Zon Artis |
Siapakah Komposer Yang ‘Tambah Cawangan’ Secara Senyap & Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama Ini? Posted: 23 Mar 2012 02:26 AM PDT Ini dikatakan kisah benar yang diemelkan kepada kami. Tapi kami terpaksa mengedit sedikit dan merahsiakan nama yang dinyatakan. Maklumlah, kami orang susah, kena saman kang tak mampu pulak nak bayar. Huhu.. Tanpa membuang masa, mari ikuti cerita yang disampaikan kepada kami ini (agak panjang jugalah untuk dibaca);- DEDAHKANLAH KERJA JAHAT KOMPOSER INI. Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selebriti. Rakan wanita saya "X" telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal sekitar tahun 2004. Komposer tersebut memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat X seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. X sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan si komposer tidak lena tidur tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun. X terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan si komposer manis berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari, si komposer akhirnya bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan syarat si komposer mesti mendapat persetujuan isteri tuanya. Atas nasihat dan muslihat kawan-kawannya, si komposer memberikan persetujuan dan pada 23 September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan. Menurut maklumat, si komposer telah menggunakan sindiket memalsukan persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah memberikan persetujuan). Kesiannya keluarga X sekadar dapat menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran. Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana si komposer kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya si komposer tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri tuanya. Yang sebenarnya si komposer mahu menghalalkan hubungannya dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan si komposer dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja si komposer ada peluang lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk si komposer melepaskan nafsunya. Tengah-tengah malam tak kira 1 atau 2 pagi si komposer akan mencari X bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya. Semua kawan-kawan tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu si komposer. Budak kampong apa yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang setia menunggu-nunggu si komposer bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X dikampung gelisah memikirkan nasib X. Si komposer tidak pernah bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan untuk "cover line". Licik betul si komposer. Ringkas cerita satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk si komposer dan menjejakinya. X dimaki hamun depan si komposer di studio beliau. Kasihan X gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Si komposer berjanji dengan isteri tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai. Sejak dari itu kekerapan si komposer bertemu X semakin kurang. Hidup X terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis kenduri keluarga dan Hari Raya, si komposer tidak pernah turun ke kampong X. Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong, si komposer sedikit pun tidak ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS. Pada awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari si komposer kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. Si komposer pula sudah pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik dan digilai ramai. Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan si komposer. Si komposer tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu. Hanya selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan si komposer, akhirnya X sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai. Apabila melihat X serius, si komposer bimbang dan memberikan persetujuan dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, si komposer menceraikan X dengan alasan rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi. Sudahlah hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh si komposer. Segala belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu ditanggung X sendiri dan si komposer tidak memberikan sesen pun gantirugi apabila menjatuhkan talak. Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai si komposer yang kelihatan baik dan ceria itu. Sebagai seorang wanita saya kagum dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang seperti si komposer ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang si komposer akan malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis yang tidak berdosa. Zon Artis: Siapakah si komposer itu? Jeng3.. Biar kami sahaja yang tahu. Kepada para wanita yang membaca kisah yang disampaikan ini, kami harap anda ambil iktibar daripadanya. |
Berita Ringkas Dunia Hiburan (Edisi 1) Posted: 23 Mar 2012 01:37 AM PDT Ya, tajuk sedikit pelik! Untuk makluman, Berita Ringkas Dunia Hiburan adalah slot baru dari kami untuk sajian anda dimana dalam slot ini, kami akan menyajikan berita hiburan ringkas yang kami perolehi dan ambil dari pelbagai sumber untuk rujukan anda. Setakat ini, kami belum pasti bagaimana slot Berita Ringkas Dunia Hiburan ini akan berjalan. Sama ada ianya akan dibuat setiap hari ataupun mengikut kelapangan masa kami. Tapi rasanya itu tidak penting, yang penting slot ini untuk kaki gosip macam anda! Berikut antara Berita Ringkas Dunia Hiburan untuk edisi 1 ini: Kehamilan Beyonce (yang telah melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter, pada 7 Januari lalu) dipertikai apabila dia muncul pada sebuah majlis amal dengan tubuh badan yang langsing dan mengenakan gaun pendek busana jenama Victoria Beckham pada Selasa lalu. – Huffpost Celebrity Punca sebenar kematian diva terkenal, Whitney Houston telah diketahui apabila ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl). – TMZ Yuna mengakui terluka apabila dituduh menjadi penyebab penyingkiran Qi Razali daripada program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) terbitan TV3. Yuna berkata, dakwaan dia mencampuri urusan tugas Qi adalah tidak benar sama sekali kerana pengunduran kekasihnya itu adalah atas kehendak sendiri. – mStar Online Ahmad Idham menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah. Tambahnya, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang. – mStar Online Psstt: Ganas siot anak ikan jerung ni |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |