Adsense

Rabu, 7 Julai 2010

SkyCrewz Network

SkyCrewz Network


Gambar Seksi Mimie One Nation Emcees

Posted: 06 Jul 2010 09:10 PM PDT

Ha ni lah gambar terkini Shamimi Amalina atau Mimi yang boleh kata agak seksi. Aku agak kenal si Mimi ni masa dia form 5 dulu sebab dia jadi ketua platun. Haha tutup kisah lama. Dulu dia agak berisi sekarang dah makin seksi. Apa-apa hal pun korang layan dulu.

Gambar Seksi Ana Dahlia

Posted: 06 Jul 2010 09:01 PM PDT

Industri perfileman di Malaysia bakal mengalami transformasi tidak lama lagi. Transformasi yang di maksudkan ialah semakin banyak adegan-adegan panas bagi menarik penonton. Ye lah korang tengok saja aksi Ana Dahlia ni, dia kata ikut skrip. Tu belum lagi si Arja Lee punya adegan terlampau.

Imej Terbaru Shamsul Yusof Haslam

Posted: 06 Jul 2010 08:55 PM PDT

Sekali tengok memang macam gengster kongsi gelap cina dah si Shamsul Yusof ni. Rupa-rupanya ini adalah imej terbaru dia menampilkan ala-ala gengster yang penuh tatu di badan. Kalau tak silap aku ni watak untuk filem terbaru dia. Tak pasti pulak filem apa. Amacam nampak garang tak?

Jomss Layansss!!

Jomss Layansss!!


Gambar Terbaru Anak Kembar Leeya & Ashraf

Posted: 07 Jul 2010 09:27 AM PDT


Inilah dia gambar terbaru anak kembar kepada Leeya (DJ Hot FM) dan suaminya Ashraf. Pada 26 jun yang lalu,  Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf genap berumur 1 tahun. Sekejap jer dah setahun kan.

Lagi gambar-gambar majlis ulangtahun anak kembar mereka.







sumber : mStar Online


p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

Syamsul Yusof Bertatoo??

Posted: 06 Jul 2010 09:34 PM PDT


Syamsul Yusof anak kepada pengarah filem terkenal, Yusof Haslam sudah mula pandai bertatoo?? Biar betul??

Sabar. Semua tahu Syamsul Yusof merupakan pengarah filem dan pelakon. Jadi, imej bertatoo Syamsul adalah untuk watak antogonis yang dipegangnya dalam filem terbarunya, KL Gengster. Tajuk pun dah ganas, takkan penjahat dalam filem tersebut biasa-biasa jer. So, dengan bertatoo (jenis mudah dibersihkan ni) , nampak skit keganasan penjahat tersebut.








Lagi gambar-gambar aksi boleh dilihat di blog adik Shamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof.(new director to be)


p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

Blog BOM321

Blog BOM321


Akibat Bila Dah Kyusyuk Sangat Mengambil Gambar

Posted: 07 Jul 2010 08:00 AM PDT


Hati-hati wahai photografer, malu datang tak kira waktu...

Official BlackBerry Twitter App Launched

Posted: 07 Jul 2010 07:00 AM PDT

Official BlackBerry Twitter App Launched

The official Twitter app for BlackBerry has been cleared for full release, three months after it first appeared in beta form.

Research in Motion (RIM) announced Twitter for BlackBerry 1.0 late yesterday, with the app being rolled out by region to the BlackBerry App World, where it will appear in the IM and Social Networking category.

The first public beta was made available in April, bringing with it basic functions such as support for posting, sending, deleting, replying and retweeting. It also had support for followers and following, trending topics, timeline support, URL shortening and integration into core BlackBerry apps.

During the beta period, RIM added a number of features, including auto-completion of "@" usernames, the ability to view geotagged tweets, navigation hotkeys and support for external photo-viewing add-ons such as Yfrog and Tweetphoto.

The final release sees the addition of a "Go to User" feature, giving any user the ability to instantly access their profile from anywhere in the application. In addition, it also adds language support for Dutch, Indonesian, Japanese, Korean, Portuguese (European), Russian, and Turkish.
Source@ITPRO

Tikus Gergasi Sebesar Kucing !

Posted: 07 Jul 2010 05:02 AM PDT

Tikus ini dikatakan ditangkap di sebuah lokasi di China. Sangat besar dan amat merbahaya bagi penduduk kawasan itu.
giant mouse
Kucing pun boleh jadi takut dengan tikus!

Doktor Haiwan !

Posted: 07 Jul 2010 03:01 AM PDT

veterinar
Ini baru dinamakan doktor haiwan!

Kaki Paw !

Posted: 07 Jul 2010 12:58 AM PDT

Berhati-hati, banyak kaki paw memakai kostum haiwan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Kaki paw sekarang semakin liar!

Ketua Pergerakan Wanita Umno Tamak Judi ?

Posted: 07 Jul 2010 12:14 AM PDT

Guna air mata perdaya wanita RM10,000


TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan 'mempertaruhkan' air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya.

Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata.

"Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000.

"Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan," katanya di sini, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti.

Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya.

"Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau.

"Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu.


Sumber Asal: Guna air mata perdaya wanita RM10,000

judi oh judi!

Bayi Tersalah Ibu !

Posted: 06 Jul 2010 09:56 PM PDT

Hati-hati jika membawa anak anda yang masih menyusu badan ke pusat membeli-belah.
wrong mom
Ada susu ke dik?

Ibu Yang Pemalas !

Posted: 06 Jul 2010 08:55 PM PDT

lazy mom
Dah takboleh nak berjalan sangat dah kot!

Cuba Teka Berapa Orang Naik Motor Ni?

Posted: 06 Jul 2010 06:53 PM PDT

Ada pertunjuk di situ...
anak tersepit
Tinggalkan jawapan anda di ruang komen!

Rumah Urut

Posted: 06 Jul 2010 02:10 PM PDT

massage
Bukan manusia je selalu lepak rumah urut, haiwan pun ada khidmat urutan

Blog Carca Marba

Blog Carca Marba


Germany vs Spain Highlights Video (World Cup 2010)

Posted: 07 Jul 2010 01:22 PM PDT

World Cup 2010 Highlights : Germany 0 - 1 Spain

Scorers:
73′ [0 : 1] Carles Puyol


World Cup 2010 Highlights Video : Germany 0 - 1 Spain

73′ [0 : 1] Carles Puyol

Sensasi

Sensasi


Gambar Lisa Surihani Natural Tanpa Make-up dan gambar2 menarik Lisa

Posted: 06 Jul 2010 05:20 PM PDT

Gambar Lisa Tanpa Make-up



Yang mana satu sebenarnya buah hati Farid Kamil???


Gorgeous lisa...Drool**

Lisa terkejut nampak hantu



She's so sweet and beautiful~

Christiano Ronaldo kini seorang bapa kepada bayi Lelaki

Posted: 06 Jul 2010 05:10 PM PDT





LONDON - Ketua pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo didakwa membayar 'seorang ibu tumpang' untuk mendapatkan anak lelakinya yang dilahirkan semasa skuadnya bertanding di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan pengakuan Ronaldo bahawa dia kini menjadi seorang bapa tetapi identiti ibu yang melahirkan anaknya dirahsiakan kerana pemain tersebut dikenali ramai masih bujang.
Akhbar Diario de Noticias melaporkan bayi itu dikandung ibu tumpang tersebut sejak musim panas lalu di San Diego, Amerika Syarikat (AS) semasa Ronaldo sedang bercuti.
Bayi seberat 4.30 kilogram itu dilahirkan pada 17 Jun lalu ketika bintang pasukan Portugal itu berada di Afrika Selatan untuk perlawanan Piala Dunia 2010.
Menurut sebuah akhbar, anak itu hasil hubungan Ronaldo dengan seorang wanita AS yang dibayar supaya menyembunyikan identitinya.
Bayi itu kini dipercayai dijaga oleh keluarga pemain tersebut di Algarve, selatan Portugal.
Kakak Ronaldo, Katia Aveiro menyatakan berita Ronaldo menjadi bapa itu adalah benar.
Aveiro memberitahu, bayi tersebut mempunyai mata dan rambut berwarna coklat seperti Ronaldo.
Stesen televisyen RTP di Portugal mendakwa bayi yang dilahirkan setinggi 53 sentimeter itu akan dipanggil Ronaldo.
Ronaldo menjadi bapa dua hari selepas skuadnya menentang pasukan Ivory Coast dan empat hari sebelum membantu Portugal membelasah Korea Utara dengan keputusan 7-0.
Akhbar itu turut melaporkan Ronaldo terbang ke Algarve untuk bertemu dengan anaknya, sebaik sahaja Portugal tersingkir daripada Piala Dunia selepas dikalahkan oleh Sepanyol pada 29 Jun lalu.

LPFM Lulus Adegan Bogel ,Arja Lee Anggap berbogel adalah satu seni lakonan

Posted: 06 Jul 2010 05:06 PM PDT


Pelakon baru Azharudin Ramli,25, atau Arja Lee (gambar) yang mengaku berbogel dalam filem pertamanya ...Dalam Botol memohon maaf di atas perbuatannya itu.

Arja yang dihubungi berkata, dia tidak menyangka pengakuan jujurnya dalam beberapa akhbar Ahad lalu mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

"Saya hanya mahu memohon maaf di atas apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Menurut pelakon itu dia sekadar mahu bersikap jujur dan berharap masyarakat dapat menerima kejujuran tersebut selain menganggap tindakan itu adalah semata-mata untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Arja Lee bersama Vanidah Imran dalam teater Mahsuri tahun lalu.

Lagipun menurut Arja, adegan di dalam bilik air itu kelihatan kabur dan penonton tidak akan melihat "benda yang tidak sepatutnya" apabila menonton filem itu kelak.

"Saya tetap mempertahankan apa yang dilakukan adalah atas dasar kerja dan ia bukan sengaja untuk mencari sensasi," katanya.

Walau bagaimanapun Arja tetap memohon maaf jika pihak-pihak yang berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Arja yang pernah berlakon dalam teater Mahsuri yang dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu itu juga tidak pernah bermimpi untuk dihimpit kontroversi sehingga ditegur oleh menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin lalu menegur tindakan Arja yang mengaku berbogel dalam filem terbaru terbitan Penerbitan JAS milik produser Raja Azmi Raja Sulaiman itu.

Jamil Khir berkata perbuatan Arja adalah satu kesalahan bukan sahaja melibatkan agama sebaliknya undang-undang.

Beliau turut meminta pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.

Pelakon itu memegang watak Ruby, seorang lelaki yang menukar jantina kerana terlibat dengan cinta sejenis.

Arja yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan Teater di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang memberitahu turut dihubungi oleh pihak universiti yang mahu mendapatkan penjelasannya.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pihak universiti pada hari Isnin akan datang," katanya yang sebelum ini menganggap tindakan berbogel itu sebahagian daripada seni dalam filem.

Sementara itu Raja Azmi yang dihubungi Selasa, menarik nafas lega apabila adegan berkenaan tidak dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas dihantar untuk dinilai kira-kira dua minggu lalu.

Katanya daripada keseluruhan adegan, hanya babak yang menampakkan salah seorang pelakonnya memakai seluar dalam turun dari katil sahaja dipotong.

"Saya berasa lega apabila LPFM hanya memotong sedikit sahaja adegan dalam filem ini walaupun macam-macam kontroversi mula timbul," katanya.

Ditanya mengenai teguran Jamil Khir, kata Raja Azmi, isu berbogel itu adalah kenyataan jujur Arja Lee tetapi adegan yang dipilih untuk disiarkan itu tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan.

"Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan," katanya.

Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan.

Disebalik Kisah Cerai Artis yang mengandung dan telah bercerai kali ketiga(talak tiga)

Posted: 06 Jul 2010 04:57 PM PDT


Sensasi:cerita2 sebegini pernah singgah ditelinga sensasi sebelum ini tentang perangai suami kepada artis wanita yang sedang mengandung tersebut.Tp kali ini Cak mnegeluarkan ceritanya dari ersinya sendiri..jom kita baca.. Suami bekas artis tersebut dikatakan berduit,bekerja dgn keluarganya dan mendapat gaji yang besar,serta memiliki perniagaan go-kart.dan Artis yang dikatakan cinta barunya ,adalah artis dari bintang realiti yg popular..kalau popular slalunya org akan terus ingat AF..

baca cerita penuh dari CAK sendiri

CERITA seorang artis berceraisungguh mengejutkan. Yalah, tak ada angin tak ada ribut, tup-tupberpisah. CAK ada juga merisik dengan teman terdekat artis itu tapimasing-masing mengunci mulut. Kata mereka, tidak mahu campur kerana iaterlalu peribadi dan tidak sampai hati mengguriskan lagi perasaan artisberkenaan.
Rupa-rupanya cintanya berpaling kepada seorang penyanyi yang lahirdaripada program realiti paling popular. Menurut sumber yangmendedahkan rahsia ini, hujung minggu lalu dia terserempak bekas suamiartis itu masuk ke sebuah kelab sambil berpimpin tangan dengan penyanyiitu.

Mereka yang ditemani beberapa teman kelihatan sungguhmesra, malah menari sambil berpelukan. Seorang teman sumber yangsememangnya berbulu melihat aksi pasangan itu segera mendekati penyanyiberkenaan dan bertanya apa hubungannya dengan bekas suami artisberkenaan.

Kebetulan pula si penyanyi itu mabuk, jadi biladitanya tanpa segan silu dia menjawab dengan penuh jujur. Katanya, diamendekati suami bekas artis itu kerana mahukan duit saja dan tak adaniat pun mahu berkahwin.

Kerana wang semata-mata! Baginya,lelaki itu kaya dan mudah dikikis. Kawan kepada penyampai cerita inimengurut dada apabila mendengar pengakuan terbuka penyanyi itu.Baginya, tindakan bekas suami artis itu menceraikan isterinya hanyakerana wanita pisau cukur satu tindakan bodoh.
Selepas puas menari, penyanyi itu mengajak kawannya ke satu lagikelab kerana mahu berpesta arak dan semua kos ditanggung oleh temanlelakinya. Bagai lembu dicucuk hidung, bekas suami artis itu menurutsegala kehendak buah hati barunya.

Itulah bodoh namanya. Adaisteri cari pasal. Kalau dapat pengganti lebih baik tak mengapa tapidah terang-terangan wanita itu hanya mahukan duitnya dan bila sudahpokai nanti, akan ditinggal begitu saja. Barangkali ketika itu barubekas suami artis itu sedar, tetapi menangis berbaldi-baldi pun dah takberguna sebab sudah jatuh talak tiga. Oops! Emosi pula CAK.

Maya Karin & Suami Ke Mahkamah Syariah untuk kali kedua

Posted: 06 Jul 2010 04:49 PM PDT



Pelakon Maya Karin,31, dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau Muhammad Ali dijadual akan hadir untuk kali kedua ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua pasangan itu dikatakan mahu mengetahui status pendaftaran pernikahan mereka selepas mendaftarkannya pada 24 Jun lalu.

Portal The Malaysian Insider menerusi satu sumber mahkamah menyebut, pasangan itu berkemungkinan akan dikenakan denda berhubung kesalahan lewat mendaftarkan pernikahan.

"Kalau status perkahwinan mereka tidak sah, mereka terpaksa bernikah semula. Sekiranya sah, mereka juga akan berhadapan dengan tindakan undang-undang atas kesalahan lewat mendaftar perkahwinan yang berlangsung di Itali dua tahun lalu," kata seorang pegawai mahkamah kepada portal itu.

Maya dan Muhammad Ali sebelum ini merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah ketika hadir pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan berkenaan dalam proses untuk bercerai tetapi perlu mendaftarkan perkahwinan terlebih dahulu sebelum boleh melakukan prosedur seterusnya.

Maya dan Muhammad Ali diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis.

Shafnie Bekas Isteri AC Mizal Menangis di mahkamah kenangkan nasib anak

Posted: 06 Jul 2010 04:35 PM PDT


Bekas isteri pelakon dan pengacara, AC Mizal, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib dua anaknya pada masa depan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya semasa mereka masih kecil.

Esakan Shafnie Zainudin yang semakin kuat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes ubah tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Rendah di sini Selasa, menyebabkan dia terpaksa ditenangkan oleh peguam syarienya, Azmi Tan Sri Rais.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menangguhkan prosiding selama 10 minit untuk Shafnie selaku plaintif menenangkan diri.

Tangisan Shafnie, 35, bermula selepas dia disoal berhubung bayaran insurans sebanyak RM1,000 dan dana amanah pendidikan yang dituntutnya daripada defenfan, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini.

"Itu adalah tuntutan yang saya mahu untuk anak-anak. Saya tidak mampu, jadi saya dapatkan sebut harga.

"Insurans pendidikan adalah jika anak-anak ingin lanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Jika apa-apa berlaku pada saya, kos pendidikan anak akan ditanggung insurans," katanya.

Selain itu, bekas model itu menjelaskan bahawa jumlah perbelanjaan persekolahan yang dituntutnya sebanyak RM300 untuk dua orang anak setahun sememangnya tidak mencukupi.

"AC Mizal pernah beritahu kepada saya bahawa dia tidak akan menanggung sekiranya anak dihantar ke sekolah swasta. Anak sulung bersekolah swasta," katanya sambil menambah anak bongsu pula bersekolah kerajaan.

Selain itu, Shafnie juga menuntut bayaran bulanan yang terdiri daripada makanan (RM400), pengangkutan (RM240), pengajian Al-Quran (RM280), sewa rumah (RM650) dan pembantu rumah sebanyak RM200.

Dia juga menuntut bayaran pakaian sebanyak RM3,000 setahun yang meliputi pakaian sekolah, aktiviti ko-kurikulum kerana anaknya aktif bersukan dan menganggotai pengakap serta untuk kegunaan hari raya.

Turut dituntut ialah perubatan RM1,500 dan RM3,000 sebagai hiburan dan pelancongan.

"Saya membawa anak-anak berjalan di dalam negara seperti di Pulau Redang. AC Mizal tidak pernah menawarkan atau membawa anak-anak ke luar negara," ujarnya.

Perbicaraan berjalan tanpa kehadiran AC Mizal, 39, yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kerana mempunyai urusan di saat akhir.

Abdul Halim menetapkan 13 Julai ini untuk sambung bicara.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Fasha Dihentam Kak Pora tentang pengakuan cintanya

Posted: 06 Jul 2010 04:09 PM PDT


Sensasi: Banyak berita dan pihak yang suka menghentam Fasha..Terutama sekali para wartawan dan org ramai yang bencikan Fasha kerana dikatakan sebagai perosak rumah tangga Nora Danish dan Jejai.. Sensasi malas nak komen byk2 just,for me hidup tak perlu la nak dengki dgn org..people make mistakes.And we cannot judge others people's life as if we're so perfect.Kdg2 benda berlaku diluar kawalan..Especially bab hati dan perasaan,susah untuk kita nak judge.Nora Danish masih muda dan pastinya selepas penceraian nya dengan Jejai ,dia mendapat cukup keperluan dan Jejai sendiri menyayangi anaknya.Kebanyakkan gambar twitter Nora bila melibatkan anaknya pasti akan ada Jejai sekali wpun Nora dan Jejai dah lama berpisah.Nora pun skrg ligat ke kelab malam dan keluar dgn byk lelaki lain...people move on...teruskan hidup..kita yg memerhatikan hanya perlu berdoa yang terbaik buat mereka..

Fasha adalah seorang entertainer,..Dia berlakon,menjalankan kerjanya berlakon dan menghiburkan org dgn lakonannya sampai sanggup berlakon jadi hantu dan terjun dlm perigi buta..Org suka tgk lakonan Fasha tapi lagi suka mengata dan mengumpat.her life just let her be la...bukan her life suppose to be ur entertaiment utk mengumpat. i hate manusia berhati busuk dan bermulut longkang...pls lah..~


nie Sedutan dari wartawan yg bernama kak pora menghentam Fasha..katanya Jejai x mengaku Fasha kekasihnya tp Fasha je yg beriya2...terbaru Jejai menghantar SMS kepada wartawan tersebut dan mengakui dia mencintai Fasha...buta kot?Jejai sampai naik heli nak lunch ngan Fasha tetiba nak kata syok sendiri...agaknya mereka yg dengki tue takda sapa yg sudi nak buat mcm tue pun...




HEBOH juga dalam industri hiburan apabila aktres cantik yang penuh kontroversi, Fasha Sandha berani buat kenyataan kini dia sedang bercinta dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Mungkin ramai peminat dan mereka yang tidak ikuti perkembangan kisah Fasha dengan Rizal Ashram yang lebih mesra dipanggil Jejai itu adalah satu kisah panas dan mengejutkan.

Sebenarnya tidak. Di kalangan wartawan hiburan memang dah lama tahu mereka nampak macam sedang bercinta sebab ada saja gosip yang didengar mengenai kemesraan mereka termasuk pernah dilihat bersama di pusat karaoke dan pusat hiburan, selain yang terbaru pertemuan mereka di Pulau Lang Tengah, Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan itu dapat perhatian sebab Jejai sanggup naik helikopter untuk buat surprise kepada Fasha yang ketika itu sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di situ.

Kak Pora sebenarnya tak terkejutlah bila dapat tahu Fasha buat pengakuan dia mengaku sedang bercinta dengan Fasha. Fasha memang berani beri kenyataan sebegitu. Dulu, ada juga dia mengaku sedang bercinta seorang kerabat diraja Johor dan beriya-iya mengaku memang ada hubungan istimewa tetapi kesudahannya tidak betul pun cerita tu! Begitu juga kenyataan cintanya dengan lelaki lain termasuk Qabir Ambak, seorang jaguh ekuestrian negara. Dalam kenyataannya pada Rabu lalu, Fasha juga beritahu wartawan, dia sebenarnya dah kenal Jejai tujuh tahun lalu dan dia tidak pasti masa itu sekadar untuk seronok berkawan atau menguntum cinta. Maksudnya, dalam tempoh itu memang mereka ada hubungan baik dan lebih daripada seorang kawan biasa.

Kak Pora teringat lagi, masa Jejai nak bercerai dengan Nora Danish dulu, kecoh juga apabila Fasha dikaitkan sebagai pengacau dan perosak rumah tangga orang. Tetapi Fasha menafikan. Sekarang tentu orang kata sudah terang lagi bersuluh. Tentulah ramai yang akan buat persepsi khabar angin yang mengatakan Fasha menjadi punca rumah tangga Nora dan Jejai hancur berkecai dulu, kini sudah terbukti. Susah fasha nak tepis kalau orang kata macam tu, sebab situasinya memang nampak Fasha yang menjadi puncanya meskipun Fasha sendiri sudah menafikannya.

Kalau tak masakan sampai sekarang Nora dan Fasha tak boleh bersua muka. Entahlah masih terbayang wajah comel Nora yang derita mengusung perut yang sarat mengandung ketika diceraikan. Tapi, biasalah siapa nak mengaku, kan? Dan beberapa foto yang sering tersebar di internet bukan kes aniaya Fasha, sebaliknya nak tunjuk kebenaran Fasha dan Jejai sememangnya menjalin hubungan cinta. Cuma, pengakuan Fasha bahawa dia kini sedang bercinta dengan Jejai begitu lambat dibuat.

Kak Pora sebenarnya dah letih rasanya tengok Fasha 'main wayang'! Kak Pora pelik juga, kenapa sekarang baru nak mengaku? Bila dah timbul cerita Tiz Zaqyah cuba merebut cinta Jejai, tahu pula Fasha macam takut saja. Kalau Tiz rampas sekalipun ketika itu rasanya tak salah, mereka kan tak bercinta lagi. Ini barulah kes buku bertemu ruas…
Nak tergelak juga baca kenyataan Fasha: "Memang Jejai kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus. Hubungan kami atas dasar persefahaman kerana kami berkenalan selama tujuh tahun. Entahlah, susah Kak Pora nak percaya kenyataan artis bernama Fasha Sandha.

Fasha ni selalu propa dan buat gimik murahan untuk menarik perhatian umum. Maklumlah dirinya dah suam-suam kuku, kenalah buat gimik panas. Dan pengakuan bercinta dengan Jejai adalah gimik terbaru Fasha. Sudah-sudahlah Fasha, Kak Pora dah muak rasanya. Bukan ke sejak dulu lagi Fasha memang tergila-gilakan Jejai?

Kak Pora bangkitkan soal ini sebab Jejai tak buat pun kenyataan yang dia cintakan fasha! Apa buktinya. Suka berkawan dan suka bersama untuk bermesra tidak semestinya cinta sejati seperti pasangan yang sedang bercinta. Jejai kena tampil untuk buktikan kenyataan Fasha itu benar dan sahih, selain kena mengaku cinta mereka itu ikhlas untuk ke jenjang pelamin. Kak Pora cabar Jejai dan Fasha! Desas-desu lain yang Kak Pora dengar, emak Jejai dikatakan tak restui hubungan Fasha dengan anak lelakinya itu. Kita tunggu sejauh mana cerita ini terus menjadi panas dan hangit…


Kat bawah nie pulak berita ttg Jejai mengaku Mencintai Fasha

Klik sini ..