Adsense

Selasa, 26 Julai 2011

Sensasi

Sensasi


Video Kontroversi Lindsay Lohan

Posted: 26 Jul 2011 01:35 PM PDT

Kontroversi yang menyelubungi aktres Lindsay Lohan masih belum berakhir dengan terbongkarnya pita pengawasan yang membabitkannya.

Namun begitu pita pengawasan yang dimaksudkan adalah pembongkaran gambar Lindsay Lohan mencuri rantai dari pemilik kedai barang kemas Geoff dan Sofia Kaman.

Pemilik kedai barang kemas di mana Lohan didapati mencuri kalung tersebut, sedang berperang dengan seorang lelaki yang cuba menjaja pita pengawasan.

Lohan Stealing

Sumber dalaman Hollywood mengesahkan tuntutan mahkamah pasti akan berlaku di antara Geoff, Sofia Kaman dan Christopher Spencer, lelaki yang memegang pita pengawasan bukti kecurian dilakukan oleh Lohan.

Geoff dan Sofia Kaman, pemilik kedai barang kemas Kamofie & Company, telah mengupah broker Christopher Spencer, untuk membeli pita pengawasan tertsebut.

Walaubagaimanapun Spencer telah mencapai perjanjian dengan Associated Press (AP), dan bersetuju untuk menjual pita rompakan kalung Lindsay Lohan tersebut kepada media.

Britney Spears didakwa berbogel dan menggoda pengawal peribadinya

Posted: 26 Jul 2011 01:17 PM PDT

Popstar Britney Spears sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau didakwa sengaja berbogel dan menggoda bekas pengawal peribadinya, Fernando Flores.

Fernando kini telah mengambil tindakan saman ke atas beliau atas gangguan seksual dan telah berhenti dari memberi perkhidmatan sebagai pengawal peribadi Britney.

Fernando Flores, Britney Spears

Fernando Flores (di belakang) mendukung salah seorang anak Britney Spears.

Britney Spears bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan bekas pengawal peribadinya sebagai gila dan penipu besar.

Fernando turut mendakwa beliau sering melihat Britney Spears berbogel di dalam rumah. Malah beliau juga sering berbogel diluar halaman rumah dengan aksi menggoda.

Fernando juga berkata Britney masih lagi mengalami masalah ketagihan dadah, tidak menjaga kebersihan diri dan sering berkelakuan aneh.

Sebelum itu, akhbar The Sun (UK) turut mendedahkan perkara yang sama aksi berbogel Britney Spears di hadapan Fernando Flores dan cubaan menggoda ke tempat tidur.

"Britney sering berkelakuan menggodanya dan Fernando tahu akibat yang akan menanti. Akhirnya beliau memberi notis perletakan jawatan minggu lepas dan akan mengambil tindakan mahkamah atas gangguan seksual," mengikut artikel The Sun (UK).

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar : Saat Romantik Miera Liyana & Teman Lelaki, Lash Mokhtar.

Posted: 26 Jul 2011 10:36 PM PDT

Apa lagi, kisah Miera Liyana menjadi santapan tengah hari anda hari ini. Kali ini, tiada sebarang pendedahan daripada hadapan atau belakang daripada pelakon remaja ini. Sebaliknya, OHBULAN! akan paparkan saat romantik Miera Liyana bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki, juga pelakon iaitu Lash Mokhtar.

Menurut sumber, Lash Mokhtar merupakan seorang pelajar Mass Communication daripada sebuah universiti swasta di Cyberjaya. Lash, aktif berlakon untuk pelbagai drama & filem sama ada pembantu atau watak utama seperti Kami The Movie, Hanyut & yang terbaru, Alauddin.

Apabila melihat betapa romantiknya mereka berdua, teringat pula fenomena drama Nora Elena. Ramai wanita yang tergilakan lelaki yang seromantik Seth Tan lakonan hebat Aaron Aziz. Bukanlah kami nak kata setiap lelaki perlu romantik, at least, lelaki perlu memahami naluri lembut wanita yang inginkan perhatian & kasih sayang.

Sama juga, bila kami tengok mata Lash Mokhtar, jelas nampak yang dia sayang Miera Liyana ni. Apatah lagi, Miera Liyana ni cantik & putih melepak orangnya, beruntunglah Lash Mokhtar dapat menambat hati gadis yang menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana.

Frust menonggeng jap! Rakan kami di Hazrey.com sempat mendedikasikan artikel ucapan Selamat Pengantin Baru buat mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zarina Anjoulie Lavocah Sudah Bertunang?

Posted: 26 Jul 2011 12:01 AM PDT

"Lovin my new engagement ring. I aint much but its something 2 me. Love u " – @Zrina_Anjulie

Itu'lah kata-kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, 24 di laman Twitternya setelah sah mengikatkan tali pertunangannya secara senyap baru-baru ini.

Kali ini juga, anda dapat melihat sendiri Zarina Anjoulie dalam versi bertudung, lebih cantik dilihat begitu. Mungkinkah pertunangan ini sebagai petanda bahawa dirinya akan berubah, atau lebih hebat dengan kontroversi?

Baru-baru ini, Zarina Anjoulie ada meluahkan isi hatinya mengenai isu seksi sehingga sering menjadi sasaran pelbagai pihak yang jelik dengan sikapnya. Malah, kisah kontroversi gambar bogelnya yang tersebar 5 tahun lepas kerap dijadikan isu yang dikorek semula.

Zarina berkata, dia kecewa apabila sesetengah media sengaja memainkan isu supaya masyarakat membenci dirinya. Sedangkan, apabila di luar, ramai juga orang yang terdiri daripada kakak-kakak, orang yang bertudung atau berkahwin mendekati dirinya.

Haih, apa nak buat Zarina. Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak gambar forever on internet okay! Sabar je lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zon Artis

Zon Artis


Isteri Jimmy Shanley, Suhaila Dedah Punca Keretakan Rumah Tangga

Posted: 26 Jul 2011 12:18 AM PDT

Akhirnya, isteri Jimmy Shanley, Suhaila membuka mulut menceritakan apa sebenarnya yang berlaku terhadap rumah tangga mereka terutamanya mengenai Jimmy Shanley. Yer la, sebelum ni asyik Jimmy je yang mengeluarkan kenyataan. Tak adil la kan? Lagipun kami percaya, ramai yang ternanti-nanti kenyataan daripada Suhaila untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Tanpa membuang masa, anda baca apa yang kami salin dari mStar Online ni.

KENYATAAN ISTERI JIMMY SHANLEY MENGENAI RUMAHTANGGA MEREKA

PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Kat bawah ni pula jawapan Jimmy Shanley berhubung kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh isterinya, Suhaila.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


SINGGAH SAHUR 2011

Posted: 26 Jul 2011 01:35 PM PDT

Tidak lama lagi semua umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan dan makna. Selaras dengan konsep "Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima", TV3 meneruskan inisiatif untuk beramal demi kebajikan masyarakat dengan mengekalkan program tradisi Ramadannya, Singgah Sahur, kini kembali untuk musim ketujuh.

Sehubungan itu, majlis pelancaran program SINGGAH SAHUR 2011 bakal berlangsung pada 1 Ogos (Isnin… hey hari jadi Budiey!) dan turut disempurnakan dengan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Episod pertama yang akan bersiaran secara langsung selama sejam ini bakal dikendalikan oleh personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Nurul Syuhada, Nor Azzura dan Fiza Sabjahan. Agenda majlis turut memuatkan lawatan VVIP ke wad kecemasan dan bersalin, sesi temuramah bersama pakar pemakanan, acara gotong-royong dan memasak bubur Asyura bersama sukarelawan Puteri UMNO.

singgah sahur

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Singgah Sahur Ramadan 2010
  • Advertorial: Santai Sahur Bersama Dayu (D'Henna Artiste)
  • Ally Iskandar Pengacara Singgah Sahur di TV3
  • Profile Ally Iskandar
  • Selamat Hari Jadi Muid Latif!
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Portal Murai
  • Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu
  • NAK TIKET BAS FREE BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA TV3?
  • Anita Baharum di Ramadan Screening Astro 2010
  • Trivia: Gadis Berkebaya Putih dan Berkain Batik Di KLCC
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24

    Posted: 26 Jul 2011 01:24 PM PDT

    Pra Pelancaran FFM24 Berjaya Walaupun Kurang Sokongan

    KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) selaku pengarah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Jurey Latiff Rosli mengakui berpuas hati dengan kejayaan majlis pra pelancaran festival itu walaupun kurang mendapat sokongan pelakon popular tanah air.

    Kata Jurey Latiff, sebagai penganjur acara besar itu pada tahun ini, kejayaan majlis berkenaan yang menghimpunkan kira-kira 500 hadirin adalah pencapaian awal yang boleh dibanggakan.

    FFM

    Barisan penggiat seni berbilang bangsa yang hadir pada malam pra pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.

    "Ini adalah kali pertama Gafim anjurkan FFM dan kebetulan pula saya baru tujuh hari memegang jawatan Presiden Gafim.

    "Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana kami berjaya menghimpunkan kira-kira 500 karyawan, artis dan penaja pada acara ini," katanya yang ditemui pada sidang media pra pelancaran FFM24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.

    FFM
    Jurey Latiff Rosli

    Tambahnya, walaupun majlis itu agak lesu tanpa kehadiran para pelakon popular tanah air, sokongan daripada artis-artis Cina, India dan sebilangan artis Melayu adalah satu kepelbagaian yang memberikan pembaharuan pada imej FFM.

    "Saya akui majoriti pelakon popular tidak hadir pada malam ini mungkin kerana mereka terikat dengan jadual seni masing-masing.

    "Bagaimanapun, kita mendapat sokongan yang baik daripada artis-artis veteran, segelintir pelakon Melayu dan paling membanggakan ramai artis Cina dan India yang hadir.

    "Majlis ini diadakan untuk meraikan anak seni dan penggiat filem kita. Saya harap mereka akan turun beramai-ramai pada majlis perasmian dan malam festival nanti," katanya.

    FFM
    Harun Salim Bachik

    Pada itu, Pengerusi FFM24 yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, walaupun agak kecewa kerana ketiadaan bintang-bintang popular pada majlis tersebut, dia tetap optimis dalam memastikan kejayaan penganjuran tahun ini.

    "Kalau dilihat pada sambutan dingin artis-artis popular kita pada malam ini, saya tidak nafikan agak kecewa tetapi penganjuran ini mesti diteruskan. Kami masih ada tempoh tiga bulan lagi untuk menyuntik kesedaran di kalangan penggiat seni dan menggerakkan jentera promosi festival ini," katanya.

    Jelas Harun lagi, hanya lapan artis popular saja yang muncul pada malam pra perasmian itu walaupun 88 orang telah mengesahkan kehadiran masing-masing sebelum ini.

    FFM

    Antara barisan artis veteran yang hadir. (Dari kiri) Jamaludin Mat, Aspalela Abdullah, Sofia Ibrahim, Maimunah Ahmad dan Datuk M Daud Kilau.
    Selain malam pra pelancaran, beberapa aktiviti lain yang dirancang menjelang festival itu termasuklah majlis berbuka puasa, rumah terbuka Aidilfitri, siri jelajah promosi, karnival "walkathon", pertandingan golf amal, majlis makan malam dan malam penghargaan sekretariat dan penaja FFM24.

    Sehingga 25 Isnin lalu, pihak sekretariat telah menerima 28 buah filem yang akan bertanding dalam festival kali ini iaitu kurang satu filem berbanding 29 penyertaan pada tahun lalu.

    Daripada jumlah 28 filem yang diterima, pihak Metrowelth mendahului senarai apabila mencalonkan lima buah filem dalam FFM24.

    Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).- via Mstar Online

    Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu.

    Astro Show/Double Vision

    1. Sini Ada Hantu

    Skop Production

    1. Khurafat

    2. KL Gangster

    MDAG Marketing

    1. Libas

    Metrowelth

    1. Kembar Siang

    2. Kongsi

    3. 321 Cinta

    4. Sekali Lagi

    5. Flat 3A

    KRU Studios

    1. Hikayat Merong Mahawangsa

    2. Karak

    Lineclear Motion Picture

    1. Ratu The Movie

    2. Raya Tak Jadi

    Tayangan Unggul

    1. Cun

    2. Tolong Awek Aku Pontianak

    Tayangan Unggul/Hanmania

    1. Seru

    Cineworks

    1. Dilarang Masuk

    Excellent Picture

    1. Senjakala

    Primeworks Studio

    1. Penunggu Istana

    2. Nur Kasih The Movie

    3. Klip X 3GP

    Galaksi Seni

    1. Momok Jangan Panggil Aku

    White Merpati Ent.

    1. Rasuk

    Cinematic Picture

    1. Karipap-Karipap Cinta

    Empat Semudra Plantation

    1. Al-Hijab

    Genius Parade

    1. Sumpahan Puaka

    Artistik Picture

    1. Toyol Nakal

    Pengedaran J.A.S

    1. …Dalam Botol

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Gambar Fazura dan Rusdy Ramli di Sidang Media Anak Wayang di KLPac
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    borak kosong

    borak kosong


    Komputer Gantikan Anjing sebagai Sahabat Manusia

    Posted: 26 Jul 2011 09:00 PM PDT


    Liputan6.com, London: Sejak berabad-abad anjing dikenal sebagai sahabat manusia. Namun nampaknya posisi haiwan yang terkenal setia itu tergeserkan oleh komputer peribadi dengan makin berkembangnya teknologi.Menurut sebuah polling secara online yang dilakukan orang dewasa Inggris oleh majalah Computeractive dan amal perlindungan haiwan RSPCA, 67 peratus responden mengatakan mereka lebih mengandalkan komputer daripada anjing. Hanya 6 peratus mengatakan mereka lebih mengandalkan anjing, Selasa (26/7).
    Editor Computeractive, Paul Allen, mengatakan hal ini hanya masalah waktu hingga posisi PC boleh dikalahkan. "(Sekarang) Anda bahkan boleh membawa PC Anda berjalan-jalan, asalkan Anda memiliki laptop ataupun tablet," katanya.Dalam survei itu juga ditemukan sebanyak 48 peratus pria pemilik anjing lebih mengandalkan PC mereka daripada anjing mereka, dibandingkan dengan 28 peratus wanita pemilik anjing.


    Sekitar 71 peratus pemilik anjing yang berusia 18 tahun hingga 24 tahun mengatakan mereka cenderung memilih komputer mereka. Dan sekitar enam dari 10 orang merasa PC mereka lebih setia dari seekor anjing. Hanya 16 pertus yang berfikir sebaliknya.

    Wow..Spielberg didenda RM737.47 kerana bot laju

    Posted: 26 Jul 2011 08:00 PM PDT


    PORTO CERVO, Sardinia - Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg didenda 172 euro (RM737.47) oleh pihak berkuasa pengawal pantai Itali selepas bot laju miliknya berada terlalu dekat dengan pantai, lapor sebuah akhbar semalam.

    Speilberg yang merupakan seorang bilionair didenda kerana dia mengganggu orang ramai yang bercuti di tepi pantai baru-baru ini.

    Pengarah filem yang berusia 64 tahun itu membuat bising sehingga mengganggu ketenangan para pelancong di tepi pantai di La Maddalena.

    Para pelancong yang berjemur di tepi pantai itu kemudian bertindak menghubungi polis dan pengawal pantai kerana bunyi bising dari bot laju Spielberg.

    Pengarah filem itu didenda kerana bot lajunya itu melanggar peraturan maritim.

    Ketika kejadian, Spielberg membawa seorang aktres, Gwyneth Paltrow bersiar-siar dengan bota lajunya.

    Bot laju itu bergerak dari sebuah kapal persendirian mewah milik pengarah filem tersebut yang berharga AS$359.58 juta (RM1.06 bilion).

    Spielberg yang pernah mengarahkan filem Jaws dan Saving Private Ryan dikatakan meminta maaf kepada anggota-anggota pihak berkuasa pengawal pantai.

    "Saya meminta maaf. Saya Steven Spielberg. Saya tidak mengetahui peraturan," kata pengarah filem itu.

    Menurut seorang anggota pengawal pantai, Vincenzo Petrella, Spielberg menawarkan untuk membayar denda itu kepadanya.

    Namun, katanya, dia memberitahu pengarah filem itu bahawa wang tersebut perlu dibayar di sebuah pejabat pos.- Agensi

    sumber : kosmo online

    Beribu orang sanggupberatur untuk lihat gaun isteri Putera William

    Posted: 26 Jul 2011 07:00 PM PDT


    LONDON - Ribuan pengunjung beratur di pekarangan Istana Buckingham di sini untuk menyaksikan gaun pengantin yang dipakai oleh Kate Middleton, isteri pewaris kedua takhta Britain, Putera William, lapor sebuah akhbar semalam.

    Para pelancong beratur sambil menunggu kakitangan istana membuka pagar bagi melihat lebih dekat gaun itu baru-baru ini.

    Gaun berharga £250,000 (RM1.2 juta) yang direka khas oleh pereka Sarah Burton dari gedung fesyen Alexander McQueen itu dipamerkan sempena pembukaan musim panas tahunan.

    Putera William dan Middleton berkahwin pada April lalu.
    GAUN pengantin yang dipakai Kate Middleton semasa majlis perkahwinannya pada April lalu.



    Pengunjung juga boleh menyaksikan barangan berharga yang lain seperti kasut dan kek perkahwinan diraja.

    Ruang dewan tarian tempat berlangsungnya majlis resepsi mempamerkan tiara Cartier 1936 bertatahkan seribu berlian yang dipinjamkan daripada Ratu Elizabeth II turut dipamerkan.

    Di bahagian ruang makan, para pengunjung dapat menyaksikan kek perkahwinan empat tingkat yang direka oleh Fiona Cairns.

    Rekod menunjukkan jualan tiket lebih awal melebihi dua kali ganda berbanding musim panas tahun lalu.

    Seramai 600,000 peminat telah membeli tiket untuk 10 minggu pameran dengan harga £17.50 (RM84). - Agensi
    sumber : kosmo online

    Alamak..suami Krisdayanti mengamuk

    Posted: 26 Jul 2011 06:00 PM PDT

    JAKARTA - Suami penyanyi Krisdayanti, Raul Lemos dituduh melakukan kekasaran terhadap wartawan Global TV, Zaky Makmun dan Adit ketika mereka membuat liputan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Banten, lapor akhbar Kompas.com kelmarin.

    Kejadian itu berlaku apabila Raul dan Krisdayanti tiba dari Denpasar di Terminal 2F dan Raul dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan lalu menolak Aidit hingga kameranya hampir terjatuh.

    Raul juga dilihat mengejar Aidit yang masih mengambil gambarnya namun dia cuba dihalang oleh Zaky tetapi turut menjadi mangsa kemarahan Raul yang berasal dari Timor Leste.

    "Saya akhirnya menahan dan memberitahunya agar bertenang tetapi dicekik Raul," cerita Zaky sambil meniru ucapan Raul.

    Zaky dan Adit kini berbincang dengan majikannya berhubung tindakan yang akan diambil ke atas suami penyanyi itu yang bertindak kasar ke atas mereka berdua. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Dilarang Pasang Iklan Seluar Dalam di Manila

    Posted: 26 Jul 2011 05:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, MANILA - Dinilai melanggar kesopanan, poster-poster iklalelaki yang memperagakan seluar dalam di pinggir jalan raya utama ditanggalkan pemerintah kota Manila.

    Empat papan iklan besar yang biasanya ikut memagari jalan raya utama Manila sekarang nampak kosong setelah pemerintah memutuskan untuk mencabut iklan-iklan gambar lelaki yang memperagakan seluar dalam.

    Di kedua sisi jalan raya utama Manila biasanya dipenuhi papan iklan besar. Banyak diantaranya menunjukkan gambar wanita yang hanya mengenakan seluar dengan pose merangsang.

    Belakangan muncul pula papan-papan iklan dengan peragawan lelaki yang biasanya adalah para pemain rugby. Poster ini ternyata membuat banyak kecaman kerana dianggap vulgar, tidak sopan dan terlalu terbuka. Apalagi ada yang dipasang tepat di muka sebuah seminari Katholik yang besar.

    Poster itu juga menimbulkan efek lain. Seorang bloger menyebut iklan itu sebagai "pembuat kesesakan lalu lintas". Benjamin Abalos -datuk bandar di kawasan tempat iklan itu terpasang- mengatakan ia memutuskan untuk mencabutnya setelah ada permintaan langsung dari seorang pejabat kota lainnya.

    "Dia harus menutup matawanita ketika melewati jalan itu.. Jadi saya punya kewajiban untuk berbuat sesuatu guna menanggapi keluhan tersebut," katanya, seperti dikutip dari BBC.co.uk.

    Ia menambahkan bahawa sebagai orang dewasa ia boleh menerima poster tersebut, namun mengingatkan bahawa banyak juga anak yang lewat jalan itu.

    Akan tetapi ketika poster-poster tersebut dicabut, dia juga menerima banyak protes.

    Seorang wanita pengacara mempertanyakan mengapa para pejabat nampak berkeberatan dengan poster-poster lelaki setengah telanjang di papan iklan namun membiarkan poster wanita yang sudah lama menghiasi jalan-jalan di Manila.

    Seorang kolumnis surat khabar menyebut keputusan untuk mencabut papan iklan lelaki setengah telanjang sebagai tindakan yang membezakan jenis kelamin.


    Adakah kita macam atuk dan nenek ini di hari tua?

    Posted: 26 Jul 2011 11:01 AM PDT

    Kesian..nenek kena terajang kanggaru

    Posted: 26 Jul 2011 10:30 AM PDT


    QUEENSLAND- Seekor kangguru yang mampu lompat hingga 3 meter dijinakkan dengan paksa oleh pihak berwenang Australia setelah meninju seorang nenek hingga terluka.
    Phyllis Johnson terkapar di tanah setelah seekor kangguru memukul dan menendanginya di halaman rumahnya di Charleville, Queensland.
    "Saya fikir kangguru itu akan membunuh saya," jelas nenek berusia 94 tahun tersebut seperti dikutip AFP, Selasa (26/7/2011). "Binatang itu lebih tinggi saya dan melompat melewati jemuran serta langsung menyerang," lanjutnya.
    Johnson mengaku langsung tersungkur di atas tanah setelah dipukul dan ditendang oleh Haiwan Berkantung itu. Beruntung dia berhasil menghalau kangguru dengan sapu.
    "Kebetulan ada sapu di dekat saya dan langsung saya ayunkan ke arahnya. Saya pukul kepala kangguru tersebut tapi binatang itu terus memukul saya. Bahkan anjing pun tidak membantu kerana terlalu menakutkan," tuturnya.
    Dengan keadaan terluka dan berdarah, Johnson merangkak ke dalam rumah dan memberi tahu anaknya yang kemudian menelefon polis. Polis akhirnya menggunakan cairan lada sulah untuk mengatasi kangguru itu.
    Meski terluka, Johnson tetap peduli dengan kangguru. "Saya biasa memberi makan mereka dan umumnya mereka selalu bersikap lembut," ucap Johnson.
    Kejadian ini membuat Johnson lebih waspada meskipun dirinya tetap peduli dengan keberadaan haiwan itu.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    Remaja terselamat setelah buluh tertusuk ke leher semasa bermain ninja

    Posted: 26 Jul 2011 09:51 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja berusia 13 tahun dari Virginia, Amerika Syarikat (AS), berhasil selamat setelah lehernya tertusuk buluh. Demikian dilapor Huffingtonpost, Isnin (25/7/2011).

    Remaja bernama Dez Heal sedang bermain-main dengan temannya dan berperanan sebagai ninja dan ia menyimpan buluh itu di dalam baju tshirtnya. Ketika dia melompat buluh itu menusuk tepat di leher sebelah kanannya.

    Meski buluh itu dikeluarkan lima jam setelah kejadian, namun Heal tidak mengalami risiko apapun. Seorang doktor bernama Paul Pepe mengatakan jika siapapun tak boleh mengeluarkan buluh itu kecuali yang ahli. "Jika itu memutus artileri maka kemungkinan akan banyak darah keluar," kata sang doktor yang berproesi sebagai ketua unit darurat di University of Texas Southwestern Medical Center.

    Gempak..lelaki jalan secara drift

    Posted: 26 Jul 2011 08:45 AM PDT

    Seorang pejalan kaki di LA mungkin memiliki teknik berjalan yang paling unik dan aneh yang pernah kita lihat. Lihatlah bagaimana lelaki ini berjalan secara drift pada video yang telah dipercepat dari waktu asalnya sekitar 5 minit di bawah ini.

    Lihatlah Tarian Yang Membuat 2 Anak Kembar Ini Jadi Terkenal [Video]

    Posted: 26 Jul 2011 07:45 AM PDT

    Jeremy dan Justin adalah 2 anak kembar yang ketika ini menjadi terkenal kerana video mereka yang sangat menarik ketika sedang menarikan lagu 'Hey Ya' dari OutKast melalui permainan Just Dance 2 dengan Nintendo Wii. Kita lihat kelincahan kedua anak kembar ini ketika sedang asyik berjoget!


    Selain video diatas yang membuat mereka terkenal, mereka juga menarikan tarian lain yang tidak kalah hebatnya. Salah satu contohnya adalah tarian mereka yang diiringi lagu 'A-Punk' dari Vampire Weekend.


    Sumber: youtube, mostwatchedtoday

    Anjing boleh detek penyakit kanser

    Posted: 26 Jul 2011 06:46 AM PDT


    Anjing mampu menangkap bau bahan kimia yang dihasilkan tumor.Anjing diduga dapat menjadi alat untuk mendeteksi potensi kanser prostat. Haiwan yang mempunyai deria bau yang tajam ini diyakini mampu menghidu bahan kimia yang dilepaskan tumor prostat ke urin.

    Kajian oleh pasukan Perancis menemukan, deteksi anjing terhadap kanser prostat cenderung lebih akurat dibandingkan uji deteksi kanser yang umum digunakan (PSA). Sebelumnya, anjing juga terbukti mampu mendeteksi kanser kulit, paru-paru, dan kandung kemih.

    Dengan indera penciuman yang tajam dan lebih sensitif, anjing mampu menangkap bahan kimia yang dihasilkan tumor. "Ujian akurat mengenai kanser prostat sangat diperlukan," kata Anthony Y Smith, ketua urologi di Universiti New Mexico Albuquerque, seperti dikutip WebMD.

    Di negara maju seperti Amerika Syarikat, satu dari enam lelaki didiagnosis menderita kanser prostat selama hidup mereka. Namun, proporsi kanser prostat yang menyebabkan kematian tergolong kecil, satu dari 35 penderita.

    Selama kajian yang dilakukan selama satu tahun, anjing yang dihadapkan pada sejumlah sampel urin. Anjing tersebut berhasil mengidentifikasi 63 sampel dengan benar dari jumlah 66 ujian. Dan, tidak ada anjing yang salah mengidentifikasi kanser prostat.

    Penelitian selanjutnya akan berfokus untuk mencari tahu kombinasi bahan kimia yang dapat ditangkap para anjing. "Identifikasi bahan kimia yang boleh dihidu anjing dapat membuka peluang pengembangan 'hidung elektronik' iuntuk deteksi kanser prostat," kata Smith.

    Gila..anak beranak siksa kanak-kanak berusia 10 tahun

    Posted: 26 Jul 2011 05:00 AM PDT


    SINGAPURA - Anak ini baru berusia 10 tahun, tetapi dia sudah banyak mengalami berbagai penderitaan. Selama 2 tahun lamanya dia mengalami penyiksaan yang dilakukan oleh 5 orang yang masih ada hubungan keluarga dengan dirinya.

    Kelima orang itu, iaitu seorang laki-laki usia 45 tahun, isterinya 44 tahun, serta 3 orang anak perempuan mereka yang berusia masing-masing 24, 20, dan 14, sekarang menjadi terdakwa.

    Dakwaan yang mereka alami di antaranya adalah sebagai berikut:
    • Menyiram korban dengan minyak goreng panas dan air panas.
    • Membakar korban dengan besi ataupun sudu yang telah dipanaskan.
    • Memotong jari korban dengan gunting.
    • Memukul mulut korban dengan penukul
    • Memplaster mulut korban dengan pita pelekat.
    Wajah dan tubuh anak itu telah rosak akibat serangan yang berlangsung di 3 lokasi berbeza.
    Korban ditemukan sedang berkeliaran di sekitar Ang Mo Kio oleh warga setempat pada tanggal 20 Juni 2011. Tidak diketahui bagaimana dia boleh berakhir berkeliaran di jalan.
    Di pejabat polis anak laki-laki ini tidak berkata banyak selain menjelaskan bahawa orangtuanya berada di dalam penjara sehingga dia harus dititipkan di rumah sauadar di Hougang. Di rumah kerabatnya inilah penyiksaan tersebut dimulai pada tahun 2009.
    Ketika ini, kelima orang tersebut sedang menjalani proses peradilan.Jika terbukti bersalah, mereka dapat dipenjara hingga 15 tahun serta mendapatkan hukuman sebat.
    Sumber: asiaone

    Tempat sampah dimasa hadapan

    Posted: 26 Jul 2011 04:42 AM PDT





    Inilah suami yang sanggup meredah tsunami demi isteri tersayang

    Posted: 26 Jul 2011 03:30 AM PDT


    Namanya Hideaki Akaiwa. Saat tsunami melanda tempat tinggalnya di Ishinomaki, Hideaki sedang berada di tempatnya bekerja. Menyedari isterinya masih berada di rumah waktu itu, ia mengabaikan nasihat dari seorang profesional untuk menunggu hingga tenera datang untuk melakukan penyelamatan.

    Sebaliknya, ia malah nekad ingin segera menyelamatkan isterinya. Hideaki mengambil beberapa peralatan selam (scuba), melompat masuk kedalam arus yang masih sangat deras waktu itu, melewati longgik kereta, runtuhan rumah mahupun sampah yang sedang terseret arus. Boleh saja hal itu dapat menghantarkan nyawanya tapi dengan penuh tekad bulat Hideaki tetap nekad menerjang itu semua sampai ia berhasil menemukan letak rumahnya. Sesampainya di rumahnya yang tenggelam, ia menemukan isterinya masih hidup didalam sebuah ruangan di lantai atas memanfaatkan sedikit ruang tersisa untuk bernafas. Tanpa pikir panjang ia pun menyelamatkan isterinya, berbagi respiratornya hingga Hideaki mengeluarkan isterinya dengan selamat.

    Mungkin jika ia memilih menunggu relawan bergerak, Hideaki akan kehilangan isteri yang telah menemaninya selama 20 tahun.

    Oh, bukan hanya menyelamatkan istrinya saja yang terjebak didalam rumah, Hideaki menyedari jika ibunya masih belum ditemukan. Ia pun kembali masuk kedalam air hendak menyelamatkan nyawanya juga.

    Inilah yang disebut dengan pengorbanan, rela mengorbankan diri meski harus kehilangan nyawa untuk menyelamatkan orang lain. Ini bukan pengorbanan yang meledakkan diri sendiri demi ideologi tak jelas kebenarannya yang berakibat orang lain tak berdosa juga ikut merenggang nyawa tapi ini adalah sebuah semangat pengorbanan diri atas nama cinta kasih.


    http://www.gamexeon.com/

    Anak 5 tahun yang tak sengaja rosakkan telivisyen mati kerana dipukul ibunya

    Posted: 26 Jul 2011 02:49 AM PDT


    Kejadian menganaskan terjadi di kota New York. Seorang anak harus kehilangan nyawanya kerana dipukul oleh ibunya sendiri setelah ia tanpa sengaja merosak televisi ketika sedang bermain Wii.

    Kim Crawford, 21, seorang wanita dari Bronx, didakwa telah membunuh anaknya sendiri, Jamar Johnson, 5 tahun. Johnson menemui ajalnya kerana trauma pukulan benda tumpul di dadanya.

    Crawford mengatakan dia memukul anaknya kerana Johnson merosak televisyen ketika sedang bermain Nintendo Wii, jelas jaksa penuntut.

    Crawford menampar Johnson di punggung dan perut pada tanggal 13 Juni 2011. Menurutnya saat itu dia memukul Johnson lebih keras daripada biasa dia memukulnya.

    Setelah kejadian itu, Johnson muntah dan mengeluh sakit selama 5 hari kerana luka dalamnya menjadi semakin parah. Crawford tidak pernah membawanya ke rumah sakit kerana takut akan dipenjara.

    Setelah melewati pemeriksaan yang berbelit-belit akhirnya sang ibu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh pengadilan setempat.

    sumber: nydailynews

    Aneh…Sebuah Kentang Berbentuk Musuh Harry Potter

    Posted: 26 Jul 2011 01:00 AM PDT


    SOUTHAMPTON - Ronny Todd, seorang lelaki berusia 49 tahun mengaku mendapatkan sebuah kentang yang memiliki bentuk seperti wajah seorang musuh Harry Potter, Lord Voldemort.Kentang unik yang memiliki ukuran empat kali lebih besar dari ukuran kentang pada umumnya tersebut Todd dapatkan dari kebun di halaman belakang rumahnya si Southampton, Hants.


    "Saya sama sekali tidak pernah terbayangkan akan mendapatkan kentang berbentuk aneh seperti ini. Saya hanya menduga akan mendapatkan sebuah kentang yang akan melengkapi steak dan salad saya," ujar Todd, sebagaimana dilapor Dailymail, Isnin (25/7/2011).

    Todd yang juga mengaku salah satu penggemar filem Harry Potter itu pun mengatakan kentangyang dia miliki tersebut tampak seperti memiliki dua mata, hidung, dan mulut pendek yang meringis.

    "Saya tidak percaya ketika saya menariknya dari dalam tanah. Bentuk kentang raksasa ini mengingatkan saya akan sesuatu yang pernah saya lihat sebelumnya di filem Harry Potter,"

    "Saya tidak pernah berpikir penjahat akan muncul di kebun saya" tandasnya.


    Sumber :http://www.okezone.com/

    Hantu Pasangan Suami-Isteri yang Mati Dua Tahun Dulu Muncul Lagi

    Posted: 26 Jul 2011 12:00 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang jurnalis Lianhe Wanbao bernama Zheng Jia Xin mengatakan temannya mengambil foto dengan latar belakang sepasang kekasih sedang bercakap di stesen kereta api Bukit Timah, Singapura, Selasa malam, minggu lalu. Demikian dilapor The Star, Isnin (25/7/2011).

    Namun ketika ia memeriksa foto di rumah, pasangan yang difotonya bukan pasangan yang ada di dalam foto. Pada lain kesempatan warga Singapura bernama Liao Ting Yao (27) pada 17 Julai menelusuri rel tersebut. Ia duduk sampai pagi hingga 18 Julai dan mengambil foto dari rel kereta api.

    Saat ia melihat foto itu ia terkejut kerana ia tak melihat seorang pun yang duduk di sana saat mengambil foto tersebut. Foto ini kemudian menjadi sensasi di Singapura. Menurut cerita, pasangan ini meninggal dunia dalam kecelakaan kereta api di lokasi tersebut sekitar dua tahun silam. Hantu ini selalu muncul dalam waktu dua tahun terakhir.

    Pelik..penunggang motor yang ikut rombongan promosi hukum pakai helmet mati kerana tak pakai helmethelmet

    Posted: 25 Jul 2011 11:00 PM PDT


    Seorang penunggang motor yang mengikuti rombongan pendemo hukum pemakaian helmet mati kerana kemalangan dan dia pula tidak memakai helmet ketika kejadian itu.

    Philip Contos, 55, sedang mengikuti rombongan yang diikuti oleh ramai penunggang motor lainnya dengan tujuan mendemo hukum yang mewajibkan penunggang motor mengenakan helmet.

    Namun ditengah perjalanannya, warga Parish, New York tersebut mengalami kecelakaan pada Route 11 di Onondaga, New York. Ia sempat dibawa ke hospitalt namun nyawanya tidak dapat diselamatkan, kata Robert Jureller, seorang polis setempat.

    "Doktor berpendapat kematiannya boleh dihindari apabila saja ketika itu ia mengenakan helmet," ungkap Jureller. "Ia memijak brek kehilangan kendali, terlepas dari motornya dan terjatuh di kepalanya. Ia menderita keretakan pada tengkorak."


    sumber: reuters

    Hebat video music yang dibuat daripada beberapa petikkan filem

    Posted: 25 Jul 2011 10:00 PM PDT

    Sebuah video musik karya Ithaca Audio akan membuatmu kagum dengan bagaimana beberapa petikan filem yang berbeza ternyata boleh dipadukan untuk menjadi sebuah karya musik yang mempesona.

    Don't hold back, just push things forward from Ithaca Audio on Vimeo.