Adsense

Isnin, 14 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Films : Sinopsis Shrek Forever After

Posted: 14 Jun 2010 06:43 PM PDT


Kebahagiaan Shrek di samping Fiona dan tiga anaknya musnah selepas diperdaya oleh Rumpelstiltskin.

SINOPSIS :


Sepertimana yang dipaparkan dalam jurnal Shrek untuk tiga prekuel terdahulu, Shrek Forever After (SFA) yang didatangkan dalam visual 3D kali ini masih berkisar kepada rentetan hidup Shrek.
Bab terakhir Shrek ini yang bermula dengan paparan Shrek (suara oleh Mike Myers) menyulami kebahagian di samping isteri, Fiona (suara oleh Cameron Diaz) dan tiga anaknya berubah selepas diperdaya oleh Rumpelstiltskin yang berangan menjadi raja, menerusi satu perjanjian yang mengakibatkan kehidupan Shrek menjadi haru-biru.
usteru, penceritaan kali ini membawa imaginasi dan khalayan penonton dalam misi Shrek untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu.
Umumnya, tiada apa yang ekstra tentang SFA, walaupun penonton, masih mampu terhibur dengan jenaka dan aksi-aksi lucu yang dipaparkan, Shrek kali ini bagai dihasilkan sekadar untuk melengkapkan rantaian plot filem ini.
Misi Shrek untuk memulihkan segala kecelaruan yang membelenggu hidupnya masih ditemani Donkey (suara oleh Eddie Murphy) yang setia di sisi dan tidak lekang dengan jenaka slasptiknya.
Penampilan Fiona untuk kali ini, daripada seorang puteri ayu kepada yang srikandi yang ekstrem dan ganas dalam mengetuai kumpulan ogre membalas dendam terhadap Rumpelstiltskin begitu mengujakan.
Begitu jua dengan aksi beberapa watak baru termasuk Rumpelstiltskin (suara oleh Walt Dohrn) dan bala tentera ahli sihirnya yang pasti membuai imaginasi penonton.
Apa pun, watak paling comel dan tentunya akan terus diingati adalah watak Puss in Boots (suara oleh Antonio Banderas) yang mengalami perubahan fizikal yang drastik kali ini.
Jika sebelum ini, Puss adalah seekor kucing satria, namun gara-gara dimanjakan oleh Fiona, Puss bertukar menjadi seekor kucing gemuk dan 'terlebih manja'. Aksi-aksi Puss On Boots memang boleh buat penonton pecah perut.
Lebih manis, kesemua watak-watak penting yang pernah mewarnai kembara Shrek daripada yang pertama hinggalah terkini dimunculkan kembali di pengakhiran cerita, sebagai simbolik kenang-kenangan buat semua peminat filem DreamWorks Animation ini.
Bersesuaian dengan perjalanan francais Shrek yang menemui noktahnya dalam edisi ini,SFA juga diakhiri dengan pengakhiran yang menggembirakan untuk semua. Shrek terus bahagia menjalani kehidupan bersama isteri, anak-anak dan komuniti persekitarannya.



Perjanjian dengan Rumpelstiltskin yang mengubah hidup Shrek menjadi haru-biru.
Puss in Boots bertukar daripada seekor kucing satria kepada kucing gemuk yang manja.
Aksi lucu Shrek, Donkey dan Puss in Boots.
Bintang-bintang utama di sebalik Shrek Forever After pada majlis tayangan perdana filem itu Los Angeles baru-baru ini. Dari kiri: Antonio Banderas (Puss in Boots), Mike Myers (Shrek), Eddie Murphy (Donkey) dan Cameron Diaz (Fiona)
Pengarah Filem Shrek 4 ( Mike Mitchell )

Chef Zam Buka " Silver Spoon International College "

Posted: 14 Jun 2010 06:22 PM PDT

Tahniah kepada Chef  Zam kerana maju setapak lagi, sebelum ini beliau telah berkhimat di KDU ( KOlej Damansara Utama ) selama 13 tahun sebelum mengambil keputusan membuka sebua kolej kultinari di Taman Perniagaan Puchong.

Komen Ziana Zain mengenai kejayaan Mohd Mentor

Posted: 14 Jun 2010 06:12 PM PDT

Ziana Zain tampil menjawap persoalan dan gossip yang mengatakan kejayaan Mentornya Mohd ke peringkat seterusnya bukan kerana Popularitinya, tetapi kerana bakat yang ada pada Mohd sehingga pengundi memilih beliau untuk ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini persembahan memberangsangkannya menerusi lagu Usang (Rahim Maarof) dan Lagu Untukmu & Drama King (Hazama dan Meet Uncle Hussain) membolehkan dia memperolehi markah tertinggi iaitu sebanyak 102 markah.

Zoom : Komen la sikit mengenai Anak didik akak Ziana Zain kita ni !!?

New Result World Cup Group F [ Italy 1 : Paraguay 1 ]

Posted: 14 Jun 2010 06:07 PM PDT

ITALY    1










PARAGUAY 1








Perlawanan di antara Italy yang sebelum ini di atas kertas memihak kepada Italy nampaknya hanya mampu seri 1-1 dengan Paraguay pagi tadi.


Permainan yang berhati-hati dan ingin meminimakan jaringan pihak lawan mungkin menjadi penghalang pesta gol bagi setiap pasukan..


APa kata anda mengenai perlawanan ini ?

New Result World Cup [ Japan 1 : Cameroon 0 ]

Posted: 14 Jun 2010 06:03 PM PDT

Japan     1






Cameroon 0






Welllllllll Done Japan, satu lagi wakil Asia yang berakis cemerlang selepas Korea yang sebelum ini menjadi perintis pasukan Asia memenangi perlawanan di pentas akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.


Apa kata anda ?

New Result World Cup : Holland 2 : Denmark 0

Posted: 14 Jun 2010 06:32 AM PDT

HOLLAND    2





DENMARK  0

Kes Badrul Muhayat Disebut Semula 28 Jun

Posted: 14 Jun 2010 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang menghadapi dua pertuduhan mencederakan isterinya, akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang di sini, 28 Jun ini.


Mahkamah bagaimanapun membenarkan Badrul Muhayat diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. - BERNAMA


Zoom: Ini berita terbaru mengenai kes Badrul Muhayat yang ditangkap kerana memukul, menumbuk dan menendang isterinya Julia Daud pada 7 pagi 24 Mac Lepas.


Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran buat beliau di masa hadapan.


Apa kata anda ?

Noh Hujan Kena Gam Di IPTA/IPTS !!?

Posted: 13 Jun 2010 10:12 PM PDT

Kerana mulut badan binasa itulah ayat yang sesuai ditujukan kepada artis bernama Noh ni, kesian juga Zoom baca budak tue kena perli macam tu.Ada juga artis yang suka bercakap main lepas je, mungkin tidak sedar tetapi jika dah terlepas pandai-pandailah Cover..


Kan dan menyusahkan diri sendiri...Apa pula kata anda !!!?

Gambar taukeh Raja Lawak Dan Kekasih !!

Posted: 13 Jun 2010 10:00 PM PDT

Comel juga kekasih taukeh Raja Lawak ni, itu pun kalau betul..Zoom tengok kebanyakan Blog sudah ada cerita dan gambar mengenai Taukeh ni.


Apa kata anda ?

Kediaman AF8 Berhantu ?

Posted: 13 Jun 2010 08:50 PM PDT

Setelah selesai Program Hiburan Akademi Fantasia 8, satu persatu kisah mengenai program ini diperkatakan di media cetak dan elektronik.


Dan yang terbaru mengenai kisah tempat kediaman mereka yang dikatakan keras, malah bekas pengetua Norman mengakui tempat tersebut memang ada penguni lain.Ikuti cerita ini daripada bekas pelajar di Akademi Fantasia 8.




Salah seorang pelajar yang dirasuk iaitu Dayang Nor Anum Ahrun atau Anum memberitahu selepas tiga minggu berada di kediaman tersebut, dia melalui satu pengalaman yang menyeramkan.



Kata Anum pada satu malam ketika berasa kurang sihat, dia mengajak teman seasrama yang juga rakan dalam AF8 iaitu Adira untuk menemaninya ke tandas kerana terasa hendak muntah.
Menurutnya, semasa di tandas mereka terdengar bunyi sesuatu yang agak pelik tetapi tidak menghiraukannya. Bagaimanapun selepas itu Anum terus jatuh dan tidak sedarkan diri.
Sebenarnya ketika tidak sedarkan diri itu, Anum telah dirasuk, meracau-racau selain bertindak agresif.
Menurut Muhd. Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana yang menyaksikan kejadian itu. Dia mendengar suara Anum berubah menjadi suara lelaki sambil merenung dalam keadaan yang menakutkan.
Sebelum itu salah seorang peserta AF8 iaitu Farina telah bergegas ke hostel lelaki untuk meminta bantuan kerana mereka sudah tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
"Setibanya di bilik Anum, kami lihat dia sedang dipegang oleh penyelia asrama, Baha. Anum pula bertindak kasar seperti sedang 'menurun'. Adira pula nampak tenang dan terbaring di sebelah Anum dalam keadaan yang lemah. Dia hanya mendiamkan diri dan nampak lesu," kata Maulana.
Dalam keadaan cemas itu, dua lagi rakan mereka Shahir dan Daus memberanikan diri untuk membantu Baha dengan memegang Anum yang sedang meronta-ronta.
Menghuraikan serba ringkas keadaan Anum ketika itu, Maulana berkata, selain bertindak agresif, menjerit dan ketawa, suara Anum juga berubah dan kedengaran seperti suara lelaki.
"Kami dan krew produksi yang lain mula membaca surah Yassin walaupun Anum meronta-ronta, menjerit dan ketawa. Ketika dia menjerit, suaranya bertukar dengan renungan yang menakutkan. Tapi kami tetap membaca surah Yassin tanpa henti sepanjang dia bertindak agresif selama satu hingga dua jam," akuinya yang takut melihat keadaan Anum yang sangat berlainan daripada kebiasaannya.

Lagi Gambar Majlis Pertunangan Jimmy Dan Nursuhaila

Posted: 13 Jun 2010 08:26 PM PDT

Nampak berseri-seri pasangan ini disaat majlis pertunangan yang berlangsung dengan penuh meriah, semoga pasangan ini akan berakhir di atas pelamin indah yang bakal mereka cipta tidak lama lagi.



Gambar bersama keluarga

SkyCrewz Network

SkyCrewz Network


Datuk Siti Nurhaliza Naik Helikopter ke Pesta Rompin

Posted: 13 Jun 2010 11:51 PM PDT

Gambar ni diambil masa Datuk Siti Nurhaliza nak ke Festival Rompin sabtu hari tu. Dah tak naik kereta-kereta mewah dah. Sekarang naik helikopter je terus. Cepat sampai, cepat buat show pastu boleh balik. Kehkehkeh.. Gosipnya di sini, adakah Dato K dapat idea naik helikopter ni daripada Jejai? He Hee..

Blog BOM321

Blog BOM321


Terima Kasih Datuk !

Posted: 14 Jun 2010 05:20 AM PDT

Karangan yang lawak dan lucu !
(Klik gambar untuk lebih jelas)

Terima Kasih Datuk !
Bagaimanalah reaksi cikgu yang menyemak karangan murid ni!

Kos Pembinaan Istana Negara RM800j

Posted: 14 Jun 2010 03:01 AM PDT


KUALA LUMPUR 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini. - Bernama

Pembaziran? Boleh tanggung subsidi untuk rakyat ni.

Topi Ajaib !

Posted: 14 Jun 2010 01:30 AM PDT

Kenapa dipanggil topi ajaib? sebab dia boleh mengeluarkan bau yang agak aneh.
Topi Ajaib !
Untuk mengelakkan diri diganggu oleh orang tak dikenali, cuba pakai topi ini, mungkin dapat membantu.

Muka Babi Untuk Di Jual !

Posted: 13 Jun 2010 06:57 PM PDT

Ini adalah gambar di sebuah pasaraya di China, bukan daging babi sahaja dijual, tetapi dengan muka-muka babi sekali.
Muka Babi Untuk Di Jual
Muka Babi Untuk Di Jual
Kesian babi itu...

Saiful Apek Ditahan Polis !

Posted: 13 Jun 2010 05:16 PM PDT

Saiful Apek Ditahan Polis !
Biar Betul? itulah yang terjadi kepada saiful apek yang ditahan polis semalam bersama-sama 5 rakan di rumahnya, apek di tahan ekoran dakwaan memiliki ganja,
mereka dikenakan tahanan reman 4 hari.
Wardina pernah berkata "artis Malaysia tak boleh dijadikan contoh!"