Adsense

Jumaat, 29 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video HD : Majlis Pernikahan Nurul Syuhada & Amir.

Posted: 28 Jul 2011 11:53 PM PDT

Home > Video > Video HD : Majlis Pernikahan Nurul Syuhada & Amir.

Kagum betul dengan video pernikahan Nurul Syuhada & Amir yang dirakam oleh team CST Production, versi HD okay! Macam tengok filem arahan Kabir Bathia kaedah'nya. Anda yang nak berkahwin dalam masa terdekat disarankan menonton video ini, mana tahu nanti dapat ilham-ilham menarik ke.

Video berdurasi 4:30 minit ini memaparkan 'behind the scene' bermula daripada persiapan sehinggalah berlangsungnya majlis pernikahan Nurul Syuhada & Amir yang berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai yang lepas. Kami ternanti-nanti juga bilanya team CST akan upload video masa persandingan pula.

Majlis Pernikahan | Nurul Syuhada (MJ3) & Amir by CST PRODUCTION from cstproduction.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Video (1 of 93 articles)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perodua Tweckbot : Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

Posted: 28 Jul 2011 10:26 PM PDT

Home > General > Perodua Tweckbot : Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

'Anda Keutamaan Kami' ialah slogan jenama Perodua, dan Perodua ingin membuktikan bahawa slogan itu bukanlah satu omongan kosong semata-mata.

28 Julai 2011, Perodua melancarkan kempen perkhidmatan terbaru iaitu Perodua Tweckbot; satu servis yang julung kali diadakan di Malaysia, atau di seluruh dunia!

Perodua Tweckbot telah direka untuk membantu pelanggan Perodua melakukan pemeriksaan 15 poin cek kereta secara Percuma.

Untuk menikmati servis percuma ini, anda hanya perlu follow @MYPerodua terlebih dahulu. Jikalau team Perodua Tweckbot berada di lokasi anda pada tarikh yang ditentukan, anda boleh tweet mereka & mekanik Perodua bertauliah akan datang ke rumah anda untuk memeriksa kondisi kereta anda secara percuma. Siapa cepat, dia dapat!

Perodua Tweckbot diadakan demi memastikan anda dapat memandu secara selamat ketika sambutan raya kelak. Andai kata, mekanik mengenalpasti kereta anda tidak berada dalam keadaan yang memuaskan, anda akan dimaklumkan untuk menghantar kereta ke pusat servis berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Perodua Tweckbot akan mengunjungi beberapa lokasi residensi di Lembah Klang supaya anda, pemilik Perodua boleh tweet mereka di @MYPerodua dan mereka akan datang ke pintu rumah anda.

Dan, perkhidmatan ini eksklusif untuk pemilik Perodua sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in General (1 of 984 articles)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zon Artis

Zon Artis


Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Bebas Tuduhan Khalwat

Posted: 29 Jul 2011 12:21 AM PDT

GAMBAR KAHWIN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

Hampir 3 tahun kes tuduhan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza dibicarakan di mahkamah, akhirnya mereka dapat menarik nafas lega apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat tersebut. Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Salehan Yatim pada pagi tadi.

Zon Artis: Baguslah dah bebas dan kami harap 'tuduhan itu' benar-benar tidak pernah berlaku.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

borak kosong

borak kosong


Warna Kereta Cerminkan Peribadi Pemiliknya

Posted: 29 Jul 2011 09:00 PM PDT


INILAH.COM, Wellington – Warna kereta yang menjadi pilihan anda ternyata mewakili banyak hal mengenai peribadi Anda. Apa itu?

Warna perak mencerminkan pemiliknya yang menyukai tampilan futuristik dan elegan. Namun terdapat hal yang kurang menyenangkan dari penyuka warna perak, yakni penyuka warna ini cenderung cerewet dan suka memilih.

Warna merah mencerminkan kecepatan, berenergi tinggi dan dinamisme. Sementara itu, cokelat mencerminkan dasar dan selera yang sederhana. Coklat tua mengisyaratkan orang yang rendah hati dan tak suka melakukan pendekatan tak masuk akal.

Sementara itu, hitam mencerminkan seseorang yang kuat, tak mudah dimanipulasi dan menghargai klasik. Sedangkan kelabu mencerminkan sifat praktis, tenang, dan senang bersama-sama.

Untuk hijau tua mencerminkan tradisional, dapat dipercayai dan seimbang. Kuning mencerminkan orang yang bersemangat, disposisi matahari dan aneh. Emas mencerminkan menyukai kenyamanan.

Orange mencerminkan orang yang ceria, senang berbicara. Sedangkan ungu tua mencerminkan kreatif dan individualistik.

Alamak..buaya besar baham buaya kecil

Posted: 29 Jul 2011 08:00 PM PDT


CORROBOREE BILLABONG, Australia - Seekor buaya besar sepanjang 5 meter (m) membaham sekor buaya kecil berukuran 2.5m panjang di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar itu dirakamkan oleh Lyn Minchin yang menaiki sebuah bot bersama rakannya, Michael Milatos dari Darwin.

Menurut Milatos, buaya yang besar itu mengheret buaya kecil tersebut tanpa sebarang masalah dengan menggunakan rahangnya. - Agensi

sumber : kosmo online

Gila..penumpang didenda jika buka puasa dalam tren

Posted: 29 Jul 2011 07:00 PM PDT

DUBAI: Pegawai kanan Pentadbiran Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) bandar raya ini memberi amaran, penumpang yang berbuka puasa dalam kereta api ketika Ramadan akan dikenakan denda.

Pengarah Operasi Agensi Kereta Api di RTA, Ramadan Abdullah berkata: "Penumpang tidak dibenarkan makan di dalam tren dan peraturan tidak akan berubah. Sesiapa yang mahu berbuka puasa perlu turun di stesen berikutnya dan mereka boleh makan dengan duduk di kerusi di platform.


Menurutnya, ibu bapa yang mahu memberi anak mereka makan juga perlu turun di stesen terdekat "Sejujurnya, kami sudah melihat penumpang yang memberi anak mereka makan dan kemudian mengelap tangan di tempat duduk tren. Penumpang lain pasti tidak suka menggunakan tempat duduk yang kotor," katanya.

sumber : myMetro

Bayi baru 18 bulan jatuh dari balkoni

Posted: 29 Jul 2011 06:00 PM PDT

DUBAI: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat empat pangsapuri keluarganya di sini, semalam.

Pengarah Seksyen Siasatan Jenayah di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Dubai (CID), Leftenan Kolonel Ahmad Humaid Al Merri, berkata tragedi yang menimpa keluarga dari Asia itu berlaku apabila bayi terbabit memanjat kerusi di balkoni terbabit ketika ibunya sedang sibuk. Dia terjatuh ketika membongkokkan badannya di balkoni berkenaan.


Bayi malang itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


Ketika polis tiba di lokasi kejadian, ibu bayi berkenaan amat sedih dan sukar ditenangkan. Dia memberitahu polis, dia tidak menyangka bayinya akan memanjat kerusi dan membongkok di balkoni, sambil menambah semua ahli keluarga bersedih atas kematian bayi itu.

sumber : myMetro

Eee..apa yang keluar dari celah kaki kakak ini?

Posted: 29 Jul 2011 11:01 AM PDT

Wanita ditahan kerana hias kereta dengan kemaluan plastik

Posted: 29 Jul 2011 10:30 AM PDT


CHARLESTON - Polis South Carolina terpaksa harus menahan dan mendakwa seorang wanita yang menghiasi keretanya dengan peralatan tidak senonoh (bentuk kemaluan).

Undang-undang di South Carolina memang tidak memperbolehkan stiker, peralatan yang tidak senonoh, serta perilaku yang dianggap tidak sopan, senonoh, seperti perilaku seksual atau menunjukkan anggota tubuh yang vital.

Wanita itu pun akhirnya dikenakan denda USD445 kerana memakai kemaluan plastik untuk dipasang di traknya tersebut.

"Ini jelas bukan tujuan dari surat denda polis Bonneau," ujar kepala polis setempat, seperti dilapor Reuters, Jumaat (29/7/2011).

Kini pengadilan setempat tengah menunggu wanita tersebut yang saat ini sedang berada di luar kota untuk diadili. Sementara pengacaranya mengatakan tujuannya memasang aksesoris kemaluan tersebut hanya untuk menunjukkan kebebasan bersuara.(rhs)

Atuk dan nenek nekad bunuh diri bersama ditemapt bernikah dulu

Posted: 29 Jul 2011 09:40 AM PDT


LAS VEGAS - Entah apa yang diFikirkan pasangan dari Las Vegas ini, mereka berjalan jauh menuju gereja di Florida, tempat di mana mereka menikah 40 tahun yang lalu. Mereka berniat melakukan bunuh diri di sana.Seorang pendeta menemukan Bruce Wright dan isterinya, Patricia Wright, pada Minggu pagi di bawah Pohon Oak di belakang Gereja Friendship United Methodist Church di Punta Gorda. Dua senjata api ditemukan di dekat mereka.


Sang suami yang berusia 6o tahun tewas di tempat kejadian, sementara isterinya yang berusia 57 tahun meninggal setelah mendapatkan perawatan beberapa hari di hospital.

Anak saudara kedua pasangan tersebut, Daniel Johnson (28), mengatakan bahawa pasangan tersebut selama ini tidak memiliki anak dan mereka jarang berhubungan dengan keluarga lainnya.

"Ini adalah sebuah kisah tragedi romantis," ujar Johnson seperti dilansir Associated Press, Jumat (28/7/2011).

Dia pun tidak mengerti kenapa pak cik dan makciknya tersebut mengakhiri hidupnya dengan kembali ke gereja di mana mereka dahulu menikah.

Sumber : http://www.okezone.com/

Hebat..gambar pepatung membentuk simbol hati ketika bercinta tertangkap

Posted: 29 Jul 2011 08:45 AM PDT


CHELYABINSK - Gambar tersebut menunjukkan dua ekor pepatung yang sedang bercinta dengan posisi tubuh menyerupai bentuk hati. Chelyapin Dmitry (46), seorang fotografer amatur yang beruntung mengabadikan momen tersebut.


Ketika itu, Dmitry sedang berkelah bersama keluarganya di pinggir danau di Chelyabinsk, Rusia.

Dari sudut matanya, dia terpegun melihat pasangan pepatung yang menciptakan tanda universal cinta.

Dmitry pun langsung meakamkan dengan kamera untuk mengabadikan momen yang luar biasa itu. Padahal, saat fenomena itu terjadi Dmitry sedang makan.

Hasilnya Dmitry dengan sempurna menangkap bentuk hati yang dari gabungan tubuh pepatung berwarna biru cerah dan pasangannya yang berwarna hijau kecokelatan, di bawah sinar matahari di musim panas.

"Hari itu adalah hari yang panas. Maka itu saya dan keluarga memilih berkumpul dan beristirahat di pinggir danau. Saya melihat pepatung dari sudut mata saya dan saya tertawa," kata Dmitry, sebagaimana dilapor Dailymail, Jumaat (29/7/2011).

"Saya terkejut melihat mereka membuat bentuk hati, ini adalah bukan hal yang biasa. Saya fikir mungkin ini cara mereka menunjukkan cintanya dan mengungkapkan betapa cinta seperti lingkaran yang tidak pernah ada akhirnya," ujar Dmitry.

"Tapi segala sesuatu dalam hidup terjadi kerana suatu alasan, saya percaya itu adalah tanda bahawa cinta di ada di mana-mana," sambungnya.

Dmitry pun menjuluki hasil gambarnya tersebut sebagai Yin dan Yang pepatung setelah menghabiskan 20 minit menonton dan memotret mereka.

"Alam ini memang dipenuhi cinta kasih, dan gambar yang saya dapat menunjukan hal tersebut," imbuhnya
Sumber :http://www.okezone.com/

Nenek Cantik Dipilih Jadi Cheerleader NFL

Posted: 29 Jul 2011 07:00 AM PDT


VIVAnews – Banyak orang menjadikan usia 30 tahun sebagai batasan, menyerah untuk mewujudkan impian masa kecil mereka. Namun, takluk pada usia tidak berlaku pada Suzie Sanchez.

Umurnya sudah 37 tahun dan dia terpilih menjadi cheerleader — yang terkenal dengan sosok wanita cantik, ceria, lincah, dan muda.

Statusnya sebagai ibu tiga anak, dan nenek dari satu cucu tak membuat mimpinya sejak berusia lapan tahun — ketika mulai belajar menari, pupus.

Pasukan Oakland Raiders — salah satu pasukan yang bertanding dalam National Football League (NFL), liga sepakbola ala Amerika memilihnya untuk bersorak di pinggir lapangan selama musim pertandingan tahun 2011-2012.

Sanchez terpilih melalui audition ketat. Ia membuat hakim terpana dengan kemampuanya menari, keahlian, dan tampilannya. Dengan terpilihnya Sanchez, kini ia adalah yang tertua di antara para pemandu sorak Raiders.

"Saya hanya boleh menangis," kata Sanchez setelah mendengar nombor nya, 45, disebutkan. "Emosi saya meluap, aku bersyukur tak pernah menyerah."



Susie bukan nenek pertama yang menjadi pemandu sorak di Raiders. Pasukan itu sebelumnya juga memiliki Kathy Ferrin yang terus aktif meski jadi nenek di tahun 2003-2004. Bezanya, Ferrin sudah jadi cheerleader sejak muda.

Tapi apakah ini membuat Susie Sanchez cheerleader tertua di NFL? Sayangnya, tidak. Ada Laura Vikmanis, berusia 42, dan masih kuat melompat t dan berteriak memberi semangat.

Terjebak Dalam Saluran Air,Lelaki Marah Dipermalukan Polisi (VIDEO)

Posted: 29 Jul 2011 06:50 AM PDT


Seorang lelaki terjebak dalam saluran air dengan posisi kepala dalam saluran dan kaki di luar. Parahnya, polis bukan menolongnya malah mengambil foto pria ini.

Jared Medeiros (21) mengaku masuk paip saluran air di Ceres ketika geng beranggotakan empat orang memukulinya dan melempar handphonenya ke dalam saluran air itu. Menurut KXTV, Medeiros berusaha mendapat kembali handphonenya untuk mencari bantuan.

Namun alih-alih mendapat bantuan ia malah terperangkap. Lebih parah, pihak polis malah merilis foto Medeiros yang menjadi mangsa dugaan penyerangan geng itu sedang terjebak di saluran itu.

"Saya tak mengerti mengapa polis melakukan ini. Ini membuat saya marah," ujar pria 21 tahun itu pada CBS13.
Namun polis mengaku Medeiros menolak diubati di lokasi kejadian. Berikut videonya


Anthea Nicholas Perempuan Paling Tua Melahirkan di Australia

Posted: 29 Jul 2011 05:45 AM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan bernama Anthea Nicholas dari Gold Coast, Australia, serta berusia 50 tahun dipercayai sebagai perempuan paling tua yang hamil di negara itu melalui cara normal. Demikian dilansir Sydney Morning Herald, Rabu (27/7/2011).

Anthea Nicholas dan suaminya Paul Byrnes (54) memiliki kemungkinan sepersejuta untuk hamil. Demikian disampaikan sang doktor. Nicholas, seorang agen properti, mengatakan dalam wawancara bahawa dia sempat merasakan sesuatu ketika ia tahu dirinya hamil.

"Saya tahu ada sesuatu yang tak masuk akal dan aneh. Saya merasa takut," katanya. Ia kemudian melahirkan bayi laki-laki yang diberi nama Nicholas pada Jun lalu. Meski demikian, ia tak merasa terlalu tua untuk mempunyai anak di usia tersebut.

"Anda boleh menjadi sangat tua di usia 20 dan muda di usia 70. Ini tergantung dari sikap dan kesihatan Anda," jelasnya.

"Tahun lalu, doktor mengatakan saya akan segera menopause dan sekarang saya memiliki bayi dalam pangkuan saya," kata Nicholas lagi.

Tahun lalu, seorang perempuan Australia berusia 57 tahun melahirkan bayi kembar dan hamil melalui metode fertilisasi, IVF, di Perth. Pada tahun 2007, perempuan asal Queensland berumur 57 tahun melahirkan bayi setelah mengandung melalui metode IVF.

World’s Youngest Rock Band

Posted: 29 Jul 2011 04:31 AM PDT

Haunted by Heroes is the newest band to watch for. A group of 10 year old kids were about to reach stardom. Watch the video and ROCK ON!

Wow..Kotoran Anjing Boleh Ditukar Emas di Taipei

Posted: 29 Jul 2011 03:00 AM PDT


TAIPEI - Banyaknya warga yang malas membuang kotoran peliharaannya membuat pemerintah kota di Taiwan bersedia menukarkan kotoran tersebut dengan emas batangan.

Mulai 1 Ogos nanti, New Taipei City, menerima penukaran kotoran anjing untuk ditukarkan dengan tiket undian dengan hadiah tiga emas batangan. Tiga emas batangan tersebut bernilai T$60,000, T$18,000 dan T$12,000.

Para warga boleh mendapatkan tiket tersebut dengan cara menukarkan kotoran anjing mereka dengan jumlah tiket yang tidak terbatas. Nama pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober mendatang.

"Kami berharap bahawa dengan adanya undian boleh menarik peserta, kerana jumlah hadiah emasnya meningkat," ujar Pejabat Jabatan Perlindungan Lingkungan New Taipei City Chen Chao-ming.

Seperti dilapor Reuters, Khamis (28/7/2011), pemerintah kota pun akan memberikan beg secara gratis untuk menampung kotoran anjing tersebut. Tidak hanya memberikan kotoran, warga yang memberikan foto pemilik anjing yang meninggalkan kotoran di jalanan pun akan diberikan hadiah.(rhs)

Remaja Ini Selamat dari Tusukan Pedang di Kepala

Posted: 29 Jul 2011 02:00 AM PDT


BEIJING - Seorang remaja China selamat saat pedang menusuk dahinya. Awalnya remaja itu hanya bermain-main dengan pedang tersebut.

Zhang Bin diundang oleh kawan sebayanya ke rumahnya dan salah satu kawannya membawa pedang samurai .

Mereka pun bermain-main dengan pedang itu dan akhirnya, pedang tersebut menusuk kepala Zhang tepat di antara kedua matanya.

"Tiga kawan saya mengajak saya untuk bermain ke rumahnya, kawan saya membawa pedang itu dan saya tidak tahu, tiba-tiba pedang itu menusuk saya, saya merasakan sakit dan banyak darah menetes di wajah saya," ujar Zhang, seperti dikutip Telegraph, Khamis (28/7/2011).

Zhang akhirnya langsung dilarikan ke hospital namun doktor menyatakan bahawa mereka tidak sanggup mencabut pedang yang menancap di kepala Zhang. Zhang pun akhirnya dikirim ke hospital di Kota Changsha, Provinsi Hunan.

Setelah menjalani operasi beberapa jam, pedang itu berhasil dicabut dari kepala Zhang.

"Untungnya, pedang tersebut tidak menusuk pembuluh nadi di kepala atau saraf," ujar salah satu doktor yang mengoperasi Zhang.(rhs)

Pembunuh Berhasil Ditangkap Setelah 32 Tahun Larikan Diri

Posted: 29 Jul 2011 01:00 AM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki bernama Frederick Mark Barrett, yang dinyatakan bersalah atas kes pembunuhan 32 tahun lalu, berhasil ditangkap polis. Demikian dilapor AOL, Khamis (28/7/2011).

Ia berhasil ditangkap pada Rabu (27/7/2011) di dekat Montrose, Colorado, Amerika Syarikat (AS) dan dalam laporan yang diturunkan The Grand Junction Sentinel jika Barret berhasil melarikan diri dari Union Correction Institute, Florida, Amerika Syarikat (AS), pada tahun 1979.

Ia harus menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan Carl Ardolino pada tahun 1971. Pihak otoritas berpura-pura sebagai petugas kehutanan saat menyerbu kabin yang ditempatinya selama 17 tahun dengan nama Neil Richard Meltzer.

Kisah Berret telah dimuat di acara America's Most Wanted pada tahun 2010. Pada saat itu, aparat penegak hukum berspekulasi jika dia mungkin melarikan diri ke Hawaii, California, Colorado, ataupun Maryland.

Diputar Mesin Cuci 50 Minit, Anak Kucing Ini Selamat

Posted: 29 Jul 2011 12:00 AM PDT


Liputan6.com, Aberdeen: Di Aberdeen, Scotland, seekor anak kucing selamat setelah terjebak dalam mesin cuci yang diputar selama 50 minit. Susan Gordon, pemilik kucing berusia lapan minggu itu, terkejut ketika membuka pintu mesin cucinya dan menemukan kucingnya dalam keadaan basah .

Ia awalnya mengira kucing yang dinamai Princess itu sedang berada di tempat lain. Princess kemudian dibawa ke doktor haiwan dan harus diinapkan di sana selama tiga hari untuk mengubati luka-lukanya. Anak kucing itu sekarang sudah sembuh dan doktor mengatakan tidak ada impak jangka panjang dari pengalamannya diputar dalam mesin pencuci pakaian.

Judy Drysdale, doktor haiwan senior di Vets Now di Ardene House mengatakan Princess tiba di klinik dalam keadaan sangat tergoncang, badan menggigil, dan hidungnya berdarah serta matanya lebam. "Tapi pemiliknya sudah berhasil mengeringkannya dengan baik sebelum dibawa ke klinik".

Princess dirawat di hospital untuk keadaan darurat, termasuk oksigen, dan pembunuh rasa sakit untuk badannya yang lebam-lebam. Ia juga dirawat dengan pemanas untuk mengangkat temperaturnya kembali normal.

VIDEO: Penampakan Wajah Lelaki di Matahari

Posted: 28 Jul 2011 11:00 PM PDT


VIVAnews - Adanya gambar 'lelaki' di Bulan sudah sejak lama diketahui. Akan tetapi kini pesawat ruang angkasa Solar Dynamics Observatory telah mendeteksi wajah 'lelaki tua' di Matahari.

Setidaknya wajah lelaki itu muncul selama beberapa hari sebelum lenyap. Dalam beberapa gambar dengan panjang gelombang yang berbeza, nampak 'lelaki tua' itu kadang gembira, jahat, atau kelihatan sedang marah.

Dikutip dari Universe Today, 27 Julai 2011, filem yang diambil oleh NASA ini menunjukkan bahawa gambar-gambar yang diambil menggunakan panjang gelombang yang berbeza dapat mengungkapkan bentuk yang berbeza.

Panjang gelombang yang berbeza ditunjukkan dalam urutan dari temperatur material paling rendah hingga temperatur paling tinggi. Gambar yang diambil ini dimulai dari permukaan Matahari dan perlahan bergerak ke corona bahagian atas Matahari.

Anda ingin melihat wajah 'pria tua' di Matahari dengan berbagai ekspresi?


‘Pasangan Gurita’ Singapura Resahkan Masyarakat

Posted: 28 Jul 2011 10:00 PM PDT


INILAH.COM, Singapura – Lengan dan kaki saling bertautan, terkadang diselipkan ke tubuh pasangan, membuat muda-mudi Singapura ini mendapat julukan 'pasangan gurita' alias 'Octopus couple'. Seperti apa?

Masyarakat Singapura, sebagaimana diberitakanStraits Times, mulai resah melihat pasangan muda-mudi mabuk asmara, yang berpelukan dan bermesraan di depan publikawam
Lengan dan kaki yang saling bertautan itulah yang membuat mereka mendapat julukan 'Octopus couple' atau 'pasangan gurita'.

Beberapa waktu belakangan, pasangan-pasangan yang juga berpelukan bak Koala (Koala hugging) di depan publik ini makin sering dijumpai. "Jika mereka terus melakukannya, akan ditiru anak-anak muda selanjutnya," ujar Govinda Raju, teknik senior yang memiliki dua anak remaja.

Keprihatinan ini tak hanya diungkapkan para orangtua. Mahasiswa seperti Siddiq Poh (20) juga mengaku resah melihatnya. "Singapura masih Asia, publik masih belum siap untuk hal-hal semacam ini. Saya saja merasa canggung melihat mereka," ujarnya.

Poh dan kawannya terkejut saat ditunjukkan foto seorang pemuda di dalam bus, berdiri di belakang kekasihnya dan asyik berpegangan pada dada perempuan itu. "Ini bukan tindakan cinta, ini terang-terangan," ujar kawan Poh, Seet Yu Ai dan Rennie Peen

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Fiza bahagia dengan anak-anak

Posted:

Fiza bahagia dengan anak-anak

Fiza bahagia dengan anak-anak

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


Permata hati Fiza, Ferra Aryanna (kiri) dan Feeya Adyrra.


EH... Annissa datang. Fiza apa yang akan terjadi kepada suami awak nanti," itulah antara soalan spontan yang diajukan oleh peminat sewaktu melihat Fiza di The Curve baru-baru ini.

Ternyata lakonan Fiza sebagai Ana seorang isteri yang penyabar, memberi impak besar kepada peminat-peminatnya.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 31, berkata, itulah watak protagonis yang berjaya membuat penonton kasihan kepadanya.

Sebelum ini Fiza sering diberi watak antagonis sehingga membuatkan orang beranggapan dia juga jahat seperti peranannya dalam drama bersiri Asmara.

Bagaimanapun kata Fiza, akhir-akhir ini ramai yang mudah simpati dengannya dan tidak hairanlah rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin bertambah.

"Alhamdulillah, akhir-akhir ini rezeki saya murah sangat. Ada banyak tawaran berlakon dan ada ketikanya, saya terpaksa tolak kerana jadualnya bertindih.

"Sepanjang saya berlakon Annissa, ada lima job yang terpaksa saya tolak, dua untuk drama episod dan tiga telefilem. Selepas Annissa, saya ada job tapi saya tolak juga kerana tidak larat nak bekerja back to back," jelasnya.

Fiza yang telah bercerai dengan suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, pada November 2010, dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2, berkata, matlamat hidupnya sekarang adalah untuk anak-anak.

Menurut Fiza, biarpun dia dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon.

"Fiza tidak kisah anak-anak dijaga suami dan mertua kerana Fiza sendiri sibuk. Ada baiknya mereka dengan bekas suami kerana segala keperluan terjaga.

"Walaupun Fiza tidak bersama kakak dan adik (panggilan untuk kedua-dua orang anaknya), tapi setiap apa yang mereka lakukan Fiza tahu. Fiza tahu pukul berapa mereka tidur, bangun, pergi kelas dan mengaji," katanya terus terang.

Kata Fiza, pembantu rumahnya, Yulianti, 25, sentiasa menjadi mata dan telinganya ketika dia tidak bersama anak-anak.

Baginya, Yulianti bukan sekadar pembantu tapi lebih kepada seorang saudara kerana mereka sudah bersama sejak Fiza melahirkan Feeya Adyrra.

"Kalau nak tahu, bila si adik nak tidur, dia mesti cari Yulianti. Fiza tabiklah dengan dia sebab boleh menjaga kakak dan adik dengan sabar. Budak-budak biasalah, ada ketikanya tidak mahu dengar cakap.

"Setiap kali Fiza shooting, ketiga-tiga mereka akan menetap di Gombak dan bila free, Fiza akan ambil mereka untuk tinggal dengan Fiza di Damansara.

"Waktu itu, kami akan keluar jalan-jalan. Sebab itulah, orang sekitar The Curve sudah kenal kami kerana Fiza akan bawa anak-anak lepak kat sini," ceritanya tersenyum.

S3 dapat melihat kemesraan yang terjalin antara Fiza dan anak-anak bersama dengan jurujual di bahagian permainan. Ketika Aryanna dan Adyrra ingin menunggang binatang mainan, mereka disuruh naik dulu dan bayar kemudian.

Malah, Aryanna dan Adyrra yang comel dan sering menarik perhatian orang ramai itu turut menunjukkan kebolehan mereka membaca doa makan, tidur dan lagu-lagu berunsur keislaman.

"Banyak perkara yang Fiza belajar daripada mereka. Kalau hari ini mereka diajar perkara baru di tadika atau kelas mengaji, pasti Fiza tahu malah secara tidak langsung, Fiza pun dapat belajar.

"Cuba tengok telatah adik macam burung kakak tua. Dia ikut sahaja apa kakaknya buat, tapi ada bagusnya kerana dia dapat belajar banyak perkara," katanya.

Disebabkan keletah anak-anaknya yang sentiasa ceria itulah Fiza tidak dapat berpisah lama dengan mereka dan setiap seorang dibelikan telefon bimbit selain pembantu rumah.

Naluri seorang ibu membuatkan Fiza tidak dapat berpisah lama dengan anak-anaknya. Walaupun tidak dapat bertemu setiap hari kerana tugasan, namun Fiza akan pastikan dia berpeluang mendengar suara mereka.

"Tiap kali mahu bertemu mereka, Fiza pasti teruja kerana ada sahaja cerita baru yang dapat Fiza dengar," katanya terus terang.

Bila ditanya tentang masa depan, Fiza yang pernah dikaitkan dengan Faizal Mohd. Khan, 33, bapa kepada pelakon Erin Malek memberitahu yang dunianya sekarang adalah anak-anak dan kerjaya.

Kata Fiza, dia tidak menolak jika bertemu jodoh lagi tapi untuk memilih siapa atau tarikh pernikahan, bukanlah urusannya.

"Baru sangat Fiza bercerai. Bagilah Fiza kumpul wang untuk masa depan. Kalau ada jodoh, Fiza tidak menolak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Alvin hilang stres dengan memecut

Posted:

Alvin hilang stres dengan memecut

Alvin hilang stres dengan memecut

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN


AKSI pecutan Alvin ketika memandu go-kart dengan berkelajuan 60 kilometer sejam.


PECUTAN jentera kecil yang mampu mencecah kelajuan 60 hingga 120 kilometer sejam (km/j), go-kart berjaya menambat hati pendatang baru industri seni suara tanah air, Alvin Anthons sebagai alternatif untuk menghilangkan stres yang dialaminya.

Mula meminati salah satu cabang sukan tersebut sejak beberapa tahun lalu, Alvin yang bernaung di bawah label milik Ajai, Wake The Baby itu mengatakan, dia adalah seorang yang suka memandu kereta dengan laju.

Akan tetapi, pemilik kereta mewah BMW 5 Series itu akur dengan peraturan dan undang-undang jalan raya yang dipraktikkan di Malaysia.

"Disebabkan tidak boleh memandu melebihi had laju di mana-mana jalan raya di negara kita, itulah sebabnya saya memilih untuk memandu go-kart.

"Walaupun kelajuan 60 ke 120 km/j nampak macam perlahan bagi sesebuah kereta biasa, tetapi dalam kategori go-kart, pemandu boleh merasakan kelajuan kenderaan mini itu.

"Tambahan pula, sukan ini dilindungi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan. Jadi, rasa gusar jika berlaku kemalangan dapat diminimumkan," kata jejaka berketurunan India itu.

Ditemani dua orang rakannya, Alvin cukup berpuas hati apabila dapat memecut laju ketika memandu go-kart di litar yang bersebelahan dengan Litar Antarabangsa Sepang.

Ujar Alvin, memandu di lokasi tersebut membuatkannya berasa seperti memandu jentera Formula 1 (F1) kerana deruman enjin kenderaan berkenaan boleh didengar dari litar go-kart itu sekiranya ada pemandu yang sedang membuat latihan.

"Bunyi enjin di litar sebelah (litar F1) boleh didengari hingga ke sini. Jadi, suasana memandu go-kart di sini berbeza berbanding litar lain yang terdapat di Lembah Klang.

"Barulah keseronokan dan kepuasan diperoleh pada tahap maksimum," katanya.

Bagaimanapun, Alvin bukanlah seorang yang fanatik terhadap sukan bermotor itu sehinggakan dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jentera go-kart.

"Cukuplah sekadar menyewa go-kart yang disediakan di litar ini. Saya belum terfikir lagi untuk memilikinya sendiri.

"Sukan ini untuk suka-suka atau hobi. Lainlah kalau serius nak jadi pelumba go-kart," terangnya kepada S3.

Sedikit mengenai perkembangan seninya, Alvin yang baru saja tampil dengan single sulung ciptaan Ajai, Berdua, mengharapkan industri muzik memberikan ruang kepadanya untuk melakar nama sebagai penyanyi.

Walaupun dimonopoli oleh kaum Melayu, Alvin yakin akan mendapat tempat dalam kelompok artis tempatan bersandarkan semangat 1Malaysia yang dipupuk di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck

Posted: 29 Jul 2011 10:02 AM PDT

Gambar : Khairul Fahmi dikatakan mempunyai kekasih gelap, Dahlia Teck

Topik yang semakin popular di dalam forum dan blog beautifulnara berkenaan isu Khairul Fahmi mempunyai kekasih gelap iaitu Dahlia Teck. Siapa dia? Semua orang tak tahu siapa dia cuma ada orang nampak mereka berdua kuar makan dan berpegangan tangan. Kesahihan cerita ini, kami tak dapat pastikan, kami hanya sampaikan :-). Adakah kontroversi ini membuatkan penjaga gol harimau malaya, terlena dan melepasi sungguh banyak gol ketika malaysia bertemu, Arsenal dan Liverpool. Bro bangun bro dari tidur perjalanan bro masih jauh lagi bro!



Sebelum ini, Kahirul Fahmi juga dikatakan mempunyai masalah dengan tunangnya seperti dalam gambar disebelah ini.




















Tags: dahlia teck, gambar kekasih baru khairul fahmi, gambar skandal apek, gambar skandal khairul fahmi, siapa dahlia teck

Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz

Posted: 29 Jul 2011 09:32 AM PDT

Fizz FairuzKontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz

Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curang Almy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut.

Fizz yang turut dikaitkan dengan Liyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan.

"Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem "Papadom 2" dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004.

"Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikan sedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan," kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu.

Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat.

"Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem "Nirajim", di bawah produksi Grand Brilliance.

Izreen AzmindaSebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing.

Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.

Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.

Kata pelakon "Nur Kasih" itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri.

"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.

Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah

Posted: 29 Jul 2011 09:17 AM PDT

Artis Seksi Julia Ziegler berlakon watak Ustazah

BERDARAH kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat bukan bermaksud pelakon Julia Ziegler mengamalkan cara hidup seperti orang Barat.

Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam.

"Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa.

"Selain membimbing saya dari segi agama, emak yang juga seorang ustazah juga mengajar saya mengaji sehingga khatam Al-Quran sejak kecil lagi," kata anak ketiga dari empat beradik ini.

Justeru, tidak hairanlah, Julia juga tidak menolak untuk memegang watak sebagai Ustazah Halimah dalam drama bersiri sempena Ramadan berjudul Moreh untuk stesen TV Al-Hijrah.

"Saya juga meminta emak mengajar dari segi tajwid bacaan surah dalam Al-Quran bagi memastikan saya menjiwai watak ustazah itu sebaik mungkin.


"Maklumlah, selain bertudung, Halimah juga mengajar kanak-kanak membaca Muqadam dan Al-Quran dalam cerita ini.

"Saya juga tidak menolak bila ditawarkan karakter Muslimah atau bertudung kerana sebagai pelakon, saya perlu versatil," katanya yang pernah beraksi dalam siri untuk Astro berjudul Tudung Ekspres.