Desa Ini Diserang Puluhan Ribu Nyamuk Posted: 03 Jun 2012 09:15 PM PDT Mungkin nyamuk merupakan salah satu binatang yang sangat menjengkelkan, apalagi saat kita tertidur . Namun kejadian mengerikan satu ini adalah fenomena yang sangat luar biasa. Kerana sebuah desa pada 14 Mei lalu di wilayah Nikiltsy Myadel, Rusia diserang puluhan ribuan nyamuk secara tiba-tiba. Seorang saksi mengatakan bahawa nyamuk tersebut seperti sedang ber-imigrasi. Suara gemuruh kumpulan nyamuk tersebut mengalahkan suara mesin lainnya. Tatiana Zhukova, selaku direktur The Naroch Biological Station mengatakan bahwa peristiwa tersebut merupakan proses ilmiah yang wajar. Nyamuk adalah hewan yang meletakan telurnya di atas permukaan air, setelah itu telur tersebut menetas menjadi larva. Ketika larva nyamuk telah besar menjadi nyamuk dewasa, mereka akan kembali ke daratan untuk kembali berkembang biak. Tatiana juga menambahkan bahawa perubahan arah angin dan cuaca juga dapat mempengaruhi perilaku haiwan, termasuk membuat mereka berperilaku aneh, seperti yang terjadi pada nyamuk-nyamuk ini. |
Reaksi apek tengok perempuan cantik Posted: 03 Jun 2012 09:00 PM PDT |
Fesyen apa ni kak? Posted: 03 Jun 2012 08:45 PM PDT |
Ellen Woods, Gadis Kecil Yang Terlalu Cepat Dewasa Posted: 03 Jun 2012 08:30 PM PDT Mungkin inilah yang terjadi jika seorang ibu terobsesi agar anaknya menjadi seorang artis atau model terkenal. Ellen Woods gadis berusia 7 tahun ini telah bekerja sebagai model dan ikut berbagai pertandingan kecantikan khusus anak-anak. Ibunya pun tak segan-segan mendandani Ellen hingga mirip model dewasa. Bahkan foto Ellen pun beberapa di photoshop oleh sang ibu agar lebih menarik.
Ini dia foto-foto Ellen...
|
Demi anak ibu sanggup jadi bintang porno Posted: 03 Jun 2012 08:15 PM PDT Demi menghidupi anak-anaknya, ibu dari 14 orang anak ini rela menjadi bintang film porno. Wanita yang dikenal dengan sebutan "Octomom" Nadya Suleman, dari The La Habra, California, Amerika Syarikat itu melanggar janjinya sendiri untuk tak berhubungan seks dalam adegan sebuah filem demi keempat belas anaknya itu.
"Octomom" Nadya Suleman baru-baru ini mengakui bahawa dirinya siap beradegan panas dalam sebuah filem porno, terutama jika mendapatkan tawaran yang sesuai. Hal tersebut dilakukannya guna memberikan kesejahteraan bagi anak-anaknya tanpa seorang ayah.
"Anda tahu jika peluang muncul, aku akan menjadi yang pertama mengakui...Kerana semua hal yang penting adalah bahwa saya boleh mengurus keluarga saya," ungkap Suleman.
"Jika menjadi bintang porno itu adalah pekerjaan, dan pekerjaan tersebut bergaji baik, dan memungkinkan saya menyejahterakan anak-anak, aku akan melakukannya," tambahnya dalam sebuah wawancara pada acara HLN Showbiz Tonight.
Sebelumnya foto-foto Suleman sempat beredar pada sebuah majalah Inggris pada awal April lalu. Ia bahkan mengatakan tak akan melakukan adegan porno, meski ditawari bayaran bernilai US$ 100 juta.
Suleman mendapat perhatian dunia sejak 26 Januari 2009 lalu, ketika dirinya melahirkan lapan anak kembar di sebuah rumah sakit di California Selatan. Kelahiran anak kembarnya itu diperkirakan terjadi akibat fertilisasi in-vitro.| Liputan 6
sumber |
Lelaki IniTerancam Dipenjara Kerana Menyamar Sebagai Ibunya yang Sudah Meninggal Posted: 03 Jun 2012 08:00 PM PDT Warga kota New York, Thomas Parkin, menjalani karier yang unik untuk membiayai hidupnya sehari-hari; Ia menyamar sebagai ibunya sendiri yang sudah meninggal bertahun-tahun lalu. Namun karier ini nampaknya akan segera berakhir. Tahun 2003, Ibu dari Parkin meninggal dunia. Tapi tak lama orang-orang menemukan sang Ibu 'hidup' kembali, mengurus perpanjangan lesen memandunya dan menuntut seseorang yang telah membeli dan menempati sebuah bangunan miliknya --yang dulu memang dilelong kerana status pemiliknya sudah meninggal. 'Nyonya Parkin' pun melanjutkan kehidupan normalnya yang ditampung oleh dana sosial kemasyarakatan untuk orang tua. Tapi sepintar-pintarnya bangkai ditutupi, baunya tetap tercium juga. Sekitar awal Mei lalu sandiwara besar ini terbongkar (tidak diketahui bagaimana prosesnya). Thomas Parkin yang telah memanipulasi surat kematian ibunya sendiri diperkirakan telah mencuri dana sosial kemasyarakatan sebanyak $ 44.000 . Tapi uniknya, walaupun kes penyamaran ini sudah terbongkar dengan jelas, Parkin masih membela dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa ia adalah benar-benar perwujudan dari ibunya. Kepada detektif yang menyiasatnya ia berkata: "Saya menopang ibu saya ketika ia sekarat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir, jadi saya adalah ibu saya."
Proses hukum terhadap Thomas Parkin saat ini masih dalam proses. Sejauh ini Parkin terancam menghabiskan waktunya di penjara dengan waktu paling sedikit selama 13 tahun. Tapi pengadilan setempat sepertinya memerlukan tambahan waktu untuk memilih tempat yang sesuai bagi Parkin. Penjara atau RSJ? foto cover: Thomas Parkin ketika sedang menyamar (AP) |
Lelaki bergelut dengan harimau bintang Posted: 03 Jun 2012 07:45 PM PDT DULIAJAN, India - Seekor harimau bintang ditangkap di kawasan penempatan penduduk di sini, dalam negeri Assam semalam. Harimau itu menakutkan penduduk setempat selepas menyerang dan mencederakan dua orang di sebatang jalan di sini. Binatang buas tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa pegawai perhutanan India. Namun, seorang lelaki yang bergelut dengan harimau tersebut cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. - Agensi sumber : kosmo online |
Pengawal keselamatan mengaku jalin hubungan dengan banduan Posted: 03 Jun 2012 07:30 PM PDT LONDON: Seorang pengawal keselamatan wanita yang menjalinkan hubungan intim dengan tujuh banduan berbahaya mengaku di mahkamah semalam, dia bertindak bodoh. Polis sebelum itu merampas surat cinta berbaur seks daripada tahanan lelaki di kediaman Zanib Khan. Zanib juga mengadakan perbualan romantik dengan lelaki menerusi telefon bimbit yang diseludup ke Penjara Brixton di London Selatan. Zanib, 27, kini berdepan dengan hukuman penjara selepas mengaku salah laku ketika menjadi penjawat awam. Mahkamah Southwark diberitahu, wanita itu mempunyai 'hubungan yang tidak sepatutnya' dengan tiga banduan berusia antara 28 dan 29 tahun, termasuk seorang pengedar dadah. Polis juga percaya Zanib menjalinkan hubungan intim dengan empat banduan lain dalam tempoh tiga tahun. Ketika meninggalkan mahkamah, Zanib memberitahu wartawan akhbar The Sun: "Saya bertindak bodoh. Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya sudah meletakkan jawatan." Dia juga menyuarakan harapan dijatuhi hukuman melakukan khidmat masyarakat. Bagaimanapun, dia mungkin dipenjarakan. Pasukan Pencegah Rasuah Scotland Yard tidak menemui sebarang bukti menunjukkan hubungan Zanib dengan banduan berkenaan membabitkan seks. - TS sumber : myMetro |
‘Jururawat’ penipu Posted: 03 Jun 2012 07:15 PM PDT BANDAR SRI BEGAWAN: Seorang wanita berusia 24 tahun, menyamar sebagai jururawat dan "pegawai banci" yang menipu dan mencuri barang kemas warga tua, mengaku bersalah atas beberapa dakwaan di Mahkamah Majistret, semalam. Majistret Kanan, Harinta Zelda Skinner mengarahkan pendakwa raya menyediakan petikan kes serupa sebelum ini untuk membantu hukuman dijatuhkan esok (5 Jun). Suzanti Ibrahim melawat rumah di Kampung Sg Hanching, Sungai besar, Mentiri, Sg Akar, Rimba, Lurong, Sikuna dan Tamoi Tengah pada Mei tahun lalu hingga April tahun ini dan memperkenalkan dirinya sebagai jururawat yang diberi tugas untuk memberi rawatan kepada wanita tua.
Biasanya mangsa yang tinggal bersendirian di rumah, akan menjemput defendan masuk kerana mereka percayakannya. Defendan akan menyuruh wanita tua untuk mandi sebelum "rawatan" dan meninggalkan semua barang kemas mereka dengannya. Masa inilah defendan akan melarikan diri bersama barang kemas itu.
Pada satu masa, defendan mengaku sebagai "pegawai banci" dan memberitahu mangsanya dia perlu mengambil gambar seluruh rumah mereka dan meminta mangsa menanggalkan barang kemas mereka dan kemudian melarikan diri bersama barang kemas itu.
Defendan berjaya mencuri 25 rantai tangan emas, sepasang subang emas, loket, lima cincin, dua loket emas "pound", gelang, lapan rantai emas, rantai leher dan loket "wapak" emas daripada mangsa.
Defendan menjual barang kemas itu melalui rangkaian laman sosial Facebook dan kedai barang kemas di Limbang.
Tiada satu barang kemas itu ditemui semula. - BT sumber : myMetro |
Ibu khayal dadah lupa bayi 5 minggu atas bumbung kereta Posted: 03 Jun 2012 07:00 PM PDT PHOENIX: Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu. Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya. Kanak-kanak itu tidak cedera. Dia kini di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Arizona. Pihak berkuasa berkata, ibu bayi itu, Catalina Clouser, 19, teman lelaki dan kawannya menghisap ganja di taman berhampiran pada petang kejadian. Clouser yang menyambung menghisap ganja di rumah rakannya pada malam itu, terlupa dia meletakkan bayinya yang lena di atas bumbung kereta, lalu memandu pulang. - AP
sumber : myMetro
|
Mayat ‘puteri’ di terminal Posted: 03 Jun 2012 06:45 PM PDT GEORGETOWN: Penemuan mayat seorang wanita warga asing mengejutkan penumpang dan orang ramai di Terminal Bas Sungai Nibong, di sini, malam kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8 malam dan mangsa dikenali sebagai Princess Linda, 39, dari Nigeria. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, orang ramai yang menemui mayat itu bertindak menghubungi polis. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat. Katanya, hasil bedah siasat kemudiannya mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung. "Polis menafikan mangsa meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah biarpun mangsa pada mulanya dipercayai meninggal dunia akibat memasukkan dadah dalam badan," katanya. Gan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti kejadian sebenar dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Menurutnya, polis juga sedang mendapatkan maklumat bagi mengetahui sama ada mangsa baru tiba ke negeri ini sebelum ditemui mati. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. sumber : myMetro |
Surau dibaling Posted: 03 Jun 2012 06:30 PM PDT PETALING JAYA: "Mujur ada siling kerana jika tidak, sudah pasti ada jemaah cedera terkena batu dibaling ke bumbung surau ketika mereka bersiap menunaikan solat Subuh," kata Penolong Setiausaha Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, Muhammad Syafiq Khor Abdullah. Dalam kejadian jam 5.30 pagi, kira-kira 10 jemaah nyaris cedera apabila bumbung surau itu dibaling batu dua kali oleh individu tidak bertanggungjawab, awal pagi kelmarin. Menurutnya, kejadian baling batu di bumbung surau berkenaan kali kedua berlaku dan kejadian pertama enam tahun lalu ketika surau berkenaan baru beroperasi.
"Kami mulanya khusyuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran menerusi pemain cakera padat (CD) apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di atas bumbung membuatkan semua jemaah terpinga-pinga. "Kira-kira 10 minit kemudian selepas azan berkumandang, jemaah sekali lagi dikejutkan dengan bunyi dentuman sama menyebabkan kami kehairanan," katanya. sumber : myMetro |
Selera terbuka tengok kaca Posted: 03 Jun 2012 06:15 PM PDT ALOR GAJAH: Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan 'hidangan sampingan' sejak usianya belasan tahun hingga kini. Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu. Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu 'jati diri'. Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa. "Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian. "Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat," katanya. Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu 'jati diri', keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca. "Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng. "Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang," katanya. Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang. "Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam," katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri. "Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat. "Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam," katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan. sumber : myMetro |
Tari maut rumah pengantin Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT RANAU: Hanya kerana terlanggar bahu ketika asyik menari di majlis perkahwinan adiknya, seorang lelaki yang juga abang pengantin perempuan maut apabila lehernya ditumbuk menggunakan buku lima oleh seorang tetamu dalam kejadian di Balai Raya Kampung Giring-Giring, di sini, kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa, Rudy Saidi, 35, dan tetamu terbabit yang berusia 16 tahun, menyertai majlis menari itu sebelum mangsa terlanggar bahu dengan remaja terbabit. Insiden jam 8.30 malam itu menyebabkan pertengkaran antara kedua-duanya sebelum remaja terbabit mengeluarkan buku lima lalu menumbuk leher mangsa sebelum dia rebah.
Mangsa yang dibantu tetamu lain meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ranau manakala suspek melarikan diri apabila melihat mangsa tidak sedarkan diri. Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. sumber : myMetro |
Remaja parah ditetak 4 lelaki Posted: 03 Jun 2012 05:45 PM PDT HULU BERNAM: Seorang remaja lelaki, C Vikneswaran, 19, cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam kejadian di Kampung Hassan dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berada di rumah abang iparnya, V Rajan, 32, sebelum tiba-tiba didatangi empat lelaki bersenjatakan tiga parang dan batang besi bertindak nekad menyerbu rumah itu untuk menyerang mangsa. Menurutnya, mangsa ditetak bertubi-tubi selepas ditarik keluar ke laman rumah hingga mangsa cedera parah. Beliau berkata, polis masih menjalankan operasi menjejaki semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu.
sumber : myMetro
|
Sebuah Kisah Inspirasi Pengorbanan Seorang Ayah yang Bisu dan Tuli Kepada Anak Perempuannya Posted: 03 Jun 2012 05:30 PM PDT Sebuah kisah yang mungkin dapat sejenak mengingatkan kita akan besarnya cinta orang tua kepada anaknya, walaupun mungkin kita sebagai anak sering lupa dengan keadaan orang tua kita sekarang yang sejak dahulu telah mengorbankan segalanya, untuk membuat kita selalu tersenyum dan bahagia.
Kisah inspirasi ini dibuat oleh sebuah perusahaan insurans di Thailand. Berikut ini videonya, semoga oleh membuat kita selalu ingat dengan kedua orang tua yang selalu mencintai kita selamanya. memang hebat iklan ni.... |
Aksi bergaya lelaki alami krisis identiti Posted: 03 Jun 2012 05:15 PM PDT |
Kisah sianak yang sangat mengharukan Posted: 03 Jun 2012 05:00 PM PDT Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah sewaktu bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan cantik berusia tiga setengah tahun. Sendirian ia di rumah dan kerap kali dibiarkan pembantunya kerana sibuk bekerja di dapur. Bermainlah dia bersama ayun-ayunan di atas buaian yang dibeli ayahnya, ataupun memetik bunga dan lain-lain di halaman rumahnya. Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dan ia pun mencoret lantai tempat kereta ayahnya dletakkan , tetapi kerana lantainya terbuat dari marmar maka coretan tidak kelihatan. Dicubanya lagi pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana mobil itu bewarna gelap, maka coretannya nampak jelas. Apalagi anak-anak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitinya. Hari itu ayah dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana ingin menghindari kesesakan lalulintas. Setelah sebelah kanan kereta sudah penuh coretan maka ia beralih ke sebelah kiri kereta. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disedari oleh si pembantu rumah. Saat pulang petang, terkejutlah pasangan suami isteri itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran yang masih lama lunasnya. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini !!!" …. Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih-lebih melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ' Saya tidak tahu..tuan." "Kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya. Dengan penuh manja dia berkata "Dita yang membuat gambar itu ayahhh.. cantik …kan!" katanya sambil memeluk ayahnya sambil bermanja seperti biasa.. Si ayah yang sudah hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon di depan rumahnya, terus dipukulkannya berkali-kali ke telapak tangan anaknya . Si anak yang tak mengerti apa apa menangis kesakitan, pedih sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Sedangkan Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu harus berbuat apa… Si ayah cukup lama memukul-mukul tangan kanan dan kemudian ganti tangan kiri anaknya. Setelah si ayah masuk ke rumah diikuti si ibu, pembantu rumah tersebut menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dia terperanjat melihat telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka-luka dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiramnya dengan air, dia ikut menangis. Anak kecil itu juga menjerit-jerit menahan pedih saat luka-lukanya itu terkena air. Lalu si pembantu rumah menidurkan anak kecil itu. Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu ke majikannya. "Sapukan ubat saja!" jawab bapak si anak. Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu. Si ayah konon mahu memberi pelajaran pada anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu, meski setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Dita demam, Bu"…jawab pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol aja ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Saat dilihat anaknya Dita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu bilik pembantunya. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahawa suhu badan Dita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan agar ia dibawa ke hospital kerana keadaannya susah serius. Setelah beberapa hari di rawat dokoer memanggil bapak dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." kata doktor tersebut yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana sakitnya sudah terlalu parah dan infeksi akut…"Ini sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya maka kedua tangannya harus dipotong dari siku ke bawah" kata doktor itu. Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan lagi. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah bergetar tangannya menandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari ruang bedah, selepas ubat bius yang disuntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga kehairanan melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Ayah.. ibu… Dita tidak akan melakukannya lagi…. Dita tak mahu lagi ayah pukul. Dita tak mahu jahat lagi… Dita sayang ayah..sayang ibu.", katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Dita juga sayang Mbok Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuat wanita itu meraung histeria. "Ayah.. kembalikan tangan Dita. Untuk apa diambil.. Dita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Dita mahu makan nanti ?… Bagaimana Dita mahu bermain nanti ?… Dita janji tidak akan mencoret-coret kereta lagi, " katanya berulang-ulang. Serasa hancur hati si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung-raung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi tiada manusia dapat menahannya. Nasi sudah jadi bubur. Pada akhirnya si anak cantik itu meneruskan hidupnya tanpa kedua tangan dan ia masih belum mengerti mengapa tangannya tetap harus dipotong meski sudah minta maaf…Tahun demi tahun kedua orang tua tersebut menahan kepedihan dan kehancuran sampai suatu saat Sang Ayah tak kuat lagi menahan kepedihannya dan meninggal dunia diiringi tangis penyesalannya yang tak bertepi…, Namun…., si Anak dengan segala keterbatasan dan kekurangannya tersebut tetap hidup tegar bahkan sangat sayang dan selalu merindukan ayahnya....semoga ini boleh menjadi bahan renungan kita semua...dan berfikir sebelum mengambil tindakan...salam. sumber |
Duri Landak Dapat Sembuhkan Penyakit Posted: 03 Jun 2012 04:45 PM PDT BAGI sebahagian orang, landak mungkin merupakan haiwan yang asing. Bahkan, sebahagian orang mungkin takut melihat haiwan yang satu ini. Haiwan berbulu duri ini memang cukup unik keberadaannya. Ia boleh mengembangkan kulitnya yang penuh duri itu jika sedang terancam. Padahal di balik bentuknya yang mirip pencungkil gigi mempunyai khasiat yang unik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Panjang duri landak bervariasi, mula dari lima hingga 12 centimeter. Meski menyeramkan, duri landak ternyata mempunyai khasiat untuk pengubatan. Toko Udin Borneo di Kompleks Cahaya Bumi Selamat Martapura adalah salah satu toko yang menjual bulu landak tersebut. H Nurdin, pemilik toko ini menuturkan, bulu landak boleh mengubati masuk angin atau menyamak. Caranya cukup mudah, bulu landak itu cukup dibakar hingga menjadi abu. Tak perlu banyak, cukup satu atau secukupnya. Setelah menjadi abu, lalu disapukan pada perut atau bahagian yang sakit. "Sudah sejak lama orangtua kita zaman dulu sudah membuktikan khasiat bulu landak itu untuk pengubatan," kata Nurdin. Menurutnya, landak termasuk haiwan yang dilindungi. Namun, bulu yang diperjualkan bukan dari hasil berburu landak secara ilegal. Bulu itu diperoleh dari landak yang sudah mati yang ditemukan di kawasan hutan Meratus. Bulu landak itu memang sengaja dicari warga untuk dijual. Gunanya untuk pengubatan. Walaupun banyak masyarakat yang belum mengetahui khasiat bulu landak itu, Nurdin tetap menyimpan bulu itu hingga ratusan. |
Ngeri..gambar kemaluan wanita dibakar kerana curang Posted: 03 Jun 2012 04:30 PM PDT Wanita ini dikatakan telah berlaku curang kepada suaminya dan telah tertangkap.Kemaluannya telah dibakar oleh suaminya yang sedang marah.
|
Wow..Brahim Takioullah, Pemilik Kaki Terpanjang Sedunia Posted: 03 Jun 2012 04:15 PM PDT Brahim Takioullah, lelaki Morocco berusia 29 tahun ini rasmi menjadi pemilik kaki terpanjang sedunia versi Guinness World of Records.
Adapun besar atau panjang kaki Brahim adalah 38,1 cm (kaki sebelah kiri) sedang kaki kanan sekitar 37,4 cm.
Dengan tinggi 246 cm, Brahim ternyata mendapatkan banyak kesulitan dengan ukuran tinggi badan dan panjang kakinya itu.
Brahim kesulitan masuk teksi,tak boleh berdiri tegak di flat kecil yang dia tinggali dengan ibunya di Paris, dan tak pernah boleh bergerak tanpa menarik perhatian orang serta dirinya menderita tumor otak dan pastinya dirinya kesulitan mencari ukuran kasut.
"Aku dulu pernah bertanya kepada tukang kasut untuk membuatkan beberapa kasut dan dia mengatakan kalau sepatu itu berharga 3500 euro (sekitar $4851)," cerita Brahim.
Pemegang rekor kaki terpanjang sedunia sebelumnya adalah Sultan Kosen dari Turki dengan panjang 36,5 cm (kaki kiri) dan 35,5 cm (kaki kanan). |
Disembelih gara-gara curi kuda Posted: 03 Jun 2012 04:00 PM PDT
Kejadian ini terjadi pada 19 September 2009, di Lombok Indonesia.Seorang pemuda mati dengan cara yang amat menggerikan kerana mencuri seekor kuda milik seorang penduduk...menurut informasi bahawa pemuda ini mati disembelih oleh sekumpulan orang dari sebuah organisasi anti pencuri di Lombok NTB.
Yang jadi persoalan adakah nyawa pencuri ini sama nilai dengan nyawa seekor kuda?Walaupun dia mencuri ,tangkap bawa dia ke polis supaya pihak polis boleh menyiasat dan mendakwa pencuri ini.Bukan dengan membunuhnya.Bukan nak membela pencuri itu tetapi dia masih punya hak sebagai manusia......
|
Bila Volkswagen Beetle di make up Posted: 03 Jun 2012 11:00 AM PDT |
Cicak yang dimakan ikan sepatutnya mati ,hidup kembali Posted: 03 Jun 2012 10:30 AM PDT Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing. John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini. Ketika mereka mengambil foto ini ikan memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.
Tetapi sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak Cicak itu dikeluarkan dengan bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi. "Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara." |
Kepada hardcore gamers sila baca kisah ini Posted: 03 Jun 2012 10:15 AM PDT 31-year-old game addict, Wang Gang from China has died from apparent complications arising from spending ten years in Internet cafes playing online games.
According to online reports, experts from a hospital told Wang Gang's father that Wang Gang was badly ill and the chance was slim to none to save his life. The heartbroken father then took his son back home to take care of him.
During the last seven days spent at home, Wang Gang could only lie on one of his sides as he had pains in his chest. And since he suffered from lung damage due to excessive time staying in Internet cafes, he was supported with oxygen bags to breath.
Wang Gang reportedly could only eat some liquid foods because he had no strength to chew foods. It was difficult for him to even drink water.
It was said that he only left two bank cards and over 20 accounts of the online game 'Dungeon and Fighter' after passing away.
Wang Gang's mother eventually fell sick too because of the stress of taking care of her son all day.
STOMPer Diablo wrote:
"This is why you shouldn't play too much online games! This is not the first time people had died due to internet gaming.
"Pity his poor parents who had to suffer because of his gaming addiction." sumber : stomp.com.sg |