Adsense

Khamis, 28 Februari 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jamal Abdillah buat konsert kenang P. Ramlee

Posted: 28 Feb 2013 03:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Feb. - Raja Pop, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert solo untuk mengenang karya Tan Sri P. Ramlee di Panggung Sari, Istana Budaya selama empat malam berturut-turut bermula 30 Mei depan.

Kontroversi Shila Amzah: ND Lala adakan sidang media khas esok

Posted: 27 Feb 2013 11:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bapa kepada penyanyi Shila Amzah, iaitu ND Lala mengesahkan bahawa pihaknya akan mengadakan sidang akhbar khas malam esok bagi menjawab segala persoalan seperti yang telah dijanjikan...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sam kembali menyanyi

Posted: 27 Feb 2013 09:40 AM PST

Sekitar 1999, Shaheizy Sam pernah muncul bersama kumpulan diberi nama MOB dan ia bertahan untuk tempoh lima tahun. Bagaimanapun, nama lelaki ini lebih meletup apabila dia terbabit dalam lakonan, terutama selepas membintangi filem Bohsia pada 2009 dan Adnan Sempit (2010).

Namun, tahun lalu dia dan Yana kembali merakamkan lagu berjudul Begini Caranya yang dimuatkan dalam filem Aku Ada Kau Ada. Lagu itu mendapat sambutan baik sehingga melayakkan mereka bersaing pada separuh akhir Muzik Muzik. Sayangnya, lagu itu menarik diri sebelum saingan bermula.

Kini, bagai ingin melepaskan gian untuk menyanyi, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2010 ini akan kembali memasuki studio rakaman bersama dua rakannya, Syed Hussin dan Sheir, bagi merakamkan tiga single termasuk dua lagu Inggeris.

"Single ini hanyalah suka-suka dan bukan bererti Sam akan meninggalkan dunia lakonan. Dulu memang kami ada hasrat nak bergabung kembali, tetapi memandangkan dua tahun kebelakangan ini Sam sibuk dengan lakonan, jadi kami terpaksa melupakan hasrat itu dulu.

"Projek gabungan semula ini pun sekadar untuk seronok dan kalau diterima peminat, Insya-Allah mungkin akan ada single lain dikeluarkan selepas itu," katanya.

Band yang menampilkan lagu berkonsepkan R&B dan hip hop itu akan menguji keupayaannya untuk menyanyikan irama rap, setelah lama tidak beraksi.

Hampir sedekad tersimpan, lagu Bicara Hati menjadi single pertama mereka. Ia turut menyaksikan kerjasama Sam bersama kakaknya, Zizie Ezette.
"Sam tiada sasaran untuk pergi jauh dalam bidang ini, cuma projek ini dilakukan bagi memberikan sedikit kelainan buat peminat pada 2013. Lagu ini pula Sam pernah rakam bersama kakak satu ketika dulu, cuma ia tidak dikeluarkan. Jadi, inilah masa terbaik untuk berbuat begitu.

"Tahun lalu Sam sibuk cari duit, jadi sekarang bila sudah ada masa, lebih baik dikeluarkan karya yang tertangguh sebelum ini," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan calon Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25 anjuran Rafflesia di ibu kota, kelmarin.

Masih diberi peluang berada dalam Top 5 ABPBH 2012 dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Sam tidak meletakkan sebarang harapan dan menganggap kepercayaan diberikan peminat sudah cukup bermakna.

"Kali pertama dicalonkan dulu pun, memang Sam tiada buat apa-apa pun untuk menang. Semuanya hasil usaha keras peminat. Mengenai siri jelajah pula, Sam memang nak ikut, tetapi disebabkan sibuk dengan penggambaran, jadi agak sukar buat waktu ini. Insya-Allah, kalau ada masa Sam akan turut serta," katanya.

Bukan hanya ABPBH, Sam turut menerima dua pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, masing-masing menerusi filem Songlap dan SAM, pada FFM25 yang akan berlangsung 2 Mac ini.

Mengakui saingan dalam kategori itu amat sengit, dengan tiga pencalonan daripada filem Bunohan, Sam lebih suka memberikan penghargaan buat dua pengarah bagi filem Songlap, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak, yang dianggap berjaya membentuk wataknya dengan baik.

"Sam tak pernah nilai diri sendiri. Bagi Sam, apa yang orang nampak dan diterima, itulah Sam. Bila Sam tengok lakonan orang lain.

"Sam terfikir, kalau Sam dapat berlakon dalam Bunohan, Sam akan buat sehabis baik. Semua pelakon Bunohan sangat bagus dan berbakat sebab itu Sam cemburu tengok lakonan mereka," katanya yang akan muncul dengan filem Dua Kalimah, Kisah Paling Gangster dan Adnan Sempit 3 tahun ini.

Rabu, 27 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiada lagi cinta

Posted: 26 Feb 2013 11:22 AM PST

Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Seakan disuntik semangat baru hingga tiada garis duka pada wajahnya ketika pertemuan di sebuah majlis, semalam, penyanyi Patah Seribu itu tampak teruja menjawab segala pertanyaan media.

Berbanding ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, hanya menutup mulut selain selesa meluahkan rasa menerusi Twitter.

Kongsi Shila yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

Mengakui suka memendam, anak pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman, lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah nukilan terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada si dia.
"Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

"Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan," katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Sudah merancang dan mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu, anak sulung daripada empat bersaudara itu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

"Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula," katanya.

Black berkahwin selepas Aidilfitri

Posted: 26 Feb 2013 11:17 AM PST

Penyanyi popular, Black, merancang untuk mengakhiri zaman solonya bersama gadis dikenali sebagai Cira Khairi selepas Aidilfitri tahun ini.

Walaupun ada desas-desus mengatakan majlis perkahwinan penyanyi yang meletup dengan lagu Teman Pengganti bakal berlangsung September depan berdasarkan cerita kononnya dirinya sedang sibuk membuat persiapan hari bahagia, seperti menempah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis, namun ketika dihubungi semalam, Black menafikan perkara itu.

"Memang pada awalnya kami memilih bulan September untuk majlis perkahwinan ini, tetapi tarikh itu masih belum dapat disahkan lagi kerana masalah lokasi.

"Kebanyakan hotel sudah ditempah pada waktu itu dan kami masih mencari tempat yang sesuai. Apapun, kami memang merancang untuk melangsungkan majlis kami ini selepas Hari Raya nanti," kata Black kepada HIP.

Menurut Black, memandangkan hari perkahwinan ialah perkara yang baik, justeru dia tidak akan sesekali menyorokkan tarikh perkahwinannya kepada media.

"Jika kami sudah mendapat tarikh serta lokasi yang sesuai untuk majlis itu, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya kepada semua pihak. Insya-Allah bulan Mac nanti kami akan menghadiri kursus perkahwinan," ujarnya

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah melangsungkan pertunangannya secara senyap-senyap pada 26 Januari lalu. Bagaimanapun perkara itu dapat juga dihidu media.
Mengulas lanjut perkara itu, Black berkata, tindakannya merahsiakan majlis itu bukanlah kerana mahu menyorokkan statusnya atau bimbang populariti merudum, tetapi atas sebab peribadi.

"Bukan tidak mahu bercerita mengenai majlis pertunangan dan siapa tunangan saya, namun saya melakukannya kerana menghormati permintaan pihak perempuan," katanya dalam temubual sebelum ini.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hans Isaac Tak Mahu Sentuh Soal Agama

Posted: 27 Feb 2013 12:50 AM PST

Posted: 27 February 2013 at 4:50 pm  

Hans Isaac dan Neelofa

Rasanya ramai yang sedia maklum kisah percintaan Hans Isaac dan Neelofa.. Hans Isaac dalam satu kenyataannya mengatakan yang dia serius dan sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya, Memandangkan hubungan percintaannya dengan Neelofa serius dan sudah bersedia ke peringkat seterusnya, dia ditanya sama ada sudah bersedia untuk menukar agama bagi merealisasikan impiannya itu..

bagaimanapun Hans Isaac menegaskan yang dia tidak mahu berbicara mengenai soal agama..kerana baginya soal agama amat sensitif dan selagi tidak ada 'hitam putih' dia tidak mahu membincangkan persoalan ini..

"Bab-bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk berbincang soal berkaitan agama. Perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok untuk dibincangkan secara terbuka. Lagipun nak membincangkan ke tahap sehingga sampai soal tukar agama ni, bukan sesuatu yang mudah.

"Andai kata apa yang awak semua mahukan ini (tukar agama) tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu? Cukuplah saya kena 'kaw-kaw' dahulu. Pengalaman lalu jadi pengajaran dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama," ujar Hans berterus-terang. (Gua)

Shila Amzah Tidak Akan Benarkan Diri Dirisik

Posted: 26 Feb 2013 11:45 PM PST

Posted: 27 February 2013 at 3:45 pm  

shila amzah

Shila Amzah yang dilanda kontroversi sebelum ini seakan-akan sudah mendapat nafas baru dalam hidupnya.. Semalam ketika Shila Amzah ditemui media, beliau tampak teruja menjawab segala pertanyaan yang diajukan.. Kongsi Shila Amzah, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan dirinya selain menganggap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tambah Shila Amzah lagi, Buat masa ini dia juga tidak akan membenarkan mana-mana lelaki merisik dirinya dan akan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi..

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya," (Berita Harian)

Dalam satu laporan lain, Shila Amzah yang ditanya menegenai hubungan percintaannya dengan Sharnaaz Ahmad yang putus ditengah jalan bagaimanapun reda dengan dugaan itu..

"Saya reda dengan apa yang telah berlaku dan amat bersyukur selepas didugaNya.

"Ganjaran yang diterima daripada peristiwa yang berlaku cukup bermakna," (UTUSAN)

Selasa, 26 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Rita Rudaini: ‘ALLAH lebih tahu’

Posted: 26 Feb 2013 05:28 PM PST

Izara Aishah setia pada yang satu

Posted: 26 Feb 2013 05:24 PM PST

Zain tak pernah bincang - Sasha

Posted: 26 Feb 2013 05:10 PM PST

Shahrizal Jazle Tangguh Kahwin

Posted: 26 Feb 2013 05:02 PM PST

Zamani Cerita Soal Jodoh

Posted: 26 Feb 2013 04:57 PM PST

Lisa Surihani Terharu Terima Kejutan

Posted: 26 Feb 2013 04:55 PM PST

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Penantian berbaloi

Posted: 25 Feb 2013 01:14 AM PST

Walaupun finalis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 dijadualkan muncul pada jam 2 petang di ruang legar The Spring, Kuching, Sarawak, Ahad lalu, namun ramai pengunjung memenuhi pusat beli-belah itu sebaik saja ia dibuka dari 10 pagi.

Siapa yang mahu melepaskan peluang bertemu barisan artis yang berada disenarai teratas carta popular, apatah lagi buat julung kali jelajah ABPBH merentas lautan menakluk bumi kenyalang semata-mata mahu menghargai peminat?

Sebaik pengacara majlis, Didie Alias bersama Along Cham membuka salam, gemuruh sorakan pengunjung yang seakan tidak sabar melihat calon Top 5 anugerah berprestij ini muncul di depan mata sejak berita kunjungan mereka diuar-uarkan.

Sinonim dengan siri jelajah, duo berkenaan bijak mengemudi acara dengan jenaka bersahaja dan gelombang sorakan terus bergema sebaik calon Pengacara TV Wanita Popular, Adibah Noor, serta finalis Artis Komedi Wanita Popular, Jihan, muncul di pentas.

Adibah yang tiba di Kuching pada hari sama tidak tampak lelah sebaliknya teruja apabila sedari awal sudah menghebahkan kehadirannya di The Spring menerusi Twitter, begitu juga bintang Raja Lawak, Jihan.

Kehadiran penyanyi yang juga anak jati Sarawak, Melissa Francis, yang juga calon Artis Stailo bagi kategori online, tidak mengecewakan dengan vokal mantapnya.

Momentum persembahan semakin meningkat dengan persembahan Sleeq yang sejak awal ditunggu-tunggu lebih 5,000 peminat yang hadir. Lagu Untuk Dia nyata 'berhantu' apabila semua pengunjung tidak kira kecil atau berusia berdendang bersama.
Tampil dengan persalinan tradisional Sarawak, Nabila Huda yang dicalonkan ke peringkat akhir selepas 12 tahun berada dalam industri hiburan pula membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. Akuinya, ia sebagai penghargaan kepada masyarakat tempatan.

Black yang ditemani rapper, RJ, turut mendapat impak tepukan maksimum daripada khalayak. Siapa tidak mengetahui lagu popularnya, Teman Pengganti, dan kali ini Black membuat kejutan apabila menghadiahkan jaketnya kepada peminat.

Selain Adibah yang membawakan lagu Terlalu Istimewa, Sleeq, Melissa dan Black serta RJ, kemeriahan diteruskan persembahan Hazama yang dari awal turut berkongsi keseronokan berpeluang mendekati peminat di Bumi Kenyalang.

Biarpun kelompok pelakon dan pengacara tidak menyanyi, mereka tampil di pentas dengan aksi tersendiri, termasuk Bintang Paling Popular ABPBH musim lalu, Aaron Aziz, yang sememangnya mengundang aura tersendiri.

Tidak hanya sorakan, jeritan turut kedengaran daripada aras atas dan bertepatan dengan sambutan hari lahirnya yang jatuh sehari sebelum acara jelajah di Kuching, dia menerima kejutan apabila seluruh isi pusat beli belah itu menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Begitu juga Zizan Razak yang berterusan meraih pancaran lensa kamera. Sebelum naik ke pentas lagi orang ramai menjeritkan namanya hingga ada kelompok peminat yang menyediakan poster bagi menunjukkan sokongan.

Sorakan terus bergema apabila calon Penyampai Radio Popular, Fara Fauzana dan temannya, AG, mengambil alih ruang. Seperti di udara, mereka cepat mengenakan orang terutama peminat yang diajak naik ke pentas.

Terdahulu, peminat bertuah berpeluang menaiki kenderaan bersama selebriti kesayangan tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selain mengunjungi premis Pandora, Avon dan Habib Jewels.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Hampir tinggalkan dunia seni

Posted: 25 Feb 2013 01:11 AM PST

Sekembalinya dari bumi Gaza selepas seminggu berada di sana bagi melaksanakan misi membantu rakyat Palestin membawa banyak perubahan dalam diri pelakon, pengarah serta pengacara terkenal, Afdlin Shauki. Melihat sendiri di depan mata penderitaan mereka yang menjadi mangsa kekejaman sesama manusia membuatkan jiwa Afdlin kacau-bilau.

Kata Afdlin, sebulan lamanya dia berperang dengan perasaan sendiri. Malah keadaan itu berlarutan hingga hampir saja dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

"Sebulan selepas kembali dari Gaza, saya akui jiwa saya tidak tenteram. Terlalu banyak perkara bermain dalam fikiran sehingga saya seperti mahu bersara daripada bidang seni. Bagaimanapun atas nasihat seorang ustaz yang turut serta dalam misi itu, saya menarik balik hasrat terbabit.

"Dia beritahu saya, tidak salah jika saya teruskan kerja seni kerana saya masih boleh berdakwah menerusinya. Apatah lagi anak muda sekarang lebih mudah didekati jika kita berdakwah menerusi hiburan," katanya ketika mengulas dakwaan mengatakan dia kini sedang melalui fasa penghijrahan.

Sebagai langkah permulaan, Afdlin berkata, dia mencipta sebuah lagu berunsur dakwah dan sudah pun diserahkan kepada penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid.

"Tajuk lagu itu ialah Ya Awalan Awalin dan liriknya berupa doa yang diselitkan juga dengan hadis. Saya ada bertanyakan pada Sheila dan dia inginkan lagu terbabit. Walaupun saya anggap ia lagu pertama ciptaan saya berunsur dakwah, tapi apabila saya dengar kembali lagu lama saya, kebanyakannya memang punya konsep ketuhanan, cuma kali ini saya selitkan hadis serta doa sekali," ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Lawak Ke Der di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Disember lalu, Afdlin mengikuti misi utama pertubuhan Aqsa Syarif bersama enam kru daripada Vision Works yang diberi nama A2G11. Ia turut diikuti Pengerusi pertubuhan itu, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan dua Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Ir Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan.
Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, selain menanti filem arahannya, Papadom 2, ditayangkan, Afdlin berkata, dia bersama pakar motivasi iaitu Dr Azizan Osman menganjurkan akademi membantu golongan artis serta mereka yang berminat dalam bidang seni memperkembangkan dan memperkasakan kerjaya mereka.

"Bagi peringkat awal, kami akan menganjurkan ceramah pengenalan kepada mana-mana pihak yang ingin memperkembangkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang seni. Ceramah kami lebih kepada membantu golongan artis menguruskan kerjaya masing-masing. Selain bakat, mereka juga perlu tahu apa yang mereka perlu ada untuk bertahan dalam bidang ini.

"Bagaimana mahu menguruskan kewangan, cara dan etika bercakap dengan media serta apa saja berkaitan dengan kerjaya mereka. Untuk ceramah pengenalan, masuk adalah percuma. Selepas mereka mendengar ceramah itu dan berminat untuk ke fasa seterusnya, mereka bolehlah menghadiri ceramah tiga hari yang bakal kami anjurkan nanti. Ceramah seterusnya adalah berbayar," katanya yang mengundang penceramah profesional bagi tujuan terbabit.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Kalau Sayang, Kenapa Masih Aibkan Saya? – Aidil Zafuan

Posted: 25 Feb 2013 11:20 PM PST

Posted: 26 February 2013 at 3:20 pm  

Aidil Zafuan

Rita Rudaini yang mengakui masih sayangkan Aidil Zafuan dalam prosiding permohonan Cerai semalam telah menimbulkan satu tanda tanya buat Aidil Zafuan.. Jika benar Rita Rudaini masih sayangkannya, mengapa mengaibkan saya dan keluarga?.. Ada kebenaran juga dengan persoalan Aidil Zafuan tu.. Aidil juga menegaskan agar Rita Rudaini tidak membawa lakonannya kedalam Mahkamah.

"Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?

"Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.

"Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak",

Tambah Aidil lagi, Dia juga turut kecewa apabila Rita Rudaini tidak membenarkan anak-anak mereka berjumpa dengan keluarganya.. Tambah sedih apabila anak-anaknya sendiri tidak mengenali siapa datuk dan nenek belah keluarga Aidil.

"Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

"Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil", katanya.

Dalam pada masa yang sama, Adil Zafuan juga menegaskan yang keputusan untuk bercerai ini tiada kena mengena dengan orang ketiga apatah lagi dengan Zarema, wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini..

"Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai", ujarnya sebelum beredar.

aidil zafuan di mahkahmah

Foto : Faisol Mustafa
Sumber: Malaysian Digest

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai Ini

Posted: 25 Feb 2013 10:45 PM PST

Posted: 26 February 2013 at 2:45 pm  

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Pasangan yang sedang hangat bercinta, Zain Saidin dan Rozita Che Wan nampaknya akan berkahwin pada bulan Julai ini.. Berita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh Pelakon jelita, Rozita Che Wan melalui Harian Metro hari ini dimana beliau mengakui yang perancangan sudahpun dibuat dan mereka berdua telah bersepakat dengan memilih hujung bulan Julai ini untuk disatukan..

"Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan," kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Jelas Rozita Che Wan lagi, mereka berdua memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu, ini kerana mereka berdua dikatakan sudahpun mengenali hati budi masing-masing.. Tambahnya, Sikap romantik dan berani Zain Saidin membuatkan beliau tertarik dengan kekasihnya itu..

"Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta tetapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya."

"Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya."

MyGosip ucapkan tahniah buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Semoga segala perancangan perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar hendaknya… Pastinya perkahwinan mereka bakal menjadi wedding of the year kan…

Isnin, 25 Februari 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hubungan Syamsul, Yusof Haslam kembali pulih

Posted: 24 Feb 2013 10:49 PM PST

[unable to retrieve full-text content]MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 29, sudah pun memohon maaf kepada bapanya, Datuk Yusuf Haslam. Syamsul hari ini menerusi blognya, prodigiousburnsoul.blogspot.com...

"Argo" filem terbaik Anugerah Oscar

Posted: 24 Feb 2013 10:08 PM PST

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES 25 Feb. - Filem arahan Ben Affleck, "Argo" dipilih sebagai Filem Terbaik pada majlis Anugerah Oscar yang berlangsung di sini, semalam. Filem yang mengisahkan diplomat Amerika Syarikat (AS) yang...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Elak babak ranjang

Posted: 24 Feb 2013 03:40 PM PST

Fazura hormati permintaan ibu, terima tawaran berlakon dengan syarat

Suatu ketika dulu, Fazura pernah melahirkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya demi permintaan ibu tercinta. Justeru, tahun lalu tidak banyak kelibat dirinya dilihat di layar perak atau skrin kaca. Cuma sesekali wajah jelita itu menghiasi kulit depan akhbar dan majalah sambil bercerita mengenai perniagaan butik yang baru diceburinya itu.

Bagaimanapun, ketentuan Allah tiada siapa yang tahu dan sebagai insan, siapalah Fazura untuk menolak rezeki yang terbentang di depan mata? Jendela 2013 dibuka dengan penuh kesyukuran apabila tawaran berlakon datang mencurah-curah.

Tak tolak rezeki

Enggan dilihat seperti menolak rezeki, aktres ini kembali membuat penampilan semula dengan menerima tawaran berkenaan. Begitupun, semua itu tetap ada syaratnya.

"Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berlakon dalam babak ranjang, berpelukan dan berpegangan tangan sambil berjalan. Saya buat begitu kerana saya menghormati permintaan ibu saya yang tidak suka dengan babak sebegitu.

"Memandangkan drama Kisah Cinta yang saya bintangi itu tidak mempunyai babak sedemikian dan kebetulan pengarah filem berkenaan kawan baik saya, serta ia menggandingkan pula saya dengan Shaheizy Sam serta Nazim Othman, jadi saya terima tawaran terbabit.

"Memang dari dulu lagi saya ingin berlakon dengan Sam kerana dia memang pelakon yang bagus," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta ubat gigi Colgate Optic White di Bandar Utama, pagi kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis.

Berhenti berlakon bila kahwin

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, sebagai pelakon ada ketika dia perlu bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri.

Demi menghormati penulis skrip drama yang bakal disiarkan di Slot Lestary TV3 itu, Fazura terpaksa 'melanggar' sedikit syarat yang ditetapkannya.

"Ada satu babak saya perlu memegang tangan kekasih saya ketika kami meluahkan perasaan cinta masing-masing. Pegang sikit saja dan itu pun ketika kami sedang duduk. Babak itu perlu kerana ia mahu menunjukkan perasaan cinta kami. Saya kena juga menghormati kehendak penulis skrip.

"Bagaimanapun, jika boleh dielak, saya akan cuba mengelak demi menjaga perasaan ibu. Jika ditakdirkan saya berkahwin satu hari nanti, tak kisahlah dengan dengan sesiapa pun, memang saya akan berhenti berlakon. Jika bakal suami saya itu seorang pelakon, saya juga akan suruh dia berhenti berlakon," tegasnya.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Fizz mahu tutup buku

Posted: 24 Feb 2013 03:37 PM PST

Enggan ulas lagi isu bekas tunang, bimbang kenyataan disalah tafsir

Pelakon yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu kerana kontroversi pertunangan dengan seorang wanita didakwanya berstatus isteri orang, Fizz Fairuz, mahu menutup buku lama dan enggan lagi memberikan sebarang komen berhubung isu itu.

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi program hiburan Melodi, semalam, Fizz nekad mengunci mulut biarpun disoal bertubi-tubi mengenai kisah pertunangannya dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohamed Nazar, 26.

Keputusan itu, jelas Fizz, terpaksa dilakukan kerana dia enggan kenyataannya disalah tafsir dan seterusnya boleh mengeruhkan lagi hubungan dengan keluarga bekas tunangnya.

"Semua orang melakukan kesilapan. Saya anggap apa yang terjadi ini sebagai hukum karma daripada Allah atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ini.

Tidak pernah lari

Bintang Nur Kasih ini juga menafikan dirinya melarikan diri daripada pihak media. Cuma, tegasnya, dia enggan memberikan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.

Dia turut memohon supaya kontroversi dirinya bertunang dengan memutuskannya beberapa hari kemudian tidak lagi diungkit kerana dirinya sendiri ingin memulakan fasa baru dalam hidup.
Ketika diajukan pertanyaan adakah pelakon Almy Nadia yang juga bekas kekasihnya mempunyai kaitan dalam hal ini, Fizz sekali lagi tidak mahu memberikan sebarang komen kerana tidak mahu wanita berkenaan turut diheret sama dalam kes terbabit.

"Itu pun saya tidak mahu cerita apa-apa, takut nanti bercanggah. Cuma jangan babitkan orang lain dalam ini. Saya hendak tutup kes itu di sini, selepas ini saya tidak akan memberikan sebarang komen pun.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aidil Zafuan Bersedia Lafaz Cerai – Rita Rudaini Tidak Setuju

Posted: 24 Feb 2013 09:37 PM PST

Posted: 25 February 2013 at 1:37 pm  

Rita Rudaini dan peguam

Pergolakan rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang sudah lama terjetus masih lagi buntu menemui jalan penyelesaian.. Hari ini, telah berlangsungnya prosiding permohonan perceraian yang bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan..

Aidil Zafuan yang diwakili oleh peguam Nor Arif menegaskan yang beliau sudah bersedia untuk melafazkan cerai pada hari ini.. Aidil juga mengatakan yang dia tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat namun masih belum menemui jalan penyelesaian..

"Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian", kata Aidil apabila ditanya oleh Hakim Hamizan Mohd Nor sama ada dia masih sayangkan isterinya..

Rita Rudaini bagaimanapun tidak bersetuju dengan keputusan Aidil untuk mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian, Rita yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memohon untuk berbincang semula dan ditubuhkan satu jawatankuasa pendamai…

Rita Rudaini yang ditanya oleh Hakim Hamizan Mohd Nor adakah dia masih menyayangi suaminya?, Jawab Rita,

"Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya", ujar Rita dengan nada sebak.

Disebabkan itu, Pihak Mahkamah telah memutuskan agar satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 8 Mac ini bagi memberi peluang kedua-dua pihak berbincang dan mencari jalan penyelesaian.. Sekiranya selepas itu masih tiada lagi jalan penyelesaian, Barulah lafaz cerai boleh dibuat.

Aidil zafuan dan peguam

Sumber:malaysiandigest

Chacha Maembong Lupakan Pelajaran Demi Dunia Lakonan

Posted: 24 Feb 2013 08:24 PM PST

Posted: 25 February 2013 at 12:24 pm  

Chacha Maembong

Siti Aisyah Maembong atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong, 17, telah membuat keputusan yang agak ehem apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan pelajaran dan fokus di dalam dunia lakonan yang diceburinya.. Chacha yang kini berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini bagaimanapun akan melupakan pelajarannya buat sementara waktu demi kerjaya lakonannya.. Adik kepada Emma Maembong ni bagaimanapun akan menyambung pelajarannya kembali apabila dia sudah bersedia kelak..

"Chacha memang sangat meminati dunia seni ini lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi Chacha minat berlakon tetapi Chacha lebih aktif dalam bidang peragaan dan sekarang ini Chacha mahu fokus kepada lakonan,"

"Tahun ini Chacha akan fokus untuk karier dan apabila sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM Chacha akan kembali belajar seperti biasa," ujar Chacha ringkas.

Namun tambah Chacha lagi, penglibatannya dalam bidang seni ini bagaimanapun bersyarat, Dia tidak boleh berpakaian seksi dan terlalu daring apabila bergambar dengan artis lelaki lain..

"Ayah kata Chacha boleh berlakon dengan syarat Chacha tidak boleh memakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata. Biarlah pakaian tersebut sesuai dengan usia Chacha.

"Selain itu, sekiranya Chacha mahu bergambar dengan pelakon lelaki, Chacha juga tidak dibenarkan terlalu rapat atau beraksi 'daring'. Chacha sangat menghormati keputusan ayah dan mengikuti apa sahaja kehendaknya kerana Chacha tahu ayah seorang yang tegas tetapi baik hati dan sangat menyayangi anak-anaknya,"

Chacha Maembong dan emma maembong

Sumber:Gua

Ahad, 24 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Bercinta Dengan Penerbit Tak Jamin Zul Dapat Tawaran Lakonan

Posted: 24 Feb 2013 05:14 PM PST

Jarak usia bukan penghalang buat Gayatri menjalinkan hubungan dengan Zul Ariffin.
PETALING JAYA: Penerbit filem Tayangan Unggul (TU), Gayatri Su-Lin Pillai menegaskan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin bukan laluan mudah bagi aktor berkenaan untuk mendapatkan kontrak lakonan daripada syarikat tersebut.
Gayatri, 30-an, berkata, walaupun ramai yang menganggap hubungan cinta mereka yang telahpun terjalin sembilan bulan lalu mempunyai kepentingan peribadi di pihak Zul, namun ia tidak semudah yang disangka kerana Tayangan Unggul mempunyai prosedur yang ketat dalam pemilihan pelakon.
"Saya tidak pernah campur aduk antara kerjaya dan perasaan peribadi. Sejak tahun 1996, semua orang tahu bagaimana cara kerja saya.
"Tidak ada sebarang kompromi antara kerja dan peribadi kerana itu dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami.
"Rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada TU kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat," katanya yang juga merupakan Naib Presiden Astro Shaw.
Zul Ariffin
Pada 23 Disember lalu, Zul, 27, mengesahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri.
Selepas pengakuan Zul, Gayatri pula sukar dihubungi media yang ingin mendapatkan kenyataan balas daripada pihaknya sehingga dikatakan cuba melarikan diri daripada memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungan tersebut.
Bagaimanapun, Gayatri menyangkal dakwaan kononnya dia cuba melarikan diri, sebaliknya menganggap belum tiba masanya untuk dia membuat pengakuan.
"Saya bukannya melarikan diri, cuma ia bukan waktu sesuai untuk menceritakan kisah cinta ini kepada umum.
"Bagaimanapun saya terharu dengan tindakan Zul yang mengaku cintakan saya. Apa yang dilakukannya itu sangat saya hargai.
"Dan sebagai kenyataan balasnya, benar, Zul adalah kekasih saya dan kami sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.
Gayatri turut memberitahu, jarak usianya yang lebih tua daripada Zul bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan malah tidak pernah berfikir mengenainya.
"Dia seorang lelaki yang baik, kelakar dan matang. Apabila sedih, dia selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya. Dan saya telah membawa Zul berjumpa dengan keluarga saya.
"Soal usia pula tidak pernah saya fikirkan sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih usia, bukannya sesuatu yang pelik," katanya.
- ---

Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza

Posted: 24 Feb 2013 05:12 PM PST

Afdlin Shauki
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki mengakui sudah berhijrah mendalami ajaran agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.
Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, perubahan itu berlaku selepas sebulan dia pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu.
"Saya tidak tahu adakah kenyataan yang saya berikan ini adalah yang tepat. Tetapi memang benar, saya sudah berhijrah.
"Apabila pulang dari Gaza, selama sebulan jiwa saya tidak tentu arah, tambah pula dengan memikirkan rakyat Palestin yang hidup susah di negara mereka.
"Kemudian, saya terus berjumpa dengan seorang ustaz yang juga merupakan delegasi Aqsa Syarif (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) menceritakan perkara yang berlaku dalam diri. Alhamdulilah, perbincangan kami telah menemui jawapan di mana diri saya sendiri yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.
Barisan pelakon-pelakon filem Lawak Ke Der 2.
Tambah Afdlin, dia pada mulanya gusar, adakah dia patut meninggalkan dunia hiburan serta merta atau meneruskan perjuangan sebagai insan seni selepas menemui hidayah. Namun dia diberi nasihat untuk terus sambung berkarya tetapi dengan cara berdakwah pula.
"Jika dahulu, selain minat berkarya, niat menghasilkan filem lebih berunsur perniagaan dan wang, tetapi sekarang ini saya mahu memberikan mesej pengajaran pada masyarakat.
"Lagipun, jika dilihat pada filem-fielm saya terdahulu, ia sememangnya sudah ada unsur pengajaran. Cuma elemen karya yang akan dihasilkan pada masa akan datang nanti lebih kepada unsur agama, Insya-Allah," ujarnya.
Beritahu Afdlin lagi, sejak mendapat hidayah, dia telah pun menghasilkan sebuah lagu untuk penyanyi Shila Majid berbentuk ketuhanan.

- ---