Utusan Online - Hiburan |
Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT MUMBAI - Aktres jelita Bollywood, Rani Mukherjee bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Aditya Chopra pada Januari tahun depan. Menurut sumber, tarikh rasmi telah ditetapkan, namun media hanya dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan bakal diadakan tahun depan. Pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan ekoran kematian bapa Chopra, iaitu pengarah filem terkenal, Yash Chopra. Mukherjee dan Chopra telah memilih tarikh perkahwinan yang sesuai berdasarkan tilikan keagamaan. Pasangan ini akan berkahwin mengikut adat istiadat masyarakat Punjabi," jelas sumber itu. Kisah percintaan dan khabar angin perkahwinan pasangan itu sering menjadi tumpuan media. Mukherjee dan Chopra turut berdepan dengan khabar angin bahawa mereka sudah berkahwin secara rahsia, namun pasangan itu menafikannya. Bagaimanapun, keadaan kembali normal apabila kedua-dua keluarga pasangan itu membuat kenyataan pada tahun lalu bahawa mereka belum berkahwin. - AGENSI |
Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT LOS ANGELES - Penyanyi dan juga aktres, Selena Gomez mengakui dia berasa tertekan sepanjang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi pop, Justin Bieber. Hal ini kerana Gomez berasa bosan dengan sikap liar dan keanak-anakkan yang ditunjukkan oleh Bieber. Saya pasti anda dapat melihat reaksi muka saya yang tertekan pada kebanyakan gambar kami. Saya menjalin hubungan dengan Bieber pada usia yang muda iaitu 18 tahun dan kami berdepan dengan pelbagai situasi yang rumit," katanya. Bintang berusia 20 tahun itu juga mendedahkan dia tidak membenci peminat Bieber yang sering mengugutnya. Saya faham perasaan anda menggilai seorang penyanyi dan saya anggap itu sebagai perkara biasa. Saya juga pernah mempunyai penyanyi idola ketika kecil dan sanggup membuat apa sahaja untuk mengetahui tentang kehidupan mereka," ujarnya. Bintang itu juga menolak dakwaan bahawa dia akan kembali bersama Bieber biarpun pelbagai khabar angin mengatakan mereka sering berjumpa selepas berpisah.- AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |