Ingatkan media lebih tahu mengenai kisah cinta antara pemain bolasepak Malaysia, Khairul Fahmi atau Apek & Leuniey. Rupa-rupanya Datuk Siti Nurhaliza sudah tahu lebih awal dan menurut sumber melalui portal Murai, sebenarnya Siti adalah antara punca Apek & Leuniey mahu mendirikan rumah tangga.
Tak cukup disitu, Siti turut mengaku dia telah memberikan beberapa petua tips rumah tangga kepada Apek kerana dia menyifatkan kisah penjaga gol kebangsaan ini tak ubah seperti kisah cintanya bersama Datuk K sebelum ini.
Namun, malang bagi kami dan juga anda. Ini kerana Siti hanya menjelaskan semuanya didalam sebuah program istimewa yang bakal disiarkan pada Disember nanti sebelum Apek & Leuniey berkahwin. Kita nantikan saja ya apa yang telah dikongsi oleh Siti dalam program itu ya.
Setakat ini album 'Zikir Terapi Diri' Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International, telah mencatatkan jualan fizikal hampir 80 ribu unit dan ia kekal berada di carta teratas iTunes Malaysia dan Asia.
Sehubungan dengan itu, pihak penerbit telah bersedia untuk membawakan album tersebut ke skala yang lebih besar iaitu ke 'Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun' pada 14 November ini bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Konsert ini diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1434H.
Menerusi konsert tersebut, Hafiz bakal menyampaikan 12 buah zikir terapi dan kesemua zikir tersebut akan dijadikan sebagai elemen utama konsert.
Bagi individu yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, anda boleh dapatkannya dengan harga RM125, RM100, RM75 dan RM50.
Tiket boleh dibeli secara online menerusi www.airasiaredtix.com atau hubungi talian 012-225 1297.
Sebarang maklumat lanjut mengenai penempahan tiket, penajaan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak penganjur, Arteffects International di alamat emel newmedia@arteffects.com.my atau hubungi talian 012-2251297 / 03-7727 1297. Maklumat tentang konsert juga boleh diikuti melalui laman Twitter@hafizhamidun dan www.arteffects.com.my
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Patah tumbuh hilang berganti. Setelah percintaan antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz berakhir pada September lalu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa Anne Ngasri telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik berstatus duda.
Sedihnya, Anne Ngasri enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang menjadi tunangannya itu. Walau bagaimanapun, dengan tersebarnya beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Anne Ngasri yang berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur semalam, segala-galanya terbongkar dimana lelaki yang menjadi tunangan Anne Ngasri itu dikenali sebagai Mohd Sumali Reduan, berusia 40 tahun dan kini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.
Menurut Anne Ngasri, beliau dan lelaki berstatus duda beranak satu ini berkenalan dan berkawan atas dasar kawan sejak setahun yang lalu namun kesungguhan lelaki itu mula tercetus sejak sebulan yang lalu, selepas Anne Ngasri mengakui yang hubungannya dengan Aliff Aziz sudah berakhir.
+ Kredit: Beautifulnara.com
Memberi tahu kepada pihak media sejurus berita pertunangannya tersebar, Anne Ngasri menyatakan yang mereka akan melangsungkan majlis pernikahan pada bulan Disember nanti. Walau bagaimanapun, Anne Ngasri tidak menyatakan secara terperinci tarikh tepat ianya dilangsungkan.
Sebuah pusat perbelanjaan di kota Italia dianugerahkan penghargaan oleh Guinness Record kerana memiliki taman vertikal terindah dan termegah di dunia.
Taman di dinding vertikal itu terbilang unik sebab meskipun tak umum, namun lahannya terbilang luas iaitu mencapai 1,263 meter persegi dan yang lebih WOW-nya lagi, taman ini terdiri dari 44,000 jenis tanaman
Taman yang diletakkan di salah satu sudut pusat perbelanjaan Rozanno ini hanyalah diaplikasikan di sebuah dinding. Ide segar ini dikreasikan oleh seorang arkitek asal Itali bernama Fransisco Bollani. Bollani dan teamnya memerlukan waktu sekitar setahun untuk menumbuhkan keseluruhan 44,000 jenis tanaman yang ada di dinding tersebut. Sedangkan untuk menatanya ke dinding Rozanno ini Bollani menghabiskan waktu selama 90 hari untuk mempercantiknya.
Dinding ini sebenarnya bukanlah dinding biasa, Bollani sebelumnya sudah merancang dinding ini layaknya lego. Pembuatan rangka di dinding ini bertujuan agar dapat menopang ribuan jenis tanaman yang heterogen tersebut. Dalam projek ini, justru pembuatan rangka dinding inilah yang sangat menghabiskan dana yang cukup lumayan iaitu sekitar €1 juta ($1.3 juta).
Pembuatan taman vertikal ini bukanlah tanpa sebab, kerana menurut direktur Rozanno, Simone Rao, taman ini sangat berguna untuk mengendalikan temperatur di dalam ruangan, meredam cahaya matahari, dan juga berguna untuk penghematan energi.
PERTH: Seorang paderi bersara putus telinga selepas bergaduh dengan seorang lagi bekas paderi. Paderi Thomas Byrne, 80, menyuruh Paderi Thomas Smith, 81 mengambil sendiri 'kulitnya' dan masukkan ke dalam poket selepas mereka bertengkar kelmarin, kata polis. Mahkamah Majistret Perth Timur diberitahu, Smith hanya sedar kulit itu adalah cuping telinganya yang putus selepas kembali ke rumah dan mengeluarkannya dari poketnya.
Byrne dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan orang lain berhubung pergaduhannya dengan Smith.
Kedua-duanya tinggal di rumah persaraan bersama seorang lagi paderi bersara.
Mahkamah diberitahu, kedua-dua paderi itu berkelahi kerana berebut tempat meletak kereta.
Menurut polis, Smith mengambil masa untuk menyedari bahawa telinganya digigit hingga putus.
Dia kini berada di hospital selepas menjalani pembedahan untuk menyambungkan telinganya. - AP sumber : mymetro
LONDON: Seorang pelajar berusia 16 tahun menggunakan mekap dan memakai rambut palsu untuk menyamar sebagai orang tua untuk melakukan rompakan bersenjata. Dengan berpakaian seperti lelaki tua, Miles Alura merompak sebuah kedai emas di Kent, Julai lalu, dan melarikan barang kemas berharga 50,000 pound (RM243,375). Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
Menurut polis, Alura, memakai rambut palsu ketika merompak sebuah kedai emas Mayfair di London, sebulan sebelum itu dan melarikan barang berharga 100,000 pound (RM486,750).
Dalam dua kejadian itu, dia dan beberapa rakan mengugut staf dengan senjata api mainan sebelum mengikat mereka dan melarikan diri.
Untuk menyamar lelaki tua, Alura memakai topi, mewarnakan kening, memakai janggut palsu, menipiskan rambut dan bermekap, sekali gus mengingatkan seseorang kepada penyamaran seperti dalam siri kartun Scooby Doo.
Alura yang berasal dari Camden Road, London, dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Kingston selepas dia mengaku bersekongkol untuk merompak.
Dia turut dikenakan hukuman dua setengah tahun penjara kerana memiliki senjata api mainan dan lima tahun penjara kerana merompak. Semua hukuman itu berjalan serentak.
Seorang lagi remaja berusia 16 tahun dari Stoke Newington, London, dipenjara tiga tahun kerana merompak, bersekongkol untuk merompak, manakala remaja ketiga berusia 15 tahun dari Holloway, London, dijatuhkan hukuman tahanan setahun dan arahan menjalani latihan.
Nama kedua-dua rakan Alura itu tidak boleh didedahkan kerana faktor usia. - DM
SEORANG pemuda mandi di dalam rumah kapsul yang disewanya di Wuhan, China.
WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.
Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi.
Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya.
Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.
Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya.
Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi
JAM tangan Patek Philippe milik penyanyi legenda Eric Clapton dipamerkan di firma lelongan Christie's di New York pada 12 Oktober lalu.
GENEVA - Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001. - Agensi
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu. Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.
"Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping. sumber : mymetro
KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta. Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya. "Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri," katanya kesal.
Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.
"Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.
GOMBAK: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja. Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu. Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. "Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu. "Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja," katanya. Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.
Berikutan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu mereka bagi membantu siasatan kes itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berkenaan. sumber : mymetro
Ica adalah sebuah kota kecil yang indah di bagian selatan Peru. Namanya cukup menonjol dalam daftar pelancungan, terutama kerana iklimnya yang hangat, memiliki deretan bukit dan padang pasir yang menawan. Pemandangan cakrawala yang seperti tak ada habisnya, juga kerana oasenya yang menakjubkan. Penduduk setempat menyebutnya sebagai La Huacachina, terletak 5 km barat daya dari Ica.
La Huacachina adalah sebuah destinasi yang istimewa, sebuah tempat ideal untuk bersantai atau untuk menikmati petualangan di kawasan gurun pasir. Balap mobil buggy dan sandboarding adalah aktifitas paling populer di wilayah terkering Kota Ica ini. Selain itu para wisatawan juga dapat menghabiskan waktu dengan berkunjung ke perkebunan anggur tradisional yang berada di pedesaan sekitar La Huacachina, serta mempelajari seni meracik segelas Pisco Sour (cocktail berisi campuran Pisco, lemon, putih telur, sirup dan bitters) khas Peru yang nikmat.
Superman, tokoh fiksi yang telah menjadi legenda di seluruh dunia dan hebatnya lagi tokoh ini terkenal hingga lintas generasi. Karakter Superman pertama kali diperkenalkan oleh penerbit komik Detective Comics (DC Comics) di Amerika Syarikat, diciptakan oleh seorang seniman Kanada bernama Joe Shuster dan penulis Jerry Siegel pada tahun 1932. Lalu karakter yang diceritakan berasal dari Planet Krypton ini menjadi makin populer kerana kerap muncul di berbagai serial drama radio, acara televisyen, surat kabar, video game hingga layar lebar. Mungkin ketenaran itulah yang menginspirasi lelaki ini untuk berpenampilan layaknya seorang Superman. Avelino Chavez, lelaki berusia 52 tahun asal Lima, Peru ini sejak 15 tahun lalu berdandan ala Superman, mulai dari kostum yang dikenakan hingga potongan rambut tak luput dari ciri khas sang superhero.
Ia berpenampilan seperti ini setelah gagal dalam pekerjaan sebelumnya seperti menjadi pengrajin, pekerja laboratorium dan penjaga rumah pelacuran. Seperti dikutip dari The Associated Press, ia menuturkan Saya kehilangan pekerjaan, tetapi saya sadar bahwa saya boleh menjadi seorang Superman. Saya pergi ke kedai membeli kemeja biru dan meminta sepupu saya untuk menjahitkan jubah, sepatu, ikat pinggang dan celana ketat merah. Dan kerana penampilan eksentriknya, Chavez menjadi terkenal di kota Lima. Ia pernah muncul pada rapat umum partai politik, pada pesta pernikahan serta mempromosikan tempat pelacungan dan penerbangan atas nama sebuah biro perjalanan. Bahkan satu dekad lalu, salah satu partai politik pernah memintanya untuk mencalonkan diri. Dia setuju, tapi tidak memenangkan kerusi. Di setengah abad usianya, Chavez masih hidup melajang, ia tinggal di apartment sewaan di lingkungan miskin kota Lima. Ia berujar, Ketika saya mendapatkan kekasih, saya akan mengajaknya bercinta di Bulan Sumber : The Associated Press
Seniman Li Wei membuat suatu karya campuran dari seni pertunjukan dan fotografi yang menciptakan ilusi realitas menarik yang tidak biasa. Karya favorit nya adalah 'Mirror' dan seri 'falls'. Menurutnya gambar-gambar ini tidaklah karya digital komputer, karya-karya ini dibuat dengan bantuan alat peraga seperti cermin, kawat logam, dan akrobat. Menggunakan cermin besar dengan lubang di tengah yang cukup besar untuk menampung kepala dan leher, ia menempatkan kepalanya melalui lubang dan "proyek" image-nya ke tempat-tempat bersejarah dan berbagai perkotaan.
Saya bukan penggemar yang berat dari mobil mewah nan klasik buatan Rolls-Royce, tapi berbeda dengan yang satu ini konsep desainnya memaksa saya setidaknya untuk melihat karya mengagumkan yang begitu indahan.Di balik desain mobil konsep yang indah ini adalah Jeremy Westerlund yang bertujuan untuk memadukan desain masa lalu dan kini dan hasilnya adalah sebuah Rolls Royce memukau sepanjang 24 kaki.
Mungkin ini adalah tindakan paling gila yang dilakukan oleh seorang suami. Ya, demi mendapatkan isterinya lagi, seorang reparasi TV asal India berani memotong lidahnya sendiri. WTF!!!
Dikutip dari Digital Spy, sebelumnya Bunty Verma (32) dilaporkan telah menghina sang istri, Hema. Akibat hal tersebut, Hema pun meninggalkan Bunty dengan membawa putri hasil buah hati mereka. Merasa sangat bersalah, Bunty pun memotong lidahnya sendiri dan kemudian menuliskan kejadian itu dalam buku catatan sang mantan istri.
Walau begitu, hingga kini masih belum ada khabar dari mantan istrinya. Dan sang suami harus berada di Rumah Sakit akibat perbuatannya sendiri.
Fitur "Like" di Facebook memang sangat fenomenal. Orang-orang selalu berkata "Like This" untuk mengungkapkan kesukaannya pada sesuatu. Namun, sepasang suami-istri di Israel punya cara lain untuk mengapresiasi fitur "Like" ini. Terinspirasi Facebook, mereka berdua menamai bayi perempuannya dengan nama "Like".
Like dan Sang Ibu (Sumber: apps.facebook)
Aneh memang, tapi itulah alasan sederhananya mengapa pasangan tersebut menamai anaknya seperti itu. Merujuk pada GLZ.co.il, Lior Adler, sang bapak si bayi, menekankan bahwa penting untuk menamai anak perempuannya dengan nama yang unik dan hanya satu-satunya, setidaknya di Israel. "Saya menginginkan sesuatu yang unik. Ketika pertama kali saya melihat nama China, dan nama Qing Yu Lang dianggap sesuai. Namun pada akhirnya, istri saya merespon ke (nama) Like," papar Adler.
Adler sendiri memang penggemar nama unik. Kedua anak perempuan pertamanya bernama Dvash (yang dalam bahasa Ibrani berarti Madu) dan Pie. Ditanya mengapa merespon "Like" begitu jauh, Adler menyatakan bahwa dia berkeinginan ketika mengetahui nama anaknya "Like", kebanyakan orang akan mengangkat alis dan sulit untuk mempercayainya.
Ketika Adler bermaksud mencatatkan nama putrinya di bagian administrasi rumah sakit, sang pencatat administrasi kelahiran pun nyaris terkejut ketika mendengar nama tersebut.
Lebih lanjut, Adler telah memastikan bahawa keluarganya tidak akan menerima keuntungan apa pun dari Facebook. Bagaimana pun, nama yang Adler pilih untuk putrinya tidak bermaksud untuk menipu. Dia dan isterinya sunguh-sungguh senang dengan arti di balik nama tersebut dan berharap orang-orang akan suka seperti yang mereka suka. (**)
Sekelompok hacker bernama Ninja berkreasi membuat sebuah jaringan telefon yang mereka sebut sebagai Ninja Tel. Jaringan tersebut berguna untuk melakukan panggilan percuma dan mereka gunakan dalam ajang Defcon.
Jaringan Ninja Tel tersebut pun dibangun oleh para hacker dan untuk hacker. Untuk membangun jaringan telepon tersebut, para hacker menggunakan handphone Android yang telah dimodifikasi.
"Ninja mewakili group orang-orang pintar yang fenomenal yang memiliki kesamaan ketertarikan dan minat," ujar John Hering yang merupakan salah satu anggota Ninja.
Group Hacker Ninja tersebut pun membagi-bagikan handphone HTC One V percuma kepada para anggotanya. Selain itu, mereka juga memberikan handphone tersebut kepada teman mereka yang beruntung. Handphone HTC One V tersebut menggunakan OS Android Ice Cream Sandwich 4.0.3.
Dan, untuk melakukan panggilan percuma, handphone tersebut menggunakan jaringan telepon GSM privat atau memakai jaringan WiFi Defcon. Jaringan tersebut pun tidak dilengkapi dengan password, jadi semua orang boleh menggunakannya secara bebas.
Selain itu, jaringan telepon Ninja Tel tersebut pun didesain agar mudah dipindahkan ke manapun. Berbekal sebuah van, para hacker boleh memanfaatkan jaringan Ninja Tel di manapun. Di van tersebut, terdapat sebuah stesen GSM yang memiliki antenna setinggi 12 kaki, server jaringan dan Web App, serta peralatan lain. Dan, untuk membangun jaringan tersebut, para hacker Ninja memerlukan waktu tak kurang dari 10 bulan.
Jadi, dengan adanya jaringan Ninja Tel ini, para hacker membuktikan bahwa mereka tidak hanya melakukan tindakan yang merosak. Mereka juga bisa menghasilkan sesuatu yang boleh bermanfaat bagi orang banyak.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.