|  Belum tercemar   Posted: 11 Dec 2010 08:14 PM PST        BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.  KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri  termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada  harga semurah RM14,000.   Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama  Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi  yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan  dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
   Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika  Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan  mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi  suaminya.
 'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang  lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis  Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini  sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya  dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
         "Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran  e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah  di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu  bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.
 
 "Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh  dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan  berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan  pinggir bandar.
 
 "Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak  semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang  mereka, Moroccan Dirham," katanya.
 
 Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi  kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama  Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
 
 "Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan  menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
 
 "Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik," katanya.
 
 Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum 'tercemar' kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
 
 "Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana  mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu  menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
 
 "Tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur.  Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita  berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami," katanya.
 
 Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di  kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami  untuk 'menghangatkan' suasana.
 
 Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak  akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak,  emas atau permata.
 
 Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi  luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai  kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab,  antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati  dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
 
 "Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama  isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya  beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan  saudara mara dan rakan isteri saya.
 
 "Ada yang 'sangkut' sehingga bergelar suami isteri," katanya.
 
 Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi  sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan  belajar.
 
 "Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun  selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris  dan semakin memahami bahasa Melayu.
 
 "Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri," katanya.
 
 Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah  selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada  keluarga.
 
 "Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.
 
 "Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.
 
 "Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau  menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.
 
 "Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada  komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk  mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal," katanya.
 | 
  |  Pengantin terharu   Posted: 11 Dec 2010 08:13 PM PST        CERIA... Kamsiah yang bersanding tanpa suami bergambar kenangan bersama ibu bapanya.  MASJID TANAH: Biarpun bersanding sendirian di atas pelamin berikutan  suaminya masih terlantar di Wad Orthopedik Hospital Melaka akibat patah  kedua-dua kaki dalam kemalangan Isnin lalu, pengantin baru, Kamsiah Abd  Majid, 21, tetap ceria.   Baginya, biarpun terasa sedikit kekok, majlis persandingan diadakan  di rumahnya di Kampung Tanjung Bidara, dekat sini, diteruskan sebagai  memenuhi hasrat ibu bapanya dan ahli keluarga yang ingin meraikan  perkahwinannya.
  "Semalam dan hari ini (semalam) adalah hari yang membahagiakan saya apabila disatukan dengan suami tercinta (Asmani Aziz, 32).
 "Biarpun majlis pernikahan kami terpaksa diadakan di wad, yang  penting semua urusan berjalan lancar dan kami seolah-olah pasangan  pengantin popular apabila mendapat liputan meluas media."Mulanya, tadi saya rasa janggal juga apabila bersanding seorang  diri di atas pelamin. Mungkin jika ada suami bersama di sisi pasti  suasana lebih indah, namun saya bersyukur kerana mungkin ada hikmah di  sebalik apa yang berlaku.
         "Umum juga mengetahui suami saya kemalangan di Simpang Taman Seri  Jeram, Isnin lalu, biarpun ada yang bertanya kerana berasa pelik melihat  pengantin lelaki tiada," katanya ketika ditemui.
 
 Kamsiah berkata, perasaannya bercampur gembira dan terharu  sepanjang majlis itu sambil melayan kerenah ahli keluarga dan kenalan  yang mahu merakam gambar kenangan.
 
 "Saya tak terkata, sedih, terharu, gembira bercampur baur tapi  saya bersyukur impian saya untuk membina mahligai bersama suami sudah  terlaksana, cuma bezanya suami saya tiada di sisi buat sementara waktu  dan saya berharap dia segera sembuh.
 
 "Tadi, suami hubungi saya mengatakan dia terharu dengan sambutan  diberi sempena majlis persandingan ini tapi dia bersedih kerana tidak  dapat bersama-sama dengan saya, tetapi yang penting kami sah menjadi  suami isteri.
 
 "Selepas ini, saya akan jaga suami di wad sehingga sembuh dan  dibenarkan keluar, tetapi tarikhnya belum tahu. Kami tak merancang  apa-apa untuk berbulan madu memandangkan keadaan kesihatan suami.
 
 "Kepada pihak media saya rakamkan berbanyak terima kasih kerana  memberi ruang kepada kami menerangkan kedudukan sebenar, terutama  saudara mara dan rakan yang datang dari jauh," katanya.
 
 Sementara itu ibu saudaranya, Asiah Mohamad, 41, dari Nibong  Tebal, Pulau Pinang berkata, pada mulanya dia terkejut selepas  mengetahui anak saudaranya bersanding sendirian, namun menerimanya  selepas dimaklumkan perkara sebenar.
 
 Dia yang tiba bersama suami dan empat anaknya kira-kira jam 3 pagi  semalam berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya terpaksa  bersanding sendirian.
 
 "Sampai saja di sini saya terperanjat apabila diberitahu kakak  ipar saya (ibu Kamsiah) bahawa anak saudara saya bersanding seorang  kerana suami terlantar di dalam wad akibat kemalangan seminggu sebelum  majlis pernikahan.
 
 "Saya harap Kamsiah bersabar dengan dugaan ini kerana ini masih di  peringkat awal, sedangkan perjalanan mengharungi alam perkahwinan masih  panjang dan perlu ditempuh pasangan suami isteri tanpa berbelah bagi.
 
 "Apa boleh buat, tapi saya bersyukur anak saudara saya masih  bersuami dan bukan tidak bersuami, cuma hari ini (semalam) dianggap  sejarah yang tidak mungkin dapat kami lupakan selama-lamanya," katanya  semalam.
 
 Sementara itu, ibu Kamsiah, Saadiah Katap, 49, dan suaminya, Abd  Majid Ali, 55, bersyukur majlis kenduri itu dan persandingan tetap  meriah dan lancar.
 
 "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, cuma terasa kurang bila  pihak lelaki datang tanpa menantu saya yang masih ditahan di wad akibat  kecederaan dialami, namun saya terharu dengan penerimaan mereka yang  hadir.
 
 "Tetamu yang datang ada yang tahu, ada yang tak tahu kedudukan  sebenar tapi setelah juruacara menerangkan keadaan sebenar baru mereka  faham apa yang berlaku sebenarnya," katanya ketika ditemui petang  semalam.
 | 
  |  Bapa pertaruh nyawa   Posted: 11 Dec 2010 08:12 PM PST        RAWAT... Henky bersama anaknya Tressa Tun Aleasah menerima rawatan di Hospital Tuaran.  KIULU: "Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah  lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas  kakinya terhimpit pada sebatang kayu." kata Henky Pinllan, 30, bapa  kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di  Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam.   Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima  sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak  kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki  kiri.
   Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit  menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh  tanah runtuh.
 Menceritakan detik mencemaskan itu, Henky berkata, ketika  kejadian, dia bersama isterinya Sulpa Pinllan, 30, serta Tressa, Reski  Sapputera, 5, dan Safirah, 1, sedang tidur."Ketika kejadian, saya terdengar bunyi yang kuat daripada luar dan  tiba-tiba atap rumah kami runtuh dan saya menyelamatkan anak dan isteri  saya.
         "Dalam keadaan kelam kabut, saya hanya menemui isteri, Reski dan  Safirah manakala Tressa tidak diketahui. Bagaimanapun, ketika hendak  melangkah keluar, saya terdengar jeritan Tressa meminta tolong.
 
 "Selepas itu, saya mendapati hampir sebahagian badannya sudah  tertimbus dan kakinya tersepit pada sebatang kayu menyebabkan saya sukar  untuk menariknya keluar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
 
 Dia berkata, ketika berusaha menyelamatkan ahli keluarga, nyawanya  hampir melayang apabila satu daripada kayu menghempap kepalanya.
 
 Henky tidak terfikir keadaan itu kerana dalam fikirannya, nyawa anak begitu penting.
 
 "Saya sedih apabila Tressa menjerit supaya menyelamatkannya sambil  meminta supaya tidak meninggalkannya bersendirian. Sudah beberapa kali  saya cuba menariknya tapi gagal. Saya sempat menyuruhnya jangan bergerak  kerana mahu mendapatkan bantuan orang ramai.
 
 "Saya memanggil jiran untuk mendapat pertolongan bagi mengeluarkan Tressa yang tersepit dan tertimbus itu," katanya.
 
 Katanya, beberapa rakan turut membantu, namun gagal hinggalah  seorang daripada mereka mengambil alat pemotong kayu untuk memotong kayu  yang menghempap kaki anaknya itu.
 
 "Selepas itu, barulah anak saya akhirnya berjaya dikeluarkan dan  kemudian dibawa ke klinik Kiulu sebelum doktor menyuruh saya supaya  merujuk ke Hospital Tuaran.
 
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Suhaimi  Wiro berkata, semua mangsa terselamat kecuali seorang kanak-kanak  mengalami patah kaki berhampiran buku lalinya dan kini menerima rawatan  lanjut di Hospital Tuaran.
 
 Menurutnya, keluarga Henky bernasib baik kerana mendapat bantuan  penduduk kampung lalu menghubungi polis sebelum mangsa dikeluarkan.
 | 
  |  Karya tempatan setanding luar   Posted: 11 Dec 2010 08:10 PM PST                   IRONI! Raut wajahnya serius, tampak angkuh namun karektor di sebalik  itu mampu menggeletek teman sekeliling. Sekali pandang, Shaheizy Sam  Abdul Samad dianggap sukar didampingi, bagaimanapun selepas lima minit  berborak, andaian itu meleset. Dia sebenarnya kelakar dan mudah mesra.  Pesona aktor hebat berkarisma cukup mudah dikesan pada kelibatnya.  Tidak hanya mempertaruhkan bakat lakonan malah Shaheizy Sam yang mesra  disapa Sam ini punya daya tarikan yang kuat bagi merantai perhatian  peminat untuk setia menagih kemunculannya.
  Bagaimanapun, terlintas pula persoalan, acap kali bintang berusia 28  tahun ini selesa diulit pujian, adakah dengan persepsi positif itu  mampu memimpinnya untuk memacu langkah ke hadapan? Membawa nama Malaysia  dengan senyuman bangga dan pulang dengan tangisan syukur adalah  impiannya yang sudah lama disimpan kemas.
 Bisiknya bertalu-talu  tatkala menggesek biola di bahunya, usah berangan-angan terlalu tinggi  jika tiada asas yang sempurna kerana bimbang tersungkur seperti Mat  Jenin. Justeru di sebalik kata-katanya itu, Sam percaya dengan dirinya  untuk tidak terus duduk diam sebaliknya bangkit membuktikan mana yang  masih terperuk."Tiada siapa anak seni yang tidak pandang jauh ke depan. Stigma  itu ada kalanya disimpul sebagai semangat namun tidak kurang yang hanya  sekadar kata tanpa tindakan. Sama seperti saya, sekian lama mengukir  nama, mengintai peluang tetapi baru kini rezeki itu tiba dan satu  kerugian jika peluang itu dipersiakan," katanya tersenyum.
         Percaturan jejaka kacak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini  bermula pada usia seawal 12 tahun menerusi filem Sama Tapi Tak Serupa  sebelum membintangi telefilem popular, Pa'e tiga tahun kemudian. Namun  entah mana silapnya, Sam masih gagal mencipta nama. Lenyapnya nama Sam  bukan seketika.
 
 Andai sudah tertulis rezeki buatnya, biar  bertahun lamanya terlepas tempias publisiti, tuah itu akan kembali  berpaut. Lebih sepuluh tahun menyendiri memerhati dari jauh kegemilangan  kakaknya, Zizie Ezette, kini bintang filem Ngangkung, Jangan Pandang  Belakang Congkak, Syurga Cinta, Adnan Sempit, Niyang Rapik dan Bohsia  ini bangkit menyusun langkah.
 
 Indahnya, 'sekembalinya' Sam itu  terus menerima pengiktirafan menerusi Evolusi KL Drift 2 dengan  dianugerahkan Aktor Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23  baru-baru ini.
 
 Sesekali butir bicaranya terhenti seakan melayang  meninggalkan perbualan. Walau disogok seribu pujian, Sam akui tidak  sekali terbang merasakan dirinya terbaik. Lantas, persoalan  angan-angannya diterjah masuk. Menang anugerah, deretan judul filem  pecah panggung dan memiliki wajah komersial sepertinya, adakah semua itu  cukup ditukar sebagai lesen buatnya ke pentas yang lebih tinggi di luar  sana?
 
 Meneliti bahasa tubuh dan tidak lekang menyumbang  senyuman dalam karektornya yang sukar diramal, anak bongsu dramatis  Khaty Fauziah mula berkongsi cerita dan pandangannya.
 
 "Pegangan  hidup saya mudah, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Justeru  sekira ada suara yang bertanya persoalan yang sama, saya yakin dan  percaya yang jika ada peluang dan rezeki, tidak mustahil saya atau  mana-mana bintang tempatan yang boleh beraksi di layar antarabangsa.  Tidak hanya kerana baru dinobatkan anugerah dan berlakon dalam beberapa  filem yang dijadikan lesen sebaliknya jati diri dan keberanian dalaman.  Itu semua boleh berlaku jika usaha dan semangat tidak terhenti.
 
 "Bukan kerana naskhah kita tidak setanding pasaran luar kerana jujurnya  saya melihat kebanyakan filem tempatan atau bakat yang kita ada hari ini  jauh lebih baik. Namun sayangnya, sikap orang kita sendiri yang rasa  cuak dengan serangan kreativiti luar atau sentiasa rasa rendah diri yang  membelenggu industri kita.
 
 "Soalnya adalah kekangan kewangan  dan sokongan pelbagai pihak saja. Jika masalah itu ada penyelesaian,  industri perfileman kita mampu bersaing hingga ke pentas Hollywood  sekalipun. Karya kita dikatakan longgar dan kurangnya penelitian kerana  masalah peruntukan juga. Kita masih dihimpit pelbagai masalah berkaitan  isu terhad dan batas.
 
 "Adat, agama, budaya dan gaya hidup orang  kita adalah elemen penting yang perlu diambil kira meskipun ada kalanya  tahap kreativiti idea tempatan lebih baik dan sempurna jika dibariskan  dengan karya luar. Itulah hakikat kita hari ini," katanya.
 
 Lancang dan telus jiwa anak muda ini bersuara. Meskipun selesa  menggenggam trofi dan bersedia menanti beberapa judul filem lakonannya  yang bakal menjengah pawagam tahun depan termasuk Sekali Lagi, Kongsi,  Aku Bukan Tomboy dan Songlap, Sam masih sibuk merencana perjalanannya  agar tidak tersungkur kerana kisah negatif atau kekhilafan sendiri.
 
 Terlanjur bercerita soal industri perfileman dan arah tujunya dengan  pelakon yang cukup mengagumi aktor Eman Manan dan Khalid Salleh ini,  lantas sembang itu dipanjangkan kepada pandangannya secara menyeluruh  mengenai penganjuran FFM lalu. Relevan dan masuk akal?
 
 "Jika  saya tidak berjaya menggenggam anugerah sekalipun pada FFM itu, tidak  sekali saya berkecil hati atau mempertikaikan mana-mana pihak  terutamanya penjurian. Keputusan itu adalah mutlak dan kredibiliti  barisan juri tidak perlu dipersoal. Mereka punya alasan dan mata  penilaian sendiri siapa yang patut menang dan siapa yang tidak.  Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya dan trofi itu saya sifatkan  sebagai hadiah atas usaha dan penat lelah selama ini. Itu saja.
 
 "Istilah terbaik dan paling bagus tidak pernah wujud dalam kamus hidup  saya. Keutamaan adalah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan usah  meletak lakaran anugerah sebagai kiblat. Saya ikhlas dan jujur  berlakon, bukannya mengejar pengiktirafan," katanya.
 
 Puas  melihat peluhnya menitis tatkala menyusun bicara membincangkan soal FFM  yang bagai sebuah payung kepada pelakon muda sepertinya, nyata Sam  berhati-hati kerana bimbang kenyataan dan pandangannya bisa memalit rasa  marah dan terkilan di kalangan penggiat seni lain yang sememangnya  teman seperjuangan.
 
 Jauh matanya meliar memerhati keindahan  Panggung Sari di Istana Budaya yang menjadi lokasi pertemuan dengan  SELEBRITI sambil mulutnya mengomel sesuatu. Apabila disergah, Sam yang  sebelum ini pernah menubuhkan kumpulan M.O.B bingkas memuji seni reka  klasik institusi seni negara itu. Namun bagaimana pula dengan seni reka  dalaman jiwa Sam yang jarang sekali dikaitkan dengan mana-mana wanita?
 
 "Entahlah kenapa tapi hakikatnya, saya masih lagi tiada kekasih dan  sendirian hingga hari ini. Mungkin ketika ini, rezeki dalam lapangan  lakonan datang memburu, justeru saya tidak mahu mempersia-siakan peluang  ini. Apa yang penting, jadual harian dipenuhi dengan kerja. Saya tidak  mahu memikirkan soal cinta buat masa sekarang. Jika ada yang datang dan  menambat hati, saya terima," selorohnya.
 
 Menongkah apa saja  halangan di depan mata, Sam percaya satu hari nanti bakatnya dapat  ditinjau daripada jauh, di tengah pentas antarabangsa. Letak apa saja  watak buatnya, pasti ia tidak mengecewakan malah ada kalanya, emosi dan  ekspresi wajah yang menjadi kekuatan diberi melangkaui imaginasi  penonton. Itulah Shaheizy Sam dengan pesona tersendiri.
 | 
  |  Ibu Cut Tari fobia dengar nama Ariel   Posted: 11 Dec 2010 08:09 PM PST              JAKARTA: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar)  berkata ibunya  fobia  mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau  Ariel 'Peterpan.' "Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil.
 "Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton  televisyen," kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman  Paris Hutapea di Jakarta, semalam.
 Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama  penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga  memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya."Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu.
         "Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi.  Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya," kata  Cut Tari. Dalam pada itu, dia juga berkata   sudah bersiap sedia untuk  bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila  menghadiri perbicaraan penyanyi  berkenaan di Bandung, hari ini. "Ia, saya suda bersedia.  Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar," katanya. Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi  mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video  dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan  itu.  Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya. | 
  |  Sumber utama serat   Posted: 11 Dec 2010 08:03 PM PST        MENYELERAKAN... jikalau kena dengan cara masakan, sayur boleh menjadi hidangan kegemaran.  KEKURANGAN makanan ini menyumbang kepada 85 peratus penyakit  kardiovaskular (jantung), 19 peratus kes kanser perut dan usus, 15  peratus kanser secara keseluruhan dan 11 peratus angin ahmar. Pengambilan yang cukup sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari pula  boleh mengurangkan 17 peratus penyakit jantung — penyakit pembunuh  nombor satu di dunia. Makanan apa yang hebat sangat ini? Maaf,  penulis bukan mahu berteka-teki kerana makanan ini ada di keliling kita  dan boleh dibeli dengan mudah pada harga murah, namun tidak ramai  menggemarinya.
 Malah ada yang mengambil satu atau dua hidangan seminggu dianggap  banyak, sedangkan jumlah itu sebenarnya terlalu sedikit. Makanan hebat  yang dimaksudkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kajian  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 mendapati lebih 80 peratus  rakyat Malaysia mengambil kurang lima hidangan sayur dan buah setiap  hari dan hampir 40 peratus penduduk makan hanya satu atau dua hidangan  sayur sehari.
 Keadaan ini menyedihkan kerana negara kita mewah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dibeli dengan harga murah.Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, WHO  menyarankan kita mengambil sembilan hingga 13 hidangan sayur dan buah  sehari.
 Jumlah ini mungkin keterlaluan tetapi jika kita dapat  mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah sehari sudah  memadai.
         Dalam soal selidik dijalankan Persatuan Advokasi Kanser Malaysia  (Empowered) ke atas 400 warga kota di tiga kawasan di Lembah Klang  (Sentul, Sri Pantai dan Selayang Prima) mendapati responden mengaku suka  makan sayur tetapi kekerapan pengambilannya ialah dua atau tiga kali  (hidangan) seminggu. Cara hidup moden yang kita jalani kini  (banyak makan, tidak aktif dan kurang bersenam) sebenarnya mendekatkan  kita dengan pelbagai penyakit gaya hidup dan kronik lain seperti sakit  jantung, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan kanser.
 Sayur-sayuran  dan buah- buahan membekalkan banyak khasiat yang tidak boleh disediakan  sendiri oleh badan. Selain vitamin dan garam galian, bahan yang sangat  diperlukan daripada tumbuh-tumbuhan ialah serat.
 Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu serat boleh larut dan serat yang tidak larut dalam air.
 Menurut  perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu  mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang  larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam  darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada  nisbah berbeza.
 Serat tidak larut air memberi jisim kepada  najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis  kita menjadi 'besar dan lembut' kerana mengandungi pelbagai jenis serat  tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan  diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.
 "Berapa  banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga  35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan  serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur  dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat  diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.
 "Bagaimana  pula hendak mengira jumlah serat dalam buah dan sayur? Memang bukan  mudah, tetapi anda boleh membuat anggaran berdasarkan Jadual 1,"  katanya.
 Bagaimanapun, katanya, cara lebih mudah ialah  memastikan anda mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan  buah setiap hari. Saiz satu hidangan ialah satu potong atau sebiji buah  bersaiz sederhana atau setengah cawan sayur.
 "Program  lima-hidangan- sehari diamalkan banyak negara di dunia dan ia terbukti  dapat meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutama  di kalangan kanak-kanak.
 "Ini kerana kanak-kanak tanpa mengira  negara, keturunan dan mahupun latar belakang pendidikan atau ekonomi  memang susah makan sayur," katanya.
 Lazimnya tabiat yang  dipupuk sejak kecil itu akan berterusan hingga dewasa dan pada ketika  ini lebih sukar untuk kita mula menyemai perasaan suka terhadap 'rasa'  sayur-sayuran kecuali jika terpaksa berbuat demikian, contohnya selepas  menghidap penyakit tertentu.
 Obesiti antara faktor utama  kepada kanser kerana ia boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Pada  masa sama ia meningkatkan risiko penyakit gaya hidup lain. Obesiti  dikenal pasti ada kaitan dengan banyak jenis kanser, contohnya kanser  usus, payudara, prostat, rektum, endometrium (pada wanita), buah  pinggang, rahim dan tiroid.
 Kita juga perlu mengurangkan  pemakanan yang tinggi kandungan lemak, bukan untuk mengawal berat badan  saja tetapi kajian menunjukkan lemak berlebihan boleh meningkatkan  risiko kepada pelbagai jenis kanser seperti usus, payudara, prostat,  rektum dan endometrium.
 Sebaliknya, lebihkan pengambilan  makanan yang kaya serat, terutama buah- buahan dan sayur-sayuran, untuk  melindungi kita daripada kanser paru-paru, usus, payudara, prostat,  pundi kencing, mulut, rahim dan perut.
 "Semua jenis serat  boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Serat tidak boleh dihadam,  jadi ia tidak menambah kalori dalam diet anda.
 "Oleh kerana  makanan mengandungi banyak serat mengambil masa lebih lama untuk  dikunyah, ia secara tidak langsung memperlahankan rentak makan kita.
 "Katakan  tidak pada bahan laksatif dan diuretik (yang membuatkan anda berulang  alik ke tandas) kerana bukan saja tidak membantu mengurangkan lemak  tetapi juga boleh membahayakan kesihatan.
 "Penurunan berat  yang ketara selepas anda letih berulang alik ke tandas sebenarnya  disebabkan berat air yang hilang daripada badan, sedangkan jumlah lemak  masih tetap sama. Berat badan anda akan naik semula selepas anda minum  bagi menggantikan air yang dibuang.
 "Kita tidak perlu  berbelanja lebih untuk mendapat khasiat buah dan sayur. Beli buah yang  dalam musim. Maknanya ia boleh dibeli dengan banyak pada harga murah.  Kalau kita dapat memasukkan beraneka warna sayur dan buah dalam diet  seharian, lebih baik.
 "Pada masa sama, pastikan kita minum air  secukupnya iaitu satu hingga satu setengah liter air sehari. Air  penting untuk mengawal suhu badan, membolehkan buah pinggang berfungsi  dengan baik dan mencegah sembelit. Jika kita makan banyak serat tetapi  kurang minum air, kita boleh mengalami sembelit kerana serat menyerap  banyak air," katanya.
 Ramai tidak sedar kudapan yang diambil  sebenarnya banyak menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan  kerana kebanyakannya berkalori tinggi.
 Bagaimanapun, bukan bermakna kita tidak boleh makan di antara waktu makan, cuma perlu bijak membuat pilihan.
   A. 90 gram kerepek epal (mengandungi 460 kalori). Gantikan ia dengan  empat biji epal bersaiz sederhana (320 kalori) dan empat batang pretzel  (120 kalori). Jumlah kalori kudapan baru anda ialah 460 kalori.B.  Sepotong kek epal (320 kalori). Ia bersamaan dengan sehiris tembikai  madu (80 kalori), secawan buah-buahan campur (60 kalori), 120 gram  sorbet (80 kalori) dan bisotto (100 kalori).
 C. Gantikan seketul ayam goreng (720 kalori) dengan ayam panggang (400 kalori)
 D. Gantikan sepinggan mihun goreng (850 kalori) dengan semangkuk mihun sup (550 kalori)
 E. Gantikan seketul pisang goreng (200 kalori) dengan dua biji kiwi (90 kalori)
 F. Segelas teh tarik (150 kalori) dengan segelas air kosong (0 kalori)
   Bila masa terbaik untuk makan buah?Ramai yang keliru apabila ada sesetengah pendapat mengatakan masa  terbaik untuk makan buah ialah sebelum menikmati hidangan utama seperti  makan tengah hari atau malam. Antara alasan yang diberikan ialah untuk  melancarkan proses penghadaman dan badan dapat menyerap khasiat buah-  buahan dengan lebih baik.
 Ada pula yang memberi pendapat lebih  ekstrem mengatakan buah yang dimakan selepas hidangan berat akan  menjejaskan sistem penghadaman.
 Sebenarnya sehingga kini tiada  kajian khusus yang menyokong dakwaan berkenaan kerana sama ada dimakan  selepas atau sebelum hidangan berat, badan masih boleh menyerap khasiat  dalam buah- buahan kecuali jika ada masalah pada usus, kata perunding  pemakanan, Indra Balaratnam.
 "Buah-buahan boleh dinikmati  bila-bila masa, tetapi ia perlu dimakan dalam keadaan paling segar dan  secepat mungkin selepas dipotong.
 "Ini kerana sebaik terkena  angin, proses pengoksidaan berlaku dan ia memusnahkan bahan antioksida  dalam buah, walaupun ia dibalut dengan plastik pembalut makanan atau  disimpan dalam peti sejuk.
 "Bahan antioksida penting untuk  membantu pencegahan banyak jenis penyakit seperti kanser. Untuk mendapat  manfaat ini, hiris buah sejurus sebelum dihidang dan elak membeli buah  yang dibelah seperti tembikai. Jika bimbang ia tidak dapat dihabiskan  selepas dipotong, beli yang bersaiz kecil.
 "Untuk buah-buahan  yang boleh dimakan kulitnya seperti jambu batu, epal, lai dan pir; makan  dengan kulitnya sekali. Ini kerana kebanyakan vitamin terletak  betul-betul di bawah kulit. Walaupun kulit buah dicuci, ada juga yang  mencucinya sekali lagi selepas dikupas dan makin banyak vitamin  terbuang," katanya.
 Tidak kira bila buah dimakan, kita masih  dapat khasiatnya. Namun, memakan buah sebelum makan nasi ada  kebaikannya, terutama bagi individu yang menjaga atau cuba menurunkan  berat badan. Kandungan serat dan air di dalam buah membuatkan kita lebih  cepat kenyang dan ia secara tidak langsung membantu kita mengurangkan  jumlah hidangan tengah hari atau malam.
 Buah juga adalah snek  atau kudapan terbaik untuk menggantikan kuih- muih, kerepek, coklat atau  hidangan ringan lain. Sebabnya mudah — ia bukan saja kaya dengan bahan  antioksida, vitamin, garam galian dan serat, bahkan kandungan kalorinya  juga rendah.
 Jadi, anda tidak perlu risau isu berlebihan kalori harian apabila menjadikan buah-buahan (kecuali durian) sebagai kudapan.
 Bagaimanapun,  untuk pesakit kencing manis, berbincang dengan doktor dulu mengenai  kuantiti yang boleh diambil untuk mengelak masalah kawalan penyakit  kerana kebanyakan buah-buahan tempatan sangat manis dan tinggi kandungan  gulanya.
 Namun, kata Indra, individu yang ada masalah gastrik  diingatkan tidak mengambil buah-buahan sitrus atau berasid, terutama  daripada keluarga limau, sebelum makan kerana ia boleh menyebabkan  mereka sakit perut.
 "Yang lebih penting ialah cuba amalkan  makan buah dan sayur berlainan warna. Lebih baik jika kita dapat  masukkan lima warna iaitu hijau, merah, biru- ungu, kuning-jingga dan  putih dalam diet seharian kerana setiap warna ada fungsi berbeza dalam  membantu meningkatkan tahap kesihatan," katanya.
   EpalMencegah dementia (nyanyuk), masalah berat badan berlebihan, melawan  kanser, mengurangkan paras kolesterol. Makan epal bersama kulitnya  kerana hampir 50 peratus vitamin C dalam epal berada betul-betul di  bawah kulitnya.
   PisangKaya potassium, bertindak  sebagai anti kemurungan (ia merangsang emosi baik dan tidur), kaya  antioksidan, mengawal tekanan darah, memberi tenaga segera, mengurangkan  risiko kanser dan mencegah sembelit mahupun cirit-birit.
   Anggur dan kismisMengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan masalah  ingatan; kaya dengan bahan antioksida yang baik untuk kelihatan awet  muda, penglihatan, kesihatan kulit; mencegah masalah gigi dan gusi;  melancarkan perjalanan usus dan sebagai sumber tenaga segera.
   Buah kiwiMembantu mengatasi masalah insomnia (tidak boleh tidur malam);  bertindak sebagai ejen pencair darah semula jadi untuk pesakit jantung  (sekali gus merendahkan paras kolesterol dan trigliserida); membantu  melancarkan pernafasan untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan mata,  usus serta prostat.
   ManggaKaya dengan vitamin A, C  dan E; yang bertindak sebagai anti kanser, meningkatkan kesihatan mata;  membantu pencernaan; membuatkan kulit lebih berdaya tahan terhadap haba  daripada sinaran matahari; mencegah masalah pertambahan berat badan dan  merangsang ingatan.
   OrenKaya vitamin C dan beta  karoten (antioksidan); sangat baik untuk membantu perkembangan janin dan  mengawal tekanan darah; penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya  ketahanan badan dan mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.
 | 
  |  Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah   Posted: 11 Dec 2010 08:02 PM PST   PUTRAJAYA: Penyanyi popular Anuar Zain mengakui takut dengan  trend masyarakat kini yang terlalu obsess dengan laman sosial seperti  Twitter dan Facebook. Menurutnya, kecanggihan teknologi tersebut boleh mengundang bahaya kepada orang lain atau mudah disalahgunakan. "Saya lihat ramai yang terlalu taksub dengan Twitter atau Fecebook,  di mana mereka berada pasti akan diberitahu kepada semua rakan dalam  laman sosial tersebut. "Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya perkara tersebut akan mengundang  bahaya. Bayangkan jika mereka ada mempunyai musuh sudah pasti dengan  mudah sahaja mereka boleh dicari," katanya. Tambah Anuar, menyedari bahaya tersebut dia tidak pernah mempunyai  sebarang laman sosial peribadi miliknya. Segala perkembangan kerjayanya  hanya beritahu melalui laman web rasmi yang diuruskan oleh  pengurusannya. "Saya tidak mengatakan iannya tidak elok, ia bergantung kepada artis  atau individu untuk menggunakan mengikut kepentingan mereka. "Tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang mengundang bahaya, malah ramai  selebriti luar negara yang sudah menghentikan penggunaan Twitter atau  Facebook," katanya yang ditemui baru-baru ini. Jelasnya, pengalaman dikatakan telah meninggal dunia merupakan  peristiwa buruk yang pernah dialami akibat kecanggihan teknologi  internet ini. "Tahun lalu saya pernah diberitakan mengalami kemalangan dan  meninggal dunia. Ramai yang penik dengan berita tersebut dan mencari  saya. "Walhal ketika itu saya baru sahaja menghubungi pembantu peribadi  saya. Semua ini gara-gara khabar angin di internet yang entah dari mana  datangnya," katanya kesal. Tambahnya, biarpun peredaran teknologi semakin canggih namun ia tidak  sepatutnya disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. | 
  |  Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro   Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST   KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira mengakui masih lagi wajah ekslusif stesen televisyen Astro biarpun dipilih menyertai program realiti Mentor musim ke-5 terbitan TV3. Jelasnya, peranannya sebagai wajah ekslusif adalah sebagai pelakon sahaja dan tidak melibatkan komitmen lain. "Wajah Ekslusif ialah sebagai pelakon sahaja, yang mana komitmen saya hanya berlakon di stesen televisyen tersebut. "Bagaimanapun, sebelum menerima tawaran sebagai mentor ini saya sudah  berbincang dengan pihak Astro terlebih dahulu samaada ianya boleh atau  tidak," ujarnya yang ditemui di Majlis Sidang Media Mentor musim ke-5,  di sini, Jumaat. Selain itu, bercerita tentang bidang lakonan filem yang lama  ditinggalkannya, Erra memberitahu dia masih menunggu watak yang  benar-benar sesuai dengannya sekarang. "Bukan saya tidak mahu berlakon filem lagi tetapi saya masih menunggu filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton. "Bukan tiada tawaran tetapi saya menolak kerana saya rasakan watak  tersebut terlalu biasa dan jika saya tidak berlakon dalam filem tersebut  pun tidak mencacatkan filme tersebut," ujarnya. Tambahnya, dia tidak terkilan jika menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai buatnya. Menyentuh bidang nyanyian, Erra memberitahu dalam perancangan untuk menerbitkan album sendiri pada tahun depan. "Terlalu banyak kisah tentang album saya yang tidak keluar sampai  sekarang, jadi saya ambil keputusan untuk terbitkannya sendiri. "Sekarang masih lagi merancang dan saya harap tahun depan dapat  kumpul metarial dan lagu yang betul-betul sesuai dengan saya," katanya. Sementara itu, Erra memberitahu kesanggupan dia menenrima tawaran  menyertai Mentor kerana sudah bersedia untuk mencurahkan pengalaman yang  dimilikinya kepada seseorang yang layak bergelar bintang. "Program ini bagus kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada  seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang anak seni. "Saya juga tidak hanya menekankan aspek vokal semata-mata tetapi mencari seorang penghibur yang serba boleh," katanya. | 
  |  Edry Janjikan Peluang Kerjaya   Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST   PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim  menjanjikan peluang kerjaya kepada anak didik (protege)yang bakal  dipilih dalam program realiti Mentor musim ini. Pemilik syarikat KRU Sdn Bhd ini juga memberitahu menang atau kalah  dalam pertandingan tersebut dia tetap akan memberi laluan sebagai  seorang bintang. "Ya, sebab itu saya cari seorang bintang pop yang mempunyai pakej  persona bintang. Saya mahu dia boleh pergi jauh walaupun tidak memenangi  pertandingan ini. "Salah satu kelebihan menjadi protege saya ialah menang atau tidak,  dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang artis," ujarnya. Bagaimanapun, menurutnya dia bimbang terhadap permilihan  yang bakal dijalankan pada sesi uji bakat yang diadakan nanti. "Saya takut jika tiada lagi bakat yang boleh digilap pada sesi uji  bakat yang dijalankan nanti. Biasanya memang susah nak cari sebab yang  dating ialah muka yang sama sahaja. "Saya harap ada lagi bintang yang ada bakat nyanyian dan boleh  digilap memandangkan sudah terlalu banyak program realiti nyanyian yang  mencungkil bakat-bakat baru," katanya. Selain itu, Edry memberitahu bagi menyertai program ini dia terpaksa  menangguhkan beberapa projek filem terbarunya sehingga selesai Mentor. "Secara jujurnya saya memang sibuk tetapi memandangkan telah berjanji  lama dan mereka telah menawarkan saya sejak musim pertama lagi. "Saya telah kosongkan jadual saya sehingan Jun nanti, setakat ini projek besar yang tertangguh ialah filem 29 Februari. "Saya tidak mahu protege saya terabai jika saya sibuk dengan hal-hal  lain. Saya akan beri komitmen kepada program ini sehingga selesai dan  barulah sambung semula tugas yang terbengkalai itu," katanya. | 
  |  Puisi Luahan Hati Ariel Ketika Di Tahanan   Posted: 11 Dec 2010 08:00 PM PST               JAKARTA: Biarpun berada di tahanan, bekas vokalis Peterpan, Ariel masih mampu berkarya. Kekasih kepada Luna Maya ini mencurahkan rahsia hatinya ketika bersendirian berada di penjara. Kandungan puisi tersebut adalah berkaitan kenapa dia lebih banyak berdiam diri sepanjang berada di dalam tahanan. Puisi tersebut telah dibacakan oleh Alvin Adam dalam majlis The 50 Greatest Indonesian Singers yang dianjurkan oleh sebuah majalah popular Indonesia Rolling Stone.Ariel turut tersenarai sebagai artis terbaik Indonesia. Jika saya bercerita sekarang,Maka itu hanya akan membuat sebagian  orang memaklumi saya,Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan  saya,Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi dunia yang seharusnya  tidak dimaklumi,Dan tidak ada yang dapat menjamin apakah semua dapat  memetik hal yang baik darikemakluman itu,Atau hanya akan mengikuti  keburukannyaMaka lebih baik saya diam. Jika saya bersuara sekarang,Maka itu akan membuat,Saya terlihat  sedikit lebih baik,Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk  sebenarnya,Maka saya lebih baik diam. Jika saya berkata sekarang,Maka akan hanya ada caci maki,Dari lidah  ini,Dan teriakan kasar tentang kemuakan,Serta cemoohan hina pada  keadilan,Maka saya lebih baik diam. Saya hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada yang berhak,Berkata  pada diri sendiri,Lalu diam kepada yang lainnya,Lalu biarkan seleksi  Tuhan,Bekerja pada hati setiap orang. | 
  |  Popular Punca Eminem Sukar Dapat Kekasih   Posted: 11 Dec 2010 07:40 PM PST               PENYANYI Rap, Eminem tidak pernah terlintas untuk menjadi  seorang yang terkenal. Jejaka bernama Marshall Mathers itu mengakui  disebabkan itu juga dia sukar untuk mempunyai teman wanita. Walaupun berstatus duda, bekas suami kepada Kimberley Scott ini juga  mengakui belum bertemu dengan pasangan yang sesuai untuk dirinya. "Saya ingin mempunyai seorang kekasih namun ketika ini ia adalah  sangat sukar. Saya sukar untuk bertemu dengan orang baru, sedangkan  untuk keluar ke tempat umum juga menjadi masalah kepada saya," ujarnya. Dalam pada itu penyanyi ini tidak suka kehidupan pribadinya menjadi  perhatian media. Dia mengakui mahu dikenali dengan perkembangan kerjaya  berbanding cerita cintanya. Populariti yang dimilikinya kini bukan sahaja memberi kesan kepada  kehidupannya malah dia sukar untuk mempercayai seseorang yang boleh  menerima dia seadanya. | 
  |  Gaji baru ATM diperinci   Posted: 11 Dec 2010 07:39 PM PST  KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertahanan telah mengadakan  perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan  skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar)  berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA,  Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji  tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia  mengikut pangkat. "Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan. "Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu  ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang.  Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya. | 
  |  Angkara cinta tiga segi   Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST  ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.  
  KUALA LUMPUR –  Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat  koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara  isterinya sendiri.  Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati  seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River,  Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.   Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu  pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira  pukul 5 pagi pada 11 November lalu.  Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah  (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di  salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang  ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.  Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami  kecederaan di kaki  disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang  dikatakan kekasih kepada isterinya.  Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital  berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka  panik melihat mangsa cedera parah.  "Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya  hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di  Rawang.  "Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang,  berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga  menyebabkan mangsa cedera parah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad  semalam. | 
  |  Hantu Kak Limah kutip RM1.2 juta   Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST  WATAK Hantu Kak Limah yang dilakonkan oleh Delimawati berjaya menarik peminat untuk memenuhi panggung.  
 KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan  pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah  Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya.  Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung  Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta.   Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan  Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas  seminggu sesebuah filem ditayangkan.  Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama  tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000  pada hari kedua.  "Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang  akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi  sekarang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. | 
  |  Mimpi buruk jadi kenyataan   Posted: 11 Dec 2010 07:36 PM PST  ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan gerakan mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang   semalam.  
 KUALA TERENGGANU - Bapa kepada tiga adik-beradik yang ditemui mati  lemas di Pantai Pandak, Chendering dekat sini tidak menyangka mimpi  ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya benar-benar  memberikan petanda buruk. V. Shanmugam, 47, berkata, dia bermimpi mengenai perkara tersebut  pada malam sebelum tiga anaknya itu terbabit dalam kejadian lemas  kelmarin. "Saya bermimpi ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan  raya. Selepas itu perasaan saya menjadi tidak tenteram," ceritanya  ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di  sini semalam. | 
  |  Pelajar cicir diberi peluang kedua   Posted: 11 Dec 2010 07:22 PM PST PUTRAJAYA - Rebutlah peluang kedua yang ditawarkan oleh 64 kolej  komuniti di seluruh negara yang menyediakan lebih 50 kursus kemahiran di  bawah sembilan Program Sijil Modular Kebangsaan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,  peluang kedua itu diberikan kepada golongan yang tercicir pada kali  pertama dan ia memberikan kesempatan kepada mereka menyambung pengajian. Dalam syarahan bertajuk Peluang Kedua di sini semalam, beliau  berkata, pada yuran serendah RM10 sebulan, mereka boleh mengikuti kursus  jangka pendek dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan. Katanya, syarat kemasukan yang lebih terbuka kerana hanya memerlukan  sekurang-kurangnya pelajar yang boleh membaca dan menulis dalam Bahasa  Malaysia. | 
  |  Solo itu bahagia - Anuar   Posted: 11 Dec 2010 07:20 PM PST    
 MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi  pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun  disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang  masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur. Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia  beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani  siang malam seorang Anuar Zain.  Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan  ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi  bersendirian yang masuk mencelah. "Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh  sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah  ditentukan kepada saya. "Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya  dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada  ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup  membujang. Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai. "Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati  hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu.   "Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan  kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda,  ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya. Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul  Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011  mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia  tidak meletak sebarang visi khusus. "Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau  berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang  tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap  tentang penambahan usia atau peralihan hidup.  "Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari  segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja,  ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum  diselesaikan. |  
 |  | ANUAR ZAIN masih berdiri gah sebagai penyanyi lelaki solo terulung negara.  
 | 
 Janji Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap  album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian  terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang  kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran. "Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut  kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi  saya mahukan kelainan.  "Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap,  awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang  menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu  peminat setianya. Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah  ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan  membuahkan hasil.  Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah  terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem  Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar. Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia  (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman  Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu. "Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi  signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana  berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu  semua penting untuk profil kerjaya saya. Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih  untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar  menambah: "Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya  turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh  kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya,"  katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot  Putrajaya, Khamis lalu. Diusulkan satu kebarangkalian melihat kelibat Anuar dalam projek  filem KRU Motion Pictures untuk masa akan datang, adik Ziana Zain itu  pantas menggeleng kepala. |  
 |  | JODOH tidak sampai bukan satu masalah kepada Anuar yang bakal memasuki usia 41 tahun pada Februari 2011.  
 | 
 "Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah,  saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi  penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya.  "Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem  yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,'  katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika  sebelum ini. Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat  Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi  album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar  yakin terhadap strategi yang telah disusun. Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan  termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang  sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat  umumnya. "Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook  atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan  kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan.  "Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman  sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa.  Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi  secara melampau," katanya. Cukuplah dihina atau diperlekehkan di laman sosial orang lain, untuk  memiliki laman sosial peribadi satu perkara yang mustahil untuknya.  Secara rasmi, Anuar cuma didaftarkan atas satu akaun Facebook Fan Page  yang dikendalikan oleh pengurusannya. | 
  |  Terima hadiah rumah sebelum nikah   Posted: 11 Dec 2010 07:19 PM PST |  
 |  | UNTUK majlis sidang akhbar sahaja, Rabecca sudah menerima penajaan barang kemas Chopard bernilai sehingga RM100,000.  
 | 
 BERAGAM rasa, teruja dan berdebar terlihat pada wajahnya. Kelmarin,  semua separuh sabar menanti Rabecca Nur Al-Islam, 24, mengotakan  janjinya berkongsi bahagia tentang ikatan penting bernama pernikahan. Senyumnya meleret menyembunyikan debar di sebalik baju kurung moden sentuhan Ezuwan Ismail yang bersalut ke tubuhnya.  Rabecca atau panggilan mesranya, Becca membongkar segala pertanyaan  sejak seminggu lalu apabila pertama kali membuka mulut tentang tarikh  hari bahagianya.  Tanggal 14 Januari 2011 menjadi angka keramat yang dipilih Rabecca  sebagai detik bercantumnya dia dengan belahan jiwa digelar 'sayang' -  seorang peguam dan bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 7  tahun.  Lelaki yang dimaksudkan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, seperti yang pernah dihebahkan media sebelum ini. Di rembang petang bertempat di Butik Harrods, KLCC, Kuala Lumpur,  Becca melanjutkan bicara tentang lelaki kelahiran Kuching, Sarawak itu. "Dia bukan Datuk, orang korporat, bukan juga dari tanah seberang. Saya mengenalinya sejak tiga tahun lalu.  "Biarpun jarak usia kami 18 tahun, saya tidak menganggapnya satu masalah. "Kami akan bernikah 14 Januari 2011 di rumah baru saya di Ampang, Selangor.  "Keesokan harinya, saya dan sayang mengadakan resepsi persandingan di  Hotel Flamingo manakala sebuah acara diadakan di Restoran Berputar,  Menara Kuala Lumpur pada hari ketiga. "Untuk majlis belah pihak keluarga saya di Johor Bahru keluarga bakal  suami di Kuching, kami belum menetapkan tarikhnya," jelas Rabecca yang  akan menerima 15 berbalas 17 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Bakal suaminya tidak dapat hadir semasa sidang akhbar itu atas urusan  kerja. Kata Rabecca, dia menetapkan bulan madu di Eropah pada Februari. "Saya akan menjemput pihak media datang ke rumah baru yang kini dalam  proses pengubahsuaian sekitar dua minggu sebelum majlis pernikahan  kami. "Itu janji saya," ungkapnya. Sensasi Bintang: Kenapa kalian memilih Januari 2011? RABECCA: Ia sebagai simbolik genap tiga tahun usia perkenalan kami.  Kami keluar bertemu janji buat kali pertama juga pada tarikh tersebut.  Sejak bila kalian mula menjalin cinta? Kami bertemu secara kebetulan pada sebuah acara tiga tahun lepas. Dia  menghubungi saya setelah mendapatkan nombor telefon daripada  kenalannya.  Beberapa bulan bercakap menerusi telefon hampir setiap hari, kami mula rapat. Kenapa dia mahu cepat melamar Rabecca sedangkan kalian baru berkenalan? Saya sendiri terkejut dengan keputusannya. Dia berharap perkahwinan kami jadi yang kedua dan terakhir buatnya.  Saya yang baru berusia 22 tahun ketika itu menolak lamarannya dan  beri syarat dua tahun lagi kerana ada sasaran dalam karier. Saya tambah  lagi setahun. Bila majlis merisik dan pertunangan? Pihak lelaki datang merisik ke kediaman keluarga saya di Ampang pada  25 Ogos lalu. Ia sekadar majlis kecil-kecilan yang dihadiri sekitar 10  orang. Majlis pertunangan pula mungkin dilangsungkan beberapa jam  sebelum kami bernikah.  Berapa jumlah mas kahwin dan hantaran kalian? Dia bagi dirinya (tergelak). Saya tidak tahu jumlah mas kahwin dan  wang hantaran nanti. Saya bersyukur kerana dia tunai janjinya  menghadiahkan sebuah rumah di Ampang untuk saya. Apa yang menariknya tentang bakal suami? Dia merupakan seorang bapa yang baik. Saya pula menyayangi budak-budak. Sifat sama ada pada dirinya.  Sebaik saja kami berkenalan, saya dapat mengambil seorang anak angkat  (Nor Adam Daniel, 3). Itu juga situasi paling berharga buat saya  apabila bertemu dengan calon suami dan Adam.  Apa rancangan selepas mendirikan rumah tangga kelak? Masih berlakon atau meninggalkan dunia seni? Saya tidak akan berhenti berlakon. Ada kebarangkalian saya akan memperlahankan kerjaya lakonan saya.  Saya ingin membuka perniagaan kerana minat mendalam terhadap bidang  fesyen. Saya bercita-cita untuk menghasilkan jenama baju dan kasut  sendiri. | 
  |  Harajuku Sarimah   Posted: 11 Dec 2010 07:18 PM PST |  
 |  | INILAH fesyen terbaru Sarimah yang dilakukan bagi memberi impak kepada 1. 2.. 3... Tukar.  
 | 
 SAAT kelibatnya melangkah berjalan atas permaidani merah, menghadiri  deretan majlis hiburan dan bersantai di tempat umum, gaya Sarimah  Ibrahim, 32, tidak pernah terlepas daripada tumpuan mata memandang.  Fesyen dan Sarimah ibarat penyatuan yang saling melengkap antara satu  sama lain.  Terbaru, wanita kelahiran Dublin, Ireland itu nekad untuk menukar penampilannya secara total.  Dengan penampilan sebagai wanita matang yang sudah terbiasa dilihat  selama ini, Sarimah kini menyuntik elemen fesyen Harajuku. Fesyen  tersebut menterjemah gaya ranggi dan berwarna-warni daripada stail  ekstrem remaja Jepun.  "Saya baru pulang dari Jepun minggu lalu. Lawatan ke sana umpama bercuti sambil bekerja.  "Tiga alasan saya berada di Negara Matahari Terbit itu - ingin  mempelajari budaya asing, mencari pakaian dan menjalankan pemerhatian  terhadap pengaruh fesyen digunakan dalam program televisyen mereka. "Bayangkan, saya sanggup menukar stail rambut dan cara pemakaian semata-mata hendak tampil dengan fesyen Harajuku.  "Ini semua dilakukan sebab saya mahu nampak lain dalam program terbaru, 1. 2.. 3... Tukar.  "Ia menjadi pengganti kepada Tangkap Muat yang pernah bertemu peminat beberapa bulan lalu.  "Umum tahu, fesyen jenis ini tidak hanya tertumpu di Jepun. Ia  sebaliknya mendapat perhatian daripada peminat di seluruh negara  lantaran gayanya yang unik.  "Cuma, mungkin bilangan penggemar stail ini tidak ramai kerana mereka  masih kekok mengenakan kostum dan berdandan seperti watak dalam komik.  "Biarpun memilih konsep Harajuku, saya tetap menyarungkan pakaian  yang bersesuaian dengan cara pemakaian orang Timur," ujar Sarimah teruja  dengan penampilan 360 darjahnya.  1. 2.. 3... Tukar menjadi refleksi gaya hidup yang merubah penampilan  individu terpilih mencapai impian. Rancangan 14 episod itu terangkum  soal kerjaya, percintaan dan masa depan.  Untuk melihat sendiri 'magis' yang direalisasikan oleh Sarimah dengan  bantuan penata gaya, jangan lupa menyaksikan 1. 2.. 3... Tukar yang  akan menemui audiens setiap Rabu pukul 10 malam mulai 15 Disember ini di  Astro Ria (saluran 104). | 
  |  Misi serba baru SDAF   Posted: 11 Dec 2010 07:17 PM PST  TIGA pelakon utama SDAF, Liyana, Ebby Yus dan Johan.  
 MENJELMA sahaja judul Siti Di Alam Fantasi yang berhias kostum serta  kisah pengembaraan imaginasi, khalayak cepat mentafsir, karya itu  sebagai karya saduran yang menterjemah kisah Alice In Wonderland ataupun  The Wizard of Oz ke dalam ruang lingkup budaya Melayu. Bukan kali pertama teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) dipentaskan  tetapi naskhah itu pernah menemui khalayak pada 1998 dan 2000.  Di bawah teraju pengarah yang sama, Aminah Rhaphor, hujung 2010 bakal  menyaksikan teks yang sama itu masuk ke Istana Budaya (IB) mulai 22  hingga 31 Disember ini. "Memanglah orang kita mudah menyangka SDAF sebagai Alice In  Wonderland Malaysia sebab kita tiada bahan rujukan lain yang lebih  memberangsangkan.  "Tanpa kita sedar, sebenarnya orang Melayu ada teks hikayat  pengembaraan yang besar seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat  Malim Demang, Hikayat Malim Dewa dan banyak lagi.  "Itu semua hikayat tentang anak raja yang keluar mengembara ketika mereka masih remaja, sebelum menjadi raja.  "Pengembaraan adalah proses wajib dalam hikayat lama.  "Penulis sendiri tidak kisah dengan jolokan itu, idea penghasilan  teater ini dahulupun lahir daripada pengamatan saya terhadap animasi di  luar negara. "Sama macam SDAF, ia kisah Siti anak orang bangsawan yang sangat  sombong. Dia diperintahkan ayahandanya untuk mencari batu geliga milik  keluarganya yang dicuri oleh lembaga hitam.   AMINAH RHAPHOR (tengah) ketika sesi latihan teater SDAF yang giat diadakan di Istana Budaya baru-baru ini.  
 "Dalam pengembaraan itu, Siti mengenal erti kasih sayang, persahabatan serta nilai murni.  "Kata kunci teater ini adalah hidup haruslah berkasih sayang," kata  Aminah yang giat menjalankan latihan SDAF sejak 20 November lalu. Berubah mengikut aliran waktu, pemegang watak Siti yang dahulunya  dibawa Amy Mastura kini beralih kepada pelakon genit, Liyana Jasmay.  Dahulunya, Siti mengembara bersama dua orang suruhan bapanya.  Kembara kali ini, dia hanya ditemani Mamat lakonan Ebby Yus dan  sebatang pokok hidup dan boleh bercakap, lakonan Johan Raja Lawak. "Saya kira pengembaraan tiga orang kanak-kanak tidak akan jadi  menarik, jadi saya buangkan satu watak budak lelaki dan masukkan watak  pokok (Johan).  "Saya percaya kanak-kanak akan lebih seronok," tambah Aminah. Ebby Yus didera Siti Di kalangan pelakon seperti Liyana Jasmay, Johan, Fizo Omar, Mas  Muharnie, Vanidah Imran dan Che Kem, Ebby Yus mendahului senarai  berkenaan dari segi usia. Tanpa peneman sepanjang kembara Siti (Liyana) sebagai watak budak  lelaki berusia 13 tahun merupakan satu penderaan fizikal kepada Ebby  yang sudah berusia 43 tahun. "Sepanjang berteater dalam enam atau tujuh produksi di IB, inilah  teater yang paling menyakitkan saya. Ada masanya bila di rumah saya akan  tertidur kepenatan. "Apa tidaknya, daripada usia sebenar 43 tahun saya kena bergerak  seaktif kanak-kanak 13 tahun. Saya juga seiring dengan stamina Liyana  dan Johan," katanya. |  
 |  | SITI DI ALAM FANTASI (SDAF) lakonan Liyana menerima  jolokan 'Alice In Wonderland Malaysia'.  
 | 
 Sibuk dengan bisnes minyak wangi Couple Perfume yang baru diusahakan  sejak September lalu, Ebby meletakkan keyakinan bahawa SDAF terzahir  sebagai sebuah teater kanak-kanak yang mampu menggeletek hati semua  penonton. Johan si pokok hidup Pertama kali berdepan cabaran serta komitmen sesi latihan teater  disifatkan Johan Raja Lawak sebagai ilmu lakonan yang cukup berguna  kepadanya.  "Saya jadi pokok. Mulanya saya keliru bagaimana watak pokok hendak  diluahkan, mujurlah setelah berbincang, cikgu (Aminah) berikan saya  kebebasan.  "Dia mahukan elemen Johan Raja Lawak itu disertakan sepanjang saya menjadi pokok.  "Jangkaan kami, kanak-kanak akan gemarkannya," beritahu Johan semasa ditemui pada sesi latihan SDAF di IB, Selasa lalu. | 
  |  Ricky reda kekasih tiada dara   Posted: 11 Dec 2010 07:14 PM PST |  
 |  | RICKY HARUN  
 | 
 MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan  terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23,  meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala  sosial. "Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata.  Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan.  Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12  Januari 1987. Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku  ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama  Islam.  Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain. "Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang  kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih  berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky  yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun. Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi.  Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka. "Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau  tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang  dan mencintainya.  "Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai. | 
  |  Tiga dekad Jake Gyllenhaal   Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST |  
 |  | JAKE GYLLENHAAL  
 | 
 BAKAL melangkah usia 30 tahun pada 19 Disember ini, Jake Gyllenhaal  mengaku dia tidak sesekali risau terhadap peningkatan umurnya. Aktor  tampan yang sedang menjalin cinta dengan Taylor Swift itu sebaliknya  teruja untuk melihat apa yang tersedia untuk masa depannya. "Saya optimis serta seronok menyambut kedatangan umur baru ini. Ia  seperti saya menutup halaman dalam sebuah buku sebelum menyambung  halaman seterusnya. Saya anggap seperti penghormatan terbesar apabila  sampai usia 30 tahun.  Jake mengecap glamor sebaik muncul dalam filem Donnie Darko sekitar  sembilan tahun lalu. Dia juga sempat berkongsi cerita tentang dirinya  yang mengalami transisi positif dari semasa ke semasa. Jake takjub  dengan kejayaan yang dimilikinya kini. | 
  |  Jumpa rangka gladiator Rom kuno   Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST  MORRISON bersama rangka gladiator yang ditemui  30 sentimeter di bawah lantai Muzium Yorkshire, England.  
 YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter  berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu  kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru  ini.  Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh  yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah  1.6 meter.  Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan  senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam  filem Gladiator lakonan Russell Crowe. Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium.  Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang  kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan  tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya.  "Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya.  "Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator  yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata  Morrison.  Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu  berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst,  jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi  dan keadaan giginya.  Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai  kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600  tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara  Rom untuk wilayah utara.  Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu.  Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama. | 
  |  Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook   Posted: 11 Dec 2010 07:11 PM PST  MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.  
 WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence  Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal  meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.  Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal  dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik  dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.  Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby,  pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa  jam setiap hari.  "Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami  mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di  Internet," kata Moore.  Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.  Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore. "Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.  "Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.  Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. | 
  |  EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan   Posted: 11 Dec 2010 07:08 PM PST  FILEM porno digunakan untuk menguji  orientasi seks lelaki gay  yang ingin mendapatkan suaka bagi golongan  itu di Republik Czech.  
 PRAGUE - Kesatuan Eropah (EU) menggesa Republik Czech agar  menghentikan 'ujian porno' yang dikenakan kepada pencari suaka gay yang  bertujuan memastikan bahawa mereka adalah lelaki gay sebenar.  Ujian itu memerlukan mereka menonton filem lucah yang terdiri  daripada filem porno biasa (melibatkan lelaki dan perempuan) serta filem  porno gay untuk dinilai tahap rangsangannya. Alat pengesan akan  disambungkan kepada alat sulit untuk menguji sama ada mereka terangsang  atau sebaliknya.  Jika pemohon terangsang apabila menonton pasangan lelaki dan wanita  melakukan hubungan seks, permohonan suaka akan ditolak secara automatik.  Suaka tersebut dipohon oleh golongan gay kerana beranggapan mereka  berada dalam bahaya di negara asal masing-masing.  Jurucakap Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Pavel Novak menyatakan  ujian itu hanya dijalankan ke atas pemohon dari negara seperti Iran  yang golongan gay boleh didakwa. Ujian tersebut dilihat penting bagi  memastikan orientasi seks pemohon. EU pula menyifatkannya sebagai  melanggar hak asasi manusia.  Dalam satu laporan mengenai kesaksamaan homoseksual, Agensi bagi  Hak-hak Asasi menegaskan bahawa ketepatan keputusan ujian tersebut  adalah diragui.  Biarpun begitu, Kementerian Dalam Negeri Republik Czech mendakwa,  ujian itu hanya melibatkan kurang daripada sepuluh kes dan ia dihadiri  oleh pakar perubatan.  |