Gadis ini tiba-tiba ditumbuk ketika berposing Posted: 24 Jul 2012 09:15 PM PDT
STOMPer Ah Ric spotted this video on Facebook. A girl is seen posing for the camera with a guy, who suddenly, the guy punches her, then continues to land more blows on her before running away.
A second guy is seen landing a kick on the girl as the first guy is running away. He continues to rain punches on her as the video stops abruptly.
From the video, it seems that the girl was genuinely punched and kicked by these youths.
Said the STOMPer:
"I saw this video on Facebook.
"I do not know what happened.
"I just wanted to post this to see if anyone else has any information on what really happened."
sumber : stomp.com.sg |
Serbia Subsidi Operasi Ganti Kelamin Posted: 24 Jul 2012 09:00 PM PDT BEOGRAD - Operasi pergantian kelamin merupakan tindakan yang pandang tabu oleh banyak pihak. Namun saat ini, banyak orang berbondong-bondong datang ke Serbia untuk menjalankan operasi itu. Operasi kelamin itu juga mendapat subsidi dari insurans nasional Serbia.
"Sangat mengejutkan, sebuah negara konservatif menjadi pusat dari operasi pergantian kelamin. Kehidupan sosial di Serbia pun berubah secara perlahan," ujar salah seorang aktivis transgender di Serbia, seperti dikutip New York Times, Selasa (24/7/2012).
Hampir 100 orang warga negara asing dan warga Serbia sudah menjalankan operasi itu pada 2011 lalu. Menurut laporan dari Pusat Bedah Rekonstruksi Kelamin Beograd, peminat dari operasi itu kian meningkat, beberapa warga negara dari Amerika Syarikat (AS), Perancis, Rusia, Iran, Afrika Selatan, Singapura dan Australia sering menjalankan operasi tersebut.
Para pengamat mengatakan bahwa dana yang diperlukankan seseorang untuk melakukan operasi kelamin sangatlah besar, operasi itu juga rumit, dan dinilai memicu kontroversi. Operasi pergantian kelamin juga dikecam di sejumlah negara seperti Eropa seperti, Austria, Hungary, Rumania, Bulgaria dan Greece. Hal itulah yang menyebabkan Serbia menjadi pusat operasi kelamin.
Di Inggris, operasi itu boleh menghabiskan dana sebesar USD15 ribu a. Namun di Serbia, setiap pesakit hanya memerlukan dana sebesar USD10 ribu . Salah seorang aktivis transgender AS yang terkenal, Chaz Bono juga berniat datang Serbia untuk menjalani operasi lainnya.
Operasi pergantian kelamin di Serbia, dilakukan lewat dalam waktu enam jam. Untuk menjalankan operasi itu, pasien juga memerlukan dua surat rekomendasi dari sejumlah psikiater yang menunjukkan bahawa pesakit yang bersangkutan menderita penyakit gangguan identiti gender.(AUL) |
Di Hari Pernikahan, Pengantin Dipaksa Bekerja Posted: 24 Jul 2012 08:45 PM PDT RIYADH - Hari pernikahan tentunya merupakan momen paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Namun, di Saudi Arabia seorang pengantin lelaki justru terpaksa berangkat ke pejabat tepat pada hari pernikahannya.
Kepada ayah dan mertuanya, pengantin lelaki itu mengaku bahawa mangjer ditempatnya bekerja menelefon dan mendesaknya untuk datang ke pejabat pada saat itu juga. Manager itu mengatakan, ada hal mendesak yang harus segera diselesaikan.
"Kerana takut lelaki itu kehilangan pekerjaannya maka orangtua dan mertuanya pun meminta lelaki itu untuk segera berangkat kepejabat," tulis Suratkabar berbahasa Arab Alyoum, yang dilansir Emirates247, Selasa, (24/7/2012).
"Para tamu yang menghadiri pernikahan mereka pun menatap lelaki itu dengan tatapan penuh pertanyaan," tambah suratkabar itu.
Namun tidak disebutkan masalah apa yang begitu mendesak sampai pria itu diharuskan segera datang kepejabatnya.(rhs) |
18 Polis Selamatkan Boneka Seks dari Sungai Posted: 24 Jul 2012 08:30 PM PDT BEIJING - Seramai 18 anggota polis China dipaksa untuk menyelamatkan sebuah boneka seks yang berbentuk perempuan. Boneka itu dikira sebagai seorang perempuan yang tenggelam di sungai.
Boneka itu mengapung sekira 50 meter dari tepian sungai di Provinsi Shandong. Setelah menerima laporan, seramai 18 anggota polis mendatangi lokasi kejadian. Demikian diberitakan Orange,Rabu (25/7/2012).
Tetapi yang mereka tidak sadari, perempuan yang hendak mereka selamatkan melainkan sebuah boneka yang biasa di gunakan untuk memuaskan nafsu birahi. Perlu waktu sekira 40 minit bagi pihak kepolisian untuk menyelamatkan boneka tersebut.
Ketika boneka itu sudah mendekat, polis baru menyadari yang mereka selamatkan bukanlah manusia. Insiden ini disaksikan oleh sekira 1.000 orang.
Ramainya warga yang menonton, bahkan membuat warga memblokir jalan dari petugas pemadam kebakaran untuk mencapai lokasi kejadian. Beruntung, petugas pemadam tidak sampai ke lokasi kejadian. Jika mereka datang, tentunya para petugas pemadam dirudung malu seperti halnya pihak polis.(faj) |
Suami Gila Seks dan Tukang Selingkuh, Isteri Minta Cerai Posted: 24 Jul 2012 08:15 PM PDT TRIBUNNEWS.COM - Seorang isteri yang berusia 49 tahun meminta cerai setelah suaminya selalu meminta berhubungan badan tiga kali sehari. Demikian dilansir The Star, Selasa (24/7/2012). Perempuan, yang mengidap penyakit kanser payudara, mengatakan jika suaminya meminta seks setiap hari meski dirinya harus pergi menjalani perawatan selama dalam empat tahun terakhir ini. Perempuan yang namanya dirahsiakan ini mengeluh suaminya marah-marah jika ia menolak berhubungan badan. Ia mengaku pernah diceraikan suaminya sekali namun mereka rujuk setelah sang suami memohon maaf. Dirinya kemudian tak tahan lagi setelah ia tahu suaminya berselingkuh dengan wanita kaya yang seusia suaminya yang kini berumur 50-an tahun. |
Di Hongkong ada Coca-Cola yang Dapat Membeku Dengan Sendirinya [Video] Posted: 24 Jul 2012 08:00 PM PDT Minuman soda memang lebih enak jika dinikmati dingin-dingin, masalahnya, kita belum memiliki alat ajaib yang dapat mendinginkan minuman soda kita secara instan. Coca-cola (di Hongkong) menyedari hal ini dan memproduksi varian Coca-cola unik yang dapat membeku dengan sendirinya dalam hitungan saat. Mari kita lihat bagaimana cara minuman ajaib ini bekerja.
|
Artis rap (2PM) mabuk langgar motosikal Posted: 24 Jul 2012 07:45 PM PDT SEOUL: Seorang anggota kumpulan penyanyi popular Korea Selatan, 2PM, ditahan kerana memandu di bawah pengaruh arak selepas keretanya bertembung dengan sebuah motosikal, awal pagi semalam. Ujian menunjukkan, darah Nichkhun Horvejkul, mengandungi alkohol melebihi tahap dibenarkan dan lesen memandunya mungkin digantung. Penyiasat berkata, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan ringan. Nichkhun, 24, penyanyi rap berdarah campuran AS - Thailand dan menjadi vokalis sokongan untuk kumpulan enam anggota itu. 2PM sangat popular di Asia. - AFP
sumber : myMetro
|
Lelaki mabuk nafi cekik bayi hingga mati Posted: 24 Jul 2012 07:30 PM PDT MANILA: Seorang lelaki mabuk ditahan kerana menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia dua bulan di bandar Quezon, hujung minggu lalu. Pegawai Penyiasat, Pegawai Polis Kanan 1, Johnny Mahilum berkata, suspek, Mark Renil Galme, 30, penduduk di Barangay Ramon Magsaysay. Katanya, Galme akan didakwa atas kesalahan membunuh.
Polis berkata, kejadian itu berlaku ketika ibu mangsa keluar bekerja. Galme memberitahu polis, bayi itu ditemui terbaring di tempat tidurnya dan tidak bernafas pada jam 10 malam Ahad, lalu dia menelefon isterinya untuk membawa bayi mereka ke hospital. Tetapi, bayi itu mati sebelum sempat tiba di Hospital JP Sioson di bandar Quezon.
Doktor yang merawat mendapati terdapat lebam di badan, rahang dan kesan melecet di leher, menunjukkan bahawa bayi itu dicekik.
Gelma menafikan dia membunuh bayinya. -MT sumber : myMetro |
Pesara tangkap ikan 454 kilogram Posted: 24 Jul 2012 07:15 PM PDT BRITISH COLUMBIA: Pasangan suami isteri, Michael dan Margaret Snell menunjukkan ikan gergasi sepanjang 3.33 meter yang mereka pancing ketika bercuti. Michael, 65, mengambil masa satu setengah jam untuk menaikkan ikan seberat 454 kilogram di Kanada yang dianggap ikan terbesar pernah ditangkap di Amerika Utara. Pemancing yang berasal dari Salisbury, Wiltshire itu berkataL "Ia tangkapan terbaik saya sepanjang hidup." Pemandu pelancong, Dean Werk yang bertanggungjawab membawa pasangan itu memancing di Sungai Fraser, Brtish Columbia berkata: 'Kami mencium ikan itu sebelum melepaskannya semula. - DM
sumber : myMetro
|
Bukan aksi filem Posted: 24 Jul 2012 07:00 PM PDT STOCKHOLM: Dalam kejadian menggerunkan seperti dalam filem Nicolas Cage, Ghost Rider, penunggang motosikal ini dirakam dengan dirinya dijilat api dan melompat dari motosikalnya yang terbakar. Bagaimanapun, ini bukan rakaman filem atau persembahan aksi berani. Ia adalah saat sebenar apabila motosikal 1950cc penunggang Sweden, Greger Johansson terbakar ketika dia bersiap sedia untuk satu perlumbaan di Stockholm.
Johansson melakukan pemanasan biasa untuk memanaskan tayarnya apabila superbike itu gagal berfungsi di Tierp Arena, utara Stockholm ketika pusingan kelayakan perlumbaan FIA/UEM Antarabangsaa Sweden. Penunggang itu bagaimanapun tidak cedera dalam kemalangan itu. Jurugambar, Andy Will- sheer, yang berjaya merakamkan saat itu apabila motosikal berkenaan meletup menyifatkan kejadian sebagai menakjubkan.
"Greger sedang memanaskan tayar belakang untuk perlumbaan kelayakan bersama seorang pelumba lain. Berlaku satu letupan dan kemudian dia dijilat api.
"Ia berlaku dalam sekelip mata," kata Willsheer.
Gambar itu juga menunjukkan serpihan enjin berkenaan yang terbang akibat meletup dan kemudian jatuh ke arah jurugambar itu.
"Ia terbang ke arah saya dalam keadaan terbakar. Tetapi mujur ia tidak datang seperti peluru. Ia hanya bersepai dan jatuh ke tanah.
"Perkara pertama saya lakukan ialah melihat pada kamera saya. Saya tidak percaya dapat merakam kejadian itu.
"Mujur penunggang itu tidak cedera," kata Willsheer.
Motosikal Johansson itu yang digelar 'Blower Cat', terbabit dalam perlumbaan 'drag' antara dua penunggang kelas Super Twin.
Enjin berkembar 1950cc itu menggunakan campuran metanol dan nitrometana untuk menjana tenaga hingga kepada kelajuan 304 kilometer sejam.
Menurut Willsheer, pelumba Sweden itu kagum dengan gambar yang dirakamnya.
'Johansson melihat gambar yang saya rakam. Dia gembira kerana ada orang yang merakam kejadian itu," katanya. - DM sumber : myMetro |
Nikah tanpa ijab kabul Posted: 24 Jul 2012 06:45 PM PDT MELAKA: Terpedaya dengan janji manis lelaki, seorang wanita kini buntu selepas meragui status pernikahannya yang dibuat tanpa ijab kabul dalam satu majlis ringkas, lapan tahun lalu. Lebih menyukarkan, hasil 'perkahwinan' itu, wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Suzi, mempunyai empat anak yang tidak dapat dibin atau dibintikan nama suaminya selepas pejabat agama mengesahkan sijil pendaftaran nikah itu adalah palsu. Bagai jatuh ditimpa tangga, Suzi mendakwa perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga itu mengalami masalah lantaran suami yang panas baran, kaki perempuan dan mengabaikan tanggungjawab.
"Saya mengambil keputusan berkahwin selepas mengenalinya selama dua bulan sewaktu bekerja di Johor Bahru.
"Namun oleh kerana cinta, saya bagaikan dipukau sehingga percaya biarpun majlis pernikahan dijalankan dengan suasana amat pelik iaitu tiada akad nikah dan hanya duduk di suatu sudut sehingga segalanya selesai," katanya.
sumber : myMetro
|
Mahu jual nasi lemak di Singapura Posted: 24 Jul 2012 06:30 PM PDT JOHOR BAHRU: "Saya berhasrat mengembangkan perniagaan nasi lemak dengan mengedarkannya kepada mana-mana pihak untuk dijual di Singapura. "Mungkin dengan cara itu, perniagaan saya akan bertambah maju dan anak tidak perlu lagi membantu menjual dari rumah ke rumah lagi," kata Noraini, 35, ibu kepada tiga kanak-kanak yang terpaksa ponteng sekolah hampir 100 hari akibat keletihan berjalan kaki untuk menjual nasi lemak. Noraini berkata, dia bersyukur dengan rezeki melimpah-ruah pada Ramadan ini apabila menerima pelbagai bantuan disalurkan daripada individu prihatin. "Syukur ke hadrat Ilahi, selepas kisah hidup saya sekeluarga disiarkan di Harian Metro, pelbagai pihak tampil membantu daripada segi kewangan. "Hanya Allah saja dapat membalas jasa mereka," katanya. Menurut Noraini, dia kini berusaha mengatur hidupnya ke arah yang lebih sempurna terutama bagi memastikan keempat-empat anaknya, Nazirah, 16, Hamirul, 11, Nabila, sembilan, serta Alyah, lapan tahun, dapat menikmati kehidupan lebih baik. "Dalam hidup saya, hanya ada mereka berempat, tanpa anak, saya tidak akan mampu mengharungi segala masalah dan dugaan ini. "Saya berazam untuk memastikan anak dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan tidak lagi menjual nasi lemak selain berjalan kaki sehingga keletihan," katanya. Menurut Noraini, dia juga akan membawa Hamirul yang menghidap tonsil ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini dan mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0111841000039520 di atas nama Norzanina Bahuridin. Harian Metro, Isnin lalu mendedahkan kesukaran hidup dialami keluarga Noraini. Nazirah berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga kerana malu diejek rakan berikutan kegagalan keluarganya menjelaskan yuran sekolah. Hamirul, Nabila serta Alyah pula terpaksa berjalan kaki hingga tiga kilometer sehari untuk menjual nasi lemak kerana mahu membantu menampung perbelanjaan keluarga. Nasib keluarga itu mendapat perhatian apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menghulurkan Bantuan Kanak-kanak (BKK) RM400 sebulan kepada keluarga Noraini selain Majlis Agama Islam Johor (Maij) yang menyumbangkan bantuan wang RM300 serta beras. sumber : myMetro |
Serik berniaga air tebu Posted: 24 Jul 2012 06:15 PM PDT KUALA TERENGGANU: "Hari itu adalah hari terakhir saya berniaga air tebu dan tak mungkin akan teruskan perniagaan ini. "Biarlah saya seorang yang merasa keperitan ini. Saya tidak mahu anak atau ahli keluarga menerima nasib sama," kata Ana Ali, 58, yang kudung tangan kanannya selepas termasuk dalam putaran mesin tebu di Kampung Balai Besar, Dungun, Sabtu lalu. Bapa enam anak yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, detik pahit itu berlaku pada jam 3.30 petang ketika dia bersama anak perempuan dan isterinya menyiapkan tempahan air tebu untuk pelanggan. Menurutnya, putaran mesin itu tiba-tiba tersekat kerana tersangkut hampas tebu yang keras selepas dia menyiapkan satu tong air tebu. Katanya, dia kemudian menggunakan tangan kanannya untuk menarik keluar hampas tebu itu tanpa mematikan enjin mesin berkenaan, tetapi tindakannya membawa padah apabila tangannya ditarik masuk ke dalam putaran mesin berkenaan. "Saya terus menyuruh anak mematikan suis supaya dapat menghentikan putaran mesin tebu itu. "Namun, keadaan tambah panik apabila anak saya gagal mencari suis untuk menghentikan mesin, malah tersilap tekan butang lain. "Dalam keadaan menahan sakit, saya menguatkan semangat untuk bergerak dan mencapai suis bagi mematikan enjin mesin tebu itu dan menyuruh menantu yang kebetulan keluar dari rumah untuk menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya. Menurutnya, dia tidak dapat menahan kesakitan dan meronta-ronta untuk menghilangkan rasa sakit itu. "Saya rasa seluruh tangan kanan saya bagaikan dibakar api, namun mujurlah menantu berjaya membuka mesin itu dengan menggunakan spanar sebelum melepaskan tangan yang sudah hancur seperti hampas tebu daripada mesin berkenaan kira-kira 10 minit kemudian," katanya yang serik untuk berniaga air tebu lagi. sumber : myMetro |
Pak Mat Lewa beri petua pasang tiga Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT PASIR PUTEH: "Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya," kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42. Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni. Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara 'gentleman' meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.
"Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak," katanya. Katanya, Ani turut tersenyum sebaik saja melihat dua madunya berada di depan mata ketika majlis meminang di rumah keluarganya di Jerteh, Terengganu. sumber : myMetro |
Terjaga tidur diterajang suami Posted: 24 Jul 2012 05:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Tidur seorang wanita berusia 46 tahun tersentak apabila dia bukan saja ditumbuk sebaliknya disepak terajang suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Ipoh, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 50 tahun bertindak demikian dipercayai kerana mengesyaki isterinya curang. Akibat perbuatannya itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan. Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Menurut sumber, mangsa yang nyenyak tidur terjaga selepas mendapati kepalanya bagaikan dihentak sesuatu. "Sebaik membuka mata, dia melihat suaminya sedang berdiri di sisi katil di bilik tidurnya itu selain mendapati lelaki terbabit sedang menggenggam penumbuk. "Belum pun sempat mangsa mempersoalkan tindakan suaminya itu, lelaki terbabit terus menumbuk sebelum menyepak terajang mangsa," katanya. Sumber berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa cuba mempertahankan dirinya sambil bertanya mengenai sebab dia dipukul. "Namun, lelaki terbabit tidak mengendahkan pertanyaan isterinya itu sebelum memukulnya lebih 20 minit," katanya. Katanya, suspek kemudian mendakwa isterinya itu curang terhadapnya sebelum mengeluarkan pisau dan cuba untuk menikam mangsa. "Wanita terbabit bagaimanapun bernasib baik apabila dia diselamatkan adik lelakinya berusia 20-an yang kebetulan datang menziarah kakaknya itu dengan menghalang suspek. "Menyedari kehadiran adik iparnya itu, suspek bergegas meninggalkan rumah berkenaan," katanya. Mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berhampiran rumahnya itu bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar biarpun mengalami kecederaan di kepala dan badan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. sumber : mymETRO |
Hidup Sihat Cara Orang Gila..! Posted: 24 Jul 2012 05:30 PM PDT Apakah sering anda menemukan orang gila dijalanan? Pernahkah anda berfikir, mengapa orang gila selalu sihat ? Beberapa kali kita berusaha memikirkan mengapa orang gila tidak pernah sakit?
Tidak pernah kita melihat sekali pun ada orang gila terlantar di pinggir jalan, meminum ubat, memakai koyok, atau sakit gigi sekalipun. Jawabannya adalah "KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari satay kambing. Sudah ada soto ayam, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan macam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Bahkan nasi basi pun mereka makan.
Kedua, orang gila itu selalu qona'ah. Mereka itu triman. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah punya motor, masih minta keretaa. Rumah sudah bagus, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovasi ini renovasi itu. Akhirnya hutang sana sini untuk memenuhi nafsu tersebut. Ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.
Orang gila itu entah punya pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlu tikar, apalagi tilam atau springbed. Ada diantara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Gara-gara kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Tidur tanpa Air Cond juga tidak boleh.
Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Nyatanya mereka nampak selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well. Semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Makanya dia sentiasa tersenyum.
Nah, kalau kamu semua ingin selalu sihat jadilah 'orang gila' bukan jadi gila betul. Maksudnya, hiduplah dengan qona'ah, terima adanya,tidak ikut nafsu, tidak usah punya keinginan macam-macam dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan kamu sihat selalu. Ok!
sumber : cybermales |
Pagi nikah petang bercerai Posted: 24 Jul 2012 05:15 PM PDT Apa jadinya kalau pasangan yang baru menikah di pagi hari, tiba-tiba memutuskan bercerai pada petang harinya. Itulah kenyataan yang terjadi di Hanover, Jerman. Seperti ditulis Reuters, pengantin lelaki sudah berusia 50 tahun, sedangkan mempelai wanita berumur 34 tahun. Keputusan cerai itu datang dari keduanya pada hari yang sama ketika pernikahan berlangsung. Pernikahan yang diadakan pada 26 Jun lalu itu awalnya berjalan indah. Tetapi, menjelang siang terjadi keributan entah apa penyebabnya. Keributan pertama pasangan yang sudah rasmi suami-isteri itu berpanjangan. Tiba-tiba, si mempelai lelaki yang disebutkan memulai keributan itu ingin memotong rambut sang isteri. Tidak hanya itu, lelaki itu bahkan mengunakan pisau dapur untuk memotong rambut isterinya. "Dia (suami) akhirnya memutuskan tidak ingin melihat lagi isternyai dan membatalkan pernikahannya. Begitu juga dengan si isteri yang menginginkan hal sama," kata juru cakap polis di bahagian utara Hanover. Akhirnya, polis berhasil mempertemukan keduanya pada petang hari melalui telefon untuk berdamai. Tetapi apa yang terjadi. Keduanya malah saling berteriak dan melanjutkan pertengkarannya. Akhirnya sang pengantin lelaki menjalani malam pertamanya sebagai pengantin baru di tempat penampungan orang tua. |
Jantan ni sengaja jatuhkan duit syiling untuk tunjuk kemaluannya kepada pelanggan Mc Donalds Posted: 24 Jul 2012 05:00 PM PDT betul-betul tak berakal mamat ni....
A man deliberately exposed his private parts to girls at the King Albert Park McDonald's, said STOMPer Hoo. The man reportedly dropped items on the floor several times, and exposed his genitals to the STOMPer's girlfriend and her friends, as he bent over. The STOMPer relates the incident: "My girlfriend and a group of friends were studying at McDonald's at King Albert Park on Oct 25, and at around 3 or 4pm, this guy in an army singlet came in and sat next to them. "He 'accidentally' dropped his coins and my girlfriend's friend helped him pick them up. "Then, she saw his private parts. He wasn't wearing any underwear! "He sat with his leg up on the seat. He 'accidentally' dropped his coins again and as he picked them up, he exposed his private parts to my girlfriend and her friends. "He did this for three times. "It was obvious that he did all that on purpose because when he came in alone, there were many empty seats but he chose to sit at the table next to them. "He also did not buy any food from McDonald's. "He is a shame to guys. "Seriously, this should never happen to any girl." sumber : stomp.com.sg |
Kerana kedegilan wanita ini berjaya hidup lebih lama Posted: 24 Jul 2012 04:45 PM PDT LONDON: Ketika Katie Newell berusia 15 bulan, dia didapati menghidap penyakit berpunca daripada ketumbuhan di bahagian atas tubuhnya. Keadaan itu menyebabkan Katie tidak mampu makan atau minum dengan sempurna, manakala ibu bapanya diberitahu, kanak-kanak itu mungkin tidak dapat hidup lebih daripada lima tahun. Bagaimanapun, keberanian Katie membolehkan dirinya mengatasi masalah itu dan selepas menjalani beberapa pembedahan di Amerika Syarikat, dia baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-18. Bercakap dalam rancangan This Morning terbitan ITV semalam, remaja dari Chelmsford itu berkata, zaman kanak-kanaknya sangat sukar kerana menghidap neurofibromatosis yang menyebabkan tumbesarannya terganggu. "Sukar bagi saya kerana semua kanak-kanak akan berbisik-bisik mengenai saya di jalanan," katanya. Menurut Katie, ketumbuhan berhampiran paru-paru paling menyulitkannya, sehingga dia akan kepenatan hanya selepas berjalan atau menaiki tangga. Kadang-kadang, katanya, keadaan dirinya menimbulkan ketakutan kepadanya. "Seperti ketika berusia 14 tahun, saya diberitahu mungkin akan mati akibat pembedahan membuang ketumbuhan itu," katanya. Neurofibromatosis adalah kecacatan genetik yang menyebabkan ketumbuhan dan menjejaskan sistem saraf. Biasanya ia tidak berbentuk kanser tetapi boleh menekan organ seperti paru-paru serta menjadikan penghidapnya pekak. Doktor lazimnya hanya akan membuang ketumbuhan itu jika ia mengancam nyawa pesakit. Bagaimanapun, kadang-kadang ketumbuhan itu boleh berulang selepas dibuang. Ibu Katie, Vanessa, berkata selepas anaknya melepasi usia lima tahun, dia memutuskan untuk melakukan sesuatu. Mengaku turut mengalami neurofibromatosis ringan, Vanessa berkata, dia tidak mahu sekadar berdiam diri dan membiarkan Katie meninggal dunia akibat penyakit itu. "Justeru, kami mengumpul wang dan pergi ke AS untuk menjalani pembedahan di sana. "Walaupun mereka memberitahu ada risiko untuk mati, pakar di situ juga memberi kami pilihan," katanya. Menurut Vanessa, mereka "bernasib baik" kerana Katie remaja yang "degil." Menurut Vanessa, Katie sedar dia perlukan bantuan berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain. "Ketika kanak-kanak lain ke kedai, Katie menunggu teksi untuk membawanya pulang," katanya. Bagaimanapun, penerima dua anugerah kepujian kanak-kanak itu bertekad mahu meneruskan pembelajarannya dan menjadi penulis. Kata Vanessa, bagi Katie, penyakit itu tidak pernah melemahkan semangatnya. "Katie selalu berkata: Saya ada neurofibromatosis tetapi neurobiromatosis tidak akan menewaskan saya," katanya. - DM sumber : myMetro |
Gila..pesakit enggan tinggalkan hospital kerana punggungnya di tato selepas pembedahan Posted: 24 Jul 2012 04:30 PM PDT Seorang pesakit menolak meninggalkan hospital kerana mengaku punggungtnya telah ditato selesai pembedahan mengeluarkan batu hempedu. Sheng Xianhui (34), dari Kunming, daerah Yunan, China, mengaku bahawa punggungnya bahagian kanan telah di tato dengan dua huruf karakter China. Dia mengatakan bahawa tato yang artinya adalah "Penyakit Batu" dilakukan oleh staf Hospital Penyakit Batu di Yunnan ketika pembedahan mengeluarkan batu hempedu yang dideritanya. Pihak hospital pun memanggil polisi untuk mengusir Sheng, namun dia malah menyambut kedatangan polis dengan harapan bahawa polis mahu menyelidikinya. "Saya tidak akan pergi. Saya khuatir begitu saya keluar dari hospital walaupun satu minit, pihak hospital nanti akan mengatakan bahawa tato saya dibuat di luar," ujar Sheng seperti dilporkan Orange, Rabu (18/5/2011). "Meskipun saya ingin ditato, saya sudah pasti tidak akan menggunakan kata-kata tersebut dan tidak dibahagian tubuh itu," lanjutnya. Sheng tidak menyedari adanya tato tersebut hingga isterinya melihatnya ketika dia selesai mandi satu minggu selesai pembedahan. "Setelah pembedahan, saya memang merasakan punggung sebelah kanan saya memang sakit. Tapi saya fikir itu hal yang normal setelah pembedahan" imbuhnya. Pihak hospital sendiri membantah telah membuat tato tersebut dan mengatakan bahawa hal tersebut boleh saja disebabkan alergi kerana tempat tidur di hospital. |
Bayi masih bernyawa walaupun ditanam hidup-hidup Posted: 24 Jul 2012 04:15 PM PDT TEMPOInteraktif.com-Seorang bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup menghebohkan penduduk di blok Eunos Crescent, Singapura. Awalnya, Tay Kim, seorang pesara 60 tahun, sayup-sayup mendengar tangisan mirip suara kucing. Dia pun langsung mencari sumber suara tersebut. Suara tangisan ternyata berasal dari dalam tanah, di sebuah taman di blok 31A. Curiga dia pun menggali tanah tersebut. Astaga! Di dalam lubang yang tak dalam itu seorang bayi laki-laki yang baru lahir berlumur lumpur. Lebih teruk lagi, lehernya dililit tali dari beg plastik sampah. Selain mulutnya penuh lumpur dan daun-daun kering, tali pusat bayi malang itu juga masih elok. Seperti dilaporkan hari ini, Rabu (20/1), bayi tersebut terus dibawa ke hospital. Keadaannya sekarang dilaporkan stabil. Kes ini masih disiasat polis. www.AstroDigi.com (Nino |
[Mesti lihat] Cara tercepat nak buat sunroof kereta Posted: 24 Jul 2012 04:00 PM PDT ada tak yang sanggup nak buat sunroof segera ni…… |
Gila..remaja nak cincang otak bapa kerana mee segera Posted: 24 Jul 2012 11:00 AM PDT STOMPer angmokioguy came across a posting by a girl who cursed her father online over instant noodles.
The STOMPer sent in an edited screenshot of the posting and said:
"A girl uses facebook to curse her dad over to instant noodles." sumber : stomp.com.sg |
[Hebat] Aksi lembu menewaskan anjing yang menganggunya Posted: 24 Jul 2012 10:30 AM PDT Walaupun dua ekor anjing cuba mengacaunya ,namun ia tetap mampu menewaskannnya.....
|
Dik depan orang ramai jangan buat macam tu! Posted: 24 Jul 2012 10:15 AM PDT |