Adsense

Sabtu, 17 Mac 2012

borak kosong

borak kosong


Inilah Manfaatnya Bila Perempuan Boleh Menjaga Keperawanan

Posted: 17 Mar 2012 09:00 PM PDT

Di zaman moden seperti sekarang, tidak sedikit perempuan yang sudah aktif berhubungan seksual meski belum rasmi menikah, bahkan diantaranya ada yang masih duduk di sekolah lagi. Padahal banyak manfaat kesihatan yang boleh dirasakan perempuan bila boleh menjaga keperawanannya.

Keperawanan masih sangat dihargai di negara dengan adat timur. Perempuan dianggap suci secara agama dan moral bila boleh menjaga keperawanannya sebelum menikah.

Sayangnya, pergaulan bebas yang sedang marak di kalangan anak muda, membuat perempuan boleh melepas keperawanannya bila masa saja, meski masih duduk di bangku sekolah sekalipun. Padahal keperawanan adalah salah satu hadiah paling istimewa yang Tuhan berikan pada seorang perempuan.

Berikut beberapa manfaat kesihatan bila perempuan boleh menjaga keperawanannya sebelum menikah, seperti dilansir Timesofindia:

1. Tak perlu takut hamil di luar nikah
Dari banyak keuntungan, yang satu ini adalah yang paling jelas. Banyak perempuan bujang yang rutin berhubungan seks selalu khuatir dengan kehamilan. Jadi jika Anda seorang perawan, Anda tidak perlu khuatir dengan hal ini. Anda juga tidak perlu pusing kerana harus rutin minum pil pencegah kehamilan bila tak ingin hamil sebelum menikah.

2. Tidak kena infeksi menular seksual (IMS)
Perempuan yang boleh menjaga keperawanan tentu saja tidak akan melakukan hubungan seksual yang berbahaya. Hal ini tentu saja akan menjauhkannya dari berbagai infeksi menular seksual, seperti HIV/AIDS, herpes dan kutil kelamin, sifilis (raja singa) dan gonorhea (kencing nanah).

3. Tidak ada trauma emosional dari hubungan
Cinta tidak melulu soal seks. Ada banyak hal yang boleh dilakukan pasangan belum menikah tanpa seks. Ingat, kekecewaan seksual dapat membuat Anda merasa sakit hati, stres, depresi, kesepian dan jadi pemarah.

4. Lebih bahagia
Faktanya, kebanyakan lelaki lebih menyukai menikahi perempuan yang masih perawan. Perempuan yang boleh menjaga keperawanannya sampai menikah nanti cenderung memiliki pernikahan yang lebih bahagia ketimbang yang melakukan seks pra nikah.
sumber 

Pembuat Filem Kony 2012 Telanjang dan Masturbasi di Jalan

Posted: 17 Mar 2012 08:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Pembuat video dokumenteri yang melakukan kempenye untuk menangkap penjahat perang Uganda Joseph Kony,Jason Russell, dibawa ke hospital setelah ditemukan dalam keadaan telanjang dan sedang bermasturbasi. Demikian diberitakanSydney Morning Herald, Sabtu (17/3/2012).
Ketua Invisible Children Ben Keesey mengatakan Russel mendapatkan perawatan kerana kelelahan, dehidrasi, dan mengidap malnutrisi.
Juru bicara Ketua Polis San Diego, California, AS, yang bernama Andrea Brown mengatakan pihaknya menangkap seorang lelaki berusia 33 tahun, Khamis lalu, dan dibawa ke hospital setelah seseorang yang melintas di wilayah itu memasukkan laporan.
Petugas setempat memberikan respon terhadap laporan itu yang mengatakan seseorang menganggu arus lalulintas, berteriak, dan orang lainnya mengatakan lelaki misteri itu telanjang dan bermasturbasi di muka umum.

Datuk 89 Tahun Buat Makam Firaun Untuk Dirinya

Posted: 17 Mar 2012 08:30 PM PDT

Fred Guentert mempersiapkan prosesi pemakaman yang unik untuk dirinya sendiri. Datuk berusia 89 tahun itu, menghabiskan seperempat abad dari umurnya untuk membuat makam bagi dirinya sendiri.

Makam yang dia buat menyerupai sarkofagus atau peti mati yang biasa dipakai Firaun dari Mesir. Sarkofagus itu dibuat dengan ukuran panjang 2,1 meter dan terbuat dari kayu cedar. Lelaki lanjut usia tersebut juga merancang untuk memumikan tubuhnya setelah dia meninggal dan disimpan di dalam peti tersebut.

Dia mempelajari keterampilan memahat dan mengukir serta desain Mesir Kuno melalui buku.

"Ini menjadi sebahagian dari hobi saya dan hampir selesai. Saya punya satu keinginan terakhir sebelum saya ditempatkan ke dalam peti mati, yaitu setiap orang harus memastikan bahwa saya memang sudah benar-benar meningggal sebelum mereka menutupnya," ucap Guentert seperti dikutip dari Orange, Sabtu (17/3/2012). 


Sumber : http://international.okezone.com 

Pesakit Kanser yang Kecanduan Minum dan Mandi Urine Sendiri

Posted: 17 Mar 2012 08:15 PM PDT

Colorado Springs, Banyak pesakit kanser yang mencuba berbagai pengubatan alternatif untuk mengubati penyakitnya, tapi yang dilakukan Carrie mungkin adalah yang paling aneh. Kerana menuruti anjuran temannya, Carrie menjadi kecanduan minum dan mandi urinenya sendiri.

Sudah 4 tahun Carrie (53 tahun) melakukan kebiasaan anehnya. Ia boleh minum 5 gelas urine dalam sehari. Tak hanya itu, kebiasaan yang dianggapnya 'menghibur' ini juga dilakukan dengan mandi menggunakan urine sendiri.

"Minum urine hangat untuk pertama kalinya tidak membuat saya muntah. Jadi saya memutuskan untuk melakukannya," jelas Carrie, yang berasal dari Colorado Springs, dalam tayangan 'My Strange Addiction' di TLC, seperti dilansir Dailymail, Sabtu (17/3/2012).

Carrie didiagnosis dengan malignant melanoma (kanser kulit) stadium 3 pada 8 tahun lalu. Ibu dari empat anak ini pun mulai minum urinenya sendiri dengan harapan dapat membantu pemulihannya.

Tapi kerana harapan pengubatan alternatif itu justru membuat Carrie kecanduan minum urine. Menurutnya, rasa urine sangat menarik kerana rasanya akan berubah sesuai dengan makanannya.

"Bau urine saya tergantung apa yang saya makan. Hari ini rasanya jauh berbeda dari yang terjadi 4 tahun lalu. Kadang-kadang masin, kadang-kadang rasanya seperti  plum," jelasnya.

Kerana kecanduannya tersebut, Carrie bahkan berhenti makan beberapa makanan favoritnya seperti asparagus, kerana menurutnya makanan itu boleh merosak rasa dari 'minuman hangat' favoritnya.

Tak hanya meminumnya, Carrie pun menggunakan limbah cair tubuhnya itu untuk membilas mata, menggosok gigi bahkan menjadikannya air mandi untuk membasahi seluruh tubuh.

"Saya minum hampir semua urine yang keluar dari tubuh saya," akunya.

Urine merupakan sebuah produk limbah yang tidak diinginkan dan dikeluarkan oleh tubuh, tetapi merupakan produk sampingan dari proses penyaringan darah yang diketahui telah diminumoleh orang peradaban Mesir, China dan India untuk tujuan pengubatan.

Namun dalam laporan Independent pada tahun 2006, ahli medik membantah klaim ada bukti apapun dari urine yang sifatnya dapat menyembuhkan.

Sumber : http://health.detik.com 

Artis ini lupa pakai seluar dalam ketika tampil di TV

Posted: 17 Mar 2012 08:00 PM PDT

berita-beritadotcom: Artis ini tidak menyedari kalau tidak mengenakan seluar dalam saat tampil dalam salah satu acara televisyen.

Coco Austin, artis televisyen yang terkenal dengan buah dadanya yang besar, kali ini 'memberikan' sesuatu yang berbeza kepada penggemarnya. Akibat terburu-buru meninggalkan rumah untuk mengisi sebuah acara televisyen, ia lupa mengenakan seluar dalam pada Khamis 15/3/2012. 



Dengan tanpa seluar dalam, ia terpaksa tampil dalam acara Keperibadian TV yang memang sudah dipersiapkan untuk menampilkan dirinya. Dalam acara itu tentu saja bahagian intimnya tidak kelihatan. 

Di tweeter dia menulis: "Saya kira, Khamis ini apa yang mengejutkan, saya lupa mengenakan seluar dalam pagi ini."

Pengantin lelaki parah ditetak, rumah disamun awal pagi

Posted: 17 Mar 2012 07:45 PM PDT


PORT DICKSON – Tinggal beberapa jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung, seorang lelaki terpaksa menunda hasratnya melayari bahtera rumah tangga selepas dia cedera parah ditetak oleh satu kumpulan, dipercayai penyamun, awal pagi semalam.

Dua lagi anggota keluarganya juga cedera.

Kejadian yang berlaku di Kampung Kuala Lukut di sini pada jam 6 pagi semalam menyebabkan mangsa, M. Ruben, 29, parah di bahagian tangan, perut dan kaki selepas diserang dan ditetak dengan senjata tajam.

Ruben yang sepatutnya naik pelamin pada sebelah petang dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan, sebelum dirujuk kepada Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, ketika kejadian, kakak mangsa sedang menyidai pakaian di anjung rumah sebelum dua lelaki bertopeng muka dan berbadan besar menyerbu masuk rumah mereka dengan bersenjatakan parang.

"Semasa kejadian, terdapat 15 orang dalam rumah berusia antara enam bulan dan 80 tahun. Salah seorang dari lelaki berkenaan menerpa ke arah Ruben yang sedang tidur di ruang tamu dan merampas rantai emas dipakainya. 

"Penjenayah turut beri amaran supaya kami tidak membuat bising atau melawan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Rawatan Kecemasan, Hospital Port Dickson.

Turut cedera, abang mangsa, M. Mahendran, 31, dan telah dikejarkan ke hospital sama manakala adik mangsa, M. Thelaga, 24, yang turut tercedera kini dirawat di Hospital Port Dickson.

Tambahnya, penjenayah terbabit turut meragut rantai emas yang dipakai ibu mangsa sebelum beberapa ahli keluarga cuba untuk melawan.

"Lelaki itu terus mengayunkan parang sehingga mengenai Ruben, Mahendran dan Thelaga sebelum mereka berjaya melarikan diri.

"Kami segera membawa ketiga-tiga mereka ke hospital untuk rawatan. Kejadian begitu pantas," katanya.

Akibat kejadian itu, keluarga berkenaan mengalami kerugian lebih RM40,000.

Pengantin perempuan dan keluarganya yang berasal dari Bahau, Jempol sudah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

sumber : sinar harian

Lari dari asrama, gadis dirogol kekasih

Posted: 17 Mar 2012 07:30 PM PDT


BESUT – Gara-gara melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan menyebabkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dirogol teman lelakinya sendiri.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar perempuan yang berasal dari Kemahang, Tanah Merah Kelantan itu telah melarikan diri dari asrama tersebut bersama kekasihnya.
Menurutnya, mangsa menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang disewa lelaki itu kemudian dibawa ke rumah kekasihnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang dekat Jabi.
"Suspek membawa mangsa ke rumahnya pada 4 Mac lalu pada jam 7 petang dan pada petang esoknya suspek dikatakan telah memujuk mangsa kemudian merogolnya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya.
Kamaruddin berkata, keluarga mangsa yang melihat perubahan pada mangsa telah bertanya kepadanya, menyebabkan mangsa menceritakan apa yang berlaku.
Mangsa kemudiannya ditemaninya keluarganya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja kelmarin.

sumber : sinar harian

Seks oral punca kanser mulut

Posted: 17 Mar 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.
Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.

Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.


Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.

Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.


"Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks," katanya.



Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.

"Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok," katanya. - TS



sumber : myMetro

Payudara meletup

Posted: 17 Mar 2012 07:00 PM PDT


STOCKHOLM: Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.
Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.


Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.


"Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa," katanya.



Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.

Lina - turut menganggap dirinya seorang bloger - kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.


Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.

Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.


Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.


Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. - Mirror



sumber : myMetro

Pendam sampai mati

Posted: 17 Mar 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Sebelum ini kakak memang tak suka kongsi masalah, dia pendam saja. Memang dia selama ini begitu, malah hubungannya dengan abang ipar saya pun nampak biasa, seperti tiada masalah," kata Mohd Azzumar, 24, adik Suzila Sabtu yang mati dipercayai dibunuh suaminya di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, kelmarin.
Katanya, sifat arwah kakaknya yang suka menyimpan rahsia membuatkan mereka sekeluarga tidak tahu punca sebenar dia diperlakukan sebegitu, sedangkan sebelum ini tidak menunjukkan perubahan atau mengadu masalah.

"Mereka mendirikan rumah tangga setahun lalu dan sebelum ini semuanya kelihatan baik. Kami sekeluarga tidak pernah mendengar kakak mengadu mengenai masalah rumah tangganya, malah mereka kenal pun sudah lama serta bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.


"Saya tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, arwah Suzila yang bekerja di syarikat swasta ditemui dibalut dengan kain selimut di rumahnya selepas dipercayai dibunuh suaminya.


Kejadian itu dimaklumkan suaminya kepada seorang rakan sebelum menghubungi polis selepas mendapati suspek berada di dalam rumah dengan mayat isterinya diletakkan di ruang tamu.



Jenazah Suzila yang dimandi dan dikafankan di HUKM kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Taman Krubong Jaya, Melaka menggunakan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil bedah siasat yang selesai jam 2.30 petang semalam mendapati beberapa kesan tikaman di badan mangsa dengan satu kesan kecederaan kecil di tangan, dipercayai akibat cubaan mempertahankan diri.


"Bedah siasat mendedahkan punca kematian mangsa disebabkan satu tikaman pada bahagian dada. Malah, doktor mengesahkan mangsa hamil lapan minggu.

"Jenazah mangsa dituntut warisnya dan dikebumikan di kampung halaman di Melaka, petang ini (semalam)," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan mengumpul maklumat serta berharap orang ramai tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.


Katanya, suspek direman sehingga 23 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



sumber : myMetro

Pakatan jijik kekasih, bekas kekasih

Posted: 17 Mar 2012 06:30 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki dipercayai kekasih dan bekas kekasih seorang pelajar berusia 15 tahun yang menjadi mangsa rogol di sebuah chalet di Kampung Raja, Besut, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek pertama berusia 17 tahun yang tidak bersekolah adalah kekasih gadis itu berasal dari Kampung Keluang, Besut, manakala suspek kedua, bekas kekasihnya yang juga tidak bersekolah berusia 18 tahun dari Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut.

Menurutnya, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga berasal dari Kampung Tanah Merah, Kerandang, Besut mendakwa dirogol dua lelaki itu pada tarikh dan tempat berbeza.


"Mengikut laporan, kira-kira jam 9.45 malam Khamis lalu, mangsa keluar mengikut teman lelakinya, suspek pertama ke sebuah chalet di Kampung Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut," katanya.


sumber : myMetro

Pondan bogel di lebuhraya

Posted: 17 Mar 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang 'wanita' berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki," kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.
Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

"Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.


"Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta," katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.


"Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.



"Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan," katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.


"Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

"Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda," katanya.


Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.



SUMBER :MYMETRO

Dendam Pak sanggup

Posted: 17 Mar 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi 'makanan' harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa.
Seksaan diterima Arisya (bukan nama sebenar), 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah.

Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan.


Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera 'bapanya' tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana.

Disebabkan sering menerima layanan buruk 'bapa sendiri', Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian.


Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' kerana ibunya mengandung benih orang lain.



Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya.

"Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar.


"Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan.

"Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju.


"Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital," katanya kepada Metro Ahad.


Bagaimanapun, kesan psikologi terhadap Arisya sangat teruk kerana terpaksa melalui dugaan yang bukan sedikit apabila dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berpisah dengan keluarga.


"Ia pengalaman sukar yang terpaksa diharungi bagi remaja yang masih mentah seperti saya. Disebabkan laporan itu ayah dibuang kerja, menyebabkan kebenciannya terhadap saya makin meluap-luap.


"Namun, saya mungkin selamat kerana berada di rumah perlindungan kanak-kanak tapi terfikir juga, apa akan jadi dengan emak dan adik lain sepanjang ketiadaan saya," kata anak sulung itu.


Apabila ditempatkan di rumah perlindungan bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedudukan tempat itu jauh daripada ibu kota dan di situlah bermula episod baru dalam hidup Arisya.


Keindahan hidup diimpikan Arisya tidak seindah disangka walaupun dia diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Ketika menuntut di IPTA, dia terpaut dengan rakan sekuliah dikenali sebagai Izzat (bukan nama sebenar) tetapi berlainan bidang pengajian dan hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga.


Sebaik tamat pengajian mereka, Izzat menghantar keluarganya untuk meminang dan keluarga Arisya menetapkan tempoh pertunangan dua tahun kerana masing-masing ingin mengukuhkan kerjaya.


Sekali lagi Arisya diuji dengan peristiwa dahsyat apabila setahun selepas bertunang, Izzat meminta hubu ngan itu diputuskan tanpa sebab.


Puas memikirkan kesilapan dilakukan dan mendesak tunangnya menjelaskan perkara sebenar, akhirnya Izzat membuat pengakuan dan perkara itu benar-benar melukakan hatinya.


"Sebenarnya, emak Izzat yang meminta pertunangan diputuskan selepas dia mendapat tahu saya anak tidak sah taraf atau bahasa kasarnya, anak luar nikah.


"Bayangkan, luluhnya hati saya saat itu sehingga membuatkan jiwa tertekan, sekali gus jatuh sakit beberapa bulan. Walaupun Izzat meminta saya supaya tabah, apalah ertinya sebab dia sendiri tidak memberi sebarang harapan untuk memujuk emaknya.


"Akhirnya, saya terima hakikat yang Izzat sebenarnya 'anak emak' sebab apa saja keputusan ibunya diterima bulat-bulat, walaupun dia tidak mahu hubungan kami diputuskan," katanya.


Lebih memilukan Arisya, bekas tunangnya berkahwin beberapa bulan selepas itu dengan gadis pilihan ibunya, tetapi sehingga kini lelaki itu masih menghubunginya.


Katanya, Izzat menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku tetapi lelaki itu kini dianggapnya kawan biasa.


Walaupun jauh di sudut hati, kasih sayang lelaki itu terhadapnya terlalu mendalam memandangkan Arisya cinta pertamanya, segala-galanya terpaksa dikorbankan kerana tidak sanggup memusnahkan rumah tangga Izzat yang dibina atas pilihan orang tuanya.


Kini Arisya tinggal bersama rakan di sebuah kondominium dan semangatnya semakin kuat menempuh setiap ujian hidup serta berhasrat untuk lebih berjaya dalam bidang diceburi walaupun kini belum ada pengganti.



sumber : myMetro

Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah

Posted: 17 Mar 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.
Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).


Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.

"Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya," katanya.


Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.



"Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah," katanya.

Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.



sumber : myMetro

Gila..demi seni lelaki ini tampal telinga di lengannya

Posted: 17 Mar 2012 05:30 PM PDT


Berkat kecintaannya terhadap seni, seniman ini pun melakukan aksinya yang dianggap gila. Seniman asal Australia bernama Stelarc ini telah menampal telinga di lengannya. Sungguh tak masuk akan, namun Stelarc mengatakan bahawa itu adalah sebahagian dari seni. Untuk mewujudkan keinginannya itu, ia memerlukan waktu satu dekade untuk mencari sumber pendanaan dari seorang ahli bedah yang bersedia melakukan keinginannya itu. Bahkan, khabarnya ia nyaris saja kehilangan lengannya kerana terkena infeksi.


Telinga tambahan tersebut ia tampal di bahagian lengan kiri dengan terlebih dahulu menggembungkan kantung kosong di bawah kulit selama berbulan-bulan sebelum struktur dasar mirip telinga dimasukkan di dalamnya. Setelah telinga tersebut tumbuh dengan baik dan sudah berbentuk menyerupai telinga, kemungkinan besar ia akan memerlukan satu waktu lagi untuk memasukkan mikorofon dan dihubungkan ke internet.


 Maksudnya ialah agar orang lain dapat mendengar apa yang lengannya dengarkan setiap hari. Untuk mewujudkan keinginannya ini, tentunya Stelarc telah menghabiskan biaya yang sangat besar untuk menciptakan telinga pada kulit lengannya itu.

Ukuran Alat Kelamin Lelaki Berkait dengan Jumlah Penghasilannya

Posted: 17 Mar 2012 05:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Sebuah hasil penelitian yang dilapor dari seorang ahli ekonomi Finland yang menyebutkan bahawa ada kaitannya antara ukuran penis dengan kekayaan. Demikian dilansir Gawker.

Menurut hasil studi, dari tahun 1960-1985, negara kaya dengan lelaki yang ukuran penis yang kecil bertumbuh dengan cepat ketimbang negara lain yang tingkat rata-rata pendapatan (GDP) lebih kecil. Hasil ini dilansir ahli ekonomi Tatu Westling dari Universiti Helsinki.

Kesimpulannya, negara dengan GDP tinggi memiliki penis di atas rata-rata sementara yang memiliki GDP rendah memiliki penis ukuran di bawah rata-rata.

Bentuk penis lelaki iaitu U terkait dengan naiknya level GDP pada tahun 1985.Hasil penelitian itu juga menemukan bahawa lebih mudah mengetahui pertumbuhan GDP ketimbang rezim politik manapun. Organ genital lelaki memiliki efek terhadap naiknya pertumbuhan ekonomi.

Gila..wanita ini akan bersalin secara lansung didepan orang ramai di sebuah galeri atas nama seni

Posted: 17 Mar 2012 05:00 PM PDT


Beberapa ibu mungkin tertarik untuk mengabadikan saat-saat melahirkan anaknya dengan cara mendokumentasikan kejadian tersebut melalui foto ataupun video rakaman. Namun, seorang seniman dari New York ingin melakukan sesuatu lebih jauh lagi.

Marni Kotak, 36, sedang hamil dan akan segera melahirkan dalam waktu 5 minggu lagi. Di saat kelahiran anaknya tiba, ia merancang untuk melakukan sebuah pertunjukan yang diberi nama "The Birth of Baby X" atau "Kelahiran Bayi X."

Kotak akan melahirkan di dalam galeri seni Microscope di Bushwick, New York, di depan para penonton sebagai sebahagian dari pertunjukan seninya. Dia dan ayah dari sang bayi, Jason Robert Bell, akan menghabiskan waktunya di sana setiap hari hingga bayinya lahir.

"Saya berharap bahawa orang akan melihat hidup manusia itu sendiri merupakan karya seni yang paling mendalam, dan oleh sebab itu persalinan, ekspresi terbesar dari kehidupan, adalah bentuk karya seni yang paling tinggi," ujarnya.

Bukan hanya kali ini saja seniman nyentrik ini melakukan pertunjukan yang boleh membuat mata terbeliak. Berdasarkan dari keterangan galeri, karya Kotak sebelumnya, antara lain adalah pementasan reka ulang proses kelahiran dirinya sendiri, saat menghadiri pemakaman datuknya, dan saat kehilangan keperawanannya.

Projek selanjutnya yang direncanakan Kotak diberi judul "Raising Baby X" yang intinya akan menampilkan proses membesarkan anak sebagai karya seni.-idbite.com

Sumber: My Fox New York, Daily Mail

Puting berdarah

Posted: 17 Mar 2012 04:45 PM PDT

Puting berdarah! Walaupun tidak berbahaya, tetapi luka yang ditimbulkan sangat menyakitkan dan tidak menyenangkan. Gesekan antara t-shirt yang membuatnya berdarah. Hal ini terjadi biasanya untuk pelari yang berlari sangat lama dan berpeluh sangat banyak.















Cara Anjing Pintar Menyelimuti Dirinya Untuk Tidur

Posted: 17 Mar 2012 04:30 PM PDT

Seekor anjing Labrador hitam telah menjadi popular di jaringan Internet.Anjing jantan bernama Jasper ini menunjukkan kepintarannya memecahkan masalah ketika ia perlu kehangatan saat ingin tidur siang.




Klip video yang diunggah ke YouTube ini, Jasper terlihat berjalan ke kandangnya dan dalam beberapa saat ia meraih hujung selimut dengan mulutnya kemudian membungkus tubuhnya dan tidur di dalam kandang empuknya



Rupanya penyanyi terbaru group Jepun AKB 48 ini rekaan komputer

Posted: 17 Mar 2012 04:15 PM PDT

VIVAnews - Eguchi Aimi merupakan anggota terbaru group pop asal Jepun, AKB 48. Tak seperti enam anggota lainnya, Eguchi memiliki keunikan. Ternyata, Aimi adalah susuk maya atau rekaan komputer.

Seperti dikutip dari laman Channel News Asia, Eguchi Aimi tampil pertama kali di iklan sebuah perusahaan permen, Glico. Eguchi dan AKB 48 tampil untuk mempromosikan permen baru produksi Glico.

Glico pun kemudian mengakui kalau Eguchi merupakan idola-virtual. Wajah cantik Eguchi Aimi ternyata merupakan gabungan dari enam anggota AKB 48 lain, hasil rekaaan komputer.

Eguchi Aimi memiliki mata Atsuko Maeda dan hidung milik Tomomi Itano. Bentuk wajahnya (outline) mengambil Minami Takahashi. Sedangkan, bentuk mulutnya diambil dari Mariko Shinoda, dan alis dari Mayu Watanabe. Adapun, tubuh seksi dan rambut indahnya diambil dari Yuko Oshima.

Penampilan perdana Eguchi Aimi sangat mengejutkan fans AKB 48. Para fans mengira keindahan Eguchi sebagai keindahan alami, bukan rekaan komputar.

Walau begitu, pengurus AKB 48 dikhabarkan telah mempersiapkan sejumlah langkah untuk mempopularkan karakter rekaan ini. Profil rekaan Eguchi pun diciptakan, dengan biodata palsu dan foto-foto rekaan. Eguchi disebut sebagai gadis 16 tahun asal Saitama.

Eguchi Aimi jelas bukan sosok nyata. Tapi, Eguchi memiliki esensi layaknya idola, sosok yang diciptakan dengan karakter, dan tentu saja penampilan yang dicintai fansnya.

Ini Dia ,Gelang yang Tercantik di Dunia harus lihat

Posted: 17 Mar 2012 04:00 PM PDT


Sebuah gelang dari Itali dinobatkan sebagai gelang tercantik di dunia. Seperti apa keindahan gelang tersebut? Ini dia.

Gelang Isotta, keluaran rumah perhiasan Damiani, dinobatkan sebagai 'Best Fashionable Jewelery', dalam acara Middle East Premier Watches, Jewelry & Pens Awards. Event tahunan yang diadakan di Bahrain itu diikuti oleh seluruh designer perhiasan di seluruh dunia.

Tahun ini, gelang Isotta yang menjadi jauaranya. Seperti dikutip dari Genius Beauty, gelang itu terbuat dari emas putih yang bertahtakan berlian dan batu safir.

Yang paling menarik, potongan batuan mulia itu diatur sedemikian rupa, hingga dapat memberi efek warna yang berbeda ketika terkena cahaya. Sangat indah!

Gambar yang membuat kita hilang nafsu makan bila melihatnya

Posted: 17 Mar 2012 11:00 AM PDT

sumber gambar : ruang-unikz.tk

Mungkin ada yang merasa geli apabial melihat tangan orang ini...
ini semua akibat penyakit......geli-tak geli inilah yang harus dihadapi oleh sesiapa
yang terkena penyakit ini....


Percaya tak ini kek?

Posted: 17 Mar 2012 10:30 AM PDT









Layanan istimewa bagi mereka yang perawan di taman ini

Posted: 17 Mar 2012 10:15 AM PDT


VIVAnews - Sebuah taman pelancungan alam di Hunan China, punya cara unik untuk menarik pengunjung. Pengelola taman memberi tiket masuk istimewa dan hadiah bagi para gadis perawan yang berusia 22 tahun atau lebih.

Seperti dimuat dalam Global Times dan dan dikutip dari news.com.au, resor Zhoulou merupakan taman bunga dengan slogan 'murni dan sederhana'. Pengelola menyatakan, slogan taman pelancungan tersebut sama dengan kemurnian seorang gadis muda yang lahir sebelum 17 September 1989, dan tidak pernah berhubungan seks.

Resort menawarkan pemandangan air terjun, serta pemandangan aneka bunga yang mengeluarkan wangi serta aneka haiwan subtropis dan tropis.

Ada beberapa jenis tanaman unik yang ada di tempat ini. Di antaranya, bunga teh zaitun, yang menjadi primadona pameran botani mendatang di tempat yang sama.

Lalu bagaimana cara membedakan pengunjung adalah seorang gadis perawan? Menurut seorang pegawai di taman pariwisata itu, pemeriksaan untuk mengetahui keperawanan dilakukan dengan cara terhormat. "Kami hanya percaya pada kejujuran mereka," kata pegawai itu. (umi)
• VIVAnews

Sebab kena senyum semasa bergambar

Posted: 17 Mar 2012 10:00 AM PDT

Sebab kena senyum ketika bergambar..
Lihat gambar di bawah dan fikirkan sendiri..

daah dapat jawapannya..diam-diam