Adsense

Isnin, 25 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Bagai Dianaktirikan!” – Arrora Salwa.

Posted: 25 Jul 2011 11:28 PM PDT

Arrora Salwa, 26 tahun, berkecimpung sebagai penyanyi profesional sejak tahun 2010 & sehingga kini hanya pernah muncul dengan sebuah single berjudul 'Ahmad'. Sanggup meninggalkan bidang polis demi mengejar cita-citanya sebagai penyanyi, namun apa yang diidamkan rupanya memang sukar untuk dicapai. Apa yang diceritakan kepada OHBULAN! kali ini merupakan luahan hatinya sebagai anak seni baru yang ingin mencari sesuap nasi, namun terpaksa menempuhi pelbagai halangan demi halangan.

"Sebelum ini saya mempunyai Personal Assistant (PA) daripada keluarga terapat yang sering membantu saya menguruskan segala perjalanan kareer nyanyian. Malah, kami sudah lama bekerjasama semenjak saya dalam bidang polis lagi. PA saya ini'lah yang membantu mencarikan show, mencari baju & menghantar saya kemana-mana sahaja. Apabila saya masuk ke industri hiburan secara serius, PA saya terus membantu sehingga'lah diarahkan oleh pihak tertentu supaya tidak lagi menggunakan khidmatnya.

"Saya tidak tahu dimana salah silapnya, namun saya turutkan sahaja arahan mereka kerana siapa'lah saya ini untuk mengingkar arahan mereka. Tanpa PA, saya terpaksa bergerak secara sendiri. Saya tidak kisah asalkan pihak berkenaan dapat memberikan sokongan yang padu terhadap kareer saya," kata Arrora Salwa menceritakan sedikit latar belakang konflik dalaman yang menimpa dirinya, namun belum bersedia untuk membongkar "siapakah pihak berkenaan".

Arrora Salwa juga menafikan dirinya berlagak diva & mempunyai masalah peribadi sebagaimana yang dilabelkan oleh pihak berkenaan di laman Facebook.

"Saya pernah meminta kepada pihak berkenaan untuk menghantar saya hadiri show & sebagainya. Adalah juga mereka menghantar saya, tapi nanti akan keluar pelbagai statement kurang enak daripada mulut mereka sendiri. Saya sendiri pernah dilabelkan sebagai bodoh, p*ki*ak oleh seseorang daripada mereka di laman Facebook.

"Pernah juga mereka mengeluarkan kenyataan bahawa saya ini berlagak diva & ada attitude problem, sedangkan selama ini saya memberikan 100% komitmen terhadap kareer saya. Jujur cakap, saya tak pernah hadir lewat ke mana-mana acara yang diaturkan sepanjang bergelar sebagai penyanyi. Jadi, apa sebenarnya yang pihak berkenaan nak daripada saya?" luah Arrora Salwa kepada OHBULAN!

"Saya pernah bertanya sendiri kepada mereka, namun apabila berdepan tiada pula sebarang reaksi diberikan. Apabila saya lihat di Facebook, bermacam-macam kenyataan keluar daripada mereka. Saya rasa terkilan sebab tiada siapa yang berada di belakang untuk memberikan sokongan. Mereka mempunyai ramai kenalan, sedangkan saya pula masih baru dalam industri. Saya tak boleh buat apa-apa.

Penyanyi ini juga menjelaskan tidak menerima bayaran yang setimpal dengan usahanya selama ini. Apatah lagi, bayaran yang paling banyak diterima hanya bernilai RM500 untuk satu persembahan.

"Selepas setahun menyanyi, bayaran yang paling banyak saya terima untuk satu show pun bernilai RM500. Itu pun, tahun ini saya hanya menerima 3-4 show berbayar. Pernah saya dapat RM200 untuk satu persembahan. Manakala, show yang tidak berbayar, lebih daripada 5. Ibu bapa saya yang banyak membantu dalam segi kewangan.

"Saya sedih, sepatutnya saya membantu mereka. Tapi apa yang terjadi, sebaliknya. Macam mana nak hidup dengan jumlah show berbayar yang sedikit? kata Arrora Salwa yang mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan kami.

Pada masa yang sama, Arrora Salwa menjelaskan dirinya seorang yang mudah dibawa berbincang, mempunyai prinsip sendiri serta tidak pernah menyesal menceburi bidang hiburan.

"Selagi boleh berbaik, saya akan buat. Bukan apa, pihak berkenaan tidak pernah mendengar luahan hati saya, sebaliknya mendengar kata-kata orang. Sepatutnya, kami boleh berbincang & nilaikan sendiri konflik dalaman ini.

"Saya sedar, mungkin saya ini jenis yang tegas disebabkan sebelum ini sudah 7 tahun bekerja sebagai polis. Tetapi, saya tak pernah kurang ajar terhadap mereka. Saya mengharapkan pihak berkenaan mendengar penjelasan saya, sama ada dakwaan sesetengah pihak itu betul atau tidak.

"Saya tidak pernah menyesal menceburi bidang nyanyian kerana saya sudah jangka perkara-perkara seperti ini akan berlaku. Setakat ini, apabila satu masalah datang akan saya cuba selesaikan. Tetapi, apabila saya geram, saya akan diam & biarkan sahaja ia berlalu," jelas Arrora Salwa lagi.

Arrora Salwa pernah berkahwin ketika berumur 19 & kini memegang status perkahwinan sebagai janda sejak setahun yang lepas.

"Saya pernah berkahwin ketika berumur 19, tapi bercerai sekitar setahun yang lepas. Kalau boleh, saya tak mahu lagi ingat kisah peribadi berkaitan dengan perkahwinan. Kerana apa yang saya lalui, tak seindah dari khabar. Tetapi saya syukur, kepada mereka yang bertanya, saya amat hormati, " kata Arrora Salwa mengakhiri sesi luahan hatinya, malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Baby Angkasawan, Sophea Isabella Anak Sheikh Muszaphar & Halina.

Posted: 25 Jul 2011 12:55 AM PDT

21 Julai 2011 merupakan tarikh keramat buat Sheikh Muszaphar & Halina apabila mereka menerima kehadiran orang ketiga dalam keluarga bernama, Sophea Isabella. Baby perempuan seberat 3.6kg ini dilahirkan dalam keadaan yang sangat sihat, comel lote gitu.

Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsikan 2 keping gambar Sophea Isabella di laman Fanpage'nya untuk tatapan umum. Kami yakin, berita ini turut mengembirakan seluruh rakyat Malaysia yang selama ini ternanti-nantikan kehadiran anak angkawasan pertama negara.

OHBULAN! ucapkan tahniah buat Sheikh Muszaphar & Halina & mendoakan semoga Sophea Isabella dapat menjadi insan yang membanggakan seperti ayah & ibunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Baby Girl Dr Sheikh Muszaphar Dan Dr Halina

Posted: 25 Jul 2011 04:57 PM PDT

Sebelum apa-apa, kami nak ucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina diatas kehadiran cahaya mata pertama pada 21 Julai 2011 (Khamis). Untuk info, anak pertama Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina berjantina perempuan dan diberi nama Sophea Isabella. Sedap juga nama yang diberi tu.

Kat bawah ni ada dua gambar Sophea Isabella yang kami perolehi dari Facebook Dr Sheikh Muszaphar. Anda tengoklah sendiri kecomelan Sophea Isabella tu.

GAMBAR ANAK PERTAMA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DR HALINA

GAMBAR ANAK PERTAMA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DR HALINA

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Al-Hijab Lakonan Pierre Andre & Nur Fathia

Posted: 25 Jul 2011 01:49 PM PDT

GANDINGAN PERTAMA PIERRE ANDRE DAN NUR FATHIA MELALUI KARYA SERAM AL-HIJAB TAMPAK IDEAL DAN MEYAKINKAN.

Sudah lama rasanya penggemar filem tempatan tidak dihidangkan dengan hasil karya pengarah muda yang pernah mencipta kejayaannya tersendiri melalui filem-filem terdahulu. Kini, Pierre Andre kembali dengan sengatan berbisanya terhadap penghasilan filem seram, Al-Hijab yang bakal ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 6 Oktober ini.

Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan!

Filem Al-Hijab

Impak yang dimiliki filem ini antaranya bersandar kepada kekuatan gandingan Pierre Andre sendiri dengan pendatang baru yang kian menyerlah, Nur Fathia. Walaupun kali pertama disatukan menerusi filem ini, ia bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk mendapatkan keserasian sekaligus mencipta satu gandingan mantap yang berjaya menampakkan pembawaan watak masing-masing dengan berkesan. Tidak perlu lagi dipertikaikan gaya lakonan Pierre sendiri yang sudah terbukti memukau penonton malah penonton juga bakal teruja dengan kesungguhan Nur Fathia mempamerkan lakonan yang berjaya dijiwai dengan baik.

Membawakan peranan sebagai pasangan kekasih menerusi filem ini, kedua-duanya dilihat tidak janggal malah lakonan bersahaja membuatkan mereka kelihatan ideal di dalam filem dan meyakinkan penonton tentang gambaran watak yang dibawa mereka berdua. Pierre yang memikul peranan sebagai Rafael, seorang pelakon baru yang ditawarkan sebagai watak utama untuk sebuah filem seram. Ini telah memaksa Rafael mencari jalan bagaimana untuk menghidupkan wataknya memandangkan dirinya tidak pernah sekalipun melihat kelibat makhlus halus. Nur Fathia pula mendukung watak sebagai Qiss, kekasih kepada Rafael yang turut terjebak dalam perkara misteri yang dilalui Rafael setelah keinginannya untuk melihat makhlus halus tercapai.

Jika dilihat penampilan Nur Fathia sebagai Qiss dalam filem Al-Hijab ini, ia seolah-olah menampakkan Fathia seperti sudah berlakon pelbagai filem sebelum ini. Walaupun ini merupakan filem pertamanya, tambahan pula ia bergenre seram yang memerlukan lebih penghayatan dan pergerakan olah tubuh, namun Fathia berjaya mengatasinya dengan baik. Mungkin ini adalah titipan pengalaman beliau berlakon menerusi drama-drama terlebih dahulu dan bakat lakonan yang dimilikinya sendiri.

Filem ini turut menguji kemampuan Nur Fathia untuk melakukan aksi-aksi yang perlu tampak menggerunkan penonton. Tidak mahu hanya bergantung kepada bunyi efek yang menerbitkan suasana yang menyeramkan, Fathia jelas berani memaparkan ekspresi muka yang menambahkan lagi mood  ketakutan yang sememangnya diingini penonton sewaktu menonton filem bergenre seram. Tidak segan untuk kelihatan tidak cantik sewaktu melakukan aksi-aksi seperti itu, Fathia tegas mementingkan ketrampilan sebagai seorang pelakon yang profesional.

Gandingannya, Pierre Andre yang juga selaku pengarah banyak membantu dari segi pembawaan watak Nur Fathia. Kelebihan mengarahkan sebuah filem dan turut terlibat berlakon di dalam filem itu menjadikan Pierre lebih menjiwai watak Rafael dengan mantap. Apabila kedua-dua pelakon yang bergandingan ini berjaya menghayati watak mereka dengan bagus, maka mesej cerita yang ingin disampaikan kepada penonton melalui filem ini akan diterima dengan mudah sekaligus memberikan satu lagi kepuasan maksima terhadap sebuah filem bergenre seram.

Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini!

Semua pembaca Budiey.com dijemput untuk LIKE fan page Al-Hijab : http://www.facebook.com/FilemAlHijab

Jom sama-sama kita saksikan trailer filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Biodata Pierre Andre
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Drama Tiramisu
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2
  • Foto Sneak Preview Filem 9 September
  • Create a Tagline for ASAP
  • Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    RTM Sedia 63 Rancangan Khas Menarik Sepanjang Ramadan

    Posted: 25 Jul 2011 01:33 PM PDT

    RTM SEDIA 63 RANCANGAN KHAS MENARIK SEPANJANG RAMADAN DI TIGA SALURAN TV

    Menjelang Ramadan 1432H yang dijangka disambut oleh umat Islam di seluruh negara pada 1 Ogos 2011 ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan 63 rancangan khas menarik khusus sepanjang Ramadan untuk tontonan umum di tiga saluran utama televisyennya iaitu; TV1, TV2 dan TVi (180 Astro).

    Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg Dato' Norhyati Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata daripada 63 rancangan khas sempena Ramadan kali ini, 9 rancangan merupakan tonggak kepada rancangan-rancangan khas berbentuk keagamaan khusus untuk Ramadan meliputi majalah dan dokumentari serta bicarawara yang bakal disiarkan iaitu; 7 rancangan di TV1 dan 1 rancangan masing-masing di TV2 dan TVi (180 Astro).

    Telemovie - Cahaya Lailatul Qadar dalam Panggung 1 (siar 27 Ogos 2011)

    Katanya bagi rancangan berunsurkan kulinari (masakan) serta penjagaan kesihatan sepanjang Ramadan, RTM menerusi TV1 menyediakan 3 rancangan khas dan 7 rancangan di saluran TV2 yang dikhususkan untuk golongan wanita serta ibu-ibu.

    Tidak ketinggalan 2 rancangan khas kanak-kanak bakal mengisi slot di TV1 yang disasarkan kepada kanak-kanak pada hujung minggu dengan pengisian rancangan berbentuk pendidikan serta pengetahuan semasa mengenai keunikkan Ramadan.

    Menurut Dato' Norhyati lagi, RTM yang cukup terkenal dengan penayangan drama dan telemovie terbaik turut menyediakan 34 rancangan khas telemovie dan 8 rancangan khas drama bersiri sepanjang Ramadan ini khusus untuk tontonan semua peringkat umur.

    Daripada 34 rancangan khas telemovie, 16 rancangan bakal ditayangkan di TV1 dan 18 rancangan lagi di TV2 manakala daripada 8 rancangan khas drama bersiri; 5 rancangan mengisi slot di TV1, 2 rancangan di TV2 dan satu di saluran TVi (180 Astro).

    Kebanyakan rancangan yang disiarkan adalah mengisi slot bermula 31 Julai sehingga 26 Ogos 2011 sebelum jadual siaran di ketiga-tiga saluran TV berkenaan menayangkan rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia serta perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut penghujung Ogos ini.

    madufinl A3

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Khas Radio RTM Sempena Ramadan
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Anita Baharum di Ramadan Screening Astro 2010
  • Program Khas Radio RTM Ramadan & Merdeka 2010
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Sirah Nabi
  • TV3 & TV9 Raikan Ramadan Al Mubarak
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Jejak Rasul Musim ke 17 Jejaki Legasi Nabi Muhammad
  • Tips Sihat
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Sensasi

    Sensasi


    Gambar Zarina Ann Julie bertunang ,dan luahan hati Zarina

    Posted: 25 Jul 2011 02:13 PM PDT

    Zarina Ann Julie /Zarina Lavocah nie ,lakonan taklah se-gah mana,namun namanya terus dikenali dengan kontroversi yang masih menjadi kudis dalam hidupnya sehingga kini.Bahkan Zarina berasa penat dicemuh dan hairan kenapa hanya dirinya saja yang menjadi cemuhan padahal artis lain pun ramai yang teruk-teruk.


    Pun begitu,Zarina kini dahpun bergelar tunangan orang dan akan berkahwin la tak lama lagi..Gambar kat bwh nie adalah gambar yang diambil dari twitter Zarina,dan gambar bersama tunangnya.




    Mengenai kontroversi yang berlaku, saya hairan kenapa saya sering dijadikan sasaran untuk dikaitkan dengan perkara negatif. Sedangkan, kalau dilihat banyak lagi artis yang tampil dengan imej seksi, tapi kenapa asyik-asyik saya yang menjadi sasaran kecaman? Ada lagi sesetengah artis yang teruk pergi kelab malam, tapi kenapa media tak nampak mereka? Saya sebenarnya hairan, tak cukup lagikah lima tahun saya asyik kena hentam? Saya sudah minta maaf terhadap apa yang berlaku. Kalau berdiam diri, dikata bersalah pula.

    Menurut Zarina, ada rakan artis yang mengutuknya daripada belakang dan dia sangat terharu dengan sokongan peminat-peminatnya yang tak berbelah bahagi.

    Saya perhatikan kontroversi yang ditulis ialah kisah lama yang dikorek semula. Saya agak kecewa dengan sesetengah media yang mainkan isu ini kerana menampakkan seolah-olah masyarakat bencikan saya. Sebenarnya, dari pengalaman saya menyertai promosi Jom Heboh dan banyak lagi program, mereka tetap datang mendekati saya tanpa perasaan jelik. Sebenarnya banyak peminat saya terdiri dari kalangan orang kampung. Mereka yang mengikuti twitter saya banyak golongan kakak-kakak, yang bertudung dan berkahwin. Saya tak bermaksud nak kata dunia artis ini teruk. Tapi seperti saya katakan tadi, saya lebih rela jadi diri sendiri dari sesetengah pelakon yang tipu peminat dengan berbuat baik di depan, tapi lain di belakang lain. Saya tak pandai menipu. Namun memang ada sesetengah artis memang baik dan saya hormati mereka. Apa yang buat saya bengang, ada juga rakan artis yang kutuk saya macam-macam sedangkan perangai mereka pun teruk.

    Isteri Jimmy Shanley dedah punca keretakan rumahtangga mereka

    Posted: 25 Jul 2011 01:54 PM PDT

    suhaila dedah rahsia

    "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

    "Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

    Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

    Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

    "Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

    suhaila dedah rahsia

    "Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

    "Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

    Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

    Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

    "Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

    "Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

    Apabila dihubungi untuk memberikan komen mengenai pendedahan daripada isterinya, Jimmy Shanley tidak menafikan pernah memukul isterinya. Berikut ialah kata-kata Jimmy:-

    "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy.

    Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

    Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

    Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

    "Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

    Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

    Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

    Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.






    Sensasi: Entahla,bagi Sensasi samada suami tue ramai kawan ke tak bukanlah suatu kesalahan,kalau tak suka awal2 lagi jangan lah nak bercinta dan berkahwin,lepas tue bila dah kahwin ,memang hak suami ler nak kawal kehidupan sosial isteri kalau dia rasa iu baik utk rumahtangganya..dia kan ketua keluarga yang harus membimbing isterinya jadi,dosa isteri nie suami tanggung..

    Tak tahu la nak ckp mcm mana,tapi kalau alasan nie lah punca keretakan rumahtangga mcm tak munasabah mana pun...sebelum kahwin pasangan kenelah mendalami selok belok agama agar masing-masing tahu kedudukan isteri dan suami,hak masing-masing dan tanggungjawab masing-masing..

    Tapi kalau hati dah tak suka nak buat camana...Sensasi harap mereka dapat temui jalan penyelesaian yang terbalik dalam kemelut rumahtangga mereka..

    Gambar Anak Syeikh Muszaphar dan Dr Harlina ,Sophia Isabella

    Posted: 25 Jul 2011 01:33 PM PDT

    Baru berusia 5 hari Sophea dah boleh terenyum dan pakai baju yang fancy2...
    bukan apa slalunya kan bayi baru lahir kene barut dan kene bedung.

    Apapun tahniah kepada Angkasawan negara yang dah bergelar ayah,dan ibu ,Dr Harlina. Sophea Isabella dilahirkan dengan kaedah water birth pada 21 Julai 2011 dengan berat 3.6 kg.

    Tengok muka dia kat bawha nie ,sbijik ikut ayahnye kan..hehe

    borak kosong

    borak kosong


    Tandas awam ditukar jadi cafe

    Posted: 25 Jul 2011 09:00 PM PDT


    HUNSBURY - Bagi sebahagian orang, sebuah bekas toilet sangat mengganggu mata, tapi tidak bagi lelaki ini, dia menganggap itu adalah peluang bisnis.Coling Ingle (52), pada tahun 2008 lalu melewati bangunan yang sudah tidak digunakan tersebut, dia lalu mengubah tandas umum tersebut menjadi cafe dan menghabiskan dana sebanyak 25 ribu poundsterling.


    Cafe tersebut pun kini sudah berdiri di tengah Taman Kota Hunsbury Hill lengkap dengan balok kayu sebagai pondasinya dan juga kerusi dari anyaman.

    "Saya fikir ketika di taman tidak ada tempat di mana kita boleh menikmati secangkir kopi dan makanan, dan saya lihat waktu itu toilet itu sudah tidak terurus," ujarnya seperti dilansir Dailymail, Senin (25/7/2011).

    Pada saat rencana perombakan toilet, banyak warga yang protes bahawa itu hanya akan mengundang aksi vandalisme.

    Namun setelah cafe tersebut jadi, ramai akhirnya mendatangi tempat tersebut.

    Salah satu pengunjung tetap Kevin Kerr, mengatakan bahawa cafe tersebut merupakan tempat yang fantastik.
    Sumber :http://www.okezone.com/

    Lelaki khayal selepas kena ganja curi ambulans

    Posted: 25 Jul 2011 08:00 PM PDT


    PHOENIX: Seorang lelaki cuba untuk mencuri sebuah ambulans yang ditinggalkan dengan enjin masih hidup, di hadapan sebuah rumah yang terbakar.

    Jurucakap polis, Sarjan Tommy Thompson berkata, lelaki itu Travis Ward, 28 tahun mencuri kenderaan itu yang dibiarkan tidak berkunci dan enjin yang masih hidup awal pagi semalam untuk orang ramai yang memerlukan rawatan.

    Kata Tommy, Travis memandu ambulans itu sejauh beberapa blok lalu melanggar tiang, pagar dan kemudian beberapa buah kereta yang diparkir. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia telah mengambil ganja sebelum itu. - AP

    sumber : myMetro

    Lamborghini terbakar dekat restoran McDonald's

    Posted: 25 Jul 2011 07:00 PM PDT


    OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.

    Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Wow..kapal mewah ada replika gunung berapi

    Posted: 25 Jul 2011 06:00 PM PDT


    DERBY - Sebuah kapal layar mewah yang sedang dibina di Britain bakal memiliki replika sebuah gunung berapi yang boleh meletus dan beberapa pulau terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kapal layar sepanjang 89.9 meter yang diberi nama Tropical Island Paradise itu turut dihiasi dekorasi air terjun buatan manusia.

    Ia yang mendapat sentuhan pereka dalaman profesional, Rob McPherson, dibina lengkap dengan tempat pendaratan helikopter. Kapal layar berkenaan boleh membawa 10 tetamu pada sesuatu masa dan berupaya belayar pada kelajuan 30 kilometer sejam. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Inilah wanita terseksi di dunia

    Posted: 25 Jul 2011 05:00 PM PDT


    Ramai lelaki mengaku bahawa wanita seksi itu bukan saja mereka yang bertubuh langsing padat berisi dengan balutan baju model terkini. Masih banyak faktor lainnya.Melalui berbagai polling, ternyata anda boleh akui wanita ini seksi kalau:

    -Anda punya rasa percaya diri, memiliki sense of humor serta tidak introvert.

    -Berhati lembut, memiliki sikap bersahaja yang natural sehingga inner beauty dan aura positif akan terpancarkan.

    -Tak harus berwajah cantik. Tapi cukup ekpresif, selalu bersikap apa adanya dan nampak menikmati hidup.

    -Tidak overweight, kulitnya tampak bersih terawat, selalu tampak fresh dan rambutnya ditata dengan gaya alamiah.

    -Cerdas dan berwawasan luas. Apalagi jika ditambah pembawaannya yang cool. Konon wanita yang seperti ini seolah memiliki sex appeal yang tinggi!

    -Memiliki body language yang bagus untuk mengekspresikan dirinya sendiri, tidak dengan gaya yang tidak dibuat-buat.

    -Selalu berjalan dengan percaya diri, wajahnya sedikit terangkat dan selalu tampak tersenyum ramah.

    Gambar cara China lahirkan juara dunia

    Posted: 25 Jul 2011 11:01 AM PDT





    Pelik..babi 88kg dijadikan binatang peliharaan oleh keluarga ini

    Posted: 25 Jul 2011 10:30 AM PDT

    LECCO - Ketika memutuskan untuk memiliki binatang peliharaan, keluarga Squicciarini dari Lecco, Itali, memilih untuk memelihara seekor babi.

    Cesira, demikianlah babi jenis betina tersebut dinamakan. Keluarga Squicciarini mendapatkan Cesira ketika babi tersebut baru berusia dua bulan.

    Cesira beruntung, kerana dengan dia dirawat oleh keluarga Squicciarini, dia selamat dari mesin penggilingan daging babi.

    Seluruh keluarga Squicciarini mengaku telah jatuh hati kepada Cesira yang pada awal ditemukan merupakan babi berukuran paling kecil di antara bayi babi yang lainnya. Namun, keluarga Squicciarini kini mengubah Cesira menjadi babi yang sangat besar dengan ukuran 88,9 kilogram.

    Setiap hari Cesira menghabiskan sekira tiga kilogram buah-buahan, sayuran dan juga ais krim serta makanan manis yang diberikan oleh Marina dan anak-anaknya Joel (13) dan Rebecca (17), demikian lansir Dailymail, Isnin (25/7/2011).

    Kehadiran Cesira memberikan kehangatan bagi keluarga Squicciarini. Cesira pun telah dilatih membangunkan Marina dan suaminya Ali setiap pagi dengan menarik selimut mereka. Bahkan dia telah mengerti membuang sampah ke tong sampah. Atau menonton televisyen bersama anggota keluarga lainnya di malam hari.(rhs)

    Kanak-kanak Diculik dan Tubuhnya Dicincang Sebelum Dibuang ke Sungai

    Posted: 25 Jul 2011 09:47 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun diculik kemudian tubuhnya dicincang oleh penculiknya menggunakan mesin pengisar daging lalu membuangnya ke sungai. Demikian dilansir IANS, Isnin (25/7/2011).

    Kini tiga tersangka menghadapi tuduhan penculikan dan pembunuhan. Kanak-kanak bernama Zhang Shihao bertemu lelaki bernama Liu Zhiwei pada 2 November 2010 di Zhengzhou, Provinsi Henan, China.

    Liu meminta Zhang membantunya mengambil yoyo untuk anak perempuannya dan kemudian membawanya lari. Liu kemudian meminta wang tebusan kepada keluarga Zang sebesar 100 ribu yuan. Orangtua Zhang kemudian memberitahu polis dan kemudian ke bank untuk membayar si penculik.

    Dua hari kemudian, Liu kembali meminta wang sebesar 100 ribu yuan dan memperingatkan agar orangtua Zhang tak melapor ke polis. Tak berapa lama kemudian polis meminta orangtua Zhang agar tak mengirimkan wang tebusan. Hasil penyelidikan menyebutkan jika Liu dan dua kaki tangannya bertanggung jawab atas pembunuhan yang dilakukan terhadap Zhang.

    Inilah Hotel Khusus Pasangan Ingin Cerai

    Posted: 25 Jul 2011 08:46 AM PDT

    VIVAnews - Tak hanya membuang waktu dan wang, proses perceraian yang panjang juga kerap menyita fikiran yang memicu stres berat. Melihat keadaan ini, sebuah hotel didirkan khusus bagi mereka yang ingin melewati proses perceraian dalam hitungan hari.

    Namanya Divorce Hotel atau Hotel Cerai. Di sini, pasangan boleh check-in di hari Jumaat, dan check-out di hari Isnin dengan status sudah bercerai. "Dengan bantuan kami suami isteri boleh cerai dalam tiga hari secara baik-baik," kata Jim Halfens, Commercial Director Divorce Hotel.

    Halfens mengatakan bahawa hotel yang berlokasi di Belanda ini menyediakan pakej bercerai selama tiga hari dengan tarif sekitar Rp30 juta. Di sini, pasangan akan makan, minum, dan tidur secara terpisah. "Selama akhir minggu dibimbing berbagai pakar perceraian," katanya.

    Namun, demi menjamin kelancaran proses, pengelola hotel akan memulainya dengan sesi pra konsultasi selama satu jam untuk melihat apakah mereka boleh menjalani proses di hotel tersebut. Jadi, dari awal sudah boleh dilihat apakah boleh cerai atau tidak.

    Sudah tujuh pasangan sukses bercerai di hotel yang ingin menciptakan formula terbaik untuk mengakhiri perkahwinan. Dengan proses perceraian cepat, mereka boleh melanjutkan hidup tanpa stres luar biasa yang berpotensi mengganggu aktivitas dan pekerjaan.

    "Sebab, banyak yang buang waktu dengan pengacara perceraian dan makelar, tapi tidak berhasil cerai," kata Halfens. "Menurut kami perceraian adalah peristiwa penting dan kami menanganinya sangat serius."



    The Netherlands' Divorce Hotel by NewsLook

    Inilah 3 Wanita Penting di Sejarah Teknologi

    Posted: 25 Jul 2011 07:48 AM PDT

    Ada Lovelace-Grace Hopper-Jean Bartik


    Jean Bartik

    Bernama panjang Betty Jean Jennings, perempuan yang sering dipanggil Jean Bartik ini adalah salah satu dari ramaiperempuan yang bekerja di ENIAC.

    Setelah lulus dari jurusan matematik di Northwest Missouri State Teachers College, ia 'dibeli' oleh University of Pennsylvania untuk bekerja pada Army Ordnance di Aberdeen Proving Ground pada 1945.

    Di sana ia bertemu Kay McNulty, dan menjadi salah satu programer pertama ENIAC. Program yang dihasilkannya pertama kali pada waktu itu digunakan untuk menghitung lintasan balistik.

    Bartik terus bekerja di ENIAC saat program buatannya itu telah menjadi salah satu program komputer paling penting yang dipasarkan.

    Ia juga ikut mengerjakan BINAC dan UNIVAC I, komputer generasi pertama.Ia kemudian menjadi editor untuk Penerbit Auerback, lalu pindah lagi untuk bekerja pada Data Decisions yang didanai oleh Ziff-Davis Publishing).

    Namanya diabadikan sebagai nama museum di Northwest Missouri State University.

    Grace Hopper

    Laksamana Hopper bukanlah programer perempuan pertama, tetapi ia adalah perempuan pertama yang lulus dari Yale dengan gelar Ph.D di bidang matematik. Ia juga merupakan perempuan pertama yang mencapai pangkat Admiral di Angkatan Laut AS.

    Selain menciptakan compiler komputer pertama pada 1952, Laksamana Hopper mengembangkan COBOL (Common Business-Oriented Language). Ia pula yang pertama kali mempopularkan istilah bug dan debugging yang istilah itu sebenarnya tersebut saat ia berusaha mengusir seekor penyegat dari komputer yang ia gunakan untuk bekerja.

    Ia juga berperanan penting dalam penciptaan bahasa pemrograman FLOW-MATICuntuk komputer UNIVAC I dan II.

    Ada Lovelace

    Augusta Ada King, atau Countess of Lovelace adalah anak dari penyair Lord Byron dan Anne Isabella Milbanke. Ia adalah seorang ahli matematik yang dikenal dengan julukan "puteri jajaran genjang". Ia mengajar matematik dan ilmu pengetahuan kerana tidak mahu menjadi penyair seperti orangtuanya.
    Ia mantap berkecimpung di dunia teknologi pada 1843 saat ia menerjemahkan karya pemrograman komputer Luigi Menabrea di mesin analisis Charles Babbage.

    Ketika ini, catatan terjemahannya itu diyakini sebagai algoritma pertama yang berfungsi untuk dapat diproses mesin. Hal itulah yang membuat Ada Lovelace dianggap sebagai seorang programer komputer pertama.
    Namanya juga digunakan sebagai nama bahasa pemrograman yang dihasilkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada 1980.Nama Lovelace terkenal di kalangan anak-anak perempuan pecinta teknologi.

    Bayi meninggal ditindih nenek ketika disusui

    Posted: 25 Jul 2011 06:50 AM PDT


    TASIKMALAYA – Seorang bayi Lina Putri- tujuh bulan - meninggal dunia ketika disusui neneknya Haryati - 40 tahun. Tunggu, bukan kerana Air Susu Ibu (ASI) Haryati yang menjadi penyebab kematian sang bayi. Tetapi, bayi perempuan Lina mati tertindih tubuh nenek Haryati yang sudah meninggal terlebih dahulu kerana diduga serangan jantung.

    Polis Karangnunggal AKP Wahyudin membenarkan peristiwa tersebut."Lina meninggal kerana tertindih tubuh neneknya yang meninggal terlebih dulu kerana serangan jantung," kata Wahyudin kepada Radar Tasikmalaya.

    Polis mengungkapkan, kejadian berlaku ketika Lina dititipkan ibu kandungnya bernama Ai Garnis (21) kepada Haryati neneknya pada siang hari. Saat itu, Ai bersama Dadang (48), suami Haryati, pergi ke Cibalong untuk suatu urusan.

    "Saat ditinggal pergi, korban menangis. Kemudian Haryati berusaha memberinya susu botol ," terang Wahyudin. Namun, lanjut polis, Lina tidak mahu diberi susu formula. Bayi tersebut malah terus menangis.

    Akhirnya, Haryati memberi susu ASI-nya kepada Lina. Wahyudin menduga, saat Haryati menyusui Lina, penyakit jantungnya muncul. Lalu Haryati ambruk dan langsung meninggal. "Tubuh Haryati jatuh menindih Lina yang sedang digendongnya," ungkapnya.

    Masih menurut Wahyudin, Haryati dan Lina diketahui sudah tewas oleh Dadang dan Ai pada sore pukul 17.00, saat keduanya baru pulang dari Cibalong. Lalu keluarga Lina segera menghubungi Polis. Kemudian, anggota polis ke tempat kejadian bersama pasukan medis dari Puskesmas Karangnunggal.

    "Pasukan perubatan dari Puskesmas Karangnunggal tidak menemukan tanda-tanda bekas penganiayaan di tubuh kedua mangsa.Pasukan memastikan, Haryati meninggal kerana serangan jantung," seraya menambahkan Haryati memiliki riwayat penyakit jantung.

    Kes-kes kematian akibat seks

    Posted: 25 Jul 2011 05:30 AM PDT


    1. Seorang lelaki tewas setelah disodomi oleh seekor kuda di enumclaw sebuah peternakan kuda di Washington pada juli 2005, Bahagian bawah organ lelaki ini Robek akibat dari seks liar yang dilakukannya.. Korban merupakan seorang pelanggan dari Kelab Beastality yang menawarkan para lelaki yang ingin berhubungan seks dengan binatang

    2. Brent Tyler and Chelsea Tumbleston, keduanya berusia 21 tahun tewas setelah jatuh dari ketinggian 50 kaki dari atap sebuah gedung di Columbia, South Carolina. seorang saksi menemukan tubuh telanjang mereka berdua di jalanan, dan setelah penyelidikan oleh polis, ditemukan bahawa pakaian mereka tertinggal di atap gedung.. diperkirakan keduanya sedang dalam keadaan "Fly" dan kemudian jatuh..

    3. Kita sering kali mendengar banyak pasangan yang melakukan seks di tempat umum, entah itu di parking kereta atau sebagainya, namun pastilah tidak ada yang melampaui keberanian pasangan Mduduzi Michael Bandezi dan Sibongile Radebe, yang melakukan seks di rel kereta api yang mereka kira tidak terpakai di Afrika Selatan, dan kemudian tewas dilenyek oleh kereta api.Pemandu kereta api mengatakan telah membunyikan hon namun keduanya tetap sibuk dengan "urusannya"dan uniknya ditemukan bahawa tubuh sang lelaki masih meninggalkan kondom pada penisnya.

    4. Sebuah pasangan di Namibia tewas terlindas oleh trak saat mereka sedang melakukan seks di jalanan, pemandu trak mengatakan bahawa keduanya sedang dalam keadaan mabuk dan melakukan seks di tengah jalan.. ini sebuah contoh bahawa alkohol itu tidak sejalan dengan seks..

    5. Selanjutnya ini adalah kes yang benar benar terjadi, seorang lelaki bernama Robert Ashley yang berumur 30 tahun dari Aflao Ghana ini mungkin adalah lelaki dengan libido besar.. dia tidak menyedari partner seksnya yang bernama Suametor Denou yang berumur 75 tahun telah tewas di saat pergumulan mereka dan tetap menghenjutnya dengan kuat.. Wanita tua ini telah berteriak meminta Ashley untuk berhenti namun Ashley tetap saja "menghajarnya" dan akhirnya wanita tua ini pun harus memukulnya dengan tongkat untuk membuatnya berhenti.. namun Ashley malah semakin kasar dan akhirnya.. tewaslah si wanita tua itu…

    6. Kirsten Taylor, seorang wanita berusia 29 tahun dari pensilvania ini menemui ajalnya saat berhubungan seks dengan suaminya yang bernama Toby.. pasangan ini merupakan pecandu berat sado masokisme.. pada saat kejadian sang suami menyepit isterinya dengan kabel elektrik dan kemudian menekan on dan off berkali kali saat melakukan seks sakit itu..

    7. Bagi Jose Agustin Noh bekerja di rumah pengkebumian mayat sungguh memberinya banyak keuntungan, sebut saja, akses untuk menikmati fasiliti yang kebanyakan orang normal tidak mungkin terfikir, seperti melakukan seks di ruang mayat, namun sayangnya bagi dia dan kekasihnya yang bernama Ana Maria Camara Suarez, pergumulan mereka di dalam ruangan mayat berakhir dengan tragedi ketika gas karbon monoksida mencabut nyawa mereka di saat mereka sedang tertidur setelah melakukan seks, saat ini terjadi pasangan ini sengaja membiarkan motor ruangan menyala untuk mendinginkan ruangan..



    http://www.unik.us

    Cuba lihat kemera ini ..canggih bentuk pistol

    Posted: 25 Jul 2011 04:45 AM PDT



    Gadis ini pandai melukis setelah kehilangan sebelah otaknya

    Posted: 25 Jul 2011 03:25 AM PDT


    ST PETERSBURG — Seorang gadis yang hidup dengan setengah otak kerana mengalami kecelakaan kereta mengerikan sedar dari keadaan koma dengan kemampuan artistik baru. Taisia Sidorova, 21 tahun, dari St Petersburg, Russia, itu telah dinyatakan tidak punya harapan hidup setelah kecelakaan tiga tahun lalu yang membuat setengah tengkoraknya hancur dan fragmen-fragmen tulang menyepit otaknya.

    Para doktor harus menyingkirkan otak kirinya yang rosak, yang berperanan dalam urusan logika dan analisis, dan menempatkan plat pelindung ke dalam kepalanya. Mereka tidak banyak berharap pada pemulihannya dan memberi tahu ibunya, Irina, bahawa Taisia kemungkinan akan cacat selama sisa hidupnya.

    Namun, secara perlahan, dengan cinta dan dukungan keluarganya, dia mulai sedar, mula bercakap dan akhirnya diizinkan pulang ke rumah. Irina mengatakan, sebagaimana dikutip Daily Mail, "Dia perlu istirahat dan memulihkan kekuatan ketika ia berada di sini, masih harus ada operasi lagi untuk membentuk kembali tengkoraknya. Saat itulah ia mulai membuat sketsa untuk terapi meskipun dia tidak pernah tertarik dengan hal semacam itu sebelumnya. Ternyata dia benar-benar bagus."

    Guru seninya, Ostrowski Ludmilla, mengatakan, "Saya tidak pernah menilai kemampuan artistiknya sebelumnya, tetapi dia seperti orang yang baru sekarang, dia punya bakat alami untuk seni. Ini luar biasa."

    Ibunya menambahkan, "Dia lemah pada awalnya. Para doktor tidak percaya dia akan bertahan. Saya tidak mahu menerima keadaan itu dan saya berada di samping tempat tidurnya, berdoa, memijat, dan berbicara kepadanya." Dia mengatakan, sesuatu terjadi pada malam Tahun Baru ketika ia menangis di samping tempat tidur puterinya. Taisia lalu menggerakkan tangannya untuk menyeka air mata ibunya. Dua tahun kemudian, dia telah belajar cara memegang pensil di tangan kirinya sebelum mengambil sebuah berus cat.

    Doktor yang merawat Taisia menambahkan, "Otak manusia merupakan hal yang luar biasa. Dalam kes dia, bagian yang tersisa tampaknya telah berkembang untuk mengimbangi bahagian yang hilang, dan pada saat yang sama memberinya bakat seni yang sebelumnya belum ditemukan."

    Taisia yang kehilangan otak kirinya hanya boleh menggerakkan secara terbatas tangan kanannya, penglihatan pun terbatas. Dia sekarang menggambar dengan tangan kiri.


    http://forum.vivanews.com

    Kanak-kanak 8 athun kena gantung

    Posted: 25 Jul 2011 02:30 AM PDT


    INILAH.COM, Kabul – Militan di Afghanistan Selatan menggantung kanak-kanak berusia lapan tahun, setelah menculiknya. Tindakan ini langsung dikecam pemerintah Presiden Hamid Karzai.

    Penculik kanak-kanak itu, menurut Straits Times, sudah meminta ayah si anak yang juga seorang polis, agar menyiapkan kendaraan polis bagi mereka. Sang ayah menolak dan militan akhirnya menggantung si anak hingga tewas pada Jumaat (22/7) lalu di Provinsi Helmand.

    "Presiden Karzai mengutuk serangan ini, menyebutnya sebagai tindakan brutal dan pengecut yang tak diterima di agama serta kebudayaan manapun," demikian pernyataan dari kpejabat Karzai yang menyebut pelakunya sebagai teroriss.

    Penculikan menjadi sebuah hal yang umum di Afghanistan, baik oleh penjahat yang hendak mencari wang dari tebusan mahupun militan yang ingin membuat pernyataan politik. Umumnya, penculikan dilakukan di hadapan publik, dengan negosiasi dan pembayaran tunai.

    Pejabat Afghanistan secara terpisah menyatakan, pasukan NATO tengah berusaha memerangi militan di bagian timur negara itu. Mereka secara tak sengaja membunuh tiga orang warga awam salah satunya wanita, yang terjebak dalam tembak menembak.

    Dua penjaga mayat cabut lari kerana 'mayat' kembali hidup

    Posted: 25 Jul 2011 01:44 AM PDT


    Dua penjaga rumah mayat di Afrika Selatan mengalami pengalaman yang mengerikan ketika tiba-tiba mereka mendengar teriakan dari sebuah peti mati berisi jenazah seorang lelaki berumur 50 tahun.

    Akhirnya diketahui bahawa "Mayat" dalam peti mati tersebut ternyata masih hidup.

    "Keluarganya menyangka dia telah meninggal," ujar petugas kesihatan Sizwe Kupelo kepada Sapa news agency.

    "Keluarga itu memanggil petugas peribadi yang membawa tubuh lelaki yang dikiranya sudah mati itu ke rumah mayat, tetapi pada jam 5 pagi,lelaki itu berteriak dari dalam peti mati, dia minta tolong untuk dikeluarkan dari tempat yang dingin tersebut."

    Hal ini menyebabkan dua orang penjaga yang tengah bertugas lari dari rumah mayat yang terletak di kota kecil Libode, Eastern Cape kerana mengira bahawa mereka baru saja diganggu oleh hantu.

    Setelah meminta pertolongan dan kembali untuk menyedari bahawa ternyata "hantu" itu masih hidup, sebuah ambulan dipanggil untuk mengangkut lelaki yang sudah dalam keadaan sangat kedinginan selama 24 jam.

    Kupelo mengatakan bahawa masyarakat seharusnya jangan pernah mengambil kesimpulan bahawa orang yang sakit telah mati. Mereka yang pantas mengesahkan hal tersebut adalah doktor, petugas gawat darurat, dan polis.


    sumber: Yahoo AFP

    BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

    Posted: 25 Jul 2011 01:37 AM PDT

    untuk join segmen ini sila klik SINI

    silakan kritik blog ini agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada
    didalam blog ini.Moga kritikan rakan-rakan akan dapat meningkatkan mutu
    blog ini....TERIMA KASIH

    Gadis ini tak sangka lagu kekesalan terhadap Facebook jadi hits di internet

    Posted: 25 Jul 2011 12:00 AM PDT


    3 bulan yang lalu Madelaine yang masih berusia 16 tahun tidak menyangka bahawa lagu mengenai kekesalannya kepada facebook yang diciptakannya ketika itu bakal didengar oleh ratusan ribu netter di seluruh penjuru dunia. Seperti apa lagunya? Yuk kita dengarkan disini.

    "Histeris dengan kegembiraan," Jawab Sam Helyard, manager gadis itu ketika ditanya bagaimana perasaan Madelaine Zammit ketika mengetahui videonya beredar luas di internet. "Ia tidak dapat mempercayainya."

    Meskipun sudah diciptakan sejak 3 bulan yang lalu, ia baru mengupload video tersebut awal bulan ini. "Saya hanya kata kepadanya untuk merakam sebuah lagu dan mengirimnya ke YouTube... Semuanya berawal dari sana." Ujar Sam yang juga anggota dari band Vows Of A Massacre

    Untuk menampung penggemarnya, ia telah membuka fan page di Facebook yang hingga kini sudah di 'Like' oleh lebih dari 6000 orang.



    Perhatian: Lagu ini mengandungi beberapa kalimah dan ungkapan yang tidak sepatutnya didengar oleh anak kecil

    Ibu sanggup cekik anak kerana mengganggu dia berehat selepas penat main games

    Posted: 24 Jul 2011 11:20 PM PDT


    SEOUL - Seorang wanita warga negara Korea Selatan menjadi tersangka pembunuhan anaknya sendiri, hanya kerana dirinya terlalu banyak bermain game di PC.

    Ini merupakan kejadian sekian yang terjadi di Korea Selatan, negara dengan tingkat prestasi internet yang cukup tinggi. Sebelumnya beberapa kes juga sempat terjadi hanya kerana pelaku kecanduan bermain game.

    Dilapor melalui Straits Times, wanita bernama Kim itu diketahui selalu bermain game di PC selama 10 jam setiap harinya. Bahkan tetangga mereka men-cap rumah Kim sebagai 'tempat sampah' yang berantakan dengan dua anak yang selalu dibiarkan menangis. Kedua anaknya adalah laki-laki berusia satu tahun dan tiga tahun.

    Polis setempat mengungkapkan jika wanita berusia 27 tahun ini emosi ketika anaknya menangis dan mengotori lantai rumah,ketika dia sedangberehat setelah 10 jam bermain game di PC. Dalam keadaan emosi, Kim memarahi anaknya lalu mencekiknya hingga tidak lagi bernafas.

    "Dia kata, dia sangat emosi terhadap anaknya kerana ketika itu dia sedang ingin berehat setelah penat bermain game selama berjam-jam sejak pagi," ujar juru cakap polis setempat.

    Setelah menewaskan anaknya, Kim meninggalkan jasad anaknya di dalam rumah begitu saja. Adik iparlah yang melaporkan kejadian ini ke polis setelah ia menemukan jasad anak saudaranya berusia tiga tahun itu.

    Ketagihan game ini merupakan permasalahan yang dialami Kim kerana wanita itu tidak memiliki cacat mental sama sekali. Kim lebih suka bermain poker dan juga sering memainkan game haiwan peliharaan virtual.

    Gambar "Sisi Manusiawi" Hitler Yang Jarang Disebutkan Oleh Sejarah

    Posted: 24 Jul 2011 10:25 PM PDT

    Kebanyakan orang memandang Hitler sebagai seorang diktator kejam, pemarah dan benar-benar bengis, pandangan ini dipengaruhi oleh sejarah yang mencatat kelam riwayatnya, dan untuk menambah kesan jahat, sadis dan kejinya, ada begitu banyak sisi "manusiawi" seorang Hitler yang cuba ditutupi.Dan berikut diantara foto - foto "manusiawi' seorang Hitler yang sangat jarang terekspos..