Adsense

Selasa, 25 Januari 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


KEKASIH MAMAT SEPAH..??

Posted: 24 Jan 2011 11:57 AM PST

Khabar angin bertiup kencang mengatakan gadis ini adalah kekasih Mamat ahli kumpulan Sepah.. Menurut sumber, kekasih Mamat ni bernama Nur Syuhada, adik kepada guitarist kumpulan Kristal (Rodi) dan sedang menuntut di ASWARA.

Jika benarlah bagai didakwa, wah... beruntung sungguh Mamat ni. Mana taknya... baru setahun jagung dalam industri seni, sudah meraih pelbagai kejayaan termasuk mempunyai kekasih cun. Harapan kita, semoga hubungan tersebut berkekalan hendaknya dan bukan sekadar omong kosong atau 'melepaskan batuk di tangga'!












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(PANAS) Fasha dan Jejai Putus Cinta

Posted: 24 Jan 2011 07:27 PM PST

Salam, hangat berita laporan harian metro yang mana melaporkan bahawa hubungan Fasha Sandha dan Jejai sudah putus, wuhuuu semuanya tinggal kenangan, tak silap baru nie tengok kat Melodi, kata Fasha dia masih lagi bercinta dengan jejai..huhu, nie dah putus pulak, dan ianya di sahkan sendiri oleh Jejai. sumber penuh

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Luar Biasa) Ayat Al-Quran pada kulit bayi

Posted: 24 Jan 2011 03:32 PM PST

Photobucket

MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia."Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Photobucket

Photobucket

sumber : amazingnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Cinta sejati Fasha Sandha dan Jejai sudah berakhir

Posted: 24 Jan 2011 08:47 PM PST

jejai dan fasha putus cintaMyMetro hari ini melaporkan pengakuan Jejai yang mengesahkan bahawa hubungan cinta bersama Fasha Sandha sudah pun berakhir.. Jejai juga menegaskan yang Nora Danish tiada kena mengena dengan perpisahan Jejai dan Fasha Sandha seperti apa yang di gosip-gosip kan sebelum ini.. Menurut Jejai lagi, pengakuan ini terpaksa dibuat bagi menjelaskan kekeliruan dan fakta yang tidak betul mengenai mereka diperkatakan di media dan di Internet..

"Nora Danish tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,"

"Dakwaan Nora Danish menggunakan keluarga saya untuk memisahkan saya dan Fasha tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,"

"Saya pasti Nora Danish tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,"

Sebab mengapa Jejai dan Fasha Sandha berpisah tidak pula dinyatakan.. tapi apa yang kami baca di Murai.com.my dan menurut informer Murai Batu..

"hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu."

Tapi itu hanyalah gosip sahaja.. sebab yang betul mengapa mereka berdua berpisah hanya Jejai dan Fasha sahaja yang tahu.. Sama-sama la kita tunggu kenyataan daripada Fasha Sandha pula selepas ini…

fasha dan jejai putus cinta

keratan muka depan akhbar metro

Info: MyMetro dan Murai


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Adakah ini Teman wanita mamat sepah?

Posted: 24 Jan 2011 07:52 PM PST

Ada angin yang bertiup kencang mengatakan gadis cantik dibawah ni adalah teman wanita mamat sepah ketika ini.. Betul atau tidak kami pun tak tahu, kita tunggu la pengakuan ikhlas daripada mamat sepah ni sendiri nanti.. Dengarnya kekasih mamat yang bernama Nur Syuhada ni adalah adik kepada Rody yang juga guitarist kepada kumpulan Kristal..

Bertuah sungguh Mamat sepah ni jika benar Nur Syuhada yang sedang menuntut di ASWARA ni adalah kekasih hati dia.. Lepas ni boleh la Mamat mengikut jejak langkah Shuib yang sudahpun bertunang dengan Siti Sarah bulan lepas.. MyGosip setiasa doa kan yang terbaik buat mereka berdua ni.. Apa-apa pun, jom kita layan gambar yang dikatakan kekasih mamat sepah kat bawah ni…

teman wanita mamat sepah

kekasih mamat sepah

kekasih mamat sepah Nur Syuhada adik kepada rody

Nur Syuhada seksi teman wanita mamat sepah


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Hakim tolak saman aneh terhadap Kardashian

Posted: 24 Jan 2011 12:00 PM PST

lu 11.1 Hakim tolak saman aneh terhadap Kardashian

ADIK-BERADIK Kardashian (dari kiri) Kyllie Jenner, Khloe Kardashian, Kim Kardashian, Kourtney Kardashian dan Kendall Jenner yang membintangi program realiti Keeping Up with the Kardashian di Los Angeles, California pada 5 Januari lalu. – AFP


NEW YORK 21 Jan. – Seorang banduan di Pennsylvania gagal dalam permohonan rayuan saman terhadap Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian yang didakwanya mengakibatkan tekanan emosi selepas menonton rancangan realiti mereka.

Banduan itu, Daniel Goodson dalam permohonannya pada 10 September lalu mendakwa adik-beradik Kardashian itu dalam rancangan Keeping Up with the Kardashians dan Kourtney & Khloe Take Miami menyebabkan dia cedera.

Beliau menuntut kos ganti rugi kerosakan lebih AS$75,000 (RM232,500) dan permohonan maaf.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) Ketiga di Philadelphia semalam mengekalkan keputusan hakim mahkamah rendah terhadap Goodson.

Mahkamah rayuan itu berkata, kelakuan adik-beradik perempuan itu `tidak terlampau memeranjatkan' untuk menyebabkan tekanan emosi secara sengaja seperti didakwa Goodson.

Ia juga berkata, dakwaan kecuaian oleh Goodson juga akan tidak akan dilayan. – REUTERS

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Teruja timba pengalaman berteater

Posted: 24 Jan 2011 06:49 AM PST

PEMBABITAN penyanyi, Farahdhiya Mohd Amin, 26, atau Farah dalam bidang lakonan semakin diterima ramai. Kejayaan melakonkan watak jahat, penggoda dan lemah lembut menyerlahkan bakat lakonan gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini.

Penampilan dalam drama seperti Kau Curi Cinta Ku, Ku Milik Mu dan Spa Q cukup meninggalkan impak besar dalam karier penyanyi bergelar pelakon yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu.

Selepas sekian lama memendamkan hasrat untuk melebarkan profil lakonan untuk terbabit di pentas teater, Farah akhirnya menerima tawaran menjayakan pementasan teater muzikal pertamanya, Terima Kasih Cinta.

Pementasan teater itu menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air antaranya Latiff Ibrahim, Safura, Deja Moss, Shajiry, Nadia Aqilah, Vince Chong, Norish Karman dan Tony Eusoff bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 Februari hingga 6 Mac ini.


Menurut Farah, pengalaman kali pertama terbabit dalam pementasan teater meninggalkan pelbagai memori menarik. Dia tidak sabar untuk menanti maklum balas peminat yang menyaksikan pementasan teater itu.


"Memang setiap kali berlatih untuk pementasan itu hati saya berdebar. Setiap hari banyak perkara baru yang saya pelajari. Memang membabitkan diri dalam pementasan teater adalah sasaran untuk tahun ini selain mengintai peluang beraksi di layar perak. Saya pernah mendapat beberapa tawaran untuk teater dan filem, namun terpaksa menolaknya kerana berdepan jadual penggambaran drama bersiri yang melalui tempoh penggambaran yang agak panjang.

"Saya cukup teruja untuk terbabit dalam pementasan teater. Sebelum ini, saya hanya mengetahui dan mendapat nasihat daripada rakan jika ingin meningkatkan mutu lakonan pentas teater adalah landasan terbaik. Selain lakonan saya juga perlu memberi tumpuan kepada tarian dan nyanyian kerana ia membabitkan pementasan teater muzikal.

"Pengalaman pertama di bawah bimbingan Pat Ibrahim juga pengalaman yang menyeronokkan. Siapa tidak kenal dengan reputasi koregrafer dan pereka tari terkenal seperti Pat malah saya percaya ramai yang menantikan peluang bekerja di bawah bimbingannya.

"Sudah tentu cabaran dalam pementasan teater lebih besar daripada menyanyi dan berlakon di televisyen. Saya perlu sentiasa peka dan memberi tumpuan penuh ketika beraksi di pentas," katanya.

Membawakan watak Azura, Farah bakal menyanyikan beberapa lagu baru selain lagu yang pernah dipopularkan Aishah, Janji Manis Mu pada pementasan teater itu. Ditanya mengenai karya yang diadaptasi daripada filem Cinta itu, Farah menjangkakan satu persembahan yang menarik.

Bercerita lanjut mengenai watak Azura seorang gadis lurus bendul, namun tegas. Dia bekerja di kedai buku. Sejak Disember tahun lalu kru produksi pementasan berkenaan sudah memulakan latihan untuk menjiwai watak dan memahami karakter masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai nyanyian pula, Farah mempertaruhkan single terbaru, Kau Telah Pergi ciptaan Julfekar. Lagu berentak balada itu mendapat maklum balas yang positif daripada pendengar. Malah dia menaruh keyakinan lagu kisah putus cinta itu bakal meninggalkan impak besar seperti lagu Bertakhta Di Hati.

Lagu berkenaan juga berkaitan dengan dirinya yang mengakui sudah kembali 'single' selepas percintaan dengan seorang ahli perniagaan terputus selepas empat tahun berkenalan. Farah sendiri sudah berasa penat apabila diajukan soal cinta apalagi mengenai perkahwinan.

"Tawar hati dan penat apabila ditanya soal cinta. Mungkin kami tiada jodoh. Saya tidak percaya dengan hubungan jangka panjang lagi. Perpisahan kami tiada kena mengena dengan kesibukan saya dalam karier seni mahupun pihak ketiga. Cuma kami tidak ada persefahaman lagi, itu sahaja.

"Hendak kata serik untuk bercinta lagi tidak rasanya. Buat masa ini, biarlah saya melupakan dulu mengenainya (cinta). Saya lebih selesa menumpukan kepada karier terlebih dulu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kecewa sikap MMP, EPSB

Posted: 24 Jan 2011 06:40 AM PST

PRESIDEN Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor melahirkan rasa kecewanya apabila dua syarikat penerbitan filem terkenal, Metrowealth Movies Production (MMP) dan Excellent Pictures Sdn Bhd (EPSB) tidak membenarkan karya diterbitkan dipertandingkan pada majlis Malam Anugerah Profima.

Anugerah yang dulunya menggunakan nama Anugerah Oskar itu bakal berlangsung pada 7.30 malam esok (25 Januari) di Palace of The Golden Horses. Sebanyak 64 kategori akan dipertandingkan membabitkan kerja di balik tabir sesebuah penerbitan.


Sewaktu sidang akhbar Anugerah Profima yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) baru-baru ini, Khir menegaskan disebabkan keengganan dua produksi filem dan drama milik David Teo dan Ahmad Idham mempertandingkan filem mahupun drama dihasilkan menyebabkan karya ahli bernaung di bawah Profima terbitan MMP serta EPSB terpaksa digugurkan.

"Saya dapat berasakan kekecewaan ahli Profima yang bekerja dengan dua produksi itu apabila penyertaan yang dihantar kepada kami terpaksa digugurkan kerana ia dihantar sendiri oleh mereka," katanya.


Sebelum itu Khir mendapat maklumat daripada beberapa ahli, jika penyertaan kru yang bertugas dengan MMP dan EPSB diteruskan, tindakan akan diambil.


"Bagi mengelakkan ia bakal memberikan kesan kepada kerjaya ahli, kami terpaksa akur dan menggugurkan semua penyertaan mereka," katanya lagi.

Begitupun Khir sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Urusan EPSB, Ahmad Idham mengenai tindakan yang diambil dan jelas pengarah serta pelakon itu, pihaknya tidak mahu terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan industri perfileman tempatan termasuk majlis penganugerahan dianjurkan mana-mana pihak.


"Kami menghormati pendiriannya. Cuma saya tidak tahu apa puncanya, saya belum mendapat sebarang penjelasan daripada Pengarah Urusan MMP, David Teo," katanya.

Walaupun dua produksi yang aktif menerbitkan filem dan drama itu tidak terbabit, bagi syarikat penerbitan gergasi lain seperti Skop Production, Primework Studios dan Tayangan Unggul memberikan sokongan dengan bukan saja menghantar karya hasil kerja ahli Profima untuk dipertandingkan, tetapi turut membeli meja pada malam majlis dianjurkan.


Majlis penganjuran Anugerah Profima tahun ini bagaimanapun menimbulkan kontroversi, pertamanya apabila namanya diubah dan kedua tiada kategori untuk pelakon.


Menjelaskan mengenai perkara itu tegas Khir, nama Oskar yang diguna pakai selama tujuh kali penganjurannya sebelum ini dirasakan kurang sesuai dan tidak mewakili Profima.


"Mengapa kita mahu menggunakan nama yang sudah diguna pakai orang lain. Oskar sinonim dengan majlis penganugerahan Academy. Menggunakan nama Profima bermakna ia datang dari persatuan yang menghargai ahlinya. Saya rasa ia akan menjadikan majlis anugerah ini menjadi lebih bermakna.


"Mengenai kategori untuk pelakon sebenarnya Profima diwujudkan untuk mengangkat karya atau kerja dihasilkan pekerja produksi. Kami mahu mengiktiraf mereka. Pelakon pula sudah banyak anugerah di Malaysia ini diwujudkan untuk mereka. Walaupun ada berpendapat dengan ketiadaan kategori pelakon anugerah Profima ini akan hilang seri, ia tidak berlaku kerana mereka ini akan menghiasi majlis diadakan dengan menjadi penyampai anugerah juga persembahan," katanya. Walaupun anugerah pelakon digugurkan ia ditambah dengan beberapa anugerah lain, antaranya Kostum Terbaik, Jurusolek Terbaik, Kesan Khas Terbaik dan Pembantu Produksi Terbaik. Pada malam itu nanti Profima turut mewujudkan beberapa anugerah khas seperti Tokoh Veteran Profima, Tokoh Pelakon, Tokoh Akademi Perfileman dan Tokoh Media.


"Untuk anugerah khas Tokoh Veteran Profima kami berikan kepada Mohd Nor Tagaya yang aktif sebagai pekerja produksi sejak zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee sehingga sekarang. Tokoh Pelakon kami memilih Datuk Yusuf Haslam, ini kerana pembabitannya dalam dunia penerbitan filem dan drama tempatan sangat memberangsangkan. Beliau juga boleh dijadikan contoh kepada ahli yang lain kerana sebelum ini dia juga bermula sebagai pekerja filem sebelum menimba pengalaman sebagai pelakon dan pengarah.


"Bagi anugerah Tokoh Akademik Perfileman akan diberikan kepada Allahyarham Dr Anuar Nor Arai sementara Tokoh Media diberikan kepada Ku Seman Ku Hussein yang banyak menulis mengenai industri perfileman secara umum mahupun kritikan," katanya.


Tahun ini Profima menerima hampir 300 pencalonan untuk 64 kategori dipertandingkan membabitkan 83 bidang kerja penerbitan filem mahupun drama. Anugerah akan diberikan kepada kategori filem, telefilem, drama bersiri, program televisyen, animasi, dokumentari dan pengiklanan. Seramai tujuh juri dilantik untuk menilai pemenang bagi setiap kategori.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Aksi bogel Mimi tersebar

Posted:

Aksi bogel Mimi tersebar

Aksi bogel Mimi tersebar



APA sudah jadi? Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi, vokalis kumpulan One Nation Emcees khabarnya sudah berubah sikap menjadi perempuan yang amat ganas atau lebih tepat, psiko. Malah, disebabkan kegilaannya itu, dia sanggup membunuh!

Namun, itu sebenarnya adalah antara karakter lakonan sulung Mimi menerusi filem berjudul, Klip 3GP.

Ia merupakan suatu perkembangan terbaru buat Mimi yang sebelum ini lebih terhad dikenali hanya sebagai vokalis One Nation Emcees.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Mimi boleh terjerumus untuk menjadi pelakon bagi watak yang boleh dikatakan agak mencabar itu.

Filem tersebut yang dilancarkan baru-baru ini di Damansara, Kuala Lumpur itu merupakan hasil arahan pengarah baru, Aidilfitri Mohamed Yunos yang merupakan salah sebuah penerbitan di bawah program Layar Baru yang diusahakan syarikat penerbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Skripnya pula adalah hasil nukilan pendatang baru, Sofea Aliza.

Filem tersebut menampilkan tiga buah kisah mengenai rakaman video yang sering disalah guna oleh masyarakat kini, dan wartawan jelita, Maya Akhtar adalah salah seorang mangsa yang terkena tempiasnya.

Tolak tawaran

Jelas sekali, sebagai pelakon yang baru terjun ke dalam bidang ini, watak yang dipegang Mimi itu sememangnya amat sukar untuk direalisasikan.

Apa yang menjadi persoalan setelah melihat sedutan yang ditayangkan, lakonan Mimi, 24, sebagai wanita psiko kelihatan seperti pelakon yang sudah lama menapak dalam bidang itu.



"Sebenarnya semasa mereka menawarkan kepada Mimi watak ini, kami (One Nation Emcees) baru sahaja selesai membuat pertunjukan di Kota Kinabalu, Sabah.

"Sebetulnya juga, Mimi pernah menolak tawaran (berlakon filem) ini sebanyak tiga kali kerana merasakan watak sebagai perempuan psiko ini terlalu berat kerana Mimi bukanlah seorang pelakon," ujarnya.

Bicaranya lagi, ketiga-tiga tawaran tersebut ditolak kerana masa yang diminta untuk melakukan penggambaran terlalu panjang.

Ini kerana menurut Mimi, dia tidak mahu tempoh penggambaran filem itu mengganggu jadual pertunjukan, rakaman atau segala persiapan yang sedang dilakukan bersama One Nation Emcees.

"Sebelum ini juga, kami baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu, Sabah untuk mengadakan pertunjukan di sana. Sememangnya letih kerana sebelum ini pun jadual kami padat.

"Perancangan awal kami adalah mahu berehat di sana kerana kampung halaman (dua anggota One Nation Emcees) Zydee dan Jojoe juga di sana. Oleh kerana komitmen bersama Klip 3GP, kami terpaksa balik awal," ujar Mimi yang turut memberitahu Zydee atau nama sebenarnya Mohd. Norzaidi Edris, dan Jojoe (Nur Hasan Baias) turut membuat penampilan istimewa dalam filem itu.

Pelik juga mengapa pihak penerbitan Klip 3P masih mahukan Mimi biarpun selepas tiga kali dia menolak tawaran, padahal Mimi bukanlah pelakon profesional yang telah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan ini.

"Maya Akhtar adalah seorang yang berani, liar dan sosial. Mungkin semasa sesi uji bakat dilakukan, pengarahnya dapat melihat karakter sebegitu dapat digalas oleh saya. Jika diteliti melalui skripnya, ia memang sesuai dilakonkan oleh pendatang baru," jelas Mimi yang mengakui dia hanya mencuba menjadi pelakon kerana apa yang menjadi keutamaannya ialah untuk bersama One Nation Emcees.


ONE NATION EMCEES masih menjadi keutamaan buat Mimi.


Bercerita lanjut tentang cabaran membawa watak Maya, dia hanya mempunyai masa selama tujuh hari untuk bersiap sedia.

Malah, hal yang paling membimbangkan dirinya adalah aksi ranjang yang dilakonkannya itu. Ini kerana dia tahu tindakan beraninya itu pasti mengundang kontroversi di kalangan penonton dan peminat filem tempatan kelak.

Menjawab persoalan tersebut, Mimi mengakui hakikat sebegitu pastinya berlaku. Ujarnya lagi, jika ia hadir dalam bentuk negatif, dia terpaksa menerimanya kerana apa yang dilemparkan itu adalah perkara yang sudah dilakukannya.

Di samping itu juga Mimi menambah, lakonannya itu adalah perkara benar yang telah terjadi di kalangan masyarakat kini berhubung penyalahgunaan teknologi.

"Ia sebenarnya merupakan suatu bentuk kesedaran bagi masyarakat di luar sana mengenai perkara yang benar-benar telah berlaku. Mimi ambil itu sebagai suatu pegangan bagi melakonkan watak ini," jelasnya mengenai babak ranjangnya itu yang turut memperlihatkan dia kelihatan seolah-olah berbogel menerusi salah satu adegan dalam Klip 3GP.

Mimi malah menerima hakikat cabaran semestinya wujud bagi seorang pendatang baru tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.

Menerusi filem tersebut, aksi bogel adalah cabaran terbesar dan agak sukar dilakukan bagi Mimi.

Dikecam

Mengamalkan prinsip tersendiri, secara jujurnya bicara Mimi, aksi berbogel tersebut bukan dilakukan oleh dirinya.

"Sebetulnya, Mimi tidak bogel. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi," akuinya.


ONE NATION EMCEES kini dianggotai oleh Mimi, Zydee (berdiri kanan) dan Jojoe (depan) selepas Kozae tidak lagi bersama kumpulan tersebut.


Tambahnya, serius: "Perkara yang Mimi tidak boleh hindari, Mimi terpaksa berikan kepada pelakon pengganti. Itu kerana sememangnya Mimi tidak dapat melakukan babak tersebut."

Seringkali diperhatikan, apabila muncul pelakon yang berani melakonkan aksi kontroversi, pastinya dikecam oleh peminat seni tanah air.

Menurut Mimi, perkara itu turut dirasakan dirinya juga, tetapi mungkin impak ke atas dirinya sedikit kurang kerana dia bukanlah bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon sepenuh masa.

"Mimi ialah seorang penyanyi yang hanya sekali sekala akan ambil tawaran lakonan. Jika mahu kecam, Mimi bukan seorang pelakon yang sememangnya aktif di bidang lakonan.

"Bukan mahu kata Mimi tidak kisah tetapi Mimi mahu orang tahu dalam filem ini, ia bukanlah Mimi yang sebenar. Ia semata-semata mengenai watak yang dilakonkan Mimi," jelasnya lantang menyuarakan pendapat yang datang daripada benak fikirannya mengenai perkara ini.

Selain itu, Mimi berpendapat, jika melakonkan watak-watak sebegitu, seseorang pelakon itu perlu meletakkan diri mereka ke dalam watak tersebut.

"Barulah ia menjadi lebih senang mahu jayakan watak itu," tegasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Paduan tiga vokal emas

Posted:

Paduan tiga vokal emas

Paduan tiga vokal emas

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


Kevin Chin, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Pengarah Urusan Sony Music, Adrian Lim sewaktu majlis pelancaran album 3 Suara.


SELALUNYA kalau kita menikmati sesebuah lagu, biasanya kita akan dihidangkan dengan lagu yang dinyanyikan secara solo atau duet. Agak jarang untuk kita mendengar lagu dinyanyikan melalui paduan suara sehingga tiga orang, melainkan ketika persembahan di acara-acara pentas sahaja.

Bagaimanapun kini satu pendekatan baru telah diambil dengan terhasilnya album yang berjudul 3 Suara. Album berkenaan yang telah dipasarkan baru-baru ini menggabungkan paduan suara tiga orang penyanyi.

Menariknya, tiga orang penyanyi yang terbabit dalam album berkenaan bukan calang-calang penyanyi. Pembikinannya dibuat dengan memilih penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri seperti Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Sheila Amzah.

Pengarah Urusan Sony Music Entertaiment Malaysia Sdn. Bhd., Adrian Lim berkata, album 3 Suara mengandungi sembilan buah lagu yang dihasilkan oleh beberapa orang komposer seperti Kevin Chin, Irwan Simanjuntak dan Aylwin Santiago.

"Album yang telah dihasilkan ini berdasarkan kepada inspirasi sewaktu era kegemilangan lagu-lagu Melayu yang cukup popular sekitar tahun 80-an dahulu.

"Tentang keistimewaan album ini pula, tiada lagu yang dinyanyikan secara solo atau duet. Sebaliknya kesemua lagu dinyanyikan oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut," ujarnya pada sesi pradengar album tersebut.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album itu seperti Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana, Hanya Satu, Mengenangmu,Teman, Tomorrow's Calling, It's A Beautiful Life dan Beribu Sesalan yang turut terdapat dalam versi akustik.

Menurut Adrian, selain menampilkan konsep tiga vokalis, album berkenaan juga menggabungkan beberapa elemen seperti balada, dangdut dan disko yang cukup dikenali dalam muzik Melayu.

"Untuk edisi pertama, sebanyak tiga ribu unit akan dicetak dan kami juga turut merancang untuk menghasilkan video klip lagu-lagu dalam album tersebut sebagai cara memperkenalkannya ke luar negara," ujarnya.

Tambahnya lagi, pihak Sony Music juga kini sedang dalam merangka siri jelajah album berkenaan di seluruh negara sebagai salah satu langkah promosi yang akan dilakukan.

Reaksi peminat

Salah seorang penyanyi dalam album 3 Suara, Shila Amzah menyatakan bahawa dapat bergandingan dengan dua orang penyanyi yang lebih senior merupakan satu pengalaman yang cukup menarik.

Menurut Shila, dia berasa sangat gembira sepanjang proses rakaman berlangsung memandangkan tiada jurang antara mereka bertiga meskipun dia merupakan penyanyi yang paling muda.

"Sudah tentu saya tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat. Pada saya, album ini cukup unik kerana ia adalah paduan suara kami bertiga yang diketahui memiliki gaya nyanyian tersendiri," katanya.

Tambah Shila, dia mengharapkan agar kelahiran album itu juga menjadi pengubat rindu memandangkan kebanyakan lagu-lagunya agak jarang ke udara di stesen radio tempatan.

Sementara, bagi Jaclyn Victor pula, cabaran yang paling besar untuk menghasilkan album tentunya faktor masa memandangkan mereka bertiga sibuk dengan jadual masing-masing.

Menurutnya lagi, biarpun berdepan dengan cabaran tetapi dia akhirnya meluahkan rasa puas hati setelah siap dihasilkan dan sangat yakin bahawa ia akan mendapat sambutan yang baik.

"Apa yang lebih penting, kesemua lagu telah dinyanyikan oleh kami bertiga dan tiada dominasi antara satu sama lain. Sebab itu saya merasakan ia sebuah album yang cukup unik dan peminat tidak harus melepaskan peluang untuk mendapatkannya," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson

Posted:

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson

Twinkle beri Akshay Harley-Davidson


AKSHAY KUMAR dan Twinkle Khanna.


PELAKON jelita, Twinkle Khanna menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa besar, Harley-Davidson buat suami tersayang, Akshay Kumar.

Motosikal yang berharga kira-kira AS$7,000 (RM21,420) itu bukan sahaja dihantar terus dari Amerika Syarikat, malah ia juga ditempah khas buat Akshay yang sudah lama mengidamkan pacuan dua roda berkuasa tinggi itu.

Sumber rapat Akshay atau Akki memberitahu: "Akki memang gemarkan motosikal dan dia sudah menunggang sebuah motosikal yang sama selama bertahun-tahun."

Dia juga sering membayangkan untuk memiliki motosikal berkuasa besar yang dilengkapi dengan ciri-ciri khas.

Justeru, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10, Twinkle mengambil keputusan untuk menghadiahkan motosikal berkenaan yang berwarna merah pulasan serta mempunyai ciri-ciri istimewa khusus buat suami tercinta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.