Adsense

Jumaat, 23 Mac 2012

Sensasi

Sensasi


Logo Tersembunyi Di Sebalik Logo yang femes.

Posted: 23 Mar 2012 08:26 AM PDT

mesti ramai yang x perasan kan? Selama nie mmg slalu tgk dpan mata, tapi xpernah pun terperasan dengan maksud tersembunyi yang ada dekat logo nie.Apa pun..Enjoice

Lakukan F1 Pit Stop di PETRONAS , bergambar dan menangi hadiah menarik dari PETRONAS

Posted: 23 Mar 2012 05:17 AM PDT


Hai Semua,Sensasi ada berita yang menarik untuk korang yang dibawakan Khas oleh Petronas iaitu "Spot The Formula 1 Grid Ambassador"

Hanya dengan mengisi minyak di Stesen Petronas RM 30 dalam satu resit dan bergambar dengan Grid Ambassador ,anda bakal Memenangi:

-2x Premium Fanzone Passes to The Twin Tower @LIVE 2012 Concert on 24th March

- Cenderamata Ekslusif PETRONAS Motorsport

Cara untuk memenangi nya sangat lah mudah.. Jom tengok mereka yang bergambar dengan

Grid ambassador..









Di bawah adalah tarikh dan lokasi di mana Grid Ambassador akan berada

23 Mac.Jumaat, 10 pagi – 8 malam

KEDAH
KULIM SQUARE
BANDAR PUTERI JAYA
SUNGAI LOKAN
TAMAN RIA SG PETANI NEW
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID

24 dan 25 Mac ,Sabtu dan Ahad, 10 pagi – 8 malam

KUALA LUMPUR
BANDAR MANJALARA
LOT 279 HULU KLANG
SPRINT HIGHWAY
TTDI
JALAN GENTING KLANG
LOT 59, JALAN AMPANG

Untuk tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini uolls boleh usha at this link:

>PETRONAS 1<
>PETRONAS 2<

Selamat Bergambar :)

OHBULAN!

OHBULAN!


Usul Ketiga Seniman Ialah Mohon Mahu Artis Jadi Anggota Rela

Posted: 23 Mar 2012 09:29 PM PDT

Sedikit salah faham lagi disini, apa yang kita semua tahu sebelum ini ialah usul ketiga yang masih belum dihantar pada kerajaan adalah usul berhubung memohon pelepasan untuk artis meletak stiker hitam di cermin (tinted) tanpa perlu pengesahan mana-mana pihak.

Apa yang OHBULAN! ketahui dari sesi sidang akhbar semalam, sebenarnya usul ketiga itu bukanlah mengenai permohonan untuk cermin 'tinted'. Tetapi usul ketiga persatuan Seniman ialah usul agar artis menjadi anggota rela.

Usul ketiga ini meminta agar kerajaan mengiktiraf persatuan Seniman dan jika ada apa-apa aktiviti, mereka boleh mendapatkan peruntukan dengan medium yang lebih mudah.

"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu. Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah." – dipetik dari mStar Online.

Apa yang pelik disini, bagaimana media boleh tersalah tulis mengenai usul yang dihantar mengenai PPRT dan juga isu cermin 'tinted' sebelum ini? Adakah Zed Zaidi sendiri memang tersalah cakap ketika ditemubual? Itu OHBULAN! sendiri tak dapat pastikan.

Jadi, untuk pengetahuan anda semua, usul ketiga persatuan Seniman ialah memohon agar artis dibawah seniman menjadi anggota rela dan bukannya permohonan untuk cermin 'tinted' kereta artis.

Kredit gambar : mStar Online

Zed Zaidi Mengaku Tersilap Cakap, Bukan PPRT Tapi PRIMA

Posted: 23 Mar 2012 09:12 PM PDT

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, ramai orang tidak bersetuju dengan permintaan usul persatuan Seniman kepada kerajaan berhubung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Namun itu semua kembali jelas apabila semalam, satu sidang akhabar diadakan di Saloma Bistro berhubung isu yang sedang bermain di media sekarang.

Zed Zaidi ketika ditemui berkata, dia meminta maaf kerana tersilap cakap pada wartawan apabila ditanya apakah usul pertama yang dihantar pada kerajaan.

"Saya memang hantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA), tapi saya minta maaf jika saya tersilap cakap ketika ditanya wartawan. Masa itu saya betul-betul sibuk dan mungkin tidak menyedari apa yang saya cakap," jelas Zed Zaidi memulakan perbualan.

Dia turut mengatakan bahawa jika ada ramai yang mempertikaikan usul ini, dia ada buktinya iaitu sebuah usul yang lengkap beserta nama artis yang berada di bawah persatuan Seniman.

Jadi, untuk pembetulan, sebenarnya persatuan Seniman telah menghantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) kepada kerajaan untuk golongan artis dan bukannya Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) seperti yang kecoh di media sekarang.

Kredit gambar : mStar Online

Zon Artis

Zon Artis


Siapakah Komposer Yang ‘Tambah Cawangan’ Secara Senyap & Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama Ini?

Posted: 23 Mar 2012 02:26 AM PDT

KOMPOSER KAHWIN DUA SECARA SENYAP Ini dikatakan kisah benar yang diemelkan kepada kami. Tapi kami terpaksa mengedit sedikit dan merahsiakan nama yang dinyatakan. Maklumlah, kami orang susah, kena saman kang tak mampu pulak nak bayar. Huhu.. Tanpa membuang masa, mari ikuti cerita yang disampaikan kepada kami ini (agak panjang jugalah untuk dibaca);-

DEDAHKANLAH KERJA JAHAT KOMPOSER INI.

Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selebriti.

Rakan wanita saya "X" telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal sekitar tahun 2004. Komposer tersebut memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat X seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. X sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan si komposer tidak lena tidur tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun.

X terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan si komposer manis berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari, si komposer akhirnya bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan syarat si komposer mesti mendapat persetujuan isteri tuanya.

Atas nasihat dan muslihat kawan-kawannya, si komposer memberikan persetujuan dan pada 23 September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan. Menurut maklumat, si komposer telah menggunakan sindiket memalsukan persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah memberikan persetujuan).

Kesiannya keluarga X sekadar dapat menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran. Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana si komposer kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya si komposer tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri tuanya.

Yang sebenarnya si komposer mahu menghalalkan hubungannya dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan si komposer dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja si komposer ada peluang lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk si komposer melepaskan nafsunya. Tengah-tengah malam tak kira 1 atau 2 pagi si komposer akan mencari X bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya.

Semua kawan-kawan tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu si komposer. Budak kampong apa yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang setia menunggu-nunggu si komposer bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X dikampung gelisah memikirkan nasib X.

Si komposer tidak pernah bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan untuk "cover line". Licik betul si komposer.

Ringkas cerita satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk si komposer dan menjejakinya. X dimaki hamun depan si komposer di studio beliau. Kasihan X gadis kampung yang tak tahu apa-apa.

Si komposer berjanji dengan isteri tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai.

Sejak dari itu kekerapan si komposer bertemu X semakin kurang. Hidup X terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis kenduri keluarga dan Hari Raya, si komposer tidak pernah turun ke kampong X. Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong, si komposer sedikit pun tidak ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS.

Pada awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari si komposer kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. Si komposer pula sudah pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik dan digilai ramai.

Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan si komposer. Si komposer tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu.

Hanya selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan si komposer, akhirnya X sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai. Apabila melihat X serius, si komposer bimbang dan memberikan persetujuan dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, si komposer menceraikan X dengan alasan rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi.

Sudahlah hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh si komposer. Segala belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu ditanggung X sendiri dan si komposer tidak memberikan sesen pun gantirugi apabila menjatuhkan talak.

Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai si komposer yang kelihatan baik dan ceria itu.
Saya mahu cerita ini sampai kepengetahuan umum supaya si komposer bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku walaupun X kini telah pun berkahwin tidak mahu sedikit pun perkara ini keluar kepengetahuan umum kerana menghormati si komposer.

Sebagai seorang wanita saya kagum dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang seperti si komposer ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang si komposer akan malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis yang tidak berdosa.

Zon Artis: Siapakah si komposer itu? Jeng3.. Biar kami sahaja yang tahu. Kepada para wanita yang membaca kisah yang disampaikan ini, kami harap anda ambil iktibar daripadanya.

Related Posts with Thumbnails

Berita Ringkas Dunia Hiburan (Edisi 1)

Posted: 23 Mar 2012 01:37 AM PDT

Ya, tajuk sedikit pelik! Untuk makluman, Berita Ringkas Dunia Hiburan adalah slot baru dari kami untuk sajian anda dimana dalam slot ini, kami akan menyajikan berita hiburan ringkas yang kami perolehi dan ambil dari pelbagai sumber untuk rujukan anda.

Setakat ini, kami belum pasti bagaimana slot Berita Ringkas Dunia Hiburan ini akan berjalan. Sama ada ianya akan dibuat setiap hari ataupun mengikut kelapangan masa kami. Tapi rasanya itu tidak penting, yang penting slot ini untuk kaki gosip macam anda!

Berikut antara Berita Ringkas Dunia Hiburan untuk edisi 1 ini:

BEYONCEKehamilan Beyonce (yang telah melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter, pada 7 Januari lalu) dipertikai apabila dia muncul pada sebuah majlis amal dengan tubuh badan yang langsing dan mengenakan gaun pendek busana jenama Victoria Beckham pada Selasa lalu. – Huffpost Celebrity

Punca sebenar kematian diva terkenal, Whitney Houston telah diketahui apabila ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl). – TMZ

Yuna mengakui terluka apabila dituduh menjadi penyebab penyingkiran Qi Razali daripada program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) terbitan TV3. Yuna berkata, dakwaan dia mencampuri urusan tugas Qi adalah tidak benar sama sekali kerana pengunduran kekasihnya itu adalah atas kehendak sendiri. – mStar Online

Ahmad Idham menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah. Tambahnya, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang. – mStar Online

Psstt: Ganas siot anak ikan jerung ni

Related Posts with Thumbnails

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video &amp; Teater


Masalah Kesan Kuning Pada Baju Kini Selesai

Posted: 22 Mar 2012 02:46 AM PDT

Kerjaya sebagai penulis blog sepenuh masa sangat sibuk. Setiap hari pasti jadual Budiey penuh dengan undangan ke majlis dan event. Kadang-kadang letih juga. Yelah, masa mana nak update blog, kan? Rasa macam takde masa.

Sebagai blogger dunia hiburan, Budiey tak lepas dari kritikan daripada selebriti dan artis tentang penampilan. Kawan-kawan terdekat pun ramai yang komplen dengan gaya penampilan Budiey. Mereka adalah cermin diri kita, jadi tak salah untuk mengambil kritikan membina dari mereka yang terdekat. Yang mengutuk lebih-lebih atau yang suka beri kritikan yang tak membina tu, kita biarkan je ketepi. Pekakkan telinga, betul tak?

Begitulah juga dengan penjagaan diri, memang sangat penting kerana Budiey selalu di kelilingi oleh selebriti dan rakan-rakan di majlis. Bila kita jaga penampilan dan nampak ohsem, pasti kita akan rasa yakin dan ohsem jugak, tak gitu?

Minyak wangi dan deodorant tak boleh tinggal, memang kena pakai untuk membuatkan orang terdekat dengan kita rasa selesa apabila berada bersebelahan dengan kita.

aaron aziz

Baru-baru ini, semasa road tour Anugerah Bintang Popular – Berita Harian ke Kuching Sarawak, Budiey telah bertemu dengan pelakon baru yang kebetulannya pulang bercuti di Kuching. Nama pelakon lelaki yang Budiey maksudkan ialah Fir Affandi.

Sempatlah Budiey ambil gambar Fir Affandi. Semasa tengah sibuk ambil gambar Fir, dia ada ternampak kesan kuning pada bahagian ketiak baju yang Budiey pakai tu. Walaupun baju Budiey pakai tu taklah putih mana tapi kesan kuning tu ketara. Apa lagi, memang malu ya amat sangat la kat Fir. Kalau nak tahu, bukan Fir saje yang perasan tentang ada kesan kuning tu, ada beberapa orang lagi selebriti yang tegur Budiey pasal tu. Memang memalukan ya amat!

Pakailah baju mahal atau yang berjenama sekalipun, tapi kalau ada kesan kekuningan kat ketiak tu, memang sesiapa pun akan rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sangat memalukan, terutama jika kita memakai baju warna putih, memang sangat jelas nampak jika kita berpeluh.

Selain pakai baju warna putih, memang baju warna hitam pun tak terkecuali, warna kuning itu masih kelihatan juga. Sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang tidak elok untuk penampilan. Kalau boleh, kita mahu sentiasa nampak bersih dan kemas. Tak gitu?

Nak tahu apa sebabnya ada kesan kuning pada bahagian ketiak? Mengikut pengalaman Budiey, kesan warna kuning itu adalah akibat memilih deodarant yang salah.

Ianya hasil dari tindak balas campuran bahan kimia yang terkandung dalam deodorant, peluh pada badan dan juga bahan fabrik pakaian kita.

Ini juga disedari oleh isteri Budiey. Setiap kali pulang dari majlis atau event hiburan, Budiey pasti akan ditegur oleh isteri dan Budiey bingung nak atasi masalah ini.

Masalah utama bila nak basuh baju ni, memang kesannya masih kelihatan. Memang ia satu kesan yang sangat degil untuk ditanggalkan. Basuhlah berkali-kali pun, memang susah jugak. Ini memang menjadi satu masalah besar pulak bagi kami suami isteri.

Isteri Budiey pun sangat bingung dan rupanya dia ada satu idea untuk mengatasi masalah ini.

Satu hari, isteri Budiey telah membelikan deodorant terbaru iaitu NIVEA For Men Invisible For Black & White Deodorant.

Nivea

Budiey pun cuba pakai dan tidak lagi menggunakan deodorant yang biasa Budiey pakai sebab deodorant tulah yang memberikan kesan kuning pada baju.

Selepas 5 hari menggunakan NIVEA Black & White Deodorant, Budiey dapat kesan yang sangat positif.

Kini, kesan kuning yang ada pada baju di bahagian ketiak itu sudah hilang dan tidak nampak walau sedikit kesan pun. Segalanya ditanggung beres setelah Budiey menggunakan NIVEA Black & White ini.

Samada anda nak percaya cakap Budiey, atau mahu terus ke kedai berhampiran anda dan mencuba menggunakannya, terserah pada anda.

Budiey happy sangat dan mahu berkongsi cerita ini kepada semua pembaca. Jika korang ada masalah yang sama, apa kata korang bertukar kepada NIVEA Black & White Deodorant.

Cubalah sekarang, kalau tak cuba korang tak tahu kesannya.

Mahu lebih mendalami apa yang Budiey rasakan? Jom tonton sikit movie pendek yang Budiey rakamkan ini. Anda pasti dapat merasakan apa yang Budiey rasai selepas memakai deodorant ini.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trivia: Handbag Pelakon Wanita Mana Ni?
  • Gambar Baju Ayu OIAM di Anugerah Bintang Popular
  • Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Gambit Saifullah & Lisa Surihani Menang Best Dress ABP 2009
  • Gossip: Ketiak Pelakon Berbau Semerbak
  • Gambar Mizz Nina di Shout! Awards 2010
  • Pure Salt Dead Sea Selesaikan Masalah Kesihatan Anda
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Sekitar Malam Prebiu Media Filem JIDIN SENGAL

    Posted: 21 Mar 2012 05:12 PM PDT

    TAYANGAN FILEM JIDIN SENGAL BERMULA HARI INI

    Akhirnya, setelah lama menunggu, filem JIDIN SENGAL lakonan lucu lagi menggeletek jiwa dari Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak serta rakan-rakannya akan berada di pawagam pada hari ini.

    Jika anda, pembaca yang suka menonton filem santai yang tak perlu untuk berfikir banyak perkara, silalah ke panggung untuk menonton filem arahan pertama dari Esmi Zahara Yusof. Budiey sebenarnya, dah lama mengenali Esmi ni, sejak beliau bekerja sebagai PR di Pesona Pictures lagi. Dulu pernah minta tajaan goodie bag untuk menganjurkan Movie Day Out Filem Waris Jari Hantu, kalau tak silap 4 tahun lalu la. Jika anda masih ingat lagi la kan.

    Kalau nak tahu, Esmi Zahara ni adalah anak saudara kepada pengarah tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Patutlah wajah diorang lebih kurang sama kan?

    Selain dari mat sengal dua orang tu, filem Jidin Sengal ni sekali lagi memepertaruhkan watak Azrul Zaidi dan Zac Diamond (X-Factor) bergabung kembali bersama dengan beberapa orang pelakon tambahan yang lain.

    VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA FILEM JIDIN SENGAL

    Menurut Esmi Zahaara, Filem Jidin Sengal mengisahkan tentang kehidupan realiti pelakon-pelakon ekstra. Ia berdasarkan pengalaman beliau sendiri kerana Esmi banyak berkawan dengan pelakon tambahan. Filem ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak kerana ia dilakarkan dengan mesej yang lebih santai secara umum. Esmi juga berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

    Jidin Sengal

    "Idea nak buat filem ini dah lama sejak lima tahun lalu, namun waktu itu saya belum ada peluang lagi. Bila penerbit, Ernie Chen menawarkan saya, saya ambil masa tiga minggu untuk berfikir memandangkan ini merupakan filem pertama arahan saya. Masa saya buat keputusan, saya jumpa Shuhaimi dan dia bagi sokongan suruh saya lakukan perkara ini."

    Bagi Budiey, filem ini lebih kelakar dan lebih menghiburkan jika nak dibandingkan dengan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Corak persembahan dan jalan cerita bukan saja menghiburkan, malah sarat dengan mesej positif juga.

    Selain daripada Along, Angah, Azrul dan Zach, filem ini turut menampilkan Faezah Elai, Jue Aziz dan penampilan khas oleh Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi. Filem kedua terbitan syarikat produksi outLOUD Studios ini bakal menemui penonton pada 22 Mac 2012.

    Majlis Prebiu Media filem JIDIN SENGAL telah pun berlangsung pada 13 Mac yang lalu dan dihadiri oleh semua pelakon utama. Budiey juga dapat saksikan pelakon Faezah Ilai juga terpalit dengan watak yang dibawanya yang menggambarkan beliau merampas kekasih orang, sedangkan filem ini dibuat sebelum 'perkara itu'berlaku dan segalanya dibuat tanpa dirancangkan. Secara kebetulan. Faezah Ilai turut dilontarkan dengan pertanyaan tentang wataknya itu seperti menggambarkan sikapnya di luar filem.

    Apa sahaja kontroversi di sebalik filem JIDIN SENGAL ini, pastikan anda menjadi penonton pertamanya di pawagam hari ini ya! Terus jejak kaki anda di pawagam kerana Jidin Sengal pasti buat anda ketawa.

    Budiey juga akan mengadakan Movie Day Out Bersama Pembaca Budiey.com tak lama lagi, namun, untuk korang, jangan tunggu MDO ini sebab tiket percuma dan goodie bag hanya terhad kepada 12 orang sahaja. Kepada yang hadir, Budiey akan kasi hadiah berupa baju T eksklusif Jidin Sengal dan barangan merchandise dari budiey.com.

    Layari laman sesawang rasmi filem JIDIN SENGAL:
    www.jidinsengal.com

    Prebiu Jidin Sengal

    Jidin Sengal

    Angah Raja Lawak

    Jidin Sengal

    Faezah Ilai

    Jidin Sengal

    Jue Aziz

    Jidin Sengal

    Zack

    Jidin Sengal

    Along Charm

    Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Prebiu Jidin Sengal

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral
  • Along, Angah, Azrul & Zac Gamatkan JIDIN SENGAL
  • Sinopsis Filem JIDIN SENGAL
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Apa Tengok Tengok
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • borak kosong

    borak kosong


    JEANS INI DAPAT MENGELUARKAN AROMA

    Posted: 23 Mar 2012 09:30 PM PDT

    Mungkin Anda sedikit tidak percaya dengan fakta berikut. Tapi faktanya jeans tersebut mengklaim aromanya boleh bertahan lama. Bahkan meski sudah lima kali dicuci, jeans tersebut boleh tetap mengeluarkan aroma buah yang sempurna. 


    "Efek wewangian ini diciptakan setelah bahan denim diberi lapisan khusus yang mengandung kapsul kecil. Lapisan khusus itu dan bahan denim tersebut kemudian dipanaskan," jelas Svarc.

    Ditambahkannya, kapsul kecil yang ditaruh di denim tersebut mengandung parfume. Jika diusap atau digosokkan, aroma dari parfume tersebut akan keluar. "Kami suka membuat produk spesial dan menyenangkan yang boleh membuat pembeli tersenyum.

    Kami adalah orang Kanada yang gila denim dan suka mengeluarkan bahan denim inovatif dan aneh," tutur Svarc lagi pada situs Today. Jeans beraroma buah itu menggunakan denim dari Jepun.

    Jeans tersebut berwarna dark indigo dengan patch berwarna merah yang terbuat dari kulit. Svarc membuat jeans beraroma buah kerana dia sangat sadar pemakai jeans jarang mencuci seluarnya.

    "Banyak sekali kpelanggan lelaki kami tidak terlalu sering mencuci jeans mereka. Bahkan beberapa sama sekali tidak pernah mencuci jeans-nya," ucapnya. 

    Ini Dia Penyebab Foto Bogel Jenny Cortez Beredar Luas

    Posted: 23 Mar 2012 09:15 PM PDT


    infospesial.net -  Setelah sempat mengaku terkejut dan down akibat beredar foto bogelnya di internet, kini Jenny Cortez akhirnya angkat bicara mengenai foto-foto peribadinya tersebut. Jenny mengaku jika gambar tersebut beredar setelah HP nya hilang.



    "Itu foto diambil satu bulan yang lalu, itu dari ponselku yang hilang pas jalan-jalan ke Kelapa Gading. Sekitar dua minggu yang lalu ponselku hilang terus muncullah kes ini," ungkapnya saat berjumpa wartawan di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, Khamis (22/3/2012), seperti dilansir dari Detikhot.


    Memang foto seksi Jenny beredar di dunia maya bukanlah yang pertama kalinya, namun berbeza dengan pengakuan sebelumnya yang mengaku jika fotonya tersebut adalah adegan untuk film terbarunya. Kali ini ia mengaku jika fotonya tersebut sengaja diambil saat ia berlibur di Bali dengan dua teman laki-lakinya.

    "Ini memang kecerobohan saya. Kejadian foto naked itu di Bali," akunya. 

    Meski foto peribadinya telah disebar oleh penemu ponsel, Jenny mengaku berharap jika foto-foto peribadinya tak akan seluruhnya disebar kerana ia mengaku jika HP nya di beri kode pengaman.

    "Aku pikirnya positif saja, erana ponselku waktu itu pakai password," harapnya. 

    Payudara Ukuran Super, Stephanie Disangka Bintang Filem Porno

    Posted: 23 Mar 2012 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan bernama Stephanie Fox mengaku memiliki payudara ukuran besar bukan berkah melainkan kesengsaraan. Payudara ukuran 32 K membuat kehidupannya menderita. Demikian diberitakan The Sun, Jumaat (23/3/2012).
    Perempuan asal Glasgow, Scotland ini tak boleh punya kekasih serta susah menemukan pakaian yang tepat. Lebih parah lagi, setiap keluar dari rumah, para lelaki tak melihat matanya dan langsung ke dadanya. Sementara, gadis-gadis mengira ia adalah bintang filem porno.
    Yang lebih parah, akibat payudaranya yang besar, perempuan berusia 21 tahun ini mengalami sakit punggung yang kronik. "Banyak perempuan yang ingin payudara besar namun sebenarnya itu adalah mimpi buruk," katanya.
    "Lelaki yang tertarik sama saya adalah tipe dangkal. Sangat sulit menemukan lelaki melihat ke wajah saya ketika berbicara," ujarnya. Yang paling menjengkelkan bagi Stephanie, semua perempuan mengira payudaranya palsu.
    "Para perempuan berbisik dan mereka menggelengkan kepala ketika saya melintas di depan mereka. Katanya payudara saya palsu," jelas Stephanie lagi.

    Anak Kecil Mirip Bart Simpson

    Posted: 23 Mar 2012 08:45 PM PDT

    Bristol -- Schaeffer McLean, anak yang berusia lapan tahun asal Bristol Inggris, benar-benar menjiwai kebiasaan tokoh bartun Bart Simpson. Ke mana pun ia pergi, papan luncur pemberian sang ayah selalu setia menghantarkannya. Baik di dalam mahupun di luar rumah. "Dia akan meluncur walaupun itu hanya ke ruang tamu," kata Eve, ibunya.

    Mclean sangat mahir memainkan  papan luncur di usia yang masih sangat kecil. Beberapa trik sulit dengan mudah dilakukannya dalam sekali gerakan. Suatu hari, saat Mc Lean berusia empat tahun, ibunya membawa anak yang aktif itu ke sebuah taman permainan papan luncur.

    "Tanpa canggung ia langsung meluncur dan membuat beberapa trik yang mustahil buat anak yang seumurnya," ujar Eve memuji anaknya.

    Diam-diam Eve rajin mengabadikan kemahiran anaknya bermain papan luncur dan menguploadnya ke situs YouTube. Hasilnya cukup mengejutkan, anak yang sudah mulai mengenal papan luncur sejak dua tahun itu boleh mengumpulkan 13 juta penonton. Kini ia punya saluran YouTube sendiri. Pelanggan setianya tak kurang dari enam ribu penonton.

    "Belakangan saya mulai membuat video yang diiringi musik, hasilnya 40 ribu penonton dalam satu hari," katanya. McLean gembira dengan sambutan penggemarnya di dunia maya. "Lucu banyak orang yang tiba-tiba ingin kenal dengan saya," ujarnya. "Dengan papan luncur, saya ingin meraih cita-cita sebagai pemain profesional."

    Sumber : http://www.tempo.co 

    Chandro Tomar, Penembak Tepat Tertua di Dunia

    Posted: 23 Mar 2012 08:30 PM PDT

    UTTAR PRADESH - Chandro Tomar, perempuan berusia 78 tahun tampil sebagai seorang nenek yang berbeza dari nenek lainnya. Tomar diyakini menjadi penembak jitu perempuan tertua di dunia.

    Tomar sudah memenangkan 25 kejuaraan menembak skala nasional di India, meski dirinya adalah seorang ibu dari enam anak dan nenek dari 15 cucu. Keunggulan Tomar dalam menembak juga membuatnya berhasil mengalahkan seorang pegawai polis di India. 

    "Saya ingin melakukan suatu hal yang berguna dalam hidup saya, dan menunjukkan kemampuan saya di depan banyak orang. Saat saya menembakkan pistol pertama saya, saya terkekut dan saat ini, saya sudah menunjukkan banyak orang bahawa usia tidak menjadi halangan bagi setiap orang untuk melakukan hal apapun," ujar Tomar, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (23/3/2012).

    Hampir 10 tahun yang lalu, Tomar mengajak cucunya ke lapangan tembak yang terletak di Desa Johri, Uttar Pradesh. Tomar ingin mempelajari teknik menembak yang baru namun Tomar malu untuk pergi seorang diri ke lapangan tembak. 

    Perempuan berusia 78 itu langsung disambut oleh sekelompok penembak yang ada di lapangan tembak itu.

    "Seorang pelatih melihat saya dan kagum atas kemampuan saya dalam hal membidik. Dia pun mengajak saya untuk kembali berlatih di lapangan tembak itu dan saya pun tertarik," imbuhnya.

    Pelatih dari regu tembak tersebut, Farooq Pathan, mengatakan, dirinya cukup terkejut ketika melihat Tomar. Pathan menyebut Tomar sebagai seorang penembak dengan kemampuan yang tinggi, tangan yang sigap, dan memiliki penglihatan yang tajam.

    Putri Tomar, Seema, juga merupakan seorang perempuan yang sempat mendapatkan medali Juara Dunia Menembak. Seema sanggup menembak dengan senapang serbu dan juga pistol.(AUL)

    Pelajar di Sekolah Ini Dilarang Berpelukan

    Posted: 23 Mar 2012 08:15 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Lebih dari 900 pelajar di sebuah sekolah menengah pertama di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dilarang berpelukan. Demikian dilansir Fox News, Jumaat (23/3/2012).
    Ketua Sekolah Matawan-Aberdeen Middle School, Tyler Blackmore, membuat pengumuman bahawa para pelajar dilarang berpelukan di sekolah setelah sejumlah insiden terjadi yang mengarah ke tindakan tak pantas dan adanya interaksi fisik.
    Sementara, Pengawas Sekolah Aberdeen David Healy mengatakan sekolah di distrik itu bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah jika ada siswa yang berpelukan di sana.
    Pengawas sekolah menambahkan, meski ada peraturan itu, pelajar yang berpelukan tak akan dikeluarkan dari sekolah. Usia pelajar yang bersekolah di Matawan-Aberdeen Middle School berkisar antara 11-14 tahun.

    Foto gengster China beredar, diklik 4,5 juta kali dalam dua hari

    Posted: 23 Mar 2012 08:00 PM PDT

    berita-beritadotcomFoto gengster China yang tercecer melalui sebuah handphone yang hilang, dan diupload di internet menjadi gambar yang paling populer saat ini. Dalam tempo dua hari telah diklik 4,5 juta kali.  Foto-foto itu memperlihatkan gaya hidup gengster China yang dikelilingi tumpukan wang dan kereta mewah. 


    Sebuah foto memperlihatkan seorang gengster mengemudi kereta spot mewah Porsche  sambil mengenakan seluar pendek dan tanpa baju.  Serangkaian foto foto lainnya memperlihatkan aksi kekerasan terhadap anggota gengster lainnya, diduga kerana persaingan antara geng.  


    Foto-foto itu muncul di sebuah situs dengan judul 'Pics dari telepon gangster China'. Dalam album ini, seorang lelaki muda China tapi berbadan gemuk . Dalam salah satu gambar, dia terlihat tenang berpose di ruang tamu dan di sekitarnya terlihat tumpukan wang tunai.  


    Foto-foto itutelah dilihat lebih dari 4.5 juta kali dalam waktu kurang dari dua hari. Membutikan bahawa orang di seluruh dunia tertarik melihat foto-foto tersebut. 


    Seorang blogger mengatakan, "Reddit menemukan sebuah album foto dari ponsel yang hilang, biasanya tidak istimewa, Anda hanya berharap untuk menemukan beberapa foto seks porno amatur.  Tapi kali ini berbeza." 






    Lelaki dipenjara 30 tahun kerana simbah asid

    Posted: 23 Mar 2012 07:45 PM PDT


    BRUSSELS – Seorang lelaki Belgium yang menyerang bekas kekasihnya dengan asid sulfurik dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan percubaan membunuh.
    Juri sebuah mahkamah di sini mendapati lelaki tersebut, Richard Remes, 57, bersalah kelmarin dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2009.
    Remes menyimbah muka dan badan bekas kekasihnya, Patricia Lefranc dengan asid sehingga mangsa terpaksa menjalani 86 pembedahan.
    Lefranc berada dalam koma selama tiga bulan ekoran kejadian tersebut.
    Serangan asid itu berlaku setelah dia menamatkan hubungan dengan Remes.
    Semasa perbicaraan, pihak juri melihat gambar bogel Lefranc yang mempunyai kesan akibat disimbah asid.
    Ketika kejadian, beberapa jirannya membantu menghantar dia ke hospital selepas mendengar jeritannya setelah disimbah dengan asid. – Agensi
    sumber : myMetro

    Lelaki takut diperkosa wanita

    Posted: 23 Mar 2012 07:30 PM PDT


    MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.
    Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.
    Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
    "Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.
    Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
    Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
    Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
    Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
    Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
    "Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
    "Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."
    Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
    "Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
    "Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.
    Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.
    Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.
    Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.
    Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
    "Perkara ini telah lama berlaku," katanya.
    Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
    "Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.
    Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP
    sumber : kosmo online

    Lelaki bunuh kekasih kerana mengandung kali kesepuluh

    Posted: 23 Mar 2012 07:15 PM PDT


    BIRMINGHAM: Seorang lelaki didapati bersalah menetak hingga mati seorang wanita sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah.
    Shuana Lee 36, yang hamil bayi kembar dibunuh oleh Karl Burman. Mangsa mempunyai sembilan orang anak. 
    Mayatnya tidak dijumpai dan dipercayai telah dibakar.

    Burman, 24, dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh.



    Ketika perbicaraan dijalankan, pendakwa raya Mark Wall, memberitahu Mahkamah di Birmingham, defendan yang berang kerana wanita itu hamil lagi, memotong badan mangsa lalu memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan membuangnya.


    Polis menyiasat kehilangan Shuana tetapi tidak berjaya sehinggalah Burman mendail 999 enam bulan selepas Shuana hilang pada November 2010 dan mengaku membunuh teman wanitanya.

    Wall berkata, "Dia mengaku membunuhnya dengan menggunakan penukul dan memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting pokok.

    Burman berkata dia mengambil masa dua hari untuk mengerat mayat Shauna. Dia kemudian memasukkan mayat Shauna ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya. - DM



    sumber : myMetro

    Samseng makan mayat pengkhianat

    Posted: 23 Mar 2012 07:00 PM PDT


    MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.
    Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.

    Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.


    Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

    Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai 'The Butcher' mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.


    Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.



    Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

    Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.


    Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.

    Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.


    Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.


    Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. - DM



    sumber : myMetro

    Ugut bogel kebas RM200

    Posted: 23 Mar 2012 06:45 PM PDT


    GOMBAK: Seorang wanita menempuh detik cemas beberapa jam selepas dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan matanya ditutup, dipukul dan diugut akan dibogelkan di hadapan orang ramai sebelum mereka melarikan wang tunai miliknya sebanyak RM200, kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 29 tahun yang berjalan sendirian menuju ke sebuah kedai di Taman Sri Gombak terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki bertopeng keluar dan mengacukan pisau.

    Menurut sumber, lelaki itu kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta jika tidak mahu dicederakan. Bimbang dengan keselamatannya, mangsa akur dan di dalam kereta matanya ditutup dengan kain.


    "Mangsa merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan sebaliknya mereka meminta dia menjelaskan hutang yang dibuat adiknya kerana sehingga kini masih belum dibayar.

    "Mangsa yang tidak tahu menahu mengenai perkara itu sekali lagi meminta mereka melepaskannya dan berjanji akan memberitahu adiknya supaya menjelaskan hutang berkenaan," katanya.


    Bagaimanapun, lelaki itu enggan mempercayainya dan meminta mangsa membayarkan hutang terbabit malah mereka mengugut akan mengoyak pakaian dan mangsa akan dibogelkan sebelum ditinggalkan di tempat tumpuan orang awam.



    "Mangsa yang menggigil ketakutan hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak diapa-apakan dan berjanji akan menyelesaikan hutang itu.

    "Namun lelaki terbabit masih enggan melepaskannya sebaliknya mangsa turut dipukul di kepala beberapa kali sebelum mereka merampas beg duit dan mengambil wang tunai sebanyak RM200," katanya.


    Menurut sumber, selepas itu mangsa ditinggalkan di kawasan Brickfields dan memberitahu akan mencarinya lagi jika adiknya masih berdegil dan tidak mahu membayar hutang sebelum mereka terus melarikan diri.

    "Mangsa yang dalam keadaan kebingungan dan trauma dengan kejadian itu kemudian diselamatkan orang awam," katanya.


    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.



    sumber : myMetro

    Anggota polis wanita ditahan

    Posted: 23 Mar 2012 06:30 PM PDT


    KOTA BHARU: Seorang anggota polis wanita yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan beberapa jam selepas kejadian tembak ala gengster di lampu isyarat di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini semalam.
    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat, di sini, selepas menerima maklumat berkaitan sebuah kereta jenis Satria Neo digunakan suspek yang melepaskan tembakan. Katanya, suspek wanita itu dibawa ke Balai Polis Binjai, di sini, untuk disoal siasat.

    "Sejurus menerima maklumat kejadian itu (kejadian tembak), kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat. Seorang wanita yang juga anggota polis yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan ketika berada di hadapan rumah itu.


    "Polis menemui satu motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. Dua suspek lelaki melarikan diri dengan Perodua Kenari milik wanita itu ke Gunung Bachok," katanya.


    sumber : myMetro

    Teksi jahanam

    Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.
    Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

    Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.


    Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

    "Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.


    "Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya," katanya.



    Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

    "Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu," katanya.


    Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

    "Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.


    "Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," katanya.


    Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


    Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.



    sumber : myMetro

    Anak rentung selepas kejutkan ayah

    Posted: 23 Mar 2012 06:00 PM PDT


    PONTIAN: "Dia yang kejutkan saya dan beritahu rumah kami terbakar, tapi entah macam mana dia yang gagal selamatkan diri," kata Selamat Kosnan, 51, ayah kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Pekan Ayer Baloi, di sini, awal pagi semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu yang keseluruhannya memusnahkan sembilan rumah kedai dua tingkat separuh papan, dua beradik terbabit ialah anak keenam daripada tujuh beradik, Khusnul Khotimah, 13, dan adik bongsunya, Rohman, 12. 
    Selamat berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Hasniah Abd Hussin, 50, dan enam daripada tujuh anaknya tidur di bahagian atas rumah kedai papan.

    "Saya terjaga daripada tidur apabila arwah Khotimah mengejutkan saya dan memberitahu asap tebal di tingkat bawah kedai. Mungkin dia anggota keluarga kami yang pertama menyedari kebakaran berlaku.



    "Sebaik dikejutkan arwah, saya terus kejutkan semua anak dan isteri sebelum kami nekad turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri biarpun terpaksa meredah api dan asap," katanya.



    sumber : myMetro

    Rotikaya minta maaf

    Posted: 23 Mar 2012 05:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Sesudah hampir dua minggu tercetus kontroversi penyebaran gambar bogel membabitkan pelakon Karipap Karipap Cinta, Melia Aimelia, 18, akhirnya pengendali laman hiburan tanah air, Rotikaya.com menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon itu dalam majlis ringkas diatur Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam.
    Rotikaya.com diwakili Mohd Ismail Baharudin menyatakan kekesalan berhubung insiden berkenaan dengan menyifatkannya salah faham selain mengakui kesilapan pihaknya melalui laporan ditulis di laman hiburan berkenaan. 
    "Kami (Rotikaya) memohon maaf kepada Melia Aimelia dan seluruh ahli keluarganya dengan disaksikan wartawan serta ahli Seniman berhubung kontroversi dicetuskan.

    "Kami juga berharap salah faham yang berlarutan sejak dua minggu lalu berakhir di sini," katanya di majlis yang diadakan di Saloma Bistro.



    Industri hiburan tanah air pada 12 Mac lalu dikejutkan dengan laporan Harian Metro apabila Rotikaya.com mengesahkan memiliki video bogel yang didakwa milik Melia Aimelia, namun pelakon muda berkenaan tampil menafikan kenyataan dikeluarkan pengendali laman hiburan berkenaan.



    SUMBER : MYMETRO

    Mari kita tengok manusia benggong

    Posted: 23 Mar 2012 05:30 PM PDT


    Tak pasal-pasal tiang tu kena belasah..sendiri salah tak ingat..yang pelik member dia pun ikut benggong sekali........





    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Pekerja pembinaan tertembak paku 5cm ke kepala budak

    Posted: 23 Mar 2012 05:15 PM PDT


    URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.

    Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".

    "Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. - Agensi


    Penampakkan yang mengerikan di sebuah flat

    Posted: 23 Mar 2012 05:00 PM PDT

    mari kita tengok
    v
    v

    v
    v

    v
    v

    v
    v

    perempuan ini dikatakan mempunyai penyakit mental..
    didapati didalam keadaan tak tentu arah...

    Lelaki ini dilanggar kereta dan keretapi pada malam yang sama

    Posted: 23 Mar 2012 04:45 PM PDT

    Ini adalah sebuah keganjilan yang ekstrem bahawa ada seseorang dilanggar kereta dan kereta api pada malam yang sama. Saya tidak dapat membayangkan bahawa ini belum pernah terjadi sebelumnya.


     Di suatu pagi bulan September 2008, seorang lelaki berusia 46 tahun, Robert Evans dilanggar lari oleh sebuah kereta dan ketika berjalan dari hospital ke tapak perkhemahan, dia terlempar dari jambatan kereta api yang sempit ke dalam sungai selepas dilanggar kereta api, dia selamat dari kecelakaan kedua dalam masa tujuh jam. Polisi mengatakan bahwa Evans dilanggar oleh tangga kereta api yang terletak di samping keretapi itu. Jambatan kereta api itu hanya cukup untuk menampung laluan kereta api dan tidak untuk para pejalan kaki atau lalu lintas lainnya.

    Atok amal excersise pelik jaga kecergasan

    Posted: 23 Mar 2012 04:30 PM PDT

    Tidak diragukan lagi, orang China sangat cerdas serta mereka memiliki cara yang unik yang berbeza untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Mungkin pergi ke gym atau melakukan sedikit dari Tai Chi, tapi Mr Huang Xianfu mengambil pohon untuk latihan rutin setiap hari dengan tali dipinggir jalan Chengdu,Dia berusia 64 tahun tetapi masih tangkas.




    Pemandu Ini Didapati Memandu Sambil Meramas Payudara Wanita Disebelahnya

    Posted: 23 Mar 2012 04:15 PM PDT


    SICHUAN - Seorang pemandu mengancam polis lalu lintas kerana telah menyebarkan fotonya yang sedang meramas payudara pasangannya pada saat dia sedang memandu.

    Deng Jialin, dikenakan denda kerana didapati memandu laju yang ditentukan. Namun masalah besarnya bukan itu yang membuatnya khuatir.

    Dia mengatakan, fotonya yang kini sudah tersebar di media tempatan merupakan hasil manipulasi digital. Dia pun menuntut polis lalu lintas, yang diyakininya telah menyebarkan fotonya tersebut.

    Foto yang kini beredar menunjukkan Deng tengah memandu kereta Nissan 4WD di jalan raya antara Santai dan Shehong di Provinsi Sichuan, China.

    Seperti dilansir Orange, Jumaat (9/9/2011), wanita yang berada dalam foto tersebut diketahui adalah seorang mahasiswi dari universiti di wilayah tersebut.

    Namun Deng, yang merupakan seorang pengusaha, mengatakan bahawa foto tersebut adalah palsu dan mengancam akan menuntut polis.

    "Saya sedang memandu sendiri pada saat itu dan tidak ada seorang pun di sebelah saya," ujarnya.

    Pejabat lalu lintas pun mengatakan akan menyelidiki insiden ini dan akan memantau kebijakan untuk melindungi privasi seseorang.(rhs)

    Seekor Kuda Telah Menyelamatkan Nyawa Seorang Fotografer

    Posted: 23 Mar 2012 04:00 PM PDT

    BEIJING – Seorang lelaki telah diselamatkan  oleh seekor kuda, ketika dia terjatuh dari pagar pembatas kawasan lumba kuda liar.

    Fu Min (36), terjatuh dari koridor pagar pembatas ketika dia sedang berusaha mengambil gambar terbaik dari kuda-kuda liar yang sedang beraksi. Nyawanya hampir saja menjadi taruhan atas gambar yang dia dapat.

    Fu Min tergelincir ke tanah dan nyaris menjadi sasaran amuk kuda-kuda liar yang sedang beraksi di treknya.

    Namun, dengan begitu kagum dia menceritakan bagaimana dia diselamatkan oleh salah seekor haiwan yang menangkapnya dengan mulutnya, kemudian dia dilemparkan ke pinggir trek sehingga dia selamat dari hantaman aksi kuda-kuda liar.

    "Saya cuba untuk mendapatkan foto yang lebih baik dan kemudian seekor kuda melanggar saya. Saya berfikir saat itu akan mati," kata Fu, seperti dilapor Orange.

    "Tapi kemudian seekor kuda lain menyambar lenganku dengan mulutnya dan menyeret saya keluar dari trek. Saya fikir akan diinjak-injak oleh kuda-kuda itu," katanya.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    Hello adik ini kondom bukan belon

    Posted: 23 Mar 2012 11:00 AM PDT





    Logo simple yang nampak lucah

    Posted: 23 Mar 2012 10:30 AM PDT