Di India pengantin wanita dilarang berborak panjang di telefon Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT Bagus juga peraturan ini... saya petik dari myMetro..
NEW DELHI: Sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.
Suruhanjaya Wanita Punjab mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.
Ketua suruhanjaya itu, Gurdev Kaur Sangha, berkata arahan itu boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri.
"Saya dapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit," katanya.
Di kalangan suami pula, kata Gurdev, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing. - AFP |
Beruang dijadikan pengawal ladang ganja Posted: 09 May 2011 08:00 PM PDT Macam-macam.. saya petik dari myMetro
TASIK CHRISTINA: Sekumpulan beruang hitam ditemui bertindak sebagai pengawal di sebuah ladang ganja di British Columbia, Kanada.
Sepuluh beruang itu ditemui Ogos lalu apabila polis melancarkan serbuan terhadap ladang berkenaan di Tasik Christina, tenggara British Columbia. Pemilik ladang, Allen Wayne Piche, dipercayai memberi haiwan itu makanan anjing untuk mengawal kira-kira 1,000 pokok ganjanya.
Beruang terbabit yang sudah kehilangan sifat semula jadinya yang takut kepada manusia, boleh dibunuh.
Mereka menjadi begitu jinak hingga seekor daripadanya memanjat kereta polis ketika serbuan itu, kata pegawai.
Beruang itu berhibernasi sejak musim sejuk lalu. Kini, pegawai perlindungan haiwan menanti masa untuk mereka keluar daripada hibernasi sebelum memutuskan nasib beruang itu.
"Mereka akan keluar bila-bila masa," kata Menteri Alam Sekitar British Columbia, Terry Lake.
Menurutnya, pegawai perlindungan haiwan akan memberi tumpuan untuk memastikan tidak ada individu yang memberikan mereka makan dan mengawasi beruang itu jika mereka menjadi ancaman.
Beruang itu mungkin ditempatkan semula di habitat yang sesuai atau dibunuh jika gagal untuk mencari makanan secara semula jadi. Sementara itu, pemilik ladang terbabit didakwa atas tuduhan memberi makanan kepada haiwan liar yang berbahaya.
Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada tuduhan berkaitan dengan dadah dilakukan terhadapnya. - Agensi. |
Kesian..wanita ini hanya boleh makan nasi kosong sahaja Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT kesian sungguh wanita ini... saya petik dai myMetro
LONDON: Seorang katerer yang berdepan dengan pelbagai alahan makanan sejak lebih 10 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada nasi semata-mata.
Micaela Stafford, 53, sebelum ini gemar memakan makanan bergoreng ketika sarapan dan makanan yang dipanggang untuk makan malam. Tetapi kini tubuhnya menolak semua makanan termasuk susu, protein dalam bijirin, gandum, gula, minyak dan lemak.
Ibu dua anak itu menderita reaksi fizikal yang teruk jika memakan apa saja makanan, memaksanya hanya memakan nasi untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.
Pakar perubatan bimbang Micaela boleh menderita masalah kesihatan yang serius yang belum pernah didiagnosa, menghalangnya daripada mendapatkan zat makanan.
Micaela yang berasal dari Loughborough, Leicestershire, berkata: "Jika saya melanggar pantang, saya akan terlantar di atas katil selama seminggu. Tubuh saya tidak boleh berfungsi.
"Kadang kala saya merasakan saya tidak mempunyai tenaga untuk melawannya lagi. Saya putus asa.
"Saya mahukan kehidupan saya kembali. Saya tidak mahu hidup seperti ini. Saya ingin melakukan apa saja, termasuk menikmati kari.
"Saya begitu rindukan ais krim dan makanan pencuci mulut. Saya inginkan sesuatu yang mempunyai rasa. Tetapi ia semakin sukar untuk saya." Pakar pemakanan, usus dan juga juga ahli neurologi hairan dengan keadaan yang dialami Micaela yang bermula pada 1999 apabila dia pening setiap kali memakan makanan yang berasaskan tenusu.
Semakin lama semakin banyak makanan yang tidak boleh dimakannya dan sehingga ini, hanya tinggal nasi saja.
Jika makan selain daripada nasi, Micaela mengalami sakit kepala berpanjangan dan cirit-birit serta sakit sendi di seluruh tubuhnya. - Agensi |
Berita gila...Budak parah dalam nahas dilanggar lagi supaya mati Posted: 09 May 2011 06:35 PM PDT Gila..gila...gila.. saya petik dari myMetro
gambar hiasan
BEIJING: Polis wilayah Fujian menahan seorang pemandu yang membunuh seorang kanak-kanak yang sebelum itu dilanggarnya secara tidak sengaja, lapor media tempatan, semalam.
Kejadian Sabtu lalu berlaku di depan mata orang ramai yang terkejut menyaksikan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu.
Akhbar Global Times melaporkan, lelaki terbabit terlanggar seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan kereta dipandunya, menyebabkan mangsa cedera parah.
Akhbar itu melaporkan, saksi melihat lelaki terbabit kemudian berpatah balik dan melanggar mangsa sekali lagi.
Budak itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian.
Saksi berkata, mangsa mati selepas dia dilanggar dengan tayar depan sebelah kanan suspek.
Bulan lalu, seorang penuntut muzik berusia 21 tahun, Yao Jiaxin, dihukum mati selepas dia mengaku melanggar seorang penunggang basikal sebelum menikam mangsa hingga mati.
Yao berkata, mangsa enggan bekerjasama dengannya selepas cedera dilanggar.
Sebelum itu, seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan kerana melanggar seorang peminta sedekah di tepi jalan di Chongqing. Ketika disoal siasat, pemuda itu berkata, dia tidak fikir kematian peminta sedekah itu akan dipedulikan sesiapa. Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya terhadap standard moral pengguna jalan raya di China ketika negara itu menikmati perkembangan ekonomi rancak untuk tahun ke-30. - AFP |
Penipuan Terbesar Abad Ini, Ternyata Batu Bulan Yang Dibawa Neil Armstrong Hanya Kayu Posted: 09 May 2011 05:00 PM PDT Mungkin inilah pembohongan terbesar dalam sejarah manusia saat ini dan ini pula yang semakin memperkuat teori konspirasi yang meragukan misi Apollo ke bulan tidak pernah ada sampai ke bulan seperti tercatat dalam sejarah manusia. Selama ini banyak sekali kejanggalan-kejanggalan yang diungkap dari teori konspirasi tersebut seperti bendera Amerika yang berkibar di ruang hampa, bayangan astronaut dan lainnya. Muzium Nasional Belanda yang menyimpan sebuah batu pemberian dari astronaut Neil Amrmstrong dan Edwin Aldrin setelah melakukan suatu kajian menyatakan bahawa batu yang di katakanberasal dari bulan tersebut hanyalah seketul kayu yang sudah mengeras atau membatu. Muzium Nasional Belanda menerima batu ini setelah kematian Perdana Menteri Belanda Willem Dreesman tahun 1988. Penyerahan tersebut sebetulnya bersifat cenderamata peribadi pada Perdana Menteri yang diserahkan oleh duta besar Amerika Syaikat di Belanda J. William Middendorf pada saat itu didampingi para astronaut Apollo 11 yang membawa batu tersebut dari bulan. Tidak pernah terfikir sebelumnya untuk meragukan keaslian batu tersebut kerana batu tadi diberikan langsung oleh Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat. Seorang ahli Geologi Frank Beunk dari Amsterdam?s Free University menilai batu tersebut memang terlihat indah namun sangat diragukan bila dikatakan bahawa itu didapatkan dari bulan. |
Segila-gilanya Orang Gila..Lebih Gila Orang Ini Posted: 09 May 2011 11:01 AM PDT |
Video...berani betul mamat ni..curi side mirror Toyota Alphard terang -terang Posted: 09 May 2011 10:01 AM PDT Begitu berharga betul Toyata Alphard ni sampai side mirrornya pun di curi orang.. |
Dahsyat ..Nenek Hip Hop 65 Tahun dari Beijing Jadi Sensasi Terbaru Posted: 09 May 2011 09:30 AM PDT BEIJING - Seorang nenek dari Beijing menjadi sensasi terbaru di kota tersebut, setelah dia mengikuti pertandingan dengan menari ala Michael Jackson dengan sangat energik. Bai Shuying (65), mengikuti acara China's Got Talent.Tahun lalu, China's Got Talent memberikan gelar juara kepada Liu Wei, seorang pemuda berusia 23 tahun yang tidak memiliki tangan, dia berhasil memikat para penonton dengan menyanyikan lagu sambil bermain piano dengan kakinya. Liu pun kini sudah mengeliling dunia untuk melakukan show yang diadakan oleh acara tersebut. Kini Bai, yang cucunya ia beri nama Michael, mendapatkan pujian yang luar biasa kerana tariannya yang atraktif. Nenek tersebut belajar menari ala Michael Jackson hanya dari video yang dibelinya dan berlatih setiap hari. "Michael Jackson itu sangat indah, menarik, sangan menginspirasi," ujarnya seperti dilansir Telegraph, Isnin (9/5/2011). "Nenek hip hop" di Beijing kini mulai terkenal dengan pesat, para pencen yang ikut belajar kelas menari hip hop pun mereka praktekkan di taman kota. Pada tahun 2004, seorang nenek berusia 67 tahun dari Beijing bernama Wu Ying, membentuk pasukan terdiri dari empat orang nenek-nenek untuk ikut kompetisi Menari Hip Hop. Mereka menjadi juara ketiga dalam kontes tersebut.(rhs) |
Hospital Ikan Di India Posted: 09 May 2011 08:00 AM PDT Unik dan menarik. Bagi penghobi ikan di India, khususnya di daera Chandannagore, tidak perlu risau kalau ikan hias kesayangannya terlihat lesu seperti sakit. Cukup dibawa ke rumah sakit ikan yang dikelelola Patit Paban Halder, untuk didiagnosa, apa yang menjadi masalah pada ikan tersebut. Halder menyiapkan 32 akuarium untuk menempatkan ikan-ikan sakit itu selama masa perawatan. 'Pesakit-pesakit' itu ditangani oleh Halder dibantu isteri dan anaknya.Seperti pesakit yang sakit, maka untuk memulihkan ikan-ikan itu dilakukan penyuntikan dengan dos yang tepat, tentunya setelah dianalisis apa yang diderita si ikan. |
Datuk 91 tahun tetap mahu jadi "mata dan telinga" bagi polis Posted: 09 May 2011 07:00 AM PDT Seorang datuk berusia 91 tahun dari New Zealand tidak dibenarkan lagi untuk keluar malam demi memerangi kejahatan. John Bray, seorang veteran perang, memang tokoh yang pantas untuk memberantas kejahatan di kota Waipawa, North Island kerana datuk ini dahulu merupakan anggota Long Range Desert Group, yang merupakan unit pengintip di Afrika utara pada Perang Dunia II. Dia berdaftar sebagai anggota patrol komuniti, suatu organisasi yang bergerak sebagai "mata dan telinga" bagi polis. Tugas anggota komuniti ini adalah menyusuri jalanan pada malam hari, serta melaporkan adanya aktiviti yang mencurigakan. Seperti halnya tokoh Batman, dia memulai tugasnya dengan seorang rakannya. Namun akhirnya dia memutuskan untuk bekerja sendiri ketika rakannya, yang seolah seperti Robin, yang berusia 80 tahun selalu tertidur pada semasa bertugas. Kini Bray diminta untuk tidak lagi bekerja sendiri dan harus mencari rakanan jika masih ingin menjadi tokoh batman. "Saya ingin tetap berjasa tapi kini saya harus mencari rakan," ujarnya seperti dilapor AFP, Isnin (9/5/2011). Lelaki tua ini pun mengatakan bahawa apa yang dilakukannya kerap berhasil, walaupun senjata yang dimilikinya hanyalah lampu picit dan telefon tangan saat memandu menyusuri malam. "Sudah pasti ini sangat sukses. Memberikan informasi kepada polis mengenai semuanya," tegasnya. |
Inilah Orang Pertama yang Menyebarkan SPAM Pertama di Internet Posted: 09 May 2011 06:00 AM PDT Gary Thuerk, Marketing Manager dari Digital Equipment Corporation (DEC), sebuah perusahaan komputer asal Amerika, pada 3 Mei 1978 ingin menyiarkan khabar seputar penjualan perdana komputer terbaru perusahaannya di Los Angeles dan San Mateo, California. Atas sepengetahuan Carl Gartley, pemilik akaun email yang dipinjam Thuerk, dia mengirimkan spam pertama ke jaringan komputer sejumlah unversiti dan lembaga pemerintahan yang dikenal dengan ARPAnet, yang merupakan nenek moyang jaringan Internet. Saat itu, terdapat ribuan orang yang terhubung ke jaringan ARPAnet, dan sebagian besar dari mereka adalah ilmuwan komputer. Thuerk sendiri bermaksud untuk mengirimkan email undangan bagi seluruh 400 anggota ARPAnet yang tinggal di kawasan pesisir barat Amerika Serikat. Namun, bukannya mengirimkan email bagi tiap anggota itu satu per satu, seperti yang merupakan prosedur standar ketika itu, ia memutuskan untuk mengirimkan satu email saja ke seluruh 400 orang itu. Langkah yang diambil Thuerk menyulut emosi komunitI ilmuwan yang tergabung dalam jaringan ARPAnet. Namun, upaya Thuerk membuahkan hasil, sejumlah korban yang ia kirimi 'spam pertama di seluruh dunia' itu akhirnya membeli produk yang dijual perusahaannya. Bahkan, dikutip dari Computer World, 6 Mei 2011, penjualan akibat spam itu mencapai nilai 13 sampai 14 juta dolar AS. 'Kejahatan' yang dilakukan Thuerk itu diabadikan dalam sebuah tayangan di jaringan televisi CBC bertajuk "SPAM: The Documentary." Selain itu, 'inovasi' yang dibuat oleh Thuerk ini juga membuatnya tercatat dalam Guinness World Records sebagai bapak para spammer. Saat ia melakukan apa yang ia perbuat ketika itu, Thuerk tidak menyEdari bahwa tindakannya merupakan salah satu tindakan yang mengubah dunia komputer, khususnya dunia bisnis. Seperti diketahui, akibat ulah Thuerk, menurut data Symantec terakhir, sekitar 80 peratus email yang dikirimkan di seluruh dunia saat ini merupakan email spam. Namun demikian, dalam sebuah wawancara, Thuerk mengaku keadaan saat ini bukanlah kesalahannya. "Anda tidak bolehmenyalahkan Wright Brothers (penemu pesawat terbang, red) akibat kecelakaan pesawat yang terjadi saat ini," ucapnya. source |
EKSTREM...CARA ORANG PAPUA MENANGKAP IKAN Posted: 09 May 2011 05:00 AM PDT Apakah molo itu? dalam bahasa papua Maksudnya menyelam ke dalam laut sambil bawa senapang berbahan kayu dengan amunisinya berupa besi panjang yang hujung depannya sangat tajam terus di bahagian belakangnya dililit senar. Biasa juga disebut "jubi". Molo (bahasa daerah Papua yang artinya menyelam. Layaknya snorkling namun tanpa menggunakan alat bantu pernapasan, tapi kita harus nyelam hingga ke dasar laut). Nah untuk melakukan molo, sebaiknya dilakukan ketika malam hari dan air laut sementara surut. Kerana sketika malam hari, umumya ikan-ikan tidur.
Peralatan yang digunakan juga sederhana saja. Peralatannya terdiri atas senapang kayu (batang kayu yang dibuat menyerupai senapang), batang besi yang agak panjang ( 1 meter lebih), terus lampu picit khusus bawah air , jala yang telah diberi pelampung buat nampung ikan yang didapat, botol-botol air mineral lengkap dengan penutup, buat naruh rokok, korek, baterai. Kasut untuk menghindari telapak kaki luka ketika memijak karang serta baju ketat berlengan panjang dan seluarpanjang ketat.kalau dilakukan pada saat siang hari biasanya hanya memakai seluar pendek saja dengan kacamata air.
Molo, sebaiknya dilakukan oleh yang berpengalaman kerana teknik menyelam itu berbeza dengan berenang. Jadi mesti mengetahui sedikit teknik-teknik menyelam ,Selain itu, si penyelam juga harus mampu tahan nafas di dalam air cukup lama. Menurut salah satu penyelam molo, dia mampu menyelam hingga kedalaman 15-20 meter (sampai telinga sakit) dan berada didalam laut hingga 3-5 minit tanpa mengambil nafas.
|
Gambar perempuan mati dibunuh oleh bekas kekasihnya Posted: 09 May 2011 04:00 AM PDT |
Bentuk Unik dan Menarik, Sandwich Posted: 09 May 2011 03:00 AM PDT Anak anda susah makan? Jangan Khuatir, itu adalah keadaan biasa anak-anak, anda hanya memerlukan sedikit kecerdasan dan kreatif untuk membuat anda anda tertarik untuk makan. Salah satunya adalah dengan menghias makanan anda menjadi bentuk yang lucu, sehingga anak anda tertarik untuk menyantapnya. Disini contoh tentang salah satu bentuk kreatifit menghias makanan menjadi bentuk yang unik, menarik, lucu dan bioleh mengundang minat setiap anak untuk menyantapnya. |
Plat Kenderaan: Saya Suka Seks (I LIKE SEXS) Posted: 09 May 2011 02:00 AM PDT Ikada News-Polis lalu lintas di selatan Kazakhstan mengeluh dengan semakin banyaknya pemilik kenderaan bermotor yang mengganti plat nomor kendaraan mereka dengan plat bertuliskan "Saya Suka Seks". Portal berita Mir, melaporkan, seorang dari mereka, pemuda berusia 19 tahun di Kyzyl-Orda, didenda 1.000 dollar AS kerana memasang plat provokatif itu di kenderaan SUV-nya. Portal itu juga memperlihatkan gambar kenderaan lain yang memasang plat bertuliskan "Saya Cinta Aizat". Kazakhstan dikenal sebagai negara berpenduduk majoriti Muslim, tetapi pandangan sosial dan perilaku soal seks mulai terbuka, terutama di kota besar. Namun, masih ada juga kelompok pemuda berpandangan konservatif yang memboikot filem porno dan peringatan hari Valentine. Sumber (KOMPAS) |
Muslim Britain Ingin Jadikan Bar Sebagai Masjid Posted: 09 May 2011 01:00 AM PDT LONDON, RIMANEWS – Sebuah bar bernama Whitley Tavern menjadi sebuah ruang solat bagi umat Muslim dan aula pusat masyarakat Muslim Inggris. The Whitley Muslim Education Trust sedang mengumpul dana sebesar £ 620.000 untuk membeli bar Northumberland Avenue, yang dijual oleh Enterprise Inns menggunakan agen real estate terletak di Buckinghamshire, Duncan, Bailey, Kennedy. Sejak kedai bir tersebut tutup pada Februari 2010 lalu, beberapa tunjuk perasaan telah dilakukan penduduk sekitar agar bar itu tetap sebagai bar. Pada bulan Jun tahun lalu, perumahan Catalyst merancang menghancurkan yang bar kosong itu, dan menggantinya dengan 22 bilik dan dua rumah, namun tidak diberikan respon yang hangat dari penduduk setempat dan para konselor. Trust yang sekarang sedang cuba untuk menghidupkan dukungan dana untuk menciptakan sebuah ruang doa, pusat pendidikan, perpustakaan dan pusat pameran Islam. Anggota Trust Manzoor Hussain, dari Whitley Wood, berkata, "Kami ingin menjadikan bar tersebut sebagai pusat masyarakat Muslim." "Saya kira ada keperluann besar akan pusat Islam bagi South Read yang memiliki 330 Muslim. Kita tahu ada dukungan untuk bangunan tersebut untuk tetap sebagai bar. Kami tahu bahwa bar merupakan salah satu tempat haram bagi umat Muslim, namun kami yakin ciytra tersebut dapat berubah jika Masjid ini berhasil didirikan." "Kami telah mengajukan penawaran kepada agen real estat dan sekarang cuba untuk mengumpulkan wang." Trust telah mendistribusikan selebaran ke keluarga Muslim Whitley dengan harapan dapat mengumpulkan dana awal sebanyak £ 100,000 . Selain itu, tempat tersebut dirancang juga digunakan sebagai tempat untuk mengajarkan Al-Quran dan memberikan pelajaran bahasa Arab kepada penduduk setempat. Ia juga ingin menawarkan kelas IT pada tingkat yang berbeZa dan mengadakan acara-acara masyarakat dan kebudayaan. Brosur yang meminta orang untuk menyumbangkan £ 250 per rumah menuliskan, "Karena sekarang Whitley Tavern telah menjadi fokus dari masyarakat. "Sementara beberapa anggota ingin melihat bar semacam itu sebagai tempat dengan anti-masalah sosial." "Masyarakat Muslim menganggap bangunan ini tetap dapat dipakai masyarakat dan dimanfaatkan sebagai tempat untuk berjamaah." Seorang warga Whitley, yang tidak ingin namanya disebutkan, berkata, "Setelah berbicara kepada beberapa orang termasuk orang-orang yang tinggal di kedua sisi properti tersebut, secara umum menyatakan perasaan bahwa para penduduk tidak menginginkan didirikannya sebuah Masjid. Orang-orang yang cukup takut tentang gagasan itu." Sementara itu pembangunan Masjid Abu Bakar di Oxford Road mulai berjalan setelah sebelumnya dikritik keranaa kemajuannya yang lambat. Menulis di website Masjid pada hari Minggu, 14 Jui lalu, Khairun Jazaku mengatakan, "Pemasangan bata sekarang sedang berjalan dan pekerjaan pembuatan ruang bawah tanah juga telah dimulai." "Jendela, atap, dan kubah semua harus dilakukan bersama-sama dengan pemasangan bata dan ini bukan tugas kecil. Kita harus meningkatkan dana untuk memastikan bahawa tidak ada halangan dalam pekerjaan penting ini." Menjadikan tempat umum sebagai Masjid merupakan hal yang lumrah terjadi di Eropah dan AS. Seperti yang terjadi di wilayah Rock Hill, AS, dimana umat Muslim menjadikan sebuah pusat perbelanjaan sebagai tempat ibadah bersama. |
Karena Kegemukan, Babi Jalani Pembedahan Wajah Posted: 09 May 2011 12:31 AM PDT Ikada News-Babi seberat suku tan ini menjalani pembedahan wajah untuk membantunya kembali melihat kerana kegemukan. Babi tersebut tidak lagi boleh melihat kerana alis matanya menutupi pandangannya kerana berat tubuhnya yang semakin bertambah. Alat angkut berat pun dipersiapkan untuk mengangkut sang babi atas persetujuan pemiliknya untuk membolehkanya melihat. Seperti dinukil Orange Boris, babi berusia tiga tahun tersebut menjadi selebriti gtempatan di wilayah Rosewater, Adelaide, Australia. Pemiliknya Graeme Cane mengatakan bahawa Boris tidak bioleh melihat kerana faktor berat tubuhnya yang makin bertambah, sehingga alis matanya turun dan menutupi pandangannya. Dia sudah mencoba membuat babinya agar menjalankan diet tapi malah membuatnya makin parah, alis matanya malah semakin turun menutupi matanya. Walaupun matanya tidak boleh melihat dan juga cacat di punggungnya, Boris merupakan babi tempatan yang menjadi bintang sumber : http://international.okezone.com |
Waduh…Polis ‘Muncul’ di Video Porno Posted: 08 May 2011 11:00 PM PDT TEMPO Interaktif, Los Angeles - Dua polis traffik Los Angeles, Amerika Syarikat, terancam dipecat. Keduanya kemungkinan kehilangan pekerjaan setelah muncul di video porno sewaktu bertugas. Dalam sebuah video porno mereka terlihat mengenakan seragam dan kenderaan peronda. Seperti dikutip dari laman Orange, Jumaat 6 Mei 2011, dua polis yang tidak diketahui identitinya ini dilaporkan meraba-raba pelakon porno berambut erang. Adegan tersebut terlihat jelas kerana shooting di siang hari dan terjadi di tempat .letak kereta Polis Los Angeles dikhabarkan tengah menyiasat kes tersebut. Kes ini muncul pada Januari lalu ketika stesen televisyen KCBS memberi tahu salah satu adegan film porno kepada Departemen PengangkutanLos Angeles. Mereka menyoroti munculnya kereta peronda dalam sebuah film porno. Pejabat Departemen Pengangkutan ketika itu mengakui kereta yang muncul adalah kereta peronda. Namun, mereka tidak boleh memberi identiti dua polis yang muncul di filem tersebut kerana wajahnya dikaburkan. Baru-baru ini, kes ini muncul lagi setelah stesenn televisyen KNBC-TV melaporkan video porno yang melibatkan dua polisi ini muncul di web porno. Dalam video itu terlihat jelas, seorang pelakon porno mendekati polis lalu lintas. Dia lantas diraba-raba polis tersebut. Juru bicara Departemen Transportasi Los Angeles, Amir Sedadi, mengatakan akan mengambil tindakan tegas bila dua polisi tersebut terbukti bersalah. "Tindakan mereka sangat tidak bermoral," katanya. "Begitu kami mendapatkan nama mereka, kemungkinan mereka dipecat." |
Uganda Akan Terapkan Hukuman Mati Bagi Homoseksual Posted: 08 May 2011 10:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM, KAMPALA - Sangat tidak beruntung Homoseksual hidup di Uganda.Negara di benua Afrika tersebut, kemungkinan akan menjalankan hukuman mati bagi homoseksual. ParlImen Uganda akan mengambil keputusan dalam minggu ini. Organisasi-organisasi hak-hak asasi manusia menyuruh masyarakat antarabangsa supaya memprotes tindakan tersebut. Sebelumnya Uganda pernah tidak meneruskan rancangan undang undang setelah menghadapi tekanan berat antara lain dari Amerika Syarikat dan Eropah. Dalam pernyataan pers Cary Alan Johnson dari Komisi HAM Lesbian dan Gay Internasional IGLHRC berkata, "Sangat mengejutkan bahawa undang undang antihomo ini kemungkinan diterapkan, padahal kami sudah memeranginya selama dua tahun. Masyarakat internasional tidak boleh membiarkan ini terjadi." Homoseksual memang sudah dilarang di Uganda. Tapi anggota parlimen David Bahati tahun 2009 mengajukan usulan untuk meningkatkan hukuman. Ia antara lain menuntut hukuman mati bagi kaum homoseksual yang membawa Hiv, virus penyebab Aids. Juga orang-orang homoseksual yang seringkali berhubungan seks sesama jenis atau dengan anak di bawah umur atau penyandang cacat harus boleh dikenai hukuman mati. |