Adsense

Isnin, 3 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Zed Zaidi Menuduh Tanpa Usul Periksa?

Posted: 03 Sep 2012 09:12 PM PDT

Menerusi laporan pihak media mStar Online hari ini, seorang pengarah drama Michael Ang telah melahirkan rasa kecil hatinya terhadap Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi. Perkara ini timbul apabila Zed Zaidi telah mempersoalkan kemunculan pelakon dari negara seberang, Randy Pangalila yang didakwa bekerja tanpa permit, termasuklah ketika dia muncul dalam rancangan Randy! Oh My Raya di saluran Astro Ria baru-baru ini.

Menurut Michael Ang, Zed Zaidi seharusnya menghubungi dirinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan media dan menuduh Randy yang bukan-bukan. "Zed sepatutnya berjumpa atau menghubungi saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Bukannya "main redah" saja nak buat kenyataan kepada media. Ia dilihat seolah-olah Zed terlalu mengejar publisiti."

"Bukankah lebih mudah jika dia bertanya kepada saya terus tentang status Randy. Boleh saja saya jelaskan kerana saya yang membawanya ke sini (Malaysia) untuk drama Biar Bintang Sampai Ke Bulan (disiarkan di Astro Ria pada tahun lalu)." ujar Michael Ang.

Pada minggu lalu, menerusi akaun Twitter Zed Zaidi, beliau telah mempersoalkan tentang kehadiran Randy sebagai rakyat Indonesia yang diberikan satu program khas Hari Raya berjudul Randy! Oh My Raya. Selain itu, Zed turut mempertikaikan keahlian Randy dalam Persatuan Seniman. Di mana seorang individu tersebut wajib menyertai Persatuan Seniman sekiranya ingin terlibat dalam produksi di negara ini.

Apabila perkara sebegini timbul, ia membuatkan Zed Zaidi menganggap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), telah terlepas pandang mengenai prosedur wajib yang dikenakan bagi pelakon luar negara yang ingin bekerja di Malaysia, begitu juga dengan pihak produksi yang mengambil mudah tentang isu berkenaan.

Bagi Michael Ang, Zed Zaidi berhak untuk mempertikaikan sebarang perkara yang dilihat boleh merosakkan industri hiburan tempatan, namun begitu beliau seharusnya selidik atau bertanya dahulu  kepada orang yang bekenaan sebelum membuat sebarang tindakan.

Menerusi isu yang ditimbulkan oleh Zed Zaidi ini, ia langsung tidak menghalang Michael Ang untuk terus mengambil pelakon dari luar negara untuk berlakon dalam dramanya, sekiranya perlu pada masa akan datang.

Michael Ang kini baru selesai mengarahkan sebuah lagi telefilem yang membabitkan Randy dan Elfira Loy yang berjudul Dalam Hati Ada Taman. Telefilem ini akan disiarkan pada Oktober depan di saluran Astro Ria.

PSY Kini Sebaris Justin Bieber, Ikat Kontrak Bersama Island Agency

Posted: 03 Sep 2012 08:06 PM PDT

Hampir 2 bulan yang lepas, Psy hanyalah artis yang berasal dari Korea. Kemunculan muzik video Oppa Gangnam Style telah merubah segalanya.

Tarian "kuda" ini telah menjadi ikutan ramai dan mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan selepas hampir 2 bulan dimuat-naik ke laman Youtube. Hari ini (4 September), Psy secara rasminya telah mengikat kontrak bersama Island Agency, sebuah label yang turut mengikat Justin Bieber dan Jennifer Lopez dibawah mereka.

Menurut wakil Psy, "Psy telah menandatangani kontrak bersama Island Record untuk mengurus perjalanan Psy diseluruh dunia."

Menerusi laporan AllKpop lagi, Psy akan turut membuat persembahan di MTV VMA (Video Music Awards) yang akan berlangsung pada 6 September ini.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam

Posted: 03 Sep 2012 10:12 PM PDT

Pada pagi ini, Budiey ada terbaca tentang satu gosip yang enak juga dibaca iaitu Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam yang disiarkan di BH.

Selepas pelakon Ashraf Muslim dan penyanyi Adam mendalami ilmu perubatan alternatif Islam, kini ada khabar angin mengatakan penyanyi popular bersuara lantang, Anuar Zain sudah mula mengikut jejak yang sama.

Sejak bila Anuar Zain dah beramal nak jadi bomoh Islam ni? Ramai menganggao ini adalah satu kejutan termasuklah Normah Becoh di ruangan gossip Berita Harian.

Dengarnya, Anuar Zain sekarang ni dah mampu sikit sebanyak mengubat kenalannya yang sakit dan terkena buatan orang dengan menggunakan ilmu perubatan Islam yang ada. Wah! Ini dah bagus. Kalau benarlah bagai dikata, pasti ramai yang nak datang berubat dengan Anuar Zain. Yelah, bukan senang tau nak jumpa dengan Anuar Zain ni.

Kalau selama ini persembahan Anuar Zain dipenuhi dengan peminat wanita yang sanggup membayar harga tiket yang mahal, tak hairan pula selepas ini, berduyun-duyung datang ke klinik Anuar Zain yang katanya akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur.

Pastinya ramai media akan bertanyakan tentang perkara ini kepada Anuar Zain sendiri. Kita tunggu pengakuan dan statement AZ.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang

Posted: 03 Sep 2012 09:27 PM PDT

Berita Diana Danielle & Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi. Pasangan pelakon yang hangat bercinta, Diana Danielle dan telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012, Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara. Tahniah buat Dee & Farid, semoga korang bahagia dan cepat-cepat kahwin ya. Budiey pasti ramai peminat yang nak tengok gambar majlis pertunangan Diana Danielle & .

Gambar Tunang Diana Danielle Farid Kamil

Ini bukan gambar majlis tunang Diana Danielle & Farid Kamil ya, gambar ini diambil semasa Diana Danielle & Farid Kami hadir di Majlis Nikah Resepsi Lisa Surihani & Yusry KRU.

Pandai betul Diana Danielle dan Farid Kamil simpan rahsia. Seingat Budiey, pernah sekali terserempak dengan pasangan ini di Suria KLCC. Masa tu, terserempak dengan Farid Kamil dalam lift. Kemudian, jumpa lagi dengan Diana & Farid masa nak makan kat Sushi King.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang di mana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu.

Diana & Farid bertunang selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Gambar Tunang Diana Danielle Farid Kamil

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya.

Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana. Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Baru Berusia 1 Tahun, Aditya Sudah Berkumis

Posted: 03 Sep 2012 09:00 PM PDT

BIHAR - Seorang anak kecil di Distrik Bihar, India, Aditya Kumar menderita penyakit Sindrom Cushing dan penyakit membuatnya terlihat semakin tua. Anak kecil berusia 18 bulan itu berbadan besar layaknya seorang anak berusia enam tahun dan memiliki kumis.

Sindrom Cushing merupakan penyakit yang memiliki sangkut paut dengan hormon. Aditya lahir dalam keadaan normal dan sihat. Namun pada saat ulang tahunnya yang ke-satu, Aditya tumbuh besar secara cepat.

Tubuhnya membesar, tangannya pun berbulu dan kumis pun muncul di wajahnya. Berat badan Aditya langsung meroket dan wajah balita itu terlihat semakin tua. 

Orangtua Aditya langsung panik dan membawa putranya ke doktor. Doktor yang ditemuinya tidak dapat menolong anak malang itu. Doktor itu memutuskan untuk mengirim Aditya ke rumah sakit dan pada saat itulah Aditya menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Menurut Dr. Krishna, Aditya harus menjalani proses operasi atau terapi radiasi untuk menyebuhkanSindrom Cushing. Krishna mengatakan bahawa penyakit itu muncul akibat gangguan hormon.

"Saya sudah melihat laporan dari tes ultrasonografi anak ini. Ada tumor di dalam kelenjar adrenalin yang terletak di atas ginjal Aditya. Hal ini menjadi pemicu sekresi dari hormon itu," ujar Krishna, seperti dikutipDaily Mail, Senin (3/9/2012).

Keadaan finansial orangtua Aditya juga kurang baik. Pada awalnya, mereka ingin putranya dirawat di Patna, namun Krishna menyarankannya agar pergi ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di New Delhi. Anak itupun siap menjalani sejumlah ujian untuk menyelidiki penyakitnya.(AUL)

Mewahnya Penerbangan First Class di Pesawat Airbus A380 Emirates Airline [Video]

Posted: 03 Sep 2012 08:45 PM PDT


Seperti yang kita ketahui, Airbus 380 adalah pesawat penumpang komersil terbesar di dunia saat ini. Tapi tahukah kamu bahawa pesawat ini juga boleh direka menjadi pesawat paling mewah di dunia? Buat kamu yang ingin merasakan sensasi terbang seperti di hotel bintang 5, cubalah terbang menggunakan pesawat A380 dari  Emirates Airline. Dan kalau dompetmu setebal buku telefon, pilihlah penerbangan first class seperti yang boleh kita lihat dalam video berikut ini.

Wanita ini tertidur dipermukaan air selama 40 minit

Posted: 03 Sep 2012 08:30 PM PDT


Beberapa minggu yang lalu, sesusuk tubuh terapung di permukaan sungai di Kota Wenling, Provisi Zhejiang, China. Pejabat polis pun dibanjiri oleh panggilan telefon dari masyarakat sekitar yang melaporkan adanya "mayat yang terapung di sungai".
Dan benar saja, ketika mereka tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan sesusuk wanita muda yang mengapung, tidak mati, hanya tertidur di atas permukaan air sungai selama 40 minit .
Menurut laporan, setelah bertengkar dengan suaminya, wanita tersebut memakan 20 tablet obat flu dan berjalan sendirian untuk meredakan amarah. Efek samping dari ubat flu bekerja, membuat dirinya merasakan sensasi mengantuk yang amat kuat.
Kerana tidak mampu menahan rasa mengantuknya lagi, ia terjatuh di sungai ketika sedang berjalan. Hal terakhir yang diingatnya adalah lehernya terasa tercekik setelah tubuhnya menyentuh air, tetapi dorongan untuk tidur jauh lebih besar dan ia pun tertidur.
Siapa sangka ternyata hal tersebut menyelamatkan dirinya dari kemungkinan mati tenggelam. Tubuhnya yang mengapung di atas air dengan tenang mencegah wanita tersebut tenggelam di sungai. Empat puluh minit kemudian, polis pun datang untuk menolongnya.

Pukau ala Pakistan

Posted: 03 Sep 2012 08:15 PM PDT


KUANTAN  - Taktik licik dua lelaki warga Pakistan memperdaya mangsa untuk mendapat wang akhirnya terbongkar selepas mereka ditangkap sekumpulan pengawal keselamatan sebuah pusat membeli –belah dekat sini kelmarin.
Mereka dikatakan menggunakan beberapa keping wang yang dipegang selain bertanyakan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mangsa tidak menyedari kejadian yang berlaku dan menyerahkan wang yang ada.
Detektif Dalaman pusat beli belah terbabit, Muhammad Yan Abdullah berkata, dia menerima aduan daripada seorang pemilik butik yang menyedari kehadiran dua lelaki berkenaan di kedainya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di butik pakaian miliknya.
Curiga dengan perbuatan lelaki berkenaan yang cuba menarik wang daripada pekerjanya, Muhammad Yan berkata, pemilik butik itu terus menghubunginya selepas memberi arahan kepada seorang pekerjanya yang lain untuk mendekati lelaki itu.
"Sebaik menerima aduan, saya terus mendapatkan rakaman wajah lelaki itu daripada pemilik butik sebelum bertindak mengarahkan semua pengawal keselamatan mencari lelaki itu di semua kedai dalam pusat beli belah ini," katanya.
Katanya, tindakan pantas semua anggota akhirnya berjaya menahan dua lelaki itu di sebuah kedai buku tidak jauh dari butik terbabit.
"Ketika itu, salah seorang lelaki berkenaan sedang memperdaya mangsa yang juga jurujual di kedai buku itu dan cuba mengambil wang dari mesin juru wang," katanya.
Menurutnya,  dua lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut manakala semua mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Muhammad Yan berkata, walaupun kejadian itu adalah kes pertama di pusat beli belah berkenaan tetapi mereka tetap membuat pemantauan kerana sudah mendengar banyak kes sama sebelum ini.
"Banyak kes pukau yang pernah kita dengar sebelum ini dan kebanyakan mangsa adalah peniaga. Justeru, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya tidak berulang," katanya.
Pengakuan Mangsa
Beberapa mangsa mengakui mereka seolah-olah tidak sedarkan diri selepas didatangi dan ditegur lelaki yang berlagak sebagai pelanggan.
Seorang pekerja kedai roti yang dikenali sebagai Abi, 22, berkata, pada malam kelmarin iaitu kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit membeli roti dan membayar RM2.20 sebelum bertanya mengenai sama ada negara ini mempunyai not RM20.
Menurutnya, selepas ditanya demikian, dia menunjukkan not RM20 kepada lelaki itu sebelum dia sekali lagi bertanya mengenai not RM50.
"Selepas menyoalkan saya mengenai not tersebut, dia memaklumkan mahu menukar not RM100 kepada mata wang Arab Saudi.
"Bagaimanapun, saya memberitahu padanya bahawa tiada duit dalam mata wang itu, namun dia tidak berpuas hati dan cuba mengambil wang dalam mesin juruwang," katanya ketika ditemui di sini.
Abi berkata, ketika itu dia seperti tidak sedar dengan tindakannya sebelum disergah oleh pengurus yang curiga dengan tindakannya mengeluarkan wang dan membiarkan lelaki berkenaan cuba mengambilnya.
Katanya, selepas disergah, dia terkejut dan sedar namun kelibat lelaki berkenaan sudah hilang.
Kena pukau
Bagi pekerja butik pakaian, Noraini Johari, 21, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari seolah-olah di pukau.
Katanya,  dia tidak menyangka lelaki yang bertanyakan harga telekung di butik itu sebenarnya cuba mencari ruang untuk menipu.
"Ketika itu kira-kira jam 1.30 tengah hari lelaki itu masuk ke butik dan memberi salam sebelum bertanya sama ada saya seorang Muslim atau tidak.
"Selepas itu dia bertanya mengenai mata wang Arab Saudi dan mahu menukarnya, namun saya menjawab tiada, tetapi dia tidak percaya malah berkeras mahu melihat sendiri mesin juruwang," katanya.
Katanya, berlaku sedikit adegan tarik menarik duit di dalam mesin sebelum dia tersedar apabila telefon miliknya berbunyi.
"Sekelip mata saya tersedar sebelum lelaki itu melarikan diri dari butik," katanya.
Situasi sama turut dialami pekerja kedai buku, Nurul Fadilah Mohd Robin, 22, apabila lelaki berkenaan masuk ke kedai dan mahu menukar duit.
"Kejadian itu berlaku dengan pantas iaitu kira-kira lima minit, sebelum pihak pengawal menahan lelaki terbabit," katanya.
Nurul Fadilah berkata, itu kejadian pertama yang dialaminya selepas tiga tahun bekerja di kedai itu dan ia pengalaman yang menakutkan.
sumber : sinar harian

Kerusi gergasi diiktiraf terbesar di dunia

Posted: 03 Sep 2012 08:00 PM PDT



SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.
Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong.
Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Reuters

Perompak bogel ditangkap

Posted: 03 Sep 2012 07:45 PM PDT


DEPOK: Seorang lelaki bogel ditahan kerana disyaki cuba memecah masuk ke sebuah rumah di Beji, Depok di Jawa Barat, kelmarin.
Polis mengesyaki lelaki itu menggunakan ilmu hitam. 
Ketua Polis Beji, Komisioner Kanan Agus Widodo berkata, lelaki bogel itu dikenali sebagai Yanto, 36, dilihat memanjat dinding setinggi dua meter oleh penduduk kampung yang membuat rondaan malam.

Yanto dikatakan berbogel kerana mengamalkan ilmu hitam walaupun dia mengaku berbogel untuk memudahkan dia bergerak dan melakukan rompakan di rumah itu.



Agus berkata, Yanto tidak berumah dan hidup berpindah-randah dari satu tempat menunggu bas ke tempat menunggu bas lain. Cubaan merompak itu bukan yang pertama.


"Ini adalah kali ketiga dia merompak di kawasan Depok," kata Agus.

Meurutnya, Yanto menggunakan hasil rompakan untuk menyara hidupnya. - Jakarta Post


sumber : mymetro

Gara-gara durian

Posted: 03 Sep 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki Singapura, dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas ditikam gara-gara durian berharga Sg$2 (RM5), semalam.
Lianhe Wanboe, 46, bertegang urat dengan penjual durian itu ketika meminta untuk merasa sedikit buah berkenaan di gerai di Jalan Bukit Merah. Sebab pertengkaran itu tidak dijelaskan. 
Menurut akhbar tempatan, mangsa berkata, ketika dia berdiri di gerai itu, tiba-tiba dia merasa ada orang menikamnya dari belakang.

Pada mulanya, Lianhe merasakan dia menjadi mangsa rompakan. Dia menjerit meminta tolong tetapi tidak ada siapa yang mengendahkan.



Dalam keadaan berdarah, Lianhe berjalan sejauh 500 meter untuk menahan teksi dan ke hospital.


Mangsa mengalami dua luka tikaman di belakang tubuh.

Serangan itu turut menyebabkan satu tulang rusuknya patah. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan Lianhe kini diletakkan di bawah pengawasan di unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura.

Penyerangnya, penjual durian berusia 61 tahun ditahan polis. Saksi berkata, penjual durian itu kelihatan tenang ketika dibawa polis. - SM



sumber : mymetro

Seludup anak dalam kotak

Posted: 03 Sep 2012 07:15 PM PDT


RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam menggagalkan satu percubaan menyeludup seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kotak menyeberang sempadan negara itu.
Kotak itu diletakkan dekat dengan beg pakaian dan bagasi lain d belakang kenderaan yang meninggalkan negara itu untuk ke negara jiran, dipercayai Jordan, lapor laman berita tempatan, Sabq. Bapa kanak-kanak itu, penduduk warga asing berkata, kanak-kanak terbabit dilahirkan di Arab Saudi oleh ibunya, rakyat Indonesia yang tinggal secara haram di negara itu sebelum dia dihantar pulang. Ibu bapa kanak-kanak itu tidak pernah mendapatkan dokumen kelahiran untuknya dan bapanya berkata, satu-satunya pilihan untuk dia membawa anaknya keluar dari Arab Saudi ialah dengan menyeludupnya keluar menyeberangi sempadan negara itu. Ekoran itu, bapa kanak-kanak terbabit ditahan untuk disoal siasat.

Dalam komen mereka, pembaca laman berita berkenaan meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu dan berkata, dia menjadi mangsa kecuaian ibu bapanya dan undang-undang yang yang tegas. - Agensi


sumber : mymetro

Kerat alat sulit teman lelaki

Posted: 03 Sep 2012 07:00 PM PDT


PERU: Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.
Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Mu�oz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.


Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.


Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.



Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.


Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. - Agensi

sumber : mymetro

Isteri dipukul tendang ‘anu’

Posted: 03 Sep 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan diri daripada dibelasah suami yang naik angin, seorang wanita nekad menendang kemaluan lelaki berkenaan selepas mereka bergaduh, di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 25 tahun terserempak suaminya makan bersama teman wanita menyebabkan dia pergi mendapatkan penjelasan daripada lelaki berkenaan. 
Bagaimanapun, suaminya naik angin lalu menyerangnya dengan mengheretnya di atas jalan sebelum menampar dan menendang perutnya beberapa kali menyebabkan mangsa cedera di muka, punggung dan tangan.

Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan makan di kawasan itu sebelum ternampak suaminya bersama wanita tidak dikenali.



Menurutnya, mangsa menuju ke meja berkenaan untuk menegur, namun terkejut apabila lelaki itu berpura-pura tidak mengenalinya menyebabkan mangsa marah.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian.


sumber : mymetro

Jurumekap pondan kena toreh terima 70 jahitan

Posted: 03 Sep 2012 06:30 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang jurumekap lelaki berperwatakan wanita ditoreh di celah kangkangnya hingga terpaksa menerima 70 jahitan dalam pergaduhan sesama pondan di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun diserang seorang pondan lain yang dikenali berusia 25 tahun dipercayai kerana cemburu dengan kejelitaan mangsa hingga nampak lebih muda.

Menurut sumber, suspek yang juga jurumekap dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa dikatakan merebut pelanggannya dalam bidang kecantikan hingga perniagaannya merosot.


"Ketika kejadian, mangsa menemui seorang rakannya dan mereka sedang rancak berbual berhampiran satu kedai makan apabila tiba-tiba dihampiri suspek terbabit.

"Suspek yang dalam keadaan marah menghamburkan perkataan kesat terhadap mangsa sebelum tiba-tiba mengeluarkan pisau dan cuba menikam mangsa," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian bergelut dengan suspek dan dalam pergelutan itu, bahagian paha mangsa ditoreh dengan pisau manakala tapak tangan kirinya turut cedera ketika cuba menangkis senjata tajam itu.



"Suspek dikatakan cuba mengambil pisau dari kedai makan berkenaan, namun mangsa dapat melepaskan diri dan beredar dari tempat kejadian," katanya. Akibat kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Way.

Difahamkan, suspek sudah ditahan polis dan akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.


sumber : mymetro

Ceroboh hotel untuk rogol

Posted: 03 Sep 2012 06:15 PM PDT


MELAKA: Seorang penjenayah remaja dibelasah selepas dipercayai cuba merogol dan melarikan beg tangan seorang jurujual di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, penjenayah berusia 15 tahun itu ditangkap orang ramai yang terdengar jeritan mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian sejurus kemudian. 
Menurut mangsa dikenali sebagai Wong, 38, dia yang baru pulang bersarapan di sebuah kedai berhampiran terkejut selepas mendapati penjenayah itu berada dalam bilik yang disewanya.

"Sebaik masuk ke dalam bilik, saya terus ditarik dan badan dihempas di atas katil hotel sebelum penjenayah itu dipercayai cuba merogol saya menyebabkan berlaku pergelutan.



"Dalam pergelutan itu, lelaki terbabit cuba membuka baju saya namun dapat dihalang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu ketika ditemui, di sini, semalam.


sumber : mymetro

Bilik kebal berlubang

Posted: 03 Sep 2012 06:00 PM PDT


SUNGAI SIPUT: Seorang pekerja kedai emas tergamam melihat dinding dan bilik kebal premis itu di Jalan Besar Sungai Siput, di sini, berlubang dipercayai ditebuk sekumpulan perompak awal pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian berkenaan dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah yang melakukan rompakan licik itu antara jam 12 tengah malam kelmarin hingga awal pagi semalam dan melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000.
Menurutnya, pekerja berkenaan hanya menyedari rompakan yang berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam ketika hendak memulakan perniagaan apabila mendapati dinding batu di sebelah kiri premis itu yang bersambung dengan sebuah lagi premis kosong dipecahkan perompak.

"Penjenayah dipercayai merancang rapi rompakan itu dan turut berupaya menebuk bahagian atas peti besi di premis berkenaan sebelum menyapu bersih semua barang kemas disimpan di dalamnya," katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes rompakan itu.


sumber : myMetro

Dalang dadah miliki hotel

Posted: 03 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hasil menjadi perancang utama sindiket penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah terdiri daripada wanita tempatan dan warga asing, seorang lelaki rakyat Nigeria dikesan mampu memiliki hotel sendiri di negara asalnya selain menginap di banglo dan menggunakan beberapa kereta mewah di Malaysia.
Lelaki berusia 31 tahun yang diburu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak lebih enam bulan lalu itu diberkas di Lukut, Negeri Sembilan, Sabtu lalu selepas polis mendapat maklumat hasil beberapa serbuan dan tangkapan dilakukan sejak 27 Ogos lalu membabitkan nilai rampasan dadah berjumlah RM7 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam beberapa serbuan dilakukan di ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan minggu lalu, seramai sembilan suspek ditahan termasuk ketua sindiket dadah antarabangsa terbabit.


"Jumlah tangkapan seramai sembilan suspek berusia 25 hingga 38 tahun termasuk ketua sindiket terbabit iaitu lima lelaki dan seorang wanita warga Nigeria, seorang lelaki warga Iran serta masing-masing seorang wanita warga Zambia dan seorang lagi wanita tempatan.

"Dadah dirampas pula sebanyak 32.4 kilogram syabu dan 16.9 kilogram heroin dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negara," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, ketua sindiket dadah itu diberkas bersama seorang wanita tempatan yang mendakwa isteri suspek dan polis menyita dua kenderaan BMW dan Toyota Camry, namun tiada rampasan dadah di banglo mewah didiami pasangan terbabit.



"Sindiket dadah antarabangsa itu sudah beroperasi lebih daripada enam bulan dengan melakukan kegiatan menyeludup dan menjadikan Malaysia sebagai transit terutama dadah jenis syabu sebelum diedar untuk pasaran tempatan dan beberapa negara lain di Eropah, Asia dan Amerika Selatan.

"Antara modus operandi sindiket didalangi warga Nigeria itu adalah menggunakan beg pakaian yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah sebelum diseludup masuk keldai dadah melalui lapangan terbang dan kami akan berhubung dengan Interpol untuk menyiasat rangkaian sindiket itu serta memburu ahlinya yang masih bebas" katanya.


Sementara itu, dalam kes berasingan kelmarin, Noor Rashid berkata, pihaknya menahan sepasang suami isteri dan anak perempuannya berusia 18 tahun serta warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan merampas syabu seberat 2.4 kilogram.

"Pada hari sama, kami menahan dua beradik perempuan berusia 54 dan 57 tahun dari Iran di KLIA selepas hasil pemeriksaan menemui 4.2 kilogram syabu dalam bagasi mereka.


"Ini menjadikan keseluruhan dadah dirampas sepanjang minggu lalu dianggarkan bernilai RM8.3 juta membabitkan 39 kilogram syabu dan 16.9 kilogram heroin," katanya.



sumber : mymetro

Hebat..suami ini sanggup gigit ibujari kaki isterinya selama 10 tahun setiap hari untuk sedarkannya dari koma

Posted: 03 Sep 2012 05:30 PM PDT


Jangan mengira Zhang Kui, lelaki asal dari Shenyang, China ini seorang yang brutal atau lagi ganas.Kerana kelakuan inilah yang membuat isterinya mula sedar dari koma.

Zhang mengigit ibujari kaki isterinya yang sudah dinikahinya selama 27 tahun kerana isterinya koma setelah kecelakaan semasa kerja yang membuat kepala Lv Fengshuang, isterinya terluka.

Zhang memang sudah melakukan banyak cara untuk membuat isterinya kembali sedar, dari memperdengarkan radio, bernyanyi dan juga bercakap dengan isterinya, bahkan juga menggeleteknya. Namun semua itu tak boleh membuat isterinya yang koma selama 10 tahun terbangun.

"Lalu aku teringat seseorang pernah mengatakan kalau kaki adalah rumah buat semua saraf. Aku tertanya-tanya jika aku boleh membangunkannya dengan mengigit kakinya," cerita Zhang kepada ananova.com.

Dan selama 10 tahun, secara teratur Zhang mengigit lembut ibujari dan kadang-kadang semua jari kaki isterinya itu., hingga si isteri tiba-tiba meramas pinggang Zhang.

"Aku terlonjak terkejut. itu seperti orang mati tiba-tiba menggenggam tanganmu," jelas Zhang.

Saat ini Lv Fengshuang boleh menggerakkan kedua lengannya dan tersenyum, meski belum boleh bicara.

sumber : foxnews.com

Aneh, Ada Anak Kucing Mirip Anjing

Posted: 03 Sep 2012 05:15 PM PDT

YANGSHAN – Seekor kucing di Yangshan, daerah Jiangsu, China Timur, seketika menjadi terkenal setelah dia melahirkan seekor anak anjing.

Pemilik kucing tersebut, Zhou Yun, mengatakan pada awal April kelmarin kucingnya tersebut melahirkan dua anak. Namun seekor anaknya mati.

Kemudian satu ekor anaknya lagi setelah Zhou perhatikan, menyerupai anak seekor anjing.

"Saya baru menyedari kalau anak kucing saya yang masih hidup ini memiliki wajah yang menyerupai anak anjing," ujar Zhou.

Seperti yang dikutip dari Orange, Jumaat (15/4/2011), Lai Xiaoyun, Ketua Klinik Haiwan Pemerintah, mendatangi rumah Zhou dan memeriksa anak kucing yang menyerupai anjing itu.

"Kucing dan anjing adalah dua spesies yang berbeza sehingga tidak mungkin untuk memiliki keturunan bersama," ujar Lai.

Sumber :http://www.okezone.com/

Tahukah gaun pengantin asalnya berwarna hitam

Posted: 03 Sep 2012 05:00 PM PDT

Ternyata gaun pengantin pada awalnya berwarna hitam... Sampai pada kematian Ratu Victoria pada tahun 1907, warna tradisional untuk gaun pengantin adalah hitam, bukan putih. Hanya orang terkaya sahaja yang mampu membeli gaun putih. dan untuk diambil gambar, para pengantin itu harus menjaga pose mereka sampai 1/2 minit. Inilah gambar gaun pengantin yang diambil pada awal hingga pertengahan tahun 1890-an.




Seni dari bekas telur

Posted: 03 Sep 2012 04:45 PM PDT









Penampilan Awek Promoter Tanpa Pakaian atau Bogel Ketika Promosi iPhone

Posted: 03 Sep 2012 04:30 PM PDT

Penjualan Sebuah produk tak lepas dari peranan-peranan wanita cantik atau SPG (Sales Promotion Girl), seperti yang dilakukan perusahaan Handphone atau iPhone yang mempunyai brandmerk JOY MOBILE CITY yang akan meramaikan suasana pameran.Style SPG lama biasa dah ketinggalan zaman, lalu bagaimana cara agar menarik peminat para pengunjung dengan penampilan spg-spg cantik..yang satu ini luar biasa SPG tanpa pakaian @ bogel hanya berbalut painting (body painting)..




sumber : dhaniels.com

Kerana menganggu ketenteraman patung bogel di sensorkan

Posted: 03 Sep 2012 04:15 PM PDT

Kerana menganggu ketenteraman patung yang ada
di akuarium ini disensorkan @ dipakaikan bra.Ini kerana ramai
pengunjung terutama lelaki yang hanya tertumpu
di patung itu sahaja...






Untuk majlis kahwin pun nak mencuri

Posted: 03 Sep 2012 04:00 PM PDT


CENTRE HALL - Seorang pasangan yang hendak melakukan pernikahan ditangkap polis kerana mencuri bahan makanan yang dijual di kedai untuk pernikahan. Bahan makanan itu akan dihidangkan dalam pesta pernikahannya.

Arthur Phillip dan Brittany M Lurch yang berasal dari Centre Hall, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) ditangkap setelah mereka memuat keranjang belanjaannya dengan bahan yang harganya mencapai USD1049 dan meninggalkan kedai tanpa membayarnya.

Aksi pencurian ini tertangkap lewat kamera . Terlihat kedua pasangan ini menaruh seluruh belanjaannya di keranjang dan masuk ke keretanya tanpa membayar.

Pasangan yang sudah menikah pada 18 Ogos lalu menyatakan, mereka akan menggunakan bahan p curian ini sebagai hidangan di resepsi pernikahannya yang akan dilaksanakan pada Minggu 28 Ogos Demkian seperti diberitakan News Core.

Pasangan ini juga didakwa atas tuduhan pencurian dan penerimaan barang curian. Polis setempat juga menemukan straw dengan sisa ganja di dalamnya ketika menggeledah kereta Phillip. Phillip pun didakwa atas kepemilikan ubat-ubatan terlarang.(rhs)

Teruk betul pakaian kakak ni

Posted: 03 Sep 2012 11:00 AM PDT






Lelaki ini rela merangkak sejauh 1km untuk minta maaf kepada isterinya

Posted: 03 Sep 2012 10:30 AM PDT


Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di China rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf.
Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas  jalan raya kota Putian, Provinsi Fujian. Dahinya terlihat merah kerana lumuran darah. Para pejalan kaki berhenti untuk melihat kejadian tersebut.
Seseorang cuba mendekat untuk menawarkan pertolongan, tapi lelaki itu menolak sambil mengucapkan "terima kasih." Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dirinya sengaja melakukan hal tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya.
Ia berniat merangkak seperti itu untuk mencapai Zhengrong Times Square yang berjarak sekitar 1000 meter dari awal lokasi ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, saksi mata melihat seorang wanita turun dari sepeda motor, memanggil taksi dan membawa sang lelaki pergi dari sana.-idBite.com

Mak Andam Guna Jin?

Posted: 03 Sep 2012 10:15 AM PDT



Baru terbaca satu jurnal di kosmo hari ini yang mendakwa  ada segelintir mak andam menggunakan jin.Kekhuatiran ini di nyatakan oleh seorang pengamal perubatan Islam Ahmad Dasuki yang berpengalaman lebih 20 tahun merawat pesakit yang terkena gangguan jin,santau dan saka.


Kerana ada di antara mak andam yang menggunakan susuk untuk mencantikkan wajah pengantin selain memelihara diri supaya kekal cantik dan terdapat pelbagai cara di gunakan untuk memasukkan susuk semasa proses mengandam,mandi bunga,,menyikat rambut dan sebagainya.Perkara ini tidak disedari oleh bakal pengantin yang menyebabkan mereka derita berpanjangan.


Menurutnya lagi dia pernah berhadapan dengan satu kes dimana seorang suami menceraikan isterinya yang baru sehari dinikahinya gara-gara rupa isterinya berubah menjadi hodoh.Wanita itu tidak menyedari yang mak andam memasuki susuk pada mukanya dan jin yang menjaga susuk itu enggan melepasinya serta menjadikan wajah wanita itu hodoh dan berbau busuk.


Ada juga susuk yaang digunakan maka andam sendiri untuk kelihatan cantik dan melariskan perniagaannya.Beliau juga menasihati agar tidak perlu menggunakan pelbagai perkara khurafat semata-mata untuk mencari keuntungan duniawi.Syaitan dan jin hanya mendorong manusia supaya syirik kepada Allah SWT semata-mata.-kosmo


p/s sebagai panduan dan renungan.....agar tidak terjebak dengan nafsu syaitan



Bungkusan makanan yang paling grand dari Jepun

Posted: 03 Sep 2012 10:00 AM PDT

image