Adsense

Isnin, 14 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Meet Uncle Hussain Masih Cari Vokalis

Posted: 14 Feb 2011 10:43 PM PST

Kumpulan band indie, Meet Uncle Hussain sampai sekarang masih bergantung dan meminjam suara daripada vokalis luar. Kalau dulu dengan Hazama, sekarang ini suara power Black pula yang menjadi taruhan. Namun, persoalannya, sampai bilakah Meet Uncle Hussain mahu kekal dengan imej begini.

Budiey rasa, kat luar sana, masih ramai lagi vokalis yang lebih mantap dan terbaik. Untuk cari bukan main susah. Padahal, ramai yang mahu join MUH untuk jadi penyanyi utama yang bersifat kekal. Tapi kumpulan ini dikatakan tidak mahu mengambil mudah dalam soal memilih vokalis.

Penyampaian Cek AJL25

Budiey sempat mendengar kata-kata ketua kumpulan Meet Uncle Hussain, Taja sejurus selepas majlis penyampaian cek Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Kata Taja, MUH sekarang ni memang masih mencari vokalis dengan mengadakan sesi ujibakat. Sebenarnya, sesi ini adalah satu projek utama grup ini bersama dengan organisasi luar untuk mencari bakat baru yang bakal bermula pada bulan April ini.

Menurut Taja, bagi MUH sendiri, mereka tak nak tunggu lama untuk mencari pengganti Lan yang kini menyertai Lan & The Typewriter sebab banyak peluang akan terlepas. Dengan adanya vokalis utama yang kekal bersama MUH, kumpulan ini akan lebih maju ke depan.

Semasa AJL baru-baru ini MUH mempertaruhkan vokal dari Black untuk lagu Drama King. Setidaknya, MUH membantu menaikkan nama Hazama dan Black dengan kemunculan mereka berdua bersama MUH di mana-mana persembahan.

Hakikatnya, benar juga, kalau dulu Hazama tak dikenali, sekarang penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia makin popular. Namun, Taja mengakui, pendapatan Hazama dan Black sebenarya lebih banyak berbanding dengan MUH.

Sepanjang buat ujibakat mencari penyanyi utama, MUH menerima tak sampai 100 orang. Namun yang hadir tu, mempunyai suara yang hampir sama dengan vokalis mereka sebelum ini. Jadi, apa yang mereka nak ialah keunikan suara penyanyi yang tak meniru mana-mana artis lain. Jadi, sebelum datang ke ujibakat, vokalis kena tahu apa yang MUH mahu.

Prinsip Meet Uncle Hussain memang mahu cari vokalis dengan cepat tapi dalam masa yang sama mereka pilih untuk lebih radikal tapi kena mengikut procedure dan step by step.

Buat masa ini, menurut Taja, beliau akui suara Lan adalah vokalis yang terbaik ada di Malaysia.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?
  • Jawapan Trivia: Lan Vokalis Meet Uncle Hussain
  • Lan Vokalis Typewriter Dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

    Posted: 14 Feb 2011 05:22 PM PST

    SELAMI SANUBARI JIWA: SALAM MAULIDUR RASUL DARI TV3

    Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan seluruh umat Islam pada 15 Febuari ini (Selasa), stesen televisyen no. 1 Negara juga tidak ketinggalan dan turut menyajikan beberapa rancangan menarik sebagai santapan rohani dan penyejuk jiwa bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini.

    Jangan lupa untuk mengajak seisi keluarga dan teman-teman untuk bersama-sama menonton pelbagai program terbitan khas sambil menggarap inspirasi dan menyelami erti sambutan kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W menerusi Wanita Hari Ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI), Al-Kuliyyah, Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir, Konsert Sinar Maulidur Rasul termasuklah empat drama hebat yang sarat dengan pengisian positif seperti Ampunkan Daku, Hijab Di Kalbu, Yang Terpuji dan Kau Yang Satu.

    Slot maulidur rasul - LOGO

    Sambutan Maulidur Rasul TV3 dimulakan lebih awal dengan cerekarama terbaru lakonan mantap Sheila Rusly dalam Ampunkan Daku bersiaran pada hari Sabtu ini, 12 Februari, jam 10.00 malam dan pastikan anda tidak ketinggalan menonton telemovie khas, Yang Terpuji pada malam Selasa nanti. Teruskan mengikuti kisah-kisah teladan dan menarik serta hayati topik perbincangan penuh manfaat menerusi rancangan bual bicara yang disediakan seperti program Al Kuliyyah sebagai penutup slot Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah kali ini.

    Berikut adalah senarai program Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah di TV3 pada 14, 15 & 18 Februari 2011:

    • AMPUNKAN DAKU – Sabtu, 12 Februari 2011, 10.00 malam
    Mengisahkan tentang keretakkan yang berlaku pada rumahtangga Azri dan Latifah akibat dari tohmahan Azimah. Azri terlalu mengikut kata ibunya itu hingga tidak pernah bersuara walaupun berkaitan dengan rumahtangganya. Tidak tahan dengan cara ibu mertuanya, Latifah nekad keluar dari rumah tersebut meninggalkan Azri dan Khalisah, anaknya. Sebelum keluar, Latifah meminta wang sebanyak RM30ribu dan bersumpah tidak akan pulang ke rumah tersebut. Tindakan Latifah ini menguatkan lagi dakwaan Azimah bahawa Latifah hanya mahukan harta Azri semata-mata.

    Dengan berbekalkan modal sebanyak RM30ribu yang diperolehi, Latifah membuka pusat perlindungan wanita, KEWAJA. Dengan bantuan Mak Wee dan Ustaz Nizar mereka bersama-sama membangunkan pusat perlindungan yang membantu memberikan perlindungan kepada remaja-remaja yang hamil di luar nikah. Namun ada juga segelintir masyarakat yang tidak bersetuju tertubuhnya pusat tersebut kerana beranggapan bahawa ia akan menggalakkan lagi remaja melakukan maksiat. Latifah tetap tabah dalam usaha murninya itu. Pelbagai ragam suka dan duka ditempohinya sepanjang mengasaskan KEWAJA. Antara penghuni di rumah tersebut ialah Zack dan Era yang merupakan mangsa rogol, Damia dan Tuti yang merupakan remaja rosak akhlak. Latifah meluangkan masa memberikan nasihat dan motivasi agar remaja-remaja ini membina masa depan dan menghargai kehidupan mereka.

    Pelakon: Sheila Rusly, Zamarul Hisyam, Fezrul Khan, Erin Malik, Fauziah Nawi, Mak Engku

    • HIJAB DI KALBU – Isnin, 14 Februari 2011, 10.00 malam
    HIJAB DI KALBU mengisahkan pasangan suami isteri, Iskandar seorang pengusaha rangkaian restoran makanan Thai dan Azizah pula mempunyai perniagaan aksesori wanitanya sendiri. Kedua-dua pasangan ini sangat taksub dengan kuasa mistik seperti tangkal, pelaris perniagaan dan pendinding. Salah satu daripada pelanggan tetap mereka adalah sebuah agensi pelancongan umrah dan ziarah. Pemilik agensi tersebut, Haji Abdullah, menawarkan agar keluarga ini mengikuti umrah dan ziarah selama 10 hari. Berbekalkan rasa terharu dan terhutang budi, Iskandar dan Azizah akhirnya bersetuju untuk menunaikan umrah, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan semenjak mereka memulakan perniagaan restoran tersebut 7 tahun lalu.

    Walaubagaimanapun, Iskandar dan Azizah telah bersepakat untuk berlakon sahaja melakukan ibadat kerana mereka belum bersedia untuk melepaskan amalan syirik mereka dan mereka sememangnya jahil. Namun, apakah yang bakal ditempuh oleh kedua pasangan ini setibanya di tanah suci Mekah nanti, dan mampukah mereka mengenal hakikat diri dan tanggungjawab yang sebenar?

    Pelakon: Sharifah Shahrizah (Eja), Arash Mohamad, Zain Saidin, Mubarak Majid, Sabrina Ali dan Wan Maimunah

    • MALAYSIA HARI INI (MHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 6.30 pagi
    Topik: Keperibadian Rasulullah S.A.W
    Mulakan pagi anda bersama Wardina, Ally, Nurul, Abby ditemani Fedtri menerusi Malaysia Hari Ini (MHI) yang akan bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan akan membawakan pelbagai topik bicara menarik bersempena Maulidur Rasul.
    Pengacara: Wardina Saffiyah Ally Iskandar, Nurul Syuhada Nurul Ain, Abby Fana dan Ahmad Fedtri Yahya

    • AL KULIYYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 pagi
    Topik: Pengorbanan Abadi
    Cinta Rasulullah S.A.W terhadap umatnya melebihi kasih sayang baginda kepada keluarga sendiri. Baginda berdakwah demi umatnya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dari musuh Islam menganggu malah sehingga ada ketikanya baginda tercedera.

    Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
    Panel Jemputan: Dr Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC ) dan Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim (Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan).

    • JEJAK RASUL: MUHAMMAD S.A.W UTUSAN TERAKHIR – Selasa, 15 Februari 2011, jam 11.00 pagi
    Mengambil inspirasi sempena dengan hari kelahiran Baginda, episod khas Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir pastinya akan membuka minda dan menambah ilmu di dada dengan himpunan pelbagai kisah yang dipetik dari Al-Quran dan Sunnah, serta diperkukuhkan dengan fakta dan hasik kajian saintifik mengenai nabi terakhir, Muhammad S.A.W

    Pengacara: Haji Zainal Ariffin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman

    • WANITA HARI INI (WHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 12.00 tengahari
    Topik: Mencontohi Keluarga Rasulullah S.A.W
    Teruskan bersama TV3 menerusi Wanita Hari Ini (WHI), rancangan bual bicara popular khas untuk kaum Hawa yang akan bersiaran langsung dari Kompleks Balai Islam, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Luangkan masa untuk menghayati bersama kisah dan perbincangan menarik mengenai kisah kehidupan keluarga Baginda Rasullah S.A.W. Bersama tetamu khas, Tengku Amalin.

    Pengacara: Azizah Ariffin dan Hazrena Mohd Kassim
    Panel Jemputan: Ustazah Syarifah Hayati dan Wakil Pakar Agama dari Universiti Sains Kelantan

    • KONSERT SINAR MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 3.00 petang
    Hari penuh bermakna ini akan terus diceriakan dengan persembahan hebat barisan penghibur tersohor tanah air seperti kumpulan nasyid Rabbani, biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan turut diserikan dengan penampilan Aishah dan Jamal Abdillah membawakan irama nasyid, zanji dan dendangan lagu-lagu bahasa Arab sempena meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang telah berlangsung di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada tahun lepas (2010).
    Artis: Rabbani, Sharifah Aini, Aishah dan Jamal Abdillah

    • YANG TERPUJI – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 malam
    YANG TERPUJI menceritakan tentang Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal. Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buah-buahan, menyakat orang tua dan kanak-kanak dan sebagainya. Dia sering melakukan kegiatan tersebut dengan kawan baiknya, Amir. Ibunya, Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkannya malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika.

    Ayahnya, Wak Ben, merupakan seorang yang garang, namun, Mamat tidak pernah gentar. Walau menyayangi anaknya itu, Wak Ben tidak pernah menunjukkannya kerana ego. Satu hari, Mamat dan Amir melakukan kekecohan apabila bermain dengan pembesar suara masjid menyebabkan suara nakalnya kedengaran di seluruh kampung. Kegiatannya menyebabkan Pak Imam dan ahli jawatankuasa kampung sangat marah dan mengadu kepada ibubapa Mamat mengenai perilakunya.

    Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Zaidyansjah, Bob Lokman, Rashid Jaafar dan Taha Wahid

    • CEREKA PILIHAN: KAU YANG SATU – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 1.00 petang
    KAU YANG SATU mengisahkan tentang Adam, seorang mualaf yang masih lagi mencari agama dan mencari Allah Yang Satu. Adam yang juga merupakan seorang arkitek telah pergi ke sebuah kampung untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina chalet dan telah menyewa sebuah rumah kepunyaan Pak Asan. Pak Asan seorang yang pandai dalam agama tetapi mengamalkan khurafat seperti menurun nombor. Pak Asan juga suka bercakap besar dan sering memburukkan orang kampung. Semua perkara yang dilakukan oleh orang kampung menjadi salah pada pandangannya.

    Pak Asan juga sering ke Pulau Besar untuk membayar nazar. Isterinya, Ros, tidak suka dengan kelakuan Pak Asan tetapi tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Bila Ros menasihatinya, dia marah dan menuduh Ros cuba menderhaka padanya. Mak Ton, isteri Pak Mail, sering menasihatkan Ros agar sering berdoa supaya Pak Asan boleh berubah. Anaknya Zura pula telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang mat salleh bernama Jeff di kampung itu. Adam baik terhadap Imam masjid di situ yang dikenali sebagai Pak Mail dan Lebai Lan dan dia banyak belajar daripada mereka.

    Pelakon: Ako Mustapha, Abu Bakar Omar, Razali Buyung, Irma Hasmi, Norlia Ramly, Maimun Mutalib, Zain Saidin dan Roslan Salleh

    • AL-KULIYYAH ISTIMEWA MAULIDUR RASUL – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 5.00 petang
    Topik: Bencana Lisan
    Membicarakan kepentingan umat Islam berhati-hati dalam berbicara. Lidah manusia perlu bercakap (lisan) perkara-perkara yang baik. Elakkan bercakap (lisan) perkara yang buruk seperti fitnah, mencaci, menghina yang boleh membawa kepada bencana perpecahan.

    Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
    Panel Jemputan: YBhg. Sahibus Samahah, Mufti Kelantan, Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim, Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam "Sirah Junjungan"
  • Sirah Nabi
  • Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran
  • JEJAK RASUL 14 – RIHLAH IBN BATTUTAH
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Lisa Surihani sanggup botak kepala mcm Britney Spears dan potong rambut Daranya

    Posted: 13 Feb 2011 11:45 PM PST


    "Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian.

    "Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya.

    Hmm nak kata rambut Lisa dara sangat takla jugak sebab dia pun dah biasa perming ,curling semua kan..hehe..cuma tak pernah warnakan la..

    Apa pun Sensasi harap Lisa takla membotakkan kepala kerana wang atau lakonan,maklumlah sebagai wanita muslimah membotakkan kepala itu kan dilarang dalam agama..haram.melainkan terpaksa kerana faktor kesehatan tue lain lah kan..

    Nampaknya Lisa tak keysah semua tue asalkan dapat menjadi pelakon yang baik..isk isk

    Pramugari Pondan hanya di PC Air Thailand

    Posted: 13 Feb 2011 11:30 PM PST



    Kalau sebut pasal Nyah atau Pondan,ada yang suka ada yang geli.Tapi sensasi pasti ramai skrg yang tahu di Thailand memang banyak sgt golongan nyah nie..ada yang nampak cantik mcm perempuan betul.Ada yang suara pun ala-ala suara perempuan.semua dengan bantuan suntikan hormon.

    Di Thailand,golongan nyah memang banyak aktiviti secara terbuka contohnya seperti pertandingan ratu cantik pondan,dan mcm-mcm lagi.Sebenarnya kat Malaysia pun ada jugak.Dulu tak silap sensasi semasa menghadiri launching Handphone Nokia beberapa tahun dahulu di hotel Hilton KL Sentral, kat ballroom sebelah ada acara untuk kaum Nyah,sensasi kurang pasti tp dengar cerita dari mereka-mereka kat situ katanya ada pertandingan Ratu cantik Nyah...Haa??kat KL pun ader.

    Yang terbaru PC Air Thailand yang ingin membawa kelainan telah membuka peluang kepada pramugari Nyah.

    So lepas nie sapa2 yang naik penerbangan PC Air kene hati-hati kalau nak flirting dgn pramugari..takut silap jenis..hehe



    Suami Katy Perry bekas Sex Addict,kini rumahtangga berantakan?

    Posted: 13 Feb 2011 11:17 PM PST

    Terbaru dikatakan selepas 5 bulan mendirikan rumahtangga pasangan yang berkahwin di India nie,iaitu Katy Perry dan Russell Brand menghadiri terapi rumah tangga kononnya rumahtangga mereka bermasalah.eh eh mcm org melayu pulak kan ada terapi rumahtangga.hee

    Tapi jurucakap Katy Perry menafikan hal tersebut katanya tue sume gossip liar yang saja nak menjual cerita.

    Katy menjalinkan hubungan cinta dengan Russell yang merupakan seorang bekas penagih seks sejak tahun 2009 dan mereka kemudian berkahwin pada Oktober 2010
    .

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Jodoh Sein & Nana Masih Panjang, Berbaik Semula!

    Posted: 14 Feb 2011 04:50 AM PST

    Baru sebentar tadi, Sein meletakkan status Facebook yang mengandungi mesej mengembirakan buat dirinya. Kemungkinan besar, pasangan juara Sehati Berdansa yang bercerai talak satu pada akhir tahun lepas sudah pun merujuk kembali. Satu perkembangan yang bagus untuk mereka berdua, thumbs up!

    Status Sein berbunyi, "I love my wife :) .  Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan." Walau bagaimanapun, status tersebut telah dipadamkan seminit kemudian selepas 5-6 orang Like status tersebut. Mungkin, Sein enggan memanjangkan cerita. Namun, sedikit sebanyak, kisah ini dapat menyelamatkan lagi sebuah perkahwinan.

    Apa pun, kami doakan semoga Sein & Nana berbaik semula. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Aidil Zafuan Kekwat, Lari Daripada Peminat?

    Posted: 14 Feb 2011 12:31 AM PST

    Bukan senang menjadi public figure, dimana-mana pun orang tetap kenal & ingin mengambil gambar bersama. Kalau jadi public figure, kena selalu maintain ramah & suka melayan peminat.

    Menurut seorang penyokong Negeri Sembilan, dia berasa tersinggung dengan perangai Aidil Zafuan yang telah melarikan diri apabila diminta untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

    Al-kisahnya, kumpulan penyokong Negeri Sembilan ini baru sahaja selesai menonton perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Perak di Stadium Ipoh. Atas semangat kesukanan, mereka datang untuk menyokong Negeri Sembilan & sebab lain mereka ingin melihat kelibat Aidil Zafuan atas padang.

    Sebagai penyokong tegar, mereka tetap menyokong team Negeri Sembilan walaupun mengalami kekalahan. Habis sahaja perlawanan, mereka terserempak dengan beberapa pemain Negeri Sembilan. Kerana teruja, penyokong N9 ini sanggup u-turn semula semata-mata untuk mengambil gambar dengan pemain N9.

    Penyokong ini meminta secara baik untuk bergambar dengan pemain N9. Namun, apabila salah seorang daripada pemain menepuk bahu Aidil Zafuan, dia terus larikan diri. Kata penyokong, mereka sanggup datang daripada jauh, takkan sekeping gambar pun tak boleh kan?

    Apabila melihat perangai kekwat Aidil Zafuan, dengan serta-merta kumpulan penyokong ini naik marah & meluat. Kata penyokong lagi, Aidil sepatutnya tahu untuk melayan peminat kerana dia merupakan public figure. Buat masa ini, penyokong N9 tersebut sudah pangkah sama Aidil & sedikit sebanyak tempias tersebut turut terkena kepada pemain yang lain.

    Kredit berita: Beautifulnara

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Gambar) Ally Iskandar & Nur Aishah Zainal Yang Serba Merah Di Majlis Pertunangan

    Posted: 14 Feb 2011 06:03 PM PST

    GAMBAR PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR DAN NUR AISHAH ZAINAL

    Serba merah. Itulah tema majlis pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal yang telah berlangsung pada Jumaat lepas. Tak perlu cakap banyak, meh layan beberapa lagi gambar Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal semasa majlis pertunangan mereka kat bawah ni.

    GAMBAR PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR DAN NUR AISHAH ZAINAL

    GAMBAR PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR DAN NUR AISHAH ZAINAL

    GAMBAR PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR DAN NUR AISHAH ZAINAL

    GAMBAR PERTUNANGAN ALLY ISKANDAR DAN NUR AISHAH ZAINAL

    Tapi kami pelik la, awat tudung Nur Aishah dah takde? Ke sebab mengikut kesesuaian majlis? Tapi setahu kami, majlis macam ni, pakai tudung adalah yang paling sesuai. Entahlah. Apa-apa pun, kami doakan semoga ikatan pertunangan anda ini akan berakhir dengan pernikahan.

    + Thanks syok.my kerana memberikan gambar-gambar ini.

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    [Aneh] Wanita ini habiskan masa 10 jam sehari dalam toilet

    Posted: 14 Feb 2011 09:00 PM PST

    Lauren Walsh, wanita berusia 21 tahun menderita Obsessive Compulsive Disorder (OCD). OCD menyerang mental dengan ciri-ciri selalu berfikir berulang-ulang dan melakukan aktiviti yang juga dilakukan berulang-ulang.

    Kelainan ini membuat Lauren merasa menjadi orang yang tidak normal. Misalnya, dia selalu menghabiskan banyak waktu untuk mencuci tangan berjam-jam. Jika dihitung-hitung, dia bisa menghabiskan 10 jam sehari di bilikr mandi, seperti dikutip dari DailyMirror.

    Lauren juga selalu merasa takut keraa dia berfikir setiap inchi tubuhnya dihinggapi bakteria, sehingga dia harus mandi lagi dalam waktu lama untuk membersihkannya.

    "Ini sampai ke titik ketika saya harus mandi lima kali sehari, masing-masing berlangsung dua jam," ujar Lauren. "Rasanya, ada begitu banyak hal, yang harus saya lakukan. Setiap minit dari bagian tubuh saya harus dikawal."

    Penderitaan ini dialami Lauren sejak didiagnosis mengalami gangguan OCD di usia 12 tahun. OCD yang diderita Lauren seperti menyebabkan suara di kepalanya, yang dia sebut 'iblis di bahu'. Keadaan ini seolah meyakinkan dia selalu dalam keadaan kotor. Lauren tahu itu tidak rasional, tapi dia tidak berdaya mengendalikan dirinya.

    Lauren memaparkan bagaimana OCD mengendalikan hidupnya selama bertahun-tahun. Waktu itu, ibunya, Linda merasa hairan, dengan kebiasaan Lauren. Lauren terus menerus mencuci tangan. Tidak hanya di rumah, bahkan juga di sekolah.

    Penderitaan Lauren membuat dia sulit bersosial dengan teman-teman sekolah. "Saya selalu merasa tidak normal."

    Banyak teman-teman sekolah yang kemudian mengelar Lauren sebagai orang aneh dan stress. Di usia 10 tahun, Lauren pernah menangis tak terkendali keraa dia merasa ada sesuatu yang salah dengan dirinya. Tapi, waktu itu tidak ada kenapa dia merasa bersalah.

    Barulah ketika berusia 12 tahun, penderitaan Lauren dikenali penyebabnya. Dia didiagnosis OCD.Ketiak memasuki remaja, OCD menjadi semakin melumpuhkan mental Lauren.

    Bilik tidurnya penuh dengan catatan kerana Lauren merasa terdorong untuk terus menulis. "Aku punya catatan untuk diingat kembali ketika saya berumur 12 tahun. Orang beranggapan OCD adalah tentang mencuci tangan sedikit lebih lama dari biasanya dan kemudian Anda melanjutkan aktivitiseperti orang lain. Tapi, ternyata tidak."

    Lauren melanjutkan, "Keluar dari tempat tidur memakan waktu 20 minit setiap pagi kerana saya harus berbalik sampai saya berada di sudut kanan. Jika tidak merasa benar, saya ulangi sampai hal itu benar."

    Setelah itu, dia akan memastikan tempat tidur selalu dalam keadaan sempurna tanpa ada kain yang kusut. Dia harus mencuci sarung bantal setiap hari dan cadar setidaknya tiga kali seminggu.

    "Di bilk mandi aku menggunakan sabun yang berbeza dan lotion untuk bahagian tubuh yang berbeza, dimulai di bahagian atas dan bekerja dengan cara ke bawah. Diperlukan waktu dua jam setiap kali mandi," kata Lauren.

    Untuk menggunakan toilet, dia harus menyukatnya dulu kemudian duduk dengan cara yang benar. Lalu, dia akan selalu mengoyak lembar pertama kertas toilet kerana takut telah tersentuh orang lain. Kemudian dia akan mengoyak tisu sebanyak 12 lembar untuk selanjutnya dilipat dengan cara tertentu sebelum dipakai. Untuk sekadar bangun dari toilet pun, dia masih harus memutar sampai benar-benar merasa nyaman.

    "Saya harus berjalan lurus sempurna dan setiap langkah harus merasa benar di kaki. Jika tidak, saya harus mulai dari awal lagi. Jadi, saya akan berada di sana selama berjam-jam."

    Keadaani Lauren, serupa seperti yang dialami Sam Hancox, yang akhirnya meninggal akibat kes serupa. Sam mengalami dehidrasi dan infeksi kulit kerana penyakit OCD selama 30 tahun. Penyakit ini membuat Sam selalu mandi sampai 20 jam setiap hari kerana, dia takut kuman.

    "Kes itu membuat saya marah, kerana boleh saja terjadi pada saya," ujar Lauren yang sangat takut riwayat hidupnya akan berakhir tragedi sama seperti Sam.

    Sumber : http://blog.indojunkers.com

    Kalau ada penumpang macam ni rasa-rasa kau orang lempang tak?

    Posted: 14 Feb 2011 08:31 PM PST

    image
    Rasa-rasa kalau kau orang jumpa penumpang jenis macam ini kau orang lempng tak? Kalau aku
    mugkin orang tua ini dah kena maki.Tak hirau perasaan orang lain.Dia ingat stokin dia bau wangi.
    Lihat kakak tu siap tutup hidung lagi.Memang manusia tak reti adab……

    Di denda kerana guna bahasa kasar berbaur seks ketika bertukar mesej di Facebook

    Posted: 14 Feb 2011 07:30 PM PST

    Akibat terlampau ghairah menggunakan bahasa kasar,akhirnya
    diri sendiri yang merana...saya petik daripada Berita Harian

    DUBAI: Mahkamah mengenakan denda terhadap seorang wanita dan lelaki sebanyak 2,000 dirham (RM1,661) kerana saling menggunakan bahasa kasar berbaur seks ketika bertukar mesej di Facebook. 

    Mahkamah Jenayah Dubai kelmarin mensabitkan seorang jurutera Amerika Syarikat berusia 35 tahun dan ahli perniagaan wanita Britain berusia 44 tahun kerana bertukar mesej bahasa kotor di Facebook. 

    Hakim Ebrahim Khalil Abu Shamma mengenakan denda itu warga Amerika terbabit yang dikenali sebagai QT sementara warga Britain, AK dikenakan denda tanpa kehadirannya. 
    Apabila QT hadir di mahkamah dia mengaku bersalah tetapi menjelaskan bahawa dia hanya memarahi AK kerana dia  
    menjatuhkan air mukanya dulu. – Agensi

    Kerajaan China haramkan adegan merokok dalam filem dan rancangan TV

    Posted: 14 Feb 2011 06:25 PM PST

    Hebat Kerajaan China sanggup mengambil tindakan
    yang begitu drastik....saya petik dari Sinar Harian

    BEIJING - Kerajaan China mengharamkan adegan merokok dalam semua filem atau rancangan televisyen kerana bimbang mempengaruhi lebih 300 juta perokok tegar di negara itu. 

    Pihak Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Kebangsaan (SARFT) diarahkan supaya mengeluarkan arahan keras dan mengharamkan semua adegan merokok di dalam semua tayangan filem atau rancangan televisyen di negara itu. 

    SARFT mengumumkan di dalam laman sesawangnya bahawa semua jenama rokok tidak boleh disiarkan di televisyen atau filem dan adegan merokok mestilah dilakukan dalam tempoh masa yang pendek. 

    Kajian terhadap 11,000 pelajar sekolah menengah rendah di Beijing mendapati hampir 33 peratus daripada mereka ingin cuba merokok selepas menonton pelakon melakukan adegan merokok di televisyen. 

    Tembakau merupakan pembunuh utama di China, dan merupakan pengeluar serta pengguna terbesar tembakau di dunia.

    Bercium selama 33 jam

    Posted: 14 Feb 2011 05:00 PM PST

    Macam-macam cara manusia nak cipta rekod..
    saya petik dari myMetro

    PATTAYA: Ia adalah satu kucupan paling lama dalam sejarah manusia di dunia ini.

    Tujuh pasangan berkucupan lebih daripada 33 jam bagi meraikan hari Valentine di bandar peranginan di wilayah selatan Thailand yang didakwa penganjur ciuman paling lama pernah direkodkan.


    Menurut Rekod Dunia Guiness, rekod terdahulu - selama 32 jam 7 minit dan 14 saat - dilakukan pada 2009 oleh pasangan di Jerman. Seramai 14 pasangan Thai menyertai pertandingan itu yang bermula jam 6 pagi kelmarin. Pada tengah hari semalam, separuh daripada pasangan itu masih berkucupan di koridor sebuah pusat beli-belah di mana ada pelancong yang melopong dan tersenyum melihat mereka sambil yang lain mengambil gambar melalui telefon bimbit mereka.


    "Kami tidak fikir kami akan menemui sesiapa yang akan memecahkan rekod," kata Pengurus Muzium Louis Tussaud's Waxworks di Pattaya, Somporn Naksuetrong yang menganjurkan pertandingan itu. Namun, tujuh pasangan berjaya melakukannya dan ia sangat mengagumkan," tambahnya.

    Hadapi penjara gara-gara sewa pembunuh upahan melalui Facebook

    Posted: 14 Feb 2011 04:25 PM PST

    INILAH.COM, West Chester – Remaja lelaki ini menghadapi tuntutan penjara 11-22 tahun. Dia memanfaatkan pembunuh upahan Facebook untuk membunuh perempuan yang menuduhnya sebagai pemerkosa.

    Remaja 19 tahun berasal West Chester, AS, Corey Christian Adams menerima kesepakatan pembela di Persidangan atas tuduhan pemerkosaan, pembunuhan dan lainnya. Julai lalu, wanita berusia 20 menuduh Adams memperkosa dirinya setelah pesta.

    Beberapa waktu kemudian, Adam menulis penawaran di Facebook untuk siapapun yang berhasil membunuh wanita itu akan diberi US$500 (Rp4,5 juta). Adams juga mempublikasikan bahawa dia ingin wanita itu meninggal dunia dengan cepat.

    Untungnya, tidak satupun pihak yang menganggap permintaan itu serius, kecuali wanita yang merasa terancam sehingga melapor ke polis. Jika tidak mengaku bersalah, Adams menghadapi tuntutan penjara 70 tahun.

    Polis buat tak tahu sahaja walaupun ada orang accident depan mata

    Posted: 14 Feb 2011 10:01 AM PST






    Ayoo!!! pakcik dan makcik pun buat projek

    Posted: 14 Feb 2011 09:30 AM PST

     Pak cik dan mak cik buat projek...ada yang skodeng
    pulak tu.....


    agaknya sedang hangat bercinta....

    Budak 2 tahun suka makan pasir dan pecahan tembok

    Posted: 14 Feb 2011 08:46 AM PST

    Sukabumi – Fajar, 2 tahun berasal dari Kampung Benteng Kidul Kecamatan Warudoyong Kota Sukabumi, Jawa Barat,  memiliki kebiasaan memakan pasir dan pecahan tembok.

    Untuk memakan dua macam bahan tersebut, anak pasangan Endang dan Diana ini sering melakukannya dengan cara mencuri-curi di belakang tanpa pengetahuan kedua orangtuanya. Padahal, kebiasaan tersebut membuat kedua orangtuanya harus melakukan penjagaan lebih ketat.

    "Saya sempat memeriksakan Fajar ke Puskesmas, tapi hasilnya anak saya biasa saja," ujar Diana, ibu kandung Fajar, di Sukabumi.

    Walau demikian Diana, dia merasa khuatir kerana buang air besar anaknya seperti pasir. Dia juga khuatir kebiasaan ini berlanjut hingga dewasa. "Saya berupaya agar anak saya boleh sembuh," imbuh Diana.

    Menurut Diana, kebiasaan anaknya ini diketahui ketika sering bermain sendiri di halaman rumah. Jika diperhatikan, sehabis bermain mulutnya selalu kotor. "Tahunya dia suka memakan pasir dan pecahan tembok," kata Diana.

    Mari lihat harimau makan tengahari

    Posted: 14 Feb 2011 07:00 AM PST

    Mengunjungi taman hidupan liar adalah sebuah kesempatan untuk menyaksikan alam dari dekat.

    Tapi bayangkan jika satu kelompok pelancong terkejut ketika beberapa harimau lapar diberikan lembu hidup  di depan mereka.

    Foto-foto ini menunjukkan ketika lembu hidup diberikan untuk lima harimau yang sudah lapar...Fotografer amatur Chris Geddes, 31, Berhasil mengabadikan detik kejadian berikut ini.....






    Dahsyat betul cara polis ini hapuskan penjenayah

    Posted: 14 Feb 2011 06:00 AM PST


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Kereta baru $500 tetapi aksesorinya $25,000

    Posted: 14 Feb 2011 05:00 AM PST

    Dahsyat kereta ni..penuh aksesori..








    Lady Gaga dengan telur raksasa pulak

    Posted: 14 Feb 2011 04:20 AM PST

    Lady Gaga menghadiri acara Grammy Awards ke-53 yang digelar di Staples Center, Los Angeles, Minggu (13/2/2011) waktu setempat. Lady membungkus dirinya dengan telur raksasa.

    Telur raksasa ciptaannya itu diangkat oleh 4 orang lelaki. Seorang perempuan juga memandu jalannya si telur raksasa. Jason Merritt/GettyImages.Dari dalam telur yang sedikit transparan itu terlihat sosok Lady. Jason Merritt/GettyImages.Dia mengenakan kacamata hitam. Jason Merritt/GettyImages.Tak ketinggalan Lady pun melambaikan tangannya pada fans dan fotografer. Jason Merritt/GettyImages.





     sumber :http://foto.detik.com

    Kucing yang paling berani

    Posted: 14 Feb 2011 03:00 AM PST

    image
    berani betul kucing ni..

    Lembu berkaki lima

    Posted: 14 Feb 2011 02:00 AM PST

    Lembu milik Kasiadi (62) ini memiliki kaki berjumlah tiga di bahagian depan. Kaki ketiga ini terlihat menyatu dengan kaki kanan bahagian depan lembu tersebut. Warga Desa Barongsawahan, Kecamatan Bandar Kedung Mulyo, Jombang ini menceritakan,lembu tersebut baru saja dibeli dari salah seorang kawannya di desa Jatiganggong, kecamatan Perak, beberapa hari yang lalu.

    Semula tidak ada niat untuk membeli tersebut. Hanya saja, ketika hendak mencari lembu sebagai binatang peliharaan .

    Semula dia tidak percaya atas keadaan lembu tersebut. Biasanya, kata Kasiadi, lembu dengan keadaan fizik tidak wajar tidak boleh hidup lama. Namun sapi dengan jenis kelamin jantan itu boleh hidup sampai usia 1 tahun lebih. "Padahal, biasanya kalau ada haiwan tidak sewajarnya umurnya pun tidak lama," kata lelaki yang bekerja sebagai petani ini.

    Meski struktur tubuhnya tidak wajar, namun kasiadi yakin lembu tersebut berkualiti bagus. Hal itu terlihat dari adanya ciri khusus semisal, warna putih yang hanya terletak di bagian hidung dan lututnya. Dia juga berniat untuk membiakkan lembu tersebut sebagai benih jantan.

    Sejak sapi berkaki lima itu ada rumah Kasiadi tidak pernah sepi dari orang ramai. Sejumlah warga yang penasaran berbondong-bondong untuk melihat lembu unik tersebut. Untuk perawatan, Kasiadi mengaku tidak ada yang istimewa. "Makanannya rumput seperti lembu lainnya, tidak ada yang istimewa," kata Kasiadi.

    sumber : http://news.okezone.com

    Anda rasa patut tak dapur restoran macam ni?

    Posted: 14 Feb 2011 01:47 AM PST

    image
    Adakah patut dapur restoran macam ni? Toilet diubah suai menjadi dapur…..

    Pasangan sepadan suami tingginya 1.1 meter dan isteri pula 70cm

    Posted: 14 Feb 2011 12:35 AM PST

    Inilah pasangan suami isteri yang terpendek di dunia.Sang suami,Li Tangyong,hanya tinggi  1,1 meter.Sedangkan isterinya,Chen Guilan, memiliki tubuh setinggi 70 cm.


    Pasangan ini memang sepadan.Tangyong yang berasal dari Shunde,Daerah Guangdong, menikahi Guilan.
    Mereka  yakin, merekalah pasangan yang terpendek di dunia.



    Di saat yang sama,diumumkan pula rekod mereka yang tengah didaftarkan ke Guinness Book of Records.Pasangan ini memang menanti perakuan rekod itu.

    Adegan yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar

    Posted: 13 Feb 2011 11:45 PM PST

    Adegan ini sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang pelajar.Lebih-lebih
    lagi dilakukan ditempat terbuka.Beginilah kelakuan pasangan remaja bila
    diri dipengaruhi oleh hawa nafsu...




    sumber : stomp.com.sg

    Inilah wanita yang menemukan 6 biji telur yang mempunyai kuning berganda

    Posted: 13 Feb 2011 10:25 PM PST

    Kemungkinan menemukan telur yang memiliki 2 kuning telur adalah sangat tipis, iaitu  0.01% .

    Cuba bayangkan kemungkinan menemukan telur seperti itu dalam bekas telur yang ada di supermarket.

    Wanita bernama Fiona Exon lah yang secara kebetulan menemukannya, 6 telur dalam satu pack memiliki 2 kuning telur...Dia terkejut melihat hal tersebut ketika dia akan menyiapkan sarapan..,

    Beruntung .....