Adsense

Isnin, 8 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Era FM Makin Dekat Di Hati Penduduk Sarawak & Sabah

Posted: 08 Nov 2010 03:00 PM PST

Setiap pagi, sambil bersarapan, Budiey akan dengar dan layan lagu-lagu di radio. Hobi Budiey sejak dulu memang suka dengar radio. Tak kira samada kat rumah atau semasa memandu. Semua radio Budiey akan dengar. Kadang-kadang, sekadar nak dengar celoteh penyampai aje. Kadang-kadang tu, yang pelik, dengar radio semata-mata nak dengar iklan! Boleh tak cam tu?

Budiey sempat buat survey kat Facebook. Saje tanya kawan-kawan kat FB, radio mana yang diorang paling minat. Dalam banyak-banyak radio, ada yang minat dan setia mendengar ERA FM .

Budiey BlogMemang tak nafikan, Budiey pun ada dengar radio ERA FM. Sikit masa dulu, Budiey selalu nantikan Anugerah Era. Memang best masa tu. Sekarang, ERA FM dah makin matang seiring dengan masa dan penyampainya pun semuanya ada peminat atau pengikut mereka sendiri. Penyampai-penyampai baru pun apa kurangnya, semuanya menyerlah dan berbakat besar serta setanding dengan penyampai yang lain.

Kepada pembaca yang tak tahu, tagline radio yang memulakan siaran pada 1998 ni ialah Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik. Seiring dengan tagline tu, radio berbahasa Melayu ini memutarkan lagu kotemporari tempatan mahu pun antarabangsa. Antaranya, lagu dari Dato' Siti Nurhaliza, Stacy, Bunkface, Hujan, Yuna, Mizz Nina, Aliff Aziz, Katy Perry, Super Junior dan ramai lagi.

Hari ini jumlah pendengar ERA FM ialah 4.15 juta pendengar. Tahniah! Satu jumlah yang sangat membanggakan.

Gandingan spontan dan menghiburkan di Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff

Program Petang ERA yang ke udara dari jam 4 petang hingga 8 malam yang diceriakan oleh Reza dan Adi mendapat sambutan hangat dari pendengar. Ini menjadikannya program petang No. 1 di Malaysia dengan mengumpulkan 2.18 juta pendengar.

Sementara itu, Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff berada di tempat kedua paling popular untuk Breakfast Show. Show kegemaran ramai ini menampilkan segmen seperti Merisik Khabar, Can I Help U, Teka Bunyi dan Jangan Lupa Nyanyi.

Terbaru, Budiey ada dengar ERA FM melancarkan satu lagi siarannya di Kuching Sarawak.

Budiey diberitahu, ERA FM telah mengambil dua orang penyampai baru iaitu Osha dan Hasmin bagi menceriakan lagi para pendengar yang berada di Sarawak.

Jom, kita berkenalan dengan dua orang penyampai baru ni.

SYAKIRAH BINTI BASRI @ OSHA

Osha

Wajah comel milik Osha yang masih berusia 28 tahun ini memang ada potensi untuk menjadi penyampai atau selebriti radio terkenal. Tapi bukan itu taruhannya kerana celoteh Osha ni memang sangat mesra pendengar. Berasal dari Kuching. Gadis yang mempunyai ukuran tinggi 156cm ini rupanya memiliki Diploma dalam bidang Jurutera Elektronik di Politeknik Kuching. Mempunyai 5 orang adik beradik dan anak bongsu ini meminati bidang muzik dan memasak. Pada masa lapang, Osha begitu gemar dengan sukan ping pong.

Osha yang meminati lakonan Elly Suriati dan Fauziah Nawi ini, mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang penyiaran dan pernah menjadi hos Anugerah Sri Angkasa.

Osha berharap dapat menjadi penyampai radio yang lebih bagus dan dapat diterima oleh semua masyarakat.

NUR HASMIN MOHD NURHISAMUDDIN @ HASMIN

Hasmin Era

Selain Osha, gadis berusia 22 tahun yang menggelarkan diri HASMIN ini turut dipilih untuk menjadi penyampai ERA FM di Sarawak. Lahir pada 31 Julai 1988 dan anak kelahiran Miri ini mempunyai ketinggian 143 cm. Mempunyai latar pengajian dalam bidang Teknikal Komputer di I-System Centre, Kuching. Anak kedua dari 7 orang adik beradik ini begitu menggemari muzik dan suka membaca majalah. Beliau menjadikan Dato' Siti Nurhaliza sebagai idola dan HASMIN bercita-cita mahu ke Paris satu hari nanti. Cita-cita HASMIN tak lain dan tak bukan untuk menjadi penyampai radio yang berjaya satu hari nanti. Selamat maju buat Hasmin!

Kepada pembaca di Sarawak, Budiey rasa ini satu berita baik untuk anda semua. Budiey pasti, siaran ERA FM di Sarawak akan meluaskan lagi reputasi dan memperkenalkan lagi radio ini kepada semua!

SELAMAT MENDENGAR!

Layari sekarang: ERA FM

Osha

Hasmin Era

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar HotFM Yeah Yeah Di Kota Kinabalu, Sabah
  • FIESTA KAAMATAN GAWAI BERSAMA FELIX & MARSHA
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • Sekitar Ujibakat Raja Lawak Astro di Sabah
  • Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010
  • Konsert Jelajah Dewa 19 Duet Ella, Rabbani, Sheila Majid, Mulan
  • Dokumentari Masyarakat Penan Sarawak di TV1
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • Konsert Ke-3 Search Di Awan Biru Kini Tiba di Jengka
  • Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Baby Amber Chia Ashton Wong di Full Moon Party

    Posted: 08 Nov 2010 02:41 PM PST

    Semalam, Budiey telah dijemput oleh Amber Chia, seorang supermodel terkenal untuk menghadiri Full Moon Party anak lelaki sulungnya yang bernama Ashton Wong di Nusantara Ballroom, Sheraton Imperial KL. Thank you, Amber Chia!

    Selain ditemani suami tercinta, Adrian Wong, party itu juga dihadiri oleh sahabat, selebriti dan keluarga di kedua belah pihak. Full Moon party dianggap satu majlis yang memperkenalkan baby Ashton Wong yang kini berusia 1 bulan kepada kenalan, keluarga dan media.

    Party Full Moon itu dianjurkan secara ekslusif oleh S2 Slimming, sebuah syarikat kecantikan dan slimming yang telah menaja pakej menghilangkan lemak kepada Amber Chia. Sebagai info, Amber Chia merupakan duta produk syarikat pelangsingan badan ini.

    Pengarah Urusan S2 Slimming, Stella Lim juga turut hadir bagi meraikan majlis itu. Beliau juga turut bercerita tentang proses pengurusan badan Amber Chia yang dilakukan oleh S2 Slimming. Amber menjalani treatment yang dipanggil SuperMom Post Natal Treatment selepas beranak. Sekarang, berat badan Amber Chia dah turun dari 69.5kg kepada 55kg dalam masa sebulan sahaja!

    Budiey diberitahu Amber yang dia terlalu banyak menerima penajaan semenjak bergelar ibu. Dari produk penjagaan bayi, pakaian hinggalah kepada hal penjagaan ibu. Cuma susu sahaja tak dapat penajaan sebab Amber Chia memang kasi susu badan kepada baby lelakinya.

    Ketika mana berbicara tentang anaknya, Amber Chia nampak sangat teruja dan excited untuk bercerita pengalaman pertamanya. Kalau sebelum ini, beliau tak berapa nak pandai tentang cara nak jaga baby, tukar lampin, itu dan ini, kini Amber Chia dah pakar untuk buat semua tu.

    Berat Ashton Wong kini dah mencapai 5 kg. Amber kasi breastfeed baby sulungnya itu sebanyak 7-8 kali sehari. Ashton suka dimanja dan bermain dengan daddynya.

    Menurut Amber, kalau boleh dan ada peluang, dia nak anak perempuan selepas ni. Tapi kena rehat la setahun. Mungkin 3 tahun lagi baru dapat beranak lagi. Kini, Amber Chia kembali untuk fokus kepada kariernya sebagai peragawan dan perlu mengekalkan berat badan idealnya.

    Dihoskan oleh sahabat Amber sendiri iaitu Daphne Iking, grand Full Moon Party ini mendapat perhatian jurugambar dan media untuk melihat baby lelaki Amber Chia (Ashton Wong) dengan lebih dekat lagi.

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Amber Chia

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photo Baby Boy Amber Chia
  • Amber Chia AX Appreciation Party Photos
  • Amber Chia Lancar Amber Chia Academy
  • Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan
  • Tema The Green Wedding di Majlis Resepsi Amber Chia & Adrian Wong
  • Gambar Wedding Rahsia Amber Chia
  • Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Gambar Diana Danielle di Amber Chia Reception
  • Photo Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot Baby Boy Sleeping
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.