cruz memang sangat memukau, selain
 kemampuan aktingnya
 yang sangat baik, ia juga memiliki wajah dan tubuh yang seksi. Namun
 bagaimana jika 
dibandingkan dengan adiknya, Monica Cruz yang merupakan seorang
 penyanyi dan penari
 asal Sepanyol.

Baru-baru ini Monica Cruz menjadi perbincangan akibat pose-pose seksinya 
untuk sebuah
 jenama pakaian dalam wanita, Agent Provocateur. Melihat penampilannya 
dalam iklan ini,
 tentunya Monica tak kalah cantik dan seksi, jika dibandingkan kakaknya, 
Penelope Cruz.






(Monica (kanan) dan kakaknya, Penelope Cruz)

Hanya beberapa milimeter daripada kematian

Posted: 06 Sep 2012 04:45 PM PDT


Paku sepanjang 3.5 inci nyaris menyebabkan Victor Benavidez maut. Paku yang tersasar ke bahagian lelangit dan terus menusuk sehingga ke belakang  matanya itu hanya beberapa millimeter dari otaknya daripada hasil X-ray yang diperolehi doktor di Hospital Cedars.


Semasa paku itu menusuk lelangitnya Victor tidak merasakan kesakitan dan hanya menyedari bahawa dia mengalami kecederaan selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan X-ray di hospital.

Kejadian itu berlaku apabila dia terjatuh ke belakang dan secara tidak sengaja pistol paku dipegangnya tertembak paku lalu menusuk bahagian lelangit mulutnya dan mendapati sesuatu telah berlaku pada  bahagian dalam mulutnya.


Victor yang tinggal di Los Angeles mengalami kemalangan itu ketika membaiki bumbung sebuah rumah. Walaupun tidak merasakan kesakitan, Victor mendapati mulutnya tidak boleh bercakap sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Doktor yang merawatnya mengatakan, jika paku itu tertusuk lebih dalam, Victor berkemungkinan besar mengalami kerosakan otak yang kekal, buta, ataupun maut. Alat pencabut gigi di gunakan oleh doktor untuk mengeluarkan paku tersebut.(link)

Realiti suami isteri

Posted: 06 Sep 2012 04:30 PM PDT


SEBELUM TIDUR
6 MINGGU: "Selamat tidur sayaaaang , mimpi indah-2 ya , mmmmuach."
6 BULAN  : "Tolong matikan lampu tu , silau aah."
6 TAHUN  : "Sana sikit lah..Tidur kalau tak mengepit tak bole ke???!

GUNA TANDAS
6 MINGGU: " Tak apa , U masuk ler dulu , I tak kisaaaah "
6 BUALAN : " Masih lama lagi ke nih? "
6 TAHUN : " Brug! brug! brug! (suara pntu digegar) , kalau nak bertapa pilah Gunung Ledang sana!!! "

BALAS SMS
6 MINGGU: Iye Sayang , jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye sayang.."
6 BULAN : " Trafik jam aah "
6 TAHUN :  "K"..

KELUAR DATING
6 MINGGU : " I love U , I love U , I love U.
6 BULAN : " Of course I love U. "
6 TAHUN : " Iyalah!!! kalau I tak cintakan U , buat apa i nikah dengan U??? "

BALIK KERJA
6 MINGGU : " Sayaaaang , I dah balik nih.."
6 BULAN : " I'm BACK!! "
6 TAHUN : " Masak apa hari nih?? "

HADIAH (ulang tahun)
6 MINGGU : " Sayang , I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni "
6 BULAN : " I belikan lukisan , nampak sesuai dengan suasana ruang tengah "
6 TAHUN : " Nih duit , U beli sendirilah apa yg U nak.."

TELEFON 
6 MINGGU : " Baby , ada yang ingin berbual ngan U di talefon nih "
6 BULAN : " EH ..Your call..."
6 TAHUN : " WOIIII telefon bunyi tuuuuu...angkat arrhhhh "

MASAKAN 
6 MINGGU: " Wah, tak sangka I , pandai U masak. Rasa pun sedddaaapp!!! "
6 BULAN : " Kita makan apa malam ni???"
6 TAHUN :  " HAHHH!! lauk ni lagii !!!...?? "

MEMAAFKAN 
6 MINGGU : " Sudahlah, tak apa, dah pecahpun , nanti kita beli lagi yang lain, eh "
6 BULAN : " Hati- hati , nanti jatuh tuh. "
6 TAHUN: " Orang dah bilang berkali-kali tak paham!!! "

BAJU BARU
6 MINGGU: " Aduh sayang , U seperti bidadari dengan pakaian itu "
6 BULAN : " Lah...Beli baju baru lagi??"
6 TAHUN: " Dah berapa ribu  habis beli baju tuu???

MERANCANG HOLIDAY
6 MINGGU: " Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat U nak honey? "
6 BULAN: " Kita ke Bukit Bintang aje lar..Senang sikit tak perlu nail flight..."
6 TAHUN: " Jalan-jalan????Duduk rumah aje tak bole ke? Buat duit je."

MENONTON TELEVISYEN
6 MINGGU: " Baby , kita nal tengok cerita ape malam ni?"
6 BULAN: " Sekejap eh, cerita bagus ah. "
6 TAHUN: " Jangan tukar-tukar boleh tak? "

Kasih seorang ibu

Posted: 06 Sep 2012 04:15 PM PDT

Walaupun dia seorang ahli parlimen tetapi demi anak yang di sayangi dia sanggup membawanya kesidang parlimen daripada dijaga oleh orang lain.Wanita beginilah yang patut dijadikan sebagai seorang pemimpin dan seorang ibu....Gambar ini menceritakan segala-galanya.















Gempak..anjing laut dijadikan binatang peliharaan dirumah

Posted: 06 Sep 2012 04:00 PM PDT




Awek joget striptease yang kemalangan

Posted: 06 Sep 2012 11:00 AM PDT


Ketika sedang asyik awek ini joget Striptease di pesta dengan beberapa lelaki tiba-tiba ups..





Adakah ini cara yang betul untuk elak kereta dicuri?

Posted: 06 Sep 2012 10:30 AM PDT



Wanita turun lebih 9kg mati akibat diet

Posted: 06 Sep 2012 10:15 AM PDT

Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih 9 kg dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian.-kosmo online