Adsense

Isnin, 28 Jun 2010

Penerbit Ibnu Al-Manhar

Penerbit Ibnu Al-Manhar


Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part iv)

Posted: 28 Jun 2010 07:29 PM PDT



Pendedahan ini dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit

BAHAGIAN IV

"Apabila selesai memasukkan semua pakaian perempuan tersebut ke dalam beg plastik hitam, Tuan Azilah nampak lengan perempuan Cina (Altantuya) tersebut seolah bergerak lalu dia mengarahkan saya menembak sekali lagi, lalu saya terus melepaskan satu das tembakan lagi tetapi tidak meletup.

Saya kemudian kosongkan senjata dan memasukkan semula peluru ke dalam senjata dan melepaskan tembakan di tempat yang sama iaitu bahagian kiri kepala mangsa, dan saya kemudian ambil beg plastik hitam dengan dibantu oleh Tuan Azilah memasukkan kepala perempuan Cina ke dalam beg plastik untuk mengelakkan daripada tumpahan darah."

". . .Selepas itu, Tuan Azilah mengambil beg yang mengandungi bahan letupan dan menyerahkan kepada saya, dan saya mengambil bahan letupan dan memasang pada bahagian kepala sementara itu Tuan Azilah memasang bahan letupan di bahagian kaki hingga ke paras pinggang mangsa."

"Tuan Azilah menarik wayar panjang menghala ke jip dan saya mengubah kedudukan jip menghala keluar dari kawasan belukar lalu membawa jip keluar jarak lebih kurang 15 meter dari mangsa."

"Apabila letupan berlaku, saya menarik wayar masuk ke dalam jip dan memandu jip meninggalkan tempat kejadian menuju Bukit Aman."

" . . . .dalam perjalanan ke rumah saya, saya membuang pakaian mangsa dan pakaian saya sendiri di sepanjang perjalanan balik ke rumah."

SOALAN: Senjata MP5 dan silencer kepunyaan siapa?

JAWAPAN: Kepunyaan UTK Bukit Aman.

SOALAN: Apakah perkataan jimat yang kamu maksudkan?

JAWAPAN: Jimat bermaksud tembak mati.

SOALAN: Adakah kamu bercakap benar?

JAWAPAN: Ya, benar.

Percakapan dibacakan balik kepada Sirul Azhar

SOALAN: Adakah kamu memberi percakapan ini secara sukarela?

JAWAPAN: Ya.

Rakaman percakapan tamat pada tarikh 9/11/2006 jam 1635

Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UMNO-BN Buktikan Pakatan Rakyat Tidak Bantu Rakyat

Posted: 28 Jun 2010 07:56 AM PDT


Oleh: Pustaka Al Manhar


Saya serik menyokong Pakatan Rakyat. Kenapa? Baca ini,

UMNO-BN melihat Pakatan Rakyat semakin tidak relevan untuk rakyat. Pakatan Rakyat bukannya membantu rakyat, sebaliknya menyusahkan rakyat. Di sebuah kampung di Selangor, seorang Pakcik amat kecewa apabila Menteri Besar, Khalid Ibrahim gagal membantunya menggaru belakang badannya yang gatal. Tindakan MB Selangor itu telah mengundang bantahan ahli-ahli UMNO-BN. Sebagai tindakan susulan, ahli UMNO-BN yang terlibat telah mendesak MB tersebut memberi tunjuk sebab dan memberi tempoh 48 jam kepada MB itu untuk berbuat demikian.

Di Kedah Pula, kerajaan Pakatan gagal menyelesaikan masalah dihadapi seorang Makcik yang gagal memasak kek cawan kegemarannya. Menurut jiran Makcik itu yang juga seorang janda, Makcik itu telah beberapa kali menghantar SMS kepada MB Kedah untuk membantunya membuat kek cawan. Namun, sehingga kini MB gagal datang ke rumahnya untuk membuat kek cawan. Penduduk kampung yang marah dengan tindakan MB Pakatan itu telah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap UMNO-BN yang lebih berjiwa rakyat. Dalam satu sidang media yang dijalankan, salah seorang wakil yang keluar parti melahirkan rasa menyesalnya kerana tidak menyertai UMNO-BN sebelum ini.

"Cek menyesai la tak sokong depa (UMNO) sejak dulu. Masa dulu, dekat nak PRU dulu depa ada mai sini. Mai datang dari rumah ke rumah ajar buat kek cawan. Depa ada ambik gambaq sekali. Masuk TV. Masa ambik gambaq tu depa ada la huloq beras, gula. Cek masa tu tak layan la sangat beras gula ni. Lo ni barang semua naik harga…kena la layan. Kena la sokong UMNO-BN nih", dakwa wakil tersebut.

Dua contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak relevan lagi di Malaysia. Rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima parti politik seperti Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Pakatan suka berpolitk. Tidak seperti UMNO-BN. Mereka tidak berpolitik. Sebab itulah UMNO-BN merupakan parti politik.

NOTA: Anggap saja ia sebuah cerpen yang memang pen (pendek).



Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part iii)

Posted: 28 Jun 2010 12:48 AM PDT



Pendedahan ini dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit


Sambungan . . .

Bahagian Tiga


"Setelah selesai menukar tayar, saya terus memandu jip ke Kota Damansara menuju ke rumah saya untuk mengambil bahan letupan yang saya simpan di rumah. . . ."

"Pada masa yang sama saya lihat Tuan Azilah berada di luar jip mengambil beg berisi MP5 (sejenis SMG) dan silencer di dalam jip yang terletak di bawah tempat pemijak kaki Tuan Azilah, lalu menyerahkan beg tersebut kepada saya dan mengarahkan saya untuk 'menjimatkan' (bunuh) perempuan Cina (Altantuya) yang berada dalam jip."

". . . . .Setelah selesai kencing, dan beliau terlihat senjata yang saya pegang dan saya nampak beliau dalam ketakutan, dan merayu agar jangan bunuh dan cakap dia ada anak."

"Dalam masa yang sama, Tuan Azilah memeluk perempuan Cina tersebut untuk menjatuhkan beliau dan saya lihat perempuan Cina terus jatuh dalam keadaan terlentang, dan saya terus melepaskan satu das tembakan ke bahagian kiri kepala perempuan tersebut."

"Selepas perempuan Cina (Altantuya) ditembak, Tuan Azilah menanggalkan semua pakaiannya dan saya mengambil beg plastik sampah hitan dan Tuan Azilah memasukkan semua pakaian perempuan Cina tersebut ke dalam beg yang saya pegang."

Akan bersambung, Insya Allah . . .


Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






zoomartis

zoomartis


Ila Mentor 4 Tersingkir

Posted: 27 Jun 2010 07:44 PM PDT

SHAH ALAM: Protege Joe Flizzow, Ila Damiaa Johar gagal meneruskan cabaran ke final Mentor 4 pada minggu depan selepas memperoleh markah terendah iaitu 42 markah pada separuh akhir sesi kedua pertandingan tersebut di sini malam tadi.



Adi Hamiz Johar (Adi) yang juga abang kepada Ila pula memperolehi 44 markah; Nurhadzwani Salleh (Nani), 55 markah manakala Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 59 markah.


Dengan itu, Adi, Nani dan Mohd berjaya melangkah ke acara final yang akan berlangsung di Auditorium MBSA 4 Julai nanti.

Zoom: Walaupun si adik sudah terkeluar tetapi perjuangan si Abang belum berakhir, inilah lumrah dan adat pertandingan.Walau pun terkeluar beliau merupakan peserta yang mempunyai vokal dan personaliti yang menarik..Apa kata anda ?





Blog BOM321

Blog BOM321


Nombor Plat Kenderaan Dato' K dan Dato' Siti Nurhaliza

Posted: 28 Jun 2010 07:30 AM PDT

Inilah dia nombor plat kenderaan Dato' K dan Dato' Siti Nurhaliza , hasil dari bidaan Dato' K dengan nilai RM66,550.00 pada No Pendaftaran "KCT1", nombor tersebut dipilih mungkin gabungan "K" dan "CT".
No Plat Kenderaan Dato' K dan Dato' Siti Nurhaliza
harga no plat boleh beli kereta sebijik!

Dimanakah Staduim Nacional?

Posted: 28 Jun 2010 05:12 AM PDT

Dimanakah tempat yang dikatakan oleh Usher ini?
Dimanakah Staduim Nacional?
lihat lebih lanjut disini > http://www.usherworld.com/pages/tour/33
Kredit@Lubna Aimin
Stadium Nasional ke Staduim Nacional? boleh sesat tu..

Kucing Yang Berbulu Seperti Kucing !

Posted: 28 Jun 2010 01:04 AM PDT

Memang bertuah kucing ni, bulunya memang cantik dan yang anehnya, bulunya seakan-akan berupa seperti seekor kucing juga.
Kucing Yang Berbulu Seperti Kucing !
Kucing Yang Berbulu Seperti Kucing !
Bulu kucing yang macam kucing?

Jomss Layansss!!

Jomss Layansss!!


Sudin atau S. Shamsudin Kritikal

Posted: 28 Jun 2010 12:08 AM PDT


Difahamkan S. Shamsudin, 81 atau lebih dikenali Sudin dalam filem Bujang Lapok berganding bersama Allahyarham P.Ramlee dan Datuk Aziz Sattar, kini sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh di bilik air.

Menurut Datuk Aziz Sattar, Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.

"Waktu dia (Shamsudin) jatuh tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.

"Anaknya juga beritahu ayahnya itu akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru beberapa lepas kami membaca berita tentang S. Shamsudin dikujungi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu. S. Shamsudin juga menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

sumber : mStar Online

Kami doakan moga pakcik Sudin cepat sembuh.

p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

Blog Carca Marba

Blog Carca Marba


Patutlah Lionel Messi Sukar Untuk Menjaringkan Gol

Posted: 28 Jun 2010 08:28 AM PDT

Peminat bolasepak tentu kenal akan Lionel Messi. Dinobatkan pemain terbaik 2009. Dalam piala dunia 2010, Lionel Messi bermain sebagai penyerang untuk negara Argentina. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Messi, tentu mengharapkan Messi menjaringkan banyak gol dalam piala dunia 2010 ini. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Messi sukar untuk menjaringkan banyak gol. Setelah disiasat, gambar-gambar dibawah menjelaskan segalanya.


hmmm... patutlah Lionel Messi sukar untuk menjaringkan gol... sengihnampakgigi

Jam Tangan Rosak Jangan Dibuang

Posted: 27 Jun 2010 08:57 PM PDT

Jika jam tangan anda sudah tidak berfungsi lagi dan anda berkira-kira untuk membeli jam baru, jam yang rosak tadi tu jangan dibuat. Gambar-gambar di bawah mungkin dapat memberi anda idea bagaimana untuk jam yang rosak tadi dapat dikitar semula menjadi satu masterpiece!











Sensasi

Sensasi


Jokes:Awal Ashaari punya lawak.."Anak ikan dah ramai artis bela"

Posted: 28 Jun 2010 01:05 PM PDT



Jokes pertama:

Td tgk rancangan Fuhhh! kat TV3. Awal Ashaari hosnya. Topik mula2 Awal Ashaari ckp ialah apakah binatang yang ingin dibela oleh artis tp tak dpt mereka bela. Pastu dia buat2 tanya :

Awal : Mari kita tgk apa binatang2 yg ingin dibela oleh artis2..
Awal : Beruang polar ke, berung kutub ke, T-rex ke, biawak ke..apa2 je la...
Awal : Apa? anak ikan? Eh...anak ikan dah byk artis bela...

Lawak la dia ckp camtu...

korang faham kan maksud "anak ikan tue"..kalau tak faham jugak tampar muka sendiri laju2..

Jokes kedua:

pernah tgk satu episod FUH tu....mase tu Awal dok cakap pasal lokasi pilem zoo...dialog Awal lebih kurang camni....

"Nak tau jugak kenapa lokasi filem ni kat zoo. Ye la dah tajuk filem pun zoo. Mesti la kat zoo kan? Takkan kat MASJID pulak?"

Motip nak sebut masjid...??kihkih.. yang hado...nak buat satu perbandingan kontra kot sensasi rasa


Tehehe..Awal Ashaari nie dikatakan cuba menjadi kan rancangan fuhh panas dan penuh kontroversi...ada setengah org cakap Awal cuba jadi mcm Ogy,byk ckp dan laser...

Entahla Sensasi pun jarang Layan Fuhh..kdg2 ada jugak layan..apa-apa pun sensasi rasa Awal nie adalah seorang yang agak professional dlm bidang pengacaraan...byk dah rancangan yang menggunakan Awal sebagai pengacara...

Ada kdg2 Awal buat lawak ...ada org yg suka..byk jugak org yang kondem..tp bagi sensasi mcm kelakar jer..kihkih


Awal dengan Scha skrg hangat bercinta..agak2 nya bilala derang nak bertunang atau kahwin..mesti gempak kan

Zahida Rafik: Berpegang teguh pada adat dan pegangan agama

Posted: 28 Jun 2010 12:40 PM PDT


Terbaru Zahida membuat kenyataan kepada media bahawa dia bukanlah "Perempuan simpanan " mana-mana VIP atau VVIP seperti yang digembar gemburkan .

Ini kerana Zahida dikatakan memiliki byk wang,boleh cucuk tang sana,cucuk tang sini,dan mcm2 lagilah,lepas tue Zahida dikatakan selalu bershopping mewah di luar negara.

Nak dikatakan Zahida dtg dari keluarga kaya,keluarga nya sederhana sahaja..nak kata byk job berlakon atau dlm dunia seni,tak kedengaran atau tak nampak pulak kans...tapi Zahida tetap disebut2 namanya dlm ruangan2 gosip tanah air disebabkan kontroversi dibela VIP/VVIP..

Jadi kali ini Zahida menafikan sekeras-kerasnya..tambah pulak katanya:

"Sebagai anak bongsu dalam keluarga yang berpegang teguh kepada adat & agama, ayah tidak akan membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin"

jadi memandangkan ayahnya tak membenarkan dia tinggal sendirian,persoalannya Zahida tinggal dgn siapa skrg nie???

Kalau masih tinggal dengan keluarga,takkan ayahnya membenarkan Zahida berpakaian seksi@seksa setiap kali bergambar di majlis2...sampai terjojol bijik mata kak senah...

P/S:dulu2 masa Zahida masih natural,nampak lawa dan manis je..skrg nie aduh,mcm belon pun ader..kenapa org cucuk botox?muka nampak tak real laaaa

Nubhan membuat persembahan dan menyanyi tapi kepit!

Posted: 28 Jun 2010 12:29 PM PDT







Sensasi:apsal la Nubhan nie dari awal persembahan sampai ke akhirnya ayu jer terkepit...mcm "sesuatu jer"...nak terkucil kot.

Robert Pattinson & Kristen Stewart sekejap mengaku bercinta, sekejap tak

Posted: 28 Jun 2010 11:55 AM PDT


WALAUPUN keintiman mereka sudah diketahui seluruh dunia, dua bintang Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart terus berdolak-dalik tentang gosip hubungan mereka.

Menurut laporan nypost, pasangan sensasi remaja itu dilihat berpimpin tangan ketika berada pada majlis meraikan filem The Twilight Saga: Eclipse baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka tidak hanya bermesraan sesama sendiri sahaja. Sebaliknya, turut dilihat bergaul dan berbual dengan para hadirin lain pada majlis itu.

Kemesraan Pattinson dan Stewart dihidu ketika mereka menyertai para pelakon dan tenaga produksi filem itu pada majlis yang diadakan di Hotel Thompson Beverly Hills

Sensasi:sejak dari mula2 filem twilight lagi da kecoh kata Robert pattinson dgn kristen steward nie bercinta...siap dah plan nak kahwin dan settle down berkeluarga...then timbul plak cerita robert nie main kayu tiga beberapa kali dgn celebrity wanita lain..pastu timbul plak cerita kristen steward mengamuk..huuu..mcm2 hal..mungkin kali nie pasangan nie dah berbaik kot...ehe....nway sensasi sukee sgt tgk cerita twilight yg first2 tue...best bila tgk vampire jatuh cinta dgn manusia...siap leh bwk jungle trekking terbang2,,,bila la pasangan sensasi nak wat camtue..

S.Shamsudin (Bujang Lapok) dalam keadaan kritikal selepas jatuh bilik air

Posted: 28 Jun 2010 11:33 AM PDT



Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra di Singapura hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.

Veteran tersohor Datuk Aziz Sattar berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.

"Waktu dia (Shamsudin) jatuh tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.

"Anaknya juga beritahu ayahnya itu akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.

"Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya.

"Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital," ujarnya lagi.

Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini.

Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Dia telah berlakon dalam lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz dalam filem Bujang Lapok.

Sensasi:dah 81 tahun dan sudin skrg..kesian dia...dah tua jatuh pulak,tulang retak dan kritikal..sama-samalah kita doakan agar Sudin sembuh semula...seronok tgk lakonan sudin,P.Ramlee dan ajis masa dulu2

Ariel di Lokap bersama rakan -rakan banduan yang lain

Posted: 28 Jun 2010 10:59 AM PDT


Terbaru banyak desas desus gosip kedengaran di Indonesia khasnya menyatakan bahawa Ariel Peterpan telah meninggal dunia di dalam lokap akibat overdose...overdose apa pun tak pasti la..tue yang kelakar..semua org kata dia mati overdose tapi tak siapa tahu dia overdoe apa...dadah ke?ubat tido ke?huhuhu...

Semua gossip nie berterbangan melalui twitter & blackberry messenger pada mulanya,.tak tahulah siapa yang mulakan cerita ini..mungkin untuk menutup cerita ttg Ariel atau mungkin utk mensensasi kan lagi cerita Peterporn ini..huhuhu

mcm nie msg itu berbunyi:

"innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, nazriel irham (ariel peterpan) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. amien."


ok kalau overdose zat psikotropika nie..dari word psiko la..sensasi rasa nie mesti pil anti depression..ubat utk org yg mengalami tekanan yg kuat..mcm ubat tido pun boleh jadi...entah betul ke tak dia mati..kene la tunggu lagi..kot2 betul2 dah mati ke..ish3..



Sensasi heran jugak Ariel ditangkap dan dilokap kerana dikatakan telah menjadi pelakon aksi lucah..tp Luna Maya dengan Cut Tari tak pulak ditangkap..mungkin sbb perakamnya ialah Ariel...

Ada khabar angin lagi ckp,dlm video tersebut ada kelibat lelaki lain,(kononnya perakan)..teruk betul...siap ada org ketiga sebagai perakan...sensasi tak layan video itu so tak tahulah kebenarannya..bagi yg dah tgk mungkin tahu....

Setelah khabar angin Ariel mati,Polis lokap menafikan sekeras-kerasnya yang Ariel telah mati...dan gambar Ariel bersama peminat2 nya dlm lokap pun tersebar...nampak tak bertapa hepinyer peminat2 dlm lokap dpt mengabdikan diri peluk2 Ariel kat situ....tak dpt bergambar masa konsert,dlm lokap pun jadilah...

Moral of the story...benda dlm ranjang tak perlu la nak rakam...memalukan jer