Adsense

Isnin, 6 Disember 2010

Zon Artis

Zon Artis


(Gossip) Rumah Tangga Juara Sehati Berdansa 3, Sein & Nana Goyah?

Posted: 06 Dec 2010 08:20 PM PST

SEIN DAN NANA BERCERAI

Sebelum ini sudah beberapa pasangan selebriti yang pernah menyertai program realiti Sehati Berdansa bercerai. Rasanya anda sendiri pun sudah sedia maklum mengenai perkara ini dan tidak perlu rasanya kami highlight'kan lagi senarai pasangan yang sudah bercerai itu.

Tapi kami nak hightlight'kan dengan gosip terbaru yang kami dengar dan ianya masih ada kaitan dengan 'badi' Sehati Berdansa di mana rumah tangga pasangan yang menjuarai Sehati Berdansa musim ke-3 iaitu Sein dan Nana dikatakan sudah sampai ke tahap retak menanti belah.

Menurut gosip yang kami dengar itu, Sein dikatakan main kayu tiga dan sebab itulah rumah tangga mereka mulai goyah. Namun sejauh mana kebenarannya, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. Tambahan pula, kalau nengok perwatakan Sein tu, macam tak logik pula dia main kayu tiga. Entah la.

Malah ada satu status facebook Nana yang kami perolehi membuatkan kami tertanya-tanya adakah ianya ada kaitan dengan gosip ini? Berikut adalah status facebook tersebut, "Homewreckers are the worst kind of evil. Selfish breed. May Allah forgive them."

Kami harap gosip yang kami dengar ini hanya khabar angin semata-mata sebab kami tak mahu senarai pasangan selebriti yang mengakhiri ikatan perkahwinan dengan penceraian bertambah. Tapi kalau betul, hopefully Sein dan Nana segera mencari jalan penyelesaian supaya rumah tangga dapat diselamatkan.

Psstt: 2 netbook Acer untuk dimenangi. Tak nak ke?

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

OHBULAN!

OHBULAN!


LOL! Marion Caunter Kaki Cukur, Kata Wikipedia.

Posted: 06 Dec 2010 02:28 AM PST

LOL! Marion Caunter Kaki Cukur, Kata Wikipedia.

vjmarion3ov7 LOL! Marion Caunter Kaki Cukur, Kata Wikipedia.

Terima kasih kepada rakan media Rotikaya. Agak kasar bunyi'nya, bakal isteri kepada SM Nasarudin, CEO Naza telah digelar sebagai kaki cukur dalam laman web Wikipedia, sebuah laman yang menjadi rujukan online rasmi.

Benar atau tidak, itu terpulang kepada Marion Caunter, dan pasangannya untuk menilai. Kami pun tidak tahu empunya keyboard yang mana begitu selamba menambah ayat kaki cukur. Kalau diikutkan, agak lawak juga.

Screen shot 2010 12 06 at 6.07.45 PM LOL! Marion Caunter Kaki Cukur, Kata Wikipedia.

Apa nak buat, ini stigma masyarakat yang melihat Marion Caunter sengaja mendekati SM Nasarudin demi harta. Mungkin kita perlu jentik jari-jari nakal ini dari membuat kerja mengarut, makan dalam ni!

pixel LOL! Marion Caunter Kaki Cukur, Kata Wikipedia.
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Video Kelakar: Drama pendek,budaya Sindir menyindir

Posted: 06 Dec 2010 11:58 AM PST



Sensasi tergelak part aflin Shauki...dier memang kelakar laa..HAHAHA

Video Kelakar: Never trust a woman

Posted: 06 Dec 2010 11:44 AM PST




hahaha...pengotorrr..tp kelakar lak tgk laki tue dibuli

Juliana Evans akui Zizan lelaki idaman ?

Posted: 06 Dec 2010 11:33 AM PST



Pelakon dan pengacara Julia Evans,21, atau Jue (gambar) mengaku mempunyai keserasian dengan bekas peserta Raja Lawak, Zizan,26, yang dikenalinya selepas digandingkan bersama dalam filem Hantu Bonceng bulan lalu.

Malah kata Jue, Zizan juga menepati kriteria lelaki idamannya selama ini tetapi sayang sekali hatinya masih belum terbuka untuk menerima Zizan sebagai seorang kekasih buat sementara waktu.

"Saya memang selesa berkawan dengan Zizan kerana dia kelakar dan matang. Keserasian antara kami mula terbina sejak membintangi filem Hantu Bonceng.

"Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula," katanya yang ingin memberi tumpuan kepada pengajian dan karier terlebih dahulu.

Menurut Jue, hatinya masih tertutup untuk menerima lelaki buat masa ini kerana luka akibat kekecewaan cintanya dengan Sam, penyanyi kumpulan Bunkface masih belum lagi terubat selain meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadanya.

Justeru, pada fasa ini dia lebih senang untuk berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki daripada menjalin hubungan yang serius dengan mereka.

"Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun.

"Adalah lebih baik jika saya buka peluang untuk berkawan dengan ramai orang daripada membataskan pilihan dengan satu atau dua lelaki saja.

"Namun itu bukan bermakna saya mudah untuk bergaul bebas dengan mana-mana lelaki tanpa batasan. Cuma, saya lebih senang membuatkan pilihan lebih terbuka pada waktu ini," katanya.

Baru-baru ini, pasangan pengacara itu dilihat mesra bersama ketika menghadiri Anugerah Shout 2010 (Shout Awards 2010) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 20 November lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya mereka bercinta.

Raja Farah bakal bersara dari dunia lakonan atas nasihat suami

Posted: 06 Dec 2010 11:25 AM PST


TIDAK sampai sebulan melangsungkan perkahwinan, pelakon cantik, Raja Farah Raja Aziz, 22, membuat keputusan meninggalkankerjaya seninya.

Walaupun berat namun bagi Raja Farah itu adalah keputusan yang dibuat setelah berbincang dengan suaminya dan ianya bukan paksaan mana-mana pihak.

Keputusan meninggalkan bidang lakonan mungkin agak mengejutkan sementelah dia masih muda dan berbakat sebagai pelakon.

Namun nasihat suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, agar dirinya mengurangkan kehidupan glamor membuatkan Raja Farah berulang kali berfikir apakah langkah terbaik yang perlu diambil.
Menjejakkan kaki ke dunia glamor seawal usia 15 tahun barangkali telah memberi pelbagai perspektif dan pengertian bagi dirinya tentang pahit dan manis disimbahi kemilau cahaya glamor.

Mengharungi dunia glamor bukanlah semudah yang disangka.

Jelasnya, banyak pengorbanan terpaksa diberikan terutamanya soal tumpuan masa, perasaan dan privasi.

"Saya ambil keputusan ini atas nasihat suami juga. Kalau diikutkan, saya belum bersedia meninggalkan dunia lakonan sebab saya masih belum mencapai apa yang saya idamkan dalam lakonan iaitu memenangi anugerah.

"Sebagai permulaan saya akan mula mengehadkan penglibatan saya dalam bidang ini sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan."Di masa depan, jika sesekali nak berlakon saya hanya menerima jika skrip dan cerita yang mampu menguji bakat saya.

"Saya sebenarnya sudah mula berasa rimas dan bosan apatah lagi apa yang selalu saya inginkan tidak dapat. Memang berat juga membuat keputusan sebegini."Nak kata kecewa tidaklah. Saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kuatkan usaha," kata Raja Farah dengan nada tenang.

Dihambat gosip yang cukup menguji baru-baru ini tentang hamil sebelum nikah benar-benar meruntun jiwa pelakon filem Apa Kata Hati itu.Apatah lagi gosip tersebut 'menyerang' menjelang hari bahagianya pada pertengahan November lalu.

Kini, Raja Farah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pula.

Di sebalik raut wajah yang tenang menceritakan pengunduran dirinya itu, rupa-rupanya ada rasa kecewa yang dipendam selama tujuh tahun mengharungi hidup sebagai anak seni.

Siapa sangka dalam diam, Raja Farah terpaksa berdepan dengan masalah kesihatan akibat tekanan hidup yang seiring mengulit popularitinya.


Mengulas pertanyaan mungkinkah gosip yang melanda dirinya sebelum ini menjadi faktor utama dia membuat keputusan tersebut, tanpa berselindung Raja Farah menjelaskan dia benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya sangat kecewa. Kadang-kadang rasa sampai tak boleh nak beri penafian. Bayangkan saya mengalami migrain dan tertekan untuk menghadapi apa yang berlaku."Ingatkan masa mula-mula terlibat dalam seni saya boleh tangani pelbagai gosip rupanya tidak. Apatah lagi, gosip yang datang adalah fitnah.

"Kesan daripada gosip itu, ahli keluarga memandang serong pada saya begitu juga peminat. Namun, saya bersyukur setelah membuat penjelasan mereka adalah orang yang banyak memberi sokongan," kata Raja Farah.

Hijrah Siti Nordiana

Posted: 06 Dec 2010 11:10 AM PST

Sensasi:Semakin seksi nampaknya Siti Nordiana sekarang nie....


Dulu...


Kini...



Baju nie bukan je singkat malah jarang sekali....

Gambar Filem Aku Masih Dara dan dialog kontroversi

Posted: 06 Dec 2010 11:30 AM PST

Sensasi:Fenomena Filem melayu yang memaparkan gejala bohsia,pergaulan bebas,semakin banyak pulak,yang pasti dalam setiap filem pasti ada baris ayat yang menjadi ikutan remaja,bahkan pelajar sekolah rendah yang mudah dipengaruhi untuk kelihatan cool turut menjadi lebih advance...

Bagi sensasi,memang tak wajar bagi Pengarah Ahmad Idham menggunakan dialog2 berbaur lucah sebagai tontonan remaja dan pelajar sekolah..memang kata Ahmad Idham,dia membuat research dimana ayat2 tersebut sering digunakan oleh pihak2 yang sudah hancur moral nya..Tapi kalau filem ini ditonton oleh pelajar yang masih naif dan "green"..ini akan mempengaruhi mereka dalam pertuturan harian dengan rakan2...

Sebenarnya fenomena dan gejala sosial yang melampau hari ini adalah hasil pendedahan (exposure) dari media,dan internet...bila dah kerap disajikan dengan fenomena ini dalam TV,filem dan etc2,dah jadi kebiasaan dan rasa normal pulak bagi remaja untuk terjebak dalam hubungan bebas,minum,kaki disko dan sebagainya...

sebelum ini Ahmad Idham menampilkan "nasi lemak 50 sen" dalam "Cuti-Cuti Cinta", kali ini "aku sangap lubang" dan "semua perempuan pakai tudung sebab nak cover lovebite" adalah antara petikan dialog yang boleh didengari ketika menonton AMD. Tambahan gaya seksi yang ditampilkan menerusi treler filem sahaja sudah cukup mampu menarik penonton ke panggung.

Selain Yana, Raja Farah dan Diana, AMD turut dilakonkan oleh Farid Kamil dan Ashraf Muslim. Yang pasti, ramai gadis-gadis akan mempunyai impian untuk mendapatkan suami idaman seperti Ustaz Firdaus iaitu watak yang dilakonkan oleh Ashraf selepas menonton filem ini.

Sebelum ke pawagam pada 16 Disember ini, apa kata kita tengok gambar-gambar daripada filem yang berdurasi 85 minit dan diklasifikasikan sebagai PG13 ini.

















Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Online Forex Senjata Kekayaan Terhebat Dunia?

Posted: 06 Dec 2010 04:24 PM PST

Segelintir masyarakat sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer demi mendapatkan keuntungan mudah melalui Online Forex.

MINAT penulis yang suka mengembara ke luar negara memerlukan setiap wang perbelanjaan perlu ditukarkan dengan mata wang negara yang ingin dilawati.

Banyak kaunter menyediakan khidmat pertukaran wang asing namun ia boleh mengelirukan berikutan masing-masing menawarkan kadar jualan berbeza.

Ternyata bukan mudah untuk mendapatkan nilai jualan yang menguntungkan pengembara berikutan kadar mata wang asing sentiasa berubah pada setiap masa.

Dalam kekusutan menyelubungi fikiran penulis itu mengingatkan kepada penceritaan seorang rakan, Adam mengenai perihal mata wang asing yang lebih merumitkan.

Adam sebelum ini pernah menghadiri satu taklimat yang menawarkan program latihan mengenai pelaburan dalam tukaran wang asing dalam talian.

Topik perbualan itu berjaya mengalihkan perhatian penulis apabila serta-merta bertanyakan tentang kehebatan pelaburan yang dikenali sebagai Online Forex itu.

"Aku tak melabur pun. Sekadar datang ke taklimat itu sebab nak tahu apa sebenarnya apa itu Online Forex yang ramai kata boleh cepat jadi kaya.

"Dengar cerita, syarikat tu dah tidak beroperasi lagi apabila banyak cerita keluar dalam akhbar tentang skim urus niaga mata wang asing secara haram," katanya.

Adam menyambung cerita kepada penulis berkata, fungsi Online Forex itu menyamai dengan operasi yang dilakukan aktiviti pertukaran mata wang.

Perbezaannya apabila mata wang ringgit Malaysia dan mata wang negara lain menunjukkan komisen yang bakal diperoleh si pedagang.

Online Forex tidak dilakukan secara fizikal dan semuanya melalui operasi secara maya dan operasinya lebih besar sama ada berkaitan dengan risiko, untung atau rugi.

Tidak sah di Malaysia

Penulis difahamkan Online Forex merupakan pemasaran kewangan terbesar di dunia dengan nilai dagangan AS$4 trilion sehari atau kira-kira RM12.61 trilion.

Nilai tersebut begitu besar sekali gus menjawab mengenai kehebatan pelaburan yang jauh lebih menarik daripada skim cepat kaya.

"Menarik, tapi kenapa kau tak melabur dalam Online Forex?" soal penulis kerana Adam seolah-oleh terlepas lubuk emas di hadapan mata.

"Aku tak ada duit masa tu. Tapi kawan aku, Shah ada join. Berjam-jam duduk di hadapan komputer. Tapi dalam masa dua hari sahaja keuntungan yang dia dapat berganda lebih 100 peratus.

"Mula-mula dia laburkan sebanyak AS$1,000 (RM3,170) tetapi 48 jam terus melonjak kepada untung AS$3,450 (RM10,876).

"Aku macam tak percaya bila dia dapat duit sebanyak itu dalam masa dua hari saja, jumlah yang menyamai gaji tiga bulan," katanya.

Bagaimanapun Adam berkata, ia tidak sah untuk beroperasi di Malaysia kerana Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf aktiviti perdagangan itu di negara ini.

Jelasnya, setiap operasi Online Forex memerlukan server dan broker. Jika server tersebut dibawa masuk ke Malaysia maka ia akan 'terikat' dengan pengawasan BNM.

"Online Forex ibarat aktiviti dagangan di luar negara tetapi operasinya seolah-olah dijalankan di Malaysia," katanya.

Selagi seseorang itu dihubungkan dengan kemudahan internet maka dia boleh melakukan transaksi pelaburan maya itu di mana-mana pada bila-bila masa.

Penting pilih broker terbaik

Difahamkan, terdapat beribu-ribu broker di dunia bagi Online Forex mempunyai server tersendiri yang dihubungkan kepada akses internet dan antara bank.

"Broker ada beribu, kita boleh pilih mana-mana broker yang kita hendak. Dengan dunia tanpa sempadan ini membolehkan masing-masing memilih yang terbaik.

"Online Forex sememangnya tidak menggunakan wang orang lain untuk didagangkan bagi mendapatkan pulangan. Ramai yang salah faham," kata Adam.

Jelasnya, mereka yang berminat untuk menyertai Online Forex memerlukan pengetahuan asas mengenai perdagangan tukaran asing secara berperingkat.

Ini termasuk kepada pilihan broker terbaik yang diiktiraf bagi memastikan ia benar-benar tulen dan berkeupayaan untuk memberikan sokongan kepada dagangan.

Ketulenannya boleh dikenal pasti menerusi portal kewangan seperti Penguatkuasa Khidmat Kewangan (FSA), Pertubuhan Masa Depan Nasional (NFA) dan Pertubuhan Rakan Pasaran Kewangan Rusia (RAFMM).

"Selepas itu barulah seseorang itu boleh melaburkan sejumlah wang untuk diperdagangkan bagi mendapat keuntungan berlipat ganda," katanya lagi.

Adam berkata, pedagang kemudiannya dinasihatkan untuk menghubungi sokongan kepada broker di Malaysia yang berkhidmat sebagai perunding bagi Online Forex.

"Difahamkan terdapat ratusan penyokong broker luar negara yang menjalankan kursus bimbingan. Taklimat yang aku pergi tu mungkin salah satu antaranya," katanya.

Penulis membayangkan mungkin pedagang perlu melaburkan sejumlah wang besar untuk menjadi kaya seperti yang banyak dilaporkan di dalam blog.

Cuba membuat carian berdasarkan perkataan Forex, pasti banyak senarai laman web dan blog yang menawarkan khidmat perguruan bagi mendalami ilmu Online Forex.

Namun apa yang diberitahu kepada penulis, tiada nilai dagangan tetap atau pulangan apatah lagi mewajibkan penambahan modal sepanjang urus niaga didagangkan.

Adam menjelaskan bahawa setiap dagangan diuruskan oleh pedagang itu bagi mendapatkan keuntungan serta bersedia menanggung segala risiko dan kerugian.

"Tiada paksaan dalam perdagangan elektronik ini sama ada melibatkan panggilan margin atau penambahan modal bagi mengaktifkan kelancaran dagangan.

"Ini kerana nilai modal yang boleh didagangkan adalah serendah AS$5 berbanding segelintir sindiket yang menetapkan syarat berjumlah ribuan dolar," katanya.

Penipuan dan penganiayaan yang berlaku sebenarnya telah 'merosakkan' industri Online Forex itu sehingga menjejaskan keyakinan para pedagang.

Justeru, mereka perlu rajin membuat kajian bagi mendalami selok-belok 'permainan' Online Forex bagi memudahkannya menganalisis pasaran bagi mengelakkan daripada ditipu.

Tiada untung luar biasa

Adam berkata, belajar mengambil masa dan bukan boleh difahami dalam masa sehari atau dua hari kerana orang yang berpengalaman pun masih belajar mengenainya.

"Kejayaan Online Forex yang dicanang dalam blog? Sesiapa pun boleh mengiktirafkan dirinya sendiri boleh menjanjikan keuntungan luar biasa. Itu katanya.

"Mereka yang berlagak hero boleh tunjukkan bukti hasil keuntungannya berdasarkan paparan dagangan tetapi tidak pula diberitahu berapa banyak kerugiannya.

"Paparan dagangan yang menunjukkan keuntungan sebagai bukti kekayaan itu pula belum tentu milik dia, berkemungkinan kepunyaan orang lain," katanya.

Adam menambah, hero itu sebenarnya mengharapkan orang lain akan terpengaruh dengan kata-katanya dan kemudian datang menuntut ilmu Online Forex.

"Selepas itu, dia akan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi kepada peserta, itulah keuntungan yang dia dapat," katanya.

Bagaimanapun tidak dinafikan Online Forex memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengenainya, pasaran serta risiko dagangan pada peringkat permulaan.

Selepas itu pula menyusuri fasa seterusnya dengan mendalami tentang bagaimana untuk melakukan dagangan, mendapatkan keuntungan dan menganalisis pasaran.

Adakah mereka yang terlibat dalam Online Forex perlu ada asas pengetahuan dalam pasaran atau mereka yang terdiri daripada golongan profesional sahaja?

"Tidak. Sesiapapun boleh terlibat tidak kira apa jenis pekerjaan atau latar belakang sekalipun kerana keutamaan adalah pengetahuan. Petani juga boleh buat.

"Yang penting adalah kemahuan, ada masa untuk belajar dan melakukan dagangan serta modal untuk diperdagangkan," katanya.

Adam berkata, dia dan peserta taklimat lain dipesan berkali-kali oleh penganjur bahawa Online Forex bukan satu skim cepat kaya kerana ia tidak menjanjikan pulangan lumayan semata-mata kerana risiko dan rugi tetap ada.

"Ramai yang melihat ia sebagai lubuk duit namun harus diingatkan takkan dengan modal hanya RM100 tetapi mahu dapat untung RM100 juta?

"Semuanya dalam Online Forex masih berasaskan logik, jika nak dapat RM100 juta sudah tentu kena laburkan RM10 juta. Tiada keuntungan luar biasa," katanya.

Juliana Evans Akui Zizan Lelaki Idaman

Posted: 06 Dec 2010 04:20 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julia Evans,21, atau Jue (gambar) mengaku mempunyai keserasian dengan bekas peserta Raja Lawak, Zizan,26, yang dikenalinya selepas digandingkan bersama dalam filem Hantu Bonceng bulan lalu.

Malah kata Jue, Zizan juga menepati kriteria lelaki idamannya selama ini tetapi sayang sekali hatinya masih belum terbuka untuk menerima Zizan sebagai seorang kekasih buat sementara waktu.

"Saya memang selesa berkawan dengan Zizan kerana dia kelakar dan matang. Keserasian antara kami mula terbina sejak membintangi filem Hantu Bonceng.

"Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula," katanya yang ingin memberi tumpuan kepada pengajian dan karier terlebih dahulu.

Menurut Jue, hatinya masih tertutup untuk menerima lelaki buat masa ini kerana luka akibat kekecewaan cintanya dengan Sam, penyanyi kumpulan Bunkface masih belum lagi terubat selain meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadanya.

Justeru, pada fasa ini dia lebih senang untuk berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki daripada menjalin hubungan yang serius dengan mereka.

"Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun.

"Adalah lebih baik jika saya buka peluang untuk berkawan dengan ramai orang daripada membataskan pilihan dengan satu atau dua lelaki saja.

"Namun itu bukan bermakna saya mudah untuk bergaul bebas dengan mana-mana lelaki tanpa batasan. Cuma, saya lebih senang membuatkan pilihan lebih terbuka pada waktu ini," katanya.

Baru-baru ini, pasangan pengacara itu dilihat mesra bersama ketika menghadiri Anugerah Shout 2010 (Shout Awards 2010) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 20 November lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya mereka bercinta.

Bank Negara: Online Forex Satu Kesalahan

Posted: 06 Dec 2010 04:18 PM PST

Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram.

MANA-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Mingguan mStar berhubung aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex. "Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.

"Online Forex berisiko kerana pelabur akan diperdaya dan wang pelaburan hasil simpanan atau pinjaman bank dilesapkan oleh penganjur," kata BNM.

Sehubungan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam dan luar negara.

Kebiasaan modus operandi program berkenaan menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan pelabur sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk.

"Syarikat terbabit kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara.

"Mereka juga menyediakan akses mudah kepada laman web dan kemudahan lain bagi memudahkan pelabur menjalankan urus niaga Online Forex," kata BNM.

BNM berkata, ini termasuk situasi di mana pelabur dikehendaki menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi urus niaga dan kemudiannya menambah pelaburan permulaan atau panggilan margin bagi mengelakkan kehilangan modal.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Online Forex mencurigakan perlu melaporkan perkara terbabit kepada BNM," jelas BNM.

Saluran aduan kepada BNM boleh menghubungi 1-300-88-5465 atau faks ke 03-21741515 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888: BNM TANYA (laporan/pertanyaan) atau emelkan ke bnmtelelink@bnm.gov.my.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang selain daripada peniaga berdaftar.

Di bawah Akta itu turut menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman web BNM iaitu http://www.bnm.gov.my.

98 Adegan Awan Dania 3 Di Australia

Posted: 06 Dec 2010 04:16 PM PST

Scha Al-Yahya dan Zed Zaidi.

AWAN Dania musim ke tiga (Awan Dania 3) yang sebelum ini menjadikan Korea sebagai lokasi penggambaran diteruskan apabila Perth, Australia dipilih sebagai destinasi berikutnya bagi memperhebatkan pembikinan drama tersebut.

Penggambaran yang diadakan pada hujung November lalu diatur dengan padat melibatkan kru serta barisan pelakon hebat iaitu Scha Al-Yahya, Jehan Miskin, Gambit dan Zed Zaidi.

Mingguan mStar yang berkesempatan menyertai penggambaran selama dua hari bermula 21 November itu menyaksikan adegan-adegan menarik yang dilakonkan di Kings Park.

Satu per satu adegan yang dirakamkan tidak perlu mengambil masa lama kerana kemampuan pelakon membawa watak mereka dengan berkesan sehingga memudahkan penggambaran dijalankan termasuklah apatah lagi dengan bantuan pihak agensi pelancongan di Australia.

Salah satu adegan Scha dengan Gambit.

Antara babak yang sempat disaksikan Mingguan mStar semasa penggambaran di Kings Park melibatkan Dania lakonan aktres Scha Al-Yahya manakala Zed Zaidi selaku Kapten Iman.

Selain itu, babak di Hay Street dan Murray Street pula melibatkan Gambit Saifullah yang memegang watak Akmal Tan Sri Akbar dan juga Scha.

Agak sukar menceritakan adegan yang dilakonkan itu kerana pengarahnya, Dinesh Samby gemar merakamkan sedikit demi sedikit paparan melibatkan lokasi yang berlainan.

Bagaimanapun pelakon dan kru bernasib baik kerana bas pelancongan yang disediakan membantu membawa mereka untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Untuk adegan di Perth itu, ia mengisahkan Kapten Iman yang bekerja sebagai juruterbang penerbangan komersial telah menaruh minat untuk memikat Dania. Namun Dania selesa menganggap Iman sebagai kawan. Dalam menghadapi konflik cinta tiga segi itu, Akmal, seorang lelaki kasanova yang selama ini mempunyai persepsi buruk terhadap Dania berusaha untuk memenangi hati wanita itu.

Aksi Scha sebagai Dania.

Dinesh selaku pengarah drama itu mengakui Awan Dania 3 menghidangkan jalan cerita yang agak klise dan tidak lari dari jalan cerita yang pernah ditonton dalam siri-siri sebelum ini.

Ini kerana, ia masih mengekalkan konflik melibatkan cinta tiga segi antara Dania, Akmal dan Benjy (Jehan Miskin). Lantas, sebab itu lokasi penggambaran di luar negara dirasakan sebagai salah satu kelainan bagi menyampaikan latar belakang cerita dunia pramugari Dania itu.

Kata Dinesh, sebanyak 70 peratus penggambaran dilakukan di luar Malaysia manakala 98 adegan yang terdapat di dalamnya merangkumi semua lokasi di Perth.

"Dengan sokongan pihak pelancongan di Perth, kami berjaya mendapatkan bantuan untuk menjalani penggambaran di semua tempat di Perth," kata Dinesh yang melakukan penggambaran di negara itu pada 20 November sehingga 29 November lalu.

Selain Australia dan Korea, penggambaran drama itu dijangka akan dilakukan di Jordan selepas ini.

Zed Zaidi memegang watak sebagai Kapten Iman.

Cuba mendalami teknik sinematografi yang cuba diterapkan oleh Dinesh dalam Awan Dania 3, diakui pengarah itu seorang yang cerewet dan teliti apabila dia lebih menekankan teknik photo frames kerana dia mahu semua perkara yang hendak disampaikan terdapat dalam satu frame.

"Jadi, kami tidak menggunakan banyak troli kerana hendak mengekalkan momentum penyampaian cerita itu. Ini kerana drama ini menggabungkan lakonan, dialog dan framing," tambahnya.

Selain Kings Park, Hay Street dan Murray Street, Awan Dania 3 turut menjalani penggambaran di London Court, Esplanade River Suites, Old Fire Station, Old Perth Jetty, Bell Tower, Perth International Airport, Caversham Wildlife Park, Esplanade Hotel Fremantle, Fremantle Streets, Cottesloe Beach, The Rocks Albany, Albany Town Centre dan Mandurah Ferry Cruises.

Drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Dania, seorang wanita lasak dan cekal. Walaupun begitu, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Musim kali ini menyaksikan lembaran baru dalam hidup Dania yang kini berkhidmat sebagai pramugari eksekutif di Syarikat Penerbangan D'nest.

Jurukamera mencari posisi menarik.

Di sinilah bermulanya cabaran baru dalam hidup Dania yang terpaksa ditempuhi untuk membuktikan bahawa dirinya layak menggalas tanggung jawab tersebut walaupun mempunyai pengalaman yang cetek dalam menjalankan tugas sebagai kru kabin kelas pertama.

Bagi Scha, pengalaman berlakon di luar negara untuk drama musim ketiga ini memberikan keseronokan berganda lebih-lebih lagi dia dapat menaiki jet peribadi mewah yang hanya boleh memuatkan tidak lebih dari 10 orang.

Sementara itu, Gambit yang pertama kali terlibat dalam drama ini akui tertarik dengan tawaran karakter yang bagus dan penggambaran yang banyak dilakukan di luar negara.

Sama seperti Scha, dia yang pertama kali mengunjungi Perth merasakan pengalaman berlakon di tempat orang sebagai suatu pengalaman berharga yang akan dikenang sampai bila-bila.

Dia yang pertama kali berlakon sebagai pasangan Scha juga berkata tidak kekok untuk mendapatkan keserasian dengan wanita itu kerana mereka sudah lama kenal dan berkawan antara satu sama lain.

Pelakon dan tenaga produksi semasa penggambaran Awan Dania 3 di Perth, Australia.

Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata dia perlu mengembangkan dialog sendiri agar bersesuaian dengan karakternya yang periang, nakal dan suka mengambil berat.

Penonton boleh menyaksikan Awan Dania 3 pada setiap Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

'RM30,000 Bukan Duit Ayah' - Dafi

Posted: 06 Dec 2010 04:15 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 22, menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya dia menggunakan wang bapanya sebanyak RM30,000 bagi membuka syarikat pengurusan artis dan acara, Laugh Out Loud Entertainment.

Dafi yang juga anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, wang tersebut adalah hasil simpanannya sejak bergelar artis.

"Saya tahu ramai yang menyangka saya membuka syarikat menggunakan wang bapa saya tetapi sebenarnya tidak. Duit itu adalah hasil titik peluh saya yang saya kumpulkan sekian lama sejak bergelar artis," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan untuk syarikat itu.

Katanya, jika wang itu hasil pemberian ayahnya, tentu sekali jumlahnya melebihi daripada jumlah itu.

Ujar Dafi, bapanya sendiri tidak tahu perancangan membuka syarikat itu sehinggalah apabila segala urusan syarikat tersebut siap.

"Memang saya ingin berdikari dan barulah kita boleh tahu erti susah dan senang cari duit. Dulu pun selepas tamat SPM (Sijil Penilaian Malaysia), saya bekerja sebagai jurujual di sebuah butik terkenal.

"Sebenarnya bapa saya tak tahu pun yang saya nak buka syarikat, sampailah bila semua siap, baru saya memberitahunya," katanya yang membuka syarikat tersebut bersama rakan kongsinya.

Menurut Dafi, syarikat berkenaan bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya selain bertindak sebagai syarikat pengurusan acara.

Justeru itu, untuk permulaan, Dafi akan menganjurkan majlis hari jadinya yang ke-22 bertemakan 'Masquerade' pada 14 Disember ini yang akan diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.

"Selain menganjurkan majlis, saya kini sedang menyiapkan sebuah album kedua yang berkonsepkan muzik pop. Bagi lagu pertama, ia masih dalam proses pembikinan di mana ia dihasilkan oleh Omar K dan Zell.

"Saya juga sedang mempelajari menulis lirik daripada orang yang berpengalaman. Saya harap perjalanan perniagaan saya ini berjalan dengan baik," ujar Dafi.

Ning Tolak Selesai Saman Luar Mahkamah

Posted: 06 Dec 2010 04:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Ning Baizura Hamzah,35, enggan menyelesaikan kes saman RM1 juta yang difailkan oleh seorang penerbit dan pengurus warga Itali bernama Luigi Bajona secara baik di luar mahkamah.

Menurut Ning, selepas menfailkan saman malu pada 7 Julai 2009, Luigi telah menawarkan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah iaitu dengan meminta Ning agar meminta maaf secara terbuka kepadanya.

Namun begitu, penyanyi itu menolak dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh Luigi terhadapnya tidak munasabah.

"Kes ini belum dibicarakan lagi, pada saya apa yang dibuat itu kelakar dan tidak masuk akal. Mungkin juga mahkamah akan menolak kes ini sebab tiada bukti yang kukuh.

"Dia ada menawarkan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan meminta saya mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka tetapi saya menolak kerana ia bukan salah saya," ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Album Langkah... Nubhan, di sini.

Menurut Ning, tindakan bekas pengurusnya itu adalah untuk menuntut ganti rugi terhadap perlaburannya album East To West yang mencecah RM1 juta.

"Dia banyak kali cuba untuk saman saya. Motif sebenar dia mungkin untuk dapatkan semula duit pelaburan untuk album berkenaan.

"Dia mendakwa saya telah menyebabkan kerugian kepadanya dan memalukan dia di laman sosial Facebook saya, sedangkan saya tidak menulis namanya atau apa-apa berkaitan dengan dirinya," ujar Ning.

Tambah Ning, dia tidak gentar untuk berhadapan dengan bekas pengurusnya itu.

"Saya tidak takut untuk berhadapan dengannya kerana ini bukan salah saya. Saya rasa kes ini sebagai memalukan. Walaupun tidak menjejaskan saya tetapi telah membazir masa dan duit saya terhadap kos," katanya.

Ana Raffali & Monoloque Bikin 'Analoque'

Posted: 06 Dec 2010 04:13 PM PST

Ana Raffali bersama kumpulan Monoloque pertama kali menjayakan konsert di IB.

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, Ana Raffali dan kumpulan Monoloque bergandingan mengadakan Konsert 'Analoque' pada 19 Disember ini di Lambang Sari, Istana Budaya.

Konsert yang dianjurkan oleh Glam Rok Enterprise dan YB Pictures itu akan bertemakan persembahan secara akustik dan santai.

Menurut vokalis kumpulan Monoloque, Loque, sebanyak 30 buah lagu akan dipersembahkan dimana kumpulannya dan Ana masing-masing akan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu dan 3 buah lagu duet.

"Kami gembira kerana diberi peluang mengadakan konsert bersama Ana buat pertama kali dan saya percaya kami akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Bagi lagu duet, saya dan Ana akan membawakan lagu berjudul Kekanda Adinda, Kalau Berpacaran dan sebuah lagu duet baru.

"Bagaimanapun, saya tidak akan membuat persembahan 'gila-gila' seperti biasa kerana menghormati IB dan telah pun meminta para peminat awal-awal untuk mengenakan pakaiaan yang sopan," katanya yang akan menghasilkan sebuah lagi lagu duet bersama Atilia berjudul Doa Buat Kekasih.

Sementara itu, beritahu Ana pula dia teruja dengan 'Analoque' kerana ini merupakan kali pertama dia diberi peluang untuk mengadakan persembahan di tempat gah bersama penyanyi yang dikagumi dalam muzik indie.

Ana raffali dan Loque

"Konsert ini merupakan satu penghormatan buat saya dan pastinya saya akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Kalau nak tahu, membuat persembahan di pentas IB merupakan cita-cita saya masa kecil dan kiranya angan-angan saya menjadi kenyataan walaupun membuat persembahan nyanyian.

"Pada konsert tersebut saya akan membawa band saya iaitu The Marhaens dan akan menyanyikan kesemua lagu dalam album pertama saya seperti Tolong Ingatkan Aku, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Ketika Aku Kecil dan Biarkan Kau Terlepas," katanya.

Konsert Analoque akan diadakan pada dua sesi iaitu pukul 3 hingga 5 petang dan 8.45 hingga 10.45 malam.

Tiket yang berharga RM59 boleh dibeli di kaunter tiket Boxoffice IB atau boleh layari laman web www.ticket2u.biz atau hubungi nombor telefon 03-41478600.

TV Al-Hijrah Luaskan Medium Dakwah Baru

Posted: 06 Dec 2010 04:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Kehadiran TV Al Hijrah, stesen televisyen berunsurkan nilai Islam yang pertama di Malaysia, akan memperluaskan lagi medium dakwah baru yang selari dengan keperluan masa kini, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pengelola stesen itu.

Stesen itu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa sempena sambutan Maal Hijrah seharusnya membuka lebih peluang kepada karyawan, seniman dan pengiat seni tanah air, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Harapan Jakim, dengan kerjasama semua pihak dan penglibatan aktif para pendakwah dan penggiat seni, stesen ini akan muncul sebagai sebuah stesen penyiaran Islam terulung di rantau ini," katanya.

TV Al Hijrah boleh diikuti di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).

Wan Mohamad berkata perancangan yang baik dalam memanfaatkan stesen itu mampu memberi kesan dakwah yang besar kepada masyarakat global sekaligus membuka persaingan sihat dalam kalangan media di dalam negara dan menjadi contoh di rantau ini.

"Jakim juga berpandangan pengendali stesen-stesen televisyen dan pihak media di negara ini tidak harus memandang ringan terhadap kuasa penonton yang mampu mempengaruhi kerancakan pasaran dunia penyiaran," katanya.

Wan Mohamad berkata sejak akhir-akhir ini, sensitiviti penonton terhadap genre rancangan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama Islam merupakan petanda bahawa penonton di Malaysia bukanlah mudah disogok dengan bahan-bahan yang tidak berfaedah dan melalaikan.

"Oleh yang demikian, pengendali stesen penyiaran dan penerbit-penerbit rancangan tidak boleh menganggap bahawa hanya rancangan dari barat sahaja mempunyai kualiti dan harus menjadi tanda aras dalam pembikinan rancangan," katanya.

Wan Mohamad berkata TV Al Hijrah akan mengetengahkan imej bercirikan Islam dan mampu menjadi penanda aras sebuah stesen televisyen yang unggul di Malaysia dan rantau ini.

Jay Park Beri Persembahan Bertenaga

Posted: 06 Dec 2010 04:12 PM PST

KUALA LUMPUR:Kira-kira 200 peminat penyanyi dari Korea Selatan, Jay Park atau Park Jaeboom menyaksikan persembahan artis itu dalam siri jelajah Jay Park Fan Meet Tour Live in Malaysia di Berjaya Hotel, di sini, Sabtu.

Dalam persembahan selama 90 minit itu, penyanyi berusia 23 tahun tersebut telah menyampaikan sembilan buah lagu popular antaranya Nothing On u, Demon, Aom Mix, Just One Life, It's Me, Doin Good, Speechless, Down & U got it Bad dan Bestie.

Menurut Jay Park, siri jelajah konsert di Malaysia ini adalah selepas siri sebelumnya di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan Thailand yang mendapat sambutan mengalakkan.

"Saya tidak menjangkakan sambutan sangat memberangsangkan di sini. Sebelum ini saya tidak pernah mendengar tentang Malaysia dan tidak menyangka ramai peminat.

"Peminat di sini sangat mesra dan bertenaga. Mereka turut sama menyanyi dan menari ketika saya membuat persembahan," ujarnya yang popular dengan lagu Nothing on You versi Korea.

Jay Park juga merupakan seorang penari, penyanyi, penulis lirik dan juga pelakon. Dia juga merupakan ahli Bboy dan krew bagi Art of Movement (AOM) dan bekas ketua kumpulan 2pm.

Kini Jay Park sedang berusaha meluaskan keriernya di peringkat antarabangsa.

Sepanjang persembahan tersebut, para penonton kelihatan terhibur dan turut sama memberi semangat tanda sokongan kepada penyanyi berkenaan.

Mereka turut menyanyi dan menari bersama-sama Jay Park sehingga lagu terakhir.

Dunia Salji Lebih Realistik Di Snow Walk

Posted: 06 Dec 2010 04:11 PM PST

Eu Hong Chew (kiri) dan Ki-Choon Lee (kanan) memerhatikan pengukir ais Harbin, Sing Chea Fong mengukir pagar ais untuk Pusat Budaya Zodiak di Snow Walk, I-City.

SELAGI bumi Malaysia yang dipijak, maka mustahil untuk kita merasa kesejukan suhu di bawah takat beku apatah lagi mendapat peluang bermain salji.

Andai tidak terbang ke negara-negara Eropah yang cukup terkenal dengan timbunan saljinya, simpan sahaja angan-angan untuk menyentuh salji dan merasai pengalaman bersejuk bersama ahli keluarga atau teman-teman.

Sedang salji asyik meruntuh apabila tiba musimnya di negara-negara seperti Switzerland, Jepun atau Rusia pada zaman moden hari ini, sebenarnya kita tidak lagi perlu bimbang atau berkira-kira untuk menempah tiket ke sana semata-mata untuk melihat salji.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah berkunjung ke bandar digital i-City di Shah Alam, membayar sejumlah wang yang tentunya lebih murah berbanding kos penerbangan ke negara-negara bersalji, seterusnya merasai sendiri nikmat bergembira di Snow Walk, sebuah taman tema salji yang akan dibuka tidak lama lagi.

Di kawasan seluas 50,000 kaki persegi yang bakal dipenuhi salji memutih, teknologi akan menjadikan Snow Walk sebagai taman tema salji terunggul yang menawarkan keriangan kepada pengunjungnya.

"Teknologi kini membolehkan rakyat Malaysia melihat runtuhan salji, menyentuhnya dan bermain-main di kawasan bersalji tanpa perlu berkunjung ke luar negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew kepada Mingguan mStar.

Pengukir ais dari Harbin, sedang menjalankan kerja-kerja mengukir di pusat budaya zodiak di Snow Walk.

Menurut Hong Chew, Snow Walk yang dijangka dibuka kepada orang ramai pada Januari ini tidak hanya gah dengan kawasan luas tetapi turut unik kerana menggunakan teknologi dari Korea dan tenaga pakar dari China.

"Teknologi pembuatan salji tiruan dari Korea bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung terutama yang belum pernah melihat dan menyentuh salji.

"Kita juga menjemput pasukan pengukir ais dari China untuk menghasilkan ukiran-ukiran unik untuk tatapan rakyat Malaysia," katanya yang optimis dengan sambutan orang ramai terhadap projek ini kelak.

Snow Walk yang telah 30 peratus siap dibina membolehkan orang ramai meneroka 'dunia bersalji', melakukan aktiviti tertentu dan melihat pameran ukiran ais.

Pencahayaan dan kesan khas yang diguna pakai untuk projek ini menjadikan dunia salji ciptaan manusia tampil realistik.

Selain memberikan keriangan, taman tema yang melibatkan pelauran bernilai RM10 juta itu juga mampu menjadi lokasi untuk membuka minda dan memberi pengetahuan baru terutama kepada pelajar.

Salji dari Korea

SAMA sekali berbeza dengan salji tiruan yang mungkin pernah dirasai sebelum ini, salji yang menyelubungi Snow Walk dikatakan 90 peratus menyamai salji semulajadi.

Hal ini diakui Pengarah Syarikat BK Korea, Ki-Choon Lee yang baru-baru ini terbang ke Malaysia untuk meninjau kawasan Snow Walk yang sedang dalam proses pembikinan.

Melihat kawasan Snow Walk dan progres pembinaannya beliau berpuas hati dan akan datang semula untuk proses pemasangan mesin.

Snow Walk yang sedang dalam pembinaan dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada Januari depan.

"Saya mendapati i-City begitu indah dengan lampu-lampunya dan menjadi salah satu lokasi menarik di dunia.

"Seharusnya anda perlu melawat kedua-duanya, i-City dan Snow Walk apabila ia dibuka nanti," katanya.

Pemilik syarikat pengeluar mesin salji terkemuka dunia itu berkata, bagi merealisasikan impian rakyat negara ini secara khususnya yang belum pernah bermain salji, sebanyak tiga buah mesin akan dibawa masuk.

Mesin yang telah dipatenkan atas nama syarikatnya itu mampu menghasilkan 1.2 hingga 1.5 tan salji segera dalam sehari.

"Tidak seperti salji tiruan yang pernah anda lihat di tempat lain, salji ini lebih halus, lembut dan ringan," katanya sambil memberitahu salji bertekstur kasar dan keras lebih sesuai untuk permainan luncur salji.

Lee Choon yang berpengalaman dalam bidang ini selama 13 tahun sebelum ini pernah membawa masuk salji buatan syarikatnya ke Vietnam, Filipina, Singapura, Indonesia, Dubai, Afrika Selatan, Brazil dan Thailand.

Beliau mendapat ilham untuk mempelopori bidang ini selepas melihat sejenis makanan yang diperbuat daripada ais yang dikisar ketika melawat Filipina 13 tahun dulu.

Ukiran ais mengagumkan

TIDAK cukup dengan timbunan salji dan salji yang runtuh lalu menyentuh kulit pengunjung Snow Walk, pameran ukiran ais juga bakal membuatkan pengunjung kagum.

Ukiran ais pelbagai bentuk ini mendapat sentuhan kreatif pasukan pengukir ais dari Harbin, China yang 'berkampung' di Malaysia selama dua bulan.

Salah satu ukiran ais yang dijangka menarik perhatian pengunjung.

Pasukan pengukir seramai 30 orang itu kini sedang giat menjalankan kerja-kerja mengukir di Snow walk.

Seorang pengukir ais sepenuh masa, Sing Xie Fung berkata ukiran ais yang sarat dengan kesenian ini dapat dilaksanakan dengan kemajuan teknologi masa kini.

"Ukiran tak tahan lama jika suhu sejuk tidak dikekalkan. Teknologi yang ada mampu mencetuskan suhu sehingga -5 darjah celcius," katanya yang berpengalaman mengukir selama 17 tahun.

Menerusi projek ini, beliau dan rakan-rakanya akan menghasilkan ukiran yang dicipta khas untuk pengunjung Snow Walk.

"Kami perlu mengangkat tema seni dan budaya masyarakat Malaysia dalam menghasilkan ukiran. Antara ukiran yang telah siap termasuklah ukiran berbentuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC), bentuk haiwan dan banyak lagi," katanya.

Suka Duka Misi Menyelamat Di Kepulauan Mentawai

Posted: 06 Dec 2010 04:09 PM PST

Kampung Bosua yang musnah dilanda tsunami pada 25 Oktober 2010.

PENGALAMAN menunggu selama lima hari oleh rombongan bantuan kemanusiaan Mercy Malaysia (misi kedua) untuk tiba di Kepulauan Mentawai, Indonesia yang dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu merupakan detik yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh para sukarelawan Malaysia.

Gempa bumi yang direkodkan pada skala Ritcher 7.7 sudah cukup untuk melakukan kemusnahan yang tidak terimaginasikan oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada kita rakyat Malaysia yang tidak pernah ada pengalaman melalui detik-detik cemas seperti mana yang telah dirasai oleh rakyat negara jiran kita, Indonesia.

Keadaan Desa Bosua dilihat seperti padang jarak padang terkukur selepas dilanda tsunami, 25 Oktober 2010.

Difahamkan 400 mangsa dari 150 perkampungan hilang dalam kejadian gempa bumi selama 10 minit pada hari kejadian.

Bagi mereka yang lemah semangat, langkah paling mudah ialah berpatah balik lebih-lebih lagi, kehadiran para sukarelawan kita seolah-olah terasa seperti tidak dihargai.

Apatah lagi setelah berdepan dengan pelbagai halangan mereka perlu terlebih dahulu berdepan dengan masalah termasuklah menunggu sehingga lima hari sebelum dapat tiba di kepulauan berkenaan.

Sebuah rumah di Kampung Tumalai ranap menyembah bumi ekoran dilanda tsunami, 25 Oktober lalu.

Namun para sukarelawan Malaysia tekad meneruskan langkah pertama yang mereka lakukan ketika meninggalkan tanah air dalam misi tersebut.

Segala aral melintang dijadikan pembakar semangat seorang doktor sukarelawan, Profesor Madya Dr Mohammad Iqbal Omar atau Ye Htut.

Beliau bersama seorang pembantu perubatan, Chee Fook Wah dan empat anggota perubatan menyertai rombongan kemanusiaan itu di bawah naungan Mercy Malaysia dari 31 Oktober lalu sehingga 7 November.

Perjalanan mereka bermula apabila tiba di Padang beberapa hari lebih awal untuk membuat penilaian ke atas bantuan yang diperlukan.

Peta menunjukkan Kepulauan Mentawai, Indonesia.

Dari Padang, mereka perlu bertolak ke Kepulauan Mentawai iaitu tempat kejadian. Mereka yang hendak ke Kepulauan Mentawai harus menggunakan Pelabuhan Sikakap yang menghubungkan Padang ke Pulau Pagai.

Perjalanan bot ke situ memakan masa selama 12 jam jika laut bergelora atau satu setengah jam jika menggunakan helikopter.

AHAD (31 OKTOBER) - Hari Pertama:

Rombongan Mercy Malaysia sepatutnya menaiki kapal milik Port Authority Naval Sea kira-kira pukul 10 malam. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan orang asing menaikinya.

Ekoran itu, para sukarelawan Malaysia terpaksa berpatah balik ke hotel di Padang. Mereka mendapat tahu terdapat helikopter ke pulau berkenaan pada keesokan harinya.

ISNIN (1 NOVEMBER) - Hari Kedua:

Pada 6.30 pagi Isnin, mereka pergi ke hangar milik polis dan tentera dan menunggu selama hampir tiga jam. Sekali lagi, cuaca yang tidak menentu menghalang usaha mereka ke situ.

"Cuaca sukar diramalkan di sini. Hujan boleh turun dengan lebat untuk setengah jam dan kering setengah jam kemudiannya," kata Dr Mohammad Iqbal.

Misi untuk ke Kepulauan Mentawai terkandas untuk kali yang keduanya.

SELASA (2 NOVEMBER) - Hari Ketiga:

Jelas beliau, perkhidmatan feri antara laluan Sikakap dan Padang memang disediakan, tetapi semua tempat duduk telahpun ditempah. Maklumlah ia adalah bot komersial yang lebih mementingkan keuntungan. "Kami kerap menerima mesej Mercy Malaysia misi pertama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu mereka memerlukan pertolongan kami," katanya.

Sebelum kedatangan mereka, satu rombongan Mercy Malaysia misi pertama telah pun dihantar ke situ. Mereka terdiri daripada dua wakil Mercy Malaysia dan dibantu lima penuntut perubatan yang belajar di Indonesia.

RABU (3 NOVEMBER) - Hari Keempat:

Masa terus berlalu begitu sahaja. Pada Rabu, mereka dimaklumkan helikopter dibenarkan berlepas.

"Alangkah kecewanya saya apabila Gabenor serta pihak tentera secara diplomatiknya memberitahu kami, helikopter tidak mempunyai ruang untuk membawa penumpang," katanya dengan nada kecewa.

Dr Mohammad Iqbal tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana misi mereka adalah untuk melakukan kerja-kerja kesukarelawan di pulau berkenaan tetapi mereka masih tidak dapat bertolak ke lokasi bencana alam walaupun telah menanti selama empat hari.

KHAMIS (4 NOVEMBER) - Hari Kelima:

Keesokannya, mereka pergi ke lapangan terbang persendirian Minangkabau (dan tunggu dari pagi hingga tengah hari).

"Pada lebih kurang jam 8 pagi, ramai orang kenamaan (VIP) yang tiba hadir. Mereka juga ingin bertolak ke Kepulauan Mentawai. Sekali lagi kami dihampakan kerana tiada ruang untuk kami.

Sukarelawan dari Mercy Malaysia misi kedua ketika menaiki kapal navigasi yang belayar dari Sikakap ke Kepulauan Mentawai.

"Kami tinggalkan hangar dan bergegas ke Pelabuhan Sikakap kerana kononnya ada kapal navigasi ke situ," ujarnya.

Akhirnya rombongan Mercy Malaysia misi berjaya menaiki kapal tersebut pada jam 2.30 petang dan sampai di Kepulauan Mentawai menjelang 12.30 tengah malam.

Kapal tersebut dilabuhkan di lautan dan para penumpang perlu menggunakan bot laju mudah alih ke persisiran pantai.

Kerana kepekatan malam, mereka mengambil keputusan untuk memulakan misi apabila fajar menyingsing.

Kumpulan Mercy Malaysia misi kedua seterusnya bergabung dengan kumpulan Mercy misi pertama yang berpangkalankan sebuah bot sewa.

Ketika itu, tiga penuntut perubatan terpaksa pulang kerana perlu meneruskan pengajian mereka di universiti.

Ini bermakna tinggal lima sukarelawan dari misi pertama dan enam sukarelawan dari misi kedua meneruskan usaha Mercy Malaysia.

Sukarelawan Mercy Malaysia di atas kapal Arimbi yang disewa.

BOT 'RUMAH'

Dr Mohammad Iqbal dan lain-lain sukarelawan menjadikan bot itu sebagai tempat penginapan pada waktu malam.

Bot tersebut disewa selama sepuluh hari untuk misi menghantar bantuan kemanusiaan.Di situlah mereka makan, tidur dan mandi.

Menurut beliau, bot tersebut yang disewa untuk tempoh 10 hari itu memiliki catuan makanan untuk 14 penumpang termasuk kru.

Katanya, semua penumpang makan sayur-sayuran, telur, ikan sardin, mi segera dan nasi semasa berada di atas kapal tersebut.

"Makanan mentah disimpan dalam peti sejuk. Kami minum air botol mineral. Dalam keadaan 'darurat' sedemikian, kami hanya mandi sekali dalam sehari. Itupun air hujan yang disimpan. Air hujan juga digunakan untuk membersihkan tandas selepas digunakan," katanya.

JUMAAT (5 NOVEMBER) - Hari Keenam:

Destinasi pertama ialah Desa Maonai di Pulau Pagai di utara Kepulauan Mentawai. Ahli-ahli sukarelawan Malaysia memberikan rawatan perubatan kepada kira-kira 20 mangsa bencana alam dari 9 pagi hingga 2 petang. Kira-kira tujuh sukarelawan bekerja dalam setiap operasi.

Sukarelawan Mercy Malaysia menaiki bot ke kampung yang dilanda tsunami untuk memberikan bantuan perubatan.

"Kami diberitahu, apabila tsunami menghentam persisiran pantai, ia mengakibatkan lebih 300 orang Mindanao kehilangan tempat tinggal (atau Internally Displaced Person)," kata Dr Mohammad Iqbal.

Pelarian tersebut, kata Dr Mohammad Iqbal, rata-ratanya tidak tercedera ataupun mempunyai masalah serius dan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Tambahnya, kebanyakan mereka lebih memerlukan sokongan psikologi.

Mereka turut memantau sama ada berlaku pemerebakan wabak kerana faktor kebersihan.

SABTU (6 NOVEMBER) - Hari Ketujuh:

Rombongan Mercy Malaysia misi kedua tiba di Batu Monga pada 9 pagi. Oleh kerana sudah terdapat pegawai Indian Red Cross, maka mereka tidak menghabiskan masa terlalu lama di situ.

Mereka bertolak ke Batu Malai dan merupakan pasukan sukarelawan yang pertama tiba di situ tepat pada pukul 12 tengah hari.

Terdapat kira-kira 120 penduduk dari 45 keluarga menetap di situ. Semua rumah ranap kecuali satu bangunan tinggi. Majoriti penduduknya beragama Kristian.

Dr Mohammad Iqbal memberitahu, terdapat satu kematian dan dua kecederaan di perkampungan tersebut akibat tsunami.

Dr Mohammad Iqbal menjalankan satu pembedahan kecil keatas seorang mangsa tsunami pada lututnya yang tercedera.

"Salah seorang daripadanya mengalami jangkitan pada lutut. Kami juga melakukan beberapa pembedahan minor keatas kanak-kanak yang menghidap jangkitan pada kulit selain mengesan beberapa insiden pasca traumatik," ceritanya.

Apa yang paling menyayatkan hati, katanya, ialah seorang wanita menitiskan air mata kegembiraan dengan kehadiran mereka.

"Dia merayu kami menyelamatkan suaminya yang mengalami kecederaan kepala dan dalam koma akibat tsunami tempoh hari. Kami melakukan apa yang terdaya dan menguruskan penghantarannya ke hospital," katanya.

Lelaki tersebut difahamkan sedang mencari rotan bersama dua rakannya ketika tsunami melanda kepulauan itu. Seorang mati manakala seorang lagi cedera.

Dr Mohammad Iqbal merawat seorang bayi di klinik bergerak di Desa Maonai, Pulau Pagai di utara Kepulauan Mentawai.

Dr Mohammad Iqbal dan rakan-rakannya membantu 53 pesakit dari 12 tengah hari hingga 4 petang.

Persinggahan mereka di situ tidaklah terlalu lama kerana laut bergelora pada lewat petang dan ini membahayakan keselamatan.

AHAD (7 NOVEMBER) - Hari Kelapan:

Sebuah klinik bergerak Mercy Malaysia di Kampung Tumalai.

Destinasi terakhir ialah Pulau Sipora. Mereka melawat ke Desa Bosua yang dihuni kira-kira 420 keluarga di bahagian selatan pulau itu dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Dr Mohammad Iqbal berkata, mereka berjaya merawat 55 pesakit dan menjalankan dua pembedahan kecil.

Sementara itu, beliau berkata, pasukan perubatan tidak mengikuti rombongan sukarelawan Mercy ke Desa Kobi Bara untuk menghantar bantuan kemanusiaan.

"Ini kerana sudah ramai sukarelawan dari Persatuan Bulan Sabit Merah, pertubuhan bukan kerajaan dari Australia, dan South Surfer Aid ada di situ," katanya.

Secara keseluruhannya, dari 31 Oktober hingga 7 November, Dr Mohammad Iqbal memberitahu, mereka melawat sembilan kampung, merawat 566 pesakit dan mewujudkan tujuh klinik. Tambahnya, Mercy turut membawa 100 helai selimut, 44 kotak mi segera (Indomie) dan 45 kotak botol air mineral untuk mangsa-mangsa.

Sukarelawan Mercy Malaysia di atas kapal Arimbi yang disewa selama 10 hari untuk misi kemanusian ke Kepulauan Mentawai pada Oktober dan November 2010.

"Kami pulang dengan bot sewa apabila genap sepuluh hari," katanya.

Ditanya apakah pengalaman paling berharga sepanjang berada di situ, Dr Mohammad Iqbal tidak teragak-agak menyatakan ia adalah kasih sayang sesama manusia yang tidak mengenal sempadan.

Beliau bersedia untuk menyahut panggilan Mercy agar dapat menawarkan bantuan kepada sesiapa sahaja dan di mana jua.

Incheon, panorama moden Korea Selatan

Posted: 06 Dec 2010 04:05 PM PST

Daerah Perniagaan Antarabangsa Songdo antara tarikan bandar moden di Incheon.

KOREA Selatan dalam fikiran kita tentu sinonim dengan keunggulan drama bersiri Winter Sonata yang pernah popular sedikit masa dahulu serta kegilaan remaja hari ini dengan kekacakan penyanyi Rain.

Dalam masa yang sama peminat sukan mungkin masih terbayang kejayaan Korea Selatan menjadi tuan rumah ketika menganjurkan Sukan Asia pada tahun 1996 di Seoul dan di Busan enam tahun selepas itu.

Tetapi, jika anda berpeluang menjejakkan kaki ke negara itu hari ini, penerbangan enam jam dengan perkhidmatan AirAsia X sudah cukup membuatkan anda teruja melihat keindahan dari udara tatkala pesawat sedang mencari posisi untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Ini kerana bandar Incheon yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Barat Seoul itu merupakan tarikan terbaru Korea Selatan apabila kerajaan negara itu mahu menjadikannya sebagai bandar teknologi moden menjelang 2020.

Salah satu peralatan perang yang dipamerkan di Dewan Peringatan Perang, Incheon, yang digunakan tentera Korea Selatan pada tahun 1950 ketika menetang Korea Utara.

Mengikut sejarahnya, Incehon yang terletak di pesisir Laut Kuning merupakan lokasi pendaratan tentera Amerika Syarikat ketika perang saudara melibatkan Korea Selatan dengan Korea Utara pada tahun 1950.

Bagaimanapun selepas 60 tahun peristiwa berdarah itu berlalu, Incheon dilihat sebagai destinasi baru tarikan pelancong pada masa akan datang apabila landskap serba moden dengan bangunan pencakar langit dibina.

Dijangka menjelang sukan Asia ke-17 yang akan disambut pada 2014, Korea Selatan yang sekali lagi menjadi tuan rumah akan memperlihatkan bandar moden Incheon itu kepada dunia.

Sekarang usaha membangunkan kawasan itu sedang dilakukan dengan giat.

Bermula dengan jambatan terpanjang (21.38 kilometer) di negara itu dan ketujuh di dunia, Incheon Bridge yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Bandar Antarabangsa Songdho adalah mercu tanda yang cukup unik sebagai laluan pintu masuk ke Korea Selatan.

Ia tidak termasuk bangunan perniagaan yang pesat dibina apabila beberapa projek mega di atas laut yang ditambak turut dibangunkan dalam usaha memperlihatkan limpahan kemewahan negara itu sebelum dunia tertumpu kepada Sukan Asia ke-17 akan datang.

Kata seorang penduduk di daerah itu, berjalan di bandar Incheon tidak perlu gusar kerana tiada orang yang akan merompak walaupun selepas pukul 12 malam. Malah gadis-gadis juga usah khuatir kerana tiada orang yang akan mengganggu mereka.

Jambatan Incheon merupakan jambatan terpanjang di Korea Selatan yang menghubungkan Pulau Yeongjong dan Bandar Antarabangsa Songdo.

Ia memperlihatkan bahawa bandar itu yang mempunyai 2,767,000 kepadatan penduduk dengan keluasan kira-kira 1,010 kilometer persegi termasuk 155 pulau-pulau kecil itu selamat untuk dilawati selain suasananya lebih damai berbanding Seoul yang agak sesak.

Sebelum melangkah kaki ke Seoul, elok rasanya memilih Incheon sebagai lokasi pertama percutian dengan melihat sendiri perancangan moden bandar itu termasuklah berkunjung ke Compact Smart City iaitu sebuah galeri perancangan pembangunan dan Tomorrow City yang menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan, perniagaan dan juga pendidikan moden.

Menaiki teksi air adalah sesuatu kemestian kerana ia mampu membawa orang ramai melihat keindahan bandar perniagaan yang menarik di sebalik bangunan pencakar langit.

Tidak ketinggalan kawasan Chinatown turut mempamerkan keindahan landskap menarik dengan gabungan seni bina 100 tahun lalu dan terkini sepanjang jalan pekan itu.

Pelbagai cenderamata dijual di Chinatown, Incheon.

Sementara itu ketika ketegangan Korea Selatan dan Korea Utara tercetus sejak 23 November lalu, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim berkata, keadaan negara itu masih terkawal dan selamat untuk dilawati asalkan rakyat negara ini tidak berkunjung ke sempadan kedua-dua negara.

Untuk memudahkan percutian, AirAsia X yang memulakan laluan ke negara itu sejak 1 November lalu adalah pilihan terbaik kerana tambang murah dengan pakej Go Holidays yang diperkenalkan mampu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Eksekutif Pemasaran AirAsia X, Mohd. Fairus Abd. Majid berkata, sambutan pelancong negara ini ke Korea Selatan amat menggalakkan dengan jumlah tempahan meningkat secara mendadak selepas diperkenalkan termasuklah kemasukan pelancong negara itu.

"Kami mengjangkakan AirAsia X akan mendapat tempahan menggalakkan untuk penerbangan ke Korea Selatan kerana negara itu merupakan destinasi pilihan yang selamat dan terbaik untuk dilawati," katanya.

Rumpai laut antara makanan yang dijual di pekan Cina, Incheon.

Memperkenalkan pesawat Airbus A330 dengan 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk kelas Premium, AirAsia X menyediakan perjalanan sekali setiap hari bermula pukul 1.55 petang dari Terminal Tambang Murah (LCCT), Kuala Lumpur dan penerbangan pulang pukul 11.20 malam dari Incheon.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemuduhan penerbangan dan pakej menarik boleh lawati www.airasia.com.

Khir Toyo diheret ke mahkamah

Posted: 06 Dec 2010 04:03 PM PST


MOHAMAD KHIR diiringi polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan memiliki dua lot tanah dan banglo secara salah.


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam berhubung tuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini pada harga yang meragukan pada 29 Mei 2007.

Dia didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang dia ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam.

Hartanah itu dibeli daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam. Mohamad Khir dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Di mahkamah yang sama, Shamsuddin turut didakwa mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 165 kanun yang sama kerana bersubahat dengan Mohamad Khir. Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM750,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

PM lancar Talent Corporation

Posted: 06 Dec 2010 04:02 PM PST

PUTRAJAYA - Talent Corporation yang ditubuhkan untuk menarik, memotivasi dan mengekal modal insan berkemahiran akan mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkannya semalam berkata, pas residen akan ditawarkan kepada modal insan berkemahiran tinggi ekspatriat untuk menetap dan bekerja di Malaysia dalam satu tempoh yang lama.

Menurut beliau, pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terpilih pula akan diberi kelonggaran untuk berkhidmat di luar perkhidmatan awam iaitu dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Untuk mencapai hasrat Malaysia menjadi ekonomi yang bertaraf antarabangsa, kita perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata, pemegang biasiswa JPA yang terpilih akan dapat memenuhi ikatan bon masing-masing menerusi pelbagai badan termasuk dalam GLC dan sektor swasta.

Katanya, pertubuhan khususnya yang ada kaitan dengan NKEA dan mekanisme terperinci akan dihasilkan oleh kerajaan tahun depan.

Rugi RM500,000 premis hangus

Posted: 06 Dec 2010 04:01 PM PST


BEGINILAH keadaan sebuah kedai menjual dan membaiki tangki air yang hangus dalam kebakaran di Jalan Padang Lalang, Kuantan semalam.


KUANTAN – Pemilik sebuah kedai menjual dan membaiki tangki air kenderaan terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 apabila premis yang diusahakan sejak lima tahun lalu itu musnah dalam kebakaran di Jalan Padang Lalang di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 2 pagi itu, pemilik kedai terbabit, Chen Wai Foong, 43, berada di rumahnya di Taman Muhibah, Bukit Bay Route di sini. Dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada rakannya.

"Sebaik sahaja tiba di kedai, saya lihat api sudah marak.

"Kebakaran itu menyebabkan saya kerugian RM500,000 apabila semua peralatan hangus," kata Chen Wai ketika ditemui di sini semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia bersama isterinya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan kira-kira pukul 6 pagi semalam.

Warkah Sultan Ismail kepada dunia

Posted: 06 Dec 2010 04:00 PM PST


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Beliau juga mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.

Kenyataan bertarikh 27 November lepas diedarkan oleh Tengku Razaleigh di pejabatnya di sini supaya dapat memberikan gambaran sebenar kedudukan Sultan Ismail Petra.

"Inilah titah beta kepada rakyat Kelantan dan kepada seluruh dunia.

"Peristiwa dan perkembangan sejak mutakhir ini telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap darjat dan taraf diri serta kedudukan beta. Maka dengan ini beta menjelaskan kedudukan sebenar.

"Beta adalah Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim. Ini adalah hak beta menurut perlembagaan dan perjanjian-perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan di bawah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kedudukan beta sebagai Sultan adalah hak peribadi beta untuk menjadi pemerintah dan raja yang berdaulat sehingga akhir hayat beta," kata Sultan Ismail Petra dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu turut tertulis tiada mana-mana pihak dan sesiapa yang boleh mendakwa menjadi Sultan.

Pendidikan seks diajar berasingan mulai 2011

Posted: 06 Dec 2010 04:00 PM PST


PARA pelajar akan mula mengikuti pendidikan seks secara berasingan pada tahun depan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pendidikan seks yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.

"PEERS sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani.

"Bermula tahun 2011 di bawah transformasi KSSR, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya, PEERS akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.

Edar ganja: 3 terlepas tali gantung

Posted: 06 Dec 2010 03:59 PM PST


ABDUL SHUKOR (kiri) ceria di samping salah seorang ahli keluarganya selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar ganja di Ipoh semalam.


IPOH - Tiga jurukimpal terlepas daripada tali gantung selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi disini semalam daripada tuduhan mengedar ganja seberat 13.4 kilogram (kg) kira-kira lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Dr. Hassan Ab. Rahman memerintahkan Shahronizam Mat Yusoff, 36, Zamli Zakaria, 39, dan Abdul Shukor Abdul Hamid, 45, dibebas setelah pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan terhadap fakta pendakwaan.

Hassan berkata, walaupun pada awalnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie tetapi setelah empat saksi pembelaan dipanggil, pihak pendakwaan telah menimbulkan keraguan munasabah.

"Pihak pembelaan secara konsisten meyakinkan mahkamah bahawa barang kes (ganja) yang ditemui dalam serbuan tersebut adalah milik seorang individu bernama Ishak Osman.

"Lompong tersebut bagaimanapun gagal ditangani pihak pendakwaan," jelasnya ketika membaca penghakiman bertulisnya di sini semalam.

Berdasarkan fakta kes, Shahronizam, Zamli dan Abdul Shukor ditahan di tempat letak kereta berhadapan sebuah klinik di Jalan Ria, Parit Buntar dekat sini kira-kira pukul 2 pagi pada 19 Ogos 2005.

Kapal cuba pindah minyak karam

Posted: 06 Dec 2010 03:58 PM PST


KEADAAN kapal Po Lai yang karam semasa cuba memindahkan minyak di Pengerang, Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki karam semasa cuba melakukan pemindahan minyak ke kapal lain berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, berikutan itu sebuah bot laju Maritim Malaysia yang berpengkalan di sini dan sedang meronda di kawasan berhampiran telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 3.6 batu nautika dari selatan Tanjung Ayam.

"Apabila tiba di lokasi itu kira-kira 30 minit kemudian, anggota kami mendapati sebuah kapal tangki karam dengan hanya bahagian hadapan kapal itu masih timbul.

"Siasatan awal mendapati kapal itu, Po Lai didaftarkan di Singapura dengan lima krew dipercayai melakukan pemindahan minyak ke kapal Kam Fong," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

4 kenderaan hangus dijilat api

Posted: 06 Dec 2010 03:58 PM PST


SEORANG anggota bomba melihat keadaan sebuah rumah dan kereta yang musnah dalam kebakaran di Kampung Alma, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Tiga buah kereta dan sebuah motosikal hangus dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kayu dua tingkat di Kampung Alma di sini semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, tiga beradik yang tinggal di rumah berkenaan keluar bekerja sebagai tukang cat di dua buah kedai di sini.

Salah seorang mangsa, Heng Kok Peng, 32, berkata, dia sedih kerana rumah yang telah berusia hampir 30 tahun itu adalah peninggalan nenek mereka.

"Walaupun terkilan kerana kediaman kami musnah tetapi nasib baik tiada sesiapa di dalam rumah semasa kejadian," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kok Peng berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan oleh seorang jirannya.

Tesco labur RM107 juta buka cawangan baru

Posted: 06 Dec 2010 03:57 PM PST


MOHAMAD HASAN bersama Tjeerd Jagen (kiri sekali) melawat ruang niaga pasar raya besar Tesco Extra di Seremban 2 semalam.


SEREMBAN – Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia) melabur RM107 juta untuk pembukaan pasar raya besar terbarunya, Tesco Extra Seremban 2 bagi menyediakan kemudahan membeli-belah yang lebih selesa kepada penduduk di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tjeerd Jagen berkata, pasar raya besar yang telah dibuka sejak 24 November lalu itu adalah untuk menggantikan Tesco Extra yang telah lama beroperasi dan ia terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi sekarang.

"Pasar raya baru ini mempunyai keluasan lebih 15,000 meter persegi dan ia turut memiliki medan selera, pusat permainan kanak-kanak, 90 buah kedai termasuk restoran dan menyediakan lebih 1,000 petak letak kereta bagi kemudahan pengguna.

``Ini adalah cawangan yang ke-36 di negara ini. Bandar ini sangat bermakna bagi Tesco Malaysia memandangkan ia merupakan lokasi pertama Tesco Extra dilahirkan yang mana ia merupakan satu format baru untuk kumpulan Tesco Malaysia di seluruh dunia, katanya pada majlis perasmian Tesco Extra Seremban 2 di sini semalam.

Amer bertemu sekolah baru

Posted: 06 Dec 2010 03:56 PM PST




UJAR si bijak pandai, insan yang berada di tempat nan gelap akan lebih senang melihat cahaya. Buat penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Ruffedge ini, dia sedang berjalan ke arah cahaya itu. Mengiyakan dirinya pernah berada dalam kegelapan, Amer Munawer Yusof mesra dipanggil Amer menilai bahawa pernah alpa dalam meniti kehidupan sebagai insan. Faktor mudah lupa itu dijuruskan kepada kesibukannya yang satu ketika dahulu tidak diketahui hujung pangkalnya.

"Dulu pada satu ketika, bukan main sibuk lagi saya rasakan. Entah daripada mana kesibukan itu, saya pun tidak tahu. Tetapi memang kurang masa dihabiskan untuk diri sendiri dan keluarga. Lama kelamaan saya sendiri menyedari hal itu. Sekarang saya berasa lebih tenang," ungkapnya menilai erti keinsafan yang diperhalusinya satu persatu.

Sedang berjalan perlahan-lahan

Kini dia mengakui sedang berjalan perlahan-lahan meniti kehidupan. Takut dilabel dengan perkataan insaf dan diletakkan persepsi yang pelbagai, Amer lebih senang jika dia diperlihatkan sebagai seseorang yang sedang menerima hidayah Allah.

Hijrah yang sedang berjalan dalam sisi hidupnya diperjelaskan. Pernah bergelar anak seni sewaktu bersama-sama kumpulan terkenal Ruffedge, Amer menerangkan situasi yang sedang dihadapinya dengan lebih jelas supaya tidak disalahertikan.

"Ruffedge adalah sebuah 'sekolah' yang hebat buat saya. Malah saya dan ahli kumpulan yang lain masih berhubung. Bagi saya, saya sudah selesai menjadi graduasi sekolah itu.

"Adat bergelar manusia, inginkan sebuah kehidupan yang lebih baik. Kini saya sedang belajar di sebuah persekolahan yang berbeza. Umpama pergi ke sebuah sekolah yang baru. Itu mungkin transformasi yang saya lalui. Saya bertemu dengan satu perkataan yang membuatkan saya terfikir dan mendalami perkataan tersebut. Magisnya perkataan mahabbah yang bermaksud kasih sayang membuka saya ke arah zon yang lebih tepat," terangnya dalam nada bersembang masih ramah, masih seperti dahulu.


USAI 'belajar' bersama grup Ruffedge, Amer beranggapan dirinya sedang memasuki persekolahan baru yang lebih mengajarnya magis sebuah erti kasih sayang. EP bertajuk Seluruh Mahabbah merupakan tanda hati dirinya untuk peminat-peminat di luar sana.


Saya tanyakan diri seorang lelaki yang sedang melalui perubahan fasa dalam dirinya. Seorang yang sedang merubah analogi kehidupan dengan tenang dan tanpa dipaksa-paksa. Di mana agaknya perkataan mahabbah itu ditemui dan berjaya membuka satu ruang cahaya dalam dirinya?

"Mahabbah atau muhibah itu saya temui sewaktu saya berada di kelas mengaji. Semua orang boleh menjadi baik, kan? Ustaz tempat saya mengaji beri saya kefahaman yang lebih tentang perkataan tersebut. Jelas ia adalah sebuah formula yang mahu saya sebarkan. Kini, saya kenal maksud tersebut," jelasnya yang meletakkan perkataan yang bermaksud kasih sayang tersebut ke dalam sebuah EP terbarunya yang bertajuk Seluruh Mahabbah keluaran Alibi Music.

"Mungkin khalayak memandang saya dengan perbezaan. Muncul dengan sebuah kelainan melalui lagu-lagu yang sedang saya sampaikan kini. Tiga tahun adalah durasi yang saya ambil untuk memahami apa yang sedang saya buat dalam industri seni. Ini adalah maksud seni yang saya cari. Maksud peribadi untuk saya. Sebelum ini sebenarnya saya sudah cenderung kepada lagu-lagu kerohanian. Kini saya sampaikan sendiri dengan cara saya," terangnya mengenai lagu-lagu yang sedang dipromosikan kini.

Rindukan Rasul Allah

EP yang mengandungi dua buah lagu, Seluruh Mahbbah dan Maha Suci Allah dan beserta sebuah 'minus one' Seluruh Mahabbah dihulurkan. Mendengarkan lagu-lagu yang diletakkan sebagai bergenre soul nasyid tersebut, kita sedar Amer sedang menyampaikan sesuatu. Rasa kasih sayang yang ikhlas jelas terpancar daripada vokalnya yang sedap diperdengarkan.


ENGGAN diletakkan sebarang label tentang transformasinya, Amer meletakkan dirinya sebagai seorang yang sedang menerima hidayah daripada Sang pencipta.


"Susunan muzik lagu-lagu tersebut dibikin oleh Ash, ahli grup Bau. Kami mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan konsep, lagu, melodi dan susunan muzik. Rakaman dilakukan pada bulan Syaaban dan proses susunan muzik pula pada bulan Rejab. Akhirnya pada bulan Syawal, EP tersebut siap sepenuhnya

"Melalui lagu Maha Suci Allah, saya berkolaborasi dengan grup Nasyid UNIC. Rezeki saya apabila bertemu mereka sewaktu pelancaran album grup In Team dan mereka mengajak saya untuk bekerjasama dalam sebuah lagu. Maka wujudlah lagu tersebut dan saya teruja dapat berkerja dengan kumpulan yang begitu komited terhadap dunia nasyid," senyum Amer mengiringi penerangannya.

Kerinduan terhadap kekasih Allah, Muhammad SAW disampaikan dengan cara tersendiri. "Ini ekspresi saya dalam melahirkan perasaan sayang kepada Sang Pencipta dan kekasihnya. Semua orang mencari erti kasih sayang dan saya zahirkan dalam single pertama saya. Ini formula yang mahu saya sebarkan," sambungnya yang gembira mengikat tali persahabatan bersama Alibi Music sebagai pengedar. Satu ketika dahulu tidak terlintas difikirannya untuk pergi ke arah komersial, namun dia tidak menolak rezeki yang hadir.

Melalui satu perkataan sahaja yang mengandungi 1001 maksud, Amer sedang bahagia melakari warna perjalanan kehidupannya. Dia mengaku lebih tenang. Mengaku bahawa magis dan hikmah di sebalik kejadian itu berlaku sendiri. Amer Munawer bertemu rahsia kasih sayang yang diterokainya selama ini. Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, dia sedang menyelongkari rahsia bergelar insan berasaskan rasa cinta dan sayang kepada Sang Khalik.

Sajian Maal Hijrah RTM

Posted: 06 Dec 2010 03:55 PM PST

MAAL Hijrah tertulis kemas di dalam lipatan sejarah Islam di mana bermulanya penghijrahan kaum Muslimin dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Perpindahan bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram dan merupakan hari pertama di dalam Takwim Hijrah.

Di sini bermulanya konsep pengorbanan atau perpindahan sewaktu situasi Muslimin Mekah meninggalkan halaman kediaman mereka semata-mata mencari keredaan Allah dengan memulakan kehidupan baru di kawasan yang asing bagi mereka.

Berkat mengharungi dugaan dan cabaran, para Muslimin Mekah dan Madinah akhirnya bersatu membentuk satu pakatan Islam yang hebat berdekad lamanya.

Keindahan Islam yang dibawa lantas telah membangunkan kehidupan Muslimin daripada pelbagai sudut juga kendiri lantas dapat dipraktikkan sehingga zaman teknologi serba canggih kini.

Menyedari keunikan serta konsep yang diamalkan di dalam Islam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyediakan tiga dokumentari khas untuk dipaparkan buat umat Islam sepanjang hari ini, Selasa, 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah di TV1.

Kelebihan sistem pajak gadai Islam yang telah mula diperkenalkan di bank-bank dan institusi-institusi kewangan di Malaysia dipaparkan melalui Dokumentari Khas Maal Hijrah: Ar-Rahnu pada pukul 11.30 pagi.

Rancangan yang diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menerangkan perihal Ar-Rahnu iaitu pajak gadai Islam yang menggabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard. Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Sebuah dokumentari khas yang mengetengahkan Kasih Seorang Rasul bersiaran menjelang pukul 12.05 tengah hari. Rancangan ini akan mengupas keperibadian mulia Nabi Muhammad S.A.W yang perlu menjadi ikutan umat Islam.

Namun, tidak lengkap sekiranya sambutan Maal Hijrah tahun ini tidak diakhiri dengan rancangan yang dapat memberi panduan kehidupan khusus kepada penonton TV1. RTM menyajikan sebuah program khas Maal Hijrah pada pukul 6.30 petang dengan dokumentari khas bertajuk Halal dengan kerjasama oleh pihak Jakim.

Dokumentari ini akan memberi penerangan mengenai produk-produk serta barangan-barangan halal 1Malaysia yang dapat diguna pakai oleh semua golongan masyarakat termasuk bukan Islam.

Selain dokumentari, RTM turut menyajikan telefilem khas bertemakan Maal Hijrah. Menerusi TV2, pada pukul 10 malam, ikuti sebuah telefilem berjudul Tempatkan Dia di Syurga yang berkisar tentang seorang wanita bernama Salmah. Dia terpaksa meringkuk dalam penjara selepas secara tidak sengaja tertikam Zakir ketika bergaduh.

Dua tahun berlalu, Salmah dibebaskan daripada penjara dan mencari anaknya, Saliza yang telah diamanahkan kepada jirannya yang hanya dikenali sebagai Mona.

Hancur luluh hati Salimah mengetahui anaknya telahdiperangkap untuk dijadikan pelacur. Apakah tindakan Salimah untuk mendapatkan anaknya kembali?

Telefilem ini dibintangi Tasha Aziz, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Siti Surya Suryani, Shaharudin Thamby dan Fadilah Mansor.

Sementara itu Rozita Che Wan, Remy Ishak, Sabrina Ali, Rashidah Jaafar, Kismah Johar dan Zaibo muncul menerusi telefilem berjudul Masihkah Ada Sinar pada pukul 2 petang, di saluran TV 2.

Telemovie ini mengisahkan Hawati seorang guru berstatus bujang dan berumur akhir 30-an yang terpaksa menanggung empat orang anak-anak adiknya yang masih bersekolah apabila adiknya menemui ajal bersama suami dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Lebih malang lagi anak saudaranya menghidapi penyakit jantung berlubang. Hawati pula merupakan penyakit kencing manis yang kronik serta tekanan darah rendah.

Kekasihnya, Mazlan juga seorang guru berhasrat melamarnya, namun dihalang ibu Mazlan. Ikuti telefilem yang penuh dengan keinsafan ini.

Aishwarya bantu kakak ipar

Posted: 06 Dec 2010 03:54 PM PST


AISHWARYA RAI


MESKIPUN dikenali sebagai seorang pelakon yang terkenal di seluruh dunia, namun Aishwarya Rai masih sempat untuk meluangkan masa membantu kakak iparnya yang sarat mengandung dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.

Selepas tamat menjalani penggambaran filem The Guzaarish, Aish tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa bersama kakak iparnya, Srima yang juga isteri kepada abangnya, Aditya.

"Sebelum ini saya cukup sibuk dan banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran termasuk di luar negara. Setelah semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berada di samping Srima sehinggalah dia melahirkan anak," ujarnya.

Memandangkan Aishwarya sentiasa menemani kakak iparnya, situasi itu telah menyebabkan dia tidak dapat menyertai sesi promosi filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di seluruh India pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, ada juga khabar angin yang mengatakan pelakon berkenaan kini sedang hamil dan sedang cuba untuk mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang ibu.

Selat Melaka dalam senarai terbaru WikiLeaks

Posted: 06 Dec 2010 03:51 PM PST


GAMBAR menunjukkan beberapa buah kapal di Selat Melaka berhampiran Singapura pada 23 Mac 2008.


WASHINGTON - Laman web WikiLeaks semalam mendedahkan satu senarai rahsia Washington mengenai lokasi-lokasi infrastruktur di seluruh dunia yang boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat (AS) sekiranya diserang pengganas.

Semua prasarana itu melibatkan sejumlah kabel dasar laut, pos komunikasi, pelabuhan, sumber galian firma strategik, laluan perkapalan dan lombong di negara-negara bermula dari Britain hingga ke New Zealand dan merentasi rantau Afrika, Asia Barat serta China.

Senarai itu bermula dengan sebuah janakuasa hidroelektrik di Quebec, Kanada yang dianggap sumber kuasa utama rantau timur laut AS manakala sebuah kilang Siemens di Jerman penting kerana menjadi pembekal bahan kimia utama bagi AS.

Turut dianggap penting oleh Washington dalam senarai WikiLeaks itu termasuk beberapa kilang vaksin penyakit cacar dan anjing gila di Eropah, sebuah kilang penawar bagi bisa ular di Itali dan sebuah firma Jerman yang menghasilkan produk rawatan untuk keracunan plutonium.

Selain itu, AS mengawasi kabel bawah laut, sistem satelit dan loji pertahanan di Britain yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara kuasa besar itu sekiranya ia diserang.

Tidak ketinggalan dalam senarai berkenaan adalah beberapa lombong kobalt di Congo, transformer elektrik besar Hitachi di Korea Selatan di samping laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Melaka dan Selat Gibraltar.

Pentadbiran AS menyifatkan Persimpangan Paip Gas Nadym di Rusia yang merupakan kemudahan gas paling utama di dunia dan Pusat Industri Ras Laffan di Qatar sebagai kritikal dan tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan pengganas.

Menjelang 2012, Qatar merupakan import terbesar gas petroleum cecair AS.

Pendedahan terbaru itu dijangka meningkatkan lagi tekanan politik ke atas WikiLeaks dan pengasasnya yang berusia 39 tahun, Julian Assange.

Pada Jumaat lepas, Assange mengumumkan di Internet bahawa dia telah meningkatkan kawalan keselamatan dirinya selepas menerima beberapa ugutan bunuh.