Adsense

Selasa, 7 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53

Posted: 07 Dec 2010 05:44 PM PST

RAPPER sensasi, Eminem dijangka bakal mendominasi trofi kemenangan pada majlis Anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan apabila dia meraih 10 pencalonan.

Selain Eminem, artis terbanyak meraih pencalonan termasuklah Bruno Mars dengan tujuh pencalonan; Jay-Z, Lady Antebellum dan Lady Gaga masing-masing enam pencalonan; Miranda Lambert, Jeff Beck, B.o.B, David Frost, Philip Lawrence dan John Legend masing-masing lima penacalonan; dan Alex Da Kid, The Black Keys, Drake, Cee Lo Green, Ari Levine, Katy Perry, Rihanna, The Roots, Dirk Sobotka dan Zac Brown masing-masing empat pencalonan.

Menerusi lagu kolaborasi bersama penyanyi Rihanna, Love the Way You Lie, Eminem turut tercalon tiga kategori tertinggi Grammy iaitu Rekod Tahun Ini, Lagu Tahun Ini dan Album Tahun Ini.

Sementara untuk kategori tertinggi Grammy iaitu Rekod Tahun Ini, Eminem bersaing dengan empat calon lain iaitu B.o.B bersama Bruno Mars, Cee Lo Green, Jay-Z bersama Alicia Keys dan Lady Antebellum.

Kategori Album Tahun Ini pula menyaksikan Eminem berhadapan dengan saingan hebat daripada Lady Antebellum, Lady Gaga, Katy Perry dan Aracade Fire.

Nama Eminem disebut sebagai artis yang meraih pencalonan terbanyak pada Grammy ke-53 pada majlis pencalonan Grammy ke-53 yang diserikan dengan konsert di L.A. Live Plaza di Los Angeles baru-baru ini yang menyaksikan Katy Perry membuat persembahan lagu California Gurls.

Katy Perry turut meraih beberapa pencalonan untuk kategori tertinggi Grammy ke-53 yang menyaksikan dia turut bersaing dengan Lady Gaga yang termasuklah Album Tahun Ini, Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik dan Vokal Album Pop Terbaik.

Pemenang anugerah terbanyak American Music Awards 2010 baru-baru ini, Justin Bieber pula hanya meraih dua pencalonan iaitu untuk kategori Album Pop Vokal Terbaik dan Artis Baru Terbaik.

Miranda Lamberts pula menguasai pencalonan bagi kategori lagu country kali ini, sementara Bruno Mars, Beyonce, Lady Antebellum dan Cee Lo Green juga meraih lebih daripada satu pencalonan.

Suatu kejutan diumumkan menerusi kategori Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik apabila mendiang Michael Jackson untuk albumnya, This Is It turut bersaing dengan empat calon lain yang terdiri daripada Michael Buble, Adam Lambert, Bruno Mars dan John Mayer.

Majlis Anugerah Grammy ke-53 bakal berlangsung di Staples Center di Los Angeles pada 13 Februari tahun depan.- via kosmo!

PENCALONAN GRAMMY KE-53 BAGI KATEGORI UTAMA:

Rekod Tahun Ini

* Nothin' On You – B.o.B featuring Bruno Mars

* Love the Way You Lie – Eminem featuring Rihanna

* F**k You – Cee Lo Green

* Empire State of Mind – Jay-Z and Alicia Keys

* Need You Now – Lady Antebellum

Lagu Tahun Ini

* Need You Now – Lady Antebellum

* Love The Way You Lie – Eminem featuring Rihanna

* The House That Built Me – Miranda Lambert

* F**k You – Cee Lo Green

* Beg Steal Or Borrow – Ray LaMontagne And The Pariah Dogs

Album Tahun Ini

* The Suburbs – Arcade Fire

* Recovery – Eminem

* Need You Now – Lady Antebellum

* The Fame Monster – Lady Gaga

* Teenage Dream – Katy Perry

Artis Baru Terbaik

* Justin Bieber

* Drake

* Florence + The Machine

* Mumford & Sons

* Esperanza Spalding

Album Pop Terbaik

* My World 2.0 – Justin Bieber

* Dreamed A Dream – Susan Boyle

* The Fame Monster – Lady Gaga

* Battle Studies – John Mayer

* Teenage Dream – Katy Perry

Album Rock Terbaik

* Emotion & Commotion – Jeff Beck

* The Resistance – Muse

* Backspacer – Pearl Jam

* Mojo – Tom Petty And The Heartbreakers

* Le Noise – Neil Young

Lagu Rock Terbaik

* Angry World – Neil Young

* Little Lion Man – Mumford & Sons

* Radioactive – Kings of Leon

* Resistance – Muse

* Tighten Up – The Black Keys

Album R&B Terbaik

* The Love & War Masterpeace – Raheem DeVaughn

* Back To Me – Fantasia Barrino

* Another Round – Jaheim

* Wake Up! – John Legend & The Roots

* Still Standing – Monica

Lagu R&B Terbaik

* Bittersweet – Fantasia Barrino

* Finding My Way Back – Jaheim

* Second Chance – El DeBarge

* Shine – John Legend & The Roots

* Why Would You Stay – Kem

Album Rap Terbaik

* The Adventures

Of Bobby Ray – B.o.B

* Thank Me Later – Drake

* Recovery – Eminem

* The Blueprint 3 – Jay-Z

* How I Got Over – The Roots

Lagu Rap Terbaik

* Empire State Of Mind – Jay-Z & Alicia Keys

* Love The Way You Lie – Eminem & Rihanna

* Not Afraid – Eminem

* Nothin' On You – B.o.B & Bruno Mars

* On To The Next One – Jay-Z & Swizz Beatz

Album Country Terbaik

* Up On The Ridge – Dierks Bentley

* You Get What You Give – Zac Brown Band

* The Guitar Song – Jamey Johnson

* Need You Now – Lady Antebellum

* Revolution – Miranda Lambert

Lagu Country Terbaik

* The Breath You Take – George Strait

* Free – Zac Brown Band

* The House That Built Me – Miranda Lambert

* I'd Love To Be Your Last – Gretchen Wilson

* If I Die Young – The Band Perry

* Need You Now – Lady Antebellum

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • ANUGERAH GRAMMY KE-51 di 8TV
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Jawapan Trivia 7 Ogos: Fasha Sandha
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Celebrity Red Carpet Photo 52nd Annual Grammy Awards
  • Sekitar Parti 8TH Annual Boh Cameronian Arts Awards Nominations
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Ramalan Anugerah Planet Muzik 2007
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Elly sorok status ,Suami atau kekasih?

    Posted: 07 Dec 2010 07:54 PM PST




    Sehingga kini Elly Mazlein enggan mendedahkan status dirinya samada masih bujang ,atau sudahpun berkahwin..

    Elly sering kelihatan bersama seorang lelaki kemana sahaja bahkan,pernah wujud gossip melihat Elly ke hotel bersama lelaki tersebut tetapi Elly Mazlein enggan komen.



    Sensasi rasa kalau kahwin mengaku je kahwin takla org bercakap buruk kalau terlihat keadaan yang mencurigakan,nama pun bersih dari tohmahan masyarakat..

    Elly mengakui, dia perlu menjaga hati pelbagai pihak, sekaligus keadaan tersebut menyebabkan dia lebih selesa mengunci mulut.
    "Saya tak ada masalah jika ada pihak yang sering kali ternampak atau terjumpa dengan saya bersama lelaki tersebut dan kami kelihatan mesra persis pasangan bercinta atau pun suami isteri. Siapa dia, saya tak boleh nak jelaskan kepada umum. Saya tak kisah dengan apa yang difikirkan oleh orang ramai jika terserempak dengan kami.

    "Sama ada, lelaki itu suami atau kekasih, saya enggan komen lanjut kerana ada ia terlalu peribadi dan banyak hati yang perlu dijaga," katanya tenang mengulas mengenai lelaki yang sering kali ditemui bersamanya.

    Mengakui belum bersedia untuk mendedahkan status dirinya kepada umum, lafaz pelantun lagu Bakawali ini, kalau segalanya sudahpun dapat disahkan dan semuanya sudah berjalan dengan baik, baru hal itu akan diuar-uarkan.

    ."Saya perlu memastikan kedua-dua belah pihak bersedia barulah segala persoalan akan dirungkaikan," katanya Elly Mazlein

    Jokes: Surat Cinta Budak Sekolah

    Posted: 07 Dec 2010 07:09 PM PST

    Video Kelakar: Lembu lawan tanduk miming

    Posted: 07 Dec 2010 10:07 AM PST



    haha..kelakar..tp kesian part budak tue..tu pun kena miming jugak..ish3

    Gambar sekitar Guess Party digayakan oleh Model dan Selebriti tempatan

    Posted: 07 Dec 2010 09:26 AM PST








    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    Posted: 07 Dec 2010 08:48 PM PST

    024042565 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    Tajuk ringan selepas artikel berat untuk santapan mata anda. Lisa Surihani tampak ayu laksana gadis melayu terakhir apabila dipadankan dengan baju kurung, dan sanggul bunga raya. Sesuai dengan tema majlis anjuran Finas yang dihadiri Lisa 2 bulan lepas, 'Merakyatkan Filem'.

    Minggu lepas, Lisa Surihani dihujani dengan cerita 'Gila babi' yang dihangatkan oleh media, namun 1 juta peminat Lisa termasuk kami memberikan sokongan padu, dan isu tersebut tidak menjejaskan ekonomi negara, oh tagline Nabil!

    Berikut ialah gambar selingan Lisa Surihani bersama para-para VIP yang tersenyum bangga dapat bergambar di'sampingnya. Enjoice! Kami keluar makan bersama gadis seksi. Yay!

    024042564 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    024042563 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    024042562 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    024042561 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    024042516 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    024042515 (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga

    pixel (Gambar) Lisa Surihani Berbaju Kurung, Ayu Bersanggul Bunga
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    “Hairan Tak Laku Sangat” – Luahan Hati Peminat Tiz Zaqyah

    Posted: 07 Dec 2010 08:24 PM PST

    015673867 Hairan Tak Laku Sangat   Luahan Hati Peminat Tiz Zaqyah

    Apa dah jadi dengan Tiz Zaqyah? Selepas menang ABPBH, masih tak dapat banyak tawaran berlakon sebagai heroin filem. Tak seperti pasangan'nya, Remy Ishak yang sudah menjadi hero bagi 3 filem untuk tahun ini sahaja!

    Tiz Zaqyah pun hanya popular untuk satu drama sahaja, Nur Kasih. Filem pun, Nur kasih. Aku tak faham, kenapa penerbit filem tempatan tak banyak panggil Tiz Zaqyah berlakon? Adakah sebab Tiz ini sangat demanding, atau susah nak bagi kerjasama?

    Kalau nak dibandingkan zaman Fasha Sandha tengah meletup, berderet-deret penerbit filem nak ambil dia berlakon filem dia orang. Lepas satu, satu lagi filem, siap ada drama dia berlakon. Tiz Zaqyah ni macam senyap sepi, nak tunggu Nur Kasih The Movie pun entah zaman bila tayangnya.

    Dekat paper pun, aku tak terbaca ada filem baru lakonan Tiz Zaqyah tengah dalam shooting, bakal shooting, kenapa ya? Kepada peminat Tiz Zaqyah yang fanatik, harap tolong bagi tahu aku sedikit, mana tahu kalau ada filem Tiz Zaqyah yang aku tak tahu!

    Dan, you all rasa, kenapa penerbit filem tak suka ambil Tiz Zaqyah jadi heroin? – Khas dari peminat Tiz Zaqyah.

    Luahan hati di'atas telah diolah & dibetulkan ejaan bagi membangkit perasaan dramatik yang lebih berkobar-kobar. Sila jawab TizTizTiz, kami sudah tag anda di twitter!

    pixel Hairan Tak Laku Sangat   Luahan Hati Peminat Tiz Zaqyah
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Meraikan pengantin 1Malaysia

    Posted: 07 Dec 2010 08:25 PM PST


    Pasangan pengantin menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis meraikan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    CUTI akhir tahun penggal persekolahan sesi 2010 yang berbaki kurang sebulan ini menyaksikan beberapa acara yang cukup sinonim dengan musim cuti panjang sebegini diadakan.

    Bagi kanak-kanak lelaki, saat inilah mereka bakal menempuhi pengalaman paling bermakna dan bersejarah dalam fasa kehidupan bergelar seorang lelaki.

    Ini kerana, ibu bapa mengambil kesempatan menyertai mana-mana majlis berkhatan. Sama ada secara beramai-ramai atau bersendirian.

    Begitu juga, ada pasangan kekasih yang mengambil keputusan menamatkan zaman bujang mereka dengan bergelar raja sehari bersempena dengan musim cuti sekolah sebegini.

    Yang cantiknya, walau dalam apa juga acara yang diadakan itu, semuanya berusaha mencari kelainan atau menonjolkan keunikan. Dengan harapan acara yang biasa itu tampak happening dan kenangan manis sebegitu kekal dalam lipatan sejarah hidup mereka.

    Sabtu lalu, di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan seramai 250 pasangan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diraikan dalam majlis khas, Majlis Meraikan Pengantin 1Malaysia Secara Beramai-ramai Wilayah Persekutuan 2010.

    Mereka terdiri daripada 228 pasangan Melayu, 18 pasangan campuran di antara Melayu dan saudara baru serta empat pasangan saudara baru.

    Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Acara sederhana tetapi ceria itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

    Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

    Turut berkongsi kegembiraan para pengantin adalah ahli keluarga dan sanak saudara mereka yang sama-sama telah berkumpul di perkarangan Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan seawal pukul 7.30 pagi.

    Setiap pasangan pengantin yang diraikan nampak cantik dan berseri berbaju kurung Melayu tradisional warna kelabu sedondon lengkap bersamping bagi lelaki. Manakala pengantin perempuan tambah manis dengan tudung yang diperindahkan lagi dengan veil berbunga putih.

    Semua pasangan itu sebenarnya sudah bergelar suami isteri kerana pihak penganjur memilih pasangan yang bernikah antara April hingga November tahun ini.

    Selain diraikan, setiap pasangan pengantin menerima saguhati RM1,000 dan dibekalkan sepersalinan pakaian kepada suami isteri untuk dipakai semasa majlis berlangsung.

    Sementara itu, Jamil Khir berkata, majlis seumpama itu sebenarnya seakan menjadi tradisi sejak ia diadakan oleh MAIWP pada tahun 2005 dengan nama program Majlis Meraikan Pasangan Pengantin Secara Berkelompok.

    Manakala pada tahun berikutnya, ia diteruskan tetapi diubah nama kepada Program Akad Nikah dan Majlis Meraikan Pasangan Pengantin Secara Beramai-ramai 2006.

    Istimewanya pada tahun tersebut, ia dimeriahkan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika itu.

    "Saya difahamkan pada dua tahun tersebut, ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan remaja Muslim untuk mendirikan rumah tangga.

    "Justeru apa yang lebih penting, program yang dijalankan ini merupakan satu publisiti dan dorongan bagi menambahkan keinginan belia Islam untuk membina rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga yang sejajar dengan tuntutan Islam," katanya semasa berucap merasmikan majlis tersebut.

    Jamil Khir yakin bahawa usaha murni ini akan mencapai objektif-objektif yang disasarkan ke arah memberi sokongan dan motivasi kepada warga Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih mendirikan rumah tangga menerusi ikatan perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak.

    "Malah perlu ditegaskan, ia sekali gus menzahirkan kesungguhan pihak kerajaan, khasnya Jawi dan MAIWP dalam menjalankan tanggungjawab sosial membantu golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

    Antara syarat kepada pasangan yang ingin menyertai majlis itu adalah salah seorang pasangan mesti menetap di Kuala Lumpur atau Putrajaya, warganegara Malaysia, berkahwin pada April dan ke atas serta berkahwin untuk kali pertama kecuali saudara baru.

    Syarat lain, pemohon mesti tergolong dalam kategori asnaf fakir atau miskin serta memiliki pendapatan isi rumah sebanyak RM2,400 dan ke bawah.

    Pasangan juga perlu mengemukakan permohonan menerusi Baitulmal, MAIWP dan Jawi untuk sesi saringan dan pemilihan bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja diterima.

    Terdahulu, Jamil Khir menyerahkan replika cek berjumlah RM249,500 kepada wakil pasangan yang diraikan. Wang ini akan diserahkan kepada pasangan pengantin yang diraikan pada hari itu.

    Sementara itu, Che Mat memberitahu, pengurusan hal kekeluargaan Islam di Jawi telah mengalami banyak evolusi dan kemajuan bagi memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat.

    Antaranya, proses pengeluaran kad nikah yang dicetuskan oleh Jawi, hanya mengambil masa satu jam.

    Pengenalan surat nikah yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, pengeluaran kebenaran nikah yang hanya mengambil masa dua jam sahaja.

    "Malah jika pasangan-pasangan yang datang untuk menjalankan proses rundingcara, ia dapat dijalankan secara terus tanpa perlu membuat temu janji bagi mendapatkan tarikh rundingcara pada hari-hari lain," katanya.

    MAIWP bantu tingkat kehidupan

    Posted: 07 Dec 2010 08:24 PM PST


    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (empat dari kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd. (tiga dari kiri) dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, menyampaikan sumbangan motosikal roda tiga kepada seorang penerima.


    AGIHAN zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Bahagian Baitulmal telah membantu ramai asnaf (penerima zakat) untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

    Bantuan zakat yang disediakan oleh MAIWP merangkumi aspek keperluan asasi, kebajikan, pendidikan dan keusahawanan.

    Skop bantuan yang luas itu membolehkan lebih ramai umat Islam di Wilayah Persekutuan yang layak mendapatkan bantuan zakat.

    Malah, MAIWP baru-baru ini telah turun padang melihat kemajuan dan perkembangan terkini beberapa penerima bantuan zakat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Agihan itu telah berjaya merubah hidup asnaf-asnaf terbabit.

    Di sini dipaparkan kisah asnaf-asnaf yang berjaya mengubah kehidupan mereka selepas menerima pertolongan MAIWP.

    Bentuk bantuan yang dipaparkan ini adalah sebahagian daripada bantuan zakat yang disediakan oleh MAIWP. Selain itu, MAIWP turut menyediakan bantuan kepada pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan hemodialisis yang menelan kos antara RM2,500-RM3,000 sebulan.

    Mereka yang menerima bantuan ini mendapat rawatan percuma daripada MAIWP melalui 23 buah panel dialisis yang dilantik.

    Para pembayar zakat tidak seharusnya dilupakan dalam kejayaan MAIWP membantu ramai asnaf. Oleh itu, MAIWP mengucapkan terima kasih kepada para pembayar zakat khususnya di Wilayah Persekutuan.

    Kepada mereka yang berminat untuk memohon bantuan zakat MAIWP atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang disediakan, sila hubungi Ibu Pejabat MAIWP : 03-4047 9444; Baitulmal MAIWP : 03-2617 5222; atau layari laman web www.maiwp.gov.my.

    Peserta Adik-Adikku musim baru lapor diri

    Posted: 07 Dec 2010 08:22 PM PST


    Peserta, pengetua dan murabbi program realiti Adik-Adikku musim kedua bergambar bersama Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (duduk dua dari kiri).


    PADA 27 November lalu, seramai 16 orang peserta program realiti Adik-Adikku Musim Ke-2 telah selamat mendaftarkan diri ke Akademi Adik-Adikku di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

    Hadir menyempurnakan majlis perasmiannya ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penyiaran, Abu Bakar Rahim mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran.

    Mereka merupakan 16 orang peserta yang terbaik daripada lebih 400 calon yang telah mengikuti sesi uji bakat di 14 lokasi seluruh Malaysia.

    Berumur antara sembilan hingga 12 tahun, mereka akan mengikuti sesi akademi dikumpulkan selama hampir sebulan dengan kelengkapan penuh serta wajib mengikuti kelas pembelajaran melalui kurikulum yang telah diwajibkan bermula 27 November hingga 25 Disember ini.

    Manakala setiap Murabbi iaitu Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Ustaz Badrul Sani Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor telah diberi empat orang Da'ie (pendakwah/peserta) untuk dididik, diasuh, diasah bakat mereka bagi pertandingan ini.

    Pada majlis itu juga, Jakim turut memperkenalkan 30 penaja yang telah bersetuju untuk memberi tajaan hadiah berbentuk wang tunai, pakej umrah, pakej pelancongan, komputer riba, buku-buku dan barangan kepada pemenang serta menaja pelbagai jenis barangan dan pakaian sepanjang tempoh sesi peserta di akademi.

    Jakim masih mengalu-alukan sebarang tajaan daripada mana-mana individu ataupun syarikat yang berminat untuk memberi tajaan.

    Seperti musim pertama, pertandingan pidato ini akan diadili gandingan juri profesional daripada pelbagai bidang bagi melengkapkan penjurian dan keputusan juri adalah muktamad. Juri akan memberikan komen untuk setiap persembahan mereka semasa pertandingan berlangsung.

    Kesemua para peserta akan mengadakan persembahan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1432H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang disiarkan siaran langsung sempena Maal Hijrah hari ini.

    Menobatkan rekaan batik

    Posted: 07 Dec 2010 08:21 PM PST


    Mengangkat motif bunga senduduk membolehkan rekaan batik kumpulan Avant meraih tempat kedua.


    BATIK hanya sekadar untuk kebaya atau kurung sudah tidak relevan jika mahu fabrik warisan itu melakar nama di peringkat dunia.

    Tidak dinafikan memang sudah ada gerakan membawa batik melangkaui benua sama ada melalui kolaborasi antara pereka batik dengan pereka fesyen antarabangsa mahupun penyertaan dalam peragaan di kota-kota fesyen dunia.

    Namun tidak keterlaluan jika dikatakan sehingga saat ini belum nampak perubahan yang signifikan apabila batik Malaysia masih di takuk lama.

    Angin perubahan mungkin boleh diharapkan melihat kepada hasil rekaan 12 peserta yang dipertontonkan dalam pertandingan akhir reka cipta batik Piala Seri Endon (PSE) 2010 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

    Garapan idea dan kreativiti anak-anak muda nyata memberi nafas segar kepada batik dengan kepelbagaian rekaan, motif, teknik baru, serta kesesuaian fesyen.

    Membuktikan kebenaran kata-kata itu, gaun malam bermotif batik nyata tampil elegan dan indah cukup untuk memukau penonton.

    Kekuatan tema Ritma Jiwa (Soul of Rhytm) yang digarap secara abstrak melalui teknik canting memberi kelebihan kepada kumpulan Jun Design untuk dinobatkan sebagai juara.

    Kumpulan yang dianggotai empat pereka muda, Rahman Rosman, Junaidi Awang, Syahmiza Razli dan Siti Farah Ani Yusof ini memperlihatkan lapisan garisan yang mewakili ekspresi ritma atau rentak emosi.

    Menurut Junaidi, kumpulannya mengambil masa hampir dua bulan untuk membuat kajian dan penelitian bagi mendapatkan rekaan yang menepati tema.

    "Yang penting kami suntik rekaan dengan elemen-elemen segar dan versatil," katanya yang merupakan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Dengan kemenangan tersebut kumpulan itu berkongsi hadiah kemenangan berupa wang tunai RM30,000 dan piala.

    Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 pula diraih oleh kumpulan Avant dengan tema Melastoma Senduduk.

    Keberanian mengangkat bunga senduduk yang hidup meliar untuk dijadikan motif utama dalam rekaan batik telah membawa tuah kepada empat rakan baik ini, Anuar Ridzuan Arshad, Hazlly Noor Shaera Wook, Nadhia Zin Azni dan Wan Nur Jamilah Wan Nasaruddin.

    Lebih istimewa kumpulan penuntut dan graduan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM ini menggunakan teknik renjis, iaitu teknik yang jarang digunakan oleh pereka-pereka batik sebelum ini.

    Menurut Anuar, teknik tersebut agak rumit dan mengambil masa yang lama namun ia memberi hasil yang lebih terperinci dan halus.

    Bersama pasukannya, mereka mengambil masa kita-kira tiga minggu untuk disiapkan memandangkan perlu membahagi masa dengan peperiksaan akhir yang sedang dijalani.

    "Memang tak sangka terpilih sebagai pemenang kedua memandangkan ini merupakan percubaan pertama kali. Kemenangan ini bakal menjadi dorongan kepada kami untuk lebih serius dalam bidang rekaan batik selepas ini," kata.

    Biarpun hanya mampu menduduki tempat ketiga, kumpulan Altesbson yang dianggotai tiga anak muda, Tan Kim Siong, Haw Han Siang dan Alan Kam Wai Loon antara yang mendapat tepukan gemuruh penonton.

    Membawa tema Fury Of Peseidon, keseluruhan motif batik dan rekaan fesyennya cukup ranggi dengan konsep abstrak yang nyata lain daripada lain.

    Ya Jameel penuhi cita rasa fesyen

    Posted: 07 Dec 2010 08:20 PM PST


    Aksesori dengan pelbagai motif.


    SEJAK kebelakangan ini para peminat fesyen terutamanya di Kuala Lumpur mempunyai banyak sebab untuk berasa teruja.

    Banyak label dan butik tersohor daripada peringkat atasan hingga kepada fesyen khalayak ramai dari seluruh dunia berusaha membuka cawangannya Mereka menyedari potensi serta status bandar raya ini sebagai salah satu destinasi beli-belah paling berkembang di Asia Tenggara.

    Ikut membangkitkan rasa teruja ini adalah Ya Jameel Gallery, butik pakaian berinspirasikan fesyen Islam berbilang label yang pertama berlokasi di Aras 6, Pavilion Kuala Lumpur.

    Memulakan operasinya pada awal November lalu ia menampilkan hasil rekaan para pereka tempatan dan antarabangsa yang dipilih kerana keunggulan mereka dalam mencipta busana berunsurkan Islam dengan kualiti dan prestij tersendiri.

    Gagasan di sebalik Ya Jameel Gallery tercetus ekoran Festival Fesyen Islam (IFF) hasil buah fikiran Datuk Raja Rezza Shah, yang juga penasihat butik.

    Pakaian-pakaian yang dipilih untuk butik tersebut terdiri daripada rekaan eksklusif para pereka ternama yang pernah memeriahkan IFF.

    Menurut Raja Rezza, pakaian yang ada di Ya Jameel Gallery cukup istimewa kerana sungguhpun berunsur Islam, ia juga direka agar tampak menarik kepada golongan bukan Islam kerana ciri-cirinya yang serba guna, anggun dan berkualiti tinggi.

    "Busana muslim menempuh perubahan mengikut peredaran zaman dan dalam masyarakat masa kini yang mementingkan ikon, fesyen Islam yang kaya dengan unsur-unsur kelincahan, kesantunan dan tradisi telah melepasi garisan sempadan dan lokasi geografi.

    "Bergaya terkini dan segar, busana muslim seharusnya dinikmati dan dialami oleh semua tanpa mengira bangsa, budaya dan agama," ujarnya.

    Seperti IFF katanya, Ya Jameel Gallery disasarkan dengan cara yang akan menarik dan menakluki hati supaya khalayak dan sasarannya tertarik untuk membuat tafsiran sendiri tentang busana tersebut.

    "Pereka-pereka yang kami tampilkan terdiri daripada pereka Islam dan bukan Islam yang mempunyai daya tarikan global," katanya.

    Antaranya, Tom Abang Saufi, Jovian Mandagie, Khoon Hooi, Melinda Looi, Khadani, Pink Jambu, Amir Luqman, Jarumas serta Aktif Bestari.

    Manakala dari Indonesia pula Itang Yunasz dan Jeny Tjahyawati dan Mantra, label dari Singapura.

    "Kami juga komited dalam usaha mencari bakat dan jenama baru demi memastikan senarai busana sentiasa dikemaskinikan, dan pelanggan terus teruja," katanya.

    Menurut Raja Rezza, sebagai butik busana fesyen berbilang label berunsur Islam yang pertama di Kuala Lumpur, ia diharap dapat membawa perubahan kepada persada fesyen tanah air.

    "Wanita yang mahu kelihatan santun dan penuh gaya, kini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan gubahan yang cantik, berhias indah serta halus buat koleksi mereka," katanya.

    ‘Hijrah’ itu memang payah

    Posted: 07 Dec 2010 08:18 PM PST


    Yahya Mohd. Yusuf memberikan motivasi kepada para penghuni Kewaja.


    1.
    TERPEDAYA dengan janji manis teman lelaki dan ghairah dengan nikmat kehidupan turut memesongkan kehidupan Zamirah daripada landasan agama.

    Melihatkan beliau, berkulit hitam manis tetapi sangat terserlah wajah kesucian seorang remaja yang seharus-harusnya sedang bertungkus lumus mengejar cita-cita untuk terlibat dalam industri pelancongan.

    "Saya berjaya memasuki sebuah kolej yayasan yang terkenal di Negeri M dan mengambil jurusan perlancongan,' katanya.

    Namun perkenalan dengan Rais Manaf (bukan nama sebenar) ketika menjadi seorang kerani sementara di sebuah syarikat pembinaan di Bandar U, Selangor mengubah segalanya.

    Setiap kali pulang dari kolej, pasti Rais menunggu dan sehinggalah pada suatu hari Rais mengajak Zamirah berjalan-jalan.

    "Puas kami berjalan-jalan sekeliling Bandar U, Rais mengajak saya pulang ke rumahnya tanpa saya menyedari sebarang niat buruknya," katanya.

    Ini kerana selama perkenalan mereka, Zamirah menyenangi sikap Rais yang sentiasa mengambil berat dan jujur dalam perhubungan.

    "Namun semua itu rupa-rupanya palsu belaka. Malah tidak ubahnya seperti syaitan bertopengkan manusia, baik di dalam busuk di luar apabila beliau sanggup mencemarkan maruah saya.

    "Saya sendiri ketika itu seperti di bawah pengaruh dan khayalan dengan kata-kata manisnya untuk bertanggungjawab jika berlaku sebarang yang tidak diingini terhadap saya," katanya.

    Zamirah termakan pujuk rayu Rais dan menyerahkan mahkota kegadisannya kerana yakin Rais akan menjadikannya suri dalam hidupnya.

    "Tetapi apabila saya didapati hamil, semua itu tidak ada lagi, sama ada Rais mahu bertanggungjawab mahupun tidak selepas ini, yang saya tahu saya tidak mahu lagi mempercayai kata-kata lelaki.

    "Saya serik," kata Zamirah.

    Beliau yang kini hamil lima bulan hasil hubungan terlarang dengan Rais, lebih bersedia untuk memperbaiki diri dengan menanamkan semula cita-cita untuk terus sambung belajar selepas ini.

    "Saya belum bersedia untuk berkahwin kerana tanggungjawab pasti berat untuk ditanggung sementelah saya masih muda. Saya rasa saya masih belum terlambat untuk bergelar siswazah yang berjaya, selagi dunia belum kiamat," katanya.

    2.
    KINI sedang hamil enam bulan hasil hubungan sulit dengan Zakir Hassan (bukan nama sebenar) yang dikenali sejak dari bangku sekolah menengah lagi, Lilis (bukan nama sebenar) kini bertekad untuk berubah.

    Semuanya bermula gara-gara pergaulan bebas tanpa had dan batas. Lilis dan Zakir akhirnya melakukan persetubuhan haram yang menyebabkan Lilis mengandung.

    Kali pertama kandungan itu digugurkan. Namun mereka tidak pernah serik. Kelakuan sumbang tetap berterusan dan menyebabkan Lilis mengandung lagi.

    "Akibat perlakuan buruk, saya pernah digantung sekolah di bandar K, Selangor yang menyebabkan orang tua menyerahkan saya kepada seorang ibu saudara untuk menjaga saya dan berpindah sekolah di daerah lain di utara Selangor.

    "Tetapi saya lebih banyak menghabiskan masa dengan seorang ayah angkat yang mempunyai lima orang anak angkat remaja yang hampir sebaya semuanya termasuk saya yang satu-satunya perempuan," kata Lilis.

    Kesilapan paling besar apabila si ayah angkat membiarkan mereka tidur bersama-sama di ruang tamu.

    Bertambah teruk lagi apabila Zakir dan yang lain-lainnya sering menonton video lucah.

    Lalu Lilis dijadikan bahan uji kaji, rangsangan selepas menonton video itu.

    Namun bagi Lilis sendiri hubungan haram yang berlaku itu adalah atas kerelaannya sendiri.

    Jika hamil pertama tidak sampai ke pengetahuan ibunya sendiri, hamil yang kedua ini tidak sahaja diketahui oleh si ibu malah seluruh keluarga yahg kemudian setuju untuk menghantarnya ke Kewaja ini.

    "Sekarang Zakir sedang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di bandar S. Kami hanya menanti dia tamat pengajian dan saya sendiri selamat bersalin untuk kami bernikah dan mulakan kehidupan baru.

    "Itulah hijrah yang bakal kami lakukan. Sesungguhnya kami sangat kesal dan kini bertaubat. Sambutan Maal Hijrah kali ini benar-benar memberikan makna yang cukup besar kepada saya," kata Lilis.

    3.
    SAMBIL duduk tersandar kerana kepayahan membawa kandungan yang telah berusia lapan bulan, Kartini Kamaruzzaman (bukan nama sebenar) yang berwajah mulus putih bersih tidak menyangka bahawa hubungan cintanya dengan Khairul Azhar Ghazali (bukan nama sebenar) telah menyebabkan mereka terlanjur sejauh itu.

    Semuanya gara-gara beliau terpaksa tinggal sendiri bersama adiknya, Kamal Zuhdi (bukan nama sebenar) menyebabkan hubungan cinta bersama Khairul telah melewati batasan budaya dan agama.

    "Bapa seorang ahli perniagaan yang berjaya tetapi kejayaannya itu telah menyebabkan ramai yang menaruh dengki dan khianat terhadap kami sekeluarga.

    "Akhirnya pada suatu hari, kami menjadi mangsa ilmu hitam tetapi ilmu yang ditujukan kepada bapa saya itu telah terkena kepada Kamal Zuhdi.

    "Secara tiba-tiba perlakuan Kamal dari seorang yang tidak pernah menimbulkan masalah bertukar menjadi seorang agak ganas dan tidak dapat dikawal.

    "Akibat terkena ilmu hitam itu Kamal secara tiba-tiba membenci kedua-dua orang tua kami terutama bapa. Dia tidak boleh bersemuka dengan ayah, dia akan terus mengamuk dan tenaganya bertukar menjadi sangat kuat dan seperti hendak mencederakan ayah," kata Kartini.

    Lantaran itu menyebabkan dia terpaksa duduk berasingan daripada ibu bapa demi menjaga keselamatan mereka sekeluarga.

    "Kami berubat secara tradisional namun dalam tempoh itu, saya dan Kamal tinggal menyewa di rumah lain tetapi dikira masih berdekatan dengan rumah orang tua kami di Bandar I, Perak.

    "Kamal tidak menimbulkan masalah ketika tinggal bersama dengan saya. Tetapi apabila pulang semula ke rumah, dia seolah-olah hendak menerkam orang tua kami," katanya.

    Keadaan itu memberi kesempatan kepada Khairul Azhar lebih kerap menemui Kartini tanpa kawalan dan pengetahuan keluarga.

    Walaupun Khairul lebih bertujuan membantu Kartini dengan menyediakan pelbagai keperluan dan tidak ubahnya seperti ketua keluarga apabila kekasihnya kini tinggal bersendirian dengan adiknya namun hubungan mereka yang menjadi terlalu rapat telah menyebabkan mereka akhirnya terlanjur.

    Apabila didapati dirinya mengandung Kartini memberitahu pihak keluarga apabila kandungannya sudah jelas kelihatan. Pihak keluarganya sangat terkejut dan sudah terlambat untuk menyesal kerana membenarkan anak mereka tinggal bersendirian.

    Kartini mahu mereka dikahwinkan tetapi pihak keluarga tidak mahu dalam trempoh masih berbulan madu kelak, tiba-tiba mereka telah mendapat cucu 'segera'.

    Lalu sebagai jalannya, Kartini dihantar terlebih dahulu ke Kewaja. Setelah Kartini bersalin dan kembali seolah-olah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku maka akan nampak 'cantik'lah jika anak mereka dapat disatukan dengan Khairul.

    Begitupun kata Kartini, dia menginsafi sepenuhnya kesilapan besar yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi terpaksa melahirkan seorang bayi yang tidak sah taraf hasil hubungan dengan seorang yang dia cintai.

    "Saya tetap akan memelihara bayi ini. Ini anak kandung kami, saya dan Khairul. Tetapi malangnya nasibnya kerana tarafnya tidak sama seperti adik-adiknya yang bakal lahir apabila saya dan Khairul mendirikan rumahtangga secara sah," katanya.

    4.
    BELIAU merupakan salah seorang pelajar sebuah kolej terkemuka di negeri M. Mengambil jurusan dalam bidang pelancongan, namun kini segala-galanya bagai tiada makna bagi Nadia akibat hubungan terlarang. Dia sudah empat bulan hamil.

    Akibat bertubuh kecil, tidak ada siapa yang menyangka Nadia kini sedang sarat hamil. Lebih dari itu tidak ada siapa yang menyangka seorang remaja yang sentiasa terpelihara perlakuannya sebelum ini terjurumus dengan hubungan yang terlarang lagi menjijikkan.

    Segala-galanya gara-gara termakan pujuk rayu Hafizi Shamsuddin (bukan nama sebenar) yang merupakan rakan sebaya ketika sama-sama belajar di sebuah sekolah menengah di negeri S.

    "Kami tidak bercinta seperti pasangan kekasih yang lain. Tetapi pertemuan semula selepas tamat persekolahan dan saya pulang ke kampung dari kolej maka terjalin semula hubungan sebagai kawan.

    "Tetapi lama kelamaan Hafizi yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu pandai melayan saya dan kami kerap bertemu apabila ada kesempatan.

    "Sehinggalah pada suatu hari saya didapati mengandung, barulah saya sedar betapa saya telah jauh terlanjur.

    "Ketika itu, saya benar-benar panik lebih-lebih lagi apabila Hafizi mencadangkan agar saya segera menggugurkan janin dalam kandungan ini.

    "Tetapi mujur dengan nasihat kawan-kawan kolej saya tidak sampai tahap membunuh tetapi bagaimana saya hendak sorokkan muka," katanya.

    Akhirnya kes Nadia telah sampai ke pengetahuan pihak kolej. Dia dinasihatkan supaya menangguhkan pengajian sehingga selamat melahirkan anak.

    "Akhirnya saya berhijrah ke sini dan terpaksa melupakan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi gara-gara hubungan terlarang ini," katanya.

    Tanpa banyak pilihan Nadia kini hanya menjaga kandungannya dengan baik dan hanya menunggu saat untuk melahirkan sambil mengambil pengajaran dengan rakan-rakan senasib di Kewaja.

    "Tidak mungkin saya akan kembali kepada Hafizi. Sekali saya tertipu dan termakan dengan pujuk rayunya sehingga menyebabkan kami terlanjur, selama-lamanya saya tidak akan mempercayainya lagi.

    "Cukuplah dan saya tidak mahu mengambil tahu mengenainya lagi. Cuma yang saya tahu, sehingga kini Hafizi tidak berkerja dan seperti tidak ada matlamat hidup.

    "Tidak mungkin saya akan hidup dengan orang yang seperti itu," ujar Nadia.

    Mengenai anak yang dikandungnya itu, Nadia hanya menantikan takdir untuk menentukan segala-galanya.

    "Namun sebagaimana yang selalu dinasihatkan, umur saya masih muda, perjalanan hidup saya masih jauh lagi, yang pasti saya ingin melakukan yang terbaik untuk diri saya, harap saya dapat diterima belajar kembali.

    "Itu janji saya, pasti," katanya.

    Hijrah bukan sekadar di mulut

    Posted: 07 Dec 2010 08:17 PM PST

    UNTUK meninggalkan perbuatan sekecil seperti merokok yang jelas merosakkan kesihatan, pun belum tentu dapat kita dilakukan. Apatah lagi untuk berhijrah dalam perkara-perkara yang lebih besar.

    Ini termasuklah meninggalkan perbuatan maksiat.

    Dalam hal ini kata Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, adalah tidak adil dan tidak wajar sekiranya umat Islam pada hari ini hanya bercakap fasal peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan katanya, pada masa yang sama mereka bersungguh-sungguh berusaha mengadaptasi segala jenis ideologi hingga terus melupakan usaha dakwah yang dilakukan oleh baginda dan golongan terdahulu.

    "Ini termasuk perbuatan merokok yang jelas terdapat pelbagai budaya negatif dibawa bersama pelbagai jenama rokok tersebut.

    "Justeru peristiwa Hijrah tidak sewajar hanya terpahat pada lidah semata-mata. Tetapi patut diaplikasikan dalam semua amalan kehidupan. Sekali gus mencorak generasi al-Quran di masa hadapan," kata Mohd. Izhar Ariff.

    Mengapa perlu sangsi untuk berhijrah kerana ternyata apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW terbukti mendatangkan pelbagai hasil yang sangat lumayan.

    Tidak sahaja sebuah negara dapat ditegakkan malah peristiwa Hijrah itu menjadi titik permulaan untuk Islam tersebar luas sehingga merentasi waktu, zaman dan sempadan. Sehingga membolehkan kita menikmati iman kepada Allah itu pada hari ini.

    Bayangkan jika tiada berlaku proses penghijrahan pada 1 Muharam, lebih daripada 1,400 tahun itu, siapakah kita pada hari ini? Sudah tentu kita termasuk dalam golongan yang sesat.

    Namun syarat mendapatkan hasil yang lumayan itu apabila baginda tidak sahaja berjaya membina masjid dalam aspek fizikal tetapi bagaimana Masjid Quba dan Masjid Nabawi yang baginda bina itu tidak sekadar sebagai rumah untuk beribadat semata-mata.

    "Pembinaan masjid-masjid tersebut bertujuan memastikan umat Islam dapat bersatu padu dalam banyak perkara.

    "Hanya di situ sahajalah mereka akan dapat mempelajari pelbagai falsafah perpaduan. Apabila telah bersatu maka banyak perkara khususnya dalam urusan yang akan mendatangkan keuntungan kepada Islam dan negara dapat dijayakan," jelasnya.

    Malah hijrah juga dapat menyatukan pelbagai kaum yang berbeza iaitu golongan Ansar dan Muhajirin serta pelbagai puak Yahudi.

    Semua ini kata Mohd. Izhar Ariff, akan tercapai apabila masjid menjadi satu-satunya tempat yang akan membuatkan umat Islam berusaha memupuk sifat persaudaraan dan persamaan antara mereka di hadapan Allah SWT.

    Semua perbuatan itu akan menyerlahkan lagi sifat keimanan seseorang itu kepada Allah SWT dan Nabi SAW.

    Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya golongan yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), semoga mereka semua tergolong daripada golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)

    Lebih-lebih lagi pada hari ini, senario perpecahan umat akibat faktor-faktor tertentu menyebabkan ramai umat Islam semakin hanyut. Seterusnya, jauh daripada penghayatan Islam dalam aspek ilmu dan amalan kehidupan.

    Kata Mohd. Izhar Ariff, ini memerlukan umat Islam kembali menjadikan masjid sebagai medan kesatuan umat Islam.

    "Tugas menyatukan puak Ansar dan Muhajirin itu sendiri sebenarnya tidak mudah, sehingga baginda berjaya menyatukan mereka melalui institusi masjid.

    "Sebagaimana Profesor. Dr. Mohammad Said Ramadan al-Buty dalam bukunya, Fiqh Sirah menjelaskan antara hikmah di sebalik perbuatan menyatupadukan itu adalah menghubungkan persefahaman antara dua kumpulan yang berbeza perwatakan, ideologi dan sebagainya," katanya.

    Menurut Mohd. Izhar Ariff, umat Islam dari Mekah bersifat lebih kasar dan tegas berbanding umat Islam di Madinah yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan beradab.

    Oleh itu, kata beliau, sekiranya benar-benar ingin berubah dan bersungguh-sungguh mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW adalah menjadi kewajipan ke atas semua pemimpin memikirkan bagaimanakah cara terbaik menyatukan perpaduan antara umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia.

    "Perbezaan ideologi tidak salah dalam Islam. Ini kerana Khalifah Abu Bakar dan Umar bin Khattab r.a saling berselisih pendapat.

    "Namun, mereka langsung tidak menghina antara satu dengan yang lain, bahkan mereka saling hormat-menghormati dan saling menerima teguran sesama mereka bagi tujuan penambahbaikan pentadbiran sebuah negara yang didiami oleh manusia yang berbilang agama dan bangsa," katanya.

    Itulah yang diamalkan oleh baginda dalam mengajar umat Islam agar sentiasa bermusyawarah dalam semua urusan. Ia sebagai mana firman Allah SWT dalam Surah Aal Imran ayat 159 yang bermaksud: Dan berbincanglah dengan mereka dalam setiap perkara... (ali-'Imran: 159)

    "Namun, apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah keengganan dan beratnya kaki umat Islam untuk melangkah dan mendekati institusi masjid," katanya.

    Tentu sahaja penghalang besarnya, program-program berbentuk hiburan lebih mendominasi pemikiran dan budaya umat Islam pada zaman ini.

    "Lihat sahaja penganjuran jelajah konsert hiburan di sana sini misalnya, jumlah yang hadir adalah jauh melimpah ruah berbanding yang hadir ke masjid-masjid dan surau-surau.

    "Ribuan peminat bersesak-sesak lelaki perempuan, sanggup berdiri lama, berbanding berdiri lama untuk solat dan tidak akan berganjak sehingga konsert tamat," katanya.

    Sebaliknya, kuliah-kuliah maghrib dan subuh oleh para ustaz dan penceramah yang bertauliah dan berwibawa sepi kerana tidak ramai yang sudi mendengar.

    "Jika hal sedemikian masih membelenggu umat Islam di seluruh negara, adakah ia melambangkan bahawa minda mereka sudah berhijrah daripada kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan," soal Mohd. Izhar Ariff.

    Maka tidak menghairankan, kalangan remaja yang 'berhijrah' antara destinasinya, Pusat Perlindungan Wanita dan Pemulihan Akhlak yang kini mereka bersesak pula di situ!

    Isteri berubah saiz suami berubah hati

    Posted: 07 Dec 2010 08:15 PM PST

    PEPATAH Melayu ada menyebut 'dari mata turun ke hati', jadi bukan sesuatu yang luar biasa apabila antara elemen penting ketika memilih pasangan ialah pada paras rupa dan kecantikan.

    Namun kecantikan bukan segala-galanya. Banyak lagi faktor-faktor lain yang sama pentingnya dalam menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga.

    Kasih sayang, keikhlasan dan saling mempercayai antara ramuan kepada kebahagiaan antara suami dan isteri.

    Terlalu memandang kepada faktor kecantikan membuatkan ada sesetengah rumah tangga bergoncang akibat suami berubah hati apabila si isteri mula mengabaikan penampilan diri mungkin kerana terlalu selesa dengan kehidupannya.

    Alasan suami, isteri sudah tidak lagi 'sedap di pandang', sedang di luar semakin banyak pilihan.

    Ikuti berapa pendapat yang diterima berhubung tajuk ini.

    Apa pendapat anda?

    BAGI suami berbuah hati hanya semata-mata isteri berubah saiz bentuk badan sesuatu yang tidak patut berlaku dalam sesebuah rumah tangga.

    "Jika memang ada berlaku seumpama itu saya rasa niat asal perkahwinan itu sendiri sudah tidak betul iaitu memilih pasangan hanya kerana kecantikannya.

    "Saya yakin jika perkahwinan berlandaskan kasih sayang, saling mempercayai dan memilih pasangan tersebut kerana kebaikan serta keluhuran hatinya, walau apa pun yang berlaku pasti tidak mudah berubah hati.

    "Pilih isteri kerana hatinya yang mulia bukan kerana kecantikan, insya-Allah itulah si isteri kita dunia akhirat.

    "Begitupun, ini tidak bermakna wanita atau isteri harus memandang ringan tentang penampilan diri terutama apabila bersama suami.

    "Memang ada sesetengah isteri yang selesa dengan kedudukannya, mula tidak mengambil berat dan mengabaikan soal penampilan diri sehingga membuatkan suami berasa bosan

    "Tidak semestinya perlu sentiasa mengenakan solekan atau berpakaian jenama-jenama mewah, memadai sentiasa kelihatan kemas dan sedap mata memandang di pandangan suami."

    – Mashitah Ashaari, peniaga, Johor Bahru

    SAYA tidak setuju sama sekali dengan pendapat bahawa 'suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik atau menarik di pandangan mata.

    "Kecantikan atau penampilan diri bukan faktor utama membawa perceraian atau keruntuhan rumah tangga.

    "Ada banyak sebab lain dan selalunya bergantung kepada hati. Malah kalau kita lihat kebanyakan kes penceraian yang berlaku hari ini melibatkan isteri masing-masing masih lagi cantik dan tetap seperti anak dara tetapi mungkin sudah tiada jodoh.

    ''Saiz badan berubah tidak seharusnya dijadikan alasan kukuh untuk suami berubah hati kerana segalanya bergantung kepada soal hati, perasaan dan kasih sayang.''

    - Zahiruddin Zakaria, 35, Eksekutif Operasi, Kuala Lumpur

    MEMANG ada suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik lagi di pandangan matanya, tetapi bilangannya sedikit.

    ''Sebenarnya, suami berubah hati ini bergantung kepada individu itu sendiri dan kalau dah sayang, saiz badan bukanlah punca kepada penceraian.

    ''Bagaimanapun saya percaya segala-galanya terletak kepada hati seseorang itu.''

    - Che Naterah Che Ali, 39, Eksekutif Jualan, Kuala Lumpur

    Membeli kasut secara online

    Posted: 07 Dec 2010 08:15 PM PST


    Kasut pump daripada renda merah dan hitam.


    SERINGKALI, seseorang wanita yang mementingkan kesempurnaan penampilan diri mempunyai masalah untuk memadankan pakaian dengan kasut yang sesuai.

    Namun, masalah biasa yang membelenggu kebanyakan wanita itu pasti mampu diselesaikan dengan bantuan secara online daripada pusat jualan kasut tumit berfesyen, The Fashion Barrage.

    Dengan bantuan secara online itu, anda bukan sahaja akan tampil dengan rekaan, gaya serta padanan kasut tumit dan kostum terbaik, tetapi juga dapat menjimatkan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk membeli-belah dengan melakukan rawatan kecantikan yang lain.

    Pilihan kasut tumit yang ditawarkan The Fashion Barrage direka untuk memenuhi keperluan, fesyen dan keselesaan dengan suntikan elemen-elemen glamor, feminin, keanggunan serta gaya maksimum.

    Lebih menarik, koleksi yang ditawarkan jenama itu sesuai digayakan dengan apa sahaja jenis pakaian atau mana-mana majlis keraian untuk membuatkan penampilan persis selebriti.

    Jadi, ketepikan waktu untuk mencari kasut tumit yang anda senaraikan dalam aktiviti membeli-belah kerana kini anda boleh mendapatkannya secara mudah serta pada harga berpatutan.

    Ia hanya dengan tiga langkah mudah iaitu melayari laman sesawangnya, memilih kasut tumit idaman dan memesan untuk penghantaran.

    Demi memastikan memperoleh kasut tumit yang sesuai dan mengikut saiz sebenar, The Fashion Barrage menawarkan temujanji percubaan kasut di beberapa lokasi pilihan.

    Anda juga tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan kasut tumit itu kerana ia dijanjikan akan dihantar terus ke rumah anda dalam masa sehari.

    Bagi yang ingin mendapatkan koleksi kasut tumit yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web www.thefashion barrage.com.

    Wanita perlu 3S

    Posted: 07 Dec 2010 08:11 PM PST


    Heng Seai Kie (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Wan Hasmah Wan Mohd. (dua dari kiri) menunjukkan tapak tangan sebagai simbol menentang keganasan terhadap wanita, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    SETIAP hari 10 wanita di negara ini menjadi mangsa keganasan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Secara global pula sekurang-kurangnya satu daripada tiga wanita di dunia mengalami penderaan.

    Apa yang menyedihkan pelakunya adalah seseorang yang dikenali dan paling hampir dengan mangsa.

    Jumlah keganasan terhadap wanita yang diperoleh itu adalah yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

    Angka itu sebenarnya jauh lebih tinggi kerana banyak kes tidak dilaporkan.

    Insiden seperti ragut, rogol, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga berlaku akibat ekspresi kekuasaan lelaki yang melihat dirinya berkuasa dalam segala aspek ke atas wanita yang sering dianggap insan lemah.

    Berbanding keganasan dalam bentuk lain, kekerasan terhadap wanita adalah isu kompleks yang wujud disebabkan ketidakseimbangan gender.

    Justeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini melancarkan kempen Katakan Tidak - Bersatu Tamatkan Keganasan Terhadap Wanita bertujuan menyedarkan semua pihak sama ada lelaki atau wanita untuk bersama-sama memainkan peranan bagi menangani jenayah masyarakat ini.

    Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, berhubung kempen ini, kementerian menekankan kepada usaha 3S iaitu Sedar, Sensitif dan Sedia.

    Pertama, katanya, semua pihak perlu sedar bahawa keganasan terhadap wanita masih wujud sama ada secara terang atau tersembunyi.

    Ujarnya, maksud tersembunyi itu adalah keganasan dalam rumah tangga dan kes sumbang mahram yang lazimnya disorokkan serta tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana melibatkan maruah keluarga.

    Menurut Shahrizat, keadaan itu menyebabkan keganasan terus berlarutan, mangsa menderita dalam tempoh yang lama dan akhirnya mengakibatkan kecederaan fizikal, gangguan emosi dan mungkin mental yang serius.

    "Isu keganasan terhadap wanita adalah berdasarkan gender yang hanya dapat dicegah sekiranya setiap individu lebih sensitif terhadap persekitarannya seperti di rumah, tempat kerja, sekolah dan dalam komuniti masing-masing.

    "Masyarakat tidak kira wanita, lelaki atau mana-mana peringkat usia perlu sedia bertindak untuk menghentikan keganasan daripada terus berlaku.

    "Golongan muda, pemimpin masyarakat dan pihak majikan di sektor awam dan swasta juga perlu bertindak menerusi platform organisasi masing-masing bagi mewujudkan masyarakat yang bebas dari keganasan," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie pada Pelancaran Kempen Say NO - Unite To End Violence Against Women' di KL Sentral, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Pelancaran yang dirasmikan Seai Kie itu dianjurkan sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

    Unimas raih lima pingat emas

    Posted: 07 Dec 2010 08:11 PM PST

    KUCHING 7 Dis. - Kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah mengharumkan nama universiti itu apabila meraih lima pingat emas dan dua anugerah khas pada Pameran Dunia mengenai Inovasi, Penyelidikan dan Teknologi Baru 2010 di Brussels, Belgium.

    Pameran yang berlangsung pada 18 hingga 20 November lepas merupakan pertandingan penyelidikan dan inovasi yang disertai kira-kira 500 penyelidik dari seluruh dunia.

    Unimas dalam satu kenyataan berkata, salah satu produk yang memenangi pingat emas ialah alat rawatan pemulihan jari berkuasa bateri menerusi kategori Penjagaan Kesihatan-Ubatan.

    "Alat tersebut membenarkan kawalan gerakan jari yang memberi peluang pesakit strok untuk meneruskan sesi asas fisioterapi di kediaman sendiri," katanya di sini baru-baru ini.

    Alat robotik ringkas yang diilhamkan oleh Shahrol Mohamadan dari Fakulti Kejuruteraan itu amat diperlukan sebagai penyelesaian untuk latihan rawatan pesakit strok, katanya.

    Sementara itu, produk 'ARUT Mobile Version 1.0' yang dicipta oleh Dr. Edmund Ng Giap Weng dari Centre of Semantic Technology and Augmented Reality menawarkan 'Mobile Augmented Reality System'.

    Sistem berkenaan membolehkan kandungan animasi 3D secara visual antara nyata atau video visual dalam telefon bimbit yang mempunyai kamera, mewakilkan sorotan visual yang mana 'superimposed' tentang imej kehidupan nyata.

    "Ciptaan itu telah dianugerahkan pingat emas dan anugerah khas di bawah kategori komunikasi-radio-televisyen," kata kenyataan itu lagi.

    Satu lagi pingat emas dan anugerah khas diperoleh daripada kategori energetik menerusi Profesor Dr. Pang Suh Chem dari Fakulti Sumber Sains dan Teknologi.

    Beliau memperkenalkan langkah inovatif dalam menggabungkan tepung sagu tempatan yang murah, berlebihan dan senang diperoleh dengan bahan-bahan untuk mengeluarkan filem kanji berasaskan gel 'electrolyte'.

    Turut memenangi pingat emas ialah produk usungan penyelamat yang selesa dan mudah dibawa serta 'smart kiddy wear' untuk kanak-kanak tadika yang aktif, ciptaan Profesor Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman dan Norhayati Suleiman dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.

    Pelajar Curtin Sarawak terima Anugerah SPE 2010

    Posted: 07 Dec 2010 08:10 PM PST


    BARISAN dari kiri, Raja Diana, Shahul Hameed, Freddie Panau, Dr. Jeroen Groenenboom, Kelvin Hii, Teh Yen Swan dan Prof. Lau Hieng Ho bersama Anugerah SPE 2010 yang dimenangi pada Persidangan Kejuruteraan dan Sains Teknologi Universiti Curtin 2010 di Miri, baru-baru ini.


    MIRI 7 Dis. - Pelajar jurusan Aplikasi Geologi dan Kejuruteraan tahun akhir Universiti Curtin Sarawak (Curtin Sarawak) mencuri tumpuan dalam Persidangan Kejuruteraan dan Sains Teknologi Universiti Curtin (CUTSE) 2010 dengan membentangkan sebanyak 62 kertas kerja teknikal.

    Dengan tema Inspiring Tomorrow's Engineers and Geologist, kertas kerja yang dibentangkan meliputi pelbagai disiplin antaranya elektrikal dan kejuruteraan komputer; kejuruteraan kimia; kejuruteraan sivil dan pembinaan; kejuruteraan mekanikal; aplikasi geologi serta perkembang terkini projek, inovasi dan penemuan penyelidikan.

    CUTSE yang diadakan selama dua hari mulai 29 hingga 30 November lalu itu dianjurkan oleh Sekolah Sains dan Kejuruteraan Curtin Sarawak dengan kerjasama Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Miri sejak 2006.

    Bagi tahun ini, persidangan meliputi perbincangan topik berkaitan kejuruteraan dan aplikasi geologi dengan empat sesi untuk pembentangan.

    Empat pembentang yang diundang ialah Mohamad Sulong dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Thony Badak (Sarawak Shell Berhad), Ng Kam Loong (X-Fab Sarawak) dan Prof. Zainuddin Abdul Manan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    Persidangan kali ini turut menyaksikan penyampaian anugerah berprestij iaitu Society of Petroluem Engineers (SPE) untuk Kertas Teknikal Terbaik termasuk wang tunai RM4,000 untuk setiap keempat-empat pelajar.

    Anugerah dan wang tunai disampaikan oleh Pengerusi SPE Sarawak, Dr. Jeroen Groenenboom kepada Raja Diana dan Shahul Hameed (aplikasi geologi), Kelvin Hii dan Teh Yen Swan daripada kejuruteraan mekanikal.

    Berucap pada majlis pembukaan, Timbalan Pro Naib Canselor, Profesor Alistair Inglis berkata, beliau berpuas hati dengan pembabitan pelajar tahun akhir dan para pembentang yang bertungkus lumus menjayakan persidangan itu.

    ''Pihak Curtin berharap usaha pelajar ini diteruskan pada persidangan akan datang untuk memperkaya mereka dengan ilmu dan pengalaman pembelajaran efektif.

    ''Pada masa yang sama, ia juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar dan sudah pasti mencabar," katanya.

    Pengerusi penganjur yang juga Ketua Jabatan Kejuruteraan Sains Kimia dan Sekolah Kejuruteraan, Freddie Panau berkata, persidangan kali ini membuktikan komitmen Curtin Sarawak untuk mencapai status cemerlang dalam pembelajaran kejuruteraan dan sains.

    Pakar USM terima anugerah tertinggi klinikal ACE

    Posted: 07 Dec 2010 08:09 PM PST


    WAN MOHAMAD


    KOTA BHARU 7 Dis. - Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan sejarah tersendiri apabila untuk julung kalinya, seorang pakar perubatan universiti itu menerima Anugerah Klinikal Antarabangsa 2010 daripada American College of Endocrinologist (ACE), baru-baru ini.

    Pakar tersebut, Perunding Kanan Endokrinologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Datuk Wan Mohamad Wan Bebakar menerima anugerah yang disampaikan oleh bekas Pengerusi ACE, Prof. Dr. Hussein Gharib di Kuala Lumpur.

    Penganugerahan itu dibuat sempena Kongres ACE ke-14 dan ini merupakan kali pertama kolej berkenaan memberikan anugerah berprestij tersebut kepada seorang pakar dalam bidang endokrin dari Asia.

    Pemilihan Dr. Wan Mohamad dibuat mengambil kira sumbangan beliau dalam meningkatkan perkhidmatan rawatan pesakit endokrin di negara ini dan Asia umumnya.

    Kepakaran beliau dalam bidang berkenaan telah membolehkannya memberikan pendidikan berterusan dan latihan berkaitan kepada kakitangan dan pegawai perubatan di hospital-hospital.

    Malah, kepakaran beliau dalam bidang tersebut turut membolehkannya menerbitkan jurnal dan buku perubatan mengenai rawatan penyakit berkenaan.

    Dr. Wan Mohamad ketika dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan ACE terhadap penglibatan dan kepakarannya dalam bidang endokrin.

    "Saya akan meneruskan penyelidikan dalam bidang itu supaya penyakit berkenaan dapat dicegah di samping meningkatkan kesedaran orang ramai dalam penjagaan serta rawatannya," katanya ketika dihubungi di sini.

    Beliau turut berharap anugerah yang diberikan itu menjadi dorongan kepada pakar-pakar tempatan yang terlibat sama dalam bidang berkenaan supaya meneruskan usaha murni mereka untuk membantu pesakit, seterusnya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

    Menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pakar-pakar bidang endokrin dalam meningkatkan penyelidikan mereka supaya kelak hasil yang diperolehi dapat digunakan untuk membantu pesakit yang sangat mengharapkan bantuan.

    Tambahan pula katanya, akhir-akhir ini terdapat banyak sebab yang menjadi punca kepada penyakit tersebut.

    "Kemajuan dan hasil penyelidikan yang dicapai diharap dapat mengatasi masalah penyakit tersebut bagi membolehkan pesakit menjalani kehidupan lebih baik pada masa hadapan," katanya.

    70% pelajar IPT terdedah kemalangan

    Posted: 07 Dec 2010 08:08 PM PST


    Saifuddin Abdullah melepaskan sebahagian peserta konvoi pada Konvoi Muhibah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di taman rekreasi Kubang Gajah, baru-baru ini.


    TEMERLOH 7 Dis. – Semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta disaran mengadakan lebih banyak aktiviti konvoi bermotosikal kerana ia dapat mendidik pelajar tentang keselamatan jalan raya.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lebih 70 peratus pelajar IPT menggunakan motosikal dan ia mendedahkan mereka kepada bahaya kemalangan.

    Katanya, hanya segelintir pelajar memiliki kereta dan menaiki kenderaan awam.

    "Kadar kemalangan motosikal adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding pengguna jalan raya lain seperti kereta, bas dan pejalan kaki," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Muhibah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di taman rekreasi Kubang Gajah, di sini hari ini.

    Konvoi Muhibbah 1Malaysia disertai lebih 100 pelajar membabit 27 politeknik seluruh negara bertujuan mendedahkan mereka dengan aktiviti masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar.

    Konvoi yang bermula pada 21 November lalu bertolak daripada Politeknik Shah Alam dan singgah di Temerloh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan dan Pekan.

    Semasa di lokasi, peserta konvoi menjalankan pelbagai kegiatan khidmat masyarakat dengan penduduk tempatan.

    Menurut Saifuddin, pendedahan secara khusus mengenai keselamatan jalan raya kepada pelajar boleh mengelakkan lebih banyak kemalangan di kalangan mereka yang menggunakan motosikal semasa menghadiri kuliah.

    Tambahnya, penerangan dan pemahaman undang-undang jalan raya perlu dipertingkatkan kepada pelajar terbabit sebagai panduan kerana sebahagian besar kemalangan membabitkan faktor penguna.

    Katanya, adalah menjadi tanggungjawab pengurusan IPT untuk memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat semasa di jalan raya.

    Saifuddin berkata, jika berlaku kemalangan maut terutama membabitkan pelajar IPT, ia bukan sahaja merugikan kepada keluarga, malah kepada negara kerana mereka bakal pemimpin masa depan.

    UiTM yakin rangkul 8 emas dalam kejohanan Karisma

    Posted: 07 Dec 2010 08:06 PM PST


    Sebahagian atlet dan pegawai kontinjen UiTM Pahang yang diketuai Muhammad Mohktar Samat bersemangat untuk mendapatkan lapan emas pada Kejohanan Sukan Mahasiswa UiTM 2010 di Pusat Sukan Stadium UiTM Shah Alam, Selangor, hujung bulan ini.


    MARAN 7 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang yakin mampu memperoleh emas dalam lapan acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Mahasiswa UiTM (Karisma) 2010 di Pusat Sukan Stadium Shah Alam, hujung bulan ini.

    Ketua Kontinjen UiTM Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, acara tersebut adalah bola sepak, badminton, futsal bagi kategori lelaki manakala bola jaring, boling padang, silat, taekwando dan pingpong bagi kategori wanita.

    Menurutnya, UiTM Pahang memiliki rekod cemerlang apabila menjuarai acara silat, taekwando dan futsal wanita pada Karisma 2008.

    "Prestasi yang ditunjukkan atlet UiTM Pahang sangat membanggakan malah, ramai bakat baru dapat diketengahkan dan akan diasuh agar mereka ini menjadi atlet pelapis negara," katanya.

    Seramai 322 atlet dan pegawai kontinjen UiTM Pahang yang menyertai kejohanan itu yang bermula dari 20 hingga 25 Disember ini.

    Kira-kira 3,000 atlet dan pegawai dari 15 kampus cawangan UiTM seluruh negara berkampung di Pusat Sukan Stadium Shah Alam bagi menyertai 20 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan itu.

    Muhammad Mohktar yang juga Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Pahang berkata, seramai 190 atlet lelaki, 90 (wanita) dan 42 pegawai bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan tersebut.

    Tegasnya, moto atlet UiTM Pahang, Amuk Tok Gajah dan Juara milik kita diharap menjadi pencetus semangat atlet untuk berusaha bersungguh-sungguh menggapai seberapa banyak pingat emas.

    Katanya, Karisma ialah Kejohanan Sukan Mahasiswa UiTM yang diadakan secara dwitahunan bagi mencungkil bakat penuntut dalam bidang sukan untuk mewakili universiti dan negara.

    "Melalui kejohanan ini, UiTM Pahang berjaya menonjolkan atlet sukan memanah dalam pertandingan antara universiti, Sukan Malaysia (Sukma) dan di peringkat antarabangsa," katanya.

    Ringankan beban pesakit jantung

    Posted: 07 Dec 2010 08:02 PM PST


    Kajian SHIFT mengesahkan bahawa pengurangan kadar denyutan jantung boleh mengurangkan risiko kematian. - Gambar hiasan


    Kisah joseph merupakan antara sekian banyak rakyuat negara ini yang menderita sakit jantung. Berdasarkan kadar semasa, tiga hingga 20 daripada setiap 1,000 penduduk negara ini mengalami masalah itu. Dianggarkan 660,000 orang akan menderita akibat masalah tersebut menjelang 2020.

    Penyelidik perubatan menganggarkan jumlah itu akan meningkat dengan ketara apabila semakin ramai dihinggapi penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung koronari.

    Sebenarnya, peningkatan jumlah kes penyakit jantung sebahagiannya berpunca daripada kejayaan perubatan moden yang memungkinkan semakin banyak pesakit terselamat daripada serangan jantung untuk hidup lebih lama.

    Bagaimanapun, pesakit terbabit kemudiannya terpaksa bergelut dengan masalah lemah jantung sebab pernah diserang penyakit berkenaan.

    Masalah itu didapati meningkat dengan ketara dalam kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan boleh mencapai kadar 100 kes bagi setiap 1,000 penduduk.

    Di Malaysia, penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu sejak tiga dekad lepas. Manakala kegagalan jantung menjadi punca 10 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke wad.

    Peningkatan itu lebih ketara apabila Malaysia semakin menghampiri sasarannya untuk mencapai taraf negara maju dengan penduduk dianggarkan berjumlah 33.4 juta orang pada 2020.

    Kebanyakan masalah jantung berpunca daripada ketidakmampuan organ itu mengepam jumlah darah yang diperlukan oleh tubuh dengan secukupnya.

    Dalam sesetengah kes, ia berlaku apabila jantung tidak dapat membekalkan darah yang mencukupi atau tidak mampu mengepam darah ke bahagian tubuh lain kerana kurang bertenaga.

    Gejala dan tanda lazim yang menunjukkan seseorang itu mengalami kegagalan jantung ialah kesukaran untuk bernafas, kelesuan dan mengalami kesesakan bendalir.

    Tanda lain termasuk kembung pada bahagian abdomen, kerap batuk dengan mengeluarkan kahak berbuih serta lemah ingatan.

    Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata, tahap keseriusan kegagalan jantung mengikut klasifikasi Persatuan Jantung New York (NYHA)terbahagi kepada empat kategori - Kelas 1 (tiada had dikenakan bagi kegiatan), Kelas II (had dikenakan bagi kegiatan tertentu, khususnya kegiatan berat), Kelas III (had dikenakan bagi kegiatan harian kurang daripada biasa) dan Kelas IV (sukar bernafas ketika berehat atau menjalankan kegiatan minimum).

    "Kegagalan jantung mempunyai kaitan dengan kelemahan prognosis (ramalan). Bagi pesakit yang tergolong dalam Kelas III dan IV NYHA, prognosis menganggarkan akan berlaku 50 peratus kematian pada tahun pertama.

    "Bagaimanapun, pada keseluruhannya, prognosis bertambah baik dalam tempoh dua dekad lepas hasil kemajuan dalam bidang farmaseutikal dan pembedahan, manakala bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung lebih teruk, prognosisnya tetap kekal demikian," katanya pada taklimat kepada media.

    Namun, kata Dr. Kui Hian, kajian global baru-baru ini tentang rawatan yang diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung kronik di 37 negara, termasuk Malaysia, menunjukkan penggunaan sejenis agen penurunan kadar denyutan jantung kepada tahap terapi standard, mampu mengurangkan risiko kematian.

    Ia juga mengurangkan keperluan mereka untuk dimasukkan ke wad

    Kajian SHIFT (Systolic Heart Failure Treatment with the If Inhibitor Ivabradine Trial), yang di jalankan selama empat tahun dengan dibiayai pengeluar ubat-ubatan, Servier, yang hasilnya dibentangkan pada Kongres Kardiologi Persatuan Eropah di Stockholm dan disiarkan dalam The Lancet menunjukkan kaedah itu amat bermanfaat dalam merawat kegagalan jantung.

    Antara penemuan paling penting dalam kajian itu ialah agen penurunan kadar denyutan jantung dikenali sebagai Ivabradine, mampu menambah baik keadaan kardiovaskular, gejala dan kualiti kehidupan apabila ia digabungkan dengan terapi berpandukan garis panduan sedia ada terhadap pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan kelemahan sistolik.

    Kajian ini memberi fokus terhadap kesan ubat-ubatan yang digunakan bersama saluran F, yang mampu mengurangkan kadar denyutan jantung.

    Saluran F berfungsi menjana nadi elektrik yang menyebabkan jantung berdenyut.

    Prof. Dr. Wan Azman Wan Ahmad, seorang daripada penyelidik utama dalam kajian SHIFT di Malaysia berkata, penemuan itu merupakan kemajuan penting dalam merawat kegagalan jantung kerana ia mengurangkan risiko kematian dan keperluan pesakit yang mengalami kegagalan jantung mendapat rawatan di wad.

    "Kini, pesakit jantung mempunyai harapan baru bukan saja dalam memberi kualiti kehidupan lebih baik kepada mereka dan mengurangkan risiko kematian, tetapi juga memberi lebih banyak peluang kepada pesakit yang tidak sesuai menerima rawatan jantung yang menggunakan kaedah lain, untuk selamat," katanya.

    Kajian itu merupakan penyelidikan morbiditi-mortaliti terbesar yang pernah dijalankan tentang kegagalan jantung yang dialami lebih 6,500 pesakit dari 37 negara, yang didiagnos mengalami kegagalan jantung peringkat sederhana dan teruk serta kadar jantung sekurang-kurangnya 70 denyutan seminit, untuk tempoh 23 bulan.

    SHIFT juga adalah kajian yang julung kali diadakan untuk mengesahkan bahawa pengurangan kadar denyutan jantung boleh mengurangkan risiko kematian atau keperluan pesakit yang mengalami kegagalan jantung dimasukkan ke wad.

    Ini seterusnya menunjukkan bahawa kadar denyutan jantung mempunyai pengaruh besar terhadap penyakit.

    Pakar kardiologi, Dr. Choo Gim Hooi pula berkata, penemuan itu merupakan suatu kejayaan penting dalam usaha merawat kegagalan jantung.

    "Kajian SHIFT memberi gambaran penting kepada pesakit dan doktor tentang masa depan dalam bidang rawatan dan pengurusan kegagalan jantung.

    "Walaupun banyak kes kegagalan jantung mungkin tidak dapat dipulihkan kepada keadaan asalnya, tetapi hasil daripada kajian SHIFT, kini pesakit mempunyai harapan untuk menikmati kualiti kehidupan lebih baik dan mampu hidup dengan lebih lama," katanya.

    MP bukan cari salah

    Posted: 07 Dec 2010 07:59 PM PST


    Mislan Anuar (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan perbarisan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) sempena hari ulang tahun KPTD ke -57 Pusat Latihan KPTD (Pulapot), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    SUDAH menjadi tradisi dalam angkatan tentera, lambang MP (Polis Tentera) dan beret merah amat digeruni oleh mereka yang melakukan kesalahan.

    Mereka yang memakai lambang dan beret itu merupakan anggota Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) yang bertanggungjawab menjaga disiplin dan penguatkuasaan undang-undang dalam pasukan tentera.

    Provos Marsyal Tentera Darat (TD), Kolonel Mislan Anuar memberitahu, peranan KPTD dilakukan oleh tiga pecahan cabang kemahiran melalui pelaksanaan tugas provos iaitu trafik dan istiadat, kawalan keselamatan fizikal dan cawangan siasatan.

    Umumnya, tugas provos adalah untuk menguatkuasakan peraturan am termasuk tugas istiadat seperti pengiring orang kenamaan serta pergerakan konvoi-konvoi tentera.

    Bagi kawalan kedudukan penting seperti kem-kem tentera pula, ia dilaksanakan di bawah kawalan keselamatan fizikal.

    "Siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk aktiviti penyalahgunaan dadah pula dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ). Siasatan ini berkaitan kes-kes yang membabitkan anggota dan pegawai TD termasuk kes-kes syariah, rasuah, kemalangan, penipuan dan sebagainya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa sambutan hari ulang tahun KPTD ke-57 baru-baru ini.

    Sebelum ini, siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk dadah melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TD dilaksanakan oleh 91 Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) KPTD.

    Selepas 1 Ogos 1993, 91 CPK telah diserap dan diletakkan di bawah Cawangan Provos Marsyal ATM .

    Sehubungan itu, staf dan keanggotaan pasukan itu terus diserapkan ke cawangan tersebut dan KPTD terpaksa menubuhkan perjawatan ad hoc dan melatih semula keanggotaannya bagi membantu TD melaksanakan tugas-tugas siasatan kes jenayah.

    Sejajar dengan Pelan Pembangunan Strategik TD 'Army 2 10 Plus 10, penubuhan pasukan khas penyiasat yang dinamakan 48 CSJ KPTD telah direalisasikan bagi memenuhi keupayaan dan keperluan tugas-tugas penyiasatan.

    Secara rasmi Cawangan itu telah ditubuhkan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2007.

    Menurut Mislan, antara peranan dan tanggungjawab 48 CSJ KPTD adalah mengesan, mencegah, menangkap dan menyiasat anggota TD dan mereka yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan dan terlibat dalam salah laku jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

    "Kita juga memberi khidmat nasihat dan membantu pemerintah tentera setempat berhubung perlakuan dan pencegahan jenayah," katanya.

    Selain itu, 48 CSJ KPTD juga menyedia dan menyalurkan statistik rekod jenayah bagi tujuan penyimpanan rekod dan tapisan keselamatan.

    Mereka juga perlu menyediakan kertas penyiasatan bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah Tentera atau pun perbicaraan pemerintah tentera di samping membantu dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa awam dalam penyaluran maklumat.

    Beliau seterusnya menegaskan, CSJ KPTD bukan berperanan mencari kesalahan mana-mana pihak dalam TD.

    "Apabila kita menjalankan tugas termasuk menyiasat, kami sebenarnya mencari fakta dan kebenaran. Kami bukan mencari kesalahan seseorang," katanya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, 48 CSJ KPTD terdiri daripada Markas 48 CSJ, Markas CSJ Zon dan Detasmen CSJ.

    "Markas 48 CSJ KPTD beroperasi di Jabatan Arah Polis Tentera di Kementerian Pertahanan," katanya.

    Terdapat dua sel di bawah Markas 48 CSJ KPTD iaitu Sel Siasatan Jenayah dan Sel Pembangunan dan Teknikal Siasatan.

    "Sel Siasatan Jenayah mempunyai tiga unit iaitu Unit Siasatan Jenayah, Unit Anti-Narkotik dan Unit Risikan Jenayah," katanya.

    Sel Pembangunan dan Teknikal Siasatan pula terdiri daripada Unit Pembangunan dan Analisis dan Unit Proses dan Rekod.

    Aspek-aspek perundangan, pembangunan modal insan, pembangunan peralatan penyiasatan serta aspek teknikal siasatan dan bantuan kepakaran akan diberi perhatian oleh sel ini, kata Mislan.

    "Ini termasuklah bantuan kepakaran Tim Poligraf yang boleh mengesan sebarang aktiviti penipuan apabila seseorang itu disoal siasat selain forensik dan fotografi.

    "Kami mempunyai peralatan poligraf yang akan digunakan apabila melakukan soal siasat," katanya.

    Beliau berkata, sesuatu yang menarik ketika menjalankan tugas, anggota CSJ KPTD sentiasa akan membawa bersama taser gun iaitu senjata yang menggunakan arus elektrik dan mampu melemahkan suspek yang cuba melawan ketika diberkas.

    Senjata berkenaan dikatakan mampu 'melumpuh' seketika mana-mana individu walaupun orang terbabit mempunyai kekuatan luar biasa.

    "Sebaik sahaja pihak yang hendak diberkas itu jatuh atau tumbang akibat penggunaan taser gun tersebut, anggota CSJ akan bertindak memberkasnya," katanya.

    Dalam pada itu katanya, CSJ KPTD mempunyai data lengkap mengenai latar belakang setiap anggota dan pegawai dalam TD.

    Data berkenaan dapat digunakan bagi mengenal pasti setiap anggota yang terlibat dalam kemalangan dan sebagainya.

    "Data tersebut meliputi butir-butir DNA setiap anggota dan pegawai TD," katanya.

    Tambahnya, setiap anggota dalam CSJ telah diberi latihan dan kemahiran siasatan secukupnya. latihan dan kemahiran itu akan terus diberi bagi memahirkan mereka menjalankan tugas siasatan.

    "Selain latihan dan kursus dalam negara, anggota kami juga dihantar ke luar negara bagi menambah pengetahuan.

    "Untuk bergelar anggota dan pegawai CSJ KPTD, mereka perlu sekurang-kurangnya mempunyai latihan asas penyiasatan," katanya.

    Kebolehan lain yang perlu ada pada anggota dan pegawai CSJ KPTD adalah dari segi pengetahuan sains polis seperti aktiviti jenayah tempatan, penyediaan dan penggunaan alat saintifik, pengetahuan modus operandi penjenayah serta latar belakang tempatan di mana penyiasat itu bertugas.

    Beliau berkata, penyiasat CSJ juga perlu mempunyai pengetahuan dalam sains kelakuan penjenayah termasuk asas kriminologi dan psikologi.

    "Selain mempunyai pengetahuan undang-undang dan mengetahui hak asasi manusia, penyiasat CSJ juga perlu menjalankan siasatan dengan akal yang waras kerana ia penting bagi menentukan keberkesanan siasatan," jelasnya.

    Marin latih penyelam skuba pelapis

    Posted: 07 Dec 2010 07:48 PM PST


    Mohd. Shukri Dahlan (tiga dari kiri) membantu seorang pelatih sebelum melakukan selaman.


    PASUKAN Gerakan Marin dan polis Terengganu mengorak langkah apabila bersama-sama melatih anggota serta pegawainya dalam kemahiran skuba.

    Sesuatu yang menjadi perhatian, langkah ini merupakan usaha meningkatkan lagi profesionalisme dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Projek perintis yang memberi kemahiran selam pada anggota dan pegawai ini melibatkan pelbagai jabatan dalam kontinjen Terengganu termasuk narkotik, cawangan khas, marin dan sebagainya.

    Ekoran program meningkatkan profesionalisme dalam kemahiran skuba itu, sebanyak 39 anggota dan pegawai polis telah menyahut cabaran kepimpinan PDRM dan akhirnya berjaya memperolehi lesen menyelam pada majlis tamat kursus di Pulau Redang, Terengganu baru-baru ini.

    Apa yang menarik, lesen menyelam itu nanti bakal digunakan oleh anggota dan pegawai terbabit dalam penugasan kepolisan seperti siasatan jenayah, mencari barang bukti, mencari mangsa lemas dan tugas-tugas yang berkaitan dengan kemahiran skuba.

    Sebelum ini, apabila berlaku sesuatu kes yang memerlukan kemahiran menyelam, tindakan dikatakan kali agak lambat memandangkan anggota yang mempunyai lesen selam adalah terhad.

    Di samping itu, mereka ini pula perlu didatangkan dari pusat tertentu yang jauh dari tempat kejadian dan ini sudah pasti mengambil masa agak lama.

    Dengan lebih ramai anggota polis mempunyai lesen menyelam di setiap daerah di Terengganu, mereka ini boleh diberi penugasan dan bergerak pantas terhadap sesuatu kes itu.

    Kursus tamat latihan menyelam oleh anggota dan pegawai itu termasuk 10 anggota wanita di Taman Laut Pulau Redang baru-baru ini, disempurnakan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd. Shukri Dahlan dan Komander Pasukan Gerakan Marin PDRM, Datuk Isa Munir.

    Lebih menarik, dua anggota Pasukan Gerakan Marin dari Wilayah Tiga yang turut mendapat lesen menyelam, telah mencatat sejarah dalam pasukan marin kerana menjadi dua wanita pertama mempunyai lesen menyelam.

    Sebelum ini, hanya anggota dan pegawai lelaki dari Pasukan Gerakan Marin sahaja yang mempunyai lesen menyelam.

    Mohd. Shukri ketika ditemui berkata, pendekatan polis Terengganu kini ialah meningkatkan profesionalisme setiap anggota dan pegawainya dalam pelbagai bidang termasuk kemahiran menyelam.

    ''Ini sejajar dengan sumbangan PDRM kepada pembangunan negara.

    ''Negara tidak akan rugi apabila memiliki aset terdiri daripada anggota dan pegawai PDRM yang mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh digunakan dalam penugasan kepolisan,'' katanya.

    Di samping itu, kata Mohd. Shukri, anggota dan pegawai yang menjalani latihan selam itu turut menjalankan aktiviti komuniti kepolisan.

    Mereka bukan sahaja belajar teknik-teknik menyelam, malah melakukan kerja-kerja pembersihan dasar laut bagi memulihara alam sekitar di dasar laut.

    Hasilnya, kira-kira 200 kilogram sampah-sarap seperti pukat, tali, botol dan sebagainya, berjaya dipungut dan dikeluarkan dari dasar laut.

    Mohd. Shukri berkata, langkah itu bukan sahaja dapat memulihara terumbu karang dan alam sekitar, malah memastikan kawasan pelancongan di Terengganu dipulihara dan Terengganu dapat terus jadi tumpuan pelancong.

    Beliau melihat, Terengganu yang mempunyai kaitan dengan maritim berikutan kedudukannya di Laut China Selatan selain terdapat tasik yang terbesar, memerlukan penjagaan berterusan dari agensi-agensi penguat kuasa seperti PDRM.

    ''Dalam hal ini, kita percaya apabila anggota dan pegawai polis Terengganu memiliki kemahiran tertentu seperti menyelam, ia akan membantu penguatkuasaan di Terengganu,'' katanya.

    Sementara itu, Isa pula berkata, latihan selam itu diadakan dengan bayaran paling minimum dan merupakan kerjasama antara IPK Terengganu dan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga.

    Anggota dan pegawai polis terbabit telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menghadiri latihan selam berkenaan semata-mata untuk meningkatkan profesionalisme masing-masing.

    ''Bagi Pasukan Gerakan Marin, kita berbangga kerana dua anggota wanita kita telah berjaya mencatat sejarah menjadi anggota marin wanita pertama memiliki lesen skuba,'' katanya.

    Ekoran itu, kata Isa, pihaknya sedang memikirkan untuk meluaskan lagi skop penugasan anggota dan pegawai marin wanita berkenaan.

    ''Kita sedang memikirkan agar peluang dan penugasan anggota-anggota marin wanita diperluaskan lagi.

    ''Tidak mustahil pada masa hadapan lebih ramai anggota marin wanita diberi penugasan selam sama seperti anggota lelaki,'' katanya.

    Isa menambah, selain latihan menyelam dan projek komuniti membersihkan dasar laut dari sampah-saraph, program di Pulau Redang itu dapat merapatkan lagi kerjasama dan persefahaman antara PDRM dan penduduk setempat.

    Menurutnya, melalui kerjasama sedemikian, ia dapat membantu PDRM dalam menangani segala bentuk masalah jenayah.

    Dalam pada itu, penyelaras latihan selam berkenaan, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, kehadiran para penyelam itu di Pulau Redang secara langsung dapat meyakinkan pelancong bahawa destinasi pelancongan di Terengganu adalah selamat.

    ''Program komuniti kepolisan seperti pembersihan sampah-sarap di dasar laut ini pula membukitkan bahawa PDRM juga prihatin dengan isu-isu alam sekitar,'' katanya.

    Menurutnya, pembabitan pasukan polis dalam program-program komuniti dengan penduduk setempat seperti di Pulau Redang itu akan merapatkan lagi rangkaian kerjasama antara polis dan masyarakat.

    Anak Yeop Hitler jadi toyol

    Posted: 07 Dec 2010 07:47 PM PST

    EJA...bawa watak isteri nelayan bernama Sutera dalam filem Janin.
    EJA...bawa watak isteri nelayan bernama Sutera dalam filem Janin.
    SERAM...filem Janin dibintangi Riz dan Allisyah akan menemui peminat pada 23 Disember ini.
    SERAM...filem Janin dibintangi Riz dan Allisyah akan menemui peminat pada 23 Disember ini.

    WATAK Sutera, isteri seorang nelayan dalam filem Janin benar-benar menguji kredibiliti pelakon Siti Shahrizah Saifuddin, 38, atau Eja sepanjang 14 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

    Lebih-lebih lagi, julung kali Eja beraksi dalam filem seram bergandingan dengan seorang lagi pelakon senior Hairie Othman dalam cereka arahan Yeop Hitler Zami itu.


    "Sebenarnya penggambaran filem ini sudah dibuat tiga tahun lalu. Bagi saya, Janin bukan sekadar filem seram, tapi ia sarat dengan drama, emosi, perasaan, sedih dan mesej kekeluargaan.

    "Ia juga ada kritikan sosial yang ingin disampaikan kepada masyarakat iaitu jangan suka dengar cakap orang kerana itulah yang berlaku pada Sutera yang suka dengar cakap jiran tetangga sehingga tidak percayakan suami sendiri, Hashim," katanya.


    Eja berkata, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana tertarik dengan naskhahnya.


    "Saya berlakon dalam filem ini kerana skrip dan jalan ceritanya yang bagus.

    "Watak Sutera yang juga ibu kepada tiga anak banyak bermain emosi dan sangat berat untuk dibawa. Dan memang menjadi cara saya mengambil skrip filem ini terlebih dulu untuk mengkaji watak diserahkan."Selepas habis baca skrip, bulu roma saya meremang dan saya tahu karakter itu memang untuk saya.

    "Biasanya saya akan pilih skrip yang ada roh dan jiwa di dalamnya. Ternyata watak Sutera ini tepat buat saya," katanya.

    Pada masa sama, Eja juga mengakui dia tiada masalah mencari keserasian dengan Hairie yang pegang watak suami kepada Sutera kerana dia pelakon yang cukup berpengalaman.


    "Bagaimanapun, ini kali pertama saya bekerja dengan Yeop dalam filem. Saya juga sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan dan biarlah penonton yang menilai hasilnya di pawagam nanti. Saya percaya, cerita ini harus ditonton seisi keluarga kerana mesejnya yang kuat kepada masyarakat," katanya.

    Bercerita pengalaman mencabar ketika berlakon dalam filem itu, kata Eja, antara babak yang sukar dilupakan ketika melakonkan babak Sutera berdayung dengan anak kecil di tengah lautan bergelora.


    "Bayangkan, ketika buat babak itu tiba-tiba ada bunyi siren tsunami. Apa yang bermain di fikiran saya ketika itu, jika berlaku kejadian yang tidak diingini bagaimana saya ingin menyelamatkan diri bersama anak kecil itu kerana saya tidak tahu berenang. Penggambaran babak itu terpaksa dihentikan dan kami berpindah ke lokasi lain," katanya.


    Ditanya sama ada dia mengalami gangguan sepanjang penggambaran filem itu di hutan, Eja mengakui ada ketika bulu romanya meremang ketika berada di dalam huta.


    "Saya tidak mengalami kejadian menyeramkan kerana sentiasa menjaga peri laku dalam hutan dan membaca ayat suci al-Quran sepanjang penggambaran terutama di kawasan baru dimasuki.


    "Saya akui ada makhluk halus hadir kerana apabila kita masuk ke lokasi yang baru itu terasa sesuatu di sekeliling kita," katanya.

    Bintangi dua drama bersiri
    Dalam perkembangan lain, duta produk kecantikan dan pelangsingan badan Bio Essence selama dua tahun itu terbabit dengan dua projek drama baru iaitu drama bersiri 26 episod, Aku Bukan Mariam dan siri 13 episod, Mantera Anjasmoro.


    Pada sesi fotografi bersama Rap di Studio Balai Berita, baru-baru ini, Eja digandingkan dengan dua lagi pelakon filem Janin, Riz dan pelakon kanak-kanak berbakat, Nur Allisyah Aqilah Mohd Latif.

    Riz atau nama sebenarnya Ainurizam Ainuddin, 32, pula mengakui sudah tidak sabar menunggu Janin ditayangkan di pawagam.

    Janin adalah filem ketiga lakonannya selepas Antoo Fighter dan Hooperz sejak berkecimpung dalam bidang lakonan empat tahun lalu.


    "Dalam dua filem sebelum ini, saya hanya pegang watak undangan, tapi dalam Janin, saya pegang watak yang tidak kurang pentingnya. Watak saya sebagai nelayan bernama Khir.

    "Penggambaran filem ini dibuat di Umbai, Melaka dan membabitkan tempoh selama 35 hari. Bayangkan, saya terpaksa berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk menjayakan penggambaran filem ini.


    "Maklumlah, saya sudah berkahwin dan ketika itu anak masih kecil. Namun, saya bertuah kerana isteri menyokong minat saya dalam bidang seni dan penggambaran filem ini juga berjalan lancar," katanya.


    Riz juga mengakui berhadapan dengan cabaran besar sepanjang menjayakan penggambaran filem itu.


    "Saya penakut, tetapi hendak mencuba juga berlakon filem seram. Penggambaran filem ini pula banyak dibuat dalam kawasan hutan dan di tepi laut.

    "Sedangkan sebelum ini saya jarang masuk hutan. Babak paling menyeramkan ketika orang kampung dikerat badannya dalam pondok di kampung itu," katanya.


    Bercerita pengalamannya bekerja dengan Eja, kata Riz, dia pernah bekerja dengan pelakon berkenaan dalam berdrama siri Sadiq & Co.


    "Saya tiada masalah mencari keserasian dengan Eja kerana ini kali kedua kami bekerjasama. Pada masa sama, saya juga tidak ada banyak babak dengan Eja kerana lebih banyak babak dengan Hairie Othman.

    "Ketika berlakon dengan Eja dulu saya masih baru dalam bidang ini dan Eja pula orang lama jauh lebih berpengalaman.

    "Kali pertama saya bekerja di bawah arahan Hitler, saya tengok dia seorang pengarah yang sangat serius dan teliti ketika di lokasi. Banyak ilmu lakonan saya belajar dengannya sepanjang berlakon dalam filem ini," katanya.


    Model yang juga pengacara program Mengejar Impian dan bapa kepada tiga anak ini juga pemegang ijazah perakaunan dari University Midlesex, United Kingdom.

    Bukan saja Riz yang tidak sabar, Nur Allisyah, 10, yang juga anak kepada pengarah Janin, Yeop Hitler Zami yang bawa watak toyol betina bernama Esah juga teruja untuk melihat hasil filem berkenaan.


    Allisyah yang lebih mesra dengan panggilan Baby menjadi 'bidan terjun' dalam Janin mengakui ia kali pertama dia berlakon filem.

    "Saya berlakon dalam filem ini selepas diminta bapa menggantikan watak seorang pelakon lain pada saat akhir sebelum penggambaran filem itu bermula. Bapalah yang memujuk saya untuk berlakon dalam filem ini.

    "Tiada masalah berlakon dalam Janin cuma saya penat menunggu dan mengantuk kerana penggambaran filem ini berakhir pada jam 4 pagi dan pada masa sama, saya juga disolek selama empat jam untuk menjadi toyol," katanya.

    Tambahnya lagi, bapanya juga memberi bimbingan padanya bagaimana untuk menjiwai watak toyol itu.


    "Saya tidak takut melakonkan watak toyol kerana saya tahu ia sekadar lakonan," katanya.


    Penuntut tahun empat, Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh yang juga anak bongsu dari tiga beradik ini berkata, dia tiada masalah untuk membahagikan masa antara lakonan dan pelajarannya.


    Janin terbitan Primeworks Studios di bawah label Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 23 Disember ini.

    Filem ini turut dibintangi Sherry Merlis, Zami Ismail, Kismah Johar, Zulkifli Md Zain, Rashidah Jaafar, Ghazali Abu Noh, Kuswadinata, Datuk Rahim Razali, Alanaaz Jahan dan Mohd Idris Mohd Diah.

    Tertinggal tangan

    Posted: 07 Dec 2010 07:43 PM PST

    SAKIT...suspek ditemui terbaring ketika ditahan. Gambar kecil, pergelangan tangan yang ditemui di lokasi kejadian.
    SAKIT...suspek ditemui terbaring ketika ditahan. Gambar kecil, pergelangan tangan yang ditemui di lokasi kejadian.

    JERTIH: Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat sini, mungkin tidak sedar dia tertinggal pergelangan tangan kirinya selepas ditetak pemilik rumah berkenaan sebaik menyedari kediamannya diceroboh, awal pagi semalam.

    Kejadian berlaku selepas pemilik rumah yang juga penternak ikan dalam sangkar itu berang sebaik melihat seorang lelaki sedang mengumpil tingkap rumahnya sejurus terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pelik.

    Menceritakan kejadian berkenaan, penternak yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia tidur bersama enam ahli keluarga lain sebelum terjaga kira-kira jam 3 pagi.

    "Kerana mengesyaki sesuatu, saya terus mengambil parang dan keluar melalui pintu utama sebelum melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah dan saya terus melibaskan parang."Dia yang menyedari kehadiran saya memusingkan badan ke arah saya menyebabkan libasan itu terkena pergelangan tangan kiri dan ketika terkena libasan, lelaki berkenaan langsung tidak menjerit sebaliknya terus melarikan diri," katanya.


    Katanya, dia melihat pergelangan tangan mangsa jatuh di halaman rumah dan mengesyaki lelaki itu tidak menyedarinya kerana panik dengan kehadirannya.

    "Dia mungkin panik untuk menyedari pergelangan tangannya putus," kata pemilik rumah itu yang membuat laporan polis kira-kira jam 4 pagi di Balai Polis Kampung Raja, di sini.

    Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa kawasan sekitar serta menemui pergelangan tangan suspek lalu dihantar ke Hospital Besut (HB) pada jam 5.30 pagi.

    Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Che Zakaria berkata, gerakan mengesan suspek dilakukan berdasarkan bukti dan gambaran diperoleh dari mangsa sebelum serbuan dilakukan di sebuah chalet berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi.

    "Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis menyerbu kawasan terbabit sebelum mereka terdengar tangisan seorang wanita di chalet itu dan menemui suspek terbaring dengan tangannya ditutup dengan bantal," katanya.

    "Selepas diperiksa, kami mendapati lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu itu tidak mempunyai pergelangan tangan menyebabkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

    Wanita yang ditahan bersama suspek berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Cerang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, mendakwa dirinya isteri suspek berkenaan.

    Selepas ditahan, suspek yang mengalami pendarahan teruk akibat terkena tetakan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangan untuk penyambungan semula.

    Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama teman wanitanya baru menyewa di chalet itu dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus dia selesai menjalani rawatan.

    Rumah haram di tapak sampah

    Posted: 07 Dec 2010 07:41 PM PST

    KOTOR...penempatan haram warga asing di kawasan pelupusan sampah Wira Damai, Batu Caves.
    KOTOR...penempatan haram warga asing di kawasan pelupusan sampah Wira Damai, Batu Caves.
    DEGIL...lori yang mengangkut sampah di kawasan pelupusan terbabit.
    DEGIL...lori yang mengangkut sampah di kawasan pelupusan terbabit.

    SELAYANG: Rumah haram bertapak di pelupusan sampah haram. Perkataan itu sesuai untuk menggambarkan kegiatan satu sindiket didalangi warga tempatan dipercayai menggaji pendatang asing tanpa izin untuk bekerja di tapak pembuangan sampah haram di Wira Damai, Batu Caves, di sini, selain menjadikan kawasan itu sebagai tempat tinggal warga asing terbabit.

    Sindiket yang dikenali sebagai Geng Mat Juta bersama tiga rakannya dikesan beroperasi di kawasan pembuangan sampah berkenaan sejak dua tahun lalu, licik memperdaya pihak berkuasa dengan menjadikan tempat terlindung itu sebagai penempatan haram untuk pekerja terbabit.


    Menurut sumber, terdapat kira-kira 40 pendatang tanpa izin tinggal di situ dengan dikawal pihak tertentu dipercayai pekerja sindiket terbabit yang memantau pergerakan lori serta kenderaan keluar dan masuk ke kawasan pembuangan sampah berkenaan.

    Katanya, semua pendatang yang bekerja di situ tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan bekerja di situ atas arahan ketua sindiket yang mengawal laluan masuk ke kawasan terbabit bagi mengelak diserbu pihak berkuasa. Difahamkan, kawasan pembuangan sampah haram itu sudah ditutup Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan tinjauan Harian Metro mendapati terdapat notis larangan pembuangan sampah di laluan masuk kawasan berkenaan.


    Bagaimanapun, terdapat beberapa lori yang keluar dan masuk ke tapak pelupusan berkenaan untuk membuang sampah dan tidak mempedulikan larangan MPS.


    Sumber berkata, tempat tinggal itu juga dijadikan sarang maksiat kerana 'pemilik' tapak berkenaan sering membawa teman wanita yang juga warga asing ke situ sehingga ada yang mengandung dan melahirkan anak."Selain mengurus sampah, sindiket terbabit mengupah pekerja asing untuk memelihara lembu di kandang yang dibina bersebelahan kawasan itu. Mereka menjadikan kawasan itu seperti tanah mereka dengan bertindak sesuka hati tanpa bimbang tindakan undang-undang kerana dilindungi pihak tertentu," katanya.


    Menurutnya, penduduk di kawasan itu tidak berani mengadu kepada pihak berkuasa kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

    Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Selangor, Johari Supardi, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kehadiran pendatang asing di kawasan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

    Graduan 'ulat buku' tak ke mana

    Posted: 07 Dec 2010 07:19 PM PST

    PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja  perlu mempunyai kecemerlangan  akademik malah kualiti modal insan.
    PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja perlu mempunyai kecemerlangan akademik malah kualiti modal insan.
    MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.
    MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.

    JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.

    Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.


    Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

    Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.


    Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.


    Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan."Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.


    "Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.

    "Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.


    Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.


    "Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.


    Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).


    Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.


    Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.


    Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.


    "Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.


    "Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.


    "Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.

    Farah Diana Tak Rasa Tersisih Selepas Bertudung

    Posted: 07 Dec 2010 07:15 PM PST

    Farah manis bertudung.

    SHAH ALAM: Membuat keputusan untuk memakai tudung pada Julai lalu tidak membuahkan perasaan negatif kepada penyanyi Farah Diana Anuar, 25.

    Malah dia semakin selesa dengan penghijrahan tersebut. Tidak pernah terlintas perasaan akan disisihkan atau timbul persoalan diskriminasi.

    "Saya rasa 'ok' dan tidak perlu bimbang setelah memakai tudung dalam industri seni ini. Setakat ini, saya rasa alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah dan baik," kata Farah kepada mStar Online.

    Farah akui, kebanyakan fesyen yang diperagakan kini perlu bersesuaian dengan imej muslimah. Jadi, dia menjadikan buku dan Internet untuk mencari imej yang sesuai.

    "Saya tahu, apabila bertudung saya perlu menjaga imej dengan baik. Jadi, saya perlu memikirkan batasan dalam berpakaian. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini saya tidak pernah memakai pakaian seksi dan terdedah.

    "Alhamdulillah, ada juga pihak penaja seperti butik muslimah Hajaba yang ingin menaja pakaian saya," ujarnya.

    Farah mahu tampil dengan imej muslimah tersendiri.

    Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua ini terfikirkan banyak idea untuk stail bertudung selepas ini.

    "Saya sedang merancang untuk bekerjasama dengan mana-mana pereka fesyen untuk menghasilkan tudung saya.

    "Setakat ini, saya belum berjumpa dengan pereka fesyen yang secocok untuk bekerjasama. Mungkin saya akan mencuba Qudyn," kata pengacara program Rasa Halal Orient di Astro Oasis ini.

    Penyanyi lagu Tangisan Dalam Kerinduan dan Antara Dua ini telah mengembara ke Kemboja, Hong Kong dan Taiwan untuk menjayakan penggambaran program tersebut.

    Kini, program ini bakal memasuki musim kelima dan kemungkinan akan menonjolkan budaya masyarakat Islam di Vietnam pula.

    Menyentuh tentang perkembangan lain, Farah turut akan mengacara sebuah program televisyen di TV Al-Hijrah dan mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

    Sekali-sekala pada hujung minggu, dia akan sibuk dengan persembahan nyanyian dan merangka single terbaru.

    Gaun Pendek Saya Tak Seksi Melampau - Siti Nurdiana

    Posted: 07 Dec 2010 07:14 PM PST

    Penampilan terbaru Nana yang lebih berani menjadi buah mulut ramai pihak.

    PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, menegaskan penampilan barunya yang memakai gaun pendek di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru ini tidaklah terlalu seksi seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    Menurut Siti Nurdiana atau lebih selesa dipanggil Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.

    "Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

    "Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

    "Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul 'Tak Tahan'. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

    Imej Nana sebelum ini.

    Beritahu Nana, pembaharuan bukan sahaja dilakukan terhadap imejnya malah muzik yang dibawakan turut berbeza berbanding nyanyiannya dulu yang kini tampil dengan muzik alternatif rock dalam lagu barunya itu.

    "Lagu 'Tak Tahan' adalah projek solo pertama saya setelah dua tahun menyepi dan saya tampilkan muzik yang lain kepada peminat-peminat.

    "Kalau saya tampilkan lagu baru dengan konsep balada seperti dulu, orang akan tahu lagu tersebut saya yang nyanyi. Jadi saya nak ubah pandangan masayarakat bahawa saya juga mampu membawa muzik berbeza genre," ujar anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

    Sementara itu, Nana berkata dia telahpun berhenti kerja sebagai Kaunselor Pelajaran di City Universiti Kolej, Petaling Jaya, Selangor, kerana ingin memberi fokus pada karier seninya.

    "Sebenarnya bila dah biasa bergelar anak seni, agak sukar untuk saya bekerja mengikut waktu pejabat. Bila ada apa-apa sesi fotografi, susah saya nak ambil cuti.

    "Tambah pula sekarang ini saya perlu fokus dengan single baru saya dan kemudiannya album terbaru pula. jadi saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan naikkan karier saya semula sebaik mungkin.

    "Sekarang ini saya juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya baru sahaja habis sesi penggambaran bagi telefilem Nenas Dan Ikanku dan sebelum ini pula, saya berlakon bagi drama Aku Budak Minang 2.

    "Sekarang ini fokus saya ialah saya mahu meniakkan nama saya semula tidak kira dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan seni. Maklumlah saya dah tak bekerja lagi. Jadi kena kerja kuat demi anak," akhirinya.

    Titi Kamal Mahu Ulangi Kejayaan Filem 'Mendadak Dangdut'

    Posted: 07 Dec 2010 07:12 PM PST

    SELEPAS popular menerusi filem Mendadak Dangdut yang mendapat respon cukup baik pada tahun 2006 lalu, pelakon Titi Kamal (gambar) mahu mengulang semula kejayaan filem tersebut.

    Sejak akhir-akhir ini, isteri pelakon Christian Sugiono itu memang lebih banyak menghabiskan waktunya untuk menyanyi. Lantas dia membuat keputusan untuk meninggalkan lakonan sinetron dan filem untuk memfokuskan kepada dunia nyanyiannya.

    "Pada tahun ini, saya mahu tumpukan kepada single. Setelah promo single selesai, baru saya akan berlakon semula. Mungkin tahun 2011 baru saya akan kembali berlakon filem dan mahu mengulangi kejayaan filem Mendadak Dangdut," ujar Titi menurut detikhot.com, Selasa.

    Meski sedang berehat daripada lakonan, bintang filem Tri Mas Getir itu tetap mengikuti perkembangan dunia perfileman.

    Dia sempat menghadiri majlis Festival Filem Indonesia (FFI) 2010.