Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Gambar Adik lelaki dan keluarga Maya Karin

Posted: 19 Dec 2010 08:02 PM PST

Lumrah manusia bila ada artis yang cantik mesti kita nak tengok keluarganya atau adik beradiknya.Nak tahu dari mana kecantikan dia diwarisi.Ada yang mewarisi kecantikan dan kekacakan dari ayah ada pula yang mewarisi dari mak..

Dan ada juga,Mak dan ayahnya takla begitu hensem atau cantik,kira biasa2 saja,tapi hasil gabungan mereka berdua anak jadi cantik jelita,ataupun kacak.

So jom kita tengok keluarga Maya Karin.Adik lelaki Maya Karin nie bernama Armin dan kini menetap di Eropah.Adik perempuannya Iriniah Melati bekerja di London.





Paramore Berpecah

Posted: 19 Dec 2010 07:30 PM PST

Ok tajuk kat atas tue takla betul..ceritanya mcm nie...

Adik-beradik Farro, pemain gitar Josh dan pemain dram Zac telah meninggalkan Paramore, sebuah band pop-punk berasal dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat.

Pengumuman ini telah dibuat sendiri di laman web rasmi Paramore oleh tiga lagi ahli kumpulannya iaitu Hayley Williams, Jeremy Davis dan Taylor York. Mereka menerangkan kedua beradik ini telah memberitahu mereka akan meninggalkan Paramore beberapa bulan lalu.

"Josh dan Zac telah memberitahu kami bahawa mereka akan meninggalkan band ini selepas persembahan kami di Orlando pada 12 Disember. Tidak ada di antara kami yang terkejut dengan keputusan tersebut. Semenjak tahun lalu, mereka kelihatan seperti tidak ingin bersama band ini."

Tambah mereka lagi: "Kami inginkan Josh dan Zac melakukan apa yang boleh membuatkan mereka gembira dan jika ia bermakna bukan bersama kami, maka kami akan menyokong mereka mencari kegembiraan tersebut di tempat lain."

Walaubagaimanapun Paramore meneruskan dengan kenyataan berikut:

"Kami tak pernah terfikir untuk meninggalkan Paramore.Kami berharap dapat meyakinkan anda semua bahawa kami bertiga akan tetap bersama Paramore dan mneneruskan perjuangan ini bersama sampai bila-bila"


Siti Nordiana tak tahan dikritik,Tak mahu berimej seksi lagi

Posted: 19 Dec 2010 07:05 PM PST

Nana lebih sesuai berimej sopan,apatah lagi sebelum bergelar janda Nana telah membawa imej yang tidak seksi,tapi bila dah menjanda tiba-tiba pulak,seksi yang terlampau,dengan pakaian yang amat singkat dan jarang.Memang mengejutkan ramai pihak.

Lantas ramai yang menkritik hebat penampilan Nana yang seolah-olah mcm cuba membuktikan sesuatu.Dan Setelah dikritik,Nana meminta maaf dan akan kembali ke status asal.

Kata Nana ,kalau dier digelar berimej kampung pun dia terpaksa terima je kata-kata org..

Hairan pulak sensasi,kenapa pulak kalau berimej sopan dikatakan kampung,Lisa Surihani,Siti Nurhaliza dan banyak lagi contoh artis yang sopan okey je,tak dikatakan kampung pun..huhuhuh..







Sekalipun tidak telanjang, namun status Nana yang baru saja memegang gelaran janda lebih setahun lalu, memberi persepsi negatif kepada dirinya apabila dilabel janda panas dan seksi. Lebih menyakitkan apabila dia dituduh tidak memelihara maruah kerana dikatakan sanggup mengeksploitasikan tubuh badannya sendiri untuk tujuan kontroversi, selain memikat lelaki.

"Memang saya dah jangka, penampilan terbaru sempena come back menerusi single Tak Tahan, pasti mewujudkan pelbagai tanggapan, ada yang suka dan sebaliknya. Namun, daripada maklum balas di laman sosial, kebanyakannya negatif, hanya segelintir kecil saja yang boleh menerima fesyen terbaru saya.

"Kepada peminat dan pihak media yang tersinggung dengan pembaharuan yang cuba saya tampilkan, sekali gus tidak boleh menerima imej seperti ini (seksi), saya mohon maaf.

"Saya berjanji, selepas ini saya tidak akan mengenakan pakaian seksi yang melampau lagi. Sekalipun saya tampil dengan imej terbaru, ia semata-mata untuk menghadiri majlis hiburan dan sesi fotografi saja. Tapi, di luar waktu kerja, saya tetap Siti Nordiana yang lama," katanya tenang.
Pun begitu, Nana seolah-olah tersilap langkah apabila imej seksi yang cuba ditonjolkannya tidak diterima masyarakat, berbeza dengan penyanyi baru hari ini seperti Yuna mahupun Ana Raffali yang tetap popular sekalipun tidak berpakaian seksi. Justeru, Nana dikatakan seperti 'menjual' tubuh untuk tatapan umum, bukan bakat nyanyiannya.


"Selepas menerima komen negatif, selepas ini saya akan mengenakan pakaian mengikut keselesaan diri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lagi. Saya lebih mementingkan pendapat peminat dan media kerana merekalah yang sentiasa memberi sokongan.

"Justeru, sekiranya selepas ini saya kembali ke imej asal, orang kata fesyen kampung, saya perlu bersedia. Ikhlas saya katakan, saya bukan seorang yang seksi, jika peminat lebih selesa menerima saya dengan imej sebelum ini, perlahan-lahan saya akan berubah ke arah itu atau bersederhana memilih pakaian.

"Saya akui, percubaan tampil dengan imej segar dan seksi, mendapat maklum balas yang negatif. Jadi, saya harus mengambil iktibar dan memperbaiki kesilapan demi memastikan perjalanan seni berjalan lancar, sekali gus mendapat restu orang ramai," katanya yang kini aktif semula sebagai penyanyi selepas meninggalkan kerjayanya sebagai kaunselor.

Selepas memegang status janda, Nana didakwa berubah menjadi seksi untuk menarik perhatian lelaki. Nana juga dikatakan cuba membuktikan kepada bekas suaminya, Faizal, dia juga boleh bertemu jodoh dalam masa terdekat. Justeru, sejauh mana kebenaran dakwaan itu?

"Demi Allah, itu bukan saya! Saya tampil dengan imej seksi bukan nak cari 'jantan' mahupun meraih publisiti murahan, sebaliknya lebih kepada percubaan. Namun, percubaan itu tidak menjadi. Saya tak sanggup lagi mendengar komen, orang menuduh saya tiada pegangan agama, selain membabitkan maruah diri dan keluarga.

"Saya tidak mahu diri ini terus dihina, dibenci dan maruah diri dipijak-pijak! Saya juga tidak pernah berniat mempamerkan aset diri sebelum ini untuk meraih kontroversi agar cepat popular. Saya akui kesilapan lalu apabila tampil dengan imej seksi, justeru sekali lagi saya mohon maaf.

"Seperkara lagi, menerusi imej terbaru ini, tiada apa yang hendak saya buktikan kepada Faizal. Dia sudah ada kehidupan sendiri, jadi apa lagi saya nak buktikan? Saya hanya nak membuktikan, saya masih bertahan dalam industri seni selepas 10 tahun menceburinya," katanya di akhir perbualan.

Anak Daphne Iking, Isobel Daniella sah bukan anak bekas suaminya

Posted: 19 Dec 2010 06:40 AM PST

Anak Daphne Iking nie comel sangat,kontroversi tentang status anak Daphne nie dah diragui semenjak dulu lagi,dan bekas suami nya telah menyaman Darren Choy yang dikatakan cuba mengajak Daphne untuk melakukan hubungan intim.


Tapi akhirnya persoalan terjawab apabila bekas suami Daphne membawa Isobel untuk menjalani pemeriksaan DNA dan sahih lah Isobel bukan anak kandungnya..

Kesian Isobel,menjadi mangsa dalam skandal ibu bapanya sendiri.







Darren Choy memakai baju putih,dan Daphne baju Maroon

Bekas suami kepada pengacara, Daphe Iking memberitahu, bahawa beliau terkejut semasa mengetahui bahawa anak perempuan mereka, Isobel Daniella bukanlah anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, menambah, beliau telah membawa Isobel, 2, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan darah di sebuah klinik di Petaling Jaya, dekat sini selepas mengesyaki perkara tersebut.

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji dan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel," katanya.

Katanya lagi, darah beliau dan Daphne adalah jenis O tetapi Isobel mempunyai darah kumpulan A.

Terdahulu, Ryan yang memberi keterangan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, memaklumkan perasaan syak timbul selepas terbaca e-mel antara Daphne dengan Darren Choy Khin Ming di komputer bekas isterinya.

Katanya lagi, dalam e-mel itu Daphne menulis bahawa seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamajit telah memberitahu bahawa wajah Isobel mirip dengan wajah Darren, seorang ahli perniagaan.

Pada prosiding sama, Ryan turut mengemukakan kiriman e-mel dan salinan perbualan antara Daphne dan Darren yang didakwa berlaku di ruang siber.

Antara e-mel tersebut bertarikh antara 13 September 2006 dan 3 Jun 2008 dan mengandungi ayat-ayat seperti 'I love you' dan 'you are my baby'.

Ryan juga memberitahu, beliau mengetahui Daphne dan Darren ada membuat rancangan untuk bercuti di Indonesia untuk melakukan hubungan intim.

Turut dikemukakan di mahkamah ialah invois percutian di sebuah hotel di Bali, Indonesia yang didakwa antara Daphne dan Darren.

Ryan sedang memberi keterangan terhadap Darren, 45, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya kerana didakwa memikat Daphne yang semasa itu masih berstatus isterinya.

Ryan berkahwin dengan Daphne pada 27 Januari 2007 di Bali.

Darren didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat supaya Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 31, melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, antara Julai 2007 dan September 2008.

Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Ryan diwakili peguam-peguam Wong Kian Kheong dan Chris Lim manakala peguam-peguam Akbardin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh mewakili Darren.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin ini.

Budak 4 tahun hampir kebuluran,teman mayat ibu yang sudah berulat

Posted: 18 Dec 2010 11:48 PM PST

Sebenarnya ,berita nie sensasi dah baca beberapa hari yang lepas,saja je share kot la korang belum baca ke :P

Kesian sangat dengan budak nie umur 4 tahun yang tidak makan dan minum selama 3 hari,selepas ibunya mati dipercayai dibunuh.Sampai Mayat ibunya berulat ,budak nie tetap tunggu di sebelah ibunya,

Umur pun baru 4 tahun,mesti la dia takut ,tak tahu nak buat apa dan mengharap ibunya bangun.Kesian sangat mesti budak nie trauma,..

Suspek dipercayai ayah nya sendiri...adus...tapi apa pun kes ini masih dalam siasatan polis




SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

"Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

"Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

"Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu," katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Gambar Pernikahan SM Nasarudin dan Marion Rose Caunter Abdullah

Posted: 18 Dec 2010 11:37 PM PST

Sensasi suka sgt tgk Marion Rose Caunter nie,sungguh cantik dan ayu dengan baju kahwin serba putih rekaan Rizalman..

Walaupun sudah memeluk agama Islam namun Marion Caunter masih mengekalkan nama nya dan menambah Rose Abdullah,,,Okeylah tue..maklumlah,nama dah diguna sejak kecil lagi,tetiba nak tukar jadi Maria ke,Mariam ke..mcm kekok pulak kan..

Masing-masing punya citarasa dan pilihan..ada yang tukar nama sepenuhnya ,ada yang tidak.
Yang penting sensasi harap pasangan nie bahagia dan SM Nasarudin dapat membimbing Marion dengan baik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen