Lelaki Setia Nikahi Kekasih yang Menderita Kanser Dan Tumor Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST Lelaki ini boleh dikatakan kekasih yang paling setia. Saat pasangannya terbaring di hospital kerana kanser payudara dan tumor otak, dia mengajukan lamaran. Keduanya pun menikah di hospital. Jimmy New dan kekasihnya Heather Taylor mengikat janji sehidup semati di St Anthony Hospital, Lakewood, Colorado, Minggu (22/1/2012). Pernikahan yang diadakan di chapel hospital itu sangat sederhana dan hanya disaksikan oleh perawat serta staf rumah sakit. Pernikahan diadakan di hospital, kerana Heather sedang dirawat di sana. Ia sedang berjuang melawan penyakit tumor otak dan menderita kanser payudara. Saat menikah, Heather tidak mengenakan gaun pengantin indah seperti mempelai wanita pada umumnya. Wanita 26 tahun itu hanya mengenakan t-shirt bertuliskan 'bride' di bahagian depan baju tersebut. Heather duduk di kerusi roda yang dihiasi balon berwarna pink. Putranya (9 tahun) dari pernikahannya sebelumnya memberikan bouquet bunga pada sang ibu sebelum pernikahan berlangsung. Heather tentunya merasa sangat bahagia. Kekasihnya, Jimmy memutuskan melamarnya setelah dia mengalami masa-masa sulit di ruang ICU. Doktor memberitahu Jimmy kalau tumor otak Heather sudah menyebar ke tulang belakang. Menurut dokter, kedaan tersebut cukup parah. Setelah diceritakan soal keadaan kekasihnya itu, Jimmy pun langsung memutuskan melamar. "Aku masuk ke biliknya dan merendahkan tempat tidurnya supaya aku boleh bersimpuh dan melamarnya," kisahnya, seperti dikutip Daily Mail. Heather perlu diyakinkan dulu sebentar sebelum menerima lamaran Jimmy. "Tidak ada orang lain yang aku ingin habiskan hidupku selain dengan wanita yang duduk di depanku saat ini," begitu katanya pada Heather. Pasangan Heather dan Jimmy bertemu pertama kali pada Februari 2010. Pada Julai 2010, Heather didiagnosa menderita kanser payudara stage tiga. Dia kemudian menjalani serangkaian kemoterapi dan radiasi. Beberapa bulan setelah diagnosa kanser tersebut, dokter juga memberitahu kalau dia menderita tumor otak. |
Seorang Anak di China Memiliki Mata Biru yang Dapat Bercahaya dan Melihat dalam Kegelapan [Video] Posted: 24 Jan 2012 08:00 PM PST Kalangan medik telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang anak bernama Nong Youhui. Mata biru anak ini mampu melihat dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti layaknya mata kucing. Ketika anak itu berumur 2 bulan, Ayahnya, Ling, baru menyedari bahawa sang anak memiliki mata yang berbeza. Ketika Ling membawa putranya ke doktor, dokter mengatakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan, mereka berkata mata Youhui akan kembali tidak bercahaya serta berubah menjadi hitam seiring anak itu beranjak dewasa. Tapi hingga sekarang belum terlihat adanya perubahan. Ketika diuji secara medik, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang. |
Aksi kucing cakar buaya untuk rampas makanan Posted: 24 Jan 2012 07:30 PM PST berita2.com: Seekor buaya besar yang sedang memakan potongan-potongan ayam , tiba-tiba diserang oleh seekor kucing kampung dengan cara mencakar wajahnya. Awalnya buaya itu berusaha melawan tetapi kemudian melarikan diri ke dalam air. Dan sang kucing berhasil merebut makanannya. |
Situs Porno Menyewa Mahasiswi Kampus Untuk Adegan Lucah Posted: 24 Jan 2012 07:00 PM PST Michigan,AS - Beberapa situs porno di Amerika Syarikat ternyata menyewa mahasiswa dan mahasiswi untuk beraksi di video mesum. Bahkan lokasi pengambilan gambar kadang dilakukan di bilik asrama universiti.
Seperti dikutip detikINET dari Click on Detroit, Jumaat (20/1/2012), sebuah website mengaku terang-terangan memasang iklan untuk merekrut mahasiswa yang berminat main di film lucah. Produsernya menyatakan, mereka akan menampilkan mahasiswi dari University of Michigan.
Ketika diminta keterangan, beberapa mahasiswa di University of Michigan mengakui hal tersebut. Anthony Kalil, mahasiswa setempat, mengaku mendengar ada mahasiswa ditawari wang sampai USD 10 ribu untuk main video cabul.
"Jika ada yang membiarkan dirinya dirakam dalam filem seperti itu, dia merosak hidupnya. Ini bukan idea yang bagus. Keputusan untuk main tersebut akan membayangimu seumur hidup," demikian pendapat Kalil.
Produser website porno tersebut mengakui mereka memang menawarkan mahasiswa untuk berhubungan intim di bilik asramanya dan rakaman videonya diposting ke website. Bahkan kru untuk shooting juga kadang menyewa mahasiwa.
Namun demikian, kecil kemungkinan pihak universiti akan mengizinkannya sehingga mungkin pihak website harus sembunyi-sembunyi untuk melaksanakan niatnya. Bagaimanapun, tugas mahasiwa adalah untuk menuntut ilmu, bukan menari nafkah di website porno.
Sumber |
Inilah gaya seluar pendek SNSD yang dikritik netizen Posted: 24 Jan 2012 06:30 PM PST Aksi pentas Kesembilan anggota SNSD yang menyanyikan lima lagu termasuk: "The Boys", "Gee", "Oh!", "Genie", and "Dear Mom".Penonton bergembira kerana mereka menyanyikan lagu-lagu tracks mereka. Tetapi Konsert itu juga bahkan kritikan keras daripada netizen. Sayangnya untuk Tiffany, banyak yang mengkritik seluar pendeknya yang pendek yang mereka anggap tidak layak untuk aksi di pentas. Beberapa gambar dari seluar pendeknya tersebar dan banyak netizens memperdebatkan apakah mereka terlalu pendek atau passable. |
Pegawai polis dipecat kerana merokok di dalam pejabat Posted: 24 Jan 2012 06:15 PM PST NEWBERN (Tennessee): Jabatan Polis Tennessee berkata, pihaknya memecat seorang pegawai yang sudah berkhidmat selama 17 tahun kerana dia berulang kali merokok di dalam pejabat dan melanggar polisi larangan merokok di bandar raya itu. Sarjan James Bishop dipecat minggu lalu kerana melanggar polisi larangan merokok yang dikuat kuasa sejak 2007 di bandar raya itu, yang melarang merokok di dalam semua pejabat dan bangunan kerajaan. Menurut surat pemecatan yang dilaporkan media, Ketua Polis, Harold Dunivant berkata, beliau mendapat aduan kakitangannya merokok di dalam pejabat dan mengeluarkan amaran tindakan disiplin akan dikenakan. Dunivant berkata, beliau terus mendapat aduan mengenai BiNEWBERN (Tennessee): Jabatan Polis Tennessee berkata, pihaknya memecat seorang pegawai yang sudah berkhidmat selama 17 tahun kerana dia berulang kali merokok di dalam pejabat dan melanggar polisi larangan merokok di bandar raya itu. Sarjan James Bishop dipecat minggu lalu kerana melanggar polisi larangan merokok yang dikuat kuasa sejak 2007 di bandar raya itu, yang melarang merokok di dalam semua pejabat dan bangunan kerajaan. Menurut surat pemecatan yang dilaporkan media, Ketua Polis, Harold Dunivant berkata, beliau mendapat aduan kakitangannya merokok di dalam pejabat dan mengeluarkan amaran tindakan disiplin akan dikenakan. Dunivant berkata, beliau terus mendapat aduan mengenai Bishop yang merokok di dalam pejabat dan terpaksa memecatnya. - APshop yang merokok di dalam pejabat dan terpaksa memecatnya. - AP sumber : myMetro |
10 tahun dikurung dalam bilik mandi Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST RAMALLAH: Seorang wanita Palestin berusia 21 tahun memberitahu, dia dikurung bapanya dalam bilik mandi sejak sedekad lalu dan hanya dibebaskan pada awal pagi untuk membersih rumah. Menurut Baraa Melhem, bapanya sentiasa mengajarnya supaya menganggap orang lain sebagai penjahat. Menurut pekerja sosial yang menguruskan kes itu, Hala Shreim, Baraa diselamatkan polis Palestin dari bilik mandi sempit itu di Qalqilya, Tebing Barat, kelmarin "Polis bertindak selepas menerima maklumat daripada seseorang yang tidak dikenali," katanya. Sementara itu, polis berkata, bapa Baraa - yang memiliki kewarganegaraan Israel - ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu. Jurucakap polis Israel berkata, lelaki terbabit dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini. Ketika diwawancara stesen radio Voice of Palestine, Baraa berkata, dia berusia 11 tahun apabila mula dikurung bapanya di dalam tandas. Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu. "Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya. "Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan," katanya. Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan. "Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan," katanya. Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah. Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri. "Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio," katanya. Kenyataan polis Palestin berkata, bapa Baraa mengaku mengurung anaknya atas alasan "masalah keluarga." Dia juga mengaku memberi Baraa hanya roti sebagai makanan utama. - Reuters sumber : myMetro |
Pajak motor bapa sesuka hati Posted: 24 Jan 2012 05:30 PM PST KULIM - Anggota Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berjaya menahan sepasang suami isteri warga asing berusia 20-an kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan perindustrian Taman Cendana kira-kira jam 2 petang. Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, motosikal yang ditunggang suspek ditahan untuk pemeriksaan kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran. Setelah pemeriksaan dibuat melalui nombor chasis dan enjin, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang. Pasangan suami isteri itu memaklumkan mereka memperoleh motosikal itu dari seorang teman sehari sebelum ditahan polis. Motosikal itu digunakan untuk membawa isterinya yang sarat mengandung untuk membuat pemeriksaan di klinik. Mohd Azlan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati anak pemilik motosikal memajak motosikal bapanya kepada seorang rakan kerana tidak mempunyai wang dengan harga RM1,200 tanpa pengetahuan bapanya. "Menyedari motosikalnya itu tidak ada di rumah, pemilik motosikal membuat laporan polis dan beranggapan ia dicuri. "Sipemajak kemudiannya membenarkan suspek menggunakan motosikal itu bagi tujuan rawatan tanpa menyedari motosikal yang digunakan itu sudah dilaporkan hilang., " katanya. Polis kemudiannya menahan anak pemilik motosikal dan pasangan suami isteri itu untuk siasatan lanjut. sumber : sinar harian |
Remaja hilang ikut teman lelaki Posted: 24 Jan 2012 05:15 PM PST KULAIJAYA – Seorang ibu dari Kampung Melayu Sengkang, di sini merayu agar anak gadisnya pulang ke pangkuan keluarga selepas empat hari didapati hilang tanpa sebarang khabar berita. Tukinah Mahmood, 49 berkata, anaknya, Nurul Shafiqa Abu Amin, 16, tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas dia dikatakan mahu bermalam di rumah rakan baiknya di Taman Manis, Kelapa Sawit, di sini. "Jumaat lalu dia pulang ke rumah seperti biasa selepas balik dari sekolah, tetapi kemudian kira-kira jam 2.30 petang, dia keluar menaiki bas sekolah yang sering dinaiki dan turun di Pekan Kulai. "Sudah puas kami menghubungi telefon bimbitnya namun gagal, malah rakannya yang berada di Taman Manis memberitahu Shafiqa tiada di rumahnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Tukinah berkata, salah seorang rakan Shafiqa yang tinggal berhampiran, menceritakan bahawa anak bongsunya itu ada memberitahu mahu lari dari rumah sambil menangis teresak-esak pada hari kejadian, sebelum dia menghilangkan diri. "Sebelum ini dia berkelakuan seperti biasa, malah tidak pernah merungut atau menceritakan sebarang masalah yang dihadapi," katanya. Katanya, akibat resah dengan kehilangan anaknya itu, dia dan suami bergegas ke rumah salah seorang buruh ladang warga Indonesia di kawasan berhampiran yang dikatakan mempunyai hubungan dengan anaknya. "Saya diberitahu, Shafiqa ada berkawan dengan buruh Indonesia bernama Mahsup yang bekerja di ladang berhampiran dan segera mencarinya di rumah buruh berkenaan. "Namun setibanya di sana, kami dapati Mahsup sudah keluar dari rumah berkenaan dengan membawa semua pakaian dan telefon bimbitnya," katanya. Tukinah berkata, susulan kejadian itu beliau mengesyaki anaknya mungkin keluar dari rumah bersama lelaki berkenaan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulaijaya pada 21 Januari lalu. Dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya agar segera menghubunginya di talian 019-7364955. sumber : sinar harian |
Intelek merempat Posted: 24 Jan 2012 05:00 PM PST KUALA LUMPUR: "Sebelum ini semuanya berjalan lancar, malah kehidupan saya sebagai pegawai bank agak stabil, tetapi semuanya hancur berkecai selepas menjadi mangsa pukau sebelum dipaksa menganut agama lain," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, 30-an, di sini, semalam. Anwar, lulusan ijazah sarjana muda kewangan dari sebuah universiti tempatan pada 1993, kini mendapatkan perlindungan di Anjung Singgah, di sini, dan kini dalam proses mencari kerja bagi membina kehidupan baru. Dia seorang dari beberapa gelandangan berkelulusan universiti yang hidup merempat dengan mendapatkan bantuan makanan dan tempat tinggal daripada beberapa pertubuhan sukarela di ibu kota.
Menceritakan kejadian yang memusnahkan hidup dan kerjayanya, Anwar berkata, kerjaya perbankan diceburi hampir 13 tahun musnah selepas dipukau sebelum dibawa ke merata negeri termasuk negara jiran, dua tahun lalu Masalah itu, katanya, bermula dengan perkenalan dengan seorang mubaligh yang kerap datang berurusan di bank tempat kerjanya. sumber : myMetro |
Ibu bimbang keselamatan anak gadis lari ikut tomboy Posted: 24 Jan 2012 04:45 PM PST KEMAMAN – Ibu kepada seorang gadis sunti berusia 15 tahun yang didakwa melarikan diri dari rumah mengikut kekasihnya yang merupakan seorang 'tomboy' berusia 19 tahun mula bimbang dengan keselamatan anak keduanya itu. Anita Othman, 44, dari Bandar Chukai berkata, sejak meninggalkan rumah pada 9 Januari lalu, Wan Suhana Wan Rohin (gambar kecil) yang bersekolah di tingkatan tiga langsung tidak dapat dihubungi malah usahanya untuk menjejakinya sehingga ke Kuantan dan Pekan di Pahang tidak berhasil. "Saya sudah bertanya kepada beberapa orang dan bomoh, mereka kata anak saya masih hidup tetapi tidak tahu di mana dia berada ketika ini. "Apa yang saya bimbangkan adalah keselamatannya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaannya dan di mana dia tinggal," jelasnya ketika dihubungi kelmarin. sumber : kosmo online |
Mayat berkemban di atas katil Posted: 24 Jan 2012 04:30 PM PST KUALA TERENGGANU: "Kebiasaannya, arwah akan datang ke rumah saya setiap petang. Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu apabila sudah dua hari tidak melihat kelibatnya. "Kali terakhir saya melihatnya petang Khamis lalu menyebabkan tergerak menjenguknya dan tanda tanya ketiadaan arwah terjawab apabila melihat keadaannya yang terbujur kaku atas katil di ruang tamu rumahnya," kata Azizah Mohamad, 45, jiran kepada Lijah Abdullah, 67, yang ditemui mati di Taman Perumahan Wakaf Tengah, Batu Rakit, , Ahad lalu. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mayat Lijah yang berkemban ditemui atas katil di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan kembung. Menurutnya, dia mula mengesyaki sesuatu menimpa jirannya itu apabila tidak melihat kelibat mangsa sebelum mengambil keputusan menjenguknya. "Biasanya, jika arwah tidak ke rumah, saya atau jiran lain akan nampak kelibatnya menyapu di luar rumah atau membeli keperluan harian di pasar. "Petang itu (Ahad), saya bersama seorang rakan, Khotijah Zainun, 52, pergi ke rumah arwah dan tidak sedap hati apabila salam diberikan tidak disambut selain keadaan pintu tidak berkunci. "Sebaik menolak pintu, kami terhidu bau busuk dan terkejut apabila melihat arwah sudah tidak bernyawa dengan keadaan mayatnya sudah kembung dan kebiruan sebelum menghubungi polis," katanya. Difahamkan, mangsa yang kematian suami sejak tiga tahun lalu tinggal berseorangan di rumah berkenaan dan mempunyai empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bagaimanapun, dua anaknya sudah meninggal dunia manakala anak perempuannya yang sudah berkahwin tinggal di Johor dan seorang lagi anak lelaki dipercayai tinggal di kawasan berhampiran. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan. Katanya, mangsa dipercayai sudah meninggal dua hari sebelum ditemui dan pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. sumber : myMetro |
Lelaki Vietnam cabul pembantu penyelia Posted: 24 Jan 2012 04:15 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Vietnam bukan saja didakwa menunjukkan kemaluan kepada pembantu penyelia di tempat kerjanya, malah turut mencabul wanita berkenaan ketika bersiap untuk pulang di Jalan Raja Laut, di sini, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pembantu penyelia berusia 20 tahun itu mendakwa lelaki warga asing terbabit mengekorinya hingga ke tandas sebelum menayangkan kemaluannya. Menurut sumber, akibat terkejut, mangsa menjerit hingga pekerja lain datang melihat apa yang berlaku. "Ketika pekerja lain sampai, suspek sudah beredar namun mereka kemudian menanyakan perkara itu kepada suspek dan dia menafikan kejadian itu," katanya. Menurut sumber, tidak berpuas hati dengan suspek, mangsa memaklumkan perkara itu kepada majikannya yang mengarahkan gaji suspek dipotong. Katanya, mangsa yang menyangkakan semua sudah selesai meneruskan pekerjaannya. "Bagaimanapun, mangsa sekali lagi didatangi suspek ketika ingin pulang pada jam 11 malam dan kali ini lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila menyentuh kemaluan wanita itu. "Sebaik menyentuh kemaluan mangsa, suspek beredar seolah-olah tiada apa berlaku. "Geram dengan perbuatan suspek, mangsa menerpa ke arahnya dan memarahi lelaki terbabit," katanya. Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan biadab suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama jam 1 pagi, Khamis lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. sumber : myMetro |
Nenek Fifi dicekik, diugut bunuh jika jerit Posted: 24 Jan 2012 04:00 PM PST KUALA LUMPUR - Nenek kepada kanak-kanak perempuan Fifi Ramadani Syafrudin dicekik terlebih dahulu oleh lelaki yang menjadikan cucunya sebagai tawanan selama enam jam, semalam.
Asmah Abdul Hakim, 70, berkata pada masa kejadian pukul 9.45 pagi semalam, dia sedang menyapu sampah di laman rumahnya di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, apabila tiba-tiba dicekik dari belakang oleh seorang lelaki.
"Masa itu nenek tengah menyapu laman rumah dan menunduk untuk membuang sampah dan tiba-tiba ada seseorang dari belakang mencekik leher nenek dengan kuat.
"Nenek minta dilepaskan tetapi dia mengugut untuk membunuh dan mencederakan nenek jadi nenek menjerit minta tolong," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Asmah berkata, dia terus menjerit dan lelaki itu menjadi panik lalu menolaknya hingga dia jatuh tersungkur.
"Nenek tengok lelaki tersebut masuk ke dalam rumah tanpa berpakaian dan terus ke dapur serta membaling makanan dan minuman yang ada di atas meja makan dan membuang air kecil di dalam rumah," katanya.
Asmah berkata jiran kemudian membantunya bangun dan membawanya ke rumah jirannya setelah melihat keadaan yang tegang di rumahnya.
Dia berkata, selepas kejadian itu, mereka mendapati lelaki itu juga didapati turut membuang air kecil di beberapa tempat dalam rumahnya, termasuk di atas tilam.
"Alhamdulillah semuanya selamat... nenek rasa trauma sedikit disebabkan kejadian semalam dan malam tadi nenek tidak dapat tidur," katanya.
Sementara itu, dua orang kanak-kanak yang berada bersama Fifi Ramadani di dalam bilik sebelum lelaki itu menjadikan Fifi Ramadani sebagai tebusan, Nurul
Nabilah Norizal, 11, dan Nazreena Hakim Hermansyah, 11, juga tidak dapat tidur kerana terbayang-bayang kejadian yang dialami mereka.
"Dia mengacukan pisau pada leher Fifi dan Fifi terus mengundur ke belakang kerana ketakutan dan saya cuba hendak menarik tangan Fifi tetapi Fifi mengundurkan diri" kata Nazreena Hakim, yang merupakan sepupu kepada mangsa.
"Saya masih terbayangkan kejadian itu, rasa seolah-olah dia masuk ke bilik melalui tingkap rumah dan sentiasa berada di belakang saya," katanya.
Jiran mangsa seorang suri rumah Rosnah Ahmad Awang, 50, berkata, dia ternampak lelaki berkenaan melalui hadapan rumahnya tanpa berpakaian dan membawa satu beg plastik di tangannya sebelum kejadian itu.
"Saya nampak lelaki itu berjalan di depan rumah dan orang ramai mengejar dia kemudiannya dia berpatah balik masuk ke lorong di kawasan rumah mangsa dan saya terdengar orang menjerit meminta tolong," katanya. - Bernama
sumber : sinar harian
|
Tukar cat pulih trauma Posted: 24 Jan 2012 03:30 PM PST KUALA LUMPUR: Keluarga kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa culik di Kampung Baru, di sini, bercadang mengecat semula kediaman dengan warna berlainan bagi memulihkan trauma dialami anak mereka. Ibu mangsa yang ditemui Harian Metro berkata, doktor menasihatkan mereka berpindah dari rumah itu supaya peristiwa itu tidak menghantui kehidupan kanak-kanak terbabit. "Syukur anak saya selamat. Doktor berpesan agar kami tidak bercakap mengenai kejadian itu walaupun kadangkala dia ada meluahkan perasaan dan bercerita mengenainya," " katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. Wanita berusia 29 tahun itu berkata, bimbang keadaan anaknya berterusan kerana akan kekal tinggal di rumah sama, dia berharap tindakan mengecat semula rumah itu dapat membantu. "Memang sukar untuk dia melupakan detik cemas sepanjang menjadi tebusan lelaki itu dan ia pasti mengambil masa lama, namun kami akan tetap berusaha setakat mampu," katanya. Dalam kejadian jam 9.50 pagi kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa mengharungi detik cemas selama enam jam apabila menjadi tebusan seorang lelaki disyaki penagih dadah di rumahnya. Difahamkan, suspek berusia 34 tahun yang dalam keadaan separuh bogel menceroboh masuk ke dalam rumah itu sebelum mengambil pisau di dapur dan mengugut mencederakan mangsa. Ketika kejadian, mangsa bersama empat ahli keluarga yang lain sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah. Suspek mengacukan pisau ke leher mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik dan menutup pintu dengan menjadikan sebuah almari sebagai penghadang. Polis tiba jam 10 pagi dan mengambil pelbagai langkah memujuk suspek sebelum drama tebusan itu berakhir pada jam 4.10 petang apabila sepasukan polis dipercayai dari unit khas menyerbu masuk ke dalam bilik itu dan melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek. sumber : myMetro |
Jangan jadi hero selesai kes tebusan, nasihat polis Posted: 24 Jan 2012 03:00 PM PST KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan dan sedang menunggu laporan bedah siasat ke atas lelaki yang menjadikan seorang kanak-kanak perempuan tawanan di rumahnya di Kampung Baru di sini, semalam.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak meletakkan diri pada 'zon selesa' sehingga tidak menghiraukan sebarang ancaman di sekitar yang berkemungkinan boleh menjadi satu kejadian jenayah.
Orang ramai perlu melaporkan segera sebarang kejadian jenayah atau perkara yang membawa kepada unsur-unsur jenayah bagi memastikan pihak polis dapat bertindak awal, katanya kepada Bernama di sini.
Zulkarnain juga mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri ketika berhadapan dengan sebarang kejadian jenayah, tanpa menunggu kehadiran polis yang lebih bertanggungjawab untuk menangani kes.
"Jangan sesekali mengambil langkah awal sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian, hal ini tidak boleh dipandang remeh ia berbalik kepada kejadian tebusan kanak-kanak semalam. Semasa kejadian, saya dimaklumkan bahawa orang ramai telah terlebih dahulu bertindak memujuk mangsa dan sebagainya sebelum menghubungi polis, jangan cuba hendak jadi hero, ini perkara yang serius," katanya.
Keadaan kanak-kanak terbabit, Fifi Ramadani Syafrudin, 10, dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederan serius.
Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Santi, 29, berkata hanya terdapat kesan calar pada leher anak sulungnya yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia berkata anaknya juga beransur pulih daripada perasaan ketakutan, dan sudah mula bercakap berikutan rawatan kaunseling dan nasihat yang diberikan oleh doktor kepada anaknya bagi meredakan trauma dialaminya.
sumber : sinar harian
|
Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya' Posted: 24 Jan 2012 09:30 AM PST Konsep restoran 'all you can eat' atau buffet dengan hanya membayar harga tertentu, mungkin sudah biasa dimana mana tetapi restoran yang satu ini unik, kerana berani mengambil risiko yang merugikan perniagaannya Deewan Resturant, sebuah restoran masakan Pakistan di Wina menawarkan konsep'makan sepuas Anda, bayar semahu Anda'. Bayangkan, Anda makan banyak, tapi hanya bayar sedikit. Wah, apa jadinya restoran seperti itu? Namun ternyata nasib Deewan tak sejalan dengan logik prinsip ekonomi untuk memaksimakan keuntungan. Buktinya, dari tahun ke tahun, Deewan terus beroperasi. Para pelanggannya pun datang, makan, dan membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya di bayar. Lokasinya di Schottentor, restoran ini pun menjadi tempat kegemaran para mahasiswa yang berlajar di daerah tersebut. Mahasiswa yang tak mempunyai banyak bujet restoran ini memang menjadi pilihan utama. Tapi bagi yang bukan pelajar, restoran ini menjadi tempat persinggahan untuk makan seperti pelancong dan *backpacker* . Restoran ini diusahakan oleh seorang lulusan falsafah, Natalie Deewan, konsep restoran ini diinspirasikan daripada keikhlsan tanpa mengharap imbuhan dan pada awal pembukaannya dia sendiri tidak berasa yakin tetapi kerana niat untuk beramal ,pelanggannya semakin ramai . Lalu berapakah 'fair fare' yang masuk akal jika makan di sini? Jika melihat menunya, memang Deewan tak terlalu banyak menyediakan macam-macam masakan.Di meja buffenya, hanya ada 2 pilihan makanan utama. Pertama,makanan kari dari bahan ayam, kambing hingga lembu dan kedua, makanan vegetarian saja serupa kebab sandwich. Juga disediakan makanan pencuci mulut bernama Halla, iaitu sejenis nasi manis yang diolah menggunakan susu dan minyak. Selain itu, Deewan juga menghidangkan nasi dan juga kentang. Sementara, untuk minum, Deewan telah menyenaraikan harga tersendiri. |
Wanita-wanita Seksi di Dunia Teknologi Posted: 24 Jan 2012 09:00 AM PST Dunia teknologi mungkin memang didominasi oleh kaum lelaki. Namun tak sedikit juga para wanita berkaliber di dalamnya. Beberapa memiliki paras cantik layaknya seperti model. Seperti wanita-wanita berikut ini : Marissa Mayer
Jawatan Marissa bukan sembarangan, ia adalah Vice President of Location and Local Services di raksasa internet Google. Penampilannya yang menawan membuat Marissa pernah jadi Women of The Year 2009 versi Glamour Magazine. Lulusan Stanford University ini juga masuk 50 wanita paling berkuasa di dunia versi majalah Fortune.
Amber MacArthur
Amber saat ini memang berkarier di dunia televisyen. Namun latar belakangnya menunjukkan kemahirannya di dunia teknologi. Selama dua tahun, perempuan berasal dari Kanada ini pernah bekerja di Microsoft sebagai web strategist. Dia juga pernah menjadi Director of Web Marketing di HigherMarkets.
Natali Del Conte
Wanita cantik dari New York ini berjawatan sebagai editor senior di situs teknologi terkemuka, Cnet. Dia juga berkontribusi di website teknologi lain seperti TechCrunch dan Wired, berkongsi pemahamannya yang mendalam terhadap dunia teknologi.
Jolie O'Dell
Jolie berkecimpung sebagai jurnalis teknologi di berbagai website terkenal seperti Venture Beat dan Mashable. Selain itu, Jolie juga mendirikan website bernama ReadWriteWeb.
Jade Raymond
Paras Jade Raymond memang rupawan. Dia khabarnya adalah wanita campuran Australia, China, dan Kanada. Siapa sangka Jade yang berusia 36 tahun ini adalah Managing Director di perusahaan game tenar Ubisoft. Wanita berasal dari Kanada ini menjadi produser game popular semacam The Sims Online sampai Assasin's Creed.
|
Gila..gadis ini sewa Gigolo untuk merogolnya dan kemudian upload video ke internet Posted: 24 Jan 2012 08:30 AM PST Setelah kes 'Foto-Foto Sex' Gillian Chung menghancurkan kariernya dan kes 'Video Sex' pula membuat Shoushou terkenal ,membuat gadis muda group post-90 bernama Feng Yangyan cemburu. Jadi, dia memutuskan untuk membuat kes "Foto Lepas Perawan" untuk membuat dirinya terkenal. Semua orang tahu, lepas perawan boleh menjadi alternatif menjadi TERKENAL! Oleh kerana itu, Feng Yangyan menghabiskan wang untuk menyewa seorang gigolo untuk 'merogol' dia! Untuk membuktikan bahawa dia memang tidak lagi perawan, ia bahkan merakam proses dia diperawani dan diposting video ke Internet! Meskipun tindakan ini sangat mengejutkan, Feng Yangyan sebelumnya memang telah dikenal sebagai "otak rosak," menjadi terkenal setelah "Foto diperawani," Reporter Hunan Online menemukan bahawa video ini tidak lagi dapat diakses di Internet. Tapi beberapa foto tertentu masih dapat ditemukan di forum-forum internet. Foto-foto ini menunjukkan bahawa video itu resolusi yang baik, dan urutan foto memungkinkan pengunjung untuk merekonstruksi apa yang terjadi. |
Jangan Kahwin Suami Orang Posted: 24 Jan 2012 08:00 AM PST Ada beberapa alasan kenapa jangan berkahwin @ ambil suami orang....... 1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU - Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA - Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT - Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG - Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? - Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU - Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN - Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI - Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" - Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tahu lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA - Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
|
Proses Pembuatan Mee dari Chopsticks Posted: 24 Jan 2012 07:00 AM PST Berhati-hatilah bila membeli mee goreng di restoran atau rumah makan, apalagi yang di pinggir jalan. Pastikan mee-nya BENAR-BENAR mee. Soalnya ada mee yang dibuat dari chopsticks yang dikumpulkan dari tempat sampah dan bekas pakai di restoran atau hotel. Di bawah ini adalah proses pembuatan mie dari sumpit (chopsticks)
Chopsticks dipotong-potong kecil
Ditambah air dan garam.
Tambah sedikit tepung dan Di tambah penyedap rasa.
Direbus selama 15 minit
Dicampur penyedap rasa dan dimasukkan dalam toples dan dibiarkan 2 hari.
Beginilah bentuknya setelah 2 hari.
Digoreng dan dicampur sayuran serta daging. Siap dihidangkan.
Banyak penjual yang cuma mahu mencari untung saja, tanpa memperhatikan kesihatan pelanggan . untuk itu: Waspadalah…waspadalah…waspadalah…! |
Benda-Benda Paling Mahal Didunia Posted: 24 Jan 2012 05:00 AM PST Kebanyakan orang berfikir bahawa benda termahal di dunia adalah emas dan permata. Tapi tahukah anda bahwa ada bebebrapa benda selain emas dan permata yang harganya boleh membuat anda sakit kepala? Berikut adalah 10 benda termahal di dunia : 1. BegTangan termahal di dunia seharga 3,8 Juta Dollar Beg tangan ini diproduksi oleh House of Mouawad dan dijual dengan harga 3,8 juta dollar. Beg ini dirancang oleh Robert Mouawad dan dikerjakan oleh 10 pekerja selama 8.800 jam. Beg dengan bentuk hati ini terbuat dari emas 18 karat dan 4.517 berlian (105 berlian kuning, 56 berlian pink dan 4.356 berlian tanpa warna. Berat total berlian pada beg ini mencapai 381,92 karat. 2. Vas China Termahal di Dunia Seharga 85 Juta Dollar Vas China yang dibuat pada abad ke-18 ini ditemukan di London dan dalam sebuah lelong vas ini terjual seharga 53 juta Pundsterling atau 85 juta dollar. Vas dengan ukuran 16 inchi ini dibeli oleh seorang pembeli dari China. Sang pemilik vas yang mewarisi vas ini dari orang tuanya langsung menjadi jutawan setelah menjual vas tersebut. 3. Botol Tequila Termahal di Dunia Seharga 3,5 juta Dollar Seorang pengeluar tequila Mexico mempamerkan botol tequila berkapasiti 1,3 liter. Botol ini terbuat sari 2,3 kg platinum dan 4.000 butir berlian dengan berat total 328 karat. Botol ini dirancang oleh Fernando Altamirano dan dijual dengan harga 3,5 juta dollar. 4. Pisau Cukur Termahal di Dunia Seharga 100.000 Dollar Sebuah pisau cukur termahal diluncurkan oleh Zafirro. Gagang pisau cukur ini terbuat dari iridium dan pisaunya terbuat dari safir. 5. iPad Termahal di Dunia Seharga 1,2 juta Dollar iPad ini menjadi tablet termahal di dunia dengan harga 1,2 juta dollar. iPad edisi spesial ini dibuat oleh Camael Diamonds dari emas 18 karat seberat 1 kg dan berlian tanpa cela seberat 300 karat. Tombol home dan lambang Apple terbuat dari berlian hitam. 6. Ikan Tuna Termahal di Dunia Seharga 396.000 dollar Rekor ikan tuna termahal di Jepun adalah senilai 396.000 dollar. Ikan ini dijual dalam sebuah lelong dini hari di sebuah pasar ikan terbesar di dunia yang terletak di kota Tokyo, Jepun. Ikan tuna raksasa ini memiliki berat 342 kg ditangkap oleh nelayan di perairan pulau Hokkaido. 7. Iklan di acara Oprah Winfrey Show seharga 1 juta dollar Acara Oprah Winfrey show merupakan salah satu acara TV paling popular dan untuk edisi terakhir acara ini, iaitu pada 25 Mei 2010, acara ini akan menawarkan sesi iklan senilai 1 juta dollar per 30 saat iklan. Wow! Ini merupakan rekod baru untuk spot iklan termahal, setelah sebelumnya dipegang oleh edisi terakhir acara 'Lost' di stasiun TV ABC seharga 900.000 dollar dan edisi terakhir acara '24' di stasiun TV Fox seharga 650.000 dollar. 8. Anjing Termahal di Dunia Seharga 1,5 juta dollar Anjing berjenis Tibetan Mastiff dengan usia 11 bulan ini menjadi anjing termahal di dunia setelah terjuan dengan harga 10 juta Yuan atau 1,5 juta dollar. Anjing bernama Big Splash atau Hong Dong dalam bahasa China dibeli oleh seorang juragan batubara dari Utara negeri China. Anjing ras Tibetan Mastiff sendiri terkenal sebagai ras anjing yang dulu dimiliki oleh Gengis Khan dan Sang Buddha. Ras ini juga terkenal sebagai ras 'Anjing China Asli'. 9. Pohon Natal Termahal di Dunia Seharga 11 juta Dollar di Abu Dhabi Hotel Emirates Palace di Abu Dhabi membuat pohon natal senilai 11 Juta Dollar dan digadang-gadang sebagai pohon natal termahal yang pernah ada di dunia. Demikian dinyatakan oleh General Manager Hotel Emirates Palace, Hans Olberts. Hotel ini sendiri merupakan lokasi ATM emas pertama di dunia. Pohon natal ini disekorasi dengan ornamen yang terbuad dari emas dan perak dan lampu-lampu kecil berwarna putih. 10. Berlian Pink Termahal di Dunia Seharga 46 Juta Dollar Berlian berwarna pink merupakan salah satu jenis berlian terlangka di dunia. Kerana itu, jenis berlian ini menjadi berlian yang sangat didambakan oleh para pecinta berlian di dunia. Rekod berlian pink termahal di dunia dipegang oleg sebutir berlian yang dijual seharga 46,16 juta Dollar di rumah lelong Sotheby's. Sumber : http://www.uniksemua.com |
Zombie wedding cakes yang gempak Posted: 24 Jan 2012 04:30 AM PST |