Adsense

Jumaat, 28 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Hero Malaya Aznil, Altimet, Imran Ajmain, Zizan & Ramai Lagi Serang Carefour Wangsa Maju

Posted: 28 Jan 2011 01:28 AM PST

Ketika kami update entri ini, 22 selebriti lelaki yang datang daripada pelbagai bidang seperti lakonan, nyanyian & pengacaraan sedang bertungkus lumus membuat aktiviti amal di Carefour Wangsa Maju. Seprais pun! Rata-rata pengunjung Carefour amat terkejut dengan kehadiran 22 selebriti lelaki ini yang muncul di depan mata mereka.

Hero Malaya yang didokong oleh Paknil, Altimet, Imran Ajmain, Zoey, Zizan, Alif Satar, Fadzley & beberapa artis yang lain merupakan usaha sama antara mereka untuk mengeratkan silaturrahim selain mengutip sumber kewangan untuk membantu orang yang telah dikenalpasti. (Rujuk artikel Apakah Hero Malaya?)

Kami tersenyum besar apabila peminat-peminat berkejar untuk merebut barangan yang dijual oleh Zizan Raja Lawak, siap ada autograf! Yah, jelas terpampang di wajah mereka kepuasan yang tidak terhingga apabila berjaya mendapatkan roti berautograf Zizan Raja Lawak. Teknik pemasaran paling champion!

Check pertama RM60000 telah diberikan kepada Bob Kuman untuk rawatan kesihatan dia.

Enjoice koleksi gambar #heromalaya bersama peminat selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES

Posted: 28 Jan 2011 10:30 PM PST

Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama The Actor's Studio akan mempertunjukkan sebuah teater bertajuk SHORT EYES yang akan dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Fared Ayam dengan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik.

Teater SHORT EYES ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Taiyuddin Bakar, Khairunadzwan Rodzy, Tayanithi, Khairil Ridzuan K'N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta, Xavier Fong, Nam Ron dan penampilan istimewa, Faisal Mustaffa.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

shorteyes_TASTR_n_RAT

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi "Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam.

Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 – Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tempat:
The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpu

Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.

Facebook Event Page, klik SINI

Untuk keterangan lanjut:
http://www.theactorsstudio.com.my
http://rumahanakteater.blogspot.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Teater Legasi & Naturalisasi Dalam Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Telemovie Cheongsam Untuk Ibu

    Posted: 28 Jan 2011 09:52 PM PST

    INSAF SEORANG ANAK DALAM TELEMOVIE CHEONGSAM UNTUK IBU KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

    Ibarat kata pepatah, sesat di hujung jalan balik semula ke pangkal jalan. Apatahlagi menjelangnya sambutan perayaan-perayaan yang pastinya mengajak kita sebagai manusia menyuntik kesedaran dalam diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan tanpa mengira kaum dan agama.

    Begitu juga kesempatan terbuka luas bagi anak-anak yang ingin memohon keampunan daripada ibu dan ayah atas keterlajuran yang dilakukan.

    Lalu dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 3 dan 4 Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Citra yang popular di kalangan penonton setianya dalam menyiarkan drama-drama sarat dengan pengajaran berguna untuk ditonton seisi keluarga pada 4 Februari 2011 (Jumaat) ini menyiarkan telemovie bertajuk Cheongsam Untuk Ibu, jam 10.00 malam di TV2.

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Membariskan pelakon Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari, telemovie yang mengambil 'mood' perayaan Tahun Baharu Cina ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri.

    Kerana desakkan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana semata-mata mahu meletakkan dirinya setaraf dengan teman-teman sekampungnya yang telah berjaya memperolehi pekerjaan mampu dibanggakan di Kuala Lumpur. Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua.

    Plot drama ini bermula dengan memaparkan watak Mei Lan dan anak tunggalnya, Leong tinggal di sebuah felda. Mereka mengusahakan perusahaan kebun sayur.

    Setelah hanya mendapat gred 3 di dalam keputusan SPMnya, Leong tidak seperti kawan-kawan sekampungnya yang telah mengembangkan sayap masing-masing untuk menyambung pelajaran mereka atau mencari pekerjaaan di bandar-bandar besar. Hanya Leong yang tinggal di kampung, membanting tulang empat kerat dengan berkebun.

    Leong cemburu apabila melihat kawan-kawannya pulang ke kampung untuk bersama dengan keluarga masing-masing, membawa kereta atau motorsikal berkuasa tinggi. Bila berkumpul, Leong hanya mendengar cerita-cerita kehebatan hidup di bandar dari teman-temannya.

    Yang paling menyakitkan hati Leong ialah apabila Jenny, buah hatinya menjalinkan hubungan mesra dengan Tony yang pulang dari Kuala Lumpur dengang kereta besarnya. Jenny mula menjauhi Leong malahan mencemuhnya kerana tidak ada perkembangan dalam hidup. Sejak itu Leong nekad untuk ke Kuala Lumpur.

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Leong amat minat kepada muzik. Leong ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain muzik handalan. Leong ingin mencari nama dan kemewahan sebagai pemuzik Mei Lan menentang kehendaknya. Mei Lan ingin Leong terus mengusahakan kebun sayur mereka.

    Bagi Mei Lan, pendapatan yang mereka dapat dari hasil kebun itu sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak tetapi itu tidak cukup bagi Leong. Jiwa remajanya mempunyai citarasa sendiri. Citarasa yang didorong oleh hawa nafsu dan hasutan kawan-kawan.

    Sejak Jenny bersikap dingin kepadanya, hasrat Leong untuk ke Kuala Lumpur mula membuak-buak di jiwanya. Dia ingin buktikan pada Jenny bahawa dia boleh menjadi lebih hebat dari Tony. Lalu Leong berhijrah ke Bandar meskipun tanpa restu Mei Lan. Mei Lan membawa rajuknya ke pusara mendiang suaminya, menumpahkan airmata kecewa dan kedukaannya di situ.

    Di Kuala Lumpur, Leong tiada arah hendak dituju. Bekalan duitnya semakin berkurangan. Leong menumpang tidur di to'kong untuk beberapa malam dan siangnya dia mencari kerja. Nyata hidup di ibukota tidak seindah yang dibayangkan. Kerana terlalu lemah, Leong tertidur di kedai jahit Aziah, pada suatu malam. Aziah terkejut menemui Leong yang terketar kesejukan, ketika dia ingin ke kedai jahitnya.

    Di situlah titik permulaaan perkenalan antara Aziah dan Leong. Aziah membantu Leong untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kelab malam tempat kawannya bekerja. Leong bekerja di kelab malam bukan sebagai pemuzik tetapi sebagai seorang pelayan. Leong tidak berjaya memenuhi cita-citanya untuk menjadi pemuzik.

    Menjelang Tahun Baharu Cina, Aziah bersetuju untuk menghantar Leong pulang dengan keretanya. Aziah juga memberi alasan bahawa dia ingin memastikan tubuh Mei Lan muat memakai cheongsam yang dibuatnya. Mei Lan sangat gembira dengan kepulangan Leong tetapi dia terkejut

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Farahdhiya di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Faezah Ilai dengan Green Cheongsam Salikin Sidek
  • Gambar Amanda Amani di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld
  • Gambar Amber Chia di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld
  • Gambar Farhan di Green Cheongsam Showcase
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • DUA TELEMOVIE KHAS MERDEKA DI HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Telemovie Raya Cinta Terlepas Pandang
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Ajaibnya Bayi Kembar Tiga Ini, 2 Lahir 1998 Yang Satu 2010

    Posted: 28 Jan 2011 09:00 PM PST


    Ini benar-benar sulit untuk percaya bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di gambar atas adalah kembar tiga, tapi Bethony, Megand dan Ryleigh memang bayi kembar tiga.

    Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama, Ryleigh lahir 11 tahun setelah saudara kembarnya. Hal ini terjadi kerana, ada 3 embrio yang 2 ditanamkan pada tahun 1998, yang 1 telah dibekukan sampai tahun ini.

    Ini merupakan situasi yang luar biasa bagi kedua orang tua dan doktor sebagai keduanya tidak memiliki pengetahuan tentang kes lain dari saudara kandung dikandung pada tarikh yang sama tetapi lahir dengan perbezaan usia 11 tahun !.

    Masalah kesihatan, seperti endometriosis dan polikistik ovarium, mengurangi peluang Mrs Gembala menjadi hamil lalu Andrian suaminya memutuskan untuk menjalani pengubatan.

    Dari 24 telur yang dikumpulkan oleh doktar, 14 berhasil didapati, 2 ditanamkan dan 12 lainnya beku. kehamilan itu berjalan lancar dan, 6 minggu awal, Bethony dan Megan lahir sihat dan membawa kegembiraan bagi keluarga mereka.

    Setelah  9 tahun, ketika Shepherds memutuskan bahawa mereka menginginkan bayi lagi, mereka pergi ke klinik yang sama dan menggunakan salah satu embrio yang tersimpan 9 tahun sebelumnya.

    "Rasanya aneh untuk berfikir bahwa kita menggunakan embrio yang kita telah tersimpan bertahun-tahun lalu, . Kami tahu bahawa jika kita punya satu bayi itu akan berlaku menjadi gadis 'triplet seperti mereka semua dikandung pada ketika yang sama . Kita tidak tahu apakah itu akan berhasil, dan kami sepakat bahawa kita hanya akan memiliki satu dengan satu embrio dan jika tidak berhasil kita tidak akan mencuba lagi.

    "Ini adalah salah satu kesempatan terakhir, dan jika itu ditakdirkan untuk terjadi, maka itu akan terjadi, "Ikata Shepherd

    Para doktor memperingatkan orang tua ada kemungkinan tubuh akan menolak embrio beku, tapi untungnya ini tidak terjadi dan Ryleigh lahir sihat, walaupun Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah 2 saudara kembarnya.


    "Anak-anak sangat gembira punya saudara perempuan - dan mereka tahu bahwa dia dilahirkan pada ketika yang sama dengan mereka, tetapi telah di bekukan -. Dia benar-benar bayi yang bahagia dengan nafsu makan yang baik, seolah-olah dia ingin menebus masa - masa yang hilang saat dia membeku "kata Mrs Shepherd.

    sumber : mistery-dunia.blogspot.com

    Musang tembak pemburu yang memburunya

    Posted: 28 Jan 2011 08:00 PM PST

    Seekor musang yang terluka menembaki pemburu yang melepaskan tembakan ke arahnya dalam sebuah insiden yang terjadi di Grodno, Belarus. Tembakan ini dilepaskan saat pemburu itu hendaknya membunuh haiwan tersebut.

    Disaat  pemburu hendak memukul musang yang sudah tidak berdaya itu dengan gagang senapannya, tiba-tiba saja si musang melawan dan tidak sengaja menyentuh pelatuk senjatanya.

    SenapanG yang dipegang oleh pemburu itu meletus dan tembakannya mengenai bahagian kaki lelaki malang tersebut. Pemburu yang didekati oleh musang setelah tertembak tersebut, akhirnya dirawat di hospital.

    "Haiwan tiba-tiba saja melawan dan tidak sengaja menarik pelatuk senjata saya dengan cakarnya," ungkapnya  t seperti dikutip Reuters.

    Perburuan musang memang amat popular di wilayah Belarus yang berbatasan dengan Poland. Ini merupakan kali pertama seekor musang buruan mampu melukai pemburunya.

    [Gila] Kurung isteri selam lapan tahun

    Posted: 28 Jan 2011 07:45 PM PST

     Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki menyembunyikan isterinya selama lapan tahun dalam kegelapan, ruang kecil di dalam rumah mereka di tenggara Brazil. Demikian dilaporkan Sydney Morning Herald.

    Joao Batista Groppo (64) ditangkap setelah isteri yang dinikahinya selama 40 tahun, Sebastiana, ditemukan di bililk yang gelap kata inspektor polis Jaqueline Barcelos Coutinho. Kekasih Groppo, Maria Furquim, ditangkap kerana dianggap bersubahat dengan Groppo, di Sorocaba, sekitar 80 kilometer di sebelah barat Sao Paulo.

    Awalnya, dia mengaku ke polis jika dia mengurung isterinya selama 16 tahun. Tak lama kemudian, dia mengubahnya menjadi lapan tahun setelah anak laki-laki membenarkan hal itu. Anaknya mengatakan bahwa dia tahu ayah melakukannya namun tak boleh menghentikannya.-TRIBUNNEWS.COM 

    [Pelik] Nenek ini kena denda kerana punggut sampah

    Posted: 28 Jan 2011 06:45 PM PST

     Seorang nenek didenda dan diperlakukan seperti penjenayah setelah didenda kerana memungut sampah yang dijatuhkannya. Demikian dilaporkan Daily Mail.

    Lesley Apps (64)  ini diancam akan dipenjara jika dia gagal membayar di tempat denda yang dikeluarkan pegawai pemerintah setempat.

    Namun, dia menolak membayar kerana dia tidak membuang sampah sembarangan dan dia mengambil sampah ketika itu juga. Dia mengaku sering merasa takut jika tukang tagih datang ke rumahnya meminta wang denda tersebut.

    Apps mengatakan dia singgah di kedai setempat untuk membeli sebungkus rokok dan tidak sengaja menjatuhkan pembungkus rokok di jalan. Seorang staf dewan kota mendekatinya ketika dia memungut pembungkus rokok itu. "Meski saya melakukan kebaikan tetap saja saya dikenai hukuman. Seharusnya saya tinggalkan begitu saja sampah itu," katanya.

    Kemalangan pelik membabitkan kereta Volkswagen

    Posted: 28 Jan 2011 05:40 PM PST

    TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.

    Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.

    Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agensi

    saya petik berita dari kosmo online

    Penjara pun kena rompak

    Posted: 28 Jan 2011 04:25 PM PST

    Sekumpulan penyamun berjaya memecah masuk sebuah penjara di Belanda dan melarikan pelbagai peralatan termasuk peti televisyen milik banduan, ketika pesalah dibawa keluar untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan pada hujung minggu.


    Jurucakap pejabat pendakwa raya yang mengesahkan kejadian itu berkata ini adalah rompakan kedua di penjara di bandar Hoorn, 42 kilometer ke timur laut Amsterdam itu, dalam tempoh enam minggu.

    "Kami hairan bagaimana sebuah penjara yang dikawal rapi boleh disamun dan tiada tangkapan dibuat pihak polis sehingga kini," katanya.   ~~Reuters

    Gurauan-guruan kasar daripada seorang kawan

    Posted: 28 Jan 2011 10:01 AM PST

    Bergurau itu perkara biasa daripada seorang kawan tetapi
    jika kertelaluan itu sudah melampau...













    Nak kaya isteri sanggup ikut ritual ada hubungan seks dengan lelaki lain sehingga dapat AIDS

    Posted: 28 Jan 2011 09:30 AM PST

    Madiun – Maksud hati ingin kaya tapi bukan harta malah penyakit yang datang. Itu yang dialami SM (40) warga Madiun. Dia disyaki mendapati HIV/AIDS setelah mengikuti ritual mencari kekayaan dengan cara berhubungan seks dengan lelaki lain yang bukan suaminya.

    SM mengikuti ritual itu di Kawasan Gunung Kemukus, Sragen, Jawa Tengah selama dua tahun lalu. Setiap dua minggu sekali SM dan suaminya mengikuti ritual itu. SM pun berganti-ganti mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

    Ritual  itu kemudian mempengaruhi keadaan kesihatan SM. SM diduga diserang penyakit mematikan itu. Ketika ini SM dirawat di hospital di Madiun sejak Khamis (27/11/2009). Keadaanya lemah serta mengalami diare dan demam.

    Menurut Yudi (30) salah satu anggota NGO mengenai HIV/AIDS LSM Bambu Nusantara Kota
    Madiun, informasi ini mereka peroleh dari pengakuan suami SW (49). SW kepada Yudi mengaku kalau istrinya selalu sakit sejak mengikuti ritual itu.


    "Pengakuan suaminya kalau SM mengikuti ritual itu dengan bercinta dengan laki-laki bukan suaminya dan itu dilakukan setiap 2 minggu sekali dan selalu berganti-ganti pasangannya. Sejak 2 tahun terakhir mengeluh sering sakit dan badannya semakin kurus," kata Yudi

    Yudi mengatakan, SM diketahui terjangkit penyakit itu sejak Khamis lalu setelah dilakukan pemeriksaan doktor pakar di hospital tempatnya dirawat. "Ini diketahui dari hasil pemeriksaan Khamis lalu," katanya.

    sumber : blog.maskuncoro.com

    [Gila] Buat hubungan seks diatas pentas ketika konsert

    Posted: 28 Jan 2011 08:45 AM PST

    Satu pasangan Tommy Hol Ellingsen, 28 melakukan hubungan seks dengan kekasihnya Leona Johansson, 21 di atas pentas semasa konsert . Hal ini mereka lakukan sebagai wujud kecintaan mereka dalam melindungi hutan.




    kononnya aksi ini dilakukan atas dasar kecintaan mereka kepada hutan
    tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan mereka...semakin lama semakin
    jahil kelakuan manusia....


    Agaknya apa perasaan korang bila sakit perut masuk toilet jumpa pulak tandas macam ini

    Posted: 28 Jan 2011 07:12 AM PST

    image

    Tak ke sakit hati dan geram…lansung hilang selera nak sempurnakan hajat…mahu dipecahkan aje
    jawapannya….

    Sarapan sambil berbasikal

    Posted: 28 Jan 2011 06:30 AM PST

    Macam-macam idea manusia ini...
    sarapan sambil berbasikal...




    Gila betul orang kat Dubai ni

    Posted: 28 Jan 2011 05:00 AM PST

    Betul -betul gila dia orang ni...buang kereta sesuka hati je...
    Macam buang sampah aje..kereta mahal tu...










    Jangan beli permainan macam ini untuk anak anda

    Posted: 28 Jan 2011 04:00 AM PST

    Permainan yang berbentuk begini boleh merosakkan pemikiran anak anda...











    Proses bedah siasat seorang bayi

    Posted: 28 Jan 2011 03:15 AM PST






    Satu-satunya cacing yang boleh hidup di lumpur panas gunung berapi

    Posted: 28 Jan 2011 02:35 AM PST

    Tidak hanya hidup di lumpur panas yang ada di dasar laut, jenis cacing yang baru ditemukan ini juga memiliki rambut api. Tubuhnya tak hanya silinder memanjang seperti cacing biasa, melainkan di salah satu ujungnya terdapat banyak serabut berwarna merah yang bergerak bebas.

    Kerana itu cacing yang temuan Ana Hilario dari Universitas Averio Portugal itu akan dinamai Medusa, untuk mengingatkan pada makhluk berambut ular dalam mitologi Yunani. Hilario menemukannya di mendapan lumpur vulkanik di Teluk Cadiz, Sepanyol yang berada di bahagian barat daya Samudera Atlantik.

    Lumpur vulkanik yang muncul dari rekahan di dasar laut mengandung methan sehingga menyediakan sumber energi yang melimpah untuk membentuk komunitas kehidupan yang beragam. Dari kawasan tersebut, Hilario dan pasukannya menemukan 20 cacing namun hanya satu yang paling unik.

    Cacing yang berukuran kecil tersebut diidentifikasi dalam kelompok yang disebut frenulate. Para ilmuwan belum banyak tahu mengenai cacing jenis ini. Salah satu rahsia alam yang telah diketahui bahawa di dalam tubuhnya terdapat organ khusus yang mengandung bakteria.

    Bakteri tersebut membantu menghasilkan senyawa organik yang dibutuhkan cacing tersebut. Tubuh cacing menyerap zat kimia seperti methan melalui permukaan tubuhnya dan meneruskannya ke organ beriisi bakteria untuk diolah.

    [Tanggung sendiri] Pemandu kena tahan guna plat ‘surga’

    Posted: 28 Jan 2011 01:30 AM PST


    gambar hiasan

    JAKARTA: Polis menahan seorang pemandu kerana menggunakan nombor plat bermaksud 'syurga' dalam bahasa Indonesia.

    Penguat kuasa undang-undang Polis Trafik, Johanson Simamora memberitahu Jakarta Globe semalam, Ali Imron ditahan selepas kereta miliknya memaparkan plat yang dieja 'Surga' walaupun dokumen pendaftaran menunjukkan plet nombor S42641. "Plat berkenaan disusun supaya nombor 4 kelihatan seperti U dan nombor 2 kelihatan seperti R," katanya. – Agensi

    sumber : mforum2.cari.com.my

    Kerja bodoh dan gila sanggup jahit muka anjing ke mukanya sendiri [mesti lihat]

    Posted: 28 Jan 2011 12:45 AM PST


    Inilah hasil yang dibuat oleh pemuda ini menjahit muka anjing
    kemukanya....Mari kita lihat proses membuatnya dibawah ini...









    Buat bebola daging dari daging monyet kerana daging lembu dan ayam mahal

    Posted: 27 Jan 2011 11:51 PM PST

    Polis Indonesia menahan pasangan suami isteri yang membuat bebola daging daripada daging monyet yang dilindungi.

    Mereka dipercayai memburu puluhan monyet Jawa atau dikenali monyet daun perak dari Taman Negara Baluran di timur pulau Jawa, menurut kenyataan kumpulan perlindungan haiwan Profauna.


    "Polis menemui 30 kilogram daging, dua senapang dan seekor monyet," kata kenyataan itu.

    Pasangan itu mengakui perbuatan berkenaan melanggar undang-undang tetapi memburu monyet itu kerana daging lembu, ayam lebih mahal.   ~~ Agensi

    Habis orang gemuk jika model ini berjaya memerintah Romania

    Posted: 27 Jan 2011 10:45 PM PST

    Seorang model Romania, Sanziana Buruiana mahu menaikkan imej negara itu dengan menubuhkan sebuah parti politik baru khas untuk orang cantik.


    Sanziana juga bercita-cita mengenakan cukai kepada penduduk yang mengalami obesiti pada kadar 10 euro (RM40) bagi setiap kilogram melebihi berat badan, lapor akhbar Metro.

    Rancangan lain termasuk mengenakan denda kepada mereka yang curang dan memperkenalkan undang-undang hanya model berbikini dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong bagi meningkatkan populariti Romania sebagai destinasi pelancongan.   ~~ Agensi


    sumber : mran3238.wordpress.com