Adsense

Isnin, 6 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Filem JIDIN SENGAL

Posted: 06 Feb 2012 03:22 AM PST

SINOPSIS JIDIN SENGAL

"Bila ekstra jadi superstar"

SINOPSIS
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.

Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit "cut!".

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Semuanya akan terjawab dalam filem komedi "JIDIN SENGAL", berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012.

jidin sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Sinopsis Filem Pocong 2
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Video Making of Filem BUNOHAN

    Posted: 06 Feb 2012 12:15 AM PST

    Video Making of Filem BUNOHAN

    Baru-baru ini, Budiey menerima link pautan untuk video di sebalik tabir filem BUNOHAN. Rasanya, Budiey tak perlu perkenalkan lagi secara details tentang filem ini sebab filem ini dah mengegarkan senario filem negara apabila berjaya menembusi pasaran filem antarabangsa.

    Dalam filem ini memberitahu tentang betapa pentingnya tentang hubungan kita dengan manusia lain, tentang hubungan kita dengan alam, hubungan kita dengan alam mistik. Sebuah corak filem yang jarang ditayangkan sebelum ini. Ada mistik, ada main peteri, ada tomoi dan bahasa loghat Kelantan. Itu buat Budiey suka dengan filem ini walaupun belum menonton filem ini sepenuhnya.

    Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat yang punya karisma & berkarakter seperti Zahiril Adzim, Namron, Faizal Hussien, Bront Paralea dan ramai lagi. Dengan penampilan khas oleh seorang model ternama Tengku Azura sebagai buaya jadian.

    Filem Bunohan ini akan ditayangkan mulai 8 Mac 2012.

    PART 1

    PART 2

    Sinopsis Filem Bunohan:
    Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

    Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

    Penerbit:
    Nandita Solomon

    Pengarah
    Dain Iskandar Said

    Pengarah Seni:
    Dain Iskandar Said

    Penulis:
    Dain Iskandar Said (Scriptwriter)
    Dain Iskandar Said (Lakon layar)

    Lakonan:
    Faizal Hussein : Ilham (Pelakon Utama)
    Zahiril Adzim: Adil (Pelakon Utama)
    Pekin : Bakar (Pelakon Utama)
    Bront Palarae : Deng (Pelakon Pembantu)
    Namron : Pok Wah (Pelakon Pembantu)
    Shoffi Jikan : Awang Sonar (Pelakon Pembantu)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei
  • Apparat Lancar Trailer Filem Bunohan
  • Video Klip Video Seks Tersebar di YouTube & Blog
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Wanita Tusuk kepala suami dengan cangkul

    Posted: 06 Feb 2012 09:00 PM PST


    Maria Savez telah dapat mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan pembantu rumah keluarganya.Dia mendapati mereka berdua-duan di dalam bilik.Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul dan terus menyerang suaminya serta menghayunkan cangkul itu .Cangkul itu tertusuk di kepala suaminya.
    Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian itu.Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan dia hidup serta dalam keadaan stabil.Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh.

    sumber :http://funkydowntown.com/woman-impales-husband-with-axe

    Kerana Curi Tengok ( muka) Isteri mintak cerai

    Posted: 06 Feb 2012 08:45 PM PST

    Seorang lelaki Arab yang berkahwin selama 30tahun tidak pernah melihat wajah isterinya walupun sekali.Isterinya mengikuti satu adat kaum kampungnya di Khamis Mushayt dimana akan menutup mukanya sepanjang masa.Pada satu malam suaminya cuba membuka purdah isterinya yang sedang tidur.Isterinya yang tersedar merasa marah dan menuntut untuk bercerai.Suaminya cuba meminta maaf tetapi masih juga nak bercerai. (link)

    p/s aku tak sanggup...tak dapat tengok muka isteri satu hari pun dah rindu... itukan hak suami.Islam itu indah dan senang kenapa nak disusahkan...?







    Beli Hot Dog

    Posted: 06 Feb 2012 08:30 PM PST


    Kisah seorang perempuan bisu yang sudah pun berkahwin (bisu jugak).Pada suatu hari dia telah pergi ke supermarket untuk membeli daging tetapi di sebabkan dia bisu,dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan pekerja di sana.Disebabkan begitu dia memanggil pekerja supermarket masuk dalam bilik.
    Pada hari itu dia hendak membeli dada ayam,dia bukak baju dia tujuk dada sambil buat aksi ayam.Pekerja itu pun paham dan memberikan dada ayam.
    Pada hari kedua ,dia nak beli paha ayam.Dia pun panggil pekerja masuk bilik,dia angkat skrit dia,tunjuk kat paha dia,pastu buat aksi ayam.Pekerja pun paham,kasi dia paha ayam.
    Pada hari berikutnya dia datang lagi tapi bersama suaminya.Dia nak beli hotdog.Dia pun panggil pekerja.
    Soalannya ialah : Apakah isteri itu akan buat?
    Fikirlah sendiri..........

    Sosej Dan Lembu (luahan hati bapak yang kecewa dengan anaknya)

    Posted: 06 Feb 2012 08:15 PM PST


    Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk mendapatkan degree tapi selepas 15 tahun tak pernah lulus.Akhirnya bapak dia tak sanggup lagi menanggung beban wang untuk anaknya itu.Maka terpaksa dia bawa balik anaknya itu.Sepanjang perjalanan dari airport kerumah,bapaknya dia saje (tengah marah)

    Si anak rasa macam tak seronok,dia cuba untuk berbual.Dia pun mencari idea apa yang hendak dibualkan.So dia pun bercakap dengan bapanya.

    "Bapak tau tak,kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.Sekarang nak buat sosej tak payah nak susah-susah lagi.Tak payah nak sembelih lembu,buang je kulit kemudian masukkan lembu kedalam mesin dah jadi sosej....?anak tu cuba untuk menunjukkan kepandaiannya.
    Lalu bapanya pun menjawab " Itu teknologi dah lapuk.Kat Malaysia lagi advance,masukkan sosej aje dah keluar sekor lembu....dah tu meyusahkan orang pulak itu."nada kecewa dan geram serta marah.

    p/s luahan hati seorang bapa yang kecewa dengan anaknya..bagi kita mungkin lawak tapi inilah hakikat sebenarnya.Kepada yang tak faham sila abaikan.




    Video Oral Seks Shakira Akan Di Sebarluaskan?

    Posted: 06 Feb 2012 08:00 PM PST


    Lahir dan besar di Colombia tidak membuat kariernya terkenal di musik Internasional. Shakira merupakan penyanyi seksi yang terkenal dengan goyangan dan musiknya yang khas. Penyanyi "Hip's Dont Lie" selalu membuat jantung lelaki berdebar saat melakukan tarian erotisnya di panggung, jadi wajar saja jika Shakira berhasil menaklukan hati Gerard Pique.


     Pasangan sejoli yang sempat dikhabarkan putus pada Oktober 2011 kini tertimpa masalah lagi. Adegan oral seks yang dilakukan Shakira kepada Pique ternyata berhasil terakam orang lain yang tidak lain merupakan asisten peribadinya sendiri. Seperti diberitakan oleh caughtoffside.com, video tersebut khabarnya akan disebarlusrkan ke internet jika Shakira tidak memberikan sejumlah wang.


     Sebelumnya, Shakira memang pernah memiliki video seks dengan bekas kekasihnya, namun dia sangat terkejut ada pihak yang mengaku menyimpan video seks tersebut. Apakah ancaman bekas asisten tersebut hanya 'gertak s' belaka? Kita lihat saja nanti babak dari perseteruan keduanya...(IRV/CW)

    Kisah Malang 6

    Posted: 06 Feb 2012 07:45 PM PST


    Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York,Amerika Syarikat.Dia bangun semula tetapi tidak mengalami  sebarang kecederaan serius.Bagaimanapun atas nasihat seseorang yang kebetulan berada disitu,lelaki itu berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit.Kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu.Tujuannya supaya mendapat pampasan daripada syarikat insurans.
    Malangnya lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.

    Daya Tarikan Wanita Yang Sering Dipandang Lelaki

    Posted: 06 Feb 2012 07:30 PM PST


    Tidak semua lelaki mudah tetarik dengan golongan wanita hanya berdasarkan faktor fizikal dan luaran semata-mata.Tetapi di sebalik semua itu masih lagi ada alasan lainnya membuat kaum Adam jatuh hati.Sebenarnya kebanyakkan lelaki mudah tertarik hanya disebabkan hal-hal yang remeh temeh yang dad pada seseorang wanita.Menurut sumber terdapat beberapa sebab mengapa sesetengah lelaki mudah jatuh hati kepada seorang wanita,antaranya :

    BIBIR MERAH MERONA
    • Sesetengah lelaki lebih tertarik pada bibir wanita yang berwarna merah merona.Lebih -lebih lagi ketika melihat wanita pujaan hatinya itu menggunakan lipstik sehingga membuatkan bibir tampak lebih merah.Apalagi san pujaan hati menggunakan lipstik yang memberikan kesan lembab dan berkilat
    LOSYEN WANGIAN BUNGA
    • Umumnya kaum wanita selalu lebih teliti dalam memilih wangian.Namun begitu losyen yang digunakan biasanya wanita akan memilih losyen yang memiliki aroma bunga dan sesuai dengan diri mereka,Wangian bunga segar ini akan mempengaruhi minat lelaki terhadapnya.Selain itu kebanyakkan lelaki juga suka memerhatikan wanita yang berkulit halus dan lembut serta dibantu dengan pemakaian losyen beraroma bunga -bungaan segar.Dengan melakukan perkara tersebut pastinya ia semakin membangkitkan gelora cinta sidia.
    PESANAN CINTA
    • Tidak hanya melihat penampilan fizikalnya sahaja,ternyata satu perhatian kecil yang diberikan oleh golongan hawa mampu menakluk sepenuhnya hati si lelaki untuk masuk ke dalam pelukan seorang wanita.Misalnya ketika seorang wanita memberikan kad ucapan hari lahir kepada si lelaki tentu mereka akan beranggapan bahawa dirinya memiliki perhatian istimewa.
    KUKU YANG CANTIK
    • Tidak semua wanita teliti ketika melakukan perawatan kuku.Sedangkan kuku yang dirawat dan cantik ternyata dapat memikat seorang lelaki.Kaum Adam dikatakan lebih menyukai wanita yang sentiasa merawat dan menjaga kebersuhan kukunya dengan baik agar kelihatan cantik serta bersih.
    PERALATAN KESIHATAN
    • Mungkin rasanya agak menyulitkan jika seseorang itu perlu sentiasa membawa tisu, ubat -ubatan dan barangan kesihatan setiap kali ingin kemana-mana.Namun ia penting dan berguna bial keadaan terdesak atau berlaku sesuatu kecelakaan yang tidak diduag sama sekali.Sememangnya kaumlelaki agak kurang peka dengan perkara seperti ini.Oleh itu,para lelaki lebih senang bila memiliki pasangan yang terbiasa membawa oeralatan kesihatan dalam setiap kesempatan.

    Ilmuwan Ciptakan Formula Rahasia Untuk Membuat Tanaman Bercahaya

    Posted: 06 Feb 2012 07:15 PM PST


    Profesor Mark Tester dan sekumpulan  ilmuwan Australia telah menciptakan formula khusus yang dapat digunakan pada tanaman dan bunga, dan membuat mereka bersinar dalam gelap.


    Sebuah semburan sederhana Galassia Flowers dapat disemburtkan ke bunga yang kemudian langsung membuat mereka berkilau. Dan efeknya sangat menakjubkan sehingga dapat mengubah daun yang paling membosankan menjadi sesuatu yang spektakuler.




    Dengan formula ini anda dapat membuat tanaman bercahaya


    Formula ini diharapkan menjadi hit bagi para pengantin potensial yang mungkin ingin menambahkan percikan glamour untuk pesta pernikahan atau bahkan boleh digunakan untuk mencerahkan sebuah pesta.


    Produk ini tidak beracun dan dapat dikeluarkan dari pakaian dengan air hangat dan sabun jika seandainya terjadi kecelakaan, dan dapat bertahan selama beberapa bulan.

    Terlahir Tanpa Ginjal, Gadis Cilik ini Harus 27 Kali Operasi Besar

    Posted: 06 Feb 2012 07:00 PM PST


     Ginjal memiliki peranan untuk tubuh manusia. Malangnya, seorang gadis cilik terlahir tanpa ginjal dan untuk bertahan hidup selama 10 tahun ia harus menjalani 27 kali operasi besar.


     Alice Skinner (10 tahun) yang berasal dari Hartlepool, terlahir tanpa organ ginjal kerana gagal berkembang saat ia masih di dalam kandungan. Namun setelah beberapa tahun pengubatan, ujian dan 27 kali operasi besar, ia sekarang sudah boleh melihat masa depan dan merayakan ulang tahun ke-11 dengan ginjal baru.


     Operasi terakhirnya terjadi pada dua minggu lalu, setelah sebelumnya selalu menjalani dialisis (cuci darah) yang berpengaruh pada kakinya. Kaki Alice bengkok dan tampak seperti busur.


     "Ada saat-saat ketika kami fikir dia tidak akan berhasil," jelas ayahnya George (41 tahun), seperti dilapor Dailymail, Isnin (6/2/2012).


     Keadaan Alice mempengaruhi 1 dari 1 juta kelahiran di Inggris dan ia nyaris meninggal berkali-kali.


     Ketika berumur 6 bulan, ia menjadi orang termuda di Inggris yang menerima dialisis (cuci darah). Keluarganya kemudian melakukan perjalanan 3 kali seminggu ke Royal Victoria Infirmary di Newcastle untuk melakukan cuci darah sambil menunggu derma yang sesuai untuk transplantasi.


     Kedua orangtuanya tidak sesuai untuk dijadikan penderma dan doktor mulai kehabisan pembuluh darah vena untuk menempatkannya pada dialisis.


     Pada bulan April 2008 lalu, Alice akhirnya menjalani transplantasi  namun tidak sempurna, kerana saat itu tidak ada derma yang benar-benar sesuai untuknya.


     Operasi itu memungkinkannya untuk minum soda, makan cokelat, keripik dan makanan lainnya yang sebelumnya terlarang bagi gadis kecil ini. Namun setahun kemudian, keadaannya mengalami kemunduran dan memerlukan operasi otak setelah terjadi penumpukan cairan di otaknya.


     "Para ahli bedah benar-benar terkejut dia berhasil melewatinya dan berkata 'Kami tidak tahu bagaimana dia masih di sini'. Menjalani dialisis selama 7 tahun menimbulkan masalah pada dirinya. Keadaan itu juga mempengaruhi kadar kalsiumnya kerana tidak ada penyerapan melalui ginjal, sehingga lututnya menjadi bengkok," jelas ayahnya.


     Untuk mengatasi lututnya, Alice perlu menjalani operasi untuk memasukan dua engsel ke kedua lututnya. "Dia menjalani 27 operasi besar selama 10 tahun dan itu cukup luar biasa bagi siapa pun," ujar George.

    Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat

    Posted: 06 Feb 2012 06:45 PM PST


    LONDON: Lelaki hartawan diperdaya wanita bujang untuk berasmara hingga hamil kerana mereka menganggap bayi sebagai 'pilihan kerjaya', kata seorang peguam terkemuka semalam.
    Menurut Diane Benussi, jumlah lelaki yang termasuk dalam perangkap wanita muda dan jelita semakin meningkat.

    Kata Diane, lelaki kaya dilihat mudah menjadi mangsa wanita yang malas bekerja dan anak hasil hubungan sulit itu dianggap sebagai tiket untuk hidup terjamin selama 18 hingga 21 tahun akan datang.


    "Tanpa mempedulikan sama ada lelaki terbabit mempunyai isteri atau tidak, pemangsa itu boleh dianggap sebagai piranha," katanya.

    Menurut Diane, selepas mengenal pasti mangsa, wanita terbabit menggoda lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan selepas meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengandung atau mengambil pil pencegah kehamilan.


    "Data terkini menunjukkan semakin ramai wanita malas bekerja dan berkahwin kini mencari jalan mudah mendapatkan kehidupan mewah," katanya.




    Menurut Diane, perkahwinan tidak lagi membawa makna seperti sebelum ini.

    Kini, katanya, wanita mahukan anak kerana ada lebih banyak kegunaan.


    "Bagi sesetengah wanita, memiliki bayi bermakna mereka memiliki kerjaya.

    "Mereka diberi bayaran untuk tinggal di rumah dan menjaga anak," katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Studio yoga pertama dunia di lapangan terbang

    Posted: 06 Feb 2012 06:30 PM PST


    SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah bilik yang pernah menjadi stor penyimpanan barang kini merupakan bilik untuk senaman yoga selepas ia dibuka pada minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk para penumpang.
    Bilik itu terletak selepas pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.
    Para pegawai lapangan terbang percaya bilik itu yang dilengkapi dengan cermin dinding merupakan studio yoga pertama dunia di lapangan terbang. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta dipamerkan

    Posted: 06 Feb 2012 06:15 PM PST


    PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.
    Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters.
    Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Bayi kurang dari sehari ini pesakit termuda jalankan pembedahan jantung terbuka

    Posted: 06 Feb 2012 06:00 PM PST


    NEWCASTLE: Seorang bayi berusia kurang dari sehari menjadi pesakit termuda dalam sejarah menjalani pembedahan jantung terbuka.
    Jasmine Carr hanya memiliki peluang 15 peratus untuk selamat apabila pakar bedah memulakan prosedur ke atasnya selepas 17 jam 30 minit dia dilahirkan.

    Kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Freeman, ibu bapa Jasmine, Jo dan James Carr, berdoa agak bayi berkenaan selamat serta dibenarkan pulang menjelang April ini Pasangan itu mengetahui anak mereka mengalami sindrom jantung kiri hypoplastic sejenis penyakit menyebabkan sebahagian daripada jantung gagal terbentuk dengan sempurna ketika Jo menjalani pemeriksaan kandungan 20 minggu.


    Selepas doktor menyuntik Jo untuk memaksanya bersalin ketika kandungan baru berusia 37 minggu, Jasmine lahir dengan berat badan 2.3 kilogram, manakala jantungnya sebesar buah walnut.

    Apabila Jasmine dikejarkan ke bilik kecemasan untuk pembedahan, ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menunggu dan berdoa.


    Menurut Jo, 27, dia sangat sedih apabila diberitahu peluang Jasmine untuk hidup sangat tipis.




    "Ia adalah kenyataan paling pahit untuk seorang ibu," katanya.

    Jo berkata, menunggu doktor menyempurnakan pembedahan ke atas Jasmine menjadi detik paling menekan dalam hidupnya.


    Pembedahan membetulkan bahagian kiri jantung itu berlangsung selama 11 jam.

    Ia diketuai Dr Asif Hasan, tetapi bayi terbabit mengalami serangan jantung sehari kemudian.


    Keadaan itu memaksa Jasmine tinggal hampir tiga bulan dalam wad ICU.


    Dia akhirnya dipindahkan ke wad jagaan rapi menjelang Krismas tahun lalu dan doktor kini yakin Jasmine mampu pulih sepenuhnya.


    Isnin lalu, dia menjalani satu lagi pembedahan untuk melebarkan saluran darah.


    Pasangan suami isteri itu berharap Jasmine dibenarkan pulang ke rumah mereka di Newton Aycliffe beberapa bulan lagi.


    Carr, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu apabila Jasmine dikesan menghidap penyakit berkenaan.


    Kata Carr, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika dapat menyentuh Jasmine.


    "Kami akan adakan parti menyambut kepulangannya nanti," katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Cinta abadi warga emas uzur

    Posted: 06 Feb 2012 05:45 PM PST


    RANTAU PANJANG: Demi kasih terhadap isteri, seorang warga emas, Hasan Jusoh, 75, tetap setia menemani isterinya, Eshah Che Lah, 80, yang nyanyuk dan terlantar biarpun dirinya sendiri uzur.
    Lebih menyedihkan, pasangan itu menghabiskan sisa hidup dalam keadaan miskin dan tanpa anak kerana mereka tidak dikurniakan zuriat.

    Setiap hari, pasangan itu meneruskan hidup dengan mengharap ihsan jiran, penduduk setempat selain anak saudara dan cucu saudara yang menghulurkan makanan serta minuman.


    Kunjungan Harian Metro ke rumah pasangan berkenaan di Kampung Pusu Sireh, Lubok Stol, di sini, kelmarin, mendapati kediaman mereka usang dan hidup dalam keadaan daif.

    Hasan berkata, dia dan isteri bergantung kepada keprihatinan jiran dan saudara yang membantu memberi makanan setiap hari untuk mengalas perut.



    sumber : myMetro

    Anak buta hati tikam rusuk bapa

    Posted: 06 Feb 2012 05:30 PM PST


    RANAU: Seorang lelaki bagaikan dirasuk setan apabila sanggup menikam rusuk kanan bapanya sehingga terkena usus dengan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter di Sinarut Baru, di sini, kelmarin.
    Lebih kejam, suspek berusia 39 tahun itu turut melibas pisau ke arah ibunya yang cuba meleraikan pergaduhan dua beranak itu, menyebabkan wanita itu cedera teruk di bibir dan menerima sekurang-kurangnya lima jahitan.

    Mangsa, Agut Tabut, 69, dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan berada dalam keadaan stabil, manakala isterinya, Jairi Anggau, 55, sudah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.


    Sumber berkata, kejadian berlaku jam 9.30 malam apabila lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan mabuk selepas berjumpa rakan menyebabkan si bapa menegurnya.

    "Suspek yang berang kemudian menuduh mangsa menceritakan perkara buruk mengenainya kepada rakan, tetapi dinafikan.


    "Dia mengeluarkan pisau dan terus menikam bapanya, malah ibunya yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut dilibas dengan senjata itu menyebabkan bibir terkoyak sepanjang tiga sentimeter," katanya.




    Sumber berkata, adik lelaki dan abang ipar suspek yang melihat kejadian itu segera campur tangan dan menahan suspek yang cuba menyerang ibunya sekali lagi.

    "Mereka menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit," katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang dalam keadaan mabuk.

    "Polis merampas sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 20 sentimeter dipercayai digunakan suspek untuk menyerang ibu dan bapanya dan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


    "Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Ranau sebelum dipindah ke HQE untuk rawatan lanjut," katanya.


    Beliau berkata, bapa suspek cedera di rusuk kanan akibat ditikam manakala ibunya cedera sepanjang tiga sentimeter di bibir.



    sumber : myMetro

    ‘Ini cerita sebenar’,bukan angkara Apek

    Posted: 06 Feb 2012 05:15 PM PST


    KOTA BHARU: Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.
    Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. "Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

    Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.


    "Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

    "Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini," katanya.


    Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.




    "Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh," katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

    Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.


    Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

    "Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.


    "Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain," katanya.


    Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.


    Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.


    "Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan," katanya.


    Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.


    Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.


    Pelajar IPT bawa azimat jin inggeris ke dewan peperiksaan

    Posted: 06 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
    'Daun sirih hikmat' itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus 'cukup makan.'
    Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    "Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.



    "Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan," kata Azman ketika ditemui.


    sumber : myMetro

    Nyaris dibelasah tukar RM100

    Posted: 06 Feb 2012 04:45 PM PST


    PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi nyaris dibelasah pemandu teksi lain gara-gara disangka cuba menipu dengan memberi wang palsu RM100 sebagai duit tukar dalam kejadian berhampiran Masjid Putra, Putrajaya, malam kelmarin.
    Menceritakan semula detik yang mencetuskan salah faham itu, Mohd Fairus Ahmad Jahari, 34, berkata dia memperoleh duit palsu RM100 itu daripada tiga penumpang warga Bangladesh berusia 30-an ketika mengambil mereka di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, jam 9.30 malam.

    Menurutnya, penumpang terbabit meminta untuk dihantar ke Putrajaya dan diturunkan di kawasan masjid berkenaan sebelum menyerahkan wang palsu itu sebagai tambang.


    "Saya mengenakan tambang RM42 dan penumpang terbabit menyerahkan sekeping not RM100. Memandangkan saya tidak cukup duit kecil untuk memulangkan baki tambang lalu saya menukar duit RM100 itu dengan pemandu teksi lain.

    "Ketika mahu beredar selepas menyerahkan baki tambang kepada penumpang terbabit, tiba-tiba pemandu teksi yang saya temui untuk menukar wang itu menghalang teksi saya sebelum keluar dari kenderaannya dalam keadaan marah," katanya.


    Katanya, pemandu teksi terbabit menuduhnya cuba menipu dengan memberi wang palsu dan menahannya bersama empat rakan lain serta hampir memukulnya.




    "Berdebar jantung saya apabila dikepung dan dituduh cuba menipu mereka. Bagaimanapun, mereka memahami keadaan sebenar selepas saya menjelaskan memperoleh duit itu daripada penumpang," katanya.

    Mohd Fairus berkata, dia dan kumpulan pemandu teksi terbabit berpakat mencari tiga penumpang yang menggunakan duit palsu itu dan menemui mereka dalam kawasan masjid berkenaan.


    "Kami mengejar tiga penumpang itu, namun hanya memberkas seorang daripada mereka manakala dua lagi melarikan diri.

    "Lelaki terbabit diserahkan kepada anggota peronda polis sebelum dibawa ke Balai Polis Putrajaya, Presint 7, untuk tindakan lanjut," katanya.


    Katanya, dia sudah banyak kali ditipu penumpang yang membayar tambang menggunakan wang palsu, namun ini kejadian kali pertama diberi not palsu RM100.


    "Saya banyak kali tertipu dengan wang kertas palsu terutama not RM10 dan RM50. Mereka sangat licik apabila cepat-cepat beredar selepas menerima baki tambang sehingga sukar untuk dikesan.


    "Penumpang bayar guna duit palsu yang kita tidak boleh gunakan untuk apa-apa. Sedangkan dia dapat baki dari wang tulen," katanya.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mak Pak Chuai, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan katanya suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan.


    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menggunakan wang palsu dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.



    sumber : myMetro

    Lawak..reporter tv ini guna kondom untuk cover mikrofon

    Posted: 06 Feb 2012 04:30 PM PST


    Seorang reporter TV dari China Central Television bernama Shi Jinbin menggunakan mikrofon yang tertutup kondom saat meliput berita secara live badai tropika yang terjadi di Rongchen, Shandong, China bagian utara.

    Adapun hal itu dilakukan Shi Jinbin untuk menghindari agar mikrofonnya tetap kering.

    Tadinya pihak tv belum menyedari hal itu hingga mereka memperhatikan ada sesuatu yang lain di mikrofon yang digunakan Shi Jinbin.

    Akhirnya mereka memotong atau menghentikan (laporan) Shi Jinbin setelah mengetahui kalau mikrofon itu tertutup kondom.

    Pastinya stesen TV menolak memberikan komen mengenai masalah itu.

    Ini strawberry yang harganya sama dengan blackberry

    Posted: 06 Feb 2012 04:15 PM PST

    Strawberry raksasa  ini yang besarnya hampir sama dengan buah kedondong . Harganya hampir sama dengan harga Handphone BlackBerry. Bezanya yang ini berry benaran, manis bisa dimakan sementara blackberry yang cuma boleh dipicit sahaja.

    Strawberry yang diproduksi di  Gifu, Kota Haneshima, Jepun diberi nama "Bijin Hime" atau Putri Cantik. Strawberry Putri Cantik ini satu biji beratnya lebih dari 80 gram dan memerlukan 30 tahun kajian untuk boleh membuat strawberry raksasa ini.

    Kerana baru  percubaan, strawberry ini baru akan dijual sebanyak 500 pek (satu peknya 4 sampai 5 biji).

    Guna 200,000 semut mati untuk buat gambar

    Posted: 06 Feb 2012 04:00 PM PST


    Chris Trueman 32 tahun telah mambeli semut dan kemudian membunuhnya.Semut -semut yang mati itu digunakan untuk mengubahsuai satu gambar potret seorang budak.
    Dia pada mulanya cuba menangkap semut itu sendiri tetapi tidak mampu kerana lambat dan kemudian mengambil keputusan membelinya.(link)








    Periuk tukarkan beras jadi roti

    Posted: 06 Feb 2012 03:30 PM PST


    Syarikat pengeluar elektronik Sanyo melancarkan produk terbarunya "periuk" yang boleh
    menukarkan beras menjadi roti.Mesin ini boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air,gluten,ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama 4 jam.'Periuk' ini digelar GOPAN iaitu campuran bahasa Jepun dan Sepanyaol.Gohan dalm bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermaksud roti dalam bahasa Sepanyol.

    Bayi lahir tiga tangan

    Posted: 06 Feb 2012 03:15 PM PST


    Sepasukan doktor bedah berjaya memisahkan sebelah tangan seorang bayi lelaki yang berusia  dua bulan yang memiliki tiga tangan sewaktu dilahirkan.Tangan ketiga terletak bersebelahan tangan kiri.
    Liu Junjie dilahirkan di wilayah Anhui. Selatan Shanghai China.Liu bernasib baik mendapat perhatian dari sekumpulan doktor bedah dan doktor yang menjalankan pembedahan itu mengatakan pembedahan itu tidak menjejaskan kesihatan Lui.Mereka mengambil masa selama 3 jam untuk menjalankan pembedahan itu dan dianggap berjaya,Keluarga Liu kini berasa lega kerana anaknya tidak lagi cacat.

    Hasil pembedahan plastik yang memukau

    Posted: 06 Feb 2012 03:00 PM PST


    Seorang artis China berumur 18 tahun,Angela Baby seringkali malu dengan penampilan dirinya terutama bentuk bibirnya yang melebar,sehingga akhirnya ia memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik dengan kos yang tinggi.
    Namun apa hasilnya?Ternyata sangat mengagumkan.Angela kini tampil lebih cantik dan turut menjadi idola remaja kerana kecantikkan dari wajah barunya.
    Dia adalah salah seorang daripada beberapa pelanggan pembedahan plastik yang berjaya.

    p/s jangan turuti sesuatu yang haram di sisi agama Islam



    Bernikah di atas sayap kapal terbang ketika sedang terbang

    Posted: 06 Feb 2012 10:00 AM PST


    Pasangan Darren McWalters dan Katie Hodgson menjadikan pernikahan mereka sebagai pernikahan yang paling mendebarkan sepanjang sejarah. Kedua mempelai melangsungkan upacara pernikahan mereka di sayap pesawat yang terbang pada ketinggian 1.000 kaki atau sekitar 300 meter dari permukaan tanah.Bukan setakat satu tapi tiga buah kapal terbang.Satu untuk Darren ,satu untuk Katie dan satu lagi untuk jurunikah yang menikahkan mereka.Pembesar suara khas digunakan untuk mrdengar lafaz kahwin mereka.-kompas online