Adsense

Khamis, 9 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Raja Lawak Musim 6 Minggu 5

Posted: 09 Feb 2012 06:57 PM PST

Minggu lalu Raja Lawak Musim 6 Minggu 4 bertemakan Cinta telah menyaksikan penyingkiran satu-satunya peserta solo dalam Raja Lawak Musim Keenam iaitu Mohd Shahdan Bin Salleh atau dikenali sebagai KODAN. Anak didik kepada "Cif Kecik" Tauke ini pernah memasuki pelbagai rancangan realiti yang melibatkan pelbagai bidang seperti nyanyian dan lakonan.

Sebahagian besar peserta menunjukkan peningkatan yang baik serta mendapat pujian daripada juri walaupun masih ada beberapa peserta melakukan persembahan yang kurang memuaskan.

Kini masih tinggal 9 peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan ZERO, Kumpulan SKEMA, Kumpulan CUIT, Kumpulan 2YOL, Kumpulan GMAN, Kumpulan ALBOB, Kumpulan SHIRO, Kumpulan RIKI dan Kumpulan SELAK

Bagaimanakah pula bentuk persembahan komedi yang akan mereka persembahkan pada minggu ini? Peserta manakah yang paling menyerlah? Adakah peserta di bawah pengawasan "Cif Kecik" Yus, Tauke ataupun Angah yang akan menonjol sekaligus berjaya menambat hati penonton? Sama-sama kita saksikan.

Siaran Langsung Raja Lawak 6 (Minggu 5) akan berlangsung pada hari ini, 10 Februari 2011 (Jumaat) di Studio 1, Astro Bukit Jalil. Siapakah yang akan tersingkir pada malam ini? Sama-sama kita tonton ya.

Raja Lawak 6

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil
  • Video Lawak Man di Maharaja Lawak Minggu 4
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Video Maharaja Lawak Minggu 9 Kumpulan Sepah
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Video Lawak JOZAN Maharaja Lawak Minggu 4
  • Video Lawak AMIR Maharaja Lawak Minggu 4
  • Video Lawak SEPAH Maharaja Lawak Minggu 4
  • Tomok Teruja Dapat Ke Manchester

    Posted: 09 Feb 2012 12:53 PM PST

    Akhirnya, impian penyanyi Tomok untuk menjejakkan kaki ke Stadium Old Trafford, Manchester tercapai jua. Segalanya direalisasikan dan terlaksana setelah Tomok dijemput khas oleh pihak Mister Potato, selaku Rakan Snek Rasmi Global Manchester United yang menaja penerbangan pergi balik, penginapan dan trip ke Stadium Old Trafford selama 4 hari.

    Pada jam 7.30 malam, hari Khamis, 9 Februari, Tomok bersama dengan bekas pemain hoki terkenal, Mirnawan Nawawi telah diterbangkan ke Manchester. Buat pertama kalinya juga, Budiey.com turut dijemput untuk bersama-sama Tomok dan Mirnawan Nawawi melawat Stadium Old Trafford, sebuah stadium yang terkenal di kalangan peminat sukan bola sepak.

    Bagi juara OIAM musim ketiga ini, peluang sekali dalam hidup ini memang tak mudah untuk dilepaskan. Tomok mahu merebut peluang ini dan rela untuk berpisah dengan isterinya yang kini sarat mengandung anak yang pertama. Rasanya usia kandungan isteri Tomok dah pun 5 bulan. Jadi, tak dapat bawa isteri sebab berjalan jauh ni boleh memudaratkan wanita yang hamil, Apa-apa pun, Budiey kira tahun 2012 adalah tahun rezeki buat Tomok. Selain beliau akan dapat baby, Budiey dapat tahu pada tahun ini, filem lakonan Tomok berjudul Mantera juga akan berada di pawagam.

    Perjalanan kami ke Manchester mengambil masa selama 14 jam di mana kami akan mendarat di Dubai untuk transit ke Manchester. Penerbangan dari KLIA ke Dubai dah memakan masa 7 jam di mana kami sampai di Dubai dalam jam 3 pagi waktu Malaysia. Masa di Dubai pula baru jam 11.30 malam. Kami akan tunggu di Dubai International Airport lebih kurang 3 jam sebelum terbang ke Manchester dan akan mengambil masa selama 7 jam. Jadi, jumlah masa yang diperlukan untuk kami sampai di Manchester ialah 14 jam + transit 3 jam = 17 jam. Pergh! Sangat lama juga.

    Namun, segalanya itu bukannya satu masalah yang besar bagi kami kerana semua dah teruja dan dah tak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke Manchester.

    Kalau ada yang masih ingat, sebelum ini pihak Mister Potato menerbangkan penyanyi Faizal Tahir yang juga peminat setia sukan bola sepak Eropah.

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tomok di Manchester Day 1

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tomok Tukar Stail Potongan Rambut Ala Rihanna?
  • Tomok & Rahayu Selamat Bernikah
  • Tomok Lancar Album Solo Pertama
  • Esther, Tomok dan Aweera, Siapa Juara One In A Million?
  • Mister Potato Bawa Bintang Manchester United David May Ke Malaysia
  • Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3
  • AirAsia X & Mister Potato Fullfills Dream of Boy With Rare Disease
  • Jom Meriah Viewing Party Chelsea vs Manchester United
  • Video Tomok Nyanyi Lagu Rindu Terhenti di OIAM Final
  • Tomok Shah Indrawan Dapat Imuniti OIAM
  • borak kosong

    borak kosong


    Kemalangan pelik membabitkan kereta Volkswagen

    Posted: 09 Feb 2012 09:15 PM PST

    TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.

    Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.

    Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agensi


    Inilah Bintang YouTube Yang Digaji Google US$ 1 Juta Tiap Tahun

    Posted: 09 Feb 2012 09:00 PM PST


    YouTube nampaknya memang sudah mulai menjadi 'saluran TV' masa kini yang menerbitkan banyak bintang dan  mendulang wang yang serius. Setelah Justin Bieber, Charlie Schmidt si pencipta 'Keyboard Cat', dan band Boyce Avenue, kini nama Ray William Johnson juga berhasil kaya raya keranya.


    Bayangkan! Untuk video parodi yang dia posting ke YouTube, lelaki berusia 23 tahun ini mendapatkan bayaran sebesar US$ 1 juta  per tahun. Dengan mendapatkan 5 juta kunjungan untuk videonya yang dipost tiap dua minggu sekali ini, Ray digelari sebagai jutawan baru di YouTube.


    Siapakah Ray? Dia sebelumnya dikenal sebagai aktor dan komedian amatur. Namanya melambung ketika dia mulai membuat acaranya sendiri di YouTube yang berjudul Equals Three yang kini menjadi salah satu agensi komunikasi terkenal di Amerika Syarikat.


     Februari 2012, kanal YouTube miliknya, RayWilliamJohnson menjadi kanal yang memiliki banyak pelanggan di situs tersebut. Dengan sebanyak 5,3 juta pelanggan, video-videonya secara total telah mendapatkan sebanyak 150 juta kunjungan.


    Atas popularitinya yang tinggi tersebut, Ray ditawari kerjasama pihak Google. Dalam kerjasamanya, dia bakal menerima bayaran sekitar US$ 3.000 hingga US$ 9.000 untuk tiap per 2 juta kunjungan dalam videonya.


    Seperti dilansir Wall Street Journal, pada tahun lalu Ray mendapatkan ratusan kerjasama yang membuatnya berhasil mendapatkan wang sebanyak US$ 100 ribu. Dan, tahun ini kanal miliknya mendapatkan kenaikan kunjungan sebesar 80% lihat video terbarunya di sini.


    Seiring tingginya jumlah pengguna internet, YouTube memang menjadi pesaing saluran TV konvensional dengan pemilikian 780 juta pengunjung unik setiap bulannya. Angka ini dikatakan lebih besar dibandingkan jaringan TV pada umumnya.

    Gila dan pelik]..Bunuh anak kerana lebih mesra dengan ibu

    Posted: 09 Feb 2012 08:45 PM PST


    Seorang lelaki membunuh anaknya, Xiah, yang baru berusia tujuh bulan semata-mata kanak-kanak itu lebih mesra dengan ibunya.


    Pendakwa raya berkata, Larry Greene menengking dan menumbuk dada anaknya kerana bayi itu menangis ketika menjaganya di kediaman mereka di Queens. Xiah tidak bernafas beberapa minit kemudian dan meninggal dunia di Hospital Queens, kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat didera ibu bapa dalam tempoh lima minggu.

    Xiah memiliki kesan lebam di kepala, dua di leher dan lima di dada yang disahkan bekas tumbukan orang dewasa.

    Ibu Xiah, Cassandra Nady, meminta Greene, 20, menjaga anaknya di kediamannya di St Albans.

    "Dia mendakwa anak saya jatuh ketika disusukan tapi hakikatnya jauh sama sekali," kata Cassandra.

    Pendakawa raya berkata, mereka memiliki rakaman pengakuan Greene yang mengaku memukul anaknya kerana marah Xiah lebih mesra dengan ibunya.

    Kakak Greene, Laquana Greene, 25, tak yakin adiknya sanggup melakukan perkara sekejam itu.

    "Larry seorang yang baik dan tidak mungkin sanggup melakukannya. Ini hanya satu salah faham," katanya.

    Greene didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua dan jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum 25 tahun.

    Pendakwaraya Queens, Richard Brown berkata, Xiah kanak-kanak kesembilan didera penjaga sejak sembilan bulan lalu.

    "Tiada alasan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini," tegas Brown.

    sumber : mran3238.wordpress.com

    Dilarang Main PlayStation, Anak Bunuh Ibu

    Posted: 09 Feb 2012 08:30 PM PST

    Philadelphia - Sungguh gila. Seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri kerana alasan yang sangat mengarut, yakni dilarang bermain konsol game PlayStation.

    Si anak derhaka bernama Kendall Anderson, usianya baru 16 tahun. Awal mulanya, sang ibu yang bernama Rashida Anderson geram kerana anaknya berbuat nakal. Maka sebagai hukumannya, dia mengambil PlayStation Kendall dan melarangnya bermain.



     Kendall rupanya tidak mahu dilarang main game kesukaannya. Maka keduanya pun bertengkar sampai hampir dua jam lamanya,  kemudian ibunya masuk kebilik untuk tidur.

    Namun Kendall mempunyai niat sangat jahat.Dia menyusup ke bilik ibunya dan menghentam tubuh  ibunya yang sedang tidur dengan tukul besi sebanyak 20 kali. Ibu pun tewas meninggal dunia.

    Semua perbuatan itu diakui sendiri oleh Kendall, yang telah ditangkap oleh polis di wilayah Philadelphia, Amerika Syarikat. Ketika melihat ibunya sudah tak bernyawa, dia kemudian cuba menghilangkan jejak dan menguburnya di luar rumah.
    .
    "Jika saya boleh saya tidak akan melakukannya. Saya sangat merindukan ibuku, dia adalah satu-satunya orang yang memperhatikanku,"kata Kendall dalam proses persidangan untuk mempertanggungjawabkan aksi kejamnya itu.

    Wow..ada khidmat sewa awek

    Posted: 09 Feb 2012 08:15 PM PST


    MASYARAKAT China setiap tahun merayakan festival musim gugur yang berlangsung selama 7 hari penuh. Selama festival berlangsung, sudah menjadi tradisi bagi para pemuda untuk memperkenalkan kekasihnya kepada kedua orang tua. Lalu bagaimana dengan para lelaki jomblo?


     Untuk menghindari omelan dari keluarga karena tak kunjung punya pacar, inilah yang mereka lakukan.


     Untuk menghilangkan rasa malu kerana tidak juga mendapatkan kekasih, para pemuda di China memilih untuk menggunakan jasa peminjaman kekasih yang tersedia secara online.


     Seperti dilapor Chinahush, mereka cukup mengunjungi situs Taobao –eBay versi China- lalu memilih 'seller' mana yang akan digunakan jasanya.


     Terdapat beberapa penyedia jasa peminjaman kekasih yang menawarkan berbagai tipe wanita dan layanannya tersendiri.


     Untuk menikmati jasa khidmat  sewaan, para pelanggan harus mengeluarkan biaya 200 RMB hingga 1.000 RMB  tergantung pilihan servis yang diminta.


     Dengan tarif tertentu, sang kekasih sewaan dapat melakukan beberapa hal di depan keluarga pelanggan.


     Di antaranya memasak, belanja bahan makanan, merawat anggota keluarga yang sudah lanjut usia, hingga berdoa untuk leluhur.


     Layanan yang terakhir ini, mendoakan keluarga merupakan servis yang paling mahal tarifnya.


     Seperti diberitakan Oddity Central, sebelum pelanggan memperkenalkan kekasih sewaannya ke keluarga, pihak penyedia jasa akan meminta sejumlah data, seperti foto, riwayat keluarga dan segala detail.


     Ini bertujuan agar sang kekasih seolah sudah tahu betul dengan keluarga pelanggan , serta menghindari rasa canggung.


     Namun ada dua hal yang tidak boleh dilakukan antara pelanggan danbkekasih sewaannya, iaitu berciuman dan berhubungan intim. 

    Proposal pernikahan paling tak romantik

    Posted: 09 Feb 2012 08:00 PM PST

    Kita sudah sering melihat berbagai macam proposal pernikahan yang unik dan aneh, tapi dari semua yang sudah pernah dilakukan, proposal ini nampaknya adalah yang paling geeky sekaligus yang paling tidak romantis, kecuali jika kekasihmu adalah orang yang akrab dengan dunia IT atau aljabar.




    User doctorpappa dari YouTube tidak hanya mengajukan proposalnya melalui situs sharing video tersebut, ia sambil mengenakan topeng Bender atau Bender Mask yang biasa dilihat di sirianimasi Futurama, juga mengeluarkan kata-kata proposalnya dari bilangan biner! Yap, seperti judul videonya  01001111011010000010000001101000011000010110100100100001 yang jika diutak-atik atau dikonversikan maka dapat dibaca sebagai kata 'Oh hai!' Apalagi cuba yang kurang geeky?
    Dalam videonya sendiri, ia memberi petunjuk:
    01011001011011110111010100100111
    01101100011011000010000001101110
    01100101011001010110010000100000
    01100001001000000111000001100101
    01101110001000000110000101101110
    01100100001000000111000001100001
    01110000011001010111001000101110
    0010111000101110
    Jika kamu cukup rajin mengikuti petunjuk diatas dan mendengarkan dengan teliti kode biner yang ia katakan. Maka isi pesan sebenarnya akan menjadi: "Rachel, you are awesome. Will you marry me?"
    Dan jika kamu pingin tahu jawaban dari Rachel, Coba pecahkan ini: 011110010110010101110011. Jangan khawatir, baca petunjuknya di bawah.
    Cari  terjemahkan di sini.



    sumber: Gizmodo

    Bunuh anak kerana tindik lidah

    Posted: 09 Feb 2012 07:45 PM PST

    Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa memukul anak perempuannya hingga mati akibat marah terhadap tindakan remaja itu menindik lidahnya.

    Lelaki itu menyerah diri kepada polis selepas memukul anak perempuannya yang berusia 17 tahun dengan menggunakan kabel elektrik.

    Lelaki sebelum itu dipercayai bertengkar dengan anaknya berkaitan isu itu dan memberi amaran supaya mangsa tidak memakai subang di lidahnya itu.

    Lelaki berusia 38 tahun yang menetap di Durban akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.

    Jurucakap polis, Konstabel Mumsy Mfeka berkata, remaja itu menghubungi bapanya untuk menjemput beliau di sekolah Sabtu lalu.

    "Sebaik tiba di sekolah, guru mengadu sikap buruk remaja itu kepada bapanya.

    "Dalam perjalan pulang, lelaki itu menyedari anaknya tetap memakai subang di lidahnya meskipun sudah dilarang.

    "Lelaki itu memarahi anaknya kerana engkar terhadap larangannya dan kemudian memukulnya dengan kabel elektrik.

    "Apabila menyedari anaknya tidak lagi bergerak, lelaki itu membawanya ke klinik berhampiran tapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya. – Agensi

    [Gila] Seluar jeans tidak dicuci 15 Bulan dipakai untuk kuliah setiap hari

    Posted: 09 Feb 2012 07:30 PM PST

    Josh Le, seorang mahasiswa di University of Alberta, menggunakan seluar jeans ketat dari bulan September 2009 sampai Desember 2010, tanpa mencucinya sama sekali, hanya untuk melihat seberapa banyak bakteria yang boleh hidup di seluar jeans itu.



    Sebagaimana dikutip dari odditycentral.com, bahawa seluar itu terbuat dari seluar jeans yang tidak menggunakan bahan kimia apapun, sehingga Le fpikir ini akan membuat sarang yang "nyaman" bagi bakteria selama 15 bulan. Dia menyatakan dia mengenakan seluar jeans hampir setiap hari. Dan yang cukup menakjubkan, celana jeans itu katanya tetap nampak tetap bersih dan mempesona. Wah..

    Hebat kucing ini

    Posted: 09 Feb 2012 07:15 PM PST

    Sungguh ajaib kucing yang satu ini. Ia masih boleh berjalan pulang ke rumahnya dan membuat  majikan berteriak . Padahal, ada panah yang terpacak di kepalanya hingga menembus dari depan ke belakang.

    Kucing berusia empat tahun di Indiana, AS itu bernama Brownie. Majikan yang tak disebutkan namanya, terkejut luar biasa ketika melihat Brownie pulang dengan anak panah di kepalanya.


    Anak panah sepanjang 30 cm itu masuk dari bahagian kiri tengkoraknya. Kemudian keluar persis di atas mata kanannya. Beruntung anak panah itu tidak menembus di matanya atau mengenai otaknya.
    Ini sangat keterlaluan dan merupakan keajaiban si kucing masih hidup. Ia bahkan boleh berjalan pulang meski boleh dipastikan lukanya pasti sakit. Siapapun pelakunya, tak boleh seenaknya menyiksa haiwan seperti ini dan melarikan diri, kata CEO Monroe County Humane Association, Sarah Hayes.


    Dia berjanji akan mencari pelaku yang memanah kucing berbulu coklat muda dan putih itu. sementara Brownie ketika ini sedang dalam proses pemulihan akibat lukanya. Mungkin kucing memang benar-benar memiliki sembilan nyawa.

    inilah.com

    Budak 12 tahun selamatkan rumah nenek daripada dilelong

    Posted: 09 Feb 2012 07:00 PM PST

    Kerana tak boleh membayar wang ansuran, rumah seorang nenek di Amerika Syarikat tarancam akan dilelong minggu depan. Namun berkat usaha sang cucu yang masih berusia 12 tahun, rumah nenek itu boleh diselamatkan.
    Noah Lamaide  seperti anak biasa lainnya yang masih berusia 12 tahun. Hanya saja, jika kebanyakan anak umur segitu lebih sering menghabiskan waktu cutinya untuk bermain di luar atau bermain video game, Noah lebih suka menyibukan dirinya dengan berbagai kegiatan amal.
    Pada tahun 2010, di usianya yang masih 10 tahun, Noah membangun website Noah's Dream Catcher Network. Website ini ditujukan untuk pengumpulan dana bagi para korban bencana badai Katrina. Dari saat itu ia terus melancarkan program-program bantuan lainnya untuk menolong orang-orang yang sedang memerlukan.
    Sifat peduli sesama Noah nampaknya diwarisi dari sang nenek, Janice Sparhawk. Semenjak Noah lahir, neneknya ini sudah menolong lebih dari 100 anak malang yang tidak memiliki tempat tinggal dengan mengizinkan mereka tidur di rumahnya. Namun kerana keadaan tubuhnya yang sudah tua dan sakit, nenek berhati mulia ini tak mampu membayar wang yang telah ia pinjam dari bank dan terancam menjadi gelandangan jika ia tak boleh membayarkan hutangnya sebesar $10,000  hingga 15 Februari mendatang.
    Mengetahui keadaan neneknya yang sedang kesulitan, Noah meminta pertolongan dari komuniti di website miliknya untuk membantunya mengumpulkan dana sebesar $10,000 agar rumah neneknya tersebut tidak jadi dilelong. Tanpa ia duga sebelumnya, jumlah sebanyak itu ternyata berhasil terkumpul hanya dalam waktu beberapa minggu.

    Posting permintaan tolong Noah di websitenya
    Walaupun saat ini ia sedang berbahagia kerana usahanya berhasil, ia juga sempat panik kerana jumlah derma pada saat-saat awal tak sebanyak yang ia perkirakan.
    "Saya fikir saya tak akan boleh mencapainya," ujar Noah. Kepada reporter media setempat ia juga mengatakan: "Ternyata ada lebih banyak orang baik di dunia ini dari yang saya duga sebelumnya."
    Nenek Janice sudah meminta pertolongan kepada berbagai pihak termasuk pemerintah, bukan dalam bentuk wang, melainkan dalam bentuk program, dan tak ada satupun yang memberinya jalan keluar. Ia tak menduga masalahnya ini boleh diselesaikan oleh cucunya sendiri yang masih berumur 12 tahun.
    sumber: myfoxwausau

    Artis wanita minta cerai jadi trend

    Posted: 09 Feb 2012 06:45 PM PST


    JAKARTA: Kini sudah menjadi trend untuk artis wanita Indonesia menuntut cerai daripada suami.
    Di awal 2012 ini, seorang artis wanita, Ratu Felisha, mendapat status janda dan dua lagi artis sedang menjalani proses perceraian mereka di mahkamah. 
    Perkahwinan Tere dan Nova Eliza, kini berada di ambang perceraian. Sebab perceraian pula bermacam-macam.

    Namun, yang pasti, mereka merujuk kegagalan rumah tangga mereka ke pejabat agama.




    Ratu Felisha bercerai pada 30 Januari lalu, manakala Tere, penyanyi kumpulan DPR dan Nova, seorang pelakon drama televisyen yang mencuba nasib di bidang seni suara juga akan bergelar janda tidak lama lagi.

    Selain daripada mereka, beberapa artis lain yang sedang melalui proses perceraian termasuklah penyanyi pop era 80-an, Lis Sugianto dan hos Anandita Witoelar.

    Artis yang dinobatkan sebagai artis terbaik pada Pesta Filem Indonesia 2011, Prisia Nasution juga bercerai pada awal 2012 lalu, ketika namanya melonjak naik setelah berlakon dalam filem "Sang Penari."

    Apa yang tidak kena dengan perkahwinan mereka?

    Ada spekulasi mengatakan bahawa perceraian itu hanya mencerminkan gaya hidup mereka sebagai selebriti, tetapi yang pasti dalam kes perceraian itu, biasanya si isteri yang menuntut cerai.

    Fenomena apakah ini? - Detikhot. 



    sumber : myMetro

    Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin

    Posted: 09 Feb 2012 06:30 PM PST


    SURUNGA, Nepal - Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahanGuinness World Records.
    Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram.
    Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu.
    Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun.
    "Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu.
    "Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia."
    Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara.
    Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga.
    "Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan.
    "Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya.
    Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi.
    Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda.
    Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu.
    "Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica.
    Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm.
    Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan.
    Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010.
    Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal.
    - Agensi
    sumber : kosmo online

    Anjing baham muka pengacara televisyen

    Posted: 09 Feb 2012 06:15 PM PST


    DENVER: Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen dikejarkan ke hospital selepas mukanya dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung.
    Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.

    Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir.


    Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda.

    KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver.


    "Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di mula Kyle," kata jurucakap stesen televisyen berkenaan.




    Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya.

    Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menariknya keluar.


    Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba yang menyelamatkan anjing berkenaan untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedahkan untuk tatapan umum.

    Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata kecederaan dialami Kyle agak serius. - DM



    sumber : mymETRO

    Gadis serigala risau jadi andartu

    Posted: 09 Feb 2012 06:00 PM PST


    MUMBAI: Tiga wanita adik-beradik bimbang 'Sindrom Serigala Jadian' yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.
    Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

    Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.


    Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

    "Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?" katanya.


    Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.




    Hidup dalam serba miskin, keluarga terbabit ternyata tidak mampu menyediakan wang berjumlah RM21,500 untuk setiap seorang daripada mereka bagi menjalani rawatan laser membuang bulu berkenaan.

    Ketika ini, adik-beradik malang itu hanya menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.


    Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika apabila bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

    "Dulu ketika bersekolah, pelajar di sana selalu mengejek saya dengan pelbagai gelaran dan enggan berkawan dengan kami," katanya.


    Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata dia mempunyai enam anak, tetapi hanya tiga mengalami sindrom berkenaan.


    Kata Anita, penyakit itu menurun daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika dia baru berusia 12 tahun.


    "Saya hanya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan.


    "Keadaan itu sangat menakutkan saya," katanya.


    Akibat penyakit itu, kata Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.


    "Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir," katanya.


    Sementara itu, Monisha berkata, dia tetap berharap ada lelaki sudi menjadikannya sebagai isteri.


    "Jika ada yang sesuai, saya akan terima, tetapi jika tidak, saya terpaksa terus berusaha menyambung hidup," katanya. - TS



    sumber : myMetro

    Kolumnis hina Nabi ditahan

    Posted: 09 Feb 2012 05:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari yang dikehendaki kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
    Sumber Interpol memberitahu semalam, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam selepas melarikan diri dari negara itu.

    Kolumnis terbabit dilaporkan mengeluarkan satu laporan menghina Islam melalui twitternya yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.


    Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada sambutan Maulidur Rasul minggu lalu dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka sama taraf. — Bernama


    sumber : myMetro

    10 sekeluarga dirakam curi susu

    Posted: 09 Feb 2012 05:30 PM PST


    MELAKA: Sekumpulan 10 lelaki dan wanita dipercayai daripada satu keluarga mencuri pelbagai susu formula berjenama dalam peket dan tin bernilai lebih RM1,600 dari sebuah kedai menjual ubat di Taman Cheng Baru, dekat sini.
    Mereka dipercayai sudah lama melakukan perbuatan itu berdasarkan gerak-geri mereka walaupun premis berkenaan di Jalan Cheng Baru 1, di sini, dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

    Pemilik kedai, Robert Chong, 48, berkata kejadian berlaku jam 5.25 petang, Selasa lalu, ketika dia dan anaknya berniaga dalam kedai.


    Katanya, dia mulanya tidak mengetahui perbuatan kumpulan itu sebelum meneliti CCTV dan terperanjat melihat taktik digunakan kumpulan itu yang begitu licik memperdayakannya.

    "Ketika kejadian, saya dan anak lelaki bekerja sebelum datang seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli lampin pakai buang sebelum muncul rakan lelakinya juga mahu membeli barangan sama.


    "Tidak lama kemudian, muncul enam wanita dan dua lelaki lain masuk dalam kedai kononnya mahu membeli pelbagai barang.




    "Saya tidak sedap hati apabila ternampak dua lelaki mencurigakan keluar dari kedai lalu menyuruh anak mengejar mereka, tetapi gagal," katanya.

    Menurutnya, kejadian itu yang ketiga berlaku di kedainya sejak mula berniaga lebih setahun lalu. "Selepas memeriksa rakaman CCTV, saya dapati 13 susu formula termasuk 11 tin berharga lebih RM129 lesap," katanya.


    Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak.


    sumber : myMetro

    Pelayan rimba dicekup

    Posted: 09 Feb 2012 05:15 PM PST


    BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.
    Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat 'pelayan rimba' di restoran berkenaan.
    Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

    Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.



    Menurutnya, seorang wanita warga tempatan yang turut ditahan dalam serbuan itu bertugas sebagai juruwang.


    sumber : myMetro

    Pisau cukur Karachi

    Posted: 09 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.
    Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR). 
    Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

    "Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.



    "Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama," katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini.


    sumber : myMetro

    Datuk Nik Aziz suka tidur atas riba

    Posted: 09 Feb 2012 04:45 PM PST


    KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

    "Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.


    "Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

    Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.


    Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.




    Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

    Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.


    "Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

    "Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina," katanya.


    Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.



    sumber : myMetro

    Tukar sambutan 'Valentine' kepada Hari Suami Isteri

    Posted: 09 Feb 2012 04:30 PM PST

    KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

    Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

    "Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.

    Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.
        
    Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja  melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.

    Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.

    Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.

    Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.

    Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.

    Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama



    sumber : sinar harian

    DUDUK SAMA JANTAN LAGI BEST......

    Posted: 09 Feb 2012 04:15 PM PST

    Inilah pengakuan ngeri yang di buat oleh seorang pelajar IPTA kepada sebuah akhbar tabaloid.Kononya dengan tinggal bersama pasangan mereka akan dapat belajar bersama-sama,boleh berkongsi pendapat serta dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Kalau tinggal dengan rakan sejenis tidak mengapa tetapi ini dengan teman lelaki.


    Sanggup menipu mak bapak mereka dengan mengatakan mereka tinggal dengan rakan sejenis.Malahan ada yang hidup lebih daripada sepasang suami isteri.Dengan tinggal serumah kononnya mereka dapat mengenal hati budi masing-masing.Mereka kebanyakkannya menyewa di kawasan penduduknya yang ramai tidak beragama Islam.Ada juga diantara mereka yang sanggup menggugurkan anak apabila diri mereka hamil akibat terlanjur.
    Adakah ini generasi yang kita mahukan???

    Di sihir sampai telanjang bulat

    Posted: 09 Feb 2012 04:00 PM PST

    "Kita akur jika lamaran kita di tolak tapi kata -kata nista tu yang tak boleh tahan."kata lelaki yang gembira kerana perempuan yang menolak pinangannya telah disihir sehingga bertelanjang bulat dan memanjat pokok kekabu yang berduri dihadapan rumahnya.Kejadian ini berlaku di desa Wanungan Jawa Indonesia.Gara -gara mulut badan binasa.Inilah akibat yang berlaku akibat dendam yang tak putus-putus dan kerana sikap yang suka mencaci.
    Apabila kita menolak sesuatu tawaran atau ajakan tolak lah dengan baik apa lagi menolak lamaran seseorang untuk di ajak berkahwin.Jangan di cai ,jangan di maki jika tak bersetuju malah tolak dengan sopan -santun.Ramai orang akan hilang sabar jika maruah diri dihina dan di cabar.Selagi penghinaan itu masih bermain di fikiran selagi itulah dendam tak berkesudahan.
    Elakkan dari mengeji atau menghina orang lain kerana mulut badan binasa.

    CELUR ANAK SAMPAI MATI

    Posted: 09 Feb 2012 03:45 PM PST

    Ini lagi satu penderaan anak yang sangat dan amat menyedih kan.Si ibu sanggup mencelur anakya yang beumur setahun setengah kerana anaknya merengek.Kisah sedih ini berlaku di sebuah daerah di Indonesia,SI ibu  berusia  40an .Anak ini di khabarkan anak luar nikah yang tidak di ketahui bapanya .Anak yang tidak berdosa ini telah di benamkan kepalanya ke dalam baldi yang berisi air panas tanpa belas kasihan.Inilah akibat kalau si ibu kurang sabar dan menghadapi tekanan jiwa.Si ibu menghadapi tekanan ini kerana kesempitan hidup.
    Adakah kesempitan hidup ini memberi kita lesen untuk membunuh anak kecil walaupun anak itu anak luar nikah?Seorang ibu yang bergelar manusia sebenarnya tidak tergamak untuk membunuh anaknya sendiri,pada hal haiwan yang tidak berakal akan menentang sesiapa sahaja yang menggangu anaknya.
    Anak merupakan amanh tuhan yang tidak ternilai dan kita mesti menyanyanginya walaupun dalam apa keadaan.

    SALAH KLINIK

    Posted: 09 Feb 2012 03:30 PM PST

    Minah yang berumur 25 tahun mempunyai suami berumur dalam lingkungan 50 an.Pada suatu pagi monah telah pergi ke suatu kelinik pergigian.Minah mendaftar kan diri dan disuruh tunggu kerana doktor ada pesakit lain.Kemudian dia panggil,Minah pun masuk dan duduk dia kerusi sambil menyelak kainnya."Kenapa kamu selak kain kamu .ini bukan kelinik penyakit kelamin tapi ini kelinik gigi."beritahu doktor kepada Minah.
    Minah pun menjawab"Saya tahu doktor masaalahnya gigi suami saya tersangkut kat celah ni....,"Minah menunjukkan kepada doktor.


    p/s ini rekaan tiada maksud yang lain .

    SALAH PERMINTAAN pulak

    Posted: 09 Feb 2012 03:15 PM PST

    Man berasa bosan .Dia tidak tahu kemana dia hendak pergi.Lalu dia mengambil keputusan untuk berjogging.Dia pun berjogging di kawasan hutan kecil ditepi rumahnya.Selepas penat berjogging ,dia pun berhenti rehat dan duduk dibawah sebuah pokok.Ketika mata hampir terlelap kerana kepenatan,tiba-tiba dia terlihat satu cahaya keluar daripada satu pokok didepannya dan dia pun menghampirinya.Alangkah terperanjat rupanya yang mengeluarkan cahaya itu ialah sebuah teko.

    Man pun mengambil teko itu lalu mengusapnya,teko itu mengeluarkan asap.Man terperanjat asap yang keluar itu sebenarnya jin. Jin itu ketawa dengan kuatnya sambil berkata"Terima kasih tuan kerana menyelamatkan aku dan aku akan membalas jasamu."Man ketakutan.dia takut jin itu akan membunuhnya."Kau nak balas jasa aku dengan apa."tanya Man."Kau boleh minta apa saja yang kau mahu tetapi hanya 3 kali segala,permintaan mu akan aku tunai kan.'kata jin.

    "Ok permintaan aku yang pertama aku mahu jadi kaya,"Man meminta."Kaya itu senang saja"Jin pun membaca jampinya .Sekelip mata Man menjadi kaya.Bila sudah kaya Man menjadi tamak dan rakus.Dia mengosok teko.jin pun keluar'Kau mahu apa?tanya jin."Aku mahu jadi raja."Man meminta. Jin pun membaca jampinya dan serkelip mata Man menjadi raja.

    Bila sudah menjadi raja Man semakin tamak dan suka berfoya-foya.Pada suatu hari Man ingin mengadakan pesta dan menyuruh menterinya memanggil semua termasuk seorang penyanyi yang sangat cantik bernama Fairus.Man sungguh tertarik dan mula ingin mengoda si Fairus tetapi Fairus cuba mengelak.Man berasa geram ,dia pun mengambil teko tadi untuk meminta pertolongan jin.Jin pun keluar"Kau mahu apa dan ini permintaan kamu yang terakhir.''Aku tahu dan mahu kamu letakkan aku sentiasa di celah kelengkang  Fairus tanpa pengetahuannya."Man meminta dalam keadaan mabuk."Betul ,kamu tak menyesal."tanya jin lagi."Betul " jawab Man,Jin pun membaca jampinya,dalam sekelip mata sahaja Man telah berubah......MAN TELAH BERUBAH MENJADI TUALA WANITA(KOTEX)...Man menyesal kerana salah permintaan dan selama-lamanyalah Man menjadi tuala wanita.