Adsense

Sabtu, 10 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Promosi Sempena Tahun Baru di The Saujana Hotel KL!

Posted: 10 Dec 2011 03:34 PM PST

Pasport Sambutan Ulangtahun yang Penuh Kenikmatan di The Saujana Hotel KL!
oleh Shah Shamshiri

Lupakan kesesakan lalulintas ataupun barisan yang panjang tika beratur menunggu penerbangan dan cubalah ajnas pilihan buat menjamu selera di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Sambutlah kedatangan tahun baru dengan kelainan melalui "Passport 2012", pas masuk anda ke tempat-tempat makan menarik dan pesta terbaik sepanjang malam.

Perjalanan bermula apabila para tetamu tiba dan menginap di Executive Deluxe Room. Bilik yang baru sahaja diberi sentuhan terbaru ini direka untuk mencapai keseimbangan sempurna dari segi gaya dan keselesaan, bak sebuah syurga tersembunyi bagi mereka yang mencari ketenangan tempat tinggal. Bilik yang luas dan selesa ini menggabungkan unsur-unsur Malaysia dengan teknologi moden bagi menghidupkan nilai kontemporari.

saujana1

Tamu akan disajikan dengan minuman serta buah-buahan di dalam bilik masing-masing. Sesudah itu mereka boleh singgah di Senja di mana satu sajian makan malam khas Itali berkonsep pasangan romantis menanti. Restoran yang sudah banyak meraih anugerah ini terletak di tepi tasik dan menawarkan suasana yang hebat untuk menikmati hidangan rekaan Chef Giovanni Ricci, yang pernah menyediakan sajian buat Presiden George Bush semasa salah satu sidang kemuncak G8.

Kemudian masa untuk berpesta berlanjutan di RP Entertainment Centre, dengan menikmati minuman sambil menghayati persembahan kugiran yang mengasyikkan. Sebaik sahaja pulang ke bilik, tamu akan diberi hadiah istimewa untuk beradu dengan damai di malam hari.

Para pengunjung juga akan disambut keesokan pagi dengan sajian sarapan yang enak di Suria Cafe, sebuah kafe sepanjang hari berlatar belakangkan pemandangan taman serta kolam renang.

Teruskan hari dengan makanan Jepun bento yang lazat di Kogetsu, sebuah lagi restoran hotel ini yang telah merangkul pelbagai anugerah dengan suasana makannya seeprti di desa-desa Jepun. Bagi melengkapkan lagi penginapan, para tamu akan diberikan hadiah semasa meninggalkan hotel.

Buat mereka yang mencari secebis sentuhan mewah lagi, The Club Saujana Resort Kuala Lumpur turut menawarkan promosi Passport 2012 mereka tersendiri. Ini termasuk penginapan mewah di Club Room, minuman di bilik serta makan malam istimewa di The Restaurant. Para tamu juga akan dapat mencuba sajian moden Eropah oleh ketua Chef Alexander Waschl, penerima 16 mata Gault Milau di Switzerland – satu kejayaan bak seorang bintang Michelin. Selesai makan malam tamu juga akan dibawa ke RP Entertainment Centre untuk menikmati persembahan kugiran yang menghiburkan.

Pengunjung juga akan menikmati sarapan lazat di The Restaurant sebelum menghabiskan sepanjang hari dimanja dan dibelai di The Spa and Med Beauty untuk menenangkan serta mengembalikan keseimbangan tenaga dan kecantikan.

Alamilah cara paling sempurna untuk menyambut Tahun baru di The Saujana Hotel Kuala Lumpur dan The Club Saujana Resort hanya pada harga RM2,012.00 nett untuk dua orang, bermula dari 24 Disember sehingga to 1 Januari 2012. Tempahan paling cepat akan menerima potongan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap tempahan yang dibuat sebelum 15 Disember 2011.

Hujung tahun ini juga menjanjikan satu pesta penuh makanan kerana terdapat pelbagai pakej hidangan menarik yang disediakan khas buat hari menjelang Krismas, hari Krismas, hari menjelang tahun baru serta hari tahun baru.

Untuk tempahan sila layari www.thesaujana.com atau hubungi (+60 3) 7843 1234

Utnuk tempahan menjamu selera, emel dine@thesaujana.com atau hubungi (+60 3) 7843 1234 sambungan 6122 / 4717

club ad

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Promosi JOM JIMAT Together-gether Serverfreak
  • Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
  • Promosi Hari Raya Aidilfitri LG Ganjaran Menarik
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • Penerang Hati Single Terbaru 6ixth Sense Feat Saujana
  • Jadual Promosi Pelancaran Album Afgan Syah Reza di Kuala Lumpur Malaysia
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Senarai Hotel Buffet Ramadan 2010 Tidak Patuhi Piawaian Halal
  • Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010
  • ADV: PERCUMA Pakej Pelancongan Dengan Promosi Mega SIY
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Isu Penulis Novel Ombak Rindu Tak Bersyukur?

    Posted: 10 Dec 2011 05:07 AM PST

    Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Dah Dapat RM219,845.09 Tapi Masih Tak Bersyukur?

    Semasa Majlis Prebiu Media Filem Ombak Rindu, novelis Ombak Rindu, Fauziah Ashari berkecil hati kerana tidak terlibat sebagai penulis skrip bersama. Penulis ini juga katanya hanya menerima RM1,600 dan tak setimpal selepas karyanya menjadi filem yang mencetuskan fenomena pada masa ini.

    ombakrindu5

    (kiri) Penerbit filem Ombak Rindu, Sharad Sharan, tenang mendengar komen Fauziah Ashari sewaktu di majlis pra-tonton yang lalu.

    Semalam, bertempat di Karangkraf Shah Alam, Alaf 21 mengadakan sidang media untuk menjelaskan kenyataan Fauziah Ashari. Sebagai Penerbit Eksklusif novel, Alaf 21 menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk mengangkat menjadi sebuah filem. Fauziah Ashari menerima 40% dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Bukan strategi Alaf 21 meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem. Memang satu jumlah yang sangat kecil.

    Lagi pun, projek filem adaptasi ini sikit sebanyak telah melariskan kembali novel yang telah dicetak sebanyak 40ribu naskah. Pergh! banyak tu!

    Untuk cetakan terbaru, setakat ini sudah pun laris sebanyak 20 ribu naskah. Dan sekiranya semua habis dijual, Fauziah Ashari bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Untuk rekod, novel tersebut sebelum ini sudah pun tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.

    Bagaimana pun, menurut pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato' Hussamuddin Yaacob, pihak beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sebaliknya menyatakan rasa terkilan dengan sikap novelis popular itu yang disifatkan sebagai tidak bersyukur namun telah memaafkannya. – via Mstar & Malaysian Digest

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aaron Aziz & Ombak Rindu Trending di Twitter
  • Gambar Aaron Aziz di Promo Tour Filem Ombak Rindu
  • Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Gambar Maya Karin di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Sah! Dekna Sudah Bertunang
  • Penulis Skrip SITI JASMINA IBRAHIM
  • Ucapan Tomok Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul
  • Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Hebat...Payudara Boleh Besar Dan Montok Hanya Dengan Makan Tahu Tempe

    Posted: 10 Dec 2011 09:00 PM PST


    Memiliki payudara sihat dan besar menjadi impian banyak kaum hawa. Selain operasi, ada beberapa cara semulajadi yang boleh memperbesar payudara, salah satunya dengan makan produk kacang soya seperti pada tahu dan tempe. Namun makanlah dengankadar normal kerana kalau berlebihan dapat membuat kanser payudara.
    Beberapa makanan dapat meningkatkan kadar hormon, seperti estrogen dan prolaktin, yang secara langsung dapat memperbesar ukuran dan bentuk jaringan payudara. Salah satu makanan yang dapat meningkatkan hormon tersebut adalah yang berasal dari produk soya, seperti tahu, tempe dan susu soya.

    Tahu dan tempe memiliki senyawa seperti genistein dan daidzein yang secara alamiah terdapat dalam kacang soya dan kacang-kacangan lain. Senyawa ini adalah bahagian dari kelas molekul yang disebut isoflavon, yakni senyawa mirip estrogen yang dapat mempengaruhi hormon-hormon dalam tubuh manusia.

    National Institutes of Health (NIH) mengakui penggunaan teoritis kacang soya sebagai makanan pembesar payudara, tetapi menggunakan ini didasarkan sepenuhnya dalam teori dan tradisi, karena belum ada penelitian ilmiah yang membuktikan hal tersebut, seperti dilansir Livestrong, Jumaat (9/12/2011).

    Penelitian sejauh ini menunjukkan bahwa isoflavon mempunyai efek baik yang membantu kesehatan wanita. Namun bila dimakan secara berlebihan juga dapat menimbulkan bahaya.

    Berikut adalah plus minus manfaat produk kacang soya pada kesihatan wanita, seperti dilansir hubpages:

    Manfaat produk :

    1. Membantu menjaga kepadatan tulang sehingga mengurangi risiko osteoporosis
    2. Meringankan gejala menopause seperti hot flashes (rasa gerah atau sering kepanasan)
    3. Membantu menghambat beberapa jenis kanser serviks, kanker payudara dan jenis kanser lain, yang juga terdapat pada lelaki (bila dimakan secara normal dan tidak berlebihan).

    Bahaya terlalu banyak memakan produk kacang soya:

    1. Kajian yang didanai oleh National Cancer Institute pada 1990-an menunjukkan bahawa dalam dosis besar, kacang soya dapat menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara. Menurut ilmuwan, hal ini disebabkan oleh peningkatan pertumbuhan saluran susu, yang biasanya memicu kanser payudara berkembang.
    2. Dapat mengurangi efektivitas letrozole dan tamoxifen, dua perawatan popular untuk kanser payudara.
    3. Dalam jumlah besar, kacang soya juga dapat menimbulkan risiko pada perkembangan dan fungsi otak bayi laki-laki.

    Video mahasiswi marah kerana pengujung perpustakaan bernafas dengan kuat menjadi hit di internet

    Posted: 10 Dec 2011 08:00 PM PST

    Video seorang mahasiswi tahun terakhir kehilangan kawalan di perpustakaan sekolahnya, kerana menganggap sesama siswa terlalu ribut, telah menjadi hit di internet.

    Mahasiswi yang tidak diketahui namanya ini kehilangan kawalan atas dirinya di perpustakaan Cal State Northridge pada hari Selasa (06/12), menurut kata mahasiswa yang memposting video ini di Facebook.

    Filem ini dirakam dan diposting di Facebook oleh mahasiswa CSUN iaitu Ashley Monroe, yang menyatakan bahawa gadis tersebut mulai emosi setelah mengatakan kepada orang-orang untuk berhenti bernafas terlalu keras.

    "Itu sangat gila dan tidak masuk akal, ini seperti sebuah filem yang menakutkan." tulisnya.

    Bahkan salah satu pengguna Twitter yang mengaku menyaksikan kejadian ini menggambarkan bahwa peristiwa tersebut sebagai 'aksi mengamuk paling dramatis'.

    Video ini dimulai dengan beberapa orang mahasiswi yang mengatakan bahawa sang mahasiswa tersebut untuk menenangkan diri. Namun komen tersebut justru memprovokasi sang mahasiswi asia itu, yang membuat kelompok tersebut mengolok-oloknya.

    Sang mahasiswi itu akhirnya kembali ke tempatnya dan memukul meja dengan keras berulang kali.

    Diketahui, video ini telah menjadi hit di YouTube dengan lebih dari 50 ribu tayangan.

    Dua gembala jatuh sakit kerana menggigit testis (buah zakar) kambing biri-biri hingga putus

    Posted: 10 Dec 2011 07:00 PM PST

    CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

    Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.

    Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.

    Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.

    Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.

    Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.

    Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang. - Agensi

    sumber : kosmo online


    Tupai Hebohkan Sekolah di Florida Karena Membunyikan Alarm Kebakaran

    Posted: 10 Dec 2011 06:00 PM PST


    Ini seperti sebuah cerita yang tidak masuk akal, namun seekor tupai nakal hampir menyebabkan sebuah sekolah di Ellenton, Florida, terkena denda berat kerana membunyikan alarm kebakaran palsu.

    Insiden ini terjadi tahun lalu di Sekolah Blackburn di Ellenton, Florida, dan pada awalnya, pegawai berfikir bahawa pelajar sekolah tersebut mungkin bertanggung jawab atas alarm tersebut, menurut MyFoxTampaBay.com.

    Namun, sebuah rakaman CCTV mengejutkan para pihak berwajib kerana alarm itu sebenarnya dibuat oleh seekor tupai nakal, di dapur sekolah di mana alarm itu tersebut diletakkan.

    Dengan meninjau kamera keamanan sekolah, para penyelidik menemukan video yang menunjukkan seekor tupai memanjat dinding setinggi lima meter, kemudian menggantung diatas tuas yang menyebabkan alarm kebakaran berbunyi.

    "Kami tidak harus membayar denda untuk alarm palsu setelah pemadam kebakaran menyedari seekor tupai sebagai pelakunya." kata Todd Henson, ketua operasi dan pemeliharaan Sekolah kepada MyFoxTampaBay.com yang dikutip Huffingtonpost.

    Janda ganas selamba hisap syabu depan anak

    Posted: 10 Dec 2011 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.

    Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.


    Usaha wartawan Metro Ahad yang cuba menyelongkar kisah janda ganas ini berhasil apabila penyiasatan dilakukan berjaya menembusi tembok 'kebal' wanita itu.


    Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.


    Selepas berjaya memasuki rumah wanita itu menerusi penyamaran, wartawan mendapati Ika tanpa segan silu menghisap syabu di depan anak perempuannya berusia dua tahun.


    Selain itu, keadaan rumah yang sempit, tidak terurus, berbau serta kotor juga tidak sesuai buat wanita ini membesarkan anaknya, termasuk paling kecil berusia empat bulan.



    Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.


    "Masa itu umur saya baru 23 tahun tetapi sudah berjinak-jinak dengan heroin dan syabu. Pada waktu itu juga saya dan keluarga penganut agama Kristian.


    "Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.


    "Selepas berkahwin, keluarga mentua menyambut baik kedatangan saya sebagai saudara baru. Mereka mengajar dan membimbing saya mengenai pelbagai ilmu agama seperti bagaimana mahu menunaikan solat, membaca al-Quran dan menutup aurat seperti memakai tudung," katanya.


    Bagaimanapun, Ika menjelaskan, tanggungjawab terbabit yang sepatutnya dipikul bekas suaminya sering diabaikan dan lelaki itu menyerahkan segala-galanya kepada keluarga.


    "Pada mulanya saya pelik kenapa bekas suami tidak mengajar saya mengenai perkara itu? Saya saudara baru yang harus dibimbing olehnya, tetapi perkara lain pula berlaku.


    "Selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba bekas suami benci dan muak melihat saya tanpa sebab. Dia juga secara terang-terangan mengatakan ada teman wanita baru dan ingin menceraikan saya.


    "Hati wanita mana tidak hancur mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi saya sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta dan sayang kepadanya," katanya.


    Selepas diceraikan, kedua-dua anak wanita ini diambil bekas suaminya. Patah hati dengan tindakan itu dan bergelar janda pada usia 26 tahun, Ika mengambil keputusan tidak lagi menjalin ikatan dengan keluarga bekas suami dan mencari hala hidup baru.


    Bagaimanapun, sinar dicari tidak ditemui apabila wanita ini mula berkawan dengan rakan lamanya. Sejak itu, Ika kembali mengambil dadah untuk melupakan masalahnya serta mengamalkan seks bebas sehingga terlanjur dengan teman lelaki.


    "Selepas bercerai, saya seakan-akan hilang arah dan tidak tahu ke mana ingin dituju. Walaupun keluarga masih menerima saya, saya tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka juga bukan orang senang.


    "Saya mengambil keputusan untuk hidup sendirian dan bergaul semula dengan teman lama. Lama-kelamaan, saya kembali mengambil dadah, melakukan seks bebas dan menyertai kumpulan kongsi gelap untuk melepaskan tekanan hidup," katanya.


    Selepas dua tahun menjanda, Ika tidak mempunyai kerja tetap dan kadangkala hanya menjadi pelayan separuh masa di sebuah restoran berdekatan rumahnya bagi menyara kehidupannya dan dua anak tidak sah taraf terbabit.


    Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik, malah akibat pengambilan dadah, tingkah laku yang berbeza membataskan pergaulannya dengan orang ramai.


    "Saya tidak ada keyakinan untuk mencari pekerjaan. Yang boleh saya lakukan ialah mencari kerja separuh masa saja. Walaupun tidak cukup untuk menampung belanja saya dan anak, sedikit sebanyak ia membantu. Paling tidak, saya menjadi 'pusher' menjual dadah secara kecil-kecilan.


    "Kadangkala, kawan terdekat dan keluarga turut memberi bantuan untuk saya menyediakan keperluan dua anak. Walaupun tidak mewah, ia memadai bagi kami meneruskan kehidupan," katanya.


    Meskipun sudah lama terjebak dengan pelbagai gejala sosial sehingga membinasakan dirinya, Ika masih mengharapkan peluang kedua untuk kembali ke jalan asal.


    Namun, sehingga kini apa saja dilakukannya menjadi serba tidak kena dan sering tersalah arah. Malah, Ika juga sedar tabiatnya menghisap dadah boleh mempengaruhi anaknya dan membinasakan hidup mereka.


    "Saya seakan-akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi hidup saya tidak terurus dan sering berdepan masalah.


    "Sebenarnya, saya pernah terfikir untuk menyerahkan dua anak ini kepada rumah kebajikan tetapi tidak sanggup berpisah dengan mereka.


    "Saya sedar perangai buruk saya akan turut memakan diri mereka. Namun begitu, saya hanya ada mereka sebagai penguat semangat," katanya.

    sumber : myMetro

    Teruk..stress kena buang kerja ,polis ni sanggup bunuh keluarga

    Posted: 10 Dec 2011 04:00 PM PST

    LONDON: Seorang anggota polis yang pernah memenangi anugerah, menyerang dan membunuh isterinya dan anak perempuan yang berusia enam tahun, beberapa hari selepas dibuang kerja.

    Tobias Day 37 turut mencederakan dengan serius dua orang anak remajanya sebelum bertindak membunuh diri, menurut pegawai penyiasat.

    Serangan ngeri yang berlaku di rumah berkembar itu mungkin berpunca daripada Day yang dibuang kerja oleh Polis Leicestershire kerana menyalah guna komputer.

    Bekas inspektor itu, yang menurut ketua polis, sebagai seorang yang 'tidak pernah mengambil cuti' membunuh isterinya, Samantha, seorang guru sekolah rendah dan anak perempuan bungsu Genevieve. Dia turut menyerang Kimberley, 15 dan Adam 13, sebelum membunuh diri.



    Dua remaja yang terselamat itu berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil di Pusat Perubatan Queen di Nottingham.


    Day pernah dicalonkan untuk kenaikan pangkat. Tiga tahun lalu dia menyertai Maraton London sebagai mengenang seorang rakan sekerjanya yang mati ditikam.

    Jiran dan rakan sekerja Day terperanjat dengan berita serangan itu kerana dia seorang anggota polis yang 'dihormati'. - AP

    sumber : myMetro

    Panas...Beredar Foto Ciuman Panas Jupe Dan Wulan Guritno

    Posted: 10 Dec 2011 04:00 AM PST

    infospesial.net - Heboh! beredar foto ciuman panas Julia Perez dan Wulan Guritno. Dalam foto tersebut nampak dua wanita berambut coklat terlihat berciuman bibir dengan penuh ghairah. Foto hot wanita mirip Jupe dan Wulan itu tersebar di dunia maya sejak, Khamis (8/12/2011).

    Saat dikonfirmkan kebenaran tentang foto itu, Wulan Guritno membantahnya dengan candaan. Hal tersebut diungkapnya melalui twitter peribadi milik Wulan @WulanGuritno, saat membalas salah satu tweet penggemar yang menanyakan kebenaran foto tersebut.

    "Huahaha. Jelas-jelas itu bukan aku. Aku tak pernah punya rambut begitu apalagi muka beza. Jelas beza bukan aku. Lihat yang benar dong," kata Wulan.

    Sayangnya, hingga saat ini, Jupe belum memberikan komen perihal foto tersebut.

    Gambar Justin Bieber lupa zip seluar

    Posted: 10 Dec 2011 03:00 AM PST


    NASIB BAIK ADE COVER KALAU TIDAK...

    Gambar bonus..The real ballet dancer...

    Cara Paling Gila Dan Gempak Seseorang Ketika Melamar Kekasihnya

    Posted: 10 Dec 2011 02:00 AM PST


    Jika menjalani suatu hubungan yang serius selama bercinta tentu tujuan akhirnya adalah menikah. Sebelum melakukan pernikahan biasanya ada prosesi lamaran yang mempertemukan orang tua kedua belah pihak atau menyewa sebuah kafe mahal dengan temaram lampu sambil mengejutkan sang kekasih dengan sebuah cincin. Bentuk lamaran seperti ini sudah umum terjadi.

    Nah, ternyata ada segelintir orang yang memiliki idea yang menakjubkan dan terkadang terkesan nekat untuk melamar sang kekasih. Demi cinta, apapun dilakukan.


    1. Melamar di Grafiti Kosong

    Alex, seorang arkitek dari Manhattan, melamar tunangannya, Graciela, di ketinggian ribuan kaki diatas tanah saat mengudara di kabin pesawat. Pesawat yang mereka tumpangi merupakan Boeing 727 yang mampu bekerja di ketinggian 24.000 hingga 35.000 kaki di atas permukaan. Tingkat ketinggian seperti ini merupakan tingkat ketinggian yang nyaris tak bergraviti alias graviti kosong! Wihh...hebat ya?

    Sempat ada gangguan saat Alex berusaha memasangkan cincin kepada tunangannya itu kerana sangat sulit mengatur pergerakan di keadaan tanpa graviti. Namun, semua boleh terlewati dengan lancar. Lamaran pun berakhir bahagia kerana akhirnya mereka menikah dan berencana merayakan ulang tahun pernikahan ke tiga belas di lintasan orbit. Wow! Manusia memang selalu tidak pernah puas ya? Inilah bukti bahawa cinta mengalahkan segalanya. Love is in the air.

    2. Menerobos Api Demi Sang Kekasih

    Cinta itu membara sebesar api yang menggelora. Inilah yang dirasakan oleh Eric Todd. Tapi, api yang dimaksud bukanlah api cinta melainkan api sesungguhnya. Yup! Eric Todd merupakan seorang stuntman terkenal yang sering melakukan adegan berbahaya. Profesinya ini ternyata cukup membantu ketika ia memutuskan untuk melamar kekasihnya dengan cara menerobos api sebelum berlutut mengutarakan "Will you marry me?" dan memakaikan sebuah cincin di jemari sang pacar.

    Todd melakukan aksinya di sebuah kolam renang di saat seluruh keluarga berkumpul merayakan hari kemerdekaan Amerika Syarikat. Seluruh keluarga terkejut melihat tiba-tiba ada satu susuk berjalan di dekat kolam renang menuju ke arah mereka. Itulah aksi nekat Todd yang untungnya berkahir dengan bahagia. Pacar Todd speechles tapi langsung mengiyakan ajaklan Todd.

    3. Skydiving Proposal

    Proses lamaran adalah satu fase yang teramat penting dalam mengembangkan suatu hubungan. Oleh kerana itu, setiap lelaki selalu menginginkan momen yang unik dan tak terlupakan untuk meminang sang pujaan hati ke pelamin. Inilah yang dilakukan oleh Mateo Martinez. Ia dengan nekadnya melamar sang kekasih di ketinggian 20.000 di atas kaki. Proses ini terjadi saat ia dan sang pkekasih sedang melakukan olahraga skydiving.

    Begitu mereka terjun dari pesawat yang membawanya, Martinez langsung mengeluarkan ajakan untuk menikah. Sang kekasih pun terkejut-kejut tak terkira di atas udara saat bersama-sama melakukan olahraga diving ini. Cincin pun langsung dipasangkan Martinez ke jemarinya begitu mereka mendarat di permukaan. Inilah moment yang tidak terlupakan bagi Martinez dan pasangannya dan awal bagi kebahagiaan mereka.

    4. Beli Iklan di TV Buat Lamaran

    Seorang marketer bernama Rand telah bercinta dengan Geraldine selama lima tahun. Di tahun kelimanya ini, Rand ingin melamar Geraldine dengan suatu bentuk lamaran yang unik, memorable, dan original. Sebagai penggemar berat NFL, Rand memutuskan untuk memasang iklan lamaran di Superbowl Commercial. Mahu tau berapa harga iklan tersebut? $2.5 juta dollar!

    Rand pun mencari stesen TV yang mahu menyiarkan iklannya tersebut sampai akhirnya program acara favorit Geraldine, Veronica Mars mahu mensponsori iklan lamarannya tersebut. Dan begitu iklannya ini disiarkan, sang kekasih pun langsung terpana dan mengiyakan ajakan Rand untuk menikah. Usaha Rand yang super heboh ini sempat diliput oleh Entertainment Tonight, MSNBC, Good Morning America, dan Fox News. Semua khalayak memberikan dukungan kepada Rand.

    5. Lamaran di Teater

    Memang kalau sudah jatuh cinta, orang boleh saja berbuat nekat dan tiba-tiba jadi super niat dalam melakukan suatu hal. Inilah yang terjadi pada Gennady Zaleskiy, 38, yang rela mengeluarkan wang sebesar £10,000 hanya untuk mendapatkan sebuah peranan utama dalam satu pementasan drama. Ia juga mengatur semua posisi duduk penonton agar sang kekasih bersama teman-temannya berada pada posisi yang paling strategik yang boleh melihat aksinya bermain teater dengan jelas.

    Penampilan Gennady malam itu juga tidak diketahui oleh sang kekasih kerana dia memang sengaja merahsiakan dan menutupi mukanya dengan topeng. Tapi, ternyata Gennady tidak bermain habis dari awal sampai akhir kerana ditengah permainan drama yang berjudul "The Romantics" ini, ia justru sengaja menurunkan topengnya sambil berujar "No, the woman I love is called Victoria and she is in the sixth row. Will you marry me Victoria?" Sontak seluruh penonton pun bergemuruh dan Victoria pun hanya boleh terperanjat dan akhirnya mengiyakan.

    Well, inilah bukti betapa kuatnya cinta berpengaruh pada seseorang hingga mahu merelakan apa saja demi membuat sebuah proposal untuk menikah yang tidak akan pernah terlupakan. Mungkin Anda tertarik untuk mengikutinya? Atau memiliki idae lain yang lebih gila? Itu semua sah-sah saja demi membuat suatu momen yang tak terlupakan.

    sumber : http://jelajahunik.blogspot.com

    LELAKI TERANGSANG PADA WANITA BERBAJU MERAH

    Posted: 10 Dec 2011 01:00 AM PST

    Merah sering diasosiasikan dengan sifat berani. Namun tidak semua orang berani memakai pakaian berwarna merah, kerana warna yang membara ini membuat orang lebih cepat memperhatikan Anda.

    Namun memang inilah kunci untuk membuat lelaki tertarik pada Anda. Menurut penelitian, perempuan berpakaian merah tak hanya terlihat lebih menarik, tetapi juga membuat lelaki di sekitarnya menjadi lebih perhatian, lebih genit, dan ingin mengenal Anda lebih jauh.

    Kesimpulan ini didapatkan setelah para peneliti menunjukkan foto perempuan yang wajahnya lumayan menarik, dengan atasan berwarna merah, kepada sekelompok mahasiswa. Kelompok yang lain ditunjukkan foto perempuan tersebut mengenakan baju biru. Para responden kemudian ditanya, jika bertemu perempuan itu, pertanyaan apa yang ingin mereka ajukan.

    Ternyata, mereka yang ditunjukkan foto saat perempuan itu memakai baju merah, cenderung memilih pertanyaan yang lebih menggoda, demikian dilaporkan The European Journal of Social Psychology.

    Dalam pengujian kedua, para lelaki ditunjukkan foto-foto, dan diberi kesempatan untuk berbicara dengan perempuan di dalam foto ketika mereka berada di ruangan peribadi. Masing-masing lelaki diminta untuk mengambil satu dari dua kerusi, dan duduk di hadapan perempuan itu bila ia datang..Lelaki yang telah melihat foto dimana perempuan itu mengenakan pakaian merah, ternyata meletakkan kerusinya lebih dekat ke kerusi dimana perempuan itu diperkirakan akan duduk. Dengan kata lain, para lelaki itu ingin mendekat lebih jauh.

    Para peneliti meyakini bahawa fenomena ini berakar dari evolusi, dimana merah menunjukkan peluang untuk mencari pasangan. Dalam dunia haiwan, merah seringkali merupakan signal bahwa si betina berada dalam keadaan paling subur. Contohnya, babon dan chimpanze betina memerah dengan jelas ketika mendekati masa ovulasi.

    Kerana itu, Niesta Kayser, peneliti dari University of Rochester di New York menyarankan kaum perempuan untuk mengenakan atasan atau gaun merah bila hendak berdating dengan lelaki yang disukainya. "Perempuan juga lebih mungkin untuk berhasil dalam dating online, ketika mereka mengupload foto mereka dalam pakaian merah," katanya.

    Nah, meskipun Anda sudah berusaha maksima dengan pakaian merah Anda, lebih baik Anda tetap berhati-hati. Jangan sampai Anda mengorbankan identiti Anda hanya demi mendapatkan lelaki. Anda tetap harus mengenal lelakiini lebih jauh. Atau, kenakan saja pakaian merah ketika suami sedang berulang tahun. Dijamin dia bakal makin cinta!

    Gilalah..agen insurans perempuan ni sanggup buat video tarian bogel demi untuk menarik pelanggan

    Posted: 10 Dec 2011 12:00 AM PST

    Sampai macam ni sekali dia nak cari pelanggan.Maruah dan harga diri
    dah tak berharga semata-mata mengejar wang ringgit....






    STOMPer KS says the woman in this video works for an insurance company in Singapore, and was performing a striptease in order 'to get clients'.

    According to the STOMPer, the woman also studied in a local university.

    The STOMPer wrote:

    "This is a girl from an insurance company, doing a show to get clients."

    Ini dia model panas yang mengaku pernah tidur dengan Lionel Messi

    Posted: 09 Dec 2011 11:00 PM PST

    infospesial.net - Model panas Xoana Gonzales membuat heboh dunia entertainment kerana pengakuannya yang mengejutkan. Xoana mengaku pernah tidur dengan pemain bolasepak ternama Lionel Messi. Pengakuan tersebut membuat namanya melambung sebagai model.

    Xoana yang bekerjaya sebagai penari mengaku telah membuat Messi tertarik dengannya dan mengajaknya tidur, saat diwawancarai di sebuah acara televisyen.

    "Kami bertemu di kelab malam Ink. Leo melihat saya menari Cumbia, dia tertarik. Pengawalnya lantas menghntar saya ke apartmentnya," demikian pengakuan Xoana di sebuah acara televisyen.

    Pengakuan Xoana telah membuat heboh berita gosip di seantero negara Amerika Latin. Kerana itu juga, Xoana laris diminta menjadi model majalah dewasa.

    Pelik Perempuan Ni Sanggup lelong diri di eBay demi amal

    Posted: 09 Dec 2011 10:00 PM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Sebuah situs, BeautifulPeople.com, dilarang berpromosi di eBay setelah memasang perempuan cantik bernama Heather Seychelle (25) untuk dijadikan teman dan wangnya disumbangkan untuk amal. Demikian dilansir The Sun, Rabu (7/12/2011).

    Situs eBay menarik lelong yang katanya untuk amal bagi lembaga Christian Aid dengan alasan kandungan itu masuk kategori "dewasa". Situs yang berbasis di Los Angeles itu menawarkan Seychelle dan model lelaki bernama Dorion Renaud (33) untuk dijadikan teman.

    "Saya bujang dan bergabung di situs itu untuk mencari cinta dan menemukan lelaki yang tepat," kata Seychelle sembari menambahkan jika alasan eBay tak masuk akal menarik tawaran itu kerana wangnya akan digunakan untuk amal.

    "eBay menyalahkan kami dengan mengatakan memasang konten dewasa di situs itu padahal kami hanya memasang foto-foto orang yang bergabung di situs kami dengan harapan kami boleh mencari dana amal bagi Christian Aid," kata Greg Hodge, direktor manager situs tersebut.

    Utusan Online - Hiburan

    Utusan Online - Hiburan


    Bila artis tak datang majlis

    Posted:

    Bila artis tak datang majlis

    Bila artis tak datang majlis


    NORISH KARMAN


    BARU-baru, teman Joyah ke sidang akhbar penganjuran sebuah teater sempena Festival Monodrama 2011 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Cuaca hujan masa itu tapi digagahkan juga ke tempat berprestij di Jalan Tun Razak yang terkenal dengan kawasan jammed.

    Bagaimanapun, bila dah sampai, darah teman Joyah yang membara itu bertambah mendidih bila dikejutkan dengan berita daripada penganjur yang ketiga-tiga artis terlibat dalam teater itu iaitu Norish Karman, Misha Omar dan Yasmin Hamid tak dapat datang.

    Teman Joyah itu kecewalah, penat memandu ke IB tak habis lagi ditambah bengang sebab artis tak datang majlis.

    Buat apa wartawan datang sedangkan tak ada artis yang hendak ditemuramah? Mestilah ada banyak soalan yang hendak ditanya tentang persiapan sebelum lakonan dan macam-macam lagilah.

    Kemudian pula itu, tiga artis yang terlibat dalam teater tu bukan calang-calang orang, semuanya top dan banyak peminat!

    Bila tak datang ke sidang akhbar, jadi macam ada sesuatu nak disembunyikan. Tapi kalau pun seorang saja artis yang bermasalah dalam teater tu, yang ada cerita kontroversi tersendiri, takkan lagi dua orang artis tu tak boleh datang mewakili kawan lagi seorang tu!

    Joyah yakin, takkan lah tiga-tiga artis yang dah berpuluh-puluh berlakon drama dan filem ni sengaja buat hal. Joyah pun kenal dengan mereka.

    Tapi apa yang Joyah tak faham, kenapa mereka tak paham lagi kerja wartawan yang selama mencari artis untuk dapatkan berita.

    Kalau tak nak datang sekali pun, jangan cakap nak datang pada penganjur yang selalunya tempat rujukan para wartawan. Sebab penganjur selalunya nak suruh wartawan ni datang cover majlis dia dan bila semua wartawan dah sampai, tiba-tiba kata artis tak ada. Rasa macam ada konspirasi pula.

    Kes artis tak datang sidang akhbar ni kalau ditanya kepada pihak penganjur biasanya alasan klise keluar: "Maaf ye, semua artis tak dapat datang sebab masing-masing ada jadual shooting. Saat-saat akhir terpaksa batal datang ke PC sebab dah terikat dengan komitmen lain."

    Alahai... sedangkan semua tahu yang artis adalah penting pada sidang akhbar itu. Tak apalah, lepas ini penganjur di luar sana kena pastikan surat jemputan itu hanya tercatat nama artis yang sudi nak datang saja. Senang wartawan nak tapis siapa artis yang betul-betul 'ikhlas' dalam industri ini.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Kemelut Ombak Rindu

    Posted:

    Kemelut Ombak Rindu

    Kemelut Ombak Rindu

    SEBENARNYA Joyah gembira dengan perkembangan filem Ombak Rindu yang disifatkan sebagai fenomena ketika ini. Banyak orang yang dah pergi menonton sibuk memberitahu filem tersebut memang benar-benar meresap ke dalam jiwa mereka.

    Dari satu sudut Joyah memang gembira. Dah lama rasanya tak ada fenomena yang berlaku macam ni. Kalau dulu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun, situasinya agak sama dengan apa yang berlaku pada Ombak Rindu.

    Lantas menyebabkan ramai yang pergi menonton buat kali kedua walaupun kedua-dua genre ini memang berbeza. Yang akan jadi masalah kalau penonton ke panggung tetapi apabila mereka pulang masing-masing senyap. Itu bahaya.

    Tapi dalam orang seronok memperkatakan Ombak Rindu begitu meruntun jiwa, tiba-tiba penulis novel berkenaan mula buka mulut tentang isu bayaran. Soal bayaran ni memang sensitif.

    Apa yang diungkit oleh Fauziah Ashari mungkin ada asasnya. Tapi kenapa baru sekarang nak ungkit semua itu? Kenapa bila filem berkenaan kutip lebih RM5 juta, baru Fauziah nak cakap soal bayaran.

    Seharusnya daripada awal lagi Fauziah perlu tahu perkara ini. Yang menjadi masalah kenapa dalam kontrak dulu tak disebut syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penerbit filem sekiranya naskhah itu berjaya atau sebaliknya? Itu hak mereka.

    Ini yang menjadi kemusykilan Joyah. Joyah juga tidak berpihak kepada penerbit filem tersebut. Kalau sudah dapat berjuta-juta apa kata mereka berbincang secara baik dalam menyelesaikan kemelut yang melanda ini.

    Nasihat Joyah kepada mana-mana penulis yang hebat agar lebih peka dalam soal macam ni. Ini bukan pertama kali berlaku.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Celebrity News

    Celebrity News


    Gambar Dan Imej Terbaru Hajjah Abby Fana

    Posted: 09 Dec 2011 07:45 PM PST

    Selepas

    Inilah wajah dan imej terbaru Hajjah Abby Fana, pagi ini wajah beliau berkumandang dikaca TV3 dalam siaran MHI pagi tadi. Sekembali daripada mengerjaekan ibadat di Tanah Suci, wajah beliau nampak lain daripada sebelum beliau menunaikan ibadat.

    Jika dulu aurat dikepala seanterio melihatnya, tapi kini semua itu hanya tinggal kenangan, malah beliau tampak cantik dah ayu bertudung pagi tadi. Bak kata orang "Sejuk Mata Memandang".

    Namun ZOoM terfikir juga macam mana keadaan dan situasi Abby ketika di Konti nanti, adakah masih ceria dengan celotehnya atau pun sebaliknya.

    SEBELUM :



    Apa-apa pun u the best :)

    Apa Kata anda ?
    Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

    Berita Harian: Hip

    Berita Harian: Hip


    Supermodel Wilson

    Posted: 10 Dec 2011 12:29 AM PST

    Hip

    KACAK, bertubuh tegap dan tinggi mencecah 190 sentimeter - semuanya membentuk pakej sempurna Wilson Tan di pentas peragaan. Di sebalik status supermodel lelaki Malaysia, jejaka ini tanpa berselindung berkongsi rahsia diri. Mari dekati figura ini...

    ANDAI supermodel wanita Malaysia menyaksikan nama-nama besar seperti Tengku Azura, Amber Chia dan Tinie gah beraksi di pentas peragaan, Wilson Tan tidak kurang hebat mewakili kelompok model lelaki.

    Biarpun baru tiga tahun bertapak dalam bidang glamor itu, Tan segera mencipta fenomena dalam dunia fesyen tempatan lalu melonjak dirinya ke puncak kemasyhuran. Kesungguhan untuk bergelar model berjaya, diiringi minat serta tekun mendalami ilmu peragaan dan fesyen, menjadi azimat jejaka kelahiran Grik, Perak. Ditambah dengan pakej sempurna dan ketinggian ideal persis model antarabangsa, Tan umpama aset yang perlu tampil di setiap pentas peragaan atau majalah fesyen.

    Ketika bertemu Tan, anak muda ini mengakui bukan mudah berdiri dengan nama-nama besar dalam bidang peragaan andai semangat serta kesungguhan untuk belajar tidak berada di genggaman.

    "Ketika peringkat awal pembabitan saya pada 2008, selama enam bulan saya tidak menerima tawaran pertunjukan fesyen lalu terfikir apa yang saya sudah buat. Mengapa tidak, sebelum itu saya sudah memiliki kerjaya selesa sebagai jurutera yang mengkhusus dalam bidang minyak dan gas.

    "Namun, inilah kisah pengorbanan saya. Andai anda bertanya apakah saya menyesal meninggalkan profesion dulu, sudah pasti saya jawab tidak. Ini kerana apabila saya memutuskan mahu menjadi model, saya berazam menjadi seperti supermodel Amber Chia dalam versi lelaki," kata jejaka lulusan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini.
    Ditanya rahsia mencipta kejayaan sepantas tiga tahun, Tan berkata, beliau sudah tidak ada banyak masa kerana mengambilkira usianya yang mencecah 29 tahun, ia sudah dikira lewat berbanding muka baru yang lazimnya menjadi model sejak berumur 18 tahun.

    "Saya fikir, amat penting bagi seseorang model mencipta identiti sendiri seperti cara berjalan, teknik fotografi selain pakej diri. Jika hendak memperkatakan soal model lelaki, sudah ramai bilangan mereka. Namun, siapa yang benar-benar memenuhi definisi 'model' serta mampu memberi impak dan gaya tersendiri.... Itulah yang sukar dicari," katanya.

    Jom kenali jejaka tampan ini...

    Mengapa anda sanggup meninggalkan profesion dalam bidang kejuruteraan untuk menggapai impian bergelar model?

    Memang ini suatu keputusan berat bagi diri saya. Sudah pasti ia juga mendapat maklum balas kurang menyenangkan daripada keluarga. Tetapi, saya berazam untuk
    membuktikan tanggapan yang salah. Ini kerana bagi saya, bidang peragaan boleh membawa kejayaan asalkan ada kesungguhan untuk itu.

    Terus terang, saya lebih berminat dengan dunia peragaan daripada melakukan tugas dalam bidang kejuruteraan atau melakukan kerja pejabat.

    Bagaimana anda mampu mencipta kejayaan pada usia lewat 20-an sedangkan model lain mula berjinak-jinak dalam industri ini sejak usia belasan tahun?

    Penampilan serta pembawaan diri kita menjadi kunci kejayaan. Seperti saya nyatakan, identiti diri itu perlu sekalipun menjadi model lelaki. Saya percaya, kesungguhan serta komitmen yang tinggi terhadap apa saja yang kita lakukan pasti membawa kejayaan.

    Bagaimana anda mampu mencipta nama sepantas ini?

    Pencapaian serta anugerah yang mengiktiraf saya menjadi antara pendorong melakar kejayaan. Ini sangat dirasakan terutama apabila saya menjulang anugerah utama pada acara Asia Model Festival Awards 2011 (AMFA) di Seoul, Korea, awal tahun ini.

    Anugerah ini memang bermakna bagi diri saya dan membuktikan usaha saya untuk bergelar model tidak sia-sia.

    Ceritakan lebih lanjut pencapaian anda dalam industri peragaan?

    Sebenarnya, saya pernah mendapat tawaran melakukan tugasan peragaan dan penggambaran majalah sebaik menerima anugerah dalam kategori peragaan di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Tetapi, tawaran itu memerlukan saya menetap di New York. Oleh kerana memikirkan ibu bapa, saya batalkan hasrat itu. Tetapi, saya tekad, jika menerima tawaran sama pada masa depan, mungkin saya akan melebarkan sayap ke Eropah untuk tugasan singkat. Ini sudah tentu boleh dianggap suatu pencapaian bagi model tempatan mencipta nama di luar negara.

    Apakah impak yang anda ingin tinggalkan dalam dunia peragaan tempatan?

    Saya baru selesai projek bengkel grooming dikenali sebagai Dreams di mana saya menjemput seramai 30 peserta lelaki dan wanita untuk mempelajari seni menambah keyakinan diri serta mendalami kunci kecantikan dalam diri.

    Selain tip berguna untuk mereka yang minat menceburi bidang peragaan, inilah ruang sebenar untuk mereka yakin dengan kemampuan diri. Bagi saya, semua orang boleh menjadi model.

    Siapa inspirasi anda dalam bidang peragaan?

    Saya melihat Amber Chia sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh. Dia sendiri cukup merendah diri serta model-model senior lain. Saya mengkaji dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman selain melihat beberapa perkembangan baru di Youtube atau internet.

    Boleh ceritakan suka duka anda dalam dunia peragaan?

    Terus terang, bukan mudah untuk meraih kepercayaan orang tanpa usaha bersungguh-sungguh. Saya masih ingat, saya terpaksa berulang-alik dari tempat kerja di Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata mahu memenuhi tawaran peragaan pentas.

    Tugasan besar pertama saya ialah pertunjukan fesyen jenama SEED pada 2008. Saya masih ingat, saya diberi tugas itu pada hari peragaan lalu saya jadi panik. Tetapi itulah antara pengalaman saya sebelum saya mula mendapat tawaran lain termasuk dari gedung fesyen terkemuka seperti Gucci.

    Apa perancangan masa depan anda?

    Saya melihat sesuatu yang cukup positif dalam hidup dan mensasarkan lima tahun lagi untuk memiliki akademi peragaan sendiri. Ketika itu, saya tidak tahu apakah saya masih lagi bergelar model atau sekadar menguruskan akademi peragaan.

    Profil
    Nama: Wilson Tan Siong Ping
    Umur: 29 tahun
    Tarikh lahir: 9 Februari 1982
    Tempat lahir: Grik, Perak
    Tinggi: 190 sentimeter
    Berat: 77 kilogram

    Pencapaian dan anugerah

  • Model Top Star Award/Best Asia Model Awards sempena 6th Asia Model Festival Awards 2011 pada Januari 2011, Seoul, Korea
  • 50 Gorgeous of Female Magazine (Malaysia ) 2010
  • Model Industrial Awards 2009, finalis World Championship Of Performing Arts in Hollywood (WCOPA), Los Angeles, Amerika Syarikat
  • Pingat perak kasual dan formal wear (kategori model lelaki di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2009 di Hollywood, Los Angeles)
  • Finalis Ford Model Supermodel Of The World 2009
  • Pemenang World Star 2009 - Road To Hollywood (kategori model)
  • The Best Legs and Sexiest Models 2009 in Malaysia - The Top 10 Walk Of Fame by FACES Magazine
  • Mewakili Malaysia di 1Malaysia Fashion Week 2010 (10-18 April 2010) Washington DC, Amerika Syarikat
  • Mewakili Malaysia di Malaysia Fashion Week 2008, Potters Fields Park (30 Julai - 3 Ogos 2008) London, England.
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Wajah lumayan

    Posted: 09 Dec 2011 09:07 AM PST

    Hip

    LALUAN direntasi Kareena Kapoor cukup menarik untuk disorot. Dibesarkan dalam keluarga berdarah seni, Kareena sudah terbiasa menjadi tumpuan media sejak usia muda, namun hanya memperoleh peluang pertama untuk berlakon pada 2000 menerusi filem, Refugee.

    Namanya melonjak menerusi filem melodrama, Kabhi Khushi Kabhie Gham yang mencipta kejayaan luar biasa di pasaran antarabangsa pada 2001. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak menjamin ruang selesa bagi gadis yang dilahirkan di Mumbai, India pada 21 September 1980 ini.

    Kerap disogok watak serupa, Kareena menerima kritikan hebat membuatkan dia bingkas mencari peranan mencabar supaya tidak terus dibelenggu dalam peranan stereotaip. Serlahan bakat sebenar Kareena dapat dilihat selepas melakonkan watak pekerja seks dalam Chameli pada 2004 yang menjadi titik permulaan untuk dia meneroka peranan berat. Dua filem seterusnya iaitu Dev (2004) dan Omkara (2006) memperlihatkan keunggulan Kareena untuk berada dalam senarai utama aktres pilihan. Lalu, bukan sesuatu yang mustahil jika hari ini, Kareena selesa menuai pelbagai tawaran lumayan termasuk terbaru, menerima peratusan keuntungan daripada filem yang bakal dibintanginya, Heroine.

    Tawaran itu sekali gus meletakkan Kareena dalam senarai eksklusif superstar Hollywood yang menerima bayaran lumayan daripada hak cipta filem.

    Ia bergantung kepada projek dan pelakon itu sendiri. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana perancangan itu disusun. Namun bersesuaian bajet dikeluarkan, saya akui menerima bayaran agak lumayan tetapi keuntungan bukan milik saya seorang, sebaliknya akan dikongsi bersama, katanya.

    Kalendar 2011 bakal ditutup Kareena dengan pencapaian cemerlang apabila dua filem yang menampilkannya sebagai watak utama, Bodyguard dan Ra.One mencatat kutipan luar biasa. Sebelum memberi persetujuan membintangi Heroine, Kareena pernah dilamar dua kali tetapi ditolak penerbit yang tidak bersetuju dengan bayaran ditetapkannya.
    Bagaimanapun, isu itu berjaya diselesaikan dan Kareena dilaporkan menerima habuan besar melebihi RM4.2 juta, mengatasi Aishwarya Rai Bachchan untuk diletakkan sebagai aktres dengan bayaran paling lumayan.

    Saya tidak pernah membincangkan isu bayaran di media namun untuk Heroine, saya cuma menerima apa yang sepatutnya saya terima, katanya.

    Aishwarya pada asalnya menjadi pilihan membawakan watak utama dalam filem itu, namun Kareena dipilih sebagai pengganti apabila bekas Ratu Cantik Dunia 1994 mengumumkan kehamilannya.

    Karakter dalam filem itu tidak jauh beza dengan diri saya, jadi saya berharap dapat membawakan watak itu dengan baik, katanya yang memulakan penggambaran Heroine, akhir bulan lalu.

    Apa yang diterima Kareena itu tidak mengejutkan penggiat industri perfileman Bollywood, apatah lagi dia memiliki trek rekod filem pecah panggung yang mengagumkan. Persoalannya, apakah cara Kareena itu akan mencipta satu trend baru kepada dunia perfileman Bollywood?

    Penerbit-pengedar filem, Shyam Shroff yang pernah menghasilkan filem seperti Chandni Bar berkata, konsep itu tidak akan berhasil di India.

    Cuba ambil contoh lima filem yang meraih pendapatan tertinggi sepanjang lima tahun lalu, kemudian nilaikan sumbangan yang dilakukan oleh pelakon utama wanita dalam produksi berkenaan, katanya.

    Faktor lain, katanya, sifat kurang telus yang diamalkan sebahagian besar pemain industri perfileman di negara itu menyebabkan perkongsian keuntungan sulit untuk dilakukan.

    Cara pengendalian bisnes di sini mendesak pengamalnya supaya berurus niaga dengan menerima pendahuluan, berbanding menanti keuntungan jangka panjang, katanya.

    Biarpun diletakkan dalam kelompok antara artis wanita yang menerima bayaran tertinggi, namun apa yang diperoleh Kareena itu cuma separuh pendapatan sepupunya, aktor Ranbir Kapoor. Tetapi itu tidak bermakna Bollywood mengenepikan peranan pelakon wanita kerana Madhuri Dixit dilaporkan pernah menerima bayaran melebihi pelakon utama lelaki dalam beberapa filem dibintanginya.

    Namun, keselesaan itu tidak menjadi ruang untuk mereka beraksi di layar perak. Nama Aishwarya pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan diganti Amisha Patel apabila dia dikatakan meminta bayaran mencecah RM600,000 untuk 10 hari penggambaran di Mangal Pandey.

    Peningkatan bayaran di kalangan aktres menyebabkan ramai penerbit mengeluh. Kebanyakan mereka berpendapat, sebahagian besar pelakon utama wanita tidak layak menerima bayaran diminta.

    Mampukah pelakon wanita hari ini menarik penonton untuk memenuhi pawagam pada hari pertama tayangan. Saya memang mengagumi Kareena. Tetapi dia hanya akan berjaya apabila digandingkan dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan atau Aamir Khan, kata penulis veteran filem, Udaya Tara Nayar.

    Barangkali kerana tanggapan itu, kebanyakan pelakon wanita hari ini berani keluar daripada kepompong selesa dan mencuba watak sukar bersesuaian dengan bayaran diterima. Katrina Kaif umpamanya, bukan saja terpaksa bergelut melancarkan pertuturannya, namun turut menerima peranan luar biasa dalam Rajneeti.

    Priyanka Chopra pula sedia berdepan risiko besar dengan membintangi filem 7 Khoon Maaf, manakala Kareena mencabar diri membawakan watak pelakon schizophrenia dalam Heroine. Namun, jika dibandingkan bayaran diterima aktres Hollywood, jumlah yang diterima mereka tidak terlalu besar hingga menimbulkan perdebatan media.

    Harga Angelina Jolie jauh lebih tinggi daripada apa diterima mereka yang mendapat bayaran tertinggi di Bollywood, kata Kareena yang turut menjadi pilihan pengiklan sebagai duta produk.

    Full content generated by Get Full RSS.