Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Bajet 2011: Berubah atau ketinggalan
- Dakwa tertuduh menipu
- 'Kami mohon maaf, kami sudah insaf'
- Belum 14 hari air kena potong
- Jangan pandai berjanji
- Mallika hidupkan Naagin dalam Hisss
- Sahut cabaran ekonomi baru
- Rumah baru Ambani 27 tingkat
- Jenama pakaian terlaris di dunia
- Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola
- Alyah & Farhan Tiada Lagi Pengurus
- "Tiada Niat Hukum Norman & Memey Melalui Media" - Pengadu
- Yalal Chin Meninggal Dunia
- Bintang AF8 Simpati Dengan Nasib Iwan
- Kanye West Edar Gambar Bogel?
- 3.2 Juta Penonton Saksikan Perkahwinan Sheikh Muszaphar
- Penyertaan Anugerah Skrin 2010 Meningkat
- Uji Bakat "Anda Ada 60 Saat" Bermula
- Balasan lupus bukti
- RM212 bilion untuk transformasi
- Tol 4 lebuh raya tidak dinaikkan
- Bebas hukuman gantung
- Wahid didapati tidak bersalah
- 600 guru sandaran bakal hilang kerja
- Lagi kes hina Sultan Johor
Bajet 2011: Berubah atau ketinggalan Posted: 15 Oct 2010 08:50 PM PDT KUALA LUMPUR: "Kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Kejayaan menuntut kepada perubahan dan perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan." BENTANG...Najib diringi Muhyiddin dan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ketika hadir Pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
| ||
Posted: 15 Oct 2010 08:48 PM PDT HULU KLANG: Seorang saksi kes perbicaraan khalwat pelakon Norman Hakim dan Memey memberitahu Mahkamah Syariah di sini, semalam, dia tidak bersetuju kenyataan di dalam akhbar tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah. SENYUM...Norman dan Memey keluar dari mahkamah selepas prosiding perbicaraan kes khalwat, semalam.
| ||
'Kami mohon maaf, kami sudah insaf' Posted: 15 Oct 2010 08:46 PM PDT BANTING: Sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, dua pekerja ladang mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad. BERSALAH...Sarawanan (kiri) dan Suresh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam. BUKTI...kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa dibawa ke mahkamah, semalam.
| ||
Posted: 15 Oct 2010 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR: "Jangan aniaya kami begini. Disebabkan sikap segelintir penduduk tidak membayar bil air, kami yang terpaksa menanggung susah," kata G Selvakumar, 28, mengenai masalah penduduk yang mengalami gangguan bekalan air akibat dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). ANGKAT...penduduk mengambil air yang dihantar DBKL.
Menurutnya lagi, petang kelmarin wakil Syabas datang mengadakan beberapa perbincangan bagi menangani masalah berkaitan serta air sudah dipasang. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:43 PM PDT KEJAYAAN hebat dilakar kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel yang baru melabuhkan tirainya kelmarin terpaksa dibayar dengan harga tinggi oleh Majlis Sukan Negara (MSN). TAHNIAH...Shabery bersalaman dengan Pandelela Rinong di KLIA, semalam.
"Kejayaan di Sukan Komanwel menanam keyakinan yang kuat di kalangan atlet untuk tampil lebih baik dan mengaut lebih banyak pingat emas," katanya. | ||
Mallika hidupkan Naagin dalam Hisss Posted: 15 Oct 2010 08:40 PM PDT NAMA bintang ternama Bollywood, Mallika Sherawat sering dikaitkan dengan imej panas dan tubuh seksinya. Malah, Mallika atau nama sebenar, Reema Lhamba, 29, wanita India pertama ditawarkan bergambar bogel dalam majalah Playboy. Justeru, tidak hairanlah, kelibat model jelita dan pelakon kontroversi ini sentiasa mencuri perhatian ramai sama ada di karpet merah tayangan filem Bollywood mahupun Hollywood. Terbaru, bintang seksi ini menjadi sebutan ramai apabila dilamar produksi filem Bollywood/Hollywood untuk beraksi dalam filem Hisss arahan Jennifer Lynch. Hisss menceritakan mengenai dewi ular, Naagin yang pendendam dan menjelma menjadi wanita cantik. Naagin pergi ke bandar untuk mencari pasangannya yang diambil dari hutan oleh warga Amerika, George Amerika. Sebagai pelakon utama, Mallika mengakui filem itu mengangkat dirinya sebagai seorang pelakon berkaliber di Bollywood. Untuk menjiwai watak ular, Mallika mengalami proses menukar kulit dan mata. Naagin juga hanya makan korban sehingga mangsanya perlu berdoa untuk mendapat belas kasihan."Terus terang, memang jarang pelakon mendapat watak seperti itu dan saya tetap nampak seksi dalam filem ini. Menjayakan filem ini satu pengalaman yang cukup bermakna.
| ||
Posted: 15 Oct 2010 08:39 PM PDT TRANSFORMASI memerlukan usaha bersepadu yang menuntut langkah berani serta komitmen dan penyertaan daripada semua pihak bagi menangani cabaran utama seperti pelaburan swasta dan produktiviti rendah, kapasiti daya inovasi yang lemah serta kekurangan pekerja mahir.
Kerajaan juga sudah memperkenalkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara untuk meningkatkan pendapatan kasar negara kepada RM1.7 trilion dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 menerusi pelaksanaan 131 projek permulaan. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:34 PM PDT MUMBAI: Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta). BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.
Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan'. | ||
Jenama pakaian terlaris di dunia Posted: 15 Oct 2010 08:31 PM PDT NAMANYA saja amat unik apabila disebut kala pertama kali diperkenalkan mengenainya di Tokyo, Jepun, beberapa bulan lalu. JENAMA ANTARABANGSA...butik Uniqlo di Paris Opera, Perancis. Meskipun rekaannya minimal dengan pilihan pelbagai warna, Uniqlo sebenarnya bertindak sebagai pelengkap gaya suai padan yang boleh digandingkan dengan apa jua pakaian yang ada dalam koleksi seseorang. Seperti kata Ketua Pegawai Operasi Fast Retailing Group (yang juga pengasas Uniqlo), Tadashi Yanai, Uniqlo bukanlah label yang dicipta mengikut gaya terkini tapi berusaha mencetuskan kreativiti si pemakai dalam menyuai padan penampilannya. "Uniqlo amat berpegang teguh kepada falsafah rekaan untuk semua dan kami berusaha menyediakan pakaian yang sesuai untuk semua jenis manusia, melangkaui kategori seperti umur, pekerjaan, kewarganegaraan dan jantina. "Kami tidak kisah di mana jua anda berada kerana Uniqlo mencipta pakaian untuk semua kategori dan kumpulan sosial. "Pakaian kami direka untuk semua, menjangkaui usia, jantina, etnik dan apa jua yang sering membezakan antara satu sama lain.
| ||
Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola Posted: 15 Oct 2010 08:30 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Shila, 21, (gambar)mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama. Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat. "Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya. "Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini," katanya. Menurut Shila, dia sukakan dua rakannya itu kerana mereka berfikiran terbuka berbanding rakan-rakan yang kurang memahami kerjayanya sebagai artis. "Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk. "Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya. Bercerita tentang pemain bola sepak, Shila sebelum ini juga dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan. Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bakal memulakan proses rakaman album terbarunya sedikit masa lagi. Kali ini dia berharap konsep yang bakal ditonjolkan lebih matang memandangkan usianya sudah menginjak ke alam dewasa. | ||
Alyah & Farhan Tiada Lagi Pengurus Posted: 15 Oct 2010 08:29 PM PDT PETALING JAYA: Setelah beberapa bulan menguruskan kerjaya seni dua penyanyi, Farhan dan Alyah, pengurus mereka, Sam Kassim tidak lagi bekerjasama dengan dua artis itu. Khabar angin mengatakan, ia berpunca dariapda masalah disiplin dua penyanyin itu selain masalah komunikasi di antara mereka. Malah Farhan juga dikatakan tidak membayar pengurusnya itu sehingga membuatkan Sam enggan lagi bekerjasama dengannya. MStar Online mendapatkan mereka untuk mendengar sendiri dakwaan tersebut. Alyah yang sebelum ini pernah mempunyai masalah dengan jurumekapnya berkata, dia berharap agar hal ini tidak disalah ertikan kerana perjanjian kontrak selama tiga bulan di antara mereka telah tamat. "Hubungan antara saya dan Sam masih lagi baik. Cuma dari segi kontrak saya memberi tempoh tiga bulan percubaan kepada Sam dan akan meneruskan kerjasama sekiranya saya mahu. Kontrak Sam sudah tamat. "Tapi memandangkan saya bukan di bawah naungan mana-mana syarikat rakaman, saya tidak mampu untuk membayar gaji pengurus. Saya perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk karier saya. Jadi saya takut jika saya gagal membayarnya, masalah lain akan timbul. "Bayangkan, untuk baju saja saya perlu melaburkan beribu ringgit untuk membeli baju dan juga melakukan pembikinan klip video. "Ingin saya tegaskan, kami tidak ada apa-apa masalah pun. Cuma saya ada masalah kewangan," tegasnya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat. Farhan yang juga dihubungi mStar Online pula menegaskan bahawa dia dan Sam tidak bergaduh seperti yang dikhabarkan. Menggunakan alasan sama seperti Alyah (tak mampu bayar pengurus), penyanyi lagu Bukan Mimpi itu lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri. "Nak ikutkan saya tak tahu apa perjanjian dia (Sam) yang dibuat dengan ayah saya. Cuma saya difahamkan kami bekerja mengikut kepercayaan masing-masing tanpa membabitkan sebarang kontrak. "Kami tak gaduh pun, cuma tak mampu bayar dia sahaja. Saya faham, dia banyak membantu saya sepanjang empat bulan kami bekerjasama," tegas Farhan. | ||
"Tiada Niat Hukum Norman & Memey Melalui Media" - Pengadu Posted: 15 Oct 2010 08:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah berniat mahu menghukum pasangan pelakon itu dengan menggunakan pihak media. Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, dia hanya mahu menyindir pasangan itu yang didakwa masih tinggal bersama walaupun baru dicekup oleh penguatkuasa agama. "Sebenarnya saya menggunakan media kerana tugas wartawan adalah mulia, oleh demikian saya gunakan untuk menyindir," katanya. Perunding kreatif itu berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pendakwaan keenam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Jumaat. Saksi yang juga merupakan jiran Norman turut membawa beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Norman dan Memey menafikan tuduhan khalwat terhadap mereka. Katanya, keratan itu adalah untuk membuktikan penipuan dan pembohongan yang didakwa saksi telah dilakukan oleh pasangan tersebut. Perbuatan saksi itu dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan Memey. "Saksi tidak boleh mengambil keratan akhbar untuk dijadikan fakta. Saksi seharusnya hanya boleh mengatakan dia pernah membaca keratan itu," katanya dan menambah tindakan tersebut adalah menyalahi prosiding mahkamah. Mohd Yusri kelihatan agak bengang dengan bantahan tersebut menegaskan tindakannya adalah dengan niat mulia bagi membuktikan pembohongan oleh pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada September lalu. Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim menerima bantahan tersebut. Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 22, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008. Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a)Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Mereka kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhammad Nazri Basrawi. Perbicaraan akan bersambung pada 22 Oktober ini. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:27 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu. Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu. Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof. Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya. Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. | ||
Bintang AF8 Simpati Dengan Nasib Iwan Posted: 15 Oct 2010 08:26 PM PDT PETALING JAYA: Rakan artis terutama bintang AF8 bersimpati dengan nasib pemenang tempat kelima program realiti itu, Iwan atau nama sebenarnya Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, selepas disingkirkan dari drama bersiri Kau dan Aku musim kedua (KDA2), baru-baru ini. Iwan didakwa menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali tidak hadir ke kelas lakonan drama bersiri terbitan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) itu. Menurut rakan rapatnya di AF8, Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan, 22, dia hanya mengetahui sedikit-sebanyak cerita tentang Iwan itu menerusi akhbar. Ini kerana Iwan bukanlah seorang yang gemar berkongsi hal peribadi mahu pun masalahnya dan disifatkan perahsia. Apabila mereka bertemu semasa Konsert Reunion AF8 pada 10 Oktober lalu, pemuda itu kelihatan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Saya tak tahu tentang masalah yang dihadapinya kerana dia tak pernah bercerita kepada saya sebelum ini. Malah, saya juga terkejut dan tertanya-tanya sebab wartawan mengerumuninya pada Konsert Reunion AF8 yang lalu. "Walaupun berkawan baik, saya tidak tahu langsung tentang ceritanya disingkirkan daripada KDA2. "Mungkin dia tak sedar tentang kesilapannya. Tetapi saya rasa orang luar yang tidak mengetahui tentang cerita sebenar supaya tidak terlalu cepat menghukum," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, seorang lagi bintang AF8, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Kadim, 19, yang turut berlakon dalam KDA2 sebagai Emran menafikan tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh Iwan. "Saya tengok dia selalu datang ke kelas lakonan dan tidak pasti tentang alasan dia disingkirkan. Saya kasihan juga apabila mendengar dia tidak lagi sama-sama berlakon dalam drama itu. "Bagaimanapun, Hafiz memberikan lakonan yang tidak menghampakan," katanya. Sementara bintang AF8 Shah atau Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, menyifatkan faktor masih muda dan mentah dalam industri seni ini membuatkan Iwan gagal mengawal masalah yang dihadapinya. "Mungkin juga ada berlaku masalah salah faham antara pihak produksi dengan Iwan. Saya rasa kasihan juga kepadanya tetapi tak tahu nak buat apa," ujarnya. Bagi pelakon utama KDA2, Anith Aqilah Sulaiman Lim, 19, Iwan selalu menghadiri kelas lakonan dan membuat latihan dengan baik. "Jadi, saya tidak tahu bagaimana hendak memberikan komen tentang dakwaan tersebut," jelasnya ringkas. Iwan melakonkan watak Elena, seorang pelajar kolej yang bercita-cita tinggi, disenangi ramai dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain. Tempat Iwan diganti oleh Hafiz AF7. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:26 PM PDT PENYANYI Rap Kanye West tidak pernah lekang daripada dihimpit gosip. Terbaru penyanyi lagu Stonger ini dikatakan mengambil gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa perempuan. Bagaimanapun, foto tersebut telah pun menjadi barang dagangan apabila dibeli dan dijual kepada agensi-agensi media antarabangsa. "Dia mengirim gambar tersebut kepada beberapa perempuan dan kini gambar tersebut dijual kepada media-media yang memerlukannya," ujar sumber RadarOnline. Menurut sumber lagi, foto-foto yang tersebar memperlihatkan Kenye bergambar tanpa sebarang pakaian sambil mengenakan kaca mata hitam dan rantai emasnya. Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah membuat kenyataan bahawa ingin beraksi bogel di hadapan kamera. | ||
3.2 Juta Penonton Saksikan Perkahwinan Sheikh Muszaphar Posted: 15 Oct 2010 08:25 PM PDT SIARAN eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta. Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca televisyen itu dan meraikan detik bersejarah pasangan tersebut. Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, pukul 2 petang hingga 3 petang menerusi program Nona yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan. Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan. Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, persandingan kedua mempelai pada pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara. Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Datuk Mahadzir Lokman, laporan eksklusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan 'istana kayangan' dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata, TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka. "Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3. "Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai 'wedding of the year'. "Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!," kata beliau. | ||
Penyertaan Anugerah Skrin 2010 Meningkat Posted: 15 Oct 2010 08:24 PM PDT PENGIKTIRAFAN kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu. Kesemua rangkaian televisyen itu layak untuk menghantar penyertaan bagi siaran drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen masing-masing untuk merebut anugerah yang dipertandingkan. Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori. Sebanyak 17 buah telefilem, 13 drama rantaian dan enam drama komedi telah dicalonkan. Pencalonan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia dan dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri. "Kami berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. "Pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas pada bulan November nanti," kata Farid. Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2010, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2010. Ia akan disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai 24 Oktober sehingga 19 Disember ini. Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan. -Taubat Nasuha - 24 Oktober-Bagaikan Sumayyah - 31 Oktober-Sebelum Akhirat - 7 November-Miah Oh Miah - 14 November-Masyitah - 21 November-Dalil Cinta - 28 November-Lillahi Ta'ala (pencalonan dari TV9) - 5 Disember-Keropok Dan Nisan (pencalonan dari TV9)- 19 Disember | ||
Uji Bakat "Anda Ada 60 Saat" Bermula Posted: 15 Oct 2010 08:21 PM PDT ASTRO memperkenalkan sebuah program permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi untuk siaran Astro Warna (saluran 132). Program Anda Ada 60 Saat ini akan mula bersiaran pada 25 Disember ini. Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengetengahkan konsep permainan santai dan menarik yang memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Setiap peserta perlu bermain secara individu dan diberikan tiga peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat. Pengurus saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata Astro telah memberi banyak peluang kepada penonton untuk menonjolkan bakat dan potensi diri. Daripada bidang nyanyian, komedi, lakonan, tarian dan pelbagai program lain. "Tidak dapat dinafikan, terdapat kumpulan penonton yang lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal ringan menerusi aktiviti permainan. Akur memenuhi kehendak setiap penonton, kami sediakan sebuah lagi program istimewa untuk tontonan pelanggan kami. "Permainan-permainan yang dberikan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian penonton kerana cabaran-cabaran yang bakal dikenakan hanya menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Untuk memudahkan mereka, contoh-contoh cabaran boleh ditonton menerusi laman web rasmi Anda Ada 60 Saat. "Menariknya, orang ramai juga dijemput untuk memuat naik rakaman video latihan cabaran-cabaran yang digunakan untuk tontonan ramai yang melayari laman web itu," jelas Nizam lagi. Nizam menambah: "Sebagai contoh cabaran Bersemuka Dengan Biskut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta mungkin tersingkir jika masih gagal melakukan cabaran selepas tiga kali percubaan. Permainan-permainan yang akan disediakan dalam program ini sebenarnya amat mudah dan santai sekali. Tetapi persoalannya, mampukah anda melakukannya dalam masa 60 saat? Itulah keunikkan program ini!" Antara cabaran yang lain yang akan diberikan kepada bakal peserta pada setiap minggu seperti; Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Bersemuka Dengan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun. Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Anda Ada 60 Saat, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil pada 16 dan 17 Oktober ini, pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sesi uji bakat ini terbuka warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang. Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:20 PM PDT BANTING - Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam sunyi seketika apabila dua lelaki yang dihukum penjara tujuh tahun kerana mengaku melupuskan bahan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menyatakan permohonan maaf mereka. "Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya... saya telah insaf." Demikian kata K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, dalam bahasa Tamil sebelum diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah sejurus hukuman diputuskan oleh Majistret Hurman Hussain terhadap kedua-dua tertuduh itu. Dua sahabat itu yang berdiri di kandang pesalah menundukkan kepala seolah-olah kesal dengan perbuatan mereka. Terdahulu, Hurman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti termasuk abu mayat mangsa dan bahan yang digunakan untuk membakar mayat. Keempat-empat tuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan jurubahasa sebelum mereka kemudian menganggukkan kepala dan mengaku salah. Sarawanan dan Suresh masing-masing dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap tuduhan yang diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada awal bulan September lalu. Hukuman maksimum itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu jika sabit kesalahan dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda. | ||
RM212 bilion untuk transformasi Posted: 15 Oct 2010 08:19 PM PDT
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek- projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan 'bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap, sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju' yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi. Bajet bertemakan 'Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi' itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam. Bagi menggerakkan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata, kerajaan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion. Antara PPP tersebut ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Cheras- Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara- Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA. | ||
Tol 4 lebuh raya tidak dinaikkan Posted: 15 Oct 2010 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd. (PLUS) tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta bagi meringankan beban pengguna. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Sementara itu, UEM Group Bhd. (UEM Group) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) untuk tawaran mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS pada harga berjumlah RM23 bilion. Tawaran yang akan dibayar secara tunai itu adalah bersamaan dengan RM4.60 untuk setiap saham, demikian menurut kenyataan bersama KWSP dan UEM Group. UEM Group akan menguasai sebanyak 51 peratus pegangan di dalam syarikat khas tersebut manakala 49 peratus lagi akan dimiliki KWSP. Tawaran ini bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula Perjanjian Konsesi dengan terma-terma yang boleh dipersetujui oleh semua pihak. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:18 PM PDT KUANTAN - Lima tertuduh menghela nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar kanabis seberat hampir 28 kilogram dua tahun lalu. Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan keputusan itu selepas beliau mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Dalam penghakimannya, Mariana berkata, terdapat beberapa inferens yang ditimbulkan iaitu berkaitan jenis dadah dirampas, isu jagaan dan kawalan dadah dihantar untuk dianalisis Jabatan Kimia serta berat sebenar bahan khayal itu. "Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan kaitan tertuduh dengan barang kes kerana tiada satu pun elemen yang menunjukkan isu jagaan, kawalan dan pemilikan dadah yang ditemui," katanya. Tambahnya, keterangan saksi pendakwaan juga mengandungi elemen yang kabur terutama dari segi penjagaan dan kawalan terhadap barang kes. "Mahkamah berpendapat, berdasarkan isu identiti jenis dadah saja sudah memadai pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima tertuduh termasuklah warkah keizinan yang dikeluarkan berlaku percanggahan dengan menyatakan dadah yang dirampas jenis heroin sedangkan kertas pertuduhan menyatakan dadah jenis kanabis," jelasnya. Sebaik sahaja keputusan itu dibuat, kelima-lima tertuduh iaitu seorang tukang gunting rambut, Azli Che Lah, 46; suri rumah warga Thailand, Zailani Husin, 38; pesara, Mijan Jusoh, 66; pemandu teksi, Che Mat Che Mahmood, 57; dan pelajar warga Thailand, Miss Nanthiya, 20; menangis teresak-esak sambil dipeluk keluarga masing-masing. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:18 PM PDT KUALA LUMPUR – "Saya bersyukur, proses mencari keadilan di mahkamah kini selesai." Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing, dua tahun lalu. Wahid, 57, yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada November ini juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan sepanjang perbicaraan kes itu. Terdahulu, Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan Wahid tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. Wahid didakwa di Mahkamah Se- syen di sini pada 19 Ogos 2008 atas tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan permohonan visa 4,337 pekerja Bangladesh untuk masuk ke negara ini. Dia didakwa menerima rasuah tersebut daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian di kediamannya di No. 3167, Jalan Lembah Ledang persimpangan Jalan Duta di sini kira-kira pukul 10.15 malam 10 Julai 2008. Berdasarkan pertuduhan, wang suapan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran upah bagi mempercepatkan proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi warga Bangladesh terbabit. | ||
600 guru sandaran bakal hilang kerja Posted: 15 Oct 2010 08:15 PM PDT ALOR SETAR - Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu. Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya. "Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga. "Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya. Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam. | ||
Posted: 15 Oct 2010 08:14 PM PDT JOHOR BAHRU - Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook. Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa. Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas. Pemerhatian Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif. Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin. Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. "Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |