Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Scha Al-Yahya Menawan Dalam Persalinan Busana Pengantin

Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

Isu perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sudah lama menjadi tanda tanya para peminat. Bilakah mereka berdua akan menjadi pasangan suami isteri?

Atau segala percintaan mereka hanyalah strategi untuk populariti sahaja? Ouh tidak, itu hanya spekulasi kami. Terbaru dari Scha Al-Yahya yang sememangnya nampak cantik dan menawan telah menggayakan gaun pengantin Syaiful Brides, rekaan Syaiful Baharim.

Adakah Scha cuma menggayakan ataupun memang dia sudah mula mencari gaun pengantin yang sesuai untuk majlisnya yang akan datang? Kalau tak salah tekaan kami, pasti Syaiful Baharim akan menaja persalinan Scha di majlis perkahwinannya nanti. Siapa tahu kan?

Apa pun, mari kita lihat Scha Al-Yahya dengan persalinan busana pengantin rekaan khas oleh Syaiful Baharim selepas ini!

Kredit Gambar : Syaiful Brides

Audio: “Kisah Hati” Adalah Karya Asal Adi Sixth Sense Aka Manusia Putih!

Posted: 14 Mar 2012 09:43 PM PDT

Pasti dari dulu ramai yang tertanya-tanya kan siapa si Manusia Putih? Komposer ini telah mencipta lagu berjudul "Kisah Hati" yang telah dipopularkan oleh Alyah sehingga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Setelah lama berteka-teki, akhirnya, menurut Rotikaya, Manusia Putih adalah vokalis kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 29, adalah penyanyi asal dan pencipta penuh lagu yabg boleh dikatakan berhantu ini.

Lagu "Kisah Hati" juga telah banyak kali di-cover oleh peminat-peminat di Youtube dan versi instrumental juga pernah dibuat kembali oleh komposer amatur, Affan Aizat. Namun, OHBULAN! pasti ramai yang tahu lagu ini melalui drama "Stanza Cinta" kan?

Tapi itu semua adalah samada suara Alyah, ataupun orang-orang lain yang kita tidak kenal. Kali ini, anda akan mendengar sendiri karya asal Adi Sixth Sense dengan suara Adi sendiri. Sangat mengasyikkan!

Mana satu pilihan anda? Adi atau Alyah?

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu

Posted: 14 Mar 2012 10:15 PM PDT

Pada jam 3 petang semalam (14 Mac 2012), Anuar Zain telah hadir di Sidang Media Bersempena Malam Gala Hari Ibu atau dalam bahasa Inggerisnya, MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Dream Music & Dream Chorus Sdn Bhd.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA

Anuar Zain dipilih kerana aura dan bakatnya yang sangat kuat diyakini dapat menarik ramai peminat untuk datang menonton persembahannya. Konsep persembahannya sangat santai dan kasual di mana penonton bebas untuk berhibur bersama menghayati alunan suara eksklusif dari Anuar Zain.

Untuk info peminat Anuar Zain sekalian, penyanyi ini akan buat persembahan istimewa MOTHER'S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN di One World Hotel, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam. Anuar Zain akan menyanyikan lebih kurang 8 buah lagu popular beliau dan beberapa lagu lain termasuklah lagu Ibu. Persembahan selama 45 minit itu akan diiringi oleh pemuzik Faizal Uzair.

Majlis akan diserikan lagi dengan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000. Sesi bertemu peminat secara eksklusif juga turut disediakan. Budiey dikhabarkan, ada banyak peraduan akan dianjurkan oleh penaja untuk memberikan tiket percuma kepada peminat Anuar Zain.

Kepada yang mahu menempah tiket, bolehlah berbuat demikian. Harga tiket sangat berpatututan ya. Tiket dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Jualan meja berbentuk penajaan yang berharga RM100,000, RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga ditawarkan kepada syarikat korporat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my atau berhubung terus dengan sekretariat Dream Music di talian 03 – 2171 1220 / 2181 (Farida/Shikin).

Mahalkan tiket tu? Okay tak apa, Budiey dikhabarkan oleh Anuar Zain yang dia akan mengadakan persembahan santai bersama peminat dengan tiket yang semurah RM40 pada masa akan datang. Namun, segalanya masih dalam perancangan.

Anuar Zain tampil kacak, segak bergaya dengan suit lengkap berwarna perak. Smart!

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Isu Peminat Cium Anuar Zain Sebagai Strategi Marketing?
  • Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With… Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas

    Posted: 14 Mar 2012 08:38 PM PDT

    EKSPLORASI MAK YONG 'PUTERI JERIJIT EMAS' SIRI JELAJAH KIJANG MAS DI KEDAH DAN PULAU PINANG

    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan Eksplorasi Mak Yong : Siri Jelajah Kijang Mas 2012 yang akan dilaksanakan di tempat berikut :

    16 & 17 Mac (Jumaat & Sabtu) di Auditorium Kompleks JKKN Kedah, Taman Budaya Negeri, Lot Ptd 400, Alor Setar, Kedah Darul Aman
    Tel : 04 – 731 5930

    22 & 23 Mac (Khamis & Jumaat) di Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang, Kompleks Pusaka Warisan Seni Lot No. 2180 Jalan Rawang, Off Jalan P. Ramlee,10460 Pulau Pinang. Tel : 04 – 281 7791/ 7792

    Orang ramai di utara semenanjung dijemput hadir untuk menyaksikan Kumpulan Mak Yong Perantis yang diusahakan oleh JKKN sebagai usaha memelihara kesenian Mak Yong yang telah diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO.

    Eksplorasi Makyong (Siri Jelajah Kijang Emas) ini akan menjadi satu program bersifat pendidikan dan pendekatan kepada generasi muda dan masyarakat seluruh Negara bagi membantu mereka memahami dan menyanjung warisan seni budaya khususnya Mak Yong.

    Menggunakan konsep penjelajahan, Eksplorasi Mak Yong ini akan membawa Kumpulan Mak Yong bergaji yang pertama di dunia untuk menjelajah ke seluruh Negara bagi menjayakan misi ini. Sejak Mak Yong diiktiraf sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity oleh Badan Dunia UNESCO. Masuk adalah PERCUMA.

    Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012

    SENARAI TENAGA KREATIF KUMPULAN MAKYONG KIJANG EMAS

    1. Ruhani Binti Mohd Zin – Pengarah

    2. Mohd Radzi Bin Yusof
    Koreografer

    3.
    Nur Qul' Ain Binti Saari – Raja Besar / Tuan Puteri Jerijit Emas

    4.
    Nor Bariah Binti Salih
    Raja Kesuma Jaya / Raja Besar

    5.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Tuan Puteri Jerijit Emas / Inang

    6.
    Siti Nur Fatihah Binti Ariffin
    Nenek Pendita

    7.
    Mohd Faiz Bin Adam Sakeri

    Kucing Hutan

    8.
    Abd Muhaiminin Bin Abdullah
    Peran Tua

    9.
    Che Mohd Rasul Bin Che Soh
    Peran Muda

    10.
    Liyana Binti Mohd Noor
    Inang Satu

    11.
    Nurdiana Binti Abdullah
    Inang Dua

    12.
    W. Dzuriyati Binti W. Ismail
    Inang Tiga

    13.
    Mohd Adam Bin Ismail
    Inang

    14.
    Mohd Tab Bin Hamat
    Rebab

    15.
    Che Muhammad Tarmizi Bin Che Soh – Gendang Ibu

    16.
    Che Abdul Aziz Bin Che Soh
    Gendang Anak

    17.
    Mohd Shah Rezal Bin Muhamad
    Gong

    18.
    Amirul Ikhwan Bin Masnudin
    Kesi

    19.
    Mohd Fairuz Faizal Bin Mohamad Zain – Canang

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Cerita Mak Yong Puteri Jerijit Emas
  • Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Mas 2012
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas
  • Zon Artis

    Zon Artis


    Promo: Menangi Hampir RM100 Ribu Dalam Kempen MASYUK BERSAMA Hot FM

    Posted: 14 Mar 2012 08:46 PM PDT

    MASYUK BERSAMA HOT FM

    Anda pendengar setia Hot FM? Ini berita baik untuk anda (yang tak berapa nak setia tu pun, berita baik juga untuk anda sebenarnya) dimana mulai 19 Mac ini, anda boleh memenangi wang tunai yang ditawarkan oleh stesen radio itu melalui kempen peraduan yang diberi nama MASYUK BERSAMA. Teruskan membaca post ini untuk info lanjut mengenainya.

    Apa Yang Masyuk?

    Hot FM Masyuk Bersama, dibawakan oleh Berita Harian akan menjadi peraduan hangat bersama yang menawarkan hampir RM 100,000 untuk dimenangi.

    Dengarkan Hot FM setiap hari untuk peluang memenangi lebih wang besar. Jika anda merasakan hari anda sudah cukup hangat, masyukkan lagi bersama pasangan yang mungkin menjadikan anda berdua memperolehi wang berkepuk-kepuk di poket.

    Bagaimana caranya? Itu mudah sahaja dan paling penting anda tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja. Ini bermakna, ianya PERCUMA. Jom tengok!

    1) Dengarkan ENAM lagu yang akan dimainkan dalam Zon Masyuk Bersama.

    2) Jadilah pemanggil ke-5 dan ke-6 apabila Isyarat Memanggil Masyuk Bersama dimainkan.

    3) BERIKAN ARTIS dan TAJUK LAGU yang telah dimainkan semasa Zon Masyuk Bersama secara bergilir-gilir.

    4) SUSUNAN, ARTIS dan TAJUK lagu hendaklah diberikan dengan BETUL.

    5) Masa yang yang diberikan adalah 20 Saat. Setiap pasangan akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai *RM600 atau jumlah terkumpul untuk 2 orang.

    Waktu Bonu$$$ – Masyuk Bersama Berita Harian

    Dalam kempen Masyuk Bersama ini, akan ada Waktu Bonu$$$ yang memberi peluang kepada pendengar untuk menambahkan lagi koleksi wang. Jadi, pastikan anda sentiasa membuka telinga luas-luas dan dengarkan bunyi duit bertaburan.

    Tapi pastikan anda telah mendapatkan suratkhabar Berita Harian pada hari itu untuk peluang yang cerah menjadi Orang Kaya Baru dengan mudah dan segera. Baca ni:-

    1. Dapatkan suratkhabar Berita Harian setiap hari!

    2. Jawab soalan mudah yang diberikan penyampai.

    3. Jawapan terdapat di halaman 'Trivia – Hot FM Masyuk Bersama Berita Harian' mulai 19 MAC 2012.

    4. Rebut hadiah wang tunai waktu bonu$$$ bernilai *RM400 untuk 2 orang.

    So, mulai 19 Mac ini, pastikan anda mendengar Hot FM sepanjang masa walau dimana sahaja anda berada kalau nak menang duit tu. Untuk terma dan syarat, sila baca di sini.

    Related Posts with Thumbnails

    borak kosong

    borak kosong


    Ternyata Gaya Seks Seorang Pasangan Boleh Terungkap Dengan Buah Favouritenya Lho…!!!

    Posted: 14 Mar 2012 09:00 PM PDT


    Masih bingung meneka-neka atau bahkan teruja dengan gaya si dia waktu di ranjang? Mengenali sikapnya atau seberapa agresifkah dia bukan prioriti untuk mengetahui seberapa hebat saat bercinta dengan Anda nanti. 




    Karakter Pasangan Saat Bercinta



    Pisang


    Wanita yang gemar memakan pisang dapat diklasifikasikan sebagai wanita yang besar nafsu seksualnya, baginya kehidupan rumah tangga tanpa seks hanyalah kehampaan, pokoknya tiada hari yang terlewati tanpa adegan asmara. Lelaki yang memiliki isteri jenis ini haruslah selalu menjaga stamina tubuhnya.


    Appel


    Wanita yang gemar makan buah appel, amat gemar menjaga tubuh dan organ seksualnya. Jarang lelaki yang dapat berpaling darinya.


    Papaya


     Wanita yang suka sekali makan buah papaya, biasanya tubuhnya akan tumbuh subur, dan agak malas menjaga keserasian tubuhnya. Hm, sepertinya kamu harus memotivasinya!


    Tembikai


     Wanita yang gemar memakan buah tembikai adalah jenis yang tertutup bahkan menutup untuk membicarakan hubungan badan di depan umum. Baginya hubungan badan adalah sesuatu yang sangat peribadi. Ini bukan hal buruk, Kamu pun tak perlu risau kerananya. Bila tahu jurus untuk menaklukannya, maka ia pasti akan mendapatkan kehangatan dan sekaligus pelayanan yang amat luar biasa.


    Durian


    Meski selintas wanita jenis ini terkesan keras dan acuh, bahkan kadang terkesan sulit untuk didekati, namun bila ada lelaki yang mampu menaklukannya maka ia sangatlah romantis di dalam urusan bercinta.


    Kelapa Muda


     Kerana perasaanya amat sensitif, sebagai pasangan kamu harus ekstra hati-hati di dalam menjaga perasaannya. Selain itu hatinya sangat kecil, penakut dan pasif, namun bila ada lelaki yang berhasil menaklukan wanita jenis ini, maka dapat dipastikan ia akan mendapatkan paduan pelayanan seksual yang menyentuh perasaan dan lembut.


    Terung.


    Dalam olah asmara, wanita seperti ini sangat dingin, bahkan sampai frigid. Hanya lelaki yang benar-benar ahli yang mampu mengobarkan ghairah seksualnya. Menghadapi wanita semacam ini, diperlukan kesabaran, kelembutan dan rayuan maut.




    Nangka


    Hati-hati dengan wanita seperti ini, sekali lelaki jatuh ke pelukannya, maka dapat dipastikan ia akan sulit lepas darinya. Pesonanya seolah memiliki daya perekat yang amat luar biasa bagai Super Glue. Ia adalah jenis wanita penakluk lelaki, meski kadang wajahnya biasa saja, namun yang dapat membuat lelaki bertekuk lutut adalah permainan seksualnya yang amat luar biasa.


    Carrot


     Tipe wanita seperti ini biasanya memiliki daya pikat di matanya, kadang tampak jernih berkilau, dan sesekali tampak sayu, mengundang ghairah.


    (Sumber: krang kut)

    Orangtua Protes Gambar Wanita Telanjang di Depan Sekolah

    Posted: 14 Mar 2012 08:45 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Sebuah galeri seni diNew York, Amerika Syarikat (AS), menuai protes, setelah memasang gambar wanita telanjang bulat di jendela galeri mereka, yang menghadap sebuah Sekolah Rendah (SD).

    Protes itu, dilayangkan oleh Orangtua pelajar SD PS 42, terletak di seberang jalan, Galeri Dino Eli, yang terletak di Lower East Side, Manhattan, New York. 

    "Itu sangatlah berbau cabul dan dipasang disekitar sekolah," kata Yvonne Tsang, 28, ibu yang memiliki anak kelas pertama di sekolah itu, seperti dikutip dari Upi.com, Rabu (14/3/2012)

    "Sangat memalukan, seharusnya mereka tidak berada di sekitar sekolah ini. Seni adalah seni untuk mengekspresikan diri, tetapi tidak di sekitar sekolah. Saya akan sangat marah jika anak perempuan saya melihat foto ini," lanjutnya.

    Dino Eli, pemilik galeri, mengatakan pameran gambar seniman Lea Jeffire, berjudul "Squirrel Soup," tidaklah senonoh.

    "Kami tidak mempamerkan pornografi di sini, ini adalah payudara, setiap wanita memilikinya," katanya.

    Eli mengatakan ia telah bertemu dengan pihak sekolah, namun tidak ada kesepakatanyang dicapai. "Kami mengadakan pertemuan di dalam sekolah, pertemuan singkat di mana kita berdua tidak mencapai kesepakatan," kata Eli.
     

    Terapi Pisau Daging: Metode Pengubatan Alternatif Paling Mengerikan di China

    Posted: 14 Mar 2012 08:30 PM PDT

    Inilah salah satu metode pengubatan alternatif yang paling menyeramkan di dunia: Metode penyembuhan dengan pisau daging! Metode ini berasal dari budaya China yang menyatakan bahawa pesakit yang ditepuk-tepuk dengan tepian tajam pada pisau daging akan memberikan manfaat untuk kulit dan otot, serta dapat membuat pesakit merasa rileks.
    Cara pengubatan ini dapat ditemukan di pasar malam Jalan Huayuan, Hsinchu, Taiwan bahagian utara, yang dipromosikan sebagai metode penyembuhan pisau daging. Kerana keuniknya tersebut, jangan hairan jika banyak orang yang menyerbu "klinik" tersebut.
    Pengubatan dilakukan oleh seorang "doktor" yang memegang 1 atau bahkan 2 pisau daging yang kemudian "menyerang" pesakit dengan tepian tajam pisau.
    Datuk Bandar Hsinchu, Ming-tsai Hsu, juga turut mencuba terapi pisau daging ini. Dia mengatakan merasa lebih baik setelah pengubatan.
    Para "korban" lainnya mengatakan metode ini meninggalkan perasaan aneh setelah di terapi. .
    Bayaran pengubatan pisau daging ini tidak terlalu mahal.
    Walaupun terdengar menyeramkan, tetapi metode ini merupakan salah satu pengubatan alternatif yang dibenarkan di China.


    sumber: Weird Asia News

    ‘Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal

    Posted: 14 Mar 2012 08:15 PM PDT

    KULIM - "Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang," antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

    Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

    Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

    Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

    Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

    "Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

    "Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya," katanya.

    Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

    Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

    "Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

    "Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya," katanya.

    Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

    Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

    Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

    Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

    Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

    Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.



    sumber : sinar harian 

    Pencabul dibelasah

    Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT


    SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.
    Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.
    Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.
    Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.
    Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.
    Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.
    Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.
    Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.
    Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.
    Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan.

    sumber : kosmo online

    Budak sekolah maut terkena bola ragbi

    Posted: 14 Mar 2012 07:45 PM PDT


    ESSEX: Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.
    Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.

    Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.


    Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.

    Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.


    Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.



    "Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka," katanya. - TS


    sumber : myMetro

    Adik-beradik Trump dikecam

    Posted: 14 Mar 2012 07:30 PM PDT


    LOS ANGELES: Anak lelaki bilionair hartanah, Donald Trump, mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran tindakan mereka memburu haiwan liar dan dengan megah bergambar bersama bangkai haiwan berkenaan.
    Aktivis hak asasi haiwan menyelar Donald Trump Jr, 34, serta adiknya, Eric, 28, yang membunuh pelbagai binatang liar, termasuk seekor gajah, buaya, musang dan rusa.

    Mereka berburu di Zimbabwe, tahun lalu, dan gambar itu dipaparkan syarikat pengendali aktiviti berkenaan, Hunting Legends.


    Satu daripada imej itu menunjukkan Eric memegang bangkai seekor harimau bintang sambil berdiri di sebelah abangnya.

    Gambar lain memaparkan Trump Jr menunjukkan ekor gajah yang dipotong pada satu tangan, manakala tangannya yang lagi satu memegang pisau.


    Kumpulan pencinta haiwan menganggap aktiviti berburu sebagai kejam dan tidak sensitif.



    Bagaimanapun, adik-beradik itu mempertahankan tindakan itu dengan mendakwa, daging haiwan berkenaan diberi kepada penduduk setempat untuk dijadikan makanan mereka.

    Melalui Twitter, Trump Jr berkata, dia tidak rasa bersalah langsung atas tindakannya itu.


    "Ia adalah aktiviti memburu dan memberi makan. Saya seorang pemburu dan tidak perlu saya meminta maaf," katanya.

    Menurut Trump Jr, semua hasil buruan itu tidak dibuang begitu saja.


    "Penduduk kampung sangat gembira kerana dapat makan daging yang jarang-jarang diperoleh.


    "Tambahan pula, buruan kami bukan haiwan diancam kepupusan," katanya.


    Sebagai pemburu, katanya, dia juga menyayangi hidupan liar, tetapi yakin bayaran yang dikenakan untuk mendapat lesen berburu memberi banyak manfaat.


    "Sumbangan kami jauh lebih besar berbanding apa diberikan aktivis hak asasi haiwan," katanya. - TS



    sumber : myMetro

    Tumbesaran Sultan berjaya dihentikan

    Posted: 14 Mar 2012 07:15 PM PDT


    ANKARA: Proses tumbesaran lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, akhirnya berhenti selepas dia menjalani rawatan, lapor media semalam.
    Sultan Kosen, 29, mempunyai ketinggian 2.51 meter akibat menghidap penyakit acromegaly yang berpunca daripada ketumbuhan pada kelenjar pituitary.

    Keadaan itu mendorong penghasilan hormon berlebihan dan menyebabkan tumbesaran berlebihan jika berlaku sebelum akil baligh.


    Namun, Sultan bernasib baik kerana dia dapat dibantu saintis di Universiti Charlottesville di Virginia, Amerika Syarikat.

    Sejak mendapatkan rawatan di situ pada Mei 2010, Sultan diberi ubat bagi mengawal penghasilan hormon tumbesarannya. - TS



    sumber : myMetro

    Budak sekolah maut terkena bola ragbi

    Posted: 14 Mar 2012 07:00 PM PDT


    ESSEX: Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.
    Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.

    Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.


    Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.

    Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.


    Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.



    "Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka," katanya. - TS


    sumber : myMetro

    Pesakit culas solat

    Posted: 14 Mar 2012 06:45 PM PDT


    SUNGAI BULOH: Tidak tahu cara menunaikan solat ketika sakit termasuk kaedah bertayamum dengan betul menyebabkan hanya 15 peratus daripada pesakit Muslim yang dirawat di wad hospital di negara ini menunaikan tanggungjawab itu.
    Pensyarah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Azhar Yahya, berkata lebih 'parah' apabila mereka yang terlantar sakit hanya menaruh 'pengharapan' tinggi kepada Allah untuk sembuh, sedangkan tidak berusaha mendekatkan diri kepada penciptaNya.

    "Pengalaman ini saya lihat ketika berada lama di hospital selepas anak menghidap meningitis (radang lapisan otak). Bila sampai di wad, saya lihat orang lain dalam keadaan tekanan, tetapi dia mengharap pada Allah dan pengharapannya tidak sempurna...dia tidak solat, tapi berharap.


    "Bila saya kaji mengenai senario berkenaan, hampir 15 peratus pesakit ditempatkan di wad hospital saja yang solat dan 85 peratus pula tidak berbuat demikian," katanya selepas Majlis Pelancaran buku Pedoman Pesakit di Auditorium Hospital Sungai Buloh, di sini, semalam.

    Buku edisi khas penulisan Azhar bersama isterinya, Fadilah Yaacob bertajuk 'Panduan Bersuci, Solat, Puasa dan Motivasi Pesakit' dihasilkan dengan kerjasama Masjid Kota Damansara merangkumi enam bab termasuk wuduk, tayamum, solat, puasa, ubat dan motivasi pesakit.


    Pada majlis berkenaan, 20 naskhah buku terbabit diedarkan secara percuma kepada pesakit Muslim yang ditempatkan di Wad 5A, Wad Ortopedik, dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan berkenaan untuk melakukan solat dalam kaedah paling mudah.



    Hadir sama merasmikan program berkenaan, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Rais Rasid; Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim dan Nazir Masjid Kota Damansara, Ustaz Taib Pa.

    Menurutnya, kejahilan mengenai bab bersolat menjadi faktor ramai pesakit yang ditempatkan di wad hospital tidak menunaikan kewajipan bersolat lima waktu, sedangkan Islam memberikan banyak kemudahan kepada golongan berkenaan untuk melaksanakannya.


    "Mungkin mereka (pesakit) jahil dan tidak tahu cara yang sebenar, pada hal Islam memberikan suatu keringanan yang amat besar kepada mereka yang sakit ini untuk bersolat dengan cara yang mudah dan sehubungan itu perlu dipaparkan kemudahan terbabit.

    "Islam tawarkan kepada pesakit dari segi sembahyang paling mudah dalam mazhab Shafie terutama 'Kitab Al-Muktamad', menyebut kita boleh solat duduk, dan jika tak boleh duduk boleh baring, menggunakan badan, suara, mata dan hati, manakala tahap paling rendah sekali adalah mata dan hati," katanya.


    Mengulas mengenai senario berlaku di hospital, beliau berkata, perasaan ceria ketika mula dimasukkan ke dalam wad menyebabkan emosi berkenaan bertukar kepada tahap marahkan Allah hingga akhirnya tidak reda menghadapi penyakit.


    "Di situlah nanti maki-hamun keluar dari mulut mereka serta menyalahkan doktor dan jururawat. Mereka perlu tahu, sakit dihadapi sebenarnya menghilangkan dosa. Orang yang sakit adalah mereka yang paling mudah untuk beribadat. "Bab tayamum juga ramai tidak tahu, sedangkan ada caranya untuk melaksanakannya walaupun keutamaan kepada pandangan mazhab Shafie, tetapi pandangan kontemporari digunakan untuk memudahkan amalan," katanya.


    Sementara itu, Dr Khalid berkata, 500 naskhah buku 'Pedoman Pesakit' akan ditempatkan di wad hospital berkenaan bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pesakit Muslim untuk mengetahui kemudahan bersolat ketika di hospital.



    sumber : myMetro

    Suami Nadia Mustafa masuk ICU

    Posted: 14 Mar 2012 06:30 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Penerbit filem yang juga suami kepada dramatis Nadia Mustafa, Hazil Izham Ismail, 38, dikejarkan ke hospital malam kelmarin selepas mengalami pendarahan di kepala.
    Sewaktu dihubungi di sini, semalam, Nadia berkata, suaminya terpaksa menjalani pembedahan di salah sebuah hospital swasta di Bangsar.

    "Menurut laporan doktor, keadaan Hazil kini stabil, tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.


    Menceritakan apa yang berlaku, kata pelakon utama drama Tersungkur di Kaki Cinta itu, sebaik keluar hospital selepas mendapatkan rawatan akibat dipukul 20 lelaki tidak dikenali, Hazil selalu mengadu sakit kepala. "Bukan itu saja, dia juga sudah beberapa kali pitam dan mengalami masalah seperti serangan strok ringan. Risau dengan keadaan itu, kami kembali merujuk kepada doktor yang merawatnya. "Selepas pemeriksaan rapi dibuat, doktor mendapati ada darah beku di kepala dan bagi menyelamatkan nyawanya, pembedahan terpaksa dilakukan," katanya.

    Masalah kesihatan dialami Hazil dipercayai berpunca daripada peristiwa penerbit filem itu dipukul 20 lelaki tidak dikenali bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, 1 Mac lalu.


    Pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham antara krew penggambaran produksi Hazil dengan 'bouncer' pusat hiburan tersebut mengenai zon larangan merokok. Hazil yang cuba menenangkan keadaan dihentak dengan botol kaca.



    Pada peringkat awal selepas kejadian itu, pihak hospital mendapati Hazil mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri.


    sumber : myMetro

    Bapa siram dengan tangan bergari

    Posted: 14 Mar 2012 06:15 PM PDT


    SERI ALAM: Jenazah kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai di sini, dalam keadaan hujan renyai dan cuaca mendung pada jam 1.20 tengah hari, semalam.
    Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan itu selepas bapa kandung Dirang, juga antara empat individu direman bagi membantu siasatan kes terbabit, menyiram air ke pusara anaknya dalam keadaan tangan bergari serta diawasi beberapa anggota polis.

    Lelaki berusia 30-an itu hanya berkemeja-T putih, berkain pelikat serta berselipar, terus dibawa pergi polis sejurus pengebumian Dirang selesai.


    Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, neneknya Milnah Jul, 52, datuknya, Alan Alip, 49, bapa tirinya, Lima Medang, 25, keluarga serta lebih 150 yang hadir.

    Roselyn menitiskan air mata ketika talkin dibacakan imam kampung berkenaan, Abdul Rahman Ismail, manakala Alan yang sebak terduduk sejurus jenazah cucunya itu dimasukkan ke liang lahad.


    Terdahulu, keluarga Dirang menuntut jenazahnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kira-kira pada jam 11.45 pagi selepas dimandi dan dikafankan pegawai Majlis Agama Islam Johor (Maij).



    Turut hadir di HSA untuk menatap kali terakhir wajah Dirang ialah bapa kandungnya yang tiba dengan memakai baju lokap dan tangan bergari sambil dikawal tiga anggota polis.

    Lelaki berkenaan dilihat tiba lebih awal, namun menunggu di dalam kenderaan polis sementara menanti giliran untuk menziarah jenazah anaknya itu.


    Roselyn dan Milnah pula meluangkan masa kira-kira 20 minit di Unit Forensik HSA sebelum bapa kandung Dirang dibenar menatap buat kali terakhir jenazah anaknya itu.

    Suasana pilu mula terasa apabila Milnah memeluk bekas menantunya itu ketika dia sampai di pintu masuk bangunan berkenaan, manakala Roselyn yang tidak dapat menahan kesedihan terpaksa ditenangkan saudaranya. Bapa kandung Dirang itu terus dibawa masuk ke dalam bangunan berkenaan sebelum keluar kira-kira 10 minit kemudian dalam keadaan sugul dan beredar bersama anggota polis yang mengiringinya.


    Jenazah Dirang dibawa ke Masjid Nurhidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, untuk disembahyangkan sebelum dihantar ke tanah perkuburan dengan van jenazah.


    Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika ke kedai runcit di flat kediamannya untuk membeli mi segera dan telur.


    Seminggu kemudian, satu rangka seorang dewasa ditemui dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadapnya mendapati ia sepadan dengan DNA Roselyn.



    sumber : myMetro

    Bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di sungai

    Posted: 14 Mar 2012 06:00 PM PDT


    KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.
    Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

    "Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.



    "Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya," katanya.



    sumber : myMetro

    Pilih penjara kerana takut

    Posted: 14 Mar 2012 05:45 PM PDT


    KANGAR: Seorang lelaki yang dituduh memiliki mercun dan bunga api di Mahkamah Majistret di sini, semalam, memilih hukuman penjara dipercayai bagi mengelak risiko bakal mengancam keselamatannya jika dibebaskan kerana berhutang dengan beberapa orang sebagai 'rakan kongsinya' bagi menjalankan kegiatan menyeludup mercun serta bunga api.
    Malah, kekecohan berlaku apabila beberapa orang dipercayai rakan kongsinya itu mengerumuni tertuduh ketika dia dibawa dari lokap mahkamah untuk dibicarakan tetapi keadaan dapat dikawal anggota polis dan peguamnya.

    Difahamkan mereka mengugut memukul tertuduh malah ada sanggup mengeluarkan wang menjaminnya agar dia dibebas sementara.


    Tertuduh, Zaid Idrus, 40, yang tiada pekerjaan tetap membuat pengakuan bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

    Zuhair menjatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM3,000 terhadap tertuduh kerana memiliki mercun dan bunga api di Pusat Kuarantin Lama, Padang Besar pada 14 Ogos tahun lalu.


    Zaid diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohd Sobrey.



    Pada perbicaraan tahun lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan, tetapi menukar pengakuan kepada bersalah semalam, dipercayai selepas memikirkan keselamatannya berhadapan dengan pemiutang yang menunggu di luar mahkamah.

    Ketika prosiding, Zuhair memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya bagi membolehkan dia segera dibebaskan dan bekerja semula bagi menjelaskan hutangnya.


    "Anak guam saya berhutang lebih RM90,000 daripada beberapa orang dan mohon mahkamah meringankan hukuman," katanya.

    Katanya, tertuduh sedar hukuman bakal dihadapi apabila membuat pengakuan bersalah selepas memikirkan keselamatannya jika berada di luar terutama melihat beberapa individu hadir untuk menuntut hutang



    sumber : myMetro

    Wanita cantik kerja jaga lif di China,dinegara kita ada ke yang nak?

    Posted: 14 Mar 2012 05:30 PM PDT

    Sebuah shopping mall di Chengdu, China, menggunakan wanita cantik sebagai penjaga elevator @ lif. Mereka ini  diberi nama 'miss elevator etiquette'. Kecantikan dan kesopanan mereka tidak kalah dari pramugari pesawat. Agaknya kat negara kita ada tak wanita yang secantik mereka bekerja sebagai penjaga lif ini?






    Budak potong jari dan guna darahnya untuk tulis " I Failed Today''

    Posted: 14 Mar 2012 05:15 PM PDT

    Agaknya dah terlampau tertekan sehingga pelajar ini sanggup
    berbuat demikian....


    sumber : stomp.com.sg

    STOMPer birdsama saw a schoolboy cutting his finger with a penknife and writing the words 'I FAILED TODAY' on a concrete bench at a badminton court near Fajar MRT Station in Bukit Panjang.

    He said:

    "I took this picture at a badminton court near Fajar LRT Station.

    "I saw a teenage boy who seemed to be in upper secondary cutting his finger with a penknife and using his blood to write something on the concrete bench beside the badminton court.

    "I think this is quite stupid. Why would anyone waste their blood on this kind of stuff?

    "I took this picture when he went to some convenience store to buy some water to wash his blood away.

    "Are students today under that much emotional torture?

    "What's happening to our kids these days?"

    Mak cik naik segan tengok anak dara seksi sebelahnya

    Posted: 14 Mar 2012 05:00 PM PDT


    dia sebagai perempuan pun naik seram tengok wanita seseksi begini

    Potongan rambut awek yang buat lelaki binggung

    Posted: 14 Mar 2012 04:45 PM PDT

    Rambut merupakan salah satu mahkota yang amat dijaga
    oleh kaum wanita..tetapi ada juga diantara mereka yang sanggup 
    berfesyen dengan gaya rambut begini ....







    ada tak yang sanggup mengayakan fesyen rambut begini???

    Supermarket Jadi Pilihan Wayne Dan Susan Brandenburg Mengikat Tali Pernikahan

    Posted: 14 Mar 2012 04:30 PM PDT

    Umumnya s orang ingin menikah di tempat-tempat romantis atau di tempat keagamaan seperti pantai atau tempat ibadah atau juga di gedung atau hotel, tapi pasangan Wayne dan Susan malah memilih supermarket untuk menikah - kerana keduanya ingin melakukan sesuatu yang berbeza.


    Pastinya keputusan untuk menikah di supermarket Walmart yang ada di Brunswick County, Carolina Utara itu kerana mereka memiliki alasan iaitu  di tempat itu keduanya pertama kali bertemu sekitar 7 tahun lalu.




    "Dia seorang cashier waktu itu.




    Aku terus saja datang dan melihatnya ....isteriku sebelumnya meninggal beberapa tahun yang lalu, dan aku mengajak Susan pergi  dating. Untuk beberapa alasan, dia mengatakan ya dan dari situlah kemudian hubungan terus berlanjut hingga kami menikah," jelas Wayne.


    "Kami hanya duduk di sana minum teh panas dan aku tak ingin pergi ke pantai. Aku tak ingin menikah di rumah. Ini adalah tempat yang aku suka.


    Aku mencintainya dan aku akan tinggal bersamanya untuk waktu yang sangat lama...," ujar Susan seperti dilansir dari Dailymail.










    "Kami bertemu di sini, dating di sini. Teman-temannya ada di sini," tambah Wayne. 


    Adapun keduanya menikah di supermarket tersebut di hari Valentine dan  para tamu adalah para pekerja supermarket itu, keluarga dan juga teman-teman mereka.






    Pasangan itu khabarnya berencana untuk bulan madu ke pegunungan jika cuaca menjadi lebih hangat.

    Tikus Tidur ini Menjadi Hit Internet

    Posted: 14 Mar 2012 04:15 PM PDT

    Sebuah klip tikus yang tidur mendengkur di tangan staf hidupan liar ini telah menjadi hit di internet. Petugas Surrey Wildlife Trust, Dave Williams menemukan haiwan tersebut selama survei di hutan dekat Leatherhead, Inggris.


    Dave menjelaskan bahawa tikus kecil tersebut bernafas seperti "peluit keras" tetapi sayangnya kamera gagal merakam suaranya.

    Dormice, yang merupakan spesies langka, menghabiskan sepertiga hidup mereka berhibernasi. Mereka hanya aktif pada akhir musim semi, musim panas dan musim gugur ketika ada banyak makanan, dimana mereka berpesta buah, serangga dan hazelnut untuk menggemukkan tubuh guna tidur musim dingin mereka yang panjang.



    Waduh…Remaja Ini Dilarang Sekolah Gara-gara Berjanggutt

    Posted: 14 Mar 2012 04:00 PM PDT


    VIVAnews - Harrison Cerami, 15 tahun dari Inggris dilarang masuk kelas gara-gara membiarkan janggutnya memanjang. Ia ditempatkan di sebuah ruang lain di sekolahnya agar segera mencukur janggutnya.

    Seperti dikutip dari mirror.co.uk, ia sengaja membiarkan janggutnya memanjang kerana pisau cukur akan membuat masalah jerawat di kulit wajahnya.

    Sang ibu pun protes atas perlakukan sejumlah guru terhadap Harrison. "Saya boleh memahami hukuman ini untuk sesuatu yang lebih serius, tetapi dimasukkan ke dalam sebuah ruangan kecil seharian untuk kes semacam Harry menurut saya menyedihkan," kata sang ibu.

    Sang ibu melarang Harrison masuk sekolah sampai ada perubahan peraturan yang mendiskriminasikan anaknya. "Di sekolah ada banyak anak laki-laki yang menggunakan anting, tindik hidung, tinding alis, dan kebetulan Harry satu-satunya yang memanjangkan janggutnya," kata sang ibu.

    Kepala Sekolah Ribblesdale High School, Simon Smith, mengatakan, tak akan mengubah peraturan yang ada. Sudah menjadi peraturan bahawa murid laki-laki dilarang memanjangkan janggut selama sekolah. "Harrison boleh kembali sekolah jika sudah mencukur janggutnya."


    Budak kecik pesta rokok

    Posted: 14 Mar 2012 11:00 AM PDT

    Pizza bentu ais krim

    Posted: 14 Mar 2012 10:30 AM PDT

    PIZZA, makanan khas Itali ini, digemari kalangan anak-anak hingga dewasa. Beragam taburan (topping) mulai dari keju, paprika, ikan tuna, daging asap, daging cincang, daging ayam, daging lembu, pepperoni, hingga nanas menciptakan cita rasa sendiri. Topping yang gurih dan asin itu memang cita rasa pizza pada umumnya.

    Namun di Kota Bandung ini, justru muncul sejumlah kreasi baru pizza yang tidak biasa. Salah satu kafe di Bandung, yaitu Café Du Chocolat di Jalan Buton No 12, membuat  pizza dengan aneka campuran coklat. Di antaranya ice cream pizza, chocolate pizza platinum, greeny pizza, worm pizza, dan popcorn pizza.

    Kafé yang setiap hari buka pukul 10.00-23.00 ini digandrungi anak muda pencinta cokelat. Manajer Café Du Chocolate, Catya, mengakui usaha yang diprakarsai oleh Wira dan David ini telah berjalan hampir enam tahun. Menurut Catya, keuletan dan kreativitas yang dimiliki sang pemilik patut diacungi jempol.
    "Kalau biasanya kita disuguhi pizza yang rasanya asin, kafé kami ingin membuat pizza yang manis," ujar Catya.

    Harga yang diatwarkan oleh Café Du Chocolate masih cukup terjangkau, sekitar Rp 30.000 sampai Rp 70.000 per loyangnya.

    Anandya Ikhwan (22), mahasiswa dari salah satu perguruan tinggi swasta di Bandung, mengaku baru pertama kali mengunjungi Café Du Chocolate dan menikmati pizza ini. "Unik, enak, aneh, pokoknya beza sama pizza-pizza biasanya. Cokelatnya  tidak terlalu manis, ditambah roti yang digunakan tipis, jadi lebih renyah rasanya," ujar Ikhwan.

    Pizza cita rasa manis hasil kreasi sendiri juga dibuat oleh Chef Kamal, pemilikTnC Tiramisu & Coffee. Ia menciptakan resep pizza dodol atau zadol. Bahan dasar zadol terdiri atas dodol garut, krim, keju mozarella, palm sugar, dan adonan pizza. Sebelum dimasukkan ke tungku, adonan pizza lebih dulu diolesi krim, ditaburi keju mozarella, irisan dodol garut, dan ditaburi palm sugar.

    Hanya butuh waktu sekitar lima minit untuk memasak zadol di dalam tungku buatan Chef Kamal yang boleh mencapai suhu 300 derajat celcius. Ketika diangkat, dodol garut sudah lumer menyatu dengan keju mozarella.

    Di samping cita rasa baru yang disuguhkan bagi pencinta pizza, kini bentuk pizza pun ada yang berbeza dari biasanya. Bila kita biasa menikmati pizza yang dimasak di atas pan, kini kita menikmati pizza yang berbentuk corong seperti es krim.

    Adalah Nia D Permana, seorang perempuan muda yang membuka gerai pizza yang dinamakan Pitsa Cone di kantin Kologdam, Jalan Aceh, Bandung. Nama Pitsa Cone digunakan sebagai plesetan pizza dalam bahasa Sunda.

    Bahan topping yang digunakan sama dengan pizza pada umumnya, antara lain daging cincang, jamur, ayam cincang, paprika, dan bawang bombay. Semuanya sudah dibuat setengah matang sehingga memudahkan proses pematangan pizza. Awalnya, bagian dalam corong roti pizza dilumuri dengan saus khas pizza Italia dengan cita rasa oregano yang kentara. Selanjutnya bahan isi disatukan dan diaduk hingga bercampur rata.

    Hanya dimasukkan ke dalam oven selama tiga menit, pizza langsung matang dan siap untuk disantap. Harga satu pitsa cone dibanderol Rp 9.000 dan Rp 10.000.

    Heboh Ada Mayat Tak Boleh Diangkat Di Pontianak

    Posted: 14 Mar 2012 10:15 AM PDT

    Sudah beberapa hari ini warga Pontianak digegarkan dengan berita tentang mayat yang terjatuh ke parit di pekuburan Gang Kesturi Jeruju Pontianak dan tidak boleh diangkat lagi sehingga terpaksa dikubur di parit tersebut walaupun tak sesuai kerana dipenuhi air.




    Warga Jeruju yang berada di Jalan Komyos Sudarso di kejutkan dengan susuk mayat tidak dapat diangkat selama empat hari. Warga setempat menemukan mayat perempuan yang sudah membusuk di samping rumah milik seorang penduduk.

    Salah satu tokoh masyarakat jeruju, Kawi (40) mengatakan, mayat tersebut merupakan penduduk dari Gang Pisang yang meninggal beberapa waktu lalu dan dibawa ketempat perkuburan yang tidak jauh dari pasar. Namun ketika ditandu oleh orang ramainya, mayat tersebut jatuh kedasar tanah yang di penuhi oleh takungan air.

    Setelah mayat itu jatuh dan ketika akan diangkat ternyata berat sehingga tidak dapat diangkat lagi lantaran susah. Akibatnya, dengan terpaksa mayat tersebut dibiarkan begitu saja oleh penduduk dari Gang Pisang.

    Sumber

    Hanya kerana ciuman sebuah lapangan terbang kecoh,penerbangan ditangguhkan

    Posted: 14 Mar 2012 10:00 AM PDT

    Pihak berkuasa lapangan terbang di Amerika kini benar-benar dilanda ketakutan luar biasa. Terbaru, gara-gara ada seorang lelaki yang menyelinap masuk ke ruang menunggu untuk memberikan ciuman perpisahan kepada seorang wanita.Pihak berkuasa Lapangan Terbang Internasional Newark, New Jersey, menutup lapangan terbanhg itu selama berjam-jam. Akibatnya, perjalanan ribuan penumpang tertunda.
    Video insiden yang terjadi hari Minggu itu kelmarin disiarkan olehseorang anggota senator AS di tengah meningkatnya kekhuatiran terhadap ancaman keamanan penerbangan pasca-percubaan pengeboman yang dilakukan Umar Farok pada hari Krismas lalu.

    Hanya kucupan perpisahan boleh buat kacau seluruh penerbangan 

    Di awal video, seorang petugas  Keamanan Transport (TSA) dilihat menanyakan seorang lelaki yang hendak masuk ke ruang tunggu penumpang. Sang petugas memintanya keluar. Ketika petugas itu meninggalkan mejanya dan berjalan menuju kawasan  lain, lelaki itu menyelinap untuk bertemu seorang penumpang wanita yang sudah melewati pos pemeriksaan keamanan, dan memberikan sesuatu yang nampak seperti ciuman selamat tinggal.

    Semua penumpang dan seisi bandara jadi ketakutan dan panik hanya kerana sebuah ciuman

    Kejadian itu membuat sejumlah pihak memberikan kritik keras. Senator Frank Lautenberg dari New Jersey sangat marah dengan kejadian ini. Ini membuat pihak keamanan sempat menutup lapangan terbang selama berjam-jam dan memaksa pihak berkuasa untuk memeriksa kembali ribuan penumpang yang akan pergi.

    Lapangan Terbang Internasional Newark Liberty adalah salah satu dari tigalapangan terbang utama di daerah kota New York. Salah satu pesawat yang dirampas pada serangan 11 September 2001berlaku dilapangan terbang ini. Sebelumnya, pihak berkuasa California menutup lapangan terbang pada hari Selasa setelah melihat sebuah cairan yang dicurigai sebagai bahan peledak, padahal yang dibawa penumpang itu adalah madu.





    Sepertinya para petugas trauma dengan terroris kerana salah satu pesawat yang dirampas terroris pada 11 September 2001 berasal dari lapangan terbang Newark ini, jadi sindrom teror itu sepertinya menjadi trauma.Lelaki yang menyelinap masuk hanya untuk memberikan sebuah ciuman pada kekasih hatinya tersebut.

    Sumber: Kompas dan Mail Online