Adsense

Isnin, 2 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Posted: 02 May 2011 11:17 PM PDT

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada mengesahkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Raja Amir pada Julai depan. Selebriti ini pernah mempunyai hubungan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Menurut Nurul Syuhada, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana terikat dengan prosedur sebagai personaliti tv3, namun tidak menolak akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Raja Amir. Tambahnya lagi, pihak media akan dimaklumkan mengenai majlis pernikahan apabila tiba waktunya nanti.

Nurul Syuhada & Raja Amir telah mengenali satu sama lain selama 2 tahun, dan hubungan tersebut menjadi serius dengan adanya rombongan merisik pada Januari lepas. Kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan & akad nikah pada Julai depan.

Kredit berita & gambar : Mstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Sazzy Falak & Suami Dapat Anak Kembar, Iman Lilly & Tiara Rose

Posted: 02 May 2011 10:43 PM PDT

Pasangan suami isteri paling happening, Sazzy Falak & Nazril Idrus baru sahaja menyambut kelahiran anak kembar pertama yang dilahirkan pada 28 April 2011, di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Baby kembar ini dilahirkan sekitar pukul 8.25 pagi pada hari berkenaan, masing-masing diberi nama Iman Lilly & Tiara Rose.

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh suami Sazzy Falak, Nazril Idrus melalui twitternya berbunyi, "@Nash_IdrusLVG Alhamdulillah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin."

OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus yang kini amat teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Amerika syarikat penipu,dakwa Osama Bin Laden telah mati terbunuh

Posted: 02 May 2011 11:45 AM PDT

Hadoi wat lawak ke apa Obama niee????dia tunjukkan pix nie sebagai bukti yang Osama telah mati dibunuh dalam satu serangan helikopter,dimana osama dikatakan terkena peluru berpandu..

osama bin laden


Sebelum nie pernah kecoh di Amerika dan didunia kononnya Osama telah mati ditangkap dan dibunuh..tp bila org mintak bukti,gambar,mayat atau apa2,derang xdapat nak tunjuk..alih2 keluar video osama hantar ,proof that he is still alive.


Ada yang percaya kononnya Osama adaah rekaan US untuk memerangi org Islam.Kononnya Osama tidak wujud...

Semua tue terpulang pada kepercayaan masing2.tp pendapat peribadi sensasi,Osama bin Laden nie wujud,bahkan ada bukti dan latar belakang Osama,dan gambar-gambarnya semasa muda sume..

Dalam wikipedia pun ada korang leh ushar background Osama,Osama dikaitkaan dengan tragedi 911 dimana world trade centre telah roboh dilanggar pesawat,kerana dulunya Osama adalah pelajar civil Engineering..Ada cerita mengatakan bahawa, Osama adalah antara arkitek yang bekerja menyiapkan World trade centre dulu,jadi dia tahu selok belok kekuatan dan kelemahan bangunan World Trade Center. Tp sume nie adalah cerita tanpa bukti,,..cume cerita untuk mengukuhkan benda yang tiada siapa tahu kesahihannya..yang pasti,terlalu banyak yang dipersoalkan daam tragedi 9-11.kerana fakta banyak bercanggah dengan bukti,


Lagipun setelah dikaji siasat,bangunan WTC bukan roboh disebabkan serangan pesawat kerana suhu yang diperlukan untuk meleburkan besi tunjang bangunan tersebut jauh lebih tinggi drpd suhu letupan pesawat yang menyerang WTC.Jadi org2 yang btggjwb dengan bangunan tue sendiri tahu yang WTC roboh kerana org dalam yang letak bahan letupan dlm bangunan tersebut dan menutupnya kes itu dengan membuat serangan pesawat.Wallahualam,yang pasti ramai yang mati dan terkorban dalam kes itu.


ada juga cerita kononnya pada hari tersebut semua jewish(israel) ambik cuti dari bekerja di WTC.


kalau korang nak tahu,tentera US sangat lah jahat,perempuan yang ditangkap dirogol,dipukul,diliwat dan diperlakukan lebih teruk daripada perangai haiwan bahkan memang mcm iblis..wanita2 muslim ,ibu2 org,isteri2 org sume dimalukan ,dan dibiarkan bogel dalam penjara tahanan mereka..kanak2 sume diseksa...lelaki dibogelkan ,dipukul diseksa dengan teruk.Masyaallah,semoga mereka semua (yang meninggal)mendapat ganjaran di akhirat oleh Allah S.W.T


bayangkan kalau anak anda,isteri,kwn2,keluarga sume mati dan diperlakukan dgn sebegitu kejam,anda pasti dapat kekuatan untuk berjihad dan mati di jalan Allah,dan sebab tue meraka sanggup pakai bom dan bom kubu US,untuk berjihad di jalan Allah.dan barang sesiapa yang mati kerana melindungi agama,keluarga dan maruahnya,maka mereka tergolong dalam golongan Mati Syahid....Alhamdulillah..


Bagi sensasi sendiri,Osama adaah hero walaupun ramai yang rasa dia terorist..hanya osama je yang Us takutkan kerana mereka sume berani mati berjuang demi agama.Tetapi banyak cerita2 palsu disebarkan bagi memburukan mereka ini..kononnya mereka memang pengganas


Bahkan sebelum nie kisah tahanan,wartawan perempuan kristian dari Uk tak silap sensasi,ditahan oleh Al-Qaedah,lepas dia dilepaskan ,perempuan tue memeluk agama Islam,sebab dia ckp,sepanjang dia jadi tahanan dia dilayan dan dijaga dnegan baik,dan dia terharu tgk semangat keislaman mereka.


bukan satu dua je yang memeluk Islam,banyak cerita tahahan yang memeluk agama Islam disorok oleh pihak Us.


So renung2 kanlah

Gambar-gambar seebriti Barat semasa kanak-kanak

Posted: 02 May 2011 08:35 AM PDT

anak mat salleh masa kecik2 memang comel2...mata biru bulat,putih..rasa nak geget2...
kdg2 bila sensasi terserempak dgn baby omputih suke sgt tgk kecomelan mereka..

of course la anak org malaysia pun comel2 belaka...cume beza sgt la anak omputih dgn anak malaysia...

malas ckp panjang2 jom ushar

Drew Barrymore

Lagi gambar…

Jennifer Garner

Jennifer Lopez

John Travolta

Justin Timberlake

Kate Winslet

Leonardo De Caprio

Madonna

Marilyn Monroe

Victoria Beckham

Ashton Kutcher



Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Pernikahan Zed Zaidi

Posted: 02 May 2011 05:39 PM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

Belum terlewat rasanya untuk kami kongsikan gambar-gambar sekitar majlis penikahan Zed Zaidi yang berlangsung pada 29 April lalu ni. Tak perlu cakap banyak, jom layan terus kesemua gambar kat bawah ni.

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

+ Kredit kepada Whitesignature dan Gua

Psstt: Jom terjah blog yang best giler ni.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama Bin Laden Meninggal Dunia, Terbunuh Dalam Serangan Helikopter

Posted: 02 May 2011 12:19 AM PDT

OSAMA BIN LADEN MENINGGAL DUNIA, TERBUNUH DALAM SERANGAN HELIKOPTER

Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengumumkan yang Osama Bin Laden telah terbunuh di dalam satu serangan menggunakan helikopter.

Menurut stesyen television Fox News, jenazah yang ditemui dalam serangan bom menggunakan helikopter di Afghanistan minggu lalu berkemungkinan besar adalah Osama. Namun, kesahihannya baru sahaja dibuktikan melalui ujian DNA. Osama dikatakan selama ini bersembunyi di kawasan pergunungan antara Afghanistan dan Pakistan.

Osama berusia 54 tahun itu lebih dari sepuluh tahun menjadi buruan AS dan sekutu-sekutunya. Dia didakwa menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 di New York dan Washington. Jaringan al-Qaeda yang dipimpinnya juga bertanggungjawab atas pengeboman dua Kedutaan Besar AS di Afrika dan kapal perang AS USS Cole pada 1998.

Sebagai saudara seIslam, marilah kita sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden. Semoga rohnya aman dan tenang di sana.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Avon Lantik Dynas Mokhtar Jadi Duta Avon Fashions

Posted: 02 May 2011 09:08 PM PDT

AVON memperkenalkan Rangkaian Mewah Berkualiti AVON FASHIONS 2011 bersama Dynas Mokhtar

Selain daripada kasih sayang… apa lagi yang diidamkan oleh seorang wanita? Aksesori AVON FASHIONS adalah jawapan paling tepat… teman paling akrab seorang wanita… seutas gelang tangan, rantai mahupun subang, berupaya menggamit diri anda. Besar atau kecil, moden atau klasik, aksesori pasti menaikkan semangat dan menceriakan 'mood' setiap wanita.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN PRODUCT AVON

FASHION SHOW PELANCARAN PRODUK TERBARU AVON:

2011 merupakan tahun baru untuk koleksi aksesori AVON FASHIONS. Pelbagai perubahan menarik boleh anda nikmati dan perubahan pertama yang bakal anda saksikan adalah penampilan Dynas Mokhtar sebagai Wajah AVON FASHIONS 2011. Dynas bakal berkongsi trend, gaya dan pilihan aksesorinya agar anda lebih jelita sepanjang 2011.

DYNAS Avon

Apakah yang baru tentang koleksi aksesori avon? rangkaian aksesori avon fashions kini datang dengan mutu kualiti global yang setanding dengan produk setarafnya. Bergaya, jimat, berkualiti, pelbagai & eksklusif adalah lima kelebihan yang menyingkap keistimewaan AVON FASHIONS.

Kehalusan rekaan aksesori AVON FASHIONS sememangnya BERKUALITI dengan Teknologi Saduran Bermutu, mempunyai jaminan mutu, rekaan batu semewah berlian dan sesuai untuk kulit sensitif. Ianya menawarkan HARGA YANG AMAT BERPATUTAN dan mampu dimiliki bagi memenuhi impian setiap wanita. Koleksi eksklusifnya diinspirasikan dari TREN GLOBAL TERKINI yang dihalusi untuk memenuhi citarasa anda. Malah, ia memberi PELBAGAI PILIHAN dari idea-idea penuh klasik, bertatah batuan berkualiti hinggalah kepada berunsur trend fesyen semasa.

Keunggulan setiap aksesori ditingkatkan dengan saduran bermutu tinggi iaitu empat lapisan sadur dengan sekurang-kurangnya 2 lapisan logam berharga. Kerana itulah ianya BERJAMINAN TIDAK PUDAR. TIDAK KUSAM. TIDAK MENGELUPAS dan TAHAN SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN dengan jagaan yang betul. Semua subang adalah bebas Nikel, 100% bebas 'Lead' dan disahkan hipoalergenik. Ketinggian mutunya juga menjadikan ia sesuai untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan ruam.

Kehebatan aksesori anggun ini boleh dinilai melalui pilihan istimewa aksesori AVON FASHIONS 2011 melalui sentuhan delima Ruby Red Collection, koleksi saduran perak batuan akrilik dari Shimmer Sensation Collection, Onyx Twilight Collection dan Interchangeable Collection… pilihan rhodium dengan epoksi enamel hitam dan 'rhinestone' jernih. Juga Frontal Necklace And Earrings With Crystal Drop Gift Set, All That Blossom Rings dan Pave Ice Stretch Bangle yang masing-masing dari kemasan perak bersinar dengan taburan 'rhinestone' kristal jernih.

Sememangnya aksesori AVON FASHIONS memberikan rekaan eksklusif kepada pelanggan dengan kualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan dengan pilihan gaya hebat yang boleh disesuaikan di mana-mana sahaja. Kerana kami mahukan setiap wanita yang memakai AVON FASHIONS berasa dirinya dihargai, lebih yakin dan berpenampilan hebat apabila berada di mana sahaja.

Aksesori AVON FASHION 2011 akan dipasarkan bermula 1 April 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Kenali Kualiti TERBAIK dari AVON FASHIONS:

• BERGAYA – Avon Fashion diinspirasikan dari trend global paling trendi disesuaikan untuk memenuhi citarasa wanita Asia.

• JIMAT UNTUK WANG ANDA – Memberikan konsep jimat wang anda

• BERKUALITI – Bersadur empat kali lapisan untuk jaminan tidak pudar sehingga 6 bulan! Hanya menggunakan batu berkualiti tinggi

• PELBAGAI – Menawarkan LINGKUNGAN rekaan dan gaya yang luas untuk memenuhi gayahidup setiap wanita!

• EKSKLUSIF – Direka esklusif untuk Avon!

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria
  • Gambar Amanda Amani di Ujibakat Avon Voices
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Dynas Hamil Anak Kedua
  • Dynaz Keguguran
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Isma AF7 Alami Keguguran Anak Keenam

    Posted: 02 May 2011 08:11 PM PDT

    PETALING JAYA: Suami penyanyi Isma AF7 iaitu Zul (2By2) tidak menolak bahawa tekanan dan kesibukan mengendalikan produksi Nusanbakti Corporation Sdn Bhd antara faktor penyebab isterinya mengalami keguguran bayi keenam mereka, Sabtu lalu.

    Tambahnya, sejak memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat tersebut dan pengarah filem Sofazr The Movie, Isma atau nama sebenar Ismaliza Ismail ini terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerjayanya.

    Isma AF7

    "Pada hari Sabtu lalu, ada berlaku pendarahan dan selepas kami buat pemeriksaan, doktor dapati janin yang berusia tiga minggu itu sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini, dia terlalu azktif bergerak sebab ketika dapat tahu dia hamil, dia sedang sibuk mengarah filem Sofazr The Movie."

    Tambah Zul, buat masa ini, Isma masih lagi dalam keadaan terkejut dan lemah akibat kejadian tersebut.

    "Dia masih terkejut dan sudah tentu sedih. Ini kali pertama dia mengalami keguguran dan kami menganggap ia bukan rezeki kami," ujarnya yang kini mempunyai lima cahaya mata.

    Zul 2 By 2 dan Isma ketika di Akademi Fantasia 7.

    Dalam pada itu, ketika ditanya hubungan pasangan tersebut dengan Pengarah Urusan Heliza Helmi Production (HHP), Heliza Helmi yang dikatakan sedang bermasam muka, Zul memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi tersebut.

    "Saya keluar HHP lebih awal daripada Isma iaitu lebih kurang setahun lalu kerana dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Manakala Isma pula sudah lapan bulan keluar dari syarikat tersebut dan mengambil alih syarikat Nusanbakti. Kami keluar dengan rela hati dan bukan kerana sebarang salah faham. Hubungan kami dengan Heliza juga masih baik dan kami masih bertegur sapa," katanya.

    Zul turut menganggap mereka tidak mempunyai jodoh yang panjang di syarikat tersebut dan mahu beralih angin di tempat yang baru. via Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Dynaz Keguguran
  • Isma Tampil Dengan Lagu Aku Bukan Pilihanmu
  • Stail Rambut Pendek Terbaru Pelakon Filem Setem Isma Yusoof
  • Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Azwan Ali Gedik?
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Sabrina Ali Sah Bercerai
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Seorang gadis Kristian bertekad memakai jilbab selama satu tahun

    Posted: 02 May 2011 09:30 PM PDT

    Ana McKenzie mempunyai seorang teman yang cuba untuk meniru gaya hidup wanita Muslim di Amerika. Namanya Spencer Wall, seorang gadis muda dari Texas Barat, siswa tahun keempat jurusan bahasa Inggris dan sosiologi. Ia menceritakan mengenai gadis itu.


    Saya pertama kali memperhatikan Spencer Wall di kelas agama dan masyarakat pada akhir semester lalu. Ia bukanlah jenis yang banyak bercakap, tapi kain yang menutupi rambut, leher, dan tengkuknya, membuat dirinya kelihatan menonjol di dalam kelas yang besar.

    Biasanya saya hanya melihat dia sekilas saja, tanpa perhatian sama sekali. Tapi, ketika ia menceritakan kepada teman-teman di kelas mengenai keputusan yang dia buat pada 27 April, saya mulai memperhatikannya dengan seksama.

    Wall seorang gadis usia 20-an tahun. Dia memutuskan untuk mengikuti ciri khas dan cara berpakaian wanita Muslim selama 1 tahun yang dimulai pada akhir April kelmarin.

    Ia menggunakan tudung dan pakaian dengan potongan longgar ke mana pun dia pergi dan tidak memakan babi atau alkohol di tempat umum. Ia menghindari kontak mata dan fizik dengan laki-laki dan meniru kebiasaan anggun, seperti berjalan dengan lengan yang merapat di sisi tubuh atau menyilangkannya di depan untuk menutupi dadanya.

    Saya melihat Wall melakukan aktivitasnya sehari-hari ketika kami bertemu di Kerbey Lane baru-baru ini.

    Dia mengenakan kerudung dengan corak warna hijau dan biru, baju hitam berlengan panjang dan skrit panjang berwarna biru laut.. Hanya memperlihatkan kulitnya beberapa inci saja.

    "Beberapa orang yang melewati kami berusaha tidak menampakkan rasa ingin tahu mereka. Hanya berusaha melihat sekilas-sekilas. Tapi kebanyakan orang, bahkan tidak menyembunyikan pandangan yang berlebihan atau menyolok."

    Wall dilewati oleh sekelompok orang yang berbaris mencari tempat duduk, dan mereka semuanya memandangi belakang kepalanya ketika dia berlalu.

    "Hal itu tidak mengejutkan saya," kata Wall ketika saya bercerita tentang kelompok itu. "Tapi, cuba lihat ke sekeliling. Mereka bukan satu-satunya yang begitu," ujarnya.

    Dia menegaskan bahawa apa yang dilakukannya itu bukanlah sebuah eksperimen sosial, tapi lebih pada pengalaman belajar peribadinya. Sebagai seorang wanita kulit putih yang berasal dari sebuah kota kecil di Texas Barat, Wall mengatakan,d ia ingin tahu seperti apa rasanya menjadi sebahagian dari komuniti "minoriti "

    "Saya tidak mewakili wanita Muslim atau komuniti Muslim," katanya. "Saya hanya ingin tahu seperti apa rasanya 'berjalan dengan memakai sepatu mereka' selama beberapa waktu."

    Sebelumnya, Wall sudah mempersiapkan diri untuk "pengalaman belajar"-nya, kalau-kalau orang bertanya kepadanya. Pertanyaan yang biasa diajukan, "Kamu berasal dari mana?"

    Ia menghindari hal-hal seperti itu, maka sekarang jika orang bertanya mengenai pakaiannya, langsung saja dijawabnya bahwa dia bukan Muslim. Tapi, mengenakan hijab kerana ia memilih untuk melakukannya.

    Penjelasan seperti itu tidak seluruhya keliru, sebab sebagaimana Wall berkata, ia tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakannya.

    "Beberapa waktu lalu saya pernah mencuba untuk tidak mengenakan tudung selama 24 jam," katanya. "Saya malah tidak sanggup melakukannya, meskipun selama kurang dari setengah hari."



    Wall mengatakan, ia mendapatkan reaksi yang berbeza-beza ketika mengenakan hijab. Suatu waktu pernah seorang lelaki menlanggar barang yang dipamerkan di Wal-Mart kerana lelaki itu memandanginya. Ada juga sekelompok laki-laki langganan restoran tempatnya bekerja menolak dilayani olehnya. Kelompok itu juga memanggilnya dengan sebutan yang menghina. Tapi, seringkali dia dihindari dengan cara yang terhormat.

    "Saya tidak kata tidak ada lelaki yang mendekati saya. Mereka mendekati saya, tapi dengan cara yang berbeza sekarang." katanya. "Lebih sopan, tidak terlalu terang-terangan."

    Pengalaman telah mengajarkan Wall untuk memperhatikan hal-hal kecil yang membuat gaya hidup Muslim tradisional sulit diikuti di Amerika Syarikat.

    Suatu hari di kedai pakaian, Wall harus meminta selembar penutup untuk menutupi lubang antara lantai dan pintu bilik agar dia boleh menutupi kakinya ketika berganti pakaian. Pekerjaannya sebagai pelayan juga harus menghadapi situasi yang canggung kerana sifat pekerjaannya yang harus melakukan kontak fizik dengan orang asing, yang mana hal itu terlarang untuk wanita Muslim.

    Wall akhirnya boleh memahami privasi semacam itu dan menghormatinya. Mungkin hasil yang tidak terduga dari pengalamannya adalah keyakinannya yang bertambah terhadap agama Kristian yang dia anut.

    Agama Islam memerintahkan pengikutnya untuk solat lima kali sehari, ibadah pertama dimulai pukul 5 pagi. Meskipun Wall belum meniru kebiasaan itu, dia mengatakan mungkin di waktu depan dia akan melakukannya dan lebih sering.

    "Kamu kan tahu, kita hidup dalam masyarakat yang tidak acuh terhadap aktiviti keagamaan harian," katanya. "Dari pengalaman ini, saya semakin peduli dengan Tuhan."

    Hebat ..datuk 81 tahun belasah 8 orang samseng remaja

    Posted: 02 May 2011 08:25 PM PDT

    Kehebatan orang lama..
    saya petik dari myMetro

    HONG KONG: Seorang warga emas berusia 81 tahun di bandar raya ini menumpaskan sekumpulan samseng remaja yang cuba merompaknya, kata polis, semalam. Lapan remaja ditahan dengan sesetengahnya memerlukan rawatan di hospital.

    Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Mark itu diserang kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun di terowong pejalan kaki kira-kira jam 4 pagi. Ketika itu, Mark dalam perjalanan untuk melakukan senaman pagi apabila dia diserang dari belakang. "Mereka menolak lelaki tua itu ke tanah dan cuba merompaknya. Namun, dia melawan kembali dan kumpulan itu melarikan diri tanpa mendapat apa-apa," kata jurucakap polis. Kumpulan samseng remaja itu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan cedera ringan selepas lelaki terbabit melawan. - AFP

    Suaminya lumpuh tapi dia syok berseronok dengan lelaki lain

    Posted: 02 May 2011 07:25 PM PDT

    Apa yang sebenarnya difikirkan oleh wanita ini?
    saya petik dari myMetro

    ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 46 tahun bertindak curang dengan bermalam bersama kekasihnya di sebuah motel di Jalan Kampung Perak, di sini, sedangkan suaminya yang lumpuh terlantar di rumah mereka di Guar Chempedak.

    Bagaimanapun, dia dan teman lelakinya berusia 52 tahun yang juga suami orang itu tidak bernasib baik apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada jam 2.10 pagi kelmarin.

    Difahamkan, wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang sepatutnya pulang ke kampungnya di Guar Chempedak, dekat sini, sempena cuti umum Hari Pekerja kelmarin untuk melawat suaminya yang berusia 50-an serta enam anaknya yang berusia tujuh hingga 24 tahun, tetapi dia mengambil kesempatan untuk bertemu kekasihnya dengan bermalam di motel berkenaan.

    Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Mat Dali berkata, ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa dia menyewa bersama rakannya di Pulau Pinang dan memberi alasan pulang ke kampung di Guar Chempedak dengan menaiki bas untuk menghantar wang gaji kepada anaknya bagi menyara kehidupan mereka.

    Difahamkan, suaminya lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terjatuh dan kini dijaga oleh enam anak mereka, manakala anak sulungnya dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama dengan teman lelaki wanita itu.

    Kerana berebut tanah seorang bapa sanggup roboh rumah anak kandung sendiri

    Posted: 02 May 2011 06:40 PM PDT

    Akibat berebut harta dunia..
    saya petik myMetro

    ROBOH...Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya.


    MARANG: Disebabkan berebut tanah, seorang ayah bertindak di luar jangkaan apabila merobohkan rumah anak kandungnya di Batu 13, Jalan Kuala Berang dekat sini, menggunakan dua jentolak walaupun ketika itu anaknya bersama anggota keluarga masih berada di dalam kediaman berkenaan.

    Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, ayah berusia 67 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan apabila tidak menghiraukan keselamatan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, menantu dan dua cucu walaupun sedar tindakan itu boleh mencederakan darah dagingnya sendiri.

    Malah, lelaki itu dan tiga anaknya hasil perkahwinan kedua turut mengugut mencederakan mangsa sekeluarga jika mereka keluar dari rumah itu untuk menghalangnya daripada merobohkan kediaman berkenaan.

    Mangsa, Yusof Mat Yasin, 52, berkata, perselisihan antara dia dan ayahnya bermula sejak Disember lalu apabila bapanya menuntut tanah yang didudukinya sejak 30 tahun lalu.

    Katanya, tanah itu pada asalnya milik ayah dan ayah saudaranya sebelum dia membeli bahagian tanah milik ayah saudaranya untuk membina rumah.

    Lelaki Ditangkap Polis Hanya Kerana Memotong Rumput

    Posted: 02 May 2011 05:25 PM PDT

    Maksud hati ingin berbuat baik, apa daya malah hukuman yang didapat. Nasib itulah yang dialami seorang warga di suatu kota kecil di Ohio, Amerika Syarikat (AS).

    Dia terpaksa duduk di penjara, bukan kerana mencuri atau merampok, melainkan kerana memotong rumput di taman Central Park, yang terletak di tengah kota Sandusky. John Hamilton, demikian nama lelaki malang itu, berinisiatif memotong rumput kerana merasa sudah tak enak dilihat.

    Lagipula, menurut Hamilton, rumput di taman itu sudah lama tak terurus sehingga tumbuh liar. Dia pun langsung beraksi dengan alat pemotong rumput.

    Sayang, niat baik lelaki berusia 48 tahun itu tak dihargai polis. Hamilton dituduh mencampuri urusan pemerintah tanpa izin dan mengganggu ketertiban umum.

    Pengurus taman kota, Matt Kline, menyoal penahanan itu. Kline juga faham inisiatif Hamilton itu. Menurut Kline, rumput di taman tak terawat dengan baik kerana pemerintah kota tengah kekurangan staf akibat kesulitan anggaran. Tak jelas bagaiman nasib Hamilton selanjutnya, apakah dibebaskan atau diproses lebih lanjut di muka hukum.

    Foto-Foto Menakjubkan Dari Album Guinness Book World Of Records

    Posted: 02 May 2011 11:01 AM PDT






















    Hebat..kanak-kanak 7 tahun baca puisi dengan ular melingkari lehernya

    Posted: 02 May 2011 10:01 AM PDT

     Olivia Pinfield adalah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang menjadi salah seorang peserta sebuah acara pencari bakat di Inggris.
     Kemampuan Olivia adalah membacakan sebuah puisi. Namun, yang membuatnya luar biasa adalah ketika ia mempersembahkan penampilannya tersebut ditemani seekor ular yang melingkar di lehernya.

     
     Hal tersebut  membuat Olive semakin mendalami puisinya yang menggebu-gebu tentang perlindungan haiwan langka, seperti ular sawa yang dibawanya.
     
     Ular sawa yang menemani Olive di atas pentas bernama Lucy, demikian laporan Dailymail,Isnin (2/4/2011). Ular sepanjang 1,8 meter itu melingkari seluruh leher Olive dan tidak henti bergerak. Semua penonton bahkan juri pada pertandingan keihatan cemas.
     
     Namun, dengan tenang Olive menjelaskan bahawa haiwan seperti Lucy, boleh menjadi haiwan peliharaan di rumah, seperti di rumah keluarga Olive.

    Pencuri beer pulang tangan kosong kerana seluar jeans melorot

    Posted: 02 May 2011 09:25 AM PDT

    FLORIDA - Benar-benar tidak bernasib baik. Begitulah nasib yang dialami seorang lelaki pencuri beer di sebuah minimarket di pelataran Jalan Lake Wales, Florida.

    Lelaki yang tertangkap kamera CCTV minimarket tersebut tersandung dan menjatuhkan semua beer hasil curiannya. Dia terjatuh kerana seluar jeans baggy-nya tiba-tiba melorot dan sehingga menyebabkan langkahnya menjadi sumbang.

    Dia lantas langsung masuk ke dalam sebuah kereta yang nampak memang sudah menunggunya dengan tangan kosong tanpa hasil.

    Sebagaimana dilapor Dailymail, Senin (2/5/2011), kini rakaman CCTV tersebut menjadi barang bukti untuk mengadili tersangka.(rhs)

    Tepis Rekayasa, AS Katakan Ujian DNA Masih Berjalan

    Posted: 02 May 2011 08:45 AM PDT

    WASHINGTON- Kematian Osama Bin Laden ternyata memang masih mengundang pertanyaan. Sebelumnya beredar keraguan bahawa foto mayat Osama yang telah dirilis adalah palsu.

    Menurut seorang jurucakap Amerika Syarikat (AS) operasi tentera yang dilakukan di Pakistan dalam menjejak Osama Bin Laden, memang bukan diperuntukan untuk menangkapnya. Pejabat AS tersebut operasi itu memang ditujukan untuk membunuhnya.

    Selain itu beredar di internet mengenai wajah Osama yang tewas. Foto jasad Osama sebelumnya disebut oleh televisyen Pakistan sudah dikatakan adalah Osama Bin Laden.

    Namun beredar khabar bahawa foto itu adalah rekayasa. Foto tersebut memperlihatkan tubuh seorang lelaki yang memiliki luka pada bahagian kepalanya. Foto itu sendiri belum dipastikan adalah Osama Bin Laden.

    Pihak AS sendiri mengaku ketika ini proses ujian DNA ketika ini masih berjalan. Proses penyesuaian dari DNA yang diambil dari tubuh Bin Laden, dipastikan belum memenuhi hasil akhirnya. Demikian diberitakan CNN, Isnin(2/5/2011).

    Menarik melihat akhir dari ujian DNA ini. Dengan adanya hasil dari ujian DNA, dapat dipastikan apakah kematian Osama Bin Laden dapat ditentukan asli atau tidak.
    sumber : http://international.okezone.com

    Gambar Osama Meninggal Dunia Tipu?

    Posted: 02 May 2011 07:35 AM PDT

    image
    Sama ada betul atau tidak.Banyak persoalan timbul.Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, memastikan bahawa Osama bin Laden telah tewas di Pakistan. Namun, Obama tidak secara terperinci mengungkapkan bagaimana pemimpin jaringan teroris al-Qaeda itu boleh dibunuh, selain hanya menyatakan bahawa dia tewas dalam suatu tembak dengan pasukan khas AS, yang dilancarkan minggu lalu.
    sumber : http://ptsii.blogspot.com/2011/05/te...sama-hoax.html

    Melukis dengan Singnal Wi-Fi

    Posted: 02 May 2011 06:00 AM PDT

     Jaringan singnal Wi-Fi yang tidak dapat dilihat pada mata kasar mampu menjadi sebuah hasil karya yang indah oleh Timo Arnall. Timo Arnall adalah seorang designer dan visual artist yang menciptakan sebuah video dan sebuah seni fotografi yang menyajikan gambar jaringan singnal Wi-Fi yang dengan alat ciptaanya boleh tertangkap kamera dan menghasilkan gambar yang indah.


    Timo menggunakan teknik yang sama dengan Light Photography pada umumnya iaitu menngunakan kamera dengan long-exposure times setting. Timo dan pasukannya menggunakan sejenis lampu bernama I-beams yang disusun dalam sebuah tongkat. Lampu ini akan menyala bila menangkap singnal Wi-Fi yang ada di sekitarnya. Hidup matinya lampu ini yang akan ditangkap oleh Timo dengan kameranya.

    Projek ini boleh membuktikan bahawa tanpa kita sedari kita hidup didalam sebuah lingkungan yang penuh dengan singnal dan gelombang. . Walaupun Timo mengerjakan projek ini pada waktu malam di kota Oslo Norway.





    Jeffrey Dahmer,Lelaki Kanibal Yang Sangat Sadis

    Posted: 02 May 2011 05:30 AM PDT

    Jeffrey Dahmer, adalah seorang pembunuh berantai dari Amerika Syarikat. Dia adalah seorang Nechrophilia (kekerasan dalam hubungan seks), dia menggergaji partner seknya hidup-hidup hingga korbannya menemui ajal, kadang memukul kepala atau mengerudi tulang tengkorak korbannya ini juga dalam keadaan hidup hingga korbannya menemui ajal.

    Jeffrey Dahmer lahir pada 21 Mei 1960 di West Allis, Wisconsin dari pasangan Lionel dan Joyce Dahmer. Kedua orang tua Jeffrey Dahmer bercerai ketika dia berusia 17 tahun. Sejak masih kecil ia mempunyai hobi membedah binatang, dan melihat-lihat organ tubuh dalamnya. Setelah meningkat remaja Jeffrey Dahmer membesar sebagai seorang pemuda yang gemar menengguk minuman keras hingga mabuk.

    Kebiasaan mabuknya membuat ia tidak dapat menyelesaikan kuliahnya di Ohio State University dan juga membuatnya dipecat dari tentera. Selepas itu, Jeffrey Dahmer sempat bekerja di hospital, namun itupun tak lama, ia kembali dipecat akibat mabuk ketika bertugas.
    Dalam keadaan menganggur ia tinggal menumpang di rumah neneknya di West Allis, Wisconsin, kota kelahirannya. Bermacam-macam kerja dilakukan untuk membiayai hidupnya, termasuk diantaranya mencuri, menjual ubat terlarang dan minuman keras.

    Jeffrey Dahmer adalah seorang gay dengan penyimpangan sex yang ekstrim. Dia meyukai pasangan sex dari bangsa afrika atau asia. Pada tahun 1986, Jeffrey Dahmer, ditahan polis kerana bogel di tempat awam. Setelah bebas, dia sempat ditahan lagi dengan tuduhan yang sama. Pada 25 September 1988, ia melakukan pelecehan seksual terhadap anak-anak, kembali ia dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan. Penghakiman mewajibkannya mengikuti terapi untuk menyembuhkannya dari penyimpangan seksual.

    Kerana dianggap berkelakuan baik selama di penjara, 10 bulan kemudian Jeffrey Dahmer dibebaskan lebih awal. Sejak masa pembebasan bersyarat inilah ia memulai kariernya sebagai pembunuh berantai. Sebenarnya pembunuhan pertamanya dilakukan ketika musim panas tahun 1978, ketika ia masih tinggal di rumah orang tuanya. Korban pertamanya adalah seorang hitch hicker (orang yang menumpang kenderaan) bernama Steven Hicks, dia membawanya ke rumah dan menawarinya minum bir. Diduga Steven Hicks menolak untuk melakukan hubungan seks dengan Dahmer, hal ini kemudian membuat Dahmer berang dan kemudian memukul kepala Steven Hicks dengan barbel hingga mati.

    Pembunuhan atas Steven Hicks ini tidak diketahui siapapun hingga terungkap di persidangan dikemudian hari. Dahmer menguburkan mayat Steven Hicks, di halaman belakang rumahnya. Kemudian pada ketika baru bebas setelah ia ditahan kerana bogel di tempat awam, dia juga sempat membunuh lagi sebelum ditangkap kembali pada tahun 1988 kerana pelecehan seksual terhadap anak-anak. Korban yang dibunuhnya pada 15 September 1987 adalah pasangan seknya bernama Steven Tuomi. Mayat Tuomi dipotong-potong sebahagian dibuang sedikit demi sedikit dan sebahagian lagi disimpan di dalam tong dan sebahagian lagi dia letakkan di peti sejuk untuk dimakan.

    Setelah pembunuhan dan kanibalisasi atas Tuomi, Dahmer nampak menjadi terbiasa membunuh, dia menjadi tidak segan-segan lagi membunuh pasangan seknya yang biasanya dia ambil dari Gay Bar (Bar tempat berkumpul para lelaki gay yang banyak terdapat di Amerika). Pasangan sek yang tidak menyenangkan hati Dahmer harus membayar perbuatannya dengan nyawanya. Setelah dibebaskan bersyarat pada tahun 1988, dia kembali melakukan dua pembunuhan pada tahun yang sama, dan melakukan pembunuhan berikutnya di awal tahun 1989.

    Anda dapat menyaksikan sebagian dari kisah Dahmer pada video berikut:



    Belorussian high-school death metal

    Posted: 02 May 2011 04:00 AM PDT



    LETAK MAKLUMAT IKLAN
    Pening kalau  ada sekolah macam ni...


    Gila..Anak tuntut mak bapak di mahkamah kerana tak bagi duit saku

    Posted: 02 May 2011 03:00 AM PDT


    MADRID – Seorang lelaki berusia 25 tahun menuntut kedua orangtuanya kerana tidak memberikan wang saku.

    Namun, pengadilan keluarga Sepanyol menolak tuntutan tidak memberikan wang saku yang diajukan pemuda tersebut kepada kedua orangtuanya. Pengadilan pun memerintahkan pemuda tersebut untuk pergi dari rumah dan mencari pekerjaan.

    Si anak yang namanya tidak disebutkan, menuntut kedua orangtuanya kerana telah memotong wang sakunya sebesar USD587 .Demikian seperti dilapor Think Spain, Ahad (1/5/2011).

    Hakim Jose Luis Utrera mengatakan, meskipun tingginya tingkat pengangguran di Sepanyol, pemuda tersebut masih mampu mencari pekerjaan dan keluarga tidak mampu lagi memberinya wang bulanan kerana dia sudah dewasa.

    "Orangtua tidak memiliki kewajiban tak terbatas atau mutlak untuk memberikan biaya hidup untuk anak-anak mereka yang sudah dewasa. Tuntutan kerana tidak memberikan biaya hidup hanya terbatas untuk situasi tertentu," ujar hakim.

    Namun demikian, hakim mengatakan pada keluarga pemuda tersebut untuk memberinya 200 euro untuk dua tahun lagi supaya dapat membantu pemuda tersebut berdikari.

    Mesti baca.."Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya tiada"

    Posted: 02 May 2011 02:00 AM PDT


    Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan merela, terlihat seorang bapak dengan 3 anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

    Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari.

    Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang.para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

    Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram.Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang bapak,"Pak,tolong anaknya dilarang bermain,disini penumpang juga ingin tenang,sudah penat bekerja,kami terasa terganggu!!".Lalu sang bapak sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum,"Maaf ya encik?Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya,,encik tidak keberatan kah,kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?".

    Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka.
    Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluarnya,lalu jari membuat baris kalimat "Ibu apa khabar?Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu.maafkan segala kesalahan saya,ibu"
    Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nomBor ibunya,dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..

    Terselamat walaupun kepala dah dilahab ikan yu

    Posted: 02 May 2011 01:38 AM PDT


    David Miles, seorang pencari tiram dari Pantai Westport Union, California, mungkin bukan satu-satunya penyelam yang selamat dari serangan yu.
    Namun hal yang dapat dikatakan sebagai keajaiban, keberuntungan ,kepada David Miles.Dia dilahap oleh yu putih besar dengan bahagian kepala telah masuk ke dalam mulut yu tersebut.

    Diduga yu menyangka mangsanya adalah singa laut atau tertarik oleh kilauan logam dari tali pinggang yang dikenakan David Miles, yu putih raksasa tersebut menyerang David Miles. Serangan tersebut membuat bahagian kepala David Miles dan sebagian tubuh atasnya terlahap ke dalam mulut yu tersebut, beruntunglah yu tersebut tidak langsung menutup mulutnya, dan David Miles, secara refleks dapat mengeluarkan kepala dan tubuh bahagian atasnya dari mulut yu.

    Dalam keadaan terluka dan terkejut, David Miles, berenang menuju pulau karang terdekat, memanggil teman-temannya untuk menolongnya.
    Meskipun lukanya harus ditutup dengan ratusan jahitan, namun David Miles selamat tanpa cacat, luar biasa .

    Anda dapat menyaksikan ilustrasi kejadiannya pada tayangan video berikut:



    Kisah Motivasi..LENA MARIA Wanita Cacat Dengan Prestasi Luar Biasa

    Posted: 02 May 2011 12:35 AM PDT

    LENA MARIA KLINGVALL adalah gadis cacat dari SWEDEN. Dia dilahirkan TANPA TANGAN, dan hanya mempunyai SATU KAKI.

    Gadis cantik kelahiran Stockholm tahun 1968 ini, belajar berenang sejak usia 3 tahun, dan pada usianya yang ke lapan belas dia menjuarai kejuaraan renang nasional di SWEDEN, meraih 3pingat emas dan mencipta 2 rekod nasional.

    Prestasi gemilangnya berlanjut pada PARALYMPIC GAMES di SEOUL 1988, ia memperoleh pingat emas internationalnya.

    Tahun 1987 sampai 1991, ia belajar menyanyi di THE ROYAL UNIVERSITY COLLEGE OF MUSIC STOCKHOLM, sebuah sekolah musik ternama di SWEDIEN. Keindahan suaranya membuat produser rakaman mengambilnya menyanyi, dan terbitlah 14 album rakamannya.

    LENA MARIA telah mengadakan konsert dan tour diberbagai negara seperti: AMERIKA, RUSSIA, JEPUN dan juga sempat singgah di ASIA tenggara,iaitu MALAYSIA dan SINGAPURA, dan masih banyak negara-negara lain yang disinggahinya.

    Gadis luar biasa ini juga mempunyai kemampuan melukis. Karya indahnya dapat anda lihat pada webnya www.LenaMaria.com.

    Ia juga menulis dua buah autobiografi mengenai dirinya. FOOTNOTE dan HAPPY DAYS, buku yang sangat inspiratif, dan menyentuh ini meraih best seller, dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa.

    Filem dokumenteri yang mengupas kisah hidupnya memenangkan penghargaan pertama di Sweden. Acara TV yang mengulas kehidupannya juga menjadi tontonan kesukaant dan meraih rating tinggi.

    Raja CARL GUSTAV memberinya penghargaan atas prestasi dan teladannya sebagai atlit, artis, dan juga model bagi orang cacat di SWEDEN dan dunia.







    Bagikan artikel ini kepada teman-teman dan keluarga tercinta, semoga dapat memberikan inspirasi dan harapan positif bagi anda dan mereka.

    Datuk dan nenek ini sepakat bunuh diri kerana kanser paru-paru

    Posted: 01 May 2011 11:31 PM PDT

    Don Flounders (81) dan isterinya, Iris (88) memutuskan mengakhiri hidup bersama setelah Don didiagnosis menderita kanser paru-paru sejak 2007. Pasangan berasal London ini membeli ubat untuk haiwan dan meminumnya, Khamis minggu lalu.

    Pasangan yang mengakhiri hidup di Australia ini merakam 'video kematian' menjelang ajal. Video yang segera dipostkan di YouTube itu dimaksud untuk kempenya meluluskan peraturan hukum agar mereka yang menderita sakit parah diperkenankan mengakhiri hidup.

    Seperti dikutip dari Daily Mail, mereka ingin video itu boleh membawa sebuah perubahan dalam sistem hukum. Mereka ingin terbit aturan yang memungkinkan teman dan keluarga boleh menjadi saksi ketika ada orang yang ingin mengakhiri hidup mereka sendiri, tanpa takut pada hukum.

    Selama ini, hukum di Britain dan Australia memuat aturan bahawa setiap orang yang hadir dalam aksi bunuh diri teman atau keluarga akan berhadapan dengan pengadilan.

    "Aku ingin memiliki pilihan akhir, bagaimana, dan bila aku mati," kata Don dalam salah satu video, seperti dimuat dalam The Sunday Times. "Aku telah mencapai titik di mana kualiti hidup mengerikan. Aku tergantung pada Iris dan duniaku telah terhenti di bilik tidur kecil ini. Tidak ada kehidupan".

    Jasad pasangan ini ditemukan berpegangan tangan pada hari Jumaat di rumah mereka di Waragul, Victoria. Anak mereka Gillian (58) dan Stephen (52) serta anggota keluarga lain, menyedari niat orangtua mereka.

    Video lelaki yang terkena petir 2 kali tapi masih boleh berjalan yang heboh di internet

    Posted: 01 May 2011 10:45 PM PDT

    Beberapa waktu terakhir warga internet dihebohkan oleh sebuah video yang di upload ke Youtube tentang kejadian mencengangkan bagaimana seorang lelaki yang berjalan tersambar petir sehingga pengsan namun masih boleh bangun, hingga beberapa saat setelah bangun lelaki tadi kembali berjalan, namun beberapa langkah setelah berjalan lelaki tadi kena sambar petir lagi hingga pengsan.

    Berehat setelah terkena sambaran petir kedua

    Seperti halnya sambaran pertama dimana lelaki tadi jatuh dan bangun, disambaran petir kedua inipun lelaki tersebut boleh bangkit bangun dan berjalan lagi. Hingga kini belum ada penjelasan berkait video tersebut. Seperti yang ditulis di laman mail Online yang dikutip ruanghati.com hanya menceritakan kejadian aneh dan mencengankan tersebut tanpa menyebut letaknya tempat kejadian dan mangsa yang bersangkutan.

    Kontroversi ini ramai berdebat di berbagai forum internet terkait tayangan video ini, ada yang menyebutnya sebagai rekayasa, ada yang menyebutnya sebagai asli bahkan ada yang mengatakan reka photoshop, namun hal itu susah untuk sebuah rakaman video. Namun pendapat yang mengatakan video tersebut rekayasa juga beralasan bahawa sambaran petir tersebut umumnya diikuti kilat beberapa kali bukan tunggal seperti yang terlihat. Percayakah Anda?-ruanghati.com