Adsense

Khamis, 12 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Uji bakat Kilauan Emas Musim Kedua

Posted: 12 Apr 2012 08:21 PM PDT

Penjelajahan sesi uji bakat Kilauan Emas Musim Kedua kini bermula
Warganegara Malaysia dan Singapura diberi peluang untuk sertai program ini secara solo ataupun duet!

Selepas menyaksikan Mohd Ali Norpiah Mohd Johar dinobatkan sebagai juara sulung program Kilauan Emas Musim Pertama tidak lama dahulu, kini pihak Astro Prima (Saluran 105) dengan kerjasama pihak penaja Polident membawakan kembali program menarik ini untuk musim kedua yang bakal menjelajah ke enam buah negeri sekitar Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk sesi uji bakat tidak lama lagi.

Mereka yang terlibat dengan Kilauan Emas 2

Masih mengekalkan format yang sama, Kilauan Emas ialah sebuah program berkonsepkan pertandingan nyanyian yang disasarkan khusus kepada warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 ke atas dan mempunyai minat dalam bidang nyanyian. Setiap peserta yang terpilih akan dibahagikan mengikut enam buah zon iaitu Zon Sabah (Sabah), Zon Sarawak (Sarawak) , Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Selatan (Johor), Zon Tengah (Kuala Lumpur) dan Zon Timur (Pahang).

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim kedua ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Cik Azlin Reza Azmi, Pengurus Saluran Astro Prima

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro; Cik Azlin Reza Azmi berkata, "Pada musim lepas, kami mendapati sambutan yang diberikan oleh orang ramai untuk menyertai pertandingan nyanyian ini adalah amat menggalakkan. Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk terus memberi peluang kepada mereka kerana kami yakin mereka mampu menyemarakkan industri seni tanahair yang sedia ada.

Berbeza dengan musim sebelumnya, kami meneruskan inisiatif untuk membuka peluang kepada bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga rakyat Singapura yang berminat untuk menyertai program Kilauan Emas Musim Kedua. Ini sejajar dengan usaha pihak Astro untuk meneruskan matlamat demi memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya dengan menawarkan mutu produksi dan format yang mantap untuk setiap kandungan di platform kami.

Sebagai kelainan, kami juga memberi pilihan kepada calon peserta untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing sama ada secara solo ataupun duet dengan syarat mereka tidak boleh merakam sebarang album dalam tempoh masa 10 tahun sebelum tarikh uji bakat. Walau bagaimanapun, calon peserta hanya dibolehkan untuk menyertai salah satu kategori yang ditawarkan sahaja bagi setiap lokasi ujibakat.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kehadiran Polident sebagai pihak penaja serta Radio Sinar FM sebagai radio rasmi untuk program Kilauan Emas Musim Kedua. Persetujuan mereka dalam menghulurkan sokongan padu demi menjayakan program ini amat kami hargai," jelas Azlin.

Menurut Pengurus Jenama Kanan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare; Cik Chris Chan berkata, "Krim Pelekat Gigi Palsu Polident mengukuhkan kedudukan gigi palsu, lantas mengurangkan gigi palsu dari tertanggal ketika pemakai menyanyi, memakan, atau bercakap dengan lantang. Ini tepat sekali dengan Kilauan Emas kerana jenama ini memahami bahawa ianya adalah tidak selesa dan tidak menyenangkan apabila penyanyi perlu bimbang tentang ketepatan dalam percakapan mereka, atau gigi palsu tertanggal. Hasil daripada kerjasama yang baik tahun lepas, Polident berbangga menjadi sebahagian dari Kilauan Emas lagi; selaras dengan misi jenama ini untuk membantu mengembalikan harapan dan meningkatkan keyakinan pemakai gigi palsu."

Raja Azura, Pengacara Kilauan Emas 2

Selain itu, Kilauan Emas Musim Kedua juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air iaitu Adnan Abu Hassan dan Juliza Adlizan yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal bagi program ini.

"Khidmat guru vokal yang dibawa masuk untuk musim ini adalah untuk mengenal pasti kebolehan para peserta jika mereka boleh diasah dan diberi bimbingan terutama sekali dalam bentuk vokal yang dapat mengimbangi setiap persembahan mereka kelak. Para peserta yang berminat dinasihatkan untuk hadir dalam keadan bersedia dan meyakinkan barisan juri bahawa mereka mempunyai bakat nyanyian yang hebat, " tambah Azlin lagi.

Kilauan Emas Musim Kedua juga turut mengekalkan pengacara, pelakon dan penyampai radio Sinar FM; Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sebagai pengacara. Program ini juga bakal disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula Mei ini.

Mereka yang berminat mestilah warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 tahun ke atas (pada tarikh ujibakat) dan perlu membawa dua keping salinan kad pengenalan serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta juga dikehendaki untuk memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telahpun disediakan oleh pihak produksi. *Sila rujuk lampiran untuk senarai penuh senarai lagu wajib.

Pada peringkat Pentas Kilauan Emas, nasib para peserta untuk setiap zon akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang terdiri daripada juri jemputan profesional, guru vokal dan wakil pengurusan pihak Astro yang mana dua orang peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili setiap zon sebelum mara ke peringkat seterusnya. Manakala bagi peringkat separuh akhir dan akhir, markah daripada pihak juri akan dicampurkan dengan keputusan undian yang akan dibuat oleh para penonton.

Mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Datuk Jeffrydin dan Ana Raffali berduet menyanyikan lagu teman Kilauan Emas

Sila layari laman web www.kilauanemas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

LOKASI & TARIKH UJI BAKAT KILAUAN EMAS MUSIM KEDUA
1. ** Sabah (Zon Sabah) 1Borneo Hypermall, KK 28 April 2012
2. ** Sarawak (Zon Sarawak) Merdeka Palace Hotel, Kuching 5 Mei 2012
3. ** Johor (Zon Selatan) The Zon Mall, JB 12 Mei 2012
4. ** Pahang (Zon Timur) Berjaya Megamall, Kuantan 19 Mei 2012
5. ** Pulau Pinang (Zon Utara) Megamall Pinang, Seberang Prai 26 Mei 2012
6. ** Selangor (Zon Tengah) Plaza Alam Sentral, Shah Alam 2 Jun 2011

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

SENARAI SUSUNAN PROGRAM
Program Hari/Masa Info
Kapsul Kilauan Emas 2
Bermula 11 Mei 2012 Setiap Jumaat – Selasa
Jam 8.55 – 9.00 malam 5 minit
Zon Kilauan Emas 2
Bermula 16 Mei 2012 Setiap Rabu
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 6 episod
Pentas Kilauan Emas 2
Bermula 16 Mei 2012 Setiap Rabu
Jam 9.00 – 10.30 malam 90 minit x 6 episod
Profil Separuh Akhir Kilauan Emas 2
Rabu, 27 Jun 2012
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 1 episod
Konsert Separuh Akhir Kilauan Emas 2 Rabu, 27 Jun 2012
Jam 9.00 – 10.30 malam Siaran langsung
Profil Akhir Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 8.00 – 8.30 malam 30 minit x 1 episod
Retro Karpet Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 1 episod
Kemuncak Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 9.00 –11.00 malam Siaran langsung

PILIHAN LAGU WAJIB LELAKI
1. Biarlah Bulan Bicara – Broery Marantika
2. Kekasih Awal dan Akhir – Jamal Abdillah
3. Tiada Lagi Kidungmu – Lefthanded
4. Che Mek Molek – Dato' M Daud Kilau
5. Hati Emas – Kembara
6. Beautiful Maria of My Soul – Los Lobos
7. Dendang Remaja – A.Romzi
8. Oh Fatimah – A.Ramlee

PILIHAN LAGU WAJIB PEREMPUAN
1. Mencintaimu – Kris Dayanti
2. Selamat Jalan Romeo – Ramlah Ram
3. Madah Berhelah – Ziana Zain
4. Mengapa – Nicky Astria
5. Sejakku Bertemu Padamu – Sanisah Huri.
6. Because You Loved Me – Celine Dion
7. Apa Guna Berjanji – Saloma
8. Semakin Hari Semakin Sayang – Uji Rashid

PILIHAN LAGU WAJIB DUET
1. Jangan Pisahkan – Deddy Dores & Mayang Sari
2. Sandarkan Pada Kenangan – Jamal Abdillah & Siti Sarah
3. Endless Love – Lionel Ritchie & Diana Ross
4. Doa Buat Kekasih – Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
5. Ingin Tahu – P.Ramlee & Normadiah

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kilauan Emas Musim Kedua
  • Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas
  • Astro Prima Anjur Pertandingan Nyanyian Kilauan Emas
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Idola Kecil Musim Kedua
  • Siapa Mentor Musim Ke-6
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Kembara Maria Tunku Sabri Dalam Jom Terokai Perak

    Posted: 12 Apr 2012 08:10 PM PDT

    KEMBARA MARIA TUNKU SABRI DALAM 'JOM TEROKAI PERAK'

    Sempena menyambut Tahun Melawat Perak 2012, TV3 menampilkan sebuah program travelogue terbaru 'Jom Terokai Perak' dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak. Program yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri ini akan membawa penonton mengembara ke setiap persegi negeri Perak Darul Ridzuan yang sememangnya kaya dengan tradisi, sejarah, pelancongan, aneka makanan, seni kebudayaan dan kraftangan.

    'Jom Terokai Perak' yang akan bersiaran sebanyak 13 episod mulai 12 April ini bakal memberi idea dan menarik minat penonton untuk mengunjungi negeri Perak ataupun lebih dikenali sebagai 'Bumi Bertuah' kerana dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

    Diambil sempena nama Bendahara Tun Perak yang berjaya menaikkan nama Melaka sebelum kedatangan penjajah Portugis, Negeri Perak cukup sinonim dengan keindahan 10 ikonnya iaitu Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Perak, Hot Spring Sungai Klah, Pulau Orang Utan, Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor, Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan The Limestone Wonder, Ipoh.

    Limau Bali di Tambun

    Bersama hos, Maria Tunku Sabri, 'Jom Terokai Perak' akan mengembara dan menawarkan pengalaman manis di lokasi, antaranya, menyelami sisi kisar William Kellie Smith, seorang peneroka estet warga Scotland yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 di Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, mendekati Hutan Hujan Khatulistiwa seterusnya mencuba sukan lasak water rafting di Sungai Kampar, saksikan keajaiban gua batu kapur yang mempunyai keluasan 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi di Gopeng, nikmati keseronokan taman tema dengan pelbagai aktiviti menarik bersama seisi keluarga seperti Adventure River, Cliff Racer, Explorebay, Jungle Wave Bay, Tambun Hot Springs, Tiger Valley dan Tube Raiders di Lost World of Tambun dan banyak lagi di Ipoh, ibu negeri Perak.

    Kembara 'Jom Terokai Perak' menuju ke bandar kedua terbesar negeri Perak iaitu Taiping yang mempunyai populasi hampir 200,000 orang penduduk. Terletak di bahagian utara negeri Perak, Taiping juga merupakan destinasi tarikan pelancong yang mendapat tumpuan. Bukit Larut, dahulunya dikenali dengan nama 'Maxwell Hill' merupakan kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia dan masih mengekalkan suasana kolonial dengan rumah banglo dan taman konsep Inggeris.

    Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut. Keindahan alam semulajadi yang menawan seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping. Merupakan zoo awam pertama dan tertua yang dibuka di Malaysia, zoo seluas 34 ekar ini mempamerkan lebih 180 spesis binatang.

    Masih di Taiping, perjalanan 'Jom Terokai Perak' diteruskan di Kuala Sepetang yang cukup popular dengan Mee Udang dan saksikan kelip kelip yang menerangi pokok berembang di Kampung Dew. Kuala Kangsar, Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Penonton dapat melihat tempat-tempat menarik, contohnya, Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah dan banyak lagi. Di Kuala Kangsar juga penonton dapat menyaksikan industri kraftangan Labu Sayong, Keris, Tekat dan Arca Besi.

    Menyusuri ke bahagian Barat negeri Perak, 'Jom Terokai Perak' akan memaparkan pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang pastinya mengkagumkan. Dalam episod pembukaan 'Jom Terokai Perak' ini bakal menampilkan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor. Dahulunya, Pulau Pangkor dijadikan sebagai lokasi simpanan bijih timah dan barang dagangan lain oleh penjajah Belanda. Kesan dan peninggalannya masih boleh dilihat di Kota Belanda. Nikmati panorama indah dan suasana damai di beberapa pantai dan pulau kecil di Pulau Pangkor seperti Pantai Teluk Nipah, Pantai Pasir Bogak, Pantai Puteri Dewi, Pulau Mentangor dan Pulau Giam yang bersih untuk bermandi-manda sambil melakukan pelbagai aktiviti rekreasi serta sukan air, antaranya, snorkeling, bermain jet ski, menunggang banana bot, berkayak, menaiki kapal layar dan macam-macam lagi. Ikuti kembara Maria Tunku Sabri dalam 'Jom Terokai Perak' yang turut ke destinasi-destinasi tarikan lain seperti Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak dan banyak lagi.

    Majlis Pelancaran program 'Jom Terokai Perak' dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, YB Dato' Hamidah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan Negeri, serta YBhg Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad.

    Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Program 'Jom Terokai Perak' merupakan langkah positif stesen menyokong inisiatif kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak dalam mempromosi pembangunan industri pelancongan. Melalui program ini, penonton akan disajikan dengan pelbagai informasi dan maklumat mengenai destinasi-destinasi menarik di negeri Perak seterusnya menggalakkan percutian di dalam negeri".

    'Jom Terokai Perak' diterbitkan oleh Manterra Media Sdn Bhd yang diterajui oleh Rosmina Mohd Sapian sebagai Penerbit Eksekutif dan Rasidan Hassan sebagai Penerbit. Saksikan 'Jom Terokai Perak' yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri pada setiap hari Khamis jam 5.30 petang, selama 30 minit hanya di TV3.

    Istana Lambang Cinta Yang Ingin Dihadiah Oleh Kellie Kepada Isterinya Pada Tahun 1926

    Gua Terbesar Di Malaysia, Gua Tempurung

    Demo Mendulang Bijih Timah Di Lost World of Tambun

    Cuba Aktiviti Lasak Water Rafting Di Sungai Kampar

    Maria Bersama Burung Kakak Tua Di Lost Word of Tambun

    Maria Cuba Membuat Labu Sayong

    Pembuatan Arang Daripada Kayu Bakau Di Kuala Sepetang

    Suasana Di Kawasan Peranginan Tanah Tinggi Bukit Larut

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Buku Khas Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri
  • Gambar Selebriti di Kembara TV3 Edisi Raya
  • Gambar Maria Tunku Sabri & Personaliti TV3 di AJL 24
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Sekitar Pelancaran Jalan-Jalan Cari Makan Musim ke-11
  • Program Majalah Raya 2010 di TV9
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • Kembara TV3 Jalinkan Kemesraan Dan Muhibbah
  • Zed Zaidi & Aleeza Shadan dalam Drama Setelah Kau Tiada
  • Sekitar Kembara TV3 Edisi Raya Hotlink
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Ahmad Dhani & T.R.I.A.D Adakan Showcase April Ini

    Posted: 12 Apr 2012 07:11 AM PDT

    Anda seorang peminat setia Dewa 19 dan tidak pernah melihat mereka beraksi? Ahmad Dhani bakal mengubati hati anda kerana pada 15 April ini, beliau yang juga terlibat dengan sebuah program televisyen swasta akan mengadakan showcase bersama T.R.I.A.D.

    T.R.I.A.D atau sebelum ini dikenali sebagai The Rock yang popular dengan lagu "Munajat Cinta" adalah dibawah pengurusan yang sama seperti Republik Cinta, Dewi Dewi dan Andra & The Backbone. Album pertama mereka ialah album yang berjudul Master Mister Ahmad Dhani I yang telah dilancarkan pada 30 Ogos 2007.

    Sejarah awal kumpulan ini ditubuhkan apabila Ahmad Dhani yang ketika itu sedang merakamkan album disebuah studio di Australia. Disana, beliau bertemu dengan Clancy Alexander Tucker, gitaris kumpulan Fire Shark. Perbualan mereka telah bertukar serius apabila Ahmad Dhani merancang untuk bergabung bersama mereka dan tertubuhlah kumpulan The Rock. Namun pada waktu itu, Ahmad Dhani masih lagi bersama Dewa 19.

    Pada tahun 2010, The Rock telah menukar nama kumpulan mereka secara rasmi kepada T.R.I.A.D. Ahli kumpulan mereka pula terdiri dari Ahmad Dhani, Ikmal, Icez, Mitcha, dan Tharaz. Album pertama T.R.I.A.D telah dlancarkan pada tahun 2010 dan mengandungi 11 buah lagu didalamnya.

    Jadi, kepada anda semua yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, bertempat di Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Ahmad Dhani dan T.R.I.A.D bakal mengadakan showcase mereka. Showcase mereka akan bermula pada jam 9.00 malam dan akan turut diserikan dengan persembahan oleh Tashya dari Tashya's Ink.

    Tiket boleh didapati dengan harga RM50 dilokasi showcase dan untuk info lanjut, anda boleh hubungi +603-27202663.

    Menangi Tiket “Marvel’s The Avengers” dan Tonton Filem Ini Bersama Kami!

    Posted: 12 Apr 2012 04:37 AM PDT

    Penat bekerja, atau paling teruk dimarahi bos merupakan rutin yang anda lalui setiap hari. Bagi meredakan tekanan anda, kami akan mengadakan acara istimewa – 'Driven Movie Night' dimana anda berpeluang menonton filem Marvel's The Avengers dalam sebuah panggung yang ditempah khas untuk anda!

    Hanya 20 pasang tiket yang akan diberikan, menjadikan 40 orang pemenang bertuah sahaja berpeluang menonton filem superhero daripada Marvel ini!

    Cara untuk memenangi peraduan ini tidak sesukar mana, amat mudah sekiranya anda kipas-susah-mati Marvel's The Avengers yang tegar. Anda perlu menjawab 3 soalan trivia dengan meneka watak-watak hero Marvel's The Avengers berdasarkan gambar yang dipaparkan (klik sini).

    Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat & informasi peribadi yang lengkap. Sebagai bonus, penyertaan ke 10, 20, 30 dan 40 setiap satu akan menerima hadiah premium (4 x Marvel's The Avengers T-shirt, 4 x Marvel's The Avengers Buttons Set, 4 x Marvel's The Avengers iPhone Case), berdasarkan keputusan peraduan.

    Jika anda dipilih sebagai pememang, anda perlu menebus tiket (atau hadiah premium) mulai pukul 6.30 – 8.30pm pada 29 April 2012 di GSC Signature @ Garderns, Mid Valley. Tiket hanya boleh digunakan pada slot jam 9pm di Hall 1, GSC Signature @ Gardens, tidak boleh digunakan sama sekali untuk tarikh, waktu dan lokasi yang berlainan.

    Apa tunggu lagi, tonton hero kegemaran anda : Iron Man, the Hulk, Thor, dan Captain Amerika – bersama kami di acara Driven Movie Night!

    Sertai sekarang!

    borak kosong

    borak kosong


    CEO Agensi : Wajah 2NE1 Tanpa Make Up Jelek! (Foto)

    Posted: 12 Apr 2012 09:15 PM PDT


    infospesial.net -  CEO agensi 2NE1 Yang Hyun Suk berulang kali mengatakan jika girlband 2NE1 terlihat jelek jika tak ber make-up. Dan kini beredar luas foto para personel 2NE1 tanpa memakai make-up di dunia maya. Benarkah mereka jelek ?

    Foto 2NE1 tanpa makeup tersebut beredar di sebuah forum online ternama. Di foto itu terlihat leader CL, Minzy, dan Bom dengan pakaian sehari-hari dan tanpa make up. Mereka terlihat sangat berbeza dari penampilan biasanya diatas pentas Foto ini sendiri diambil pada tahun 2009 lalu.

    Seperti dilansir Soompi, Khamis (12/4/2012) melihat foto polos para personel 2NE1 ini, netizen pun memberikan bermacam komen. Topik 2NE1 tanpa make up sebelumnya mencuat setelah leader CL mengeluh di program variety show 'Strong Heart'. Ia mengeluhkan CEO yang selalu mengkritiknya jelek tiap kali mereka tampil tanpa make up.

    "Ia terus-menerus mengatakan kalau aku jelek. CEO datang saat kami berlatih untuk konsert. Aku tak memakai make up apapun saat itu dan ketika ia melihatku, ia bilang sekali lagi 'kau sangat jelek'," ujar CL saat itu.

    Personel Pussycat Dolls Bogel di Karpet Merah

    Posted: 12 Apr 2012 09:00 PM PDT


    infospesial.net -  Selama bergabung dengan Pussycat Dolls, Melody Thornton memang sudah tidak asing terlihat mengenakan pakaian yang sangat berani. Dan tampaknya hal tersebut terbukti saat ia menghadiri acara Elle's Women In Music dengan baju tembus pandangnya.


    Penyanyi yang berusia 27 tahun itu berhasil menarik perhatian ramAI orang dengan mengenakan gaun yang tembus pandang. Seperti dilansir dari Dailymail, gaun Melody berwarna cokelat mirip seperti kulitnya, dan gaun tersbuut sangat tipis seperti ia terlihat seolah tengah bugil ketika berdiri di red carpet.

    Gadis 15 tahun Terobsesi Jadi Boneka

    Posted: 12 Apr 2012 08:45 PM PDT

    LONDON - Gadis bernama Venus Palermo tidak mempunyai cita-cita seperti gadis pada umumnya. Dia justru ingin menjadi sebuah boneka.

    Venus tidak ingin menjadi artis atau model, dirinya amat terobsesi untuk menjadi boneka. Ini terlihat dari cara dia berjalan dan berbicara. Bahkan penampilannya baik busana mahupun riasan di wajahnya selalu mencontohi gaya boneka. 

    Pergaulan remaja berusia 15 tahun ini pun amat terbatas. Dia hanya menjalani hidupnya di rumah, baik untuk bersekolah ataupun mencari teman yang hanya dilakukannya di dunia maya. 

    Foto-foto Venus ternyata menarik perhatian banyak orang. Internet pun sudah menjadikan dirinya begitu terkenal. Terbukti dengan 30 ribu responden yang melihatnya melalui YouTube. Dirinya pun mendapat teman hingga 20 ribu orang di Twitter dan Facebook.     

    "Saya akan selalu bergaya dan berpakaian seperti boneka. Tidak peduli berapa usia saya saat ini," ujar Venus seperti dikutip dari The Sun, Khamis (12/4/2012).

    Venus dikhabarkan sudah menghabiskan 120 poundsterling  tiap bulannya.  Remaja yang memiliki kulit pucat ini, menghabiskan wangnya untuk selalu mengenakan pakaian berwarna pastel dan berdandan.

    Anehnya, sang ibu tidak merasa khuatir atas gaya hidup anaknya yang meniru boneka. Dia hanya boleh mendukung apa yang dipilih puterinya saat ini.

    "Saya mendukung dia. Saya akan lebih khuatir jika dia bergaul dengan orang yang tidak jelas dan pulang dalam keadaan mabuk lalu hamil. Dia hanya seorang gadis cantik yang senang terlihat manis," ujar  Venus, Margaret.  

    Roti Selamatkan Nyawa Seorang Datuk

    Posted: 12 Apr 2012 08:30 PM PDT

    CONVENTRY - Seorang datuk tua jatuh pingsan ketika memasukan barang belanjaan ke keretanya. Beruntung saat itu ada seorang petugas pemadam kebakaran berada di lokasi kejadian, yang kemudian membantunya dengan roti.

    Jack Edwards didapati pengsan saat dirinya ditemukan oleh seorang petugas pemadam kebakaran, John Bird. Datuk berusia 89 tahun itu diketahui terkena serangan jantung.

    Bird pun langsung bergegas menolong orang tua itu. Ketika melihat roti yang jatuh dari tumpukan belanjaan, dengan segera dia menjadikan enam bungkus roti itu sebagai pengganjal kepala Jack agar saluran nafas lancar. Saat bersamaan Bird menekan dadanya. 

    "Ketika saya berada di tempat parking sebuah kedai, pria tua itu terlihat lemas lalu pengsan. Nafasnya pendek dan saya hampir tidak boleh menemukan denyut nadi," ujar Bird, seperti dikutip dari Mirror, Kamis (12/4/2012).

    "Saya harus membuka saluran nafasnya, tetapi tidak ada benda yang boleh menopang kepalanya di lantai. Saya melihat bungkus roti yang jatuh dari belanja dan dari situlah muncul idea seperti itu," imbuhnya. 

    Saat  ambulans datang, denyut nadi Jack mulai berdetik. John yang mengunjungi Jack ke rumah sakit untuk mencari tahu khabarnya, merasa senang melihat datuk tua itu memakan roti yang telah menyelamatkannya.

    Cara Jang Nara Mempertahankan Wajah Remaja

    Posted: 12 Apr 2012 08:15 PM PDT

    Artis dan penyanyi Korea Selatan Jang Nara yang memiliki wajah imut itu mengungkapkan rahsia di balik foto wajahnya yang tanpa riasan. Saat menjadi tamu di program Strong Heart di stesen SBS pada Selasa, 10 April 2012, selebriti berusia 31 tahun ini menjawab pertanyaan host program itu, Lee Dong-wook. 

    Lee menanyakan resepinya menjaga kecantikan wajahnya agar selalu tampil seperti anak gadis. Jang yang beberapa kali membintangi drama dan menyanyikan lagu Cina ini memberikan jawabannya. "Saya merias wajah sangat cermat." 

    Jang menjelaskan bahawa wajah bayinya sebenarnya hanya keberhasilan dia merias muka. "Ketika saya pergi keluar, ada perbezaan besar antara saat saya memakai make-up dan saat tidak. Impak dari make-up itu sangat besar."

    Jawaban itu memancing Lee untuk bertanya selanjutnya. "Foto polos wajah Anda di Twitter itu membuat mengundang banyak perhatian. Meskipun tidak ber-make-up, wajah Anda masih terlihat cantik dan awet muda." 

    Artis yang membintangi siri Wedding dan Baby-Faced Beauty ini menjawab secara jujur. "Sebenarnya saya enggak difoto tanpa riasan. Meskipun, wajah saya tidak polos, orang-orang terus saja bilang kalau saya tak ber-make-up. Jadi ya, aku diam saja. Di foto itu, saya memakai krim BB (krim penghalus), eyeliner, dan bahkan menarik alis mata saya," katanya.

    Sumber : http://www.tempo.com

    Perempuan Ini Telanjang di Depan Petugas di Lapangan Terbang

    Posted: 12 Apr 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan tertangkap kamera penumpang di lapangan terbang dengan melepas pakaiannya di depan petugas di  Denver International Airport, Amerika Syarikat (AS), Selasa (10/4/2012). Demikian dilansir Daily Mail, Khamis (12/4/2012).
    Insiden itu terjadi sekitar pukul 8.45 pagi waktu setempat setelah perempuan bersangkutan ketahuan oleh petugas merokok di ruang berlepas. Petugas lapangan meminta perempuan itu membuang rokoknya. Namun, tak berapa lama kemudian perempuan itu malah melepas pakaiannya.
    Ia kemudian hanya berdiri saja dalam keadaan telanjang ketika petugas memintanya untuk mencetak ulang boarding pass miliknya. Tidak jelas mengapa ia melepas pakaiannya namun polis mengatakan ini tak terkait dengan pelanggaran merokok di ruang keberangkatan yang dilakukan perempuan ini.
    Perempuan ini mengatakan kepada petugas jika dirinya sangat lelah dan kurang tidur. "Ini sepertinya ada masalah dengan gangguan mental," demikian disampaikan juru bicara polis Denver, Sonny Jackson.
    Seorang saksi mata mengatakan jika penumpang terkejut atas aksi yang dilakukan perempuan ini. Orangtua menutupi mata anak-anak mereka. Setelah 20 minit berdiri, perempuan yang identitiya tak diketahui ini segera dibawa ke RS. Ia tak ditangkap atau mendapatkan tuduhan serius atas apa yang dilakukannya.

    KFC Thailand mohon maaf

    Posted: 12 Apr 2012 07:45 PM PDT


    BANGKOK - Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
    Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.
    Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."
    Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Joy jadi lelaki

    Posted: 12 Apr 2012 07:30 PM PDT


    JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.
    Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.
    Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

    "Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil," kata Darwito.



    Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.


    "Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal," katanya.

    Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
    Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

    Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

    Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

    Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP

    Pencuri bunuh diri, dua mayat reput ditemui dirumahnya

    Posted: 12 Apr 2012 07:15 PM PDT


    TOKYO: Seorang lelaki yang disyaki pencuri, membunuh diri dengan melompat dari bumbung apartmennya apabila polis menyerbu rumahnya untuk mencari dua mayat yang dikatakan disumbat di dalam almari baju.
    Fuji TV dan media lain melaporkan, anggota polis menghentikan pencarian mayat di rumah Isao Takahashi, 62, apabila lelaki itu terjun dari bumbung bangunan enam tingkat setelah memberitahu mereka dia perlu membatalkan temujanji.

    Dua hari kemudian, pemilik rumah Takahashi, menemui dua mayat reput yang dibalut surat khabar dan plastik ketika melakukan pembersihan di apartmen itu di Fukushima.


    Anggota polis dipetik oleh akhbar tempatan Kahoku Shimpo sebagai berkata: "Suspek membunuh diri kira-kira 10 minit selepas kami memulakan kerja mencari. Kami kemudian menghentikan kerja mencari apabila tidak menemui mayat itu.

    Polis Fukushima bagaimanapun berkata mereka tidak dapat mengesahkan laporan itu. - AFP



    sumber : myMetro

    Remaja ‘patung’ popular di internet

    Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT


    LONDON: Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.
    Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.

    Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.


    Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

    Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.


    Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali. - Agensi



    sumber : myMetro

    Hilang ingatan kena belasah

    Posted: 12 Apr 2012 06:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan mengalami hilang ingatan manakala rakannya cedera ringan selepas ditumbuk dengan buku lima dalam kejadian samun kereta mewah di Lebuhraya Metramac, arah Cheras berhampiran Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Mariss Khan Mer Amanullah Khan, 32, dan Ahmad Azraf Azman, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain badminton apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta BMW dari arah belakang di tempat kejadian.
    Ahmad Azraf berkata, sejurus dilanggar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum keluar dari kereta bersama Mariss Khan untuk melihat kerosakan.

    Menurutnya, tiga lelaki kemudian turun dari kereta BMW berkenaan, namun dia terkejut selepas mendapati dua daripada mereka bersenjatakan buku lima manakala seorang lagi membawa parang berlari ke arah kereta mereka.



    "Lelaki yang membawa parang itu menyerang dengan senjatanya, namun saya sempat mengelak, tetapi saya tetap ditumbuk lelaki itu beberapa kali.


    "Mariss tidak sempat mengelak kerana dua lelaki itu sudah menumbuknya bertubi-tubi dengan buku lima di muka dan kepala hingga pengsan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


    sumber : myMetro

    Sri Wani dakwa diganggu

    Posted: 12 Apr 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah)," begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
    Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

    Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.


    "Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan," katanya.

    Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.


    "Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.



    "Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya," katanya.

    Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.



    sumber : myMetro

    Isteri durjana duit mahu, suami tak mahu

    Posted: 12 Apr 2012 06:15 PM PDT


    PASIR GUDANG: Suami yang separuh lumpuh dan dua anak masih kecil ditinggalkannya tanpa penjagaan, namun dia pulang ke rumah sebulan sekali semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
    Begitu sikap seorang isteri durjana yang menyebabkan suaminya berusia lewat 50-an dan dua anak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun hidup melarat serta bergantung kepada keprihatinan jiran untuk makan dan minum setiap hari.
    Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim yang mendedahkan sikap isteri berusia 30-an itu berkata, kejadian itu berlarutan lebih setahun lalu, sebelum dikesan pihaknya, baru-baru ini.

    Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati wanita terbabit membiarkan suaminya yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes terlantar di pondok usang bersama dua anak mereka.



    Selepas menerima maklumat mengenai nasib tiga beranak itu yang tinggal di pondok yang hampir roboh di sebuah kampung di sini, Manayi berkunjung ke situ semalam untuk melihat nasib mereka sambil ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk.



    sumber : myMetro

    Ditikam ‘goda’ isteri rakan niaga

    Posted: 12 Apr 2012 06:00 PM PDT


    GOMBAK: Hanya dikatakan sering menggoda isterinya, seorang peniaga parah dibelasah rakan niaga selain ditikam dengan pisau di belakang badan dalam kejadian di Selayang Baru, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 42 tahun menaiki van datang ke gerai makan miliknya bersama isteri berusia 38 tahun untuk menghantar bekalan makanan sebelum berjumpa rakan niaga itu.

    Menurut sumber, mangsa menyapa lelaki terbabit sambil memberi senyuman, namun tidak dibalas sebaliknya bertukar tegang apabila dia dimarahi dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.


    "Pelik dengan sikap lelaki terbabit yang tiba-tiba naik angin, mangsa cuba meminta penjelasan, namun terkejut apabila lelaki itu mendakwa dia sering mengacau dan cuba menggoda isterinya.

    "Bagaimanapun, mangsa menafikan dan memberitahu semua itu salah faham dan dia tidak pernah menggoda isteri lelaki itu tambahan dia sudah berkahwin," katanya.


    Sumber berkata, lelaki itu enggan mempercayainya dan menumbuk muka mangsa beberapa kali menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum kejadian itu disedari isteri mangsa yang datang membantu.



    "Namun, niat wanita terbabit yang ingin meleraikan pertengkaran gagal sebaliknya dia ditumbuk di muka beberapa kali.

    "Tidak tahan dipukul mangsa dan isterinya cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan menyebabkan lelaki terbabit bertambah berang sebelum mengambil pisau dan menikam belakang badan mangsa menyebabkan dia mengerang kesakitan," katanya.




    Menurutnya, lelaki terbabit yang panik melihat mangsa berlumuran darah melarikan diri sementara isteri mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong sebelum ia disedari rakan mangsa lain yang datang membantu dan menghantarnya ke Hospital Selayang.

    Isteri mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan suami membuat laporan di Balai Polis Selayang.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



    sumber : myMetro

    Polis mabuk pandu laju kenderaan dan kemudian rempuh orang rama (full pic)i

    Posted: 12 Apr 2012 05:45 PM PDT

    Kejadian ini berlaku 29 oktober yang lalu.dimana seorang polis yang mabuk telah merempuh orang ramai dan menyebabkan beberapa kematian.Kejadian ini telah meyebabkan orang ramai begitu marah dengan sikap polis itu. (open spoiler dibawah video untuk mengetahui kisahnya)













    Spoiler:




    Event Review: 2011å¹´at 14:40 on October 29th or so, Runan County, Henan Zhumadian serious traffic accident occurred south bus station, I saw a police car not far from opposite the speed at which crashed into a few people in the street , killing four people were killed and three were rushed to hospital, two of whom later died, according to per capita of about 7 Runan County Xiang Yin shop workers who are going out, and the vehicle as a hanging Yu Q3517 police of Santana, the driver is Runan Butterfly Town, (formerly known as horse town) police station deputy director Wang Yinpeng, because the incident away from the traffic police booth near the county, who was then rushed into the two traffic police near the automatic mahjong table control store sales up, it seems to drink a lot of wine, after the Public Security Bureau to take away another vehicle, police also cordoned off, and later the car to the crematorium, then we discovered that the police are now too crazy, drunken Jiajing Che gave the driver the police had enough to make people angry and drunk driving were killed after the crematorium directly to pull people, direct damage to the scene, this time more and more people live to reach thousands of many, many people could not stand, ultimately drew public outrage, ** a police car, smashed the crematorium car, it was found in the trunk of a vehicle control of long knives and a box of wine, many of the people guarding the existing site, around 6 pm Zhumadian riot arrived, trying to cordon the scene, the confrontation between the two parties, the end of last night.





    Syak suaminya curang,isteri minta berhubungan seks setiap hari,sampai suami lari ke balai polis

    Posted: 12 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Suami (kiri) dan istrinya (kanan) saat menuju ke balai polis

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang tak tahan desakan seks dari sang isteri terpaksa lari ke balai polis untuk meminta pertolongan.

    Dengan hanya mengenakan baju t-shrit dan seluar dalam dia meminta polis menolongnya. Beberapa minit kemudian sang isteri masuk ke balai polis dengan hanya mengenakan bra seksi dan seluar dalam merah.

    Sang istri mengatakan kepada polis di wilayah Kaohsiung, Taiwan, menjelaskan jika dia curiga sang suami curang dengan perempuan lain tetapi dia tak memiliki bukti.

    Kerana itu, ia menerapkan saran temannya agar berhubungan seks dengan suaminya setiap hari sehingga dia tak ada waktu dan tenaga buat wanita lain.

    Baru-baru ini, dia meminta berhubungan seks lagi dengan sang suami untuk putaran kedua namun kerana kelelahan sang suami menolak. Untuk membangkitkan hasratnya, dia kemudian melakukan oral seks ke suaminya selama sejam. Kerana kelelahan, suami kemudian lari dan menuju ke balai polis. Atas saran polisi, pasangan itu kemudian kembali ke rumah.

    Sumber: Apple Daily

    Gambar ketika proses membuang lemak

    Posted: 12 Apr 2012 05:15 PM PDT

    Koleksi gambar ketika proses pembuangan lemak dijalankan......
















    [Pelik] Teman lelaki minta balik 'payudara' kerana berpisah

    Posted: 12 Apr 2012 05:00 PM PDT

    Seorang wanita Jerman tengah menghadapi tuntutan hukum terkait implan yang tertanam di payudaranya. Tuntutan itu muncul bukan gara-gara melanggar peaturan medikal, tapi kerana dia mengingkari kesepakatan pembiayaan pembedahan itu.

    Seperti dikutip Reuters, wanita yang diperkenalkan sebagai Carsten itu melakukan pembedahan setahun lalu, setelah mendapatkan pinjaman dari kekasihnya sebanyakr €4.379 .

    Pinjaman dilakukan dengan perjantian hitam  putih, bukan sekedar kepercayaan atas nama cinta. Isi perjanjiannya, Carsten tak perlu mengembalikan wang pinjaman itu dengan bersedia tinggal bersama kekasihnya selama satu tahun.

    "Memang benar Carsten menandatangani perjanjian itu sebelum pembedahan," kata keluarganya Anatasia.

    Tetapi belum genap satu tahun selepas pembedahan, pasangan itu terlibat konflik dan akhirnya berpisah. Ini membawa kepada bahawa Carsten mesti segera mengembalikan wang pinjaman itu.

    Carsten agaknya tak berpikir panjang ketika memutuskan berpisah dari kekasihnya. Dia mungkin lupa dengan keadaan kewangannya tak tak mencukupi untuk membayar hutang.

    Dia cuma sanggup mengembalikan hutang sebanyak €3.000 . Jika tak berhasil membayar hutang kemungkinan besar implan yng ditanam di payudara di minta kembali oleh bekas kekasihnya.

    [Gila] Restoran yang cuci habis duit anda

    Posted: 12 Apr 2012 04:45 PM PDT

    Kalau mendengar sebuah restoran yang mempunyai menu dengan harga yang sangat mahal pasti kita akan membayangkan restoran dengan bangunan dan design yang mewah. Tetapi, kali ini anda tidak akan percaya, kerana restoran yang menu-menunya yang berharga sangat mahal ternyata bangunan tidak mewah sama sekali, malah lokasinya juga terletak di tempat yang terpencil iaitu ditengah kebun sayuran dan mawar yang segar. Tepatnya di Yountville, lembah Napa, di California, Amerika Syarikat.




    Namanya saja aneh "French Laundry Restaurant". Entah kenapa restoran ini memakai kata laundry yang  bererti mencuci. Apakah yang dimaksud adalah restoran ini akan 'mencuci' habis wang pengunjungnya dengan harga-harga makanannya yang sangat mahal. Inilah menu dan harga makanan direstoran ini...

    USD 800 Meal

    USD 120 Meal

    USD 280 Meal

    USD 90 Meal

    USD 70 Meal

    USD 190 Meal

    dan bil yang keluarkan untuk sekali makan



    Pemiliknya adalah Thomas Keller, bekas ketua jurumasak yang sempat mendapat pengiktirafan juru masak terbaik di Amerika Syarikat menurut versi sebuah majalah. Dan restoran ini adalah merupakan restoran Perancis yang terkenal dengan menu nya yang menggoyang lidah.

    bk-mahal gila beb..kalau ada duit sekalipun rasa-rasa nak tak anda makan direstoran ini?

    Wow..22 pekerja bas berkahwin dalam bas dan perbelanjaan di taja syarikat

    Posted: 12 Apr 2012 04:30 PM PDT


    Seramai 15 pasangan atau tepatnya 22 pekerja dari sebuah perusahaan bas di Zhengzhou, Henan, China menikah di hari yang sama.

    Dan ketika mereka mengatakan hal itu kepada para bos mereka, para bos pun memberikan latihan khusus kepada mereka untuk tiba di Gereja tepat waktu – yang mana perbelanjaan ditaja oleh perusahaan bas tersebut.

    "Mereka bertemu, jatuh cinta di bas-bas (perusahaan) kami dan sepertinya merupakan hal alami buat kami untuk memastikan mereka tetap bekerja menurut jadual kerja mereka.

    Kami sangat bahagia membantu, tapi mereka setuju untuk melakukan bulan madu
    bergantian atau kami tak akan punyapemandu untuk boleh mengoperasikan bas kami," ujar juru cakap perusahaan itu.

    Pasang anting-anting dikelopak mata

    Posted: 12 Apr 2012 04:15 PM PDT









    Apa yang cantiknya?


    Sammy Hori, Kanak-kanak Yang Tidak Mati Meski Jantungnya Hanya Separuh

    Posted: 12 Apr 2012 04:00 PM PDT

    Sammy Hori lahir dengan keadaan jantung setengah. Hasil foto x-ray menunjukkan, kanak-kanak itu hanya memiliki satu pam ventrikel. Bukan dua seperti manusia normal. Menurut hitungan medik, ia hanya boleh hidup beberapa hari. Nyatanya,kanak itu tumbuh sihat memasuki usia tujuh tahun.

    "Sangat menakjubkan menontonnya bermain bola sepak dengan teman-temannya. Kami tidak pernah memprediksi dia akan hidup lebih dari seminggu," ujar bunda, Eileen, seperti dikutip dari laman The Sun.


    Wanita 41 tahun itu tidak menyangkaanak lelakinya mampu bertahan hidup, setelah mendengar penjelasan dokter selepas persalinan. "Doktor mengatakan hal tersebut adalah keadaan yang paling serius yang pernah dilihatnya. Dia pun mengatakan hal tersebut tidak menunjang kehidupan," ujarnya.


    Eillen dan Ken, suaminya, diminta mempertimbangkan berbagai alternatif medis yang ditawarkan untuk menyelamatkan Sammy. Tak ingin menyerah pada takdir, pasangan yang tinggal di Cambridge ini menempuh segala risiko atas tindakan medik yang diperlukan.


    Sammy menjalani sejumlah penelitian medik untuk menentukan jenis tindakan yang paling tepat. Setelah melakukan analisis data medik dan melihat hasil foto perkembangan jantungnya, Sammy menjalani operasi pertama ketika usia enam minggu. Tindakan ini diikuti dua operasi lain saat usia empat tahun.


    Setelah melewati tiga operasi dengan tingkat risiko cukup tinggi, Sammy pulih. Kanak-kanak ini membesar ceria dan tangkas seperti kanak-kanak seusianya. "Dia memiliki kehidupan normal. Suka bermain bolasepak. Walaupun terkadang harus menghindari cuaca dingin kerana memiliki sirkulasi pernafasan yang buruk, dia mampu berjalan dan berenang seperti anak normal," ujar Eileen.

    Begini cara guru-guru di China mengelak murid meniru

    Posted: 12 Apr 2012 11:00 AM PDT

    Begini cara guru-guru di China mengelak murid meniru..



    Mak Cik suka anak makcik berpakaian begini

    Posted: 12 Apr 2012 10:30 AM PDT


    suka ke mak cik tengok anak makcik berpakaian begini...

    Lelaki ini menggantikan penisnya dengan jari tengah

    Posted: 12 Apr 2012 10:15 AM PDT

    Gaioz Jakeli lelaki berusia 50 tahun berasal dari Georgia ini menggantikan penisnya dengan jari tengahnya.
    Jakeli dikenal sangat penyayang oleh keluarganya, kerana sifat penyayangnya itu dia menyembunyikan penyakit kanser penisnya dari isterinya. Isteri Gaioz yang pada ketika itu juga tengah menghidap penyakit berbahaya tidak mengetahui bahawa suaminya tercinta mengidap penyakit kanser penis. Gaioz Jakeli menyembunyikan penyakit ini dari isterinya sehingga isterinya meninggal dunia.

    Setelah isterinya meninggal dunia, keadaan Jakeli semakin memburuk, untuk itu seorang doktor bedah ternama di Georgia, Ivan Kusanov menyarankan agar Jakeli memotng penisnya. Namun, di Georgia seorang lelaki yang tidak memiliki kejantanan dianggap rendah, untuk itu doktor menyarankan agar Gaioz menukar penisnya dengan jari tengah tangan kirinya.



    Setelah mempertimbangkan dengan matang, akhirnya Gaioz setuju. Operasi ini sendiri memakan masa sekitar 17 jam. Agar kelaminnya dapat bekerja secara normal sang doktor bedah hanya mematahkan sebahagian penis Gaioz yang terkena kanser untuk digantikan dengan jari tengahnya.



    2 bulan setelah operasi Gaioz bole hidup normal kembali dia mengatakan "semuanya berjalan baik-baik saja setelah dua bulan berjalan, awalnya saya merasakan perih yang amat sangat ketika akan buang air kecil, bahkan untuk berjalan. Tapi kini semua baik-baik saja" Gaioz menghabiskan duit sebanyak 3.500 poundsterling untuk pembedahan ini. Bahkan beberapa bulan setelahnya dia sudah memiliki kekasih baru lagi, dan kekasihnya mengaku sangat mencintai Gaioz