Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Dec 2012 06:53 AM PST Siti batal kemunculan di Banjarmasin untuk bersama suami di New Zealand Sepatutnya semalam, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, menghiburkan peminatnya di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Namun manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Hati mana yang mampu tenang pada saat suami ditimpa musibah, sedangkan si isteri tidak berada di sisi untuk menemani? Lantas, keputusan nekad harus dibuat dan Siti akhirnya memilih untuk melupakan hasrat meneruskan siri akhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang. Dia memutuskan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. Walaupun dihimpit perasaan gundah, namun Siti tetap tenang berdepan saat mencemaskan seperti itu, sambil mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik-baik saja untuk suaminya. "Keadaan suami Siti tidak begitu membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Cuma, dia mengalami kecederaan akibat patah bahu, tangan dan kaki. Doakan semoga suami Siti cepat pulih," katanya yang akan berlepas ke New Zealand hari ini untuk bersama-sama Khalid, dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa. |
Posted: 13 Dec 2012 06:50 AM PST MIG akan jumpa pihak ATM tamatkan isu pakaian tentera pada majlis resepsi Farid, Diana Isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, MIG berusaha untuk menyelesaikan perkara itu dengan cara baik bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa kerana hal ini ingin diselesaikan dengan baik bersama ATM. Kita juga tidak mahu memanjangkan isu ini. Penyelesaiannya juga akan diumumkan kepada media dalam sidang media yang akan diaturkan dalam masa terdekat. "Saya juga berharap media tidak mengganggu Farid kerana semua isu berkaitan masalah ini sudah diserahkan kepada saya untuk menanganinya," katanya ketika dihubungi HIP, semalam. Tak menyesal "Pakaian ditentukan sendiri oleh pengantin dan dia juga ada melantik perancang perkahwinan untuk mengaturkan perjalanan majlis resepsinya. "Saya sebagai majikan hanya menguruskan perkara berkaitan tetamu jemputan dan lokasi, serta memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar," katanya yang tidak terbabit dengan protokol majlis. Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya. "Sebagai manusia, saya tidak kesal berlakunya hal ini. Namun, semuanya sudah berlaku dan kita tidak mampu untuk berpatah balik, jadi kita akan betulkan semula apa yang salah dan tangani isu ini bersama ATM secara baik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |