Adsense

Khamis, 24 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Cerita Seram Di Kuantan

Posted: 24 Mar 2011 12:06 AM PDT

Selamat berhibur semua...terlebih dulu biar hamba perkenalkan diri hamba ni...hamba ni merupakan seorang yg berasal dari kuantan,mahasiswa 1st sem kat U ni...believe it or not hamba ni berbangsa cina,dan hamba bertutur dlm BM bersama ibu hamba... ok ni merupakan citer2 hantu BENAR dari kuantan yg pernah dialami oleh sahabat handai hamba ni sendiri...terpulang la pada kalian nak percaya ke tidak...



Telok Chempedak (TC)

- Pada bulan mac yg lepas,kawan2 hamba baru sahaja selesai mendapat keputusan stpm... dipendekan cerita kawan2 hamba ni pun berbincang di mana tempat yg boleh mereka raikan pada malam itu, Akhirnya TC menjadi pilihan mereka...
Selesai sahaja meraikan kejayaan mereka dalam STPM di TC pada malam tersebut, mereka berlima (kelima-lima nya perempuan pula tu) pun memulakan perjalanan balik dari TC menuju ke Air Putih. Mereka memandu kereta Kelisa dan memecut laju menerusi jalan Bkt. Pelindung, Pada masa tersebut mereka berborak dengan gembira sekali (maklumlah baru lepas berseronok di TC)dan tanpa disedari tiba2 hari pun hujan. Kawan hamba(si driver) pun menumpukan sepenuh perhatiannya di jalan disebabkan penglihatan pada malam itu kurang jelas. Waktu itu dashboard sudah menunjukan pukul 2am. Penumpang2 di belakang kereta pula ada yg dah tertidur sebab letih sangat dengan aktiviti pada hari itu.
Tiba2 salah sorang penumpang di belakang kereta, CY terlihat sesuatu kelibat samar2 di tepi jalan itu. Pada mulanya CY buat tak tahu sahaja disebabkan dia fikir itu mungkin hanya imaginasi dia. Lagipun manusia berakal mana yg sanggup berdiri dlm hujan, pukul 2am pula tu... tetapi semasa jarak kereta semakin dekat dengan jelmaan tersebut CY mula naik takut sebab bayangan tu jelas kelihatan menyerupai tubuh seorang wanita. CY dgn cemasnya pun menggerakan kawan di sebelahnya yg dah hampir tetidur,lalu bertanya kpd kawannya bahawa adakah dia juga terlihat jelmaan di depan jalan itu? Kawannya pun membuka mata besar2 dan ternyata bahawa bukan CY seorang sahaja yg terlihat "benda" itu. Mereka yg sudahpun badan bermandikan peluh sejuk berhasrat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu si driver apa2 pun, takut2 nanti terjadi kemalangan pula... tetapi yg peliknya si driver memandu kereta dengan bersahaja seperti tiada apa2 pun di depan jalan tersebut...Akhirnya jelmaan perempuan berbaju putih di dlm gelap tadi hilang terus dari pandangan mereka...
Sesampainya sahaja di kaw. perumahan, CY pun bertanya kepada si driver bahawa adakah dia terlihat "benda" di depan tadi... si driver dgn pantas nya pun menjawab yg dia tidak ternampak apa2 pun... Apakah kelibat sebenar makluk yg mereka lihat tadi? Hamba pun tidak dapat menjawab persoalan ini...



Banglo Usang di depan Taman Seri Mahkota, dekat sini

- Kepada kawan2 sekalian yg selalu menaiki bas UMP pergi ke Kuantan pada hujung minggu, pertengahan jalan dari Gambang ke Kuantan (highway), sila pandang ke sebelah kanan kalian betul2. Kepada kalian yg bermata tajam kalian akan sedar berdekatan dgn ladang kelapa sawit (lebih kurang berhadapan dgn Taman Seri Mahkota) tersergam sebuah banglo dua tingkat beratap biru, yg dimana tingkapnya sudah pun disimenkan utk tujuan tertentu. Rumah tersebut cukup senang dikenalpasti kerana ia merupakan satu-satunya rumah yg berada di tapak berkenaan. Tiada lagi rumah lain di sekeliling rumah tersebut.
Mesti kalian terfikir2 manusia mana yg akan tinggal di banglo tersebut? apa yg hamba boleh katakan disini ialah rumah tersebut telah ditinggalkan lama oleh insan2 yg telah mendiami nya. Ini adalah ekoran daripada gangguan demi gangguan yg timbul semasa si pemilik rumah mendiami rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut silih berganti tangan namun tiada seorang pun yg sanggup menetap panjang di rumah tersebut. Jika hamba tidak silap rumah tersebut telah pun dijadikan sebagai sarang penternakan burung layang2 dan sebab itulah tingkap rumah tersebut disimen dari luar.



Jalan Beserah (Kuantan)

(Hamba mendapat kisah ini daripada cikgu yg pernah mengajar hamba semasa hamba berada di tingkatan 5. Raut wajah cikgu hamba jelas menunjukan yg beliau ketakutan sms menceritakan cerita ini kpd hamba dan juga rakan2 hamba yg lain.Cerita ini bukanlah REKAAN)

- Cik Nora(bukan nama sebenar) semakin gelisah. Jam tangannya telah pun menunjukan tepat pada pukul 1030pm namun beliau masih lagi berada di dalam pejabat ekoran tugasannya yg perlu diselesaikan pada hari tersebut juga. Semasa Cik Nora sedang meneliti fail2 tugasannya tiba2 beliau tersedar bahawa terdapat kekurangan pada fail2 tersebut. Lalu barulah beliau sedar bahawa beliau tertinggal salah satu daripada fail tersebut di rumahnya.
Maka tanpa berlengah lagi Cik Nora pun memecut laju ke rumah kediamannya. Selesai sahaja mendapatkan kembali fail yg tertinggal di rumah beliau Cik Nora memecut kembali ke pejabatnya. Hujan turun lebat pada malam itu. Sesampai nya kenderaan Cik Nora di sebuah selekoh berdekatan dengan jalan Beserah Cik Nora tiba-tiba tergamam setelah melihat satu kelibat yg menggoyangkan tangannya dgn laju sekali seolah-olah mahu menumpang kenderaan yg dibawa oleh Cik Nora.
Pada mulanya Cik Nora bersimpati kepada "insan" tersebut kerana terpaksa bermandikan hujan dingin dalam kegelapan malam itu. Tetapi setelah melihat gerak-geri "insan" tersebut kaku seperti robot dan juga pakaiannya yg serba putih Cik Nora menjadi takut. Hayunan tangan "insan" tersebut laju sekali dan hanya tangannya sahaja yg bergerak dan badannya seperti kaku di tanah memperlihatkan seolah-olah "insan" tersebut tidak terusik akan kesejukan malam dan hujan dingin yg membasahi tubuhnya. Tambahan pula tiada kenderaan di sekitar jalan itu pada waktu tersebut. Lalu Cik Nora pun memecut laju meninggalkan "insan" tersebut di tengah2 kegelapan itu... Pada keesokan paginya barulah Cik Nora dapat melihat sendiri bahawa tempat "insan" itu berdiri pd malam tersebut sebenarnya merupakan satu lurah yg dalam...



SMKAP (Kuantan)
(Ini merupakan sekolah hamba dahulu.Sudah banyak pelajar dan guru yg terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg seringkali muncul dgn berpakaian seragam lama yg dikatakan pernah membunuh diri di tandas tingkat 3 di sekolah ini)

Kes1
- Puan Ina(bukan nama sebenar) baru sahaja memulakan tugasan paginya sebagai seorang "cleaner" di sekolah tersebut. Waktu masih lagi awal pagi dan hari tersebut bukan merupakan hari persekolahan.
Lalu Puan Ina memikul segala alatan cucian ke pejabat pengetua yg terletak berhampiran dgn tempat parkir kereta. Puan Ina mengelap pintu cermin bilik pejabat pengetua tanpa menduga akan apa yg akan berlaku seterusnya. Sedang Puan Ina khusyuk mengelap pintu cermin tersebut tiba2 seorang pelajar mendekati Puan Ina. Puan Ina berpaling ke arah pelajar tersebut. Rupa2nya pelajar tersebut merupakan seorang pelajar perempuan yg berbangsa cina. Raut wajah pelajar tersebut begitu berseri sekali. Tetapi apa yg pelik tentang pelajar tersebut ialah pakaian sukannya yg menyerupai pakaian ala 80s'. Pelajar tersebut dgn penuh sopannya meminta utk lalu dari Puan Ina. Seingat Puan Ina sepanjangan kerjayanya di sekolah tersebut tidak pernah pula dia terlihat pelajar perempuan tersebut. Lalu dgn penuh tanda tanya Puan Ina berpaling semula ke arah pelajar tadi tapi apa yg dilihatnya adalah ruang legar yg kosong. Adalah amat mustahil utk seseorang hilang sekelip mata di ruang yg sebegitu luas sekali. Puan Ina tercari2 akan kelibat perempuan tadi namun tiada apa yg dapat dilihatnya.
(utk pengetahuan kalian mak cik cleaner dlm cerita ini telah pun meninggal dunia atas penyakit kanser yg dihidapinya beberapa tahun yg lepas)


Kes2
- Ah Meng(bukan nama sebenar) sedang mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas bersama-sama rakan2nya. Sedang cikgunya sedang mengajar di hadapan kelas, Ah Meng tiba2 terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg berjalan menyusuri koridor di luar kelasnya.
Ah Meng yg sedang leka mendengar kata2 cikgu2nya tiba2 terganggu akan pandangan pelajar perempuan tersebut. Mana tidaknya pelajar perempuan tersebut kelihatan begitu cantik sekali, belum pernah lagi Ah Meng terserempak dgn pelajar perempuan itu sebelumnya. Tetapi ada sesuatu yg amat pelik mengenai perempuan tersebut. Baju uniform sekolah yg dipakainya seperti uniform sekolah dulu kala. Jarak pelajar perempuan tersebut dgn Ah Meng adalah begitu dekat sekali dan pelajar tersebut seolah2 tidak mengendahkan akan Ah Meng yg khusyuk melihatnya dari tadi.
Ah Meng berasa amat pelik kerana pelajar perempuan tersebut terus berjalan ke arah hujung koridor di luar kelasnya yg merupakan tembok batu konkrit. Tiada sebarang pintu atau jalan pun di situ. Mata Ah Meng terus sahaja tertumpu ke arah pelajar perempuan tersebut dan tanpa dijangka-jangka...pelajar itu berjalan menerusi dinding tersebut. Ah Meng menjadi hilang akal tiba2. Dia tidak percaya akan apa yg dilihatnya. Lalu dengan segera Ah Meng melaporkan akan apa yg dilihatnya kpd cikgunya. Apa yg hamba tahu selepas itu terdapat ura2 yg mengatakan pengetua sekolah tersebut cuba merahsiakan perkara itu drpd pengetahuan org ramai namun akhirnya rahsia tersebut pecah juga.


Kes3
(Cerita ini merupakan cerita yg paling hangat di sekolah tersebut kerana melibatkan ramai pelajar dan guru)

- Ah Mei dan Ah Chu(bukan nama sebenar) merupakan adik-beradik kembar seiras. Mereka merupakan pengawas di sekolah ini dan mempunyai sifat serta karakteristik yg seakan-akan sama.
Pada suatu hari (petang) ketika Ah Mei sedang berjalan di koridor tingkat 3, tiba2 dia terdengar akan bunyi titisan air dari tandas yg terletak di hujung koridor tingkat tersebut (mahulah diberitahu disini bahawa tandas tersebut pernah terjadinya kes bunuh diri oleh seorang pelajar perempuan,sejak terjadinya kejadian tersebut tandas itu telah dikunci oleh pihak pentadbiran sekolah dan tidak digunakan sehingga ke hari ini). Dengan penuh rasa curiga Ah Mei pun mendekati tandas tersebut. Perasaan ingin tahu yg membuak-buak dlm hati Ah Mei menyebabkannya memanjat dinding tandas tersebut utk melihat dari arah manakah datangnya bunyi air dari dalam tandas tersebut.
Ah Chu yg sedang belajar di dalam kelas berdekatan dgn tandas tersebut tiba2 berasa tidak sedap hati.Namun dia sendiri tidak tahu akan apa yg tidak kena. Tiba2 kedengaran bunyi seseorang menjerit dari arah tandas tersebut. Jeritan yg kuat itu didengari hingga ke berapa kelas berdekatan. Cikgu serta pelajar tergamam setelah terdengar bunyi jeritan itu. Lalu Ah Chu segera keluar dari kelas dan berlari ke arah tandas itu dan mendapati adiknya Ah Mei telah pun jatuh pengsan di koridor tandas tersebut. Pelajar diikuti guru bergegas munyusuri koridor tersebut dan mereka kemudiannya mendapati bahawa kedua-dua adik-beradik kembar tersebut telah pun jatuh pengsan. Guru dgn segera memimpin Ah Mei dan Ah Chu dan meletakan mereka di kaw yg lapang. Ah Chu dan Ah Mei akhirnya sedar beberapa minit kemudian.
Kemudiannya apabila ditanya kpd rakan hamba, yg juga merupakan teman rapat kpd adik beradik kembar tersebut tentang apa yg telah berlaku, rakan hamba memberitahu hamba bahawa sedang Ah Mei menjenguk ke dlm tandas tersebut dari luar,apa yg telah dilihatnya adalah sesuatu yg amat menakutkan. Digambarkan bahawa makhluk yg dilihatnya di dalam tandas tersebut berupa perempuan yg bermuka amat hodoh, lidahnya terjelir keluar serta matanya berwarna merah saga.


-itu sahajalah kisah2 yg dapat hamba ceritakan. Hamba terlebih dahulu memohon maaf jika cerita hamba ini telah melukakan hati & menyebabkan ketidak-puasan kpd sesetengah pihak. sekian.

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) M.Nasir Terima Gelaran Dato’

Posted: 24 Mar 2011 02:01 AM PDT

M.NASIR TERIMA GELARAN DATO

Selepas beberapa artis telah menerima gelaran Dato', kini giliran M.Nasir pula menerima gelaran tersebut. M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Oleh itu, tahniah team Zon Artis ucapkan kepada M.Nasir kerana telah dianugerahkan gelaran Dato'. Mulai saat ini, kenalah panggil M.Nasir dengan panggilan Dato' M.Nasir. Hee..

Psstt: Ada berani tengok kemalangan ni?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Final SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011

Posted: 24 Mar 2011 09:39 PM PDT

One 'E' and 'A' menempa gelaran juara di SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

Acara kemuncak kepada apa sahaja pertandingan. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! anjuran Suria FM ini. Pencarian bakat baru melalui saluran profesional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta ini sudah sampai ke akhirnya.

Siri ujibakat bagi pertandingan ini telah bermula dari bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011. Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011 yang lalu. Muzik yang di bawakan terbuka kepada semua genre.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja. Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya. Dari sejumlah band yang memasuki saringan kedua ini di setiap lokasi, hanya 12 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir.

Band Juara - One 'E' And 'A'

Sabtu lalu, terukir satu lagi detik bersejarah buat Suria FM. Suriashowdown! Band Kampus Terbaik 2011! merupakan pertandingan realiti pertama anjuran sepenuhnya Suria FM. Sebanyak 12 band yang terbaik dipilih bagi peringkat akhir dan band yang bernama One 'E' and 'A' telah berjaya menyandang gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 ringgit. Satu jumlah yang bernilai kerana penyertaan adalah percuma.

Selain menyandang gelaran juara, band One 'E' and 'A' juga telah terpilih sebagai persembahan terbaik dan memenangi trofi bagi gelaran tersebut. Keputusan ini bukanlah mudah untuk dibuat kerana setiap peserta akhir ini mempunyai kelebihan tersendiri selain persembahan mantap yang ditunjukkan. Oleh itu, sebanyak 3 juri professional dibawakan khas untuk membuat keputusan getir ini. Jurinya ialah Suby, Sham Kamikaze & Nurul Wahab. Selain dari juri professional, keputusan ini juga banyak dibantu oleh undian SMS yang telah dibuka selama 2 minggu sebelum pertandingan akhir tersebut berlangsung.

Band One E and A adalah merupakan band yang kesemua ahlinya merupakan pelajar dari UiTM Shah Alam. Ahli kumpulannya terdiri daripada Fify Emielia Shazlin B Ahmad Murshaidi ( Vokalis ), Muhammad Shahwalnaz Hussain ( Keyboardist), Mohammad Syahnaaz B Shuib ( Drummer ), Muhammad Helmi B Shahuddin ( Guitaris ) dan Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab (Basis ). Bagi persembahan akhir ini band One E and A membawakan dua buah lagu iaitu satu lagu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk 'Bisikan Asmara' dan satu lagi lagu yang bertajuk ' Bukan Milikmu Lagi ' nyanyian Agnes Monica.

Band kedua pula diungguli oleh band 'Nastia' dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 ringgit. Band ini merupakan pelajar-pelajar dari Aswara manakala tempat ketiga adalah dari UiTM Shah Alam juga iaitu Band 'Kekabu' dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 ringgit.

"Untuk mengadakan program yang seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah buat Suria FM kerana ini merupakan pertandingan reality yang pertama buat Suria FM. Bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi malahan memerlukan perangkaan strategi yang tepat dan betul bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Saya berasa berpuah hati kerana ianya dapat berakhir dengan jayanya. Janji Suria FM kepada band yang telah menang, kami akan sedaya upaya untuk membantu menaikkan mereka dan pastinya bakat mereka tidak akan di sia-siakan begitu sahaja kerana mereka ialah yang terbaik di antara yang terbaik. " menurut kata En.yusry Abu Samah, Deputy COO Suria FM.

Sekarang ini, masih lagu berlangsung peraduan 'Lagu Berduit' di Suria FM. Peraduan ini bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ' Lagu Berduit Suria FM'. Dengarkan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70,000 tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'.

Juara - One 'E' And 'A'

Naib Juara - Nastia

Finalis, Juri & Penyampai Suria FM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • One E and A Juara Band Kampus Suria FM
  • Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Rebut RM70ribu di Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands
  • Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani
  • Maybank Malaysian Open 2011
  • Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG, Flop Poppy ke Final Ikon Malaysia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mubarak Majid Zarynn Min Drama Cinta Seorang Isteri

    Posted: 24 Mar 2011 09:52 AM PDT

    KISAH PERGOLAKAN CINTA SEORANG ISTERI MENGISI SLOT CITRA DI TV2

    Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Apatahlagi jika tidak bersedia sepenuhnya untuk berumahtangga. Namun bila serunya telah tiba, tiada seorang pun yang dapat mengelakkannya daripada terjadi. Ibarat kata jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan.

    Begitu pun hubungan antara dua hati yang telah sekian lama terbina hakikatnya tidak menjaminkan kebahagiaan berkekalan sekiranya rumahtangga itu tidak dibajai dengan kesediaan kedua pihak memikul tanggungjawab besar hidup bersama. Apatahlagi sekiranya suami gagal memainkan peranan sebagai nakhoda kapal dalam melayari pelayaran hidup berumahtangga.

    Zarynn Min pegang watak Amy

    Zarynn Min pegang watak Amy

    Begitu kisah yang melatari drama menarik sarat dengan pengajaran berguna bertajuk Cinta Seorang Isteri disiarkan pada 25 Mac 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

    Ceritanya mengangkat kisah penderitaan seorang isteri bernama Amy lakonan hebat pelakon Zarynn Min. Amy mencintai Johari yang dibawakan wataknya oleh Ijoi Azhari dimana sedari usianya remaja sampai ke satu ketika apabila Amy mendapati Johari bukan lelaki yang disangkanya idaman hati.

    Namun kerana ibubapanya, Amy berubah fikiran untuk sanggup meneruskan perancangan yang sudah diaturkan sedari awal untuk berkahwin dengan Johari. Dia hanya mampu berserah kepada takdir mengharapkan supaya kesediaannya menerima Johari sebagai suami bakal memberikan kehidupan yang lebih sempurna. Apatahlagi dia sudah berjanji kepada keluarganya untuk menjadi isteri yang solehah setelah berkahwin.

    Begitu pun setelah menjalani kehidupan sebagai suami isteri, Amy begitu kecewa. Dia mendapati Johari tidak pernah mengambil tahu akan keadaan isterinya. Semua tanggungjawabnya diabaikan tanpa rasa bersalah. Hinggakan sampai satu ketika Johari tenggelam dalam kesombongannya.

    Ketika itu dia mula tergerak hati untuk mencari erti kehidupan dan sedar apa itu perkahwinan sekaligus mahu mengenali apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan isteri. Pada situasi sama yang tergambar di fikirannya hanya mahu kembali semula kepada isteri, Amy.

    Namun masihkah ada ruang di hati Amy untuk menerima kembali kehadiran suaminya itu? Atau sebaliknya Amy sudah nekad mahu kembali hidup sendiri setelah sedar dirinya diperlakukan tidak sepatutnya oleh suami.

    Turut terlibat menjayakan drama menarik ini termasuklah Mubarak Majid, Rashidah Jaafar dan Kazaruddin Saisi.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Nadia Mustafa Dalam Kaligrafi Cinta
  • Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali
  • Drama Best of Panggung RTM
  • Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu
  • Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Video) Drew Beaumier, Kostum Transformer Di Audition American Idol 2011

    Posted: 24 Mar 2011 09:48 PM PDT

    Even though it's a 'no', personally we think this is the coolest audition ever! Bayangkan, anda hadir ke ujibakat Akademi Fantasia dengan mengenakan kostum Transformer, it's like a children's dream come true!

    Drew Beaumier, sangat mengilai siri animasi Transformer semenjak kecil, terutamanya Optimus Prime telah mencipta sebuah kostum yang boleh berfungsi di atas jalan raya, siap ada sound effect lagi. Proses pembikinan kostum ini hanya memakan masa 8 minggu dengan menggunakan bahan kitar semula serta gam yang dibeli daripada Walmart. Dikatakan kos pembikinan kostum ini hanya sekitar Usd300, dan sudah balik modal.

    Dia berkata, "Semuanya bermula apabila ada pelancong yang sanggup membayar wang untuk bergambar dengan kostum tersebut. Sejak itu, saya sentiasa menghiburkan pelancong, malah sentiasa memenangi pertandingan kostum di malam Halloween."

    Setakat ini, Drew Beaumier berjaya mencipta kostum robot Ford Mustang, Red Harley Davidson, Police Motorbike, Yellow Volkswagen Beetle & Iron Man. Dia juga bercadang untuk menjual kostum robot tersebut kerana banyak menerima permintaan daripada pengumpul di Facebook. Bukan itu sahaja, dia juga berkata bahawa sudah ramai gadis yang menghubunginya untuk berkenalan.

    Yeah, kini anda juga boleh memiliki sebuah bumblebee, dan berdiri sama hebat dengan Jejai. Ha ha.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lady Gaga Kritik Radio Malaysia Kerana Ubah Lirik Berunsur Gay!

    Posted: 24 Mar 2011 08:13 PM PDT

    Sebagai selebriti bertaraf dunia, Lady Gaga nampaknya tidak memahami tahap sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu lirik yang provokatif, sensitif. Yang menjadi isu, kandungan lagu Born This Way mengandungi lirik berunsurkan provokatif  & sensitif terhadap pendengar Malaysia. Pendek kata, lagu tersebut mengalakkan fenomena "Saya gay, saya okay" yang pernah menjadi isu panas negara sekitar Januari lalu.

    Lirik tersebut telah disunting oleh radio-radio tempatan atas alasan ia melanggar peraturan kerajaan, "good taste or decency or are offensive to public feeling". Disebabkan itu, Lady Gaga telah mengkritik radio-radio Malaysia secara terbuka dalam temubualnya bersama Google baru-baru ini.

    Satu soalan ditanyakan kepada Lady Gaga oleh jurucakap Google, "How do you feel that Malaysia radio station editing out No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby?"

    "Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn't have specifically put those words in the song." Dia kemudiannya mengalakkan peminat-peminat di Malaysia supaya membantah penyuntingan lirik tersebut.

    "All the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard," sambung Lady Gaga lagi.

    Lady Gaga kemudiannya menambah, "You must do everything that you can if you want to be liberated by your society."

    Pendapat kami, nak kata dia bersalah 100% pun tidak, sebab dia memang tak tahu apa-apa! Lady Gaga tak pernah datang ke Malaysia, dia tidak akan memahami budaya rakyat Malaysia yang memang sensitif & taboo terhadap isu gay.

    Jadi semuanya terserah kepada pendengar Malaysia. Kami rasa, when there's no demand, there's no supply. Apa pendapat anda pula? Tonton minit ke 37:00 untuk mendengar respon Lady Gaga berkenaan isu ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    aReaL&Celebrity


    Tahniah, M. Nasir Dapat Pangkat Dato...!!!

    Posted: 24 Mar 2011 01:28 AM PDT

    Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato' oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

    Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.


    Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

    Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.

    Nasir dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.

    P/s:Memang Layak Sangat La Bila M Nasir Ni Dapat Panggkat Dato, Daripada Bagi Kat Mat Bangla Tak Tentu Hala.. Paham2 Sudeh...!!!

    borak kosong

    borak kosong


    Sanggup buat Akuarium dibawah tanah rumah sendiri kerana gilakan ikan

    Posted: 24 Mar 2011 09:00 PM PDT

    INILAH.COM,- Sebagai maniac koleksi ikan, Jack Heathcole mengaku sering menyelam di dalam rumah untuk melepas lelah. Wajar. Ia memiliki akuarium terbesar di Britain.

    Lelaki berusia 37 yang tinggal di Nottingham, England, menciptakan dunia bawah laut peribadi di ruang bawah tanah rumahnya. Sebagai bukti kecintaan dengan dunia air, ia mengoleksi spesies eksotik yang biasa hidup di Amazon dan Kongo.

    Surga tropis itu dilengkapi jendela yang menghadap ke luar. Berukuran 3,6 meter x 3,6 meter x 2,1 mater, akuarium raksasa itu mengharuskan Heathcote membersihkannya sekali dalam dua minggu. Guru salsa ini juga mengakui tidak memiliki televisyen kerana dia lebih memilih menonton makhluk laut berenang.

    Heathcote yang sudah terpesona dengan ikan sejak pengalamannya ke akuarium Blackpool ketika berusia 10 ini mangatakan, "Hobi saya tidak hanya mengambil alih hidup saya tetapi juga rumah saya, Namun, saya benar-benar menyukainya."

    Lelaki itu mengakui perlu 4.800 galon air untuk mengisi akuarium dan memerlukan enam jam untuk pengisian ulang. Heathcote menghabiskan 700 poundsterling  untuk panel kaca dan 800 poundsterling untuk lapisan fiberglass.

    Ia juga menghabiskan 5 ribu poundsterling ( untuk proses pembangunan. Sebagai hiasan, Heathcote memasang beberapa batu halus dan tumbuhan.

    Koleksi ikan miliknya antara lain dua chainsaw doradis, tiga Pacus panjang, beberapa ikan patin, lele hibrida berekor merah, dua alligators gars, delapan ikan pari raksasa dan dua penyu Fly River.

    Ikan yang sedang dipesan Heathcote adalah dua arwana perak yang sering ditemukan di Sungai Amazon.

    [Pelik] Acara 'Babi Bogel' di China

    Posted: 24 Mar 2011 08:00 PM PDT

    URUMXI – Ratusan orang melakukan pesta yang sangat luar biasa, mereka meluncur di atasais tanpa mengenakan pakaian.

    Tapi tidak semua para peselancar tersebut tanpa pakaian, sebagian dari mereka, bahkan mengenakan kostum yang aneh, tapi hanya 22 orang saja yang cukup berani menuruni bukit salju tanpa mengenakan pakaian.

    Dua lelaki terlihat menuruni bukit tanpa mengenakan pakaian di acara "Babi Bogel" yang diselenggarakan di Tianchi International Ski Resort, di Urumxi, China.

    "Kami mengadakan pesta ini pada akhir musim  tapi ini merupakan acara yang terbaik," ujar juru cakapresort.

    Hadiah dari acara tersebut dimenangkan oleh Zhang Rongmin, yang berpakian setengah bugil dengan gaya Arab. demikian lapor Orange, Khamis (24/3/2011).

    Sementara penghargaan 'Kecantikan Paling Dingin' diserahkan kepada Xie Yong, yang tidak mengenakan apapun di tubuhnya. Keduanya memenangkan hadiah merupakn wang.

    Stuntman atasi rekod legenda silap mata

    Posted: 24 Mar 2011 07:00 PM PDT

    HEBAT LELAKI INI.
    saya petik dari kosmo online


    RESORT MENARA ALTON, Britain - Seorang pelagak ngeri, Rob Roy Collins menggantungkan dirinya dalam keadaan terbalik pada tiang sebuah rollercoaster di Britain seperti yang pernah dilakukan ahli silap mata legenda, Harry Houdini yang meninggal dunia pada tahun 1926 ketika berusia 52 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

    Semasa aksi itu, Collins, 33, memakai baju pesakit mental yang ketat menyebabkan kedua-dua tangannya terikat.

    Dia kemudian berjaya menanggalkan baju itu dalam masa satu minit 53 saat semasa dia berada dalam keadaan terbalik pada ketinggian 18.3 meter di udara.

    Catatan itu mengatasi masa Houdini iaitu dua minit 37 saat yang melakukan aksi serupa dengan menggunakan sebuah kren di New York, Amerika Syarikat (AS).

    Aksi mendebarkan itu menarik kehadiran ramai orang yang berkumpul di sekitar rollercoaster berkenaan di sini, baru-baru ini.

    "Aksi ini amat mengujakan dan pada masa yang sama ia juga menakutkan. Saya menjadi pelagak ngeri selama 10 tahun tetapi ini kali pertama saya melakukan aksi 'gila' seperti ini," kata Collin selepas itu . - Agensi

    Robot Transformer Nyata Hidup dan Bergerak!

    Posted: 24 Mar 2011 06:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, FOUNTAIN VALLEY – Drew Beaumier (25) memukau para juri di American Idol bukan kerana suaranya yang memukau melainkan kerana kostum robot buatannya.

    Kecintaan lelaki berasal Fountain Valley, Amerika Syarikat (AS) ini terhadap robot transformer membuat ia berkreasi dan mengubah dirinya menjadi "Transformer hidup", dengan memakai kostum yang terbuat dari mainan anak-anak.

    Llapan minggu bagi Drew untuk menggabungkan potongan-potongan kecil kereta Power Wheels dan spare part yang dibelinya di WalMart. Uniknya, ia berhasil menggabungkan potongan-potongan tersebut dengan lem, sehingga menjadi "pakaian" yang bisa dipakainya.

    Kostum robot ini dilengkapi roda yang dipasang di lengan dan kakinya. Sehingga ia bisa menggelindingkan "mobil robot" tersebut. Dan saat ia berdiri, ia akan berubah wujud menjadi robot Transformer.

    "Sejak kecil saya menggilai Transfromer. Setelah membuat kostum robot transformer ini saya ingin menghibur banyak orang," ujarnya.

    Beruntung, ia kini mampu mengumpulkan uang 300 dolar AS, yang diberikan pelancong yang ingin berfoto dengannya. (dailymail)

    Biadab, Imam Masjid Sedang Imamkan Soat Ditikam dari Belakang

    Posted: 24 Mar 2011 05:00 PM PDT

    PEKANBARU, RIMANEWS- Abdul Karim Nasution (57), imam Masjid Al-Ikhlas, Dusun Paringonan, Desa Kumango, Kecamatan Tambusai, Kabupaten Rokan Hulu (Rohul), Riau, meninggal dunia ditikamYusri. Yusri membunuh Karim ketika dia itu sedang mengimamkan solat magrib.

    Setelah melakukan aksinya, Yusri melarikan diri dan kini masih dikejar polis..

    "Kemungkinan motif pembunuhan ini kerana ada dendam. Pelaku dan korban memang sudah saling kenal" kata Kasat Reskrim Polres Rohul AKP Antoni Lumban Gaol, Rabu (23/3/2011).

    Dia menceritakan ketika kejadian, korban sedang memimpin solat magrib. Ketika sedang sujud itu, pelaku yang datang secara tiba-tiba menyerang korban dengan sebilah pisau dengan terlebih dahulu melewati para makmun.

    "Ketika itulah tersangka menikam pelaku. Sedangkan, para jemaah kemungkinan tidak mengetahui peristiwa  kerana dalam posisi sujud," imbuhnya.

    Setelah itu, pelaku langsung melarikan diri. Sedangkan para jemaah baru sedar setelah imam masjid itu merintih kesakitan. Kerana kehabisan darah akhirnya Karim menghembuskan nafas terakhirnya.

    "Kita sekarang telah membentuk pasukan untuk mengejar pelaku" terangnya Antoni lagi.(Ach/oz)

    Gangster Dari Papua New Guinea

    Posted: 24 Mar 2011 11:01 AM PDT

    Papua New Guinea secara rasmi suatu negara demokratsi yang tetap menjadi wilayah Ratu Elizabeth II. Tapi banyak akademikmenyebutnya sebagai "demokrasi teratur", kerana terlalu banyak orang di sini hidup dalam kemiskinan ekstrim dan milik kelompok berbagai raskol (penjahat). budaya geng lokal membuat Port Moresby, ibukota negara, kota kejahatan terkenal semua dunia. Negara ini sangat rosak. Hukum dan ketertiban runtuh, dan geng sering menjadi  kelangsungan hidup bagi Papua New Guinea .80% kaum muda yang menganggur, dan sekitar sepertiga dari penduduk harus hidup dengan kurang dari $ 1,25 sehari. Tidak hairan bahawa orang-orang muda meninggalkan sekolah, membawa senjata dan berjuang untuk hidup mereka.
    Photographer Stephen Dupont menciptakan serangkaian potret budaya geng yang dikenal sebagai KIPS Kaboni (Red Devils) yang menunjukkan wajah asli Papua demokrasi,





    [Gila] Penumpang mabuk suruh pemandu teksi turun tangga curam guna kereta

    Posted: 24 Mar 2011 10:01 AM PDT

    QUANZHOU – Seorang pemandu taksi  terjebak di tangga jalan yang curam setelah penumpangnya yang mabuk memintanya untuk menuruni tangga tersebut.

    Pemandu Xiao Cheng terjebak di tengah tangga di wilayah Quanzhou, selatan China, demikian laporan Orange

    "Dia memaksa saya untuk menuruni tangga, kerana dia memberitahu rumahnya berada di bawah sana," ujar Xiao.

    "Anda tidak boleh membayangkan betapa takutnya saya. Lelaki yang memiliki tanda luka panjang di tangannya itu mengancam akan memukul saya jika saya tidak melakukannya," lanjutnya.

    Xiao akhirnya dengan hati-hati menuruni anak tangga, sementara sungai di bawah anak tangga semakin membuatnya ketakutan.

    Walaupun akhirnya taksi tersebut tidak boleh turun, penumpang tersebut tetap memaksa meminta untuk dihantar.

    "Dia meminta wangnya kerana saya tidak boleh menghantarkan ketujuannya. Saya pun terpaksa memberikan semua wang saya, setelah itu dia pergi," keluhnya.

    Orang ramaicuba membantu Xiao untuk menarik keretaya tetapi mereka sedar terlalu sulit melakukannya.

    [Pelik] Mangsa bunuh hidup kembali selepas 11 tahun

    Posted: 24 Mar 2011 09:30 AM PDT

    BEIJING, RIMANEWS- Siapa sangka seorang lelaki yang telah dinyatakan mati dalam kes pembunuhan tiba-tiba muncul kembali dalam keadaan segar bugar.

    Lelaki itu dibunuh, lalu kepalanya dipotong dan mayatnya dimasukkan ke dalam perigi tua. Pelaku pembunuhan itu dijatuhi hukuman mati, lalu dikurangi menjadi penjara seumur hidup, diringankan lagi menjadi penjara 20 tahun. Dalam masa menjalankan hukumannya itu, tiba-tiba mangsanya hidup lagi. Republik Rakyat China (RRC) gempar.

    Akibat hidupnya kembali orang yang sudah dibunuh itu, polis di China sedang memeriksa kembali kes seorang lelaki yang dihukum keranna membunuh tetangganya 11 tahun lalu setelah si "mangsa" tiba-tiba muncul lagi dalam keadaan sihat .

    Telegraph, yang mengutip Beijing News,  melaporkan, Zhao Zuohai dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh sebuah pengadilan di Daerah Henan atas tuduhan membunuh tetangganya, Zhao Zhenxiang, dalam perselisihan terkait seorang perempuan pada tahun 1999. Hukumannya kemudian diringankan menjadi penjara seumur hidup dan kemudian dikurangi menjadi penjara 20 tahun.

    Zhao Zuohai mengaku telah melakukan pembunuhan setelah susukk tubuh tanpa kepala ditemukan di sebuah perigi di daerah Zhecheng, di mana dia tinggal.

    Namun, "mangsa"-nya itu tiba-tiba kembali ke daerah itu pekan ini setelah menghilang selama 11 tahun. Tentu saja kemunculannya menghairankan polis.

    Dilaporkan, Zhao Zhenxiang tampaknya melarikan diri dari wilayah itu setelah perseteruan pada tahun 1999 itu dan dia pindah tanpa memberitahu siapa pun. Keadaan itu menyebabkan keberadaannya dinyatakan sebagai orang hilang.

    Polis kini berfikir apakah si "pembunuh" harus dibebaskan—juga mencuba untuk memastikan identiti mayat tanpa kepala itu.

    Laporan tersebut mengatakan, belum jelas mengapa Zhao Zuohai telah mengaku bersalah atas pembunuhan itu. Namun, laporan itu menambahkan, ada kecurigaan bahawa polis telah melakukan penyiksaan sehingga pengakuan itu muncul.(Ach**/Pelbagai Sumber)

    Orang tua gila suruh anak perempuan tarik kereta sorong dalam keadaan telanjang

    Posted: 24 Mar 2011 08:37 AM PDT

    Gambar ini telah diambil oleh seorang wartawan bernama Xu Fengketika
    balik dari bekerja.Seorang ayah yang mabuk telah mendera anak perempuannya.Anaknya disuruh menarik
    kereta sorong yang penuh dengan kotak dalam berkeadaan telanjang sambil dipukul...

    Hakim Ini Sudah Berusia 102 Tahun Tetapi Tetap Bekerja

    Posted: 24 Mar 2011 07:35 AM PDT

    VIVAnews – Tahun 1917, ketika masih berusia sepuluh tahun, Wesley Brown sudah mencari nafkah bagi keluarga setelah ayahnya meninggal. Sudah terbiasa menghadapi kerasnya perjuangan hidup membuat Brown tetap aktif menjadi hakim, meski kini usianya sudah mencapai 102 tahun.

    Maka, julukan tua-tua keladi pantas disematkan kepada Brown. Buktinya, dia tetap rutin bekerja di pejabat pengadilan Kota Wichita, Amerika Syarikat (AS).

    "Saya sudah terbiasa bekerja sepanjang hidup," kata Brown dalam wawancara yang diterbitkan laman surat khabar Wichita Eagle. "Saya tidak tahu lagi apa yang harus saya lakukan kalau tidak bekerja," lanjut Brown.

    Perjalanan karernya ini boleh jadi merupakan penyebab mengapa usia harapan hidup Brown sangat tinggi, hingga lebih dari dua dekad. Laporan dari Harvard Medical School mengatakan, jumlah orang berusia seratus tahun atau lebih berlipat ganda dalam dua dekad terakhir. Brown adalah salah seorang dari sekitar 70.000 warga Amerika berusia seratus tahun atau lebih.

    Brown rajin bermain golf dan hingga ketikat ini selalu menggunakan tangga untuk menuju ruang kerjanya di ltingkat empat, tingkat paling atas di pejabat pengadilan federal Wichita.

    "Orang yang berusia seratus tahun atau lebih, melatih otak mereka dengan membaca, melukis, dan bermain alat musik, dan beberapa orang memilih tetap bekerja," tulis laporan penelitian dari Universitas Harvard berjudul "Living to 100: What's the Secret."

    Pekerjaan Brown sebagai hakim tentu saja melatih otak kerana harus berurusan dengan berbagai isu kompleks terkait hukum.

    Brown ditunjuk sebagai hakim federal oleh Presiden John F. Kennedy pada 1962. Brown telah melayani masyarakat selama era pemerintahan sepuluh presiden.

    Dia lahir pada 1907, beberapa bulan setelah siaran muzik pertama disiarkan di radio AS. Pencapaian teknologi lain pada tahun 1907 adalah penemuan helikopter, empat tahun setelah kakak beradik Wright menemukan pesawat terbang.

    Brown menjadi saksi hidup penemuan berbagai teknologi informasi, mulai dari radio, televisyen, hingga internet. "Teknologi itu seperti tablet yang dilipatgandakan," kata Brown.

    Sebagai seorang hakim, Brown menganggap orang-orang yang masih berdebat mengenai persoalan privasi di internet itu sangat mengagumkan. Dia mengingat suatu era ketika tidak seorangpun memiliki privasi di telefon.

    "Dulu kami harus menelefon operator pusat, jadi petugas operator itu tahu apa yang sedang dilakukan semua orang," kata Brown.

    Hari ini, Brown aktif memanfaatkan komputer, telefon selular, dan memahami realiti bahawa privasi datang dan pergi bersama inovasi teknologi terbaru. "Entah apakah di era ini orang-orang masih boleh punya rahsia," kata Brown.

    "Dan saya memutuskan untuk hidup berdasarkan prinsip bahwa tidak ada yang namanya rahsia," lanjutnya. Namun mungkin Brown masih punya satu rahsia, iaitu rahsia hidup sihat selama lebih dari satu abad.

    Hebat…Jalan Rosak di Jepun Diperbaiki Cuma 6 Hari

    Posted: 24 Mar 2011 06:00 AM PDT

    INILAH.COM, Gambar retakan hebat di jalan raya Jepun menunjukkan betapa kuat gempa bumi Jepang, 11 March lalu. Namun, pemerintah Jepun memperbaikinya kembali dalam tempoh yang singkat.




    Jepun memiliki kecepatan yang mengagumkan untuk rekonstruksi infrastruktur sehabis bencana alam. Pekerjaan yang dimulai sejak 17 March 2011 ini hanya memerlukankan waktu enam hari untuk memperbaiki jalan di kawasan Great Kanto Highway, Naka. Bahkan, jalan itu kini siap digunakan untuk lalu lintas, seperti dikutip dari Daily Mail.

    Selain itu, banyak pekerja yang sudah kembali ke aktiviti pejabat mereka sehari setelah gempa dan tsunami. Pemulihan Jepun mendorong beberapa investor, termasuk Warren Buffet, salah satu lelaki terkaya di dunia , mendeklarasikan bencana yang menyebabkan 23 ribu orang meninggal itu merupakan kesempatan membeli di pasaran kewangan.

    Manusia tanpa wajah

    Posted: 24 Mar 2011 05:00 AM PDT




    Cara luruskan rambut paling mudah dan murah

    Posted: 24 Mar 2011 04:00 AM PDT

    ADAKAH yang sanggup berbuat begini?

    BILA BMW DAN LEXUS BERLANGGAR

    Posted: 24 Mar 2011 03:40 AM PDT



    Menangis woo..kereta mewah tu

    Ritual Semut Yang Mengerikan

    Posted: 24 Mar 2011 02:00 AM PDT

    Tragis Isteri Bakar Diri di Depan Suami

    Posted: 24 Mar 2011 01:00 AM PDT

    Seorangan ibu nekad mengakhiri hidupnya dengan membakar diri kerana himpitan ekonomi. Tragisnya hal itu dilakukan di depan suaminya sendiri.

    Warga Kampung Babakan Sirna RT05/13, Kelurahan Cibadak, Kecamatan Cibadak, Sukabumi, itu nekat dilakukan Ucum . Hingga Selasa siang, ibu dengan dua akan ini masih menjalani perawatan intensif di ruang bedah H Rasuna Said, RSUD Sekarwangi, dengan keadaan tubuh yang melecur.

    Peristiwa itu terjadi ketika Sigit Wijaya (21), suami Ucum, pulang mencari nafkah sebagai pengamen jalanan. Pasangan suami-istri yang telah menikah dua tahun ini terlibat pertengkaran, dipicu keterbatasan penghasilan Sigit.

    Semasa bertengkar Ucum nekad membakar tubuhnya yang telah dilumuri minyak tanah. Menurut Sigit, ketika isterinya membakar diri, dia tengah berada di dalam bilik untuk menidurkan anak bungsunya, "Ketika saya keluar dari bilik, sudah mendapati tubuhnya dipenuhi api," kata Sigit.

    Api berhasil dipadamkan, setelah Sigit menyeret tubuh Ucum ke dalam kolam ikan yang terletak di belakang rumah.Ucum akhirnya dilarikan ke RSUD Sekarwangi.

    "Saya hanya mempunyai penghasilan dari mengamen tidak lebih dari Rp20 ribu. Jumlah ini relatif kecil dibandingkan jumlah keperluan hidup kami sehari-hari, terutama untuk mencukupi keperluan susu dan makan dua anak. Sudah berulang kali isteri mengancam akan bunuh diri, tapi saya selalu mengingatkannya," jelas Sigit.

    Namun keterangan Sigit ini dibantah Ucum. Ibu dari Gilang Ramadhan (2) dan Andra Wijaya (3 bulan) ini mengaku luka bakar yang memenuhi tubuhnya itu akibat ledakan dapur masak. Bencana itu terjadi ketika dia hendak memasak air. "Saya tidak membakar diri, luka ini akibat ledakan ketika akan memasak air," ungkap Ucu

    7 Tahun Dibebani Tumor 6 Kg di Kepala

    Posted: 24 Mar 2011 12:00 AM PDT

    Sungguh malang nasib Kusnadi (47), warga  Jawa Timur. Dia menderita tumor di kepala bahagian belakangnya sejak tujuh tahun lalu itu, hingga kini sebesar bola .

    Kusnadi dan seluruh keluarganya tidak dapat berbuat banyak untuk menanggung pembiaya pengubatannnya tersebut. Setiap hari, Kusnadi hanya boleh duduk di rumah sambil menahan rasa sakit yang dideritanya. Bahkan akibat rasa sakit penyakitnya itu, Kusnadi sering jatuh pengsan.

    "Ya kalau benjolan daging ini diangkat, mungkin beratnya bolehmencapai enam kilogram," kata Kusnadi kepada reporter Harian SURYA (Kompas Gramedia Group), di rumahnya.

    Kusnadi semula menyangka itu hanya benjolan biasa, kerana awalnya hanya sebesar guli. "Saya baru tahu dari doktor, ternyata benjolan ini tumor," kata buruh serabutan ini.

    Kusnadi mengaku selalu tersiksa kerana setiap hari beban di kepalanya terasa semakin berat. "Doktor memang menyarankan segera dioperasi, kerana kalau tidak dioperasi akan semakin besar," jelas Kusnadi.

    Namun, Kusnadi selalu terbantut kerana soal biaya. Beruntunglah, mulai tahun  ini, Kusnadi mendapatkan bantuan biaya operasi dari Pemerintah Kabupaten Situbondo.

    3 Tahun beratnya 60 kilogram

    Posted: 23 Mar 2011 11:00 PM PDT

    Beijing - Lu Hao, 3 tahun asal Guangdong, Cina bertubuh super subur. Beratnya lima kali ganda dari anak seusianya. Dia memiliki berat badan 60 kilogram. Padahal saat lahir Hao memiliki berat badan normal, yakni 2,6 kilogram.
    Berat badan Hao naik pesat sejak dia berumur 3 bulan. "Apalagi sekarang, nafsu makannya amat tinggi, dia oleh makan tiga mangkok nasi berukuran jumbo, lebih besar dari saya dan ibunya," kata ayah Hao, Lu Yuncheng seperti dikutip dari Daily Mail, Rabu (23/3).
    Sejak Hao berusia 1 tahun sebenarnya orang tua Hao sudah mengawasi pola makannya. "Tapi bila kemahuannya untuk makan tidak diturutin dia akan menangis terus," kata ibu Hao, Chen Yuan.
    Kini saking beratnya, Yuan tak bisa lagi menggendong Hao. "Padahal di keluarga kami tidak ada yang tubuhnya raksasa seperti Hao," kata Yuan. Dengan tubuh berat, akibatnya Hao malas sekali jalan kaki. Ketika sekolah, Yuan terpaksa mengantarnya dengan motor.


    Keluarga Hao bukan tak ingin dia memiliki tubuh ideal. Hao kerap diminta banyak bergerak dan berolahraga. Salah satunya, keluarga ini memasang ring basket di halaman rumah. Hao juga sering diajak berenang di suangat dekat rumahnya.
    Setiap kali selesai olahraga, Hao malah tambah lapar. Dia pun makin nafsu makan, akibatnya bukannya turun malah bobotnya naik. Terus terang, kata Yuncheng, dia khuatir akan kesihatan anaknya. "Kami pernah membawanya ke tiga hospital," kata Yuncheng.
    Menurut Yuncheng, seorang doktor mengatakan Hao punya tumor di kepalanya, tapi dua doktor lainnya mengatakan tidak. Kata doktor, tak ada yang salah dengan Hao, hormonnya juga normal, jadi mengapa Hao boleh sebesar ini untuk anak seusianya belum ada jawaban yang memuaskan

    Wow..CEO termuda di dunia

    Posted: 23 Mar 2011 10:00 PM PDT

    VIVAnews – Di saat remaja seumurannya menghabiskan waktu bermain Facebook atau bergosip tentang remaja lelaki Sindhuja Rajamaran yang berumur 14 tahun pula berkarier sebagai CEO termuda dan animator 2D (dua dimensi). Aktivitinya ini membuatnya mendapatkan gelar Guinness World Record sebagai CEO termuda di dunia.

    Sindhuja terlahir dari keluarga mencintai dunia kartun. Ayahnya seorang pembuat karikatur yang pertama kali mengenalkan Sindhuja karikatur digital. Sedangkan, adiknya adalah penulis haiku (puisi pendek) termuda di India.

    Kini Sindhuja menjalankan perusahaan animasi bernama Seppan. Dari membuat filem animasi pendek dengan mengangkat isu global warming dan TBC sampai membuat design kad ucapan untuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Sindhuja yakin telah mencapai banyak hal. Di usia belia, ia telah menguasai banyak software komputer, seperti Flash, Photoshop,Corel Painter, After Effects dan Maya.

    Ketika ini, gadis ini mengepalai perusahaan yang karyawannya berusia 18 sampai 25 tahun untuk membuat iklan digital animasi.

    Semua kelebihan pada gadis ini di dapat dari sang Ayah, Tamil Nadu. Ayahnya yang seorang duta dari CorelDRAW, software pengolah gambar, didatangi oleh the Indian Territory Manager of Corel. Saat itu, Dia mengetahui bahwa Sindhuja dapat menggambar dengan Corel sejak 11 tahun.

    "Saya diundang pada beberapa acara produk Corel dan merasa sangat bangga sebagai pembuat karikatur digital dan kartun termuda," ujar gadis ini, seperti dikutip oleh laman Times of India.

    Saat ini, Sindhuja sangat berkeinginan memiliki rumah produksi sendiri dan membuat filem-filem berkualiti yang diakui secara global. Dia membuat dirinya sebagai pencipta lapangan pekerja bagi para ahli dan pemula.