Adsense

Rabu, 16 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Suria FM Jawap Isu Tuduhan Penipu & Peniru

Posted: 16 May 2012 05:53 PM PDT

Pada hari Jumaat lepas, dalam sibuk-sibuk tu, Budiey sempat juga menghadirkan diri di Majlis Kesyukuran dan Sidang Media Pencapaian Terbaru Suria FM yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala.

Selain penyampai Suria FM, majlis ini tentunya dihadiri oleh orang besar Suria FM iaitu Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio, C.K. Tan, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM Yusry Abu Samah dan Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar. Tak ketinggalan, pasangan pendakwah bebas Wan Akashah dan isteri Datuk Siti Nurbahiyah, anak-anak yatim, artis-artis seperti Abby Abadi dan Hafiz Hamidun dan wakil media.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Selain dapat makan-makan dan bermesra dengan penyampai, majlis ini juga diharmonikan dengan bacaan doa selamat, tahlil dan tazkirah bersama Ustaz Wan Akashah dan Dato' Ustazah Siti Nurbahiyah.

Dihoskan oleh HO & LO…. Halim Othman dan Linda Onn

Majlis Kesyukuran Suria FM

Walaupun macam-macam yang diperkatakan tentang Suria FM sekarang, tak kira positif atau negatif, yang penting sekarang Suria FM sudah makin meningkat naik dari segi jumlah pendengar. Kalaulah Suria FM ni maintain macam ni, tak hairan suatu hari nanti radio ini akan menjadi nombor satu di Malaysia.

Itulah cabaran namanya, untuk jadi radio nombor satu ni bukan perkara yang senang. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan didepani. Seperti baru-baru ini, Budiey mendapat satu emel yang dihantar oleh pendengar Suria FM yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan beberapa perkara dan kini telah diselesaikan dengan baik dengan jawapan yang rasional dari Suria FM. Biar pun dicop sebagai 'penipu' dan 'peniru', radio Suria FM tetap gah di mata dan telinga pendengar setia mereka.

Dalam emel yang Budiey terima itu mendakwa Suria FM cuba mengelirukan pendengar dengan prosedur peraduan yang dianggapnya tidak berasas. Dakwaan ini dibuat mungkin beliau tidak membaca terma dan syarat peraduan itu terlebih dahulu.

Peraduan yang berlangsung pada Mac lalu ini juga dikatakan tidak menawarkan hadiah wang tunai RM250,000 seperti yang dinyatakan di mana sebaliknya pemenang utama hanya menerima RM32,400.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Encik Yusry Abu Samah, isu yang dibangkitkan ini tidak mencalar imej Suria FM dan menganggap perkara tersebut hanyalah salah faham dari individu tersebut saja.

"Perkara ini dah selesai. Ia hanya salah faham di mana dia tidak membaca terma dan syarat peraduan ini dengan betul. Ini hanya satu cara untuk dia meluahkan perasaan kecewa dan bagi saya, setiap pertandingan pasti akan ada perasaan ketidakpuasan hati. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menjejaskan serta tidak sedikitpun mencalar imej Suria FM. Malah, pendengar kami semakin bertambah dan rata-rata yang masuk pertandingan ini mengucapkan terima kasih dan bertanya bila lagi kami nak buat pertandingan sebegini."

Menjawap tentang tuduhan sebagai 'peniru' apabila mengadakan segmen 'Panggilan Aduyai' di mana ia seolah-olah meniru 'Panggilan Hangit' yang dicetuskan oleh Hot FM, Encik Yusry memberitahu,

"Perkara ini memang akan ada di mana-mana stesen radio. Ia hanya satu trend produk itu sendiri. Bagi saya sama juga macam telefon bimbit, di mana sebagai contoh jika jenama Samsung ada 'touch screen', jenama lain juga akan buat perkara yang sama."

Walaupun isu-isu ini menjadi tanda soal media, namun soalan utama yang pasti ditanyakan oleh media pada hari tu ialah, apakah rahsia atau pun faktor utama kenaikan jumlah pendengar dan kejayaan Suria FM?

Jawapan diberikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM Yusry Abu Samah ialah sudah tentu pada konsep Ceriakan Duniamu yang diperkenalkan tak lama dulu memberi impak yang besar & juga pemilihan lagu yang terbaik menjadikan pendengar begitu setia dengan Suria FM.

Suria FM percaya tema keceriaan dan lagu-lagu terbaik merupakan resipi dan juga tips kejayaan stesen radio itu meningkat secara mendadak kepada 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu bagi tempoh pengukuran pendengar radio Nielson, liputan pertama 2012.

Satu pencapaian yang luar biasa, Budiey kira.

Pastinya, kejayaan ini tak tercapai kalau tiada kempen atau promosi yang kuat. Di mana promosi, siri jelajah, peraduan secara on air dan on ground yang menawarkan hadiah lumayan menjadi tarikan utama pendengar. Selain dari itu, Suria FM bertuah kerana ada penyampai yang ceria-ceria semuanya dengan memutarkan lagu-lagu yang segar dan malar segar untuk memenuhi selera pendengar. Jelas di sini, Suria FM begitu menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

Peningkatan sebanyak 25% ini membuktikan bahawa pengisian Suria FM telah menceriakan ramai pendengar.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Yusry Abu Samah sedang menyampaikan ucapan

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata formula berkenaan terbukti berkesan dalam menarik lebih ramai pendengar bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

"Konsep ceria dan putaran lagu-lagu era 90-an dan terbaik yang kami perkenalkan terbukti berjaya menarik perhatian lebih ramai pendengar untuk mengikuti Suria FM sejak dua tahun lalu. Selain itu, kekerapan kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti siri jelajah, konsert dan pertandingan dari masa ke semasa ternyata mendekatkan lagi kami dengan pendengar,"

Yusry ditemui pada majlis kesyukuran dan sidang media pencapaian terbaru radio tersebut yang berlangsung di Restoran Puteri, Kampung Sungai Penchala di sini, Jumaat.

Pada liputan pertama 2012 untuk kaji selidik bermula 19 Mac 2012 hingga 15 April 2012, Suria FM turut mengungguli kedudukan bagi kategori jumlah masa mendengar (TSL) di kalangan radio swasta bahasa Malaysia dengan peningkatan sebanyak 17 peratus.

Ini bermakna, pendengar Suria FM akhir-akhir ini lebih lama meluangkan masa untuk mendengar Suria FM berbanding radio swasta berbahasa Melayu yang lain.

Sudah dua tahun berturut-turut, Suria FM telah menjadi stesen radio swasta berbahasa Melayu yang mendapat peratusan kenaikan jumlah pendengar nombor satu tertinggi dari tahun ke tahun dengan peratusan sebanyak 44%.

Stesen radio itu juga mencatatkan peningkatan jumlah pendengar tertinggi sebanyak 44 peratus berbanding stesen-stesen radio swasta yang lain.

Yusry berkata, pihaknya kini mensasarkan untuk mengukuhkan lagi pengisian dan persembahan mereka bagi melonjakkan kedudukan Suria FM ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami masih baru, lebih kurang lima tahun tetapi kami berbangga dengan pencapaian yang memberangsangkan ini. Dalam tempoh setahun jagung ini, Suria FM terus meningkat kerana sokongan pendengar. Kini kami berdepan cabaran yang lebih besar untuk melonjakkan Suria FM ke kedudukan yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya selaras dengan stesen swasta bahasa Malaysia lain yang sudah berpengalaman berbelas-belas tahun berbanding kami,"

Segmen Ceria Pagi di Suria yang dihos oleh Halim Othman, Nabil Ahmad dan Kenchana Devi turut meningkat sebanyak 25 peratus iaitu 1.3 juta pendengar berbanding 1 juta pendengar pada tahun lalu.

Lebih membanggakan apabila segmen Ceria Petang di Suria kendalian Linda Onn mengungguli slot petang di kalangan stesen radio swasta dengan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu 1.5 juta pendengar.

Dari segi masa mendengar, Suria FM juga berada di nombor 1 dari segi peratusan jumlah pendengar segmen 11malam hingga 2 pagi dalam kalangan radio swasta berbahasa Melayu dengan peningkatan 39% iaitu sebanyak 924,000 orang. Ia merangkumi segmen Menu Ceria Suria, Santai Pejabat di Suria, Ceria Petang di Suria, Citra Muzik di Suria dan Suria Cinta.

Menerusi segmen Citra Muzik di Suria bersama Tyzo yang bermula jam 8malam hingga 11 malam, ia telah mencatatkan peratusan peningkatan tertinggi jumlah pendengar dalam kalangan stesen radio swasta berbahasa Melayu dengan jumlah pendengar terkini berjumlah 1,1511 juta orang. Ia telah meningkat sebanyak 16% untuk kaji selidik Nielson pertama tahun ini.

Turut menyerikan majlis adalah Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio, C.K. Tan,

Majlis yang diiringi solat Maghrib berjemaah, doa selamat, tahlil dan tazkirah bersama pasangan penceramah itu turut meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sungai Penchala.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Suria KLCC Invites All To Earth Hour 2012 Celebration
  • Movie Carnival 2008
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Alyah Nafi Fitnah Jual Tubuh, Ditaja Sugar Daddy & Ada Hubungan Sulit
  • Gambar Mimi & One Nation Emcees di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR
  • Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok
  • DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?
  • Aaron Aziz Bakal Guna Pengawal Keselamatan Di Rumah

    Posted: 16 May 2012 05:01 PM PDT

    Pada hari Isnin, 14 Mei yang lepas, satu majlis penyampaian hadiah set rantai mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 kepada pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz telah diadakan di Butik Rafflesia, Hotel Park Royal. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Rafflesia, Winnie Sin dan turut dihadiri oleh isteri Aaron, Diyana Halik dan juga para media.

    Tahniah buat Aaron Aziz & isteri. Kena simpan elok-elok rantai ni. Mahal tu, kan?

    Aaron Aziz

    Budiey rasa, setelah Aaron Aziz memang dalam ABP, semakin murah rezeki beliau. Di mana pada hari ini juga (17 Mei 2012), Aaron Aziz juga akan dilantik sebagai duta produk makanan berjenama YOURGUT. Tahniah buat Aaron sekali lagi.

    Ini ditambah lagi apabila Aaron Aziz ditawarkan menjadi hos program realiti terkenal Fear Factor Asia tak lama lagi. Syabas, bro.

    Selain itu, tak lama lagi juga Aaron Aziz akan terbang ke Vietnam dan Korea Selatan dengan peminat bersempena kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH). Best betul jadi Aaron Aziz nih.

    Aaron telah menghadiahkan kalung mutiara bernilai suku juta ringgit tersebut kepada Diyana sebagai tanda menghargai usaha serta titik peluh isteri tercintanya itu yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada karier Aaron.Diharapkan kejayaan Aaron Aziz ini dijadikan satu persaingan sihat oleh selebriti lain khususnya artis kelahiran bumi Malaysia sendiri. Tak perlu nak dengki atau cemburu buta melulu. Eh, cemburu buta? Hehe…

    "Aaron ingin mengucapkan terima kasih kepada Rafflesia di atas pemberian ini. Pada mulanya kami tidak tahu berapa nilai hadiah yang bakal diterima dan bila dapat tahu nilainya, kami suami isteri rasa bersyukur dan terharu sangat. Aaron memang susah untuk percaya sebab Diana pun tak beli barang kemas semahal ini, apatah lagi nilainya sama dengan beli rumah dan juga kereta. Apapun, saya anggap ini rezeki untuk tahun ini. Ia sesuatu yang istimewa, bernilai dan berharga sangat. Ini juga hadiah buat Diyana kerana kejayaan saya pun melibatkan titik peluh dia juga. Semestinya, kami tidak akan menjualnya dan akan simpan sampai turun temurun."

    Diyana yang turut berada di sisi Aaron turut meluahkan rasa gembiranya di atas pemberian suaminya itu.

    "Syukur, alhamdulillah. Saya memang tak sangka dia menang. Saya juga tak sangka dengan kemenangannya itu ada bahagian untuk saya. Alhamdulillah."

    Ditanya mengenai langkah keselamatan yang akan diambil beliau memandangkan sejak kebelakangan ini banyak insiden yang tidak diingini berlaku seperti rompakan, samun dan sebagainya, Aaron menjawab, "Sudah pasti rantai ini tak akan berada di rumah di mana saya akan meletakkannya di tempat yang selamat.

    "Sebelum ini saya sudahpun memasang sistem keselamatan di rumah untuk melindungi diri dan keluarga. Jadi, semestinya kali ini saya akan tingkatkan lagi sistem keselamatan kami. Mungkin bila keadaan memerlukan, seperti hendak simpan rantai ini, saya akan gunakan khidmat pengawal keselamatan. Apapun, saya serahkan semuanya kepada Allah dan berharap kami dilindungi dari perkara yang tidak diingini." – via Gua Malaysia

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Aaron Aziz Membintangi Filem Supertots Supersquad The Movie
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Aaron Aziz Menggayakan Pakaian Karpet Merah di ABPBH
  • Gambar Aaron Aziz di Sidang Media ABP
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Gambar Aaron Aziz di Lords Tailor ABPBH di Kuching
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Thomas Sabo Glam & Soul

    Posted: 16 May 2012 08:58 PM PDT

    Thomas Sabo baru-baru ini telah menghasilkan satu keluaran terbaru bergelar Glam & Soul. Untuk himpunan musim ini Thomas Sabo menampilkan variasi rekaan yang lebih glamor dan juga sedikit element muzik diterapkan dalam rekaannya. Sebanyak 44 rekaan loket,lima gelang, rantai dan cincin direka dalam rangkaian Special Edition dengan kunci rekaan gewang.

    Bentuk unik seperti tengkorak, Fauna dan gading pula dihimpunkan bersama dalam rangkaian Rebel At Heart. Aksesori rona perak simbahan rona terang dirangkaian Seasonal, manakala rangkaian Classic diadaptasi dari gaya glamor era 20-an,40-an dan era yang leih moden.

    Antara rekaan gelang tangan Thomas Sabo edisi Glam & Soul

    Rekaan Rantai leher Glam & Soul

    Foto Wajah Aishwarya Rai, Dulu & Sekarang

    Posted: 16 May 2012 08:47 PM PDT

    OHBULAN! sendiri terkejut dengan foto terbaru milik selebriti popular dari India ini. Kalau dulu, dia sememangnya seorang yang sangat cantik sehinggakan namanya sudah begitu sinonim dengan cerita harian kami di OHBULAN! HQ.

    Kini, OHBULAN! rasa, Aishwarya Rai sudah boleh dimasukkan didalam senarai selebriti 'gagal' kerana gambar terbaru Aishwarya sangatlah menyedihkan berbanding dengan apa yang kita pernah lihat sebelum ini.

    Model dan juga aktress ini pernah dimahkotakan Ratu Dunia pada tahun 1994 dan telah berkahwin bersama Abhishek Bachchan, anak kepada Amitabh Bachchan dan mereka berdua telah dikurniakan anak pertama pada bulan November 2011.

    Dalam kenyataan Aishwarya Rai kepada media, dia menegaskan bahawa dia mahu menikmati perasaan menjadi ibu tanpa perlu memikirkan masalah berat badan. Namun begitu, media lain telah menulis bahawa Aishwarya telah menghampakan para peminatnya kerana tidak menjaga berat badannya. Ya, kami pun hampa.

    Sumber : Dailymail

    Zon Artis

    Zon Artis


    Isu Adik, Alyah Luahkan Rasa Hati

    Posted: 16 May 2012 10:14 PM PDT

    Mungkin sudah ramai yang tahu mengenai isu yang melibatkan adik kepada penyanyi, Alyah kerana ianya tersebar secara meluas di laman-laman sosial malah turut dilaporkan dalam Buletin Utama TV3. Tapi tidak mustahil masih juga ada yang belum tahu mengenainya.

    LUAHAN HATI ALYAH

    Bagi yang sudah tahu, anda memang mengikuti perkembangan semasa. Bagi yang belum tahu tu pula, takpe dan biar kami highlight'kan sedikit dimana adik lelaki Alyah iaitu Mohd Faizal Abu Hassan telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada minggu lalu atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang ahli perniagaan warga Singapura.

    Disebabkan itu, ramai pihak terutamanya wartawan hiburan ingin mendapatkan reaksi Alyah berhubung perkara tersebut, tetapi Alyah gagal dihubungi sehinggalah Alyah akhirnya tampil meluahkan perasaannya melalui Facebook berhubung perkara yang melibatkan adiknya itu pada malam kelmarin, 16 Mei 2012. Berikut merupakan luahan hati Alyah itu:-

    FACEBOOK ALYAH

    FACEBOOK ALYAH

    TWITTER ALYAH

    TWITTER ALYAH

    Psstt: Apa yang bagus sangat dengan nombor 3 ni?

    Related Posts with Thumbnails

    “Tuntutan Aidil Kelakar & Macam Budak-Budak” – Rita Rudaini

    Posted: 16 May 2012 09:03 PM PDT

    RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN BERCERAI

    Sedikit sambungan daripada post Aidil Zafuan Batal Hasrat Ceraikan Rita Rudaini~ Selain telah membatalkan hasrat untuk bercerai dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan turut menuntut Rita Rudaini untuk kembali taat kepadanya. Disebabkan tuntutan yang dibuat oleh Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini menyifatkannya sebagai kelakar dan macam "budak-budak" malah menganggapnya tidak masuk akal kerana Rita Rudaini mengakui yang selama ini dia tidak pernah melanggar perintah Aidil sebagai seorang suami ataupun membelakangkannya.

    "Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

    "Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,"

    Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Aidil menarik balik permohonan untuk bercerai dengan Rita Rudaini atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

    Aidil juga dalam tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) itu mahu Rita Rudaini dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya.

    KES CERAI RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

    Aidil yang rasanya semua orang tahu merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memberitahu bahawa rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita Rudaini perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.

    Jika Rita Rudaini gagal mematuhi permintaan Aidil itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita dalam kenyataan balas pula memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.

    "Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

    "Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?"

    Zon Artis: Bukan nak jadi penasihat rumah tangga kerana kami tiada kepakaran itu. Tapi dalam hal ini, kami rasa Rita Rudaini perlu mengalah dan mengikut tuntutan yang dibuat oleh Aidil itu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dan dengan berpindah, duit sewa rumah RM3,000 sebulan tu dapat disimpan untuk masa depan anak-anak.

    Related Posts with Thumbnails

    borak kosong

    borak kosong


    Cara Menghilangkan Perasaan Sayang Pada Mantan Kekasih

    Posted: 16 May 2012 09:30 PM PDT

    Sulit hilangnya perasaan cinta adalah masalah klasik setelah putus hubungan. Jangan lama-lama tenggelam dalam kesedihan, ikuti 6 tips ini untuk bangkit dari pahitnya putus cinta.
    Berhari-hari menangis atau mengurung diri di bilik sering jadi cara para wanita untuk melampiaskan kesedihan setelah putus cinta. Well, tak ada yang salah dengan itu, hanya saja jangan lupa kalau perjalanan hidup Anda belum berakhir di sini saja. Tentukan berapa lama masa 'berduka', setelah itu bangkit dan mulai lagi petualangan cinta Anda.


    Berikut beberapa langkah-langkah untuk memulai lembaran baru seperti dikutip dari ehow. Memang tidak selalu mudah untuk dilakukan, tapi jangan pernah menyerah.

    1. Selalu dekat dengan sahabat.
    Pada masa-masa 'kritis' usahakan jangan banyak menghabiskan waktu sendirian. Walau hanya duduk-duduk dan berborakl, kehadiran teman boleh membantu mengisi kekosongan hati Anda. Manfaatkan juga teknologi jika anda atau teman sedang sibuk. Chating, telepon, atau berkomunikasi via internet juga boleh membantu untuk mengisi waktu luang sekaligus mencurahkan perasaan Anda.

    2. Menenangkan diri sambil membaca buku.
    Cuba ingat-ingat kembali buku apa yang belum sempat Anda baca kerana kesibukan. Buku yang menarik akan membuat imajinasi dan boleh membuat anda asyik sendiri. Semakin banyak Anda menghabiskan waktu dengan buku favourite, tanpa sedar semakin sedikit waktu yang digunakan untuk memikirkan si mantan.

    3. Jangan mudah tergoda lelaki.
    Dalam masa-masa galau, sering sekali Anda mudah jatuh hati pada lelaki. Pada masa ini memang Anda seringkali memerlukankan sosok lelaki untuk mengisi kekosongan hati dan memberi perhatian. Jangan terjebak hanya dalam cinta sesaat. Fikirkan baik-baik dan selalu fokus pada hal lain dalam hidup Anda seperti pekerjaan, keluarga, atau pendidikan. Jika Anda sudah merasa cukup tenang dan boleh berpikir jernih, barulah pelan-pelan Anda boleh mulai mencari pengganti si mantan.

    4. Kalau memang sulit sekali untuk melupakannya, hapuslah dia dari hidup Anda.
    Hapuslah segala yang berhubungan dengan dia baik dari bentuk memori mahupun fisik. Hapus nombor telepon, email, facebook, twitter, dan semua yang boleh mengingatkan Anda kembali padanya. Apapun alasannya, JANGAN mengirimkan pesan apapun baik melalui email, sms, mahupun internet kepadanya pada saat Anda belum tenang. Tentu ini akan sulit sekali, tapi percayalah, Anda boleh melelauinya.

    5. Olahraga/senaman.
    Mungkin saran ini terdengar klise, tapi ada alasan pasti mengapa Anda olahraga boleh membantu melupakan si dia. Olahraga bukan hanya baik untuk kesehatan tubuh tapi juga baik untuk kesehatan mental. Olahraga boleh membantu meningkatkan mood dan membuat Anda menjadi lebih segar. Dengan tubuh yang sehat dan segar, secara automatik akan meningkatkan kepercayaandiri dan membuat Anda lebih positif dalam menjalani hidup.

    6. Curah hati dalam bentuk tulisan.
    Curahkan segala isi hati Anda dalam bentuk tulisan. Banyak ahli percaya, metode ini boleh membantu membuat Anda lebih rileks. Curhat dalam bentuk tulisan juga bisa mencegah Anda terjebak dalam fikiran sendiri yang boleh berakibat negatif. Sambil menulis, tanpa sedar Anda juga boleh menyedari kalau sesungguhnya dia memang bukan yang terbaik. Pastikan, tulisan Anda bersifat peribadi dan tidak bolehdibaca banyak orang. Untuk menguatkan suasana, pasang muzik-muzik yang boleh membantu meningkatkan mood Anda.

    Sumber : http://www.tempatshare.com/

    Lihat Bagaimana Cara Fiat Mempermalukan Volkswagen Dalam Google Maps

    Posted: 16 May 2012 09:15 PM PDT

    Selama ini kita berfikir bahawa persaingan promosi antara dua brand raksasa selalu menghabiskan banyak dana dan tenaga. Tapi pengeluar kereta Fiat membuktikan bahawa hal itu tidak benar. Lihat bagaimana cara pengeluar Fiat mempermalukan pengeluar kereta saingan mereka, Volkswagen, dengan memanfaatkan salah fitur percuma dari Google, Google Maps.



    Apa yang dilakukan oleh pihak Fiat adalah sebuah hal yang sangat sederhana, iaitu memarking salah satu keretal produksi mereka TEPAT di depan pintu masuk bangunan Volkswagen di Swedia. Dan mereka melakukannya TEPAT pada saat kereta Google Street milik Google sedang meronda di depan bangunan Volkswagen. Cara ini cukup mudah dan bahkan boleh diatakan percuma jika bangunan Volskwagen di Södertälje tak memberlakukan tiket parking.

    Sekarang, jika kita lihat ketentuan dari Google, mahu tak mahu Volkswagen harus rela menunggu selama setahun penuh, atau bahkan lebih, agar pintu masuk mereka bersih dari 'pameran' kereta milik 'musuh' . 
    Baik Fiat mahupun Volkswagen tidak mengeluarkan komen mereka mengenai hal ini. Tapi sepertinya tak sulit untuk membayangkan apa yang saat ini terjadi di belakang layar.

    Seluar Dalam Reporter Cantik Bloomberg Terlihat Saat Shooting

    Posted: 16 May 2012 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Gara-gara mikrofon tak berfungsi, reporter Bloomberg News Sara Eisen tak tahu jika kamera bergerak cepat ke arahnya ketika ia sedang mengangkat skirtnya. Demikian dilapor Daily Mail, Rabu (16/5/2012).
    Akibat insiden itu, seluar dalamnya yang berwarna hitam pun terlihat. Seharusnya, jika mikrofon berfungsi dengan benar, Eisen akan mendengarkan instruksi dari kameramen untuk segera siap siaga.
    Kerana kamera bergerak dengan cepat, Eisen tak sempat lagi membetulkan skirtnya dan berhasil ditangkap kamera. Ini tentu saja menjadi pemandangan baru di lantai bursa yang mengikuti perkembangan saham melalui siaran Bloomberg News.
    Namun, Eisen terus melanjutkan membacakan berita dengan tersenyum dan langsung membahas soal perdebatan sistem perbankan di Sepanyol.
    Dalam profilnya di Bloomberg, Eisen disebutkan memiliki spesialisasi berita di pertukaran mata wang, pasar pendapatan tetap, dan krisis hutang Eropah. Jika tak ada di belakang meja, Eisen yang juga lulusan Medill School of Journalism melakukan perjalanan ke Jepun meliput krisis nuklir Fukushima, sebuah konferensi ekonomi di Siena, Itali, serta beberapa pertemuan global G20 dan IMF. 

    Gara-gara Video Porno, Seorang Lelaki Ditikam di Perpustakaan

    Posted: 16 May 2012 08:45 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki dilaporkan menikam lelaki lain di sebuah perpustakaan di New York City, New York, Amerika Syarikat(AS) kerana melihat video porno. Demikian diberitakan Fox News, Rabu (16/5/2012).
    Si penyerang berusia 56 tahun itu bersama dengan isterinya di tingkat dua perpustakaan rooklyn Heights Branch of the Brooklyn Public Library ketika ia melihat adegan porno di sebuah komputer yang dioperasikan seorang lelaki berusia 52 tahun, Selasa malam.
    "Ia bersama isterinya dan ia menuduh lelaki lain menonton video porno," demikian kata seorang polis di polis setempat.
    "Lelaki yang menonton video porno mengambil kerusi dan melempari si penyerang. Lelaki yang dilempari kerusi mengatakan saya mempunyai pisau dan kemudian menikamnya di bahagian dada," katanya, lagi.
    Si korban, yang masih sedar setelah ditikam, kemudian dibawa ke RS  Bellevue Hospital .

    Penagih suntik virus HIV kepada anak kekasih gelap isterinya

    Posted: 16 May 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang penagih dadah dihukum 12 tahun penjara kerana menyuntikan virus HIV, kepada seorang gadis di wilayah  Guangxi Zhuang, China Selatan.
    Seperti dikutip dari the Jakartapost, Rabu (16/5/2012), Xie Long, melakukan aksinya dilatarbelakangi amarah kepada ayah dari gadis itu yang ia duga memiliki hubungan gelap dengan isterinya.
    Xie, diketahui telah beberapa kali mengancam akan membunuh ayah dari gadis itu yang bernama Luo, melalui  telefon.
    Hingga suatu waktu, ketika mengetahui putrinya pergi ke sekolah bersama dengan putri Luo, Xie, meminta seorang temannya sesama penagih yang telah disahkan mengidap Aids, Chen untuk memberikan sampel darahnya.
    Kemudian, ia menyambangi sekolah puterinya, dan menemui puteri Luo, di kelasnya. Ia meminta gadis itu keluar kelas, dan menyuntikan sampel darah ber-HIV ke lengannya.
    Gadis itu kemudian dikonfirmasi oleh pusat penyakit lokal telah terinfeksi HIV. Xie kemudian ditangkap dan disangkakan rencana pembunuhan. (thejakartapost)

    Presiden Taiwan Didenda Kerana Kempen di Facebook

    Posted: 16 May 2012 08:15 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou didenda oleh otoritas pengawas Piliharaya Umum lantaran berkempen melalui media sosial facebook, pada hari pemungutan suara.
    Menurut Komisi Pemilu Taiwan, Ying-jeou didenda 17 ribu dollar Amerika lantaran memposting rayuan kepada masyarakat Taiwan memilih dirinya pada Pemilu dalam akaun facebook. Seperti dikutip dari Channelnewsasia, Rabu (16/5/2012).
    Ia diduga telah melanggar UU Pemilu Taiwan, yang melarang segala bentuk kempen pada hari pemungutan suara.
    Terpilih pada 2008, Ma kembali terpilih menjadi Presiden pada 14 Januari. Ia akan mengakhiri masa jawatanya selama empat tahun pada hari Minggu mendatang.
    Namun, menjelang akhir jawatannya, Pemerintah Taiwan menuai kecaman atas sejumlah peraturan kontroversi, sehingga membuat popularitinya menurun hingga 19,5 peratus.

    Ditangkap kerana bantu kawan tembak kaki

    Posted: 16 May 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki ditangkap oleh polis lantaran menyetujui permintaan temannya, iaitu menembak kakinya dengan senjata api.

    Polis Potsdam, New York, Amerika Syarikat (AS), dalam siaran persnya mengatakan, Shawn Mossow, (25), warga Norfolk, diduga menembak kawannya, yang masih berusia 24 tahun, menggunakan senjata laras panjang berkaliber, .22, di hari Minggu (13/5/2012).

    Hal itu lantaran, kawannya tersebut, ingin tahu bagaimana rasanya, ditembus oleh peluru, sehingga ia meminta tolong kepada Shawn menembak kakinya, menggunakan senjata api.
    Korban kemudian dilarikan ke rumah sakit, dengan luka tembak ringan. Ia diperkirakan akan segera pulih sepenuhnya setelah menerima perawatan medis. 

    Atas perbuatannya Shawn didakwa dengan kejahatan tingkat pertama, tindakan sembrono berbahaya. Ia sudah ditahan oleh pihak pois dengan jaminan  10 ribu US Dollar.(UPI)

    Pelajar sekolah rendah belajar memasak

    Posted: 16 May 2012 07:45 PM PDT


    DENVER, Amerika Syarikat - Para pelajar Sekolah Rendah Munroe di sini mempelajari cara menanam sayur-sayuran dan memasak makanan yang berkhasiat.
    Mereka mengikuti kursus program makanan tengah hari di sekolah itu yang bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang obes.
    Para pelajar itu turut diajar cara untuk membasuh sayur-sayuran.
    Bandar ini terletak dalam negeri Colorado.
    Negeri Colorado berada di tempat kedua berdasarkan senarai bilangan kanak-kanak yang obes.
    Dalam kelas itu, para pelajar diajar memotong sayur-sayuran untuk dimasak.
    Sayur-sayuran itu ditanam di taman sekolah itu. - Reuters
    sumber : kosmo online

    Kasih ibu

    Posted: 16 May 2012 07:30 PM PDT


    TENNESSEE: Christian yang kini berusia setahun, dilahirkan tanpa kedua-dua mata disebabkan keadaan lelangit rekah, yang jarang ditemui.
    Tetapi, itu tidak mengurangkan kasih sayang Lacey Buchanan terhadap anaknya dan dia dengan bangga menayang anaknya kepada dunia.

    Dalam satu video inspirasi yang dimuat naik ke YouTube, Lacey mendedahkan kepayahan yang dilalui oleh mereka setiap hari, termasuk keadaan di mana Christian terpaksa berhadapan dengan pembuli.


    Video sepanjang tujuh minit, dibuat untuk menunjukkan betapa Lacey menyayangi anaknya itu, kini menjadi antara video yang paling banyak ditonton, iaitu mencecah lebih satu juta penonton.

    Dengan menggunakan kertas bertulis tangan, dia bercerita bagaimana dia bertemu dengan bapa anaknya itu ketika berusia 15 tahun dan mereka jatuh cinta.


    Dia mengahwini suaminya Chris, ketika dia berusia 21 tahun dan mengandungkan Christian ketika usianya 23 tahun.




    "Kami sangat gembira!!" tulisnya. Ketika usia kandungannya mencecah 18 minggu, mereka membuat ultrasound dan pasangan itu mendapat tahu mereka akan mendapat anak lelaki, dan ini menambahkan lagi kegembiraan mereka.

    Tetapi selepas seminggu mendapat berita baik, pasangan itu menerima panggilan dari doktor mereka memberitahu ada yang tidak kena dengan janin itu.


    Terdapat masalah pada bayi mereka dan ini menyebabkan pasangan itu sedih.

    Ketika kandungan Lacey semakin membesar, doktor semakin tidak pasti apa yang tidak kena dengan bayinya dan berkata dia mempunyai peluang 85 peratus untuk gugur.


    Pasangan yang kuat agama, menolak untuk menggugurkan kandungan dan percaya dia mempunyai matlamat untuk hidup di dunia dan mereka akan menyayanginya tidak kira apa pun.


    Lacey dan Chris ke Pusat Perubatan Vanderbilt di mana Christian dilahirkan pada 18 Februari, 2011. Mereka menyangka mereka mungkin tidak akan dapat membawa Christian pulang.


    Pasangan itu gembira apabila Christian selamat dilahirkan tetapi kegembiraan mereka sekejap saja.


    Keadaan Christian lebih buruk daripada apa yang doktor jangkakan.


    Dia dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah (Tessier cleft lip and palate) dan tidak boleh menutup mulutnya. - Daily Mail



    sumber : myMetro

    Anak kuda cedera parah dibaham anjing

    Posted: 16 May 2012 07:15 PM PDT


    LONDON: Seekor anak kuda yang parah dibaham anjing dan terpaksa ditembak mati mendapat perhatian aktivis pencinta haiwan di Britain, semalam.
    Sekumpulan aktivis pencinta haiwan berkata, mereka bimbang anjing dipercayai kacukan jenis Pitbull dan Boxer itu mungkin menyerang sekali lagi jika tidak ditangkap segera.

    Antara kebimbangan mereka, kata aktivis terbabit, adalah kemungkinan anjing berkenaan menyerang kanak-kanak.


    Justeru, mereka menggesa pemilik anjing berkenaan tampil segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil pihak berkuasa terhadap haiwan berkenaan.

    Jurucakap kumpulan itu berkata, mereka yakin anjing berkenaan ganas.


    "Berdasarkan serangan pada anak kuda itu, kami menemui 19 kesan gigitan pada bangkai haiwan berkenaan," katanya




    Sementara itu, beberapa saksi berkata, anak kuda berkenaan diserang ketika dia berjalan bersama ibunya di kawasan terbuka di Dartmoor, Devon.

    Kata saksi, ibu kuda itu juga cedera dalam serangan berkenaan.


    "Kami menghubungi pihak yang berkenaan sebaik kejadian berlaku, tetapi anak kuda itu gagal diselamatkan kerana kecederaan dialaminya sangat parah," katanya. - TS


    sumber : myMetro

    Budak derita kaki raksasa

    Posted: 16 May 2012 07:00 PM PDT


    KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.
    Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

    Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.


    Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.

    "Badannya kecil, tapi kakinya begitu besar dan sangat berat," katanya.


    Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.




    Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

    Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.


    Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

    Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.


    Menurut Dr Isaac Osire, dia percaya Oketch berdepan masalah jangkitan serius dan kaki itu mungkin terpaksa dipotong jika tidak mendapat rawatan segera.


    Kini mengendalikan pertubuhan kebajikan kanak-kanak, Dr Osire membawa Oketch ke hospital di Kampala untuk dibedah.


    Katanya, imbasan awal menunjukkan Oketch mungkin mengalami masalah sistem limfatik, untut dan keganjilan tisu.


    Pemeriksaan juga mendapati keadaan itu turut menjejaskan tulang Oketch sehingga menyebabkan tulang pinggulnya beralih, manakala buku lalinya terseliuh.


    Namun, pemeriksaan lanjut menunjukkan Oketch mungkin mengalami jangkitan kuman pemakan daging yang sangat berbahaya.


    Dr Osire berkata, doktor mungkin memotong kaki Oketch di paras paha.


    "Ia sangat membimbangkan kerana kami masih mendapat keputusan yang berbeza-beza.


    "Sangat sukar mengetahui apa sebenarnya berlaku dan kami terdesak mahukan bantuan asing," katanya. Sementara itu, seorang doktor Britain yang kini melawat Uganda berharap dalam bertemu Oketch minggu depan bagi melihat sendiri keadaan penyakit budak itu.


    Dr Osire berkata, sebarang bantuan daripada pihak luar sentiasa dialu-alukan.


    "Nampaknya kes ini mungkin terlalu rumit untuk dirawat di dalam negara ini.


    "Saya mahu melakukan apa saja yang terdaya supaya Oketch boleh hidup normal," katanya. Opoya pula berkata, dia berharap ada doktor yang mampu mengubati anaknya.


    Setakat ini, katanya, dia begitu terhutang budi kepada Dr Osire atas segala bantuan diberikannya.


    Pertubuhan disertai Dr Osire membantu kanak-kanak di seluruh Uganda.


    Dalam keadaan tertentu, dia menggunakan sendiri keretanya untuk membawa kanak-kanak yang perlukan rawatan segera ke hospital.


    "Kami masih memerlukan bantuan kewangan untuk membantu kanak-kanak di negara ini," katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Menggigil jumpa mayat

    Posted: 16 May 2012 06:45 PM PDT


    REMBAU: "Menggigil tubuh apabila menemui mayat lelaki berkain pelekat berlumuran darah di tepi jalan berhampiran laluan masuk ke ladang kelapa sawit," kata Lai Tai Sun, 54, yang menemui jasad seorang lelaki dipercayai dibunuh sebelum dicampak di tepi jalan di Jalan Besar Linggi- Lubok China, di sini, kelmarin.
    Difahamkan, Lai menemui mayat lelaki tanpa identiti itu kira-kira jam 4 petang lalu bergegas ke Balai Polis Linggi memaklumkan kejadian itu.

    Menurutnya, dia menunggang motosikal bersendirian untuk keluar dari kebun getahnya apabila menemui mayat itu.


    "Saya sangka objek lain, selepas mendekatinya ternyata tubuh manusia berlumuran darah. Saya bergegas ke balai polis berdekatan memaklumkan penemuan itu. "Keadaan mayat itu mengerikan dengan beberapa kesan luka di dada dan hanya berkain pelekat," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, siasatan mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan penyerangnya berdasarkan luka pada kedua-dua belah tangan. "Mangsa dipercayai warga tempatan berketurunan Melayu berusia 40-an dan ditemui berlumuran darah dengan kesan tiga tikaman di dada serta terdapat kesan jerutan pada leher. "Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan ladang kelapa sawit," katanya.


    Mizan berkata, pihaknya percaya mangsa lelaki warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahu kirinya.



    "Lelaki itu berkulit sawo matang, hanya memakai kain pelikat dan seluar dalam hitam tetapi tiada pengenalan diri. Dia dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam," katanya. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan RK Naga di talian 016-2212497.


    sumber : myMetro

    Tebusan RM5j jadi RM100,000

    Posted: 16 May 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Bermula dengan tuntutan RM5 juta, sekumpulan empat penculik bersenjatakan pistol akhirnya terpaksa berpuas hati dengan bayaran tebusan RM100,000 saja sebelum melepaskan seorang mangsa culik yang ditahan mereka sembilan jam, kelmarin.
    Insiden penculikan membabitkan seorang lelaki berusia 40-an itu bermula apabila mangsa diculik ketika makan di sebuah restoran di Rawang, dekat sini, jam 1 petang kelmarin.
    Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang makan bersama tiga rakannya dihampiri empat lelaki bersenjatakan pistol yang memaksanya masuk ke dalam Proton Gen.2 kumpulan penjenayah itu.

    Menurutnya, mata mangsa ditutup dengan kain dan dia dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum kumpulan penculik itu menghubungi keluarganya dan meminta bayaran wang tebusan RM5 juta.



    "Mangsa memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu dan meminta jumlah berkenaan dikurangkan. Suspek pada mulanya enggan, namun mangsa bertegas, malah mengarahkan suspek menembaknya sehingga mati," katanya.



    sumber : myMetro

    Mangsa petir mimpi mati

    Posted: 16 May 2012 06:15 PM PDT


    YAN: "Kira-kira dua minggu lalu, arwah ayah memberitahu rakannya yang dia bermimpi akan mati dan saya tidak sangka mimpi itu menjadi kenyataan.
    "Lebih menyedihkan kematian ayah begitu tragis," kata Muhammad Faiz, 21, anak sulung kepada Azizan Abu, 50, yang terbunuh akibat disambar petir dalam kejadian di Kampung Setar, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan baru pulang mengerjakan sawah dan mahu mengambil anak bongsunya pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Setar yang terletak berhampiran.


    Mangsa dipercayai disambar petir ketika menunggang motosikal sebelum terjatuh di tepi sawah, kira-kira empat kilometer dari rumahnya. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk melecur di muka, badan, kepala dan kedua-dua betis. Sebelum itu, hujan lebat kira-kira 15 minit disusuli petir melanda kawasan berkenaan.

    Muhammad Faiz berkata, ketika kejadian dia berada di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis.


    "Minggu lalu, saya rasa tidak sedap hati kerana terlalu memikirkan ayah di rumah menyebabkan Sabtu lalu, mengambil keputusan pulang ke kampung menjenguk keadaannya.



    "Ketika itu, saya sudah melihat perubahan pada arwah ayah apabila tidak banyak cakap dan bertukar pendiam.

    "Saya ketika itu tidak mengesyaki sesuatu kerana memikirkan arwah mungkin penat menguruskan sawah selain aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


    Menurutnya, arwah bapanya ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SK Kampung Setar selain aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kawasan Jerai serta amil zakat di daerah itu.

    Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Rozi Zainal, 53, berkata, ketika kejadian, dia ternampak mangsa menunggang motosikal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.


    "Tiba-tiba saya nampak cahaya terang dari langit dan selepas itu tidak lagi melihat mangsa menyebabkan saya terus bergegas pulang memanggil penduduk kampung untuk membantu mencarinya.


    "Bagaimanapun, mangsa ditemui terbaring dihempap motosikalnya yang terbalik di tepi sawah dipercayai sudah meninggal dunia.," katanya.


    Katanya, dia sendiri turut terkena panahan petir apabila mengalami kecederaan di pipi kiri selain badan terasa panas hingga kini.


    "Mangsa dihantar ke Hospital Yan oleh anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya.


    Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setar, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak berusia antara sembilan hingga 21 tahun.


    Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



    sumber : myMetro

    ‘Saya nak Rita’

    Posted: 16 May 2012 06:00 PM PDT


    PETALING JAYA: "Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak," kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
    Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar. 
    Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

    Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.



    "Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara," katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.



    sumber : myMetro

    Pelakon Ady Putra bercerai

    Posted: 16 May 2012 05:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya," kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
    Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. "Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain," katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

    "Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.



    sumber : myMetro

    Skirt bekas Miss Universe ini melorot jatuh ketika cat walk di sebuah pusat membeli belah (video)

    Posted: 16 May 2012 05:30 PM PDT


    Video skirt miss universe Jennifer Hawkins tiba-tiba melorot ketika cat Walkt membuat ramai penonton tergelak. Ratusan mata warga Australia terbeliak kala Jennifer Hawkins, si Miss Universe, melenggang di catwalk dalam sebuah peragaan pakaian di pusat membeli belah Westfield. Ketika berjalan dengan penuh percaya diri layaknya seorang Miss Universe, tiba-tiba skrit dari bahan lace metalik seberat tujuh kilogram yang dikenakannya melorot tak sempat di capainya.Cuba lihat videonya..





    Lagi fesyen terlebih canggih di Jepun

    Posted: 16 May 2012 05:15 PM PDT




    dan ini pulak terlampau canggih..
    betik pun tahu malu......


    Mai kita tengok aksi selamba pemuda ni mencuri di komuter

    Posted: 16 May 2012 05:00 PM PDT




    Hot...Scene Pembuatan Iklan Axe Di Jepun (Khusus Dewasa)

    Posted: 16 May 2012 04:45 PM PDT








    iklan ini betul-betul menpergunakan kecantikkan tubuh wanita
    untuk melariskan barangan mereka....

    Harga yang perlu dibayar oleh remaja ini untuk kelihatan cantik

    Posted: 16 May 2012 04:30 PM PDT

    Kesakitan itulah harga yang perlu dibayar oleh
    remaja ini untuk merubah wajahnya...







    dan lihatlah hasilnya....


    Cat attacks babysitter

    Posted: 16 May 2012 04:15 PM PDT



    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Percayakah Anda, Dinding Rumah Ini Terbuat dari gabus penutup wine

    Posted: 16 May 2012 04:00 PM PDT

    Miroslav Svoboda rumah, di Mutenice, Republik Chez, telah menjadi tarikan pelancung setelah ia dihiasi dengan 180.000 gabus penutup botol anggur.

    Idea untuk menggunakan gabus anggur untuk membuat rumahnya lebih menarik datang kepada Svoboda dua tahun lalu, ada ruang lingkaran kosong di salah satu dinding, dan ia memutuskan untuk mengisinya dengan gambar, tetapi ketika dia melihat teman-temannya yang cantik terkesan ia memutuskan untuk mengisi ruang dengan gabus anggur. Kota kecil Mutenice terletak di wilayah anggur Moravia Selatan Republik Chez, sehingga gabus anggur cukup mudah untuk didapati. Miroslav Svoboda berkata gabus itu dikumpul sendiri, dan jugan dari teman dan tetangga.






    Artis ini cipta perfume dari air kencingnya sendiri

    Posted: 16 May 2012 11:00 AM PDT

     Los Angeles-Aroma parfume ketika ini tidak lagi dibuat dari wewangian tumbuh-tumbuhan dan aromaterapi. Trend wangian kali ini telah berubah menjadi parfume unik, seperti parfume beraroma darah. Lalu, jika ini kurang ekstrim bagi Anda, artis Cherry Tree mengeluarkan produk baru parfume yang terbuat dari urinenya sendiri.

    Wanita cantik itu menciptakan parfume unik tersebut untuk memberikan sesuatu yang baru bagi penggemarnya. Ia hanya mencuba untuk mengguna pakai segala sesuatu di sekitarnya.

    Projek parfumenya itu sebenarnya telah dimulai pada 2006 lalu. Ia terpesona oleh perubahan bau pada air urine miliknya, tergantung pada apa yang dia makan. Kemudian, dia memutuskan untuk mengumpulkan air kencingnya di botol parfume.

    Ia merasa ideanya untuk menjual parfume urine itu sukses. Ia menyatakan akan terus terus berusaha untuk mencipatakan parfume urinenya yang lebih baik.(sumber)

    Inilah Perusahaan Yang Bertugas Membuat Penonton Kelihatan Ramai

    Posted: 16 May 2012 10:30 AM PDT

    The Inflatable Cowd Company adalah sebuah perusahaan yang berdiri pada tahun 2002 dan bergerak di bidang jasa meramaikan sebuah acara iklan atau filem. Meramaikan disini bukan dalam arti membuat gaduh atau rusuh ya, melainkan membuat adegan yang sebetulnya hanya berisi beberapa butir manusia menjadi terlihat sangat ramai seperti sekumpulan manusia dalam sebuah stadium bolasepak.
    "Armadanya" terdiri dari 30 ribu boneka plastik yang akan ditiup lalu didandani dengan detail apabila kehadiran mereka diperlukan. Boneka-boneka ini didandani menggunakan berbagai macam pakaian serta wig yang unik satu sama lain agar memberikan kesan realistik.

    Tentu saja jasa ini diminati oleh berbagai produser film Hollywood. Hampir 80 Filem menggunakan jasa perusahaan ini, antara lain The King's Speech, American Gangster, Salt, Jonah Hex dan Angels & Demons. Selain filem, jasa mereka juga digunakan untuk berbagai macam iklan dan video klip musik.